Ahad, 4 Mei 2014

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Macam sudah boleh baca'

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
sukan@utusan.com.my

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih enggan menyatakan pendiriannya sama ada akan bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau tidak pada pemilihan 25 Mei ini kerana beliau percaya, apa yang bakal berlaku seakan sudah boleh dibaca.

Tunku Mahkota Johor itu berkata, beliau kurang berminat untuk bertanding kerana bagaikan sudah dapat menjangka keputusan pemilihan tersebut.

Bukan saya ingin tarik diri, cuma tidak berminat kerana tahu apa yang akan terjadi nanti. Sebab itulah saya tidak berharap sangat dan terhegeh-hegeh untuk menjadi Presiden FAM sebaliknya mengutamakan perkembangan bola sepak negeri Johor.

Saya juga tahu, tidak ramai orang lama dalam FAM yang mahukan saya ada dalam persatuan," katanya pada majlis memperkenalkan pemain import baharu JDT di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, di sini semalam.

Menurut Tunku Ismail, ramai yang mengatakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah paling layak memegang jawatan berkenaan kerana lebih berpengalaman dalam memimpin badan induk bola sepak Malaysia itu.

Bagaimanapun beliau berpendapat bahawa pengalaman bukan kriteria utama, sebaliknya sikap dedikasi merupakan lebih mustahak dalam membawa perubahan kepada kemajuan bola sepak negara.

Saya setuju saya masih muda dan banyak perlu belajar. Namun pada pandangan saya, bukan dari segi pengalaman tetapi dari dedikasi dan pengorbanan itu lebih mustahak.

Jika masih dipegang oleh barisan pengurusan tertinggi FAM yang sama, ia tidak akan memperlihatkan sebarang perubahan," kata beliau lagi.

Ujar Tunku Ismail lagi, jika dipilih sebagai Presiden FAM, beliau akan berusaha membawa perubahan besar dalam perkembangan bola sepak tanah air.

Kita akan lihat pembangunan akademi, kita akan tengok pengadilan yang profesional, menyediakan peruntukan yang mencukupi dan memberi fokus dalam

meningkatkan standard kemudahan sukan bola sepak," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kehadiran pada pemilihan tersebut, beliau menyatakan ia bergantung kepada situasi pada waktu itu.

Tengoklah keadaan macam mana. Kalau saya pergi, saya pergi... Kalau saya tidak pergi, saya tidak. Saya tak boleh bagi jawapan yang tepat apa yang saya akan buat," katanya lagi.

Penyu sekat hajat besar Red Giants

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

A.Thamil Arasu (tengah) cuba melepasi asakan pertahanan Terengganu, Hasmizan Kamarodin dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD RAHMAN

SHAH ALAM - Hajat besar Selangor untuk muncul pendahulu baharu Liga Super terbantut selepas sekadar seri tanpa jaringan menentang Terengganu di Stadium Shah Alam semalam.

Gagal mengutip tiga mata penuh di depan penyokong sendiri menyebabkan anak-anak buah Mehmet Durakovic terus menghuni tangga kedua dengan berkongsi 28 mata bersama peneraju liga, Pahang tetapi dipisahkan menerusi perbezaan gol.

Malah semalam, tuan rumah hampir dikejutkan pelawat yang memperoleh peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-20, namun sepakan percuma Ismail Faruzi Ashari yang ditanduk cantik pemain import, Mustapha Dabo berjaya ditampan oleh penjaga gol Selangor, Farizal Marlias.

Sembilan minit kemudian, Terengganu melakukan satu lagi percubaan dari luar kotak penalti namun sepakan lencong Ismail Faruzi gagal menemui sasaran.

Seminit kemudian tuan rumah cuba memecah kebuntuan apabila kapten Bunyamin Umar melakukan percubaan dari dalam kotak penalti hasil hantaran A. Thamil Arasu namun mudah diselamatkan Shamirza Yusoff.

Minit ke-35, Javier Andres Estupinan cuba mencari gol pertama namun tandukannya sekadar melepasi palang sebelum kapten Mohd. Norfarhan Muhammad melakukan satu lagi hantaran silang seminit kemudian namun berjaya ditampan keluar oleh penjaga gol.

Javier Andres sekali lagi mencemaskan gawang tuan rumah menerusi rembatan jarak dekat dari sudut kanan pada minit ke-48 sebelum melakukan percubaan deras dari jarak 30 meter namun berjaya diselamatkan Mohd. Farizal.

Terengganu sekali lagi mengasak kubu pertahanan Selangor pada minit ke-56 menerusi hantaran silang Mohd. Norfarhan namun gagal disempurnakan rakan sepasukan apabila Mohd. Farizal bijak membaca gerakan pasukan pelawat.

Pasukan tuan rumah cuba menembusi benteng pertahanan pelawat menerusi Thamil Arasu pada minit ke-58 tetapi percubaannya melepasi palang dan percubaan Mohd. Rizal Fahmi dari luar kotak penalti sepuluh minit kemudian turut tersasar.

Selangor sekali lagi gagal memanfaatkan peluang berharga apabila sepakan percuma Paulo Rangel pada minit ke-75 juga melewati palang sebelum tandukannya pada minit ke-88 mudah diselamatkan Mohd. Shamirza.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved