Rabu, 24 April 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tiada kes terhadap Rajagobal

Posted: 24 Apr 2013 11:57 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Rajagobal

PETALING JAYA - Sejarah bagaikan tercipta pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam apabila Datuk K. Rajagobal menjadi orang pertama berjaya keluar daripada perbicaraan tanpa dikenakan sebarang hukuman dan masih kekal menjadi pengendali Harimau Malaya sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini.

Senjata terakhir yang berjaya menyelamatkan Rajagobal daripada digantung enam bulan serta didenda RM8,000 adalah pita rakaman sidang akhbar semasa perlawanan Malaysia dan Arab Saudi 17 Mac lalu yang dibawanya berjaya mempengaruhi semua ahli Jawatankuasa Tatatertib bahawa tiada sebarang kes yang boleh dikenakan.

Pengerusinya, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, setelah mendengar kembali rakaman kenyataan Rajagobal dalam sesi pembelaan, mereka sepakat yang jurulatih berusia 56 tahun itu tidak ada mengkritik dasar FAM dalam soal penggunaan pemain import di saingan Liga Malaysia.

''Jawatankuasa memutuskan bahawa tiada kes terhadap Rajagobal dan berpuas hati yang dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian setelah memperhalusi pita yang diberi oleh Rajagobal pada sesi pembelaan.

''Kita juga telah bertanya secara satu sama satu dengan Rajagobal dan dia menafikan segala kenyataannya dalam keratan akhbar.

''Dalam hal ini, mungkin apa yang diperkatakan dalam akhbar itu disalah tafsir... Itu lebih baik anda bertanyakan kepada pemberita yang membuat artikel berkenaan," katanya ketika ditemui selepas sesi perbicaraan di Wisma FAM, semalam.

Walaupun tidak dikenakan sebarang tindakan, Rajagobal enggan memberikan sebarang komen.

Dalam pada itu, Taufek juga menasihatkan kepada Rajagobal agar berhati-hati membuat kenyataan pada masa akan datang walaupun dia mempunyai kebenaran daripada FIFA (Persekutuan Bola Sepak Dunia) untuk memberi sebarang komen selepas mana-mana perlawanan.

''Tidak salah membuat kenyataan tetapi saya mahu selalu mengingatkan kepada dia iaitu di bawah Kod Tatatertib 4.5.8, kita memang bagi kebenaran kepada jurulatih bagi kenyataan kepada media.

''Sebarang kata-kata yang berbentuk permusuhan dan kritikan perlu dielakkan dan jika dia didapati bersalah, dia boleh didakwa mengikut Perkara 18.3 iaitu melanggar polisi FAM, " katanya.

Bagi kes berlainan, dua pemain Selangor iaitu Afiq Azmi dan Abdul Shukur Jusoh masing-masing digantung dua perlawanan ekoran kontroversi pergaduhan semasa perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang ATM, 25 Januari lalu.

Shukur didenda RM2,000 ekoran tindakannya yang enggan keluar padang selepas menerima kad merah sehingga perlawanan terhenti selama 1 minit 35 saat sementara Afiq hanya didenda RM1,000 kerana cuba mencetuskan pergaduhan.

Beasley luah kekecewaan

Posted: 24 Apr 2013 11:57 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

John Beasley bersama Josiah Ng (kiri) dan Azizulhasni yang berjaya menempa nama di pentas dunia dalam acara trek.

KUALA LUMPUR - Jika hendak memastikan sukan berbasikal di Malaysia terus berkembang maju, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) harus memperhalusi segala perkara yang dibangkitkan oleh ketua jurulatih negara, John Beasley.

Jurulatih dari Australia itu tidak berselindung tentang program pembangunan sukan ini yang agak perlahan selepas tujuh tahun, walaupun dia berjaya menggilap bakat pelumba tempatan seperti Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Rizal Tisin

Menurut Beasley, dia berada di Malaysia selama tujuh tahun, namun mengakui berasa kecewa terutama dari segi pembangunan akar umbi dan perkembangan acara lebuh raya.

"Saya juga risau dengan struktur program pembangunan berbasikal kerana hanya sekolah sukan sahaja yang menjadi pembekal utama atlet yang bertaraf antarabangsa untuk bersaing di kejohanan besar," katanya kepada media selepas sesi taklimat PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, semalam.

Beasley memberi contoh sukan bola sepak di mana pemain sudah pasti perlu dipilih daripada pasukan negeri atau kelab untuk mewakili skuad kebangsaan tetapi berbasikal tidak mempunyai kaedah seperti itu, ia seolah-olah seperti piramid terbalik, tanpa asas yang kukuh.

"Sebelum saya meninggalkan negara ini sudah tentu saya mahu melihat satu struktur yang kukuh terutama di bahagian asasnya yang melibatkan peringkat akar umbi. Kontrak saya bakal berakhir tahun depan, namun saya masih berasa komited sehingga Sukan Olimpik 2016 Rio de Janeiro.

"Saya memang banyak mendapat tawaran dari negara lain, namun saya tidak memikirkan soal wang kerana saya gembira di sini dengan mempunyai ketua-ketua dari MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) yang bagus," katanya.

Taklimat tersebut yang turut dihadiri Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad dan Setiausaha Agung PKBM, Ibrahim Mustafa.

Beasley dalam pada itu mendakwa, wujud musuh dalam selimut dalam badan tersebut yang menggagalkan usahanya untuk melonjakkan lagi sukan berbasikal di negara ini.

Dalam pada itu, menurut Naim, beliau mengambil serius perkara yang disampaikan oleh Beasley itu dan akan membawa perkara tersebut kepada Exco PKBM bagi sebarang tindakan lanjut.

"PKBM sama sekali tidak mahu individu yang membuat keputusan sendiri mengetepikan keputusan asal. Pada asalnya kita telah membuat keputusan A tetapi menjelang perlumbaan yang dilaksanakan ialah keputusan B. Perkara ini perlu dikaji dengan terperinci dan tindakan akan diambil jika perlu.

"Keputusan memilih atlet untuk beraksi di mana-mana kejohanan akan diputuskan jawatankuasa pemilihan PKBM berdasarkan cadangan pihak jurulatih," katanya.

Pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2013 di India, baru baru ini terdapat individu dalam PKBM yang tidak sependapat sehingga menimbulkan masalah sekali gus dilihat sebagai mencabar penilaian yang dilakukan Beasley sebagai ketua jurulatih.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemilik blog

Posted: 24 Apr 2013 11:02 PM PDT

Oleh HAMIMAH HAMID

IPOH 25 April - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri, 45, terbabit dalam kemalangan di Kilometer 381.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Slim River awal pagi tadi.

Beliau yang terkenal dengan blog Dr. MiM dan seorang rakannya, Azlan Ali, 36, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Slim River.

Menurut jurucakap polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika beliau dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke arah Selatan. - UTUSAN ONLINE

Tiga beranak maut kemalangan

Posted: 24 Apr 2013 11:57 AM PDT

Oleh FARIS HANAFIE
utusanjohor@utusan.com.my

Kereta Proton Saga yang dinaiki Abdul Razak Pid bersama tiga anaknya remuk selepas bertembung dengan lori tunda dalam kemalangan di Kilometer 33, Jalan Mersing-Kota Tinggi, Johor, semalam. - UTUSAN/faris hanafie

MERSING 24 April - Tiga beranak maut dan seorang cedera ringan selepas kereta Proton Saga yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori tunda di Kilometer 33, Jalan Mersing-Kota Tinggi di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa, Abdul Razak Pid, 43, dan dua anaknya, Adibah Taqqiah, 14, dan A'fiqah Ihsanniah, 11, maut di tempat kejadian manakala Alimulhilmi, 9, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zulkepli Hashim berkata, ketika kejadian, Abdul Razak yang merupakan seorang guru dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sri Pantai di sini selepas tamat mengikuti kursus.

"Siasatan awal mendapati kereta yang dipandunya dari arah Johor Bahru dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tunda berkenaan.

"Mayat tiga beranak berkenaan telah dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat manakala mangsa yang terselamat kini menerima rawatan lanjut di hospital sama," katanya.

Zulkepli memberitahu, pemandu lori tersebut bagaimanapun hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


'Imam Mahadi,' tertuduh ditembak kerana enggan serah diri - saksi

Posted: 24 Apr 2013 11:57 AM PDT

Muhdalena Ahmad

PUTRAJAYA 24 April - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, seorang anggota polis bertindak melepaskan tiga das tembakan ke arah dua individu dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), tahun lalu selepas mereka enggan meletakkan senjata yang dipegang serta menyerah diri.

Koperal Ridzuan Megat Ahmad, 32, memberitahu, dia melepaskan dua das tembakan ke arah Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, serta satu das lagi ke arah tertuduh, Muhdalena Ahmad , 28, selepas empat amaran dikeluarkan.

Anggota Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya itu menceritakan, dia bersama seorang lagi anggota bergegas ke JPM sebaik sahaja menerima panggilan berhubung satu kejadian amuk.

Saksi menyatakan, setibanya di situ, kedua-duanya yang ketika itu bersenjatakan parang panjang dilihat mara ke arah mereka dalam jarak kira-kira 15 meter menyebabkan dia mengeluarkan arahan agar mereka meletak senjata dan menyerah diri.

Ujarnya, Khalil Afandi bagaimanapun enggan mematuhi arahan dan sebaliknya menggertak polis supaya jangan mencampuri urusan kedatangannya ke situ sambil mengugut untuk memancung kepala mereka dengan parang panjang.

Menurut Ridzuan, kedua-duanya semakin menghampiri polis menyebabkan dia mengeluarkan tiga lagi amaran sebelum melepaskan tembakan ke arah bahagian bawah tubuh mereka.

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Salleh, saksi pendakwaan itu menyatakan, dia terpaksa melepaskan tembakan kerana jaraknya dengan kedua-dua individu tersebut terlalu dekat iaitu kira-kira tiga meter sahaja.

"Saya terpaksa mengambil tindakan kerana saya diserang dan tiada ruang untuk menyelamatkan diri manakala kedudukan mereka yang ketika itu bersenjata terlalu hampir," ujarnya pada sesi pemeriksaan utama.

Ridzuan menyatakan, kedua-duanya yang tercedera kemudian bergerak ke kaki lima jalan dan duduk di situ sambil meletakkan senjata. Lelaki itu selanjutnya menyatakan: 'Saya menyerah.'

Dalam kejadian itu, Khalil Afandi yang mengaku dirinya 'Imam Mahadi' terbunuh selepas terkena tembakan di bahagian ari-ari dan tangan kiri manakala Muhdalena cedera pada paha kanannya.

Ridzuan turut disoal balas oleh peguam M. Visvanathan yang mewakili Muhdalena, mengapa dia tidak melepaskan tembakan amaran ke udara bagi menghentikan kedua-duanya daripada terus mara ke arah polis.

Anggota polis berkenaan menyatakan, dia tidak dapat berbuat demikian kerana kejadian berlaku di kaki lima bangunan berbumbung.

Saksi juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa perbuatannya melepaskan tembakan adalah melampau kerana tindakan yang sepatutnya diambil ialah menangkap mereka, bukannya menembak kedua-duanya.

Mahkamah sedang mendengar perbicaraan terhadap Muhdalena yang didakwa melakukan ugutan jenayah untuk mendatangkan cedera parah terhadap Ridzuan dan tuduhan membawa sebilah pedang yang dikelaskan sebagai senjata berjadual.

Muhdalena turut didakwa atas tuduhan lain iaitu tidak mematuhi perintah anggota polis yang sama agar meletakkan senjata di kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan.

Dia turut didakwa tidak mematuhi perintah Menteri dengan berada di tempat kejadian yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan tanpa memiliki pas atau permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai tahun lalu di Kompleks B, JPM, Presint 1 di sini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd. Kamil Nizam bersambung pada 12 dan 13 Jun depan.

'Tuhan Harun' didakwa atas 11 pertuduhan

Posted: 24 Apr 2013 11:57 AM PDT

Harun Mat Saad dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, semalam. - BERNAMA

KUANTAN 24 April - Seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan ajaran sesat dikenali sebagai 'Tuhan Harun' didakwa di Mahkamah Syariah di sini hari ini atas 11 pertuduhan termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai tuhan.

Harun Mat Saad, 47, menghadapi satu pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah dan 10 pertuduhan lagi di Mahkamah Rendah Syariah, kesemuanya mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah, Harun didakwa menyebarkan ajaran sesat yang bercanggah dengan syariat Islam dengan mengaku sebagai 'Tuhan Harun' di sebuah premis di B16-1st Lorong Pandan Damai 2/201 di sini antara awal Februari dan 4 April lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 162(1) Enakmen tersebut yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau sebatan tiga kali atau ketiga-tiganya.

Hakim Syarie, Mohd. Yusof Ab. Ghani membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin sementara menunggu perbicaraan selama tiga hari mulai 2 Julai depan.

Sementara itu, di Mahkamah Rendah Syariah pula, bagi tuduhan pertama, Harun pada masa dan tempat yang sama, didakwa secara lisan dan bertulis membawa secara penghinaan kepada agama Islam dengan mengaku diri sebagai 'Tuhan 2013'.

Dia didakwa mengikut Seksyen 170 Enakmen tersebut yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Bagi tuduhan kedua, ketiga dan keempat, Harun didakwa mencetak dan menerbitkan dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak bertajuk buku teks 'Maha Graduan, Harun Tuhan 2013' dan 'Tuhan 2013'.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tiga premis masing-masing beralamat A165, tingkat atas Farmasi Ghazali, Lorang IM 16/1, Bandar Indera Mahkota; B36, Tingkat 2, Lorong Seri Teruntum 39, Jalan Bukit Ubi; dan B16-1st Lorong Pandan Damai 2/201 di sini.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 164(1) boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya.

Bagi tuduhan kelima hingga ketujuh pula, tertuduh didakwa dalam kawalannya telah menyimpan dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak bertajuk buku teks 'Maha Graduan, Harun Tuhan 2013' dan 'Tuhan 2013' di ketiga-tiga premis yang sama.

Pertuduhan kelapan hingga ke-10 pula menyebut, Harun didakwa menyimpan dokumen yang bertentangan dengan hukum syarak bertajuk buku teks 'Maha Graduan, Harun Tuhan 2013' dan 'Tuhan 2013' yang boleh memberi sebab dengan membawa maksud untuk disebarkan.

Ketiga-tiga pertuduhan terakhir itu dikemukakan mengikut Seksyen 164(2) yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sementara pertuduhan kelima hingga ketujuh dikemukakan mengikut Seksyen 165 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM500.

Hakim Syarie, Abdul Wahid Md. Ali Al-Fakwie membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 bersama dua penjamin dan menetapkan perbicaraan pada 20 dan 21 Ogos depan.

Kesemua pertuduhan dikemukakan oleh Ketua Pendakwa Syarie negeri, Salehuddin Ab. Manaf.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


2 didakwa sebar gambar separuh bogel Catherine William

Posted: 24 Apr 2013 11:32 AM PDT

PARIS 25 April - Sebuah mahkamah di sini semalam mendakwa dua individu atas kesalahan menyiarkan gambar separuh bogel isteri Putera William, Catherine yang mencetuskan kontroversi.

Menurut sumber mahkamah, kedua-dua individu terbabit merupakan Pengarah Mondadori Group yang bertanggungjawab menyiarkan gambar berkenaan dalam majalah Closer dan seorang jurugambar akhbar La Provence.

Hakim mahkamah mendakwa jurugambar berkenaan atas tuduhan mengganggu ketenteraman orang lain kerana mengambil gambar Catherine berpakaian renang ketika sedang bercuti bersama William di selatan Perancis.

Bagaimanapun identiti kedua-dua tertuduh tidak didedahkan.

Gambar kontroversi Catherine itu disiarkan dalam akhbar La Provence namun, kebanyakan gambar separuh bogel Duchess of Cambridge tersebut disiarkan dalam majalah Closer pada keluaran September lalu. - AFP

Lapan maut dalam letupan bom kereta di Baghdad

Posted: 24 Apr 2013 11:30 AM PDT

BAGHDAD 25 April - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan 23 lagi cedera apabila sebuah bom kereta meletup di sini, semalam.

Menurut kenyataan polis, letupan berkenaan berlaku di sebuah pasar jualan barangan telefon bimbit di Al-Husseiniyah, timur Baghdad.

Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Nilai satu undi kepada negara

Posted: 24 Apr 2013 11:57 AM PDT

DATUK DR. HASAN ALI ialah Presiden Jalur Tiga (Jati)

PENAMAAN calon sudah berlalu, kini hari penentuan yang ditunggu-tunggu bakal tiba beberapa hari lagi. Sebagai manusia kita sering membuat keputusan daripada yang sekecil-kecilnya yang menyentuh kehidupan harian, yang berskala sedang dan yang berskala besar.

Saya tidak bercadang mengulas yang kecil dan yang sedang, tetapi ingin mengajak pembaca merenung sejenak tentang keputusan besar yang mesti dilakukan pada 5 Mei 2013. Tarikh keramat ituadalah tarikh penentuan. Tarikh yang akan menentukan pada malam dan keesokan harinya sama ada Malaysia menjadi negara suram dengan gerhana atau penuh bercahaya memancarkan sinar harapan untuk generasi akan datang.

Ertinya jika silap membuat keputusan kitalah yang akan menggerhanakan bumi bertuah ini. Sebaliknya jika jari-jari yang dikurnia Allah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu kita membuat keputusan yang sebaik-baiknya dari segi syarak dan amalan kehidupan berbudaya maka keputusan sedemikianlah yang dapat membantu menjemput rahmat Allah dengan kurnia Rahman dan Rahim-Nya dalam kehidupan kita seterusnya.

Sering disebut akhir-akhir ini bahawa PRU-13 adalah 'mother of all election'. Ini membawa erti PRU-13 dalam sejarah pilihan raya di negara ini merupakan PRU penentu sama ada negara ini menjadi 'BaldatunTayyibatun Wa Rabbun Ghaffur' atau negara yang sentiasa dalam kelaknatan Allah SWT.

Saya tidak perlu menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kalimat ini, tetapi cukup kalau saya simpulkan keputusan yang tepat mengelakkan kesengsaraan dan kesilapan membuat keputusan di pihak kita bererti kita bersedia menjadikan diri masing-masing pengundang kepada malapetaka. Di ruangan ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai berbagai mala petaka yang mungkin akan diturunkan kepada kita. Mala petaka akidah bagi saya adalah mala petaka paling dahsyat yang mungkin berlaku.

Mala petaka kategori ini lebih dahsyat daripada gempa bumi berukuran 8 skala Richter seperti yang berlaku di Jepun atau banjir hebat akibat pecahnya dinding-dinding penghadang di New Orleans, Amerika Syarikat. Kedahsyatan mala petaka akidah mungkin tidak menampakkan di hadapan mata kita runtuhnya bangunan, tenggelamnya muka bumi atau hilangnya jiwa ratusan ribu penduduk bumi ini.

Mala petaka akidah akan menjadikan insan itu kurus kering tidak bermaya dari sudut hubungan dengan Allah SWT, kaitannya dengan Nabi Muhammad SAW termasuk juga hubungan sesama manusia dalam komuniti atau masyarakat yang sama-sama menanggung bencana kerapuhan dan kehilangan akidah. Di peringkat diri sudah dibayangkan bencana membelakangkan akidah. Di peringkat keluarga bencana yang sama akan menimpanya dalam skop dan ruang lingkup yang lebih besar.

Yang kita harus sedar bencana yang akan menimpa umat yang di dalamnya termasuk diri kita, anak isteri, keluarga terdekat, jiran tetangga, anggota masyarakat dan umat sejagatnya. Barangkali tidak ramai di antara kita yang mengaitkan satu undi yang bakal diberi kepada mana-mana parti dengan permasalahan akidah yang dinukilkan.

Amat malang bagi kita dalam kalangan parti politik hampir tidak terserlah mana-mana parti politik yang memperjuangkan keluhuran akidah umat. Parti Islam Se-Malaysia atau Pas yang sejak hampir 60 tahun lalu berjuang menjadi benteng mempertahankan akidah umat, kini atas tuntutan teman setiakawan DAP dan PKR terpaksa mengetepikan dan menggugurkan jihad mempertahankan akidah yang diperjuangkan selama ini. Pas telah menggugurkan perjuangan menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud. Pas juga merelakan struktur pimpinan parti yang sebelum ini majoritinya terdiri daripada golongan ulama, kini dikuasai oleh kumpulan Anwarinas atau parasit. Daripada bunyi sebutan namanya pun sudah terbayang penguasaan Anwar Ibrahim secara jauh dan secara dekat ke atas batang tubuh Pas.

Dikatakan melalui sistem proksi yang dipraktikkan, hala tuju Pas berubah dan beralih hampir menyamai hala tuju perjuangan PKR dan dari sudut negara berkebajikan yang menggantikan negara Islam dari segi 'content'nya menyamai apa yang diperjuangkan oleh DAP.

Persoalan yang sering ditimbulkan bagaimana Pas boleh bersekongkol dengan PKR dan DAP. PKR yang dipimpin oleh Anwar cuba mengimport dan memperkenalkan beberapa laras kehidupan yang begitu asing kepada masyarakat Melayu Islam di negara ini. Para ulama dan agamawan menjatuhkan hukuman syirik kepada mereka yang mempromosi Pluralisme agama, Islam Liberal, LBGT (liberal, Biseksual, Gender dan Transseksual) dan sebagainya.

Di pihak DAP pula akibat penentangan dengan cara yang begitu angkuh menolak Islam sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Ada kalangan anggota masyarakat menolak secara 'outright' kerjasama orang Islam dengan DAP yang disifatkan sebagai penganut kafir harbi. Gambaran yang diberi ini bukan merupakan cetusan baru. Saya telah mengemukakan pendapat dalam hal ini menerusi pelbagai saluran media termasuk dalam pertemuan-pertemuan dengan pelbagai kumpulan masyarakat. Pengalaman saya sebagai mantan Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor mendapati bahawa dari sudut akidah yang dibincangkan ini, penentangan PKR dan DAP khususnya, begitu lantang dan berterusan.

Sebagai contoh, peristiwa DUMC yang melibatkan 50 orang Melayu Islam dijemput menghadiri majlis berbuka puasa dalam persekitaran gereja. Tindakan saya bersama JAIS dikutuk dan dikecam pimpinan DAP, PKR dan yang paling malang termasuk juga pimpinan Pas. Kononnya tindakan saya akan menjejaskan perjalanan pakatan pembangkang untuk menguasai Putrajaya.

Bagi saya bukan setakat peristiwa DUMC itu sahaja, apa pun yang menyentuh persoalan Islam secara sembunyi atau secara terbuka ditentang oleh ketiga-tiga parti komponen pakatan pembangkang, tidak disenangi bahkan dihalang operasi dan pelaksanaannya. Sebagai contoh untuk menggambarkan bencinya mereka kepada Islam, tulisan Jawi yang digunakan pada papan tanda jalan atau lorong pun dipertikaikan.

Pertikaian itu didorong oleh salah persepsi bahawa tulisan Jawi digambarkan sesuatu yang ada pertalian langsung dengan Islam dan orang Melayu.

Apakah kita boleh bercerita dengan puak-puak ini mengenai agenda-agenda yang lebih besar seperti agenda pendidikan, agenda ekonomi, agenda kemasyarakatan umat dalam skala negeri dan negara? Atas dasar itu, izinkan saya membuat satu seruan kepada pengundi dan pembaca agar menghargai dan memberi nilai yang sewajarnya kepada undi yang bakal mereka berikan.

Dalam sistem demokrasi kita, perbezaan satu undi boleh memenang dan menewaskan calon dan parti. Dengan kelebihan satu undi juga memungkinkan terbentuknya sebuah negara yang berupaya memberi payung akidah dan satu undi itu juga dapat menjerumuskan kita semua ke lubang laknat Allah SWT. Fikir-fikirkan.

Pembangkang tidak layak berkempen jual isu NFC

Posted: 24 Apr 2013 11:57 AM PDT

Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my

HANYA kira-kira tujuh bulan sejak 15 Oktober 2012, janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengambil beberapa langkah dalam mengkaji semula hala tuju projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di samping mendapatkan kembali pinjaman yang diberikan kepada syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) akhir sudah tercapai.

Kemelut Pusat Fidlot Negara (NFC) menjadi perhatian ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa syarikat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya, diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Kini tiba khabar baik dalam musim kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini apabila sebuah syarikat kerjasama antara Malaysia dan Jepun bersetuju untuk mengambil alih keseluruhan operasi syarikat yang mengendalikan NFC.

Pengambilalihan oleh Kirimitonas Agro Sdn. Bhd. (KASB) adalah usahasama antara syarikat tempatan, Otoshitos Sdn. Bhd. dan syarikat makanan terkenal dari Jepun, Hannan Food Group (HFG).

Pada 19 April lalu, persetujuan pengambilalihan itu diberikan berdasarkan kesanggupan syarikat usahasama itu mengambil alih semua aset dan liabiliti NFC. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, KASB bersetuju membuat pembayaran permulaan sebanyak RM34 juta bagi tahun lepas dan tahun ini.

Bakinya iaitu RM216 juta termasuk faedah akan dibayar dalam perjanjian konsesi baharu yang akan dibincang dalam tempoh enam bulan akan datang.

Dalam pada itu, Mohd. Irwan berkata, pengambilalihan tersebut bukan tindakan menyelamat sebaliknya KASB perlu membayar balik segala aset dan liabiliti kepada kerajaan termasuk modal suntikan sebanyak RM20 juta.

Lembaga pengarah syarikat NFC terdahulu telah menyerahkan kepada kerajaan projek ini dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengambil alih dan memulihkannya. Soal hutang pula, sebelum ini modal diberikan kepada syarikat bukan kepada individu atau mana-mana pengarah dan yang lebih penting menerusi perjanjian baharu ini, kerajaan mendapat kembali wang termasuk faedah.

Terbukti bahawa projek NFC mempunyai potensi jika tidak bagaimana syarikat KASB sanggup mengambil alihnya. Syarikat HFG dari Jepun itu yakin konsep perniagaan NFC adalah berdaya maju kerana ia hampir menyamai perniagaan HFG yang dimulakan di Jepun selepas Perang Dunia Kedua lebih 65 tahun lalu susulan kebimbangan kerajaan negara itu mengenai isu jaminan makanan.

Sebelum ini NFC mempunyai aktiviti penternakan, pemprosesan daging, pengeluaran makanan ternakan dan pemasaran. Ia juga sudah siap membangunkan ladang model seluas 1,500 hektar.

Kini kemelut NFC boleh dianggap selesai. Usaha pihak pembangkang selama ini hanya untuk merosakkan imej Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Pembangkang takut dengan kekuatan jentera Wanita UMNO yang bersatu padu, rajin bekerja dan turun padang setiap kali PRU. Pembangkang jadi gementar dan cemburu dengan kerja keras Wanita UMNO maka mereka mencari jalan untuk menjatuhkan sayap UMNO itu. Tetapi pembangkang tersilap perkiraan, apabila pada 19 Januari 2012, Shahrizat memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd. Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung isu NFC.

Shahrizat mendakwa, Mohd. Rafizi dan Zuraida melancarkan satu kempen strategik untuk mencemarkan nama baiknya dengan mengaitkan diri beliau dengan NFC, sedangkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu tidak memegang jawatan atau memiliki ekuiti dalam projek tersebut mahupun Agro-Science Industries Sdn. Bhd. (Agro-Science).

Apa pun dalam konteks mencari salah pemimpin UMNO dan kerajaan BN ini menunjukkan sikap dwistandard pembangkang. Pemimpin PKR, Pas dan DAP hanya menutup mata jika sesuatu skandal itu melibatkan mereka walaupun ia melibatkan wang rakyat. Contonya mengapa pembangkang cuba menutup skandal penternakan lembu Kedah Corporation Berhad (KCB) bernilai RM1 juta yang mempunyai persamaan dengan kes NFC.

Sedangkan sebelum ini pemimpin pembangkang begitu ghairah dan cukup bernafsu mendedahkan kontroversi projek NFC sehingga pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap kerajaan.

Mengapa pembangkang senyap dan membisu walaupun projek bernilai RM1 juta itu mungkin nampak kecil tetapi sebenarnya ia 0.10 peratus daripada bajet Kerajaan Negeri Kedah yang berjumlah RM1 bilion. Peratusan itu sama dengan kes NFC yang juga 0.10 peratus berbanding bajet Kerajaan Pusat. Ini skandal besar bagi sebuah negeri yang memiliki ekonomi seperti Kedah.

Dengan keputusan kerajaan bersetuju KASB mengambil alih projek NFC pada 19 April lalu; dan keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bahawa tiada pembabitan salah guna kuasa oleh Shahrizat membabitkan pemberian pinjaman RM250 juta maka Peguam Negara membuat keputusan supaya kes itu ditutup dan diumumkan oleh badan bebas, Panel Penilaian Operasi pada 31 Mei 2012 - maknanya tiada asas untuk pembangkang mainkan isu NFC dalam kempen PRU-13 ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Penat tetap bersemangat

Posted: 24 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL
MOHD. RADI
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB

MENJADI seorang ibu memang satu amanah terbaik bagi setiap wanita yang bergelar isteri.

Meskipun bukan senang untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan dalam masa yang sama sebagai ibu, ia tetap menjadi satu kerjaya yang indah dan penuh dengan kemanisan.

Tugas seorang isteri ialah melayan keperluan asas suami manakala sebagai ibu pula melayan kerenah anak dan keperluan mereka. Tambah berat apabila seseorang itu adalah wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk dengan kerja dan lain-lain.

Begitu juga dengan aktres serba boleh, Sazzy Falak atau Sazlini Shamsul Falak, walaupun sibuk dengan kerjayanya yang padat masih mampu meluangkan masa berkualiti bersama anak kembarnya.

Kalau hendak kata tidak penat, memang tipulah. Memang saya penat apatah lagi dengan kerja yang padat dan anak kembar lagi, kerja menjadi tambah berganda.

Kalau biasa semua orang anak satu, tapi saya dua, jadi semua kerja menguruskan anak perlu ditambah. Saya kena buat kerja untuk dua kanak-kanak sekaligus dalam satu masa.

Tetapi, dalam sibuk melakukan kerja, saya tetap gembira dengan apa yang dilakukan. Bila kita gembira, rasa penat akan hilang serta merta," katanya.

Jelasnya lagi, dia sentiasa menitikberatkan masa berkualiti bersama dengan keluarga dan akan melakukan yang terbaik untuk tidak mengecewakan sesiapa.

Bukan bermakna saya ini sebagai seorang ibu yang baik dan mampu memenuhi segalanya-galanya, tidak.

Tapi saya cuba melakukan yang terbaik dalam tugas seharian. Lagipun pejabat saya di rumah, jadi kebanyakan masa saya memang ada di rumah, tak banyak masalah sangat.

Cuma bila berada di rumah itu, saya kena bangun pukul empat pagi untuk uruskan hal-hal perniagaan jenama baju saya ini," jelasnya.

Melayan kerenah anak kembarnya Imaan Lily dan Tiara Rose yang kini sudah berusia dua tahun, hal menguruskan anak-anaknya semua diselesaikan oleh Sazzy sendiri.

Buatkan sarapan, hantar pergi sekolah, ambil waktu balik sekolah, semua saya yang uruskan sendiri.

Kalau cakap pasal tekanan sebenarnya tiada pun, cuma bila kembar ini mula buat perangai, itu yang macam tekanan sikit. Tapi mereka sangat mendengar kata," ujarnya sambil ketawa kecil mengenang keletah si kecil.

Jelasnya lagi, apa yang dilakukan kini sebenarnya bukanlah untuk dirinya, tetapi lebih kepada keluarganya. Membahagiakan keluarga adalah agenda utamanya hari ini.

Kita bekerja keras hari ini pun demi untuk keluarga. Banyak yang saya mahu bukan sahaja kepada keluarga, tetapi juga untuk kedua ibu saya," jelasnya.

Ketika ditanya apa yang menjadi kekuatan untuk Sazzy bekerja dengan kuat, cukup mudah jawapan yang diberi, tonik itu datang daripada anak-anak dan suaminya, Nazril Idrus.

Mereka yang banyak memberi kekuatan kepada saya. Malah, kalau saya penat, suami akan pantas memberi kata-kata semangat dan kami akan saling pesan-memesan antara satu sama lain," katanya.

SF By Sazzy ke New York

Dalam kesibukan sebagai seorang ibu, Sazzy tidak lupa untuk terus membangunkan jenama pakaiannya ke satu tahap yang membanggakan.

Malah, Sazzy yang boleh dikatakan sebagai seorang yang gila kerja telah membawa jenamanya itu ke peringkat antarabangsa.

Jelas Sazzy, jenama SF By Sazzy Falak telah dipilih untuk menyertai Plitz New York Fashion Week di negara Uncle Sam pada Septemper depan.

Tambah Sazzy, mereka yang dijemput untuk ke pertunjukan fesyen itu datang daripada seluruh dunia namun belum pasti siapa lagi yang dijemput sebagai wakil dari tanah air.

Saya sebenarnya tidak tahu siapa lagi yang akan berada di sana tetapi kemungkinan hanya saya seorang sahaja wakil dari Malaysia.

Sekarang ini saya dan pasukan saya sedang memberi fokus utama pada pertunjukan fesyen itu dan kita akan cuba memperkenalkan batik yang diberi nafas baru, sesuai dengan jenama pakaian saya," katanya.

Ditanya tentang perasaannya ketika dipilih untuk menyertai pertunjukan fesyen itu, jelasnya, ia ibarat lembaran baru buat jenama pakaiannya dan kerjayanya sebagai seorang pereka fesyen.

Saya memang tidak ada pengetahuan yang teratur dalam bidang fesyen. Disebabkan minat, saya menceburi bidang ini dan membuka label sendiri.

Tambahan pula dengan terpilihnya jenama saya ke peringkat antarabangsa, menguatkan lagi semangat saya untuk terus meletakkan jenama SF By Sazzy Falak ke peringkat antarabangsa," jelasnya.

Beroperasi di dunia maya sahaja, Sazzy memberitahu dia juga teringin untuk membuka sebuah butik dan sedang berkira-kira untuk memulakannya.

Membuka butik memang menjadi impian saya dan perancangan untuk ke arah itu sedang dijalankan.

Lagipun, kebanyakan pembeli masih gemar membeli secara konvensional sebab mereka hendak melihat sendiri metarial dan kualiti barang itu sebelum mereka membeli," ujarnya.dalam perbincangan dan fokusnya kini adalah untuk pertunjukan fesyen di New York itu dahulu.

Keutamaan yang diberikan untuk jenama saya ketika ini adalah pertunjukan fesyen dahulu. Selesai pertunjukan fesyen, saya bersama pasukan saya akan memikirkan langkah seterusnya untuk membuka butik," katanya.

Celoteh Feeya menghiburkan

Posted: 24 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar Ihsan SITI SAKINAH JAMALUDIN

FEEYA Iskandar yang ceria dan mudah didekati.

ORANGNYA muda, comel dan ceria. Ironinya tugas yang disandang memerlukan dia menghiburkan golongan yang jauh lebih berusia daripadanya. Lantas apa saja yang boleh dicelotehkan gadis berusia 24 tahun ini pada pendengar retro yang majoritinya melebihi usia 35 tahun?

Itulah Nor Syafiza Iskandar Azizan atau lebih popular Cik Piah, gelaran yang begitu dekat di hati pendengar stesen radio retro, Sinar FM.

Walaupun saluran radio ini direka dengan memfokuskan kepada golongan lebih berusia, langsung tidak menjadi masalah kepada pemilik nama samaran, Feeya Iskandar untuk mengendalikannya.

Mulutnya petah, ada saja yang dikongsi tentang informasi terkini, cerita sensasi bersama pendengar senior.

Bakat semula jadi Feeya berinteraksi dengan penonton memang terkesan di hati pendengar menjadikan dia kini berstatus selebriti serta mempunyai pengikutnya sendiri.

Apa yang pasti celoteh gadis kelahiran Pasir Gudang, Johor ini, selesa di halwa telinga pendengar.

Menurut gadis lepasan Pengajian Pengurusan Seni dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), semuanya bermula ketika masih dalam pengajian lagi. Ditambah dengan sokongan ibu bapa yang sering menggalakkan dia menyertai apa juga bentuk pertandingan sejak kecil lagi bagi membina keyakinan diri.

"Saya menceburi bidang penyiaran ini bermula daripada pertandingan Anak Wayang anjuran Astro. Ketika memasuki pertandingan tersebut saya masih lagi belajar. Selepas pertandingan saya ditawarkan menjadi penyampai sambilan di radio ERA dan kemudian di X-Fresh.

"Kerjaya saya bermula dari situ dan kebetulan setelah pengajian tamat saya terus mendapat tawaran dari bos Sinar FM, Pak Tam," jelas Feeya yang hadir pada satu sesi fotografi di Taman Botani, Putrajaya baru-baru ini.

Bagi Feeya walaupun Sinar FM didedikasikan untuk golongan senior tidak wujud isu baginya untuk menyesuaikan diri.

Apa yang penting bagi gadis berkulit cerah ini ialah menghiburkan pendengar dengan pemilihan lagu-lagu mengikut cita rasa usia mereka.

"Feeya pun seronok dengan lagu-lagu lama, kalau bincang pasal topik tertentu pula biasanya pilih yang santai sahaja.

"Memang Feeya jenis yang banyak bercakap, kawan-kawan Feeya semua mengakuinya. Sebab itu bila Feeya beritahu pada kawan-kawan tentang tawaran Pak Tam mereka semua tak hairan.

"Kata mereka, sesuai sangatlah nama 'Cik Piah' itu untuk Feeya yang memang 'pot pet pot pet' ini," kata si comel ini diiringi ketawa kecil.

Cabaran menjadi penyampai radio memang ada dan bagi Feeya yang paling menggerunkan apabila kali pertama masuk ke konti.

"Ingatkan jadi deejay hanya perlu bercakap, rupanya terlalu banyak butang yang perlu dikawal. Sebelum ke udara bersama pendengar, Feeya menjalani latihan selama dua minggu dan dalam sempat ke udara bersama penyampai senior.

"Mereka membantu Feeya memperbetulkan apa yang kurang. Apabila sudah mantap barulah ' dilepaskan' sendirian mengendalikan segmen 1 hingga 4 petang di Sinar FM," cerita Feeya tentang kerjayanya yang bermula sejak 2010 itu.

Seperkara lagi menurut gadis ini, menjadi pengacara radio perlu bijak mengasingkan masalah peribadi, soal hati yang resah, tiada mood dan sebagainya agar tidak ketara apabila ke udara.

"Semua manusia pasti ada masalah, namun sebagai penyampai radio masalah memang tidak boleh langsung dibawa ke dalam konti. Mula saja ke udara, anda adalah seorang yang ceria dan mesti membawakan aura ceria itu kepada orang lain.

"Memang bukan mudah tapi ia boleh dilakukan jika kita ikhlas dengan tugas. Tapi kalau pun ketika itu sedih sangat, lepas ke udara Feeya sambunglah menangis," katanya berseloroh.

Kilauan Emas serlah bakat Feeya

Peminat Feeya kini bukan sahaja boleh mendengar suaranya di radio, bahkan boleh menyaksikannya menerusi rancangan Kilauan Emas di stesen televisyen Astro.

Feeya yang turut menjadi pengacara bersama idolanya, Raja Azura mengakui, penyiaran televisyen sesuatu yang juga mencabar kemampuannya.

"Walaupun bermula dengan rancangan Anak Wayang, Feeya mengakui sukar memberikan komitmen pada lakonan.

"Kekangan masa juga menjadi masalah, jadi sebaiknya Feeya memfokuskan pada apa yang saya mampu buat. Feeya tak mahu dikatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran," ujarnya yang juga pernah berlakon dalam filem 3,2,1 Cinta dan drama Kasih Aliya.

Feeya juga mempunyai matlamatnya sendiri dalam bidang penyiaran. Dia mahu pastikan dirinya mendapat tempat dan sebaris namanya dengan pengacara yang ada di Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bakti derma RM20,000 kepada Yayasan Gurpuri

Posted: 23 Apr 2013 12:45 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 April - Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) hari ini buat kali ke-10 menyumbang RM20,000 kepada Rumah Perlindungan Kanak-kanak Yayasan Gurpuri bersempena perayaan Vasakhi.

Pengerusi Kebajikannya, Toh Puan Dr. Aishah Ong berkata, selain sumbangan derma, kunjungan Bakti turut menyampaikan bantuan alat tulis, makanan dan keperluan asas dalam bentuk hamper kepada 70 kanak-kanak di rumah itu.

"Yayasan Gurpuri merupakan satu-satunya rumah perlindungan penganut agama Sikh di Malaysia dan Bakti sentiasa berusaha mencari peluang supaya bantuan dapat dihulurkan kepada rumah kebajikan ini terutama ketika musim perayaan," katanya di sini.

Sumbangan itu disampaikan oleh isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Seri Kanagam Palanivel.

Sementara itu, Pengetua Yayasan Gurpuri, Giani Sukhdaiv Singh bersyukur di atas keprihatinan ahli-ahli Bakti yang komited menghulurkan bantuan kepada penghuni rumah kebajikan itu.

"Saya menghargai pengorbanan ahli Bakti, walaupun sibuk membantu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 tetapi mereka masih sudi meluangkan sedikit masa untuk menceriakan kanak-kanak di rumah ini," katanya.

Rumah Perlindungan Kanak-kanak Yayasan Gurpuri ditubuhkan sejak tahun 2000 dan kini mempunyai 70 penghuni berusia antara lima hingga 22 tahun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


'Kami bahagia bersama BN'

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
editor.johor@utusan.com.my

Pusat Rukun Tetangga Kangkar Baru yang dibina untuk kemudahan rakyat seperti yang dijanjikan oleh BN sewaktu PRU 2008.

AYER HITAM 22 April - "Kami bahagia bersama BN (Barisan Nasional)."

Demikian kata-kata yang diluahkan penduduk di sekitar Parlimen Ayer Hitam apabila ditanya tentang prestasi pentadbiran BN di kawasan tersebut.

Bagi penduduk, bahagia yang dimaksudkan bukan retorik tetapi realiti yang lahir dari hati apabila wakil rakyat dan kerajaan BN tidak pernah berjauhan daripada mereka.

Sebaliknya setiap kepayahan, tuntutan dan masalah penduduk sentiasa diambil berat serta diselesaikan oleh wakil rakyat BN yang diberi kepercayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Percaya atau tidak, penduduk memberitahu, BN telah bekerja keras bersama mereka sehingga berjaya menyelesaikan sebanyak 95 peratus masalah penduduk di kawasan Parlimen berkenaan sejak 2008.

Bukan sekadar itu, tetapi penduduk juga berbangga apabila kerajaan negeri tidak terlepas pandang untuk menaik taraf bandar Ayer Hitam kepada bandar yang lebih moden, mesra pengguna dan tersusun ketika ini.

Penduduk Kangkar Baru, Wong Chu Ngouyoh berkata, walaupun tinggal berjauhan dari bandar Yong Peng, namun penduduk di kawasan tersebut sentiasa mendapat perhatian wakil rakyat BN selain bantuan daripada kerajaan negeri dan Pusat.

"Sebagai bukti tuntutan penduduk terhadap hak milik tanah yang diduduki sejak turun menurun telah diselesaikan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

"Dalam tuntutan itu seramai 184 penduduk pelbagai kaum telah mendapat geran tanah bagi tapak kediaman mereka dan baki puluhan penduduk lagi dari Kampung Melayu Kangkar Baru dikhabarkan akan diberikan hak dalam tempoh tersekat," katanya.

Berikutan penerimaan geran berkenaan, dia meminta penduduk pelbagai kaum supaya menghargai jasa kerajaan BN dan terus menyokong kuat parti berjiwa rakyat itu.

Selain itu, seramai 69 penduduk Parit Lapis Khalid, di sini antara yang turut menerima geran pemilikan tanah masing-masing daripada Pejabat Tanah dan Galian daerah yang keseluruhanya seluas 66 hektar.

Penerima geran tanah, Abdul Malik Abdul Aziz, 43, berkata, rata-rata penerima geran tersebut terdiri daripada generasi ketiga peneroka yang mengusahakan kebun kelapa sawit dan mendirikan rumah di atas tanah milik kerajaan.

"Pemberian kerajaan dalam tempoh enam tahun selepas tuntutan dibuat merupakan hadiah terbesar bagi keluarga di sini untuk mereka terus menetap dan mengusahakan kebun masing-masing.

"Tuntutan ini tidak akan berjaya sekiranya ia bukan berpunca daripada keprihatinan kerajaan negeri termasuk wakil rakyat BN di sini. Ini kerana wakil rakyat turut berusaha bagi mendapatkan hak tanah untuk kami," katanya.

Bagi Rusmiah Ariff, 60, dari Temehel, penduduk Parlimen Ayer Hitam kini bahagia bersama BN apabila keseluruhan masalah mereka telah diselesaikan.

Menurutnya, sebelum ini penduduk berdepan dengan pelbagai masalah seperti banjir, jalan kampung tidak berturap, jalan berlubang serta kekurangan tempat rekreasi seperti balai raya.

"Bagaimanapun, semua masalah itu telah diselesaikan menerusi projek tebatan banjir dan pembinaan parit baharu termasuk di kawasan kampung saya sendiri.

"Dengan adanya parit tersebut, kami tidak perlu risau apabila hujan lebat kerana air dapat mengalir dengan sempurna. Begitu juga yang dirasai penduduk di kampung-kampung lain di sini," ujarnya.

Selain itu, kerajaan turut membina tujuh balai raya baharu, sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta gelanggang futsal.

Dengan pembinaan kemudahan tersebut, ia telah memberikan impak besar kepada penduduk khususnya tentang masa depan dan hala tuju Ayer Hitam.

Berikutan itu, penduduk menganggap mereka bahagia di bawah pentadbiran BN ketika ini dan tidak terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang hanya hadir semasa pilihan raya.

Menurutnya, disebabkan segala usaha yang telah dilakukan BN di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ, penduduk tidak mempunyai pilihan lebih baik daripada BN.

"Kalau dilihat ceramah pembangkang di sini mereka juga tidak mampu mencari masalah penduduk tempatan untuk diperbesarkan kerana kesemuanya telah diselesaikan sebaik mungkin.

"Penduduk dapat merasai gagasan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu rakyat didahulukan serta janji ditepati menerusi kerajaan BN negeri serta wakil rakyatnya," katanya.

Kelas mengaji Parit Haji Ali lahirkan ramai qari, qariah

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

Kelas pengajian al-Quran di Masjid Jamek Al Hidayah, Parit Haji Ali, Semarang sejak 13 tahun lalu telah berjaya melahirkan ramai qari dan qariah di kawasan berkenaan.

AYER HITAM 22 April - Siapa sangka di sebalik kawasan perkampungan serta ladang kelapa sawit di Parlimen Ayer Hitam sebenarnya terdapat sebuah kelas pengajian al-Quran tersohor di daerah ini iaitu di Parit Haji Ali, Semarang di sini.

Walaupun kelas pengajian itu tidak diadakan di bangunan persendirian dan dilengkapi peralatan canggih termasuk meja dan kerusi, namun ia tidak menjadi halangan kepada seramai 169 pelajar untuk meneruskan pengajian di Masjid Jamek Al Hidayah.

Setelah menjangkau usia 13 tahun, kelas pengajian al-Quran itu kini mempunyai 82 pelajar dewasa dan 87 kanak-kanak, menjadikan keseluruhan pelajar sebanyak 169 orang.

Jika dilihat semasa kelas pengajian itu berlangsung pada tengah hari dan malam, ia kelihatan cukup tenang dengan pelajar hanya duduk di lantai ruang depan masjid.

Pengerusi Masjid Jamek Al Hidayah, Masran Mohd. Roslan berkata, setiap pengajian tidak diadakan dalam keadaan formal, sebaliknya lebih terbuka supaya ia tidak memberi tekanan kepada penduduk.

Menurutnya, kelas pengajian untuk lelaki dikendalikan oleh Misri Senim, manakala pelajar wanita dipimpin Normala Jamaan.

"Selain perkara asas tajwid dalam pembacaan al-Quran, penduduk yang telah lama mempelajari pembacaan al-Quran akan membantu pelajar baharu atau penduduk yang lebih muda bagi melahirkan qari dan qariah daripada pelbagai lapisan umur.

"Walaupun tiada wakil dari kelas pengajian ini yang ke peringkat negeri, tetapi kami bersyukur kerana mampu menghantar wakil ke pertandingan peringkat mukim dan zon," katanya di sini baru-baru ini.

Masran memberitahu, selain kesepakatan penduduk dalam mengimarahkan masjid, kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri turut memberi sokongan tidak berbelah-bahagi.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini bercadang untuk membina bangunan bagi menambah keselesaan pelajar tetapi ahli jawatankuasa masjid lebih selesa dalam keadaan sekarang.

"Bagaimanapun, BN tetap memberi sokongan padu selain menyokong majlis yang diadakan serta menghantar wakil bagi menghadiri program masjid.

"Hingga sekarang kami tidak pernah menghadapi sebarang masalah atau halangan daripada kerajaan negeri, malah mereka menyokong dan berharap kelas ini diteruskan lagi untuk jangka masa panjang," kata Masran.

Menurutnya, kelas pembelajaran al-Quran bagi kanak-kanak dapat membantu kerajaan negeri dalam memperkasakan sekolah agama yang terletak di kawasan sekitar.

Kata beliau, kelas bacaan al-Quran itu juga menjadi platform bagi penduduk membantu kerajaan negeri meningkatkan syiar Islam di sini serta daerah lain.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Tasbeeh tawar pakaian siap

Posted: 24 Apr 2013 02:00 AM PDT

Intan Zawira Ali bersama koleksi pakaian siap di butiknya.

PEMILIKNYA, Intan Zawira Ali, 36 tahun berkata, Tasbeeh sebenarnya bukanlah butik baru bagi dirinya, sebaliknya telah mula berniaga sejak tujuh tahun lalu di Kemaman, Terengganu, negeri kelahirannya.

Ketika itu Intan menumpukan kepada menyediakan cenderahati pengantin, barangan hiasan rumah, hantaran perkahwinan dan menjahit manik baju.

Bagaimanapun, kerana masalah berulang-alik dari Kemaman ke Kuala Lumpur (kerana suami bertugas di Kuala Lumpur), Intan mengambil keputusan menutup kedai di Kemaman dan mencuba nasib di ibu negara.

Kini telah setahun Tasbeeh dibuka di Ukay Boulevard, Hulu Klang dan sambutan yang diterima di kalangan pelanggan amat memuaskan.

Menurut ibu kepada tiga orang anak yang berumur 14 tahun, lapan tahun dan tiga tahun ini, Tasbeeh kini lebih kepada menerima tempahan baju juga menyediakan pelbagai rekaan baju yang sudah siap.

Selain itu beliau juga menerima tempahan daripada syarikat-syarikat haji dan umrah bagi menyediakan kain ihram, uncang kasut, uncang batu dan sebagainya.

Mempunyai dua orang tukang jahit dan tiga orang yang ditugaskan menjahit manik, Intan sendiri boleh memotong dan menjahit baju.

Pelanggannya terdiri daripada pelbagai golongan daripada sederhana kepada peringkat tinggi. Istimewanya kerana jika pelanggan tidak dapat datang ke butik, Intan sendiri sanggup berjumpa mereka untuk mengambil ukuran dan setelah baju siap, Intan akan menghantar kepada mereka.

Saya tidak kisah pergi berjumpa pelanggan. Setakat ini saya telah ke Cheras, Ampang dan Puchong untuk berjumpa pelanggan.

Dalam perniagaan ini, kita harus pandai menjaga hati pelanggan. Jika mereka tidak dapat berjumpa kita, biarlah kita pula yang berjumpa mereka, kata Intan yang ditemui di butik beliau baru-baru ini.

Intan berkata, harga tempahan sepasang baju ialah di antara RM120 hingga RM800 bergantung pada jenis kain dan jahitan manik yang diperlukan. Baju yang ditempah akan siap dalam masa 10 hari.

Selain baju kurung, dres, jubah dan sebagainya, Intan kini telah mula membuat pakaian muslimah dan akan menjual secara runcit dan borong sebagai persiapan menyambut kedatangan hari raya. Harga setiap pasang pakaian ini adalah di antara RM139 hingga RM500 bergantung kepada jenis kain.

Menurutnya, mereka yang membeli lebih daripada enam pasang pakaian muslimah ini boleh mendapat harga borong.

Intan yang memulakan perniagaan ini bermodalkan RM100,000 bercadang untuk membuka kilang pakaian sendiri menggunakan jenama Tasbeeh di mana peniaga-peniaga pakaian boleh mendapatkan terus daripadanya secara borong.

Saya memang berhasrat untuk mengenengahkan jenama Tasbeeh supaya dikenali bukan setakat di Malaysia malah di luar negara juga.

Saya sudah banyak mengeluarkan modal dan saya tidak akan menyerah malah akan terus berusaha untuk memajukan perniagaan, ujarnya yang mendapat sepenuh sokongan dan tunjuk ajar daripada suami dalam bidang perniagaan.

Intan yang boleh dihubungi di 012-9217444 mengakhiri pertemuan dengan menambah, dalam perniagaan juga kita harus jujur, amanah dan mengikut sistem Islam supaya diberkati Allah. - MERAN ABU BAKAR

Eksklusif Amee Philips

Posted: 24 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar FARIZ RUSADIO (Pelatih Peretak)

Barisan model yang menggayakan set aksesori terbaru daripada Amee Philips.

BAGI memberi lebih banyak pilihan untuk wanita yang gemarkan barang kemas mewah, koleksi eksklusif daripada jenama Amee Philips kembali lagi dengan tema Phoenix Collection.

Koleksi terbabit adalah rentetan pelancaran rangkaian terbaru Amee Philip di Mandarin Oriental's, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Meminjam inspirasi daripada kecantikan dan keindahan burung merak, Amee mengolah perhiasan mewah itu ke dalam bentuk barang kemas sedia dipakai.

Penampilan batu-batu permata dengan warna menarik seperti hijau, biru dan merah delima berserta hiasan berlian bergemerlapan membuatkan koleksi terbaru kali ini cukup eksklusif.

Penciptaan koleksi itu diolah berdasarkan keindahan dan kisah dongeng burung merak selain mitos Cleopatra, seorang wanita yang dipuja kerana kecantikannya dalam sejarah Mesir.

Ternyata rekaan terbaru ini membangkitkan keghairahan dan nilai eksklusif kepada si pemakai.

Pengasas kumpulan jenama tersebut, Amee Philips berkata, koleksi terbaru ini direka dengan seni kraf tangan untuk menambahkan lagi keanggunan, kecantikan dan nilai sofistikated.

"Menjadi impian saya untuk mengetengahkan kecantikan dan kekuatan dalam dunia seni rekaan aksesori. Harapan saya semoga wanita yang memakai perhiasan daripada koleksi ini akan mendapat kekuatan dalaman selain menonjolkan keindahan, kilauan dan keunikan batu permata," katanya.

Philips berkata, koleksi terbaru ini meliputi set rantai, anting-anting, kerongsang dan rantai tangan dengan semuanya direka dengan gabungan pelbagai batu permata seperti ibu mutiara, batu delima dan rubelite, berlian, aquamarine, nilam, tsavorite dan jade.

"Menariknya, setiap batu permata telah diambil dan diubah suai setiap inci secara teliti dengan mahkota yang menggunakan nilam iaitu simbolik kepada api dan keghairahan yang menggambarkan tentang karakter burung merak.

"Koleksi ini menawarkan pelbagai jenis rekaan dengan gaya yang unik dan menarik. Batu permata yang digunakan untuk setiap rekaan juga dipilih dengan warna yang berbeza, bentuk dan saiz," katanya.

Philips berkata, beliau hanya memilih batu permata terbaik bagi memuaskan hati pelanggan yang membeli barang kemas daripada koleksi eksklusif yang dihasilkannya.

"Koleksi kali ini tidak hanya menjadi simbol gaya dan fesyen, malah ia boleh dijadikan barang perhiasan untuk persalinan pengantin wanita dan juga warisan keluarga," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Najib kesal letupan bom berlaku di Pulau Pinang

Posted: 24 Apr 2013 12:10 AM PDT

KENINGAU 24 April - Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan kejadian letupan bom yang berlaku di Pulau Pinang malam tadi dan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Kompleks Sukan Keningau di sini, Perdana Menteri berkata, semua parti telah dinasihat agar sentiasa menjaga tata tertib dan mematuhi undang-undang sepanjang tempoh berkempen.

"Sepatutnya semua bersaing secara sihat dan menunjukkan amalan demokrasi," katanya.

Semalam, ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal dicemari insiden letupan yang berlaku di belakang pentas bilik gerakan parti itu semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan menyampaikan ceramah.

Kejadian itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan.

Sambil memandang serius perkara itu, Najib berharap semua pihak khususnya parti-parti politik yang bertanding memainkan peranan supaya kejadian seumpama itu tidak berulang. - BERNAMA

Sarawak terima pelaburan RM3 bilion

Posted: 23 Apr 2013 09:55 PM PDT

Oleh ASHLEY ANGGAT

MIRI 24 April - Sarawak berjaya menarik pelaburan RM3 bilion dalam tempoh dua bulan pertama 2013 sekaligus muncul yang tertinggi di negara ini.

Menteri Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar II negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, daripada jumlah itu, RM2.89 bilion ialah pelaburan asing dan bakinya sebanyak RM144.5 juta pelaburan domestik. - UTUSAN ONLINE

Rakyat mahu penjelasan - PM

Posted: 23 Apr 2013 12:45 PM PDT

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM dan ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

NAJIB Tun Razak bersalaman dengan orang ramai yang menyambut meriah ketibaannya dalam Majlis Jelajah Yayasan Sabah Bersama Rakyat di padang pekan Kuala Penyu, Sabah, semalam. - UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN.

KIMANIS 23 April - Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pimpinan parti pembangkang yang sehingga kini masih belum menjelaskan kepada rakyat negara ini terutamanya di Sabah rasional pertemuan dan perbincangan mereka dengan pemimpin berhaluan kiri Filipina sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, penjelasan itu amat perlu sekiranya mereka benar-benar ikhlas dan tidak menyembunyikan agenda tertentu.

Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah sekalipun gentar dengan sebarang ancaman anasir jahat dari luar terutamanya kumpulan pengganas Kiram, Najib berkata, kerajaan Malaysia berada pada landasan sebenar.

"Kita tahu apabila orang luar menceroboh kedaulatan kita bermakna jika berperang dan mati sekalipun mengikut hukum Islam adalah mati syahid. Adakah rakyat Sabah mahukan sebuah parti (pembangkang) yang mempunyai agenda tersembunyi.

"Pilihan Raya Umum ke-13 ini adalah penentu destiny negara khususnya Sabah, sama ada akan kekal merdeka dengan penuh maruah atau sebaliknya," katanya dalam ucapan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman; calon-calon BN bagi Parlimen Kimanis dan Dewan Undangan Negeri Membakut serta Bongawan, pimpinan parti-parti komponen BN serta penduduk setempat.

Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini mengesahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali bertemu bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari sebelum berlakunya insiden pencerobohan berdarah di Sabah.

Reuters dan Philippines Daily Inquirer sebelum itu turut mendedahkan pertemuan seorang pemimpin pembangkang dengan ketua kumpulan Kiram pada November lalu selain kunjungan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, R. Sivarasa ke Filipina pada 7 Februari iaitu dua hari sebelum pengganas Kiram memasuki Kampung Tanduo di Lahad Datu.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua pemimpin itu pergi ke Manila bertujuan membincangkan isu membabitkan Manuel Amalilio yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina kerana didakwa terlibat dalam kes penipuan kad pengenalan bernilai jutaan peso.

"Sivarasa dan Tian Chua ke sana untuk membincangkan mengenai kenapa dia (Amalilio) tidak dibenarkan diekstradisi ke Filipina untuk dibicarakan," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved