Isnin, 7 Oktober 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Lexus sasar jual 100 model baharu

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

Dari kiri: Ismet Suki, Takashi Hibi dan Toshio Asahi bergambar bersama kereta terbaharu keluaran Lexus pada majlis pelancaran model Lexus ES di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Lexus Malaysia di bawah UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) menyasar untuk menjual lebih 100 buah model baharu Lexus ES yang dilancarkan hari ini menjelang akhir tahun ini.

Melalui pengenalan model itu, Lexus Malaysia kini menawarkan tiga model ES iaitu ES 250 dengan harga - atas - jalan (tanpa insurans) RM259,800, ES 250 Luxury (RM279,800) dan ES 300h (RM353,000).

Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki berkata, ES baharu ini menutup jurang antara model sport Lexus IS dan sedan eksekutif Lexus GS dengan menawarkan ruang dalaman direka rapi, keluasan mendahului kelas dan keselesaan Lexus yang sudah tidak asing lagi.

"Oleh itu, kami menyasarkan lebih 600 buah kereta ini terjual menjelang akhir 2014 yang mana akan menyumbang sebanyak 40 peratus kepada jualan keseluruhan Lexus di Malaysia," katanya pada majlis pelancaran Lexus ES di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Datuk Takashi Hibi dan Ketua Jurutera Lexus International, Toshio Asahi.

Ditanya mengenai jualan pada tahun lalu, beliau berkata, UMW Toyota berjaya menjual kira-kira 1,471 buah kereta Lexus pada 2012.

Ismet berkata, model baharu ES bakal meneruskan pencapaian membanggakan dengan sesuatu dipanggil 'Neo Luxury & Neo Smart'.

Varian itu dijana enjin 2.5 liter, 4 silinder dengan dua motor elektrik dan setelah digabungkan jentera tersebut menghasilkan kuasa 202 brek kuasa kuda (bhp) dengan kuasa kilas 213 Newton meter (Nm).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Revington sasar juara di Perth

Posted: 07 Oct 2013 05:58 PM PDT

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Ketua jurulatih skuad hoki negara Paul Revington mahu anak-anak buahnya muncul juara pada penampilan sulung dalam Kejohanan Antarabangsa Sembilan Sebelah Siri Super Perth, Australia dari 17 hingga 20 Oktober ini.

Dalam kejohanan jemputan antarabangsa empat negara itu, Malaysia akan menentang Pakistan pada 17 Oktober ini diikuti Australia pada hari berikutnya dan Argentina pada 19 Oktober.

"Kami dijemput oleh penganjur untuk menyertai kejohanan antarabangsa ini dan dengan kehadiran pasukan yang kuat, maka menjadi satu bonus bagi saya untuk menilai prestasi semasa skuad negara.

"Saya harap anak buah saya menang setiap perlawanan dan bukan sekadar untuk melengkapkan senarai pasukan," kata jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pentadbiran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) di sini, semalam.

Kunjungan ke Perth itu adalah sebahagian daripada persediaan skuad negara menghadapi edisi ketiga Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2013 di Kakamigahara, Jepun, bermula 1 hingga 10 November ini.

Anuar, Hariff tidak disenarai ke Sukan SEA

Posted: 07 Oct 2013 05:53 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Op Cantas: 2 anggota kongsi gelap 08 ditahan, senjata tajam dirampas

Posted: 07 Oct 2013 10:33 PM PDT

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 08 ditahan dalam Op Cantas Khas di Taman Bukit Cheras, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian pukul 5.15 petang itu, kedua-dua suspek yang menaiki sebuah lori, ditahan polis peronda dan polis menemui sebatang besi, sebilah pisau dan sebatang besi runcing di tempat duduk lori itu.

Beliau tidak menolak kemungkinan kedua-dua suspek yang berusia 21 dan 23 tahun itu menggunakan senjata tajam berkenaan untuk tujuan menyamun dan merompak.

"Kedua-dua suspek itu mempunyai tatu lambang anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai Geng 08 apabila diperiksa dan mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Pada Sabtu juga, menurut Mohan Singh, polis menjumpai sepucuk pistol jenis 0.38mm tanpa peluru di hadapan lif sebuah apartment di Desa Sri Putri, Desa Petaling di sini, kira-kira pukul 10 malam.

"Susulan itu, polis menahan tiga lelaki tempatan berumur antara 20 dan 29 tahun untuk membantu siasatan, bagaimanapun ketiga-tiganya dibebaskan dengan jaminan polis," katanya. - BERNAMA

Dinding pasar raya runtuh di Jitra

Posted: 07 Oct 2013 10:07 PM PDT

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

KUBANG PASU 8 Okt. - Sebahagian besar dinding sebuah pasar raya yang baru beroperasi lebih tiga bulan lalu di Bandar Darul Aman, Jitra di sini runtuh pagi ini.

Kejadian pada pukul 8.40 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan memandangkan pasar raya itu hanya memulakan operasi harian pada pukul 10 pagi.

Bahagian yang runtuh melibatkan tempat pakaian dan kasut berjenama.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu, Zahari Ismail berkata, pasar raya berkenaan yang beroperasi sejak 25 Julai lepas tidak sijil layak menduduki (CF). - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Wanita didakwa ubah wang haram RM1.1 juta

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

PENGARAH syarikat Ng Advantage Sdn. Bhd, Ng Wan Yean di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 7 Okt. - Seorang pengarah syarikat wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 19 pertuduhan mengubah wang haram berjumlah RM1.1 juta yang mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva (M) Sdn. Bhd. (GMSB), dua tahun lalu.

Pengarah syarikat Ng Advantage Sdn. Bhd., Ng Wan Yean, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad.

Wan Yean didakwa menerima hasil aktiviti haram yang dimasukkan daripada cek GMSB ke dalam akaun syarikatnya di CIMB Bank Bhd., Jalan PJU 1/3F Sunwaymas Commercial Centre, Petaling Jaya, di sini antara 18 Julai 2011 dan 28 Ogos 2012.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang membawa hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Wan Yean adalah saudara perempuan kepada dua tertuduh kes pengubahan wang haram yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lalu iaitu Ng Wan Yee, 34, dan Yee Yaw, 32.

Wan Yee dan Yee Yaw, kedua-duanya juga pengarah syarikat Ng Advantages, masing-masing berdepan 82 pertuduhan yang sama pada 30 September lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa Ahmadul Kaber yang mengendalikan pendakwaan memberitahu, pihaknya tidak menawarkan jaminan tetapi sekiranya mahkamah cenderung berbuat demikian, beliau mencadangkan jaminan RM1 juta dan dokumen perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam AS Dhaliwal yang mewakili tertuduh pula berkata, Wan Yean yang masih bujang ditanggung keluarganya sejak syarikat berkenaan dibubarkan.

Ujarnya, tertuduh juga telah bekerjasama dengan pihak polis sepanjang siasatan dijalankan dan memohon anak guamnya diikat jamin RM50,000.

Noradidah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin sementara pasport wanita itu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Beliau juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan menetapkan sebutan kes pada 25 Oktober ini.

Dua didakwa rasuah anggota APMM

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menawar dan memberi suapan wang tunai berjumlah RM198,000 untuk melindungi bot nelayan Vietnam dan melepaskan bot yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dua bulan lalu.

Pengusaha bot, Law Chark Huat, 42, dan kontraktor, Muhamad Nooraizuddin Mohammed Yusoff, 28, masing-masing mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut yang dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Ini bermakna empat tertuduh telah didakwa di mahkamah setakat ini berhubung kes rasuah nelayan asing membabitkan penggunaan pukat tunda secara haram di perairan negara.

Pada 2 Oktober lalu, dua beradik yang merupakan pengusaha dua buah syarikat perikanan didakwa memberikan suapan wang tunai berjumlah RM220,000 bagi melepaskan tiga buah bot milik syarikat mereka yang ditahan pihak APMM.

Choh Chaw Khiang, 41, pengarah syarikat Gabungan Mesra Sdn. Bhd. didakwa di Mahkamah Sesyen di sini manakala abangnya, Choh Chew Boon, 46, pengurus operasi Gelombang Utama Sdn. Bhd. didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bahru, Kelantan.

Pada prosiding hari ini, Chark Huat dan Muhamad Nooraizuddin didakwa dengan niat bersama menawarkan suapan wang berjumlah RM18,000 kepada anggota APMM, Wan Burhanuddin Jusoh, 54, sebagai dorongan untuk melindungi bot nelayan Vietnam yang masuk ke perairan Kelantan bagi menjalankan kegiatan menangkap ikan.

Mereka juga didakwa menawarkan suapan wang berjumlah RM150,000 kepada individu sama bagi melepaskan bot KNF 7884 yang ditahan APMM Tok Bali, Kelantan yang disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perikanan 1985.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Hotel Grand Season, Restoran Papa Rich dan Hotel Concorde di sini, antara pukul 8 malam, 14 Ogos lalu dan 6 petang, 15 September lalu.

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Kedua-duanya turut didakwa memberi suapan wang tunai RM30,000 kepada anggota APMM, Izman Alies sebagai deposit kepada jumlah RM150,000 untuk melepaskan bot KNF 7884 yang ditahan APMM, Tok Bali, Kelantan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lobby Lounge, Hotel Grand Season di sini pada pukul 6.45 petang, 28 September lalu.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) akta sama yang memperuntukkan hukuman yang sama.

Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Nur Lokman Samingan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana kes tersebut tidak boleh dijamin.

Walau bagaimanapun, peguam bela, Alfred Egim memohon mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 untuk setiap anak guamnya bagi semua pertuduhan.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM600,000 dengan seorang penjamin dan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sementara menunggu sebutan kes pada 8 November ini.

Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia pada 2 Oktober lalu, SPRM berjaya menumpaskan sindiket nelayan asing yang aktif merasuah penguat kuasa tempatan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang kerana menangkap ikan di perairan negara setelah memberkas lapan lelaki termasuk seorang warga Vietnam.

Hasil tangkapan menerusi operasi khas yang dijalankan di ibu negara, Kelantan, Pahang dan Johor itu berjaya merampas wang tunai RM1.2 juta yang digunakan sebagai bayaran rasuah sejak Mac lalu dan empat buah bot pukat ganding milik syarikat nelayan Vietnam bernilai kira-kira RM5 juta.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


272 saman dikeluarkan, tiga penunggang motosikal ditahan

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 7 Okt. - Sebanyak 272 saman dikeluarkan dan tiga penunggang motosikal ditahan dalam operasi menggempur kegiatan lumba haram di tiga lokasi berasingan di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, dekat Maran semalam.

Operasi melibatkan pegawai dan anggota Cawangan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu dibuat hasil daripada aduan orang ramai.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, siasatan mendapati kegiatan lumba haram itu sering diadakan pada malam minggu dan cuti umum bermula pukul 11 malam hingga 1 pagi dengan memilih dua stesen minyak di lokasi berhampiran sebagai tempat berkumpul.

Tambahnya, tiga lokasi dipilih untuk mengadakan operasi tersebut iaitu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus cawangan Jengka, hadapan Hospital Jengka dan hadapan Dewan Balora Mastika.

"Tiga mat rempit berusia 21 hingga 25 tahun ditahan selepas dikesan berlumba di salah satu lokasi yang di gempur. Daripada saman yang dikeluarkan, 186 membabitkan motosikal, 84 kereta dan dua melibatkan lain-lain kenderaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sharifuddin berkata, antara kesalahan lain dikenakan saman ialah penunggang tidak memakai topi keledar, menunggang tanpa lesen memandu dan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

"Kita juga menahan seorang penunggang kerana menunggang motosikal yang dilaporkan dicuri di Klang, Selangor," ujarnya.

Menurut beliau, cawangan narkotik melakukan saringan awal air kencing terhadap 11 orang bagaimanapun hanya seorang dikesan positif dadah.

Tegasnya, operasi seumpama itu akan diteruskan bagi membendung kegiatan merempit yang menjadi antara penyumbang kes kemalangan maut di negeri ini.

PPDNKK Jerantut rampas 680 liter diesel

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

CHE Hanafi Mamat (kanan) dan seorang penguat kuasa KPDNKK Jerantut memeriksa empat tong dram diesel subsidi seberat 680 liter di atas sebuah lori yang dirampas di kawasan industri bandar Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

JERANTUT 7 Okt. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Jerantut merampas 680 liter diesel subsidi bernilai RM1,360 setelah menahan sebuah lori di persimpangan masuk Kawasan Industri Jerantut di sini kelmarin.

Ketuanya, Che Hanafi Mamat berkata, ketika ditahan pukul 2.45 petang, lori terbabit yang membawa empat buah tong dram berisi bahan api itu baru hendak memasuki kawasan industri berkenaan.

"Kesemua tong dram itu diletakkan dalam keadaan terbalik untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Siasatan awal percaya diesel itu dibeli dari sebuah stesen minyak di bandar ini untuk dijual kepada pihak industri di situ dengan harga lebih tinggi.

"Sepatutnya pihak industri dan pembalakan yang menggunakan mesin dan kenderaan boleh membeli diesel dengan kadar tertentu menerusi permit yang dikeluarkan dan bukan melalui cara haram daripada pihak lain," katanya.

Che Hanafi berkata, PPDNKK kini menjalankan siasatan terhadap stesen minyak yang disyaki bersubahat menjual bahan bakar itu melebihi 20 liter kepada pihak terlibat sejak awal tahun ini.

"Kejayaan itu merupakan kali kedua selepas operasi pertama membabitkan rampasan 200 liter dalam satu serbuan di Lipis pada Mac lalu," ujarnya.

Kata beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan, syarikat boleh dikompaun RM250,000 bagi kedua-dua kesalahan, sementara individu pula, denda RM100,000 dan penjara selama dua tahun.

Tapis maklumat menerusi media sosial

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

KUANTAN 7 Okt. - Golongan muda perlu menapis sesuatu perkara dengan lebih berkesan kerana mereka terdedah dengan pelbagai maklumat menerusi laman sosial berbanding media arus perdana.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin berkata, media arus perdana kini tidak lagi diiktiraf sebagai saluran perdana oleh golongan itu, tetapi masih menjadi saluran maklumat utama kepada golongan lama.

"Bagi anak-anak muda yang berumur kurang daripada 30 tahun, mereka tidak lagi menonton berita melalui saluran TV1, TV3 dan akhbar-akhbar arus perdana.

"Sebaliknya lebih gemar menggunakan media sosial seperti blog dan Facebook dan membuatkan mereka lebih mempercayai saluran berkenaan walaupun berita di dalamnya sebahagian besar adalah tidak benar," katanya ketika berucap dalam program Semarak Patriotisme 1Malaysia di sini kelmarin.

Katanya, sikap tersebut akan mewujudkan pertembungan pendapat terutama masyarakat bandar yang mempunyai pandangan berbeza.

"Sebagai contoh, apabila meraikan sambutan 56 tahun Hari kemerdekaan negara dan 50 tahun Hari Malaysia, kita meminta semua masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang tetapi terdapat segelintir masyarakat memasang bendera lain yang diberi nama Sang Saka Malaya," ujarnya.

Selain itu, katanya, berdasarkan kajian dibuat oleh jabatannya menunjukkan terdapat golongan bersuara lantang dengan memberi pandangan bertentangan yang kononnya dilakukan demi demokrasi.

Tambahnya, mereka seolah-olah memperjuangkan hak asasi melalui kumpulan kecil sedangkan majoriti lain juga mempunyai hak asasi yang didokong bersama.

"Ada pihak terlupa untuk bersyukur apabila meminta lebih daripada apa yang telah diperoleh selama ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


WWF bantah cubaan terokai taman negara Afrika

Posted: 07 Oct 2013 10:50 AM PDT

PARIS 8 Okt. - Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) akan cuba menghalang cadangan untuk mencari gali minyak di taman negara Afrika yang menjadi habitat kepada 200 ekor gorila.

Kumpulan pemuliharaan itu bersama Jabatan Inovasi Perniagaan dan Kemahiran Britain memfailkan aduan mereka hari ini terhadap penerokaan yang akan dilakukan oleh SOCO International di taman negara Congo Virunga, tapak warisan dunia yang disenaraikan oleh UNESCO sebagai `dalam bahaya.

"SOCO melanggari garis panduan pelan Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan dalam mengekalkan pertumbuhan mampan, pendedahan awam dan beberapa kesalahan lain, kata WFF. - AGENSI

PBB arahkan kakitangannya di Yemen supaya berlindung di rumah

Posted: 07 Oct 2013 10:48 AM PDT

SANAA 8 Okt. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengarahkan kakitangannya di Yemen supaya berlindung di kediaman masing-masing, sehari selepas berlakunya kejadian tembakan yang membunuh seorang pengawal keselamatan kedutaan Jerman di negara tersebut.

Pertubuhan kemanusiaan antarabangsa juga menasihatkan kakitangan mereka supaya melakukan perkara sama dengan mengurangkan aktiviti di luar.

"Para pekerja harus menetap di rumah dan tidak bergerak ke mana-mana, tidak dibenarkan ke kedai atau pun ke mana sahaja, keadaan ketika ini tidak menentu dan kita harus mengambil langkah berjaga-jaga, menurut satu nota yang dihantar oleh Jabatan Keselamatan PBB. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Teknologi antena kurangkan drop call

Posted: 07 Oct 2013 12:05 AM PDT

Oleh Maszureen Hadzman

Annamalai muthu (kiri) bersama pengarah urusan blackberry asia tenggara dan Australia, Adrian Faull (tengah) memperkenalkan model telefon bimbit z30 di kuala lumpur, baru-baru ini.

Syarikat pengeluar telefon pintar Blackberry memperkenalkan model terbarunya Z30 untuk kembali bersaing dalam pasaran peranti mudah alih.

Pengurus Besar Blackberry Malaysia, Annamalai Muthu berkata, model yang menyusuli Blackberry Z10 yang akan mula dijual pada RM1,998 pada 5 Oktober lalu turut membawakan beberapa penambahbaikan yang dihasilkan daripada kajian serta pemahaman terhadap kehendak terkini kumpulan sasar segmen itu.

Jelas Annamalai, Z30 yang dikuasakan oleh prosesor 1.7Ghz dua teras kembar dan sistem operasi Blackberry 10 itu turut akan di datangkan dengan teknologi antena yang baharu.

"Teknologi antena terbaharu ini membolehkan pengguna untuk menerima isyarat komunikasi dari tempat terpencil seperti tempat letak kereta bawah tanah dengan lebih baik.

"Penambahbaikan ini juga akan mengurangkan kadar drop calls dan dengan fungsi Blackberry Natural Sound kami, kualiti audio juga dipertingkatkan," katanya dalam majlis pelancaran yang diadakan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, penambahbaikan lain yang turut dimasukkan ke dalam peranti dengan skrin 5 inci Super Amoled ini ialah bateri berkuasa 2800 mAh yang akan memberikan masa guna selama hampur 25 jam.

Z30 akan mula dipasarkan di pasaran negara pada 5 Oktober depan oleh Celcom dan oleh penjual lain dua minggu selepas itu.

Sementara itu, sebagai promosi pengenalan, 200 pelanggan pertama Z30 Celcom akan mendapat telefon Z10 percuma.

Z30, peranti yang memang dinanti-nanti pasaran, akan menjadi peranti premium terbaru daripada BlackBerry menggantikan Z10 yang lebih kecil dan dilancarkan pada awal tahun ini.

Peranti terbaru itu ditampilkan dengan skrin sesentuh lima inci, digerakkan pemproses 1.7 gigahertz, akan bersaing dengan model baru Apple Inc, iaitu iPhone 5S dan Galaxy S4 daripada Samsung Electronics Co serta pelbagai peranti lain dikuasakan platform Android Google.

Imej lebih versatil

Posted: 07 Oct 2013 12:05 AM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
megabait@utusan.com.my

Canon EOS 70D merupakan kesinambungan kejayaan EOS 60D sebelumnya bersama peningkatan teknologinya.

MEMPERTARUHKAN sistem pemfokusan Dual Pixel CMOS AF terbaharu, Canon kini memperkenalkan EOS 70D bersama kelebihan paparan skrin sesentuh Clear View LCD II yang diputar pelbagai arah.

Seperti juga pendahulunya, Canon EOS 60D, kelebihan tersebut (paparan skrin putar pelbagai arah) mensasarkan pengguna yang aktif berkreativiti bersama imej yang dirakam.

Menurut Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing (Malaysia), Melvyn Ho, menerusi EOS 70D, Canon telah menunjukkan cara menggunakan kamera digital lensa tunggal (DSLR) menerusi revolusinya yang tersendiri.

"Penggunaan sistem pemfokusan automatik AF, Dual Pixel CMOS telah meningkatkan kebolehan aplikasi pemfokusan automatik dengan lebih cepat dan pantas seterusnya dapat menjimatkan masa.

"Malah, pengekalan paparan skrin berputar ditambah dengan keupayaan mengawal menu semudah sentuhan jari membolehkan pengguna merakam imej dengan pelbagai sudut," katanya.

Dalam pada itu, kelebihan Hybrid CMOS AF II menawarkan kelajuan pemfokusan ketika rakaman dilakukan dalam mod paparan hidup (live view) dan juga rakaman video.

Inovasi baharu Canon, Dual Pixel CMOS AF, salah satu peningkatan dalam teknologi Hybrid CMOS AF II membolehkan rakaman (video atau imej pegun) dibuat menerusi piksel tertentu dalam fasa pemfokusan yang berbeza.

Kelebihan aplikasi baharu tersebut membolehkan jarak subjek diukur dengan tepat bagi memudahkan proses pemfokusan.

Penggunaan rekaan penderia baharu iaitu dua fotodiot yang berbeza di dalam satu piksel menjadikan piksel tersebut dapat melaksanakan dua tugas berbeza iaitu imej dan phase-difference AF.

Isyarat daripada kedua-dua fotodiot akan dikesan dan perbezaan isyarat di antara kedua-duanya menjadikan maklumat yang diperolehi oleh penderia lebih tepat dan cepat menjadikan imej lebih cepat dirakam selain lebih terang dan jelas.

Bersama kelebihan Dual Pixel CMOS AF penggunaan mod one-shot AF bertambah mudah, boleh digunakan secara berterusan dan mampu mengekalkan fokus rakaman pada subjek yang sedang bergerak dengan baik sama ada menerusi rakaman imej pegun dengan paparan live view serta video.

Selain itu, menerusi penderia baharu itu, fokus pada subjek sama ada dekat mahupun jauh semasa menggunakan mod Continuous AF juga dapat dikekalkan berbanding sebelumnya di mana proses pemfokusan dilakukan berulang-ulang kali oleh kamera menjadikan proses rakaman berlaku dengan perlahan.

Malah, kelebihan itu juga mampu mengenali dan mengesan wajah yang sedang dirakam biarpun orang yang dirakam kadang-kala terkeluar daripada rangka rakaman (frame).

Sentuh sahaja pada wajah subjek di skrin paparan, kamera akan menetapkan wajah sebagai subjek yang perlu diutamakan.

Bagaimanapun, sesetengah pengguna masih mahu mengekalkan kaedah tradisional iaitu merakam imej menerusi tenungan pada pencari pandangan (viewfinder) ketika merakamkan objek yang bergerak laju.

Penggunaan kaedah tersebut juga akan dibantu oleh kelebihan kelajuan pemproses DIGIC 5+ yang mana mampu merakam sehingga tujuh rangka sesaat (7.0 fps) pada kadar resolusi penuh.

Pada kelajuan ini, pengguna mampu merakamkan satu imej aksi kelajuan yang sempurna dan rakaman berterusan boleh mencapai 40 imej dalam satu petikan (single burst).

EOS 70D juga boleh dioperasikan bersama aplikasi alat kawalan iaitu EOS Remote menerusi telefon pintar yang mana paparan skrin telefon pintar tersebut boleh dijadikan sebagai line view.

Selain itu, pengguna juga boleh memetik butang rakaman, mengawal bukaan aperture, kelajuan 'shutter' dan juga kadar ISO menerusi telefon pintar.

Dalam era kini, berkongsi maklumat, imej dan video menerusi laman sosial sudah menjadi lumrah, EOS 70D juga turut memiliki kebolehan Wi-fi binaan dalam untuk menyambungkan kamera ke Internet

Kelebihan Wi-fi yang sama juga membolehkan gambar dicetak terus daripada pencetak wayarles PictBridge (DPS over IP) dan juga melihat gambar di peranti DLNA (network-enabled).

Aksesori tambahan seperti penggenggam bateri (battery grip), BG-E14 turut di keluarkan bagi memudahkan pengguna merakamkan imej dari sudut vertikal serta memanjangkan jangka hayat kuasa pada kamera apabila baterinya dapat ditambah menjadi dua.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Penyelidikan bantu naikkan imej jati

Posted: 07 Oct 2013 12:05 AM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
sains@utusan.com.my

Basirun Bakar memberi penerangan berkenaan dirian jati yang ditanam oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis (JPNPS).

JATI atau nama saintifiknya Tectona grandis merupakan antara pokok balak yang terkenal dengan kecantikan ira (urat) kayunya apabila dijadikan perabot dan ukiran klasik.

Selain ira kayu yang cantik, jati juga boleh dikategorikan sebagai kayu balak sederhana berat menjadikan kayunya lasak dan mampu bertahan lama jika dijadikan sebagai perabot dan perhiasan.

Taburan jati kebiasaannya lebih tertumpu di kawasan utara tanah air, membawa sehingga ke Thailand dan Myanmar berikutan suhu serta iklim yang sesuai untuk pokok tersebut.

Selain dua negara tersebut, Indonesia juga turut memiliki dirian jati yang banyak, malah negara tersebut juga banyak mengeksport perabot berasaskan kayu jati ke Malaysia.

Oleh kerana potensi kayu jati amat tinggi di pasaran, kerajaan menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) telah menjalankan kajian sejak tahun 1953 lagi.

Menurut Pengurus, Stesen Penyelidikan FRIM Mata Ayer (SPF Mata Ayer) Mohd. Ramly Mohd. Salleh, pohon jati hanya hidup subur di bahagian utara tanah air kerana kawasan tersebut mengalami musim panas, kering serta lembap yang nyata dalam setahun.

Ujarnya, oleh kerana Perlis merupakan antara negeri yang berada paling utara di samping keadaan iklimnya yang sesuai untuk pembiakan jati, sebuah stesen khas FRIM, (SPF Mata Ayer) telah dibina pada tahun 1974.

"Tujuan stesen ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan penyelidikan dan pengumpulan maklumat berkenaan pokok jati.

"Stesen ini juga turut menyokong aktiviti membaik jati bagi penghasilan bahan tanaman berkualiti tinggi," katanya ketika ditemui di SPF Mata Ayer, Perlis baru-baru ini.

Jelas Mohd. Ramly, pada asalnya stesen tersebut ditubuhkan di bawah Program Membaikbiak Benih Pinus caribaea di Hutan Simpan Mata Ayer, Perlis.

Hutan simpan tersebut meliputi kawasan seluas 455 hektar (ha) dan telah ditanam dengan dirian jati pertama pada tahun 1953 sebagai tanaman percubaan.

"Memandangkan potensi serta keadaan cuaca yang sesuai, satu perladangan berperingkat telah ditubuhkan beberapa tahun berikutnya.

"Kini terdapat hampir 300 hadirian jati telah ditanam dari pelbagai wilayah serta negara seperti Thailand, Indonesia, India, Papua New Guinea, Trinidad dan Sabah," katanya.

Antara penyelidikan yang dilakukan di stesen tersebut adalah penghasilan bahan tanaman berkualiti tinggi bagi jati dan spesies-spesies selain pokok plus dan klon-klon terpilih.

Selain itu, SPF Mata Ayer tersebut turut memiliki plot-plot pertumbuhan dan penghasilan jati, Araucaria spp., acacia, khaya, mahogany, yemane, shorea roxburghii, pokok sungkai dan buluh.

Namun, tumpuan diberikan kepada jati yang mana kajian turut meliputi penubuhan kawasan penghasilan biji benih, fenologi, perosak dan penyakit serta ujian pancang untuk mengetahui ketahanan kayu.

Selain itu, SPF Mata Ayer turut memiliki sebuah bank klon jati untuk aktiviti kacukan dan pembiakan baka baharu jati.

Pokok jati seperti mana yang kita ketahui memiliki nilai pasaran yang tinggi kerana kayunya berwarna perang keemasan, berkualiti dan sangat kukuh.

Dalam pembuatan perabot dan ukiran kayu, jati dikenali berdasarkan daya ketahanannya serta sejarah kayu tersebut yang sering digunakan dalam proses pembuatan kapal.

Ketinggian pokok jati mampu mencecah 30 hingga 40 meter dan ukur lilit batangnya boleh mencecah satu meter.

Spesies jati tergolong dalam keluarga Verbenaceae, berdaun lebar sekitar 30 hingga 40 sentimeter (sm) dan akan meluruh apabila tiba musim kemarau.

Bunga jati berwarna putih, bersaiz kecil manakala buahnya berwarna kuning serta mempunyai kelongsong keras mengandungi satu hingga tiga biji benih.

Dari segi perubatan serta khasiat, daun jati yang berwarna kekuningan didakwa mampu merawat penyakit kencing manis, sakit sendi, dan juga darah tinggi.

Mengikut amalan tradisi, daun tersebut akan dibersihkan dan direbus sebelum airnya diminum tiga kali sehari.

Pembiakan dan perladangan jati di Perlis telah dijalankan sejak sekian lama, malah kerajaan negeri menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah menubuhkan hampir 625 ha ladang jati atau lebih dikenali sebagai Kebun Jati di Sungai Cuchuh, Mukim Titi Tinggi, Jalan Padang Besar (U), Hutan Simpan Mata Ayer, Perlis.

Bagi memudahkan usaha penyelidikan dilakukan, SPF Mata Ayer turut dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur yang mencukupi untuk kakitangan, penyelidik serta pelawat.

Antara kemudahan yang disediakan adalah tapak semaian, bahan tanaman bagi spesies terpilih untuk tujuan penyelidikan dan jualan.

Antara lain, SPF Mata Ayer juga turut memiliki petak demonstrasi, kawasan perkhemahan, titian kanopi, bangunan penginapan dan juga bilik seminar serta mesyuarat.

Ayam kampung organik

Posted: 07 Oct 2013 12:05 AM PDT

Ishamuddin Idris memeriksa keadaan kesihatan ayam ternakan di ladangnya di Bentong, Pahang.

WALAUPUN keputusan tersebut memberikan impak besar terhadap dirinya, dorongan dan semangat daripada keluarga membuatkan dia nekad berkecimpung dalam projek penternakan ayam kampung.

"Asalnya, menceburi bidang penternakan ini sekadar hobi, lama-kelamaan melihat kepada permintaan ayam yang meningkat secara mendadak terutama menjelang musim perayaan, saya bersama dua rakan kongsi memutuskan untuk menceburi bidang penternakan ayam kampung," katanya.

Lebih mengujakan, ladang ternakan yang mempunyai keluasan lima hektar (ha) dan mampu menampung sebanyak 12,000 ekor ayam agak berlainan berbanding projek lain kerana diusahakan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

Bermula hari pertama anak ayam menetas, ia akan ditempatkan di sebuah reban selama 14 hari sebelum dilepaskan dalam kawasan ladang.

Ayam itu dibiarkan mencari makanan sendiri walaupun pihaknya memberi makanan empat kali sehari.

Secara umumnya, ayam kampung ini dipelihara secara lepas bagi membolehkannya bergerak bebas dan bukan dikurung di sangkar yang sempit.

Tambahan pula, ayam merupakan haiwan omnivor yang memakan daging dan tumbuhan.

Ayam memakan apa sahaja, daripada bijian ke daunan dan serangga. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein.

"Pada kebiasaannya, kami akan memberi makanan rumput jenis azola dan kiambang itik, sekali gus tidak memerlukan bahan kimia atau ubat-ubatan untuk membesar. Pengguna boleh makan ayam ini tanpa rasa was-was," jelasnya.

Ishamuddin ditemui semasa menerima kunjungan wartawan MEGA diladangnya di Bentong, Pahang baru-baru in. Yang turut hadir ialah rakan kongsinya, Mohd Khairul Redza Kamaruzaman.

Kaedah penternakan yang diperkenalkan Ishamuddin menjelaskan ayam akan dibiarkan secara bebas di kawasan ladang yang luas bagi memastikan ayam bebas berkeliaran.

Di samping itu, tumbuhan liar dibiarkan tumbuh dan hidup secara semula jadi bagi membolehkan ayam kampung organik ini mendapat makanan organik di mana-mana sahaja kawasan persekitaran ladang.

Sumber seperti protein, karbohidrat, dan mineral yang diperlukan oleh ayam-ayam tersebut boleh didapati secara semula jadi di kawasan ternakan yang luas.

Dalam pada itu, ayam kampung organik ini hanya dijual selepas berusia 100 hari iaitu setelah mencapai tahap matang dan berat sekitar 1.3 hingga 1.4 kilogram seekor.

Malah, bagi memastikan pembesaran ayam kampung organik ini mencapai tahap maksimum, pihaknya menghasilkan antibiotik secara semula jadi melalui penggunaan tumbuhan herba yang ditanam sendiri.

Hakikatnya, Ishamuddin tidak perlu merunsingkan kepala untuk mempercepatkan pembesaran ayam kampung dengan suntikan seperti yang biasa dilakukan ke atas ayam daging kerana kosnya tidak terlalu tinggi.

Campuran herba hempedu bumi, daun patawali, daun betik, kunyit dan halia digunakan sebagai antibodi untuk melawan penyakit.

Ia bertujuan memastikan ayam tersebut melalui proses pembesaran secara semula jadi.

Katanya, makanan yang diberikan kepada ayam untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit.

Oleh itu, pemantauan terperinci perlu dilakukan pada setiap hari bagi memastikan proses pembesaran berjalan lancar.

Penternakan secara semula jadi itu membolehkan ayam-ayam berkenaan membekalkan nutrisi yang tinggi kepada pengguna.

Dalam pada itu, Ishamuddin juga menyifatkan ayam kampung organik asli kerana ia diternak di kawasan hijau selain air yang dibekalkan tidak tercemar.

Air untuk penternakan ayam daging diletakkan dalam kuantiti yang banyak di dalam satu reban.

Ishamuddin mendakwa, cara tersebut menjadikan ayam daging hidup dalam persekitaran yang kotor dan kekurangan zat makanan.

Menurutnya lagi, kaedah penternakan itu diperkenalkan berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang penternakan dari dalam dan luar negara selain mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Tambahan pula, ladangnya turut mengunakan penggunaan mikroorganisme efektif (EM) untuk memberi kesan yang baik untuk menyerap bau dan menghindarkan lalat.

Menyentuh mengenai rasa daging ayam, katanya , ayam kampung organik mempunyai rasa yang berbeza berbanding ayam di pasaran kerana ia lebih lembut, pejal dan tulang-tulangnya juga lembut.

"Rasanya yang lebih manis dan lembut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelanggan terutamanya pelanggan berbangsa Cina," katanya.

Ishamuddin turut memberitahu, perniagaan yang diusahakan ini tidak pernah mendapat bantuan kerajaan atau pinjaman daripada mana-mana bank.

"Saya menggunakan modal sendiri yang ada untuk membangunkan perniagaan menternak ayam kampung organik ini, tambahan pula amat sukar bagi mereka yang terbabit dalam bidang pertanian untuk memohon pinjaman daripada pihak bank.

Ditanya mengenai perancangannya, Ishammudin menyasarkan untuk menambah empat buah kedai menjual ayam kampung organik ini di samping mempunyai kemudahan tempat penyembelihan sendiri.

"Saya sudah pun mempunyai beberapa cawangan yang dibuka di Ampang, Damansara serta Bangi untuk membekalkan ayam kampung organik ini terus kepada pembeli.

"Dengan permintaan yang memberansangkan, saya yakin untuk membuka lebih lagi kedai-kedai membekal ayam kampung organik ini tidak menjadi masalah lagi," katanya. - MASZUREEN HADZMAN (agro@utusan.com.my)

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Wawa Zainal kenal siapa dalangnya?

Posted: 07 Oct 2013 12:30 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Pelakon berkulit gebu, Wawa Zainal, 22, hari ini menerusi laman sosial twitternya mengakui mengenali siapa yang cuba menjatuhkan pelakon kacak, Aeril Zafrel.

"Saya kenal Aeril Zafrel dan orang-orang yang memang dari dulu mahu saya membenci pada dia (Aeril).

"Mereka memang ada niat untuk menjatuhkannya. Semoga Aeril akan terus tabah sehingga sampai masanya," kata Wawa setelah berita mengenai pernikahannya bersama Aeril yang didakwa dilangsungkan pada 4 Februari lalu didedahkan oleh sebuah akhbar arus perdana tempatan semalam.

Pendedahan itu juga menyebut bahawa mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos dan segala bukti didedahkan dalam laporan itu.

Dalam pada itu, Wawa menjelaskan bahawa semua persoalan yang dikeluarkan akan terjawab dalam masa terdekat.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan saya dan Aeril," katanya. - UTUSAN ONLINE

Hubungan Afiq, Global Station kembali pulih

Posted: 07 Oct 2013 12:28 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Hubungan pelakon muda Afiq Muiz atau Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21, dengan produksi Global Station Sdn. Bhd., kembali pulih seperti sedia kala.

Penerbitnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa berkata, pelakon itu telah datang ke pejabat mereka seminggu selepas anaknya, Zetty Alya Ramly, 28, selaku Eksekutif Produser mengeluarkan kenyataan di media pada 23 September lalu.

Zaiton yang dihubungi Utusan Online di sini hari ini berkata, dengan kedatangan Afiq ke pejabat dia menganggap segala permasalahan antara mereka selama ini selesai.

"Afiq memang ada datang ke pejabat dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Pada kami bila dia muncul di pejabat dan mahu berbincang, kira selesailah segala masalah. Malas untuk membiarkan perkara itu berpanjangan.

"Lagi pun kami ada projek baru untuk dia iaitu drama episod Hanya Dengan Bismillah untuk musim kedua. Kami tidak akan mengambil sebarang tindakan, sebaliknya menyudahkan segala projek bersamanya yang tertunda selama ini," katanya.

Menurut Zaiton, pelakon itu tidak pula menjelaskan kenapa dia mendiamkan diri selepas menerima bayaran RM30,000 daripada produksi dan hanya muncul selepas sekian lama.

"Saya ada jelaskan kepada Afiq apa yang akan berlaku jika dia melanggar kontrak dan nampaknya dia faham. Saya harap selepas ini semuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang sebelum ini," katanya.

Jelasnya, walaupun Afiq yang merupakan artis residen pertama Global Station telah menimbulkan masalah, namun pihaknya tidak serik untuk mengambil artis lain sebagai artis naungan mereka.

"Saya lihat di luar sana ramai bakat-bakat baru yang boleh diberi peluang untuk mengembangkan bakat. Jadi kami sudah ada beberapa nama untuk diambil sebagai artis residen Global Station," katanya terus-terang. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bertindak sekarang sebelum terlambat

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

Oleh SHAHBUDIN EMBUN
PENULIS ialah Ahli Majlis Perundingan Melayu Malaysia.

BEGITU panas isu ini dibincangkan dan akhirnya Akta Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 diluluskan juga. Kita tidak perlu lagi melihat bagaimana perbahasan ini dijalankan dalam suasana yang cukup tegang. Apa yang pasti, kita perlu memberi perhatian bagaimana akta ini boleh memberi kelebihan dalam usaha kita membanteras pelbagai kes jenayah berat dan juga jenayah yang terancang.

Sebelum kita berbicara dengan lebih panjang, kita lihat dahulu beberapa fakta yang cukup membimbangkan. Daripada beberapa artikel yang saya baca terdapat laporan yang menyatakan terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011. Angka itu diperoleh berdasarkan jumlah suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, Johor tidak berapa lama dahulu.

Dan tentunya ramai di antara kita yang masih ingat, beberapa bulan lalu, bagaimana hampir setiap hari ada sahaja berlaku kejadian tembak dan bunuh yang menyebabkan beberapa kematian berprofil tinggi.

Antara perkara yang paling banyak dibahaskan adalah tentang isu penahanan tanpa bicara. Secara umum, tindakan seperti ini boleh diibaratkan seperti undang-undang yang tidak berperikemanusiaan, namun ia terpaksa dilakukan apabila kita memikirkan soal kepentingan dan keselamatan rakyat. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pernah membuat kenyataan dan memberikan pelbagai penjelasan akan isu ini. Menurut beliau:

"Ia (pindaan) bertujuan pencegahan dan tidak ada penahanan tanpa bicara kerana jika keputusan Lembaga Pencegahan Jenayah (yang akan ditubuhkan) tidak memuaskan hati peguam penjenayah yang ditahan, ia boleh terus dibawa ke mahkamah tinggi, bukan atas nama rayuan 'habeas corpus'.

"Tetapi semakan semula dilakukan, ertinya kuasa terakhir adalah Mahkamah Tinggi dan bukan Lembaga Pencegahan Jenayah... ini harus difahami.''

Akta Pencegahan Jenayah memastikan arahan tahanan tidak boleh dikeluarkan oleh cabang eksekutif dalam kerajaan. Ini bermakna arahan penahanan tidak lagi diputuskan oleh menteri atau bahagian eksekutif dalam kerajaan. Arahan ini juga akan diteliti oleh Dewan Rakyat setiap tahun dan ia akan disemak semula setiap lima tahun. Faktor-faktor yang disebut ini merupakan antara sebab mengapa PCA perlu disokong kerana matlamat utamanya adalah untuk membanteras jenayah.

Dunia hari ini semakin pantas dengan kemajuan teknologi yang begitu canggih. Dan sudah pastinya juga , usaha meluluskan PCA diambil kira untuk mengukuh dan memperkasakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang boleh dianggap lapuk dan mungkin tidak relevan lagi apabila kita melihat arus teknologi yang semakin cepat perkembangannya.

Dan sudah pastinya juga pindaan ini memberi peluang kepada pihak polis mengambil tindakan dengan lebih berkesan terhadap penjenayah dan sekali gus membendung aktiviti jenayah daripada terus meningkat. Hanya beberapa bulan lalu, pihak polis seolah-olah dipersalahkan apabila kadar jenayah semakin meningkat. Itulah sebabnya PCA diperlukan untuk membolehkan pihak polis menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Kita sememangnya tidak boleh menafikan yang kadar peratusan jenayah berat dan jenayah terancang daripada keseluruhan peratusan indeks jenayah telah meningkat, dan rakyat semakin bimbang dengan tahap keselamatan mereka.

Kita perlukan Malaysia untuk terus menjadi sebuah negara yang aman. Negara yang mana rakyatnya tidak berasa takut kerana mereka tahu undang-undang ada menyebelahi mereka. Bayangkan jika jenayah berat dan jenayah yang dirancang terus bermaharajalela, imej negara juga akan tercemar.

Pastinya ia akan menjadi tajuk perbualan bukan sahaja di warung-warung kopi tetapi juga di peringkat antarabangsa. Dan apabila ini berlaku, maka nama baik negara dan reputasi Malaysia sebagai negara yang aman dan selamat, pastinya akan terjejas dan kemungkinan besar kita tidak dapat lagi menarik minat pelabur-pelabur asing untuk mencuba nasib mereka di sini.

Bukan itu sahaja, kadar jenayah berat yang tinggi juga akan menyebabkan para pelancong berasa tidak selamat dan kemungkinan besar akan memilih destinasi lain. Tahun 2014 adalah tahun Melawat Malaysia dan pastinya pembangunan ekonomi akan terjejas jika jenayah berat ini tidak dibendung.

Penulis juga amat tertarik dengan kenyataan Ahmad Zahid yang melihat kepentingan akta ini dari sudut politik. Menurut beliau, terdapat kemungkinan kumpulan jenayah terancang mempengaruhi ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai kanan kerajaan supaya melindungi kegiatan mereka.

Jika ini berlaku maka, akan menyebabkan institusi kerajaan hilang kewibawaannya dan tentunya perkara seperti ini mesti dielakkan daripada terjadi.

Suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa PCA seolah-olah hanya topeng kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga tidak benar. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ISA berbeza kerana ISA memberi kuasa begitu luas untuk menahan seseorang individu tanpa proses mahkamah sebaliknya kuasa itu diberikan kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri.

"Tetapi kali ini (di bawah pindaan akta) keputusan akan dibuat oleh pihak hakim, jadi kalau polis menahan sesiapa, ia perlu menyakinkan pihak hakim bahawa individu tertentu ini perlu ditahan," begitulah yang ditegaskan oleh Perdana Menteri.

Najib juga memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku penganiayaan terhadap sesiapa.

Menurut beliau lagi, seseorang itu tidak ditangkap hanya kerana mempunyai pendirian dan ideologi politik yang berbeza daripada kerajaan.

Apa yang jelas, akta ini hanya terpakai sepenuhnya terhadap penjenayah dan sememangnya tidak akan disalahgunakan atau dimanipulasi untuk menahan atau memenjarakan pihak yang mempunyai fahaman politik yang berbeza. Ini adalah satu jaminan dan penulis yakin akan perkara ini.

Sebenarnya isu ini telah banyak kali diperjelaskan dan apa yang pasti akta ini semata-mata diperkasakan untuk memerangi jenayah terancang kerana pada hari ini, penjenayah sudah semakin terbuka dan berani dengan tindakan mereka.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia harus sedar bahawa akta ini amat diperlukan bagi membantu dan memastikan pihak berkuasa diberi ruang yang secukupnya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara. Dalam hal ini kepentingan negara perlulah diberikan keutamaan dari sebarang agenda politik.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan bahawa kerajaan sememangnya memandang serius untuk membendung dan menangani isu jenayah khasnya yang berkaitan dengan jenayah berat dan jenayah yang dirancang.

Oleh itu, tidak ada salahnya PCA diluluskan, kerana sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan politik, tentunya kita tidak mahu, satu hari nanti melihat nama Malaysia berada di tangga teratas negara yang mempunyai kadar jenayah yang paling tinggi di rantau ini.

Kepimpinan adalah suatu amanah

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

DARI JENDELA TOK KI

UMNO dan Pas bakal menghadapi pilihan pucuk pimpinan tidak lama lagi. UMNO sebagai sebuah parti kaum Melayu terbesar perlu melakukan transformasi kerana pendekatan utama dalam dasar-dasar negara seperti pendidikan dan ekonomi sedang mengalami proses transformasi. Transformasi hanya boleh berlaku sekiranya transformasi dalam kepimpinan terjadi.

Pas harus jelas dengan tahalluf siyasinya. Pas ingin perjuangkan Islam tetapi DAP menolaknya. Pas ingin mengembalikan perjuangan akidah yang tulen, malangnya Anwar Ibrahim sedang mendukung fahaman pluralisme agama dan menyebabkan Abdul Hadi Awang terjebak dengan isu kalimah Allah kerana ia bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas sendiri.

Kepimpinan adalah suatu taklif atau amanah. Maqasid syariyyah melandaskan lima perkara untuk dijadikan sumber amanah dan yang terpenting sekali adalah memelihara agama (Deen).

Perjuangan UMNO adalah kerana bangsa, agama dan negara. Agama dalam fahaman setulennya adalah suatu sistem kepercayaan dan cara hidup. Konsep orang Melayu di Malaysia amat penting diperkukuhkan oleh UMNO kerana konsep bangsa dalam al-Quran (Alhujurat: 13) meletakkan maksud bangsa dalam konteks litaarafu atau kekenalan. Bangsa adalah fitrah kejadian.

Konsep umat amat penting dijana seperti terungkap dalam Surah al Imran (110) iaitu maksud umat terbaik dimana dukungan terhadap yang makruf terjadi, pencegahan terhadap kemungkaran berlaku dan beriman kepada Allah SWT menjadi tunjangan.

UMNO yang menjadi teras kerajaan banyak memberi sumbangan kepada negara mengenai transformasi terhadap sistem. Perubahan ke arah Islam dalam ilmu dan pendidikan, ekonomi dan institusi kewangan, undang-undang syariah dan keluarga, menyantuni golongan miskin, membiaya pelajar-pelajar terpilih dengan bantuan kewangan dalam dan luar negara adalah sesuatu yang makruf.

Ia adalah suatu taklif untuk disempurnakan dengan lebih kukuh lagi kerana perjuangan memartabatkan umat adalah suatu proses dan ia belum selesai.

Pas juga memilih untuk memartabatkan Islam, malangnya berkembang dalam bahasa retorik dan melabel yang melampau. Apa yang terjadi di Mesir harus menjadi bahan renungan pendukung Pas bahawa menjatuhkan sesebuah rejim boleh berlaku tetapi mengurus sebuah kemenangan tidaklah mudah.

UMNO jangan berkecil hati bila Pas melabel UMNO menolak Islam. Itu hanya kenyataan politik bayangan jiwa kerdil yang tidak mahu menerima kebenaran. Kelulusan kerajaan baru-baru ini untuk menubuhkan sebuah Kolej Universiti al-Quran adalah suatu testimoni komitmen kerajaan terhadap pendidikan Islam.

Kefahaman mengenai kepimpinan Islam UMNO tidak hanya terlihat kepada penglibatan para ustaz semata-mata tetapi yang amat penting adalah fikrah kepimpinan UMNO dalam latar kepimpinan politik, professional, teknokrat dan usahawan yang melihat faktor Islam perlu diperkukuhkan dalam gerak kerja politik dan negara.

Amanah ini amat penting didukung kerana mendepani pengaruh Barat dan Timur di alaf 21 memerlukan ilmu, upaya berfikir, strategi bijaksana dan peribadi teladan supaya kemakrufan berkembang dan kemungkaran dapat diatasi.

Sekiranya ini dapat diperkukuhkan dalam kepimpinan UMNO, UMNO akan tetap relevan dan mampu menyumbang kepada umat Melayu yang menjadi teras kepada kepimpinan Malaysia.

Kepimpinan UMNO tidak harus gusar dengan cabaran Pas kerana pendekatan UMNO yang transformatif dengan melakukan tajdid kepimpinan dan pembangunan negara akan menyebabkan dukungan rakyat semakin bertambah.

Ahli UMNO harus membuat pilihan yang bijak dan berani supaya transformasi kepimpinan yang bakal terjadi dan transformasi negara yang bakal berlaku adalah suatu taklif atau amanah yang wajib disempurnakan.

Politik wang untuk membeli pengaruh adalah barah yang boleh melumpuhkan UMNO. Fikirkan nasib generasi hari depan dan kelangsungan orang Melayu untuk menjadi umat contoh dan mampu menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang dihormati dunia.

Justeru, pilihan yang ada bagi UMNO adalah kepimpinan yang berkualiti dengan peluang memilih yang semakin meluas, membolehkan demokrasi berjalan untuk menyaring yang terbaik dan mampu memartabatkan kedudukan umat Melayu dan Islam itu sendiri sebagai asas ketamadunan hari depan Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk tanggung derita

Posted: 06 Oct 2013 12:03 PM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Sebahagian penghuni Pangsapuri Magna Pelangi, Kepong berkumpul semalam bagi menggesa Syarikat Bekalan Air selangor Sdn. Bhd. (Syabas) segera melaksanakan proses migrasi meter air daripada pukal kepada individu bagi mengelakkan masalah pemotongan bekalan air berlaku di pangsapuri mereka.

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kira-kira 2,000 penduduk di Pangsapuri Pelangi Magna, Kepong di sini hari ini berkumpul bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) yang didakwa sering memotong bekalan air mereka biarpun bayaran telah dibuat.

Penduduk mendakwa sepanjang tahun ini sahaja, bekalan air mereka telah dipotong sebanyak tiga kali .

Tindakan tersebut, dakwa penduduk sekaligus menjejaskan aktiviti seharian dan memberi tekanan kepada mereka.

Seorang penduduk, Chong Yow Leong, 60 berkata, tindakan memotong bekalan air penghuni di pangsapuri berkenaan sebagai tidak adil.

Menurutnya, ini kerana sebahagian besar penghuni sudah melangsaikan bil air mereka.

"Kami telah meminta Syabas supaya menukar meter pukal kepada individu namun mereka memberi alasan perlu mendapat persetujuan semua penghuni.

"Jika itu alasannya adalah mustihal kerana penghuni di sini merupakan penyewa yang terdiri daripada warga asing,"katanya ketika ditemui menyertai sesi bantahan aman di pekarangan pangsapuri berkenaan di sini hari ini.

Menurutnya, mereka yang menyewakan rumah kepada orang luar atau warga asing tidak ambil peduli tentang apa yang berlaku di pangsapuri berkenaan termasuk tanggungjawab membayar yuran penyelenggaraan.

Sementara itu, Norazirah Othman, 38 berkata, disebabkan bekalan air sering dipotong, dia dan dua lagi anaknya terpaksa menumpang mandi di masjid berdekatan.

"Pihak Syabas juga tidak memberi sebarang notis jika membuat pemotongan air.

"Minggu lalu kami terputus bekalan air selama seminggu. Keadaan itu benar-benar menyusahkan kami terutama yang mempunyai ahli keluarga ramai," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, Syabas perlu mengkaji semula syarat-syarat pelaksanaan penukaran meter pukal kepada individu.

"Jika penukaran meter hanya boleh dibuat setelah semua pemilik rumah bersetuju dan tiada hutang tertunggak, ia adalah mustahil.

"Saya dimaklumkan jumlah tunggakan bil air adalah RM80,000. Syabas perlu melonggarkan sedikit syarat penukaran tersebut dan beri tempoh masa untuk selesaikan tunggakan.

"Ini kerana hanya segelintir pemilik atau penyewa yang mempunyai tunggakan," katanya.

Kerja-kerja pembersihan kolam akan dilaksana-JPS

Posted: 06 Oct 2013 12:03 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hulu Langat akan menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah di dalam kolam di kawasan perumahan Taman Tasik Bangi 3, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dekat sini.

JPS memaklumkan, kerja-kerja tersebut bagi melancarkan aliran keluar kolam ke Sungai Langat.

''Kolam yang terlibat di kawasan itu adalah kolam tadahan jenis 'wet pond' yang menyalurkan air tadahan ke Sungai Langat. Ia mempunyai empat saluran masuk parit ke kolam.

"Kolam tadahan ini berfungsi sebagai kawalan tadahan air daripada sistem perparitan taman perumahan ini sebelum mengalir keluar ke Sungai Langat,"menurut JPS dalam kenyataannya di sini hari ini.

Tambah JPS, punca pencemaran kolam adalah disebabkan sampah sarap daripada tiga parit utama yang memasukki kolam yang tidak terkawal daripada memasukki kolam tadahan.

"Pihak JPS juga akan merujuk kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) agar pelaksanaan dan pemantauan kerja-kerja pembersihan parit utama secara berkala dilaksanakan.

"Ini berikutan parit-parit berkenaan di bawah penyelenggaraan pihak berkuasa tempatan itu,"kata kenyataan itu lagi.

Dalam masa sama, pihak MPKj turut dicadangkan supaya memasang perangkap sampah di tiga saluran masuk parit ke kolam tadahan supaya tiada lagi sampah memasukki kolam.

Pada 12 Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan mengenai kebimbangan penduduk Taman Tasik Bangi 3, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi mengenai masalah sebuah tasik di kawasan perumahan mereka yang didakwa mengeluarkan bau memualkan.

Mangsa kebakaran ditawar pindah ke PPR Bukit Jalil

Posted: 06 Oct 2013 12:03 PM PDT

Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa rumah terbakar di Jalan Air Panas Setapak, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kesemua mangsa kebakaran termasuk 186 penghuni di Perumahan Awam Sementara Air Panas A di sini akan dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil dalam tempoh terdekat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini berikutan kawasan perumahan kayu itu sudah tidak lagi sesuai didiami kerana terlalu usang dan berisiko tinggi terbakar.

"Saya telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk segera memindahkan mangsa di PPR Bukit Jalil dan kita akan menyediakan kemudahan logistik semasa proses pemindahan mereka nanti.

"Kita mahu rakyat Wilayah Persekutuan menjalani kehidupan lebih lestari dan sentiasa gembira,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa kebakaran di Dewan Masyarakat, Sungai Bonus, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Sebanyak empat buah keluarga terlibat dalam kebakaran melibatkan dua rumah papan di Jalan Air Panas, Setapak kira-kira 9.30 pagi semalam itu.

Dalam majlis tersebut, Tengku Adnan turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran selain bantuan daripada pihak DBKL, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bagi meringankan bebanan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved