Sabtu, 29 Jun 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wanita dijumpai mati dalam perigi

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com.my

Beberapa anggota bomba dan penyelamat memeriksa mayat Latifah An (gambar kecil) di dalam perigi lama di Jitra, Kedah, semalam.

KUBANG PASU 29 Jun - Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu dijumpai maut dalam sebuah perigi lama berusia 100 tahun, kira-kira 10 meter dari rumah ibu saudaranya di Kampung Cherok Mokkan, Hosba, Jitra hari ini.

Mayat wanita itu yang dikatakan mengalami kemurungan, Latifah An, 50, dijumpai kira-kira pukul 7.30 pagi oleh ibu saudaranya, Siti Rosni Arif, 58, dalam keadaan terlungkup dalam perigi itu.

Siti Rosni berkata, sejak Latifah hilang pada Selasa lalu, dia dan ahli keluarga lain sering mengadakan solat hajat dan bacaan surah Yasin agar ahli keluarga dapat berjumpa semula dengan Latifah.

Pagi tadi selepas solat subuh saya ada buat solat sunat dan berzikir agar Allah mudahkan pencarian kami. Selesai solat, saya keluar dari rumah untuk menyapu sampah.

Tiba-tiba saya terhidu bau busuk datang dari arah perigi lama di depan rumah saya lalu hampiri perigi ini yang usianya lebih 100 tahun. Saya ternampak macam satu benda timbul yang berbau busuk dipenuhi lalat.

Saya nampak satu mayat terapung memakai baju merah di dalam perigi ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Ibrahim Mohd. Yusof berkata, polis menerima laporan mengenai kematian wanita itu dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Menurutnya, dia terus memanggil orang kampung kerana terkejut dan dia dapat merasakan mayat itu adalah anak saudaranya yang hilang sejak lima hari lalu.

Latifah tidak pernah berkahwin dan tinggal dengan abang ipar serta kakaknya di rumah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah saya.

Saya sudah lama tidak berjumpa dengan Latifah kerana dia tidak sihat dan hanya berkurung di dalam bilik sahaja selepas kematian ibu bapanya sembilan tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, abang ipar Latifah, Nik Mohd Kamil Nik Musa, 54 berkata, sebelum ini dia pernah membuat laporan di dalam akhbar mengenai kehilangan adik iparnya itu.

Saya terima berita mengenai kematian Latifah kira-kira pukul 8.30 pagi ini dan saya reda dengan kematiannya. Jenazahnya dikebumikan hari ini di tanah perkuburan Islam kampung ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Ibrahim Mohd. Yusof berkata, polis menerima laporan mengenai kematian wanita itu dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Semak siasatan kes di laman web

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

Oleh NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Jun - Bermula September depan, orang ramai yang membuat laporan polis boleh mendapatkan perkembangan status siasatan kes yang dilaporkan itu menerusi sistem dalam talian laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sistem status siasatan kes itu merupakan kesinambungan projek laporan polis secara dalam talian melalui portal laporan PDRM bagi membolehkan pengadu mengetahui perkembangan siasatan laporannya.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM, Datuk Ayub Yaakob (gambar) berkata, penelitian dan kajian terperinci masih dijalankan pihak yang terlibat sebelum perlaksanaan sistem tersebut yang dijangka bermula September depan.

"Polis akan memberi kata laluan kepada pengadu bagi membolehkan mereka mengakses status siasatan mengenai laporan masing-masing.

"Bagaimanapun, pada peringkat awal percubaan, sistem itu akan terlebih dahulu dibangunkan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Penipuan Pelaburan Perniagaan di Wisma Bernama hari ini.

Menurut beliau, sistem baharu yang akan dibangunkan itu mendapat kerjasama bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Kedua-dua pihak sama ada PDRM dan Mampu akan bekerjasama untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan, masalah teknikal yang akan timbul sebelum diperluas ke seluruh negara.

"Format dan maklumat status siasatan akan dikemas kini oleh pegawai penyiasat bagi memastikan ia tidak menyalahi Akta Rahsia Rasmi dan tidak menganggu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Ayub turut memaklumkan sebanyak 351 kes penipuan pelaburan perniagaan membabitkan kerugian sebanyak RM100 juta dilaporkan sepanjang tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan bentuk pelaburan yang menjanjikan keuntungan besar dalam tempoh singkat lebih-lebih lagi pelaburan menerusi internet.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kelantan pertahan kejuaraan

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dan FERZALFIE FAUZI
sukan@utusan.com.my

Barisan pemain dan pegawai pengurusan pasukan Kelantan menjulang Piala FA selepas menewaskan Johor Darul Takzim 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. - Mingguan/ Noor Asrekuzairey Salim.

KUALA LUMPUR - Kelantan membuktikan masih merupakan gergasi bola sepak negara selepas berjaya mempertahankan Piala FA yang dimenangi tahun lalu dengan menumbangkan Johor Darul Takzim 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Jaringan tunggal Mohd. Nor Farhan Muhammad pada minit ke-16 kekal sehingga ke akhir perlawanan tanpa dapat dicabar Johor DT.

Kejuaraan itu adalah yang kedua berturut-turut buat Kelantan dalam saingan Piala FA yang mula diperkenalkan sejak tahun 1990.

Sementara impian Johor DT untuk mengulangi pencapaian Johor pada tahun 1998 tidak kesampaian di samping gagal muncul kelab pertama memenangi trofi berkenaan.

Di hadapan 90,000 penonton dengan kehadiran penyokong yang seimbang antara kedua-dua pasukan, kegagahan The Red Warriors jelas terlalu sukar dicabar oleh Harimau Selatan dengan penguasaan mutlak dipamerkan bahagian tengah diketuai Mohd. Badhri Mohd. Radzi.

Serangan-serangan pantas yang diterapkan jurulatih, Bojan Hodak membuatkan Johor DT bagaikan hilang punca untuk bangkit.

Badhri dan Nor Farhan jelas menjadi duri dalam daging kepada pertahanan Johor DT yang kehilangan Mohd. Aidil Zafuan, malah Kamarul Afiq Kamaruddin serta Ahmad Tharmini Saiban tidak senang duduk berdepan kesukaran mengawal pergerakan licik Dickson Nwakaeme.

Segalanya serba tidak menjadi buat Johor DT sejak awal permainan lagi, malah percaturan Fandi Ahmad mempertaruhkan Safiq Rahim di bahagian tengah sia-sia apabila ketua pasukan kebangsaan itu langsung tidak menghadirkan sebarang impak dan dikeluarkan sebaik sahaja bersambung babak kedua.

Tiada kelibat pemain import Argentina, Leonel Nunez dipertaruhkan pada permulaan perlawanan, sebaliknya Fandi Ahmad memilih Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha menerajui barisan hadapan.

Penguasaan penuh The Red Warriors pada 45 minit pertama dengan sekurang-kurangnya tujuh peluang diperoleh melalui gerakan oleh Ahmad Fakri Saarani, namun disia-siakan.

Gol yang dicari-cari oleh Kelantan akhirnya menjelma menerusi hantaran bijak Badhri yang menghidu ruang kosong kedudukan Mohd. Nor Farhan Muhammad sebelum rembatan leretnya gagal diselamatkan oleh Muhd. Al-Hafiz Hamzah pada minit ke-16.

Johor DT bagaikan seolah-olah tidak beraksi pada separuh masa pertama ketika Fandi sudah terpaksa mengeluarkan Safee pada minit ke-18 dan Andrezinho, 19 minit kemudian kerana mendapat kecederaan.

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang banyak berehat akhirnya terpaksa bertungkus lumus pada 30 minit terakhir permainan melalui hantaran-hantaran silang yang dicipta oleh K. Thanaraj serta Nurul Azwan Roya ketika momentum The Red Warriors sedikit menurun.

Dua sepakan percuma yang diperolehi oleh Nunez pada minit ke-78 dan 82 juga gagal memberi impak apabila gagal menepati sasaran.

Pakistan ikat Malaysia

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Penyerang Malaysia, Muhd. Marhan Jalil (tengah) diasak pemain Pakistan, Fareed Ahmed (kanan) pada aksi sulung separuh akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Malaysia dua kali mensia-siakan kelebihan mendahului tiga gol sebelum diikat 4-4 oleh gergasi hoki Asia, Pakistan dalam aksi Kumpulan B separuh akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya di sini, semalam.

Pasukan negara mendahului 3-0 sebelum Pakistan bangkit dengan gol pertama, sembilan minit sebelum aksi babak pertama berhenti rehat.

Jurulatih skuad kebangsaan, Paul Revington berkata, anak-anak buahnya telah menunjukkan peningkatan terutama aspek serangan balas.

Pukulan sudut penalti kami juga sudah semakin baik begitu juga di bahagian pertahanan.

Harapan saya pada perlawanan esok (hari ini) menentang Afrika Selatan kami mampu kekal fokus selain mempunyai 24 jam untuk persediaan," kata Revington kepada pemberita pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

Pada aksi sulung Kumpulan B semalam, Malaysia yang menghuni ranking ke-13 dunia lebih kerap melakukan serangan ke kubu Pakistan terutama pada awal separuh masa pertama.

Malah, pasukan kebangsaan tidak menunggu lama untuk membuka jaringa menerusi Muhammad Razie Abd. Rahim seawal minit ketiga hasil pukulan sudut penalti. Razie turut meledak gol kedua, empat minit selepas itu.

Malaysia terus cemerlang dengan menambah gol ketiga hasil pukulan sudut penalti Muhammad Marhan Jalil minit ke-18.

Pakistan merapatkan kedudukan 3-1, sembilan minit sebelum tamat separuh masa hasil pukulan sudut penalti Abdul Haseem Khan.

Bermula babak kedua, anak-anak buah Revington melakukan serangan pantas untuk menjarakkan kedudukan 4-1 hasil jaringan padang Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil pada minit ke-38.

Pakistan yang tertekan menggandakan asakan dan berjaya menjadikan kedudukan 4-2 hasil pukulan sudut penalti minit ke-42 menerusi Muhammad Tousiq.

Dua lagi jaringan Pakistan diperoleh menerusi pukulan penalti minit ke-56 yang dimanfaatkan dengan baik oleh Shakeel Abbasi dan jaringan sudut penalti penyerang Muhammad Imran minit ke-61.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Beliawanis: Rebut peluang perniagaan melalui ICT

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

Shahaniza Shamsuddin (duduk, tengah) bersama sebahagian peserta yang mengikuti Seminar Puteri Dalam ICT - Klik Dengan Bijak dan Get Malaysian Business Online Bersama Beliawanis Pahang di Kuantan, semalam.

KUANTAN 29 Jun - Golongan belia di negeri ini disaran sentiasa peka dan bijak mengambil peluang menerusi bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutama dalam menerokai perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, mereka terutama golongan beliawanis seharusnya menjadikan ICT sebagai medium yang memberi banyak manfaat dan menguntungkan selain melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan blog.

"Peluang meningkatkan kemahiran terbentang luas dengan menguasai bidang ICT, contohnya perniagaan dalam talian yang mendatangkan hasil cukup lumayan.

"Perkara ini telah terbukti apabila terdapat golongan belia menggunakan laman sosial tersebut untuk meningkat ekonomi serta kelangsungan hidup dengan menjadikan internet sebagai medan perniagaan," katanya dalam Seminar Puteri Dalam ICT - Klik Dengan Bijak dan Get Malaysian Business Online Bersama Beliawanis Pahang, di sini hari ini.

Seramai 250 peserta wanita terdiri daripada pelajar dan penduduk setempat bagi berkongsi maklumat berhubung penggunaan internet secara positif bersama panel jemputan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Shahaniza, faedah dalam penguasaan ICT turut membantu belia mencari pekerjaan seperti kewujudan laman JobStreet dan JobSeeker selain menjana pendapatan lumayan.

"Bagaimanapun, golongan belia perlu berwaspada dan bijak dalam membuat penilaian atau pertimbangan kerana di samping kebaikan terdapat juga keburukan jika ICT disalahgunakan.

"Kita tidak mahu belia terpesong dan tersalah tafsiran kerana dihidangkan dengan maklumat yang nampak cantik sedangkan palsu dan fitnah semata-mata," katanya.

Katanya, belia tidak terpedaya dan perlu mengelak daripada terjebak dengan penyalahgunaan internet yang boleh membawa kepada ancaman jenayah siber.

"Melalui seminar ini, saya harap dapat memberi kesedaran dan iltizam baru untuk golongan beliawanis menerokai bidang ICT dalam memajukan diri," katanya.

Pendidikan fatwa kesihatan dilaksana

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

Oleh Shahrinnahar Latib
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 29 Jun - Usaha mendidik dan memberi panduan kepada masyarakat mengenai fatwa berkaitan kesihatan yang diputuskan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan umat Islam benar-benar faham dan mematuhi perkara tersebut.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Norhizan Ismail berkata, situasi yang berlaku pada masa kini menampakkan bahawa umat Islam sangat memerlukan panduan dan bimbingan daripada mereka yang arif tentang disiplin ilmu Islam.

Beliau berkata, setiap masa umat Islam sentiasa dihambat dengan cabaran yang amat hebat daripada sudut pemikiran dan pengalaman agama.

"Perkembangan teknologi dan ilmu dalam bidang kesihatan amat merumitkan dan memberi cabaran bagi memahami sesuatu isu seterusnya mencari penyelesaian," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri, di sini kelmarin.

Kira-kira 500 peserta menyertai seminar terbabit yang terdiri daripada penjawat awam, doktor, jururawat dan orang awam.

Sebanyak enam sesi pembentangan kertas kerja diadakan bagi mengupas tiga isu fatwa kesihatan iaitu berkaitan merokok, pelalian dan pengguguran.

Norhizan berkata, penganjuran program itu perlu diperbanyakkan dan disuburkan dengan mempelbagaikan lagi isu dan topik yang dibincangkan.

"Kerjasama dan hubungan erat di antara institusi fatwa dan institusi kerajaan perlu diteruskan serta dipertingkatkan bagi memberi impak lebih besar kepada umat Islam," katanya.

Sementara itu, katanya, seminar tersebut dianjurkan untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai amalan cara hidup sihat dan aspek kesihatan.

"Program ini dapat menjelaskan keputusan fatwa mengenai permasalahan kesihatan semasa agar difahami oleh masyarakat,'' katanya.

Beliau berkata, keputusan muzakarah yang diputuskan banyak berkait rapat dengan kepentingan nasional dan masyarakat yang perlu diberi perhatian dan dipatuhi.

Perbanyak jumlah pengusaha IKS

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

MARAN 29 Jun - Kerajaan negeri berusaha meningkatkan jumlah usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) bumiputera di negeri ini dalam pelbagai sektor perniagaan yang selari dengan transformasi ekonomi negara.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Penggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin (gambar) berkata, terdapat lebih 800 pengusaha IKS di negeri ini menjalankan pelbagai perniagaan dalam skala kecil.

Menurutnya, kebanyakan golongan bumiputera yang gagal dalam IKS disebabkan faktor kewangan, ruang berniaga, kelemahan pengurusan dan kekurangan tenaga kerja.

"Semua masalah itu akan cuba diatasi sebaik mungkin oleh kerajaan melalui agensi terlibat bagi memastikan lebih ramai usahawan bumiputera berwibawa menceburi bidang IKS.

"Agensi kerajaan yang terbabit dengan IKS perlu mengambil pendekatan mesra rakyat iaitu menemui golongan sasar dalam menyampaikan maklumat mengenai pelbagai faedah serta manfaat diperoleh mereka," katanya dalam mesyuarat agung Koperasi Pekebun Kecil Getah Daerah Kuantan dan Maran di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini kelmarin.

Menurutnya, golongan itu perlu diberikan bimbingan, perhatian dan pendedahan tentang cara sektor IKS boleh maju dan berdaya saing.

Katanya, sebahagian besar golongan berkenaan sudah lama menceburi bidang tersebut dan wajar diberi pelbagai bantuan sebagai pemangkin kemajuan dalam perniagaan.

Beliau memberitahu, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka tetapi disebabkan kurang mendapat penerangan, maka golongan itu tidak mengetahui kemudahan serta manfaat tersebut.

"Saya berharap dengan majlis penerangan yang diadakan seperti ini akan dapat memberi bimbingan kepada pengusaha terbabit untuk terus maju ke hadapan.

"Langkah ini akan mendorong peniaga lebih berdikari sekali gus memajukan perniagaan masing-masing selaras dengan matlamat kerajaan melahirkan lebih ramai pengusaha IKS," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Mesir makin bergolak

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

Ribuan penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah, kelmarin. - REUTERS

KAHERAH 29 Jun - Penunjuk perasaan antikerajaan menyerang sebuah pejabat pergerakan Ikhwan Muslimin di Iskandariah yang menyebabkan dua orang maut termasuk seorang rakyat Amerika Syarikat (AS), semalam.

Manakala seorang lagi maut akibat satu letupan ketika tunjuk perasaan diadakan di bandar Port Said dengan 10 orang yang lain turut cedera.

Polis hari ini berkata, punca kejadian masih tidak diketahui, tetapi penunjuk perasan percaya ia adalah bom yang digunakan untuk menyerang pejabat parti Islam di bandar itu.

Ikhwan Muslimin berkata, lapan pejabatnya telah diserang semalam, termasuk satu di Iskandariah.

Sementara itu, pegawai Mesir berkata, lebih 70 orang cedera dalam pertempuran di bandar Iskandariah dengan seorang ditembak mati dan seorang lagi mangsa yang merupakan rakyat AS ditikam di bahagian dada ketika mengambil gambar suasana tunjuk perasaan.

Mangsa dikenal pasti sebagai Andrew Pochter, 21, seorang pelajar dari Chevy Chase, Maryland yang menuntut di Kolej Kenyon, Ohio dan bekerja dengan pertubuhan pendidikan AS, AMIDEAST di Mesir.

Seorang anggota Ikhwan Muslimin turut maut dalam serangan di pejabat parti Ikhwan Muslimin di Zagazig.

Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di sepanjang pantai di Iskandariah dengan berpuluh-puluh orang dilihat membaling batu ke arah pengawal di pejabat Ikhwan Muslimin.

Pejabat itu turut diselongkar dan dokumen-dokumen dibakar oleh golongan muda yang berteriak menyebut slogan antipemimpin Islam.

Kumpulan penentang di Iskandariah yang mengadakan tunjuk perasaan berkata, mereka bimbang Ikhwan Muslimin melakukan revolusi di negara ini dan mengukuhkan kuasa mereka serta menguatkuasakan undang-undang Islam.

Mereka juga tidak berpuas hati dengan tahap ekonomi Mesir ketika ini yang mana harga minyak melambung tinggi akibat masalah bekalan dan pembelian panik.

Kedutaan AS dalam satu kenyataan berkata, negara itu sedang memindahkan kakitangan dan anggota keluarga mereka yang kurang penting dan memberi amaran supaya rakyat negara itu tidak ke Mesir jika tidak mempunyai urusan penting. - REUTERS

Lapan tentera maut di selatan Thai

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

Seorang tentera yang cedera dikejarkan ke hospital selepas bom yang ditanam di tepi jalan di wilayah Yala meletup menyebabkan lapan anggota tentera maut di Krongpinang, semalam. - REUTERS

BANGKOK 29 Jun - Lapan anggota tentera maut apabila sebiji bom yang ditanam di tepi jalan meletup di wilayah bergolak selatan Thailand hari ini.

Serangan yang berlaku di daerah Krongpinang wilayah Yala itu turut mengakibatkan dua lagi anggota tentera dan dua orang awam cedera.

Insiden itu berlaku ketika trak yang membawa sepasukan anggota tentera dalam perjalanan pulang selepas bertugas semalaman di pangkalan tentera, terkena bom yang ditanam di tepi jalan.

Bom yang digunakan itu sangat kuat sehingga menyebabkan trak tentera musnah sepenuhnya. Seramai 10 anggota tentera menaiki trak itu dan lapan daripadanya maut, manakala dua lagi cedera.

Dua lagi orang awam yang ketika itu berada berhampiran kawasan kejadian turut cedera dalam serangan tersebut," kata jurucakap tentera, Kolonel Pramote Promin kepada AFP melalui panggilan telefon.

Sehingga kini masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab, tetapi kumpulan pemisah pernah melakukan cara serangan yang sama sebelum ini.

Ketegangan di selatan Thailand sejak sembilan tahun lalu telah mengorbankan lebih 5,500 nyawa dengan anggota keselamatan dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kerajaan sering menjadi sasaran serangan.

Kerajaan Thailand turut mengadakan rundingan rasmi pertama dengan wakil kumpulan pemisah dari selatan, Barisan Revolusi Nasional (BRN) awal bulan ini, tetapi setakat ini masih gagal mencapai perjanjian dan keganasan terus berlaku.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan semalam, dua lelaki Islam, termasuk seorang ketua kampung ditembak mati di wilayah Narathiwat. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tindakan proaktif tangani jerebu

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

Oleh Ku Seman Ku Hussain

JEREBU menyerang lagi dan seperti biasa orang ramai di kawasan yang dikelaskan sebagai bahaya" dinasihatkan berada dalam bangunan, memakai penutup hidung dan jangan membuat pembakaran terbuka. Sebenarnya orang sudah bosan dengan nasihat begini kerana masalah jerebu yang mula melanda sejak 1997 tidak ditangani secara proaktif oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Kini jerebu yang disebabkan oleh pembakaran hutan di Riau, Indonesia telah menenggelamkan" beberapa kawasan dan diisytiharkan darurat. Sekolah dan semua kegiatan di luar bangunan dibatalkan. Kali ini Johor adalah negeri yang paling teruk dan sekali gus menjejaskan kegiatan ekonomi.

Walaupun ini bukan masalah baharu malah berulang kali dialami, setakat ini belum memperlihatkan satu pelan tindakan yang proaktif untuk mengekang kejadian ini berulang. Sementara itu ada pihak pula begitu galak mengumumkan denda kepada individu yang membuat pembakaran terbuka di negara ini. Tahukah mereka bahawa jerebu ini bukan dicetuskan oleh negara ini. Jerebu dicetuskan oleh Indonesia.

Baru-baru ini Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, G. Palanivel mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Alam Sekitar Indonesia, Balthasar Kambuaya di Jakarta. Apakah kita boleh mengharapkan hasil pertemuan yang lebih kepada usaha diplomatik daripada menyelesaikan masalah yang sedang tenat ini? Malah permohonan maaf daripada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono juga tidak memberi sebarang makna selagi tidak ada tindakan yang serius.

Walaupun jerebu memberi kesan buruk kepada kesihatan warga di negara ini, tetapi jerebu juga berkaitan dengan maruah negara. Ini juga menguji cara negara ini menangani masalah yang mendatangkan bahaya kepada warganya. Apabila jerebu tidak ditangani dengan serius, ini menjejaskan maruah negara setidak-tidaknya di mata negara-negara ASEAN.

Malaysia perlu memberi tekanan kepada pihak yang mencetuskan masalah jerebu supaya lebih bertanggungjawab. Dalam soal ini Singapura kelihatan lebih ke depan apabila mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyebabkan negara itu mengalami jerebu yang teruk. Singapura telah memperlihatkan kesungguhan menjaga maruahnya apabila sektor pelancongan terjejas teruk selain menjejaskan kesihatan.

Kenapa Malaysia tidak mendesak supaya Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Merentasi Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution 2002) dilaksanakan? Perjanjian ini dibuat selepas jerebu teruk melanda negara ini pada 1997 di mana semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani perjanjian pada 2002.

Perjanjian ini disertai oleh Brunei, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailan dan Vietnam. Tentulah sangat aneh apabila negara yang menjadi penyebab jerebu iaitu Indonesia tidak menyertai perjanjian ini. Kerana itu Malaysia perlu memainkan peranan untuk memaksa Indonesia menyertai perjanjian ini.

Pada 2005, negara ini mengalami masalah jerebu yang teruk apabila berlaku pembakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan. Lembah Kelang menjadi sasaran jerebu hingga hampir melumpuhkan kegiatan harian terutama di luar bangunan. Pada 2006 jerebu berulang lagi dan perjanjian itu seolah-olah telah beku dan mati.

Melihat kepada perjanjian yang tidak dilaksanakan ini, apakah kita masih menaruh harapan tinggi terhadap pertemuan Palanivel dengan rakan sejawatnya di Indonesia? Kita tidak mahu pertemuan ini hanya menjadi bahan berita di media semata-mata dan apabila jerebu melanda lagi, dibuat pertemuan lagi.

Tekanan

Malaysia perlu menjadi pendesak supaya perjanjian ini diteliti semula dalam kalangan negara ASEAN. Negara lain tidak mengalami masalah seteruk Malaysia yang jerebu sudah menjadi acara tahunan" yang sangat menyeksakan. Kerana itu Malaysia perlu menjadi pemain utama untuk menggerakkan supaya perjanjian ini memberi tekanan kepada Indonesia supaya lebih bertanggungjawab.

Ini merupakan krisis nasional di negara ini. Kerana itu tidak wajarlah cara menyelesaikan krisis ini hanya dengan nasihat supaya tidak keluar rumah dan sentiasa memakai penutup hidung. Krisis nasional, apa lagi yang menyentuh soal maruah memerlukan tindakan yang lebih serius.

Adakah larangan keluar rumah satu pendekatan yang sesuai kerana petani, buruk dan sekian banyak lagi yang berkerja di luar bangunan untuk menyara keluarga? Maknanya jerebu menjejaskan kegiatan harian golongan berpendapatan rendah yang terdedah kepada pencemaran ini. Kenalah menjadi jalan supaya kehidupan harian mereka tidak terjejas walaupun larangan supaya berada dalam rumah atau bangunan itu suatu yang baik.

Begitu juga larangan membuat pembakaran terbuka yang mendatangkan masalah kepada pesawah terutama di Kedah dan Perlis yang terpaksa membakar jerami padi. Ini kaedah yang dijalankan sejak turun temurun untuk melupuskan jerami dan sekali gus menjadi baja untuk tanaman seterusnya. Kita perlu realistik bahawa selama ini pembakaran jerami padi di Kedah dan Perlis belum lagi pada tahap pencemaran.

Maknanya menghadapi jerebu bukanlah membesarkan perkara yang remeh temeh ini. Walaupun ada peruntukan undang-undang kepada individu atau syarikat yang membuat pembakaran terbuka, yang selalu menjadi masalah adalah jerebu dari Indonesia yang datang dalam kadar kepekatan yang tinggi.

Sebenarnya tidak cukup dengan menghebahkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada orang ramai. Kalau IPU naik hingga melebihi 400 iaitu tahap bahaya sekalipun, apakah yang mereka boleh lakukan selain berkurung dalam rumah atau dalam bangunan?

Dari sudut kesihatan, pencemaran udara jauh lebih besar kesannya pencemaran air yang selalu berlaku di negara ini. Kita masih ada pilihan untuk mencari air yang bersih tetapi tidak ada pilihan untuk menyedut udara bersih dalam jerebu. Mahu tidak mahu kita terpaksa menyedut bahan-bahan beracun untuk hidup.

Maka pendirian tegas Malaysia terhadap isu jerebu termasuk mendesak dilaksanakan Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ASEAN. Kerana negara ini yang paling teruk, Malaysia mesti menjadi pemain utama memanfaatkan semangat ASEAN untuk menangani krisis nasional ini. Malaysia perlu menggunakan kesepakatan ASEAN untuk mendesak Indonesia menyertai perjanjian ini kerana masalah jerebu dicetuskan oleh Indonesia.

Sebenarnya Indonesia tidak serius menangani pembakaran terbuka di negaranya. Ini sama dengan sikap Indonesia yang tidak menyertai perjanjian bersama negara ASEAN yang lain dalam isu jerebu. Kerana itu jerebu yang kerap melanda negara ini menguji kesungguhan kita mempertahankan maruah. Ini terpulang kepada kita sama ada defensif, reaktif atau proaktif dalam menangani isu jerebu ini.

Kalau kita reaktif, kita akan melakukan apa yang dilakukan sebelum ini termasuk beberapa pendekatan secara ad-hoc seperti kesediaan menghantar anggota bomba dan penyelamat untuk menolong memadamkan kebakaran di Riau. Kalau kita proaktif, selain membuat tindakan ad-hoc, kita melangkah jauh ke depan untuk memastikan masalah jerebu tidak menjadi acara tahunan" di negara ini.

Walau apa sekalipun, dalam semangat kejiranan dan ASEAN, isu jerebu perlu menjadi satu mercu tanda kesepakatan untuk sama-sama menangani masalah ini. Jerebu bukan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Ini adalah kesilapan manusia dan boleh diatasi dengan meningkatkan kesedaran serta menguatkuasakan tindakan undang-undang.

Merakyat perkhidmatan awam

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

PADA tarikh 24 Jun lepas, genap setahun Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa memegang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam yang melibatkan lebih 1.4 juta kakitangan.

Terlalu banyak perubahan dan perkara yang mahu dilakukan beliau sepanjang tempoh berkenaan yang disifatkan sebagai satu amanah yang membawa bersama satu tanggungjawab besar untuk dipikul.

Namun fokus utama beliau kini adalah lebih untuk merakyatkan perkhidmatan awam yang didokong oleh beberapa prinsip antaranya keterbukaan, turun padang dan musyawarah yang dilihat mampu meningkatkan mutu perkhidmatan yang berkiblatkan rakyat.

Ujarnya, penjawat awam yang bertugas sebenarnya memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan pada masa sama untuk diri mereka sendiri.

Dengan sentiasa melaksanakan kerja dengan baik, integriti penjawat awam juga sentiasa terjaga, yang bermaksud melakukan tugas yang terbaik tanpa mengharapkan balasan.

Oleh itu, semangat Merakyatkan Perkhidmatan Awam" ini diharap dapat dipupuk di kalangan penjawat awam," katanya kepada wartawan Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussain dan Hafizahril Hamid.

Menariknya, anak kelahiran Kluang Johor ini menyatakan satu cara untuk mengurangkan tekanan berikutan bebanan kerja, beliau yang juga peminat tegar kelab Liverpool sering mengikuti perlawanan kelab berkenaan sebagai salah satu cara untuk merehatkan diri selain giat mengikuti liga bola sepak tempatan yang semakin hangat persaingannya.

MINGGUAN: Bagaimana Tan Sri melihat perubahan dan perancangan yang telah dilakukan dalam tempoh setahun Tan Sri memegang jawatan KSN?

ALI: Sebenarnya, tempoh setahun yang telah dilalui terasa amat singkat. Apabila ditawarkan jawatan ini setahun lalu, saya sedar bahawa ia merupakan satu jawatan yang membawa bersamanya tanggungjawab besar. Sebagai KSN ke-13, banyak cabaran yang dihadapi, sama ada yang timbul disebabkan keadaan semasa dan boleh dijangka, dan juga yang timbul secara mendadak. Sebagai contoh, saya tidak pernah terfikir akan menghadapi situasi seperti pencerobohan di Lahad Datu. Keadaan yang timbul tersebut agak luar biasa, dan tidak pernah berlaku sebelum ini, dan memerlukan kaedah penyelesaian yang berbeza.

Pada masa yang sama, saya juga berhadapan dengan cabaran yang timbul daripada penggunaan media sosial yang meluas. Sebagai KSN, saya telah memulakan dasar keterbukaan dan sering menerima maklum balas secara langsung daripada pelanggan, iaitu rakyat. Ruang diberikan untuk lebih rapat dengan masyarakat melalui media sosial, antaranya melalui Facebook, Twitter dan sebagainya. Pintu saya juga sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengemukakan apa-apa isu dan idea-idea baru untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam. Ini menjadi satu cabaran kerana banyak soalan yang telah dikemukakan melalui media baru, yang kini menjadi sumber utama untuk mengemukakan idea selain melalui akhbar-akhbar. Persoalan-persoalan yang dikemukakan memerlukan maklum balas dan penyelesaian yang pantas. Ini merupakan antara cabaran-cabaran utama yang saya hadapi sepanjang tahun pertama ini.

Mungkin Tan Sri ada memperkenalkan konsep-konsep baru untuk memperkasakan perkhidmatan awam.?

ALI: Saya memperkenalkan satu konsep baru dalam perkhidmatan awam yang dikenali sebagai konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam". Perkhidmatan awam terdiri daripada 1.4 juta penjawat awam, yang juga merupakan rakyat. Oleh itu, jika kita mengambil kira ahli keluarga terdekat penjawat awam seperti ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak mereka, saya menganggarkan bahawa terdapat lebih kurang sembilan juta penduduk kita yang mempunyai hubungan secara langsung dengan penjawat awam. Jumlah ini adalah hampir satu pertiga daripada keseluruhan rakyat di negara ini.

Penjawat awam yang bertugas sebenarnya memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan pada masa sama untuk diri mereka sendiri. Sebagai contoh, penjawat awam bertanggungjawab untuk membina infrastruktur seperti jalan raya, dan pada masa yang sama, penjawat awam juga merupakan pengguna jalan raya tersebut. Justeru itu, untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan merupakan perkhidmatan yang terbaik, penjawat awam perlu sentiasa ingat bahawa kita juga adalah pengguna, yang semestinya mengharapkan perkhidmatan yang terbaik.

Dengan sentiasa melaksanakan kerja dengan baik, integriti penjawat awam juga sentiasa terjaga, yang bermaksud melakukan tugas yang terbaik tanpa mengharapkan balasan. Oleh itu, semangat Merakyatkan Perkhidmatan Awam" ini diharap dapat dipupuk di kalangan penjawat awam, supaya mereka tahu bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan rakyat, termasuklah diri mereka sendiri.

Apakah dalam merakyatkan perkhidmatan awam terdapat beberapa fokus yang perlu diutamakan?

ALI: Merakyatkan Perkhidmatan Awam merupakan pendekatan yang berasaskan beberapa prinsip. Pertama, keterbukaan. Keterbukaan dan mudah didekati (approachable) oleh rakyat penting supaya mereka berpeluang untuk mengemukakan idea dan isu yang perlu diatasi. Dalam konteks ini, kritikan secara membina amat digalakkan. Keduanya penjawat awam perlu mengamalkan konsep turun padang dengan kerap . Jika kita hanya melihat sekitar kawasan Putrajaya sahaja dan tidak pernah melawat kawasan luar bandar dan lain-lain, bagaimanakah kita mahu memberikan perkhidmatan terbaik? Sebagai ketua, jika seseorang itu tidak pernah melihat sendiri keadaan serta sumbangan yang telah diberikan penjawat awam, bagaimanakah penilaian boleh dibuat, sedangkan kerajaan mempunyai pelbagai perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat di seluruh negara.

Semua ketua-ketua jabatan dan agensi amat digalakkan turun padang dan melihat sendiri penyampaian yang telah dijalankan. Saya juga mahu lihat ketua-ketua ini melihat sendiri kebajikan penjawat awam ini dan memastikan mereka dijaga dengan baik. Mungkin perkhidmatan yang terbaik sudah diberikan kepada rakyat terutama di bahagian kaunter atau barisan hadapan. Tetapi adakah kita melihat sendiri kebajikan mereka di kaunter serta mereka di belakangnya? Apakah tempat kerja mereka sesuai atau selesa untuk bekerja? Ketua-ketua jabatan perlu bertanya dan melihat keadaan ini. Kepada sesetengah orang, apa yang perlu ialah untuk memastikan kenaikan pangkat setiap empat tahun tetapi bagaimana dengan kumpulan yang lain? Kebajikan mereka juga perlu dijaga.

Dalam perkhidmatan awam terdapat skim tertentu, yang mana bagi mereka yang berada di peringkat terendah gaji mereka mereka memperolehi kenaikan gaji selama 15 tahun dan selepas itu akan kekal statik. Jika mereka tidak naik pangkat, maka gaji mereka akan mati di situ sahaja. Contohnya, jika gaji mereka mati pada RM1,000. Dengan adanya inflasi, nilainya atau kuasa membeli akan menurun. Ini adalah tidak adil, kerana jika perkhidmatan mereka cemerlang, gaji yang diterima itu tidak setimpal dengan prestasi mereka. Itu merupakan antara sebab kerajaan memperkenalkan cadangan-cadangan baru dalam tempoh setahun yang lepas ini, termasuk semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan 3 tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuatkuasa 1 Januari 2013.

Perkara ketiga yang diperkenalkan adalah musyawarah (engagement). Ini agar kita dapat mendengar pandangan dan pendapat, memahami permasalahan serta mendapat maklum balas daripada pihak lain. Apabila sesuatu program atau dasar dibuat tanpa bermusyawarah dengan golongan sasar adakalanya ia akan menjadi program syok sendiri. Prinsip-prinsip lain yang dirujuk kepada ialah insaniah, kerjasama Awam-Swasta dan bersama NGO serta prinsip kekitaan.

Bagaimana dengan kejayaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Apakah ia telah berjaya mencapai sasaran dan akan terus dikembangkan?

ALI: Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS diperkenalkan dalam usaha untuk menggalakkan penjawat awam berfikir di luar kotak dan memastikan program yg diperkenalkan berimpak tinggi, berkos rendah dan dilaksanakan dengan pantas. Antara contoh-contoh kerjasama yang terjalin dalam strategi ini adalah kerjasama antara polis dan tentera. Jika sebelum ini polis dan tentera terlibat dalam bidang kerja dan urusan masing-masing, dengan strategi ini dipraktikkan, wujudnya kerjasama padu antara pihak polis dan tentera. Dalam usaha menangani jenayah, terutamanya di kawasan bandar, di mana kami menghadapi kekurangan anggota polis, salah satu cara yang diusahakan ialah dengan menambah anggota. Usaha ini memerlukan latihan dan pelbagai lagi aspek lain perlu diteliti dan ini akan memakan masa yang lama. Oleh itu, melalui NBOS, polis dan tentera telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menangani masalah jenayah serta kekurangan anggota polis. Sebelum ini, anggota polis sahaja yang menjaga kawasan sempadan, sedangkan ia boleh dilakukan juga oleh anggota tentera. Anggota polis digantikan dengan anggota tentera untuk menjaga kawasan sempadan, manakala anggota polis tersebut dibawa ke bandar untuk menguruskan masalah jenayah.

Mereka juga telah mengadakan polisi bersama, di mana anggota polis, tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) bertugas bersama-sama. Kehadiran mereka ini akan dirasai dan disedari oleh penjenayah, namun hanya polis yang mempunyai kuasa untuk menangkap penjenayah tersebut. Semua ini telah dilakukan dengan kerjasama semua pihak terlibat. NBOS pertama yang telah bermula pada tahun 2009 ini telah berkembang sehingga ke NBOS 9. Kerjasama ini telah berkembang kepada pelbagai agensi Kerajaan yang lain. Ia turut melibatkan program-program bersama belia, antaranya IM4U, 1Malaysia1CallCenter (1MOCC). Rakyat hanya perlu dail nombor 03-80008000 dan maklumat semua agensi kerajaan dapat diperoleh, malah boleh disambung ke pejabat kerajaan. Dengan ini, keperluan untuk operator di setiap kementerian, telah berkurang. Sehingga semalam, sudah terdapat 500,000 panggilan dilakukan ke 1MOCC dan 98 peratus daripadanya adalah melalui telefon. Selebihnya adalah melalui e-mel dan lain-lain. Paling penting ialah prestasi penjawat awam akan meningkat apabila kebajikan mereka dijaga. Ini kerana kita selalu memberi keutamaan kepada output mereka - antaranya penjawat awam perlu memberikan perkhidmatan bertaraf dunia, tetapi kita perlu juga melihat kepada kebajikan mereka.

Sehingga kini apakah bentuk perubahan ketara yang telah berlaku di kalangan penjawat awam?

ALI: Pertamanya semenjak mengambil-alih jawatan KSN pada tahun lepas, saya bersama-sama dengan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian-kementerian yang berkaitan telah mengkaji dan memperhalusi mengenai struktur gaji penjawat awam. Kami lihat lebih daripada 180,000 penjawat awam telah mencapai gaji maksimum dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan berdasarkan daripada data yang telah diperoleh, dan ini merupakan antara rungutan dan masalah penjawat awam pada ketika itu. Sehubungan dengan itu, saya telah mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa tidak perlu ada lagi gaji maksimum dan akan ada kenaikan berterusan setiap tahun, bagi mengatasi masalah kadar inflasi yang juga naik setiap tahun. Seterusnya, kami telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Kerajaan mengambil kira setiap tahun kita akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik, dan penjawat awam merupakan golongan yang memainkan peranan utama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara.

Dengan mengambil kira terdapat seramai 182,434 penjawat awam yang berada di gaji maksimum pada tahun 2013, maka Kerajaan bersetuju berkuat kuasa 1 Januari yang lalu semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga KGT atau Kenaikan Gaji Tahunan. Ini bagi membolehkan semua pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah Pergerakan Gaji Tahunan mulai tahun 2013, tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa. Pendekatan ini sebagai menghargai penjawat awam yang masih produktif dan berprestasi dan bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara. Pada bulan Julai tahun ini, Kerajaan akan memberikan KGT kedua atau double increment kepada semua penjawat awam. Jika selepas itu masih ada lagi mereka yang mencapai gaji maksimum atau tidak naik pangkat, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan kenaikan gaji sebanyak tiga peratus setahun dan tertakluk tiada penyelarasan atau semakan gaji yang diluluskan kerajaan untuk semua penjawat awam. Ini merupakan satu titik sejarah dalam perkhidmatan awam yang mana kami telah berjaya memansuhkan gaji maksimum, dan ia adalah penghargaan kepada usaha semua penjawat awam yang berprestasi baik.

Sebelum itu, kerajaan telah membuat keputusan untuk menambah baik pencen bekas penjawat awam atau pesara, kerana sebelum ini pencen setiap tahun bagi pesara adalah statik iaitu hanya 60 peratus dari gaji terakhir mereka. Jika pencen mereka RM1,000 maka setiap tahun mereka akan menerima jumlah yang sama sahaja. Oleh itu, mulai Januari 2013 Kerajaan telah meluluskan kenaikan sebanyak dua peratus setiap tahun bagi pencen pesara, dan sekurang-kurangnya kerugian inflasi telah dapat diatasi bagi pencen para pesara. Jika kita lihat kebelakangan ini jumlah inflasi adalah sekitar 1 hingga 1.8 peratus, dan kenaikan pencen sebanyak dua peratus setahun akan dapat menyelesaikan masalah kerugian nilai pencen yang diterima oleh para pesara. Dalam erti kata lain, penjawat awam yang berkhidmat akan menerima paling kurang tiga peratus kenaikan gaji dan bagi golongan pesara pula adalah kenaikan sebanyak dua peratus bagi pencen mereka. Saya berharap penjawat awam tidak perlu lagi risau tentang soal kenaikan gaji, dan hanya menumpukan kepada peningkatan prestasi kerja dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Satu lagi penambahbaikan perkhidmatan awam ialah kenaikan pangkat mengikut tempoh perkhidmatan (time based) bagi sesetengah skim perkhidmatan awam. Jika dahulu penjawat awam yang tamat pengajian universiti akan memulakan perkhidmatan pada Gred 41 dan perlu menunggu lama untuk naik pangkat ke peringkat seterusnya, tetapi tidak dengan pengenalan kenaikan pangkat melalui sistem time-based. Masalah biasanya akan timbul apabila kenaikan pangkat lambat kerana tiada jawatan kosong dan disebabkan itu sistem baru ini diperkenalkan. Ini merupakan usaha dan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan martabat perkhidmatan awam ke arah merealisasikan Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Jika penjawat awam pencen pada gred yang rendah, dan kemungkinan besar jika kita tidak menjaga kebajikan mereka saya lihat tidak mustahil kadar pencen yang diterima oleh pesara sama paras dengan kadar kemiskinan negara. Oleh itu kerajaan telah tetapkan pencen minimum adalah pada RM800, tetapi saya tidak mahu lihat mereka ini hanya mendapat gaji pada paras kemiskinan.

Jika mereka ini mendapat kenaikan pangkat yang sepatutnya saya rasa, Insya Allah, mereka akan mendapat pencen yang lebih dari paras kemiskinan. Sebagai contoh penjawat awam di Jabatan Kastam Diraja misalnya, ada yang pencen pada gred 52 selepas lebih 30 tahun berkhidmat. Oleh itu kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan atau time-based ini diperkenalkan di mana sebagai contoh penjawat awam Gred 41 yang telah berkhidmat selama lima tahun tetapi tidak naik pangkat, maka melalui skim baru ini mereka akan naik pangkat secara automatik atau gred akan meningkat ke 44. Skim ini telah diperkenalkan bagi profesion perguruan dan kami sedang menyelaraskan perkara ini dengan skim-skim perkhidmatan awam yang lain. Setakat ini kami telah meluluskan kenaikan pangkat mengikut tempoh perkhidmatan untuk lebih 400,000 guru-guru. Sekurang-kurangnya apabila mereka naik pangkat setiap lima tahun dan apabila berkhidmat selama 25 tahun mereka akan naik ke Gred 54 sekurang-kurangnya. Sekarang ini, majoriti penjawat awam berkhidmat lebih 25 tahun kerana umur pencen telah dinaikkan kepada 60 tahun.

Selain dari itu, kerajaan melalui pengumuman YAB Perdana Menteri ketika Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) pada bulan 11 Mac yang lalu, telah bersetuju untuk mengkaji semula skim-skim perkhidmatan. Sejumlah 81 skim akan dikaji semula, dan pada hujung November ini satu bentuk penambahbaikan perkhidmatan awam akan diperkenalkan, dan Insya Allah ia akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

l Ikuti sambungan wawancara ini

di Utusan Malaysia esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Generasi muda perlu bijak

Posted: 29 Jun 2013 02:00 AM PDT

GENERASI muda yang terbabit dalam politik harus bijak memilih supaya tidak diperbodohkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar Hiasan

ASSALAMUALAIKUM
Pada 24 Jun lalu, ke semua 222 anggota Dewan Rakyat telah mengangkat sumpah jawatan pada Penggal Pertama Parlimen ke-13 yang bersidang buat pertama kalinya di Kuala Lumpur.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, seramai 89 Ahli Parlimen pembangkang turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen.

Bukankah tindakan mengangkat sumpah itu jelas membuktikan bahawa mereka telah bersetuju dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu yang melayakkan mereka menjadi Ahli Dewan Rakyat?

Lalu untuk apa lagi penganjuran beberapa siri perhimpunan haram anjuran mereka yang mendakwa untuk menyampaikan mesej kononnya PRU13 lalu penuh dengan tipu daya muslihat.

Peserta perhimpunan yang berhimpun di luar Parlimen bagi membantah sidang itu sepatutnya berasa malu dengan tindakan hipokrit Ahli Parlimen 'kesayangan' mereka ini.

Sejujurnya, saya rasa perbuatan peserta perhimpunan haram ini sebagai satu perkara yang sia-sia dan langsung tidak membawa apa-apa kebaikan kepada negara tercinta.

Lebih dikesalkan lagi apabila rata-rata peserta yang 'hanyut' dengan dakyah pemimpin parti pembangkang terdiri daripada kelompok anak muda yang kebanyakannya menganggotai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Tidakkah mereka rasa seolah diperbodoh-bodohkan? Sedarlah wahai anak muda. Kalian telah dipergunakan demi kepentingan mereka yang terlalu tamakkan kuasa.

Usah mudah terpengaruh lagi dengan 'gula-gula' yang dijanjikan mereka. Jangan sia-siakan semangat dan tenaga muda anda pada pemimpin talam dua muka.

ANIS ZULAIKHA

Kota Tinggi, Johor

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penternak perlu terlibat dalam semua rantaian pengeluaran - Dr. Ibrahim

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

Ibrahim Che Embong (enam dari kanan) bersama kira-kira 30 peserta yang menghadiri Bengkel Transformasi Ruminan anjuran Jabatan Veterinar dan Utusan Malaysia di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Sepang, semalam.

SEPANG 29 Jun - Golongan penternak perlu melibatkan diri secara langsung dalam semua peringkat rantaian pengeluaran ternakan bagi memantapkan lagi daya saing perniagaan mereka.

Timbalan Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr. Ibrahim Che Embong berkata, usaha sedemikian penting supaya para penternak boleh menikmati keuntungan atau faedah di setiap peringkat dalam rantaian pengeluaran ternakan berkenaan.

"Sudah tiba masanya para penternak tidak hanya menternak dan menjual lembu atau kambing, sebaliknya mereka juga perlu melihat perkara lain yang boleh memberi keuntungan.

"Mereka perlu tahu pasaran dan kegunaan tahi haiwan berkenaan, daging, aspek makanan, kegunaan kulit atau terlibat dalam proses hiliran sebagai sumber kewangan yang lumayan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Bengkel Transformasi Ruminan anjuran Jabatan Veterinar Malaysia bersama Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lebih 30 peserta terlibat dalam bengkel yang diadakan selama tiga hari bermula semalam.

Ibrahim percaya penglibatan dalam produk hiliran mampu melahirkan lebih ramai jutawan di kalangan para penternak haiwan tempatan pada masa depan.

"Dengan kos pengeluaran yang semakin meningkat, para penternak perlu mencari alternatif lain untuk terus bersaing," katanya.

Selangor perlu serius atasi krisis air

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

Oleh MUHAMMAD NAQIB NOR SAID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Jun - Kerajaan negeri dan Pusat perlu bekerjasama mencapai kesepakatan dalam mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan masalah air bertambah buruk menimpa penduduk yang tinggal di kawasan Lembah Klang.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piapakaran berkata, situasi meruncing itu berlaku kerana kedua-dua belah pihak tidak dapat mencapai persetujuan bersama terhadap penubuhan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 sejak sekian lama.

"Kerajaan Negeri Selangor masih berkeras terhadap pemberian 'development order' kepada kerajaan Persekutuan untuk membangunkan projek tersebut sedangkan kemudahan itu bagi melindungi rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya daripada menghadapi krisis air.

"Sehubungan itu, kedua-dua pihak perlu bertolak ansur supaya pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 boleh diteruskan, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, dilaporkan kira-kira enam juta warga ibu kota, Selangor dan Putrajaya bakal berdepan risiko gangguan bekalan air yang kritikal.

Keadaan itu berikutan rizab bekalan air di semua 34 loji rawatan air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Tambah Piapakaran, jika tiada tindakan, masalah bekalan air terawat ini dijangka memberikan impak kepada Tahun Melawat Malaysia 2014 terutamanya di ketiga-tiga kawasan tersebut.

"Ini kerana kawasan tersebut merupakan lokasi tumpuan pelancong dan sudah pasti meninggalkan kesan terhadap industri hotel sekiranya krisis air berlaku," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, isu itu perlu diperbincangkan secara professional dengan mengenepikan kepentingan politik masing-masing kerana berkaitan dengan keperluan asas rakyat.

"Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada pemimpin untuk menangani masalah yang melibatkan rakyat.

"Jika berlaku krisis air, sudah pasti akan meninggalkan kesan terhadap kehidupan seharian, sekali gus bakal menjadi isu politik oleh sesetengah pihak," katanya.

Siti Nurhaliza terima Anugerah Kemanusiaan Mapim

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Jun - Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin (gambar) hari ini menerima Anugerah Kemanusiaan daripada Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Beliau tidak menyangka menerima penganugerahan tersebut kerana pada awalnya hanya diundang oleh Mapim untuk menyatakan sokongan kepada Tabung Gaza Mapim.

"Saya bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan sebagai anak seni serta rakyat Malaysia, pastinya saya juga ingin memainkan peranan dalam membantu saudara seagama kita yang berada di bumi Gaza.

"Sebagai anak seni, bantuan yang dapat saya berikan tidak lebih daripada membangkitkan kesedaran dalam diri masyarakat, khususnya umat Islam untuk turut sama menyumbang dalam tabung ini," katanya dalam majlis Rebuild Gaza For A Nation di sini.

Majlis anjuran bersama Mapim dan Rabbani Productions Sdn. Bhd. itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia untuk turut sama membantu membangunkan semula bumi Palestin, khususnya di Gaza.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau berhasrat untuk mengunjungi saudara seagama yang berada di sana, selain mendalami lebih dekat cabaran dan dugaan hidup yang dihadapi masyarakat Islam di Gaza.

"Sebagai umat Islam, pastinya saya juga mempunyai keinginan untuk mengunjungi Gaza, khususnya Masjid Al-Aqsa.

"Jika diizinkan Allah, saya juga mahu mengikuti jejak beberapa rakan artis yang pernah ke sana, antaranya Afdlin Shauki dan Heliza Helmi,'' katanya.

Pihak yang berminat untuk menghulurkan sumbangan ke Tabung Gaza Mapim boleh melayari laman web www.mapim2u.com.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Dani, titik berat soal aurat dalam lukisan

Posted: 29 Jun 2013 02:00 AM PDT

Bermula di Blog
Saya mula menulis blog pada 27 Ogos 2010 dan aktif memasukkan entri pada tahun 2011. Blog merupakan tempat saya meluahkan perasaan melalui lukisan dengan menggunakan medium Microsoft Excel (MS Ex), Paint version 6.1 dan juga Paint Tool Sai. Alhamdulillah, kini blog saya sudah mencecah 2216 followers.

Saya suka baca kembali entri lama dan akan membalas komen pembaca.Kemudian blogwalking ke blog-blog lain. Memang itu sudah menjadi rutin saya, sebab saya seronok membaca respons pembaca. Selain itu, saya dapat mengeratkan hubungan dengan kenalan baru walaupun hanya melalui alam maya.

Entri tutorial popular

Setakat ini, saya mendapat view sebanyak 12,643 untuk entri tutorial iaitu lukisan karakter hero yang terkenal dalam kalangan kanak-kanak menerusi sebuah stesen televisyen swasta negara. Entri tersebut dan entri tutorial doodle pula mendapat backlink yang banyak daripada pembaca.

Alhamdulillah, mereka yang mencuba tutorial tersebut memberikan respons yang positif dan berjaya menghasilkan lukisan sendiri dengan jayanya. Malah ada yang dilukis lebih cantik daripada apa yang saya kongsikan.

Bahagikan masa

Kalau ilustrasi biasa, dalam sehari dua sahaja, saya sudah dapat siapkan. Berbeza dengan lukisan yang mengikut wajah sebenar bagi tujuan pertunangan dan perkahwinan, prosesnya memakan masa kira-kira seminggu atau lebih (melalui fasa edit jika perlu). Ia lebih lama bagi memastikan pelanggan benar-benar berpuas hati dengan lukisan tersebut.

Biasanya tempahan disiapkan pada waktu malam dan hari minggu. Selain itu, saya juga menyediakan jadual supaya saya dapat membahagikan masa untuk bersama keluarga, kawan-kawan dan diri sendiri. Untuk menyiapkan satu lukisan, kadangkala memakan masa antara satu hingga dua jam, bergantung kepada keadaan, masa dan juga mood.

Guna Microsoft Excel

Microsoft Excel (MS Ex) merupakan salah satu cara mudah untuk melukis terutama bagi mereka yang baru sahaja hendak belajar. Saya katakan mudah kerana mereka boleh menggunakan bentuk-bentuk yang sedia ada dalam MS Ex bagi menghasilkan lukisan-lukisan yang menarik, selain masih mempunyai elemen kreativiti dalam menghasilkan sesuatu karya.

Cabaran utama untuk menyiapkan tempahan adalah apabila berhadapan dengan mood yang agak kurang stabil. Namun apa yang penting adalah minat. Jika ada minat, dengan izin Allah, sesuatu pekerjaan itu akan menjadi lebih mudah.

Batasan aurat dalam lukisan

Saya meletakkan prinsip dalam setiap lukisan saya dan prinsip itu adalah aurat. Bagi lelaki, saya akan memastikan aurat mereka dari pusat hingga lutut ditutup dalam semua lukisan saya, manakala bagi wanita pula, haruslah menutup aurat dengan sempurna. Hijab mereka perlu menutup dada, berlengan panjang, tidak terlalu ketat atau terlalu jarang.

Sebelum bersetuju dengan tempahan, saya akan menjelaskan syarat-syarat untuk menempah terlebih dahulu. Pada mulanya, memang ramai yang tak faham kenapa saya letakkan syarat seperti itu. Walaupun ada syarat, alhamdulillah, saya masih banyak menerima permintaan. Yakinlah, rezeki itu daripada Allah SWT.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Johor jamin prasarana utiliti lengkap

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

Ir. Hasni Mohamed (tengah) diberikan taklimat sewaktu melawat Mctronic Industrites Sdn. Bhd. di Parit Abdul Rahman, Benut, Pontian, Johor, semalam.

PONTIAN 28 Jun - Kerajaan negeri memberi jaminan kemudahan prasarana dan utiliti yang lengkap mampu menarik minat para pelabur untuk membuka perniagaan mahupun perusahaan di negeri ini kerana ia melibatkan keyakinan mereka terhadap setiap pelaburan yang dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Ir.Hasni Mohamed, berkata, tumpuan bukan sahaja melibatkan kawasan perindustrian utama seperti Senai, Tampoi, Tebrau, Pasir Gudang dan Gelang Patah tetapi juga beberapa kawasan baharu yang diwujudkan sebagai peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

"Bukan sahaja soal kemampuan menyediakan kemudahan, tetapi juga kemampuan mengatasi masalah seperti gangguan bekalan elektrik, telekomunikasi mahupun bekalan air adalah penting. Contohnya, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi syarikat pembekal elektrik adalah menyelesaikan sebarang gangguan dalam tempoh kurang 10 minit.

"Ini penting supaya ia tidak menjejaskan sektor utama seperti perindustrian, perkhidmatan, perhotelan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bangunan baru Mctronic Industries Sdn, Bhd., di Parit Abdul Rahman, Benut, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Mctronic Indutries Sdn. Bhd. Tan Meng Chai.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, persaingan menarik pelabur terutama di kalangan negara-negara yang mampu menawarkan tenaga buruh yang murah membuatkan sektor perindustrian beralih kepada penggunaan teknologi bagi menggantikan tenaga manusia.

Justeru, katanya, prasarana serta kemudahan utiliti yang mampu memenuhi kehendak pelabur menjadi faktor penentu bagi meyakinkan mereka bahawa Johor bersedia dengan permintaan masa kini.

"Beberapa kekurangan hendaklah diatasi dengan segera supaya tidak melemahkan minat pelabur untuk menanam modal, sama ada bagi membuka industri baharu mahupun menambah pengeluaran. Kita meminta pembekal utiliti dapat memahami hasrat serta sama-sama membantu melalui kecekapan serta kemampuan yang ada pada mereka," katanya lagi.

Terdahulu sebelum perasmian, Hasni berkata, kelembapan ekonomi global tidak menghalang sesetengah syarikat untuk meneroka bidang baharu sekali gus menunjukkan sektor pembuatan di negara akan terus berkembang dengan adanya permintaan yang tinggi dari negara-negara luar.

Beliau turut menyatakan harapan agar masyarakat tempatan mengambil segala peluang yang ada dan tidak bergantung kepada tenaga kerja luar sedangkan ia boleh diisi oleh anak tempatan termasuk dalam sektor minyak dan gas di Pengerang yang menawarkan kira-kira 70,000 peluang pekerjaan.

Bas nyaris meletup selepas terbakar

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

ANGGOTA bomba memeriksa bas terbakar selepas api dipadamkan dalam kejadian di Perhentian Bas Jalan Maharani, di Muar, Johor, kelmarin.

MUAR 28 Jun - Sebuah bas yang membawa penumpang dari Muar ke Bukit Kepong nyaris meletup apabila terbakar secara tiba-tiba sebelum memulakan perjalanan terakhir di Perhentian Bas Jalan Maharani, di bandar ini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, tindakan pantas pihak bomba yang tiba kira-kira lima minit kemudian berjaya mengawal kebakaran daripada merebak sekali gus memadamkan risiko letupan di kawasan tumpuan awam itu.

Pada masa sama, orang ramai yang berada di kawasan tersebut turut membantu memadamkan kebakaran tersebut kerana khuatir api merebak ke perhentian bas berkenaan.

Sementara itu, pemandu bas tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 45, berkata, dia baharu sahaja menghidupkan enjin sebelum memulakan perjalanan ke Bukit Kepong, kira-kira 85 kilometer dari sini.

"Namun sebaik saja enjin dihidupkan, saya terbau benda hangit disusuli dengan kepulan asap keluar dari bahagian enjin. Terkejut dengan kejadian itu saya segera mengarahkan kira-kira 10 penumpang supaya keluar dari bas untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku dengan pantas dan dalam tempoh kurang dari dua minit, api terus marak membakar ruang enjin hingga ke bahagian tengah bas menyebabkan dia tergamam.

"Mujurlah ada orang ramai yang menjerit supaya menjauhi bas dan saya terus beredar ke kawasan perhentian kerana khuatir ia akan meletup. Saya bersyukur kejadian berlaku sebelum bas mula bergerak kerana jika kebakaran terjadi ketika dalam perjalanan, mungkin mengancam keselamatan penumpang," ujarnya.

Penumpang, Azlan Husin, 18, berkata, ketika kejadian dia baru sahaja menaiki bas berkenaan untuk pulang ke rumah di Lenga.

Katanya, dia sendiri belum sempat duduk apabila pemandu bas tersebut menjerit meminta semua penumpang turun kerana ada kebakaran di bahagian enjin sebelum berlari turun kerana bimbang kenderaan awam berkenaan meletup.

"Api marak dengan begitu cepat dan apabila bomba sampai, bahagian bumbung bas sudah tinggal rangka sahaja. Mujurlah pemandu cepat menyedari kebakaran itu kerana jika tidak, entah apa nasib kami semua," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved