Rabu, 5 Februari 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kebakaran kecil di HKL akibat litar pintas

Posted: 05 Feb 2014 10:28 PM PST

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Kebakaran kecil, dipercayai akibat litar pintas berlaku di bilik pengurusan sistem penghawa dingin sepusat (AHU) di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pengarah Penguatkuasa Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata dalam kejadian pada 12.30 tengah hari itu kebakaran berjaya dipadamkan orang awam menggunakan alat pemadam api.

"Pihak kami menerima panggilan pada 12.43 tengah hari dan enam jentera bersama 36 anggota tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian," katanya ketika dihubungi di sini.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca sebenar kebakaran akan disiasat, katanya. - BERNAMA

Penjenayah gagal larikan mesin ATM

Posted: 05 Feb 2014 10:15 PM PST

Oleh MASZUREEN HADZMAN

KAJANG 6 Feb. - Sekumpulan penjenayah terpaksa berputih mata selepas gagal dalam cubaan melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Bandar Baru Sungai Long di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, penjenayah terbabit memasang kabel besi pada salah satu mesin ATM di situ dan cuba menariknya menggunakan lori namun gagal. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Rodriguez tak cedera - Irfan

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
sukan@utusan.com.my

Irfan Abd. Ghani, mengadakan sidang media selepas memberi kenyataan kepada pihak polis di Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU - Perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team yang ditangguhkan Sabtu lalu seharusnya diteruskan kerana tiada sebarang insiden tidak diingini terjadi seperti didakwa sebelum ini.

Pemain T-Team, Muhd. Irfan Abdul Ghani berkata, walaupun tidak melihat sendiri insiden yang hangat diperkatakan itu, namun sewaktu berada dalam bilik persalinan, dia tidak nampak sebarang kecederaan pada individu yang terbabit.

"Saya berada di tepi padang ketika mereka berjalan masuk terowong dan apa yang saya lihat adalah jurulatih kecergasan T-Team menolak jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiminez.

"Apa yang terjadi di dalam terowong saya tidak nampak, namun sewaktu berada dalam bilik persalinan, tiada sebarang kecederaan di bahagian muka Elvaldo Rodriguez yang dikatakan ditumbuk sehingga hidungnya berdarah.

"Malah individu yang dikatakan tercedera dalam insiden tersebut juga hadir dalam sesi latihan keesokan hari tanpa sebarang masalah," katanya.

Muhd. Irfan, yang dahulunya bekas pemain JDT, berkata demikian kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini semalam.

Dia menegaskan kenyataannya itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan dia bersedia menerima sebarang tindakan daripada pihak pengurusan T-Team.

Perlawanan pusingan kedua Piala FA yang berlangsung di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos itu dihentikan pada separuh masa pertama apabila T-Team yang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan permainan atas alasan keselamatan.

Beberapa saksi mendakwa Rodriguez ditumbuk oleh pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), manakala Stefano Impagliazzo pula disepak di bahagian kemaluannya.

Muhd. Irfan memberitahu, rata-rata pemain bersedia untuk meneruskan permainan pada separuh masa kedua, namun penolong jurulatih T-Team, Azlan Johar membuat keputusan untuk tidak meneruskan perlawanan.

"Alasan diberikan kerana isu keselamatan para pemain tetapi menurut pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pihak keselamatan, tidak timbul isu sedemikian.

"Sebagai pemain, kami semua hanya menurut keputusan yang dibuat apatah lagi jurulatih, Azraai Khor Abdullah juga tidak berkata apa-apa berhubung keputusan tersebut," katanya.

'Irfan tidak tahu keadaan sebenar'

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan NOR AZAN FITRI
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Penolong jurulatih T-Team, Azlan Johar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Muhd. Irfan Abdul Ghani yang menyatakan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku pada perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team yang ditangguhkan Sabtu lalu.

Beliau menegaskan, Muhd. Irfan tidak nampak kejadian sebenar yang berlaku di dalam terowong kerana ketika kejadian pemain itu berada di padang dan dia hanya masuk ke bilik persalinan selepas pihak pengurusan pasukan membuat keputusan untuk tidak menyambung permainan.

Katanya, pemain itu tidak nampak sebarang kecederaan yang berlaku ke atas Elvaldo Rodriguez kerana selepas kejadian pasukan perubatan T-Team sudah menjalankan rawatan ke atas pemain import itu.

Beliau memberitahu, pihaknya mempunyai ramai saksi berhubung kejadian itu tetapi mengalu-alukan kehadiran saksi luar untuk membantu siasatan kes itu.

"Dia tidak nampak kecederaan yang berlaku terhadap Elvaldo dan segala keputusan yang dibuat oleh kesebelasan utama pasukan dia tidak tahu kerana dia merupakan pemain simpanan.

"Pemain rasa tidak selamat selepas apa yang berlaku ke atas Elvaldo dan ketika perjalanan masuk ke bilik persalinan mereka dihalang, dicaci dan dimaki. Sebagai ahli Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), saya tahu apa yang patut dilakukan dan kami tiada niat jahat, kami tidak ambil gambar kejadian dan tidak merancang apa-apa pun ketika kejadian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Perlawanan pusingan kedua Piala FA yang berlangsung di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru itu dihentikan pada separuh masa pertama apabila T-Team yang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan permainan atas alasan keselamatan.

Beberapa saksi mendakwa Rodriguez ditumbuk oleh pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), manakala Stefano Impagliazzo pula disepak di bahagian kemaluan.

Azlan turut memberitahu, pihak pengurusan pasukan juga tidak mengetahui mengenai tindakan Muhd. Irfan kerana pemain itu memaklumkan kepada jurulatih, Azraai Khor Abdullah pada Isnin lalu bahawa ibunya kemalangan di Johor dan mengalami kecederaan serius di kepala.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin pada Isnin lalu menjelaskan status keputusan perlawanan antara JDT dan T-Team yang ditangguhkan akan ditentukan pada hari ini setelah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Afandi Hamzah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


4,800 rakyat Palestin ditahan

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Gambar fail bertarikh 6 Mac tahun lalu, menunjukkan tentera Israel menahan seorang remaja Palestin selepas matanya disembur dengan penyembur lada di Kampung Qusin, berat Nablus, utara Tebing Barat. - AGENSI

BAITULMAQDIS 5 Feb. - Palestin mendedahkan, lebih 4,800 rakyatnya termasuk kanak-kanak dan wanita masih ditahan di pusat-pusat tahanan rejim tersebut.

Ketua Jabatan Bancian di Kementerian Tahanan Palestin, Abdul Nasser Ferwana semalam berkata, semua tahanan ditempatkan di 17 buah penjara, pusat tahanan dan pusat soal siasat.

Kebanyakan mereka ditahan kerana terlibat menentang penjajahan Israel ke atas Palestin atau Intifada al-Aqsa pada bulan September tahun 2000," katanya.

Abdul Nasser menjelaskan, sejak itu juga, tentera Israel telah menculik dan menahan lebih 10,000 kanak-kanak Palestin.

Tambahnya, rejim Yahudi itu turut menahan kira-kira 11,034 rakyat Palestin termasuk 2,500 kanak-kanak sejak tiga tahun lalu.

Abdul Nasser berkata, seramai 150 individu yang ditahan di penjara Israel, tidak diberi akses guaman atau dibicarakan, sementara sebanyak 12 Ahli Parlimen Palestin turut ditahan.

Jelas beliau lagi, para tahanan bukan sahaja dilayan dengan teruk, malah terdapat kira-kira 1,500 daripada mereka kini menderita pelbagai penyakit serius termasuk kanser.

Katanya, ada di antara tahanan turut hilang upaya dan sebanyak 250 tahanan dilaporkan maut akibat penyeksaan semasa soal siasat, kekurangan bekalan perubatan dan penggunaan kekerasan melampau oleh tentera sejak 1967. - AGENSI

PBB bimbang kebuntuan politik Thailand

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Jalan Silom yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong, terpaksa ditutup berikutan tunjuk perasaan antikerajaan yang diadakan setiap hari di Bangkok, Thailand, semalam. - REUTERS

BANGKOK 5 Feb. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak akan membiarkan sebarang tindakan yang membelakangkan proses demokrasi di Thailand, berikutan kegagalan pilihan raya umum negara ini mencapai sebarang keputusan hujung minggu lalu.

Setiausahanya, Ban Ki-moon berkata, beliau bimbang dengan tindakan menghalang pengundian pada Ahad lalu dan menggesa semua pihak terlibat menyelesaikan perselisihan menerusi dialog.

"Sebarang tindakan membelakangkan demokrasi dan menghalang hak demokrasi rakyat Thai, tidak akan dibiarkan," katanya.

Ahad lalu, ribuan penunjuk perasaan antikerajaan menghalang penyerahan kertas undi ke pusat-pusat pengundian, mengakibatkan pilihan raya terpaksa dibatalkan di hampir 10 peratus daripada 90,000 pusat pengundian di seluruh negara.

PBB pula dalam satu kenyataan menjelaskan, Ki-moon memahami situasi sukar di Thailand, ditambah dengan tindakan sesetengah pihak yang memulaukan pilihan raya berkenaan.

Bantahan antikerajaan dianjurkan Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) diadakan setiap hari di Bangkok sejak tiga bulan lepas bagi memaksa Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra dan Kabinetnya meletak jawatan.

Kumpulan itu menggesa satu kerajaan baharu sementara dilantik sebelum pilihan raya baharu diadakan.

Banyak pihak bimbang, kebuntuan politik tersebut bakal menyaksikan satu lagi rampasan kuasa oleh tentera yang sebelum ini pernah dilaksanakan sebanyak 18 kali. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Rayuan kes Khir Toyo ditangguhkan

Posted: 05 Feb 2014 06:18 PM PST

PUTRAJAYA 6 Feb. - Rayuan terakhir bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang sepatutnya didengar hari ini oleh Mahkamah Persekutuan, ditangguhkan ke tarikh lain.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Mahkamah Persekutuan, Mohd. Aizuddin Zolkeply memaklumkan kepada pemberita bahawa kes itu ditangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Katanya tarikh baharu bagi rayuan itu akan ditetapkan kemudian oleh mahkamah.

Mohamad Khir merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara setahun selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isteri, dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN ONLINE

Lans koperal didakwa rasuah

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

MOHD. Azreey Ramlan ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 5 Feb. - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima rasuah daripada warga Indonesia bagi menyalurkan maklumat mengenai operasi Jabatan Imigresen, dua tahun lalu.

Mohd. Azreey Ramlan, 27, yang bertugas di Pondok Polis Sri Makmur, Pekan mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memperoleh suapan wang tunai RM300 daripada Herman Sandika dan seorang lagi dikenali sebagai Wahyudi bagi memaklumkan maklumat awal operasi tangkapan tersebut kepada mereka dan lapan lagi rakan mereka yang dikatakan tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh kira-kira pukul 4 petang, 30 November 2012 di sebuah rumah kongsi tidak bernombor di Kampung Belimbing, Pekan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Azreey didakwa memperoleh suapan wang tunai RM300 daripada Herman bagi tujuan serupa kira-kira pukul 7.50 malam pada tarikh dan tempat yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Nik Nasimah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 berserta seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 19 Februari ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syafinas Shabudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kes berasingan, seorang kerani Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima dan meminta rasuah daripada seorang lelaki warga Pakistan, tahun lalu.

Syed Firman Mohsin Syed Affendy, 30, didakwa bersetuju untuk menerima rasuah wang tunai RM500 daripada Amir Naveed Muhammad Hussain sebagai dorongan supaya tertuduh tidak melakukan tangkapan terhadapnya pada pukul 2.30 petang, 27 April tahun lalu di Kampung Razali dekat sini.

Tertuduh turut didakwa secara rasuah meminta RM6,000 daripada Amir Naveed menerusi panggilan telefon di sini supaya tidak menahan lelaki itu serta menguruskan pasport dan permit kerja Zaryab Rasyeed kira-kira pukul 5.15 petang, 23 April tahun lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Syed Firman Mohsin diwakili peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 26 Februari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Ingatkan rakyat hak Melayu

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

Mohd. Mansur Abdullah (tengah) mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat di DPMP Maran Hill Golf Resort, Maran, kelmarin.

MARAN 5 Feb. - Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) merancang mengadakan kolokium bagi mengupas kedudukan orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun ini berikutan terdapat usaha pihak-pihak tertentu yang ghairah mencabar perkara tersebut.

Ketua Satu DPMP, Datuk Dr. Mohd Mansur Abdullah berkata, selaku badan sastera tertua, pihaknya terpanggil mengadakan kolokium tersebut khususnya mengenai hak istimewa Melayu dan bahasa kebangsaan bagi mengingatkan rakyat tentang keperluan mempertahankan Perlembagaan.

Tegasnya, generasi muda semua kaum khususnya orang Melayu perlu disedarkan dari mimpi di siang hari akan kepentingan Perlembagaan yang menjamin secara langsung mengenai survival orang Melayu di negara bertuah ini.

"Orang Melayu Islam perlu peka akan kepentingan bangsa dan jangan terlalu asyik berpolitik sehingga terabai untuk mempertahankan kedudukan tiang seri Perlembagaan yang sedang dirobek-robek pihak tertentu.

"Ini kerana telah wujud ancaman pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menggugat ketenteraman awam, hak istimewa orang Melayu, isu agama Islam, kalimah Allah dan isu bahasa Melayu yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan," katanya.

Mohd. Mansur berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat kali pertama di Maran Hill Golf Resort di sini semalam.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua 1 Datuk Zainuddin Jumaat dan dan Timbalan Ketua 2, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil.

Tegasnya, DPMP merupakan badan yang memperjuangkan martabat bahasa dan budaya di negeri ini dan akan terus ke hadapan dalam mengangkat bahasa dan kebudayaan yang merupakan teras dalam pembentukan negara.

Tambah beliau, aktiviti perdana lain yang diputuskan ialah untuk mengadakan program diskusi buku penulis Pahang, bengkel penulis untuk pelukis lama dan baharu.

Menurutnya, DPMP Pusat turut bersetuju menganjurkan sayembara penulisan syair, baca puisi merdeka sempena bulan kemerdekaan ke-57 pada bulan Ogos kelak.

"Ketetapan lain yang dipersetujui ialah menganjurkan anugerah penulis serta sasterawan Pahang selain itu Jawatankuasa Pusat akan turun ke seluruh kawasan-kawasan DPMP di negeri ini untuk berjumpa dengan ahli-ahli," ujarnya.

Jadikan barangan keperluan setiap kaum sebagai barang kawalan

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

RAUB 5 Feb. - Kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan barangan keperluan asas berdasarkan keperluan pelbagai kaum sebagai barang kawalan dan tidak terhad kepada keperluan secara umum sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, langkah itu penting bagi memastikan kepentingan pengguna setiap kaum sentiasa terbela sekali gus mengelakkan peniaga menaikkan barangan berkenaan sesuka hati.

"Kerajaan sudah menyenaraikan sebahagian barang keperluan seperti gula, tepung, minyak, dan beras sebagai barang kawalan, tetapi masih ada barangan yang menjadi keutamaan sesetengah kaum tidak disenaraikan menyebabkannya dinaikkan sesuka hati oleh peniaga.

"Sebagai contoh, kacang dal, terung bulat dan beberapa jenis barangan menjadi kegemaran masyarakat India dan harganya naik tanpa kawalan kerajaan," katanya di sini semalam.

Menurut Shahiruddin, jika langkah itu dapat dilaksanakan sudah tentu peniaga tidak dapat menaikkan harga barangan tersebut sesuka hati sekali gus tidak membebankan pengguna terbabit.

Katanya, meskipun pengguna berkuasa menentukan harga, kerajaan perlu sentiasa proaktif dan tegas ke atas peniaga rakus yang sengaja menaikkan harga barang.

"Pegawai penguat kuasa dan skuad pemantau penguna perlu bekerjasama dan turun padang memantau harga serta jangan sekadar memberi amaran, sebaliknya bertindak tegas ke atas mereka yang melakukan kesalahan mengikut akta sedia ada.

"Amaran semata-mata tanpa tindakan menyebabkan peniaga semakin berani menaikkan harga barang kerana mereka tidak takut dengan undang undang," katanya.

RISDA teruskan program Kelas Tuisyen Desa

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Wan Salman Wan Ismail (tiga dari kanan) menyampaikan beg sekolah kepada peserta Kelas Tuisyen Desa RISDA di SMK Seri Jengka di Maran, kelmarin. Turut kelihatan, pengetua sekolah berkenaan, Datin Fatimah Kasim (kanan).

MARAN 5 Feb. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Pahang memperuntukkan sebanyak RM37,500 bagi melaksanakan program Kelas Tuisyen Desa di lokasi sekolah terpilih di daerah ini tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail berkata, peruntukan itu membuktikan agensi terbabit peka dengan kepentingan pendidikan anak- anak pekebun kecil di luar bandar.

Menurutnya, sekolah yang melaksanakan program tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jengka, SMK Maran dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudi.

Tambahnya, sebelum ini program tersebut telah dilaksanakan tahun lalu melibatkan SMK Chenor, SMK Chedung Jaya dan SMK Maran 2.

"Program ini bermula sejak 2007 dengan memilih sekolah yang berbeza setiap tahun bertujuan memberi pendidikan percuma khususnya kepada anak-anak pekebun kecil.

"Pendekatan yang diambil ini bagi membentuk generasi kedua berpendidikan dan lebih berdaya saing serta kreatif dalam menghadapi cabaran besar di peringkat global," katanya selepas melancarkan program berkenaan di SMK Seri Jengka di sini semalam.

Wan Salman berkata, pelaksanaan program itu akan memberikan manfaat kepada pelajar untuk meningkatkan nilai tambah dan pencapaian mereka dalam pelajaran.

Dalam pada itu, beliau memuji agensi terbabit kerana komited dalam meneruskan program menggunakan peruntukan Kumpulan Wang RISDA (KWR).

"Kumpulan sasar program ini ialah anak-anak pekebun kecil yang tinggal di luar bandar dan keutamaan diberikan kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Takut diculik?

Posted: 04 Feb 2014 10:27 PM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

AISYAH berazam untuk men jadi seorang penyanyi yang disegani ramai.

TIDAK keterlaluan jika dikatakan dunia nyanyian lagu-lagu Melayu yang cuma sekangkang kera di Singapura menyebabkan ramai penyanyi dari negara itu berhijrah ke ke sini untuk mengembangkan lagi kerjaya mereka menerusi bidang glamor tersebut.

Aisyah Aziz antara penyanyi muda dari Singapura yang berkeyakinan terhadap industri seni suara di negara ini yang mempunyai pasaran luas dalam mengangkat lagu-lagu Melayu berbanding perkembangan di Singapura yang seakan-akan telah pupus.

Justeru, tidak hairanlah penyanyi yang berusia 20 tahun ini sanggup berjauhan dengan keluarganya di Bukit Panjang, Singapura hanya kerana mahu mencipta nama sebagai penyanyi seperti abangnya, Aliff Aziz, 23, yang terlebih dahulu telah berhijrah ke negara ini.

Menurut Aisyah, dia sanggup menanggung rindu berjauhan dengan ibu, ayah, adik, nenek dan saudara-maranya di sana, namun tidak boleh pula menyembunyikan rasa kebimbangan di hati tentang keselamatan dirinya di sini.

Justeru, penyanyi bertubuh tinggi lampai ini begitu bergantung harap kepada Aliff yang juga anak sulung serta ibu bapanya agar sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadanya dalam mengharungi apa juga cabaran yang mendatang sewaktu berada di rantau orang.

Ibu dan bapa saya memang selalu risaukan saya kerana tinggal berjauhan daripada mereka. Maklumlah, saya ini anak perempuan dan tinggal jauh pula. Bapa adalah orang yang paling risaukan tentang keselamatan saya.

Dia takut saya kena culiklah atau saya kena kacau oranglah dan macam-macam lagi. Sebab itu, sejak saya berpindah dari Singapura dan tinggal di sebuah kondominium bersama abang, setiap malam dalam pukul 11 malam ayah tidak pernah lupa menelefon saya di sini.

Adakalanya dia (ayah) menghubungi saya sebanyak tujuh kali dalam sehari. Selepas dengar suara saya dan tahu saya berada di mana baharulah dia puas hati," cerita Aisyah kepada Hits selepas sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini.

Dia yang telah menetap bersama Aliff di sebuah kondominium di Damansara Perdana, Petaling Jaya, sejak kira-kira tiga minggu lalu tidak menjadikan jarak sebagai penghalang, sebaliknya dia banyak menggunakan kemudahan teknologi yang ada bagi merapatkan hubungan itu.

Sebab itu, tidak hairanlah Aisyah saling berhubungan dengan ibu bapa dan keluarganya pada setiap hari bagi mengikuti perkembangan masing-masing, sekali gus mampu mengurangkan kerisauan mereka terhadapnya.

Saya bukan sahaja menerima panggilan daripada bapa dan ibu setiap hari tetapi saya juga menggunakan laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter bagi berhubungan dengan mereka. Cara itu memudahkan serta merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga.

Malah, biasanya dalam seminggu sekali atau dua minggu sekali ibu, bapa dan adik saya akan datang melawat kami di Damansara Perdana. Kami banyak menghabiskan masa bersama-sama sepanjang hujung minggu itu," ujarnya.

Abang ambil berat

Sepanjang tinggal berdua dengan Aliff di Damansara Perdana, Aisyah bukan sahaja berasa selesa dan selamat tetapi pada masa sama kerisauan ibu bapanya juga dapat dikurangkan kerana abangnya itu seorang yang amat mengambil berat tentang dirinya.

Ini kerana, sepanjang berada di sini abangnya itu telah banyak menjaga keselamatannya, selain pada masa sama turut memberi tunjuk ajar dalam bidang nyanyian agar mereka sama-sama berjaya dalam bidang kerjaya tersebut.

Saya jarang keluar rumah kalau tidak ada urusan. Kalau keluar rumah pun saya akan keluar dengan abang. Kami pula jarang memasak di rumah, jadi kalau makan di luar pun kami akan makan bersama-sama. Sampaikan ada orang ingat saya ini girlfriends (teman wanita) abang.

Kalau abang hendak lepak dengan kawan-kawannya sampai tengah malam, dia akan hantar saya balik rumah dulu. Tetapi ada juga masanya kami keluar berkaraoke bersama-sama di luar. Ini boleh bantu kami berlatih menyanyi.

Semua itu tidak ada masalah kerana kami juga menjadikan bidang nyanyian sebagai satu matlamat bersama mengapa kami berada di sini dan berjauhan dengan keluarga. Abang memang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam bidang nyanyian," jelasnya.

Aisyah yang baharu tampil dengan album single pertamanya berjudul Mimpi hasil sentuhan karya Faizal Tahir dan Omar K menganggap produk itu sebagai taruhan awalnya bagi mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian.

Lagu yang berkonsepkan balada dan sentimental itu telah mula disiarkan menerusi saluran-saluran radio tempatan dan Singapura, malah klip videonya pula telahpun mula ditayangkan di saluran-saluran televisyen (TV) Astro sejak beberapa minggu yang lepas.

Album single Mimpi saya itu telah berada di pasaran sejak November tahun lepas dan diterbitkan oleh Astro Talent Management Sdn. Bhd., tidak lama selepas berakhirnya pertandingan Akademi Fantasia 2013 baru-baru ini.

Dengan adanya album single itu, ia sebagai suatu permulaan untuk saya lebih dikenali dalam bidang nyanyian di sini. Malah dalam setiap persembahan pentas yang saya jayakan, saya akan dendangkan lagu tersebut dan secara tidak langsung lagu itu dipromosikan kepada para pendengar.

Oleh kerana hanya ada sebuah sahaja lagu sendiri, maka saya terpaksa menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain seperti lagu If I Aint Got You yang dipopularkan oleh Alicia Keys dalam setiap persembahan saya," katanya.

Meskipun bidang seni terbuka luas di negara ini, namun penyanyi bersuara lunak ini hanya mahu memfokuskan kerjayanya sebagai penyanyi sahaja dalam bidang seni. Kata Aisyah dia kurang berbakat dalam bidang lakonan dan lebih cenderung dalam dunia nyanyian.

Dia yang meminati penyanyi seperti Datuk Siti Nurhaliza, John Legend, Yuna, Christina Aguilera, Aizat dan John Mayer ini menambah, kecenderungan itu akan menjadikannya lebih fokus dalam bidang yang diceburinya itu.

Saya bukan sahaja tidak boleh berlakon tetapi juga tidak minat berlakon. Biarlah saya fokus dalam bidang nyanyian sahaja kerana kedatangan saya ke sini adalah untuk serius menyanyi dan menjadikan bidang ini sebagai kerjaya sepenuh masa," ujarnya lagi mengakhiri perbualan.

Jennifer enggan berambut pendek

Posted: 04 Feb 2014 10:27 PM PST

BERAMBUT pendek, perubahan drastik yang dibuat oleh Jennifer Aniston.

Bintang siri Friends, Jennifer Aniston nampaknya telah mengucapkan selamat tinggal kepada imej berambut pendek yang digayakan sebelum ini.

Baru-baru ini, Aniston yang hadir di sebuah majlis hari jadi kelihatan kembali menggayakan imej rambut panjangnya yang beralun dan pastinya, rambut tersebut menggunakan teknik extension.

Ini kerana, pada Oktober tahun lalu, pelakon berusia 44 tahun itu telah memotong rambutnya, kira-kira dua inci di atas bahunya dan agak mustahil untuk mendapat semula rambutnya yang panjang beralun itu dalam tempoh yang singkat.

Bagaimanapun, penampilan terbaharu Aniston itu mendapat perhatian ramai dan tidak kurang juga ramai yang menyukainya apatah lagi dia kelihatan begitu menarik dalam persalinan serba hitam dengan gaya yang sangat kasual.

Oktober lalu, selepas Aniston memotong rambutnya pendek, rakannya pernah menegur mengenai rambutnya yang begitu singkat hingga ke paras rahang dengan gaya yang lebih pendek di bahagian belakang.

Bagaimanapun, Aniston mempertahankan perubahan drastik yang dilakukannya dengan bantuan pendandan rambut Chris McMillan itu.

Ketika itu saya bersedia untuk sebarang perubahan. Saya bersedia untuk sesuatu yang baharu supaya saya mudah menguruskannya," tegasnya terhadap keputusan yang diambil.

Menurutnya, gaya rambut pendek itu bukanlah untuk menjayakan watak dalam mana-mana filem tetapi disebabkan rambutnya telah melalui pelbagai fasa.

Sebab itu saya memotongnya tetapi akhirnya saya dapat rasakan ia tidak sesuai dengan saya," jawabnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pas dan sandiwara politik PKR

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Zulkiflee Bakar

Anwar Ibrahim disambut penyokong PKR dan hanya segelintir penyokong Pas sejurus tiba di majlis pelancaran jentera pilihan raya kecil PKR di Taman Mesra di Kajang , baru-baru ini.

SETAKAT kelmarin, Pas sudah menyatakan hanya akan memberi bantuan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil yang dirancang oleh PKR dan tidak mahu dikaitkan dengan usaha menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam kata mudah, Pas hanya akan membantu Anwar di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23 Mac ini tetapi tidak akan merestui Ketua Pembangkang itu menjadi Menteri Besar Selangor. Sehingga kelmarin juga, Pas nampaknya bertegas dalam soal itu dan tidak mahu isu penggantian Abdul Khalid dibangkitkan.

Kita tidak pasti sejauh manakah pendirian Pas dalam soal itu akan berkekalan kerana rentetan politik sebelum ini sering menyaksikan parti itu sering mengalah apabila berhadapan dengan tekanan Anwar, PKR dan DAP.

Bagaimanapun sumber dalaman Pas memberitahu penulis, kali ini parti benar-benar konsisten untuk terus mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor kerana mereka melihat tidak ada cacat celanya, bekas tokoh korporat itu menerajui negeri tersebut.

Sumber itu berkata, Pas sememangnya menentang sebarang perancangan politik bagi menyingkirkan Abdul Khalid apatah lagi jika hanya kerana beliau berbalah dengan orang kesayangan Anwar iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.

''Sebab itulah Pas menentang keras keputusan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dan seterusnya menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

''Gerakan politik ini tidak dibincangkan oleh PKR dengan Pas, biar pun dari segi kerusi Pas mempunyai lebih banyak kerusi di DUN Selangor berbanding PKR," katanya ketika dihubungi.

Apabila ditanya jika begitu keadaannya kenapakah Pas hendak membantu PKR, sumber itu berkata, ''Atas semangat pakatan pembangkang kita perlu membantu PKR tetapi pernahkah saudara mendengar Pas bersetuju Anwar menggantikan Abdul Khalid, jika Anwar menang kerusi DUN Kajang? Tidak ada...bukan? Ini bermakna dalam keadaan apa sekali pun Pas tidak mahu Anwar mengganggu Abdul Khalid menerajui Selangor."

Biar pun cuba diperlekehkan secara tidak langsung oleh Anwar yang menyatakan Abdul Khalid cemerlang dari segi ekonomi tetapi lemah dari segi pengurusan politik namun pemimpin-pemimpin Pas melihat Abdul Khalid jauh lebih baik berbanding Anwar.

''Pemimpin Pas melihat Abdul Khalid seorang pemimpin yang bersih dan sentiasa dilihat bersih kerana tidak dikaitkan dengan sebarang skandal termasuklah moral tetapi bagaimana dengan Anwar, beliau dilihat terlalu banyak masalah dan keadaan itu sudah tentulah tidak sesuai untuk beliau menjadi Menteri Besar," kata seorang pemimpin muda Pas kepada penulis.

Oleh itu, dalam berhadapan dengan pertembungan antara 'dua anak Ibrahim' itu Pas dikatakan mempunyai strategi bagi memastikan Anwar tidak menang dalam sebarang usaha menyingkirkan Abdul Khalid.

Menurut sumber Pas lagi, walaupun setakat ini tidak ada kenyataan yang jelas daripada Anwar bahawa beliau ingin menggantikan Abdul Khalid, tetapi manuver politik yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu cukup ketara.

''Apa yang kita persoalkan, kalau setakat hendak menyelesaikan masalah dalaman PKR, kenapa perlu mengheret rakyat?

''Kalau beliau tidak mahu menjadi Menteri Besar tak kan, beliau hendak menjadi Exco atau ADUN biasa sahaja? Jika begitu keadaannya siapa sebenar yang akan menerajui Selangor, Abdul Khalid atau Anwar? Bolehkah Abdul Khalid bekerja kalau Anwar yang menjadi Exco sedangkan Anwar adalah pemimpin nombor satu PKR?," kata sumber itu.

Bagaimanapun penulis diberitahu, buat masa ini Pas tidak mahu membangkitkan isu Menteri Besar kerana menganggap ia tidak ada keperluan memandangkan parti itu kekal dengan pendirian bahawa Abdul Khalid tidak harus digantikan.

Kenyataan itu selari dengan penegasan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat yang tidak mahu polemik DUN Kajang mengheret pakatan pembangkang bagi membincangkan perebutan kerusi 'panas' (Menteri Besar).

''Pemuda Pas mendesak agar isu Menteri Besar dihentikan segera kerana rakyat sudah muak dengan polemik politik yang tidak berkesudahan," kata Suhaizan dalam sidang akhbar, kelmarin.

Walaupun Anwar menafikan peletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dirancang tetapi sejarah perjalanan politik Anwar sudah membuktikan bahawa 'penafian beliau hakikatnya adalah satu kebenaran."

Jika tiada perancangan untuk meletakkan Anwar sebagai Menteri Besar kenapakah dalam reaksi mereka Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor menyelar Suhaizan kerana tidak bersetuju dengan cadangan melantik Anwar sebagai Menteri Besar?

"Kita tawarkan pemimpin berpengalaman luas untuk Selangor dan secara tidak langsung akan memantapkan lagi kerjasama parti pendukung pakatan pembangkang khususnya di negeri tersebut," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook AMK Johor.

Bagi Abdul Khalid pula, beliau setakat ini belum membuat kenyataan terbuka bahawa Anwar akan menjadi Menteri Besar. Sehingga kelmarin, Abdul Khalid hanya berkata, ''Anwar sudah bersedia bekerja untuk rakyat.''

Kalau dikaji kenyataan Abdul Khalid sejak tercetus isu DUN Kajang, beliau dilihat tidak begitu selesa apabila dianggap oleh Anwar hanya bijak menguruskan ekonomi.

Mungkin atas sebab itulah dalam ucapan ketika majlis bersama pemimpin masyarakat Hulu Langat semalam, Abdul Khalid berkata, Anwar mahu kerajaan Selangor menunaikan permintaan rakyat dan ia berbeza dengan kebolehan beliau 'yang hanya tahu mengira duit'.

Namun begitu, apa pun perancangan politik Anwar termasuklah dengan menjadi PRK DUN Kajang sebagai usaha mengalih isu yang terlalu banyak dipalitkan dengan beliau, ia tidak akan berhasil jika pengundi-pengundi Kajang menolak beliau dalam pilihan raya kecil tersebut.

Oleh itu DUN Kajang seharusnya dijadikan medan kepada pengundi mengajar PKR supaya berpolitik dengan cara lebih bermoral. Janganlah begitu mudah mempermainkan amanah rakyat dengan sewenang-wenangnya.

Kita menghormati keputusan pengundi Kajang sebelum ini apabila memberikan kemenangan kepada PKR dalam pilihan raya umum lalu. Itu hak mereka kerana yakin PKR yangturut menerajui kerajaan negeri mampumelakukan sesuatu untuk kawasan itu.

Namun sekarang sudah jelas kerusi DUN Kajang dipertaruhkan oleh PKR semata-matamemenuhi agenda politik parti itu dan lebih buruk jika benar ia sekadar agenda Anwar untuk mengalih isu yang melumuri dirinya, apakah isu itu semua orang tahu!

Pertahan kedaulatan Beting Serupai

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Azmi Hassan
PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

BETING Serupai atau lebih dikenali oleh masyarakat antarabangsa sebagai Beting James di perairan Laut China Selatan tidak syak lagi berada dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia kerana jaraknya dari Bintulu, Sarawak hanya 80 kilometer (km).

EEZ mengikut peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) membenarkan sesebuah negara mengurus tadbir EEZ yang boleh menjangkau sehingga 370 km dari sempadan sah perairan negara berkenaan. UNCLOS juga mengesahkan negara pesisir mempunyai hak kedaulatan terhadap kawasan perairan 17 km dari pantai.

Memang tidak dinafikan EEZ Malaysia bertindih dengan EEZ beberapa negara lain seperti Brunei, Filipina dan Indonesia kerana perkara sebegini adalah lazim bagi negara yang berdekatan antara satu sama lain. Tidak timbul masalah ketara di antara EEZ empat negara ASEAN ini kerana masing-masing menghormati kedaulatan negara lain.

Tetapi apabila Beting Serupai juga dituntut oleh China sebagai sebahagian daripada wilayah mereka walaupun jarak terdekat perairan negara tersebut iaitu Hainan dari Beting Serupai ialah 1,800 km, tuntutan Beijing dianggap sebagai tidak masuk akal. Ini adalah kerana tuntutan Beting Serupai oleh Beijing tidak bersandarkan kepada peruntukan EEZ UNCLOS tetapi hanya berasaskan sejarah lampau China.

Timbul masalah apabila China mula cuba memperkuatkan tuntutan Beting Serupai dengan menggunakan strategi ketenteraan bermula dari tahun 1983 dengan menggunakan alasan kebebasan laluan di perairan antarabangsa. Ini adalah kerana peruntukan UNCLOS membenarkan kapal negara asing (termasuk kapal perang) melalui perairan EEZ sesebuah negara jika aktiviti kapal tersebut tidak mengganggu kegiatan ekonomi negara milik EEZ tersebut.

Pada 1987 dan 1994 kapal perang milik Tentera Laut Rakyat China (PLAN) merentas perairan berhampiran Beting Serupai dan paling membimbangkan pada 20 April 2010 besi penanda sempadan diletakkan berhampiran dengan beting tersebut.

Tindakan agresif China berterusan kerana pada 2013, PLAN mula mempamerkan kekuatan tentera laut mereka dengan mengadakan latihan pendaratan amfibia di kawasan EEZ Malaysia.

Paling terkini agensi berita China Xinhua melaporkan pada 26 Januari lalu, tiga kapal perang PLAN iaitu kapal pendarat Changbaishan dan dua kapal pemusnah daripada kelas Luyang I dan II iaitu Wuhan dan Haikou telah melakukan rondaan di perairan berhampiran Beting Serupai.

Walaubagaimanapun Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menafikan laporan agensi berita tersebut kerana berdasarkan pemantauan dan risikan TLDM, tiga kapal perang PLAN yang dalam latihan itu tidak memasuki perairan negara sebagaimana didakwa.

"TLDM mengetahui tentang kehadiran tiga buah kapal perang PLAN di kawasan perairan Laut China Selatan dan kita sememangnya memantau rapat pergerakan mereka tetapi tiada pencerobohan di James Shoal (Beting Serupai)?, tegas beliau.

Beijing begitu lazim menggunakan strategi psikologi terhadap rakyat mereka dalam apa jua peristiwa untuk menentukan sokongan tanpa belah bahagi kepada pemerintah. Umpamanya dalam media tempatan mereka sering diwarnai dengan berita China sentiasa berada dalam ancaman dari pihak luar seolah-olah seperti dalam ambang peperangan.

Begitu juga dengan isu tuntutan kawasan perairan Laut China Selatan walaupun dari pandangan luar mentafsirkan sebagai sesuatu yang tidak logik, tetapi rakyat mereka disogok dari kecil lagi dengan propaganda bahawa hampir 80 peratus perairan tersebut adalah milik mereka. Termasuk dalam propaganda harian mereka adalah Beting Serupai (yang dilabel sebagai Terumbu Zengmu oleh China) juga milik mereka.

Ada kemungkinan laporan terbaru agensi berita Xinhua mengenai Beting Serupai adalah salah satu propaganda pemerintah mereka untuk menguatkan persepsi bahawa beting yang berdekatan dengan Bintulu itu adalah wilayah paling selatan China.

Walau apa pun senario sebenarnya, adalah menjadi tanggung-jawab Kuala Lumpur untuk mempertahankan kedaulatan Beting Serupai seperti yang diperuntukkan oleh UNCLOS atau mana-mana undang-undang maritim antarabangsa. Berhadapan dengan Beijing memerlukan strategi licik yang harus menggabungkan usaha diplomasi dan ketenteraan.

Peristiwa perebutan Beting Scarborough antara Filipina dan China boleh dijadikan petunjuk bagaimana untuk berhadapan dengan Beijing. Beting tersebut yang terletak 230 km dari Pulau Luzon, Filipina dan 870 km dari Hainan, China menjadi rebutan kedua-dua negara tersebut.

China kini mengawal sepenuhnya beting tersebut kerana kekuatan PLAN jauh melebihi kemampuan tentera laut Filipina. Tetapi Manila menggunakan saluran UNCLOS untuk memaksa Beijing menerima pakai lunas perundangan antarabangsa.

Begitu juga dengan Malaysia, kekuatan TLDM pernah digunakan jika berlaku pencerobohan perairan negara seperti yang telah dilakukan oleh PLAN. Cadangan untuk membangunkan pangkalan laut di Bintulu atau menubuhkan pasukan tentera marin mengikut acuan tentera marin Amerika Syarikat (AS) adalah usaha untuk memantapkan pertahanan maritim negara.

Kuala Lumpur juga perlu menggunakan hubungan diplomatik yang agak istimewa dengan Bejing sebagai strategi mengendurkan konflik bersangkutan dengan Beting Serupai. Hubungan perdagangan yang sihat antara dua negara juga boleh dijadikan pemangkin sebagai jalan penyelesaian masalah. Begitu jua dengan persefahaman untuk melaksanakan latihan ketenteraan di antara kedua-dua negara adalah manifestasi hubungan rapat Kuala Lumpur-Beijing.

China memerlukan rakan dalam Asean apabila berhadapan dengan tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Filipina, Vietnam, Indonesia dan Singapura tidak memihak kepada China dan situasi sebegini boleh digunakan oleh Kuala Lumpur untuk memaksa Beijing supaya tidak menimbulkan provokasi dengan Malaysia.

Dalam apa jua keadaan mungkin pembinaan struktur di Beting Serupai belum tiba masanya seperti yang dilakukan terhadap beberapa pulau milik Malaysia dalam gugusan Kepulauan Spratly. Tetapi hakikatnya, kedaulatan Beting Serupai perlu dipertahankan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Tak tahan digoda

Posted: 04 Feb 2014 10:27 PM PST

SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) bersama tiga anaknya di ibu kota meneruskan kehidupan seperti biasa. Faktor tidak biasa dengan cuaca terlalu sejuk membuatkan Zamira memilih membesarkan anak-anak di negara tercinta sahaja.

Jika sebelum ini dia hanya menjadi suri rumah sepenuh masa, Zamira juga memilih untuk bekerja bagi menghilangkan rasa bosan di rumah.

Wanita berusia 31 tahun ini akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi.

Anak-anaknya berusia lingkungan lima hingga lapan tahun juga sudah mula ke sekolah, dek kerana cita-cita tertangguh dahulu, Zamira turut mendaftarkan diri sebagai pelajar sambilan di sebuah universiti tempatan mengambil jurusan pentadbiran perniagaan.

Hidup Zamira memang penuh dengan aktiviti, setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 7 malam dia akan berada di pejabat.

Bila balik pula dia menguruskan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah esok hari dan hujung minggu pula Zamira menghadiri kelas menuntut ilmu di peringkat ijazah.

Suami memang ada menyarankan saya memenuhi masa supaya saya tidak akan rasa bosan dan merinduinya. Memang semenjak bercinta kami

tidak pernah berenggang dan langsung tidak pernah berpisah walau untuk sehari.

Jadi setelah suami ditugaskan ke luar negara sesuatu yang amat sukar bagi saya melepaskannya. Atas sebab itu saya disuruh suami menyambung pelajaran dan bekerja supaya ada rakan-rakan yang dapat menghiburkan hati," cerita Zamira di awal pertemuan kami.

Mujurlah juga Zamira mempunyai seorang pembantu rumah yang baik hati dan jujur jadi Zamira tidak mempunyai tekanan memikirkan keadaan rumah dan anak-anaknya di rumah.

Dek kerana jauh, suami Zamira hanya akan pulang ke tanah air kira-kira lima bulan sekali. Kerinduan Zamira dan anak-anak pada suami dilepaskan semata-mata menerusi internet atau panggilan video.

Hampir setahun suami berkhidmat di sana saya semakin boleh mengadaptasi kehidupan tanpanya. Kalau dulu saya tidak boleh memandu, kini saya sudah berjaya memiliki lesen memandu dan suami juga membelikan saya sebuah kereta mewah semata-mata untuk menggembirakan hati saya yang berkorban menjaga anak-anak sepanjang peninggalannya ke luar negara.

Semakin seronok saya bergaya dengan kereta dan kerjaya yang memerlukan interaksi dengan orang ramai. Hingga pada satu hari saya bertemu dengan seorang pelanggan lelaki yang berusia dalam 30 tahun. Pada awalnya hubungan sekadar pelanggan, lama-lama kami berkawan pula. Dia mengajak saya keluar minum dan tanpa ragu saya menerima pelawaan," imbas Zamira.

Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti, Zamira mengakui jiwanya begitu kosong tanpa teman yang bernama lelaki. Bila semakin lama suaminya di luar negara, perasaan kebergantungan menjadi semakin nipis dan Zamira kini sungguh berdikari.

Walaupun baru dua kali keluar minum dengan Irfan (bukan nama sebenar), saya tidak mampu menidakkan rasa hati. Saya tahu saya mula sukakannya, bukan bermakna saya mahu bercerai dengan suami,

tapi saya menganggap Irfan teman di kala sunyi semata-mata dan tidak lebih dari itu.

Irfan bukanlah jejaka persis hero tempatan tapi bagi saya dia mempunyai daya tarikan tersendiri. Walaupun dia lebih muda dua tahun dari saya, kematangannya terserlah. Pengetahuan amnya juga luas, dari perbualan dengannya saya tahu dia seorang yang kuat membaca.

Paling saya tertarik dengannya ialah sikapnya yang sungguh mengambil berat. Satu hari kereta saya rosak, Irfan pantas datang menghulur bantuan, perasaan saya padanya semakin hari semakin kuat hinggakan saya lebih banyak berSMS dengannya daripada suami sendiri," akui Zamira.

Dua bulan berlalu selepas mengenali Irfan, Zamira merasakan kehidupannya sungguh ceria. Jiwanya rasa seakan gadis yang baru mula mengenali erti cinta, satu perasaan yang mengujakan Zamira setiap hari dan dia bersemangat ke pejabat semata-mata untuk makan tengah hari bersama Irfan.

Tersedar dari khayalan

Kemesraannya dan Irfan menyebabkan Zamira ada terdetik di hati untuk berkahwin dengan Irfan. Dia mula merancang strategi mencari alasan berpisah dengan suami. Hinggalah pada satu hari anak sulung Zamira diserang demam denggi, betapa paniknya Zamira kerana terpaksa menguruskan anaknya di hospital seorang diri.

Di hospital melihat begitu ramai orang sakit, sayu pula hati saya. Makin saya terharu melihat pengorbanan seorang ibu yang menjaga anak dan suami yang sakit di hospital. Begitu tabah ibu itu yang usianya seakan kakak saya sahaja. Berkongsi cerita dengan kakak tersebut, umpama menyedarkan saya daripada khayalan sendiri.

Ketika itu saya mula mengenang kesilapan diri, betapa jauh saya terlanjur walau tidaklah sampai berdua-duaan dengan Irfan di tempat sunyi tapi saya merasa seakan besar beban dosa yang saya tanggung.

Ketika menjaga anak di hospital, Irfan ada beberapa kali menghubungi tapi saya tiada hati untuk menjawabnya. Kepada suami saya adukan kegusaran hati tentang anak yang sakit dan akhirnya saya sedar kekhilafan diri.

Saya mengelak berhubung dengan Irfan dan akhirnya saya memilih untuk berhenti kerja. Saya menukar nombor telefon dan memutuskan hubungan dengan Irfan walaupun di laman sosial. Sementara menunggu notis berhenti, anak saya juga semakin sihat dan pembantu rumah saya juga mahu berhenti kerja kerana akan bernikah.

Bagaikan satu hikmah yang terbaik disusun yang maha pencipta, saya akhirnya kembali kepada fitrah seorang isteri. Biarpun sudah berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga saya rasa puas kerana dapat berbakti untuk suami.

Suami saya tidak pernah mengetahui tentang apa yang telah terjadi dan menerima keputusan saya dengan hati terbuka, itulah yang terbaik untuk kami," ujarnya mengakhiri bicara.

Ingin berkongsi kisah untuk segmen ini? Sila emelkan kepada pengakuan.mega@yahoo.com

Cerita kasut Shoetale

Posted: 04 Feb 2014 10:27 PM PST

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR

PELBAGAI lukisan di atas kasut sentuhan Nur Dhiya Abdullah.

BERMULA sebagai hobi kini lukisan di atas kasut kanvas menjadi satu perniagaan buat Nur Dhiya Abdullah, 27. Bekas akauntan di sebuah syarikat minyak dan gas ini mengambil keputusan berhenti kerja setelah mendapati minat dan kepuasan sebenar kerjayanya diperoleh hasil daripada berniaga.

Shoetale adalah kisah kasut saya, menerusi Shoetale segala idea dan kreativiti berjaya saya luahkan dan olah sehingga menjadi satu kasut yang penuh dengan ciri seni yang tinggi," kata Nur Dhiya yang ditemui di studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nur Dhiya yang sememangnya menggemari warna-warna mengakui tidak mengambil masa yang lama untuk belajar tentang lukisan kasut kanvas. Ketika dia masih berkhidmat sebagai akauntan lagi, gadis ini telah bermula menjual hasil seninya pada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Pada bulan Oktober 2013 saya memulakan akaun Instagram untuk Shoetale. Memang permintaan ada tapi tidaklah begitu tinggi. Hinggalah apabila saya mempromosikan Shoetale kepada seorang artis tempatan, Nad Zainal dan kemudiannya Shoetale turut dipakai aktres Elfira Loy dan komposer Fynn Jamal, barulah pengikut di Instagram saya bertambah.

Kini saya memiliki lebih 9,400 pengikut dan pelanggan hanya menerusi laman sosial tersebut," ujar Nur Dhiya yang berkelulusan ijazah sarjana muda kewangan dan perakauanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sebagai seorang yang berkelulusan dalam bidang kewangan memang menjadi nilai tambah bagi Nur Dhiya mengatur strategi pemasaran produknya. Shoetale menurutnya berlainan dengan perkhidmatan lukisan kasut kanvas di pasaran.

Shoetale menyediakan kasut yang telah siap dilukis mengikut corak yang sedang menjadi trend masa tersebut. Sebagai contoh masa kini trendnya ialah Ombre (corak pelangi) dan Tribal (motif orang Asli), maka Shoetale akan menyediakan lukisan tersebut.

Bagaimanapun terdapat juga lukisan yang klasik, bersifat feminin dan maskulin untuk memenuhi cita rasa pelanggan dan lebih istimewa ia adalah terhad," kata anak tunggal ini.

Antara bentuk kasut yang ada setakat ini ialah snicker, kasut leper dan kasut bayi. Saiz bermula dari bayi lapan bulan hingga dewasa dan harga pula dari RM45 ke RM50 untuk kasut bayi dan RM86 hingga RM90 untuk kasut dewasa.

Terdapat juga koleksi khas seperti kasut untuk ibu dan anak, kasut keluarga, kasut pasangan bercinta yang mana hasil lukisan adalah sedondon atau bersambung.

Akan datang, Shoetale akan memberikan lebih banyak pilihan bentuk kasut seperti wedges yang dilukis dengan corak-corak menarik dan terkini," kata Nur Dhiya yang boleh menyiapkan kira-kira 50 tempahan lukisan kasut dalam sebulan.

Pada masa akan datang Nur Dhiya akan mempelbagaikan lagi lukisannya di atas medium lain seperti seluar jean, beg dan aksesori wanita malah dia akan memasarkan produknya pada peniaga di kedai atau butik terpilih.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Alasan 'malas, hendak cepat'

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my

Beberapa aksi pejalan kaki yang sanggup menempuh bahaya semasa melintas jalan sempat dirakamkan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, berhampiran Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Pembinaan jejantas baharu dan laluan berbumbung yang menghubungkan beberapa bangunan di ibu kota membuktikan usaha kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah terhenti bagi keselamatan warga kota.

Kemudahan itu membolehkan orang ramai terutama pejalan kaki bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain tanpa terdedah risiko bahaya kemalangan.

Pembinaan jejantas di Jalan Raja Laut yang menghubungkan bangunan di ibu kota dari stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jalan Sultan Ismail ke stesen Monorel Medan Tuanku, misalnya dilihat benar-benar memudahkan orang ramai berurusan di bangunan berhampiran.

Pembinaan jejantas sepanjang 680 meter itu dilaksanakan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dengan peruntukan sebanyak 14.2 juta.

Selain itu cadangan pembinaan jejantas antara pusat beli-belah Sogo dan Kompleks Pertama, Maju Junction, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kompleks Pertama, bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menara DBKL sendiri secara berperingkat tidak lain bertujuan memudahkan pergerakan orang ramai.

Tetapi adakah usaha itu memadai sekiranya sikap warga kota sendiri masih enggan memanfaatkan kemudahan itu.

Tindakan mereka bukan sahaja sahaja mengundang bahaya bahkan gambaran kepada sikap degil terhadap undang-undang serta tidak menghargai kemudahan disediakan.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa laluan tumpuan sekitar ibu negara terutama di Jalan Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pudu dan Jalan Tun Razak mendapati masih ramai yang tidak menggunakan jejantas disediakan.

Jejantas di persimpangan Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang menghubungkan pusat membeli-belah Ampang Park dan bangunan berhampiran dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk tangga bergerak bagi kemudahan orang ramai. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

Lebih mengecewakan ada antaranya dilihat membimbing dan mendukung anak kecil untuk melintas jalan.

Rata-rata pejalan kaki yang ditemui berkata 'malas' dan 'hendak cepat' sebagai alasan mereka tidak menggunakan jejantas disediakan.

Selain itukeadaan jejantas yang kotor, tidak selamat dan dicemari pengemis turut dijadikan alasan.

Berdasarkan pemerhatian, kemudahan jejantas di sekitar ibu kota berada pada tahap memuaskan.

Misalnya, jejantas berbumbung yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana, dilengkapi kemudahan mesra pengguna.

Selain sebuah jejantas pejalan kaki tertutup, ia dilengkapi penyaman udara, kamera litar tertutup (CCTV), tangga bergerak dan lif di hujung kedua-dua bangunan.

Namun ada beberapa perkara yang perlu beri perhatian, antaranya mempertingkatkan rondaan oleh pihak berkuasa bagi membendung masalah kerosakan dan aktiviti vandalisme, jenayah ragut dan sebagainya.

Selain itu usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menggunakan jejantas juga perlu diteruskan.

Tahap kesedaran masih kurang - DBKL

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Warga kota harus memanfaatkan kemudahan jejantas disediakan untuk keselamatan mereka.

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menasihatkan orang ramai memanfaatkan jejantas disediakan bagi tujuan keselamatan dan kemudahan mereka.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata, kurang kesedaran sivik merupakan faktor keengganan mereka menggunakan kemudahan itu.

Menurutnya, sebahagian pejalan kaki gemar membiarkan diri mereka terdedah kepada risiko berbahaya kerana tidak menggunakan jejantas untuk melintas biarpun kemudahan itu disediakan.

"Tidak rugi memanfaatkan kemudahan ini kerana ia untuk keselamatan dan memudahkan pergerakan ke satu tempat ke tempat lain,"katanya.

Beliau berkata, sikap segelintir warga ibu kota memang sukar diubah walaupun beberapa operasi dijalankan.

"Operasi bagi tujuan menyedarkan orang ramai mengenai penggunaan jejantas dan lintas pejalan kaki inidijalankan DBKL dengan kerjasama pihak polis dan Jabatan Keselamatan Jalan raya (JKJR) .

"Bagaimanapun operasi ini tidak dijalankan setiap hari memandangkan tenaga anggota penguat kuasa digunakan untuk menjaga persimpangan bagi mengurangkan kesesakan di ibu kota pada waktu puncak.

"Antaranya, persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Sultan Ismail,"katanya.

Warga kota serbu kaunter saman

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Warga kota tidak melepaskan peluang memanfaatkan tawaran pembayaran diskaun trafik sebanyak RM30 di kaunter DBKL, semalam.. - utusan/Wahidin Salim

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Warga kota yang mempunyai saman trafik tertunggak mula membanjiri kaunter Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini sempena tawaran kompaun trafik pada kadar rata sebanyak RM30.

Pemberian 'goodies' yang ditawarkan oleh DBKL kepada orang ramai itu sempena Hari Wilayah Persekutuan 2014 dan tawaran tersebut hanya sah bermula pada bulan ini hingga 8 Mac.

Sebelum ini, semua pesalah trafik yang dikenakan saman oleh DBKL perlu membayar kompaun antara RM50 hingga RM300 bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan dan pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL dengan membawa bersama-sama notis kompaun.

Tinjauan Utusan Malaysia di Menara DBKL, Jalan Raja Laut dekat sini hari ini mendapati, kaunter pembayaran kompaun trafik mula sesak dikunjungi orang ramai yang beratur menunggu nombor giliran masing-masing untuk membayar saman trafik selain pembayaran cukai pintu dan sebagainya.

Selain itu, DBKL juga turut menyediakan perkhidmatan kaunter pandu lalu bayaran pelbagai bagi memudahkan orang ramai dan mengelakkan kesesakan di kaunter.

Seorang pelajar, Ras Azeila Rezduan, 22, berkata, tawaran itu membuktikan keprihatinan DBKL kepada warga kota.

"Hari ini saya datang sebagai wakil kepada ayah dan ibu saya yang mempunyai kompaun trafik DBKL pada April dan November lalu. Saya pun baru mengetahui tawaran diskaun ini hari ini dan saya tidak melepaskan peluang terbaik sebegini," katanya.

Pemandu teksi, Mohd. Ridzuan Sumiri, 60, pula berkata, dia terkejut kerana mempunyai sejumlah 15 kompaun selepas menyemak semula rekod lampau samannya sebelum ini.

Menurutnya, ia merupakan kompaun motosikal dan kereta sejak 10 tahun lalu.

"Saya tidak mahu melepaskan peluang ini, walaupun menghadapi masalah mencari tempat letak kereta ketika ke sini,"katanya.

Pekerja swasta, Kamaruzaman Ashrof Hafiz, 27, pula menyifatkan perkhidmatan kaunter pandu lalu yang disediakan oleh DBKL untuk pelbagai pembayaran amat dialu-alukan.

Menurutnya, ia memberi kemudahan kepada warga kota sibuk.

"Kita tak perlu bersesak untuk membayar saman di kaunter dalam pejabat.

"Hari ini saya baru sahaja dikenakan kompaun bagi kesalahan tempat letak kereta.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus datang ke sini untuk membayar saman itu selepas mendapat tahu daripada rakan berhubung diskaun tersebut," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved