Khamis, 2 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Kecacatan bukan halangan

Posted:

Kecacatan bukan halangan

Kecacatan bukan halangan

Oleh FAUZI MOHD.
pengarang@utusan.com.my


Muhammad Zhariff Affandi ketika meyertai misi kemanusiaan di Aceh.


MARANG 1 Jun - Pertandingan renang Kapas-Marang International Swimathon 2011 baru-baru ini mungkin berlalu begitu sahaja tanpa menarik banyak perhatian daripada media jika seorang pemuda, Muhammad Zhariff Affandi, 29, tidak muncul sebagai peserta.

Kemunculannya pula hanya disedari selepas dia menamatkan renangan dan berlari ke garisan penamat di pantai Kelulut.

Dia mengambil masa 2 jam 45 minit setelah berenang sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas dalam kejohanan edisi ke-11 dengan menduduki tempat ke-52 daripada keseluruhan 265 pelumba dari dalam dan luar negara.

Pertandingan ini merupakan salah satu detik dalam kehidupan yang pastinya tidak dilupakan oleh Zhariff yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor ini. Ini kerana kemampuannya menamatkan renangan tanpa dayungan kedua belah tangannya.

Lulusan dari Universiti Griffith Gold Coast, Australia ini dilahirkan tanpa anggota itu, tetapi dia tetap merasakan dirinya sebagai manusia normal dan berkeupayaan sebagaimana mereka yang dianggap sempurna sifatnya.

"Saya cukup sedar saya tidak akan berpeluang memenangi kejohanan ini, tetapi saya berjanji dengan diri saya bahawa saya akan menamatkan perlumbaan ini," katanya ketika ditemui selepas perlumbaan itu.

Dia sememangnya seorang pemuda yang cukup tabah dan yakin dalam sesuatu yang dilakukan. Ini kerana, katanya, sifat itu telah dibentuk oleh keluarganya agar mampu berdikari dan mencapai kejayaan peribadi dengan keupayaan sendiri, bukannya sekadar dikasihani.

Dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, tentunya ramai yang membayangkan betapa dia melalui kehidupan yang cukup sukar dalam menguruskan diri.

Lelaki bujang ini yang memiliki sebuah firma perunding dalam pembangunan komuniti, The Zhariff Initiative Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur sememangnya gemarkan aktiviti lasak seperti berenang, menunggang kuda, larian jarak jauh dan mendaki gunung.

Zhariff dididik oleh kedua ibu bapanya supaya membiasakan diri menjalani kehidupan seperti orang normal walaupun berdepan dengan keadaan fizikal yang terbatas.

"Saya anak sulung daripada tiga beradik. Masa kecil saya seperti kanak-kanak lain, sentiasa bermain dan berpeluang belajar tanpa merasa tersisih ''Ibu dan ayah mengajar dan membimbing agar berusaha melakukan sendiri dan akhirnya saya sedari mereka tidak mahu saya hidup terperangkap sebagai seorang yang cacat walaupun itu adalah hakikatnya.


Tanpa kedua-dua belah tangan, Muhammad Zhariff Affandi mampu melakukan aktiviti lasak seperti berkuda.


"Kini hasil didikan itu terbukti benar, saya amat bersyukur kerana mampu menjalankan perniagaan dan memandu serta melakukan lain-lain kegiatan yang orang lain fikir saya tidak berkeupayaan,'' katanya.

Dia yang awalnya berkelulusan ijazah undang-undang dari Universiti Teknologi Mara, kemudian meneruskan pendidikan dalam bidang Psikologi Perkembangan di Universiti Griffith.

Anak kepada pasangan arkitek dan pengurus operasi di sebuah syarikat itu gemar menimba pelajaran dan kemudiannya memegang ijazah yang ketiga dalam bidang Sosiologi dari Kolej Universiti Damansara Utama (KDU).

Baginya, dia inginkan pengetahuan dan pengalaman dikongsi bersama masyarakat dengan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

" Bukan mudah seperti yang difikirkan. Orang melihat saya dengan penuh rasa belas kasihan. Fikiran saya pula mahu memberi inspirasi dan berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.

"Bukan mudah untuk saya meyakinkan orang ramai kerana saya dilihat tidak 'cantik' dari segi penampilan tetapi buah fikiran yang akan menentukan sejauh mana diri kita diterima orang, " katanya.

Syarikatnya yang dijadikan platform untuk mengembangkan kemahiran yang ada bukan di dalam negara sahaja malah turut merentasi beberapa negara seperti Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Zhariff pernah berada selama sembilan bulan di Aceh selepas tragedi tsunami bagi menjalankan gerak kerja sukarela untuk membantu membangunkan semula minda masyarakat di kawasan itu agar bangkit kembali untuk meneruskan kehidupan.

Atas pelbagai kegiatan dalam masyarakat, beliau pernah menerima Anugerah Belia Cemerlang 2006 kategori Penghargaan Sosial dan Masyarakat dari Kementerian Belia dan Sukan.

Dia turut terlibat secara aktif dalam Jawatankuasa Pembangunan Belia, Program Transformasi Ekonomi (ETP), Kempen Hari Aids Sedunia dan Misi Bantuan Kemanusiaan, Global Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pulau-pulau dibangunkan

Posted:

Pulau-pulau dibangunkan

Pulau-pulau dibangunkan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


Pulau Kundor antara yang akan dibangunkan sebagai destinasi pelancongan bagi meningkatkan taraf ekonomi penduduk tempatan di sekitar Kota Bharu dan Tumpat, Kelantan.


KOTA BHARU 1 Jun - Pulau-pulau di sekitar daerah ini dan Tumpat akan dibangunkan sebagai destinasi pelancongan bagi meningkatkan taraf ekonomi penduduk tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan dan Pelancongan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Abdul Rahman Yunus berkata, pihaknya sedang mengenal pasti dan merancang pembangunan di kawasan tersebut untuk mengembangkan potensi sedia ada.

Beliau berkata, pulau-pulau itu mempunyai produk pelancongan yang unik untuk diterokai terutama kedudukannya di muara Sungai Kelantan yang berhadapan dengan Laut China Selatan.

"Pulau-pulau ini mempunyai potensi yang amat luas untuk diteroka bagaimanapun ia perlu mempunyai produk sokongan bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke sini.

"Sehubungan itu, kita sedang mengenal pasti dan merancang pembangunan untuk mengembangkan lagi pulau-pulau yang berpotensi untuk dibangunkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama 40 ahli jawatankuasa unit tersebut ke pulau-pulau terbabit di sini, semalam.

Turut sama Setiausaha MPKB-BRI, Mohd. Anis Hussein; Pengarah Pengurusan Korporat MPKB-BRI, Azizan Mohamad dan pegawai agensi kerajaan negeri serta pusat.

Di antara pulau yag dilawati adalah Pulau Teluk Renjuna, Pulau Beluru, Pulau 100, Pulau Gorek, Pulau Tingkang dan Pulau Kundor.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, lawatan itu diadakan bagi memberi pendedahan dan maklumat kepada ahli jawatankuasa itu dalam menggalakkan lagi pembangunan industri pelancongan di negeri ini.

"Kita berharap lawatan ini akan memberi idea-idea baru bagi mengembangkan industri pelancongan terutama di kawasan pulau-pulau ini yang agak terasing daripada industri tersebut.

"Penduduk tempatan juga akan mendapat manfaat sekiranya pulau terbabit dapat dibangunkan sebagai destinasi pelancongan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejadian tanah runtuh baharu dikesan di Cendering

Posted:

Kejadian tanah runtuh baharu dikesan di Cendering

Kejadian tanah runtuh baharu dikesan di Cendering

MARANG 1 Jun - Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu (JMGT) mengesan kejadian tanah runtuh baharu di dua buah kawasan berbukit di sekitar Cendering, dekat sini beberapa bulan lalu.

Timbalan Pengarah JMGT, Hamlee Ismail berkata, kesan tersebut dikesan semakin serius ekoran hujan yang kerap dan lebat.

Katanya, berikutan itu pihaknya kini sedang menjalankan kajian ke atas kawasan berkenaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

"Kita telah mengesan tanah runtuh di bukit berhampiran Taman Cendering Utama di mana dua kejadian tanah runtuh dilaporkan tetapi ia tidak membabitkan kawasan penduduk.

"Sebuah lagi kawasan dikesan melibatkan sebuah projek pembinaan perumahan baharu berdekatan bangunan Telekom di mana pihak pemaju telah memotong bukit sehingga kecerunan 65 peratus yang mengakibatkan tanah runtuh di kawasan itu baru-baru ini," katanya.

Hamlee ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini berkata, pihaknya telah pun memanjang perkara terbabit kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MPKT) untuk mengambil tindakan lanjut.

Jelas beliau, pihak berkuasa tempatan perlu memantau kejadian tanah runtuh berkenaan memandangkan projek perumahan itu telah diluluskan.

"Kawasan tersebut dalam proses pembinaan dan masih belum diduduki, jadi kita bimbang jika perumahan itu telah diduduki akan mengundang bahaya kepada penduduk," jelasnya.

Beliau mengingatkan mana-mana pihak agar tidak memotong cerun bukit sesuka hati tanpa nasihat dan pemantauan jabatan berkaitan.

"Bagi pihak JMGT, kita bersedia memberi khidmat nasihat kepada penduduk yang berisiko dengan kejadian tanah runtuh ataupun mereka yang ingin membina rumah berdekatan kawasan bukit," jelasnya.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, seketika ini pihaknya kurang menerima permohonan membina kediaman di kawasan berbukit kerana negeri itu mempunyai kawasan tanah paya yang luas untuk ditebus guna sebagai tapak kediaman.

"Pun begitu, kita tetap memantau kawasan perumahan yang dibina berdekatan dengan bukit agar tidak berulang kejadian tanah runtuh seperti di Taman Perumahan Sri Desa, Cendering beberapa tahun lalu," katanya di sini, hari ini .

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved