Selasa, 19 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Projek trem RM272 juta dirancang

Posted:

Projek trem RM272 juta dirancang

Projek trem RM272 juta dirancang

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my


SYED Hamid Albar (tengah) bersama pelajar melaungkan slogan 1Malaysia selepas melancarkan Bulan Patriotisme di Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi, Masjid Tanah, semalam.


ALOR GAJAH 18 Julai – Sistem pengangkutan awam darat khususnya di negeri maju dan mempunyai kadar kemasukan pelancong yang tinggi perlu segera dinaikkan taraf bagi memastikan keselesaan para pelancong dan juga mengurangkan kesesakan jalan raya di negeri berkenaan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, sistem pengangkutan awam darat sedia ada seperti bas dan teksi dilihat tidak lagi membantu dalam mengurangkan kesesakan jalan raya akibat daripada jumlah pelancong yang semakin tinggi.

Menurutnya, tinjauan SPAD di beberapa negeri, termasuk Melaka yang menerima kemasukan pelancong lebih 10 juta tahun lalu mendapati, jalan raya di negeri berkenaan khususnya di kawasan tarikan pelancong begitu sesak sehingga menyukarkan pengguna jalan raya.

"Melaka dilihat begitu maju khususnya dalam industri pelancongan, tetapi tinjauan saya di negeri ini terutamanya pada hujung minggu jalan raya begitu sesak dan dilihat tidak lagi mampu menampung jumlah kenderaan yang banyak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Bulan Patriotisme di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi di Masjid Tanah di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, beliau turut menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk menambah baik sistem pengangkutan awam dengan menyedia sistem pengangkutan baharu iaitu perkhidmatan trem yang dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah kesesakan jalan raya di negeri ini.

Menurutnya, SPAD telah menerima kertas cadangan daripada kerajaan negeri berkaitan projek itu untuk diteliti dan dikaji sebelum membentangkan kepada jemaah menteri.

"Cadangan daripada kerajaan negeri telah kita terima dan kini sedang dikaji dan beberapa penambahbaikan telah kita buat dan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri tidak lama lagi," katanya.

Syed Hamid berkata, beberapa negara maju telah membangunkan sistem trem ini kerana telah terbukti mampu mengurangkan kesesakan jalan raya yang sekali gus memberikan keselesaan kepada para pelancong dalam dan luar negara serta masyarakat setempat.

Projek pembinaan sistem pengangkutan trem yang melibatkan kos RM272 juta itu akan memberikan perkhidmatan dari Ayer Keroh hingga ke Banda Hilir dan dijangka siap Mei 2012.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KABB cara kerajaan tangani masalah rakyat

Posted:

KABB cara kerajaan tangani masalah rakyat

KABB cara kerajaan tangani masalah rakyat

KUALA PILAH 18 Julai - Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA) adalah kaedah praktikal yang digunakan oleh kerajaan bagi membolehkan rakyat mengadu dan mengemukakan masalah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pilah, Adnan Abu Hassan berkata, penggunaan kaedah itu bukti kerajaan sentiasa mahu dekat hati rakyat dan sedia mendengar masalah yang dihadapi tidak kira di mana mereka berada.

Beliau berkata, segala aduan dan masalah yang dikemukakan oleh rakyat pada program itu direkodkan oleh pegawai bertugas untuk disusuli dengan tindakan yang sentiasa dipantau oleh BPA.

"Kerajaan tidak menyelesaikan masalah di jalanan, sebaliknya kerajaan mengadakan program KABB sebagai kaedah praktikal yang boleh digunakan oleh rakyat untuk menyelesaikan masalah.

"Jadi, gunakanlah kaedah ini kerana masalah tidak akan dapat diselesaikan di jalanan semata-mata, malah ia boleh mendatangkan mudarat yang lebih besar," katanya.

Beliau berucap pada program KABB Daerah Kuala Pilah anjuran BPA Melaka/Negeri Sembilan Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah di sini, baru-baru ini.

Sebanyak 37 jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat swasta membuka kaunter aduan dan pameran pada program tersebut.

Adnan berkata, program itu bertujuan membolehkan rakyat bersemuka dengan para pegawai BPA atau pegawai dari jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat swasta lain.

Menurutnya, ia memberi mereka peluang membuat aduan atau menyatakan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan.

"Antara aduan yang boleh diterima adalah kelewatan atau tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kelemahan peraturan, salah guna kuasa/penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua premis niaga curi air Sains

Posted:

Dua premis niaga curi air Sains

Dua premis niaga curi air Sains

SEREMBAN 18 Julai - Gara-gara mencuri air melalui penyambungan haram, dua buah premis di Taman Seremban Jaya menerima padah selepas dikenakan tindakan oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) di sini, baru-baru ini.

Dalam serbuan ke sebuah bengkel kimpalan dan sebuah bengkel membaiki kenderaan antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 petang itu, penguat kuasa Sains bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berjaya mengesan aktiviti haram yang dilakukan kedua-dua pemilik premis berkenaan.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, serbuan berkenaan dilakukan oleh pihaknya selepas melakukan risikan sebelum menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap kedua-dua premis itu.

Azlan menjelaskan, ketika serbuan dijalankan di lokasi pertama ke atas bengkel kimpalan, unit penguatkuasaan mendapati ada penyambungan paip tanpa kebenaran di lokasi tersebut.

''Pemilik premis didapati melakukan kesalahan melalui penyambungan tidak sah dengan menggunakan paip getah bersaiz 16 milimeter (mm).

''Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati, premis itu mendapat air yang diperoleh melalui penyambungan paip secara tidak sah untuk kegunaan harian," katanya.

Ujar beliau, kesalahan sama turut dikesan di lokasi kedua serbuan iaitu ke atas sebuah bengkel membaiki kenderaan yang turut terdapat penyambungan tanpa kebenaran menggunakan paip getah bersaiz 16 mm di lokasi.

''Berikutan itu, penguat kuasa SPAN telah mengeluarkan satu notis bagi memaklumkan kesalahan yang telah dilakukan kepada pemilik premis dan menyita paip berkenaan sebagai bahan bukti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved