Selasa, 19 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


SKMM perlu wujud unit khas

Posted:

SKMM perlu wujud unit khas

SKMM perlu wujud unit khas

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


M.Saravanan membantu membersihkan iklan haram yang ditampal pada peti surat di Taman Desa Setapak, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Julai – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dicadangkan supaya menubuhkan sebuah unit khas untuk mengenal pasti dan seterusnya membatalkan nombor telefon pemberi pinjaman wang haram.

Ini kerana hanya organisasi itu yang mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap kumpulan tersebut yang kini banyak mempromosikan perkhidmatan mereka dengan menampal iklan di merata-rata tempat secara haram.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, langkah itu juga dilihat paling berkesan dalam menangani masalah iklan-iklan haram yang mencemarkan keindahan ibu negara.

Menurutnya, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya boleh memantau dan membersihkan iklan-iklan itu, tetapi tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan nombor telefon yang dipaparkan.

"Dalam beberapa operasi yang dijalankan, DBKL mendapati nombor telefon itu memang wujud," katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi menanggalkan iklan haram di kawasan Wangsa Maju di sini, hari ini.

Beliau berkata, langkah membatalkan nombor telefon itu juga lebih berkesan dan lebih mudah berbanding tindakan menangkap mereka yang terlibat.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada tahun lepas, DBKL telah menanggalkan sebanyak 458,811 poster haram di sekitar Kuala Lumpur.

"Kawasan Bandar Tun Razak mencatat jumlah iklan haram tertinggi iaitu 68,811, diikuti Wangsa Maju 56,034 dan Bukit Bintang 65,212," katanya.

Saravanan menambah, sehingga akhir bulan Jun lalu, sebanyak 227,985 lagi iklan haram telah dibersihkan oleh DBKL.

"Dalam operasi penurunan iklan haram hari ini, kita tumpukan usaha di tiga kawasan dalam Parlimen Wangsa Maju iaitu Teratai Mewah, Taman Desa Setapak dan Taman Bunga Raya," katanya.

Sebanyak 80 kakitangan DBKL dari empat cawangan iaitu cawangan Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Kepong terlibat dalam operasi penurunan iklan haram tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk bawa kes CF ke TTPR

Posted:

Penduduk bawa kes CF ke TTPR

Penduduk bawa kes CF ke TTPR

RAWANG 19 Julai - Apa sebenarnya yang berlaku. Bagaimana rumah di sebuah kawasan perumahan boleh mendapat sijil layak menduduki (CF) sedangkan bekalan air dan elektrik masih belum disambungkan.

Itulah yang menghairankan dan menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penduduk Taman Pinggiran Pelangi Fasa 2B di sini.

Kata mereka, walaupun kedua-dua kemudahan asas itu sudah disambungkan tetapi mereka perlu menunggu sehingga lima bulan selepas menerima kunci rumah untuk mendapat kemudahan itu

Setahu mereka, CF hanya dikeluarkan setelah pihak pemaju menyempurnakan pemasangan semua perkara asas itu.

Kecewa dengan kelewatan itu dan juga bagi merungkai 'misteri' di sebalik perkara itu, lapan pembeli bertindak membawa perkara tersebut kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).

Mereka mahu menuntut ganti rugi terhadap pihak pemaju akibat kelewatan memasang bekalan air dan elektrik yang menyusahkan kehidupan harian mereka selama beberapa bulan.

Seorang penduduk, Mazlan Mohamed Amin, 40, berkata, kelulusan CF sebelum kemudahan bekalan air disediakan menimbulkan keraguan dalam kalangan pembeli.

"Bagaimana rumah boleh mempunyai CF tetapi masih belum ada bekalan air dan elektrik sedangkan untuk mendapat CF, pemaju perlu melalui beberapa agensi seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

"Kami hanya menerima bekalan elektrik pada bulan Februari dan air pada April sedangkan kunci sudah diserahkan pada Disember tahun lalu," katanya ketika ditemui di pejabat TTPR, Bandar Damansara di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, apa yang lebih mengecewakan penduduk adalah pemasangan paip tidak dilakukan dengan betul sehingga menyebabkan banyak kes paip pecah dan bocor.

"Apakah sikap tergesa-gesa pemaju kerana sudah terlewat daripada jadual ketika memasang kemudahan itu punca kejadian bocor itu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Isa Md. Mukri, 41, berkata, dia berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dengan segera termasuk cukai perkhidmatan yang dikenakan untuk setahun sedangkan mereka sepatutnya hanya perlu membayar untuk enam bulan sahaja.

"Kami juga terpaksa membayar faedah pinjaman walaupun ada di antara pembeli merupakan kakitangan kerajaan yang sepatutnya tidak perlu membayar faedah tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, Nor Hisham Mohd. Saifuddin, 29, turut melahirkan rasa bimbangnya terhadap kekuda bumbung rumah mereka yang menggunakan kayu yang difahamkan kurang berkualiti dan mungkin tidak mampu menampung berat atap yang dianggarkan empat tan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Diganggu operasi senggaraan tren

Posted:

Diganggu operasi senggaraan tren

Diganggu operasi senggaraan tren

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Julai - Penghuni sederet rumah berhampiran depot transit aliran ringan (LRT) di Taman Dagang, Ampang di sini mendakwa terganggu dengan bunyi bising dari operasi penyelenggaraan tren di depot itu terutama selepas tengah malam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, jarak antara depot itu dengan rumah penduduk hanya kira-kira tiga meter dan dipisahkan dengan pagar dawai yang tentunya tidak mampu menghadang bunyi.

Seorang penduduk, Rozie Ibrahim, 53, berkata, dia memang sudah lali dengan bunyi tren yang lalu di kawasan itu setiap hari tetapi sangat terganggu dengan bunyi bising yang dihasilkan dari aktiviti penyelenggaraan tren LRT.

Menurutnya, waktu yang paling mengganggu adalah pada sekitar pukul 12 tengah malam sehingga pukul 3 pagi kerana tren LRT sedang giat diselenggara pada waktu itu.

"Dahulu bunyi bising yang dihasilkan dari stesen tersebut biasa sahaja, tetapi sejak setahun kebelakangan ini, bunyi tersebut semakin kuat dan mengganggu tidur kami," katanya ketika ditemui di sini.

Rozie berkata, beliau tidak membantah kewujudan stesen dan depot penyelenggaraan di kawasan itu, tetapi memohon pihak berkenaan peka dengan situasi yang dialami penduduk.

Seorang lagi penduduk, Shabri Saad, 39,(gambar) memohon pihak yang berkaitan supaya membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk itu.

"Bunyi yang bising dari aktiviti penyelenggaraan keretapi berdekatan memang mengganggu tidur saya, selain saya rasakan rumah bergegar apabila tren melalui kawasan ini," katanya.

Dia berharap pihak yang berkenaan melakukan sesuatu tindakan untuk mengatasi masalah itu seperti memasang alat pengedap bunyi atau mengubah waktu operasi penyelenggaraan keretapi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved