Isnin, 16 Disember 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Skuad remaja asas pembentukan skuad lebih mantap

Posted: 16 Dec 2013 10:44 PM PST

SEPANG 17 Dis. - Pencapaian skuad negara pada Hoki Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi, India akan dijadikan asas dalam membentuk skuad hoki kebangsaan yang lebih mantap pada masa depan.

Justeru, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berharap Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan meneruskan program pembangunan pemain pelapisnya.

"Pencapaian mereka menjadi asas untuk kita membina pasukan kebangsaan yang akan datang. Ada juga di antara pemain skuad ini pernah bermain dalam skuad kebangsaan (skuad senior)," katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan skuad hoki remaja kebangsaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah itu tiba pada 5 pagi tadi dan disambut wakil MHC, Majlis Sukan Negara (MSN) serta anggota keluarga pemain.

Ditanya bentuk ganjaran yang akan diberikan kepada skuad negara yang berjaya menduduki tempat keempat pada kejohanan dunia itu, Khairy Jamaluddin berkata Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan MSN dan MHC mengenainya.

"Sudah pasti kita akan pertimbangkan sesuatu yang istimewa buat mereka. Ini kerana pencapaian mereka bukanlah hanya di peringkat Asia Tenggara atau benua Asia tetapi ini adalah pencapaian di peringkat dunia.

"Saya juga berharap seluruh rakyat di Malaysia mengiktiraf pemain-pemain hoki remaja kita sebab bukan mudah untuk kita mencapai kedudukan seperti ini," katanya.

Skuad remaja kebangsaan menamatkan saingan Hoki Piala Dunia Remaja di tempat keempat selepas tewas kepada Belanda 7-2 pada perlawanan penentuan tempat ketiga kelmarin.

Prestasi skuad Projek 2013 itu melepasi sasaran MHC yang menyasarkan kedudukan keenam terbaik pada kejohanan berkenaan.

Kejayaan itu menyamai pencapaian Malaysia dalam kejohanan sama pada 1979, 1982 dan 1985.

Mengenai kontrak Muhammad Dharma Raj selaku pengendali skuad remaja lelaki kebangsaan yang akan tamat hujung tahun ini, Khairy Jamaluddin berkata: "Pencapaian Muhammad Dharma Raj telah membuktikan dengan sendirinya.

"Tidak perlulah kita mengulas atau memberi komen yang panjang lebar kerana saya rasa pencapaian dicapainya itu sudah cukup jelas. Jika MHC berkenan, saya yakin bahawa pencapaian beliau boleh diteruskan lagi." - BERNAMA

Sukan SEA Myanmar: Lagi emas daripada memanah

Posted: 16 Dec 2013 10:12 PM PST

ATLET memanah recurve negara (dari kiri) Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad dan Atiq Bazil Bakri meraikan kejayaan meraih pingat emas pada acara akhir bertemu Thailand pada Sukan SEA ke-27 Myanmar di Nay Pyi Taw hari ini. - BERNAMA

NAY PYI TAW 17 Dis. - Sukan memanah terus menghadiahkan pingat emas buat negara apabila menjuarai acara recurve berpasukan lelaki pada temasya Sukan SEA Myanmar 2013 di sini hari ini.

Gandingan Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin mengetepikan Thailand dengan keputusan 214-212 dalam aksi akhir penentuan pingat emas dan perak. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Harun, pengikut didakwa

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 16 Dis. - Ketua ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat dan tiga pengikutnya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini berhubung tuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd. Malek, bulan lalu.

Seorang daripada pengikut ajaran sesat itu, Sumustapha Suradi, 39, menghadapi tuduhan membunuh Ahmad Raffli bersama-sama dua lagi yang masih bebas di rumah mangsa di No. 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira pukul 1.50 petang, 10 November lalu.

Tertuduh dari Kampung Sibugal Besar, Sandakan, Sabah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Dia mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman.

Sementara Harun, 47; isteri ketiganya, Azida Mohd. Zol, 30, dan seorang lagi pengikutnya, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, didakwa bersama-sama Sumustapha dan dua lagi yang masih bebas untuk bersetuju antara satu sama lain melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli.

Kesalahan itu yang didakwa dilakukan pada masa, tarikh dan tempat yang sama yang bertentangan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun tersebut yang turut memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Ketiga-tiga mereka juga membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.

Harun yang mengunakan kerusi roda kerana diserang angin ahmar dilihat tidak boleh bercakap dan hanya mengunakan isyarat tangan untuk membuat pengakuan tidak bersalah.

Dalam pada itu, Hermes Media Putra meminta pihak mahkamah membenarkan Harun untuk menjalani rawatan berkala di hospital kerana penyakit angin ahmar.

Harun telah mengikuti rawatan akibat penyakit ini sejak Julai lalu di Hospital Sungai Buloh. Saya harap mahkamah dapat benarkan anak guam saya terus menjalani rawatan, katanya.

Hakim Ab. Karim kemudian membenarkan permohonan itu dan mengarahkan laporan perubatan Harun dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk memudahkan dia menjalani rawatan di situ.

Beliau menetapkan sebutan semula kes pada 28 Januari depan.

Pertuduhan yang dihadapi tidak membenarkan kesemua tertuduh dibebaskan dengan jaminan.

Terdahulu di Mahkamah Majistret, kesemua tertuduh didakwa atas tuduhan sama di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali yang kemudiannya membenarkan kes itu dipindahkan serta-merta ke Mahkamah Tinggi.

Dalam pada itu, tempoh tahanan reman sembilan lagi pengikut ajaran sesat itu dilanjutkan sehingga 23 Disember ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut terhadap kes ini.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, dalam kejadian pembunuhan tersebut, Ahmad Raffli maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya.

Ekoran kejadian itu, polis pada 15 November lalu telah mengedarkan 27 keping gambar ketua dan pengikut ajaran sesat Tuhan Harun yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut.

Pada 20 November, Harun berjaya diberkas polis bersama Azida dan pemandunya, Nor Hairi Harun, 41, dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor, kira-kira pukul 3.30 petang.

Susulan penahanan itu, polis turut merampas sepucuk pistol yang dipercayai digunakan dalam kejadian tembakan tersebut.

Dituduh bersubahat membunuh

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Seorang buruh binaan warga Indonesia berstatus penduduk tetap di negara ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan bersubahat membunuh seorang lelaki dipercayai teman lelaki anak perempuannya, dua minggu lalu.

Arifin Mistar, 44, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang hanya dikenali sebagai Hakim di medan selera Taman Angsana Hilir, dekat sini antara pukul 8 malam dan 9 malam, 2 Disember lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S. Purnima manakala tertuduh diwakili peguam Dony Abdullah dan Farhan Read.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 12 Februari tahun depan sementara menunggu laporan forensik dan kimia.

Sebelum ini, akhbar melaporkan mangsa ditemui mati dengan kesan tetakan dipercayai ketika bersembunyi di dalam tong air bagi mengelak daripada terus diserang dua lelaki.

Ketika kejadian itu, mangsa dikatakan sedang makan bersama seorang wanita berusia 20 tahun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


434 penduduk terima bantuan

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

WAN Amizan Wan Abdul Razak (kiri) menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, kelmarin. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT 16 Dis. - Seramai 434 penduduk di beberapa buah kampung di Mukim Tembeling Tengah yang terjejas banjir 3 Disember lalu menerima bantuan makanan bernilai RM10,000 di Kuala Tahan di sini semalam.

Penduduk terbabit dari Kampung Teresek, Kampung Belebar, Kampung Tekah, Kampung Padang, Kampung Tuit, Kampung Lempas dan perumahan Felcra Tembeling Tengah yang masing-masing menerima bantuan beras serta barangan runcit.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak, penduduk berkenaan tinggal di kampung tradisional di persisiran Sungai Tembeling dan Sungai Pahang berdekatan Taman Negara Kuala Tahan yang terjejas teruk dengan bencana itu.

"Kita terpanggil memberi bantuan berkenaan supaya dapat mengurangkan penderitaan mereka lebih-lebih lagi setelah pulang ke kediaman masing-masing bagi memulakan penghidupan baharu.

"Bantuan ini diberi kepada semua mangsa banjir termasuk penduduk berdekatan Taman Negara Kuala Tahan kerana kebanyakan mereka tidak dapat bekerja sepanjang musim tengkujuh ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Wan Amizan berkata, bantuan itu disalurkan menerusi sumbangan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan dengan memperoleh dana daripada badan korporat yang prihatin dengan nasib mangsa banjir di kawasan Lembah Tembeling.

"Saya akan terus memantau semua mangsa banjir di kawasan Tahan dan Hulu Tembeling supaya kehidupan mereka kembali pulih khususnya persiapan persekolahan tahun depan," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang mangsa banjir dari Kampung Belebar, Azman Ahmad, 38, berkata, dia bersyukur dan lega menerima bantuan tersebut selepas tidak dapat bekerja selama dua minggu berikutan banjir melanda Kuala Tahan.

"Bantuan ini meringankan beban keperluan dapur selama seminggu sebelum saya bekerja semula sebagai pemandu bot penambang di kawasan pelancongan ini," katanya.

Muip kutip RM86.2 juta zakat harta

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

TEMERLOH 16 Dis. - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) berjaya mengutip zakat harta sebanyak RM86.2 juta daripada 67,636 pembayar zakat di negeri ini sehingga awal bulan ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, sasaran kutipan RM108 juta tahun ini dijangka dapat dicapai melalui kutipan terakhir di Pusat Kutipan Zakat (PKZ) setiap daerah sehingga hujung bulan ini.

Menurutnya, pada tahun lalu PKZ berjaya mengutip zakat berkenaan sebanyak RM102.1 juta daripada 67,066 pembayar zakat dan zakat fitrah RM6.1 juta yang keseluruhannya sebanyak RM108.2 juta.

"Usaha penerangan dan kempen membayar zakat harta akan diteruskan secara agresif dan bersepadu di institusi pengajian tinggi, syarikat swasta dan korporat yang melepasi kelayakan untuk berzakat.

"Mana-mana individu yang layak tetapi gagal membayar zakat harta adalah menyalahi peraturan dan undang-undang dan boleh dikenakan tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan zakat sempena Kembara Zakat Zon Pantai Timur 2013 membabitkan Pahang, Terengganu dan Kelantan di Hotel Seri Malaysia di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Penolong Pengarah Zakat, Jabatan Wakaf dan Haji Jabatan Perdana Menteri, Ridzuan Awang.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya akan meningkatkan kempen penerangan kepada warga Felda merangkumi 115 tanah rancangan di negeri ini.

"Ini kerana daripada jumlah ketua isi rumah peneroka iaitu 43,123 orang, hanya kira-kira 7,000 orang membayar zakat setiap tahun.

"Ini jelas membuktikan masih ramai lagi peneroka tidak membayar zakat sedangkan mereka memperoleh pendapatan memberangsangkan," ujarnya.

Pekap bantu ringankan beban mangsa banjir di Pahang

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

SHAFIK Fauzan Sharif (empat kiri) bersama sukarelawan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota (Pekap) mengangkat barangan yang disumbangkan oleh Pekap untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Pusat Komuniti Kampung Belukar, Kuantan, Pahang, baru-baru ini. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 16 Dis. - Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota (Pekap) membantu meringankan beban mangsa banjir dengan menghulurkan bantuan barangan keperluan seperti dapur, bantal, sejadah dan telekung kepada penduduk di Kampung Belukar di sini.

Yang Dipertua Pekap, Datuk Sulaiman Ibrahim berkata, persatuan itu tidak mahu ketinggalan untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.

"Kita (Pekap) begitu prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di negeri ini dan amat bersimpati. Kita turut tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat.

"Selepas musibah itu berlaku, kita telah melawat beberapa rumah yang dilanda banjir, keadaannya begitu teruk sehingga habis barangan yang ada di dalamnya rosak dan dihanyutkan air," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan persatuan itu di Kelab Komuniti Belukar di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Sulaiman berkata, selain Kampung Belukar, pihaknya juga akan ke kawasan lain di negeri ini untuk menyampaikan bantuan tersebut.

Sementara itu, Shafik Fauzan berterima kasih kepada Pekap kerana sudi memberikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan itu.

Beliau berkata, biarpun hanya barangan seperti tuala, telekung dan dapur, bantuan itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung mangsa.

"Saya berharap kita rakyat Malaysia akan satu keluarga, satu sukarela dalam membantu mangsa banjir di negeri ini, kita perlu tolong menolong dan bekerjasama antara satu sama lain," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


55 korban insiden keganasan terbaharu di Iraq

Posted: 16 Dec 2013 09:59 AM PST

Baghdad 17 Dis. - Sebanyak 55 orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi dilaporkan cedera dalam keganasan maut di Iraq, apabila bangunan kerajaan dan keselamatan diserbu di dua bandar di sini, semalam.

Sebuah kereta kereta meletup di hadapan ibu pejabat polis di Baiji, kira-kira 210 kilometer dari utara bandar ini, selepas penyerang menyerbu masuk ke dalam bangunan dan membunuh empat anggota polis, kata pegawai keselamatan.

Bangunan itu kemudiannya ditawan semula oleh pasukan keselamatan menyebabkan enam penyerang terkorban, kejadian tersebut sama seperti yang berlaku di bangunan majlis daerah berhampiran Tikrit menyebabkan empat terkorban. - DPA

Kebakaran lombong ragut empat nyawa

Posted: 16 Dec 2013 09:55 AM PST

KIEV 17 Dis. - Sekurang-kurangnya empat pekerja lombong terbunuh apabila berlaku kebakaran di lombong batu arang di timur negara ini, semalam.

Kebakaran itu berlaku di lombong Svyato-Pokrovska di wilayah Donetsk kira-kira pukul 11.44 pagi semalam, menurut jurucakap syarikat dalam satu kenyataan.

Ketika kejadian seramai 12 orang pekerja sedang bertugas di lombong tersebut. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Status isteri bukan penghalang Farawahida terus menyanyi

Posted: 16 Dec 2013 02:07 AM PST

FARAWAHIDA

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Penyanyi, Farawahida, 28, menganggap status sebagai isteri bukanlah penghalang untuknya terus bergiat aktif di dalam bidang seni.

Farawahida yang popular dengan lagu Tanpamu berkata, hidupnya kini lebih bermakna dengan kehadiran seorang suami yang memahami dan sentiasa mendorong kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

"Suami sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah menghalang saya untuk terus aktif kerana itu adalah minat saya.

"Apa yang dia mahukan adalah agar saya bijak menjaga batasan sebagai isteri dan berdoa hubungan ini akan kekal hingga ke akhir hayat," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Penyanyi hitam manis ini, selamat diijabkabulkan bersama pasangannya ahli perniagaan, Abdul Shukur Mohd. Zain, 29, dengan sekali lafaz pada pukul 10.30 pagi ini di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak.

Pasangan itu dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning di Taiping, Ustaz Imanuddin Zakaria berwalikan bapa Farawahida, Razali Noordin dan majlis bersejarah itu turut disaksikan kenalan serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai.

Farawahida turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, bersama dua bentuk cincin berserta tujuh dulang daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan buah dulang hantaran.

Pasangan yang telah berkenalan selama lapan tahun itu akan mengadakan majlis persandingan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) pukul 8.30 malam ini. - UTUSAN ONLINE

Saya terkejut!

Posted: 16 Dec 2013 06:54 AM PST

AMIRUDDIN Othman menunjukkan gambar mesra pegawai penyiasat yang dijadikan bukti untuk membuka semula penyiasatan kes yang membabitkan isterinya bersama seorang pelakon yang dipercayai Adi Putra.

SAYA teruja dapat mengenali Adi Putra!" Satu jawapan jujur yang keluar daripada mulut Nooraida Abdul Mutalib, wanita yang mengaku dirinya diganggu oleh pelakon terkenal, Adi Putra. Perkenalan seminggu menerusi laman sosial Instagram membuatkan wanita berkenaan terus ingin mengenali lelaki yang dipercayai Adi Putra yang juga pelakon pujaannya itu.

Sebagai wanita biasa, pastinya apabila berkenalan dengan seseorang yang popular akan jadi teruja. Begitu juga dengan Nooraida. Kata-kata manis yang lahir daripada mulut seorang lelaki yang dikenalinya dan dipercayai Adi Putra itu membuatkan dia bertambah 'ghairah' untuk meneruskan perhubungan itu.

Nooraida mengakui dia cukup meminati aktor tersebut.

"Pada mulanya, saya dan lelaki berkenaan saling berhubung dan apabila dia mula menghantar gambar selfie, saya sangat teruja dan seronok.

"Apabila sudah lama sikit berhubung dengannya, kira-kira dua atau tiga hari kemudian, dia hantar pula beberapa gambar lucah dan individu dalam gambar itu dipercayai adalah dia, Adi Putra.

"Reaksi pertama saya apabila dia sudah sampai ke tahap menghantar gambar sebegitu peribadi, saya sangat terkejut.

"Saya jadi takut dan terus ambil keputusan untuk berhenti berhubung dengan lelaki berkenaan.

"Saya memang tidak menyangka dia sanggup berbuat demikian.

"Meskipun dia ada meminta maaf kepada saya atas tindakan keterlaluannya itu, saya tidak boleh terima. Saya ada mengirim gambar saya juga yang lebih berbentuk selfie dan tidaklah sampai kepada gambar yang tidak senonoh," katanya.

Sepanjang perkenalan itu kata Nooraida dia cukup berjaga-jaga dengan percakapan dan tingkah lakunya.

"Selepas berborak menerusi Whatsapp, lelaki yang dipercayai Adi itu terus menghubungi saya dan pandai memujuk saya serta orangnya sangat romantik," kata Nooraida tenang.

Nooraida dan suaminya, Amiruddin Osman, 56, mengadakan sidang akhbar menjelaskan keadaan sebenar mengenai kes terbabit pada Jumaat lalu.

Tidak berhenti daripada menjawab soalan media, Nooraida memberitahu, apabila timbul kontroversi berkenaan, pasti akan memberi kesan kepada kehidupannya.

Tetapi katanya, dia bernasib baik kerana ramai rakan-rakan yang memberikan sokongan serta meminta untuk bersabar dengan situasi yang dilalui.

"Tidak dapat dinafikan memang ramai yang akan menghentam saya kerana kontroversi ini. Namun begitu, saya tidak kisah dengan apa yang hendak orang kata, asalkan masih ramai yang menyokong saya," ujarnya.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati tidak ada kes yang boleh disabitkan ke atas Adi Putra berhubung dakwaan Nooraida itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Experia Z Ultra dengan LTE

Posted: 16 Dec 2013 06:54 AM PST

Oleh NOOR DIANA AZIS

Sistem operasi: Qualcomm Snapdragon 800.

Pemproses: Quad Core 2.2 giga bait.

Saiz: 6.4 inci.

Kamera: 8 mega piksel.

Storan: 16 giga bait.

Harga: RM2,199

DALAM usaha memenuhi kehendak pelanggan, Sony Mobile Communication (Sony) baru-baru ini telah melancarkan Xperia Z Ultra dengan varian Evolusi Jangka Panjang (LTE) bagi pasaran Malaysia.

Peranti yang terkenal dengan skrin definisi tinggi (HD) terbesar dengan saiz 6.4 inci itu turut menggunakan teknologi Triluminos di kuasakan oleh X-Reality bagi menghasilkan imej lebih jelas dan terperinci.

Tidak seperti telefon bimbit pintar lain, pengguna boleh menggunakan pensil atau pen untuk melukis dan menulis di atas skrin kerana Xperia Z Ultra tidak didatangkan dengan pen stylus.

Bagi menambahkan keselesaan dan gaya kepada pemilik, peranti ini dicipta dengan saiz senipis 6.5 milimeter dan seberat 212 gram.

Dijana oleh sistem pemprosesan Quad Core 2.2 Giga Herz (GHz) dengan storan dalaman sebesar 16 gigabit (GB), telefon bimbit pintar ini turut dilengkapi dengan kamera beresolusi lapan mega piksel (MP) di bahagian belakang dan du MP bagi kamera hadapan.

Xperia Z Ultra dengan LTE turut didatangkan dengan pek hiburan eksklusif yang memuatkan muzik dan filem selain pengguna boleh memuat turun sehingga enam filem secara percuma menerusi Movies Privilege yang boleh didapati melalui aplikasi Xperia Privilege dalam peranti.

Sebagai tanda penghargaan, bermula Oktober hingga Disember, pengguna yang membeli Xperia Z Ultra LTE ini akan menikmati tiga bulan muzik percuma menerusi aplikasi muzik media sosial Akazoo tanpa had.

Telefon bimbit pintar yang dijual pada harga runcit RM 2,199 ini sudah mula berada di pasaran dengan pilihan warna hitam, putih dan ungu.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Experia Z Ultra boleh layari laman web www.sonymobile.com.

Lenovo perkenal rangkaian komputer riba hibrid

Posted: 16 Dec 2013 06:54 AM PST

Petaling Jaya 24 Oktober 2013 - Pengurus Besar, Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan (kanan) bersama Ketua Pengguna Lenovo Malaysia, Jimmy Chin (kiri) memegang produk baru Lenovo semasa di Majlis Pelancaran Produk terbaru dari Lenovo semasa di Damansara Utama , di sini hari ini. Gambar : MOHD AZIM ABD RAHMAN / PEMBERITA : DIANA (S&T)

VENDOR komputer peribadi, Lenovo, baru-baru ini memperkenalkan barisan peranti premium yang direka khas bagi memenuhi setiap tugasan dengan mempertingkatkan beberapa spesifikasi seperti ketahanan, kebolehpercayaan serta prestasi boleh dikawal.

Rangkaian tersebut yang dibarisi komputer riba siri Y iaitu Y410p dicipta khusus untuk memberi lebihan kuasa bagi penggunaan multimedia sama ada permainan video atau tontonan filem.

Mempunyai kelebihan dari segi grafik dengan NVIDIA GeForce, ia turut memuatkan sistem audio Dolby bagi memberi bunyi mengagumkan sekali gus mempersembahkan gabungan terbaik dalam memberi kepuasan kepada pengguna.

Selain itu, komputer riba ini turut dilengkapi dengan papan kekunci AccuType yang memperlihatkan padanan menarik dengan saiz paparan 14 inci beserta kamera web 720p definisi tinggi (HD).

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core generasi ke-4, Y410p turut dilengkapi teknologi Hyper Threading daripada Intel.

Sebagai tambahan kepada rangkaian eksklusif ini, dua komputer riba siri S turut diperkenalkan dengan kelebihan ciri fizikal ideal selain paparan sentuhannya yang pelbagai serta prestasi grafik menarik.

Ultrabook S410p Touch yang merupakan antara contoh prestasi paparan terbaik turut dikuasakan oleh Intel Core generasi ke-4 dengan teknologi grafik NVIDIA GeForce namun dengan harga yang berpatutan.

Di samping itu, S210 Touch yang turut diperkenalkan sesuai bagi pengguna yang hanya mahukan perkara asas namun masih mengekalkan standard kualiti yang memuaskan.

Disokong oleh pemproses Intel Core generasi ke-3, sistem audionya masih mengekalkan teknologi Dolby dengan papan kekunci AccuType.

Bagi mereka yang meminati dan menginginkan peranti yang mempunyai skrin paparan luas, Miix 10 semestinya memenuhi kehendak anda.

Berukuran 10.1 inci, Miix 10 dikuasakan oleh sistem operasi Windows 8 terbaru selain dibina bersama papan kekunci yang mudah ditanggalkan bagi menukar mod tablet ke komputer riba penuh fungsi.

Dijana oleh pemproses Intel Atom dwi-teras dan Frafik definis tinggi (HD Graphics), tablet ini turut memberikan kepuasan warna yang terang serta pengalaman visual mengagumkan dengan paparan IPS sehingga 180 darjah sudut pandang.

Dengan hanya 580 gram, tablet ini pastinya memenuhi kehendak pengguna tidak kira golongan profesional mahupun pelajar.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesemua produk terbaharu Lenovo, boleh layari laman web www.lenovo.com.

Y410p kini berada di pasaran dengan harga bermula RM3,199

S410p Touch kini berada di pasaran dengan harga bermula RM1,999

S210 Touch kini berada di pasaran dengan harga bermula RM1,699

Miix 10 berada di pasaran akhir November

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Penyatuan UMNO-Pas suatu realiti

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

Oleh Datuk Ahmad Faris Abdul Halim

Yang Dipertua Yadim Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (dua kanan) ketika mempengerusikan Majlis Pertemuan Khas NGO-NGO Islam berkenaan Muzakarah UMNO-Pas Perpaduan Nasional di Kuala Lumpur pada 29 November lalu. - UTUSAN/zaini husin

UMAT Islam di negara ini perlu mengambil iktibar hasil Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei 2013 lalu. Tidak perlulah kita membuang masa bercakaran sesama sendiri.

Jika kita berpecah-belah, terus bergelut dalam krisis yang berpanjangan dengan mahu menyingkirkan antara satu sama lain, tidak akan ke mana kemajuan umat Islam di Malaysia.

Adakah sesiapa bersetuju atau menyanggah kenyataan ini: Menyokong atau memberi undi kepada pakatan pembangkang PKR-Pas-DAP akan memperkukuhkan umat Islam dalam Parlimen?

Jika semasa pilihan raya umum 2008, perbezaan antara Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam pakatan pembangkang hanya enam orang. Tetapi pada PRU-13 bilangan anggota Parlimen bukan Islam pembangkang telah melebihi 17 orang. Pada PRU-13, bilangan Ahli Parlimen Islam dalam Parlimen adalah 137 orang.

Hanya yang ketara meningkat adalah Ahli Parlimen UMNO yang menambah 12 orang lagi Ahli Parlimen Islam, sementara bilangan Ahli Parlimen bukan Islam adalah 85 orang pada PRU-13.

DAP pula telah menambah 10 lagi kerusi bukan Islam.Sementara PKR yang tidak ketahuan hala tujunya untuk umat Islam negara ini pula, menambah lima orang lagi Ahli Parlimen bukan Islam berbanding pilihan raya umum 2008.

Rumusannya, mengundi pakatan pembangkang akan menguatkan lagi suara bukan Islam dalam Parlimen. Justeru, umat Islam harus sedar, ke manakah haluan negara ini bakal dibawa jika pengundian hanya dilakukan tanpa asas matematik yang kukuh tentang realiti umat Islam di Malaysia.

Atas sebab ini, umat Islam perlu melangkah ke depan. Barangkali kedudukan jumlah Ahli Parlimen UMNO dan Pas jika dicampurkan iaitu 89 UMNO dan 21 Pas akan menjadi kepada 110 kerusi, tetap masih belum mencapai majoriti 148.

Namun, cuba kita realisasikan seandainya Ahli Parlimen Melayu/bumiputera dari Pas dan PKR bergabung atau setidak-tidaknya cukup sebagai anggota komponen mesra BN tanpa menyertai gabungan itu, kelak, hasilnya mencapai lebih dua pertiga majoriti dalam Parlimen.

Carta di atas menunjukkan seramai 122 Ahli Parlimen Melayu/bumiputera daripada BN. Cuma 38 orang Melayu/bumiputera daripada pakatan pembangkang. Pakatan pembangkang pula didominasi oleh kaum Cina dengan 43 Ahli Parlimen.

Justeru, daripada carta: 122 + 38 = 160 Ahli Parlimen Melayu/bumiputera, maka sudah tentu umat Islam/bumiputera meraih lebih 148 kerusi, sekali gus mendapat kuasa dua pertiga majoriti.

Hakikat atau fakta yang perlu segera disedari adalah perasaan membuak-buak untuk berkuasa oleh satu pihak atau dipopularkan sebagai tsunami Cina Mei lepas, telah meningkatkan jumlah wakil pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 196 kerusi kesemuanya dalam 2008, kepada 229 kerusi pada tahun 2013.

Bagi kerusi DUN pula, terdapat sejumlah 505 kerusi di seluruh negara tidak termasuk Sarawak. Dan DAP terbukti parti pembangkang yang paling berkuasa sekali.

Akibat tsunami Cina jugalah, beberapa orang calon Melayu muka baru dari Pas dan PKR turut mendapat manfaat di kerusi-kerusi bercampur kaum. Tsunami inilah turut membantu calon-calon Melayu yang lain mempertahankan kerusi mereka.

Cuba ditanya kepada Rafizi Ramli (PKR), bagaimana dia boleh menang di kawasan 48.2 pemilih Cina di Pandan, Selangor? Calon PKR, Mansor Othman pula mampu menang kerusi Nibong Tebal (37.3% Cina) di Pulau Pinang selain calon-calon Pas, Che Rosli Che Mat dan Mohd. Hanipa Maidin, masing-masing membuat kejutan memenangi kerusi Hulu Langat (34.3% Cina) dan Sepang (34.0% Cina), Selangor.

Tambah pelik lagi, Mohd. Idris Jusi (PKR) boleh menang di kawasan 45.7 pemilih Cina di Batu Pahat, Johor dengan Shamsul Iskandar Akin (PKR) memeranjatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang begitu mesra Cina di kawasan 40.8 pemilih Cina di Bukit Katil, Melaka.

Kita sama sekali tidak menyalahkan tsunami Cina kerana itu hak demokrasi mereka. Akan tetapi yang merisaukan kita adalah pihak-pihak tertentu ini yang sudah seakan-akan naik tocangnya.

Selain rentetan isu-isu yang mengusik hati umat Islam berkisar laungan azan Subuh dan bacaan al-Quran di Pulau Pinang dan isu Nenek Rasis, tercuit pula isu terbaharu di Pahang, Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob turut menerima tempiasnya. Ini menyebabkan beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan terdapat usaha-usaha untuk pembangunan projek Spiritual Tourism (pelancongan rohani) di kawasan Gambang.

Projek ini dikatakan begitu hebat dimomok-momokkan oleh youtube Cina sehinggakan ada percubaan mengutip duit untuk tujuan berkenaan. Terima kasih Tok Nan!

Berbalik kepada penyatuan UMNO-Pas, cuma persoalannya adakah ia akan berlaku, atau apakah masih jauh untuk digapai? Memang kita akui masih ada sebilangan orang dalam Pas yang masih berfikiran ekstrem dan taksub membabi buta . Terlalu ke kiri, hendak tegakkan ideologi sendiri.

Tetapi alangkah indahnya sekiranya mereka ini berpegang kepada konsep wasatiyyah atau kesederhanaan yang ditekankan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Waktu ini pun, UMNO sendiri tampak kemelayuannya seperti mana keterampilan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atau tidak kurang Melayunya, ahli Majlis Tertinggi, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Dalam Pas sendiri, harapan untuk penyatuan dua parti Melayu ini setidak-tidaknya dapat disandarkan kepada Salahuddin Ayub, Takiyuddin Hassan dan KJ atau Datuk Kamaruddin Jaafar. Dan PKR, mungkinkah kepada Saifuddin Nasution Ismail?

Kalau kita lihat Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yaakub, sikapnya lebih rasional dan toleran untuk melihat muzakarah Pas-UMNO ini menjadi realiti. Walaupun pertemuan dengan Najib di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya November lalu hanya berlangsung setengah jam, impaknya cukup besar ke arah permuafakatan dua parti Melayu ini.

Dan apa yang kita dapat lihat seperti ada cahaya di hujung terowong setelah ketiadaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kerajaan negeri.

Malahan kerjasama Pas-UMNO kelihatannya tampak lebih mudah apabila Mohamad Sabu atau Mat Sabu menang Timbalan Presiden Pas baru-baru ini setelah nasihat Nik Abdul Aziz sehingga ke saat-saat akhir pemilihan supaya perwakilan memilih ulama untuk menduduki kerusi nombor dua itu, tidak dipedulikan. Nampaknya Nik Abdul Aziz bukan lagi pemutus atau pemimpin de facto Pas. Penyatuan Pas-UMNO akan lebih mudah asalkan akar umbi Pas terbuka pemikiran mereka ke arah ini.

Dan kalaulah ada segelintir pengikut Pas mendesak kepimpinan mereka agar jangan tertipu lagi dengan UMNO ketika Pas menyertai dan berada dalam BN pada 1970-an, maka kita boleh mengatakan begini: itu sejarah dengan kepemimpinan waktu itu".

Walaupun dakwaan itu masih boleh dipersoalkan kesahihannya, sekurang-kurangnya Pas harus memberi peluang kedua kepada UMNO dalam melihat realiti landskap politik hari ini. Tidak perlu dihambat sejarah silam.

Perhimpunan Agung UMNO dari 2 hingga 7 Disember lalu nampaknya kurang menghentam Pas, atau saya sendiri tidak perasan perbahasan perwakilan sama sekali tidak bersuara akan hal ini. Ini suatu yang positif.

Kedua-dua parti, baik UMNO atau Pas kalau hendak bersatu, masing-masing mesti memikirkan kepentingan jangka panjang demi masa depan anak-anak dan cucu mereka.

Ke mana hala tuju umat Islam Malaysia dalam 50 tahun akan datang? Cuba kita fikirkan sejenak, apakah untung nasibnya seperti mana dalam lagu Anak kecil main api.

Kalau tidak digerakkan secara serius usaha-usaha penyatuan ini, umat Islam Malaysia akan terus bercakaran sesama sendiri tanpa kesepaduan dan wawasannya.

Semua ini menguji keikhlasan pihak-pihak terbabit. Kalau benar-benar jujur mengutamakan kepentingan umat Islam Melayu, inilah peluang terbaik yang perlu direbut. Penyatuan UMNO-Pas suatu realiti. Penyatuan yang berpaksikan Islam!

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM

Penganalisis isu-isu semasa

Isu Syiah ialah isu akidah, keselamatan

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

DARI JENDELA TOK KI

APABILA Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan isu Syiah dan kaitannya dengan pemimpin Pas, beliau menyatakan isu Syiah ialah persoalan akidah dan keselamatan negara.

Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu memberi respons bahawa ia adalah isu sementara tanpa menyedari bahawa dari segi sejarah perkembangan Syiah dari sudut akidah, syariah dan fikah banyak perkara yang menyalahi dan bukan isu sementara.

Ramai pemimpin Pas membuat anggapan bahawa tidak salah mengagumi Ayotullah Khomeini. Pemimpin Pas patut merujuk juga wasiat Khomeini dalam majalah Dustur terbitan Lebanon (1 Ogos 1983, edisi 197, hal. 16-18) memberikan wasiat supaya memerangi negara-negara Islam sampai mereka menjadi negara Syiah.

Kata Khomeini, Ketika perang dengan Iraq telah selesai, maka kita wajib memulai perang dengan negara lainnya. Saya mengimpikan bendera kita berkibar di Amman, Riyadh, Damsyik, Kaherah dan Kuwait".

Profesor Yusof al Qardawi sahabat baik Anwar Ibrahim dan tempat rujukan Haji Hadi Awang yang sekian lama lunak dengan isu Syiah, akhirnya menyatakan Syiah membawa ajaran yang menyesatkan dan kafir (Aljazeera-9.3.2013) selepas menyaksikan pembunuhan ratusan ribu umat Islam di Syria.

Wasiat Khomeini dan penegasan Qardawi amat penting diteliti oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada dalam Pas dan parti-parti politik dan NGO Islam yang lain, kerana apa yang sedang berlaku di Iraq, Syria dan Bahrain adalah gambaran apa yang diwasiatkan oleh Khomeini dan dibimbangi oleh Qardawi. Apakah mengagumi Khomeini mengagumi wasiat dan ajarannya?

Banyak kitab Syiah sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Antaranya termasuk kitab-kitab Khomeini, Kasyful Asrar, Al Hukumah al Islamiah dan Tahrir al Wasilah yang menjadi rujukan utama penganut Syiah di Malaysia. Apakah kitab Khomeini ini selari dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Tidak mustahil Indonesia yang semakin subur pengaruh Syiahnya dengan penerbitan al Mizan, Bandung sebagai penerbit utamanya dan Malaysia yang mempunyai penganut Syiah dikatakan suku juta orang bakal jadi ancaman kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan keselamatan negara di rantau ini.

Menurut kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah, ajaran Syiah didapati bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Pengikut Syiah mempercayai jawatan Imam telah ditentukan Allah melalui lisan Rasulnya secara nas. Ini dijelaskan dalam kitab Aqaid al-Imamah oleh Syeikh Muhammad Redha al Muzaffar (hal.78).

Syiah juga mempercayai bahawa orang yang dilantik menunaikan wasiat Rasulullah SAW adalah Saidina Ali. Usul ini disebutkan dalam kitab Aslu Al-Syiah Wa Usluha oleh Muhamad bin Husiain Ali Kasyif al-Ghita (hal.136).

Imamah dan Khilafah dianggap sebahagian daripada Rukun Islam dan ia berlaku melalui nas. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al Hulliyy, terjemahan Dr. Lutfi Ibrahim, (hal. 145-146).

Banyak lagi buku tentang akidah Syiah ini menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam di Malaysia merupakan umat ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu berpegang dengan cara Abu Hassan al-Asyari dan al Matruridi dalam akidah.

Menggunakan pendekatan Mazhab al-Shafie dalam penentuan hukum fikah dan meraikan mazhab muktabar yang lain.

Banyak lagi ajaran Syiah yang menyeleweng dari sudut Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu menyatakan semua imam adalah maksum, Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia, kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan, taqiyyah (berpura-pura), menyamakan Saidina Ali dengan Allah SAW (kitab al Usul Min al Kafi oleh al Kulaini, Jilid 1, hal. 197), mengkafirkan para Sahabat (kitab al Anwar al-Numaniah, oleh Syed Nikmatullah al Musawi, hal. 81).

Perpecahan yang berlaku di Malaysia tidak saja dilatari oleh faham politik yang berbeza tetapi juga anutan fahaman dan aliran keagamaan yang tidak sama.

Pertentangan Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh menghasilkan pertentangan yang tajam. Menjadi kewajipan bagi kerajaan, parti politik dan NGO Islam yang masih meyakini kebenaran faham Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak memandang ringan akan pengaruh Syiah ini.

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil supaya faham yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ditangani dengan tegas supaya perpecahan yang lebih parah dapat dibendung.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Cili Gedong

Posted: 16 Dec 2013 06:54 AM PST

JILUM Makup (kanan) memberi khidmat nasihat kepada penanam cili fertigasi Kamaziha Amran di Kampung Gedong Simunjan Bahagian Samarahan Sarawak baru-baru ini.

Gedong bukanlah satu nama yang begitu dikenali di negara ini, malah menyebutnya berkali-kali dan menyatakannya sebagai sebuah daerah di Sarawak, masih ramai yang tertanya-tanya apakah yang istimewa mengenainya.

Gedong terletak agak jauh dari pusat Bandar Kuching dengan perjalanan melalui jalan darat mengambil masa kira-kira satu jam setengah atau kira-kira 90 kilometer (km) jarak perjalanan.

Mudahnya, Gedong berada dalam daerah Simunjan dan bahagian Samarahan.

Menyedari Gedong belum begitu dikenali, sekumpulan anak muda bertekad menjadikannya popular menerusi aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dengan menanam cili menggunakan teknologi fertigasi.

Ramai daripada kita agak popular dengan teknologi fertigasi iaitu sistem penanaman tanpa tanah menggunakan baja yang telah dilarutkan dan ditempatkan dalam tangki khas sebelum disalurkan kepada tanaman dalam polibeg menggunakan tiub getah.

Kumpulan anak muda terbabit percaya mereka mampu merealisasikan hasrat untuk mengeluarkan cili yang akan mempopularkan Gedong dengan syarat teknologi fertigasi tersebut berjaya dimanfaatkan sebaiknya.

Lebih memudahkan impian mereka apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menghulurkan bantuan dalam bentuk khidmat kepakaran sehingga projek tersebut kini menjadi kenyataan.

Seorang pengusaha cili fertigasi Kamaziha Amran, 28, yang memulakan projek My Kampung My Future di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 6 antara yang bertuah kerana teroilih sebagai peserta.

Anak jati Saratok Sarawak yang dari sebuah kolej menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan dibantu oleh 'aset' semula jadi dalam dirinya iaitu kegigihan dan minat.

Dia yang ditemui semasa kunjungan rombongan pejabat MARDI, Kuching berkongsi pengalaman bagaimana minat dalam bidang pertanian menjadikannya pengusaha yang sentiasa mencuba tanaman baru.

Pada mulanya Kamaziha yang menceburi bidang penanaman sawit sebagai penyelia ladang tersebut di Miri dan bersama abang angkatnya, dia mempelajari selok belok menguruskan ladang.

Dengan sedikit pengalaman dan wang simpanan, dia memulakan projek penternakan kambing, ayam kacukan secara kecil-kecilan memandangkan ilmu dan pengalamannya juga belum mencukupi.

Dengan modal permulaan sebanyak RM500, Kamaziha, mula mengusahakan cili di Kampung Gedong, Simunjan, Samarahan sebanyak 200 pokok di kawasan terbuka bermula tahun lalu.

"Saya memilih cili sebab tanaman ini banyak permintaan tetapi tidak ramai yang mengusahakannya,'' ujarnya sambil memberitahu hasratnya ingin mengusahakan di kawasan lebih luas, tetapi modal yang tidak mencukupi.

Usahanya menanam cili secara kecil kecilan rupanya mendapat perhatian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang memilihnya sebagai peserta yang perlu dibimbing.

Selepas itu, dia diberi lebih perhatian apabila diserahkan kepada MARDI dan 'jodoh' nya dengan agensi terbabit menjadi pemudahcara dan membuka jalan kepada hasratnya menjadi petani moden.

Di bawah bimbingan MARDI, Kamaziha menyertai kursus fertigasi selama tiga hari dan bermula dari situlah menyemarakkan semangatnya untuk terlibat dalam pertanian berskala besar.

Dia memulakan usaha penanaman bermula hujung tahun lalu di kawasan seluas kirakira tiga ekar dengan empat struktur pelindung hujan (SPH) yang mana jumlah keseluruhan yang ditanam kira-kira 600 pokok atau setiap SPH mengandungi 150 pokok.

"Saya dapati fertigasi lebih bagus, senang mengawal penyakit dan mampu menghasilkan lebih banyak cili,'' katanya.

Dengan itu pendapatan nya agak meningkat berbanding menanam cili konvensional yang diusahakan sebelum ini.

Menurut Kamaziha, dengan menggunakan penanaman secara sistem fertigasi, dia mampu menghasilkan kira-kira 1.5 kilogram (kg) cili sepokok berbanding hanya satu kilogram menggunakan kaedah konvensional.

Mengenai pasaran, dia kini tidak perlu memikirkannya kerana hasil cili dijual secara kontrak perladangan dengan FAMA.

Mengenai perancangan, Kamaziha yang mempunyai 11 adik beradik bercadang mengusahakan tanaman sayur-sayuran lain seperti tomato dan rock melon menggunakan sistem yang sama.

Malah dia juga telah menerika khabar gembira apabila pejabat MARDI Sarawak membantu untuk menambah empat lagi SPH dengan tambahan sebanyak 600 lagi pokok cili.

Menurut Penolong Pegawai Penyelidik Kanan MARDI Kuching, Jilum a/k Makup sebanyak RM28,000 lagi diperuntukkan bagi menambah empat SPH berkenaan selain meningkatkan kemudahan infrastruktur termasuk pembinaan jalan di situ.

"Kawasan ini perlu dinaik taraf sebagai pusat pembelajaran memandangkan kedudukannya sebagai projek terawal, apatah lagi sering menerima kunjungan pelawat terutama daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), FAMA dan Jabatan Pertanian,'' ujarnya.

Menurut Jilum, program fasa kedua My Kampung My Future kini sedang digerakkan dengan peruntukan RM65,000.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


DBKL beri kelonggaran

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Sebahagian daripada penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam (PPR, PA) DBKL menunjukkan surat tawaran yang di terima semasa hadir dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Penyewaan rumah berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Sebahagian daripada penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam (PPR, PA) DBKL menunjukkan surat tawaran yang di terima semasa hadir dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Penyewaan rumah berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Kesemua pemilik hartanah di ibu kota boleh membayar cukai taksiran mereka mengikut kadar lama sebelum kadar baharu ditetapkan selepas Mac tahun hadapan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, rebat akan diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jika pembayaran terlebih, begitu juga sebaliknya jika kurang mereka perlu membayar balik kepada DBKL.

"Mereka tidak perlu risau tentang kenaikan cukai ini kerana yang naik hanyalah kadar nilai sewaan hartanah bukan kadar cukai itu sendiri.

"Disebabkan 21 tahun kerajaan tidak menaikkan cukai taksiran kita dilihat kejam sedangkan apa yang dilakukan ini adalah demi menambah pendapatan DBKL dalam menjayakan pelbagai projek pembangunan yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Surat Tawaran Penyewaan Rumah Awam DBKL kepada 66 orang penerima di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan dan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz.

Mengulas mengenai perhimpunan bagi membantah penilaian semula cukai pintu DBKL, yang diketuai Ahli-ahli Parlimen Pembang kang di Dataran DBKL pagi tadi, Tengku Adnan berkata, pembangkang dilihat sengaja mengambil kesempatan dan cuba mengelirukan rakyat.

"Kita minta rakyat jangan mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang yang sentiasa mencari kesalahan kerajaan.

"Pembangkang cuba memutar-belitkan isu ini sedangkan mereka tahu apa yang kerajaan lakukan adalah mengikut undang-undang dan demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, status permohonan bagi menyewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah sebanyak 60,000.

"Bagaimana pun PA dan PPR yang tinggal hanyalah 3,000 unit sahaja.

"Bagi mengatasi masalah tersebut, kita telah pun mengarahkan DBKL untuk menyita dan merampas semula rumah-rumah yang disewa kepada orang lain untuk memberi peluang kepada mereka yang benar-benar mahu menyewa rumah tersebut," katanya.

Pasar Pudu dianggap paling kotor

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my

Jentolak Alam Flora membersihkan timbunan sampah sarap yang bertaburan semasa Operasi Penutupan dan Pembersihan Pasar Pudu di Kuala Lumpur, semalam

KUALA LUMPUR 16 Dis- Pasar Pudu di sini dikenal pasti paling kotor dan menjadi lokasi pembiakan tikus tertinggi berbanding Pasar Raja Bot dan Pasar Keramat.

Perbandingan ini dibuat berdasarkan statistik tikus yang ditangkap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh tiga hari sebelum Operasi Penutupan dan Pembersihan Pasar dilaksanakan di ketiga-tiga pasar berkenaan.

Di Pasar Pudu jumlah tikus ditangkap sebanyak 632 ekor berbanding Pasar Raja Bot atau lebih di kenali sebagai Pasar Chow Kit ( 300 ekor), manakala di Pasar Keramat (52 ekor).

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja DBKL, Noor Azmi Nordin berkata, selain kegagalan peniaga mempraktikkan amalan kebersihan, faktor usia turut mempengaruhi keadaan pasar berkenaan.

Menurutnya, ini terutamanya kegagalan sistem peparitan fungsi dengan sempurna dan keadaan longkang tersumbat.

"Keadaan longkang di pasar ini juga didapati seratus peratus tersumbat secara tidak langsung menyumbang kepada pembiakan dan habitat tikus di pasar berkenaan,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Penutupan dan Operasi Pembersihan Pasar Pudu selama dua hari untuk tujuan pembersihan dan membanteras tikus di sini.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Pudu, Kuala Lumpur, Jeff Tan dan Pengurus Operasi Sokongan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora)Md. Isa Doman.

Kira-kira 500 orang terlibat dalam gotong-rotong tersebut termasuk kakitangan DBKL, Alam Flora selain peniaga dan penjaja pasar berkenaan.

Noor Azmi berkata, selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan hari ini lebih banyak tikus didapati keluar daripada tempat penyembunyian terutama di dalam longkang.

"Operasi hari ini menumpukan kepada tiga aspek utama iaitu pembersihan pasar, memperbaiki infrastrukur terutama longkang dan membasmi tikus serta serangga perosak.

"Pasar Pudu juga akan ditutup sehari sama seperti Pasar Raja Bot dan Pasar Keramat dalam setiap bulan bagi tujuan pembersihan secara berkala dilaksanakan,'katanya.

Pasar Pudu yang berusia lebih 50 tahun itu mempunyai kira-kira 1,623 peniaga melibatkan 517 peniaga di dalam bangunan, manakala 1,106 peniaga di luar bangunan.

Peniaga akur arahan penutupan pasar

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Peniaga Pasar Pudu di sini akur dengan arahan penutupan sementara pasar berkenaan untuk tujuan pembersihan ekoran menjadi lokasi pembiakan tikus tertinggi di ibu negara selama dua hari bermula hari ini.

Presiden Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga - Peniaga Kecil Pudu, Kuala Lumpur, Jeff Tan berkata, apa yang diharapkan peniaga dan penjaja di pasar itu terus menjaga kebersihan tapak niaga masing-masing sepanjang masa.

"Persatuan mewakili peniaga dan peniaga pasar amat berterima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) kerana mengambil berat isu-isu kebersihan di sini,"katanya.

Peniaga daging kambing, K. Kannan, 60, berkata penutupan pasar berkenaan untuk tujuan tersebut amat dialu-alukan kerana sudah lama kerja-kerja pembersihan secara besar-besaran tidak dilakukan.

"Saya berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

"Namun pihak DBKL perlu menimbangkan semula tempoh penutupan tersebut kerana tempoh sehari sudah cukup berbanding dua hari,"katanya.

Seorang peniaga ayam, Lee Tuck Wong, 47, pula lebih melihat keperluan operasi tersebut dilakukan secara lebih kerap .

"Tikus di pasar ini amat banyak. Saya tidak fikir operasi yang hanya dijalankan sebulan atau setahun sekali mampu menghapuskan makhluk perosak ini,"katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


PBT disaran tubuh unit pengangkutan awam

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin (kanan) melihat replika rumah mampu milik dalam Majlis Pelancaran Pengundian Rumah Mampu Milik dan Rumah Kos Rendah Untuk Anggota dan Bekas Tentera di Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 15 Dis. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini disaran menubuhkan unit pengangkutan awam bermula tahun hadapan bagi membolehkan mereka terlibat sama membangunkan sistem pengangkutan awam yang lebih berkesan kepada orang ramai.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penubuhan unit itu penting memandangkan kepesatan pembangunan dan pembukaan bandar-bandar baharu di negeri ini pada masa hadapan memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik dan berkesan.

"Kita mahu PBT memainkan peranan antaranya merangka dan membuat cadangan kepada pihak berkuasa kerajaan pusat seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya tidak berlakunya ketidakserasian di antara keperluan rakyat dengan pengangkutan awam yang dibekalkan.

"Sekiranya kita tidak merangka, merancang dan melaksanakannya daripada sekarang, masalah itu (pengangkutan awam) akan menjadi lebih besar," katanya dalam Majlis Pelancaran Pengundian Rumah Mampu Milik dan Rumah Kos Sederhana Rendah Untuk Bekas/Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merangkap Pengerusi Boustead Holdings Berhad, Jen. (B) Tan Sri Mohd. Ghazali Che Mat.

Sebanyak 20 peratus daripada 1,055 unit rumah mampu milik dan kos sederhana rendah bernilai RM220,000 dan RM80,000 dibina Mutiara Rini Sdn. Bhd., yang merupakan sebahagian daripada Divisyen Hartanah Kumpulan Boustead telah diperuntukkan kepada bekas dan anggota ATM.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, SPAD perlu mengambil kira cadangan-cadangan yang diberikan unit pengangkutan awam PBT itu supaya transformasi pengangkutan awam khususnya di negeri ini dapat dilaksanakan.

"Kita tidak mahu SPAD setakat memenuhi kehendak usahawan yang mahukan lesen tetapi turut memberi tumpuan utama kepada jaringan sistem pengangkutan awam sedia ada.

"Saya yakin dengan kerjasama antara PBT dan SPAD ini, kita bukan sahaja dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat malah pada masa sama dapat mengurangkan kos sara hidup mereka," katanya.

Belia sertai program Pasca Banjir Segamat

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

Abd. Aziz Abd. Rahman (barisan kedua, tengah enam dari kanan) bersama sebahagian sukarelawan Program Pasca Bencana Banjir di hadapan rumah mangsa banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat, Johor, kelmarin.

SEGAMAT 15 Dis. - Seramai 250 orang sukarelawan belia menjayakan Program Pasca Bencana Banjir Peringkat Daerah Segamat 2013 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) di Kampung Seberang Batu Badak, dekat sini semalam.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, program tersebut merupakan satu cara untuk membangunkan modal insan khususnya golongan belia dan supaya mereka menyelami kepayahan mangsa banjir selepas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

"Program ini mempunyai pengisian tersendiri seperti pembangunan belia desa dari aspek pembangunan nilai yang berteraskan kepada gaya hidup Rakan Muda dan program kemasyarakatan serta kesukarelaan yang mampu membentuk generasi berkeperibadian unggul serta memiliki keutuhan budaya dan moral yang tinggi.

"Sehubungan itu kami menggerakkan jentera muda melaksanakan program sebegini sebagai pemangkin kepada perubahan sosial sekali gus membentuk masyarakat yang bersatu padu asaskan semangat sukarela," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah jabatan itu, Radin Ismail; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Zul Zharif Mat Nawi dan; Penolong Pegawai Belia dan Sukan IKBN Alor Gajah, Kajurin@Kaddly Ujin

Program ini turut disertai oleh seramai 40 orang pelajar Sijil Pendawaian Elektrik dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah, Melaka yang melakukan pemeriksaan pendawaian dan elektrik rumah yang terjejas banjir untuk dinilai dan dibaiki.

Menurut Abd. Aziz, kesemua sukarelawan dibahagi kepada tiga kumpulan dengan kumpulan pertama diminta melakukan kerja pembersihan di kawasan lapang sementara kumpulan kedua yang terdiri daripada sukarelawan wanita membantu pembersihan di dalam rumah.

"Kumpulan ketiga pula terdiri daripada para pelajar IKBN Alor Gajah yang akan memeriksa pendawaian di setiap rumah mangsa banjir dan akan membantu mengikut kemampuan mereka sambil dipantau oleh tenaga pengajar mereka," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved