Ahad, 4 Mei 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Ahmed Miitig dipilih sebagai PM baharu Libya

Posted: 04 May 2014 10:09 AM PDT

TRIPOLI 5 Mei - Seorang ahli perniagaan, Ahmed Miitig dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Libya, selepas memenangi undian di Parlimen, semalam.

Miitig pada awalnya berjaya mengumpulkan 113 undi daripada 120 undi yang diperlukan bagi sesi undi percaya oleh sidang Parlimen berlandaskan perlembagaan negara.

Pegawai Kongres Agung Kebangsaan (GNC), Salah al-Makhzoum berkata, Miitig sebenarnya berjaya meraih undi sebanyak 121 daripada 185 kerusi di Parlimen sementara, selepas pengiraan semula ketika berjaya menewaskan pencabarnya, Omar al- Hassi, seorang profesor di sebuah Universiti. - AFP

Tolak warga emas, kanak-kanak

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

Gambar bertarikh 22 April lalu, merakamkan kakitangan sebuah hospital di Jeddah memakai topeng muka sebagai langkah berjagajaga terhadap jangkitan MERSCoV.- AFP

MEKAH 4 Mei - Beberapa agensi perkhidmatan haji dan umrah di Arab Saudi telah berhenti menerima permohonan visa bagi jemaah kanak-kanak serta individu berumur lebih 60 tahun berikutan amaran Kementerian Kesihatan Arab Saudi tentang jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV).

Akhbar Arab News melaporkan Presiden Jawatankuasa Haji dan Umrah, Dewan Perundangan Perdagangan dan Industri Mekah, Saad al-Quraishi menjelaskan, pihaknya juga akan berhenti menyediakan visa haji kepada jemaah yang belum mendapatkan vaksin melawan penyakit selesema yang lain.

Penyebaran jangkitan MERS-CoV di wilayah barat Arab Saudi, khususnya Mekah, Madinah dan Jeddah telah menyebabkan banyak agensi perkhimatan haji dan umrah menolak permohonan visa warga emas, walaupun kerajaan belum mengeluarkan keputusan rasmi berhubung hal itu.

Keputusan rasmi dijangka dikeluarkan dua bulan selepas bulan Ramadan.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 18 kes baharu MERS-CoV serta empat lagi kematian dilaporkan semalam di negara ini.

Jumlah itu meningkatkan korban akibat jangkitan berkenaan kepada 111 orang sejak 2012.

Pihak Berkuasa Palestin Jumaat lalu menasihatkan rakyatnya yang ingin menunaikan haji atau umrah pada tahun ini supaya menangguhkan ibadah itu berikutan jangkitan MERS-CoV.

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Asaad Ramlawi berkata, gesaan itu dibuat terutamanya bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, wanita mengandung, warga emas melebihi 65 tahun serta individu yang menghidap penyakit kronik.

Minggu lalu, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Adel Fakeih menyarankan supaya jemaah kanak-kanak dan warga tua berusia lebih 60 tahun menangguhkan ibadah haji dan umrah sehingga jangkitan penyakit tersebut surut.

Agensi perkhidmatan haji dan umrah turut memperkenalkan langkah pencegahan wabak itu kepada jemaah umrah dan haji bagi menghalang sebarang risiko jangkitan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved