Sabtu, 20 Julai 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Turun kesebelasan terbaik, cukuplah bereksperimen

Posted: 20 Jul 2013 02:41 AM PDT

KUANTAN 20 Julai - Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu ketua jurulatih Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal menurunkan kesebelasan terbaik ketika skuad itu menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC esok.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu, pertemuan malam esok adalah antara pentas terakhir untuk Rajagobal mencari keserasian dalam kalangan pemain sebelum skuad kebangsaan menentang Bahrain dalam perlawanan ketiga Kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Asia 2015, 15 Oktober ini.

"Saya harap Rajagobal akan barisi pemain yang dianggap sebelas utama, cukuplah bereksperimen sebab kita mahu mereka bermain dengan serasi kerana pertandingan penting akan berlangsung tidak lama lagi.

"Jadikan perlawanan ini (menentang Chelsea) persiapan rapi dan seolah-olah yang terakhir," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan zakat perniagaan oleh tujuh badan korporat di sini semalam.

Selain Chelsea, Harimau Malaya juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga kelab dari Jepun bermula 23 Julai hingga 1 Ogos dan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos.

Ditanya mengenai desakan ramai peminat bola sepak tanah air agar khidmat Rajagobal ditamatkan, Tengku Abdullah berkata perkara itu akan dilihat kemudian.

"Biar dia habiskan perjuangan dia dulu kerana dia tahu apa harapannya dan saya harap dia dapat tunaikan apa saja harapannya itu dan kemudian baru kita bincang pasal perkara lain.

"Sekarang ini kita tidak mahu jejaskan konsentrasi dia kerana kelayakan Piala Asia adalah indeks prestasi utama dia," katanya. - BERNAMA

Bekas pengurus Atletico Madrid bakal urus Johor DT?

Posted: 20 Jul 2013 12:55 AM PDT

CESAR FERRANDO JIMENEZ

JOHOR BAHRU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sudah melaungkan amaran awal untuk mempersiap dan memperkukuhkan skuad Harimau Selatan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Bagi menjayakan usaha tersebut, PBNJ membuat keputusan mendapatkan khidmat pengurus pasukan yang baharu dari Sepanyol.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, pengurus baharu untuk Johor Darul Takzim (JDT) itu merupakan seorang yang berpengalaman dan pernah menerajui pasukan seperti Valencia dan Atletico Madrid.

"Saya sebagai Presiden PBNJ ingin mengumumkan kepada para penyokong Johor bahawa langkah-langkah positif sudah diambil oleh PBNJ untuk memperkukuhkan lagi pasukan kita bagi saingan untuk musim depan.

"Saudara Fandi Ahmad juga akan terus bersama pasukan JDT sebagai penolong jurulatih," katanya dalam satu kenyataan yang dibuat menerusi laman sosial Facebook Johor Fan Club di sini.

Difahamkan, individu yang dikaitkan untuk menerajui pasukan JDT musim depan ialah Cesar Ferrando Jimenez selain PBNJ sedang berunding dengan Juan Manuel Lillo Diez yang merupakan pereka formasi 4-2-3-1 dan mentor kepada Pep Guardiola.

Dalam pada itu, Tunku Mahkota Johor berkata, selari dengan prinsip PBNJ yang akan cuba membawa nama besar dalam industri bola sepak untuk bersama pasukan, pihaknya semakin hampir mencapai persetujuan menandatangani Pablo Aimar.

Tambahnya, pihak pengurusan turut mendapat persetujuan daripada lima pemain baharu untuk menyarung jersi JDT bagi musim akan datang selain dalam proses rundingan dengan beberapa pemain lagi bagi tujuan yang sama. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Dihalau selepas

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

TIDAK ada wanita yang mahu hidupnya bermadu. Tetapi jodoh pertemuan bukan di tangan saya. Puas saya tolak permintaan Arif tetapi sia-sia. Kami kahwin juga akhirnya. Permintaan saya agar Ariff tidak sia-siakan isteri pertama dan anak-anaknya. Memang dia berlaku adil. Dia tidak kurangkan apa yang diberikan kepada isteri-isterinya. Itu cerita Norashikin dalam pertemuan dengan kumpulan ibu tunggal baru-baru ini.

''Namun sebagai isteri kedua, saya sedar walau bagaimana baik dan ikhlasnya saya, tidak mungkin saya diterima oleh keluarga madu. Arif berjanji akan berusaha membaikkan kami setelah bernikah. Dia janji setelah bernikah di Siam, akan daftarkan di tempat kami tinggal di Shah Alam. Dia berjanji akan jaga kebajikan saya.

''Dua hari selepas kembali dari Siam, Arif daftarkan perkahwinan kami di sini. Dia terus beritahu isterinya sudah berkahwin lagi dan kenalkan saya dengan tiga orang anaknya. Pendek kata Arif tunaikan segala janjinya termasuk membaikkan saya dan isteri pertamanya. Namun saya faham, wanita mana mahu terima madunya dengan mudah. Sebagai isteri kedua, saya terima dengan kesabaran.

''Sebenarnya Arif tidak sembunyikan perkahwinan kami. Isteri dan anak-anaknya tahu di mana saya tinggal kerana Arif sering bawa mereka ke rumah saya walaupun mereka tidak naik ketika Arif menghantar barang keperluan makanan kepada saya.

''Malah setelah mempunyai anak, Arif juga pernah bawa anak-anak saya ke rumah mereka. Tetapi sama ada keluarganya terima atau tidak saya tak tahu, kerana saya tidak melihatnya.

''Walaupun baru berkahwin lima tahun, tetapi saya sudah disediakan sebuah rumah dengan perabot serba sederhana. Arif mahu kami anak-beranak hidup selesa dalam sederhana.

''Sayangnya, umur orang yang baik ini tidak panjang. Arif meninggal dunia dalam waktu paling singkat. Dia tiba-tiba mengadu sakit, dibawa ke hospital dan terus meninggal dunia.

"Ketika jasadnya terlantar di rumah isteri pertama, saya tidak dibenarkan menziarah apatah lagi berada disisinya. Kehadiran saya tidak disukai oleh isteri dan anak-anaknya.

''Puas saya merayu tetapi tetap dihalang. Mereka enggan mengiktiraf saya sebagai isteri Arif dan anak-anak kami sebagai anaknya. Setelah berkeras, barulah dibenarkan.

''Tidak lama selepas pemergian Arif, masalah mula menimpa. Saya disuruh keluar dari rumah yang didiami bersama anak-anak. Anak-anak Arif dengan isteri pertama yang semuanya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, enggan memahami masalah yang saya hadapi.

''Ke mana saya hendak pergi? Itulah sahaja harta yang ditinggalkan oleh Arif kepada kami anak-beranak. Arwah pernah berpesan supaya jangan sekali-kali tinggalkan rumah itu dan itulah yang menjadi pegangan saya. Jadi apabila saya dihalau keluar, saya bertahan.

''Oleh kerana tanah di atas tapak rumah ini luas maka Arif bina dua pintu rumah sewa untuk saya. Niatnya agar saya boleh besarkan dua anak kami dengan duit sewa kerana saya telah berhenti kerja ketika berkahwin dengannya.

''Bila saya fikirkan kembali saya dapat rasakan hasrat mulia Arif untuk berlaku adil kepada dua orang isteri dan anak-anaknya. Dia tak mahu saya ganggu keluarganya dan keluarganya juga jangan ganggu hidup saya, sebab dia telah membuat persediaan untuk kami.

''Malangnya setelah Arif meninggal, mereka halau saya keluar dari rumah ini. Dan mereka ambil duit sewa daripada rumah yang Arif bina khas untuk saya. Kata anak-anaknya, saya tak layak menerima apa juga harta pusaka peninggalan ayah mereka. Kerana saya baru kahwin dengan ayah mereka sedangkan mereka sudah lama hidup, mereka lebih berhak.

''Kerana saya enggan berpindah apa lagi keluar dari rumah ini, mereka bawa peguam untuk halau saya keluar. Mereka juga tidak benarkan saya membuat dan membina apa juga perubahan atas rumah kami. Nak bina apa? Sebab saya tak ada duit.

''Mereka tahu arwah ayah mereka bina dua buah rumah sewa ini untuk saya anak-beranak sebelum arwah meninggal dunia. Tetapi kalau semua pendapatan sewa mereka ambil, dari mana saya hendak ada duit untuk hidup. Saya terpaksa cari kerja.

''Puas saya merayu tetapi mereka tetap berdegil. Peguam mereka mendakwa jika saya bawa kes tuntutan harta pusaka ini ke mana-mana mahkamah syariah sekali pun, saya tidak akan menang, nasib tak baik saya juga akan dihalau keluar dari rumah ini. Saya terpaksa merayu agar tidak dihalau, nak ambil duit sewa ambillah, saya sanggup cari kerja untuk tanggung hidup kami anak-beranak.

''Anak-anak tiri saya minta saya tandatangan beberapa keping surat tetapi saya enggan sebab saya takut ditipu. Ke mana kami anak-beranak hendak pergi kalau jadi apa-apa? Saya tidak ada saudara-mara di Semenanjung. Kampung halaman saya nun jauh di Malaysia Timur. Saya benar-benar buntu.

"Ketika sedang susah itu, seorang teman baik ambil kesempatan atas kebodohan dan kebuntuan saya. Janji nak tolong, tetapi dia menipu duit saya. Sudahlah duit sedikit, kena tipu pulak.

'' Kini apa yang amat membimbangkan saya, peguam anak-anak tiri mahu jumpa saya sekali lagi. Saya tak tahu apakah kali ini saya akan dihalau keluar dari rumah ini. Saya cukup takut.

''Syukurlah baru-baru ini, kawan-kawan kumpulan Ibu Tunggal sanggup membantu mencarikan peguam untuk saya. Kepada Allah saya berserah dan memohon bantuan-Nya.

''Saya datang ke Semenanjung awal tahun 2000 mencari rezeki halal di kota ni. Ditakdirkan saya bertemu jodoh di sini. Adakah saya telah melakukan dosa besar?

''Saya mengaku saya memang daripada keluarga orang susah. Sebab itu saya beranikan diri datang ke sini sebaik sahaja habis sekolah, untuk mencari rezeki. Bagaimanapun bukan kerana hidup saya susah, saya cari orang berduit untuk dijadikan suami.

''Kata arwah perkahwinan pertamanya kerana memenuhi hasrat orang tuanya. Dia tidak membantah, malah bersyukur mendapat isteri dan anak-anak yang baik.

"Kini setelah dia dapat membahagiakan keluarganya, dia ingin memenuhi hasrat hatinya berkahwin dengan orang yang dia pilih sendiri. Arwah mahu memenuhi hasrat hatinya sebelum menutup mata,'' demikian cerita Norashikin panjang lebar tentang nasibnya yang kini hilang tempat bergantung dan mungkin kehilangan rumah tempat berteduh sejak pemergian suami.

Halem, Halimah tabah hadapi dugaan hidup

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

Oleh AZIAN AZIZ
Gambar SAHARUDDIN ABDULLAH

MENDENGAR kisah Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som, 47, dan isterinya, Siti Halimah Abdullah Sani, 47, penulis seperti membaca cerita dalam novel.

Apa tidaknya, Abdul Halem dan isterinya telah mengharungi cabaran hidup yang bukan calang-calang orang boleh menghadapinya.

Kisah pasangan ini bermula di sebuah kilang di Sungei Way, Petaling Jaya pada 1989. Ketika itu Abdul Halem merupakan eksekutif sumber manusia di kilang tersebut, sementara Siti Halimah pula bertugas di bahagian pengeluaran.

Kedua-dua mereka merupakan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Abdul Halem hanya mengenali Siti Halimah sewaktu gadis itu melapor diri untuk bertugas.

Waktu itu terdetik di hatinya untuk mengenali gadis tersebut dengan lebih dekat, namun oleh kerana bidang tugas yang berbeza, mereka jarang bersua muka, apatah lagi bertegur sapa.

Sehinggalah pada suatu hari sewaktu berselisih di kawasan surau, buat pertama kali Abdul Halem bertentang mata dengan Siti Halimah dan ketika itulah mereka sempat berbalas senyum.

"Selepas itu, setiap kali selepas solat, kalau saya lihat kasutnya ada di luar surau, saya sanggup menunggu sehingga dia keluar semata-mata untuk melihat wajahnya" cerita Abdul Halem.

Tambah anak kelahiran Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang, Kuala Selangor itu, perasaannya terhadap Siti Halimah disimpan kemas dalam hatinya walaupun ada bunga lain yang ingin mendekatinya.

Disebabkan itu, beliau menolak rancangan seorang rakan yang ingin memperkenalkannya dengan salah seorang gadis di kilang tersebut.

"Kalau dengan orang di kilang ini juga, saya minta maaf," ujar Abdul Halem tanpa bertanya kepada rakannya siapa gadis yang ingin diperkenalkan kepadanya.

Rakan-rakannya pula tidak berputus asa dan terus berpakat menjalankan rancangan sehinggalah dia dan gadis tersebut dipertemukan dengan alasan untuk mengganti kunci loker yang hilang.

"Terkejut saya apabila gadis itu adalah orang yang saya minati selama ini iaitu Siti Halimah.

"Selepas peristiwa itu, kami mula bertegur sapa dan akhirnya saya mengajaknya keluar makan malam dan itulah detik permulaan hubungan kami yang akhirnya membawa ke jenjang pelamin pada 11 Mei 1991," katanya.

Perkara itu diakui oleh Siti Halimah yang menerima Abdul Halem sebagai suami kerana kejujurannya.

''Sebenarnya saya mempunyai beberapa calon, namun kesungguhan Abdul Halem membuatkan saya jatuh hati kepadanya. Keluarga kami pula memberi restu," akui wanita yang berasal dari Batu 12 1/2, Kajang, Selangor itu.

Selepas melayari bahtera perkahwinan, rezeki Abdul Halem dan Siti Halimah semakin bertambah.

Selain dikurniakan cahaya mata, Abdul Halem juga mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, antaranya dalam bidang perunding perniagaan, pengurusan acara dan produksi filem sehingga beliau bergelar jutawan dalam usia muda.

Dalam pada itu, Siti Halimah berhenti kerja untuk memastikan kebajikan dan pelajaran anak-anak mereka terbela.

Kegigihannya dalam perniagaan membolehkan Abdul Halem menjalin usahasama dengan syarikat dari Jepun.

Sementara itu, syarikat perunding Abdul Halem juga diberi kepercayaan menguruskan beberapa acara besar di negara ini. Pada waktu yang sama, beliau turut berjinak-jinak dalam politik.

Namun panas tidak sampai ke petang. Pada 1998, perniagaan Abdul Halem menghadapi masalah ekoran kegawatan ekonomi.

Rakan kongsinya di Jepun menghilangkan diri menyebabkan kilang usahasama itu berhadapan masalah, sedangkan pelaburan yang besar sudah dibuat. Acara besar yang dikendalikan juga terpaksa dibatalkan.

Keadaan itu menyebabkan perniagaan Abdul Halem jatuh dan masalah kewangan menjadi semakin meruncing sehingga pada 2001, segala harta yang dikumpulnya habis begitu sahaja. Lebih teruk lagi, beliau juga menjadi mangsa penipuan.

''Bayangkan daripada seorang jutawan yang mempunyai segalanya, akhirnya pada satu ketika, saya hanya ada RM5 dalam poket. Semua harta saya termasuk rumah dan kereta dijual. Inilah detik yang paling mencabar dalam hidup saya.

''Paling sedih apabila melihat anak-anak saya yang masih kecil. Pada masa itu, nak lalu depan Kentucky Fried Chicken (KFC) pun saya tak berani, takut anak-anak yang dah biasa hidup mewah minta beli. Namun saya bertuah kerana mempunyai isteri yang sanggup bersusah payah dan setia bersama saya," ujarnya.

Tambah Abdul Halem, walaupun goyah seketika ekoran dugaan berat yang melanda hidupnya, demi isteri dan anak-anak beliau menguatkan semangat untuk membina semula kehidupan dengan bekerja makan gaji semula.

Berbekalkan pengalaman, beliau diterima bekerja sebagai pegawai khas kepada Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail pada 2004.

''Saya amat terhutang budi dengan Tan Sri Rozali yang memberi kepercayaan kepada saya untuk bekerja ketika itu.

''Pada 2005, saya bertugas di Syabas sebagai Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan kemudian diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sekarang," katanya.

Mengenai kehidupannya kini, Abdul Halem bersyukur dan reda dengan ketentuan Allah walaupun hidupnya tidak semewah seperti dahulu.

Beliau juga semakin bahagia bersama lima anak iaitu Amierul Eeman, 21; Afiq Eeman, 18; Ammar Faeiz Eeman, 16, Afif Danish Eeman, 10, dan Ady Zafrein Eeman, 5.

Bagi Siti Halimah pula, beliau bangga mempunyai suami yang bertanggungjawab, cekal dan penyayang seperti Abdul Halem.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Edisi terhad untuk setiap rekaan

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

BAJU kurung moden turut dijual di Sweet Hijab untuk mereka yang sukakan gaya sepanjang zaman.

JIKA mahu tampil mengikut trend terkini fesyen wanita Melayu di Malaysia, Butik Sweet Hijab adalah pilihannya. Butik berkonsepkan trend terkini Muslimah ini mempunyai strategi pemasarannya yang tersendiri, iaitu mengikut trend terkini. Sebab itulah, kata pemiliknya, Hafizah Abdul Latiff, setiap rekaan hanya mempunyai lebih kurang 30 set sahaja.

"Jika habis rekaan itu, bermakna tiada lagi rekaan itu di pasaran. Ini kerana kami mahu bertukar kepada rekaan terbaharu.

"Misalnya, pada masa sekarang ini, kami perkenalkan trend menggunakan corak tribal. Corak tersebut akan dikeluarkan untuk koleksi sempena Hari Raya Aidilfitri nanti," jelas Hafizah kepada S2 ketika ditemui di Studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, koleksi untuk hari raya di Sweet Hijab juga merangkumi pelbagai baju kurung berpotongan peplum. Istimewanya peplum baju kurung itu adalah potongannya lebih longgar dan labuh berbanding dengan peplum biasa yang dijual di pasaran.

"Peplum untuk baju kurung ini juga dipadankan dengan kain labuh dengan pelbagai potongan yang boleh dipilih. Ada yang berpotongan kuncup, ada yang berpotongan A dan ada juga yang potongan kembang payung.

"Terdapat juga peplum jubah dan peplum dres labuh yang mana rekaan ini juga eksklusif. Ia menggunakan fabrik daripada pelbagai warna blok mengikut cita rasa wanita Malaysia masa kini," ujarnya.

Menurutnya, material yang digunakan juga boleh dipilih daripada jenis chiffon, lycra atau lycra cotton yang sememangnya memberikan impresi menarik untuk tubuh wanita.

"Memberi nilai tambah pada koleksi kali ini adalah jahitan manik yang dibuat menggunakan tangan. Corak jahitan manik kami juga lebih ringkas dan tidak sarat, namun masih kekal anggun.

"Kesimpulannya, koleksi kali ini bukan sahaja sesuai dipakai pada hari raya, malah pada majlis formal, santai sehinggalah ke pejabat," tambah Hafizah.

Selain itu, pelanggan yang membeli-belah di Sweet Hijab tidak perlu gusar mencari tudung yang boleh digayakan dengan baju pilihan kerana di butik itu juga terdapat pelbagai pilihan tudung dan selendang yang menarik.

Menurut Hafizah, untuk pakaian, saiz yang ditawarkan adalah daripada S hingga XL.

Mengenai harga, katanya, harga tudung bermula daripada RM25 hingga RM40, manakala peplum baju kurung, jubah dan dres labuh, harganya bermula daripada RM150.

"Sweet Hijab didedikasikan kepada mereka yang suka bergaya dan sukakan kelainan. Lawati laman Facebook kami untuk melihat koleksi terkini,"katanya.

Wangian feminin Avon

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

Pilihan wangian diri mampu menyerlahkan personaliti selain menyuntik keceriaan dalam melalui hari-hari yang padat dengan urusan.

Memahami keperluan itu, Avon memperkenalkan Far Away Bella, wangian peribadi terbaharu yang penuh inspirasi.

Ditujukan khas kepada wanita yang sibuk dan kerap berada di jalanan, bergerak ke sana dan ke mari, wangian ini mampu menyerlahkan sisi feminin mereka.

Kesegaran aroma beri Clementine Itali, ditambah pula dengan kelembutan kuntuman Magnolia dari China serta kekacang Tonka dari Brazil, pasti memikat hati setiap wanita.

Didatangkan dalam botol lut cahaya berbentuk bujur, ia sekali gus menampilkan kelembutan seorang wanita.

Haruman Far Away Bella EDP 50ml yang menggoda ini telah berada di pasaran bermula 1 Julai lalu dan boleh didapati pada harga RM69.

Hubungi wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon yang terdekat untuk mendapatkannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bekalan ayam cukup seminggu lagi

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 19 Julai - Kerajaan negeri memberi jaminan masalah kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam sempena sambutan Aidilfitri akan selesai dalam tempoh kurang tujuh hari selepas bekalan ayam di ladang yang mencapai usia matang 35 minggu dipasarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, jaminan itu diberikan selepas kerajaan mengadakan perbincangan dengan penternak ayam bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah kekurangan bekalan ayam.

Menurutnya, berikutan pengeluaran bekalan ayam dalam skala besar dari ladang termasuk milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), cadangan untuk mengimport ayam dari luar negara mungkin tidak diperlukan lagi.

"Isu kenaikan harga berikutan bekalan ayam yang tidak mencukupi sebenarnya tidak begitu meruncing tetapi ekoran pembelian dalam kuantiti yang banyak oleh peniaga di bazar Ramadan telah menimbulkan ruang untuk pihak lain mengambil kesempatan.

"Selepas mengadakan perbincangan dengan penternak ayam, kerajaan jamin masalah kekurangan bekalan ayam akan selesai dalam tempoh kurang tujuh hari dan harganya juga akan kembali stabil serta mengikut harga syiling yang ditetapkan kerajaan," katanya selepas berbuka puasa bersama Pergerakan Pemuda UMNO negeri, di sini semalam.

Ismail memberitahu, kekurangan bekalan ayam di negeri ini sukar ditampung sebelum ini kerana ternakan di ladang belum mencapai usia matang iaitu 35 minggu untuk dipasarkan.

Namun ayam di kebanyakan ladang kini hampir mencapai usia matang dan akan dipasarkan segera untuk menampung permintaan pada sambutan Adilfitiri tahun ini.

"Dengan keadaan ini, bermakna negeri ini tidak perlu bergantung kepada ayam import seperti yang dicadangkan dan jika perlu ia mungkin dalam kuantiti kecil sahaja.

"Bagaimanapun, keputusan untuk mengimport ayam akan dibuat selepas kerajaan memantau bekalan yang bakal dikeluarkan dari ladang-ladang yang ada di seluruh negeri terlebih dahulu," katanya.

Kilang lepas sisa ke sungai berdepan tindakan tegas

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

Ayob Rahmat (berbaju Melayu) bersama Lau Chin Hoon (tengah) melepaskan peserta Program Kembara Indah Ramadan sambil diperhatikan Anuar Abdul Manap (dua dari kiri) di Segamat, semalam.

SEGAMAT 19 Julai - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kilang yang melepaskan sisa ke sungai yang dikenal pasti menjadi punca utama berlakunya pencemaran beberapa sungai di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayob Rahmat berkata, walaupun tahap pencemaran sungai di negeri ini masih terkawal, namun usaha mengesan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit akan terus dipergiatkan.

"Memang terdapat peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar hasil usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak secara berterusan termasuk di peringkat sekolah selama ini.

"Namun, masih terdapat pihak yang mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan tanggungjawab menjaga alam sekitar termasuk mencemar sungai," katanya ditemui semasa menyertai Program Indah Ramadan anjuran Belia 4B Parlimen Sekijang hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pemanis, Lau Chin Hoon.

Beliau berkata, selain aktiviti kilang, pembangunan tidak terancang di hulu sungai juga antara punca yang boleh menyebabkan ekosistem punca air itu terganggu, sekali gus mengancam hidupan sungai yang menjadi punca pendapatan golongan nelayan.

Menurutnya, kesan kegagalan mengurus sungai sebagai punca air bersih serta sumber makanan amat besar dan semua pihak mesti memainkan peranan jika tidak mahu kehilangan sungai yang menjadi nadi kepada kehidupan masyarakat selama ini.

Justeru, beliau meminta semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta meningkatkan penglibatan dalam membantu kerajaan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

"Kesan pencemaran alam bukan sahaja menyusahkan kita dari segi keselesaan menjalani kehidupan tetapi turut memberi kesan buruk kepada ekonomi seperti ketika jerebu melanda negeri ini baru-baru ini.

"Kejadian jerebu yang melanda itu diharap memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya kita mengurus alam ini dengan baik, bukan sekadar mementingkan keuntungan jangka pendek," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Masyarakat diminta salurkan maklumat mengenai Syiah

Posted: 19 Jul 2013 11:20 PM PDT

JERLUN 20 Julai - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menggesa masyarakat Islam negeri ini memainkan peranan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan Syiah di kawasan mereka dalam usaha mengekang penularan ajaran itu.

Katanya, maklumat termasuk berkaitan aktiviti pengikut ajaran itu boleh disalurkan kepada pemimpin setempat seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) mahupun beliau sendiri.

"Saya sendiri sedia menerima sebarang maklumat berhubung Syiah ini. Jika ada anggota masyarakat yang mendapat maklumat atau menyaksikan aktiviti Syiah ini laporkan segera.

"Kerajaan negeri memandang serius ajaran Syiah ini dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan akidah umat Islam di negeri ini,'' katanya di majlis penyampaian sumbangan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Kubang Sepat Ayer Hitam di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam berkata, beliau menerima laporan tentang pengikut ajaran tersebut yang kini bertapak di Jitra yang bersempadan dengan kawasan itu.

"Sebagai wakil rakyat kawasan ini saya juga bimbang ajaran Syiah ini akan menular ke kawasan ini. Kita akan berusaha mengekangnya dan memerlukan bantuan anggota masyarakat juga,'' katanya.

Kelmarin Mukhriz membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri akan mewartakan sekatan penyebaran syiah mengikut jejak langkah beberapa negeri lain dalam usaha membendung penularan ajarannya dalam kalangan penduduk negeri itu.

Katanya, tindakan itu dianggap tepat dalam usaha membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan demi menyelamatkan akidah umat Islam. - UTUSAN ONLINE

Haram bagi wanita Islam sertai ratu cantik - Mufti

Posted: 19 Jul 2013 08:31 PM PDT

KUALA LUMPUR 20 Julai - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengulangi gesaan agar wanita Islam tidak menyertai pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu adalah haram dan berdosa.

Beliau berkata fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Feb 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.

"Justeru itu pihak penguat kuasa diminta agar melaksanakan undang-undang sepertimana yang diwartakan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas berhubung laporan akhbar semalam bahawa empat gadis Islam adalah antara 20 peserta yang terpilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 pada 2 Ogos depan.

Pemilihan finalis dibuat dalam satu sesi temuduga tertutup pada 12 Julai lepas dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini. - BERNAMA

Majlis Fatwa haramkan shisha

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Julai - Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa shisha adalah haram.

Berikutan itu, Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan tersebut serta sebarang aktiviti yang berkaitan dengannya.

Katanya, keputusan itu diambil setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan termasuk meneliti maklumat serta bukti perubatan mengenai mudarat akibat shisha.

"Muzakarah khas yang bersidang pada Rabu lalu telah membincangkan isu shisha dan mendapati bahawa semua dapatan saintifik menerusi pelbagai kajian komprehensif sama ada di peringkat negara mahu pun antarabangsa berjaya membuktikan shisha memberi kesan yang amat merbahaya dan penularannya membimbangkan khususnya dalam kalangan remaja serta wanita.

"Setelah meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan saintifik mengenai kesan kemudaratan besar akibat menghisap shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi termasuklah pembentukan generasi akan datang, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah membincangkan isu pengharaman shisha sejak 2011 tetapi menangguhkan keputusan mengenainya sehingga data-data lebih kukuh dan menjurus kepada situasi mutakhir berlaku di Malaysia dapat dibuktikan.

Baru-baru ini pula, isu pengharaman shisha dibangkitkan semula apabila Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding rokok.

Pengumuman fatwa itu turut mendapat perhatian kerajaan negeri Perak apabila menimbang kemungkinan mengikuti jejak Perlis selain Melaka yang terlebih dahulu mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor menasihatkan seluruh umat Islam supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan shisha kerana pengharamannya adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan hadis.

Katanya, pengharaman shisha juga adalah berlandaskan kaedah fiqhiah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam maqasid syariah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara.

"Pengharaman shisha juga adalah kerana jelas memudaratkan kesihatan, membazir serta mensia-siakan masa dan harta selain dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji yang perlu dihindari semua umat Islam," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Seronoknya sahur sambil berkonvoi

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Sebahagian ahli kumpulan motosikal Negeri Sembilan Scram Revolution (N9 SR) bersahur di Jempol, kelmarin ketika mengikuti program kembara Indahnya Ramadan anjuran Majlis Belia Malaysia.

JEMPOL 19 Julai - Bersahur ketika menyertai konvoi bermotosikal merupakan pengalaman berharga yang tidak mungkin dapat dilupakan 15 ahli kumpulan motosikal Negeri Sembilan Scram Revolution (N9 SR) dari Seremban.

Aktiviti bersahur itu merupakan sebahagian program kembara Indahnya Ramadan anjuran Majlis Belia Malaysia di sini semalam.

Menurut seorang ahli kumpulan, Syed Roslan Syed Rahimi, 32, kumpulan tersebut ditubuhkan bagi mengumpul penggemar motosikal jenis Scrambler, khususnya di negeri ini.

''Hari ini kami dapat pengalaman baharu apabila berpeluang bersahur di luar setelah berkonvoi sejauh 80 kilometer.

''Pada awalnya kami memang sangat teruja apabila dijemput menyertai kembara Ramadan. Namun tidak dinafikan perasaan risau juga ada dalam diri kerana perlu 'berjalan' jauh seawal pagi,'' jelasnya.

Bagi Mohd. Zairi Suhaimi, 33, ini merupakan pengalaman pertama bersahur di luar dan pastinya sesuatu yang menggembirakan.

''Biasanya kami berkonvoi dan berbuka puasa di luar, namun bersahur agak sedikit mencabar.

''Untuk menunggang motosikal di awal pagi pastinya memerlukan rehat yang cukup. Kami bergerak pagi kerana perlu tiba di Jempol kira-kira pukul 3 pagi untuk bersahur bersama penduduk di sini.

"Apabila menunggang motosikal di awal pagi, kami mendapat pengalaman baharu. Rupa-rupanya seronok bersahur beramai-ramai setelah berkonvoi,'' katanya lagi.

Sementara itu, Amirah Hanis Nor Jee, 19, pula memberitahu, walaupun dia merupakan peserta tunggal wanita, namun tetap berbangga apabila mampu melibatkan diri dalam kumpulan tersebut.

"Saya minat motosikal berkuasa tinggi dan suka mencuba sesuatu yang baharu. Apabila mengetahui tentang konvoi ini akan bersahur di Jempol, saya sangat teruja dan segera mendaftarkan diri.

"Biasanya saya hanya bersahur di rumah dan dalam keadaan sederhana. Namun kali ini suasana bersahur sangat meriah apabila kami disambut oleh penduduk di sini. Saya harap dapat merasai pelbagai pengalaman baharu dalam kumpulan ini di masa akan datang,'' jelasnya lagi.

Belia disaran lakukan kerja sukarela

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

JEMPOL 19 Julai - Golongan belia perlu bangkit membuktikan bahawa mereka bukan golongan yang lemah dengan tidak menjadikan kehadiran Ramadan sebagai alasan untuk duduk di rumah tanpa melakukan kerja-kerja sukarela.

Menurut Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Wan Salwati Abdullah, alasan bahawa kehadiran Ramadan memerlukan belia mengehadkan aktiviti adalah tidak tepat.

"Belia merupakan golongan muda yang pastinya mempunyai tenaga yang kuat. Kehadiran Ramadan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menjalankan aktiviti malah mereka boleh mengadakan pelbagai aktiviti dengan cara berbeza.

"Walaupun belia sering dikaitkan dengan aktiviti sukan tetapi ramai yang terlupa persatuan belia juga banyak melibatkan diri dalam program kebajikan. Kehadiran Ramadan boleh dijadikan bonus untuk mereka mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan menerusi idea baharu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau yang juga Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan berkata, MBM telah menganjurkan kembara Indahnya Ramadan iaitu konvoi menjelajah beberapa daerah di negeri ini.

"Konvoi yang melibatkan lebih 50 belia itu telah melawat seorang belia yang sakit di Seremban pada malam semalam. Konvoi ini diteruskan ke daerah Jempol pagi semalam dengan pengisian bersahur bersama penduduk Kampung Bukit Kelulut.

"Pada majlis itu, kita telah sampaikan sumbangan barang keperluan harian kepada 15 belia atau anak-anak belia yang susah. Konvoi ini berakhir di Jelebu pada malam semalam dengan acara berbuka puasa," katanya.

Beliau memberitahu, program tersebut pastinya dapat merapatkan hubungan antara belia dan golongan susah.

"Kita bawa belia sama-sama jelajah kerana kita mahu mereka mendapat pengalaman yang baharu. Ia juga membuktikan bahawa golongan belia bukan golongan yang sukar mendekati masyarakat," jelasnya.

Markas 1 Briged pindah ke Bukit Hitam

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

SEREMBAN 19 Julai - Markas 1 Briged di Rasah dekat sini akan dipindahkan ke lokasi baharu di Bukit Hitam berhampiran Kem Sunggala di Port Dickson dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Serentak dengan perpindahan itu juga, briged itu akan dikenali sebagai 1 Briged Armour.

Panglima 1 Briged, Brig. Jen. Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan berkata, peruntukan sebanyak RM118 juta telah diluluskan oleh kerajaan bagi pembinaan kem baharu di kawasan seluas 68 hektar itu.

"Majlis pecah tanah kem berkenaan dijangka dilakukan tahun depan dan pembinaan akan mengambil masa antara 24 hingga 36 bulan.

"Ini akan menjadi markas briged armour yang lengkap dengan pelbagai kemudahan terkini termasuk perumahan untuk anggota semua pangkat," katanya dalam sidang media selepas Perbarisan Serah Menyerah Tugas Panglima 1 Briged di Kem Senawang dekat sini kelmarin.

Pada majlis itu, Sheikh Mokhsin menyerahkan tugas Panglima 1 Briged yang dipegangnya selama satu tahun tujuh bulan kepada penggantinya, Brig. Jen. Datuk Adnan Abu Bakar.

Sheikh Mokhsin bertukar sebagai Pengarah Infantri Markas Tentera Darat di Kuala Lumpur mulai semalam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Majlis Fatwa haramkan shisha

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Harga ayam standard RM7.70 sekilogram

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

KDN bertindak tegas terhadap NGO bersifat perkauman - Zahid

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved