Khamis, 2 Jun 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Ramai pelajar gagal peperiksaan prasyarat ke Al-Azhar

Posted:

Ramai pelajar gagal peperiksaan prasyarat ke Al-Azhar

Ramai pelajar gagal peperiksaan prasyarat ke Al-Azhar

KUALA LUMPUR 2 Jun - Kerajaan bimbang kerana separuh pelajar Malaysia gagal selepas mengambil peperiksaan prasyarat untuk mengikuti kursus pengajian Islam di Universiti Al-Azhar Mesir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, 361 daripada 786 calon yang menduduki ujian Lulus Peperiksaan Bahasa Arab (Imtihan Qabul) dan Sijil Non Objection (NOC) bagi sesi 2020/2011 gagal dalam peperiksaan itu.

"Keadaan itu dikhuatiri akan merugikan masa dan menjejaskan pembiayaan kewangan penaja ekoran lanjutan tempoh masa pengajian pelajar.

"Justeru, ingin saya mengingatkan kepada pelajar termasuk guru untuk memandang serius soal kemasukan mereka ke Universiti Al-Azhar kerana kedua perkara itu telah dipersetujui dan diperakui secara bersama oleh Malaysia dan Mesir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2010 yang diadakan sempena Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan di Masjid Negara di sini hari ini.

Pada 2009, hanya terdapat lima calon daripada 630 calon yang menduduki kedua peperiksaan itu gagal.

Jamil Khir dalam pada itu berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang melakukan program pendedahan kepada pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pengajian ke Mesir.

Katanya, ia berikutan pelajar Malaysia belum lagi terdedah dengan persekitaran dan budaya Mesir termasuk bahasa Arab.

"Walaupun kita tahu beberapa negeri telah memulakan inisiatif bagi membantu pelajar ini, namun Jakim juga perlu mengambil perhatian untuk membantu mereka," katanya.

Sementara itu, Umar Azlan, 19, dari Negeri Sembilan diumumkan menerima Anugerah Perdana Cemerlang STAM daripada 12 calon terbaik STAM 2010.

Katanya ketika ditemui, kejayaannya dalam STAM adalah hasil usaha mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam dan di luar kelas serta mengukuhkan pengetahuan itu dengan cara mengajar rakan-rakan lain yang memerlukan bantuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Suami isteri dibunuh kejam

Posted:

Suami isteri dibunuh kejam

Suami isteri dibunuh kejam


ANGGOTA-ANGGOTA polis mengangkat mayat salah seorang mangsa bunuh di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Gebok, Pajam, Nilai, semalam.


SEREMBAN 2 Jun - Sepasang suami isteri dibunuh kejam dengan ditikam di leher, kepala dan perut menggunakan pisau oleh dua lelaki ketika meninjau ladang kelapa sawit mereka di Kampung Gebok, Pajam dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, seorang lelaki warga Indonesia yang merupakan pekerja pasangan itu turut diikat, selain diacu dengan pisau oleh kedua-dua suspek ketika cuba membantu mangsa.

Pekerja itu yang berusia lingkungan 60-an bagaimanapun bernasib baik apabila hanya diikat sebelum ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, pasangan suami isteri itu, R. Muthu, 65, dan isterinya, S. Rukumani, 61, mati di tempat kejadian dengan kesen tikaman di leher, kepala serta perut.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika pasangan itu yang menaiki sebuah lori datang ke ladang berkenaan untuk meninjau tanaman kelapa sawit milik mereka.

"Sebaik sahaja tiba di ladang sawit itu, mereka dihampiri dua lelaki bersenjatakan objek tajam dipercayai pisau yang terus menyerang mereka.

"Suspek yang berusia lingkungan 20-an itu kemudiannya mengikat seorang pekerja mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mangsa mengenali suspek dan pihaknya menolak kemungkinan serangan itu bermotifkan samun.

"Kita sedang mengesan kedua-dua suspek ini yang masih bebas dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, menurut pekerja yang terselamat dan hanya mahu dikenali sebagai Mateus, ketika kejadian dia sedang bekerja di ladang berkenaan sebelum terdengar bunyi orang menjerit.

Menurutnya, dia kemudian bergegas ke lokasi berkenaan dan ternampak pasangan suami isteri majikannya dalam keadaan berlumuran darah berhampiran lori milik mereka.

"Tiba-tiba, dua lelaki muncul sambil mengacukan pisau di perut saya. Mereka merampas telefon bimbit sebelum mengikat kaki dan tangan saya dan meninggalkan saya dalam sebuah pondok," katanya.

Tambah Mateus, selepas kedua-dua suspek melarikan diri, dia berusaha membuka ikatan sebelum meminta bantuan daripada penduduk kampung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mohamed Razali terima ugutan bunuh

Posted:

Mohamed Razali terima ugutan bunuh

Mohamed Razali terima ugutan bunuh

PULAU PINANG 2 Jun – Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini, membuat laporan polis setelah mendakwa menerima ugutan bunuh.

Ugutan yang ditulis atas sekeping kertas itu ditemui di depan pintu rumahnya di Hilir Sungai Pinang, Jelutong sebaik sahaja beliau pulang ke rumah kira-kira pukul 1.15 petang ini.

Nota berkenaan yang tertulis perkataan 'Lu Jaga Mati' ditulis dengan dakwat merah.

Berikutan kejadian itu, Mohamed Razali membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani di sini kira-kira pukul 3 petang.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.

Dia berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub ketika dihubungi mengesahkan laporan yang dibuat oleh Mohamed Razali namun enggan mengulas lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


MSN tidak akan bayar - Zolkples

Posted:

MSN tidak akan bayar - Zolkples

MSN tidak akan bayar - Zolkples

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my



KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) menolak untuk menanggung kos menghantar tiga atlet olahraga yang disahkan negatif dadah ke Bulgaria seperti yang diminta oleh Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim kelmarin.

Tegas Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, ia tidak memenuhi syarat untuk MSN menanggung kos tiga atlet tersebut Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamad dan Yi Yee Leng walaupun ia perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan dan berada sekurang-kurangnya seminggu sebelum pertandingan di sana.

"Atas dasar apa MSN hendak bayar. Ia bukan duit kami, malah ia juga bukan duit saya, kalau kita hendak guna lima sen sekalipun kena ada peraturan," katanya pada sidang media di Pusat Media Sukan Malaysia 2011 Kuala Lumpur di MSN Bukit Jalil, semalam.

Jelasnya, alasan bahawa perkara ini perlu dibincang bersama antara MSN dan KOAM bagi menyelesaikan masalah ini bersama juga tidak dapat dilakukan kerana gagal untuk menghubungi KOAM pada hari yang sama atlet menghilangkan diri.

"Mereka kata suruh berbincang perkara ini terlebih dahulu sebelum diberitahu kepada media tetapi kami cuba menghubungi wakil KOAM tidak dapat, adakah kami perlu mencari Presiden KOAM sampai ke negeri Perlis?

"Kita sudah berbincang perkara ini pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, mereka sudah jelas syarat yang ditetapkan, semua setuju atlet yang ke luar negara perlu menjalani ujian perubatan dan doping, adakah mereka sudah lupa? Ini yang dikatakan Melayu mudah lupa," katanya.

Kelmarin, Shahidan pada sidang akhbar meminta MSN menanggung kos menghantar tiga atlet olahraga yang telah disahkan negatif dadah ke Bulgaria bagi menjalani latihan bersama rakan mereka yang lain.

Shahidan berkata, atlet-atlet terbabit perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan dan berada sekurang-kurangnya seminggu sebelum pertandingan di sana.

Tiga atlet Norjannah Hafiszah Kamaruddin, Nurul Sarah Kadir dan Noor Imran Hadi yang telah ke luar negara ditanggung oleh KOAM.

Dalam pada itu, Zolkples berkata, MSN tidak pasti kejohanan apa yang akan disertai atlet olahraga di Bulgaria walaupun telah meminta segala butiran lanjut kepada KOAM.

"Sekarang ini kami ingin menjelaskan hukuman yang sepatutnya dikenakan oleh atlet adalah tanggungjawab persatuan, Institut Sukan Negara (ISN) telah memberitahu atlet yang tidak melakukan doping akan dikenakan tindakan oleh persatuan mereka sendiri.

"Sekarang ini terpulang kepada KOAM kerana ISN sudah 'menghantar bola kepada mereka', sama ada 'mereka akan menjaringkan gol sendiri atau sebaliknya ia terpulang kepada mereka', kami juga tidak mendapat sebarang maklumat mengenai atlet yang berada di Bulgaria," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Adamas perlukan maklumat terperinci kesan 3 atlet di Bulgaria

Posted:

Adamas perlukan maklumat terperinci kesan 3 atlet di Bulgaria

Adamas perlukan maklumat terperinci kesan 3 atlet di Bulgaria

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) diminta memberikan maklumat terperinci lokasi tiga atlet yang belum menjalani ujian doping kepada Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) bagi memudahkan usaha mengesan mereka.

Ketika ini pihak KOAM hanya mengesahkan tiga atlet berkenaan iaitu Norjannah Hafiszah Kamaruddin, Nurul Sarah Kadir dan Noor Imran Hadi telah berada di Bulgaria, namun lokasi penginapan mereka masih belum diketahui.

Ketua Adamas, Nishel Kumar berkata, ketika ini masalah utama yang membelenggu pihaknya adalah untuk mendapatkan maklumat lokasi tiga atlet olahraga itu.

''Seandainya pihak KOAM dapat memberikan kerjasama dalam tempoh masa yang singkat sudah tentu masalah berkaitan atlet tersebut dapat diselesaikan dengan cepat.

''Sebaik sahaja kita mendapat maklumat terperinci lokasi tiga atlet tersebut, kita akan terus berhubung dengan pihak anti doping di Bulgaria untuk mendapatkan sampel daripada atlet berkenaan tanpa perlu menyuruh mereka pulang semula ke tanah air,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Dalam pada itu, Nishel juga memberitahu pihaknya akan menghantar surat cadangan untuk mengatasi masalah berkaitan isu ujian anti doping kepada KOAM dan juga Majlis Sukan Negara (MSN) dalam masa terdekat ini.

''Kita telah bermesyuarat pada petang tadi dan beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah berhubung isu tersebut telah diperoleh melalui Jawatankuasa Pengurusan Keputusan.

''Namun isi kandungan cadangan tersebut saya tidak boleh dedahkan kerana perkara tersebut adalah sulit,'' jelas Nishel.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Jangan korban prinsip Islam

Posted:

Jangan korban prinsip Islam

Jangan korban prinsip Islam

GOMBAK 2 Jun – Dewan Ulama Pas mengingatkan pucuk pimpinan parti itu agar jangan menghilangkan identiti serta jati diri Islam yang dijunjung sekian lama hanya kerana terlalu ingin merai kehendak pihak tertentu terutamanya rakan komponen dalam pakatan pembangkang.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, prinsip Islam yang menjadi pegangan Pas mesti dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh pucuk pimpinan parti walaupun senario semasa politik tanah air, menuntut kepada perubahan dalam sesebuah parti.

"Tidak ada kompromi soal hukum halal dan haram yang telah dinyatakan secara sah dalam al-Quran dan sunah. Hukum berubah dengan perubahan masa dan tempat tetapi sebagai sebuah gerakan Islam, assawabit (ketetapan) ini perlu dikekalkan.

"Justeru itu, Pas perlu dinamik dalam menangani perubahan tanpa perlu mengorbankan assawabit," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Muktamar Dewan Ulama di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, di Taman Melewar, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob memandangkan Ketua Dewan Ulama itu uzur, namun Harun tetap hadir pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, dalam soal mempertahankan assawabit, pujian harus diberikan kepada kerajaan Pas Kelantan kerana tidak pernah berganjak untuk mengharamkan judi walaupun keputusan tersebut mendapat kritikan daripada kawan dan lawan.

Sementara itu, menyentuh mengenai kelangsungan kepimpinan ulama Harun berkata, sudut organisasi pucuk pimpinan tertinggi Pas perlu disokong oleh para pembantu dan orang kanan yang memiliki kualiti sebagai ulama haraki.

Jelas beliau, maksud ulama haraki adalah golongan pemimpin yang memiliki ilmu agama dan melaksanakan amanah perjuangan dengan sabar serta tidak sesekali berhenti daripada melakukan jihad dari sudut Islam.

"Golongan inilah yang akan menjaga dasar-dasar Islam sepanjang parti melaksanakan amanah kepimpinan sejak sekian lama. Golongan ulama haraki inilah seharusnya dipilih selaku teraju perjuangan Pas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak Nik Aziz, Hadi menang

Posted:

Anak Nik Aziz, Hadi menang

Anak Nik Aziz, Hadi menang


NASRUDDIN Hassan mengangkat tangan Nik Abduh Nik Aziz (kanan) dan Raja Al-Hiss Raja Yaakob (kiri) setelah diumumkan menang dalam pemililihan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia di Dewan MBBSA, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 2 Jun - Anak kepada dua pemimpin kanan Pas turut mencatatkan kemenangan dalam pemilihan Dewan Pemuda Pas Pusat yang diadakan hari ini.

Kedua-dua mereka ialah Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Khalil Abdul Hadi.

Nik Abduh yang merupakan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menang jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas menewaskan tiga calon lain.

Khalil pula yang merupakan anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih antara 12 orang yang terpilih menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas.

Mengulas kemenangannya, Nik Abduh berkata, beliau insaf dengan mengakui kemenangannya itu bersandarkan populariti bapanya.

Menurut Nik Abduh, ini kerana usaha serta kerja-kerja parti yang dilakukannya selama ini adalah tidak seberapa berbanding calon-calon timbalan ketua yang lain.

"Cuma saya lebih mungkin kerana setengah perwakilan hendak tunjuk rasa cinta mereka kepada ayahanda sebagai Mursyidul Am, mungkin saya dapat undi itu.

"Kalau nak kira kerja saya dengan sahabat (calon) lain, saya fikir saya berada di belakang mereka," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pemilihan Dewan Pemuda parti itu di sini hari ini.

Nik Abduh menambah, beliau akan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya hasil kemenangan itu di samping menjadi pembantu setia kepada Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan yang mengekalkan jawatan tersebut selepas tidak ditandingi.

Sementara itu, Khalil berkata, beliau tidak nampak kemenangan tersebut disebabkan pengaruh yang dimiliki bapanya sebagai Presiden Pas.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah pilihan para perwakilan.

"Kami dididik dalam kepimpinan ini jawatan itu adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar dan ia sudah tentulah memerlukan pengorbanan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, jawatan Naib Ketua Pemuda pula dimenangi Raja Al-Hiss Raja Yaakob.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Inkues Ahmad Sarbani perlu

Posted:

Inkues Ahmad Sarbani perlu

Inkues Ahmad Sarbani perlu

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Jun - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bersetuju dengan cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya diadakan satu inkues berhubung kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed pada 6 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis akan membentangkan segala hasil siasatan berhubung kematian itu pada inkues itu nanti.

"Persoalan bila prosiding inkues itu akan dijalankan, ia terpulang kepada Majistret untuk menentukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai inkues tersebut.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi berkata, inkues itu perlu diwujudkan bagi menyiasat secara menyeluruh punca kematian Ahmad Sarbani.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fail permohonan kali ketiga agar hakim tarik diri

Posted:

Fail permohonan kali ketiga agar hakim tarik diri

Fail permohonan kali ketiga agar hakim tarik diri

KUALA LUMPUR 2 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan buat kali ketiga agar Hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada terus mendengar kes itu kerana didakwa telah membuat pra-penghakiman dan berat sebelah sehingga menyebabkannya tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang telah diperintahkan membela diri oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah atas tuduhan meliwat, turut memohon agar perbicaraan yang bermula pada 3 Februari tahun lalu dibicarakan semula (de novo) di hadapan hakim yang lain.

Anwar yang ditemani isteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memfailkan permohonan tersebut melalui firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co. kira-kira pukul 10.40 pagi ini, di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Permohonan tersebut akan didengar 6 Jun ini sebelum Anwar memberi keterangan bela diri.

Menurut afidavit bagi menyokong permohonan itu, Anwar mendakwa Hakim Mohamad Zabidin sewaktu membuat keputusan prima facie di akhir kes pendakwaan telah membuat satu penemuan konklusif yang telah mengakibatkan peruntukan dalam Seksyen 182A(1) Kanun Tatacara Jenayah menjadi sia-sia.

Seksyen tersebut menyebut 'di penggulungan perbicaraan, mahkamah hendaklah menimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan sebelumnya dan hendaklah memastikan sama ada pendakwa telah membuktikan kesnya hingga tiada keraguan munasabah.'

Penemuan tersebut didakwa merupakan satu pra-penghakiman memandangkan hakim terbabit telah menerima keterangan saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, tanpa mengambil kira keterangannya yang telah didedahkan sebagai alibi sewaktu soal balas.

Alibi tersebut ialah tertuduh berada di unit kondominium yang berlainan pada waktu kejadian.

Tertuduh juga mendakwa, keputusan untuk memanggilnya membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya hanyalah formaliti semata-mata kerana hakim terbabit telah membuat pra-penghakiman tersebut.

Anwar pertama kali memohon agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri pada 8 Februari 2010 atas dakwaan hakim itu bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonannya untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Permohonan kali kedua pula dibuat pada 25 November tahun lalu apabila Anwar mendakwa hakim tersebut telah melakukan ugutan menghina mahkamah ke atas peguam belanya, Karpal Singh. Kedua-dua permohonan itu ditolak.

Sementara itu, peguam-peguam bela Anwar, Karpal, Sankara Nair dan Ram Karpal Singh menafikan tindakan memfailkan permohonan itu menjelang tarikh tertuduh dijadualkan membela diri adalah satu tindakan menyalah guna proses mahkamah dan melambat-lambatkan perbicaraan.

Nair menyatakan, mereka hanya dapat memfailkan permohonan tersebut hari ini ekoran kesukaran mendapatkan nota prosiding walaupun permohonan bertulis dan notis peringatan telah diserahkan kepada mahkamah beberapa kali.

Menjawab pertanyaan mengenai proses menemu duga saksi-saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pasukan pembelaan, Nair menyatakan, sehingga hari ini, mereka hanya dapat menemu bual lima orang yang tidak memainkan peranan penting.

''Empat saksi penting pada pembelaan kami sehingga kini enggan datang atau tiada sebarang persiapan dibuat untuk membawa saksi itu,'' katanya.

Empat saksi penting tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Senior Asisten Komisioner 1 (SAC1) Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Salleh (kini Ketua Polis Melaka) serta bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.

Lima saksi yang telah ditemu bual pula ialah kenalan keluarga Mohd. Saiful Bukhari, Datuk Mumtaz Jaafar; adik perempuan mangsa, Saidati Adha; doktor dari Hospital Pusrawi, Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid; pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Khairil Anas Yusof dan pegawai perubatan pertama ditemui pengadu di wad pesakit luar yang hanya dikenali sebagai Dr. Daniel.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Abai keselamatan penumpang

Posted:

Abai keselamatan penumpang

Abai keselamatan penumpang

RUDDY SALAS
Kuantan


Pemandu dan penumpang menaiki bot penambang Sungai Tembeling tanpa memakai jaket keselamatan di Sungai Tembeling. Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut.


Saudara Pengarang,
DUA hari lalu, saya membawa keluarga berkunjung ke Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut yang merupakan antara destinasi popular pada musim cuti persekolahan.

Walaupun keadaan cuaca panas terik, pelancong Barat dan domestik menaiki bot penambang untuk menuju destinasi masing-masing ke Taman Negara itu.

Yang pastinya, pengangkutan bot penambang begitu sibuk membawa pelawat ke setiap tempat rekreasi di pusat pelancongan bertaraf antarabangsa itu sehingga kadang-kadang terleka daripada aspek keselamatan.

Inilah yang menarik perhatian saya apabila terlalu ghairah berlaku kecuaian sehingga ada di kalangan pelawat terlupa memakai jaket keselamatan termasuk kanak-kanak.

Malah, saya melihat pemandu bot penambang juga mengejar 'trip' memunggah penumpang dan barang, seolah-olah terlupa mengingatkan penumpang supaya memakai jaket keselamatan!

Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana Taman Negara Kuala Tahan merupakan destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang saya fikir pihak terbabit telah dilatih mengutamakan semua aspek keselamatan.

Kenapakah ini berlaku? Jawapannya, sudah tentu wujud kecuaian sehingga aspek keselamatan pandang ringan.

Kebiasaannya, pengguna jalan raya di negara ini kerap ditegur mahupun disaman berasaskan undang-undang oleh pihak berkuasa, tetapi jarang sekali terhadap mereka yang menggunakan pengangkutan bot di kawasan perairan sungai yang tidak berbuat demikian.

Apa yang jelas, iaitu kecuaian pemakaian jaket keselamatan ketika menaiki bot selain mengambil penumpang melebihi kapasiti yang dibenarkan.

Menerusi Rakan Pahang ini saya mengingatkan semua pihak supaya aspek keselamatan perlu diberi keutamaan.

Jangan sampai disebabkan kecuaian mengundang padah sehingga meragut nyawa dan boleh menjejaskan industri pelancongan di Taman Negara, Jerantut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terima kasih polis Bentong

Posted:

Terima kasih polis Bentong

Terima kasih polis Bentong

AHMAD YUSOF ISMAIL
Bentong

Saudara Pengarang,
KITA sedia maklum, pihak berkuasa memainkan peranan penting bagi memastikan keamanan negara terkawal dan membendung kegiatan jenayah.

Tugas mereka dalam menangani musuh negara harus diberi penghargaan walaupun ada segelintir kelompok yang memperkecilkan dan mempertikaikan tugas anggota keselamatan itu.

Ia terbukti apabila baru-baru ini rumah saya telah dipecah masuk dalam kejadian melibatkan rompakan bersenjata di Bentong dan penjenayah tersebut telah melarikan kereta milik saya yang diletakkan di pekarangan rumah.

Pada kejadian itu, apa yang terlintas hanyalah untuk memastikan keluarga saya selamat namun, dengan kecekapan beberapa anggota polis, kereta saya berjaya ditemui semula.

Justeru, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada ketua balai dan anggota yang bertugas di Balai Polis Lurah Bilut.

Tidak lupa juga penghargaan kepada pegawai serta anggota di Ibu Pejabat Polis (IPD) Bentong atas usaha dan kesungguhan dalam membantu saya dan keluarga.

Saya berharap usaha pihak polis dalam membanteras kegiatan jenayah dapat diteruskan dan dipertingkatkan kawalan keselamatan demi keamanan masyarakat dan negara.

Saya juga mencadangkan masyarakat dan anggota polis sentiasa bekerjasama menerusi program pencegahan jenayah dengan menyalurkan maklumat berkaitan di kawasan masing-masing.

Saya yakin apabila semua yang terlibat turun padang, jenayah dapat dikurangkan selain dapat memperbetulkan persepsi segelintir golongan masyarakat yang mempertikaikan keupayaan pihak polis dalam menjalankan tugas mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Alih tiang elektrik di tengah jalan

Posted:

Alih tiang elektrik di tengah jalan

Alih tiang elektrik di tengah jalan

DATUK ISMAIL MOHAMED SAID
Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau


ISMAIL Mohamed Said (depan, kiri) meninjau kedudukan tiang elektrik di tengah jalan di Kampung Paya Sok, Kuala Krau, Pahang, baru-baru ini.


Saudara Pengarang,
PIHAK Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta mengalihkan sebatang tiang elektrik di Kampung Paya Sok, Kuala Krau, Temerloh kerana terletak di tengah-tengah jalan.

Tidak sepatutnya tiang itu berada di situ kerana membahayakan penduduk terutama pada waktu malam.

Penduduk di sini sudah tahu adanya tiang tersebut di sini tetapi bagaimana pula saudara-mara mereka yang datang dari jauh pasti tidak tahu adanya tiang itu di tengah jalan.

Sebelum ini dipercayai terdapat beberapa kemalangan berlaku di situ hingga menyebabkan tiang berkenaan sedikit condong.

Kedudukan tiang itu sangat bahaya hingga menyukarkan kereta penduduk untuk melaluinya.

Saya juga difahamkan bahawa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah membuat laporan kepada pihak terlibat supaya mengalihkan tiang tersebut.

Saya berharap supaya TNB mengambil langkah segera mengalihkan tiang itu demi keselamatan penduduk di sini selain berlakunya kemalangan yang lebih serius.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


PM Jepun selamat usul undi tidak percaya

Posted:

PM Jepun selamat usul undi tidak percaya

PM Jepun selamat usul undi tidak percaya


Naoto Kan tiba di Parlimen di Tokyo sebelum pengundian usul tidak percaya terhadapnya diadakan, semalam, Pengundian itu memihak kepada Kan . - AP


TOKYO 2 Jun - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan terselamat daripada disingkirkan menerusi pengundian usul tidak percaya di Parlimen, hari ini selepas beliau berjanji untuk meletakkan jawatan apabila negara ini kembali pulih daripada bencana gempa bumi, tsunami dan krisis nuklear, baru-baru ini.

Janji untuk menyerahkan kuasa kepada pemimpin generasi lebih muda meredakan kemarahan pemberontak dalam parti pemerintah, Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinan Kan.

Mereka telah mengancam untuk menjatuhkan Kan, Perdana Menteri kelima Jepun dalam tempoh lima tahun, hanya beberapa hari sebelum beliau dijadual meraikan hari ulang tahun pertamanya sebagai ketua kerajaan.

Usul yang dibentangkan oleh parti pembangkang utama, Parti Liberal Demokratik (LDP) dan dua parti kecil itu gagal dengan hanya 152 anggota dewan menyokongnya, manakala 293 lagi menentang, setelah kebanyakan ahli Parlimen DPJ terus berdiri di belakang Kan.

Kan, 64, dalam rayuan terakhir kepada anggota DPJ yang berpecah belah menggesa ahli Parlimen parti itu supaya terus bersatu sehingga kerajaan beliau mencapai kemajuan cukup besar dalam program pemulihan Jepun berikutan krisis terburuk itu selepas Perang Dunia Kedua.

"Apabila usaha saya menangani krisis selepas gempa bumi mencapai kemajuan pada tahap tertentu dan saya sudah melaksanakan peranan saya ke tahap tertentu, saya ingin melihat generasi lebih muda mengambil alih pelbagai tanggungjawab yang saya pikul," kata Perdana Menteri.

Kan yang menggambarkan dirinya sebagai 'anak seorang lelaki makan gaji' atau pemimpin berjiwa rakyat tidak menyatakan tahap kemajuan yang dimaksudkan, menyebabkan tarikh pengundurannya terbuka kepada pentafsiran.

Kerajaan berjanji kebanyakan 100,000 mangsa yang masih tinggal di pusat perlindungan sejak bencana 11 Mac lalu akan ditempatkan kawasan perumahan sementara menjelang pertengahan musim panas, tetapi program pembinaan semula yang lebih luas dijangka memakan masa bertahun-tahun.

LDP mengemukakan usul undi tidak percaya itu lewat semalam dengan menerima sokongan daripada dua parti kecil, namun ia ia tidak mendapat sokongan cukup ramai daripada pemberontak dalam DPJ semasa pengundian.

Pemimpin LDP menuduh Kan tidak cekap mengendalikan usaha pemulihan berikutan bencana yang menyebabkan 23,000 terbunuh dan mencetuskan krisis nuklear terburuk di dunia selepas tragedi Chernobyl 25 tahun lalu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rusia haram import sayur dari EU

Posted:

Rusia haram import sayur dari EU

Rusia haram import sayur dari EU

MOSCOW 2 Jun - Rusia mengharamkan import sayur-sayuran mentah dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mulai hari ini berikutan wabak bakteria E.coli, yang merebak di Jerman.

Rusia sebelum ini telah mengharamkan import sayur-sayuran dari Jerman dan Sepanyol yang dilanda wabak tersebut yang setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dan 1,500 yang lain jatuh sakit di lapan negara Eropah, lapor media Rusia memetik kenyataan pengarah agensi perlindungan pengguna Rospotrebnadzor, Gennady Onishchenko.

"Pengharaman import sayur-sayuran segar dari EU bermula pagi ini," kata Onishchenko kepada agensi berita Interfax.

Onishchenko berkata, beliau turut mengarahkan sayur-sayuran mentah yang import dari negara EU di kedai-kedai dihapuskan.

Beliau mengingatkan rakyat Rusia supaya makan sayur-sayuran tempatan.

"Situasi bertambah buruk sejak beberapa hari lepas dan kami terpaksa mengambil langkah drastik untuk mengharamkan import tersebut," katanya.

Agensi kawalan wabak Jerman, Institut Robert Koch (RKI) melaporkan 365 kes baru E.coli dikesan berlaku semalam, suku daripadanya melibatkan jenis E.coli yang boleh mengancam nyawa, dikenali sebagai E.coli pengeluar toksin Shiga (STEC).

Pegawai EU berkata, tiga kes baru dilaporkan di Amerika Syarikat (AS), dan kebanyakan jangkitan yang dilaporkan di luar Jerman membabitkan rakyat Jerman atau mereka yang berkunjung ke negara itu, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Kesihatan EU, John Dalli, bagaimanapun berkata, jumlah kes terbaru yang dilaporkan dilihat semakin berkurangan. - REUTERS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


MyBracelet ganti pengenalan diri

Posted:

MyBracelet ganti pengenalan diri

MyBracelet ganti pengenalan diri

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Gambar MUHAMMAD IQBAL ROSLI


Telefon bimbit pintar BlackBerry, telefon satelit dan gelang tangan MyBracelet.


SEBELUM ini pasukan ini telah berjaya menciptakan satu inovasi yang mungkin tidak pernah terfikir dek akal fikiran akan kepentingannya kepada kita semua.

Ciptaan itu adalah alat Pengimbas Badan 3D untuk menjayakan Kaji Selidik Kebangsaan Mengukur Saiz Badan Penduduk Malaysia (Malaysian Sizing Survey).

Ini kerana selama ini, bagi menentukan standard saiz pakaian sama ada S, M dan L itu rupa-rupanya kita menggunakan peninggalan Barat! Bukannya mengikut saiz sebenar yang mewakili penduduk negara ini!

Bertambah malang, standard itu pula datangnya sama ada dari United Kingdom yang tentunya juga berlainan dengan standard saiz dari Amerika Syarikat! Namun, kedua-dua negara inilah yang selama ini mempengaruhi saiz pemakaian kita selama ini!

Jadi, apabila ada penentuan standard saiz kita sendiri, bukankah itu satu inovasi yang sangat bermakna dan sangat kita hargai?

Ini kerana dengan adanya standard atau piawaian Malaysia maka ia boleh diaplikasi ke dalam beberapa industri seperti pakaian, automobil dan produk kesihatan!

Malah kita boleh memberikan syarat piawaian Malaysia ini kepada pengeluar kereta asing yang ingin memasarkan kereta mereka di negara ini!

Jika tidak, tentu sahaja tidak selesa jadinya apabila saiz tempat duduk kereta itu adalah mengikut saiz Barat yang terkenal dengan besar dan lebar itu!

Pasukan yang berjaya mencipta mesin atau alat Pengimbas Badan 3D yang mampu menghasilkan saiz kita yang sebenar ini (ingat, penggunaan pita atau tali pengukur bukan cara yang bijak bagi mendapatkan saiz Piawaian Malaysia ini) adalah hasil kumpulan penyelidik yang dikenali MySize Project daripada pensyarah dan pelajar Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Mereka adalah dari Pusat Penyelidikan Perkomputeran Sains dan Informasi Biologi, Bioindustri, Alam Sekitar, Pertanian dan Kesihatan (Crystal) Institut Sains Biologikal Fakulti Sains, UM.

MySize itu kini menjadi projek utama Cystal, tetapi tahukah anda, hebatnya pasukan ini apabila berjaya mencipta satu lagi inovasi terbaru, tetapi mereka sifatkan ia sebagai projek sampingan Crsytal sahaja!

Ia dinamakan MyBracelet yang sebenarnya satu inovasi yang sangat canggih dan berteknologi tinggi. Namun kepada mereka yang memakai gelang ini maka ia merupakan cara paling mudah anda dikenali!

Sebelum ini apabila bercakap mengenai gelang ini, maka yang terbayang tentulah Gelang Pengenalan Haji (GPH) misalnya. Ia adalah seutas rantai atau gelang tangan besi yang tercatat padanya nama jemaah, nombor telefon, nombor haji dan negara Malaysia bagi memudahkan jemaah tersebut dikenali jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Namun pasukan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Amir Feisal Merican al Junid Merican ini berjaya mencipta sebentuk gelang besi keluli yang dilengkapkan dengan satu sistem kod bar (2D). Ia mengandungi pelbagai maklumat pengenalan diri, paparan imej dan gambar, sehinggalah maklumat kesihatan, jenis darah dan sebagainya.

Direka dengan rekaan begitu sofistikated, teknologi termaju, anti calar terutama pada paparan kod bar, berciri keselamatan, MyBracelet bukan sebarang gelang, ia gelang bermaklumat!

Menurut Dr. Amir Feisal, gelang ini boleh membantu bagi tujuan identifikasi si pemakai dengan cara diimbas dengan menggunakan telefon yang disediakan kemudahan pengimbasan seperti yang terdapat pada telefon bimbit yang beroperasi menggunakan sistem Android, Windows Mobile, Java, Symbian, BlackBerry dan Brew.

"Apabila diimbas pada kod bar gelang tersebut, maka semua segala maklumat akan terpapar pada skrin dan identiti si pemakai boleh dikenalpasti," katanya.

Semua ini beliau cipta sebagai tindak balas pengalaman beliau ketika menunaikan haji.

Semasa mengerjakan haji, katanya, para jemaah dikehendaki membawa dokumen seperti pasport, buku kesihatan dan kad pengenalan yang disimpan dalam sebuah beg gantung.

"Kadang kala membawa beg ini seperti satu beban, malah menjadikan kita terlalu berhati-hati untuk menjaga beg gantung ini daripada hilang mahupun diragut sehingga menghilangkan tumpuan terhadap ibadat.

"Jadi apabila pulang ke tanah air, fenomena beg gantung ini memberikan saya ilham dan inspirasi untuk saya mencipta MyBracelet ini," katanya.

Maka menjadi harapan Dr. Amir Feisal agar ciptaan inovasi terkini yang terdapat pada MyBracelet ini boleh dimanfaatkan oleh Lembaga Tabung Haji untuk diguna pakai oleh para jemaah haji.

Menurut beliau, rekaan MyBracelet ini sebenarnya bukan untuk menggantikan gelang GPH yang sedia ada, cuma mereka berjaya menaik tarafkan gelang tersebut dengan rekaan anak tempatan sesuai untuk semua keadaan terutamanya ketika di Tanah Suci.

"Ini supaya para jemaah tidak lagi perlu membawa segala macam dokumen-dokumen penting untuk dimasukkan ke dalam beg gantung kecuali dengan memakai sahaja MyBracelet ini sahaja, segala maklumat ada di dalamnya," kata Dr. Amir Feisal.

Selain itu, MyBracelet juga boleh digunakan oleh para banduan sama ada ketika berada di dalam mahupun luar penjara, para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anggota tentera, pesakit di wad-wad hospital.

Bagaimana sebenarnya ia berfungsi dan bagaimana ia mungkin boleh membantu anda untuk tujuan peribadi dan sebagainya.

Semua ini dan lebih banyak lagi inovasi bercirikan ciptaan sains dan Islam boleh ditemui pada Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 yang bertemakan: Inovasi Teras Tamadun Ummah di Masjid Negara dan Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur yang berlangsung sejak 2 Jun hingga 5 Jun 2011.

MyBracelet adalah antara 60 produk inovasi Islam yang dipamerkan sepanjang karnival yang diadakan buat kali kedua selepas berjaya diadakan tahun lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Kesemua produk ini tentu sahaja merupakan hasil-hasil inovasi tempatan yang sangat menarik untuk kita iktiraf dan kagumi!

Alangkah rugi, jika segala macam ciptaan inovasi ini dan kemeriahan karnival ini dilepaskan begitu sahaja, sedangkan segala inovasi itu diciptakan khas bukan untuk sesiapa, tetapi kepada anda juga!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Ukhuwah, ikhlas

Posted:

Ukhuwah, ikhlas

Ukhuwah, ikhlas

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan ASTRO


PERSAHABATAN yang terjalin lebih 10 tahun telah membuka peluang kepada Yus dan Taukeh untuk mengangkat mereka ke peringkat lebih tinggi.


PROGRAM realiti popular masa kini, Maharaja Lawak semakin menghampiri ke kemuncaknya. Jika tiada aral melintang, malam kemuncaknya bakal berlangsung pada 24 Jun ini di sebuah lokasi yang masih belum ditetapkan.

Tiada siapa pernah menyangka Maharaja Lawak telah mencetus fenomena luar biasa mengalahkan program realiti yang sedia ada.

Harus diakui, populariti program ulung terbitan Astro Warna itu banyak dipengaruhi oleh nama-nama besar yang menyertai pertandingan yang menggabungkan juara serta finalis daripada program Raja Lawak musim pertama hingga kelima itu.

Namun, sejak Maharaja Lawak membuka tirainya pada awal April lalu, nama kumpulan yang satu ini dilihat semakin hari semakin mengganas sehingga mereka dianggap sebagai pesaing kuat kepada peserta lain termasuk nama-nama popular.

Kumpulan yang dimaksudkan ialah kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yusry Edoo dan Zamaratul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Taukeh.

Mungkin ada yang tidak tahu, kedua-duanya merupakan sahabat baik lebih sedekad yang lalu dan dipertemukan menerusi rancangan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

Nasib menyebelahi Yusry atau dikenali dengan panggilan Yus apabila dinobatkan sebagai juara sulung program berkenaan manakala Taukeh pula sekadar menduduki tempat keempat.

Barangkali ada yang sependapat, di awal kemunculan Jambu, tiada siapa yang mempedulikan mereka kerana merasakan Jambu tidak cukup popular untuk setanding dengan nama besar lain seperti Jozan, Sepah dan Nabil.

Tetapi, kini semuanya telah berubah dan Jambu sekarang ini merupakan calon pilihan untuk bergelar juara sulung Maharaja Lawak.

Jambu bukan hanya memikat hati juri tetapi nama mereka juga kini mula meniti di bibir peminat yang sekali gus meletakkan kedudukan Jambu di tangga teratas.

Mungkin akan ada yang bertanya, dari manakah idea Yus dan Taukeh untuk menggelarkan diri mereka sebagai Jambu.

Semuanya bermula apabila kedua-dua mereka disatukan untuk membentuk sebuah kumpulan bagi satu tugasan berkumpulan sewaktu di Raja Lawak.

Namun, jelas Taukeh, ketika itu mereka memilih nama Joper yakni gabungan Johor dan Perlis yang mewakili negeri kelahiran Taukeh serta Yus.

"Daripada situ, kami merasakan mempunyai satu ikatan yang kuat untuk meneruskan gabungan ini seandainya satu hari kelak ia memerlukan kami berbuat demikian.

"Ditambah pula dengan keserasian antara kami yang wujud sekian lama membuatkan kami yakin untuk meneruskan perjuangan sebagai pelawak berkumpulan.

"Akhirnya peluang itu datang untuk Maharaja Lawak ini dan kami sepakat menukarkan nama tersebut kepada Jambu.

"Alhamdulillah, kami bersyukur kerana penerimaan peminat terhadap kami yang membuatkan kami sebenarnya terkejut dan tidak sangka sama sekali ia menjadi sebegini besar," luah Taukeh jujur sewaktu dihubungi Hits, baru-baru ini.

Yus juga sedar kejayaan yang dikecapi oleh Jambu setakat ini barangkali tidak menjadi kenyataan seandainya dia bergerak secara solo.

Baginya, bukan mudah untuk menjadi pelawak solo kerana ia memerlukan semangat dan tahap keyakinan yang cukup tinggi.

"Kalau berkumpulan lebih mudah kerana kita dapat berkongsi idea dan mengkritik antara satu sama lain demi kebaikan bersama.

"Alhamdulillah, saya mendapat seorang teman yang begitu memahami diri saya dan begitu juga dengan saya sehingga ia memudahkan kerja kami setiap minggu dalam memberikan persembahan.

"Tekanan itu tetap ada tetapi jika kita yakin dengan kemampuan kita, ia akan hilang perlahan-lahan. Saya akui tekanan memang cukup hebat untuk Jambu sewaktu minggu pertama Maharaja Lawak bermula.

"Bersaing dengan nama-nama popular membuatkan kami tidak meletakkan sebarang harapan kerana sedar dengan kedudukan kami.

"Tetapi kini, kami mula nampak, pengundi sudah bijak menilai lalu mengundi berdasarkan persembahan dan bukannya populariti semata-mata," ujar Yus dalam loghat utara sambil memberitahu akan meneruskan perjuangan Jambu bersama Taukeh selagi ada permintaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sate bayaran persembahan Sharifah Aini

Posted:

Sate bayaran persembahan Sharifah Aini

Sate bayaran persembahan Sharifah Aini

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar RASHID MAHFOF

RM10 dan 10 cucuk sate merupakan antara bayaran yang pernah diterima oleh biduanita negara, Datuk Sharifah Aini di awal kemunculannya di persada seni tanah air sekitar 42 tahun lalu.

Bagaimanapun, bayaran berkenaan tidak sekali-kali mematahkan semangat pelantun lagu Bunga Tanjung itu untuk terus mengabadikan diri sebagai anak seni.

Baginya, apa yang penting adalah semangat dan kerja keras perlu dilakukan agar nama yang baru berputik akan terus mekar berkembang.

"Kak Pah bermula dengan susah. Kak Pahmasih ingat lagi sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke ibu negara, di tangan Kak Pah hanya ada RM75 sahaja.

"Namun Kak Pah tanam dalam diri, Kak Pah harus berusaha demi membantu keluarga di kampung," jelas biduanita itu ketika berkongsi pengalamannya bersama penuntut Asia e Universiti (AeU) sempena hari terbuka universiti itu baru-baru ini.

Sharifah Aini yang mesra membahasakan dirinya sebagai Kak Pah, diundang oleh universiti berkenaan untuk berkongsi pengalamannya sepanjang 42 tahun bergelar anak seni dan berkongsi rahsia kejayaannya untuk terus bertahan dalam industri hiburan tanah air.

Bagaimana pun, jelas Sharifah Aini atau nama sebenarnya Sharifah Aini Syed Jaafar, mengharungi era susah itu adalah detik paling indah dalam hidupnya.

Baginya, segala kesusahan itulah yang membuatkan dirinya bertambah cekal dan bersemangat untuk terus mengejar impian.

"Kesusahan itulah yang menjadikan Kak Pah seperti hari ini. Bukan mudah untuk bertahan dalam tempoh yang lama dalam industri hiburan.

"Kak Pah rasa bertuah kerana kesusahan mengajar Kak Pah untuk terus berusaha selain mengingatkan Kak Pah agar tidak lupa diri," ujarnya.

Mengenang kembali zaman awal pembabitannya dalam industri hiburan tanah air, Kak Pah rancak bercerita tentang sejarah silam hidupnya.

Jelasnya, detik-detik awal pembabitannya sebagai anak seni tidak mungkin padam dan terhapus dari kotak memorinya.

"Masih lagi Kak Pah ingat bagaimana Kak Pah berhimpit-himpit dalam sebuah kereta dalam perjalanan ke Kelantan untuk membuat persembahan.

"Bayangkanlah betapa jauhnya perjalanan yang terpaska Kak Pah harungi untuk sampai ke sana dengan keadaan jalan raya yang tidak begitu elok.

"Namun semua itu mengajar Kak Pah erti kehidupan. Artis zaman sekarang tidak melalui semua itu," luah Sharifah Aini petang itu.

Tambah anak jati Kampung Majidee, Johor Bahru itu lagi, tekadnya untuk terus memahat nama dalam industri hiburan tanah air adalah demi membantu keluarga.

Dengan niat itulah, Sharifah Aini cekal dan bekerja keras bagi memastikan kakinya terus melangkah meniti pancaroba dunia seni.

"Alhamdulillah, bermula penghujung tahun 1970-an, Kak Pah mula mendapat bayaran sekitar RM250 sehingga RM350 untuk satu persembahan.

"Dari situ Kak Pah dapat belikan sebuah teksi baru untuk tok Kak Pah selain membawa keluarga berpindah ke rumah yang lebih selesa," ceritanya.

Kelas malam

Selain itu, kata pelakon filem Hapuslah Air Matamu itu lagi, dengan duit yang ada beliau ke kelas malam untuk membelajari bahasa Inggeris demi meningkatkan tahap dirinya dalam bidang seni.

"Bayangkanlah anak kampung macam Kak Pah ini, mana tahu sangat menggunakan bahasa Inggeris, lalu Kak Pah tekad mahu belajar bahasa itu.

"Dua tahun Kak Pah ikuti kelas bahasa Inggeris dan alhamdulillah, selepas itu Kak Pah sudah boleh berinteraksi dengan fasih.

"Malah selepas itu, Kak Pah dapat merakamkan lagu Inggeris di mana Kak Pah sendiri tidak pernah terfikir akan mempunyai album Inggeris," jelasnya yang mempunyai 11 album Inggeris.

Ditanya apakah rahsia beliau mampu mempertahankan nama di persada hiburan tanah air, sambil tersenyum, Sharifah Aini menjawab;

"Jadilah diri sendiri dan sentiasa merendah diri. Selain itu, jangan malu untuk terus menimba ilmu dan jangan sekali-kali berhenti berusaha."

Bersandarkan itulah, katanya, sepanjang lebih 40 tahun bergelar anak seni, beliau boleh menyesuaikan diri dengan artis baru dan lama biarpun jarak usia membezakan mereka.

Sementara itu, dalam kesempatan berbicara petang itu, Sharifah Aini sempat menyelitkan nasihat untuk bakat-bakat baru yang semakin membanjiri industri seni hari ini.

"Jangan sekali-kali berhenti belajar kerana ilmu adalah kuasa untuk mematangkan diri. Jangan kedekut untuk berkongsi ilmu yang ada.

"Selain itu, jangan takut pada kritikan, umpatan dan kata-kata kurang enak yang dilemparkan. Ambil semua itu sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya," ujar biduanita yang pernah menjadi juara qariah lima tahun berturut-turut semasa zaman persekolahannya.

Menyingkap kisah hidupnya hari ini, Sharifah Aini akui, kehidupannya kini lebih gembira dan diisi dengan kerja-kerja amal.

Jelasnya, telah hampir 15 tahun dia menjalankan kerja amal dengan menghulurkan bantuan kepada anak-anak sekolah tahfiz al-Quran di sekitar Lembah Klang.

"Ada lebih kurang 50 buah sekolah tahfiz yang sering Kak Pah kunjungi dan Kak Pah gembira dengan semua itu.

"Bagi Kak Pah, apa yang ada dalam hidup kita akan menjadi lebih bermakna kalau kita dapat kongsinya dengan masyarakat," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


dr. Cafe Coffee jadi pemangkin usahawan bumiputera

Posted:

dr. Cafe Coffee jadi pemangkin usahawan bumiputera

dr. Cafe Coffee jadi pemangkin usahawan bumiputera


Idris Jusoh sambil ditemani Harmidi Ismail (kiri sekali) mencuba mesin kopi pada majlis perasmian kiosk dr.Cafe Coffee di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Jun - Pembukaan kios kedua dr. Cafe Coffee di ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini diharap menjadi pemangkin kepada semangat keusahawanan di kalangan golongan muda bumiputera.

Produk berkenaan dijangka menjadi pesaing kepada jenama kopi terkenal yang lain dan mampu melonjakkan ekonomi bumiputera yang menyertai rangkaian kios berkenaan.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, usahawan bumiputera harus membuka minda dan sentiasa berdaya saing dengan menghasilkan produk yang mengikut kehendak pasaran.

"Pembukaan kios ini merupakan salah satu Pelan Transformasi Mara dalam membuka minda usahawan bumiputera supaya lebih kreatif dalam menjana perniagaan hingga ke peringkat global.

"Dahulu Mara sering membantu golongan usahawan dari segi kewangan dan kemahiran, kini kami mahu mendekati mereka dengan kaedah keusahawanan bagi menjana hasil yang lebih lumayan," katanya selepas merasmikan kios berkenaan hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Youth Al-Rajhi Retail Sdn. Bhd., Harmidi Ismail iaitu pemilik dr. Cafe Coffee yang mula beroperasi di Mont Kiara dua tahun lalu.

Menurut Idris, usahawan bumiputera tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memohon membuka francais kafe berkenaan.

"Kita berusaha menggunakan kaedah yang produktif supaya usahawan bumiputera lebih berminat menceburi bidang keusahawanan," katanya.

dr. Cafe Coffee turut menawarkan beberapa menu lain seperti pastri, kek dan kopi buatan tempatan bersesuaian dengan cita rasa masyarakat negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nangka madu pula masuki China

Posted:

Nangka madu pula masuki China

Nangka madu pula masuki China

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 31 Mei – Selepas berjaya menembusi pasaran China untuk mengeksport buah durian, Malaysia akan terus menerokai pasaran negara itu dengan memperkenalkan buah nangka madu pula.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, buat permulaan Malaysia akan menyertai dua pameran yang akan diadakan di Naning dan Beijing.

Katanya, melalui kedua-dua pameran itu Malaysia akan diberi peluang untuk mempromosikan buah- buahan tropika tempatan.

"Baru-baru ini ketika pegawai dari Beijing datang, mereka dibawa melawat ke ladang nangka di Gemas dan mereka sangat tertarik dengan kemanisan buah tersebut.

"Lalu mereka mengajak kita untuk buat pameran di sana iaitu di Naning pada November ini manakala di Beijing pula dijangka pada tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar Dipacu Pasaran Dalam Sektor Agro Makanan di sini hari ini.

Turut hadir menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar.

Selain itu, Mohd. Hashim berkata, kerajaan juga akan memasuki pasaran di Timur Tengah bagi memasarkan buah-buahan tempatan.

"Di sana permintaan untuk buah- buahan seperti nangka, nenas dan tebu sangat tinggi kerana mereka sukakan buah yang segar," katanya.

Sementara itu, Noh berkata, bagi memastikan produk pertanian tempatan terus mendapat permintaan yang tinggi di pasaran, kerajaan akan menggalakkan petani menanam produk pertanian mengikut kehendak pasaran.

Katanya, kerajaan bersedia membantu syarikat-syarikat swasta yang terlibat dari segi teknikal, pembiayaan dan nasihat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved