Isnin, 18 November 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


10 ahli Geng Topeng ditahan, polis selesaikan 53 kes

Posted: 18 Nov 2013 11:05 PM PST

SHAH ALAM 19 Nov. - Polis Selangor berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 53 kes samun dengan tertangkapnya 10 ahli Geng Topeng dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas semula barangan yang dicuri kumpulan itu dianggarkan bernilai lebih RM100,000.

Menurut beliau, polis turut merampas tujuh buah kenderaan mewah dipercayai digunakan oleh suspek ketika melakukan jenayah samun berkenaan.

Suspek warga tempatan itu ditahan reman sehingga 25 November depan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

Pulau Pom-Pom: ATM sedia bantu PDRM jika diperlukan

Posted: 18 Nov 2013 10:34 PM PST

Oleh NURULANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyatakan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelesaikan kes penculikan warga asing di Pulau Pom-Pom dekat Samporna, Sabah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, pihaknya yakin PDRM mampu untuk menyelesaikan kes tersebut dan ATM tidak mahu mengganggu kelancaran siasatan yang sedang dijalankan.

"Walaupun insiden ini melibatkan banyak pihak, tetapi polis telah pun melancarkan operasi khas untuk menanganinya.

"Pihak ATM, di bawah semangat Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) akan sentiasa memberi sokongan padu terhadap sebarang usaha PDRM," kata beliau selepas Majlis Perasmian Buku Op Fajar: The Malaysian Success Story in The Gulf of Aden di Wisma Perwira di sini hari ini.

Dalam kejadian 15 November lalu, seorang pelancong lelaki warganegara Taiwan, Lin Min Hsu, 57, ditembak mati sekumpulan penjenayah, manakala rakan wanita senegaranya, An Wei Chang, 58, diculik. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Lawan habis-habisan

Posted: 18 Nov 2013 10:34 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Mohd. Fadhli Shas (kanan) dan Safee Sali (tiga dari kiri) berlatih bersama rakan sepasukan di Stadium Shah Alam, semalam menjelang pertemuan menentang Qatar dalam kelayakan Piala Asia 2015, malam ini. - UTUSAN/ MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

PETALING JAYA - Pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal menyeru anak-anak buahnya agar berjuang habis-habisan pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Stadium Shah Alam, hari ini.

Menurut Subahan, andai berpeluang berjumpa dengan pemain sebelum perlawanan hari ini, perkara pertama yang ingin disampaikannya ialah menyentuh tentang harapan menggunung seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat Malaysia mara ke Piala Asia 2015 di Australia.

"Kemenangan esok (hari ini) bukanlah kepentingan peribadi pemain tetapi untuk negara. Jika berjaya melayakkan diri ke Australia ia adalah satu sejarah baharu buat kita," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dekat Kelana Jaya, semalam.

Jelasnya, hari ini adalah misi hidup mati buat Harimau Malaya dan kalau boleh sehingga muntah darah sekali pun pemain-pemain harus berbuat demikian dengan memberikan segalanya yang ada berbekalkan komitmen yang tinggi.

"Mereka perlu menyempurnakan segala peluang yang ada, jangan ada ruang untuk melakukan sebarang kesilapan. Anggaplah perlawanan ini sebagai perlawanan akhir Piala Dunia. Esok (hari ini) adalah penentuan untuk kita melayakkan diri ke Australia.

"Komitmen yang saya jelaskan di sini bukan sahaja daripada pemain tetapi jurulatih dan juga penolong jurulatih serta seluruh pasukan. Penyokong juga harus turun dengan bersemangat dan ini adalah moral untuk kita mengalahkan Qatar," katanya.

Malaysia masih lagi dihantui dengan kekalahan tipis 0-1 kepada Bahrain Jumaat lalu, seterusnya menyukarkan peluang untuk mara sebagai dua pasukan terbaik Kumpulan D, namun mereka masih lagi mempunyai satu lagi harapan menjadi pasukan tempat ketiga terbaik daripada pasukan yang beraksi di peringkat kelayakan.

"Saya cukup yakin kita mampu mengutip mata penuh dan pemain akan melakukan yang suka atau tidak suka kita harus menang. Harapan besar penyokong adalah mahu kita mara ke Piala Asia 2015, perlawanan terakhir bertemu Yemen di tempat lawan bukan menjadi masalah buat kita.

"Apa yang penting adalah perlawanan esok, memang ada yang mengkritik kita kalah kepada Bahrain namun kita harus menerima hakikat mereka adalah pasukan yang bagus. Mereka pernah mengalahkan Qatar, kita pula bukan mudah untuk mencatat kemenangan di tempat lawan tempoh lalu," katanya.

Pada pertemuan pertama, Malaysia tewas 0-2 kepada Qatar.

Subahan berkata, bermain di gelanggang sendiri adalah peluang terbaik buat Malaysia untuk menang. Segalanya telah dibuktikan pada pertemuan dengan Bahrain bulan lepas di Stadium Shah Alam di mana Malaysia mampu meraih tiga mata.

"Jadi pertemuan dengan Qatar ini juga sama, pemain perlu bersemangat untuk mara ke Australia. Saya harap penyokong datang beramai-ramai untuk membantu kami mencipta sejarah. Saya hendak memberitahu kepada pengkritik sebelum ini Harimau Malaya tidak berjaya mengutip mata dalam perlawanan kelayakan.

"Sekarang kita mampu mengutip mata, peluang masih ada. Kita juga adalah antara terbaik di Asia Tenggara, lebih bagus daripada Thailand. Jadi tidak ada apa untuk dimalukan sekarang," katanya yang menekankan bahawa pemain masih lagi mempunyai moral yang tinggi untuk menang.

Buktikan pengkritik silap

Posted: 18 Nov 2013 10:34 AM PST

ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Oleh FERZALFIE FAUZI

PETALING JAYA - Langkah terbaik buat Safee Sali untuk menjulang semula imej Harimau Malaya adalah beraksi cemerlang pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Stadium Shah Alam hari ini.

Pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal, sebagai seorang pemain profesional Safee tidak perlu untuk terlalu memikirkan tentang kritikan yang diberikan terhadap skuad kebangsaan.

''Jika ada rezeki diletakkan dalam kesebelasan utama, Safee harus tunjukkan kepada pengkritik bahawa dia boleh beraksi dengan cemerlang esok (hari ini)," kata Subahan ketika ditemui pemberita di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dekat Kelana Jaya, semalam

Ahad lalu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN). Datuk Seri Zolkples Embong berkata, beliau tidak meletakkan harapan tinggi kepada skuad kebangsaan selepas tewas 0-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Asia bertemu Bahrain.

Ulasan itu mengundang kemarahan Safee yang mahu agar segala kritikan terhadap skuad Harimau Malaya dihentikan.

"Bagi saya mudah, pengkritik terlalu ramai sekarang ini, satu masalah besar sukan Malaysia tidak ke mana adalah banyak 'tukang komen' yang kadangkala tidak tahu menahu dalam sesuatu perkara. Kalau kami kalah tidak ada yang datang memberi kata 'ia tidak mengapa, bangkit kembali, buatlah yang terbaik selepas ini'.

"Bagaimanapun terlalu ramai memberi pandangan, sama seperti 'terlalu ramai tukang masak, ia akan membuatkan sup yang dimasak rosak', namun perkara ini sudah biasa dalam bola sepak, mana-mana negara pun selalu dikritik seperti ini. Saya tidak mahu salahkan sesiapa, macam Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kata sebelum ini, beliau sangat sayangkan bola sepak yang menyebabkan beliau selalu memberi komen," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, apa yang dikatakan Safee dalam laman sosial itu adalah berbentuk pandangan peribadi dan pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu mungkin mengeluarkannya kerana berada dalam keadaan tertekan.

"Kadangkala apa yang cuba disampaikannya adalah kerana mahukan sokongan daripada penyokong dan media. Kita semua ini hanyalah insan biasa, saya sudah hubungi Safee sebelum ini dan dia memberitahu ia adalah pandangan spontan daripadanya. Saya sudah maklumkan kepadanya dan dia memahami perkara itu.

"Dalam keadaan sekarang mana-mana pemain mahukan sokongan padu, kalau dilihat dari kenyataan Zolkples mungkin ia nampak keras dari segi tajuk berita sahaja, kerana beliau juga turut memberi pujian kepada skuad kebangsaan. Apa yang kita harapkan sekarang ialah pemain terus memberikan aksi terbaik pada perlawanan esok (hari ini), ia adalah perlawanan mustahak dan hidup atau mati," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Suami isteri didakwa samun

Posted: 18 Nov 2013 10:34 AM PST

Oleh MARZITA ABDULLAH dan LILIS SURIANI OMAR
pengarang@utusan.com.my

SEPASANG suami isteri pemandu teksi yang didakwa dengan 12 pertuduhan menyamun penumpang dibawa oleh anggota polis di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Seorang pemandu teksi dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menyamun termasuk menggunakan senjata melibatkan wang tunai RM4,910, 14 telefon bimbit dan pelbagai barangan berharga milik 12 penumpang teksi, tiga bulan lalu.

Sulinder Singh, 36, dan isterinya, Harvinderjit Kaur, 23, didakwa atas empat pertuduhan bersama-sama melakukan samun menggunakan pisau terhadap empat penumpang teksi di lokasi berbeza melibatkan wang tunai RM4,440, beberapa telefon bimbit, kamera digital, barangan kemas dan pelbagai kad mesin juruwang automatik (ATM).

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di beberapa tempat antaranya di Taman Connaught, Cheras dan Taman Tasik Titiwangsa, di sini antara pukul 8.20 pagi dan 2.35 petang, 30 Ogos dan 19 Oktober lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aizam Aiza Zamran mengemukakan pertuduhan terhadap mereka mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sulinder juga didakwa atas tiga pertuduhan melakukan samun termasuk menggunakan pisau terhadap tiga penumpang teksi melibatkan wang tunai RM90 dan beberapa telefon bimbit di tiga lokasi berbeza antaranya Taman Len Seng dan Jalan Tun Razak di sini antara pukul 8.10 pagi dan 2.35 petang, 15 Oktober dan 16 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 397 kanun sama dan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Nor Aizam tidak mencadangkan sebarang ikat jamin terhadap kedua-dua tertuduh namun peguam Rejinder Singh yang mewakili mereka memohon mahkamah membebaskan Harvinderjit dengan jaminan atas alasan anak guamnya mempunyai tiga anak yang memerlukan perhatian seorang ibu.

Hakim Azwarnida Affandi membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Walau bagaimanapun, suami wanita itu tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Beliau turut menetapkan 2 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen berasingan, Sulinder turut didakwa atas lima pertuduhan samun termasuk bersenjatakan pisau terhadap lima mangsa berlainan, bulan lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sekitar daerah Cheras, Brickfields dan Sentul dekat sini, antara pukul 10.15 pagi dan 4.05 petang, antara 15 Oktober dan 21 Oktober lalu.

Bagi kelima-lima pertuduhan tersebut, Sulinder didakwa menyamun wang tunai berjumlah RM380, enam unit telefon bimbit pelbagai jenama, dua bentuk cincin emas, kad pengenalan dan beberapa kad ATM.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Rejinder memohon mahkamah agar tidak bersikap prejudis terhadap anak guamnya dan membenarkan dia dijamin dengan nilai yang rendah atas alasan lelaki terbabit bukan daripada keluarga berada.

Timbalan Pendakwa Raya, Norman Mohd. Nasir tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan melibatkan faktor kepentingan awam memandangkan tertuduh merupakan pemandu teksi.

Hakim Azman Mustapha memutuskan untuk tidak membenarkan Sulinder diikat jamin dan menetapkan 2 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Pengawal keselamatan dijel, denda RM3,000

Posted: 18 Nov 2013 10:34 AM PST

MELAKA 18 Nov. - Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara setahun dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencuri barangan kemas milik rakan serumahnya, empat bulan lalu.

S.M. Saravanan Kumar, 31, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah mencuri barang kes milik K. Meenal Veerapan, 48, di sebuah rumah di Jalan Chan Koon Cheng, Banda Hilir di sini pada Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa mencuri dua utas rantai emas, tiga gelang tangan emas, dua bentuk cincin, dua pasang anting-anting dan thaali perkahwinan emas yang kesemuanya bernilai RM30,000.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Saravanan yang masih belum berkahwin dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan memohon hukuman ringan dan meminta dipenjarakan di Penjara Taiping, Perak bagi memudahkan adiknya yang tinggal di situ melawatnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak walau bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan itu melibatkan kerugian sebanyak RM30,000 malah tertuduh juga telah melupuskan barang kemas tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Perancis mahu Israel hentikan pembinaan penempatan Yahudi

Posted: 18 Nov 2013 09:26 AM PST

RAMALLAH 19 Nov. - Presiden Perancis, Francois Hollande semalam meminta Israel supaya menghentikan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah yang diduduki Palestin dengan menyifatkan tindakan itu menghalang peluang perjanjian damai dengan Palestin.

"Demi kepentingan keamanan dan untuk mencapai perjanjian itu, Perancis meminta supaya pembinaan penempatan (Yahudi) dihentikan kerana ia menjejaskan penyelesaian dua negara, kata Hollande dalam sidang media bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Sementara itu, Abbas menegaskan bahawa rundingan damai dengan Israel akan diteruskan seperti yang dipersetujui sebelum ini. - REUTERS

Mandela stabil tetapi kritikal

Posted: 18 Nov 2013 09:25 AM PST

JOHANNESBURG 19 Nov. - Kesihatan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela `masih stabil tetapi keadaannya kritikal, menurut kerajaan negara ini yang mengeluarkan maklumat terkini tentang kesihatan Mandela kali pertama sejak September lalu.

"Kesihatan bekas Presiden masih kekal sama, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan selepas Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma melawat ikon anti-aparteid itu di rumahnya, semalam.

Mandela, 95 dibenarkan keluar pada 1 September lalu bagi menerima rawatan penjagaan lanjut di rumahnya selepas berada di hospital selama tiga bulan akibat jangkitan paru-paru. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pahang catat RM32.72b KDNK

Posted: 18 Nov 2013 10:34 AM PST

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Adnan Yaakob
Menteri Besar

KUANTAN 18 Nov. - Pahang telah mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini sebanyak RM32.72 bilion dengan kadar pertumbuhan enam peratus berbanding pencapaian 5.8 peratus pada tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) berkata, KDNK yang meningkat akan menyumbang kepada peningkatan perkapita penduduk seperti yang dihasratkan pada tahun ini iaitu mencecah kepada RM29,195 dengan kadar peningkatan 7.6 peratus berbanding 2012.

"Sasaran KDNK negeri lebih tinggi daripada sasaran ekonomi negara kerana Pahang mempunyai pelbagai sumber hasil bumi dan persekitaran yang selesa didiami dan selesa untuk pelabur.

"Peningkatan pendapatan perkapita akan menyumbang peningkatan pendapatan bulanan isi rumah daripada RM3,900 pada tahun ini dengan peningkatan 4.13 peratus berbanding tahun lalu," katanya ketika membentangkan Bajet Negeri 2014 sempena mesyuarat kedua penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Adnan berkata, kadar kemiskinan iaitu miskin tegar pada tahun ini dijangka akan berkurangan kepada 0.15 peratus daripada jumlah penduduk negeri iaitu 1.5 juta orang menurut bancian pada 2010.

Menurutnya, jumlah tenaga kerja pula dijangka meningkat kepada 4.6 peratus terdiri daripada tenaga kerja baharu, pekerja mahir dan separuh mahir.

Sementara itu, katanya, unjuran ekonomi 2014 hingga 2015 mensasarkan peningkatan KDNK pada kadar 6.4 peratus, nilai pelaburan pula bernilai berjumlah RM4 bilion, pendapatan perkapita penduduk akan mencecah RM34,305 dan unjuran tenaga kerja pula dijangka berjumlah 702,600 orang.

Jelas Adnan, bagi merealisasikan manifesto pilihan raya, kerajaan negeri dan Persekutuan telah merancang pembinaan sebanyak 30,000 unit rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah di beberapa lokasi yang dikenal pasti antaranya di Kuantan, Kuala Lipis, Bera dan Cameron Highlands.

"Projek ini diharap dapat memberikan kediaman selesa kepada rakyat yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000 sebulan," katanya.

Menurut beliau, bagi mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar, kerajaan negeri dan Persekutuan telah membangunkan kawasan luar bandar melalui projek Agropolitan dan Rimbunan Kaseh yang dijangka membolehkan setiap peserta meraih pendapatan bulanan purata antara RM800 hingga RM1,500 sebulan.

"Bagi merangsang pertumbuhan ekonomi setempat juga, kerajaan negeri mewujudkan beberapa pusat pertumbuhan baharu iaitu di Kuala Pahang, Gambang dan Bandar Tun Razak, Jengka serta beberapa lokasi lain sedang dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai pusat pertumbuhan baharu," katanya.

Adnan berkata, kesemua itu dapat dicapai dengan memberi fokus melaksanakan Program Transformasi Ekonomi Negeri melibatkan 115 projek berimpak tinggi melalui peruntukan Pelan Pusingan satu hingga empat dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) serta pelaburan langsung domestik dan asing.

Fasa pertama: 2,518 projek PGBF dibina

Posted: 18 Nov 2013 10:34 AM PST

KUANTAN 18 Nov. - Pelaksanaan awal projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) untuk fasa pertama di negeri ini adalah melibatkan pembinaan sebanyak 2,518 unit rumah membabitkan keluasan tanah 85 hektar.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Abu Bakar Harun berkata, pembinaan itu melibatkan empat daerah di negeri ini iaitu Rompin, Maran, Jerantut dan Lipis.

"Sebanyak 1,104 unit dibina di Rompin dengan keluasan tanah 37 hektar, 624 unit di Maran membabitkan keluasan tanah 19 hektar, 550 unit di Jerantut (21 hektar) dan 240 unit di Lipis dengan keluasan tanah lapan hektar.

"Felda kini sedang dan telah mengenal pasti beberapa tapak lagi untuk dibangunkan projek PGBF untuk fasa seterusnya," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-13 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Chow Yu Hui (DAP-Bilut) yang ingin tahu mengenai pelan kerajaan negeri menangani masalah generasi baharu di Felda yang tidak mempunyai tanah dan kediaman sendiri.

Abu Bakar berkata, pada peringkat awal, rumah-rumah yang dibina adalah rumah teres setingkat dan pembinaannya adalah berkonsepkan sistem pembinaan industri (IBS).

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 lalu telah mengumumkan pembinaan perumahan untuk generasi tersebut sebanyak 20,000 unit bagi tempoh lima tahun bermula tahun ini.

Menurutnya, Felda yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan perkara itu telah mengambil langkah awal dengan mengenal pasti tapak sesuai untuk pembinaan projek PGBF seperti dirancang.

"Projek perintis PGBF telah dilaksanakan di Felda Padang Piol, Jerantut sebanyak 26 unit," katanya.

Bajet 2014 menunjukkan lebihan RM2.19 juta

Posted: 18 Nov 2013 10:34 AM PST

KUANTAN 18 Nov. - Kerajaan negeri hari ini membentangkan Bajet Negeri 2014 yang merupakan bajet lebihan iaitu sebanyak RM2.19 juta.

Bajet surplus atau lebihan itu diperoleh selepas kutipan hasil tahun 2014 dianggarkan berjumlah RM811 juta berbanding bajet mengurus dan pembangunan yang berjumlah RM808.81 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ini adalah merupakan kali yang ke-11 bajet negeri menunjukkan surplus atau lebihan dalam tempoh 20 tahun iaitu dari 1992 hingga 2012.

"Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri sentiasa berhemah di dalam menguruskan kewangan negeri," katanya ketika membentangkan Bajet Negeri 2014 sempena mesyuarat kedua penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Adnan berkata, anggaran kutipan hasil pada 2014 diperoleh daripada kutipan hasil tanah dan galian sebanyak RM275 juta, kutipan hasil hutan (RM130 juta), geran yang diterima daripada kerajaan Persekutuan (RM206 juta) dan lain-lain hasil sebanyak RM200 juta.

"Pada 2014 ini, Kerajaan Persekutuan dijangka memberi wang ihsan sebanyak RM100 juta ekoran penemuan minyak dan gas di perairan Pahang, pemberian wang ihsan itu nanti akan dimanfaatkan untuk faedah rakyat di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, bajet mengurus dan pembangunan yang berjumlah RM808.81 juta akan digunakan kerajaan negeri untuk melaksanakan semua program dan rancangan pembangunan yang telah dirancangkan.

Menurutnya, peruntukan itu terdiri daripada RM638.66 juta anggaran perbelanjaan mengurus dan RM74.50 juta anggaran perbelanjaan pembangunan dari sumber negeri dan RM95.65 juta dari pinjaman Kerajaan Persekutuan.

"Sejumlah RM638.66 juta yang dibajetkan untuk perbelanjaan mengurus terdiri daripada RM499.64 juta batas perbelanjaan, RM18.15 juta dasar baru dan RM120.87 juta untuk bajet One-Off.

"Bajet One-Off yang disediakan ini adalah sumbangan kerajaan negeri kepada Perbadanan Air Pahang Berhad (Paip) untuk sumbangan akhir bayaran gaji dan elaun kakitangan kontrak, pembelian peralatan kerja dan perabot pejabat serta caruman pembangunan.

"Dasar baharu yang dibajetkan sebanyak RM18.15 juta bertujuan untuk emolumen penjawat awam seperti kenaikan gaji dan penyelarasan gaji berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan," katanya.

Sementara itu, Adnan hari ini kembali bertugas selepas mengalami masalah kesihatan apabila dijangkiti bakteria burkholdera cepacia.

Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perubatan Prince Court pada 4 November lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Gerak tersingkir MLM kerana kurang peminat

Posted: 18 Nov 2013 01:27 AM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR

SHAH ALAM 18 Nov. - Kumpulan Gerak mengakui kurang peminat antara punca mereka disingkirkan daripada Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM) di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam pada persaingan minggu pertama pertandingan tersebut.

Gerak yang dianggotai oleh Nor Azhar Buyong, 44, Che Mat, 29, dan Mohd Fadzil Mond Nasir, 34, turut menjelaskan ia antara lain kerana mereka masih baru berbanding para peserta MLM lain yang lebih senior dan telah mempunyai ramai peminat sendiri.

"Mungkin kami masih baru dan para penonton tidak kenal kami lagi berbanding peserta senior seperti Nabil, Sepahtu dan Jambu yang pernah menyertai MLM sebelum ini. Itulah cabaran yang terpaksa dilalui dan kami akur dengan keputusan ini," komen Nor Azhar.

Dalam persembahan minggu pertama itu, Gerak mendapat markah terendah sebanyak 4.67 peratus yang mana kumpulan Sepahtu muncul peserta dengan markah paling tinggi iaitu 80 peratus markah pada pertandingan terbitan Astro Warna itu. - UTUSAN ONLINE

Adi Putra tidak akan berahsia dengan anak

Posted: 18 Nov 2013 12:18 AM PST

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Aktor kacak, Adi Putra, 32, tidak akan merahsiakan kisah kontroversinya daripada anaknya, Zara Adelia Haadi.

Jelas Adi, dia akan berterus-terang dengan Zara yang kini berusia setahun apabila tiba masanya kelak.

"Saya mahu dia tahu perkara sebenar daripada saya. Mungkin sekarang dia tidak tahu apa-apa tetapi apabila sudah tiba masanya, saya akan beritahu perkara sebenar.

"Biar dia mendengar sendiri penjelasan saya daripada mendapat tahu melalui Internet atau daripada orang lain," katanya yang ditemui pada majlis Jelajah Anugerah Skrin 2013 di sini, semalam.

Sebelum ini, Adi Putra terlibat dengan kontroversi skandal melibatkan seorang wanita yang merupakan isteri orang dan kes tersebut masih lagi dalam siasatan.

Mengulas mengenai perkembangan kontroversi itu, jelas Adi, dia masih lagi menantikan keputusan akhir mengenai perkara ini.

"Saya masih lagi berpegang kepada janji. Sekiranya keputusan itu sudah diketahui, saya akan umumkan kepada semua orang.

"Lagipun buat masa ini, perkara ini tidak menganggu kerjaya seni saya dan diri saya. Rasanya, kalau saya tertekan, pasti saya tidak hadir ke majlis yang sudah pasti ada kehadiran wartawan," jelasnya.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana hingga kini, dirinya masih diambil berat dan masih ada yang mahu mengambil tahu mengenai perkembangan dirinya.

"Apa yang orang nak kata itu adalah hak masing-masing. Saya tidak boleh halang. Tetapi saya bersyukur kerana sehingga kini , masih ada orang yang menyayangi diri saya," ujarnya.

Dalam pada itu, kongsi Adi lagi, dia kini dalam perancangan untuk melakukan perniagaan berbentuk barangan mandian. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Galaxy Note berbeza

Posted: 17 Nov 2013 11:25 PM PST

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Paparan skrin yang lebih jelas dan cantik, kepelbagaian tugasan yang boleh dilaksanakan pada satu-satu masa, keriangan berhibur tanpa had serta peluang berkarya dan berkreativiti dengan lebih luas, segalanya bakal anda temui pada Samsung Galaxy Note 10.1 edisi 2014.

Dilengkapi paparan skrin 10 inci LCD WQXGA Super Clear dengan resolusi tinggi (2560x1600), pemproses 2.3 GHzQuad Core dan RAM setinggi 3GB menjadikan Galaxy Note 10.1 itu kegilaan ramai.

Selain teknologi, aplikasi baharu juga antara yang menjadi perhatian antaranya paparan ala majalah (UX) membolehkan pengguna menyusun sumber-sumber kegemaran agar mudah untuk diakses serta satu pengalaman membaca yang baharu.

Sama ada anda sedang menonton video, membaca majalah atau e-book, Galaxy Note 10.1 baharu menyediakan pengalaman media yang mendalam ditambah bersama rekaan lapisan perlindungan pada bahagian belakangnya yang bergaya, elegan dan juga canggih.

Menerusi aplikasi Multi Window, pengguna boleh menggunakan dua aplikasi yang sama berasingan dan menggunakan S Pen untuk meleret dan meletakan sebarang kandungan seperti gambar dan tulisan dari satu aplikasi kepada aplikasi yang lain.

Manakala Pen Window pula membolehkan pengguna melakarkan saiz aplikasi pada paparan skrin seterusnya memasuki aplikasi lain seperti Youtube dan juga kalkulator.

Selain aplikasi yang dinyatakan di atas, perkakasan atau aksesori Galaxy NOTE 10.1 versi baharu iaitu S Pen dan serta aplikasi S Note juga turut diperbaharui.

Antara kelebihan S Pen yang dinaik taraf adalah sensitiviti, keberkesanan penggunaan sepanjang hari serta kebolehan menghasilkan lebih banyak input kreatif.

Penggunaan S Pen bertambah menarik apabila Samsung turut menyediakan aplikasi khas iaitu Action Memo, Scrapbook, Screen Write dan S Finder yang mana mampu mengasah daya kreativiti pemiliknya dalam penggunaan gajet tersebut.

Action Memo merupakan kemampuan gajet tersebut membaca tulisan tangan pada mana-mana bahagian paparan skrin dan menukarkan info tersebut kepada kandungan yang diformat.

Menerusinya anda boleh melakukan panggilan, menambah pada kandungan kenalan (contact), mencari alamat di dalam peta melakukan carian di laman web atau menyimpan nota peringatan (to-do-list).

Scrapbook pula membolehkan pengguna menyusun kandungan daripada sumber yang pelbagai termasuk laman web, YouTube, dan Galeery di dalam satu-satu tempat khas agar mudah untuk dicari semula.

Seterusnya Screen Write merupakan kaedah mudah menyalin mana-mana pada imej skrin penuh sesebuah laman dan anda boleh meletakkan komen padanya.

Rata-rata kelebihan yang dinaiktaraf pada Galaxy Note 10.1 edisi 2014 juga boleh ditemui pada Samsung Note 3 dan bagi peminat kedua-dua gajet tersebut pasti menjadi satu kemestian untuk memilikinya.

Galaxy NOTE 10.1 edisi 2014 juga akan dimuatkan dengan 'widget' Samsung App yang mana boleh memudahkan anda untuk meneroka kandungan menarik yang disediakan oleh Samsung.

Widget tersebut tidak perlu dimuat turun kerana akan disediakan bersama apabila gajet tersebut dibeli termasuk seksyen tawaran istimewa untuk Galaxy yang mana akan mengetengahkan kandungan yang unik.

Gajet pintar tersebut tersedia dalam dua warna, jet black dan classic White dan pada kadar memori binaan dalaman 32GB, kad mikro SD dan bersama sambungan LTE dan bakal menemui anda bermula bulan ini.

Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut anda boleh layari laman web Samsung di www.samsung.com/my atau laman Facebook Samsung di http://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.

Dengan ciri nilai tambah

Posted: 17 Nov 2013 11:25 PM PST

Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Canon) baru-baru ini menampilkan rangkaian terbaru pencetak foto Pixma semua dalam satu (AiO) yang mampu menghasilkan cetakan berkualiti.

Kemas dan bergaya, pencetak model MG7170, MG6470 dan MG5570 menjadi lambang mesra pengguna serta dilengkapi ciri-ciri baru yang mampu memenuhi kehendak pengguna di rumah dan juga pengguna peranti pintar.

Ketiga-tiga model Pixma itu membolehkan pengguna mengakses aplikasi Pixma Cloud Link terbaru, iaitu kemudahan percetakan rangkaian data (cloud) bersepadu dari Canon.

Sesuai untuk mereka yang menyimpan imej dalam jumlah yang besar dalam talian, pengguna boleh mencetak foto yang mereka ingini secara terus dari pelbagai laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter

Selain itu, mereka juga boleh memanfaatkan untuk laman perkongsian foto seperti Picasa, Photobucket dan Flicker; serta perkhidmatan simpanan cloud termasuk Evernote dan Dropbox.

Malah, mereka tidak perlu menggunakan komputer peribadi (PC) memandangkan mereka boleh melihat, memilih dan mencetak dengan mudah hanya melalui skrin pencetak.

Apabila memperkatakan mengenai ciri-ciri ketersambungan yang meluas, pencetak Pixma semua dalam satu sememangnya berada di hadapan.

Bersesuaian dengan zaman tanpa wayar ketika ini, ketiga-tiga model pencetak mempunyai sambungan Wi-Fi yang dipasang di bahagian dalamnya, seterusnya membolehkan pengguna mencetak dari mana sahaja di rumah selagi mereka berada dalam kawasan liputan.

Pada masa sama, Canon turut memperkenalkan fungsi Access Point Mode terbaru yang direka khusus untuk menyokong percetakan tanpa wayar antara peranti digital tanpa wayar dan pencetak Pixma.

Tanpa memerlukan router tanpa wayar, pengguna boleh membuat sambungan secara terus dengan mudah antara kamera dan peranti pintar mereka kepada pencetak.

Malah, penyelesaian inovatif ini memberi peluang kepada rakan yang berkunjung ke rumah untuk menggunakan pencetak itu tanpa perlu memasukkan kata laluan bagi rangkaian sekuriti pemilik.

Selain itu, pencetak berkenaan membolehkan pemilik kamera digital tanpa wayar yang mempunyai sokongan DPS atau Wireless PictBridge, menghantar gambar mereka ke model MG7170 dan MG6470, menerusi rangkaian tanpa wayar setempat.

Cara ini sememangnya memudahkan lagi kerja percetakan kerana ia tidak memerlukan komputer peribadi atau sebarang kabel sambungan dari kamera ke pencetak.

Aplikasi penyelesaian percetakan Pixma terbaru juga sesuai untuk pengguna iOS dan Android OS.

Pengguna boleh mengakses kemudahan Pixma Cloud Link, menghantar tugasan cetakan secara terus dari peranti pintar mereka, selain memindahkan semula data ke peranti mereka. Ciri ini bukan saja dapat menjimatkan kertas; ia juga menawarkan fleksibiliti dan memudahkan pergerakan mereka yang sentiasa sibuk.

Pengguna boleh mengakses talian manual dengan mudah, memeriksa status dakwat serta menjalankan penyelenggaraan rutin pencetak seperti pembersihan kepala pencetak hanya melalui aplikasi berkenaan!

Dengan rekaan bergaya, rendah dan kompak, pengguna boleh meletakkan pencetak foto Pixma mana-mana bahagian tempat kerja yang kecil, sekali gus memanfaatkan ruang di rumah dengan sebaiknya.

Tidak hanya bertindak sebagai kemudahan semata-mata, ia juga direka untuk menyerlahkan hiasan dalaman kediaman.

Model MG7170 mempunyai pilihan warna berani seperti hitam, coklat dan merah, manakala model MG6470 dan MG5570 boleh didapati dalam pilihan warna hitam dan putih..

Menerusi teknologi milik Canon iaitu Full-photolithograpy Inkjet Nozzle Engineering, (FINE), pencetak tersebut dilengkapkan dengan muncung mikroskopik yang menghasilkan semburan dakwat yang halus, dengan cetakan mengagumkan.

Malah, model MG7170 mampu menghasilkan cetakan beresolusi sehingga 9600 x 2400dpi dengan minimum titisan dakwat pada 1pl, manakala MG6470 dan MG5570 boleh menghasilkan output sehingga 4800 x 1200dpi dengan minimum titisan dakwat pada 2pl.

Ketiga-tiga model menggunakan sistem dakwat hibrid yang mengoptimumkan penggunaan kedua-dua dakwat pigmen hitam dan warna untuk cetakan berkualiti tinggi.

Malah, kualiti hasil cetakan dipertingkatkan lagi dengan teknologi ChromaLife100+ Canon yang membantu memelihara jangka hayat foto dan dokumen dengan melindunginya daripada cahaya, gas dan kelembapan.

Foto boleh bertahan sehingga 300 tahun jika disimpan rapi di dalam album gambar.

Cetakan berkualiti juga dapat dihasilkan dengan pantas. Ini kerana MG7170 mampu mencetak sehingga 10 imej seminit (ipm) untuk cetakan warna dan hanya mengambil 21 saat untuk menghasilkan foto tanpa sempadan yang bersaiz 4 x 6". MG6470 dan MG5570 pula mampu menghasilkan foto tanpa sempadan bersaiz sama hanya dalam tempoh 44 saat.

Fungsi Auto Power ON membolehkan pencetak dioperasikan secara automatik sebaik arahan mencetak dihantar dan akan dimatikan dengan sendirinya apabila ia dibiarkan tanpa tugas mencetak selepas beberapa ketika.

Selain itu, ketiga-tiga pencetak itu juga mampu menjalankan cetakan pada kedua-dua muka surat dan menyokong penggunaan katrij bersaiz XL.

Gabungan ciri-ciri ini membantu menjimatkan sumber dan tenaga elektrik yang banyak, seterusnya memberi penjimatan kos yang maksimum kepada pengguna.

Ketiga-tiga model turut dilengkapi dengan panel kawalan sentuhan yang sensitif serta paparan LCD.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Utusan Online - Rencana

Posted:

Utusan Online - RencanaIkuti berita penuh untuk ruangan Rencana menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana Utusan Online - Rencanahttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana Problem Parsing :
Error #: -1072896767
Description: Missing equals sign between attribute and attribute value.
In file: file:///E:/utusan/html/today/Utusan_Malaysia.Rencana.xml
Source line:
PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
0
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Potong roti lebih pantas

Posted: 17 Nov 2013 11:25 PM PST

Roti merupakan makanan utama yang menjadi pilihan ramai kerana mudah didapati serta mudah disediakan untuk dimakan begitu saja.

Jadi, tidak hairan jika industri pembuatan roti mampu menjadi sumber perniagaan yang berdaya saing ketika ini.

Pembuatan roti akan menjadi lebih mudah dan mendapat pasaran yang luas kerana kemajuan penggunaan mesin yang dihasilkan kini.

Melihat keadaan tersebut Zull Design Autotronic (ZDA) telah menghasilkan mesin yang dicipta untuk kegunaan memotong roti dalam bentuk kepingan empat segi.

Mesin ini mampu memendekkan masa yang diambil ketika proses memotong dilakukan.

Mesin ini juga dapat menghasilkan kepingan roti sebanyak 12 keping seminit dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran.

Yang menariknya mesin pemotong roti ini dibuat mengikut kehendak pelanggan.

ZDA cuba memenuhi spesifikasi mesin yang dikehendaki oleh pengusaha yang berminat terutama yang mempunyai perusahaan berasaskan roti.

Harganya tidak tetap dan bergantung kepada kemampuan pelanggan daripada segi bajet dan kapasiti pengeluaran.

Untuk makluman, pihak ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap. Pihak pengusaha harus membuat tempahan terlebih dahulu dan syarikat akan cuba menghasilkan mesin mengikut spesifikasi dan bajet yang diperuntukkan.

Perbincangan antara dua belah pihak diperlukan bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini daripada berlaku.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tangguh cukai taksiran baharu

Posted: 18 Nov 2013 10:34 AM PST

DBKL diminta mempertimbangkan semula cadangan cukai taksiran baharu berikutan bebanan kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung warga kota.

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menangguhkan cadangan menaikkan kadar cukai taksiran.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, pihak berkuasa tempatan itu harus mempertimbangkan beban kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat ditanggung warga kota.

Menurutnya, ini berikutan penghapusan subsidi gula, pengurangan subsidi bahan api dan seterusnya peningkatan harga barang keperluan.

"Jika pihak DBKL terpaksa juga menaikkan kadar cukai tersebut, ia harus dilakukan dengan cara yang tidak terlalu membebankan rakyat, iaitu tidak secara mendadak kadar kenaikannya, "katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ahmad Fauzi, walaupun terdapat peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan DBKL mengkaji dan meningkatkan kadar cukai taksiran setiap lima tahun, pihak berkuasa tempatan itu seharusnya mempertimbangkan kesan kenaikan cukai itu kepada rakyat.

Datuk Ahmad Fauzi Zahari

Beliau berkata, DBKL sepatutnya menumpukan kepada peningkatan kecekapan dalam melaksanakan kerja-kerja kutipan hasil pihak berkuasa tempatan itu.

"Peningkatan kecekapan ini telah berjaya dilaksanakan oleh banyak jabatan kerajaan yang lain .

"Sebagai contoh, Jabatan Hasil Dalam Negeri berjaya meningkatkan kutipan cukai saban tahun dengan kadar yang sama seperti tahun sebelumnya, malah boleh diturunkan lagi kadar cukainya,"katanya.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata cadangan untuk menaikkan kadar cukai taksiran pintu sekitar ibu kota mengikut nilai hartanah semasa adalah wajar dan bukan bertujuan membebankan rakyat.

Beliau berkata, ini kerana sudah 21 tahun cukai itu tidak dinaikkan.

Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata, kementerian itu hanya akan membuat keputusan muktamad berhubung kadar cukai baharu selepas mendapat maklum balas penduduk sebelum 17 Disember ini.

Perkara itu juga akan dibincang dengan kesemua 13 wakil rakyat Wilayah Persekutuan pada 21 November ini.

Banjir kilat ancam keselamatan

Posted: 18 Nov 2013 10:34 AM PST

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com

KEsan lumpur masih kelihatan di tempat letak kereta berhampiran PPR Muhibbah, Jalan Puchong, di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/JEFFRI IRAN.

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Derita yang ditanggung penghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini bagaikan tiada titik noktah.

Daripada masalah kebocoran paip air, diancam kenderaan berat yang keluar masuk menggunakan laluan utama sehinggalah kebimbangan mengenai masalah sosial yang didakwa berpunca daripada unit-unit kosong di kawasan perumahan di situ.

Terbaharu, penduduk menyuarakan pula kebimbangan mereka mengenai banjir kilat yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Penduduk mendakwa masalah banjir kilat itu bukanlah baru sebaliknya sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Namun kejadian hujan lebat pada petang Jumaat lalu dianggap kejadian paling buruk berlaku apabila jalan dan tempat letak kereta di kawasan perumahan itu dinaiki air sedalam tiga kaki.

Akibat kejadian itu, penghuni terpaksa menanggung kerugian apabila kenderaan mereka ditenggelami air dan rosak teruk.

Penduduk mendakwa banjir kilat tersebut berpunca daripada projek-projek pembangunan yang sedang rancak dijalankan di situ selain kegagalan pihak bertanggungjawab menyelenggara sistem saliran dan perparitan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan perumahan kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu hari ini mendapati dakwaan penduduk berasas apabila kesan lumpur masih memenuhi persekitaran .

Mohd. Zairi Rasidi Abd. Hadi (dua dari kanan) bersama penduduk PPR Muhibbah menunjukkan lokasi jalan yang sering dilanda banjir kilat sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk.

Turut kelihatan sampah sarap, dahan kayu dan ranting pokok memenuhi longkang perumahan itu.

Penduduk Chong Yin Kum, 38, berkata, dia terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM1,000 untuk membaiki keretanya yang rosak akibat banjir kilat.

"Kejadian tersebut benar-benar tidak boleh dilupakan.

"Saya berharap pihak bertanggungjawab melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah banjir kilat ini bagi memastikan ia tidak berulang lagi," katanya.

Turut berkongsi perasaan Dahari Saidin, 40.

Katanya, belumpunmasalah kenderaan berat yang selama ini menghantui penduduk diselesaikan, masalah banjir kilat pula terpaksa dihadapi.

"Kami mencadangkan pihak bertanggungjawab segera turun padang dan menyelesaikan isu-isu yang membelenggu penghuni selama ini," katanya.

Yang Dipertua Persatuan Kebajikan dan Sosial PPR Kampung Muhibbah Fasa Dua, Mohd. Zairi Rasidi Abd. Hadi pula berkata, pihak DBKL dan pemaju perlu mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah itu.

Menurutnya, aduan telah dikemukakan beberapa kali kepada pihak bertanggungjawab, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Kami merayu agar pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan demi keselesaan dan keselamatan penghuni," katanya.

DBKL bersih parit dipenuhi bangkai ikan

Posted: 18 Nov 2013 10:34 AM PST

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kebimbangan penduduk Taman Teratai Mewah, Setapak, di sini berhubung parit berhampiran kawasan kediaman mereka yang dipenuhi bangkai ikan sehingga menimbulkan bau busuk dan mencemarkan persekitaran berakhir.

Ini berikutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di parit berkenaan pada 10 November lalu.

Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look, berkata, pihaknya mendapat aduan daripada penduduk mengenai ikan mati yang memenuhi parit di kawasan itu kira-kira seminggu lalu.

"Ekoran dari itu pihak kami terus memaklumkan perkara tersebut kepada DBKL untuk tindakan selanjutnya.

"Tidak sampai 24 jam aduan, pihak DBKL segera menyelesaikan masalah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bersama DBKL ke kawasan tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya berterima kasih kepada DBKL kerana tidak menangguhkan aduan penduduk dan segera menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu, wakil DBKL berkata, pihaknya dimaklumkan ikan-ikan mati tersebut dihanyutkan dari tasik berdekatan.

"Ikan-ikan tersebut dihanyutkan dari tasik berkenaan akibat daripada hujan lebat yang berlaku pada masa itu.

"Namun DBKL mengambil inisiatif dengan membersihkan parit tersebut dengan segera bagi memudahkan air mengalir dan mengurangkan bau busuk," katanya.

Tambahnya, pihaknya menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan tiga hari seminggu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Sasar 1BestariNet di semua sekolah

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

Md. Jais Sarday (tengah) beramah mesra dengan guru-guru semasa hadir merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Johor di UTM, Skudai dekat Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 17 Nov. - Semua sekolah di negeri ini disasarkan untuk melaksanakan program 1BestariNet menjelang awal tahun depan sebagai langkah membolehkan pelajar mendapat akses pendidikan secara maya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday berkata, hingga kini hampir 90 peratus sekolah di negeri ini telah dilengkapi dengan sistem 1BestariNet dan memberi manfaat kepada lebih 500,000 pelajar sekolah menengah dan rendah.

Beliau berkata, menerusi inisiatif yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan itu, proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, sekali gus mewujudkan persekitaran yang kondusif.

"Kita akui terdapat sekolah-sekolah yang masih belum dapat melaksanakan program ini khususnya di kawasan pedalaman dan perkara ini akan diselesaikan segera kerana pada waktu ini kerja-kerja penyediaan infrastruktur sedang giat dilaksanakan," katanya selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Johor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif YTL Corporation, Datuk Yeoh Soo Keng dan Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Md. Hasidin Zaini.

Hari Profesionalisme itu merupakan yang ketujuh diadakan selepas Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Terengganu dan Perak.

Majlis yang disertai kira-kira 3,500 guru besar, pengetua dan guru-guru ICT dari seluruh sekolah di negeri ini bertujuan memberi penerangan serta bimbingan serta kaedah penggunaan 1BestariNet.

Md. Jais berkata, penggunaan 1BestariNet membuka peluang kepada semua sekolah untuk mendapatkan kemudahan capaian Internet YES 4G, penggunaan aplikasi Frog VLE dan penggunaan teknologi cloud computing yang merupakan pertama seumpamanya di dunia.

Beliau berkata, aplikasi Frog VLE juga membolehkan para pendidik untuk berkongsi segala ilmu yang ada bersama 10,000 sekolah di seluruh negara selain dapat menggunakan bahan-bahan pendidikan dalam bentuk digital.

"Kita tidak boleh mengabaikan teknologi atau penggunaan internet dalam kehidupan seharian, begitu juga dalam pendidikan. Saya berharap guru-guru yang terlibat dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam penggunaan teknologi seperti ini bagi membantu melonjakkan prestasi pendidikan di negeri ini.

"Saya amat menghargai usaha yang dilaksanakan pihak kementerian kerana secara tidak langsung memberi peluang kepada semua pelajar untuk mendapatkan kualiti pendidikan yang terbaik," katanya.

PPR Taman Desa Mutiara akan dipulih

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

AbdUL Latiff Bandi (tiga dari kiri ) bersama Ismail Karim (dua dari kiri) dan Maulizan Bujang (empat dari kanan) serta wakil penduduk berbincang mengenai masalah perumahan rakyat di Taman Desa Mutiara, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 17 Nov. - Kira-kira 2,000 penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara di sini sedikit sebanyak dapat menarik nafas lega apabila masalah berkaitan dengan kediaman yang mereka huni sejak sekian lama mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latiff Bandi melawat PPR kedua di ibu negeri itu baru-baru ini, untuk mengenal pasti sendiri permasalahan yang berlaku seperti kebocoran air pada dinding, pendawaian dan kebocoran arus elektrik.

"Dalam lawatan itu, kita lihat penduduk tinggal dalam bangunan yang pada peringkat awal dahulu mungkin semasa penyerahannya dalam keadaan tidak berapa berkualiti. Gambaran yang saya nampak di sini, adalah perlunya penambahbaikan bangunan tersebut dan kita akan teliti satu persatu.

"Maknanya kita akan minta pihak MC (perbadanan pengurusan) bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk lihat kerosakan yang berlaku dan dari segi bajet selenggara yang boleh dimohon daripada kerajaan negeri dan Persekutuan," katanya kepada pemberita ketika ditemui baru-baru ini.

Yang turut hadir adalah Datuk Bandar, Ismail Karim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Maulizan Bujang yang bersama dengan Abdul Latiff dalam sesi lawatan ke salah sebuah blok yang berdepan masalah kebocoran air, pendawaian elektrik, paip air dan kumbahan.

Terdahulu, Abdul Latiff bersama Ismail dan Maulizan mengadakan pertemuan dengan wakil penduduk dalam sesi dialog untuk mendapatkan perincian tentang segala bentuk permasalahan yang berlaku di PPR Taman Desa Mutiara tersebut.

Menurut beliau, peruntukan penyelenggaraan tersebut akan dimohon melalui Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) yang dikelolakan kerajaan Pusat dengan 90 peratus daripada jumlah peruntukan sementara bakinya oleh kerajaan negeri.

Tambahnya, menjadi harapan kerajaan agar setiap bangunan yang diterima tidak mengalami masalah yang banyak dari segi penyelenggaraan dalam usaha membangunkan projek PPR baharu untuk rakyat yang kurang berkemampuan namun keselesaan hidup PPR yang sudah dihuni juga adalah penting.

Salah seorang penduduk, Hamidah Abdullah, 48, berkata, kediamannya sendiri mengalami masalah pada sistem kumbahan sehingga tandas di dalam biliknya hanya boleh digunakan untuk mandi sahaja selain kebocoran air pada dinding sehingga membentuk pepejal keras dipercayai ketulan klorin.

"Saya harap dengan lawatan Datuk Abdul Latiff Bandi ini, dapat merungkai permasalahan semua penduduk 22 buah blok di sini. Kami mengharap yang terbaik kerana tidak mampu untuk membaikinya sendiri disebabkan kurang berkemampuan," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mahadhir Ramli, 32, memberitahu, pelbagai masalah dihadapi penghuni PPR tersebut termasuklah lori yang meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan, dewan dan tempat perniagaan tidak terurus, lampu jalan yang tidak dibuka pada waktu malam dan pengangkutan bas awam.

"Ramai yang terpaksa berjalan sehingga ke Kangkar Tebrau untuk menaiki bas ke AEON Tebrau barulah dapat ke pusat bandar, itupun sejam sekali. Kasihan budak sekolah yang berjalan jauh dan segelintir daripada kami terpaksa mengambil teksi walaupun kehidupan susah," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pemuda UMNO digesa sertai RakanCop

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

Ridzuan Ahmad (dua dari kanan) dan Hassan Datuk Ayop (tiga dari kanan) berbual dengan Norain Mohd. Yusof dan bapanya, Mohd. Yusof Abdullah (dua dari kiri) ketika menziarah keluarga Allahyarham Jamariah Ahir di Kuarters JKR Sikamat dekat Seremban, semalam.

SEREMBAN 17 Nov. - Semua ahli Pergerakan Pemuda UMNO di negeri ini digesa mendaftar sebagai ahli RakanCop sebagai usaha membantu polis menangani kes jenayah termasuk ragut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin, Ridzuan Ahmad berkata, penyertaan dalam program komuniti polis itu penting bagi membolehkan mereka bertindak sebagai 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa itu.

Beliau berkata, sebagai ahli RakanCop, mereka boleh mengenal pasti rakan-rakan sebaya yang dipercayai terbabit dalam jenayah dan maklumat itu boleh disalurkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, pergerakan itu membuat seruan tersebut ekoran kejadian cubaan ragut yang menyebabkan seorang wanita warga emas, Jamariah Ahir, 65, terbunuh selepas motosikal yang diboncengnya ditendang oleh dua penjenayah dalam satu kejadian di Jalan Tuan Haji Said, di sini kelmarin.

"Kami mengecam keras perbuatan itu yang dianggap sebagai khianat yang sangat kejam dan tindakan yang paling tegas perlu dikenakan terhadap dua penjenayah berkenaan.

"Ahli-ahli Pemuda UMNO di negeri ini akan membantu polis dalam usaha memastikan kedua-dua mereka ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan," katanya selepas menziarahi keluarga Jamariah di Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di Sikamat dekat sini hari ini.

Lebih 10 ahli Pergerakan Pemuda UMNO termasuk Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rasah, Hassan Datuk Ayop menziarahi keluarga itu untuk menyampaikan sumbangan, memberikan kata-kata semangat dan membacakan tahlil untuk Allahyarham Jamariah.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.55 petang kelmarin, Jamariah yang membonceng motosikal yang ditunggang anak perempuannya, Norain Mohd. Yusof, 23, cuba diragut oleh dua suspek yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss.

Mangsa yang bekerja sebagai pencuci pejabat di sebuah bank di bandar ini terjatuh ke jalan raya selepas salah seorang suspek menendang motosikal diboncengnya apabila gagal meragut beg tangannya.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala manakala Norain cedera ringan.

Ridzuan berkata, Pemuda UMNO negeri ini berharap tindakan drastik dapat dilakukan oleh polis bagi menangani jenayah ragut yang menjadi semakin kejam dengan pergerakan itu akan menggerakkan ahli dan jenteranya bagi menjayakan hasrat itu.

Sukarelawan diperlukan bantu JKM kesan golongan miskin

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Awaluddin Said (tengah) bersama Norhayati Omar memotong pulut kuning pada program Kembara Kar1sma peringkat negeri sempena Ulang Tahun JKM Ke-67 dan Sambutan Hari Ibu dan Bapa di Kampung Bongek, Rembau, kelmarin.

REMBAU 17 Nov. - Khidmat tenaga sukarelawan amat diperlukan bagi membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan mana-mana individu atau keluarga yang terlepas pandang untuk diberikan bantuan dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, dengan kewujudan golongan sukarelawan akan dapat menjadi penghubung antara masyarakat dan agensi berkenaan.

''Keperluan sukarelawan dalam komuniti ini amat diperlukan untuk menjadi orang perantaraan antara JKM dengan warga emas yang sakit atau keseorangan.

''Mereka ini akan nasihatkan warga emas untuk makan ubat mengikut jadual, menghantar mereka ke hospital, mengingatkan warga emas berkenaan tarikh ke hospital dan sebagainya," katanya dalam program Kembara Kar1sma Peringkat Negeri Sembilan bersempena ulang tahun JKM ke-67 serta Sambutan Hari Ibu dan Bapa di Balairaya Kampung Bongek di sini semalam.

Menurut Norhayati, sukarelawan terpilih itu akan diberi bimbingan dan latihan untuk membuat pelbagai aktiviti selain memberi khidmat bantuan di rumah khususnya kepada warga emas yang kurang sihat dan bersendirian.

Jelasnya mereka yang berminat akan disaring agar kelak tidak timbul permasalahan yang boleh mendatangkan keburukan kepada kerajaan.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Dr. Awaluddin Said tidak menolak kemungkinan masih ada masyarakat yang susah tetapi terlepas pandang untuk diberi bantuan.

Jelasnya yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, dengan khidmat tenaga sukarelawan itu mereka boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak jabatan bagi memantau jika masih terdapat penduduk yang dibelenggu kemiskinan untuk dibantu dengan segera.

''Tidak terkecuali pendidikan anak-anak juga perlu diberi perhatian agar tidak tercicir. Kadang-kadang kita tidak sedar ada anak-anak yang tidak dapat meneruskan pelajaran kerana kesempitan hidup, jadi dengan adanya sukarelawan ini akan dapat menyalurkan maklumat kepada JKM," katanya.

Dalam program tersebut, seramai 120 orang sukarelawan berkonvoi menjalankan aktiviti bergotong-royong dari Madrasah Tuan Haji Ibrahim menuju ke Kampung Bongek dan seterusnya Surau Sri Layang manakala seramai 150 warga emas menerima sumbangan daripada JKM.

Tawar suasana kehidupan kondusif tarik pembeli rumah

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Jalaluddin Alias

SEREMBAN 17 Nov. - Para pemaju perumahan di negeri ini perlu menawarkan suasana kehidupan yang kondusif dan kemudahan asas yang sempurna dalam usaha menjadikan Seremban sebagai 'kediaman kedua' kepada orang ramai yang bekerja di Lembah Klang.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteran Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias berkata, antara aspek yang boleh menarik perhatian para pembeli rumah adalah corak kehidupan harmonis yang mampu ditawarkan oleh pemaju.

Beliau berkata, daripada perancangan fizikal hingga kepada prasarana sekeliling serta kualiti penghuni, ia akan menentukan kesejahteraan penduduk dan generasi masa hadapan.

"Maka, amat wajar bagi setiap pemaju bersikap lebih kompetitif dengan menyaingi bentuk perumahan yang dibangunkan di sekitar Lembah Klang supaya jangkauan pemasarannya bukan hanya untuk penduduk tempatan bahkan dari luar Seremban," katanya dalam ucapan perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) Negeri Sembilan 2013 anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Negeri Sembilan di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Razi Kail.

Yang turut hadir Pengerusi REHDA Negeri Sembilan, S. Sivanyanam.

Sejumlah 1,381 unit rumah pelbagai jenis bernilai kira-kira RM590.8 juta ditawarkan pada ekspo tersebut yang diadakan di pusat membeli belah Terminal 2 selama tiga hari sejak kelmarin.

Sebanyak 15 pemaju perumahan, sebuah bank dan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah mengambil bahagian dalam ekspo berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved