Isnin, 29 Julai 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Utusan Online - Jenayah

Posted:

Utusan Online - JenayahIkuti berita penuh untuk ruangan Jenayah menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah Utusan Online - Jenayahhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah Pengasas AmBank maut ditembakhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130730/je_01/Pengasas-AmBank-maut-ditembak KUALA LUMPUR 29 Julai - Belum pun selesai kes tembak Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan di Negeri Sembilan, kelmarin, pengasas Bank Arab-Malaysia yang kini...2013-07-30T02:26:12+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ILAH HAFIZ AZIZSeorang maut, dua cederahttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130730/je_02/Seorang-maut-dua-cedera IPOH 29 Julai - Seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera selepas ditembak ketika minum di sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee di sini malam tadi. Kejadian berlaku pukul 10.15 malam sewaktu...2013-07-30T02:26:12+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ASLIZA MUSATiga bekas pegawai GLC ditahanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130730/je_03/Tiga-bekas-pegawai-GLC-ditahan PUTRAJAYA 29 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan tiga bekas pegawai tertinggi subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu siasatan berkenaan salah guna...2013-07-30T02:26:12+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Polis kenal pasti sindiket penyeludupan senjata apihttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130730/je_04/Polis-kenal-pasti-sindiket-penyeludupan-senjata-api PUTRAJAYA 29 Julai - Polis Diraja Malaysia telah mengenal pasti kumpulan dan individu tertentu yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api dari negara jiran ke negara ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri...2013-07-30T02:26:12+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Sri Sanjeevan pernah beritahu terima ugutan bunuh tahun laluhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130730/je_05/Sri-Sanjeevan-pernah-beritahu-terima-ugutan-bunuh-tahun-lalu JEMPOL 29 Julai - Abang kepada Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan memaklumkan adiknya itu pernah menceritakan kepadanya tentang dia diugut akan ditembak oleh...2013-07-30T02:26:13+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Berlian 200 tahun di tokong Cina 'lesap'http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130730/je_06/Berlian-200-tahun-di-tokong-Cina-lesap PULAU PINANG 29 Julai - Sebutir berlian yang berusia kira-kira 200 tahun yang diletakkan di sebuah tokong Cina di Jalan Kapitan Keling di sini dilaporkan hilang. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang...2013-07-30T02:26:13+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MALINDA ABDUL MALIK<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0730/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130730/je_06/Berlian-200-tahun-di-tokong-Cina-lesap </image></item><item><title>Remaja 13 tahun cedera terkena letupan mercun bolahttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130730/je_07/Remaja-13-tahun-cedera-terkena-letupan-mercun-bola KOTA BHARU 29 Julai - Kes mangsa cedera akibat letupan mercun di negeri ini seolah-olah tiada penghujungnya apabila seorang lagi remaja berusia 13 tahun menjadi mangsa terbaharu Jumaat lepas. Dalam kejadian...2013-07-30T02:26:13+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0730/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130730/je_07/Remaja-13-tahun-cedera-terkena-letupan-mercun-bola </image></item><item><title>6 beranak tinggal sehelai sepingganghttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130730/je_08/6-beranak-tinggal-sehelai-sepinggang PASIR PUTEH 29 Julai - Ketika orang lain sedang menghitung hari untuk menyambut Aidilfitri, lain pula terjadi kepada sebuah keluarga miskin di Kampung Pantai Dalam Rhu dekat sini, yang terpaksa melupakan...2013-07-30T02:26:13+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh TOREK SULONG<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0730/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130730/je_08/6-beranak-tinggal-sehelai-sepinggang </image></item><item><title>Polis kenal pasti sindiket penyeludupan senjata apihttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_17/Polis-kenal-pasti-sindiket-penyeludupan-senjata-api PUTRAJAYA 29 Julai - Polis Diraja Malaysia telah mengenal pasti kumpulan dan individu tertentu yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api dari negara jiran ke negara ini. Ketua Polis Negara, Tan...2013-07-29T20:32:06+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NORLIZA ABD. RAHMANWanita 50 tahun maut dalam kebakaran belukarhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_16/Wanita-50-tahun-maut-dalam-kebakaran-belukar SARIKEI 29 Julai - Seorang wanita berusia 50 tahun maut dalam kebakaran belukar di Kampung Baru-Selalang dekat sini hari ini dan dikhuatiri terdapat mangsa lain terlibat dalam kejadian itu. Dalam kejadian...2013-07-29T20:31:04+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh FARHANA JONIPengasas Bank Arab-Malaysia mati ditembakhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_15/Pengasas-Bank-Arab-Malaysia-mati-ditembak KUALA LUMPUR 29 Julai - Pengasas Bank Arab-Malaysia yang kini dikenali sebagai AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi, 75, mati ditembak di sebuah tempat letak kereta di Lorong Ceylon, di sini hari ini.2013-07-29T18:43:43+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ILAH HAFIZ AZIZBerlian 200 tahun di Tokong Kuan Yin hilanghttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_13/Berlian-200-tahun-di-Tokong-Kuan-Yin-hilang GEORGE TOWN 29 Julai - Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin, Jalan Masjid Kapitan Keling di sini dilapor hilang hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata...2013-07-29T17:56:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Polis marin rampas 15 ekor tenggilinghttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_12/Polis-marin-rampas-15-ekor-tenggiling MUAR 29 Julai - Pasukan Gerakan Marin Wilayah 2 Muar merampas sebanyak 15 ekor tenggiling seberat kira-kira 70 kilogram yang dianggarkan bernilai RM45,000 yang cuba diseludup masuk di tebingan Sungai...2013-07-29T17:26:39+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ZULHISHAM ISAHAK3 lelaki diberkas cuba samun kedai gambar di Kuantanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_11/3-lelaki-diberkas-cuba-samun-kedai-gambar-di-Kuantan KUANTAN 29 Julai - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam cubaan samun sebuah kedai gambar di Balok di sini awal hari ini. Tiga lelaki terbabit ditahan dalam sekatan jalan raya di Km 12 berhampiran...2013-07-29T17:11:31+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Henti sebar spekulasi polis terbabit kes Sanjeevan - KPNhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_10/Henti-sebar-spekulasi-polis-terbabit-kes-Sanjeevan---KPN KUALA LUMPUR 29 Julai - Mereka yang menyebarkan spekulasi pembabitan polis dalam kes tembak aktivis antijenayah R. Sri Sanjeevan akan dikenakan tindakan tegas jika didapati perkara itu tidak benar. Ketika...2013-07-29T17:00:24+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Pelajar tingkatan satu mangsa terbaharu mercun buatan sendirihttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_09/Pelajar-tingkatan-satu-mangsa-terbaharu-mercun-buatan-sendiri KOTA BHARU 29 Julai - Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pasir, Tanah Merah menjadi mangsa terbaharu mercun buatan sendiri meletup pada Jumaat lepas. Dalam kejadian kira-kira...2013-07-29T16:49:21+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd 375 kotak rokok seludup dirampas di Labuanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_08/375-kotak-rokok-seludup-dirampas-di-Labuan LABUAN 29 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) daerah ini merampas sejumlah 375 kotak rokok yang cuba diseludup masuk ke negara ini di Pantai Merapok di sini malam kelmarin.2013-07-29T15:08:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN3 ditahan, 4 pucuk pistol termasuk tiga tiruan dirampashttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_07/3-ditahan-4-pucuk-pistol-termasuk-tiga-tiruan-dirampas KUANTAN 29 Julai - Polis merampas sepucuk pistol jenis revolver .38 Smith & Wesson beserta lima butir peluru dan tiga pucuk pistol tiruan selepas menahan tiga lelaki di sebuah gerai makan Cang Shen Kok...2013-07-29T15:07:35+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ZAMZURINA AHMADPolis kaji semua dakwaan dalam kes tembak Sanjeevanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_06/Polis-kaji-semua-dakwaan-dalam-kes-tembak-Sanjeevan KUALA LUMPUR 29 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengkaji setiap dakwaan atau kenyataan yang dilakukan individu atau pihak tertentu berhubung kes tembak membabitkan pengerusi badan pemantau jenayah...2013-07-29T14:41:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ILAH HAFIZ AZIZInspektor suspek kes Dhamendran serah diri, didakwa esokhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_05/Inspektor-suspek-kes-Dhamendran-serah-diri-didakwa-esok KUALA LUMPUR 29 Julai - Seorang polis berpangkat Inspektor yang diburu bagi membantu siasatan kematian seorang tahanan dalam lokap, Mei lalu telah menyerah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi ini. Inspektor...2013-07-29T14:26:42+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ILAH HAFIZ AZIZLelaki maut, 2 parah ditembak ketika sedang minumhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_04/Lelaki-maut-2-parah-ditembak-ketika-sedang-minum IPOH 29 Julai - Seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera parah selepas ditembak di sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee di sini, malam tadi. Dalam insiden pada pukul 10.15 malam itu, kesemua...2013-07-29T14:00:58+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ASLIZA MUSA<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0729/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_04/Lelaki-maut-2-parah-ditembak-ketika-sedang-minum </image></item><item><title>Dendam mungkin punca Sanjeevan ditembakhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_01/Dendam-mungkin-punca-Sanjeevan-ditembak SEREMBAN 28 Julai - Polis tidak menolak kemungkinan faktor dendam menjadi motif pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan ditembak ketika memandu sebuah kereta di Taman Cempaka, dekat Bahau...2013-07-29T02:05:32+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd PDRM siasat dakwaan Pengerusi MyWatchhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_02/PDRM-siasat-dakwaan-Pengerusi-MyWatch KUALA LUMPUR 28 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat salah satu daripada beberapa 'tweet' Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan yang mendakwa polis yang mengarahkan ahli sindiket untuk melepaskan...2013-07-29T02:05:32+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Terkejut diserbu polis, bapa tinggalkan anak perempuan dalam keretahttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130729/je_03/Terkejut-diserbu-polis-bapa-tinggalkan-anak-perempuan-dalam-kereta MELAKA 28 Julai - Seorang bapa tergamak meninggalkan anak perempuannya di dalam kereta untuk menyelamatkan diri dari dicekup dalam satu serbuan polis di kebun kelapa sawit berdekatan Penjara Sungai Udang...2013-07-29T02:05:32+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Polis serbu 2 premis judi di ibu negarahttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130728/je_16/Polis-serbu-2-premis-judi-di-ibu-negara KUALA LUMPUR 28 Julai - Polis merampas 66 unit komputer judi dipercayai digunakan bagi tujuan perjudian serta wang tunai berjumlah RM303 dalam serbuan dua pusat internet di Jalan Mega Mendung di sini hari...2013-07-28T20:55:14+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NORHIDAYU MOHD HASSAN
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pemain bola sepak maut serangan jantung

Posted: 29 Jul 2013 04:46 PM PDT

QUITO, Pichincha 30 Julai - Seorang penyerang pasukan bola sepak Ecuador, Christian Benitez meninggal dunia secara mengejut di Qatar pada usia 27 tahun awal pagi ini, kata ejennya, Jose Chammorro.

Bercakap kepada televisyen Ecuador, Gama TV, Chamorro menyifatkan kematian `Chucho' ada kaitan dengan serangan jantung.

``Dia ada mengadu sakit perut sebelum dikejarkan ke hspital tetapi meninggalkan dunia sejurus kemudian,'' kata ejennya itu. - Agensi

Buat rombakan menyeluruh

Posted: 29 Jul 2013 11:26 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Zolkples Embong

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong mahukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melihat semula secara menyeluruh faktor kekalahan teruk skuad kebangsaan 0-5 kepada kelab Jepun, Shonan Bellmare dan bukan semata-mata menuding jari kepada ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal.

Beliau berkata, kekalahan besar walaupun dalam satu perlawanan persahabatan tetap dianggap mengaibkan apatah lagi kepada sebuah kelab kedua tercorot Divisyen Satu Liga J itu yang menuntut banyak tindakan drastik perlu diambil bagi mengelakkannya daripada menjadi lebih parah.

"Bukan jurulatih sahaja yang perlu jadi perhatian FAM (ekoran kekalahan teruk selain 2-0 kepada Shimizu Pulse, Khamis lalu) kerana sebelum ini kita ada jurulatih luar negara yang hebat macam Hatem Souissi, Claude Le Roy dan Alan Harris pun, pasukan bola sepak kita masih tidak ke mana.

"Pakar-pakar di FAM itu kena tengok juga adakah corak latihan buat pemain yang menjadi faktornya, adakah puncanya juga daripada kualiti Liga M kita, sejauh mana kesan kepada prestasi pemain tempatan apabila bergandingan dengan penyerang import yang sepatutnya mampu membantu meninggikan mutu permainan mereka.

Zolkples mengulas prestasi terbaharu anak buah Rajagobal, Sabtu lalu sepanjang siri jelajah persahabatan di Jepun yang menghimpunkan kekalahan kesembilan selain menang dua dan satu seri daripada 12 perlawanan yang diharungi mereka sepanjang tahun ini.

"Bagi saya kalah sampai 5-0 kepada pasukan kebangsaan Jepun pun, masih satu keaiban inikan pula apabila kalah sebegitu dengan sebuah kelab kedua tercorot Divisyen Satu Liga J. FAM pun kena tengok bagaimana liga negara itu yang turut mengimport pemain asing, mampu melahirkan sebuah kelab yang sebegitu tinggi tarafnya.

"Mereka pernah mendapat khidmat pemain import yang berkualiti macam Gary Lineker dan Roberto Carlos dan hasilnya di mana Jepun sekarang? Liga atau pasukan negara kita, asyik-asyik tengok pemain kita takut simpan dan kawal bola, terus hantar tinggi, kemudian patah balik dan harapkan kawan buat kerjanya sebab dia yang takut buat silap," katanya.

Siri jelajah ke Jepun itu berupa pemanas badan skuad negara menjelang perlawanan persahabatan menentang gergasi La Liga Sepanyol, Barcelona pada 10 Ogos ini dan menghadapi Bahrain dalam aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015, 15 Oktober.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


671 rumah PR1MA di Pahang

Posted: 29 Jul 2013 11:26 AM PDT

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

Ngah Ismail (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Ramadan kepada pelajar maahad tahfiz sambil diperhatikan Nazrul Asrad (kiri) dalam majlis berbuka puasa dan sumbangan amal KPHP dengan kerjasama UMNO Bahagian Indera Mahkota di Kuantan, kelmarin. - UTUSAN/MOHD. FAIRUZ YUSOF

KUANTAN 29 Julai - Koperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya Bhd. (KPHP), merancang membina sebanyak 671 unit rumah mampu milik di bawah projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di Cherating di sini tahun ini.

Pengerusi KPHP, Datuk Nazrul Asrad berkata, projek yang dikenali sebagai PR1MA Bahagia itu menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa dan dijangka dapat memulakannya September ini.

"Setakat ini pihak kami sedang menunggu kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi membolehkan projek tersebut dimulakan.

"Mengikut sistem PR1MA Pahang, kita laksanakan rumah berkembar dan berharap kerajaan negeri dapat meluluskannya segera," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan sumbangan amal KPHP dengan kerjasama UMNO Bahagian Indera Mahkota di Kompleks Dagangan Indra Mahkota semalam.

Sebanyak 200 anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan golongan miskin menerima sumbangan disampaikan Nazrul dan Bendahari UMNO Bahagian Indera Mahkota, Ngah Ismail.

Menurut Nazrul, sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial pihaknya untuk meringankan beban golongan terbabit dalam membuat persiapan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

"Penubuhan koperasi ini bukan hanya menekankan kepada aktiviti perniagaan tetapi menjuruskan tanggungjawab sosial iaitu kita akan bagi sumbangan selagi daya yang boleh, segala keuntungan diagihkan kepada rakyat," ujarnya.

BN utamakan kebajikan penduduk tanpa pilih kaum

Posted: 29 Jul 2013 11:26 AM PDT

G. PALANIVEL (kanan) menyampaikan bantuan duit raya kepada seorang penduduk kurang berkemampuan dalam majlis penyampaian sumbangan duit raya anjuran Pejabat Parlimen Cameron Highlands dan bantuan bulanan JKM di Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 29 Julai - Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengutamakan kebajikan penduduk semua kaum pada setiap masa tanpa membezakan fahaman politik masing-masing khususnya untuk penyaluran bantuan pada musim perayaan.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel, berkata, kerajaan BN memberi layanan saksama kepada kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain etnik di negara ini berasaskan manifestasi untuk memulihara kebajikan rakyat.

Menurut beliau, sumbangan wang tunai dan hamper makanan yang diuruskan kerajaan negeri dan Pusat menjelang musim perayaan antara contoh nyata menterjemahkan nilai kemanusiaan serta keadilan untuk penduduk di negara ini.

"Jangan politikkan segala pemberian musim perayaan kerana menjadi tugas wakil rakyat BN membantu golongan asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan mendapat pembelaan sewajarnya.

"Sumbangan itu merupakan tanggungjawab sosial kerajaan BN berasaskan kemampuan apabila pertumbuhan ekonomi negara yang baik, kita tidak lupa jasa golongan miskin untuk lebih ceria menyambut Hari Raya Aidilfitri dan perayaan lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan duit raya anjuran Pejabat Parlimen Cameron Highlands dan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 456 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai di Felda Sungai Koyan di sini kelmarin.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Pegawai JKM Lipis, Badrul Hisam Md. Yassin.

Menurutnya, kerajaan negeri dan Pusat menerusi pejabat agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut memberi bantuan menerusi wang zakat kepada penduduk miskin Islam, manakala bagi kaum lain juga ada agihan sempena perayaan masing-masing.

"Mereka perlu bersyukur dan berterima kasih kerana kerajaan tetap komited menunaikan kewajipan untuk kebajikan penduduk kurang berkemampuan sepanjang masa termasuk menjelang persekolahan," ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, agihan sumbangan kebajikan itu diperuntukkan oleh kerajaan negeri dan Pusat kepada wakil rakyat komponen BN di kawasan masing-masing setiap kali musim perayaan.

"Kerajaan BN amat bertimbang rasa dengan penyampaian bantuan kepada golongan asnaf dan yang tidak berkemampuan dalam kalangan semua kaum di negeri ini dan negara amnya.

"Pendekatan ini amat berbeza dengan pembangkang yang mencurigai dan kerap memperlekeh usaha kerajaan BN dengan mengatakan bantuan ini bermotifkan politik," katanya.

Asrama milik Muip di Mesir boleh diduduki Oktober

Posted: 29 Jul 2013 11:26 AM PDT

KUANTAN 29 Julai - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sedang membina sebuah asrama di Nasr City, Kaherah bagi menempatkan penuntut dari negeri ini yang menyambung pengajian mereka di Mesir.

Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Abdul Wahid Wan Hassan berkata, asrama 11 tingkat itu boleh diduduki Oktober ini dan mampu memuatkan seramai 200 penuntut.

"Kawasan asrama tersebut terletak di dalam kawasan yang dikawal daripada segi diplomatik, jadi kawasan itu selamat untuk penuntut kita di sana.

"Keselamatan mereka selepas ini lebih terjamin dengan adanya asrama ini. Asrama dengan kos RM12 juta itu kini dalam peringkat meletakkan perabot," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Sumbangan Pendidikan Muip Kepada Pelajar Sekolah Agama (SMA) Negeri dan SMA Majlis di SMA al Attas di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohamad Roslan Harun.

Menurut beliau, tujuan utama asrama ini dibina adalah memusatkan penuntut dari negeri ini di dalam satu kawasan.

"Dengan pemusatan itu, keselamatan penuntut Malaysia di sana lebih terjamin dan memudahkan pihak berwajib memantau aktiviti mereka," katanya.

Dalam pada itu juga, beliau difahamkan semua penuntut dari negeri ini yang menuntut di sana berada dalam keadaan selamat.

"Pihak Muip hanya memberi bantuan derma siswa dan tambang pergi serta balik kepada penuntut. Urusan yang lain-lain ada di bawah kerajaan negeri," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


AS lantik bekas duta wakili rundingan Palestin-Israel

Posted: 29 Jul 2013 10:50 AM PDT

WASHINGTON 30 Julai - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry menamakan bekas duta negara ini ke Israel, Martin Indyk sebagai wakil utama dalam rundingan Palestin-Israel yang bermula di sini semalam.

Kerry berkata, beliau berharap Indyk dapat menyelesaikan rundingan yang sukar tersebut dengan baik.

Saya sedar rundingan Palestin-Israel merupakan perkara yang sukar, lebih-lebih lagi membabitkan banyak isu yang rumit,

Jika rundingan ini mudah, ia (pasti boleh) diselesaikan sejak sekian lama lagi," katanya. - REUTERS

PM Kuwait dilantik semula, bentuk Kabinet baharu

Posted: 29 Jul 2013 10:49 AM PDT

KUWAIT CITY 30 Julai - Pemerintah Kuwait melantik semula Sheikh Jaber al-Mubarak al-Sabah sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya umum pada Sabtu lalu dan meminta beliau membentuk barisan Kabinet yang baharu.

Agensi berita KUNA melaporkan, Sheikh Jaber yang memegang jawatan tersebut sejak hujung 2011, akan membentuk kerajaan baharu yang diwakili 15 menteri dan jawatan tertinggi dijangka dipegang oleh ahli keluarga Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah.

Barisan Kabinet terdahulu turut meluluskan draf dekri untuk membenarkan anggota Parlimen yang baharu mengadakan sidang Parlimen yang pertama pada 6 Ogos depan. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Didakwa merusuh depan Parlimen

Posted: 29 Jul 2013 11:26 AM PDT

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegubard (kiri) membuat bising di dalam mahkamah bersama individu lain yang didakwa atas tuduhan merusuh dan menganjurkan perhimpunan haram di hadapan bangunan Parlimen bulan lalu di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR 29 Julai - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Chegubard dan 32 individu lain dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merusuh dan menyertai perhimpunan haram di jalan masuk bangunan Parlimen, bulan lalu.

Kesemua tertuduh termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Chegubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin, 35 yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) didakwa bersama-sama aktivis propembangkang, Adam Adli Abdul Halim, 25; Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang, 24; Sekretariat SMM, Ekhsan Bukharee Badarul, 22, serta 13 individu lain.

Mereka didakwa atas dua pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 143 kanun sama atas dakwaan menyertai perhimpunan haram.

Tertuduh didakwa telah melakukan rusuhan di Jalan Parlimen kira-kira pukul 11.25 pagi, 24 Jun lalu dan seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa sebagai ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan perhimpunan itu ialah untuk melakukan mudarat awam di tempat sama, antara pukul 9.15 pagi dan 11.25 pagi, tarikh yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, 16 lagi individu turut didakwa atas tuduhan sama mengikut Seksyen 143 kanun berkenaan di mahkamah tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd. Salleh mencadangkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang tertuduh dengan alasan mereka telah menyebabkan kesusahan kepada orang awam.

Katanya, jika jumlah jaminan kurang daripada jumlah tersebut dikhuatiri semua tertuduh tidak mengambil serius pertuduhan tersebut.

Sebaik sahaja mendengar jumlah jaminan yang dicadangkan itu, sebahagian penyokong kumpulan itu yang memenuhi galeri awam mula membuat bising namun berjaya ditenangkan oleh rakan yang lain.

Peguam, Eric Paulsen memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM1,000 setiap seorang dengan alasan jumlah tersebut terlalu tinggi kerana 11 daripada tertuduh termasuk dua warga emas adalah peniaga kecil manakala 11 lagi pekerja swasta, sembilan yang lain pula adalah pelajar dan dua lagi adalah suri rumah.

"Mereka tidak mampu untuk membayar jumlah yang tinggi, jika dapat dikurangkan kepada RM1,000 pun mereka terpaksa meminjam lagipun hari ini adalah bulan puasa, bulan yang baik justeru kami harap mahkamah dapat mengurangkan jumlah jaminan itu," katanya.

Mat Ghani membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Mendengar jumlah jaminan yang diputuskan, para penyokong kumpulan itu sekali lagi membuat bising dan melaungkan takbir semasa prosiding masih berlangsung.

Dalam pada itu, para tertuduh turut diwakili peguam, Mohd. Razlan Jalaluddin dan PG Cyril.

Sebelum itu, ketika menunggu kes tersebut didaftarkan di kaunter pendaftaran Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, kumpulan terbabit turut membuat bising di lobi kompleks itu dengan berteriak sesama mereka dan menyanyi.

Memetik laporan akhbar, pada 24 Jun lalu, kumpulan penyokong parti pembangkang telah merusuh dan merempuh masuk ke bangunan Parlimen ketika majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat sedang berlangsung.

Lapan tertuduh rogol mengaku tidak bersalah

Posted: 29 Jul 2013 11:26 AM PDT

TEMERLOH 29 Julai - Lapan remaja termasuk empat daripada mereka yang di bawah umur masing-masing mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan atas pertuduhan bersubahat dan merogol secara bergilir-gilir seorang gadis di sebuah kawasan ladang getah.

Lima daripada kesemua tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh manakala tiga lagi remaja bawah umur dihadapkan di Mahkamah Kanak-Kanak Maran.

Mereka ialah Muhammad Hafizzi Zulkarnain, 20, Mohd. Amirul Farhan Mohamad Shahaimi, 19, Mohd. Iqra Isman Kamsoha, 18, dan Muhammad Waliyuddin Ahmad Basri, 20, dan seorang juvenil.

Muhammad Hafizzi dan Mohd. Amirul Farhan didakwa merogol mangsa di tanah lapang laluan masuk ke dalam ladang getah Bukit Kebuk, Maran antara pukul 2.50 pagi dan 3.15 pagi, pada 22 Julai lalu.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mohd. Iqra Isman dan Muhammad Waliyuddin pula didakwa atas pertuduhan bersubahat bersama Muhammad Hafizzi dan Mohd. Amirul Farhan dan empat rakan juvenil mereka di antara pukul 2.50 pagi dan 3.10 pagi pada hari dan tempat yang sama.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 109 dibaca bersama Seksyen 376(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Habibah Mohamed Yusof memerintahkan kelima-lima tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap tertuduh dan menetapkan 2 September depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Elyna Othman dan peguam, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar mewakili Mohd. Amirul Farhan manakala tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Kanak-Kanak Maran, ketiga-tiga tertuduh bawah umur itu didakwa merogol remaja tersebut di tanah lapang laluan masuk ke dalam ladang getah tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Ain Fadilla Md. Ali memberitahu pemberita, Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli memerintahkan ketiga-tiganya diikat jamin RM1,000 setiap seorang.

Mahkamah menetapkan 28 Ogos depan bagi sebutan rundingan pra-bicara bagi kes berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Beraya di kawasan hutan

Posted: 28 Jul 2013 11:04 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NASIRRUDDIN YAZID

SELAIN mempromosikan produk Yakult, Fara Fauzana juga menjadi pengacara pada majlis berbuka puasa bersama warga tua Rumah Al-Ikhlas.

HARI Raya Aidilfitri bukan setakat suatu perayaan yang disambut pada setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia, malah ia juga boleh dijadikan platform bagi merapatkan lagi hubungan dalam sesebuah keluarga dan juga sesama rakan taulan.

Penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana misalnya, menggunakan kesempatan setiapkali cuti Hari Lebaran bagi mengumpulkan sanak saudaranya dengan mengadakan pelbagai aktiviti bagi mencapai hasrat murni itu.

Menurut selebriti berusia 33 tahun ini, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 1434 hijrah ini, dia sudahpun merencana rancangannya yang tersendiri bagi meneruskan tradisi itu dan Raub di Pahang adalah lokasi pilihannya.

Malah, jelas penyampai radio yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu, kali ini dia mahu membuat kelainan dengan merancang mahu mengadakan majlis perjumpaan dengan saudara maranya dalam sebuah hutan di sana.

"Kalau tiada aral melintang, saya mahu mengumpulkan seberapa banyak anggota keluarga saya yang dekat dan jauh dalam sebuah majlis perjumpaan sempena hari raya di salah sebuah kawasan hutan rekreasi di Raub.

"Saya akan menjemput mereka dan kalau boleh saya mahu menyewa sebuah bas yang boleh membawa dalam 40 saudara mara saya ke Raub. Selain itu, saya juga bercadang mahu menjemput kawan-kawan rapat saya pada majlis itu nanti.

"Macam-macam aktiviti boleh dilakukan pada majlis itu seperti barbeku yang mana sambil makan dan minum kami boleh berborak-borak panjang sambil bertanya khabar masing-masing," katanya kepada Hits baru-baru ini.

Fara ditemui sewaktu majlis berbuka puasa bersama warga tua Rumah Al-Ikhlas anjuran minuman kesihatan Yakult di Petaling Jaya yang mana dia merupakan jurucakap produk itu.

Tambah anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu, sesi perjumpaan ahli-ahli keluarganya itu bukan asing lagi buat mereka, sebaliknya telah menjadi acara tahunan dengan lokasi yang berbeza-beza.

Apa yang pasti katanya, kebanyakan lokasi majlis perjumpaan sempena menyambut perayaan di bulan Syawal itu diadakan di luar Kuala Lumpur bagi mencari kelainan, sekali gus seperti sebuah percutian buat anggota-anggota keluarganya.

"Sebelum ini, majlis itu pernah diadakan di rumah sepupu saya dan lokasinya berubah-ubah setiap tahun. Contohnya sebelum ini, kami telah mengadakan majlis itu di Hotel Avalon, Port Dickson, Negeri Sembilan sambil menginap di sana.

"Malah, empat tahun lalu kami juga telah mengadakan majlis ini di London (United Kingdom). Kali ini kami akan berbincang dan cari tarikh yang sesuai. Tahun lalu kami mengadakan majlis ini pada minggu kedua raya.

"Pada majlis itu adik saya yang ketika itu bekerja di Philadelphia (Amerika Syarikat) turut terbang ke London dan beraya bersama-sama kami di sana," ujarnya menceritakan tentang kebiasaan sambutan raya keluarganya itu.

Muncul pertama kali

Posted: 28 Jul 2013 11:04 PM PDT

ROSLAN Shah bersama barisan produksi program bual bicara terbaharu, Diva De Vida.

BIASANYA, Roslan Shah terkenal untuk mengacara program-program di luar. Kini buat pertama kalinya dia akan muncul sebagai pengacara televisyen bagi sebuah program terbaru, Diva De Vida.

"Sememangnya inilah peluang yang saya nantikan. Setelah 12 tahun berkecimpung dalam dunia seni hiburan, saya diberi tanggungjawab untuk memikul tugas sebagai pengacara. Di sinilah laluan saya untuk mencuba dalam bidang pengacaraan.

"Memang saya tidak ketahui rezeki saya akan ke tahap mana. Tetapi dengan adanya peluang sebegini saya akan buktikan yang saya boleh buat.

"Saya akan memberi fokus sepenuhnya sebagai pengacara. Sudah tiba masanya saya menunjukkan bakat dalam bidang ini," katanya dengan nada gembira kerana diberi ruang untuk mengacara.

Roslan mengaku, banyak produksi yang tidak nampak bakatnya dalam bidang pengacaraan dan berharap para peminatnya dapat menerima penampilan baharunya secara terbuka.

"Saya sememangnya berhasrat untuk menjadi seorang pengacara hebat, lincah dan dapat menghiburkan semua peminat pada suatu hari nanti," katanya yang akan muncul dalam program tersebut terbitan AFS Pictures Sdn. Bhd. milik Boy Iman.

Berkenaan program bual bicara Diva De Vida, Roslan menjelaskan, program tersebut akan bersiaran setiap hari Isnin pukul 9.30 malam bermula 26 Ogos ini. Para penonton juga dapat menyaksikan siaran ulangan program tersebut pada setiap Sabtu pukul 4.30 petang.

Selama 13 episod bersiaran, program tersebut akan membawakan segmen bicara molek, rawat cantik dan chewah Pamoga.

Program itu bukan sahaja berkongsi tip-tip kecantikan untuk golongan wanita, malah golongan lelaki juga dapat memperoleh sedikit sebanyak manfaat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bermandi darah demi negara

Posted: 29 Jul 2013 11:26 AM PDT

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

TANGGAL 1 Mac 2013 pasti akan sentiasa terpahat dalam ingatan Koperal Azman Ampong, 39, seorang anggota komando VAT 69 yang cedera parah ketika bertempur dengan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah.

Anak sulung daripada lima beradik dari Semporna, Sabah ini mula menyertai unit elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2002. Namun, pengalaman bertempur dalam situasi peperangan sebenar untuk mematahkan serangan pengganas yang menceroboh Kampung Tanduo disempurnakan dengan sebaiknya demi negara.

Setiap anggota komando VAT 69 mengerti bahawa mereka harus mengelak daripada sebarang bentuk pertempuran di tahap maksimum serta tidak boleh sesuka hati melepaskan tembakan bagi menghindari sebarang konflik.

Namun, awal pagi itu ketika mereka bergerak dalam satu pasukan di bawah unit penggempur Sektor Charlie, Azman berkata, tiba-tiba dia menyedari kedudukannya telah berada kurang 200 meter dari kubu pengganas.

"Saya ternampak satu trek laluan peronda dan terdengar bunyi ketukan. Saya tinjau dengan lebih rapat dan terlihat satu bumbung rumah. Saya berundur ke belakang dan rakan setugas, Koperal Mohd. Tarmizi Hashim dan Koperal Tarmi Ibrahim bertanyakan apa yang saya nampak.

"Kehadiran kami bertiga disedari oleh kumpulan peronda pengganas. Tarmi pergi memberitahu Sektor Charlie. Namun, saya dan Tarmizi mengambil keputusan untuk tidak berundur biarpun senjata mula dihala ke arah kami kerana saya percaya, rakan-rakan di belakang akan membantu kami," katanya ketika ditemui dalam sesi wawancara khas sempena Hari Pahlawan di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak, baru-baru ini.

Menurut Azman, ketika itu, pengganas-pengganas Kiram mula ghairah keseronokan dan seorang daripada mereka keluar dengan membawa sebatang kayu bersama kad manila berwarna putih seperti bendera sambil memegang sebilah parang di tangan kirinya.

Azman berkata, kedudukannya ketika itu betul-betul hanya berselang satu pokok kelapa sawit dan pengganas itu seterusnya bercakap dalam bahasa Sulu.

"Walaupun saya faham bahasa tersebut kerana ibu berbangsa Sulu, namun saya tidak menjawab. Pengganas itu ingatkan kami adalah Tiger Platun daripada PGA. Dia kata "jangan kamu di sini, baliklah kamu" sambil membuat isyarat tangan.

"Namun, selepas menyedari kami tidak mengendahkannya, saya dengar takbir 'Allahu Akbar' dilaung sebanyak dua kali sebelum satu tembakan dilepaskan ke arah kami dan akhirnya saya terpaksa membalas," katanya.

Azman berkata, dia dan Mohd. Tarmizi ibarat satu umpan bagi membolehkan mereka bertempur, namun kumpulan pengganas tersebut terus menjadi tidak tentu arah apabila menerima serangan balas mengejut daripada Sektor Charlie dan Delta kerana beranggapan anggota komando VAT 69 itu hanya berdua di situ.

Dia berkata, pertempuran lebih sejam itu membuatkan dia nekad melepaskan tembakan sehingga tidak sedar telah kehabisan peluru ekoran bunyi dentuman tembakan yang kuat daripada kedua-dua belah pihak.

"Namun, saya betul-betul ralat apabila Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29, meninggal dunia semasa pertempuran tersebut kerana merasakan saya yang sepatutnya mati. Saya tidak mahu berundur kerana saya tahu dia ada di belakang," katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Azman berkata, dia dan Mohd. Tarmizi hanya berada di sebalik sebatang pokok kelapa sawit sehingga rakannya itu terpaksa menindih badannya disebabkan oleh keluasan tempat berlindung yang terhad.

Sehubungan itu, maka tidak hairanlah sekiranya Azman dan Mohd. Tarmizi masing-masing terkena tembakan di kaki kanan dan tangan kiri.

"Saya tidak ada perasaan takut ketika bertempur kerana merasakan situasinya sama seperti berada dalam latihan ketika berdepan dengan peluru hidup. Cuma bezanya, saya merasai pengalaman peperangan sebenar dan terkena tembakan.

"Saya tercampak tiga kaki (satu meter) dari tempat berlindung selepas ditembak. Namun, terkena tembakan ini sebenarnya tidak sakit, cuma terasa sejuk macam ais batu.

"Saya gerak-gerakkan kaki selepas terkena tembakan kerana khuatir akan lumpuh. Namun, sakitnya hanya terasa selepas menjalani pembedahan," katanya.

Azman yang berminat menyertai komando VAT 69 selepas kampung halamannya di Semporna diserang lanun pada 1995, masih menyimpan sebutir peluru musuh di belakang badannya.

Dia disyorkan oleh doktor untuk tidak membuang peluru berkenaan ekoran kedudukannya yang tersemat terlalu dekat dengan tulang belakang.

Dalam pada itu, Azman berkata, pengganas Kiram sememangnya langsung tidak gentar berdepan musuh kerana sudah menjadi adat bagi seseorang lelaki berbangsa Sulu untuk mesti memiliki senjata api.

Malah katanya, salah seorang daripada pengganas Kiram cuba merapat kepada mereka (di pokok tempat mereka berlindung) biarpun telah ditembak pada jarak dekat sebanyak enam kali dengan 12 butir peluru.

"Saya rasa mereka bukan ingin membunuh, cuma hendak menangkap kami berdua," katanya yang percaya PGA turut berkebolehan untuk menjalankan operasi seumpama itu sekiranya diberikan latihan bertempur.

Sementara itu, Mohd. Tarmizi, 32, dari Kota Bharu, Kelantan bersyukur kerana masih diberikan peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan biarpun merasakan dirinya sudah menemui ajal sewaktu pertempuran tersebut.

Dia yang terkena tiga tembakan di dada dan satu di topi keledar balistik, hanya mampu menggolekkan diri ke belakang dengan berpandukan arahan daripada anggota pasukan bagi mendapatkan bantuan setelah kehabisan peluru.

"Setelah terdengar bunyi senjata, hati ini terasa semangat tetapi apakan daya, tangan sudah terkulai kerana terkena juga tembakan selain di kaki.

"Menjadi komando VAT 69, jangan menjangkakan kita akan balik hidup-hidup apabila keluar operasi," kata bapa kepada tiga anak ini yang masih menyimpan serpihan peluru di badannya selain separuh tendonnya (tisu penghubung antara otot dan tulang) hampir putus justeru merupakan anggota yang paling lambat sembuh.

Inspektor Hamzah Abdul Rani, 42, yang bertugas di bawah Sektor Bravo pula menyifatkan sifat keberanian, agresif serta semangat bekerja sebagai satu pasukan akhirnya membawa kejayaan dalam misi operasi tersebut.

"Pertempuran kami berbaloi kerana dapat menewaskan pengganas yang juga telah mengorbankan anak buah saya iaitu Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang maut ditembak di kepala.

"Perjuangan ini merupakan sumbangan kami kepada PDRM dan juga demi negara. Kami sanggup berkorban dan tidak meminta apa-apa balasan," katanya yang juga nyaris terkena tembakan di bahagian muka apabila peluru berkenaan tersangkut di celah tepi batang pokok kelapa sawit yang menjadi tempat berlindung.

Esok, seperti lazimnya setiap tahun akan dilancarkan Tabung Rayuan Hari Pahlawan yang bertujuan meringankan beban harian dan tanggungan bekas anggota keselamatan - tentera dan polis yang berkorban tenaga dan masa bagi memastikan kemakmuran negara.

Masyarakat awam digesa bersama-sama menghulurkan sumbangan pada Tabung Rayuan Hari Pahlawan ini bagi meringankan beban bekas anggota keselamatan serta tanggungan mereka.

Jangan layan penyebaran dakyah komunis melalui filem

Posted: 29 Jul 2013 11:26 AM PDT

Azman Anuar

HARI ini semakin jelas kesan sistem pendidikan kita yang ada sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular terutama aliran sekolah Cina.

Semakin hari jurang perpaduan kian besar jaraknya. Salah pemimpin Melayu kita juga yang terlampau bertolak ansur.

Penerbitan filem The New Village adalah hasil didikan sekolah aliran Cina yang semangat kebangsaannya boleh dipertikaikan.

Anasir dan fahaman songsang boleh membiak di sana kerana dunia pendidikannya yang berbeza dan terlampau mengagungkan bangsa sendiri.

Sejarah dan kedaulatan Semenanjung Tanah Melayu ini dinilai ikut selera sendiri.

Keadaan ini sudah berlangsung 56 tahun. Bukan mudah untuk membersihkan minda dan fahaman mereka terhadap sejarah perjuangan pemimpin Melayu dan Bumiputera lain serta beberapa pemimpin kaum Cina dan India dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Ini salah orang Melayu juga. Kerajaan pimpinan orang Melayu kita terlampau teruja dengan pembangunan material dan infrastruktur serta terlalu melayan permintaan kaum Cina sedangkan sumbangan kaum itu untuk menghormati Perlembagaan dan kedaulatan negara ini dilihat semakin menipis.

Banyak contoh sudah ada di depan mata. Terbaharu filem The New Village arahan Wong Kew-Lit yang cuba merakamkan sejarah kampung baharu Cina di negara ini. Tetapi timbul kontroversinya, bagaimana filem yang cuba memaparkan perjuangan komunis secara tersirat itu dibenarkan untuk ditayangkan pada 22 Ogos ini.

Inilah filem pertama orang Cina Malaysia yang berusaha mengangkat kaum Cina yang menjadi tentera komunis di Tanah Melayu pada zaman darurat.

Apabila ada pemimpin Melayu sendiri mendakwa Melayu komunis juga pejuang kemerdekaan, jadi itu satu tiket untuk pembikinan filem komunis dari sudut kaum Cina pula.

Apatah lagi pengaruh kaum Cina dalam politik parti pembangkang semakin kuat. Jadi ada individu bereksperimen cuba menukar sejarah Malaysia dan mahu mengikis bukti-bukti perjuangan orang Melayu sebagai pribumi di negara ini dalam menuntut kemerdekaan.

Banyak komen dan suara bantahan orang Melayu terhadap kelulusan tayangan filem itu. Filem Tanda Putra arahan Shuhaimi Baba tentang peristiwa 13 Mei sampai sekarang masih belum ditayangkan setelah tiga kali ditangguhkan, tiba-tiba Astro Shaw menerbitkan filem propaganda komunis sebagai pejuang kemerdekaan bakal ditayangkan Ogos depan.

Memang isu ini menimbulkan kemarahan orang Melayu - kalau filem Melayu tentang 13 Mei tak boleh disiarkan, kenapa senyap-senyap filem tentang komunis dan Kampung Baharu Cina pula mendapat kelulusan untuk ditayangkan.

Mereka boleh berkata filem The New Village khusus untuk tontonan kaum Cina sahaja, Melayu dan kaum lain tidak perlu sibuk-sibuk menontonnya kerana ia dibuat dalam bahasa Cina.

Jika demikian, filem Tanda Putra pun patut dikhaskan untuk orang Melayu sahaja, penonton Cina tidak perlu menyibuk. Tetapi sehingga ke hari ini filem Tanda Putra tidak dapat ditayangkan adalah kerana campur tangan orang Cina terutama pemimpin Cina daripada DAP.

Filem Tanda Putera dianggap rasis walaupun ceritanya berdasarkan fakta sejarah rusuhan kaum dalam Peristiwa 13 Mei 1969.

Bagaimana dengan filem The New Village tentang kaum Cina dan gerakan pengganas komunis pada zaman darurat, adakah ia tidak dianggap filem rasis kerana hanya menonjolkan Cina sebagai pejuang kemerdekaan?

Jika dilayan kehendak penerbit The New Village, ia boleh menjadi sebuah filem yang bakal merosakkan fakta sejarah. Pembikin filem ini sepatutnya perlu tahu apa yang Parti Komunis Malaya (PKM) telah lakukan ke atas penduduk Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1989.

Matlamat perjuangan PKM ialah menyebarkan ideologi komunis, membentuk negara komunis di Tanah Melayu dan menjaga kepentingan kaum Cina.

Hakikatnya pembikinan filem The New Village ini cuba menulis semula fakta sejarah mengikut acuan dan kepentingan mereka semata-mata. Lebih baik ia dibekukan.

Hanya satu yang kita harapkan - jika Kementerian Dalam Negeri boleh menguatkuasakan undang-undang anti-Syiah maka perkara sama wajar diteruskan terhadap gerakan menyebarkan dakyah komunis melalui filem di negara ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Rayu MPAJ pantau segera

Posted: 28 Jul 2013 11:05 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Longgokan sampah yang merupakan sisa binaan mencemarkan pemandangan di Kampung Muhibbah, Ampang, Selangor. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR 28 Julai - Entah di mana silapnya Flat Kampung Muhibbah, Bukit Belacan, Ampang dekat sini dicemari sampah sarap yang bertaburan di merata-rata tempat dalam kawasan perumahan itu.

Malah, penduduk terpaksa meletakkan kereta mereka di celah-celah sampah-sarap yang bertaburan serta berbau busuk yang bertaburan di tempat letak kenderaan.

Penduduk flat itu yang ditemui berkata, sampah turut dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di hadapan kedai-kedai runcit yang berada di tingkat bawah flat berkenaan.

Biarpun terdapat pihak yang mengutip sampah pada setiap hari, namun tidak sampai 12 jam kawasan tersebut kembali dipenuhi sampah.

Penduduk mendakwa, pembuangan sampah dari restoran luar serta perabot yang dibuang oleh kedai-kedai perabot menyebabkan tong sampah yang disediakan tidak dapat menampung sampah yang banyak.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan berkenaan mendapati, biarpun terdapat enam buah tong sampah besar disediakan namun masih terdapat longgokan sampah seperti perabot dan sisa-sisa makanan bertaburan di sekelilingnya.

Bau yang busuk dan meloyakan turut menusuk hidung, membuatkan sesiapa sahaja yang menghidu setidak-tidaknya terasa mual.

Menurut seorang pengusaha kedai runcit, Maznah Kassim, 43, setiap hari dia terpaksa mengutip sampah yang dibuang di hadapan kedainya.

"Tepat pukul 11 malam saya akan kutip semua sampah di hadapan kedai. Saya pernah menegur orang yang membuang sampah secara tak berhemah ini, namun nampaknya dia masih berdegil.

"Yang pasti mereka yang membuang sampah secara besar-besaran ini bukan penduduk di sini, kerana ada yang datang membuang sampah menggunakan lori, kereta dan motosikal," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Nor Fauziah Mansor, 32, berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) perlu melakukan pemantauan di kawasan tersebut.

"Disebabkan tiada kesedaran sivik dan pemantauan dari pihak berkuasalah kawasan kami ini menjadi mangsa.

"Selain itu, saya sebagai penduduk meminta supaya kontraktor MPAJ lebih kerap mengutip sampah agar kawasan ini bersih dan selesa untuk didiami," ujarnya.

Jirannya, Aminah Sidek, 38, pula berkata, setiap hari dia dan keluarga terpaksa menghidu bau busuk.

"Kami tinggal di bahagian yang paling hampir dengan tempat pembuangan sampah, jadi apabila waktu panas dan hujan bau akan naik ke rumah. Kalau tutup tingkap pun masih berbau," ujarnya.

Usaha kembalikan zaman gemilang BN di bandar

Posted: 28 Jul 2013 11:05 AM PDT

Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan replika cek sumbangan kepada wakil Masjid Amaniah, Zaidi Mohd. Nordin sempena Majlis Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Kepong di Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR 28 Julai - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berjanji akan mengembalikan zaman kegemilangan Barisan Nasional (BN) di kawasan bandar.

Menurutnya, gandingan beliau bersama Timbalannya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mampu menguatkan lagi jentera BN di Wilayah Persekutuan.

"Kami akan merancang lebih banyak kaedah terbaik untuk memenangi hati rakyat selain akan melihat keperluan dan kebajikan semua kaum dipenuhi.

"Wilayah Persekutuan merupakan 'jendela' kepada negara ini. Oleh itu sangat penting bagi kita untuk mengekalkan suasana yang harmoni yang pastinya hanya akan dikecapi melalui pemerintahan UMNO dan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Kepong di sini semalam.

Beliau mengulas pelantikannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang baharu, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti kelmarin.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas jawatan itu.

Sementara itu, Raja Nong Chik yang ditemui berkata, beliau akan memberi sepenuh kerjasama kepada ketuanya dalam menguatkan jentera UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya yakin dengan kepimpinan beliau (Tengku Adnan) yang mampu memberi kesan positif pada masa akan datang.

"Walaupun sukar bagi BN untuk tawan kawasan-kawasan tertentu namun kita akan tetap teruskan perjuangan," ujarnya.

Caj tunda: DBKL hanya laksana akta dilulus Parlimen

Posted: 28 Jul 2013 11:05 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Julai - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menasihatkan orang ramai supaya mematuhi kadar caj baharu tindakan pengapitan, pengalihan dan penahanan terhadap kenderaan yang melakukan kesalahan.

Menurut DBKL, kadar baharu itu merupakan perkara yang telah diluluskan oleh Parlimen setelah dibentangkan oleh Kementerian Pengangkutan.

"DBKL hanya dipertanggungjawabkan sebagai pelaksana berhubung perkara itu," menurut jurucakap DBKL apabila dihubungi.

"Kadar tersebut telah diwartakan oleh pihak kerajaan iaitu pindaan kepada undang-undang sedia ada menerusi Akta Pengangkutan Jalan 1987, jadi ia adalah muktamad.

"Kami minta supaya orang awam mematuhi kadar caj baharu itu kerana ia telah termaktub dalam akta tersebut agar mereka berdisiplin," jelas beliau.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia pada Jumaat lalu berhubung orang ramai tidak bersetuju dengan kadar caj baharu itu, yang berkuatkuasa awal bulan depan.

DBKL menerusi kenyataan akhbarnya baru-baru ini memaklumkan akan menguatkuasakan mulai 1 Ogos ini caj baharu terhadap tindakan pengapitan kereta menjadi RM50, caj pengalihan RM100 dan caj penahanan sebanyak RM100 sehari, berbanding RM5 sebelum ini.

Caj penguatkuasaan ke atas kenderaan lain termasuk motosikal roda tiga turut dinaikkan.

Caj baharu tersebut diperkenalkan bagi menyedarkan orang ramai agar lebih berdisiplin apabila meletakkan kenderaan serta tidak menghalang laluan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pengusaha ternakan diberi notis

Posted: 28 Jul 2013 11:05 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

ISMAIL Mohamad (dua dari kiri) beramah mesra dengan ketua-ketua masyarakat dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Program Mengimarahkan 10 Malam Akhir Ramadan di Dewan Gresik,Pagoh, Johor, kelmarin. - Utusan/Ishak Rahmad

PAGOH 28 Julai - Lebih 20 penternak di negeri ini diberi notis penamatan oleh Jabatan Veterinar berikutan kegagalan memajukan ternakan masing-masing walaupun pelbagai bantuan diberikan terutama membabitkan pajakan kawasan padang ragut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, kebanyakan penternak juga didapati menukar status ternakan mereka tanpa berbincang terlebih dahulu dengan jabatan berkenaan.

"Selain itu, mereka juga memberikan pelbagai alasan tidak meneruskan projek itu terutama peningkatan kos harga makanan sehingga tidak mampu mengusahakan ternakan masing-masing.

"Ada antara pengusaha ini sudah tidak aktif menyebabkan Jabatan Veterinar terpaksa memberikan notis kepada mereka dan boleh ditarik semula pajakan tanah padang rumput milik kerajaan yang dinikmati mereka sebelum ini. Kita sudah keluarkan notis dan ada antara mereka yang membuat rayuan dan ada yang kembali aktif," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada 150 Pengerusi dan Pegawai Masjid dan Surau Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang sempena Program Mengimarahkan Masjid di 10 Ramadan Terakhir di Dewan Gresik, dekat sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, kerajaan serius untuk meneruskan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan sehingga menjadikan negeri ini sebagai pengeluar makanan terbesar negara setakat ini.

Ismail berkata, pihaknya tidak mahu pengusaha terlibat mempersia-siakan peluang yang diberi sedangkan pelbagai bantuan lain sedang dikenal pasti selain cuba menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

Pihaknya akan mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil menerusi Majlis Pembangunan Pertanian Negeri supaya penternak berkenaan dapat kembali aktif terbabit dalam bidang pertanian seterusnya menyumbang kepada ekonomi negeri.

"Memang kekurangan dalam sektor penternakan ini setakat tidak memberi kesan kepada keseluruhan sektor pertanian negeri tetapi kita mahu bidang ini dilaksanakan dengan lebih giat supaya pengeluaran makanan dapat bertambah," ujarnya.

Di Pagoh, seluas 1,942 hektar tanah kerajaan dipajak untuk kegiatan penternakan tidak termasuk 1,011 hektar di Lenga serta 607 hektar lagi di Durian Chondong, katanya.

Beliau berkata, ketika ini kebanyakan penternak mengusahakan kira-kira 20 ekor ternakan seperti lembu dan kambing namun pihaknya menggalakkan supaya mereka dapat memelihara lebih daripada 50 ekor.

NGO anjur jualan amal bantu golongan memerlukan

Posted: 28 Jul 2013 11:05 AM PDT

Orang ramai memenuhi ruang Jualan Amal Sambil Menderma bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk menyambut ketibaan bulan Syawal di Tapak Bazar Karat, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 28 Julai - Pelbagai cara digunakan oleh orang ramai bagi membantu mereka yang memerlukan terutama dalam bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Pertubuhan Belia KAGUM Johor Bahru dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO cawangan-cawangan Johor Bahru memilih untuk melakukan jualan amal selama tiga hari bermula Jumaat lalu bagi mengumpul dana supaya dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Pengarah program, Nornekman Osman berkata, jualan amal pelbagai barangan seperti pakaian, beg dan kasut yang masih elok dan berkualiti dengan harga bermula 50 sen itu dijalankan di pasar karat di sini.

"Kita menyasarkan dana yang dikumpul itu dapat disalurkan kepada 200 anak yatim dan fakir miskin terpilih di kawasan Parlimen Johor Bahru dalam usaha kita cuba meringankan beban selain diharap dapat memberi senyuman kepada mereka.

"Ini merupakan kesinambungan pelbagai program amal yang sering dianjurkan Ahli Parlimen Johor Bahru, namun ini merupakan kali pertama jualan lelongan amal diadakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Nornekman berkata, selain wang tunai hasil jualan lelongan tersebut, pihaknya turut menyumbang barangan keperluan lain dan akan diserahkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

Beliau gembira dengan sambutan yang diperoleh, sekali gus membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap insan yang tidak bernasib baik di negeri ini dan program itu akan diperhebatkan pada masa akan datang.

"Kita akan meneruskan program tersebut pada Disember ini bagi mengumpul dana sempena musim persekolahan baharu tahun depan selain pada musim-musim perayaan lain," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved