Sabtu, 15 Mac 2014

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


MPAG keluar 148 kompaun

Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT

Oleh Mohammad Dzulhisham Che Hassim
utusankedah@utusan.vom.my

Md. Rawi Mahmud (kanan) menyerahkan replika kunci kepada seorang penerima sambil diperhatikan Murad Husin (tengah) pada Majlis Perasmian Gerai MPAG Taman Seri Redan dan Penyerahan Kunci Gerai MPAG Kampung Pulau di Melaka, kelmarin. - UTUSAN/Mohammad Dzulhisham Che Hassim

ALOR GAJAH 14 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengeluarkan 148 kompaun terhadap premis makanan di seluruh daerah ini sepanjang tahun lalu yang mengabaikan kebersihan termasuk dalam aspek penyediaan makanan.

Yang Dipertuanya, Murad Husin berkata, MPAG sebagai agensi yang mengeluarkan lesen perniagaan kepada premis terbabit tidak akan sesekali berkompromi terhadap isu kebersihan kerana masalah itu boleh mengundang bahaya kepada pelanggan.

Menurutnya, kebersihan merupakan salah satu syarat dalam pengeluaran lesen perniagaan dan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menarik balik atau menggantung lesen berkenaan sekiranya pemilik premis ingkar.

Tindakan pertama adalah mengeluarkan kompaun terhadap premis yang kotor dan mengarahkan pemilik melakukan kerja pembersihan segera tetapi jika mereka ingkar, MPAG boleh mengambil tindakan menarik balik atau menggantung lesen perniagaan yang diberikan.

Pekerja atau pengendali makanan juga harus mendapatkan suntikan tertentu bagi mengelakkan sebarang penyebaran penyakit yang juga merupakan syarat lesen perniagaan dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Gerai MPAG Taman Seri Redan dan Penyerahan Kunci Gerai MPAG Kampung Pulau di sini semalam.

Hadir menyempurnakan majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Md. Rawi Mahmud.

Murad berkata, penyewa gerai makan MPAG adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang penambahan struktur dan memastikan kebersihan berada di tahap yang memuaskan sepanjang masa.

Katanya, penambahan struktur pada gerai milik MPAG itu adalah satu kesalahan dan tindakan undang-undang boleh diambil.

Saya nasihatkan kepada pemilik gerai supaya tidak membuat penambahan struktur, jaga kebersihan dan bagi mengelak kehadiran haiwan perosak seperti tikus dan lipas perangkap sisa makanan perlu digunakan," katanya.

Japerun Ayer Molek bantu kanak-kanak dapatkan surat beranak

Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT

Latiff Tamby Chik (kanan) bermesra dengan Mohd. Adib (dua dari kanan) yang memerlukan surat beranak sambil diperhatikan oleh Nuraini Jantan (dua dari kiri) selepas melawat kanak-kanak itu di Kampung Pernu, Melaka, kelmarin. - UTUSAN/Azli Ahad

MELAKA 14 Mac - Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Molek mengambil inisiatif membantu seorang kanak-kanak yang tidak diketahui status ibu bapanya untuk mendapatkan surat beranak bagi memudahkan urusan persekolahan.

Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, kanak-kanak berkenaan, Mohd. Adib, 12, kini dijaga serta dipelihara seorang wanita yang mengambilnya sebagai anak angkat dan bercadang untuk menghantarnya ke sekolah.

Menurutnya, wanita tersebut yang juga ibu tunggal telah menerima perintah kebenaran daripada mahkamah untuk menjaganya namun perlu melalui beberapa proses mendapatkan surat beranak kanak-kanak itu.

Justeru, Japerun Ayer Molek akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mendapatkan surat beranak bagi kanak-kanak itu seterusnya memberi peluang kepadanya untuk bersekolah seperti kanak-kanak lain," katanya selepas melawat kanak-kanak berkenaan di Kampung Pernu, di sini semalam.

Yang hadir sama Ketua UMNO Cawangan Pernu, Ghazali Md. Yasin; Ketua Wanita UMNO Pernu Tengah, Atiqah Sapi; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pernu, Sarip Rahman dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Farhatun Helma Othman.

Latiff yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri memberitahu, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku di negeri serba maju seperti Melaka.

Memandangkan umur kanak-kanak berkenaan sudah mencecah 12 tahun dan bakal memasuki sekolah menengah, adalah penting usaha dilaksanakan bagi membantunya mendapatkan dokumen pengenalan diri," ujarnya.

Sementara itu, ibu angkat kanak-kanak berkenaan, Nuraini Jantan, 37, berkata, dia yang sudah berpisah dengan suaminya sejak dua tahun lalu dikurniakan tiga anak yang tinggal bersamanya.

Jelasnya, saya mahu membantu Mohd. Adib memandangkan dia boleh dianggap sebagai anak yatim piatu kerana ibu bapanya telah menghilangkan diri.

Katanya, dia juga telah melalui proses yang betul untuk mendapatkan hak penjagaan kanak-kanak ini malah mendapat perintah penjagaan oleh mahkamah.

Kita akan mendapatkan maklumat daripada pihak hospital dan seterusnya merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyelesaikan permohonan tertangguh lebih dua tahun ini," ujarnya yang bekerja sebagai kerani.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved