Sabtu, 15 Mac 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


JDT rebah di Terengganu

Posted: 15 Mar 2014 11:14 AM PDT

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
sukan@utusan.com.my

PEMAIN Johor Darul Tazim, Mahalli Jasuli (tengah) cuba merembat bola ke gawang Terengganu dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam tadi.

KUALA TERENGGANU - Skuad Penyu memanfaatkan sepenuhnya peluang beraksi di laman sendiri apabila membenam cabaran pasukan berstatus bintang, Johor Darul Tazim (JDT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, semalam.

Biarpun dilihat sedikit tempang di bahagian tengah tanpa kehadiran dua pemain tonggak, Ashaari Shamsudin dan Zairo Anuar Zailani, namun ia tidak mengganggu corak permainan pasukan tersebut secara keseluruhannya.

Beraksi di hadapan lebih 12,000 penyokong, tuan rumah terlebih dahulu mengasak dengan beberapa percubaan berbahaya namun gagal disudahkan oleh jentera serangan yang diketuai Norfarhan Mohamad.

Pelawat turut berpeluang mendahului pada minit ke-11 apabila Hariss Harun membuat satu lorongan bola yang cantik kepada Liciano Gabriel namun rembatan pemain itu sekadar menggegar tiang gol.

Terengganu kemudian menggandakan asakan dalam usaha untuk memburu gol awal dan hasilnya, tonggak pertahanan mereka, Vincent Bikana mudah menolak masuk bola tendangan sudut seorang lagi pemain import, Marcio Souza lima minit berselang.

Tertekan dengan jaringan tersebut, anak-anak buah Cesar Fernando Giminez mula memperkemaskan jentera serangan mereka namun masih buntu untuk menyamakan kedudukan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, kedua-dua pasukan kembali mempamerkan aksi lebih agresif untuk terus memburu jaringan.

JDT beroleh beberapa percubaan bahaya di depan pintu gol tuan rumah namun kekentalan benteng pertahanan Terengganu yang diketuai oleh Bikana merencatkan hasrat skuad dari selatan tanah air itu untuk menjaringkan gol.

Biarpun kerap diasak terutamanya menjelang 15 minit terakhir perlawanan, tuan rumah terus ampuh bertahan sehingga ke minit-minit akhir perlawanan sekaligus memastikan hajat JDT untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata ke Johor Bahru tidak kesampaian.

Beberapa kekecohan kecil turut berlaku akibat rasa tidak puas hati penyokong dengan keputusan pengadil perlawanan, Nagor Amir Noor Mohamed namun, tiada sebarang insiden buruk berlaku sehingga wisel penamat ditiupkan.

TRW turun takhta

Posted: 15 Mar 2014 11:14 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ. ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Hasrat Kelantan untuk kekal di tangga teratas Liga Super tidak kesampaian apabila sekadar mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Pahang di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, semalam.

The Red Warriors (TRW) dipintas oleh pasukan jiran, Terengganu yang menang 1-0 ke atas Johor Darul Tazim.

Beraksi di depan lebih 12, 000 penyokong setia, Kelantan membuka jaringan menerusi sepakan percuma kapten, Mohd. Badri Radzi yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Mohd. Khalid.

Tok Gajah bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-12 menerusi Saiful Nizam Miswan yang bijak menyudahkan hantaran hasil sepakan penjuru.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus melakukan beberapa asakan bahaya menerusi Francis Forkey Doe dan Fakri Saarani, namun berjaya dipatahkan benteng pertahanan pasukan pelawat.

Pada minit ke-70 Kelantan dikejutkan dengan jaringan kedua Pahang menerusi Mohd. Faizol Hussain yang tenang menyudahkan hantaran Dickson Nwakame.

Kelantan bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Khairul Izwan Rosli berjaya menjaringkan gol pada minit ke-80 menerusi rembatan kencang yang menuju tepat ke arah kanan pintu gol Pahang.

Dalam pada itu, di Stadium Negeri, Kuching menyaksikan Sarawak memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas LionsXII.

Tiga gol Sarawak diperolehi hasil jaringan S. Chanthuru pada minit keenam dan ke-40, manakala satu lagi jaringan tuan rumah menerusi Mohamad Rashid Aya minit ke-75. Gol tunggal LionsXII dijaringkan Muhammad Nazrul Ahmad Nazari minit ke-35.

Di Stadium Perak, Ipoh, tuan rumah Perak tewas 0-2 kepada Sime Darby, yang tidak menghadapi masalah untuk menguasai perlawanan di tempat lawan.

Pemain Sime Darby, Fazrul Hazli beraksi cemerlang pada perlawanan tersebut apabila berupaya menyumbang dua gol pada minit ke-16 dan ke-40.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Liwat: 4 pelajar ditahan

Posted: 15 Mar 2014 11:14 AM PDT

Oleh Farabi Sheikh Said al Jabri
pengarang@utusan.com.my

KUALA PILAH 15 Mac - Polis menahan empat pelajar senior bagi membantu siasatan berhubung seorang pelajar berusia 15 tahun yang mendakwa diliwat di asrama sebuah sekolah di daerah ini, baru-baru ini.

Difahamkan, kejadian menimpa mangsa berlaku sebanyak tiga kali, sejak pertengahan Februari hingga 10 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Azmi Abdul Rahim berkata, kesemua yang berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 10.15 pagi semalam dan direman selama empat hari bagi siasatan lanjut.

"Tangkapan itu dibuat susulan laporan daripada bapa tiri pelajar terbabit berusia 34 tahun yang mendakwa mangsa diliwat beberapa pelajar senior di sekolah.

"Lelaki itu mendakwa mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan pihak sekolah. Dia membuat laporan polis pada Khamis lalu," katanya di sini hari ini.

Jelas Azmi, kes itu disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu kerana melakukan seks di luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

"Pihak sekolah perlu memantau asrama dan tidak berselindung jika berlaku sebarang masalah sosial kerana boleh menjurus ke arah jenayah yang lebih serius," katanya.

PDRM, ATM tingkat rondaan cegah jenayah di lokasi tumpuan pelancong

Posted: 15 Mar 2014 11:14 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meningkatkan rondaan cegah jenayah bersama terutama di lokasi tumpuan pelancongan di seluruh negara mulai hari ini bersempena Tahun Melawat Malaysia.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah PDRM, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya telah mengumumkan penambahan 26 lokasi baharu rondaan di seluruh negara pada 25 Februari lalu.

Jelasnya, pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kawasan rondaan cegah jenayah bersama antara dua pasukan keselamatan itu kepada 70 lokasi.

"Bersempena Tahun Melawat Malaysia tahun ini, kita akan memberi fokus kepada lokasi-lokasi pelancongan utama agar pelancong atau orang awam bukan sahaja berasa gembira melancong sebaliknya yakin dan selamat sepanjang berada di lokasi.

"Dengan adanya kerjasama dalam rondaan ini, kehadiran pasukan keselamatan di tempat tumpuan pelancongan dapat ditingkatkan dan pencegahan terhadap perbuatan jenayah juga dapat dikurangkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Inisiatif Rondaan Bersama PDRM-ATM di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di hadapan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini hari ini.

Tambah Ayub, pihaknya percaya rondaan dan peningkatan kehadiran pasukan keselamatan seperti itu akan berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat termasuk pelancong serta pelabur asing.

"Ini bukan sekadar rondaan biasa kerana kita telah mengarahkan anggota terlibat untuk berinteraksi dengan orang awam termasuk pelancong untuk mendapatkan apa sahaja maklumat dan maklum balas terhadap keselamatan di lokasi terlibat.

"Kita juga sedang dalam perancangan untuk membuat integrasi dengan lain-lain unit dalam PDRM termasuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi meningkatkan rondaan di lokasi pelancongan terlibat," katanya lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


22 terkorban siri letupan bom kereta

Posted: 15 Mar 2014 12:24 PM PDT

BAGHDAD 16 Mac - Sekurang-kurangnya 22 orang terkorban manakala 70 yang lain cedera dalam siri letupan bom kereta di sini yang menjadikan pengikut syiah sebagai sasaran utama, semalam.

Serangan sama juga turut berlaku di beberapa kawasan di timur, selatan dan utara negara ini.

Serangan dahsyat itu berlaku di daerah Qahira, mengorbankan 10 orang terbunuh dan 25 yang lain cedera. - DPA

Rogol: Mahkamah kekalkan hukuman gantung sampai mati

Posted: 15 Mar 2014 12:23 PM PDT

NEW DELHI 16 Mac - Mahkamah Agung India semalam, mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap dua daripada empat lelaki yang disabitkan dengan kes rogol beramai-ramai terhadap seorang pelajar di sini.

Perlaksanaan hukuman itu dilakukan terhadap Mukesh Singh, 27, dan Pawan Gupta, 20.

Kedua-dua hakim mahkamah mengadakan perbincangan semalam, bagi mendengar rayuan supaya mereka kekal dalam pelaksanaan hukuman gantung. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Ular masuk rumah di musim panas

Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
utusanpahang@utusan.com.my

NAZILI Mahmood (empat dari kanan) bersama Mohd. Sharkar Shamsuddin (lima dari kanan) dan Hashnuddin Hussin (lima dari kiri) memegang ular tedung selar yang berjaya ditangkap oleh pasukan bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Pahang, baru-baru ini. - UTUSAN/ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

TEMERLOH 14 Mac - Ancaman daripada haiwan liar khususnya ular berbisa yang memasuki kediaman penduduk di negeri ini menunjukkan peningkatan apabila jumlah kes tangkapan ular pada tahun lalu meningkat kepada 430 kes berbanding 364 kes pada tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Nazili Mahmood berkata, peningkatan sebanyak 28 peratus itu disebabkan keadaan habitat haiwan berkenaan yang terganggu akibat penerokaan hutan sekali gus menyebabkan haiwan berbisa ini mencari tempat perlindungan baharu.

Cuaca panas ketika ini juga menyebabkan ular mencari kawasan yang sejuk. Sebanyak 111 panggilan untuk tangkapan ular diterima setakat bulan Februari ini sahaja.

Untuk itu orang ramai dinasihatkan supaya menghubungi pihak bomba sekiranya ada ular memasuki rumah dan jangan mengambil tindakan yang boleh membahayakan nyawa," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis bomba bersama masyarakat di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnuddin Hussin.

Tambahnya, faktor kediaman penduduk yang tidak bersih dan bersemak juga menggalakkan reptilia berbisa ini memasuki kawasan rumah mereka.

Beliau memberitahu, antara ular berbisa yang sering memasuki rumah termasuk ular kapak, ular senduk dan ular tedung selar yang boleh mengancam nyawa.

Dalam pada itu kata beliau, pihaknya sentiasa bersedia menangani ancaman daripada haiwan berbisa seperti ular dan mempunyai anggota yang berkemahiran selain dilengkapi pelbagai peralatan.

Katanya, setakat ini kes-kes tangkapan ular dapat ditangani dengan baik dan tiada kes kritikal akibat patukan ular berbisa dalam kalangan anggota dilaporkan.

Sementara itu katanya, selain menangani ancaman ular berbisa, pihak bomba juga membantu penduduk menangani ancaman serangga berbisa lain seperti tebuan dan lebah.

Beliau berkata, sebanyak 596 panggilan melibatkan ancaman lebah dan tebuan diterima pada tahun lalu manakala sebanyak 552 panggilan yang sama diterima pada tahun sebelumnya.

Penerokaan tanah: Kerajaan bertindak tegas

Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT

MARAN 14 Mac - Kerajaan negeri mengarahkan penguat kuasa Pejabat Tanah dan Daerah bertindak tegas terhadap aktiviti penerokaan tanah kerajaan secara bersindiket bagi mengaut keuntungan mudah.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, individu atau kumpulan terbabit dikesan meneroka kawasan hutan milik kerajaan di setiap daerah bagi tujuan komersial.

Tegasnya, kerajaan negeri sangat memandang serius kegiatan tersebut dan tidak akan berdiam diri dengan mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah menyiasat dan bertindak ke atas mereka yang terbabit.

Kerajaan negeri tidak lagi berkompromi dan akan membanteras aktiviti sindiket ini kerana jelas kumpulan ini tidak mempedulikan undang-undang malah dalam jangka panjang boleh menjejaskan hasil kerajaan negeri akibat berlaku ketirisan cukai tanah.

Mereka yang terbabit akan ditangkap dan didakwa di mahkamah sebagai pengajaran kepada orang lain agar mereka tidak tamak haloba dengan meneroka khazanah alam itu sesuka hati.

Namun demikian, penerokaan tanah secara haram negeri ini masih terkawal dan pihak penguat kuasa akan terus bertindak dari semasa ke semasa demi menjaga kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sentol dekat sini kelmarin.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin; ADUN Chenor, Mohamed Aripin Awang Ismail; ADUN Luit, Norhidayah Mohd. Shahaimi serta Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh.

Adnan berkata, negeri ini kini sudah kekurangan tanah berikutan banyak ladang sawit dan getah dibuka manakala tanah yang adapun adalah kawasan rezab tadahan air, hutan simpan dan sebagainya.

Tegasnya, jika aktiviti penerokaan tanah berterusan tanpa kawalan, negeri ini akan mengalami kehabisan tanah untuk dibangunkan dengan projek pembangunan untuk rakyat terbanyak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


VIP erat silaturahim

Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar AZLIZA HAILANI
Tajaan Lokasi Ewana FM

Teknik asas penting untuk bermain snuker.

BERGERAK sebagai penyanyi dalam satu kumpulan dianggotai lima ahli bukan satu tugas mudah untuk memastikan kesemuanya sependapat, sekali gus memudahkan perjalanan karier barisan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai VIP.

Terdiri daripada Eryande Sahat atau Yandy, 29, Mailin Antikon (Malon), 26, Amen Fathi Mohd. Noh (Amen), 24, Abdul Kadir Unding Lana (KJ), 25, dan Wan Mohd. Syazwan Wan Sagar (Wawan), 24, kumpulan VIP menyimpan hasrat untuk kekal lama dalam industri muzik tempatan.

Ekoran itu, Yandy selaku ketua kumpulan memberitahu bahawa mereka sering mengadakan aktiviti bersama agar lebih saling mengenali antara satu sama lain, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Menurut Yandy, antara aktiviti yang sering dilakukan mereka berlima adalah bermain sukan biliard sama ada snuker mahupun pool. Ini kerana, prasarana untuk bermain sukan itu mudah didapati di kota metropolitan ini.

"Permainan ini tidak mengehadkan bilangan pemain, maka ia sesuai dengan kami yang hanya berlima. Kalau nak main sukan lain, perlukan pemain yang ramai dan ia perlukan masa untuk mengaturnya, sedangkan masa kami terhad dek kesibukan dengan aktiviti seni.

"Kami lebih gemar memilih aktiviti yang tidak memeningkan kepala dan mudah untuk dilakukan. Sebab itulah snuker atau pool menjadi pilihan memandangkan kami ada kebolehan untuk bermainnya walaupun tidak sehebat mana," katanya berseloroh.

Hanya perlukan teknik asas

Sementara itu, KJ yang dilihat antara ahli yang berkemahiran bermain biliard menjelaskan, permainan tersebut tidak memerlukan kemahiran tinggi, tetapi cukup sekadar mengetahui teknik asas permainan.

"Kemahiran itu boleh diasah dari semasa ke semasa jika kita selalu melakukannya. Tetapi, untuk memulakannya, kita hanya perlu tahu cara atau teknik asas yang betul.

"Biarlah banyak melakukan kesilapan sekalipun, jika sanggup belajar, semakin hari kita akan semakin menguasainya. Sukan ini mudah sahaja, tidak perlu masa yang lama untuk mempelajarinya.

"Saya mula bermain snuker sejak umur belasan tahun lagi kerana kemudahannya banyak didapati bukan sahaja di bandar besar, bahkan di pekan-pekan kecil," katanya yang berasal dari Semporna, Sabah itu.

Walau bagaimanapun, menurut protege kepada Adam dalam rancangan Mentor terbitan TV3 itu, sukan biliard juga tidak terlepas daripada 'virus judi', sama seperti sukan lain.

Disebabkan itu, nasihat KJ, dalam apa jua aktiviti sekalipun, tujuan dan matlamat haruslah betul dan jangan terpesong daripada niat asal.

"Biarlah kita bermain secara sihat dan bersih. Barulah niat kita untuk mengeratkan silaturahim itu akan dimakbulkan oleh-Nya," ujarnya.

Woo Bong Sik bunuh diri

Posted: 15 Mar 2014 06:26 AM PDT

Bersama Noona Kha-dijah
(ijah_pg@yahoo.com)

Woo Bong Sik ditemui mati di kediamannya.

TEKANAN hidup adalah di antara punca yang mendorong sesetengah selebriti Korea mengambil jalan pintas menamatkan riwayat hidup mereka dengan membunuh diri.

Ahad lalu, pihak polis menemui mayat pelakon Woo Bong Sik, 41, tergantung di kediamannya, kira-kira pukul 8 malam. Pihak polis Seoul mengesahkan bahawa pelakon pembantu itu mati kerana menggantung dirinya sendiri.

Menurut laporan, mayatnya ditemui oleh rakan-rakan yang risau tidak dapat menghubunginya dan terus meminta tuan rumah yang disewa oleh Woo Bong Sik membuka pintu rumah tersebut.

Difahamkan, pelakon yang pernah muncul dalam filem Fly High itu mengalami masalah tekanan dan masih menerima rawatan dengan pengambilan ubat.

Dia tertekan kerana kurang mendapat tawaran berlakon dan kali terakhir dia ditawar berlakon drama Dae Jo Young menerusi watak Palbo pada 2007. Untuk meneruskan kehidupannya, Woo Bong Sik terpaksa bekerja setiap hari.

Lain-lain filem lakonannya adalah Diary of June, Siren, Plastic Tree dan drama 3840 Guerilla Unit.

Selebriti Korea lain yang mati dengan cara membunuh diri adalah Jung Ah Yool, Jung Da Bin, Lee Eun Joo dan U Nee.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sandiwara penglipur lara Kajang

Posted: 15 Mar 2014 11:14 AM PDT

Oleh DR. Marzuki Mohamad

Sebahagian penduduk yang hadir mendengar ceramah politik di Taman Koperasi Cuepacs, Kajang baru-baru ini.

SEJAK awal lagi, umum menyedari bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang adalah satu sandiwara. Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut kosong bukannya disebabkan penyandangnya meninggal dunia atau hilang kelayakan, tetapi semata-mata untuk membolehkan PKR melaksanakan satu percaturan politik yang disebut sebagai Kajang Move.

Kononnya PRK Kajang adalah satu langkah politik yang penting lagi simbolik untuk membolehkan pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

Walaupun secara warasnya kedudukan Kajang yang hampir dengan Putrajaya tiada kaitan langsung dengan logik yang dicanang oleh pembangkang untuk mengambil alih Putrajaya, tetapi itulah yang dijaja oleh para arkitek Kajang Move sebagai penyedap cerita.

Kononnya, apabila menang kerusi DUN Kajang, Anwar akan dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor dan seterusnya memimpin pakatan pembangkang untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kepada pengundi DUN Kajang, mereka digula-gulakan dengan janji seorang Menteri Besar mewakili mereka dalam Kerajaan Negeri Selangor berbanding seorang ADUN biasa.

Di sebalik wayang politik ini, ada cerita yang lebih real. Konflik antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sedang melemahkan PKR di Selangor. Pertelagahan antara dua gergasi PKR ini sudah menjadi rahsia umum yang tidak boleh disembunyikan lagi.

Silap haribulan, perseteruan antara mereka akan menyebabkan pakatan pembangkang menghadapi laluan yang sukar untuk mempertahankan Selangor dalam PRU-14 nanti.

Bagi Anwar, Khalid mesti disingkirkan. Tiada individu lain yang boleh menyingkirkan Khalid daripada kerusi empuk MB Selangor melainkan dirinya sendiri.

Selain itu, Anwar sendiri sedang menghadapi masalah peribadi yang kronik. Kes liwat beliau merupakan penentuan penting hayat politiknya.

Jika diperhatikan gaya politik Anwar sebelum ini, beliau gemar memberi tekanan kepada lawan politik dengan mengheret rakyat dalam gelanggang krisis peribadinya.

Tindakan awal Anwar mengumumkan bertanding di DUN Kajang adalah satu langkah terancang untuk memberi tekanan kepada kerajaan dan mahkamah supaya melepaskan dirinya daripada terus terjerat dalam kancah masalah peribadinya sendiri.

Walau apa pun sandiwara Anwar, rakyat khususnya pengundi DUN Kajang boleh menilai secara rasional. Tujuan mengadakan pilihan raya adalah untuk memilih wakil rakyat yang dapat memberikan khidmat terbaik kepada orang ramai.

Jika wakil rakyat yang telah dipilih masih boleh meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat, mengapa perlu kerusi pilihan raya dikosongkan untuk memberi laluan kepada calon lain daripada parti yang sama bertanding?

Bukankah ini satu kerja sia-sia yang tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pengundi? Mengosongkan kerusi pilihan raya tidak wajar dibuat secara sewenang-wenang tanpa ada sebab yang kukuh.

Apatah lagi logik Kajang Move yang diuar-uarkan oleh PKR sudah tidak relevan lagi. Selepas Anwar hilang kelayakan untuk bertanding ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak menyebelahi beliau, hujah menjadikan PRK Kajang sebagai pembuka laluan untuk Anwar mengambil alih Putrajaya tidak dapat dipertahankan lagi.

Janji hadiah seorang Menteri Besar untuk pengundi Kajang juga tidak akan dikota kerana mustahil Wan Azizah akan menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Umum mengetahui Wan Azizah bersama siapa dalam konflik Khalid-Azmin.

Belum sempat sandiwara Kajang mencapai kemuncak, plot ceritanya menjadi semakin huru-hara. Kempen PKR di DUN Kajang telah beralih arah daripada menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi Kajang, kepada meraih simpati terhadap Anwar yang kononnya dizalimi oleh mahkamah dan kerajaan BN.

Mereka mengkritik sistem kehakiman Malaysia kononnya tidak bebas dan berada di bawah pengaruh penguasa politik.

Penglipur lara PKR tentunya mengalami masalah amnesia yang kronik kerana Mahkamah Persekutuan dalam sistem kehakiman yang sama telah membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat 1.0 pada tahun 2004. Mahkamah Tinggi juga mendapati Anwar tidak bersalah dalam tuduhan liwat 2.0 pada tahun 2012.

Nampaknya, seperti mana Pilihan Raya Umum 1999, PRK Kajang dijadikan medan untuk Anwar meraih simpati pengundi terhadap dirinya.

Taktik ini terserlah apabila Anwar meletakkan Wan Azizah sebagai calon PKR bagi PRK Kajang. Wan Azizah dijadikan simbol penganiayaan terhadap Anwar yang digunakan untuk menagih simpati pengundi terhadap Ketua Pembangkang itu.

Ironinya, Wan Azizah sendiri sebelum ini telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepada Anwar bertanding. Alasan Wan Azizah pada ketika itu adalah untuk memberikan lebih tumpuan kepada tanggungjawab beliau sebagai seorang ibu dan isteri.

Tatkala pengundi Kajang memerlukan seorang wakil rakyat yang boleh bergelumang dengan masalah mereka, Anwar menawarkan pengundi seorang calon yang diharapkan dapat meraih simpati terhadap dirinya sendiri.

Meletakkan Wan Azizah sebagai calon PKR dalam PRK Kajang tidak langsung memperlihatkan keikhlasan Anwar sebagai seorang pemimpin yang kononnya menobatkan dirinya sebagai pejuang rakyat. Nampaknya, kepentingan peribadi mengatasi kepentingan rakyat.

Apa pun, sandiwara Kajang akan terus dimainkan oleh penglipur lara PKR hingga ke hari mengundi.

Persoalan penting bagi pengundi Kajang ialah apakah mereka seharusnya terpesona dengan plot cerita simpati terhadap Anwar atau membuat penilaian yang rasional dengan memilih calon yang benar-benar dapat menawarkan khidmat yang terbaik kepada mereka.

Apakah Anwar lebih penting atau pengundi lebih penting? Tepuk dada, tanya selera.

Daripada Mingguan Malaysia buat keluarga penumpang MH370

Posted: 15 Mar 2014 11:14 AM PDT

Oleh Ku Seman Ku Hussain
kusemankh@gmail.com

DARI KIRI: HishamMuddin Hussein, Ahmad Jauhari YAHYA, Azharuddin Abdul Rahman

DENGAN nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, lembaran terbuka ini kami anggota sidang editorial Mingguan Malaysia dedikasikan kepada semua keluarga dan sanak saudara penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang awal pagi Sabtu, 8 Mac lalu.

Kami percaya dalam situasi tertekan, panik dan gundah yang maha dahsyat ini, tiada yang lebih berharga daripada hubungan rasa dengan orang lain. Andai kata lembaran terbuka ini boleh dianggap sebagai sumbangan, inilah sumbangan rasa dan cakna kami kepada saudara-saudara yang sedang diuji.

Saudara-saudara yang kami hormati, sudah sembilan hari negara kita berduka atas tragedi tidak diduga. Tiada siapa menjangka, pesawat yang berlepas dalam kabut malam menuju Beijing, China hilang tanpa tanda. Garis masa berlalu dalam catatan yang menuntut jawapan. Tetapi jawapan itu masih tersimpul sekalipun usaha manusia sudah sampai ke penghujungnya. Betapa kerdilnya manusia berbanding Pencipta.

Sembilan hari juga langit rasa kita mendung dan suram, berbahagi duka dengan saudara-saudara yang kehilangan orang tersayang; suami, isteri, ibu, anak dan bapa. Kami faham, berat mata kami memandang, berat lagi hati dan perasaan saudara-saudara yang mendepani hakikat ini menanggungnya. Pelbagai rasa yang berkecamuk menambah beban jiwa yang menunggu suatu berita yang belum pasti.

Apa yang kami mahu katakan, saudara-saudara tidak keseorangan meredah kedukaan ini. Seluruh pelosok negara malah dunia merasakan degup duka yang sama; kehilangan, kerinduan, di samping memangku harapan daripada sabar dan takwa yang panjang. Kami faham, apalah sangat dengan catatan di lembaran ini sedangkan kami tidak berada di tempat saudara.

Tetapi percayalah, tragedi ini banyak mengajar kita, kami dan juga saudara-saudara tentang kehebatan sains ciptaan manusia dan kuasa Tuhan yang menentukan nasib semua makhluk ciptaan-Nya. Kehebatan manusia ada sempadannya, keagungan Tuhan di luar lingkaran kuasa fikir kita.

Saudara-saudara, secara munasabahnya pesawat yang membawa bersama-sama hati dan jiwa saudara sudah lama ditemui. Malah secara munasabah juga pesawat itu tidak boleh hilang begitu sahaja kerana dikawal hukum sains ciptaan manusia yang paling moden dalam kelasnya. Tetapi seperti yang kami nyatakan tadi, kehebatan manusia ibarat setitis air di lautan dibandingkan dengan kekuasaan Tuhan.

Sehingga kini teknologi mencari dan menyelamat termoden dari 13 negara telah digunakan, pakar-pakar dalam teknikal dan hukum dalam penerbangan juga tertumpu untuk memberikan khidmat menyuraikan kekusutan.

Pihak berkuasa, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Penerbangan Malaysia (MAS), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pelbagai lagi bergabung untuk mencari kunci misteri yang menggegarkan dunia ini. Usaha dan iltizam mereka sangat luar biasa, bukan lagi kerana upah, gaji atau imbuhan tetapi kerana tanggungjawab kemanusiaan yang tidak ada batas sempadan.

Setelah seminggu usaha mencari yang digerakkan secara berterusan, siang dan malam, ditambah dengan peralatan yang pada teorinya mampu melaksanakan tugas mencabar ini, tetapi orang yang saudara tunggu tidak juga ditemui. Malah tanda dan isyarat untuk dijadikan jejak juga semacam terpadam.

Pasukan mencari dan menyelamat, dari dalam dan luar negara telah melakukan yang terbaik pada tanda aras kemampuan mereka. Teknologi tercanggih juga diuji untuk menangani tragedi yang sangat misteri ini. Tetapi hasilnya agak menghampakan. Harapan saudara, harapan warga seluruh dunia belum terzahir untuk dikhabarkan berita yang pasti, sekalipun mungkin yang tersayang tiada lagi di depan mata.

Siapa yang tidak pilu dan hiba anak yang dilepaskan di pangkalan baru sebentar tadi dikejutkan dengan berita di luar jangka. Isteri mana yang mampu menahan air mata apabila suami yang dilepaskan pergi demi tugas, dibekal dengan juadah enak sebagai tanda mata masih kabur nasibnya.

Tetapi saudara-saudara, orang yang arif agama selalu berkata, Tuhan tidak akan memberikan ujian yang melampaui batas kekuatan manusia, dan ketika Dia mahu ujian getir itu berlaku, saat itu pulalah Dia telah memberikan jalan keluar dari setiap kedukaan yang ada. Kami yakin jalan keluar itu ada cuma tertangguh untuk kita sebagai umat membaca isyarat-Nya.

Maka kami percaya saudara-saudara adalah insan yang cukup tabah menempuh ujian yang sangat getir ini. Saudara-saudara dipilih kerana Tuhan percaya saudara memiliki kekuatan yang luar biasa mendepaninya. Tentu sahaja kami tidak sekuat dan setabah saudara seandai diuji setragis ini. Itulah kelebihan saudara-saudara, tidak patah kata mempersoalkan takdir yang tidak pernah tersilap dalam aturannya.

Daripada tragedi yang menimpa keluarga saudara-saudara, insan kembali kepada Tuhan dan memohon pertolongan-Nya. Masjid, surau, dewan dan kamar basah dengan doa daripada sembahyang hajat. Mereka memohon dipermudahkan segala usaha murni menyuraikan bencana ini. Saudara-saudara, itulah kelebihan kita yang punya Dia, dalam suka mahupun duka.

Saudara-saudara, anggaplah ini masa untuk saudara, masa kami dan yang lain belum tiba lagi untuk diuji seberat ini.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengalungkan rasa bangga kepada teraju DCA, Azharuddin Abdul Rahman, teraju MAS, Ahmad Jauhari Yahya, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein dan lain-lain lagi di atas usaha yang sangat luar biasa. Tuan-tuan semua telah membuktikan kesungguhan dan keikhlasan daripada air muka yang tanpa lelah dan putus asa. Semoga Tuhan membalasnya di atas keikhlasan yang tuan-tuan lakukan.

Kami percaya sekiranya tuan-tuan rapuh secara mental dan fizikal mendepani tragedi sehebat ini, kesannya sangat buruk kepada keluarga yang menanti dan memujuk hati dengan harapan.

Datuk Azaharuddin, Datuk Ahmad Jauhari, serta Datuk Seri Hishamuddin, tuan-tuan semua telah melaksanakan tanggungjawab melampaui sempadannya.

Terima kasih. Doa kami tidak kering untuk semua.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara

Posted: 15 Mar 2014 06:26 AM PDT

SEKIRANYA kamu berasa bosan ketika melayari Facebook, apa kata klik ke 'page' RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara.

.Com difahamkan, adminnya adalah seorang yang amat gemar mengedit gambar-gambar hot, menarik dan serius bertukar menjadi bahan jenaka. Pengalaman .com yang pernah melihatnya, dia adalah seorang yang gemar memakai jubah dan serban.

Kadangkala, lawak-lawak yang dibuat boleh dianggap bodoh tetapi tetap dapat dapat menggeletek hati sesiapa yang membacanya. Kalau tidak, pastilah admin tidak akan berjaya mengumpul sehingga lebih 3,000 like dalam satu-satu masa.

Tebaharu, .com ingin kongsikan berkenaan rekaan mesej whatsupp melibatkan admin dengan Erra Fazira yang cukup mencuit hati.

https://www.facebook.com/pages/RajaNusantaragroup-Empayar-Langkasuka-Nusantara/142455975929096?fref=ts

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Kelab penyokong bola sepak berbakti

Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT

Dengan penglibatan generasi muda dalam program sedemikian, ia dilihat begitu baik di samping berpeluang menguatkan lagi jati diri mereka untuk terus berbakti kepada masyarakat, tidak kira agama, bangsa dan latar belakang.

JARANG sekali melihat penyokong kelab bola sepak Iuar negara turun padang bekerjasama dalam satu misi yang sama.

Maklumlah, kebiasaannya mereka turun ke padang menyokong kelab pujaan masing-masing ataupun mengadakan perlawanan persahabatan.

Baru-baru ini, .com berkesempatan bersantai bersama kelab peminat pasukan Manchester United, Liverpool dan Chelsea di Malaysia bersama pertubuhan bukan kerajaan Islamic Relief Malaysia.

Namun kehadiran kami bukannya untuk bermain bola sepak, sebaliknya turun padang demi menjayakan program Pautan Kasih bersama golongan gelandangan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

Seperti diketahui ramai, bola sepak merupakan sukan paling popular di dunia kerana ia diminati seluruh peringkat usia.

Jika tidak percaya, lihat sahaja jumlah peminat bola sepak yang menyertai kelab-kelab penyokong di negara kita.

Taksub mereka kepada pasukan masing-masing usah dipertikaikan. Memperkecil dan memperlekehkan pasukan lawan masing-masing bukan benda pelik apatah lagi jika pasukan lawan itu kalah.

Namun apa yang pasti disebalik semua perbezaan itu, mereka masih mampu bersatu dalam bidang lain khususnya kerja-kerja kemanusiaan.

Tanpa bola dan kehadiran pemain utama, mereka berjaya menghimpunkan hampir 100 peserta untuk menyumbangkan bakti kepada golongan gelandangan.

Bukan mudah untuk membantu golongan ini kerana ada pelbagai ragam yang perlu dihadapi ketika berhadapan dengan mereka. Namun demi kemanusiaan, mereka sanggup meredah kesunyian malam bagi membantu golongan tidak bernasib baik itu.

Program tersebut turut memberi fokus kepada golongan gelandangan kurang upaya untuk menyara hidup.

Selain memberi bantuan makanan kepada golongan itu, mereka juga tidak kekok berbual dengan insan malang sepanjang program berlangsung dari pukul 8.30 hingga 12.00 malam.

Meskipun ada pihak mempertikaikan dan menyifatkan aktiviti tersebut sebagai menunjuk-nunjuk, namun tanpa 'terasa' hati terhadap kritikan itu, mereka terus menunjukkan sikap prihatin dan sanggup berbakti demi insan malang itu.- SYAHRIL/ZAKARIA IDRIS

Seks bebas mengapa remaja terlibat?

Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT

pergaulan bebas punca remaja terjebak zina. - Gambar Hiasan

MENURUT Kamus Pelajar Edisi Kedua, seks ditafsirkan sebagai hal-hal mengenai perhubungan lelaki dan wanita iaitu melibatkan jantina dan jenis alat kelamin.

Walaupun sering dikatakan sebagai hal orang dewasa, seks dan remaja tidak boleh diketepikan apatah lagi kajian menunjukkan naluri remaja secara semula jadi amat tertarik dengan perkara-perkara berkaitan lelaki dan perempuan.

Walaupun ia merupakan fitrah semula jadi manusia khususnya remaja, namun yang memberi kebimbangan adalah rangsangan ataupun perasaan 'membuak-buak' yang dimiliki oleh remaja untuk mencuba sesuatu perkara baharu yang dianggap nikmat dunia itu.

Satu kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tentang hubungan seks sebelum berkahwin melibatkan remaja-remaja perempuan berisiko di seluruh negara mendapati hanya satu daripada 887 orang responden mengaku belum pernah mengadakan hubungan seks manakala yang lain mengakui pernah melakukannya walaupun sekali.

Keruntuhan sistem masyarakat kebelakangan ini seperti pergaduhan antara suami isteri, penceraian, sikap tidak ambil peduli, merelakan anak-anak melepak hingga lewat malam tanpa mengetahui ke mana arah tuju mereka dan sebagainya telah menjadi asas kepada berlakunya masalah ini.

Ditambah pula dengan lambakan jualan video lucah dan akses bahan lucah yang mudah diperoleh melalui telefon pintar memburukkan lagi keadaan golongan yang masih dianggap segar dan hijau ini.

Hakikatnya, hubungan seks dalam kalangan remaja memang berlaku. Kenapa dan mengapa ia boleh berlaku? Jawapannya, pasti bukan disebabkan satu perkara sahaja tetapi ia saling berkaitan di antara satu sama lain. Mari kita teruskan bacaan dalam Fokus, minggu ini. -DHIYA'ZULHILMI DAUD

PUNCA TERJEBAK SEKS

Terjebak ingin mencuba

BAGI Nazarulhaziq Hamdan, 20, secara fitrahnya manusia diciptakan untuk saling mengenali pasangan masing-masing. Bagi remaja lelaki, perasaan ingin mengetahui anggota sulit perempuan pastinya wujud selepas akil baligh sebaliknya perempuan juga sama.

"Jika dahulu remaja lelaki perlu menghendap orang perempuan mandi di sungai atau perigi untuk mengetahui sesuatu, namun kini teknologi canggih adalah alternatif untuk mengetahuinya dengan lebih mudah.

"Tambah pula, di pasar malam, video lucah boleh didapati dengan begitu mudah dan murah, selain tiada halangan untuk akses di internet," katanya kepada .com

Justeru, selepas mereka 'mencuci mata', timbul rasa ingin mencuba selepas ghairah melihat aksi-aksi yang baharu ditonton tadi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


10,000 topeng muka diedar

Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT

Oleh Nazmil Nasiruddin
kota@utusangroup.com.my

Penyelia Unit Kualiti dan Kawalan Infeksi Hospital Putrajaya,Amin Zafri Abd Rahman (tengah) dan kakitangannya mengedarkan sebanyak 3,000 topeng muka secara percuma kepada para jemaah yang menunaikan solat jumaat dan solat hajat Pesawat MAS MH370 di Masjid Putra, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 14 Mac - Sebanyak 10,000 topeng muka akan diagih-agihkan kepada orang ramai di Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, inisiatif itu diambil selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mula meningkat melebihi 200 dan ini menunjukkan kualiti udara tidak sihat.

Beliau berkata, topeng berkenaan juga akan diedarkan kepada sekolah dan juga tadika.

Kesihatan perlu dijaga, saya tidak mahu anak-anak ini menghadapi masalah pernafasan kerana jerebu kali ini agak teruk.

Orang ramai juga dinasihatkan tidak keluar rumah dan minum air dengan secukupnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan topeng muka kepada Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim.

Sementara itu, Gulam berkata, sebanyak 8,000 lagi topeng muka akan ditambah untuk diedarkan di kawasan yang terjejas dengan jerebu.

Beliau menambah, cawangan UMNO bahagian juga akan menggerakkan jentera ke tempat yang terjejas untuk mengagihkan topeng muka berkenaan.

Dengan adanya topeng yang kami agihkan ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko orang ramai mengalami masalah pernafasan," katanya.

MH370: Solat hajat di Parlimen Setiawangsa

Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT

Sebahagian jemaah yang menyertai solat hajat memohon keselamatan penumpang pesawat MH370 di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur, semalam. Gambar kecil, Ahmad Phesal Talib. - UTUSAN/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 14 Mac - Kira-kira 3,000 orang menyertai solat hajat di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai,dekat sini hari ini.

Ia bagi memohon petunjuk Allah SWT mempermudahkan operasi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu selain mendoakan keselamatan penumpang serta anak kapal.

Majlis dianjurkan bersama Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Gabungan Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan DBKL Wilayah Persekutuan, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Setiawangsa dan Jawatankuasa Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Taman Seri Rampai.

Solat hajat yang dimulakan selepas solat Jumaat itu dipimpin oleh Imam Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Taman Seri Rampai, Rosli Kadir.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, ia sebagai sebahagian menyambut saranan pihak kerajaan supaya solat hajat diadakan.

Solat hajat ini dapat menambahkan kekuatan serta keupayaan melalui pertolongan Allah. Saya berharap mereka yang terlibat dan ahli keluarga dapat bersabar selain mendoakan pesawat MH370 dapat ditemui dalam keadaan selamat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti (DBKL), Wan Mohammad Ghazali Nor, Yang Dipertua Majlis Gabungan Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan DBKL Wilayah Persekutuan, Razak Abdul Karim dan Pengerusi Masjid berkenaan, Abdullah Abdul Rahman.

Terdahulu, Ahmad Phesal turut menyampaikan khutbah solat jumaat kepada para jemaah . Sebaik selesai, topeng muka diedarkan kepada para jemaah oleh Ahmad Fauzi ekoran masalah jerebu yang melanda ibu kota.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


PTP peruntuk dana lebih RM500,000

Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
hassan@utusan.com.my

Azharuddin Nordin (tujuh dari kiri) bersama pelajar sekolah yang terpilih selepas merasmikan Program Pembangunan Bahasa Inggeris Bagi Murid Sekolah Menengah di Gelang Patah, Johor Bahru, kelmarin. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 14 Mac - Dalam usaha menggerakkan program menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR), Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) memperuntukkan lebih RM500,000 bagi tujuan tersebut berbanding RM250,000 tahun lalu.

Ketua Pegawai Korporatnya, Azharuddin Nordin berkata, jumlah yang diperuntukkan untuk tahun ini adalah bagi menjayakan pelbagai program CSR berkaitan pendidikan, aktiviti bersama komuniti setempat dan alam sekitar.

Menurutnya, PTP sentiasa merancang pelbagai aktiviti dan pada masa sama memperluaskan program sedia ada sebagai perancangan menjayakan program CSR syarikat setiap tahun dengan memberi tumpuan kepada komuniti setempat.

Kita sentiasa menjayakan program bersama-sama dengan masyarakat yang menetap berdekatan kawasan Gelang Patah di mana PTP terletak, namun kita berharap dapat memperluas apa jua rancangan sedia ada ke kawasan lain pula di masa akan datang.

Ini penting untuk PTP dalam memastikan kita dapat berkongsi serta membantu mereka yang memerlukan menerusi program kami," katanya selepas merasmikan Program Pembangunan Bahasa Inggeris Bagi Murid Sekolah Menengah di Gelang Patah di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Johor Bahru, Ab. Hafith Ismail dan Pengarah Bahagian Program Pembangunan Profesional Universiti Teknologi Malaysia (UTM) SPACE, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdul Raof.

Mengulas mengenai program itu, Azharuddin berkata, program seumpama itu sudah dimulakan PTP sejak 2009 dengan memberi tumpuan bagi membantu pelajar tingkatan empat mempersiapkan diri sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tambahnya, program tahunan PTP yang sebelum ini dikenali sebagai Tuisyen Bahasa Inggeris mendapat sambutan menggalakkan sekali gus mendorong PTP melakukan perubahan serta penambahbaikan ke atas program yang dijalankan.

Jadi, pada tahun ini ada tiga program yang sudah dirangka iaitu Kelas Tutorial bermula Mac hingga November, Kem Intensif Bahasa Inggeris pada Jun dan Bengkel Komunikasi akan dijalankan pada Jun hingga November.

Kita berharap program yang dijalankan ini dapat membantu pelajar bukan hanya bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris tetapi yang paling penting adalah keyakinan mereka ketika bercakap dan menulis dalam bahasa tersebut," katanya.

Beliau berkata, lebih 400 pelajar tingkatan empat dari empat buah sekolah menengah terpilih di Gelang Patah bakal dipilih untuk memanfaatkan ketiga-tiga program yang dijalankan dengan kerjasama UTM dan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.

Larian Frost the Trail di Iskandar Malaysia

Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT

NUSAJAYA 14 Mac - Acara larian Frost the Trail yang sudah lapan kali dianjurkan di Singapura dan empat kali di Kuala Lumpur kini buat julung kalinya dianjurkan di Iskandar Malaysia pada 13 April ini.

Cabaran korporat membabitkan perlumbaan dengan jarak sembilan kilometer (km) bagi kategori individu dan lima km bagi kategori berpasukan itu bertujuan mewujudkan kesedaran sosial dalam kalangan sektor korporat di Nusajaya.

Pengarah Urusan Asia Pasifik Frost & Sullivan, Manoj Menon berkata, bayaran dikenakan ke atas setiap penyertaan akan disumbangkan kepada OrphanCARE sebagaimana matlamat penganjuran sejak dimulakan di Singapura pada 2006.

Frost the Trail mempunyai matlamat untuk mewujudkan kesedaran pihak korporat terhadap alam sekitar menerusi pendidikan, pertandingan dan penyertaan.

Kejayaan Singapura telah mendorong penganjuran di Kuala Lumpur pada 2009," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Traders di sini semalam.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Dr. Zaini Abu Bakar.

Penganjuran Frost the Trail cabaran Iskandar Malaysia itu mendapat sokongan dan sumbangan daripada penaja serta penyumbang seperti Medini, i2M Ventures selain meraih sumbangan UM Land, Yayasan Mah Sing, Columbia Asia, IUVO Solutions, Level 3, iProperty dan Hotel Traders.

Selain itu, acara turut mendapat sokongan The Little Red Cube, Lucky Music, MCT, Top Stainless Steel, eBizway Research dan Princeton Hotel.

Menurut Manoj, semua peserta kategori individu atau berpasukan akan dilepaskan secara serentak ketika hari perlumbaan dan setiap empat anggota berpasukan akan dijumlahkan masa mereka dengan yang terpantas dipilih sebagai pemenang.

Menerusi acara ini, Frost & Sullivan berhasrat menyumbang semula kepada komuniti, meningkatkan kerjasama, menekankan kepentingan gaya hidup sihat selain menyediakan medium interaksi antara pihak industri korporat.

Kami berharap dapat menyediakan keperluan menerusi sumbangan derma 100 peratus kepada penerima iaitu OrphanCARE. Misi OrphanCARE adalah menempatkan anak yatim di tempat perlindungan yang selesa di samping khidmat jagaan bayi yang dibuang," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Koleksi Tom Rich tampil lasak

Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT

Kasut TomRich boleh didapati dalam dua pilihan iaitu boots atau siri 'designer' yang direka oleh Fairuz Ramdan yang merupakan pereka fesyen terkemuka untuk koleksi pakaian lelaki.

Kasut merupakan aspek terpenting dalam penampilan kerana ia akan mencerminkan peribadi dan personaliti si pemakainya.

Tidak seperti golongan wanita yang selalunya memiliki banyak koleksi kasut untuk pelbagai majlis atau aktiviti sama ada majlis makan malam, bersukan, santai, mengembara atau sebagainya.

Namun tidak bagi lelaki kerana sepasang kasut boleh dijadikan pelbagai fungsi, tidak kira untuk apa tujuan sekalipun asalkan ia selesa dan bersesuaian dengan acara.

Kali ini ruangan Trend memaparkan koleksi kasut khas untuk jejaka yang ingin tampil ranggi, lasak dan bergaya daripada koleksi Tom Rich.

Kasut yang 100 peratus buatan tangan itu menggunakan kulit sepenuhnya dan dijahit kemas bagi memastikan kualiti yang terjamin.

Seakan kasut buatan negara barat, kasut itu sebenarnya lahir dari Nusantara yang direka oleh dua rakan kongsi dari negara berbeza, Malaysia dan Indonesia.

Penggunaan kulit daripada pelbagai jenis seperti crazy horse, nubuck, full grain, raugh out dan lain-lain memberikan identiti menarik kepada kasut jenama Tom Rich ini.

Bagi peminat kasut kulit, sudah pasti kamu akan obses dengan kasut kulit yang ditawarkan dalam koleksi ini, lebih-lebih lagi 100 peratus kasut yang dihasilkan menggunakan kulit asli, mempunyai corak yang menarik dan buatan tangan.

Buat masa ini, kasut Tom Rich boleh didapati dalam dua pilihan iaitu boots atau siri 'designer' yang direka oleh Fairuz Ramdan yang merupakan pereka fesyen terkemuka untuk koleksi pakaian lelaki.

'Untuk mereka yang berani' merupakan antara moto kasut ini. Ia sememangnya ditujukan khas buat mereka yang meminati custom culture seperti mengubah suai motosikal, penunggang motosikal atau kereta dan sealiran dengannya.

Sudah pasti mereka yang menggunakannya akan tampak maskulin dan berbeza dengan identiti kasut kulit yang menonjolkan ciri-ciri lelaki sejati. - AMIRUL/NOOR AZLINA JAAFAR

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Sistem komunikasi dipadam, siasat kemungkinan rampasan

Posted: 15 Mar 2014 01:47 AM PDT

SEPANG 15 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, siasatan terkini menunjukkan terdapat kepastian tinggi bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) serta transponder dalam pesawat MH370 telah dipadamkan.

Najib berkata, ACARS telah dipadamkan sebelum pesawat MH370 tiba di pantai timur Semenanjung manakala transponder pula dipadamkan tidak lama kemudian iaitu berhampiran kawasan sempadan kawalan udara antara Malaysia dan Vietnam.

ACARS merupakan sistem komunikasi pesanan pendek yang digunakan untuk perhubungan antara pesawat dengan pusat kawalan di darat manakala transponder memainkan peranan untuk membolehkan pengawal trafik udara mengenal pasti kelajuan dan hala tuju pesawat.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak mengesahkan rampasan kapal terbang telah berlaku tetapi menegaskan siasatan sedang dilakukan.

"Walaupun ada laporan bahawa ia dirampas, kita sedang menyiasat semua kemungkinan tentang pesawat MH370 yang bertukar haluan.

"Pihak berkuasa Malaysia memfokus semula siasatan terhadap kru dan penumpang dalam pesawat ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

Sistem pengambilan pekerja asing distruktur semula

Posted: 15 Mar 2014 12:47 AM PDT

BAGAN DATOH 15 Mac - Sistem pengambilan pekerja asing sedia ada melalui Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS) akan distruktur semula bagi memberikan kemudahan kepada majikan di negara ini mendapat pekerja asing dalam masa lebih singkat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini pengambilan pekerja asing dilakukan melalui tiga pihak iaitu 'One Stop Centre' yang dianggotai pelbagai jabatan dan agensi, bahagian mengambilan pekerja asing Kementerian Dalam Negeri dan bahagian pekerja asing Jabatan Imigresen.

Katanya, selain proses permohonan yang lebih panjang dan sukar mendapatkan pekerja asing, sistem sedia ada itu menyebabkan majikan juga terpaksa membayar harga yang mahal.

``Oleh itu, menerusi pengstrukturan semula ini, permohonan tidak lagi akan dibuat melalui agensi pekerja asing sebaliknya majikan akan diminta terus membuat permohonan melalui online kepada satu agensi yang akan ditentukan oleh jawatankuasa khas mengenai pekerja asing yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

``Dengan cara itu kita akan dapat melihat sistem pengambilan pekerja asing di negara ini lebih teratur, cepat dan mudah,'' katanya dalam sidang akhbar selepas majlis gotong-royong membaik pulih rumah warga emas, Marpongah Yasir, 80, di Kampung Parit 21, Hutan Melintang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

MH370:Pengumuman PM beri kelegaan kepada keluarga

Posted: 15 Mar 2014 12:07 AM PDT

PUTRAJAYA 15 Mac - Pengumuman terkini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkembangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ternyata memberi kelegaan kepada keluarga penumpang.

Bapa kepada Khairul Amri Selamat, Selamat Omar, 60, berkata, dia begitu bersyukur dengan berita perkembangan pesawat tersebut dan secara tidak langsung memberi harapan baharu kepada mereka.

"Sebelum ini selama lapan hari kami tidak mendapat khabar pengumuman yang memberi kepastikan kepada keluarga penumpang.

"Saya amat berterima kasih dan berharap pihak kerajaan akan meneruskan pencarian agar operasi ini akan lebih berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menonton pengumuman Perdana Menteri berhubung perkembangan terkini pesawat MH370 di Hotel Everly di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved