Isnin, 16 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Perlu ada bukti kukuh untuk dakwa pengikut Syiah

Posted: 16 Dec 2013 02:40 AM PST

PUTRAJAYA 16 Dis. - Jabatan agama perlu mempunyai bukti yang kukuh untuk melakukan pendakwaan terhadap pengikut fahaman Syiah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ini kerana katanya perkara sedemikian tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Dakwaan hanya boleh dilakukan menerusi pengakuan individu itu sendiri selain memerlukan saksi bagi menguatkan pendakwaan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Jamil Khir meminta semua pihak agar tidak mengukur tindakan yang diambil oleh jabatan agama terhadap pengikut Syiah hanya bersandarkan bilangan kes yang diselesaikan.

"Jabatan agama sangat serius mengenai soal akidah ini.

"Di Selangor sahaja, mahkamah syariah menerima sejumlah 251 kes berkaitan fahaman Syiah bagi tempoh 2010 hingga 2013. Perkara ini mungkin tidak dihebahkan di media massa menyebabkan ramai yang tidak tahu mengenainya," katanya.

Beliau juga menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan agensi berkaitan akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan polis bagi memerangi kegiatan Syiah di negara ini. - BERNAMA

Amaran hujan lebat di Pantai Timur dan Johor bermula Rabu

Posted: 16 Dec 2013 02:39 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Hujan lebat peringkat kuning dijangka melanda kawasan Pantai Timur dan selatan tanah air selama tiga hari bermula Rabu sehingga Jumaat ini.

Pengarah Pusat Ramalan Jabatan Meteorologi, Muhamad Helmi Abdullah berkata, sepanjang tempoh itu, hujan sekejap-sekejap, kadangkala lebat dari semasa ke semasa akan berlaku di Terenganu, Pahang dan Johor.

"Sebanyak tujuh daerah akan terlibat iaitu Dungun dan Kemaman (Terengganu), Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang) dan Segamat serta Mersing (Johor).

"Keadaan cuaca ini adalah kesan daripada iklim semula jadi dunia yang diramalkan berlaku setiap kali menjelang akhir tahun sehingga suku pertama tahun depan," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Dalam pada itu, Helmi berkata, beberapa negeri juga turut mengalami fenomena air pasang besar berikutan kedudukan matahari, bulan dan bumi yang hampir sejajar.

"Kami di Jabatan Meteorologi akan sentiasa mengemaskini maklumat serta memantau keadaan cuaca manakala orang ramai perlu bersedia dan mengambil langkah berjaga-jaga.

"Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah," katanya. - UTUSAN ONLINE

Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa terus berkurangan

Posted: 16 Dec 2013 01:07 AM PST

KUANTAN 16 Dis. - Keadaan banjir di Pahang semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 2,657 setakat 4 petang ini berbanding 2,806 orang pada 8 pagi tadi.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa banjir daripada 661 keluarga itu ditempatkan di 27 pusat pemindahan membabitkan 28 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.

Jumlah tertinggi mangsa banjir masih direkodkan di daerah Pekan iaitu 1,879 orang daripada 470 keluarga yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan berbanding 2,028 orang daripada 497 keluarga di 21 pusat pemindahan pada sebelah pagi.

Di Kuantan masih kekal dengan 640 orang daripada 164 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan manakala Maran juga kekal dengan 138 orang daripada 27 keluarga di tiga pusat pemindahan. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved