Selasa, 19 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Banteras rasuah habis-habisan

Posted:

Banteras rasuah habis-habisan

Banteras rasuah habis-habisan

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 18 Julai - Negara tidak perlu menunggu pihak luar untuk membanteras amalan rasuah kerana tanggungjawab itu sepatutnya dipikul oleh seluruh rakyat yang juga merupakan mata dan telinga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar berkata, sebagai isu rakyat, rasuah perlu ditangani menerusi sokongan dan tindakan bersepadu seluruh masyarakat dengan menyalurkan maklumat tentang gejala tersebut.

"Kita tidak perlu menunggu pihak lain untuk untuk mengubah suasana dalam negara kerana ini adalah negara kita.

"Siapa yang bertanggungjawab mengubah ini? Kitalah sama-sama perlu berganding bahu dan katakan tidak dan tolak rasuah secara total," katanya pada Program 1Desa, 1Integriti di Senggarang di sini, hari ini.

Program anjuran Pertubuhan Pendidikan Pencegahan Rasuah Malaysia (PPPRM) itu turut dihadiri oleh Presidennya, Datuk Shahrul Nizam Yunos; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan; Ahli Dewan Undangan Negeri Senggarang, Jaafar Hashim dan Pengarah SPRM negeri, Simi Abdul Ghani.

Zakaria berkata, rakyat perlu bersyukur kerana kerajaan mempunyai iltizam dan keazaman yang tinggi dalam usaha membanteras rasuah berbanding negara-negara lain.

"Rasuah dalam sistem masyarakat di negara ini masih tidak berlaku secara berleluasa berbanding di Indonesia, Thailand dan terbaru, Mesir apabila rasuah mudah dijumpai dalam urusan harian.

"Ini menyebabkan kebangkitan rakyat secara besar-besaran menentang kerajaan sehingga menimbulkan kekacauan dan kematian," katanya.

Menurut beliau, rasuah akan menyebabkan ketirisan ekonomi dalam sistem pentadbiran negara antaranya subsidi diberi kerajaan tidak dapat dimanfaatkan golongan sasar dan harta negara dirompak serta dijual ke luar negara.

Dalam masa sama, beliau berkata, SPRM bukan alat parti politik dan bukan bertujuan menjatuhkan imej atau maruah mana-mana pihak, tetapi bertindak hanya untuk kepentingan masyarakat.

"Dengarlah daripada sumber yang tepat dan tidak terpengaruh dengan golongan cuba mempolitikkan isu-isu rasuah demi kepentingan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertingkat ciri keselamatan

Posted:

Pertingkat ciri keselamatan

Pertingkat ciri keselamatan

IBU PENYAYANG
Taman Desa Cemerlang


Pengusaha tadika perlu memastikan tahap keselamatan sentiasa diberi keutamaan.


KEJADIAN seorang lelaki kurang siuman yang menawan 30 kanak-kanak dan empat guru di Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, Sungai Abong, Muar pada 7 Julai lalu amat menggemparkan banyak pihak.

Alhamdulillah, semua kanak-kanak dan guru yang dijadikan tebusan berjaya selamatkan oleh polis dan Unit Tindakan Khas (UTK) meskipun suspek mati beberapa jam kemudian akibat tembakan di kepala.

Kejadian tersebut bukan yang pertama berlaku di negeri ini khususnya di Muar kerana kejadian serupa pernah berlaku di Tadika Sinario di Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman di sini pada 10 Mac tahun lalu yang mencederakan tiga kanak-kanak akibat dipukul dengan tukul besi.

Bukan itu sahaja, tiga kanak-kanak pernah ditikam di hadapan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Jalan Sakeh, Sungai Abong, Muar pada 12 Januari 2009.

Meskipun pihak polis tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga kes dilakukan oleh individu sama dan suspek telah pun meninggal dunia dalam kejadian di Tadika Serikids namun, langkah keselamatan tetap harus diambil.

Ini kerana kita tidak tahu berapa ramai lagi orang kurang siuman seperti suspek yang mampu melakukan sesuatu di luar dugaan pada masa akan datang.

Justeru, langkah pencegahan awal harus diambil khususnya oleh pengusaha tadika bagi memastikan tahap keselamatan di premis mereka sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.

Pengusaha tidak seharusnya hanya memikirkan keuntungan semata-mata, sebaliknya mengeluarkan sedikit modal bagi tujuan keselamatan seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing.

Dengan adanya CCTV, segala pergerakan di sekitar kawasan premis mereka dapat dipantau dengan mudah.

Selain itu, pintu utama premis hendaklah sentiasa dikunci bagi mengelakkan orang tidak dikenali menceroboh masuk ke dalam premis tanpa disedari.

Diharap dengan langkah seumpama ini keselamatan kanak-kanak dan guru di tadika akan lebih terjamin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved