Selasa, 19 Julai 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Strategi serampang dua mata

Posted:

Strategi serampang dua mata

Strategi serampang dua mata

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Sintang utama Chelsea, John Terry (kanan) dan Frank Lampard (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan menyertai sesi latihan pasukan itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam. - AP


KUALA LUMPUR - Pertemuan menentang Chelsea pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok akan digunakan sepenuhnya oleh jurulatih, Ong Kim Swee untuk menguji kesemua pemain skuad Olimpik dan beberapa bekas pemain kebangsaan.

Menurut Kim Swee, pendekatan yang akan digunakan pada pertemuan dengan kelab London itu ialah meletakkan pemain senior sama ada bekas pemain kebangsaan atau pemain yang pertama kali beraksi dalam skuad kebangsaan dalam separuh masa pertama manakala pemain skuad Olimpik pada babak berikutnya .

"Berdasarkan pengamatan saya ketika skuad kebangsaan menentang Arsenal dan Liverpool sebelum ini, kedua-dua pasukan Liga Perdana England (EPL) tersebut meletakkan pemain muda mereka pada separuh masa pertama sebelum menurunkan pemain utama pada separuh masa kedua," katanya kepada para pemberita di padang Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Jelasnya, percaturan tersebut adalah untuk membolehkan pemain senior yang rata-rata pernah beraksi bersama skuad kebangsaan membuktikan kebolehan mereka bersaing dengan pemain muda Chelsea, sekurang-kurangnya bagi mendapat tempat dalam skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal.

"Bagi skuad Olimpik pula inilah peluang terbaik mereka bersaing dengan pemain senior Chelsea yang kebanyakannya ialah pemain kebangsaan negara masing-masing seperti John Terry (England), Fernando Torres (Sepanyol), John Obi Mikel (Nigeria) dan Frank Malouda (Perancis).

"Selain itu pemain skuad Olimpik ini juga boleh mendapat kata-kata semangat dan belajar daripada sembilan pemain senior yang saya senaraikan sebagai persediaan terbaik mereka menjelang kelayakan Sukan Olimpik 2012 yang bermula September ini," katanya.

Antara pemain senior yang dipanggil Kim Swee ialah Badhri Radzi, Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Joseph Kalang Tie, Norhafiz Zamani Misbah, Hairuddin Omar, Farizal Marlias, Shahrulnizam Mustapa dan Amri Yahyah.

"Kalau boleh saya memang hendak memberi peluang semua pemain bawah 23 tahun termasuk mereka yang dipanggil daripada pasukan negeri dan kelab, selain pasukan saya sendiri Harimau Muda A untuk beraksi menentang Chelsea kerana ini adalah peluang terbaik untuk mereka menimba pengalaman," katanya.

Pemain bawah 23 tahun pasukan negeri dan kelab yang disenaraikan Kim Swee adalah Izuan Solahuddin (Kelantan), Zubir Azmi (Terengganu), Faizal Abu Bakar (Kedah), Azrul Azmi (Felda United), Hazwan Bakri (Kuala Lumpur), Azrif Nasrulhaq (PKNS), Nazmi Faiz dan Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B).

Selepas ini kesemua lapan pemain tersebut akan bergabung dengan 15 pemain skuad Harimau Muda A yang dijadual menjalani latihan dan perlawanan persahabatan di Slovakia selama sebulan bagi persiapan menjelang perlawanan kelayakan Olimpik peringkat kumpulan.

Antara 15 pemain Harimau Muda A ialah Shukor Jusoh, Gary Steven Robbat, Amer Saidin, Affize Faisal Mamat, Fandi Othman, Ferris Daniel Mat Nasir, Irfan Fazail, Izham Tarmizi, Zamir Selamat, K. Sasikumar, Syahrul Azwari Ibrahim, A. Thamil Arasu, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Mereka akan berlepas ke Slovakia pada Jumaat ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hairuddin imbau kenangan 2003

Posted:

Hairuddin imbau kenangan 2003

Hairuddin imbau kenangan 2003

KUALA LUMPUR - Berjaya menandingi pertahanan Chelsea, John Terry dan menanduk masuk sepakan sudut Rosdi Talib pada minit ke-40 dalam saingan Piala Liga Perdana England Asia 2003 memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan pemain Negeri Sembilan, Hairuddin Omar.

Esok, pemain kelahiran Setiu, Terengganu berkenaan dijangka bertemu semula dengan pemain antarabangsa England itu (Terry), bukan buat kali kedua tetapi kali ketiga selepas kali terakhir ketika Malaysia tewas 0-2 kepada Chelsea di Stadium Shah Alam pada 2008.

Menurut pemain berusia 31 tahun itu, bertemu semula Chelsea pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil sempena Jelajah Asia pra musim, esok menaikkan semula semangat Hairuddin yang dipilih dalam skuad Pilihan Malaysia bimbingan jurulatih, Ong Kim Swee.

"Saya gembira diberi peluang beraksi semula bersama pasukan Malaysia walaupun bergabung dengan skuad Olimpik, ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya bukan sahaja dapat beraksi menentang Chelsea tetapi menyertai sebuah skuad yang mempunyai pemain muda yang bagus," katanya ketika ditemui media selepas latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) dekat sini, semalam.

Jelasnya, jika diturunkan oleh Kim Swee dia berjanji akan beraksi dengan baik tetapi tetap merasakan sukar untuk mengulangi pencapaian 2003 menjaringkan gol tunggal negara pada ketika itu selepas tewas 1-4.

"Kami akan cuba memberi tentangan kerana Chelsea bukan calang-calang pasukan kerana dibarisi pemain hebat, tetapi jika dapat menjaringkan gol dan menewaskan penjaga gol, Petr Cech ia boleh dianggap bonus buat saya.

"Saya juga merasakan skuad kali ini berbeza berbanding pasukan 2003 yang ketika itu Chelsea di bawah bimbingan Claudio Ranieri dengan mengharapkan pemain seperti Jimmy Floyd Hasselbaink, Boudewijn Zenden berbeza dengan sekarang apabila mereka dibarisi Didier Drogba, Fernando Torres dan Cech," katanya.

Hairuddin juga berjanji akan memberi persembahan terbaik jika dia digandingkan bersama pemain Selangor, Amri Yahyah berikutan di dalam latihan jurulatih banyak menggunakan gandingan tersebut di bahagian serangan.

"Bagaimanapun saya tidak terfikir untuk dipilih semula dalam skuad kebangsaan bimbingan jurulatih, Datuk K. Rajagobal, kerana pasukan itu sudah mempunyai pemain tetap yang sudah serasi berganding bersama seperti Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


60 guru sertai konvoi Moh Ke Rompin

Posted:

60 guru sertai konvoi Moh Ke Rompin

60 guru sertai konvoi Moh Ke Rompin


ADNAN Abdul Kadir (kanan) melepaskan peserta konvoi Moh Ke Rompin di pekarangan Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 19 Julai - Seramai 60 warga pendidik daerah ini menyertai konvoi Moh Ke Rompin sempena sambutan Hari Guru peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut (PPDJ) bermula baru-baru ini.

Pegawai PPDJ, Adnan Abdul Kadir berkata, konvoi kali kedua itu diadakan selama tiga hari dan merupakan salah satu program yang terkandung dalam jadual sambutan Hari Guru tahun ini.

"Para peserta terdiri daripada guru dan kakitangan PPDJ dengan menunggang motosikal berkuasa 150 cc ke bawah serta lima motosikal berkuasa tinggi yang bertindak sebagai pengawal keselamatan.

"Saya kagum melihat para peserta begitu bersemangat menunggang motosikal biarpun jaraknya melebihi 250 kilometer," katanya kepada pemberita selepas upacara pelepasan konvoi di pekarangan PPDJ di sini.

Adnan berkata, konvoi tersebut diadakan bertujuan mengeratkan hubungan para guru dengan masyarakat di samping berkongsi ilmu dengan para pelajar sekolah di luar daerah ini.

Katanya, pada masa sama para guru terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan selain melahirkan warga pendidik yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental.

"Konvoi itu dapat mendidik para guru menunggang motosikal dengan cara yang betul dan selamat mengikut undang-undang yang telah ditetapkan," katanya.

Katanya, beberapa aktiviti dijalankan sepanjang berada di Rompin seperti ceramah motivasi, pertandingan memancing dan woodball serta sesi bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Leban Chondong.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

28% pelajar SJKC Kuo Min kaum lain

Posted:

28% pelajar SJKC Kuo Min kaum lain

28% pelajar SJKC Kuo Min kaum lain

SEREMBAN 19 Julai - Semangat permuafakatan di sekolah sewajarnya menjadi nilai-nilai asas dalam usaha membentuk kefahaman terhadap budaya, amalan dan agama sesuatu kaum itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sekolah berperanan penting dalam usaha menyatukan kaum, apatah lagi aktiviti yang dijalankan itu mengambil kira keperluan semua.

''Saya puji Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Min di Nilai ini kerana ia bukan sahaja dihuni pelajar dari kaum Tionghua, tetapi juga disertai pelajar Melayu dan India.

''Saya difahamkan daripada 600 pelajarnya, 28 peratus terdiri daripada kaum Melayu, India dan etnik dari Sabah dan Sarawak," katanya.

Mohamad berkata demikian dalam ucapan merasmikan gelanggang berbumbung SJKC Kuo Min, di Nilai dekat sini semalam.

Katanya, usaha ditunjukkan oleh sekolah tersebut adalah sesuatu yang terpuji, apatah lagi langkah mereka menyediakan kelas agama Islam untuk lebih 100 pelajar Melayu di sebelah petang.

''Apabila pelajar ini bercampur gaul antara satu sama lain, mereka sebenarnya lebih memahami budaya dan bahasa serta amalan setiap kaum itu.

''Di sinilah putik semangat negara bangsa itu tercipta dan pelajar ini apabila keluar kelak, akan lebih memahami antara satu sama lain, selain menghormati budaya, agama dan amalan antara kaum," katanya.

Beliau berharap, semangat 1Malaysia yang disaksikan dengan jelas di sekolah itu dapat dipraktikkan di sekolah-sekolah lain.

''Saya percaya, di atas semangat kesedaran yang tinggi, dedikasi dan komitmen ini, kita akan dapat membina negara ke alaf 50 tahun akan datang, sekali gus menyediakan hamparan yang lebih baik kepada anak-anak kita.

''Berilah peluang kepada anak kita yang sedang belajar ini hidup dalam negara yang aman dan damai, sekali gus dipayungi sebuah negara yang berdaulat," ujar Mohamad.

Pada majlis tersebut, Mohamad juga mahu pengisian minda rakyat dengan ilmu diberikan perhatian seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan negeri ini lembah ilmu dalam melahirkan cendekiawan yang dihormati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Anwar bina rangkaian di Indonesia?

Posted:

Anwar bina rangkaian di Indonesia?

Anwar bina rangkaian di Indonesia?

KUALA LUMPUR 19 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai kini giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Republik Indonesia yang bertujuan memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.

Menurut sumber dari Indonesia, ini dibuktikan apabila Ketua Pembangkang itu mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat di negara jiran tersebut, baru-baru ini.

Katanya, malah Anwar popular di Indonesia kerana dianggap tokoh reformasi, agama, bahasa selain pandai memenangi hati rakyat negara tersebut.

"Kumpulan sasarannya adalah segenap lapisan masyarakat terutama dari kalangan rakyat yang bertaraf hidup rendah, mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media, menteri-menteri dan bekas ahli politik.

"Anwar giat memperluaskan pengaruh 'Anwarisme' terutama kumpulan sasaran politik iaitu 70 peratus rakyat yang bertaraf hidup sederhana dan miskin.

"Kumpulan sasaran politik itu sangat memerlukan perhatian pemerintah, namun mereka dijadikan sasaran manipulasi dan eksploitasi politik," kata sumber itu ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sumber itu memberitahu, Anwar dipercayai mengambil peluang tersebut kerana memahami budaya politik negara berkenaan yang perlu dilihat sebagai prorakyat untuk mengekalkan populariti.

"Beliau mendapat sokongan daripada beberapa menteri dan bekas menteri yang popular dalam kalangan rakyat republik itu tersebut.

"Antara strateginya setiap kali menyampaikan ceramah di sana ialah menjanjikan perkara-perkara asas kehidupan yang bukan berbentuk material seperti keadilan, hak asasi dan kebebasan.

"Hakikatnya, dia sudah mewujudkan beberapa rangkaian antarabangsa, termasuk di negara Barat bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia," jelasnya.

Beliau turut berpendapat, cara menangani pengaruh Anwar di Indonesia ialah dengan mengerakkan semua sumber kerajaan yang sedia ada untuk bersama memperkukuhkan rangkaian di negara itu serta mewujudkan sistem pertahanan Malaysia di republik tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ramai mengkafir sesama Islam kerana politik - Mahathir

Posted:

Ramai mengkafir sesama Islam kerana politik - Mahathir

Ramai mengkafir sesama Islam kerana politik - Mahathir

KUALA LUMPUR 19 Julai - Terdapat sebahagian umat Islam di negara ini terlalu mudah dikelirukan hingga sanggup mengkafirkan sesama agama yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila pemimpin mereka berpendirian sedemikian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka begitu fanatik dan akan mengutuk serta mengkafirkan golongan Islam yang menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam.

Bagaimanapun katanya, jika pada esoknya pemimpin mereka mengatakan perkara sebaliknya iaitu kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan, para penyokong mereka sedia melupakan tuduhan kafir yang dilemparkan sebelum ini.

"Orang Islam seperti ini mudah dikelirukan. Sekiranya pemimpin mereka kata siapa yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir, maka kafirlah orang Islam berkenaan.

"Namun, apabila pemimpin sama mengatakan boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam pada keesokannya, maka mereka akan kata ya, sekali gus melupakan tuduhan kafir kepada pihak satu lagi," katanya.

Mahathir berkata demikian dalam blognya di http://chedet.cc/blog/ hari ini.

Dalam blog itu, beliau turut mengulas mengenai kemunduran dan kemiskinan yang dialami oleh dunia Islam ketika ini dan kegagalan negara-negara tersebut muncul sebagai negara membangun.

"Soalnya sekarang kegagalan ini bukan disebabkan agama. Islam yang dibawa oleh Rasulullah 1,400 tahun lalu telah didatangkan dengan cukup sempurna.

"Namun, selepas zaman Rasulullah, telah berlaku penafsiran tentang agama oleh para sarjana Islam yang tulen serta golongan yang mengaku pakar tetapi sebenarnya penipu.

"Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada penafsiran ini berbeza sama sekali dengan Islam yang sebenar," ujarnya.

Di Malaysia katanya, terdapat pertubuhan al-Arqam dan Ayah Pin yang secara terang kedua-dua fahamannya bertentangan dengan Islam.

"Dua fahaman ini mempunyai pengikut masing-masing. Mereka percaya dengan apa yang dibawa oleh kedua-dua fahaman ini. Dalam dunia Islam yang lain terdapat banyak kumpulan yang serupa dengan al-Arqam dan Ayah Pin," ujarnya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, sudah tiba masanya umat Islam kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan menjadikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan paling utama supaya negara-negara Islam mampu bangkit seperti negara-negara yang lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Seludup dadah guna pos laju

Posted:

Seludup dadah guna pos laju

Seludup dadah guna pos laju

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

SEPANG 19 Julai – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup tujuh kilogram dadah menggunakan perkhidmatan pos laju yang dianggarkan bernilai RM1 juta hasil dua tangkapan yang dilakukan dalam tempoh seminggu.

Pengarahnya, Datuk M. Govinden berkata, kes pertama melibatkan dua penghantaran empat kilogram (kg) dadah jenis ketamine dianggarkan bernilai RM720,000 kepada dua individu berbeza yang beralamat di Sepang dan Subang, Selangor pada 13 Julai lalu.

Menurut beliau, kesemua bungkusan dadah tersebut disembunyikan dalam sebuah lubang yang terdapat pada tujuh unit skrol lukisan yang dipos dari China.

"Pegawai kastam di bahagian penguatkuasaan mengesan tiga bungkusan yang mahu dihantar ke Sepang manakala empat bungkusan yang dialamatkan ke Subang itu mengandungi dadah setelah melalui imbasan di Pusat Mel dan Kurier KLIA.

"Dengan kerjasama pihak Pos Malaysia, kita berjaya menahan empat individu, bagaimanapun selepas siasatan rapi dilakukan, dua orang dilepaskan manakala dua suspek lagi ditahan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM di KLIA hari ini.

Govinden berkata, kedua-dua lelaki terbabit kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut beliau, tiga hari kemudian, pihaknya berjaya mengesan lima kotak kosong barang kemas yang mengandungi tiga kg dadah jenis methamphetamine (syabu) bernilai RM750,000 yang dihantar menggunakan modus operandi yang sama.

"Hasil pemeriksaan pegawai kastam mendapati dadah itu disembunyikan di bahagian bawah di dalam kotak barang kemas yang dikirim dari India dan dihantar kepada sebuah syarikat multinasional di Selangor.

"Namun, hasil siasatan terhadap pihak yang menerima dadah itu telah membawa kita kepada penahanan seorang suspek yang berusia 45 tahun yang juga merupakan pekerja biasa di syarikat tersebut," katanya.

Sementara itu, Govinden berkata, sejak awal tahun ini sehingga semalam, pihaknya berjaya mematahkan 15 cubaan penyeludupan dadah melalui pintu masuk KLIA.

"Kesemua dadah yang dirampas itu adalah daripada jenis syabu (lima kes), ketamine (lima kes), Eramin 5 (tiga kes), ganja (satu kes) dan heroin (satu kes) yang mengandungi kuantiti seberat 64.37 kg dan bernilai lebih RM5.6 juta," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penyamun tersilap langkah lari di hadapan IPK

Posted:

Penyamun tersilap langkah lari di hadapan IPK

Penyamun tersilap langkah lari di hadapan IPK

SEREMBAN 19 Julai - Tiga lelaki yang melarikan diri selepas menyamun seorang suri rumah di Kuala Pilah menjerat leher sendiri apabila tersalah masuk laluan di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Akibatnya, polis terpaksa menembak kaki salah seorang suspek berusia 40 tahun ketika dia melarikan diri di hadapan IPK itu sebelum ditahan bersembunyi di sebuah kedai keranda.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dua lagi rakan suspek berusia 30 hingga 40 tahun dapat melarikan diri dan mereka kini diburu oleh polis.

"Ketiga-tiga suspek sebelum itu menyamun rumah seorang wanita berusia 36 tahun pada pukul 9.30 pagi di Taman Impian, Kuala Pilah.

"Dalam kejadian itu, salah seorang suspek tiba-tiba melompat pagar rumah mangsa dan mengacukan parang sebelum merentap dua utas rantai emas yang dipakai wanita itu," katanya pada sidang akhbar di IPK Negeri Sembilan, hari ini.

Menurut Hamdan, mangsa yang hamil dua bulan kemudian dibawa oleh penduduk taman itu ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, seorang saksi yang melihat kejadian itu segera melaporkan kepada polis termasuk jumlah suspek, jenis kenderaan serta nombor pendaftaran yang digunakan mereka.

Berdasarkan maklumat tersebut, sebuah kereta peronda polis terserempak dengan kereta Perodua Kancil dinaiki suspek di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dan segera mengarahkan mereka berhenti, namun suspek terus memecut kenderaan itu.

"Kenderaan mereka itu bagaimanapun tersilap kerana memasuki laluan menghala ke IPK negeri sebelum polis melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai tayar kereta itu.

"Kereta dinaiki penjenayah itu kemudian terbabas sebelum melanggar pagar Masjid Jamek Seremban di sini," kata Hamdan.

Ketika melarikan diri, katanya, salah seorang suspek cuba merampas sebuah motosikal milik anggota polis, dan ketika itu seorang anggota peronda melepaskan satu das tembakan mengenai betis kanannya.

Hasil tangkapan itu, polis menemui sehelai jaket hitam, tiga pemutar skru, satu tukul besi, tiga bilah parang, sebilah kapak dan sepasang sarung tangan dipercayai digunakan untuk jenayah dalam kenderaan suspek," katanya.

Menurut Hamdan, kenderaan yang dinaiki suspek itu dicuri di Jalan Sungai Keramat, Klang pada 12 Jun lalu dan nombor pendaftarannya adalah palsu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Peket syabu milik rakan - Benjy

Posted:

Peket syabu milik rakan - Benjy

Peket syabu milik rakan - Benjy

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Julai – Pelakon Benjy mendakwa bahawa satu peket plastik berisi dadah jenis syabu seberat 0.24 gram yang ditemui di kediamannya di Kondominium Menara Duta 2, tahun lalu adalah milik rakannya yang dikenali sebagai Nor Azizi.

Benjy, 33, atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim (gambar) yang memberi keterangan membela diri di Mahkamah Majistret di sini hari ini, turut mendakwa rakannya itu yang dipanggil sebagai Gi sebenarnya meletakkan peket dadah itu di sebuah rak buku dalam unit kondominium tersebut.

Ujar anak lelaki tunggal dramatis Azean Irdawaty itu, semua perkara tersebut terbongkar selepas bekas pembantu peribadinya, Afifi Hamid memberitahunya ketika mereka dalam perjalanan pergi memancing di Kampung Delek, Klang pada pukul 1 pagi, 11 Mac 2010.

Menurutnya lagi, Afifi juga memaklumkan bahawa Gi telah datang ke kediamannya antara pukul 8 dan 12 tengah malam, sehari sebelum itu untuk menemuinya, namun bekas pembantunya itu memaklumkan dia sedang memancing di kolam ikan di Desa Aman, Kepong.

''Afifi menceritakan, Gi duduk di ruang tamu dan membuka bungkusan plastik didakwa berisi syabu yang dibawa lelaki itu lalu menghisap dadah tersebut.

''Bekas pembantu peribadi saya mengatakan kemudian melihat Gi meninggalkan peket plastik di sebuah rak buku sebelum beredar dari kediaman tersebut,'' jelasnya selaku saksi pembelaan pertama sewaktu pemeriksaan utama oleh peguam belanya, Amer Hamzah Arshad.

Namun ketika sesi soal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd. Halim, Benjy sebaliknya menyatakan dia tidak memberitahu perkara itu kepada polis semasa siasatan kerana ketika itu dia keliru dan tidak tahu ia perlu dimaklumkan kepada pihak polis.

Benjy kemudian menafikan keterangan mengenai kewujudan seorang lelaki yang bernama Gi sengaja direka walaupun dia tidak tahu di mana individu tersebut berada sekarang.

Sementara itu, Afifi yang turut dipanggil sebagai saksi pembelaan kedua mengesahkan bahawa dia sendiri memberitahu Benjy mengenai kedua-dua dakwaan tersebut.

Jelas wanita itu, pada pukul 8 malam sebelum tangkapan berlaku pada 11 Mac 2010, dia menghantar bekas majikannya itu ke Desa Aman sebelum pulang semula ke Kondominium Menara Duta 2 dan individu yang dikenali Gi muncul kemudian.

Kata Afifi, selepas Gi beredar, Benjy menelefonnya supaya datang semula ke Desa Aman untuk mengambil artis berkenaan untuk pergi ke Kampung Delek dan ketika itu dia menceritakan mengenai perbuatan Gi kepada bekas majikannya.

''Benjy memarahi saya kenapa membiarkan Gi melakukan perkara itu dan mengarahkan agar menghapuskan peket itu selepas menghantarnya ke Kampung Delek.

''Tetapi saya lupa untuk berbuat demikian ketika pulang ke Kondominium Menara Duta 2 selepas tiba dari Kampung Delek,'' kata Afifi ketika disoal oleh Amer Hamzah.

Benjy diperintahkan membela diri pada 8 Julai lalu atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut di sini, pada pukul 4 petang, 11 Mac tahun lalu.

Dia bagaimanapun dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memiliki 0.14 gram dadah jenis sama di No. C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Persimpangan Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang hari yang sama.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Majistret Hafizza Sauni menetapkan esok untuk hujahan di akhir kes pembelaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Blogger diarah bayar Rais RM300,000

Posted:

Blogger diarah bayar Rais RM300,000

Blogger diarah bayar Rais RM300,000

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Julai - Angkara fitnah yang dibuat secara meluas terhadap Datuk Seri Dr. Rais Yatim, seorang penulis blog hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini supaya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof yang membuat keputusan itu turut memerintahkan Amizudin Ahmat, 42, yang juga merupakan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 5 Julai lalu, mahkamah memutuskan Amizudin yang diwakili peguam William Leong bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Rais selaku plaintif yang diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir memfailkan writ saman terhadap Amizudin pada 31 Januari lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, Rais menyatakan, pada 28 Disember 2010, Amizudin sama ada secara sendiri mahupun melalui ejen-ejennya telah menyebabkan satu penerbitan artikel bertajuk 'Hei Pak Menteri...mana mau lari...'

Menurut Rais, seluruh kandungan artikel dalam bahasa Malaysia itu berniat jahat dan memfitnahnya, selain ia bermaksud atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan tuduhan itu selepas penulis blog terbabit menamakannya.

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya.

Dalam penghakiman bertulis, Hakim Zabariah menjelaskan, jumlah ganti rugi itu adalah munasabah dan ia ditetapkan selepas mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dibuat oleh Amizudin selaku defendan selain nilai wang semasa.

Menurut beliau, mahkamah juga memberikan pertimbangan kepada beberapa faktor antaranya, kedudukan plaintif sebagai menteri Kabinet yang telah berkhidmat selama 37 tahun dan dikenali di peringkat antarabangsa.

Fitnah yang dibuat oleh defendan sangat serius kerana sekiranya seseorang mempercayainya, reputasi plaintif akan terjejas bukan sahaja di negara ini bahkan ke peringkat antarabangsa selain memberi kesan dalam kehidupan menteri itu serta keluarganya.

Dakwaan rogol pula, menurut Hakim Zabariah, melibatkan kesalahan jenayah yang dilakukan terhadap individu dari negara lain dan dakwaan tersebut sangat menjijikkan terhadap menteri Kabinet.

Katanya, ia juga dakwaan yang tidak sihat terhadap hubungan diplomatik antara dua negara dan menambahkan lagi kemarahan negara jiran itu memandangkan terdapat kes-kes rakyat negara tersebut didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Selain itu, kata Hakim Zabariah, penyiaran artikel tersebut melalui blog boleh diakses oleh sesiapa sahaja menerusi Internet di seluruh dunia.

Ini merupakan faktor-faktor istimewa yang membezakan kes saman itu dengan kes-kes saman fitnah yang telah diputuskan terdahulu, jelas Hakim Zabariah.

Tambahan pula, kata beliau, daripada keterangan, didapati defendan telah bertindak secara melulu dan cuai apabila dia mengakui hanya pergi ke Jakarta untuk 'menyiasat' dakwaan tersebut selepas artikel itu disiarkan dalam blognya.

Lebih-lebih lagi sepanjang tiga hari berada di negara itu, ujar hakim, defendan gagal mendapatkan sebarang pengesahan daripada wanita tersebut yang dikatakan sebagai 'mangsa' untuk mengesahkan cerita itu.

Rais yang ditemui di luar mahkamah berkata, keputusan tersebut amat bermakna dan berharap individu lain lebih berhati-hati apabila menulis mengenai orang lain.

''Hari ini hari yang hebat, ia satu lambang sebenar tentang keyakinan terhadap badan kehakiman kita,'' kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


4 beranak trauma disamun RM15,000

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUANTAN 19 Julai – Empat beranak bukan sahaja kerugian RM15,000 disamun empat penyamun di rumah mereka di Felda Selancar 9 dekat Rompin, awal pagi semalam, malah turut trauma apabila diikat kumpulan penjenayah itu.

PTD Maran menang anugerah Emas MPC

Posted:

[unable to retrieve full-text content]MARAN 19 Julai - Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Maran berjaya meraih anugerah Emas sempena Konvensyen Inovasi dan Kreatif Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Timur yang diadakan di Terengganu, baru-baru ini.

Manfaatkan Kolej Komuniti

Posted:

[unable to retrieve full-text content]TEMERLOH 19 Julai – Rakyat diminta memanfaatkan kewujudan Kolej Komuniti di kawasan masing-masing sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat bagi melahirkan modal insan berkualiti.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Analisis tuntutan Bersih

Posted:

Analisis tuntutan Bersih

Analisis tuntutan Bersih

BANYAKNYA orang memilih jalan mudah dalam membuat keputusan penting dalam hidup. Sebagai contoh kecil, kita lihat bagaimana cara pasangan muda hendak membeli keperluan peralatan rumah untuk menghadapi hidup baru.

Mereka biasanya tidak akan membuat rujukan bacaan dahulu, sebaliknya segera bertanya kawan terdekat dan daripada pendapat kawan itulah mereka terus membuat keputusan. Kerap juga mereka kemudian menyesal bertahun-tahun kerana tidak membuat bacaan secukupnya.

Mereka pernah belajar cara membuat keputusan yang bersistematik, terutamanya yang pernah belajar di universiti. Cara membuat keputusan rumah tangga sebegini kemudian diwariskan pula kepada anak-anak. Anak-anak itu kemudian dewasa dan mengulang cara membuat keputusan yang sama. Cara demikian berterusan menjadi budaya.

Dalam hal ini, cita-cita Wawasan 2020 yang mencatatkan matlamat melahirkan masyarakat saintifik nampaknya hanya melahirkan beberapa orang pekerja sains dengan membawa pelbagai gelaran, sedangkan hidup mereka kekal dipenuhi kepercayaan tahyul.

Begitu pun, saya ragu-ragu sama ada golongan ini pernah membaca sendiri dokumen Wawasan 2020 atau hanya mendengar-dengar daripada kawan lalu menghakimi wawasan itu.

Daripada cara membuat keputusan itu, saya ragu-ragu juga sama ada pengikut demonstrasi Bersih baru-baru ini telah membaca dengan teliti memorandum Bersih yang hendak disampaikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya itu.

Saya jangka ribuan daripada mereka itu tidak pernah pun menjeling dokumen itu, jauh sekali daripada membaca jawapan-jawapan oleh SPR atas alasan semua jawapan SPR memihak kepada pemerintah.

Seawal perenggan pertama, apabila membaca dokumen yang dinamakan Memorandum Pertubuhan (haram atau halal pertubuhan ini bukan urusan saya dalam konteks ini) Masyarakat Malaysia Mengenai Reformasi Pilihan Raya Malaysia 2010, seorang yang waras dan kritikal akan mempersoalkan ketepatan pendirian pertubuhan ini yang mengatakan "...Kami ... memegang kepada pendirian bahawa satu-satunya formula bagi penstabilan, peningkatan dan kemakmuran di Malaysia ialah melalui demokrasi 'pelbagai parti' yang sengit dan sihat." Kemudian, dokumen itu merujuk pilihan raya Britain 2010.

Selain daripada bahasanya kurang baik (seperti isyarat bahawa dokumen ini tidak dibuat dengan teliti mungkin atas desakan waktu untuk kepentingan tertentu), pembuat dokumen ini menyembunyikan fakta perbandingan bahawa di Britain atau di Amerika Syarikat (AS) hanya dua parti yang kuat bertanding, bukan seperti 'pelbagai parti' yang begitu bebas di Malaysia.

Meskipun undang-undang negara-negara itu membenarkan kepelbagaian parti untuk bertanding, hanya dua parti yang saling bertukar kuasa. Liberal Demokrat, parti ketiga di Britain, hanya pada pilihan raya yang lepas menunjukkan sedikit keupayaan, itu pun masih tidak sampai menguasai kerajaan sepenuhnya.

Di AS pula sehingga sekarang hanya dua parti sahaja yang mendapat liputan walaupun ada parti renik lain, seperti Parti Hijau, yang turut serta. Ini semua adalah hasil kerja kapitalis. Mengapa tidak diberitahu kepada orang muda dalam Bersih bahawa kuasa menentukan monopoli kuasa di negara Britain yang Parlimennya jauh lebih tua daripada Parlimen Malaysia itu telah dipindahkan daripada suruhanjaya pilihan raya mereka kepada golongan kapitalis yang menguasai parti-parti di sana – yang menentukan berapa parti sahaja yang boleh hidup.

Jika kerajaan di Malaysia mereka katakan jahat, mereka lupa kerajaan boleh ditukar oleh warganegara melalui sistem undi tetapi jika kapitalis antarabangsa itu yang jahat, warganegara tidak ada kuasa apa-apa untuk menukar mereka. Pemimpin mereka bukan dipilih melalui pilihan raya.

Elok juga jangan dilupakan sejarah Syarikat Hindia Timur, syarikat kapitalis yang diberi 'charter' oleh Raja Eropah untuk menjajah Asia termasuk Malaysia beratus-ratus tahun, telah menafikan sama sekali hak kebebasan rakyat negara yang dijajah memilih pemimpin sendiri.

Peserta demonstrasi juga tidak diberitahu oleh ketua Bersih bahawa mereka dipergunakan oleh pemimpin mereka menuntut paha selepas mendapat betis.

Buktinya, pada perenggan dua memorandum itu dicatatkan pernyataan memuji sistem pilihan raya di Malaysia yang berbunyi "menjurus kepada pilihan raya 2008, Malaysia melalui perubahan gaya di dalam kerajaan, dari sebuah kerajaan berbentuk kuku besi kepada sebuah kerajaan yang lebih demokratik. Orang awam telah berpeluang mengecapi sebuah persaingan di antara BN dan PR yang mana ia membawa sebuah reformasi pentadbiran dan dasar-dasar yang lebih bersifat inklusif."

Mereka memberi kepujian terhadap perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem politik Malaysia tetapi sejurus perubahan itu diberi, mereka membawa orang ramai yang 'semi-jahil' ke jalan raya menuntut sesuatu dengan kekerasan.

Mengapa demikian balasan kepada keterbukaan yang telah diberi dan yang mereka puji itu? Nampaknya, yang mereka minati bukan transformasi tetapi sesuatu yang lain. Hanya orang yang terlalu jahil sahaja yang tidak mengesan maksudnya.

Dokumen itu pula seperti dengan sengaja ditujukan kepada sasaran yang salah iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Antara tuntutan itu termasuk (i). Hak mengundi dan pembuangan undi yang meliputi pendaftaran automatik, menurunkan usia mengundi, tidak hadir membuang undi dan (ii). Persempadanan semula kawasan (iii). Akta Pilihan Raya berkaitan tempoh kempen dan Akses Media, (iv). Demokrasi pelbagai parti dan (v). Pentadbiran pilihan raya. Semua tuntutan itu sepatutnya ditujukan kepada Parlimen.

Mereka tidak menjelaskan bahawa hanya Parlimen yang boleh membuat undang-undang seumpama Akta bagi merealisasikan semua tuntutan itu, bukan SPR.

Dari awal mereka seperti telah merancang bahawa apabila jawapannya 'tidak dapat', mereka akan mengeksploitasikan kemarahan peserta demonstrasi bahawa SPR yang tidak adil itu degil, tidak menerima tuntutan majoriti rakyat yang mahukan perubahan.

Pada hal, jika Parlimen menolak cadangan-cadangan Bersih atau SPR, mereka mesti mengiktiraf bahawa penolakan dibuat oleh majoriti ahli Parlimen yang telah diundi oleh jutaan rakyat berbanding beberapa ribu orang, atau kalau sejuta sekali pun, yang menggunakan jalan raya untuk menggantikan kerajaan.

Selagi mereka menerima Malaysia sebagai negara demokrasi berparlimen, mereka mesti menerima keputusan-keputusan Parlimen itu. Jika mereka ingin mengubahnya, mereka perlu melalui pilihan raya juga.

Buat masa ini mereka mesti menerima hakikat bahawa mereka tidak kuat di Parlimen dan apabila kehendak mereka itu diundi, mereka akan kalah.

Seterusnya saya meneliti pula kesahihan pernyataan ketua penganjur yang menggambarkan Bersih diwakili oleh segenap lapisan rakyat.

Daripada senarai 60 badan yang 'endorsed' memorandum itu terdapat banyak badan tersenarai yang tidak pernah didengar pun, semata-mata bagi menggambarkan senarai yang panjang.

Daripadanya terdapat 11 badan yang namanya berkaitan 'India' (tanpa prejudis kepada kaum Tamil di Malaysia), belum termasuk yang tiada jenama sedemikian tetapi ahlinya sama.

Daripada jumlah besar itu juga hanya 14 badan yang menggunakan bahasa Melayu bagi menjenamakan diri mereka berbanding 46 yang lain menggunakan bahasa Inggeris. Bahkan, badan yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim pun menggunakan bahasa Inggeris iaitu Anwar Ibrahim Club (AIC).

Dalam hal ini mungkin sasterawan dan pejuang bahasa Melayu yang kelihatan ramai menyertai demonstrasi itu tidak sedar atau tidak perlu ambil pusing kerana 'musuh bahasa' kepada mereka hanyalah kerajaan.

Peraturan wajib menggunakan bahasa Melayu yang sering dituntut oleh pencinta bahasa Melayu tidak perlu dipakai untuk yang lain, terutamanya untuk kalangan penentang kerajaan.

Demikian secebis pemerhatian saya tentang kandungan tuntutan Bersih. Saya dapat mengesan penganjur tuntutan ini menggunakan pelbagai strategi perang yang tidak mulia. Pelbagai tipu helah digunakan demi mencapai matlamat yang mereka anggap lebih agung.

Bayangkan jika ada nyawa orang yang ikhlas dan tidak berdosa hilang dalam suasana dan keadaan yang tidak menentu itu berlaku, tidakkah mereka merasa berdosa terhadap yang terkorban itu semata-mata melayan cita-cita mereka?

Terhadap soalan saya itu, mereka mungkin sudah bersedia dengan jawapan berbunyi "jika polis tidak mengganggu semuanya akan jadi aman."

Akur sahaja dengan jawapan itu, para pengikut pula seperti tidak terfikir bahawa polis itu bukan dewa-dewa yang tidak pandai marah jika dicaci, dihina, diperbodohkan dengan perkataan-perkataan yang sangat menyayat hati?

Tidakkah perancang demonstrasi yang beragama Islam pula takut akan ingatan "tidak akan mencium bau syurga orang yang menitiskan darah saudaranya yang lain?"

Mungkin mereka akan menjawabnya pula; "Saya telah berijtihad dan saya juga telah bertahajud pada sepertiga malam tadi untuk mendapat petunjuk, dan petunjuk itu memberitahu, "kamu berada di jalan yang benar."

Sambil termenung saya berfikir, bolehkah masa hadapan negara diputuskan oleh warganegara yang membuat keputusan seperti hendak membeli peti sejuk atau mesin basuh?

TAN SRI DR. NORDIN KARDI, Penyandang Kursi Za'ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tafsiran halus perhimpunan haram 9 Julai

Posted:

Tafsiran halus perhimpunan haram 9 Julai

Tafsiran halus perhimpunan haram 9 Julai

Oleh TAN MELAKA

SEMENTARA akhbar Melayu terutama Utusan Malaysia bermati-matian menafikan pihak polis bertindak liar melakukan kekerasan dan keganasan terhadap penunjuk perasaan haram Bersih 9 Julai lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris Ahad lalu secara halus dan bijak meyakinkan pembacanya bahawa polis telah bertindak demikian dengan memberikan bukti bahawa orang UMNO turut menjadi mangsanya.

Menurut penulis kolum di akhbar mingguan Inggeris itu, Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid yang lebam tangannya terpaksa menerima rawatan dan tentunya beliau tidak berterima kasih kepada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang memukulnya dengan cota dan seorang lagi yang tidak disebutkan namanya turut cedera di kaki.

Ketua Pemuda Bukit Bintang pula dipukul di belakangnya dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ditahan setelah disembur dengan gas pemedih mata.

Ini adalah perkara biasa dalam mana-mana tunjuk perasaan apabila polis merasakan bahawa keselamatan orang ramai terancam. Tetapi kepada kolumnis yang memperjuangkan hak asasi manusia, perkara ini adalah luar biasa.

Setelah menyebutkan kecederaan kepada pemimpin UMNO itu lalu disentuh pula oleh penulis ini tentang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang terpaksa berkerusi roda untuk memberikan ceramah di sana-sini dengan diberikan sambutan sebagai wira dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala.

Kenyataan kolumnis itu tanpa mempersoalkan kebenaran atau kesahihannya sama ada lakonan atau lain-lainnya dengan mengemukakan pemimpin UMNO sebagai turut terlibat, maka tentulah berjaya memperkukuhkan keyakinan pembaca akhbar tersebut terhadap pelbagai tindakan polis yang didakwa oleh pakatan pembangkang sebagai kejam. Nampaknya, sudah ramai yang pandai berlakon dalam pakatan tersebut, bukan hanya Anwar Ibrahim seorang.

Bahawa ketua-ketua parti pakatan ini mencabar dan menyerang polis dalam tunjuk perasaan itu tidak dirasakan perlu untuk dicatatkan oleh kolumnis itu, sebaliknya, tulisannya didahulukan dengan memberikan gambaran bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah ketinggalan zaman kerana anaknya sendiri, Marina dan cucunya turut serta dalam perhimpunan itu.

Pendirian kolumnis itu sebagai seorang yang bekerja dengan akhbar sebuah parti politik harus dipersoalkan kerana tanpa bukti beliau membuat kenyataan bahawa penunjuk-penunjuk perasaan itu bukan hanya terdiri daripada anggota Pas atau PKR atau penyokong Anwar tetapi turut serta anggota Civil Society yang mahukan sistem pilihan raya yang lebih baik.

Di mana beliau mendapat maklumat ini? Kenapa beliau tidak menyebutkan perihal sebahagian besar daripada mereka itu ialah 'tentera upahan'?

"Demonstrasi Sabtu itu adalah menunjukkan wujudnya very sophisticated civil society yang tidak takut untuk menyatakan perasaan mereka," kata kolumnis tersebut dalam tulisannya.

Hebat sekali kesimpulan yang dibuat oleh penulis itu berasaskan kepada sentimen sendiri tanpa mengambil kira sentimen orang Melayu yang marahkan parti-parti Melayu dipimpin oleh seorang Hindu yang bertopeng bebas.

Penulis itu turut memberikan gambaran bahawa Pemuda UMNO tidak berjaya menarik golongan muda yang menyebabkan mereka ramai berada di pihak yang mengadakan tunjuk perasaan jalanan itu.

Apakah ini benar? Kenapa beliau tidak boleh berfikir bahawa Pemuda UMNO tidak merancang tunjuk perasaan itu tetapi sekadar untuk bertindak balas dengan mengambil-kira nasihat kerajaan dan parti. Jika mahu tentunya Pemuda UMNO dapat mengumpul jumlah yang lebih besar untuk menunjukkan pergerakan itu berada di pihak kerajaan.

Saya mengucapkan tahniah kepada kolumnis itu yang bekerja dengan akhbar parti politik tetapi bijak untuk mencari masa yang sesuai bagi menunjukkan taringnya dan menyimpan kukunya bila melihat kemaraan pengaruh UMNO.

Saya telah memerhatikan peranan akhbar berbahasa Inggeris ini dari sejak sebelum Pilihan Raya Umum 2008 hingga sekarang. Dalam banyak hal, akhbar ini menghakiskan keyakinan orang Cina terhadap MCA.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Hati terpaut di Pulau Banding

Posted:

Hati terpaut di Pulau Banding

Hati terpaut di Pulau Banding

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


Keriangan jelas terpancar di wajah para selebriti yang berpeluang melihat bunga Rafflesia secara dekat di Pulau Banding.


KETIKA warga kota lain kecoh dengan perhimpunan haram pada 9 Julai lalu, 11 orang selebriti pula diulit kedamaian di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, Perak.

Kehadiran mereka ke situ selama tiga hari, sejak Jumaat (8 Julai), adalah bagi menjayakan program Artis Pencinta Alam (APA) anjuran Yayasan Pulau Banding dengan sokongan Yayasan Emkay.

Program sempena Tahun Perhutanan Antarabangsa 2011 yang dilancarkan oleh Persekutuan Perhutana Dunia itu disertai Fauziah Latiff, Ezlynn Ariffin, Farah Asyikin Zulkifli, Sabhi Saddhi, Amanda Imani, Hasnul Rahmat, Yasmin Hani Richardson, Rafidah Ibrahim, Isma Halil Hamzah, Angkasawan Malaysia, Mejar Dr. Faiz Khaleed dan Miss Universe Malaysia 2010, Nadine Ann Thomas.

Objektif utama para selebriti berada di sana selama tiga hari, dua malam adalah untuk mendedahkan mereka kepada kehidupan alam semulajadi yang terdapat di Kompleks Hutan Hujan Belum-Temenggor.

Sebaik tiba, rombongan seramai 63 orang termasuk pihak media yang bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.30 pagi disambut dengan tarian sewang dan chantung oleh Orang Asli di Belum Rainforest Resort.

Kemudian ahli rombongan diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pulau Banding, Dr. Daniel Baskaran tentang peri pentingnya melestarikan kehijauan dan kesegaran khazanah alam sekeliling.

Selepas mendengar penerangan, ramai yang tidak sabar untuk melihat dan meneroka keindahan alam semulajadi yang terdapat di Kompleks Hutan Hujan Belum-Temenggor, milik Emkay Group itu.

Bagi Farah, apa yang dilalui selama tiga hari, dua malam di situ adalah satu pengalaman yang sangat berharga kerana sebagai orang bandar dia tidak berpeluang berjalan di waktu malam.

Katanya, kalau di kampung pun tidaklah segelap sewaktu berjalan dalam hutan yang hanya berbekalkan lampu picit.

Kenangan paling menyeronokkan ketika melawat Orang Asli di Sungai Tiang.

"Tak sangka Farah berpeluang melihat kehidupan Orang Asli yang benar-benar asli, kerana selama ini asyik tengok di televisyen atau bahan bacaan sahaja. Bila tengok mereka, Farah rasa diri amat beruntung kerana hidup dalam 'kemewahan'.

"Namun kalau sesekali berpeluang hidup di kawasan pedalaman macam ini seronok

juga sebab tidak ada pencemaran udara atau bunyi bising kenderaan," katanya.

Farah berkata, sewaktu singgah di i-Play Toy Library kampung tersebut, hatinya teringin untuk berkongsi segala ilmu dengan anak-anak Orang Asli.

Dalam pada itu penyiar radio internet Bapaku.fm., Isma Halil Hamzah, yang sempat membuat rakaman untuk siarannya dari dalam hutan itu berkata, keindahan alam yang ada perlu dijaga.

Katanya, keindahan semula jadi anugerah Allah itu boleh dijadikan daya tarikan untuk pelancong.

"Aku memang suka duduk dalam hutan begini. Fikiran tenang sebab dapat dengar bunyi unggas dan burung.

"Udaranya pula bersih dan sejuk. Sebab itulah Orang Asli, walaupun tidak ada kemudahan macam kita tapi sihat sahaja," katanya.

Sementara itu Sabhi Saddhi yang berasal dari Sabah tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila berpeluang melihat bunga Rafflesia secara langsung.

Selain melihat bunga raksaksa itu, Sabhi juga amat teruja sewaktu melihat air terjun yang sejuk itu.

"Ooii kawan-kawan, marilah mandi. Best tau, airnya sejuk. Boleh buat urutan, kalau duduk bawah air terjun ni," ajaknya.

Bagi Ezlynn, kesempatan berada di dalam hutan amat berharga kerana inilah masa untuknya bersantai daripada memikirkan hal kerjaya.

"Warna hijau amat menenangkan, begitu juga dengan derauan air terjun. Lynn paling suka bila dapat tengok bunga Rafflesia dan berjalan pada waktu malam," katanya terus terang.

Kalau artis lain ada kenangan manis ketika berada di dalam hutan hujan tropika yang tertua di dunia berbanding Hutan Amazon dan Hutan Congo itu, Amanda Imani pula ada cerita lain.

Daripada ramai artis yang masuk hutan, hanya Amanda yang menjadi pilihan pacat ketika berjalan di waktu malam.

"Kenapalah pacat ini pilih saya. Ramai lagi yang ada. Hah! Rugi darah saya disedekah kepada pacat yang suka melata ni," katanya.

Walaupun masing-masing keletihan kerana dibawa melawat beberapa tempat, namun berpuas hati kerana berpeluang melihat hutan hujan yang kaya dengan flora dan fauna serta kehidupan lain yang semakin pupus itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kalah bukan tanda penamat

Posted:

Kalah bukan tanda penamat

Kalah bukan tanda penamat

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


(Dari kiri) kapten Ray, shazrul hudson ashley durai, Sarah Diana Michele durai dan koreografer acid bersama hadiah kemenanan mereka.


BIARPUN tewas pada saingan terakhir sebelum penentuan juara, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat Norny Yusnita Jening (Nita) dan adiknya Umar Ali Jening (Umar) untuk menggapai impian bergelar bintang di lantai tari.

Bagi mereka kekalahan untuk meraih gelaran juara Mari Menari musim kedua (MM2), malam Ahad lalu bukanlah penanda berakhirnya langkah untuk menjadi penari profesional.

Malah kesempatan beraksi di pentas MM2 itu dianggap sebagai pembuka jalan untuk terus mengorak langkah dan berdiri sebagai seorang penari yang disegani.

Namun jelas pasangan Nita itu, soal menang atau kalah bukanlah agenda yang menjadi percaturan mereka sepanjang menyertai rancangan itu.

"Setiap apa yang terjadi semamangnya sudah tertulis dan adatlah di dalam pertanding semestinya ada yang menang atau kalah.

"Mungkin bukan rezeki kami untuk menjadi juara, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus mengorak langkah dalam menjengah dunia tarian.

"Walaupun tidak menang, kami tetap gembira kerana berjaya bertahan sehingga ke peringkat akhir dalam menunjukkan bakat menari yang ada dalam diri kami," jelas Nita ketika ditemui selepas berakhirnya siaran MM2, baru-baru ini.

Sependapat dengan kakaknya, Umar yang menunjukkan peningkatan ketara pada saingan akhir itu beranggapan segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang menyertai MM2 merupakan harta yang tidak ternilai.

Jelasnya, apa yang penting mereka sudah membuat yang terbaik bagi menghiburkan semua penonton dan pengundi yang setia menyokong perjalanan mereka di MM2.

"Biarpun kalah kami tetap berpuas hati kerana sudah melakukan yang terbaik untuk menonjolkan kebolehan dan kekuatan gerak tari kami.

"Lagipun, kami berpegang pada prisip yang ditekankan oleh Kapten Belalang agar kemunculan di pentas mestilah jujur dan ikhlas untuk menghiburkan penonton.

"Jadi sepanjang beraksi di pentas, kami langsung tidak memikirkan soal menang atau kalah sebaliknya fokus untuk memberikan yang terbaik.

"Tetapi nasib tidak menyebelahi kami, insya-Allah kami akan terus berusaha untuk membaiki kelemahan yang ada," ujar Umar yang menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang koreografer.

Melihat kepada persembahan dua beradik kelahiran Kota Kinabalu itu, persembahan mereka pada malam kemuncak dilihat lebih menyerlah dan bertenaga berbanding dengan pasangan Sarah yang dinobatkan sebagai juara MM2 dengan membawa pulang wang tunai RM150,000 dan pakej bercuti ke Bali, Indonesia untuk dua orang yang ditaja Mustwin Sdn. Bhd. dan trofi.

Ditanya sama ada mereka kecewa dengan keputusan yang diumumkan oleh pengacara Awal Ashaari dan Lisa Surihani, mereka menafikan sambil berkata;.

" Kami tidak kecewa kerana yang penting dapat menimba ilmu yang dicurahkan oleh kapten dan guru tari. Itu sudah cukup menggembirakan kami.

"Itulah hadiah yang cukup bernilai untuk kami sebenarnya," tambah Umar sambil disokong oleh Nita.

Sarah bawa keluarga tunai umrah

Berkongsi kegembiraan setelah berjaya dinobatkan sebagai juara MM2, pasangan Sarah merancang untuk membawa ahli keluarganya mengerjakan umrah.

Bagi Sarah atau nama sebenarnya Sarah Diana Michele Durai, 32, dia ingin berkongsi kegembiraan itu bersama dengan insan-insan istimewa dalam hidupnya.

Jelasnya, rancangan untuk membawa ahli keluarga menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu merupakan niat mereka sebelum melangkah ke pertandingan akhir MM2.

"Saya sudah berniat untuk membawa ayah, ibu dan dua orang adik saya yang lain untuk menunaikan umrah sekiranya berjaya menjuari rancangan ini.

"Saya mahu berkongsi kemenangan ini dengan keluarga kerana merekalah tidak jemu-jemu menyokong saya," kata Sarah yang nyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraan yang jelas terpancar di raut wajahnya.

Bagaimanapun, tambah Sarah, dia masih belum menetapkan tarikh untuk mengerjakan umrah seperti yang telah dirancangkan.

"Saya masih belum berbincang dengan keluarga berkenaan dengan tarikh yang sesuai untuk berlepas mengerjakan umrah.

"Insya-Allah, apabila sampai ke Sabah saya akan berbincang dengan keluarga untuk menentukan tarikh yang sesuai untuk kami mengerjakan ibadat umrah," kata Sarah.

Sarah yang tidak pernah menduga akan menang dalam MM2 menganggap kemenangan itu merupakan rezeki dan peluang untuk terus memahat nama dalam persada seni tarian.

"Kami tidak menjangka akan menang kerana saingan kami merupakan pasangan yang hebat dan peluang untuk menang tipis.

"Bagaimanapun kami amat berterima kasih kepada pengundi yang tidak jemu-jemu mengundi kami termasuk kapten dan guru tari yang banyak menurunkan ilmu mereka kepada kami," jelas Sarah yang mengakui terpaksa memujuk adiknya Shazrul Hudson Ashley Durai untuk bersama menyertai MM2.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Sebar budaya melalui komik

Posted:

Sebar budaya melalui komik

Sebar budaya melalui komik

Oleh ABD. HALIM HADI
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH dan ZAKARIA IDRIS


Mohd. Danial yang memikul tugas mempromosikan komik Celestrial Saga (Cesaga) sehingga menembusi pasaran antarabangsa.


MUNGKIN masih ramai yang beranggapan komik tidak lebih daripada sekadar bahan bacaan untuk kanak-kanak mengisi masa lapang.

Lebih serong lagi ia dikatakan hobi yang merugikan masa dan wang.

Persepsi itu mungkin biasa di negara ini. Namun di negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, komik menjadi komoditi hiburan semua peringkat umur.

Buktinya juga jelas melalui populariti filem hari ini yang banyak mengadaptasi bahan bacaan itu. Thor, Transformers, X-Men, Batman dan Incredible Hulk hanyalah sebahagian daripadanya.

Bukanlah sembarangan mencontohi budaya asing tetapi kajian membuktikan komik membantu pembaca berfikir lebih pintar dan berimaginasi dengan lebih kreatif.

Bahan bacaan bergambar dengan dialog ringkas itu memudahkan akal memahami sesuatu maklumat sekali gus memproses cerita dengan baik.

Bayangkan tekanan seorang kanak-kanak sekiranya 'disuap' dengan buku-buku ilmiah yang sepi tanpa gambar.

Di sebalik persepsi yang melencong itu, landskap komik tempatan sebenarnya telah lama bermula dan cukup popular sekitar tahun 80-an.

Karya seperti Pengembaraan Hassan dan Hussin (Ibrahim Hamid), Pemburu Harimau, Kalong Pendita (A. Ghafar Bahari) dan Pertarungan Maut (Zainal Buang Hussein) adalah antara yang pernah menjadi kegilaan.

Namun dari dulu hingga sekarang, masih tidak banyak karya tempatan yang berjaya menembusi pasaran luar.

Salah satu daripada faktor yang menjadi penghalang adalah penggunaan satu bahasa iaitu Bahasa Melayu.

Menyedari hakikat itu, Avell Enterprise selaku penghasil komik tempatan mengambil pendekatan berani melalui penerbitan komik berbahasa Inggeris.

Lebih mengejutkan, pada langkah pertama sahaja mereka sudah memasuki pasaran komik antarabangsa.

Pengurus Projek, Mohd. Danial Mohamad Yusuf berkata, komik Celestial Saga menembusi pasaran AS pada hujung tahun lalu selepas dijemput berpayung di bawah syarikat penerbitan Dusk Comics yang beroperasi di Texas, Amerika Syarikat.

"Celestial Saga (Cesaga) dalam Bahasa Melayu bermaksud pengembaraan kayangan. Komik setebal 100 muka surat itu kini sudah masuk bab kedua," katanya ketika ditemui di pejabat di Seksyen 6, Wangsamaju, Kuala Lumpur.

Menggunakan lakaran kartun Jepun (manga), komik Cesaga menceritakan dua watak adik-beradik kembar yang turun dari kayangan untuk menentang kuasa jahat di bumi.

Uniknya, kisah pengembaraan adiwira bernama Bulan dan Purnama itu bukan sahaja digarap jalan cerita yang menarik malah menggabungkan kisah-kisah daripada mitos serantau.

Keterampilan kisah fantasi itu dihidupkan dengan watak-watak seperti Suria, Puaka, Garuda, Pontianak dan banyak lagi.

Selain itu, Cesaga juga dihidupkan dengan nama dan istilah budaya setempat seperti keris, tombak, permainan congkak, sepak raga dan makanan seperti sate.

Keunikan itu menjadikan komik yang dijual pada harga AS$10 (RM32) sejilid itu, komik manga kebudayaan yang pertama di dunia.

Mohd. Danial, 25, berkata, peluang bernaung di bawah penerbitan Dusk Comics itu diperolehi selepas hasil kerja mereka terpilih melalui pertandingan komik yang diadakan di laman visual kreatif terkemuka, Deviantart.com.

"Pertandingan yang dibuka kepada pelukis komik di seluruh dunia itu diadakan untuk mencari karya dan bakat-bakat baru.

"Dengan watak dan jalan cerita yang unik, Cesaga terpilih menjadi salah satu komik keluaran Dusk Comics," katanya.

Namun perjalanan Cesaga dalam industri komik masih mentah walaupun sudah memasuki pasaran antarabangsa.

Yang pasti, keuntungan bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan pasukan yang dianggotai oleh lima pemuda Melayu itu.

"Secara jujur kami tidak ada untung daripada jualan. Usaha kami sekarang lebih kepada untuk perkenalkan Cesaga kepada dunia.

"Komik ini penuh dengan budaya masyarakat Malaysia," katanya.

Menceritakan permulaan Cesaga, Danial berkata, kejayaan adalah hasil kegigihan abangnya, Asrul Sani Mohamed Yusuf yang merupakan pelukis keseluruhan komik.

Berbeza dengan kartun tempatan, lakaran manga Asrul Sani, 29, banyak dipengaruhi lukisan komik Jepun seperti Naruto dan Dragon Ball.

Beliau berkata, oleh kerana itu ada pihak yang menganggap gaya lukisannya tidak beridentitikan Malaysia, bagaimanapun beliau mempunyai pegangan tersendiri.

"Ia hanya gaya lukisan. Tapi setiap watak digayakan dengan unsur kebudayaan seperti pakaian, senjata dan adat istiadat.

"Kami memilih lukisan manga kerana itulah lukisan yang diminati pada masa kini," katanya yang belajar melukis di hadapan televisyen sejak berusia lapan tahun.

Meskipun sibuk dengan kerja sepenuh masa sebagai pelukis animasi di sebuah syarikat di Kuala Lumpur, Asrul masih mempunyai masa untuk memperuntukkan tenaga pada komik kesayangannya.

"Kami mempunyai cita-cita yang besar untuk pasaran yang lebih luas," katanya.

Menurut adik-beradik itu, permulaan perniagaan Avell Enterprise bermula dengan bantuan Dana Industri Kreatif yang diperolehi daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), kira-kira dua tahun lalu.

"Sumber kewangan yang terhad tidak membolehkan kami bergerak pantas. Segala-galanya harus dilakukan secara 'manual' dan sendiri.

"Tapi kami bernasib baik kerana mempunyai pasukan yang gigih untuk melihat kejayaan Cesaga," katanya.

Selain dana berjumlah kira-kira RM50,000 itu, mereka juga mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menaik taraf laman web yang kini mempunyai kira-kira 3,000 ahli.

"Kami amat mengalu-alukan bantuan dari mana-mana pihak sama ada dalam bentuk dana, tenaga kerja, dan juga promosi.

"Memandangkan komik ini masih tidak dijual di negara ini, kami juga sedang berusaha untuk menyediakan kandungan di dalam bentuk e-book," katanya.

Tambah Danial, untuk jangka masa panjang penerbitan komik itu mahu dikembangkan kepada perniagaan lain seperti penghasilan patung figura, pakaian kustom, poster dan barangan cenderahati Cesaga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved