Isnin, 29 Julai 2013

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pemain bola sepak maut serangan jantung

Posted: 29 Jul 2013 04:46 PM PDT

QUITO, Pichincha 30 Julai - Seorang penyerang pasukan bola sepak Ecuador, Christian Benitez meninggal dunia secara mengejut di Qatar pada usia 27 tahun awal pagi ini, kata ejennya, Jose Chammorro.

Bercakap kepada televisyen Ecuador, Gama TV, Chamorro menyifatkan kematian `Chucho' ada kaitan dengan serangan jantung.

``Dia ada mengadu sakit perut sebelum dikejarkan ke hspital tetapi meninggalkan dunia sejurus kemudian,'' kata ejennya itu. - Agensi

Buat rombakan menyeluruh

Posted: 29 Jul 2013 11:26 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Zolkples Embong

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong mahukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melihat semula secara menyeluruh faktor kekalahan teruk skuad kebangsaan 0-5 kepada kelab Jepun, Shonan Bellmare dan bukan semata-mata menuding jari kepada ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal.

Beliau berkata, kekalahan besar walaupun dalam satu perlawanan persahabatan tetap dianggap mengaibkan apatah lagi kepada sebuah kelab kedua tercorot Divisyen Satu Liga J itu yang menuntut banyak tindakan drastik perlu diambil bagi mengelakkannya daripada menjadi lebih parah.

"Bukan jurulatih sahaja yang perlu jadi perhatian FAM (ekoran kekalahan teruk selain 2-0 kepada Shimizu Pulse, Khamis lalu) kerana sebelum ini kita ada jurulatih luar negara yang hebat macam Hatem Souissi, Claude Le Roy dan Alan Harris pun, pasukan bola sepak kita masih tidak ke mana.

"Pakar-pakar di FAM itu kena tengok juga adakah corak latihan buat pemain yang menjadi faktornya, adakah puncanya juga daripada kualiti Liga M kita, sejauh mana kesan kepada prestasi pemain tempatan apabila bergandingan dengan penyerang import yang sepatutnya mampu membantu meninggikan mutu permainan mereka.

Zolkples mengulas prestasi terbaharu anak buah Rajagobal, Sabtu lalu sepanjang siri jelajah persahabatan di Jepun yang menghimpunkan kekalahan kesembilan selain menang dua dan satu seri daripada 12 perlawanan yang diharungi mereka sepanjang tahun ini.

"Bagi saya kalah sampai 5-0 kepada pasukan kebangsaan Jepun pun, masih satu keaiban inikan pula apabila kalah sebegitu dengan sebuah kelab kedua tercorot Divisyen Satu Liga J. FAM pun kena tengok bagaimana liga negara itu yang turut mengimport pemain asing, mampu melahirkan sebuah kelab yang sebegitu tinggi tarafnya.

"Mereka pernah mendapat khidmat pemain import yang berkualiti macam Gary Lineker dan Roberto Carlos dan hasilnya di mana Jepun sekarang? Liga atau pasukan negara kita, asyik-asyik tengok pemain kita takut simpan dan kawal bola, terus hantar tinggi, kemudian patah balik dan harapkan kawan buat kerjanya sebab dia yang takut buat silap," katanya.

Siri jelajah ke Jepun itu berupa pemanas badan skuad negara menjelang perlawanan persahabatan menentang gergasi La Liga Sepanyol, Barcelona pada 10 Ogos ini dan menghadapi Bahrain dalam aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015, 15 Oktober.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved