Ahad, 4 Mei 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Macam sudah boleh baca'

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
sukan@utusan.com.my

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih enggan menyatakan pendiriannya sama ada akan bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau tidak pada pemilihan 25 Mei ini kerana beliau percaya, apa yang bakal berlaku seakan sudah boleh dibaca.

Tunku Mahkota Johor itu berkata, beliau kurang berminat untuk bertanding kerana bagaikan sudah dapat menjangka keputusan pemilihan tersebut.

Bukan saya ingin tarik diri, cuma tidak berminat kerana tahu apa yang akan terjadi nanti. Sebab itulah saya tidak berharap sangat dan terhegeh-hegeh untuk menjadi Presiden FAM sebaliknya mengutamakan perkembangan bola sepak negeri Johor.

Saya juga tahu, tidak ramai orang lama dalam FAM yang mahukan saya ada dalam persatuan," katanya pada majlis memperkenalkan pemain import baharu JDT di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, di sini semalam.

Menurut Tunku Ismail, ramai yang mengatakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah paling layak memegang jawatan berkenaan kerana lebih berpengalaman dalam memimpin badan induk bola sepak Malaysia itu.

Bagaimanapun beliau berpendapat bahawa pengalaman bukan kriteria utama, sebaliknya sikap dedikasi merupakan lebih mustahak dalam membawa perubahan kepada kemajuan bola sepak negara.

Saya setuju saya masih muda dan banyak perlu belajar. Namun pada pandangan saya, bukan dari segi pengalaman tetapi dari dedikasi dan pengorbanan itu lebih mustahak.

Jika masih dipegang oleh barisan pengurusan tertinggi FAM yang sama, ia tidak akan memperlihatkan sebarang perubahan," kata beliau lagi.

Ujar Tunku Ismail lagi, jika dipilih sebagai Presiden FAM, beliau akan berusaha membawa perubahan besar dalam perkembangan bola sepak tanah air.

Kita akan lihat pembangunan akademi, kita akan tengok pengadilan yang profesional, menyediakan peruntukan yang mencukupi dan memberi fokus dalam

meningkatkan standard kemudahan sukan bola sepak," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kehadiran pada pemilihan tersebut, beliau menyatakan ia bergantung kepada situasi pada waktu itu.

Tengoklah keadaan macam mana. Kalau saya pergi, saya pergi... Kalau saya tidak pergi, saya tidak. Saya tak boleh bagi jawapan yang tepat apa yang saya akan buat," katanya lagi.

Penyu sekat hajat besar Red Giants

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

A.Thamil Arasu (tengah) cuba melepasi asakan pertahanan Terengganu, Hasmizan Kamarodin dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD RAHMAN

SHAH ALAM - Hajat besar Selangor untuk muncul pendahulu baharu Liga Super terbantut selepas sekadar seri tanpa jaringan menentang Terengganu di Stadium Shah Alam semalam.

Gagal mengutip tiga mata penuh di depan penyokong sendiri menyebabkan anak-anak buah Mehmet Durakovic terus menghuni tangga kedua dengan berkongsi 28 mata bersama peneraju liga, Pahang tetapi dipisahkan menerusi perbezaan gol.

Malah semalam, tuan rumah hampir dikejutkan pelawat yang memperoleh peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-20, namun sepakan percuma Ismail Faruzi Ashari yang ditanduk cantik pemain import, Mustapha Dabo berjaya ditampan oleh penjaga gol Selangor, Farizal Marlias.

Sembilan minit kemudian, Terengganu melakukan satu lagi percubaan dari luar kotak penalti namun sepakan lencong Ismail Faruzi gagal menemui sasaran.

Seminit kemudian tuan rumah cuba memecah kebuntuan apabila kapten Bunyamin Umar melakukan percubaan dari dalam kotak penalti hasil hantaran A. Thamil Arasu namun mudah diselamatkan Shamirza Yusoff.

Minit ke-35, Javier Andres Estupinan cuba mencari gol pertama namun tandukannya sekadar melepasi palang sebelum kapten Mohd. Norfarhan Muhammad melakukan satu lagi hantaran silang seminit kemudian namun berjaya ditampan keluar oleh penjaga gol.

Javier Andres sekali lagi mencemaskan gawang tuan rumah menerusi rembatan jarak dekat dari sudut kanan pada minit ke-48 sebelum melakukan percubaan deras dari jarak 30 meter namun berjaya diselamatkan Mohd. Farizal.

Terengganu sekali lagi mengasak kubu pertahanan Selangor pada minit ke-56 menerusi hantaran silang Mohd. Norfarhan namun gagal disempurnakan rakan sepasukan apabila Mohd. Farizal bijak membaca gerakan pasukan pelawat.

Pasukan tuan rumah cuba menembusi benteng pertahanan pelawat menerusi Thamil Arasu pada minit ke-58 tetapi percubaannya melepasi palang dan percubaan Mohd. Rizal Fahmi dari luar kotak penalti sepuluh minit kemudian turut tersasar.

Selangor sekali lagi gagal memanfaatkan peluang berharga apabila sepakan percuma Paulo Rangel pada minit ke-75 juga melewati palang sebelum tandukannya pada minit ke-88 mudah diselamatkan Mohd. Shamirza.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Forester 2.0XT

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

Oleh JOHARDY IBRAHIM
ekonomi@utusan.com.my

MENGGUNAKAN rim 18 inci, sistem ekzos berkembar, rupa Subaru Forester 2.0XT lebih maskulin.

AGAK lama tidak memandu uji sebuah kereta yang sebegitu seronok dipandu seperti Subaru Forester 2.0XT. Kebanyakan kenderaan utiliti sports (SUV) dengan enjin kapasiti 2.0 liter di pasaran Malaysia, boleh dikatakan hanya bersifat `kereta bandar yang bosan.

Forester 2.0XT ini mengekalkan perwatakan Subaru yang terkenal sebagai sebuah jenama kenderaan berprestasi tinggi. Peminat kereta secara khususnya mengenali dan mungkin mengidam Subaru Impreza WRX yang telah memenangi pelbagai jenis perlumbaan. Namun impian itu kini boleh dialami oleh golongan berkeluarga juga, menerusi Forester 2.0XT.

Semasa memandu Forester 2.0XT di lebuh raya Persekutuan menuju ke bilik pameran Motor Image di Petaling Jaya, saya hampir terlajak terus (terlupa memasuki lorong) tetapi dengan kuasa kilas yang tinggi pada kenderaan ini, saya berjaya mengemudi SUV ini satu demi satu daripada tiga lorong itu tanpa menyebabkan kemalangan!

Subaru Forester 2.0XT menggunakan enjin 2.0 turbocaj dengan empat silinder, menghasilkan 237 kuasa kuda dan 350Nm kuasa kilas pada 3,600 revolusi per minit. Enjin yang efisyen ini digabungkan dengan transmisi CVT, serta susun atur sistem AWD simetri, Forester mampu memecut 0-100km/h dalam masa 7.5 saat, serta mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 221km/j. Selain prestasi enjin yang bagus, penggunaan minyak adalah menjimatkan dengan Forester 2.0XT hanya memerlukan 8.5 liter untuk 100km.

Antara ciri-ciri yang telah dinaik taraf yang ada pada SUV baharu ini; sistem AWD simetri, enjin boxer yang ditala, X-Mode yang mengawal corak pemanduan dinamik SUV, dan juga Subaru Intelligent Drive (SI-DRIVE).

Kelebihan sistem AWD (pacuan semua roda) telah diuji dan terbukti formula berjaya dalam Kejohanan Rali Asia Pasific (APRC). Menggunakan teknologi canggih ini, kereta kegunaan orang awam buatan Subaru ini telah diuji dalam permukaan yang sukar, termasuk keadaan jalan di Shah Alam yang bertampung-tampung.

Falsafah Subaru dapat dirasai dalam pembikinan kereta ini. Forester memberi tindak balas seperti yang dikehendaki apabila berhenti, mengambil selekoh dan memecut. Ini didorong lagi dengan saiz sederhananya walaupun bersifat SUV. Forester benar-benar seronok dipandu. Tiada ragu-ragu.

Bahagian kabin dalaman yang lebih besar dan serba canggih, dalam memastikan keselesaan sesipa yang menaikinya. Tanpa melipat kerusi belakang, ruang kargo Forestor ini ialah 422 liter dan jika dilipat, ruang kargonya menjadi besar sehingga 1,541 liter.

Ciri-ciri peralatan antaranya HD radio stereo dengan empat pembesar suara, kamera belakang, panoramic moonroof, sistem penghidupan enjin dengan butang-tekan serta masuk tanpa kunci, navigasi, sistem amaran penukaran lorong serta banyak lagi.

Reka bentuk luarannya kini lebih agreaif dan kontemporari jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Lampu hadapan baru, jeriji hadapan yang menawan mengikuti jejak Subaru Impreza. Menggunakan rim 18 inci, sistem ekzos berkembar, rupanya lebih maskulin.

Paling terkini, Pengarah Eksekutif Tan Chong International, Glenn Tan mengumumkan pihaknya sedang membuat kajian terperinci tentang kemungkinan memasang Forester di Malaysia.

Generasi keempat SUV ini, memasuki pasaran pada pertengahan tahun lalu, dengan hanya satu varian iaitu 2.0XT dan diimport sepenuhnya dari Jepun. Jika semua berjalan lancar, pemasangan CKD untuk Forester bakal bermula 2016.

Subaru Forester ini dijual pada harga RM199,800 (tanpa insurans) berserta pakej waranti lima tahun atau 100,000km, dalam lima pilihan warna iaitu Satin Putih Mutiara, Jasmine Hijau Metalik, Kelabu Gelap, Crystal Black Silica dan juga Burnished Gangsa Metalik yang bilangannya terhad.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Buat tempahan Tutor sebelum Jun

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

TUTOR sentiasa mendapat sambutan menggalakkan daripada guru dan murid seperti komitmen yang ditunjukkan oleh warga SK Kota Perdana ketika mengikuti taklimat penggunaannya di Muadzam Shah, Pahang, baru-baru ini.

SEKOLAH di seluruh negara dinasihati membuat tempahan awal akhbar pendidikan edisi Tutor UPSR, PT3 dan SPM ekoran permintaan yang dijangka naik mendadak bagi persiapan program intensif kecemerlangan masing-masing mulai Jun ini.

Fenomena berkenaan merupakan trend semasa kalendar strategik persekolahan yang mensasarkan Jun sebagai titik tolak program pecutan akhir, tuisyen atau sebagainya sebagai pengukuhan, pengayaan dan bimbingan menjelang hari peperiksaan.

Tutor yang mula dicetak 13 Januari lalu adalah eksklusif untuk langganan sekolah, berharga 50 sen senaskhah.

Tempahan saat akhir akan menyukarkan pihak pemasaran membuat penghantaran mengikut masa, terutamanya di kawasan pedalaman.

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 019-5716282.

Tutor merupakan instrumen soalan dalam konteks pentaksiran, yang itemnya dibangunkan mengikut format semasa dan terkini bagi setiap mata pelajaran.

Sejak dicetak 13 Januari lalu, sekolah-sekolah yang membuat tempahan awal bagi tujuan percubaan kini mulai menambah tempahan naskhah setelah guru mendapati isi kandungan yang terbukti dapat membantu pembelajaran murid di sekolah masing-masing.

Tutor merupakan program pendidikan selama 42 minggu yang disusun mengikut takwin persekolahan - bermula dengan latihan topikal pada peringkat awal, disulami dengan ujian sumatif, diagnostik serta set lengkap peperiksaan percubaan dari semasa ke semasa.

Soalan dan konsep dibangunkan oleh panel guru pakar serta penggubal soalan. Panel khusus bagi menggubal soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula menggubal soalan KBAT tahap UPSR sehingga SPM yang merentas penerbitan setiap minggu.

Tutor UPSR, PT3 dan SPM diterbitkan setiap Isnin, Tutor English pada Selasa dan Tutor Junior pada Rabu.

Program Jelajah Tutor, beberapa sesi taklimat serta program aktif pemasaran dan jenama yang giat sepanjang tujuh bulan ini telah berjaya membuka mata pihak sekolah perihal pentingnya sisipan Tutor untuk dimiliki oleh setiap sekolah sebagai bahan latih tubi.

Dalam masa yang singkat, Tutor terpilih sebagai bahan utama pengajaran dan pembelajaran beberapa institusi melalui program penajaan atau secara langsung.

Di Perak, Tutor menjadi instrumen penting di negeri itu apabila kerajaan negeri Perak menaja akhbar pendidikan Tutor SPM di 164 buah sekolah di seluruh Perak sepanjang tahun ini.

Tajaan itu bertujuan membolehkan sekolah-sekolah terpilih memanfaatkan Tutor SPM sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Exco Pelajaran Perak, Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, penajaan itu adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri mensasarkan kecemerlangan pelajar di bawah program Perak Menuju Top 5.

Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian kepada pendidikan anak-anak negeri ini dan sedia menyalurkan pelbagai peruntukan dalam membantu pelajar terutama yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.

Oleh itu, para pelajar diharap akan menggunakan setiap bantuan yang diberikan untuk bergelar insan yang cemerlang dan terbilang kelak," katanya.

Program Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Pintar Foundation turut menganjurkan pemukiman dan Jelajah Tutor baru-baru ini di seluruh negara. Tinjuan mendapati beberapa guru dan pengetua yang terpilih mengikuti program berkenaan menganggap penajaan Tutor sebagai rahmat kepada mereka.

Malah bank, instutusi kerajaan dan bukan kerajaan yang mendepani usaha pendidikan telah memanjangkan dan memperluas penajaan bagi membolehkan sekolah menggunakan Tutor sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran.

Bukan sekadar negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, sekolah di Sabah dan Sarawak kini mula menggunakan sisipan Tutor secara yang meluas.

Inisiatif bijak rapatkan jurang akademik bandar, luar bandar

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim menyampaikan taklimat penggunaan Tutor UPSR di SK Kota Perdana, Muadzam Shah, Pahang baru-baru ini.

Usaha Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaja akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah satu langkah bijak untuk merapatkan jurang pencapaian akademik antara murid luar bandar dan bandar.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Perdana, Kartini Daud berkata, tajaan Tutor UPSR oleh TNB ini memberi peluang kepada murid sekolah luar bandar supaya maju dalam pelajaran seperti rakan mereka di bandar.

Hal ini boleh direalisasikan kerana kandungan Tutor UPSR sangat bertepatan dan bersesuaian untuk latihan pengukuhan dan pengayaan murid," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas taklimat penggunaan Tutor UPSR oleh Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim di makmal komputer SK Kota Perdana, Muadzam Shah, Pahang baru-baru ini.

Taklimat itu menekankan prinsip latih tubi dari aspek kuantitatif dan kualitatif supaya Tutor UPSR dapat memberi impak yang maksimum kepada program kecemerlangan akademik di sekolah.

Akhbar Tutor UPSR, kata Kartini, telah pun digunakan di sekolahnya sebagai latihan tambahan oleh guru-guru mengikut keperluan masing-masing.

Penggunaan secara intensif sebagai modul pembelajaran mulai Jun 2014," tambahnya.

SK Kota Perdana adalah sekolah ke-13 dan terakhir dalam program Jelajah Tutor yang melibatkan sekolah Pintar TNB di seluruh negara.

Selain menerima naskhah cetak, kesemua 13 sekolah Pintar TNB turut diberi kata laluan untuk mengakses sistem pembelajaran atas talian, adaponline.

Jumlah naskhah dan kata laluan yang diberi tertakluk kepada bilangan calon UPSR di sekolah terbabit.

Selain itu, semua 13 sekolah pintar TNB di seluruh negara yang terpilih menikmati bantuan kewangan pendidikan berjumlah RM30,000 dan barangan peralatan hoki.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


3 penyamun bersenjata ditembak mati

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
pengarang@utusan.com.my

BEBERAPA anggota polis memeriksa kereta jenis Toyota Vios yang digunakan oleh tiga penjenayah yang ditembak mati di persimpangan Jalan Taman Desa Tebrau, Johor Bahru, malam, semalam.

JOHOR BAHRU 4 Mei - Polis menembak mati tiga penjenayah yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun bersenjata selepas berbalas tembakan di persimpangan Jalan Taman Desa Tebrau di sini malam tadi.

Dua daripada suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan kes samun di Johor dan Pahang, sejak dua tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, dalam kejadian pada pukul 10.15 malam itu, dua lelaki mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berusia 39 hingga 41 tahun itu menaiki sebuah kereta Toyota Vios dan cuba ditahan oleh sepasukan anggota polis untuk pemeriksaan.

Bertindak atas maklumat samun cash in transit (CIT), pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan ternampak sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Polis cuba menahan kenderaan tersebut namun dalam masa yang sama terdengar beberapa das tembakan dari arah kereta suspek dan kelihatan salah seorang daripada mereka memegang sepucuk senjata api," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Tambah Mohd. Bakri, bagi mempertahankan diri, pihak polis telah membalas tembakan dan pemeriksaan didapati, dua lelaki mati di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.

Suspek yang cedera itu dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan namun mati dalam perjalanan," katanya.

Katanya, susulan kejadian itu, polis melancarkan operasi mengesan saki baki kumpulan berkenaan dan berjaya menahan lapan suspek berusia 26 hingga 38 tahun dengan tiga di Taman Setia Tropika manakala lima lagi di Taman Puteri Wangsa.

Mohd. Bakri berkata, antara yang dirampas dalam kejadian dan serbuan berkenaan adalah empat kenderaan dengan salah satunya bernombor pendaftaran palsu, tiga pucuk pistol semi auto, sepucuk pistol tiruan, peluru hidup dan sebilah parang.

Maklumat yang diperoleh juga mendapati kumpulan itu aktif sejak dua tahun lalu dengan menjadikan premis perniagaan dan pengurup wang sebagai sasaran.

Mereka juga mempunyai kepakaran dalam melakukan jenayah samun. Difahamkan ketika kejadian, mereka merancang melakukan jenayah samun di sekitar kawasan sebuah pusat beli-belah di sini," katanya yang turut mempercayai mereka terlibat dalam kegiatan kongsi gelap.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Penyokong bola JDT, Pahang diingat jangan buat masalah

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

JOHOR BAHRU 4 Mei - Orang ramai terutama penyokong pasukan Johor Darul Tazim (JDT) dan Pahang yang akan berentap dalam saingan separuh akhir Piala FA di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, di sini malam esok, diingatkan supaya menjaga kelakuan masing-masing.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya akan memastikan perlawanan tersebut berjalan lancar.

Beliau berkata, pihaknya juga mengarahkan ketua polis daerah untuk menentukan penugasan polis secukupnya sepanjang 90 minit perlawanan.

Saya nasihatkan penyokong kedua-dua pasukan untuk menjaga kelakuan masing-masing, baik di dalam, mahupun di luar stadium. Kita datang nak tengok bola, bukan untuk perkara lain," katanya di sini hari ini.

Rentetan beberapa insiden tidak diingini yang dikaitkan dengan pasukan JDT, kebelakangan ini, Kelab Penyokong Bolasepak Johor Darul Tazim menggerakkan kempen Anti Keganasan dan Provokasi dengan menaikkan poster dan kain rentang selain pemberian risalah.

Menurut Bendahari II kelab itu, Mardiana Badura Sakek, satu kain rentang dan 30 banting akan dipasang di sekeliling stadium ketika perlawanan.

Ia adalah kempen lanjutan daripada pemberian plak penghargaan Kita Bersaudara yang dilakukan sebelum ini bersama penyokong lawan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Teluk Chempedak dijadi Buskers Corner

Posted: 04 May 2014 11:24 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Arpah Abdul Razak (dua kiri) menyatakan sesuatu kepada sebuah kumpulan yang membuat persembahan pada Festival Buskers Corner di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan, kelmarin. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 4 Mei - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memilih pusat peranginan terkenal, Teluk Chempedak di sini untuk dijadikan Buskers Corner atau mengadakan persembahan di tempat awam yang merupakan lokasi ketiga selepas Pantai Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Dataran Sungai Melaka, Melaka.

Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Seri Arpah Abdul Razak berkata, pemilihan lokasi berkenaan berikutan Teluk Chempedak merupakan destinasi percutian pantai terkemuka, kemudahan mencukupi dan infrastruktur bandar yang baik.

Pihak kementerian percaya kedudukan Kuantan sebagai destinasi percutian hujung minggu pastinya akan menarik lebih ramai pelancong dengan wujudnya Buskers Corner ini.

Melalui perbincangan dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah bersetuju mewujudkan satu lokasi Buskers Corner di Teluk Chempedak atau mana-mana lokasi di bandar ini bagi meningkatkan kedudukan Kuantan sebagai sebuah bandar sejahtera dan terus menjadi pilihan percutian pantai serta tumpuan pelancong," katanya berucap merasmikan Majlis Pelancaran Malaysia Buskers Corner, di sini semalam.

Menurut Arpah, aktiviti jalanan seperti bermain muzik, menyanyi, bersajak dan menari tanpa sebarang tempahan, kontrak atau bayaran yang dipanggil popular semakin menjadi tempat di kalangan masyarakat.

Persembahan yang dilakukan itu sebaliknya mendapat sokongan daripada orang ramai dengan rata-ratanya menerima sumbangan berbentuk wang sebagai saguhati.

Ketika ini, saya difahamkan terdapat kira-kira 10,000 orang terlibat dalam aktiviti tersebut dan seramai 4,000 buskers telah berdaftar sebagai ahli kelab," jelasnya.

Tambahnya, kementerian merumuskan bahawa aktiviti busking boleh memberi nafas baharu dalam kehidupan bandar melalui penglibatan semua peringkat warga bandar, penyediaan ruang interaksi dan menginterpretasikan bakat-bakat yang dimiliki.

Kewujudan Buskers Corner sekali gus menjadi platform kepada warga tempatan khususnya golongan belia untuk mengembangkan bakat seni yang dimiliki secara langsung kepada umum," ujarnya.

Pertahankan kedudukan bahasa Melayu

Posted: 04 May 2014 11:24 AM PDT

Ahmad Munawar Abdul Jalil (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Muhd. Mansur Abdullah pada forum Bahasa Melayu Dalam Peradapan dan Nilai Budaya Malaysia Maju 2020 di Maran, baru-baru ini. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN 4 Mei - Generasi baharu perlu komited, beriltizam dan bersatu untuk memperkukuh serta mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda terulung di negara ini.

Ketua 1 Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) Prof. Datuk Dr. Muhd. Mansur Abdullah berkata, ini kerana cabaran besar terpaksa dihadapi pejuang bahasa Melayu terdahulu semata-mata untuk meletakkan bahasa ibunda pada kedudukan sekarang.

Berdasarkan pengalaman sendiri sebagai pelajar pertama Sekolah Darjah Menengah Melayu (DMM) di sekolah aliran Inggeris sekitar 1960-an sungguh memeritkan dan rasa terhina kerana dianggap pelajar kelas kedua.

Walaupun ada Dasar Pelajaran yang digubal seperti Laporan Razak dan Laporan Abdul Talib selepas negara baru mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tetapi proses pelaksanaan sedang bermula sekali gus banyak cabaran yang perlu dihadapi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam forum Bahasa Melayu Dalam Peradapan dan Nilai Budaya Malaysia Maju 2020 di Pejabat Pendidikan Daerah Maran, di sini baru-baru ini.

Program anjuran bersama DPMP, Pejabat Pendidikan Daerah Maran, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dirasmikan Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Asiah Hamzah.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBP, Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan; Ketua Dua Gapena, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dan Pengerusi DPMP Maran, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil.

Muhd. Mansur berkata, laporan pelajaran tersebut menjadi pemangkin ke arah memartabatkan bahasa Melayu berikutan antara saranan yang dikemukakan iaitu mencadangkan supaya bahasa tersebut dijadikan mata pelajaran wajib selain bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Melayu mesti diajar dari darjah satu di semua jenis sekolah rendah dan syarat lulus dalam bahasa tersebut bagi calon-calon ke sekolah menengah," katanya.

UMNO dekati generasi muda menerusi aktiviti sukan, pendidikan

Posted: 04 May 2014 11:24 AM PDT

Abdul Rahman Mohamad (duduk tengah, lima dari kiri) bersama pemain futsal, sepak takraw dan bola jaring yang menyertai Karnival Sukan UMNO Bahagian Lipis, di Kuala Lipis, baru-baru ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 4 Mei - Pendekatan UMNO dalam menghampiri generasi muda tidak terhad daripada sudut politik semata-mata malahan perlu mencakupi perspektif kemasyarakatan serta ekonomi yang lebih luas.

Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, UMNO memainkan peranan untuk menyatupadukan golongan muda dan keyakinan mereka sehaluan untuk memperjuang parti itu.

Menurutnya, halangan untuk menarik penyertaan generasi muda dalam UMNO timbul apabila ramai dalam kalangan usia berkenaan tidak memahami aspirasi perjuangan politik malahan gemar terikut dengan asakan pihak tertentu serta media baharu.

Ini kerana segelintir golongan berkenaan yang terpengaruh dengan asakan dakyah media baharu serta hanyut dengan janji pihak terentu khususnya pembangkang menyebabkan mereka tersisih dengan idealisme perjuangan UMNO.

Menerusi program turun padang secara proaktif serta mempelbagaikan kegiatan sukan serta pendidikan, golongan ini dapatlah kita libatkan bersama supaya mereka kembali yakin terhadap perjuangan UMNO dan juga sebagai penggiat yang aktif menerusi transformasi pembangunan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan UMNO Bahagian Lipis di Dataran Lipis, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mohd. Farid Mohd. Noor.

Menurut Abdul Rahman, kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpin setempat melaksanakan pelbagai usaha mendekati golongan muda khususnya menyediakan kemudahan asas untuk kebajikan dan sosial di semua tempat.

Kerajaan negeri menyediakan peruntukan kemudahan gelanggang pelbagai guna (GPG) untuk sukan futsal, bola jaring serta permainan lain, manakala UMNO dan pemimpin setempat menjadi penggerak penyelenggaraan setiap kali kejohanan di daerah atau kampung," katanya.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, penganjuran karnival itu dapat mendekati generasi muda untuk memastikan kelangsungan perjuangan parti membela masyarakat Melayu di samping mengeratkan perpaduan dengan kaum lain.

Sementara itu Mustapa berkata, program berkenaan berjaya menarik penyertaan ramai golongan muda di semua tempat untuk terlibat sama dalam acara sukan yang dipertandingkan di beberapa venue.

Katanya, penganjuran itu sekali gus mendidik golongan muda dalam memenuhi aspirasi gaya hidup sihat bagi kalangan mereka dan penduduk daerah ini amnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Ahmed Miitig dipilih sebagai PM baharu Libya

Posted: 04 May 2014 10:09 AM PDT

TRIPOLI 5 Mei - Seorang ahli perniagaan, Ahmed Miitig dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Libya, selepas memenangi undian di Parlimen, semalam.

Miitig pada awalnya berjaya mengumpulkan 113 undi daripada 120 undi yang diperlukan bagi sesi undi percaya oleh sidang Parlimen berlandaskan perlembagaan negara.

Pegawai Kongres Agung Kebangsaan (GNC), Salah al-Makhzoum berkata, Miitig sebenarnya berjaya meraih undi sebanyak 121 daripada 185 kerusi di Parlimen sementara, selepas pengiraan semula ketika berjaya menewaskan pencabarnya, Omar al- Hassi, seorang profesor di sebuah Universiti. - AFP

Tolak warga emas, kanak-kanak

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

Gambar bertarikh 22 April lalu, merakamkan kakitangan sebuah hospital di Jeddah memakai topeng muka sebagai langkah berjagajaga terhadap jangkitan MERSCoV.- AFP

MEKAH 4 Mei - Beberapa agensi perkhidmatan haji dan umrah di Arab Saudi telah berhenti menerima permohonan visa bagi jemaah kanak-kanak serta individu berumur lebih 60 tahun berikutan amaran Kementerian Kesihatan Arab Saudi tentang jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV).

Akhbar Arab News melaporkan Presiden Jawatankuasa Haji dan Umrah, Dewan Perundangan Perdagangan dan Industri Mekah, Saad al-Quraishi menjelaskan, pihaknya juga akan berhenti menyediakan visa haji kepada jemaah yang belum mendapatkan vaksin melawan penyakit selesema yang lain.

Penyebaran jangkitan MERS-CoV di wilayah barat Arab Saudi, khususnya Mekah, Madinah dan Jeddah telah menyebabkan banyak agensi perkhimatan haji dan umrah menolak permohonan visa warga emas, walaupun kerajaan belum mengeluarkan keputusan rasmi berhubung hal itu.

Keputusan rasmi dijangka dikeluarkan dua bulan selepas bulan Ramadan.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 18 kes baharu MERS-CoV serta empat lagi kematian dilaporkan semalam di negara ini.

Jumlah itu meningkatkan korban akibat jangkitan berkenaan kepada 111 orang sejak 2012.

Pihak Berkuasa Palestin Jumaat lalu menasihatkan rakyatnya yang ingin menunaikan haji atau umrah pada tahun ini supaya menangguhkan ibadah itu berikutan jangkitan MERS-CoV.

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Asaad Ramlawi berkata, gesaan itu dibuat terutamanya bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, wanita mengandung, warga emas melebihi 65 tahun serta individu yang menghidap penyakit kronik.

Minggu lalu, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Adel Fakeih menyarankan supaya jemaah kanak-kanak dan warga tua berusia lebih 60 tahun menangguhkan ibadah haji dan umrah sehingga jangkitan penyakit tersebut surut.

Agensi perkhidmatan haji dan umrah turut memperkenalkan langkah pencegahan wabak itu kepada jemaah umrah dan haji bagi menghalang sebarang risiko jangkitan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Dunia berbeza Shila

Posted: 04 May 2014 06:31 AM PDT

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my

BUAT waktu ini pastinya ramai yang berbangga dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh penyanyi ini.

Namanya bukan sahaja semerbak di tanah kelahirannya, Malaysia tetapi juga di China. Bahkah Shila Amzah sudah mencipta fenomena dan mempunyai kelompok peminat fanatiknya yang besar di sana.

Umpama sudah punya jenamanya sendiri, Shila bijak memanfaatkan peluang keemasan yang datang. Pertama, sewaktu dia menyertai program realiti Asian Wave 2012 dia membuktikan kehabatannya dan muncul juara.

Kedua, sewaktu Shila menyertai pertandingan realiti I Am Singer , program realiti nombor satu di China.

Timbul satu kekaguman kerana bukan mudah untuk berjaya seperti yang diraih Shila Amzah sekarang kerana pencapaian yang ditunjukkan adalah luar biasa. Jumlah peminatnya semakin besar dan beban kerja dipikulnya yang semakin banyak.

Mungkin ada yang menganggap apabila sudah popular, Shila sudah boleh selesa kerana pada satu tahap dia tidak perlu lagi memikirkan untuk berusaha lantaran sudah pun berada di tangga teratas.

Meski dari satu sudut, hal itu dianggap positif dan menguntungkan, tetapi bagi empunya diri, populariti dan kejayaan mendadak mendatangkan kerisauan terutama ketika berdepan dengan perkara-perkara di luar jangkaan.

Contoh terdekat dan paling klise tentu sekali pelbagai spekulasi dan kontroversi ciptaan pihak tertentu.

"Sebenarnya bukan senang nak mengendalikan populariti. Bunyinya macam sesuatu yang menyeronokkan sebab ramai orang kenal.

"Tapi bagi saya itu adalah satu tangungjawab yang berat. Apa pun yang saya buat sekarang - setiap langkah, setiap perbuatan - semuanya sudah tidak lagi privasi. Malah semakin tidak privasi berbanding sebelum ini.

"Namun saya tak kata yang saya tak suka keadaan sekarang. Cuma nak perbetulkan tanggapan orang yang mungkin mengandaikan yang saya sudah berangan diva, sombong dan berubah," katanya.

Masih Shila yang sama

Mengaku bahawa ada segelintir pihak yang cuba melabel dia sudah berubah kata Shila, dia hairan bagaimana hal itu boleh dibangkitkan sedangkan tiada yang berubah meski 'darjatnya' kini di puncak.

Tahu bahawa berbanding dahulu, dunia kerjayanya kini lebih besar dan luas, tetapi itu bukan faktor untuk merubah jati dirinya yang masih berpijak di bumi yang nyata.

"Yang berubah cuma apabila saya berada di pentas. Shila di pentas dengan Shila pada hari-hari biasa berbeza. Di pentas, ya saya kena jaga kredibiliti sebagai penyanyi. Harus lebih elegan dan karisma. Tapi kalau saya tidak menyanyi, saya biasa sahaja. Saya jadi diri saya sendiri.

"Rasanya yang banyak berubah adalah masa. Saya tak cukup masa untuk diri sendiri. Sibuk sangat. Terkejar-kejar dibuatnya. Itu sajalah. Yang lain tak ada. Saya masih Shila yang dulu," jelasnya lagi.

Bagaimanapun kata Shila, dia melihat fenomena peminat fanatik di China sebagai satu perubahan yang menarik dan baru buat dirinya.

Menganggap mereka adalah peminat paling ekspresif dan sporting menyokong kerjayanya sebagai penyanyi, Shila tidak menyangka sejauh itu dirinya diterima dan disayangi.

"Jangan tak tahu peminat di sana, kalau dah suka dengan seseorang artis, mereka akan sokong berhabis-habisan. Segala mengenai diri saya mereka nak tahu, mereka nak gali sampai ke lubang cacing. Kadang-kadang saya rasa yang mereka buat itu sangat kelakar.

"Contohnya di laman sosial Instagram. Bayangkan hari-hari saya dipesan supaya memuat naik gambar untuk mereka tatap. Kalau tak masukkan, mereka akan tanya. Kalau gambar yang dimuat naik itu muka tak senyum, mereka bertanya kenapa dan mudah berasa bimbang dengan keadaan itu.

"Jadi sekarang ini saya memang tak boleh muat baik gambar yang boleh menimbulkan pertanyaan pelik mereka. Kena letak gambar yang gembira dan senyum sahaja. Kalau tak, habislah saya akan disoal siasat," katanya ketawa.

Berkongsi cerita lagi kata Shila, dia juga berasa lucu apabila peminat di sana turut membuat gelaran comel untuk dirinya. Selain Shila, dia juga dipanggil Baby Rabbit atau arnab kerana memiliki gigi depan yang kelihatan seperti haiwan comel itu.

"Saya okey saja bahkan rasa lucu . Dek kerana panggilan itu kebelakangan ini, saya kerap menerima hadiah berbentuk arnab, pelbagai bentuk termasuk patung. Hadiah yang saya dapat banyak sangat sampai tak terkira.

"Paling kelakar ada juga yang berikan patung berbentuk lobak merah. Tak cukup dengan itu, pernah juga saya diberikan hadiah sekotak sayur tersebut. Iyalah, arnab kan makan lobak merah," katanya.

Hello pembenci!

Pun begitu di sebalik keseronokannya bergelumang dengan perkara-perkara positif, sebagai seorang selebriti, Shila tentu sekali berdepan dengan pihak yang tidak suka dan akan mencari salah tidak kira kecil atau besar.

Contohnya menerusi tragedi MH370. Shila dikatakan telah dikecam teruk oleh segelintir peminat di sana sedangkan hakikatnya kata Shila, mereka melayan dia dengan baik tanpa prejudis.

Selain itu isu dia berpakaian seksi pada satu persembahan di sana, Shila yang menganggap isu itu telah selesai dan tidak patut timbul tetap dibahaskan oleh golongan pembencinya.

"Ini bukan perkara baru untuk saya. Sebelum ini pun sudah cukup banyak saya berdepan dengan kontroversi. Rasanya apabila berdepan dengan kelompok pembenci, saya sudah semakin matang mengendalikannya.

"Saya percaya orang seperti ini tidak akan duduk diam dan akan sentiasa mencari kesalahan, mengecam dan mengkritik. Hairan juga mereka ada masa untuk mencipta isu negatif mengenai saya.

"Namun saya berterima kasih juga kerana golongan ini menjadikan saya seorang yang lebih berani untuk bersuara. Ada yang kata saya sudah pandai sarkastik. Saya tak kisah sebab saya mahu menyuarakan apa yang saya rasa benar di pihak saya.

"Saya sentiasa percaya kalau nak orang hormat, kita terlebih dahulu kena menghormati orang lain. Saya akui kadangkala terpaksa menjadi sarkastik untuk mengajar orang yang suka bercakap buruk mengenai diri saya atau membuat spekulasi.

"Saya boleh bersabar namun saya sedar, saya manusia biasa dan kadangkala tak sempurna. Dalam bab ini, saya puji sikap peminat saya di China.

"Bukanlah bermaksud saya tak suka peminat di negara sendiri atau cuba merendah-rendahkan peminat di sini. Tetapi peminat di sana lebih rasional kalau berdepan dengan sesuatu isu berkaitan saya. Mereka tak terus menghukum.

"Mungkin kerana orang kita lebih beremosi dan cepat melatah maka kadang-kadang cerita yang tak betul pun kita lekas terasa. Saya sudah berusia 24 tahun, saya percaya saya punya hak untuk menyuarakan apa yang saya tak suka atau suka secara terbuka terutama apabila ada isu yang tidak benar mengenai diri saya.

"Tapi rasanya, sarkastik saya masih beralas lagi," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hudud: Siapa yang perlu ikhlas?

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

Zulkiflee Bakar

Sebahagian orang ramai melafazkan ikrar setia dengan pelaksanaan hudud selepas mendengar Ceramah Umum Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di perkarangan Stadium Muhamad V, di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. - UTUSAN/Irwan Majid

KESEPAKATAN yang dicapai antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal khas peringkat kebangsaan bagi memastikan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 atau hudud dapat dilaksanakan di negeri itu seharusnya melegakan seluruh umat Islam.

Justeru sekarang adalah masa untuk semua umat Islam tidak kira daripada UMNO atau Pas, atas pagar atau tidak untuk memberi ruang dan kesempatan kepada jawatankuasa itu melaksanakan tugasnya. Janganlah mempolitikkan usaha yang sedang dilakukan.

Selama ini sudah cukup pelbagai tohmahan dilemparkan kepada UMNO dan Kerajaan Pusat kononnya menghalang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Tetapi sekarang laluan sudah dibuka dan ia kini berada di tahap permulaan yang cukup baik bagi merealisasikan impian pemimpin dan penyokong Pas yang selama ini begitu mendambakan pelaksanaan hukum itu di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Bagi merealisasikan impian itu, semua pihak perlu ikhlas khususnya dalam kalangan sesetengah pemimpin Pas yang terus membuat kenyataan mengandungi sindiran kepada UMNO dan mempertikaikan keikhlasan UMNO.

Pemimpin-pemimpin Pas seumpama itu perlu faham bahawa sebaik sahaja kerajaan Pas Kelantan melalui Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyatakan hasrat kerajaan negeri itu untuk melaksanakan hukum hudud, tidak ada satu pun kenyataan daripada pemimpin-pemimpin UMNO menolak hasrat Pas.

Atas kesediaan itulah Kerajaan Pas Kelantan melalui Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah membuat persediaan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri tersebut.

Ia sekali gus membuktikan tuduhan kononnya UMNO konsisten menolak hudud adalah tidak benar sama sekali tetapi sebaliknya apa yang terserlah ialah penentangan secara konsisten, keras dan tegas daripada sekutu Pas sendiri iaitu PKR dan DAP.

Bagaimanapun keadaan itu masih belum memuaskan hati sesetengah pemimpin Pas yang terus menonjolkan diri melalui kenyataan yang penuh dengan madah berhelah. Selain menegaskan Pas akan kekal bersama pakatan pembangkang, pemimpin tersebut juga secara berkias masih mahu mempertikaikan keikhlasan UMNO.

Sepatutnya, bukan soal keikhlasan UMNO yang harus dipersoalkan. Kalau UMNO tidak ikhlas sudah pasti parti itu tidak akan membuka laluan untuk Pas membentang rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat dan kalau UMNO tidak ikhlas awal-awal lagi UMNO akan menolak keinginan Kerajaan Pas Kelantan.

Tetapi apa yang kita saksikan, UMNO terus menyokong hasrat Pas dengan hanya meminta ia perlu diperincikan demi menjaga kesucian Islam memandangkan pelaksanaan hukum hudud tidak harus menimbulkan kekeliruan apatah lagi kebimbangan dalam kalangan bukan Islam.

Jika benar sesetengah pemimpin Pas mahu bercakap soal keikhlasan, mereka sepatutnya bertanya kepada DAP dan PKR, apakah kedua-dua parti itu ikhlas menganggap Pas sebagai sekutu yang cukup bernilai dan berjasa? Ia memandangkan yang menunjukkan ketidak ikhlasan terhadap Pas bukan UMNO tetapi PKR dan DAP. Kalau kedua-dua parti itu ikhlas sudah tentulah mereka tidak akan bermati-matian menentang hasrat Pas melaksanakan hukum hudud.

Kenapakah PKR dan DAP tidak memberi ruang dan peluang kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk membuat penjelasan, taklimat atau penerangan sebelum menolak hasrat melaksanakan hukum hudud itu mentah-mentah?

Bukankah selama ini pakatan pembangkang sering mendabik dada sebagai pejuang demokrasi? Apakah demokrasi ala pembangkang' ialah tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak berunding atau berbincang terhadap sesuatu perkara yang PKR dan DAP tidak persetujui?

Janganlah pula dalam kalangan pemimpin Pas mempersoalkan penentangan MCA, Gerakan dan MIC. Bagi penulis, soal itu tidak perlu diperdebatkan buat masa ini kerana apa yang lebih penting Pas perlu memberi pemahaman terlebih dahulu kepada PKR dan DAP.

Sejak MCA, Gerakan dan MIC bergabung dalam Barisan Nasional (BN), UMNO tidak pernah bercakap soal melaksanakan hukum hudud, sebaliknya Pas yang memperjuangkan perkara itu dan meneruskannya ketika bergabung dalam pakatan pembangkang biar pun mereka memahami sentimen PKR dan DAP terhadap hukum tersebut.

Justeru adalah tidak munasabah kalau ada pemimpin-pemimpin Pas mahu mencabar pemimpin UMNO supaya mentarbiahkan MCA, Gerakan dan MIC supaya menerima hukum hudud, sedangkan mereka sendiri tidak mampu mentarbiahkan' PKR dan DAP dalam soal tersebut.

Atas sebab itulah, penulis berpendapat, dalam usaha merealisasikan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, umat Islam bukan sahaja perlu bersatu malah paling penting menunjukkan keikhlasan bagi menjayakannya. Janganlah pertimbangan politik dan kebencian akibat berbeza fahaman politik memungkinkan keikhlasan umat Islam lain khususnya daripada UMNO mahu dipertikaikan.

Izinkanlah jawatankuasa teknikal khas peringkat kebangsaan yang ditubuhkan melaksanakan tugasnya terlebih dahulu dan kemudian barulah sama ada UMNO mahupun Pas memberi penjelasan kepada rakan-rakan komponen masing-masing.

Tetapi masalah yang berlaku sekarang ialah dalam kalangan pemimpin Pas, mereka meletakkan kepentingan politik mengatasi keikhlasan untuk melihat hukum hudud dilaksanakan di Kelantan. Mereka berada dalam parti Islam dan mereka memahami hukum tersebut adalah perjuangan utama Pas, tetapi mereka sendiri berasa ragu-ragu kalau tindakan Kerajaan Pas Kelantan akan menyebabkan parti itu akan kehilangan undi dalam pilihan raya.

Soalnya, adakah mereka terfikir kenapa majoriti rakyat Kelantan begitu taksub menyokong Pas sejak 1990? Pernahkah mereka bertanya apakah yang memungkinkan UMNO tidak mendapat tempat di negeri itu biar pun telah melakukan segala-galanya untuk kembali memerintah Kelantan? Jawapannya hanya satu iaitu majoriti rakyat Kelantan berbuat demikian kerana Pas menguar-uarkan perjuangan Islam, Pas menjanjikan untuk menegakkan syariat Allah sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur apabila parti itu menguasai Kelantan pada 1990.

Penulis tidak mahu bersekongkol dengan sentimen sesetengah pihak yang masih mempertikaikan keikhlasan Pas dalam melaksanakan hukum hudud. Soal ikhlas atau tidak, biarlah itu urusan Allah SWT. Apa yang penting sekarang ialah berusaha untuk memastikan sejauh manakah impian Kerajaan Pas Kelantan akan terlaksana.

Apa pun kita mendoakan yang terbaik berikutan kesepakatan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan kerana sudah tiba masanya, umat Islam bersatu dalam soal ini supaya kita tidak perlu menyembah pihak lain demi mahu meraih kuasa politik.

Setahun Pasca 505 PRU Ke-13

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

Pena
Dr Siva

Orang ramai beratur untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU-13 di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis, Taman Koperasi, pada 5 Mei tahun lalu - UTUSAN/Abdul Razak Latif

HARI ini sudah genap setahun sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan. PRU Ke-13 ditetapkan pada 5 Mei 2013 selepas pembubaran Parlimen pada 3 April 2013 dan diikuti dengan penamaan calon pada 20 April.

Pada ketika itu, 84% dari 13,268,002 pengundi menjadi 'raja' di 222 kawasan Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak dalam menentukan siapakah layak untuk mentadbir-urus negara ini yang tidak pernah terkecuali menjalankan PRU dalam tempoh masa ditetapkan dengan pengendalian di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagaimana yang termaktub di bawah Perkara 113 Perlembagaan.

Mengimbas setahun pasca PRU Ke-13, jika PRU diadakan sekarang ketika merentasi tahun pertama, bagaimana kedudukannya. Apakah Barisan Nasional (BN) akan mempunyai bilangan kerusi yang sama, merosot atau meningkat? Bagaimana pula Pakatan Pembangkang (PR), adakah masih bertahan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan atau dapat merealisasikan impian ke Putrajaya? Apakah BN akan dapat merampas kesemua negeri di bawah PR?

PRU Ke-13 dinamakan sebagai 'ibu segala pilihan raya' kerana menunjukkan semangat dan motivasi luar biasa sehingga keputusannya juga bercampur-campur. Ia diangkat dengan nada kecewa dan sinis oleh sesetengah pihak walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada menyatakan bahawa menerima keputusan PRU penting untuk proses memakmurkan negara tanpa ada gangguan ke atas kestabilan dan melahirkan keadaan tidak menentu.

Keputusan PRU Ke-13 menunjukkan BN diberi mandat untuk terus mentadbir negara. Dengan kemenangan 133 kerusi, ia kekal dengan majoriti mudah yang kekurangan 15 kerusi untuk majoriti dua pertiga. Bagi barisan pembangkang, bilangan kerusinya bertambah kepada 89 dari 82 sebelumnya, kurang 23 kerusi untuk majoriti mudah.

Selepas setahun, bagaimanakah kedudukannya? Adakah wujud perubahan? UMNO masih kekal popular di hampir 10 negeri, PKR di Selangor manakala DAP di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, Pas di Kelantan tetapi apakah perubahan yang sudah dilakukan sepanjang satu tahun lalu?

Adakah perencanaan parti berjaya memobilisasi sokongan atau sebaliknya? Dengan rujukan kepada akujanji dan manifesto, apakah masing-masing dengan bangga dan yakin boleh menyatakan sebahagian besar sudah dipenuhi, sudah dimulakan perancangan atau ia masih belum menampakkan sebarang perubahan? Ini juga termasuk pola pengundian mengikut kaum, atau sektoral agensi kerajaan dan bukan kerajaan, apakah masing-masing menampakkan perubahan sokongan?

Keputusan 505 PRU Ke-13 dipengaruhi oleh hampir 90% pengundi Cina mengundi parti DAP termasuk Pas. BN kehilangan 96% kerusi dengan lebih 40% majoriti pengundi Cina sehingga wujud sentimen yang dinamakan sebagai 'tsunami Cina', pendefinisian ke atas penolakan pengundi Cina kepada parti BN tetapi ia tidak berlaku hanya di kawasan bandar.

Selepas setahun, sentimen ini masih berada di tahap sama walaupun ada perubahan kepimpinan dalam parti MCA dengan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil-alih dari Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. Ujian di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang menunjukkan ada peningkatan sokongan tetapi tahap sokongan di PRK sukar dijadikan imaginasi sokongan sebenar.

Malang lagi, SUPP di Sarawak masih bernyawa ikan dan dengan kedatangan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam jangkamasa yang tidak berapa jauh, apakah SUPP mampu bangkit dan menterjemahkan sokongan pengundi Cina kepada kepimpinan baru Sarawak, Tan Sri Adenan Satem? Walau apa sahaja diperkatakan tentang Pehin Seri Taib Mahmud, beliau berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga dalam PRN lalu dan mampukah ia diulangi di bawah kepimpinan baru merupakan cabaran yang perlu diteliti.

Apakah parti berlatar belakang kaum Cina yang baru dengan kepimpinan yang menjiwai zaman kontemporari boleh lahir untuk melonjakkan sokongan beserta dengan kerjasama badan bukan kerajaan dan yang mesra kepada BN?

Sepanjang setahun lalu, hampir semua parti berhadapan dengan pemilihan parti termasuk dalam UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Perubahan tidak berlaku dengan ketara di dalam UMNO namun MCA berwajah baru. Cabaran besar bagi MCA selepas ini adalah dilema untuk mengawal populariti berdasarkan kepada Formula 1952 yang kemudiannya Formula 1955 dengan kehadiran MIC dalam kerjasama tersebut.

MIC pula diheret ke Pejabat Pendaftaran (ROS) kerana wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin yang merasakan wujudnya salah-laku pemilihan. Datuk S. Balakrishnan dan Datuk S. Sothinathan muncul dua Naib Presiden baru dalam parti melalui pemilihan ini.

Parti-parti yang menjadi mesra BN dilihat turut memain peranan signifikan dan membantu parti induk BN, misalnya Makkal Sakti yang sentiasa bergerak menyelesaikan isu dan masalah yang timbul sebagaimana juga dengan Kimma dan IPF. Sudahkah tiba masanya pendekatan baru digunapakai untuk meningkatkan tahap komitmen mereka sebagai penghargaan ke atas sumbangan selama ini kerana komitmen ini jelas PRK.

Sepanjang satu tahun pasca 505 PRU Ke-13, lima PRK diadakan, semuanya bersifat status quo. Ia bermula di Kuala Besut diikuti dengan Sungai Limau, Kajang, Balingan dan Bukit Gelugor serta Teluk Intan. Kesemuanya terpaksa diadakan akibat kematian kecuali di Kajang berpunca peletakan jawatan untuk mengukuhkan parti di Selangor manakala di Balingan, calon dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri. Hakikatnya, kos mengadakan PRK tidak murah, misalnya kos di Kajang adalah RM1.605 juta manakala di Balingan, RM910,213.

Barisan parti pembangkang juga berhadapan dengan pemilihan parti. DAP melihat pemilihan yang terpaksa diadakan kerana wujud salah laku dan diarah untuk mengadakan pemilihan baru tanpa ada perubahan besar. Begitu juga dengan Pas dengan pemilihan semula Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Bagi PKR, ia bakal berhadapan dengan pemilihan parti. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kekal sebagai Presiden parti selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri tetapi pemilihan Timbalan Presiden dan Naib Presiden bakal melihat hala tuju dan masa depan parti tersebut.

Beberapa isu dominan muncul sepanjang satu tahun pasca PRU Ke-13. Antaranya, isu kenaikan barang secara mendadak sehingga agensi terlibat bersifat defensif. Tidak ada yang sukakan barang naik dan ini boleh mempengaruhi pandangan umum kepada parti politik kerana parti sering diheret bersama dalam keputusan yang dibuat kerajaan. Begitu juga dengan harga petrol, tarif elektrik, GST, tambang bas, LRT, kalimah Allah, gula dan lain-lain. Saga PKNS, gaji wakil rakyat, penutupan GiatMara dan isu air menghantui kepimpinan PKR.

Hukum hudud kini menjadi keutamaan Pas semula. Persepsi adalah realiti dan adakalanya realiti menjadi persepsi yang perlu dilawan dari bersifat defensif mengenainya. Begitu juga dengan kenaikan tarif air dan isu kereta Mercedez Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Isu kezaliman, keadilan, rasuah dan kroni sentiasa didendang ketika parti berhadapan dengan krisis keyakinan.

Isu perpaduan dan agama tidak ketinggalan sepanjang satu tahun ini. Hudud menjadi perdebatan sedangkan ia merupakan perjuangan Pas sejak sekian lama manakala bagi DAP yang tahu ia antara agenda yang tidak boleh dikompromi, bagaimanakah akan meneruskan kerjasama jika ia berterusan adalah antara yang akan mewarnai tahun berikutnya di samping rayuan Anwar dari hukuman salah lakunya yang didapati bersalah baru-baru ini.

Saya percaya Malaysia sedang melalui transisi literasi politik tetapi ia tidak bermakna kestabilan mesti diheret dengan keadaan tidak menentu. Biar peristiwa mahu merampas kuasa pada 16 September 2008 menjadi pengajaran. Ancaman mahu menggulingkan kerajaan sedia ada yang memiliki legitimasi politik melalui PRU perlu dihentikan kerana ia tidak akan menjamin masa depan yang baik untuk pertumbuhan dan pembangunan negara.

Dalam isu tertentu, sewajarnya kedua-dua pihak bergabung untuk membangunkan negara tanpa perlu diberikan jawatan, pangkat dan kuasa tetapi ia akan mencerminkan kematangan dan kecerdikan politik baru iaitu politik berhemah. Barangkali, daripada mempolitikkan peristiwa MH370, masih belum terlewat untuk bergandingan bersama terutama bagi parti yang menggunakan ia sebagai modal politik di PRK Kajang baru-baru ini.

Penilaian satu tahun merentasi di peringkat negara, negeri, kepimpinan pusat dan parti serta masa depan yang bagaimana mahu dilakar untuk negara ini. Penilaian secara jujur mesti melihat kepada adakah sokongan meningkat, terhakis atau statik; meneliti apakah dasar dan polisi yang baik, yang perlu diperbaiki atau perlu dihentikan; misalnya yang sering dikembangkan adalah berkaitan isu keetnikan dan agama kerana ada yang melihat seolah-olah agensi kerajaan tidak mengambil langkah sewajarnya. Benarkah begitu, apakah ini persepsi atau realiti?

Pasca satu tahun 505 PRU Ke-13 mesti merungkai peluang, ancaman, kelemahan dan kekuatan dengan melihat di manakah parti pada 2018? Gambaran itu boleh membantu perjalanan parti politik merentasi pelbagai cabaran dalam kedudukan semasa dunia politik hari ini ketika menjejaki tahun kedua 505 PRU Ke-13.

Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Keindahan dari atas dek

Posted: 04 May 2014 06:31 AM PDT

Oleh ABD HALIM HADI

Pemandangan matahari terbenam sewaktu kapal melalui perairan Bintulu.

LENSA Panca kali ini berkongsi pemandangan menakjubkan dari atas kapal kargo yang dikirim oleh pembaca Mingguan Malaysia, Mohd. Jerald Pinto Khairi Kenny Pinto dari Bentong, Pahang.

Bertugas sebagai Jurutera Marin di sebuah syarikat perkapalan, pemuda berusia 29 tahun ini menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk merakam pemandangan yang jarang diperolehi oleh kebanyakan jurufoto.

Mohd. Jerald berkata, rakaman gambar-gambar bersudut luas dari atas kapal pengangkut itu dihasilkan dengan bantuan perisian panorama iaitu teknik 'menjahit' beberapa gambar untuk menjadi sekeping gambar.

Bagaimanapun katanya, merakam gambar dari atas dek ketika kapal sedang bergerak memerlukan kesabaran dan kemahiran untuk memastikan rakaman disempurnakan dengan baik.

Antara kesulitan yang dihadapi ialah bukaan sudut lensa yang tidak setanding dengan keluasan pemandangan di laut lepas. Selain itu, pergerakan kapal secara berterusan menyebabkan dedahan panjang tidak dapat dilakukan.

"Untuk menghasilkan satu rakaman panorama, saya terpaksa merakam banyak sudut dengan pelbagai dedahan untuk diproses secara HDR.

"Kecanggihan perisian penyuntingan imej seperti Adobe Photoshop dan Adobe Lightroom banyak membantu memperkemaskan warna dan ketajaman gambar," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Posted: 04 May 2014 06:31 AM PDT

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

Ceramic animal 1.

PAMERAN berjudul Remark merupakan sebuah pameran kali pertama yang dianjurkan oleh Galeri Artcube untuk menonjolkan kehebatan pelukis-pelukis muda kontemporari Malaysia.

Menampilkan enam pelukis muda, Azad Daniel, Al-Khuzairie, Azrin Mohd, Daud Rahim, Dhavinder Singh dan Anniketyni Madian, pameran ini secara tidak langsung mempamerkan koleksi karya seni yang cukup menarik untuk diperkatakan.

Dengan perkembangan bidang seni yang cukup meriah ketika ini, pameran Remark ini juga memberikan peluang yang cukup besar terhadap bakat-bakat muda yang terpilih ini.

Kesemua enam orang artis ini memaparkan gaya seni kontemporari yang cukup memukau hadirin yang akan menghadiri pameran yang baru sahaja berlangsung ini dan dijangkakan tamat pada 30 Mei nanti.

Dalam pameran ini, artis Azad Daniel telah menggunakan teknik seni berunsurkan simen terhadap karya-karya seninya kali ini. Kaedah seperti ini merupakan kaedah yang masih lagi jarang dilakukan oleh mana-mana pengkarya seni tempatan.

Paling menarik ialah berkenaan pelukis muda yang dikenali, Al-Khuzairie. Dalam pameran kali ini, beliau telah mengetengahkan hasil karya seni berunsurkan kehidupan.

Pengkarya yang berasal dari Pahang ini telah menetap selama enam tahun Di Shah Alam, Selangor. Difahamkan di kawasan penempatannya merupakan kawasan kehidupan liar terutamanya tapir.

Kebetulan itulah yang menyebabkan Al-Khuzairie mendapat idea untuk menghasilkan karyanya berdasarkan tentang kehidupan semula jadi haiwan.

Baginya, haiwan dan manusia merupakan makhluk Tuhan yang sering bersangkut paut antara satu sama lain. Tanpa haiwan mungkin manusia juga tidak mampu untuk hidup di atas muka bumi ini, kerana ia petunjuk kuasa Tuhan yang amat besar.

Melalui karya seninya juga, Al-Khuzairie ingin menjelaskan sesuatu terhadap manusia yang terlalu rakus demi kepentingan diri semata-mata hinggakan menceroboh kawasan hutan yang menjadi habitat haiwan.

Memaparkan karya seni berbentuk seramik, bentuk tubuh haiwan serta rangka-rangka yang dicipta oleh pengkarya ini begitu menarik dan mempunyai pemahaman yang tersendiri.

Dalam pada itu, Azrin Mohd mempunyai kekuatannya tersendiri apabila menampilkan karya seni berunsur kraf dalam pameran kali ini.

Unsur seni yang cukup sukar untuk dihasilkan ini memberi kekuatan sebenar kepada Azrin untuk memenangi hati pengunjung dengan hasil kraf yang cukup menarik dalam pameran Remark ini.

Sementara itu, bagi Daud Rahim dalam memaparkan karyanya kali ini, beliau nampaknya dalam eksplorasi atau ujikaji melalui teknik yang dikenali sebagai teknik unduran (reverse technique).

Teknik ini juga merupakan salah satu teknik yang masih lagi jarang-jarang dilakukan oleh mana-mana pengkarya tempatan dan teknik ini juga merupakan teknik yang masih lagi baru.

Dhavinder Singh yang masih segar melalui pameran solonya baru-baru ini, masih mengekalkan konsep asli konfiguratif. Baginya ini merupakan usaha untuk membangunkan pergerakan seni tempatan.

Pameran Remark yang mula berlangsung pada Rabu lalu diadakan di Artcube Gallery, 3-10 & 3-13, Level 3, Intermark Mall, The Intermark, 348 Jalan Tun Razak,50400 Kuala Lumpur.

Restoran citarasa Serina

Posted: 04 May 2014 06:31 AM PDT

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Serina turut mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan menu di restorannya.

Jika rindu char koew teow persis di Pulau Pinang, apa kata singgah di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai, di The Strand, Kota Damansara.

Restoran milik Serina Redzuawan anak chef selebriti Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan memang minat dengan char koay teow Penang. Dulu jika rindu atau setiap kali teringin menjamah char koay teow, Serina akan ke Pulau Pinang tetapi kini restorannya menjadi tempatnya melepas rindu.

Lebih menarik, Serina mengambil semua bahan 'rahsia' dari Pulau Pinang bagi memberikan rasa yang saling tidak tumpah bagaikan di Pulau Mutiara itu.

"Saya memang gemar char koay teow dan setiap kali teringin saya akan turun ke sana. Jadi apa salahnya saya bawa bahan 'rahsianya ke sini," katanya semasa ditemui di restorannya di Kota Damansara.

Restoran yang dibuka hampir setahun lalu beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada peminat serta rakan-rakan yang sentiasa menyokongnya.

Bermula dengan hanya beberapa menu, kini dengan maklum balas dan sokongan peminat dan pelanggan, Serina telah mempelbagaikan menunya dengan bermacam-macam jenis seperti nasi goreng, sate, otak-otak, murtabak, karipap, pau dan menu terbaru - ais krim goreng dan crepe durian.

Selain itu pelanggan boleh memilih minuman panas, sejuk serta jus buah-buahan mengikut selera masing-masing.

"Bagi minuman, saya sukakan minuman yang biasa supaya pelanggan tidak susah untuk menyebutnya," katanya.

Restoran bertemakan warna merah jambu ceria ini boleh memuatkan kira-kira 300 pelanggan turut sedia menerima tempahan untuk pelbagai jenis acara dan katering.

Serina mengalu-alukan peminat untuk datang menjamu selera sambil bersantai dengan rakan artis lain.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved