Khamis, 2 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Penuhi keperluan pasaran

Posted:

Penuhi keperluan pasaran

Penuhi keperluan pasaran

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika majlis pelancaran Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam. Turut sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (kanan) dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam. - Bernama


PUTRAJAYA 1 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, graduan yang memenuhi keperluan pasaran merupakan elemen penting dalam menentukan keupayaan negara menarik pelaburan langsung asing dan memacu pertumbuhan sumber domestik yang baru.

Perdana Menteri berkata, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi sedang melaksanakan langkah jangka panjang bagi meningkatkan kualiti dan kebolehpasaran graduan.

"Antaranya dengan menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) setiap Naib Canselor universiti awam, mengadakan kurikulum keusahawanan, menjalankan program kemahiran tertentu dan melaksanakan program bimbingan pelajar di syarikat awam dan swasta sebelum pelajar menjadi siswazah.

"Dialog berterusan antara universiti dan industri diadakan dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti graduan. Pendekatan itu juga dijangka mengurangkan masalah tidak sepadan antara penawaran dan permintaan tenaga mahir," katanya semasa melancarkan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) di sini hari ini.

Najib berkata, kerajaan juga mengadakan program khas sebagai langkah jangka pendek bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, antaranya program latihan yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Bank Negara), Khazanah Nasional dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi menyediakan peluang latihan kepada 12,000 graduan. Ini bermakna daripada sejumlah 20,000 graduan yang menganggur, seramai 8,000 orang tidak berpeluang menjalani latihan tambahan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.

"Sebahagian mereka ini datang dari luar bandar dan pedalaman dan juga daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Latar belakang itu mempengaruhi sifat dan keyakinan diri mereka dan telah menjejaskan keupayaan untuk mendapatkan pekerjaan," katanya.

Najib berkata, dengan melaksanakan sedikit penyesuaian dalam bentuk pendidikan pelengkap, mereka akan menjadi lebih berkeyakinan dan mereka ini juga akan dijadikan kumpulan sasaran bagi SL1M.

"Pendekatan itu terbukti berkesan apabila Bank Negara melalui program latihan singkat yang diberikan kepada 500 graduan telah membolehkan kesemua graduan tersebut mendapat pekerjaan bersesuaian," katanya.

Najib berkata, program SL1M wajar diperluaskan dan dijadikan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat besar. Program SL1M menyasarkan graduan yang tidak mendapat pekerjaan selepas enam bulan menerima ijazah.

"Graduan yang telah bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan juga layak dipertimbangkan," kata Perdana Menteri.

Struktur program latihan mengandungi dua elemen iaitu kemahiran asas selama dua bulan dan latihan sambil kerja selama enam bulan.

"Tempoh latihan ialah selama 12 bulan dan mereka akan dibayar elaun sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan," kata Najib.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan pengalaman Bank Negara dan dengan sedikit sentuhan daripada program itu, beliau yakin peserta akan mampu mendapat pekerjaan yang bersesuaian.

n LAGI BERITA DI MUKA 27

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skim Latihan 1Malaysia bantu siswazah

Posted:

Skim Latihan 1Malaysia bantu siswazah

Skim Latihan 1Malaysia bantu siswazah

PUTRAJAYA 1 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang bertujuan membantu para siswazah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Di bawah skim tersebut, siswazah yang tidak mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) selama setahun.

Mereka juga layak menerima elaun minimum RM1,000 sebulan sepanjang tempoh latihan tersebut.

Selain didedahkan dengan kemahiran seperti 'soft skills', siswazah berkenaan turut menerima latihan dalam kerja dan akan dibantu untuk mencari kerja tetap selepas tamat latihan.

SL1M dilaksanakan berdasarkan kejayaan program latihan singkat oleh Bank Negara kepada siswazah dari keluarga miskin dan ia terbukti berjaya meningkatkan keyakinan diri peserta.

Menurut satu kenyataan daripada Jabatan Perdana Menteri, semua graduan Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang mencapai purata nilai gred kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 2.5 layak memohon SL1M.

''Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC berkenaan," kata kenyataan itu.

Antara syarikat yang menyertai program tersebut ialah Affin Bank Berhad, Axiata Group Berhad, Malayan Banking Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tarif elektrik Bakun munasabah - PM

Posted:

Tarif elektrik Bakun munasabah - PM

Tarif elektrik Bakun munasabah - PM


Najib Tun Razak menerima cenderamata berupa lukisan Projek Bakun selepas majlis menandatangani perjanjian pembelian tenaga antara Sarawak Hidro Sdn. Bhd. dan Syarikat Sesco Berhad di Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 1 Jun - Kadar tarif asas bagi tenaga yang dihasilkan oleh projek empangan hidroelektrik Bakun ditetapkan pada paras 6.25 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWj) dengan kenaikan sebanyak 1.5 peratus setiap tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar tersebut adalah munasabah dan kompetitif untuk menarik minat para pelabur ke Malaysia khususnya Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

''Kerajaan persekutuan komited dalam membantu kerajaan negeri Sarawak mencapai objektif ke arah pembangunan ekonomi yang lebih mapan di masa akan datang,'' katanya ketika berucap pada majlis memeterai perjanjian pembelian tenaga di sini hari ini.

Perjanjian tersebut adalah antara Sarawak Hidro Sdn. Bhd. (SHSB) yang merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan Sesco Bhd. (Sesco) iaitu syarikat milik penuh Sarawak Energy Bhd. (SEB) dan Kerjaan Negeri Sarawak.

Hadir sama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Projek hidroelektrik Bakun mempunyai kapasiti yang boleh dijana sebanyak 2,400 megawatt (mW) yang dihasilkan oleh lapan turbin dan kuasa tetap sebanyak 1,771 mW.

Apabila penjanaan penuh stesen tenaga Bakun dapat diterima oleh sistem grid Sarawak mulai 2016, stesen hidro Bakun akan menghasilkan 17,500 gigawatt jam (gWj) tenaga elektrik setiap tahun.

Ia merupakan 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kuasa yang dihasilkan di Semenanjung dan lebih tiga kali ganda tenaga hidro yang dijana di Malaysia.

Najib berkata, banyak manfaat yang akan diperoleh rakyat dan negara dengan pembinaan projek Bakun terutama kerajaan negeri dalam usaha menarik pelabur asing dan menyokong objektif Model Baru Ekonomi (MBE).

''Sehingga 30 April lalu, status pembangunan projek Bakun telah mencapai 98 peratus siap dan paras air di empangan Bakun kini telah mencapai 202 meter atas paras laut.

''Stesen hidroelektrik Bakun dijangka memulakan penjanaan dari turbin pertamanya mulai Ogos hadapan dan diikuti turbin seterusnya bagi setiap tiga bulan sehinggalah turbin kelapan pada 2013,'' jelas beliau.

Najib berkata, dengan termeterainya peranjian pembelian tenaga itu, ia bakal menjadi tulang belakang kejayaan SCORE di Sarawak iaitu satu pelan transformasi raksaksa negeri maju.

Ia mampu menjadi pemangkin pembangunan luar bandar dengan mengeksploitasi sumber tenaga dari kawasan tengah Sarawak sebagai perangsang pertumbuhan industri di negeri khususnya, tambah beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved