Rabu, 28 September 2011

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Kota Tinggi muncul juara Bahas Ala Parlimen

Posted:

Kota Tinggi muncul juara Bahas Ala Parlimen

Kota Tinggi muncul juara Bahas Ala Parlimen


Pasukan bahas Kota Tinggi bergambar selepas muncul juara Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah-sekolah Menengah peringkat negeri pada Karnival Pra-Universiti Ke-4 di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 27 Sept. - Daerah Kota Tinggi muncul juara Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah-sekolah Menengah peringkat negeri menewaskan pasukan Daerah Kulaijaya sempena Karnival Pelajar Pra-Universiti ke-4 di Dewan Seri, SMK Tun Habab di sini kelmarin.

Kejayaan itu membolehkan pasukan Kota Tinggi membawa pulang hadiah termasuk piala pendebat, piala iringan dan sijil penghargaan.

Lebih membanggakan seorang pendebatnya, Nuraishah Abdul Wahab, 18, dipilih sebagai pendebat terbaik pertandingan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Majlis Perhubungan Pengetua Tingkatan Enam Johor.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah (JPNJ), Abd. Aziz Redzuan. Turut hadir Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak.

Sementara itu, Nur Ashikin bersyukur dan gembira atas kejayaan tersebut kerana tidak menyangka terpilih sebagai pendebat terbaik dalam pertandingan tersebut.

Menurutnya, kejayaan pasukannya amat bermakna dan ia dicapai menerusi kerja keras, dedikasi dan semangat berpasukan yang teguh.

"Kami bertuah kerana sokongan guru-guru dan tunjuk ajar rakan bagi memantapkan persediaan pasukan untuk pertandingan ini," kata anak kelima daripada lapan beradik dari Kampung Gembut, Tanjung Sedeli, dekat sini.

Karnival dua hari itu bertujuan menggalakkan pelajar mengasah dan meningkatkan kemahiran bertutur, pengucapan awam dan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia (BM) dan bahasa Inggeris (BI) di samping melonjakkan keupayaan untuk melakukan kajian berkaitan isu semasa serta sukan.

Ia diharap dapat membentuk generasi muda mempunyai semangat berpasukan, berkeyakinan diri dan berdaya saing selain memupuk semangat juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan melibatkan 192 peserta. Kategori Public Speaking dimenangi Jeremy Chiew V Jin dari Johor Bahru, manakala pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar, Batu Pahat, Nurernan Ida Abd. Razak muncul johan pertandingan pengucapan awam.

Pertandingan Boling Lelaki dan Perempuan masing-masing dimenangi pasukan Daerah Kota Tinggi dan Batu Pahat, manakala Bola Petanque diraih Daerah Batu Pahat (lelaki) dan Pontian (perempuan).

USM bantu tingkat literasi murid

Posted:

USM bantu tingkat literasi murid

USM bantu tingkat literasi murid


SEBAHAGIAN pelajar Tahap Satu yang terpilih mengikuti program literasi anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM di SK Tiong, Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 27 Sept. - Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) Universiti Sains Malaysia (USM) buat julung kalinya menganjurkan 'Program Pembacaan Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Literasi Pelajar Sekolah Rendah' yang bermula sejak Julai lalu.

Pengerusi Rancangan PPBLT, Mohd. Shah Imran berkata, projek khidmat masyarakat yang mula dirancang awal tahun ini telah memilih Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar sebagai tapak perintis program yang akan berlanjutan sehingga hujung tahun hadapan.

Mohd. Shah berkata, program yang mendapat kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) itu bertujuan membantu pelajar yang mempunyai masalah membaca atau literasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Katanya, ia dibiayai sepenuhnya oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM yang meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 bagi tujuan pelaksanaan projek.

Beliau menjelaskan, seramai 30 orang murid Tahap 1 iaitu dari tahun 1 hingga 3 yang dikesan mempunyai masalah literasi dalam kedua-dua bahasa telah dipilih oleh pihak sekolah bagi menyertai program berkenaan.

"Pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana mereka akan mengikuti kelas bahasa Inggeris dan Melayu selama satu jam setengah pada setiap hari Khamis selepas sesi rasmi sekolah.

"Mereka akan diajar secara bergilir-gilir oleh 17 tenaga pengajar PPBLT yang akan mengajar bahasa menerusi cara yang menyeronokkan dengan kepakaran dan aplikasi teknik yang dimiliki universiti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mohd. Shah berkata, program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Fauzi Ismail dalam satu majlis ringkas di sekolah itu.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved