Rabu, 19 Februari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Utusan Online - Sukan Tempatan

Posted:

Utusan Online - Sukan TempatanIkuti berita penuh untuk ruangan Sukan Tempatan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Utusan Online - Sukan Tempatanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Di mana Mat Yo?http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_01/Di-mana-Mat-Yo PETALING JAYA - Harapan pengendali Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee untuk melihat sesi latihan sulung skuad bola sepak kebangsan bermula tanpa masalah tidak kesampaian selepas penyerang Johor Darul Ta'zim...2014-02-20T02:49:28+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_01/Di-mana-Mat-Yo </image></item><item><title>'Jimenez tidak akan ke mana-mana'http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_02/Jimenez-tidak-akan-ke-mana-mana JOHOR BAHRU - Selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai kedudukan ketua jurulatih Johor Darul Ta?zim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan beliau masih bersama...2014-02-20T02:49:28+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NURUL HUDA HASSAN<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_02/Jimenez-tidak-akan-ke-mana-mana </image></item><item><title>FAM tidak ubah pendirian - Sallehhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_03/FAM-tidak-ubah-pendirian---Salleh PETALING JAYA - Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertegas, larangan daripada membawa tiang atau objek keras menggunakan kayu kekal selaras dengan undang-undang yang terkandung...2014-02-20T02:49:28+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMINBrendan boleh wakili Red Warriorshttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_04/Brendan-boleh-wakili-Red-Warriors SELAYANG - Setelah hajat untuk beraksi bersama Kelantan di awal musim Liga Malaysia ini terbantut, Brendan Gan dijangka tiada sebarang masalah untuk menyarung jersi Red Warriors sebaik pintu perpindahan...2014-02-20T02:49:28+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_04/Brendan-boleh-wakili-Red-Warriors </image></item><item><title>All England bukan 'istimewa'http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_05/All-England-bukan-istimewa KUALA LUMPUR - Kejohanan All England yang berlangsung dari 4 hingga 9 Mac depan bukan sesuatu yang istimewa atau wajib menang buat Datuk Lee Chong Wei, namun dia berjanji untuk memberi aksi terbaik seterusnya...2014-02-20T02:49:29+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh FERZALFIE FAUZI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_05/All-England-bukan-istimewa </image></item><item><title>'Saya masih jurulatih JDT'http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_06/Saya-masih-jurulatih-JDT ALOR SETAR - "Saya tidak tahu, dan setakat ini saya masih jurulatih JDT" Itu jawapan yang diulang berkali-kali oleh pengendali Johor Darul Ta?zim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez apabila digasak wartawan berhubung...2014-02-20T02:49:29+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Ketiadaan empat tonggak utama punca Sarawak tersingkirhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_07/Ketiadaan-empat-tonggak-utama-punca-Sarawak-tersingkir KUCHING - Ketiadaan ramai tonggak utama ekoran penggantungan dan kecederaan menjejaskan hasrat skuad Bujang Senang untuk menempah tiket separuh akhir Piala FA. Meskipun dua kali mendahului Felda United...2014-02-20T02:49:29+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Kemarol ketuai pemain ke Terbuka Malaysiahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_08/Kemarol-ketuai-pemain-ke-Terbuka-Malaysia KUALA LUMPUR - Kemarol Baharin menempah slot ke Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2014 selepas mengungguli saingan kelayakan kebangsaan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di sini semalam.2014-02-20T02:49:29+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_08/Kemarol-ketuai-pemain-ke-Terbuka-Malaysia </image></item><item><title>Purata larian bersih penentu kemaraan Negeri Sembilanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_09/Purata-larian-bersih-penentu-kemaraan-Negeri-Sembilan KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan bernasib baik untuk berentap dalam separuh akhir Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja apabila memperoleh kelebihan purata larian bersih mengatasi dua lagi pencabar...2014-02-20T02:49:29+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_09.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_09/Purata-larian-bersih-penentu-kemaraan-Negeri-Sembilan </image></item><item><title>Nur Insafi lakar rekod sempurna dalam keadaan serba kekuranganhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_10/Nur-Insafi-lakar-rekod-sempurna-dalam-keadaan-serba-kekurangan KUALA LUMPUR - Nur Insafi melakar rekod sempurna dalam saingan kumpulan Divisyen Dua, apabila mencatat kemenangan dalam semua perlawanan Liga Hoki Remaja Kebangsan (MJHL). Meskipun bangga dengan rekod...2014-02-20T02:49:29+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd KSPO tarik diri, pelumba meninggalhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_11/KSPO-tarik-diri-pelumba-meninggal KUALA LUMPUR - Debaran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 sedikit tersentak apabila mendapat berita menyedihkan iaitu kematian pelumba Team KSPO (Korea Selatan), Youm Jung Hwan kerana mengalami...2014-02-20T02:49:30+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Hassan Sulaiman meninggal duniahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_12/Hassan-Sulaiman-meninggal-dunia KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih sepak takraw negara, Hassan Sulaiman (gambar) atau sebenarnya Minhat Sulaiman meninggal dunia akibat diserang sakit jantung kira-kira pukul 12.25 tengah hari di Hospital Selayang...2014-02-20T02:49:30+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_12.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_12/Hassan-Sulaiman-meninggal-dunia </image></item><item><title>Lin Dan ketuai calon anugerahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_13/Lin-Dan-ketuai-calon-anugerah KUALA LUMPUR - Empat bintang sukan dunia, Lin Dan, Rafael Nadal, Ronaldinho dan Tiger Woods akan bersaing bersama pasukan kapal layar Amerika Syarikat, Oracle untuk merebut kategori Kebangkitan Semula di...2014-02-20T02:49:30+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Jiminez kekal bersama JDThttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_08/Jiminez-kekal-bersama-JDT JOHOR BAHRU 19 Feb. - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) hari ini mengesahkan ketua jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez akan kekal bersama Johor Darul Ta'zim (JDT). Kenyataan tersebut disiarkan di laman...2014-02-19T20:00:32+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Chong Wei tidak letak sasaran tinggi di All-Englandhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_07/Chong-Wei-tidak-letak-sasaran-tinggi-di-All-England KUALA LUMPUR 19 Feb. - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak meletakkan sasaran tinggi walaupun beliau diramal berdepan laluan mudah untuk merampas kejuaraan All-England 2014 di National...2014-02-19T18:53:49+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Tiada keistimewaan buat TMJ - Taufekhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_01/Tiada-keistimewaan-buat-TMJ---Taufek KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Idris tidak akan mendapat layanan istimewa daripada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika beliau antara...2014-02-19T03:52:48+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Kelantan berpeluh sebelum marahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_02/Kelantan-berpeluh-sebelum-mara SELAYANG - Kelantan berada pada landasan terbaik untuk memenangi Piala FA buat kali ketiga berturut-turut apabila berjaya membenam PKNS dengan agregat 6-5 selepas mencatat keputusan seri 3-3 dalam perlawanan...2014-02-19T03:52:48+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0219/Utusan_Malaysia/Sukan/su_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_02/Kelantan-berpeluh-sebelum-mara </image></item><item><title>JDT tepati ramalan jinakkan Helanghttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_03/JDT-tepati-ramalan-jinakkan-Helang ALOR SETAR - Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila menang 2-0 ke atas pasukan Liga Perdana, Kedah dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Aman malam tadi. Kemenangan itu...2014-02-19T03:52:48+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0219/Utusan_Malaysia/Sukan/su_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_03/JDT-tepati-ramalan-jinakkan-Helang </image></item><item><title>Sepakan bebas Hafiz pastikan Pahang marahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_04/Sepakan-bebas-Hafiz-pastikan-Pahang-mara KUANTAN - Lawatan Dollah Salleh ke Kuantan berakhir dengan catatan duka apabila skuad Tok Gajah yang dibimbingnya tahun lalu menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk menewaskan PDRM 2-1 pada perlawanan...2014-02-19T03:52:48+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0219/Utusan_Malaysia/Sukan/su_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_04/Sepakan-bebas-Hafiz-pastikan-Pahang-mara </image></item><item><title>Felda United libas Bujang Senang di Stadium Negerihttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_05/Felda-United-libas-Bujang-Senang-di-Stadium-Negeri KUCHING - Pasukan Liga Perdana, Felda United mengecewakan Sarawak apabila mara ke separuh akhir Piala FA dengan peraturan gol di tempat lawan setelah seri 2-2 pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium...2014-02-19T03:52:49+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd UKM tertekan, tumbang kepada Sabahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_06/UKM-tertekan-tumbang-kepada-Sabah KUALA LUMPUR - Sabah yang diletakkan sebagai pasukan tanpa sengat musim ini berjaya bangkit untuk menjerat juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila menang dengan tiga larian dalam Kriket...2014-02-19T03:52:49+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Laporan menghina Harimau Mudahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140218/su_01/Laporan-menghina-Harimau-Muda PUCHONG - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menganggap laporan Brisbane Times yang mendakwa penyertaan Harimau Muda A dalam Liga Perdana Kebangsaan Queensland bakal membuka pintu kepada penglibatan...2014-02-18T02:41:52+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0218/Utusan_Malaysia/Sukan/su_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140218/su_01/Laporan-menghina-Harimau-Muda </image></item><item><title>Harimau Muda A tetap sertai NPLhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140218/su_02/Harimau-Muda-A-tetap-sertai-NPL KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Muda A akan tetap beraksi dalam Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland bulan depan meskipun sebuah akhbar Australia mendakwa penyertaan pasukan itu akan membuka pintu kepada...2014-02-18T02:41:52+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIRTok Gajah sedia ganyang PDRMhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140218/su_03/Tok-Gajah-sedia-ganyang-PDRM KUANTAN - Selepas seri 1-1 dalam perlawanan pertama di Seremban minggu lalu, Pahang mahu kelebihan beraksi di tempat sendiri malam ini digunakan sepenuhnya untuk menumbangkan PDRM pada aksi suku akhir kedua...2014-02-18T02:41:52+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh M.RIZAL NOR<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0218/Utusan_Malaysia/Sukan/su_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140218/su_03/Tok-Gajah-sedia-ganyang-PDRM </image></item><item><title>FAM belum terima aduan pengadil carut pemainhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140218/su_04/FAM-belum-terima-aduan-pengadil-carut-pemain KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengadilan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) belum menerima aduan rasmi Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berhubung dakwaan pengadil mengeluarkan perkataan lucah kepada pemain...2014-02-18T02:41:52+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Sindiket klon kad ATM tumpas

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

Chong Mun Phing (kiri) bersama pegawainya menunjukkan kad klon ATM yang dirampas daripada sindiket antarabangsa pada sidang akhbar di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM 19 Feb. - Satu sindiket antarabangsa didalangi dua rakyat Sri Lanka yang mengklon kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik pemegangnya di luar negara sebelum mengeluarkan wang di bank tempatan di sini, berjaya ditumpaskan polis.

Antara pemegang akaun bank yang menjadi sasaran sindiket itu adalah Toronto Bank dan Scotia Bank, masing-masing di Kanada.

Sindiket itu ditumpaskan ekoran penahanan kedua-dua suspek berusia 28 dan 38 tahun, dalam serbuan di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang, kira-kira pukul 8 malam, Isnin lalu, hasil maklumat awam dan risikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, hasil serbuan, polis merampas 2,217 kad pelbagai jenis serta peralatan termasuk komputer riba dan 58 kotak keselamatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek menggunakan kad berkenaan yang mempunyai jalur magnetik sebagai klon dengan memasukkan data akaun bank serta nombor keselamatan pengguna ATM di luar negara.

"Mereka kemudian mengeluarkannya di mesin ATM bank-bank tempatan dengan setiap kad terbabit dikeluarkan wang sebanyak RM1,000 sehari," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mun Phing seterusnya memberitahu, sindiket berkenaan dipercayai memulakan kegiatan mereka sejak dua bulan lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau berkata, salah seorang suspek merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) sejak 2008 manakala seorang lagi masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial sejak September 2013 dan telah tamat tempoh awal tahun ini.

"Setakat ini, kedua-dua suspek terbabit direman empat hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Suspek pukul teman wanita sehingga mati ditahan

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab memukul teman wanitanya sehingga mati di sebuah rumah di Lagoon Perdana, Bandar Sunway dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika hendak mendapatkan rawatan kecederaan di bahagian belakang kepala di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi.

"Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, suspek mengalami kecederaan tersebut akibat dibelasah oleh keluarga mangsa ketika berada di hospital berkenaan semalam.

Dalam kejadian semalam, mangsa, Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia pada pukul 1.41 pagi di PPUM setelah dihantar mendapatkan rawatan di situ akibat cedera parah di kepala dipercayai dipukul.

Yahaya seterusnya berkata, lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tertuduh tidak mengaku salah

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

Koong Swee Kwan

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Penarik kereta, Koong Swee Kwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi hujung Julai tahun lalu.

Tertuduh turut membuat pengakuan sama atas tuduhan cubaan membunuh isteri Allahyarham, Cheong Mei Kuan, 50.

Swee Kwan, 45, membuat pengakuan tersebut pada sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Tinggi hari ini selepas dipindahkan dari Mahkamah Majistret di sini.

Hakim Datuk Azman Husin selepas merekodkan pengakuan terbabit menetapkan perbicaraan kes itu selama dua minggu bermula 9 Jun ini.

Mengikut pertuduhan, Swee Kwan didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi antara pukul 1.30 dan 2 petang, 29 Julai lalu.

Bagi tuduhan membunuh Hussain, 75, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan cubaan membunuh Mei Kuan pula dikemukakan mengikut Seksyen 307 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abd. Karim manakala tertuduh diwakili peguam bela, Zamri Idrus.

Menurut laporan akhbar, Hussain dilaporkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada manakala Mei Kuan cedera ditembak dari jarak dekat dan cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan selepas keluar dari tokong tersebut.

Sementara itu, Yusaini Amer ketika ditemui selepas tamat prosiding memberitahu, pihaknya akan memanggil di antara 15 hingga 20 saksi dalam perbicaraan itu kelak.

Pada 17 Februari lalu, pemandu teksi yang membawa suspek kes tembak pengasas bank itu meninggalkan tempat kejadian dihukum penjara 14 tahun dan sebatan enam kali oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas pertuduhan memiliki pistol dan peluru hidup.

Hukuman terhadap Chew Siang Chee, 46, atas dua pertuduhan yang dihadapinya itu, berkuat kuasa mulai tarikh tertuduh ditangkap pada 30 Ogos 2013.

Tertuduh disabitkan atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol Walther Model PPK/S Cal.9 mm Kurz/380 ACP bersama satu kelopak peluru Walther Cal.9 mm Kurz yang menyalahi undang-undang.

Dia didakwa memiliki senjata itu di B-15-12 Kondominium Desa Cindaimas Jalan Sekutu Persimpangan Jalan Kuchai Lama, Brickfields di sini pada pukul 5.45 petang, 3 Ogos tahun lalu.

Siang Chee juga didapati bersalah bagi pertuduhan kedua iaitu memiliki empat butir peluru hidup jenis 9mm (short) (S&B 9mm) tanpa lesen pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Dadah: Warga Nigeria dihukum gantung

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

SHAH ALAM 19 Feb. - Seorang peniaga warga Nigeria dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 2,256.02 gram, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha memutuskan demikian terhadap Francis Abuchie Odike, 33, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Ghazali berkata, keterangan tertuduh adalah rekaan semata-mata dan tidak logik.

Lelaki itu disabitkan atas tuduhan tersebut di cawangan pemeriksaan penumpang 1 (CPP1) Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira pukul 7.30 malam, 12 September 2011.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan terhadap tertuduh yang diwakili peguam, K. Viknesvaran.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Apa lagi Hindraf mahu?

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh Zulkiflee Bakar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bersedia menerima apa juga kritikan berhubung tindakan beliau membawa masuk pemimpin Hindraf, P.Waythamoorty ke dalam Kabinet.

Kemasukan Waythamoorty itu mencatatkan sejarah kerana inilah kali pertama seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diberi pengiktirafan tersebut.

Hasrat Najib hanya satu iaitu untuk memastikan kaum India mempunyai lebih banyak suara dalam kerajaan dan sekali gus memperkukuhkan lagi usaha membela nasib kaum itu.

Tetapi ternyata Waythamoorty tidak tahu mengenang budi baik Perdana Menteri dalam soal itu. Beliau cuba membawa pendekatan Hindraf ke dalam Kabinet apabila membuat tuntutan secara desakan sebab itulah apabila tuntutan beliau tidak dipenuhi, pemimpin yang mula dikenali melalui demonstrasi jalanan itu membuat keputusan meletakkan jawatan.

Alasan dangkal yang diberikan oleh Waythamoorty ialah kedudukan beliau di dalam kerajaan tidak membantunya dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan kaum India yang miskin di negara ini. Soalnya, apakah hanya berada dalam Kabinet tidak sampai setahun, Waythamoorty berhak membuat penilaian sedemikian.

Biar pun antara kerajaan dan Hindraf ada perjanjian persefahaman tetapi ia bukanlah bermakna kerajaan di bawah kepimpinan Najib boleh melakukan tindakan sesuka hati, sudah pastilah ia perlu mengikut prosedur dan memakan masa.

Namun ini tidak bermakna kerajaan BN berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

Berikut antara beberapa tindakan yang dilakukan oleh kerajaan sejak 2009 bagi membantu masyarakat India, fakta-fakta ini sengaja dilupakan oleh Waythamoorty:

l Memperuntukkan RM540 juta untuk pembangunan infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sejak tahun 2009. Ini termasuk peruntukan RM100 juta setiap tahun bagi tahun 2012 dan 2013.

l Memperuntukkan tambahan 1,000 tempat untuk pelajar India di kolej Matrikulasi Kerajaan.

l Memperuntukkan RM50 juta untuk program latihan kemahiran kepada 3,200 belia India dari kawasan perladangan.

l Menubuhkan Koperasi Suria dan memperuntukkan RM8 juta untuk mentransformasikan kedai runcit dan bengkel automotif kaum India.

l Mengkhaskan RM150 juta dalam bentuk pinjaman Usahawan Kecil dan Sedernana (SME) untuk kaum India

l Memperuntukkan RM115 juta di bawah TEKUN Nasional untuk perniagaan kecil kaum India sejak 2009.

l Memperuntukkan RM100 juta untuk pinjaman mikro-kredit kepada usahawan wanita India melalui Amanah Ikhtiar Malaysia

l Memperuntukkan lebih RM55 juta sejak 2009 kepada lebih 1,300 kuil Hindu dan tempat beribadat kaum India yang lain.

l Menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) di bawah Jawatankuasa Kabinet bagi Masyarakat India untuk memberi fokus khusus ke arah penyelesaian masalah dokumentasi di kalangan masyarakat India

l Membelanjakan RM35 juta untuk membangunkan semula Brickfields sebagai Little India"

Hakikatnya banyak lagi yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu kaum India termasuklah memastikan enam wakil India dalam barisan Kabinet dengan menduduki jawatan dua menteri penuh dan empat timbalan menteri.

Sebenarnya, Waythamoorty sudah pasti mengetahui fakta-fakta ini. Tetapi pemimpin Hindraf tersebut tidak mahu bersama dalam pasukan Kabinet bagi meneruskan usaha membangunkan kaum tersebut.

Beliau memilih kembali kepada Hindraf yang sememangnya terkenal dengan pendekatan demonstrasi, ugutan dan kecaman dalam memenuhi matlamat perjuangan mereka.

Bagi Waythamoorty, segala tuntutan, perjanjian dan kehendak Hindraf perlu dipenuhi oleh kerajaan. Segalanya kerana mereka masih dengan tanggapan kononnya Hindraf berupaya mempengaruhi pengundi dalam kalangan kaum India menyokong Barisan Nasional (BN).

Tetapi dalam masa sama Waythamoorty lupa bahawa Hindraf adalah pertubuhan haram dan sebarang kehendak atau tuntutan pertubuhan itu tidak perlu dilayan. Soalnya, apa lagi Waythamoorty dan Hindraf mahu sedangkan mereka sendiri yang memilih jalan yang dilihat bertujuan untuk terus berkonfrantasi dengan kerajaan.

Oleh itu, biarlah Waythamoorty `melalak di luar Kabinet selepas beliau mempersia-siakan peluang ketika berada dalam Kabinet. Malah ketika menjadi Timbalan Menteri pun, Waythamoorty pernah membuat tindakan yang tidak selari dengan semangat Kabinet apabila mempertikaikan tindakan polis ke atas penjenayah dalam kalangan kaum India.

Kecetekan ilmu dan ketidakfahaman Waythamoorty sebagai anggota Kabinet serta terus taksub dengan perjuangan Hindraf telah menjadi bukti bahawa beliau tidak layak berada dalam kerajaan tetapi lebih layak meneruskan perjuangan jalanan bersama pertubuhan haram seperti Hindraf.

Kita percaya majoriti kaum India tidak akan terpengaruh dengan perjuangan Hindraf kerana mereka semakin memahami apa yang kerajaan sudah lakukan dalam meningkat taraf hidup mereka.

Mungkin tindakan Waythamoorty ini akan menggembirakan pembangkang apatah lagi ketika mereka sedang membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak lama lagi. Langkah Waythamoorty boleh dijadikan model pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan bagi meraih undi kaum India di DUN tersebut.

Namun kita tidak perlu hairan jika itu berlaku kerana selama ini pun Hindraf sememangnya dilihat cenderung kepada pembangkang sebab itulah apabila Waythamoorty membuat keputusan menyertai Kabinet, Hindraf tidak mengiktirafnya.

Ia kerana Hindraf bukannya ikhlas untuk membantu kaum India tetapi mereka hanya mengambil kesempatan ketika kerajaan BN dalam kesempitan dalam meraih sokongan kaum tersebut iaitu pada 2008. Keadaan itulah yang menyebabkan Hindraf besar kepala kerana mereka menggambarkan seolah-olah mereka ada bargaining power.

Apatah lagi pemimpin pembangkang pula bersedia menjadi sesumpah dan mengambil kesempatan untuk menonjolkan kononnya mereka pejuang kaum India sedangkan mereka hanya mahu meraih undi kaum itu sahaja.

Bagaimanapun kali ini, Waythamoorty dan Hindraf sudah tersilap percaturan kerana kaum India menyokong BN dalam pilihan raya umum lalu bukan disebabkan perjuangan Hindraf tetapi atas keyakinan bahawa hanya parti itu sahaja yang mampu membela nasib mereka.

Oleh itu kepada Waythamoorty dan Hindraf teruslah perjuangan jalanan kalian kerana ia tidak akan menjadi kudis apatah lagi penghalang kepada kerajaan BN untuk meneruskan agenda bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India di negara.

Ini memandangkan di dalam BN masih ada wakil kaum tersebut yang benar-benar ikhlas berjuang untuk mereka dan bukannya masuk ke dalam Kabinet sekadar untuk memperolehi dana.

Perbezaan antara Renzi dan Anwar

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh Azmi Hassan

MENARIK sekali senario politik Itali dan Selangor kerana wujud persamaan selari membuatkan banyak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil kerana faktor rebutan jawatan tertinggi iaitu Perdana Menteri Itali dan juga Menteri Besar Selangor.

Matteo Renzi bakal menjadi Perdana Menteri Itali setelah berjaya memaksa penyandang jawatan tersebut Enrico Letta berundur apabila tewas dalam undi tidak percaya parti yang diwakili kedua-duanya iaitu Parti Demokratik (PD).

Tetapi apa yang paling mengaibkan sekali adalah Renzi bukanlah seorang ahli Parlimen kerana beliau tidak pernah bertanding dalam pilihan raya Itali sebelum ini.

Presiden Itali, Giorgio Napolitano mencadangkan Renzi membentuk kerajaan baharu kerana berasaskan PD yang telah memperolehi kerusi Parlimen terbanyak dalam pilihan raya lepas. Oleh kerana Renzi ialah pemimpin tertinggi PD maka secara tersendiri melayakkan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

Sebab itu jika PD berjaya membentuk kerajaan baharu dan Renzi dilantik sebagai Perdana Menteri maka jawatan tersebut diibaratkan tidak mempunyai kesahihan demokrasi kerana pada asasnya beliau tidak mempunyai mandat pengundi Itali.

Senario sebegini boleh berlaku kerana ia tidak bertentangan dengan perlembagaan negara tersebut dan salah satu sebab mengapa jawatan Perdana Menteri Itali begitu sukar untuk kekal lama adalah kerana ketiadaan mandat pengundi.

Lain pula senario politik Malaysia kerana jawatan Menteri Besar memerlukan seseorang itu memperolehi mandat dari pengundi dan seterusnya dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Sebab itu, ada desas-desus yang mengandaikan sebab sebenar mengapa ADUN Kajang, Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa melepaskan jawatan kerana hendak memberi laluan supaya calon baharu kawasan tersebut dapat dilantik ke jawatan Menteri Besar.

Tiada cacat celanya strategi PKR tersebut yang lebih dikenali sebagai `Langkah Kajang kerana ia tidak mengingkari kehendak demokrasi Malaysia dan juga negeri Selangor.

Seperti mana di Itali, jika Renzi menjadi Perdana Menteri maka beliau dianggap tidak mempunyai kesahihan demokrasi kerana tidak mempunyai mandat pengundi secara langsung, begitu juga dengan lantikan jawatan Menteri Besar terhadap ADUN Kajang yang baharu juga dianggap tiada kesahihan demokrasi kerana beliau tidak mempunyai mandat pengundi Selangor secara keseluruhannya.

Andaian ini dibuat kerana senario politik Malaysia secara lazimnya sesebuah parti politik sudah mempunyai calon siapa yang akan menjawat jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri jika parti tersebut memperolehi jumlah kerusi majoriti dalam pilihan raya.

Tidak keterlaluan juga jika diandaikan salah satu sebab mengapa pengundi Selangor memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya lepas adalah kerana bukan menjadi rahsia lagi penyandang jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dilantik semula buat penggal kedua jika PR memperolehi majoriti jumlah kerusi DUN Selangor.

Sebab itu dikatakan pelantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar mempunyai kesahihan demokrasi kerana pengundi Selangor memahami akan senario politik pada ketika itu dan telah membuat keputusan bersandarkan keadaan ketika itu. Tetapi jika seseorang itu dilantik Menteri Besar melalui strategi Langkah Kajang, maka boleh juga diandaikan jawatan tersebut tidak mempunyai kesahihan demokrasi kerana hanya sebilangan kecil pengundi Selangor yang memberi mandat secara langsung.

Rakyat Itali menyokong strategi Renzi menyingkirkan Letta sebagai Perdana Menteri kerana kegagalan Letta mentadbir urus ekonomi Itali dengan baik.

Kadar pengangguran pada era Letta adalah agak tinggi iaitu melebihi 12 peratus. Sementara itu, bagi penduduk yang berumur di antara 15-24 tahun, kadar pengangguran mencapai sehingga 41 peratus.

Renzi yang juga dikenali dengan jolokan Rottamatore atau pemusnah juga berjanji akan mengubah sistem politik Itali yang banyak dipengaruhi oleh ahli politik veteran yang mempunyai agenda tersendiri. Sebab itu, walaupun Renzi tidak mempunyai madat pengundi secara langsung, tetapi janji-janji beliau yang mahu mengubah bukan sahaja ekonomi Itali tetapi juga sistem politik telah dapat menarik sokongan rakyat Itali.

Tetapi berbeza pula dengan Abdul Khalid tidak begitu ketara berlaku salah tadbir urus negeri Selangor sehingga boleh memaksa beliau melepaskan jawatan. Tidak pula kedengaran sama ada di kalangan ADUN PR atau pun Barisan Nasional sekali pun bahawa akan berlaku undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid.

Langkah Renzi menyingkir Letta kurang disenangi oleh beberapa parti yang membentuk kerajaan campuran Itali dengan PD kerana tidak dibawa berunding terlebih dahulu. Pemimpin parti NCD umpamanya yang sebelum ini bersama-sama dengan Letta dalam kerajaan campuran Itali telah memberi amaran kepada Renzi bahawa NCD tidak semestinya akan turut serta dalam pembentukan kerajaan campuran yang baharu. Sebab utama mengapa NCD membuat ugutan sedemikian rupa adalah kerana PD tidak pernah berunding dengan komponen parti lain dalam kerajaan campuran.

Begitu juga dengan apa yang sedang melanda Kajang dan desas-desus mengenai tujuan sebenar sememangnya kurang disenangi oleh parti lain dalam PR seperti DAP dan Pas. Begitu jelas rakan PKR ini kurang senang dengan senario politik yang sedang berlaku yang pada asalnya hanya diketahui oleh kumpulan tertentu sahaja dalam PKR sedangkan kesan akhirnya adalah begitu besar sekali.

Jika politik Itali sebelum ini begitu rapuh dan tidak stabil kerana tidak wujud aura kesahihan demokrasi sebab tiga Perdana Menteri sebelum ini juga tidak mempunyai mandat pengundi secara langsung, maka tidak menghairankan politik Selangor juga bakal menerima nasib serupa jika Menteri Besar tidak memiliki kesahihan demokrasi dari pengundi negeri itu.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Daripada indie ke arus perdana

Posted: 18 Feb 2014 11:02 PM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI dan NOOR ADZRENE MOHD. NOOR

KHIR Rahman (kiri) dan Nam Ron, masing-masing mempunyai matlamat tersendiri dalam bidang seni.

BERKECIMPUNG dalam bidang seni bebas yang lebih dikenali sebagai independent atau indie dan arus perdana adalah dua dunia yang tidak sama. Malah, ia juga menjanjikan kepuasan yang berbeza-beza bagi para penggiatnya termasuklah buat Nam Ron dan Khir Rahman.

Dua anak seni ini mula dikenali ramai menerusi pementasan teater, drama dan filem pendek dalam ruang lingkup dunia indie. Namun, pembabitan dua sahabat ini dalam dunia indie tidak lama kerana mereka kini lebih dikenali ramai sebagai penggiat seni arus perdana.

Justeru, ramai peminat yang meragui selain kurang pasti hala tuju Nam Ron dan Khir dalam bidang lakonan tanah air sejak akhir-akhir ini. Antaranya ada yang mengandaikan dua sahabat ini sebagai penggiat seni yang kurang asli perjuangan mereka dalam bidang itu.

Tidak kurang juga yang mengatakan dua pelakon yang juga pengarah filem, drama serta teater ini beralih arah jalur perjuangan mereka semata-mata kerana tarikan nilai-nilai komersial terutamanya yang membabitkan wang ringgit dalam persada seni arus perdana.

Hits sempat berborak panjang dengan Nam Ron dan Khir bagi mengetahui hala tuju mereka dalam dunia lakonan pada suatu pertemuan di Damansara Damai, Petaling Jaya baru-baru ini. Pada pertemuan itu Nam Ron mula menjelaskan falsafahnya dalam bidang seni.

Tidak nafikan saya memulakan kerjaya dalam bidang ini secara indie. Saya terbabit sama ada secara indie atau arus perdana kerana sebab-sebab tertentu. Kalau dalam dunia indie ia adalah tentang kepuasan diri sendiri. Ia tentang apa pemikiran yang ingin kita sampaikan.

Kalau dalam dunia indie audiensnya berada dalam kelompok yang kecil tetapi para penggiatnya akan lebih berasa puas. Sedangkan perkongsian dalam arus perdana audiensnya lebih besar tetapi ia akan menyebabkan hilangnya kebebasan berkarya dan kepuasannya juga semakin mengecil.

Buat masa ini memang betul saya semakin menjurus kepada dunia lakonan arus perdana tetapi pada masa sama saya juga masih bergiat secara indie terutama dalam teater yang mempunyai subjek berbeza dan kuat dengan gaya pemikiran indie di sebaliknya," kata pelakon yang nama sebenarnya Shahili Abdan.

Nam Ron, 45, mula dikenali sebagai pengarah menerusi filem arus perdana pertama arahannya berjudul Psiko pada tahun lalu. Ramai yang memerhati gaya pengarahannya dalam filem itu dan mendapati ia masih kuat dengan elemen-elemen indie di dalamnya.

Pengaruh-pengaruh itu banyak dipertonjolkannya menerusi teater-teater indie arahannya yang pernah dipentaskannya di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti Mat Deris Kuala Perlis dan Laut Lebih Indah Daripada Bulan yang jelas memperlihatkan gaya pemikirannya.

Namun, apabila terjun semakin dalam ke dunia lakonan arus perdana anak seni berasal dari Kangar, Perlis ini terpaksa akur dengan kehendak semasa. Ia antaranya soal gaya lakonan serta watak-watak orang kampung yang kononnya sesuai dengan raut wajahnya itu.

Mungkin kemasukan saya dalam lakonan arus perdana ada kena mengena dengan wajah saya dikatakan macam orang kampung. Sebab itu, kalau saya melakonkan watak seorang ahli perniagaan ia macam kurang kena di mata pengarah atau penerbit.

Sebagai pelakon arus perdana saya akur dengan permintaan seperti itu kerana ia berdasarkan kesesuaian diri saya dan watak yang akan dilakonkan itu. Saya tidak kisah kerana berlakon bukan keutamaan saya, sebaliknya fokus saya adalah dalam bidang pengarahan.

Saya masih ingat lagi semasa belajar di ASK (Akademi Seni Kebangsaan) dulu pensyarah saya iaitu Ahmad Yatim pernah menegur dan mengatakan saya tidak boleh berlakon. Ketika itu, saya masih baharu lagi dan kurang pula keyakinan dalam bidang lakonan," jelasnya.

Nam Ron kini sedang berdebar-debar dalam menanti kemunculan filem kedua arahannya berjudul Nur Hikmah yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara tidak lama lagi. Bukan setakat itu sahaja tetapi dia juga akan mengarah banyak lagi karya selepas ini.

Katanya semua itu akan memperkembangkan lagi kerjayanya dalam bidang lakonan selain masih aktif menulis skrip-skrip untuk teater dan drama. Secara tidak langsung ia menggambarkan pendekatan Nam Ron semakin lama semakin banyak kepada kerja-kerja belakang tabir.

Saya akan terus berlakon dalam arus perdana dan indie seperti biasa. Tetapi pada masa sama, saya juga akan mengarah teater dan filem selain menulis skrip. Contohnya, sekarang ini saya sedang menulis skrip filem bertajuk One Two Jaga yang akan difilemkan tidak lama lagi.

Bagi mengisi masa saya terus menerima tawaran berlakon seperti dalam filem Penculikan Amar Affendi arahan Sein Ruffedge yang akan menjalani penggambaran pada Mac ini. Semua itu saya lakukan satu persatu tetapi apa yang jelas kebanyakannya dalam arus perdana," ujarnya.

Selain berlakon dan mengarah, Nam Ron yang memiliki studionya sendiri iaitu Ayaq Hangat Studio kini sedang sibuk menyiapkan sebuah naskhah terbaharu bertajuk Hypokrite yang bakal dipentaskan pada Mac ini dengan mengenakan tiket berharga RM15.

John Mayer, Katy Perry berkahwin

Posted: 18 Feb 2014 11:02 PM PST

BELUM mengesahkan status, namun daripada aksi, tampak Katy Perry dan John Mayer seperti sudah berkahwin.

Nampaknya khabar angin yang mengatakan pasangan John Mayer dan Katy Perry sudah

bergelar suami isteri kini semakin kuat apabila bukti bergambar terdedah di dunia internet. Menurut laporan Daily Mail, pasangan ini ditemui ketika berada di Sunset Towers baru-baru ini. Ketika itu, Perry dan Mayer dilihat berjalan bersama dengan penuh kemesraan dan terdapat sebentuk cincin emas yang cantik di jari manis Perry ketika itu," kata saksi yang terserempak dengan pasangan itu. Namun, pasangan ini belum memberi sebarang kepastian kepada peminat mereka tentang hubungan sebenar mereka. Malah, mereka juga tidak menafikan atau mengiakan sama ada khabar angin itu benar atau tidak. Namun yang pasti, ramai peminat mula beranggapan bahawa mereka Christina Aguilera tunangan Matthew Rutler sudah bergelar suami isteri apatah lagi sebentuk cincin di jari manis adalah simbolik kepada sebuah ikatan dalam perhubungan. Ketika malam kejadian, mereka makan malam bersama dan Perry tidak sedikit pun menyorokkan cincinnya itu. Malah, Perry kelihatan sangat berseri-seri dan seronok ketika berada

bersama dengan Mayer," jelas sumber itu lagi. Walaupun nampak mesra, hubungan

pasangan ini boleh dikatakan tidak stabil jika dilihat sejarah percintaan mereka sebelum ini. Walaupun begitu, pasangan ini menganggap pergaduhan itu seperti sesuatu yang biasa dalam percintaan dan merek selalunya akan kembali bersama. Apa-apapun, peminat mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. Semoga rumah tangga mereka aman dan dikurniakan cahaya mata yang comel.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Dihina saudara kandung

Posted: 18 Feb 2014 11:02 PM PST

TERAGAK-agak dia mahu bercerita tentang dirinya. Janji dari seminggu yang lalu akhirnya, Irma (nama samaran), 20, akur dengan kehendak saya yang mahu dia berkongsi kisah dirinya untuk segmen Pengakuan minggu ini.

Dia ternyata seorang gadis yang begitu lemah lembut, sopan tutur kata dan cantik paras rupa. Cerita gadis muda ini, bermula dari usianya dua tahun lagi apabila dia diserahkan kepada keluarga angkat oleh ayah dan ibunya.

Zaman kanak-kanak dan remaja saya cukup membahagiakan. Keluarga angkat saya memang tidak mempunyai anak perempuan, hanya dua abang lelaki yang selang beberapa tahun dari saya.

Mereka sangat memanjakan saya, mungkin sebab tidak memiliki anak perempuan.

Sejak kecil lagi saya memang rapat dengan ibu angkat saya, dengan dia saya banyak bercerita hal sekolah dan rakan-rakan. Hanya satu dilema saya iaitu setiap kali awal tahun persekolahan apabila guru meminta saya mengisi borang maklumat murid.

Saya kerap tertanya-tanya kenapa nama ayah saya tidak sama dengan yang tercatat di surat kelahiran saya. Memang ketika di sekolah rendah saya tidak hiraukan semua itu, tetapi apabila memasuki sekolah menengah rasa ingin tahu semakin menjadi-jadi," cerita Irma, yang ditemui di tempat kerjanya di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Katanya, tujuan bercerita kisah hidupnya bukan mahu menagih simpati, cuma apa yang berlaku membuatkan dia sendiri berperang dengan emosi.

Satu hari ketika saya baru lepas mengambil peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah), saya memberanikan diri bertanya ibu adakah saya ini anak angkat. Seperti yang saya sudah jangka jawapan ibu positif, tetapi reaksi ibu biasa sahaja seperti tiada yang pelik.

Ibu terus menceritakan segalanya pada saya, ibu seakan telah bersedia dan memang ibu mengakuinya. Kata ibu, rahsia ini tidak mungkin boleh disimpan selama-lamanya kerana saya anak perempuan dan suatu hari nanti jika saya akan bernikah pasti kebenaran akan diperlihatkan," ceritanya lagi.

Walau mengetahui dirinya hanyalah anak angkat, Irma langsung tidak rasa terasing, malah keluarganya semakin mengambil hati anak gadis itu kerana takut emosi terganggu.

Namun, hakikat dia mempunyai keluarga kandung yang entah di mana kedudukannya, tetap menghantui fikirannya.

Apa yang menjadi dilema saya ialah kenapa saya diberi kepada orang lain? Kata ibu, dia mengambil saya kerana keluarga kandung saya orang susah dan adik beradik kandung saya ketika itu sudah ada 11 orang.

Saya kurang yakin dengan alasan tersebut dan saya memang benar-benar berhasrat mencari kembali keluarga asal untuk bertanya khabar dan mengetahui mengapa saya diserahkan kepada keluarga angkat," ujar Irma.

Selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dua tahun lalu, Irma mendapat kerja sampingan sebagai guru tadika.

Dari situ dia mengumpul wang dan merancang strategi untuk mengorek rahsia mengapa dirinya diserahkan kepada keluarga angkat.

Berbekalkan alamat yang ibu saya beri, saya akhirnya berjaya menemui rumah keluarga kandung saya, cuma yang menyedihkan ialah kedua ibu bapa saya sudah meninggal dunia. Rumah tersebut kini hanya didiami keluarga abang kandung saya.

Apa yang membuatkan saya bertambah sedih, mereka langsung tidak mengendahkan kedatangan saya walau tujuan saya murni untuk bertemu ahli keluarga. Tiada siapa yang menyambut mesra kehadiran saya, cuma seorang adik yang betul-betul mahu berkongsi cerita dengan saya.

Rupa-rupanya kehadiran saya ditakuti abang kerana arwah ibu bapa kandung saya telah mewasiatkan rumah tersebut kepada saya. Menurut cerita adik saya, arwah ibu dan bapa rasa begitu bersalah terhadap saya kerana tidak menjaga saya sejak kecil, jadi satu-satunya harta yang mereka ada iaitu rumah di kampung ditukar atas nama saya.

Tahulah saya kenapa kehadiran saya tidak disambut abang-abang. Walau sedih, sekelumit pun saya tiada niat mengambil rumah pusaka tersebut. Saya mencari mereka bukan kerana harta tetapi kerana mahu mengenali saudara sedarah dengan saya," katanya dalam nada sedih.

Kehidupan Irma yang ceria selama ini sedikit sebanyak tercalar selepas dia menemui adik-beradik kandungnya.

Sungguh saya tidak sangka keluarga kandung saya melayan saya sebegitu rupa. Mereka menuduh saya datang hanya untuk mendapat harta dan memang patutlah saya dibuang dari keluarga kerana mata duitan. Itu belum lagi dengan kata-kata yang tidak sedap telinga dihamburkan oleh isteri abang saya.

Mereka langsung tidak menerima saya, mereka begitu takut saya akan menjual rumah tersebut dan menghalau mereka dari situ.

Ikutkan hati masa itu juga saya mahu terus ke pejabat tanah menukar nama saya kepada nama mereka kerana mahu membuktikan keikhlasan saya.

Namun, hasrat saya dihalang adik bongsu kerana katanya saya berhak atas rumah itu seperti diamanatkan arwah ibu dan bapa," katanya.

Satu lagi yang menghairankan Irma ialah mengikut kata ibu angkatnya adik-beradik kandungnya seramai 11 orang tetapi sebenarnya cuma tiga orang.

Pasti ada rahsia atau sebab lain kenapa dia diserahkan kepada keluarga angkat.

Itu yang semakin membuatkan saya musykil. Melihat daripada keadaan keluarga saya, tidak nampak mereka begitu miskin. Pasti ada sebab lain yang entah sampai bila-bila pun saya tidak akan mengetahuinya," tambahnya.

Kini Irma hanya mampu berdoa dan berusaha memperbaiki hubungan dengan abang-abang kandungnya yang suatu hari pasti akan menjadi wali pernikahannya.

Mungkin atas didikan ibu bapa angkat menjadikan saya begitu prihatin dengan hubungan adik-beradik. Jadi apabila berlaku keadaan seperti ini, ia amat mengganggu fikiran saya apatah lagi apabila mereka bersangka buruk terhadap saya. Saya percaya kebenaran akan muncul juga akhirnya," ujar Irma penuh harapan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk kesal tiada tindakan diambil

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Sikit-sikit lama-lama sampah membukit.

Itu reaksi penduduk sekitar Wangsa Maju Seksyen 2, di sini mengenai timbunan sampah sarap berhampiran kawasan perumahan mereka yang tidak dikutip sejak beberapa hari lalu.

Seorang suri rumah yang menetap di kawasan itu, Victoria Anthony, 60, berkata, pada awalnya, kawasan itu bersih tetapi mula menjadi lokasi sampah sarap.

"Apabila ada orang meletakkan sampah di situ, orang lain yang melalui jalan ini mula mengikut jejak mereka.

"Dulu, kawan saya yang tinggal di sini pernah membuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun tiada sebarang tindakan diambil," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pegawai bank, Ruslin Redwan, 22, berkata, masalah sampah di kawasan itu telah berlarutan sejak sekian lama dan seolah-olah tiada cara untuk menyelesaikannya.

"Apabila hujan, keadaan sampah di sini akan bertambah teruk apabila ditiup angin atau dibawa air. Memburukkan lagi keadaan apabila beberapa ekor anjing dilihat menyelongkar sampah di situ.

"Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan tong ataupun rumah sampah yang mencukupi," katanya.

Seorang pengawal keselamatan, Zainal Abidin Shariff, 51, berkata, walaupun pekerja DBKL pernah datang mengangkut sampah itu, masalah tersebut masih berlarutan.

Selain itu, difahamkan, rumah sampah yang terdapat di sebuah blok kawasan perumahan Wangsa Maju Seksyen 2 tidak dipungut oleh pihak bertanggungjawab mengikut jadual.

Sampah yang terkumpul itu terlalu banyak sehingga menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.

Terdapat juga pekerja di sekitar kawasan itu yang membuang sampah tanpa menghiraukan penduduk keselesaan penduduk.

Jalan Hulu Langat-Ampang dicemari sampah

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

Pihak bertanggungjawab perlu memantau kegiatan pembuangan sampah di bahu jalan sepanjang Jalan Hulu Langat-Ampang, Selangor bagi memastikan lokasi itu tidak terus dijadikan tempat pembuangan sampah haram.

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang mengambil jalan mudah dengan membuang sampah di bahu jalan sepanjang Jalan Hulu Langat-Ampang amat dikesali.

Keadaan itu membayangkan sikap segelintir masyarakat yang tidak berdisiplin dan kurang prihatin terhadap kebersihan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi terbabit hari ini mendapati, sampah domestik seperti sisa makanan, lampin bayi dan sebagainya ditemui di kawasan tersebut.

Bukan sahaja ia menjejaskan persekitaran, bahkan turut dibimbangi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes hingga menyebabkan penularan wabak denggi.

Ini lebih-lebih lagi kawasan tersebut merupakan hotspot wabak denggi yang boleh membahayakan kesihatan penduduk sekitar.

Sebagai pihak bertanggungjawab, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) digesa memantau dan membersihkan kawasan tersebut bagi memastikan kawasan itu tidak terus dijadikan lokasi pembuangan sampah haram.

LRT hingga ke Pelabuhan Klang

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

Oleh Mohamad Ariff Mohd.Yusof
kota@utusangroup.com.my

Azhari Shaari (tengah) menyerahkan memorandum berhubung permohonan supaya Prasarana membina laluan LRT di Shah Alam kepada Shahril Mokhtar (kanan) di Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/ROY AZIS ABD. AZIZ
Azhari Shaari (tengah) menyerahkan memorandum berhubung permohonan supaya Prasarana membina laluan LRT di Shah Alam kepada Shahril Mokhtar (kanan) di Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/ROY AZIS ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR 18 Feb.- Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menyokong penuh cadangan pembinaan laluan transit aliran ringan (LRT) yang bakal menghubungkan kawasan Kelana Jaya, Shah Alam sehingga ke Pelabuhan Klang.

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, cadangan tersebut kini berada di tahap terakhir sebelum dibentangkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bulan depan.

"Rancangan ini akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat, sekali gus merealisasikan usaha kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

"Status projek ini berada di tahap akhir sebelum dibentangkan kepada pihak SPAD dalam menentukan laluan yang bakal dibina,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum berhubung permohonan membina laluan LRT dari Kelana Jaya ke Shah Alam daripada Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari di sini hari ini.

Baru-baru ini, UMNO Bahagian Shah Alam meminta kemudahan itu dibina sehingga ke bandar raya tersebut bagi memudahkan penduduk di kawasan itu.

Sementara itu, Shahril berkata, Shah Alam menjadi semakin padat, ditambah pula dengan projek pembangunan perumahan dan pusat komersil pada masa depan.

Menurut data bancian 2011, jumlah penduduk di Shah Alam telah melebihi 646,980 orang dan kebanyakan mereka berulang alik setiap hari ke bandar-bandar lain seperti Subang Jaya,Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

"Buat masa ini, jumlah bas awam sebanyak 250 buah bakal ditambah bagi menambah baik sistem perkhidmatan sedia ada," ujar Shahril.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Selidik bidang ingin diceburi

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

Oleh Haniza Hassan
utusanjohor@utusan.com.my

Russli Hassan (dua dari kanan) mendengar taklimat daripada wakil Jobs Malaysia pada Karnival Mini Kerjaya KYPJ 2014 di Johor Bahru, baru-baru ini. - gambar/ihsan kpypj

JOHOR BAHRU 18 Feb. - Penuntut Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) disaran membuat penyelidikan terperinci tentang kerjaya yang ingin diceburi selepas tamat pengajian seperti latar belakang organisasi, kelayakan kemasukan dan suasana kerja.

Pengarah Bahagian Pentadbiran KYPJ, Russli Hassan berkata, kaji selidik itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka membuat pilihan tepat tentang sesebuah organisasi yang ingin mereka disertai kelak.

Beliau berkata, penuntut boleh mendapatkan maklumat itu bukan sahaja menerusi media, malah secara terus di pameran kerjaya dan program pendaftaran pekerja yang dianjurkan pelbagai pihak.

"Sebagai contoh jika lepasan Diploma Perakaunan ingin menjadi pembantu akauntan, mereka perlu mengetahui kelayakan dan syarat untuk mengambil kursus 'Associate of Chartered Certified Accountants' (ACCA) yang boleh diperoleh dalam pameran kerjaya yang turut disertai firma akauntan," katanya semasa merasmikan Karnival Mini Kerjaya KYPJ 2014, di sini baru-baru ini.

Karnival dua hari di Sekolah Pengurusan Sains Sosial (SPSS) di Kampung Ungku Mohsin itu disertai 17 agensi korporat dan perniagaan, antaranya Jobs Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Gates IT Solution dan HT Global Consultancy.

Russli berkata, berdasarkan maklum balas daripada agensi yang menyertai karnival kerjaya, para penuntut akan mendapat gambaran lebih mendalam tentang bidang kerjaya yang ingin diceburi termasuk suasana kerja, tanggungjawab yang dipikul dan laluan kerjaya.

"Dengan cara itu, penuntut akan lebih bersedia dari segi akademik, mental dan fizikal yang diperlukan untuk menjawat jawatan dalam bidang yang diceburi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Projek Karnival Mini Kerjaya KYPJ, Halijah Mohd. Yassin berkata, sepanjang dua hari program itu diadakan beberapa wakil industri turut memberi taklimat kerjaya kepada penuntut KYPJ, antaranya firma akauntan, NSY Accountancy Services, RHB Islamic dan Consultant Interior Designer.

Selain memberi pendedahan kepada penuntut tentang peluang pekerjaan, mereka turut didedahkan dengan peluang melanjutkan pengajian, bimbingan kaedah menulis surat permohonan pekerjaan dan temuduga terbuka.

"Pada masa sama, karnival ini menjadi medan bagi pihak kolej menjalinkan hubungan dua hala dengan pihak industri berkaitan bagi 'memasarkan' penuntut kami kepada mereka," katanya.

Mengandung, buta tak halang lanjut pengajian

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

JOHOR BAHRU 18 Feb. - Usia kandungan yang mencecah lapan bulan bukan penghalang bagi seorang ibu muda untuk meneruskan hasratnya mendapatkan segenggam ijazah apabila turut mendaftar mengikuti program pengajian secara separuh masa.

Asmah Abdul Jabar, 29, kini sarat mengandung anak keduanya itu mengakui telah lama memendam keinginan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda setelah memiliki diploma.

"Sebenarnya niat untuk menyambung ke peringkat sarjana muda bukan baharu kerana saya telah menyimpan hasrat ini sejak setahun lalu, namun terpaksa ditangguh dahulu kerana kursus yang saya minati tidak ditawarkan pada ketika itu.

"Kini walaupun sarat mengandung anak kedua, saya gembira kerana akhirnya hasrat untuk melanjutkan pengajian tercapai juga," katanya yang mendaftar diri untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Matematik Industri di Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan UTM (UTMSpace), di sini baru-baru ini.

Sementara itu, seorang penuntut buta sebelah mata, Mohd. Naim Mohd. Hassan, 31, berkata, kekurangan bukan penghalang untuk terus memajukan diri seperti insan lain.

"Saya mendaftarkan untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer ini bagi memajukan diri, khususnya dalam bidang kerjaya kerana umum tahu betapa pentingnya segulung ijazah itu.

"Kekurangan yang ada ini bukanlah penghalang, malah 'membakar' semangat saya untuk terus meningkatkan pengetahuan diri," katanya yang berasal dari Pulau Pinang.

Pada Majlis Aluan dan Sesi Pendaftaran Pengajian Separuh Masa UTMSpace sesi Februari 2014/2015 itu, seramai 500 penuntut dari seluruh negara mendaftar bagi mengikuti 14 program pengajian, antaranya kejuruteraan awam dan elektrikal, bioperubatan, matematik dan hartanah.

Sejak UTMSpace ditubuhkan pada 1995, sebanyak 13,000 penuntut pelbagai jurusan telah dilahirkan dan pihaknya turut menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum di cawangan baharunya di Miri, Sarawak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Posted: 18 Feb 2014 11:02 PM PST

Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR

NAMA samaran Cik Epal memberikan populariti tersendiri bagi gadis bernama Nur Munirah Mahmood, 24, ini.

Menerusi nama tersebut juga dia mewujudkan satu blog cikepal06.blogspot, yang berjaya mengumpul pengikut seramai 30,869.

Saya juga salah seorang pembaca senyap yang sering terkunjung ke blog Cik Epal mencari maklumat tertentu.

Cik Epal jadi diri sendiri

Nur Munirah atau lebih popular dengan gelaran Cik Epal.

Nyata penyampaian Nur Munirah dalam blognya memang bersahaja dan pelbagai tip serta maklumat berguna dikongsi bersama pengikutnya.

Saya mula menulis blog pada awal tahun 2009. Perkongsian isi kandungan blog ringkas sahaja tentang resipi, tempat makan menarik, ulasan filem yang baru ditayangkan di pawagam, pelancongan, gaya hidup dan pelbagai lagi.

Apabila saya menulis di blog, saya lebih selesa menjadi diri sendiri dan menulis macam saya bercerita dengan kawan dengan bahasa yang santai tidak macam baca surat khabar," ujar Nur Munirah yang ditemui pada satu sesi fotografi di studia Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagi Nur Munirah, aktiviti blog memberikan begitu banyak manfaat kepada dirinya terutama dari segi kewangan.

Banyak yang saya dapat daripada aktiviti blog ini sebenarnya. Pada mulanya, saya tak sangka pulak dengan hanya melalui blog, boleh menjana pendapatan yang sangat-sangat lumayan.

Saya sangat berbesar hati apabila ada syarikat pengiklanan yang percaya saya boleh menulis ulasan iklan dengan baik. Secara tidak lansung, meningkatkan semangat saya untuk terus menulis blog dan boleh meningkatkan duit poket saya juga.

Selain itu tentunya keseronokan dapat membuat lebih ramai rakan baru setiap hari. Mengenali rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang membuatkan saya melatih diri menjadi matang dan bersedia menangani apa juga pendapat. Kesimpulannya menjadi penulis blog memang sangat menyeronokkan," ujar Nur Munirah yang menyifatkan apa yang dikongsi di blog ikhlas dari hatinya.

Anak sulung berasal dari Johor ini juga membuktikan aktif menulis blog bukan satu yang sia-sia apabila dia pernah tercalon dalam lima terbaik bagi kategori Best Personal Blog untuk Blogrrr Awards 2013, sekali gus menjadikan Cik Epal sebaris dengan penulis-penulis blog tempatan terkenal masa kini.

Secara peribadi saya merasakan kehidupan saya dulu dan sekarang sama sahaja. Hubungan dengan kawan-kawan di alam nyata pun sama sahaja. Cuma kawan-kawan dan kenalan semakin bertambah.

Buat sementara waktu ni, saya buat bisnes online. Menjual baju, skirt, shawl dan sebagainya di instagram@bycikepal. Selepas ini saya akan menjual macaron pula.Kalau saya rasa nak kemas kini blog, saya buat sahaja sebab saya tidak ada masa-masa tertentu untuk menulis.

Prinsip hidup saya ialah hadapi semua dengan senyuman dan yakin dan percaya pada diri sendiri. Hidup ini ada turut naik, kalau kita buat sesuatu dengan niat yang betul, insya-Allah apa yang kita usahakan akan dapat hasilnya dan jadilah seorang yang positif," katanya panjang lebar.

Pelbagai fesyen dalam satu butik

Posted: 18 Feb 2014 11:02 PM PST

Pelbagai rekaan dan potongan yang diingini oleh pelanggan boleh dimiliki di Aamily, sama ada kasual, gaya ke tempat kerja, untuk golongan profesional mahupun mereka yang mencari pakaian sesuai untuk ke majlis. Potongan baju labuh ilham kurta wanita Pakistan yang diolah moden dan dipakai bersama kain atau seluar besar longgar, nyata sesuai serta selesa dipakai tatkala membeli-belah, bercuti atau menempuh perjalanan yang jauh.

Jika inginkan fesyen yang berpotongan longgar namun nampak elegan dengan penggunaan fabrik bermutu dan bercorak menarik, boleh mencuba jubah moden atau kaftan yang mengikut saiz si pemakai.

Dimiliki oleh Azrina Ariffin dan Isma Baharin, Aamily turut menyediakan rekaan yang eksklusif bagi pelanggan yang hanya dia sahaja yang memiliki rekaan tersebut.

Kata Azrina, memang terdapat pelanggan yang mahukan kelainan dan berbeza daripada orang lain.

Permintaan untuk rekaan sebegini memang ada dan sebolehnya kami akan layan," katanya.

Selain itu, kata Azrina, atas permintaan ramai kebanyakan koleksi datang dalam warna-warna terang biarpu masih diselitkan warna-warna asas dan rona gelap.

Antara yang menjadi pilihan ramai ialah warna jingga yang menampilkan perasaan segar dan gembira apabila memakainya.

Jika agak tidak berani bergaya sepasang, padankan dengan warna lain yang lebih lembut.

Bagi yang menyukai rona gelap, terdapat pilihan untuk warna hijau lumut, coklat, kelabu atau merah tua.

Keserian si pemakai akan lebih jelas dengan penambahan aksesori yang bersaiz besar.

Sebulan sekali akan terdapat koleksi terbaharu bagi memenuhi kehendak pelanggan bukan sahaja daripada sekitar Seremban tetapi juga kawasan yang berhampiranm," kata Azrina. - MERAN ABU BAKAR

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved