Rabu, 28 September 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Misi serampang dua mata

Posted:

Misi serampang dua mata

Misi serampang dua mata

Oleh SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Tindakan Lim Guan Eng memburukkan-burukkan Johor merupakan misi serampang dua mata Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang terdesak mahu memperbaiki imejnya setelah indeks pelaburan langsung asing (FDI) di negeri itu merudum tahun ini.

Dalam masa yang sama, tindakan Setiausaha Agung DAP itu dilihat sebagai meneruskan misi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu memperlekehkan polis.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, Guan Eng hanya seorang pemimpin 'berjiwa kecil' yang sentiasa dibelenggu fahaman politik kepartian sehingga mengetepikan soal kemakmuran nasional dan imej negara sendiri.

"Dia (Guan Eng) hanya hendak bawa Pulau Pinang bersaing dengan negeri-negeri lain walhal di bawah program transformasi Barisan Nasional (BN), kita mahu menjadikan Malaysia secara keseluruhannya kompetitif untuk bersaing di dunia.

"Realitinya, Pulau Pinang tidak boleh berdiri sendiri. Pulau Pinang tidak akan berjaya tanpa bantuan negeri lain. Negeri tersebut hanya satu pelabuhan atau pintu masuk yang disediakan kerajaan Pusat dan telah menjadi kondusif kepada pelabur.

"Kemudahan infrastruktur yang dibina di dalam negara kita menyebabkan faedah ini dinikmati negeri-negeri. Justeru, saya mahu menyatakan kepada Guan Eng bahawa pesaing kepada Johor adalah Singapura, bukannya Pulau Pinang," katanya di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam mendedahkan, pelaburan langsung asing (FDI) Pulau Pinang merudum tahun ini kepada RM4.6 bilion daripada RM12.2 bilion tahun lalu.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar menambah, DAP sememangnya gemar merendahkan kemampuan polis, mengganggu-gugat ketenteraman awam dan tidak mahu menerima hakikat bahawa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berjaya mengurangkan kadar jenayah kerana khuatir kekeringan modal menjelang pilihan raya.

"Sebagai rakyat Johor, saya terguris kerana di Johor rupa-rupanya sudah tidak boleh berjalan, takut diculik. Saya kagum bagaimana penjenayah boleh tahu mana satu orang Johor atau Singapura," ujarnya.

Guan Eng cemburu kejayaan Johor

Posted:

Guan Eng cemburu kejayaan Johor

Guan Eng cemburu kejayaan Johor

JOHOR BAHRU 28 Sept. - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memburuk-burukkan negeri ini kerana beliau cemburu dengan keupayaan Johor menarik banyak syarikat multinasional Singapura melabur di Iskandar Malaysia.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana sebaik sahaja Iskandar Malaysia dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai ahli perniagaan dari republik itu melabur di koridor ekonomi tersebut.

Malah, sebelum kewujudan Iskandar Malaysia, ramai pelabur dari negara jiran itu telah melabur di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Tebrau, Kulaijaya dan Senai.

"Ini sebenarnya yang dicemburui oleh Guan Eng dan bagi saya tindakannya itu berniat sabotaj dan tidak patriotik, tidak bertanggungjawab serta tidak bersikap kolektif.

"Sepatutnya sebagai Ketua Menteri, dia tidak boleh bertindak sebagai pembangkang dalam menarik para pelabur asing ke negara ini kerana dia dan Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Malaysia," katanya diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburukkan negeri Johor dalam satu temuramah dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pengurusan Pendidikan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Johor di sini, malam tadi.

Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat menegaskan, kedatangan dan kepercayaan pelabur asing itu menunjukkan Johor merupakan negeri yang selamat bukan sahaja bagi aktiviti pelaburan, malah untuk bercuti dan membeli-belah.

Beliau berkata, sepatutnya selaku pemimpin, Guan Eng wajar keluar daripada kotak pemikiran kepompong lama.

"Macam kita (kerajaan Persekutuan) apa juga dasar yang dilaksanakan semuanya jelas dan telus, terutamanya dalam usaha menarik para pelabur dan tidak pernah sekali-kali negeri-negeri dibawah pembangkang," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Israel bina penempatan haram

Posted:

Israel bina penempatan haram

Israel bina penempatan haram


Gambar merakamkan kerja-kerja pembinaan di sebuah penempatan haram Yahudi di Gilo, - REUTERS


BAITULMAQDIS 28 Sept. - Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Palestin mengutuk rancangan Israel untuk membina 1,100 buah lagi rumah di kawasan penempatan haram Yahudi di timur Baitulmaqdis.

Para pemimpin Palestin menyifatkan rancangan rejim Zionis Israel itu sebagai penghinaan terhadap cadangan Kuartet Asia Barat, baru-baru ini supaya rundingan damai Palestin-Israel disambung semula.

Kesemua pihak membidas pengumuman Kementerian Dalam Negeri Israel semalam bahawa rancangan telah diluluskan bagi membina unit perumahan baru di Gilo, tertakluk kepada tempoh 60 hari ini untuk bantahan awam.

"Dengan rancangan itu, Israel membalas cadangan Kuartet bagi rundingan damai disambung semula dengan 1,100 'tidak'," kata perunding damai Palestin, Saeb Erakat, sejurus selepas kelulusan itu diumumkan.

Pandangan sama dinyatakan oleh Richard Miron, jurucakap bagi utusan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Asia Barat, Robert Serry.

"Keputusan hari ini tidak mempedulikan rayuan Kuartet pada Jumaat lepas kepada semua pihak terbabit supaya mengelakkan tindakan provokatif," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland menggambarkan rancangan Israel itu sebagai 'tidak produktif', manakala ketua dasar luar EU, Catherine Ashton turut mengutuk keputusan tersebut sambil menggesa pihak berkuasa Israel supaya menariknya balik cadangan itu.

Jumaat lalu, Kuartet Asia Barat yang terdiri daripada PBB, AS, Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia menggesa Israel dan Palestin menyambung semula rundingan damai dalam masa sebulan, dengan matlamat untuk mencapai perjanjian dalam tempoh setahun.

Mereka membentangkan cadangan itu tidak lama selepas Palestin mengemukakan permohonan rasmi kepada PBB untuk menjadi anggota penuh badan dunia itu, tanpa mengendahkan bantahan AS dan Israel. - AFP

Banjir: Pakistan kerugian AS$2b

Posted:

Banjir: Pakistan kerugian AS$2b

Banjir: Pakistan kerugian AS$2b

MIRPURKHAS 28 Sept. - Banjir musim monsun yang melanda kawasan pertanian di Pakistan buat tahun kedua berturut-turut mendatangkan penderitaan ekonomi kepada lapan juta penduduk yang ditimpa bencana kemanusiaan di selatan negara ini.

Di samping itu, lebih 300 orang dilaporkan terkorban dalam banjir musim monsun kali ini sebahagian besarnya di wilayah Sindh.

Kerugian ladang mencecah hampir AS$2 bilion (RM6 bilion) ekoran tanaman bijirin, kapas, tebu, buah-buahan dan sayur-sayuran ditenggelami air, dan pakar menjangka bencana itu boleh memburukkan lagi prospek pertumbuhan ekonomi dan inflasi di Pakistan.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menganggarkan hampir 75 peratus daripada tanaman di wilayah Sindh rosak atau musnah akibat banjir, manakala dua pertiga daripada stok makanan turut terjejas.

Setahun selepas Pakistan mengalami banjir terburuk dalam sejarahnya yang menjejaskan kehidupan 21 juta penduduknya, petani sekali lagi melihat keadaan ladang mereka dengan rasa kecewa.

Menurut jabatan pertanian Sindh, kerugian akibat kemusnahan tanaman dianggarkan 163 bilion rupee (RM5.61 bilion).

Sektor pertanian menyumbang 23 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pakistan dan kadar pertumbuhan ekonomi boleh merosot daripada 4.5 peratus kepada tiga peratus, kata seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan.

Eksport juga dijangka terjejas kerana Pakistan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan makanan rakyatnya sendiri berikutan banjir itu. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Cermin gelap tiada kompromi

Posted:

Cermin gelap tiada kompromi

Cermin gelap tiada kompromi

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KUANTAN 28 Sept. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang tidak akan berkompromi dengan pemilik kenderaan yang menggunakan cermin melebihi ketelusan cahaya yang dibenarkan.

Pengarahnya, Datuk Zakaria Man berkata, pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan termasuk mengadakan sekatan jalan raya berhubung perkara tersebut.

"Bagaimanapun, JPJ tidak teragak- agak untuk melakukan pemeriksaan di kawasan letak kereta sekiranya penggunaan cermin gelap di kalangan pemilik kenderaan semakin berleluasa.

"Kita akan keluarkan notis kepada pemilik yang dikenal pasti termasuk kenderaan import," katanya kepada pemberita selepas majlis Aidilfitri JPJ Pahang di sini, semalam.

Menurutnya, penggunaan pelekat ketelusan cahaya bukan tidak dibenarkan tetapi perlu memadai dan mengikut standard yang telah ditetapkan.

"Bukannya tidak boleh memasang pelekat tersebut tetapi perlu mengikut standard yang ditetapkan.

" Alasan kereta dari luar negara dan cermin asal tidak boleh diguna pakai kerana dalam peraturan JPJ, penggunaan cermin gelap tidak dibenarkan kecuali bagi individu yang khusus," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, penggunaan cermin gelap bagi kenderaan di Pahang masih terkawal.

"Walaupun terkawal kita tetap akan membendungnya supaya tidak menjadi satu trend kerana penggunaannya di kalangan orang awam akan mengundang masalah lain," jelasnya.

Bakal jemaah haji disaran jaga adab, tingkah laku

Posted:

Bakal jemaah haji disaran jaga adab, tingkah laku

Bakal jemaah haji disaran jaga adab, tingkah laku


MOHAMAD SHAHROM OSMAN (kanan) beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji di Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 28 Sept.- Bakal jemaah haji disaran menjaga adab dan tingkah laku masing-masing dengan menumpukan amalan bagi memenuhi tuntutan haji mabrur.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, tindak-tanduk bertentangan adab orang Melayu dan agama Islam bukan sahaja mencalarkan nama baik negara, tetapi akan menyusahkan pihak pengurusan Tabung Haji yang dipertanggungjawab mengurus jemaah haji.

''Sifat dan amalan itu sesuai dengan usaha kerajaan Arab Saudi yang menjadikan negara kita sebagai contoh kepada negara-negara lain dalam mengurus jemaah haji secara terancang dan tersusun,'' katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 55 bakal haji kawasan Parlimen Lipis sempena Majlis Ramah Mesra Merdeka dan Aidilfitri di sini, kelmarin.

Menurutnya, pengusaha dan penganjur pengurusan haji, kakitangan Tabung Haji termasuk agensi lain yang mengurus dan memberi perkhidmatan di Mekah perlu mempertahankan reputasi dan meningkat prestasi dalam menjaga nama baik Malaysia.

"Kejayaan Tabung Haji menarik perhatian banyak negara di dunia termasuk Bosnia Herzegovina yang mahu mencontohi kita.

"Mereka ingin menjadikan Malaysia sebagai contoh yang berkesan dan bermakna apabila mengurus jemaah haji," jelasnya.

Sementara itu, katanya, kos mengerjakan haji juga kekal iaitu sebanyak RM9,980 seorang dan jumlah berkenaan dilihat berpatutan kerana merangkumi semua perbelanjaan seperti tempat tinggal, makanan dan pengangkutan.

Selamatkan Cameron Highlands

Posted:

Selamatkan Cameron Highlands

Selamatkan Cameron Highlands

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

CAMERON HIGHLANDS 28 Sept. - Pihak berwajib digesa mengetatkan peraturan sedia ada ekoran kerancakan penerokaan haram di Cameron Highlands sehingga mengundang kebimbangan di kalangan penduduk.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S. K Devamany berkata, sehingga kini banyak kawasan tanah tinggi dan hutan di daerah berkenaan diteroka sewenang-wenangnya untuk pertanian komersial dan pembinaan.

"Isu penerokaan haram di sini telah lama berlaku dan kian mengundang kesan pencemaran alam sekitar lebih teruk dan banyak hakisan berlaku ketika hujan lebat.

"Saya dapati penerokaan haram oleh pihak tertentu tanpa dipantau dan hal ini membimbangkan kerana fenomena alam sekitar di pusat pelancongan tanah tinggi berkenaan kian terjejas," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Mukim Hulu Jelai, di Kuala Medang, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Penolong Pegawai Daerah Lipis, Rushdi Abdul Ghani dan Ketua Kampung Kuala Medang, Ismail @ Hassan Mat Sam.

Pada majlis berkenaan, Devamany yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada 900 asnaf dari 14 buah kampung di Jelai.

Menurutnya, kegagalan pemantauan dan implementasi penguatkuasaan berasaskan peraturan menyebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab begitu berani dan mudah meneroka kawasan tanah tinggi demi mengaut keuntungan semata-mata.

" Mereka seolah-olah kental dan tidak takut dengan undang-undang sehingga sanggup menggondol dan meneroka tanah sesuka hati.

"Saya bimbang jika berlaku perkara tidak diingini seperti kejadian tanah runtuh yang mungkin mengorbankan nyawa," jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, pihak berwajib perlu melaksanakan peraturan tanpa mengira sesiapa pun yang cuba menukar wajah kawasan tanah tinggi itu untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesan alam sekitar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


65 sampel tanah terdapat kesan darah

Posted:

65 sampel tanah terdapat kesan darah

65 sampel tanah terdapat kesan darah

SHAH ALAM 28 Sept. - Sebanyak 65 sampel tanah yang mempunyai kesan darah ditemui di Ladang Gadong, Banting iaitu lokasi Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh sebelum dibakar pada Ogos tahun lalu.

Timbalan Ketua Bahagian Digital, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia, Asisten Komisioner (ACP) Hussein Omar Khan semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, penemuan itu hasil kerja-kerja menggali yang dilakukan di kawasan tapak pembakaran berhampiran sebuah kolam di ladang tersebut.

Jelas saksi pendakwaan ke-51 itu, kerja-kerja tersebut dilakukan oleh beliau dan pasukannya di beberapa lokasi dengan bantuan pegawai Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia pada 9 dan 10 Oktober tahun lalu.

''Kami dibantu oleh pegawai penyiasat untuk menentukan lokasi-lokasi yang sesuai digali bagi mendapatkan sampel, sementara bagi kerja-kerja menggerudi, ia dibuat oleh pegawai Jabatan Mineral dan Geosains.

''Tanah sedalam 90 sentimeter digerudi dengan menggunakan satu alat khas. Pada setiap 10 sentimeter, saya ambil sampel sebesar kiub dua sentimeter untuk diuji dengan 'hemocculet sensor card' bagi mengesan kehadiran darah.

''Pada 9 Oktober, sebanyak 16 sampel tanah didapati positif darah dan pada 10 Oktober pula, sebanyak 49 sampel tanah diuji dan positif darah,'' katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani.

Dalam kes ini, N. Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam hingga 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun semasa disoal oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan, Hussein mengakui bahawa pemeriksaan lanjut oleh Jabatan Kimia Malaysia terhadap sampel-sampel tanah itu menunjukkan ia negatif darah.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di dasar Sungai Panchau, Banting pada 15 September 2010, menemui sebanyak 417 serpihan tulang, tiga batang gigi, dua utas rantai, dua keping syiling, satu anak kunci, 15 kepingan logam dan empat ketulan logam dipercayai emas.

Katanya, penemuan itu setelah pencarian dibuat dalam kawasan sejauh 24 meter dan lebar lima meter dengan tanah dasar sungai sedalam 30 sentimeter diayak dengan menggunakan penapis.

Sementara jam tangan jenis Seiko Honda Racing Team milik Kamaruddin dan jam tangan jenama Bell & Ross milik Ahmad Kamil ditemui di dasar Sungai Kanchung Laut semasa pencarian dibuat pada 13 dan 14 September 2010.

Beliau turut mengakui anggota yang membuat pencarian di dasar sungai tidak memakai sarung tangan getah semasa kerja-kerja itu dilakukan kerana keadaan persekitaran dengan permukaan yang tajam menyebabkan ia pecah.

Bagi pemeriksaan di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Arak, Banting pada hari yang sama pula, pasukannya menemui 11 batang kayu termasuk sebesar kayu balak yang ada kesan terbakar serta sampel sisa-sisa kebakaran.

Pada prosiding hari ini, tertuduh keempat, Kathavarayan yang dilihat tidak sihat dan agak susut tubuhnya tidak hadir kerana dibawa oleh pihak penjara ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-36 bersambung esok.

Perbincangan kes Tajudin saman The Malaysian Insider Jumaat ini

Posted:

Perbincangan kes Tajudin saman The Malaysian Insider Jumaat ini

Perbincangan kes Tajudin saman The Malaysian Insider Jumaat ini

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kes saman fitnah RM200 juta oleh bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli terhadap portal berita, The Malaysian Insider masih dalam proses perbincangan ke arah penyelesaian di luar mahkamah.

Peguam George Miranda yang mewakili portal berita tersebut bersama dua yang lain memberitahu pemberita, sekiranya persetujuan dicapai terhadap beberapa terma oleh pihak-pihak yang terlibat, maka mereka akan merekodkan penyelesaian tersebut di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat ini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas pengurusan kes itu di hadapan Hakim Harmindar Singh Dhaliwal di kamar hakim berkenaan hari ini, dengan kehadiran peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin.

Pada 18 Ogos lalu, Tajudin selaku plaintif memfailkan saman dengan menamakan penerbit portal tersebut, The Malaysian Insider Sdn. Bhd.; Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Beliau yang berkhidmat di MAS antara 1994 hingga 2001 antaranya menuntut ganti rugi kecederaan dan kehilangan reputasi tidak kurang daripada RM200 juta, ganti rugi keterlaluan dan teladan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, artikel berkenaan bermaksud atau difahamkan bermaksud beliau seorang yang tidak jujur, berkelakuan tidak wajar, menyalahgunakan kedudukan, bertindak secara tidak profesional, tidak boleh diharap dan tidak boleh dipercayai.

Plaintif memberitahu, beliau melalui peguam caranya telah menulis surat kepada pihak defendan pada 7 Jun lalu untuk menuntut artikel dan pengedarannya ditarik balik serta permohonan maaf.

Bagaimanapun, dakwanya, pihak defendan dalam surat jawapannya bertarikh 20 Jun lalu menyatakan, artikel terbabit bukan bersifat fitnah dan mereka mempunyai pelbagai sumber berita serta enggan menarik balik pengedarannya.

Di sebalik keengganan tersebut, Tajudin menyatakan, pihak defendan telah mengulangi kata-kata fitnah atau yang serupa dengannya dalam artikel bertajuk Najib: Tajudin intervention 'offsite solutin' not settlement pada 12 Ogos lalu dan tiga lagi artikel pada keesokan harinya.

Disebabkan pengulangan kata-kata fitnah tersebut, dakwa plaintif, pihak defendan telah menunjukkan mereka sebagai berniat jahat dan menyusahkan serta patut dipertanggungjawabkan untuk ganti rugi.

Plaintif turut mendakwa, ekoran penerbitan artikel yang telah disampaikan secara meluas melalui Internet, beliau telah mengalami kerosakan yang teruk dalam perwatakan dan reputasi selain dibawa kepada keaiban awam, skandal dan penghinaan serta menjejaskannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mahasiswa: Gerak untuk Malaysia

Posted:

Mahasiswa: Gerak untuk Malaysia

Mahasiswa: Gerak untuk Malaysia

Oleh Khaled Nordin

DIANGGARKAN 1.2 juta orang mahasiswa sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Jumlah ini boleh dikatakan satu jumlah besar dan dilihat sebagai kuasa atau kelebihan yang menguntungkan negara.

Seperti negara-negara lain, Malaysia yang mahu melangkah ke tahap negara maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi menjelang 2020 amat bergantung kepada modal insan yang dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT).

Justeru, jumlah 1.2 juta orang mahasiswa ini sebenarnya aset dan harta yang bernilai; bukan sahaja menjadi modal insan semata-mata sebaliknya modal intelektual untuk Malaysia.

Melihat kepada kelebihan dan kekuatan yang ada pada jumlah mahasiswa di IPT ini, kita harus akui bahawa segala proses pembangunan dan kemajuan negara mesti melibatkan peranan golongan mahasiswa.

Mereka bukan sahaja golongan cerdik pandai, tetapi yang lebih penting mempunyai rangkaian atau rantaian besar juga meluas dalam negara. Bayangkan, jika 1.2 juta orang mahasiswa memainkan peranan masing-masing untuk membantu Malaysia, kita sebenarnya mempunyai kekuatan yang boleh menyerlahkan lagi pembangunan dan kemajuan negara.

Umum mengetahui bahawa kemajuan negara ditentukan oleh beberapa program transformasi, antara yang utamanya adalah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kejayaan melaksanakan GTP dan ETP akan menentukan kejayaan Malaysia mentransformasikan negara ke tahap maju.

Sudah pasti agenda besar transformasi ini memerlukan dukungan semua pihak termasuk golongan mahasiswa. Mereka harus bertindak sebagai kumpulan masyarakat yang aktif, proaktif dan peduli terhadap pembangunan semasa negara dan bertanggungjawab bagi menjamin kelangsungannya secara lestari.

Ini bermakna, mahasiswa yang ingin kita lahirkan bukan hanya dapat berperanan secara aktif dalam sebuah negara maju dan berjaya, tetapi berjaya bersaing dan hidup dengan serasi dalam masyarakat global yang kompetitif dengan kepelbagaian budaya serta nilai.

Tidak dinafikan, pendedahan mahasiswa terhadap proses transformasi negara khususnya maklumat-maklumat tentang GTP dan ETP amat penting. Ini menjadikan mahasiswa kita seorang warganegara yang prihatin dan cintakan negara kerana ia melatih mereka berfikir dan melahirkan idea tentang persoalan negara dan bertindak bagi menentukan masa depan Malaysia itu sendiri.

Kuasa idea ini tidak seharusnya dipandang remeh. Di seluruh dunia membuktikan bahawa pelbagai program yang asalnya merupakan idea dan gerakan kecil daripada golongan mahasiswa dan belia akhirnya menjadi fenomena di seluruh dunia.

Sebagai contoh, Program Teach for America yang dijana hasil idea mahasiswa berjaya merubah landskap kesedaran pendidikan bukan sahaja di Amerika Syarikat, malah di seluruh dunia.

Meskipun GTP dan ETP adalah perancangan pembangunan oleh kerajaan untuk keseluruhan rakyat, ia bukanlah satu perkara eksklusif yang hanya melibatkan kerajaan dan pihak yang berkepentingan sahaja. Sebaliknya, rakyat khususnya golongan mahasiswa juga mempunyai peranan tersendiri untuk merealisasikan ia.

Hal ini bertepatan dengan realiti masa kini di mana era kerajaan mengetahui segala-galanya telah pun berakhir. Justeru adalah penting golongan mahasiswa didedahkan dengan GTP dan ETP supaya ia menimbulkan kesedaran dan sense of belonging (rasa kepunyaan bersama), dan dengan itu, GTP dan ETP boleh diperjuangkan secara kolektif.

Mungkin ada pihak melihat mahasiswa hanya sebagai sampingan dan mempunyai peranan yang terhad dalam menggerakkan GTP dan ETP, tetapi jika kita perhalusi, mereka adalah golongan penting sebagai agen perubahan yang mempunyai rantaian luas dan menyeluruh dalam negara.

Oleh itu, golongan mahasiswa mempunyai peranan yang tersendiri dalam menjayakan program transformasi negara khususnya melalui pendekatan GTP dan ETP. Sehubungan itu, saya melihat mahasiswa-mahasiswa sekalian mempunyai cabaran untuk memikul tiga peranan besar di bawah tema Mahasiswa: Gerak untuk Malaysia iaitu:

Pertama : Mahasiswa sebagai penyedar dan penyebar kesedaran Nasional.

Kita sedia maklum bahawa GTP dan ETP adalah program transformasi terbaik untuk negara, akan tetapi masih ramai rakyat yang tidak memahaminya. Belum ada mana-mana pihak selain kerajaan yang mampu menghasilkan satu pelan menyeluruh sebegini untuk masa depan. Justeru, saya yakin golongan mahasiswa boleh memainkan peranan yang penting sebagai agen perubahan yang utama.

Ini kerana mereka mempunyai kekuatan wibawa dan daya pikat luar biasa yang dapat mempengaruhi dan memberi keyakinan orang ramai bersama-sama menyokong dan menyertai arus pembangunan negara melalui GTP dan ETP. Saya melihat kelab-kelab 1Malaysia yang ditubuhkan di IPTA boleh memainkan tanggungjawab penting ini menyebarluas maklumat dan kesedaran terhadap GTP dan ETP.

Kedua : Membangunkan keperibadian, idealisme, kemahiran dan kepemimpinan melalui program dan aktiviti yang menjadi tumpuan GTP dan ETP.

Kita menyedari bahawa kekuatan menguasai keperibadian, idealisme, kemahiran dan kepemimpinan menjadikan golongan mahasiswa kita mempunyai matlamat, cita-cita dan tujuan kehidupan. Kekuatan tersebut tidak boleh dibina hanya melalui ilmu dan pengetahuan yang 'diturunkan' oleh para pensyarah dalam bilik-bilik kuliah, tetapi penglibatan aktif dalam aktiviti sosial dan kesukarelawan yang akhirnya memberi kekuatan sahsiah kepada golongan mahasiswa kita.

Saya percaya aktiviti-aktiviti tumpuan bagi menyokong GTP dan ETP boleh dijayakan oleh golongan mahasiswa ini sekali gus membangunkan kepemimpinan mereka bagi mendepani dan memikul tugas yang mencabar.

Saya juga akan meminta pihak kementerian agar dapat mewujudkan satu mekanisme penilaian dalam memastikan bahawa keterlibatan mahasiswa menerusi aktiviti yang berasaskan kepada ETP & GTP ini dapat dinilai secara berkredit.

Ketiga : Mahasiswa menjadi penyelesai kepada isu dan cabaran semasa dan masa hadapan.

Mahasiswa perlu mencabar bakat dan potensi diri untuk bersedia menyumbang dalam memberikan jawapan terhadap isu dan cabaran bagi merancakkan usaha kita menjayakan GTP dan ETP sekali gus mengangkat Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Program-program berbentuk keusahawanan sosial misalnya perlu digerakkan secara lebih meluas kerana ia merupakan satu nadi penting sumbangan mahasiswa dalam membantu kegiatan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat di luar kampus.

Penglibatan mahasiswa dalam merungkai permasalahan masyarakat bukan sahaja memperlihatkan nasib masyarakat itu dibela, tetapi yang lebih penting, mahasiswa didedahkan dengan nilai-nilai seperti kreativiti, berkolaborasi, memahami keutamaan, berfikir secara kritikal, berdaya tahan dan empati tinggi untuk menjawab persoalan-persoalan sosial dan masa kini.

Nilai-nilai ini jugalah yang melayakkan mahasiswa kita memiliki keperibadian unggul yang sememangnya menjadi tuntutan majikan dan industri masa kini.

Dalam hal ini, Kementerian Pengajian Tinggi juga sedang dalam merangka beberapa aktiviti yang melibatkan penyertaan golongan mahasiswa secara aktif khususnya mengatasi masalah seperti gejala dadah, meningkatkan bilangan pelajar lelaki ke universiti dan menggalakkan minat pelajar terhadap subjek sains dan matematik.

Sebagai sebuah negara yang membangun dan mempunyai program-program transformasinya tersendiri, peranan dan sumbangan golongan muda khususnya mahasiswa amatlah penting.

Mahasiswa boleh menjadi penyelesai masalah kepada setiap permasalahan masyarakat dan negara. Peranan mereka penting bukan hanya menyedari kewujudan masalah, tetapi mampu menyediakan penyelesaian dan memberi cadangan bagi mengatasi masalah-masalah itu.

PENULIS ialah Menteri

Pengajian Tinggi Malaysia

Sandiwara pilihan raya?

Posted:

Sandiwara pilihan raya?

Sandiwara pilihan raya?

Oleh AZNAN BAKAR
aznan.bakar@utusan.com.my

SELEPAS berakhirnya sambutan Hari Raya, tumpuan dan perhatian kini tentunya pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Rakyat di segenap peringkat kini mula membuat spekulasi bila ia akan diadakan.

Tetapi bila ia akan muncul tiada siapa yang pasti. Yang pasti para pemimpin politik kini mula membuat persiapan rapi. Selain mahu menonjolkan diri, ada juga yang telah memulakan usaha 'menjual' parti supaya menjadi pilihan pada pilihan raya nanti.

Sebab itu bukan sesuatu yang mustahil apabila timbul bermacam-macam sandiwara ketika ini dalam usaha meraih sokongan dan simpati pengundi.

Yang paling ketara ialah sandiwara antara Pas dan rakan sepakatannya DAP mengenai isu hudud.

Setelah sekian lama menyepi, termasuk menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam dan digantikan dengan negara kebajikan, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba muncul dengan kenyataan tegas bahawa partinya tetap akan melaksanakan hudud.

Sudah tentu, kenyataan Nik Aziz itu disahut oleh Pengerusi Nasional DAP, Karpal Singh yang terkenal dengan kenyataan langkah mayatnya dulu jika mahu melaksanakan hudud.

Pertelagahan terbaru pemimpin kedua-dua parti politik itu tentunya ada kena mengenai dengan PRU-13 yang semakin hampir. Kedua-dua parti itu mempunyai sasaran berbeza yang memerlukan strategi berbeza.

Untuk menang Pas memerlukan undi daripada pengundi Islam. Sedangkan DAP sudah tentu bergantung kepada penyokong tradisinya - kaum Cina.

Dengan pelbagai isu yang membelenggu parti terutama yang dicetuskan oleh Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu, Pas perlu mencari jalan untuk memastikan ia terus mendapat sokongan.

Salah satu caranya, ia dengan penegasan terhadap pelaksanaan hukum hudud yang sudah tentu Nik Aziz cukup arif bahawa ia mustahil untuk dilaksanakan selagi mereka terpaksa berpakat dengan DAP dan PKR.

Bagi, DAP pula, sejak kebelakangan ini mereka kelihatan bertolak ansur dengan perjuangan Pas yang mana ia sudah tentu akan menghakis sokongan pengundi Cina.

Jadi, perlu diwujudkan satu sandiwara agar Pas kelihatan bermati-matian perjuangan melaksanakan hukum Islam, dan DAP pula bersungguh-sungguh mempertahankan sekularisme.

Jika berdasarkan pengalaman lalu, kedua-dua parti itu akan kembali bertaut selepas pilihan raya untuk membentuk kerjaan negeri. Realitinya Pas tidak mungkin mampu membentuk kerajaan sendirian tanpa bersekongkol dengan DAP dan PKR.

Apabila ia bersekongkol dengan kedua-dua parti itu adakah hudud dapat dilaksanakan?

"Semua ini mengesahkan bahawa Pas dan rakan-rakan pakatannya, terutama DAP hanya tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Mohamad Rafii.

Katanya, matlamat Pas dan DAP berbeza. Tetapi demi kemarukkan kuasa, kedua-duanya sanggup berpura-pura.

Lagi pula kata Mohd. Razlan, kalau setakat bertanding di 60 kawasan Parlimen di seluruh negara, jika menang sekali pun Pas tidak mampu berbuat apa-apa.

"Setakat bertanding di 60 kawasan (Parlimen), jika menang semua sekali pun, Pas tidak mampu membentuk kerajaan.

"Untuk membentuk kerajaan Pas terpaksa bekerja sama dengan DAP dan PKR. Ketika itu, adakah DAP akan membenarkan Pas laksanakan hudud," katanya.

Menurut Mohd. Razlan, angka itu akan kekal begitu kerana Pas tidak mungkin sanggup berbalah dengan rakan pakatannya bagi mendapatkan lebih kerusi.

Jika Pas benar-benar ikhlas dalam perjuang untuk melaksanakan hudud, katanya, parti itu perlu meletakkan calon di sekurang-kurangnya 120 kawasan Parlimen.

"Perkara ini tidak mungkin berlaku. Maknanya, Pas tidak mungkin memerintah negara ini.

"Apabila Pas tidak mungkin memerintah, maknanya mustahil parti itu dapat melaksanakan hudud," ujarnya.

Lagi pula tahun depan genap 22 tahun Pas memerintah Kelantan dan Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar. Tetapi, pelaksanaan hudud di Kelantan masih sekadar menjadi bunga-bunga percakapan ketika ceramah.

Seperti kata Pengerusi Barisan Nasional Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek, apa yang dibangkitkan Nik Abdul Aziz itu sekadar mainan politik bagi memancing undi pada pilihan raya akan datang.

Idea itu muncul pada musim pilihan raya bagi mengabui mata para penyokong kedua-dua parti dan kembali senyap selepas itu.

Lagi pula dengan pelbagai transformasi dilakukan oleh kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Pas dan sekutunya rapat yang juga penentang kuat idea penubuhan negara Islam, DAP sudah tidak ada isu untuk dimainkan.

Disebabkan tidak ada pilihan lain Pas dan DAP memilih hudud sebagai topik untuk bersandiwara.

Pas menggunakan hudud untuk meraih sokongan pengundi Islam dan DAP pula menggunakan penentangannya terhadap hudud bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina.

Hakikatnya, kedua-dua parti itu adalah rakan yang berkongsi menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum lalu bersama-sama PKR di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Kalau Pas benar-benar ikhlas dalam isu hudud dan apa yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz itu bukan sekadar sandiwara menjelang pilihan raya, maka ia perlu bercerai dengan DAP.

Selagi ia terus sebantal dengan DAP maka hudud itu kekal sebagai gula-gula yang digunakan oleh Pas untuk memancing undi ketika pilihan raya.

Bolehkan itu Pas tinggalkan DAP? Rasanya ia mustahil berlaku kerana kedua-dua parti itu sering bergantung harap untuk membolehkan mereka berkuasa.

Impian menakluk Putrajaya bersama-sama DAP dan PKR sebenarnya memerlukan Pas mengenepikan impian melaksanakan hudud dan menubuhkan negara Islam.

Tetapi apa lagi idea yang ada pada Pas untuk berkempen pada pilihan raya umum akan datang jika tidak terus memainkan isu hudud dan negara Islam?

Maknanya, pemimpin Pas dan DAP akan terus bersandiwara demi memancing undi dengan harapan dapat merealisasikan impian mereka menakluk Putrajaya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Perubahan Diana elak dosa

Posted:

Perubahan Diana elak dosa

Perubahan Diana elak dosa

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


AKAN lebih selektif dalam memilih watak.


TIADA siapa yang meminta Diana atau Nurdiyana Amir, 25, bertudung. Apa yang dilakukannya adalah atas kesedaran sendiri untuk berubah.

Kata pemegang watak Sam dalam filem 3, 2, 1 Cinta, sepatutnya, sudah lama dia melakukan perubahan yang menjurus ke arah kebaikan.

Menurut anak keempat daripada tujuh orang adik beradik itu, niat untuk memakai tudung sudah lama terpendam di hatinya namun dia belum yakin untuk melaksanakannya.

"Pada tahun lalu sewaktu penggambaran drama Ku Sangka Dua Rupanya Tiga dan ketika berlakon dalam filem Tujuh Petala Cinta, watak yang saya dukung menghendaki saya memakai tudung.

"Pada waktu itu, hati terasa hendak terus memakai tudung tetapi dalam masa yang sama, saya tidak bersedia kerana jiwa berkobar-kobar mahu berlakon. Maklumlah banyak watak yang belum pernah saya bawa.

"Namun, semuanya berubah apabila akhir-akhir ini, saya sering terasa seolah-olah hari kiamat sudah dekat.

"Apabila saya nilai diri, banyak tuntutan agama yang tidak saya penuhi. Saya takut dan sangat insaf akan kekurangan diri selama ini," akuinya.

Namun kata Diana, perkara utama yang membuatkan dia nekad untuk berubah adalah bagi mengelak bapanya, Amir Hashim, 54, daripada terus menanggung dosa kerana kedegilannya yang tidak mahu menutup aurat.

"Kasihan pada abah, selagi saya belum berkahwin, dia perlu memikul dosa saya yang tidak menutup aurat kerana seolah-olah abah tidak pandai mendidik anak pula.

"Pada hal sudah lama abah dan umi menyuruh saya menutup aurat. Alhamdulillah, ini semua berkat doa mereka," katanya terharu.

Kata Diana, hatinya terus tekad untuk bertudung dan bukan kerana mengikut fesyen. Diana yang ditemui di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya baru-baru ini berkata, selain itu, pengalaman rakannya yang terlebih dahulu bertudung membuatkan dia juga ingin mengikut jejak langkah sahabatnya itu.

Di samping itu, nasihat daripada ibu angkatnya yang selama ini tidak jemu-jemu menegurnya, juga adalah pendorong untuk Diana mengubah penampilan.

Meskipun kedua orang tuanya, ibu angkat dan kawan sering menasihatinya agar berubah namun orang pertama yang mengetahui dia bakal bertudung pada 19 September lalu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group, David Teo.

Diana menceritakan, sewaktu memberitahu David mengenai perubahan tersebut, penerbit filem itu terus bertanya adakah dia bertudung kerana sedang bercinta dengan seseorang.

"David ingat saya sedang bercinta sebab itu saya berubah. Walaupun berbeza agama, dia tidak membantah dan menyokong tindakan saya kerana perubahan saya berpakaian tidak menganggu kontrak.

"Lagipun semua filem yang saya tandatangani dengan MIG sudah selesai penggambaran.

"Setakat ini, David kata tiada masalah dan kelak saya akan ditawarkan watak mengikut kesesuaian saya dan bukan dibuang terus daripada MIG kerana perubahan penampilan," katanya.

Menurut Diana, setiap apa yang berlaku adalah kehendak Allah dan disebabkan itu, dia yakin walaupun bertudung rezekinya dalam bidang seni tetap ada.

Namun katanya, jika benarlah rezekinya sebagai pelakon tidak panjang, Diana tidak kisah kerana dia masih ada ibu bapa yang akan menanggungnya selain menggunakan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia yang dimilikinya untuk mencari pekerjaan.

"Sekarang ini, saya tidak mahu lagi hanyut dengan duniawi. Saya ingin memperbaiki diri untuk mendekatkan diri dengan Allah. Masih banyak perkara yang perlu saya pelajari.

"Sebab itulah saya banyak bertanya dengan Kak Wardina, Irma Hasmie dan Einaz soalan-soalan berkaitan perubahan yang saya bakal lakukan sebelum bertudung.

"Mereka tidak pernah jemu untuk menjawab sebarang soalan daripada saya dan di waktu yang sama, saya membaca buku-buku agama untuk menambah pengetahuan," katanya yang juga akan mengikuti usrah.

Diana yang pernah berlakon drama bersiri Sari Maya, Adam Maya, Laila Asyikin dan Jalan Pinang Sebatang berkata, dia tidak menyesal memilih melakukan perubahan.

Pelakon filem V3 (Samseng Jalanan), Aku Masih Dara, Senario Ops Pocot dan Sekali Lagi itu berkata, dia sentiasa berdoa agar Allah mengekalkan perasaan yang dimiliki untuk berubah ke arah kebaikan untuk selama-lamanya.

"Hanya satu saya pinta supaya Allah kuatkan iman saya, agar diri ini tidak berubah daripada melakukan perkara-perkara yang diredaiNya," mohon Diana.

Dalam pada itu, dia juga memohon jasa baik semua pihak agar tidak lagi menerbitkan gambar-gambarnya yang tidak bertudung kerana dia mahu membuka sejarah baru dalam kehidupannya.

Dua pengarah bakal bergelar doktor

Posted:

Dua pengarah bakal bergelar doktor

Dua pengarah bakal bergelar doktor

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ZAINI HUSIN


(Dari kiri) Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Fadillah Yusof sempat berbual mesra dengan A. Razak Mohaideen dan Ahmad Idham Nadzri selepas majlis penyerahan watikah di Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Dua pengarah prolifik tanah air, Prof. Madya A. Razak Mohaideen dan Ahmad Idham Nadzri merupakan antara barisan sutradara tempatan yang telah banyak menghasilkan karya masing-masing.

Melalui filem yang mereka hasilkan, tidak dinafikan, ia mempunyai mesej-mesej tertentu sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat untuk disampaikan kepada audiens.

Apa yang pasti, filem-filem karya mereka bersifat mendidik dan pada masa yang sama, mampu menghiburkan penggemar filem Melayu.

Jika dilihat secara total, tidak keterlaluan jika dikatakan industri filem tempatan belum mampu untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pelbagai genre filem asing walau dari negara jiran sekali pun untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Walaupun berjaya mencatat kutipan box office, Idham menerusi filem Hantu Bonceng dan A. Razak, Raya Tak Jadi, kedua-dua pengarah itu mengakui hakikat bahawa filem Malaysia sebenarnya belum mempunyai elemen daya saing yang boleh diangkat ke peringkat global.

Lantas, bagi mengkaji formula untuk menembusi pasaran luar, A. Razak dan Idham sanggup melonggarkan jadual kerja seni mereka demi memberi tumpuan untuk menghasilkan tesis doktor falsafah (PhD) masing-masing.

Sesuatu yang membanggakan apabila kedua-dua pengarah itu ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

A. Razak dengan filem terbarunya, Raya Tak Jadi yang ditayangkan pada 15 September lalu berkata, tujuannya menyambung pengajian bukanlah semata-mata mahu bergelar doktor falsafah.

Sebaliknya beliau berhasrat untuk membantu industri perfileman negara yang pada pandangan mata kasarnya, agak jauh ketinggalan berbanding dengan negara Asia yang lain.

"Selain menambahkan pengetahuan, saya berharap dengan tesis yang bakal saya hasilkan, ia mampu mencari penyelesaian masalah terhadap apa yang sedang dihadapi oleh industri filem tempatan.

Bajet

"Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya sebagai pengarah dan warga industri filem amnya, industri kita bergelut dengan masalah peruntukan atau bajet.

"Kita perlu bajet bukan setakat menerbitkan filem tetapi juga untuk memasarkan produk (filem) ke tahap yang lebih tinggi selain daripada edaran di pasaran domestik," katanya pada satu majlis penerimaan watikah tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof dan Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan beberapa individu lain yang turut menerima tawaran sama daripada UUM.

A. Razak yang membentangkan kertas kajian bertajuk Perniagaan Filem Malaysia Abad ke-21 menyimpan hasrat mahu melihat filem tempatan mampu bersaing di peringkat global seperti mana filem-filem negara jiran.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kampung Kerinchi jadi contoh

Posted:

Kampung Kerinchi jadi contoh

Kampung Kerinchi jadi contoh

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Projek pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi akan menjadi contoh kepada pembangunan kawasan usang lain di ibu negara apabila ia berjaya kelak.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kejayaan pembangunan semula tersebut amat penting kerana masih banyak lagi kawasan usang di Kuala Lumpur yang perlu dibangunkan.

Namun, beliau terkejut kerana masih terdapat segelintir pihak yang menaruh syak wasangka serta tidak percaya projek tersebut akan berjaya menyebabkan mereka berkeras tidak mahu berpindah.

"Sudah kira-kira setahun kerajaan berusaha tetapi masih ada golongan yang seolah-olah menuduh kerajaan mahu mempermainkan penduduk. Malah ada yang tidak bersetuju kerana dikatakan akan ditipu.

"Kita ingin memastikan supaya penduduk mendapat nikmat dari pembangunan negara di masa depan iaitu daripada rumah mereka yang kini mempunyai nilai antara RM40,000 ke RM50,000 akan naik sehingga lebih dari RM200,000," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Meraikan Bakal Haji 2011 anjuran pemaju projek pembangunan semula Kampung Kerinchi, Suez Domain Sdn. Bhd. di rumah transit penduduk tersebut di Blok F, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Suez Domain Sdn. Bhd., Yasran Hussain dan Abdul Hadi Ahmad.

Sementara itu, Raja Nong Chik yang bertekad untuk memperjuangkan pembangunan Kampung Kerinchi itu sehingga berjaya berharap agar mesej tersebut sampai kepada golongan yang tidak bersetuju.

"Kalau ikut undang-undang, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian boleh mengambil rumah dan tanah mereka dan diberikan pampasan yang setimpal.

"Namun begitu, sebaik-baiknya kalau boleh, biarlah mereka bersetuju supaya tiada masalah yang lebih besar akan timbul," jelasnya.

OKU selesa guna TBS-BTS - Shahrizat

Posted:

OKU selesa guna TBS-BTS - Shahrizat

OKU selesa guna TBS-BTS - Shahrizat


Shahrizat Abdul Jalil (tiga dari kiri) berbincang dengan Ahli Jawatankuasa OKU selepas Mesyuarat Majlis Kebangsaan OKU di Kementerian Pelajaran, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 27 Sept. - Tahap kebolehcapaian aspek fizikal dan pengurusan untuk orang kelainan upaya (OKU) di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) untuk kemudahan golongan tersebut mencapai tahap 75 peratus.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, perkembangan itu adalah satu permulaan yang baik kerana ia memberi keselesaan kepada OKU yang menggunakan terminal tersebut.

Menurutnya, laporan itu diperoleh hasil pembentangan laporan audit akses oleh Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina di bawah Majlis Kebangsaan bagi OKU yang dijalankan di TBS-BTS pada 22 September lalu.

Audit akses itu dilakukan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), RapidKL, Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB), Express Rail Link (ERL) dan OKU.

"Ia juga bertujuan memeriksa bangunan TBS-BTS daripada aspek fizikal dan pengurusan berdasarkan senarai semak yang ditetapkan, fungsi harian bangunan, jenis bangunan, penyelenggaraan dan keselamatan.

"Kemudahan di Terminal ERL adalah baik manakala di Terminal KTM yang sedang dinaik taraf akan mengambil kira keperluan OKU," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan OKU di sini, hari ini.

Pasukan audit yang disertai 85 peserta itu turut mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan kemudahan untuk diserahkan kepada pihak pengurusan TBS-BTS dan KTMB bagi tindakan pelaksanaan.

Lagi cerita tentang sampah

Posted:

Lagi cerita tentang sampah

Lagi cerita tentang sampah

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


SIKAP suka mengambil kesempatan dan ambil mudah adalah antara punca kawasan Perumahan Awam Hang Tuah sentiasa dipenuhi longgokan sampah.


KUALA LUMPUR 27 Sept. - Mampukah ibu negara menjadi sebuah bandar raya bertaraf dunia jika sikap dan mentaliti masyarakat terutama yang tinggal di perumahan bertingkat masih tidak bersedia dalam soal kebersihan?

Perumahan Awam Jalan Hang Tuah di sini adalah antara lokasi yang jelas dapat dilihat sikap buruk itu. Persekitaran perumahan itu dipenuhi sisa makanan, sisa bahan binaan, perabot buruk, malah kenderaan rosak juga dicampakkan di situ.

Paling memalukan ialah apabila pemandangan buruk itu boleh disaksikan oleh orang ramai termasuk pelancong asing yang menaiki transit aliran ringan (LRT) dan monorel yang melalui berhampiran perumahan itu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Hang Tuah, Mohd. Ismail Abdullah, 47, ternyata sangat kecewa apabila ditanya tentang situasi itu dan tidak menafikan isu sampah sudah lama menjadi masalah utama penghuni di situ.

Namun, tegas beliau, ia bukan disebabkan oleh pihak lain, sebaliknya sikap segelintir penghuni flat itu sendiri dan keadaan bertambah teruk apabila ada pihak luar yang mengambil kesempatan menjadikan lokasi di situ sebagai tempat pembuangan sampah.

"Saya fikir pada tahun ini program gotong-royong membersihkan kawasan tidak perlu diadakan memandangkan kesedaran tentang isu ini dilihat semakin baik, namun jangkaan saya meleset," katanya yang 'terpaksa' merancang program itu pada November ini.

Mohd. Ismail berkata, Alam Flora tidak wajar dipersalahkan kerana isu sampah di situ berpunca daripada sikap tidak ambil mudah yang sudah menjadi budaya di kalangan segelintir penghuni terutama warga asing.

Utusan Malaysia difahamkan, flat dua blok setinggi 16 tingkat itu yang mempunyai kira-kira 789 unit itu, hampir 20 peratus disewakan kepada warga asing.

Budaya suka membuang sampah sesuka hati yang sukar dikikis di kalangan mereka didakwa menjadi penyumbang utama kepada masalah timbunan sampah di situ.

Sementara itu, seorang warga kota, Shazrul Ahmad Muaz, 26, yang menggunakan LRT untuk ke tempat kerja di Bukit Bintang berkata, melihat sampah bertimbun di Perumahan Awam Hang Tuah adalah pemandangan biasa setiap hari.

Katanya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana lokasi itu dekat dengan stesen pengangkutan awam yang turut dinaiki oleh pelancong asing.

"Saya hairan, bagaimana penduduk di kawasan itu boleh berdepan dengan perkara itu setiap hari. Tidak adakah keinginan di hati mereka untuk membersihkan sampah itu.

"Saya berharap perkara ini akan mendapat perhatian serius daripada pihak berkuasa dan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang membuang sampah di situ," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Lapan tinggal sehelai sepinggang

Posted:

Lapan tinggal sehelai sepinggang

Lapan tinggal sehelai sepinggang

Oleh KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.com.my


ANUAR Jamian dan Norhaizan Kassim melihat rumah mereka yang musnah terbakar di Parit Kachau, Seri Menanti, Muar, semalam.


MUAR 27 Sept. – Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Parit Kachau, Seri Menanti di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.50 malam itu, api yang dipercayai berpunca daripada litar pintas bermula di bahagian dapur sebelum merebak ke seluruh rumah.

Menurut mangsa, Anuar Jamian, 37, ketika kejadian mereka sekeluarga sedang tidur dan dia yang menyedari kebakaran apabila terhidu asap cuba memadamkan kebakaran namun gagal.

"Saya kemudian segera mengejutkan isteri, Norhaizan Kassim, 37, dan enam anak berusia dua hingga 15 tahun serta membawa mereka ke tempat selamat kerana kebakaran itu merebak dengan cepat.

"Seluruh rumah saya dan dua buah motosikal musnah dalam kebakaran ini dan saya cuma sempat selamatkan kereta dan dua buah motosikal sahaja," katanya sambil memberitahu hujan renyai berlaku semasa kebakaran itu.

Walaupun kehilangan harta benda yang banyak, namun dia bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat dalam kebakaran itu.

Dia yang bekerja sebagai penjual kuih berkata, pihak bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian dengan dua jentera serta berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran tersebut kira-kira pukul 11 malam.

NKRA berjaya turunkan kadar jenayah

Posted:

NKRA berjaya turunkan kadar jenayah

NKRA berjaya turunkan kadar jenayah

PONTIAN 27 Sept. - Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah berjaya memberikan manfaat kepada semua pihak termasuk masyarakat luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pelbagai pendekatan yang diambil oleh pihak polis berjaya menurunkan kadar indeks jenayah kes ragut, pecah rumah dan curi.

"Menerusi NKRA, persekitaran kita kini menjadi lebih selamat kerana anggota polis sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan di tempat-tempat yang dikategorikan sebagai kawasan panas," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Hari Raya bersama Community Oriented Policing, Pergerakan Pemuda UMNO Zon Kayu Ara Pasong, Pemuda UMNO Bahagian Pontian serta Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Parlimen Pontian, di sini kelmarin.

Kira-kira 1,000 orang menghadiri majlis tersebut yang pertama kali dianjurkan bagi memberikan peluang kepada orang ramai beramah mesra dengan pegawai dan anggota polis di kawasan tersebut.

Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata, pihaknya mengalu-alukan program tersebut yang dapat merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak demi faedah bersama.

"Saya difahamkan indeks jenayah di kawasan pentadbiran Balai Polis Kayu Ara Pasong juga menunjukkan penurunan hasil kerjasama erat antara orang ramai dengan polis," katanya.

Menurutnya, beberapa program yang dijalankan oleh orang ramai seperti Skim Rondaan Sukarela (SRS) juga berjaya mengurangkan kadar jenayah dan diharap kerjasama seumpama itu dapat ditingkatkan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati golongan belia supaya tidak terpengaruh atau terjebak dengan aktiviti seperti penyalahgunaan dadah, lumba haram dan pergaduhan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Tengku Rozidar tidak takut gagal

Posted:

Tengku Rozidar tidak takut gagal

Tengku Rozidar tidak takut gagal

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar MOHD. NAIM AZIZ


Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin


SEPANJANG 14 tahun menerajui sistem franchis makanan segera hot dog yang satu-satunya milik bumiputera, pada dasarnya tidak berlalu dengan sebegitu mudah.

Tetapi bagi pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nineteen One atau lebih dikenali Hotdog 1901, Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin, 43, dengan berbekalkan prinsip tidak takut gagal dan semangat yang cekal sahaja mampu membuatkan syarikat itu berdiri teguh sehingga ke hari ini.

''Langit tidak selalu cerah dan begitu juga dengan 1901 di mana turut berhadapan dengan risiko naik turun di dalam perniagaan,'' katanya ketika ditemui di kiosk 1901 di Sunway Giza, Kota Damansara baru-baru ini.

Tengku Rozidar juga memberitahu dia tidak malu untuk menceritakan bahawa pernah melalui pengalaman menggadaikan barang kemas dan kereta mewah hanya untuk melangsaikan segala hutang demi perniagaan.

Tetapi itu semua bukan pematah semangat sebaliknya menjadi pendorong untuk meletakkan 1901 pada kedudukan yang sepatutnya seperti hari ini.

''Pelanggan hanya tahu 1901 terus ada supaya mereka dapat terus menikmati hot dog yang disediakan dalam pelbagai resipi enak, berkhasiat, bersih dan dengan harga yang berpatutan,'' katanya.

Jelas Tengku Rozidar, semangatnya memang tidak boleh pudar semata-mata kerana tidak sanggup berhadapan dengan masalah yang melanda.

''Situasi itu berulang lagi pada tahun lalu sehingga menyebabkan cawangan 1901 di Singapura dan Indonesia terpaksa ditutup,'' katanya.

Katanya, membuka cawangan di luar negara memang berisiko tinggi tetapi masalah yang dihadapi masih terkawal.

''Sukar sebenarnya untuk mengendalikan cawangan di luar negara kerana dalam masa yang saya harus memantau semua cawangan di sini,'' katanya.

Lebih memeritkan lagi kata Tengku Rozidar, dia juga terpaksa memberhentikan sejumlah pekerja supaya dapat menguncupkan perbelanjaan kewangan.

Antara puncanya kerana pada ketika itu dia berdepan dengan masalah pekerja yang tidak jujur terutamanya yang melibatkan hal kewangan.

Tetapi Tengku Rozidar tetap percaya bahawa setiap masalah itu tetap ada jalan keluarnya.

''Saya juga tidak suka mengaku kalah, apa yang penting memberikan sepenuh perhatian untuk menyelesaikannya secara tenang,'' katanya.

Katanya, setelah semua cawangan luar negara ditutup maka dia mula menumpukan sepenuh pemerhatian ke atas semua cawangan di dalam negara supaya berjalan dengan lancar dan sempurna.

Tengku Rozidar mengakui ketika bekerja dia memang seorang yang amat tegas.

''Saya akui ada kalanya garang tetapi sikap itu memang bertempat supaya segala arahan yang diberikan kepada kakitangan berjalan dengan baik.

''Sebarang keputusan biasanya dikaji secara terperinci dan kerana itu biasanya tidak akan ditarik balik,'' tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, ketegasan ini membuatkan dirinya akhirnya telah berjaya memulihkan semula kedudukan 1901 yang hampir goyah dalam jangka masa hampir setahun.

Memang perit katanya, tetapi demi memikirkan nasib franchisor terletak di tangannya, maka Tengku Rozidar meletakkan kepentingan syarikat di tempat teratas berbanding dengan soal peribadi.

''Apa yang penting saya mahukan 1901 terus memberikan perkhidmatan makanan segera yang berkhasiat lagi halal untuk rakyat di negara ini,'' katanya.

Menurut beliau, perniagaan dalam bidang makanan ini sebenarnya rumit bukan sahaja perlu menitikberatkan dari segi kebersihan malah sehingga kepada layanan kepada pelanggan.

Atas sebab itu, dia sentiasa menasihatkan franchisornya supaya jangan membiarkan 1901 hanya diuruskan oleh pekerja sahaja.

Tengku Rozidar memberitahu, franchisor tidak boleh lepas tangan sebaliknya perlu berkerja kuat setelah sanggup melabur wang dalam jumlah yang besar.

''Sepatutnya franchisor itu yang perlu berada di kiosknya sendiri sepanjang masa dan cuba untuk memasarkan sendiri demi untuk memastikan produk yang dijual itu mampu mengaut keuntungan,'' katanya.

Namun kata Tengku Rozidar, bagi memastikan semua franchisor di bawahnya berjaya maka dia dari semasa ke semasa akan bertemu dengan mereka.

Bagaimanapun katanya, dia tidak boleh menumpukan perhatian kepada semua frachisor 1901 ini dalam satu-satu masa.

Beliau akui agak sedih apabila ada franchisor yang terpaksa menutup perniagaan begitu sahaja sehingga menyebabkan semua duit yang dilaburkan dari hasil titik peluh semasa bekerja hilang begitu sahaja.

Sehubungan itu, katanya kejayaan 1901 memerlukan sokongan semua pihak bagi memastikan franchise milik anak Melayu ini mampu bersaing pada bila-bila masa pun.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved