Rabu, 17 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ambulans terbalik: Pesakit parah meninggal dunia

Posted:

Ambulans terbalik: Pesakit parah meninggal dunia

Ambulans terbalik: Pesakit parah meninggal dunia

MELAKA 17 Ogos - Seorang pesakit wanita yang berada dalam ambulans ketika dirempuh sebuah teksi di Ayer Keroh kelmarin, meninggal dunia di Hospital Melaka, hari ini.

Maryam Baba, 73, meninggal dunia kira-kira pukul 9.10 pagi selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Dia dimasukkan ke Hospital Melaka sejak kelmarin kerana mengalami pendarahan di kepala selepas rumahnya di Bukit Ramai dipecah masuk sekumpulan penjenayah.

"Saya reda dengan apa yang telah berlaku tetapi terkilan kerana menyangkakan emak akan selamat sebaik sahaja dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.

"Tak sangka pula, ambulans dinaiki emak terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke hospital," kata anak bongsu mangsa, Zaidi Senan, 43, ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.50 petang kelmarin, seorang doktor lelaki berusia 25 tahun, seorang jururawat, Yuhanis Yasin, 30, dan Maryam cedera parah apabila ambulans yang mereka naiki dirempuh sebuah teksi.

Doktor lelaki tersebut terpaksa dikejarkan ke HKL kerana kecederaan yang dialami manakala Yuhanis kini dirawat di Hospital Melaka.

Bagaimanapun, pemandu ambulans, Mambang Rudy Hartono, 41, dan seorang pembantu perubatan berumur 56 tahun yang menaiki ambulans itu serta pemandu teksi dikenali Ali Muhammad Don hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Melaka.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Azmi Hashim berkata, doktor lelaki tersebut telah dibenarkan keluar dari HKL hari ini kerana cuma mengalami luka dan tidak melibatkan kecederaan dalaman.

"Bagaimanapun, jururawat terbabit masih berada di Hospital Melaka dan keadaannya hari ini dilaporkan semakin tenat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemain bola T-Team putus jari

Posted:

Pemain bola T-Team putus jari

Pemain bola T-Team putus jari

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 17 Ogos - Seorang pemain bola sepak Piala Presiden pasukan T-Team tidak menyangka hasratnya mencari pendapatan sampingan bulan Ramadan ini, berakhir dengan tragedi apabila lima jari tangan kanannya putus akibat digilis mesin pengisar tebu.

Kejadian berlaku di Bazar Ramadan Marang, 7 Ogos lalu, ketika mangsa, Zuhairi Ahmad, 21, yang bermain di posisi pertahanan pasukan itu, bekerja seorang diri memasukkan ruas-ruas tebu ke dalam mesin itu, pukul 5.30 petang.

Namun tanpa disangka sangka, tangan kanannya tersangkut dan termasuk ke dalam mesin itu lalu digilis.

Menurut Zuhairi, dia yang menjerit kesakitan dan panik melihat tangannya berlumuran darah cuba mematikan suis mesin itu namun tidak berjaya kerana kedudukannya agak jauh.

"Saya menjerit dan meminta tolong tetapi tidak didengari oleh peniaga lain. Saya masih tidak perasan lima jari saya putus sehinggalah saya dapat tarik keluar tangan kanan," katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Zuhairi berkata, dia berniaga di bazar Ramadan itu untuk mencari pendapatan sampingan dan ibunya, Maimun Salim, 52, mengeluarkan wang simpanan untuk membeli mesin tebu yang berharga RM1,300.

"Namun tak sangka pula baru pertama kali nak berniaga perkara ini pula berlaku. Apa yang saya risau masa depan saya dalam bola sepak kerana sukar saya kembali bermain dalam keadaan seperti ini," ujarnya.

Sementara itu, Maimun berharap agar pihak pengurusan T-Team yang juga majikan anaknya sedia membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

"Ada orang kata, kalau hanya dua jari tangan yang putus, dia ((Zuhairi) masih boleh bermain bola lagi tetapi kalau kesemua lima jari di tangan kanannya putus, tidak tahulah apa nasibnya," ujarnya.

Sementara itu, Jurulatih Piala Presiden T-Team, Yusuf Ali, ketika dihubungi hari ini berkata, pihak pengurusan berusaha membantu Zuhairi dan memaklumkan perkara itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tindakan lanjut.

"Kita juga akan panjangkan perkara itu kepada Yang Berhormat Menteri Besar untuk menentukan status Zuhairi sama ada boleh bermain atau tidak memandangkan kontrak dia juga sudah tamat pada Jun lalu," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Fernandes semakin hampir kuasai QPR

Posted:

Fernandes semakin hampir kuasai QPR

Fernandes semakin hampir kuasai QPR


Tony Fernandes


LONDON - Tan Sri Tony Fernandes dijangka mengambil alih Queens Park Rangers dalam tempoh 24 jam lagi dan menyatakan sokongan penuh terhadap pengurus kelab Liga Perdana Inggeris itu, Neil Warnock.

Ahli perniagaan terkemuka Malaysia itu bakal menjadi pemegang saham majoriti kelab dan difahamkan membeli lebih daripada 51 peratus pegangan, seperti yang dibincang sebelum ini.

Fernandes, yang memiliki syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan Team Lotus dalam F1 dilihat berada di Loftus Road, Sabtu lalu untuk menyaksikan perlawanan pembuka tirai QPR melayan kunjungan Bolton.

Meskipun dibelasah 0-4, Fernandes berkata: "Saya fikir Neil ialah seorang yang hebat dan dia menjalankan tugasnya dengan begitu cemerlang sehingga menjulang QPR pada kedudukan sekarang.

"Dia akan mendapat sokong penuh daripada saya. Saya fikir seseorang pengurus harus mendapat apa diingininya."

Pemimpin F1, Bernie Ecclestone yang memiliki 66 peratus saham dalam QPR berhasrat menjual pegangannya, justeru urus niaga kali ini pastinya menamatkan segala ikatannya dengan Loftus Road.

Hartawan industri keluli, Lakshmi Mittal juga diramal meningkatkan pegangannya kepada 33 peratus tetapi Fernandes akan memiliki kuasa penuh di QPR.

Satu sidang media bakal diadakan di Loftus Road hari ini bagi mengumumkan pengambilalihan tersebut.

Perkembangan itu pasti menggembirakan Warnock kerana Fernandes mahukan dia membawa masuk empat pemain baru sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Memanah pulang tanpa pingat

Posted:

Memanah pulang tanpa pingat

Memanah pulang tanpa pingat


Cheng Chu Sian


SHENZHEN – Pasukan memanah negara menamatkan saingan Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 tanpa sebarang pingat selepas Cheng Chu Sian kalah kepada juara dunia, Kim Woojin 6-2 pada suku akhir recurve individu semalam.

Chu Sian jelas gagal menyaingi kehebatan pemanah Korea Selatan itu sejak awal lagi apabila ketinggalan 0-4 pada dua end, sebelum cuba memberikan tentangan dengan 5-1 pada end ketiga.

Ketika Chu Sian memerlukan kemenangan, hanya kedudukan seri 1-1 dapat dilakukan oleh pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, sekali gus menamatkan cabaran pada Universiade 2011.

Chu Sian berkata, dia berpuas hati kerana layak ke suku akhir walaupun rentak panahan beliau di Shenzhen tidak begitu baik.

"Saya mungkin bernasib baik kerana dapat mara sejauh ini sedangkan keadaan prestasi saya tidaklah begitu baik semenjak hari pertama di sini.

"Namun ketika berdepan pemanah lain, saya masih mampu menang pada pusingan kalah mati.

"Ketika berdepan pemanah Korea (Woojin), saya tahu memang sukar untuk mengalahkan dia tetapi saya tetap cuba bagi yang terbaik sehingga end terakhir, " katanya semalam.

Sebelum itu, Chu Sian mudah menewaskan pemanah Iran, Emad Khalaj, 6-0 pada pusingan kedua dan bangkit mengalahkan Alberto Zagami, 6-5 pada pusingan ketiga.

Pada pusingan keempat, dia mengejutkan pilihan kelima kejohanan, Thomas Aubert, 7-3 untuk menempah tiket ke suku akhir berdepan Kim Woojin. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Ambil tindakan ke atas Pas

Posted:

Ambil tindakan ke atas Pas

Ambil tindakan ke atas Pas

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Ibu pejabat UMNO digesa mengambil tindakan undang-undang terhadap Pas sekiranya mereka gagal membuktikan pembabitan UMNO dalam pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, tuduhan yang dilemparkan Pas bahawa UMNO mencampuri urusan JAIS adalah serius dan tindakan undang-undang wajar diambil selepas tamat tempoh tiga hari seperti yang ditetapkan UMNO Selangor.

Tegas beliau, JAIS adalah merupakan agensi di bawah kerajaan negeri yang menguruskan hal ehwal agama dan ia bukan di bawah bidang Kerajaan Persekutuan.

''Oleh itu, kita perlu membawa kes ini ke mahkamah supaya tidak ada lagi tuduhan yang tidak berasas dengan menuding jari kepada UMNO khasnya daripada Pas yang kerap menuduh tanpa sebarang bukti," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini ketika dipetik dalam laman portal pembangkang, The Malaysia Insider menegaskan, beliau tidak akan meminta maaf kepada UMNO berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan parti Melayu terbesar itu dalam pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja baru-baru ini.

Khairy dalam pada itu menyifatkan Pas sebagai dayus kerana gagal menangani isu JAIS dan gereja dan pada masa sama, gagal mendesak kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

Katanya, Pemuda UMNO tetap dengan pendirian supaya laporan JAIS itu perlu diumum secepat mungkin tanpa menunggu selepas Hari Raya Aidilfitri.

kerana ia telah menimbulkan kemarahan bukan sahaja dalam kalangan penganut Islam malah Kristian.

''Oleh kerana kedayusan Pas ini, mereka cuba mencari kambing hitam lain dengan menuduh UMNO tanpa bukti.

''Namun, kita tahu pada hari ini yang tidak cekap ialah kerajaan PKR Selangor dan yang dayus kerana tidak berani mendesak penyelesaian segera kes ini merupakan Pas, dipercayai disebabkan mereka 'takut' dengan parti lain dalam gabungannya.

''Tidak perlu tunggu selepas Aidilfitri kerana saya difahamkan laporan itu telah siap dan kegagalan kerajaan negeri berbuat demikian hanya akan mengakibatkan polemik antara umat Islam dan Kristian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

JTP dianggotai sembilan wakil rakyat

Posted:

JTP dianggotai sembilan wakil rakyat

JTP dianggotai sembilan wakil rakyat

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kabinet hari ini memutuskan bahawa Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) akan dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga daripada pembangkang dan seorang wakil rakyat Bebas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dalam masa terdekat ini juga Jemaah Menteri akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyediakan rangka kerja jawatankuasa itu supaya satu memorandum boleh dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

"Diharapkan perbincangan mengenai rangka kerja itu berjalan dengan lancar dan satu memorandum dapat disiapkan segera supaya boleh dikemukakan di Parlimen pada 3 Oktober nanti.

"Nama wakil yang akan menganggotai jawatankuasa itu pula akan diputuskan oleh parti masing-masing yang mana BN akan mengemukakan nama lima calon. Pembangkang ada tiga wakil, jadi terserah pada mereka sama ada mahu meletakkan setiap satu mewakili parti masing-masing.

"Apa yang pasti, jawatankuasa tersebut akan diketuai oleh seorang menteri," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lalu mengenai penubuhan JTP bagi menambah baik sistem pilihan raya negara agar tidak timbul sebarang syak wasangka pada masa hadapan.

Jawatankuasa itu akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang sekali gus menjadi bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Menurut Mohamed Nazri, perkara-perkara yang akan dibincangkan oleh jawatankuasa itu nanti adalah terpulang kepada ahli-ahlinya.

Bagaimanapun, beliau berharap beberapa perkara seperti pelaksanaan sistem biometrik, kebenaran pengundi di luar negara untuk mengundi dan keperluan mengadakan perarakan pada hari penamaan calon akan diperbincangkan oleh jawatankuasa itu.

"Kalau jawatankuasa tersebut berasakan perlu membuat pindaan pada akta atau sistem pilihan raya sedia ada, terpulang kepada mereka kerana tujuan penubuhannya adalah untuk memperkukuhkannya," jelasnya.

Mohamed Nazri berharap segala keputusan perbincangan jawatankuasa tersebut akan dapat dibentangkan pada Mac tahun depan.

"Kita tahu bahawa Parlimen akan tamat tempoh pada 2013 tetapi takkan kita mahu tunggu sehingga 2013 baru buat pindaan terhadap akta dan sistem pilihan raya sedia ada. Jadi, saya harap pada Mac tahun depan, segalanya (hasil perbincangan) dapat disiapkan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Mengenang jasa Tun Razak

Posted:

Mengenang jasa Tun Razak

Mengenang jasa Tun Razak

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanterengganu@utusan.com.my


PAMERAN tokoh negarawan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di UiTM Pahang, baru-baru ini, mendapat sambutan yang menggalakkan.


MARAN 17 Ogos – Program mengenang bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang baru-baru ini, mengimbau pelbagai kejayaan negara di bawah kepimpinan negarawan itu.

Program yang julung kali diadakan di Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini itu dianjur bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Arkib Negara.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan anak sulung pemimpin tersohor itu di Dewan Utama UiTM Pahang.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Wan Salman Wan Ismail dan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dr. Samsiah Muhamad.

Antara jabatan kerajaan yang mengambil bahagian ialah Perpustakaan Negara dan Jabatan Muzium Negara.

Pelbagai atur cara menarik diadakan sepanjang program selama tiga itu termasuk bicara tokoh dan pameran kehidupan Allahyarham Tun Abdul Razak sama ada ketika berkhidmat dengan kerajaan atau ketua keluarga.

Aktiviti lain yang turut diadakan termasuk tahlil khas dan perlawanan bola sepak persahabatan veteran.

Samsiah ketika ditemui berkata, program itu bertujuan mengenang tokoh negarawan yang banyak menyumbang jasa dalam merangka dan memacu pembangunan negara.

"Segala jasa dan bakti Bapa Pembangunan itu amat berharga kepada semua kaum yang memijak bumi tercinta ini.

"Program ini mengetengahkan keistimewaan Tun Abdul Razak sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang natijahnya rakyat dapat menikmati pembangunan yang diwarisi hari ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut Samsiah, karnival dan pameran itu berjaya menarik minat pelbagai golongan terutama pelajar sekolah dan penuntut UiTM Pahang.

Kata beliau, program itu sebagai sokongan terhadap Felda yang menganjurkan sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan dan penjenamaan semula di Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

Menurutnya, segala bahan koleksi tokoh pemimpin negara ini adalah penting kerana ia membentuk sebahagian khazanah warisan sejarah yang bernilai untuk rujukan generasi akan datang.

"Arkib Negara akan terus berusaha melaksanakan tanggungjawab dalam mengumpul, menyimpan dan memelihara segala rekod dan bahan-bahan koleksi tokoh pemimpin negara," katanya.

Ismail pula menyifatkan program mengenang tokoh itu memberi peluang kepada generasi baharu melihat dan menilai sendiri peranan serta sumbangan negarawan terhadap pembangunan negara.

Tegasnya, Tun Abdul Razak merupakan satu nama yang terpahat dalam ingatan penduduk Kuala Krau kerana sifat patriotik dan berjiwa rakyat sebagaimana yang ditonjolkan anaknya, Najib.

Fakta sejarah membuktikan Tun Abdul Razak seorang negarawan yang sanggup meredah hutan untuk memastikan rakyat terbela.

Menurut beliau, segala jasa, bakti dan kegigihan Tun Abdul Razak wajar dicontohi bukan sahaja oleh rakyat tetapi juga pemimpin di semua peringkat.

"Tun Abdul Razak meninggalkan legasi kepimpinan yang terbilang dan berwawasan untuk diteruskan kesinambungannya oleh generasi pewaris negara," katanya.

Beliau membidas kelompok dan individu yang ghairah untuk menghancurkan masa depan negara yang diasaskan pemimpin terdahulu.

Bagi Wan Salman, program mengenang Tun Abdul Razak amat bermanfaat kepada generasi baharu untuk lebih patriotik.

Ini kerana ujarnya, kemajuan dan kemakmuran negara yang dinikmati rakyat bukan datang bergolek tetapi hasil perancangan pemimpin terdahulu yang berwawasan dan bijaksana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jadikan Bentong bandar satelit

Posted:

[unable to retrieve full-text content]BENTONG 17 Ogos - Kerajaan Pahang disaran melakukan kajian bagi mewujudkan sebuah bandar baharu atau bandar satelit di daerah ini.

Lebih banyak GiatMara dibuka untuk Orang Asli

Posted:

[unable to retrieve full-text content]RAUB 17 Ogos - GiatMara sedang mengkaji kemungkinan membuka lebih banyak cawangan di perkampungan Orang Asli untuk melatih kaum belianya mendapat latihan kemahiran di pusat tersebut.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Mangsa kebuluran terancam

Posted:

[unable to retrieve full-text content]MOGADISHU 17 Ogos - Mangsa kebuluran Somalia di kem-kem pelarian kendalian kerajaan di sini, berhadapan ancaman keganasan setiap hari sehingga membuatkan mereka memilih untuk berlapar daripada mendapatkan bekalan makanan yang diagih-agihkan agensi-agensi bantuan.

Rusia mahu bina hotel angkasa lepas

Posted:

Rusia mahu bina hotel angkasa lepas

Rusia mahu bina hotel angkasa lepas


Gambaran artis tentang hotel angkasa lepas yang dirancang dibina oleh Orbital Technologies menjelang 2016. – Agensi


MOSCOW 17 Ogos – Rusia kini mengorak langkah lebih jauh untuk menakluk Bima Sakti dan mendirikan hotel di angkasa lepas.

Sebuah syarikat Rusia, Orbital Technologies, mendedahkan perkara itu di Moscow minggu ini tentang rancangan untuk membawa pelancong kaya ke tempat yang mereka tidak pernah pergi sebelum ini.

Harga penginapan selama lima hari di hotel angkasa lepas itu dijangka antara 100,000 pound (RM489,618) dan 250,000 pound (RM1.2 juta), tidak termasuk kos pengangkutan yang dianggarkan 477,393 pound (RM2.3 juta).

Ketua Eksekutif Orbital Technologies, Sergei Kostenko berkata, hotel itu yang akan dikenali sebagai Stesen Angkasa Lepas Komersial (CSS) akan dibuka pada 2016 dan jauh lebih selesa berbanding Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Menurutnya, CSS yang mempunyai keluasan 215 meter persegi dengan empat kabin boleh menempatkan tujuh orang.

"CSS akan dibina 1,136 kilometer dari atas bumi dan pengunjung juga boleh melihat keajaiban angkasa lepas dan bumi melalui cermin besar yang disediakan.

"Akses untuk ke hotel itu akan menggunakan roket Soyuz Rusia," ujarnya.

Kostenko berkata, pembinaan hotel itu disasarkan kepada individu kaya dan mereka yang bekerja dengan syarikat swasta yang mahu membuat penyelidikan di angkasa lepas. – AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Benjy didenda RM5,000 miliki syabu 0.24gm

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pelakon Benjy didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram yang ditemui di kediamannya di Kondominium Menara Duta 2, tahun lalu.

COO, CFO Pempena bebas tuduhan pecah amanah RM169,770

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 17 Ogos - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Pembangunan Pelancongan Nasional Sdn. Bhd., (Pempena), Mohammad Rosly Md. Selamat dan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat itu, Lim Khing Tai, daripada pertuduhan pecah amanah melibatkan RM169,770, lima tahun lalu.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Fasa baru Mizz Nina & Noh

Posted:

Fasa baru Mizz Nina & Noh

Fasa baru Mizz Nina & Noh

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar WAHIDIN SALIM


NOH dan Mizz Nina bergambar bersama 22 anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa, di Restoran Seri Melayu, di Kuala Lumpur baru-baru ini.


PENYANYI Mizz Nina, 31, yang selama ini sering beraya di Kampung Baru, Kuala Lumpur mengaku tidak sabar untuk merasai suasana raya di luar kota metropolitan.

Dia yang baru pulang dari berbulan madu bersama suami, Noh Salleh, 27, vokalis kumpulan Hujan di beberapa negara Eropah awal bulan ini berkata, kesempatan itu hanya dapat diperolehi apabila beraya di Miri dan Kuching, Sarawak kelak.

"Tidak sabar rasanya nak merasai pengalaman beraya di tempat baru. Selama ini saya beraya di Kampung Baru sahaja.

"Raya pertama di sini. Petang raya kami akan bertolak ke Kuching selama dua hari dan dua hari lagi di Miri," jelasnya yang ditemui pada majlis berbuka puasa bersama 22 orang anak yatim dari Yayasan Murad, Seremban di Restoran Seri Melayu di sini, baru-baru ini.

Mizz Nina yang popular dengan lagu What You Waiting For memberitahu, Ramadan kali ini berbeza baginya dan suami kerana masing-masing buat pertama kali berbuka dan bersahur bersama.

Katanya, sebelum ini dia tidak kisah berbuka di rumah atau di luar. Bagaimanapun rutin itu berubah sejak berumah tangga.

"Saya memang tidak pandai memasak tapi saya cuba. Nak kata sedap macam chef, tidaklah. Setakat ini, dia tak adalah pula sakit perut. Saya sudah berjaya memasak ayam masak kicap dan sambal tumis.

"Lama kelamaan mungkin lebih banyak lagi makanan kegemaran dia yang saya mampu masak. Walaupun dia jenis tidak kisah tentang makanan tetapi sebagai isteri, saya ingin dia merasai masakan saya," kata pemilik nama sebenar, Shazrina Azman terus terang.

Sementara itu, Noh berkata, dia tidak kisah kalau isterinya hendak memasak atau tidak kerana apa sahaja yang dihidang, pasti dimakannya.

"Saya tidak paksa isteri memasak sebab saya tahu dia macam mana tapi dia tetap nak masak. Adalah yang terlebih dan terkurang, tapi saya tetap suka kerana kesungguhannya itu," ceritanya.

Katanya, apabila sudah berumah tangga, rutin kehidupannya pada bulan Ramadan berbeza kerana sewaktu bujang, masanya banyak dihabiskan di studio.

"Saya dan isteri sedang membiasakan diri melalui fasa baru ini seadanya. Biasalah dulu sesuka hati hendak berbuka atau bersahur di mana sahaja, tapi sekarang, mesti bersama.

"Terasa hidup lebih teratur kerana ada orang yang mengambil berat tentang diri kita. Inilah masanya untuk kami mengeratkan lagi hubungan," akuinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mamat kahwin tahun depan?

Posted:

Mamat kahwin tahun depan?

Mamat kahwin tahun depan?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


FIDA dan Mamat tidak menolak permintaan jurugambar bergambar bersama pada rakaman rancangan Melodi Raya terbitan TV3 di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini.


ANGGOTA kumpulan Sepah, Mamat yang kini sedang menjalin hubungan intim bersama pelakon baru, Fida tidak menolak jika ditakdirkan ditemukan jodoh dengan pasangannya itu pada tahun depan.

Mamat atau Mohd Noor Murad, 26, berkata, dia bukan sahaja tidak menolak soal jodoh, sebaliknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa dalam sebuah keluarga.

"Bagi saya jodoh ditentukan Allah. Kalau ditakdirkan tahun depan jodoh dah sampai, saya akan terimanya dengan hati terbuka. Saya sedia menerima ketentuan itu walaupun saya sedar ia satu tanggungjawab yang amat berat.

"Bukannya senang mahu memikul tanggungjawab sebagai suami. Berkahwin bukan untuk hidup berdua sahaja tetapi juga soal keluarga kedua belah pihak dan juga anak-anak.

"Apa pun, saya memang sudah bersedia berkahwin. Selepas berkenalan dengan Fida saya dapati ada keserasian antara kami berdua walaupun karakter kami yang agak berbeza. Saya seorang yang 'gila-gila' dan dia pula sopan santun orangnya.

"Saya rasa perbezaan itulah yang boleh 'menyeimbangkan' perhubungan kami. Malah, sehingga kini pun kami masih mengenali hati budi masing-masing," katanya kepada Hits sewaktu dihubungi kelmarin.

Menurut pelawak berasal dari Kampung Kulai, Johor ini, kesediaannya untuk mendirikan rumahtangga bukanlah perkara baru, sebaliknya sebelum dia berkenalan dengan Fida.

Jelas Mamat, sebelum berkenalan dengan Fida dia pernah berkawan rapat dengan penyanyi dan bassis kumpulan rock, Butterfly iaitu Nor Adha atau lebih dikenali sebagai Ada.

Bagaimanapun katanya, hubungan selama sembilan bulan yang dirancang untuk ke gerbang perkahwinan terputus di tengah jalan kerana tiada persefahaman lagi di antara mereka.

Mula rapat

"Saya harap dengan penjelasan ini terutama mereka yang menabur fitnah kononnya Fida perampas kekasih orang, hentikanlah kerja yang tidak berfaedah itu.

"Saya mula rapat dengan Fida setelah putus dengan Ada. Dalam soal ini tidak timbul merampas saya daripada sesiapa. Sebagai manusia saya ada naluri sendiri tentang siapa pasangan saya," ujarnya.

Tambah Mamat yang baru tiga tahun bergelar artis, dia tertarik dengan sifat lemah lembut Fida dan sikap prihatin terhadap dirinya di saat ramai orang tidak menyedarinya.

Antaranya kata juara pertandingan Maharaja Lawak itu, Fida merupakan orang pertama yang menyedari tandatangannya adalah dalam tulisan Jawi di mana ia tidak disedari oleh sesiapapun termasuklah ahli-ahli keluarganya sendiri.

"Fida adalah orang pertama yang perasan tandatangan saya dalam tulisan Jawi dan dia juga boleh membacanya. Tandangan itu saya cipta sejak saya di tingkatan lima Sekolah Agama Kulai," ceritanya.

Sementara itu, Fida yang ditemui tidak menafikan menyenangi sikap dan ciri-ciri kemelayuan yang dimiliki oleh Mamat sehingga hubungan mereka semakin intim akhir-akhir ini.

Hubungan itu bukan sahaja tidak menjadi rahsia lagi di kalangan para peminat dan media massa, malah kemesraan mereka itu dapat dilihat sewaktu rakaman rancangan Melodi Raya terbitan TV3 baru-baru ini.

Semasa ditemui pada rakaman yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim tidak menafikan dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi pelawak itu.

"Sebenarnya saya baru enam bulan mengenali Mamat. Hubungan kami kini semakin rapat. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Terus terang saya katakan, saya memang berminat untuk mengenalinya secara lebih dekat lagi," katanya.

Menurut pelakon drama bersiri Kasih Alia yang kini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3 ini, dia tidak menyangka perkenalan sebagai kawan biasa akhirnya menjadikan mereka semakin rapat.

Jelas Fida, dia tertarik dengan Mamat kerana jejaka tinggi lampai itu mempunyai banyak ciri-ciri kemelayuan yang menjadi idamannya selama ini.

"Saya dapati Mamat seorang lelaki yang jujur. Sebab itu, pada awal perkenalan kami, saya memberi ruang dan peluang dia mendekati saya. Kami berkenalan terlebih dahulu. Semakin lama saya mengenalinya, saya dapati dia mempunyai banyak ciri kemelayuan.

"Antaranya, saya tertarik dengan tandatangannya yang ditulis dalam tulisan Jawi. Jarang saya tengok lelaki sekarang yang menulis tandatangan dalam tulisan Jawi. Sekarang ini kami terus berhubung melalui telefon dan SMS (khidmat pesanan ringkas)," ujarnya.

Hubungan itu katanya, secara tidak langsung akan menambahkan lagi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang akan disambut bersama keluarganya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Fida yang sebelum ini pernah berlakon dalam drama popular Cinta Tikar Sejadah bersama Farid Kamil berkata, dia sudahpun membuat persiapan raya lebih awal termasuklah membeli pakaian raya.

"Saya sudah beli pakaian raya sejak awal puasa lagi tetapi kalau saya rasa tidak cukup saya akan beli lagi. Ini kerana saya mahu bercuti raya lebih awal. Tahun ini, saya akan bercuti sehingga raya yang kelima," kata Fida yang akan ke lokasi drama Amin Roger-Roger pada raya keenam.

Sewaktu pertemuan itu, Fida dan Mamat tidak menolak ditemu bual dalam rancangan Melodi Raya yang akan disiarkan pada Hari Raya yang keenam dan ke-13 pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang di mana ia turut dijayakan hampir 500 artis popular tanah air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Berperang secara ‘gentleman’

Posted:

Berperang secara 'gentleman'

Berperang secara 'gentleman'

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my


AHMAD MASLAN


BEBERAPA keputusan klasik dalam siri Pilihan Raya Umum (PRU) lepas jelas menunjukkan Barisan Nasional (BN) sebenarnya boleh merampas kembali Kelantan, mempertahankan Kedah serta memanipulasi undi pos.

Bukan itu sahaja. Selagi ada bulan dan bintang, selagi itulah semua negeri di Malaysia, baik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen akan terus ditadbir selama-lamanya oleh BN.

Tetapi ada syaratnya. Ia cuma akan berlaku sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah telunjuk BN. Namun itu semua itu tidak akan berlaku. SPR telah membuktikan bukan menerusi 'mainan' suruhanjaya itu secara peribadi tetapi melalui proses demokrasi negara.

Di Kedah, semasa BN kehilangan negeri itu pada 2008, jumlah majoriti undi di lima DUN yang gagal diraih BN jika dicampurkan kelima-limanya, ia baru mencecah 1,400 undi. Jadi, masakan BN hanya sekadar mahu melihat Kedah terlepas daripada genggaman kalau tidak dengan 'cara menawarkan kepada SPR imbalan' supaya menambah kertas-kertas undi untuk menimbus 1,400 undi berkenaan. Tapi ia tidak berlaku dan tidak pernah terjadi.

Di Kelantan pada PRU 2004. BN hanya kalah dua kerusi kepada Pas yang membentuk semula kerajaan negeri. Dua kerusi yang dimenangi Pas itu termasuk satu kerusi yang diraih dengan majoriti dua undi sahaja di DUN Kemuning, Machang.

Mengapa BN kalau benar telah menguasai SPR, tidak pula bertindak mengarahkan supaya ditambah sahaja tiga kertas undi pro-BN di kerusi terbabit. Ini sekali gus meninggalkan cuma satu lagi kerusi majoriti Pas. Dan kebetulan pada 2005, satu pilihan raya kecil diadakan di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan BN memenanginya.

Bayangkan, jika DUN Kemuning diperoleh BN dengan cara 'jahat' tadi dan Pengkalan Pasir sudahpun dimenangi BN, pastinya Kelantan ditadbir parti pemerintah Pusat. Tapi jawapannya tetap sama, SPR tetap berkecuali dan kuasa rakyat masih menjadi penentu sistem demokrasi negara.

Itu antara dua contoh yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika merujuk kepada keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

"Kesediaan Perdana Menteri melambangkan keterbukaan beliau yang tidak takut dengan segala tuduhan pembangkang yang tidak berasas terhadap sistem pilihan raya di Malaysia.

"Kita BN ingin mencapai kemenangan yang sesuci-sucinya dan mulia, bukannya 'kemenangan' yang berdasarkan tuduhan pihak pembangkang," kata beliau pada pertemuan dengan Utusan Malaysia di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Jawatankuasa Terpilih Parlimen itu yang dianggotai wakil rakyat BN dan pembangkang adalah bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih. Dalam aspek ini, jawatankuasa akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambaikan yang perlu dilaksanakan oleh SPR sebelum dilaksana pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Sama ada secara kebetulan atau tidak, Ahmad turut menarik perhatian mengenai tuduhan pakatan pembangkang bahawa kononnya BN sentiasa menang undi pos dalam setiap pilihan raya.

"Tapi ternyata ia hanya tuduhan jahat semata-mata. Kita ambil contoh kemenangan calon Parti Keadilan, Dr. Chandra Muzaffar pada PRU 1999 di Bandar Tun Razak yang menang undi pos.

"Kemudian, Ruslan Kasim yang bertanding atas tiket parti yang sama menang undi pos pada pilihan raya kecil Teluk Kemang pada awal tahun 2000 meskipun tewas di tangan calon BN, S.Sothinathan," kata beliau.

Semua itu menggambarkan apa? Ya, jelas SPR tidak berpihak. Malah, dalam petisyen SPR, tidak pernah tuduhan wujudnya pengundi hantu berjaya dibuktikan.

"Ini bererti isu pengundi hantu hanyalah persepsi pembangkang. Pengundi hantu yang dimaksudkan oleh pembangkang adalah orang dari luar atau perantau yang hanya atau sekali-sekala pulang ke kampung mereka untuk mengundi.

"Barangkali orang tua-tua di kampung tidak mengenali anak si polan dan si polan itu yang telah dewasa untuk pulang mengundi. Kalau satu keluarga ada 10 anak, masakan kita boleh cam kesemua anak keluarga di kampung berkenaan," kata Ahmad.

Bagi Ahmad, pembangkang kini giat untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap tiga perkara iaitu isu, individu dan institusi.

"Misalnya institusi polis dinegatifkan dalam isu perhimpunan haram 'Bersih', Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Teoh Beng Hock dan sekali lagi SPR dalam isu 'Bersih'. Itulah sebabnya, bila SPR mahu guna sistem biometrik, dia kata guna dakwat kekal tapi katakan jika SPR saran guna dakwat, dia kata pula biometrik lebih bagus," kata beliau sambil merujuk sebuah negara tetangga yang amat korup sistem pilihan rayanya apabila jumlah kertas undi melebihi jumlah populasi.

Sebenarnya, kalau betullah SPR dikuasai BN dari pengerusi, timbalannya sehinggalah para pegawai kanan dan pengarah-pengarah SPR negeri, nescaya setidak-tidaknya 14 daripada 16 pilihan raya kecil sudah disapu bersih oleh BN. Ini tidak, BN hanya menang lapan kerusi manakala pembangkang tujuh dan menang percuma – satu di Penanti, Pulau Pinang.

Demikian juga dalam keputusan pilihan raya negeri Sarawak April lalu, BN pastinya tidak akan membenarkan pembangkang menambah kerusi jika SPR sememangnya berjaya dikuasainya.

"Itu sebabnya BN perlu berhajat untuk menang secara bermaruah dengan menggunakan sistem pilihan raya terbaik.

"Justeru, kita amat mengharapkan badan reformasi pilihan raya ini dapat menghentikan pertikaian yang cuba dicetuskan oleh pembangkang.

"Berperanglah secara 'gentleman', kita nak mereka merasai kekalahan mereka nanti adalah benar-benar tulen," kata Ahmad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ubah pendekatan ajar bahasa Inggeris

Posted:

Ubah pendekatan ajar bahasa Inggeris

Ubah pendekatan ajar bahasa Inggeris

Oleh FAUZY HALIM
PENULIS ialah Pengarah Centre of Modern Languages (CML). Beliau pernah bertugas lebih 12 tahun di Amerika Utara, Eropah, Asia, dan Afrika sebagai jurulatih guru pelbagai bahasa.


SEBAHAGIAN graduan bersorak kegembiraan selepas Majlis Konvokesyen Institut Pendikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, di Kota Samarahan, Sarawak pada 7 Julai lalu.


Pada zaman Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar menjadi Perutusan Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu New York, apabila ada persidangan di peringkat wilayah atau antarabangsa, wakil-wakil dari Malaysia selalu diberi penghormatan untuk mempengerusi dan mengetuai perbincangan, berbagai-bagai jenis jawatankuasa kajian untuk pelbagai agensi antarabangsa.

Itu dulu. Itu cerita lama. Sejak sedekad dua kebelakangan ini, keadaan amat berbeza. Kini acapkali kita mendengar sesetengah graduan kita, antara mereka pemegang PhD, bertutur bahasa Inggeris dengan sebutan dan tatabahasa tunggang-langgang. Mereka masih takut-takut dan kurang yakin menyuarakan pendapat dalam forum atau mesyuarat pejabat.

Alangkah rugi buah fikiran cerdik pandai kita tidak dapat dikongsi, dimanfaat bersama dan mengakibatkan terencat kerjaya mereka hanya kerana kelemahan penguasaan bahasa Inggeris, terutamanya kekangan pertuturan.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran bertanyakan "kenapa setelah 13 tahun bahasa Inggeris diajar, kita masih tidak mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik."

Soalan itu merupakan satu cabaran kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang pendidikan, lebih-lebih lagi kepada kalangan pengajar bahasa atau sebagai ibu bapa.

Masalah yang timbul sekarang adalah dari sudut penguasaan bahasa Inggeris komunikasi atau pertuturan. Dari segi bahasa Inggeris penulisan, kita sememangnya patut berbangga dengan ramai pelajar kita yang memperoleh A plus dan A atau B dalam peperiksaan SPM dan A di tahap O-Level.

Pada akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an, Tun Hamdan Tahir berbincang dengan penulis perihal penguasaan bahasa Inggeris. Beliau juga bertanya bagaimana kaedah American Peace Corps berupaya dan sanggup menjadi perintis untuk memulakan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Berasrama Penuh (SBP) terpilih; walhal mereka belajar bahasa Melayu dalam masa 11 minggu sahaja.

Jawapan penulis ialah kami dilatih untuk mengajar American Peace Corps menggunakan pendekatan mendengar dan bertutur (Aural-oral) dengan kederasan di antara 120 - 160 perkataan seminit. Kami tidak mencampur-adukkan bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Ini disebabkan nilai bunyi bahasa sebutan walaupun menggunakan huruf rumi yang sama tetapi mempunyai nilai bunyi yang amat berlainan seperti p dengan b, t,d, k, dan g.

Nilai bunyi 'u' hanya satu sama ada 'unggu' atau 'buku' dalam bahasa Inggeris nilai bunyi 'u' seperti dalam perkataan berikut cut, cute, church, bury, quay, clue, audio.

Jika kita masih ingat, Kementerian Pelajaran pernah memulakan pembelajaran Bahasa Inggeris menggunakan kaedah 'Communication English' di sekolah rendah malangnya oleh kerana tenaga pengajar yang kurang terlatih dan kurang arif dan faham tentang pendekatan itu, kaedahnya berjalan hanya beberapa tahun sahaja.

Sekarang yang masih ada saki-baki pendekatan 'Communication English' itu hanya tentang cara mengatur tempat duduk pelajar-pelajar secara berkumpulan 4, 6 atau 8 orang setiap kumpulan.

Bagaimanapun, di Sarawak program ini terus berjalan dan semasa penulis bertugas dengan US Peace Corps dan Canadian CUSO, pernah melawat kelas-kelas ini di SK & SJK di Miri, Sibu & Kuching, ia dijalankan dengan sempurna dan berkesan. Sebab itu kita dapati pelajar-pelajar di Sarawak lebih yakin dan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Penulis pernah diminta oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang berasal dari Sarawak untuk membuat demonstrasi dan seminar tentang pendekatan 'Aural-oral' yang diguna pakai oleh American Peace Corps, di Kementerian Pelajaran di Jalan Duta.

Maklum balas yang penulis dapati dari hasil demonstrasi dan seminar sejam setengah itu secara ringkasnya, 'susah hendak dijalankan di sekolah kita' (di Semenanjung Malaysia). Dengan itu, berakhirlah riwayat 'Communication English' atau pendekatan 'Aural-oral.'

Sebenarnya, penggunaan pendekatan 'Aural-Oral' ini dapat menjimatkan masa untuk menyempurnakan sesuatu sukatan pelajaran itu di antara 20 hingga 50 peratus (%). Masa yang dijimat tersebut boleh digunakan membuat latih tubi, mengulang kaji untuk peperiksaan dan latihan amali pengukuhan menerusi pelbagai aktiviti kegemaran pelajar sesama atau antara darjah dan aliran.

Aktiviti seperti perbahasan, peraduan menyanyi, drama dan sebagainya. Rekaan pelajar atau guru patut digalakkan.

Kejayaan pendekatan 'Aural-Oral' ini yang digunakan sebagai pelengkap dalam pembelajaran Bahasa Inggeris adalah ketara sekali di Filipina di mana guru-guru TESOL yang kami latih di Pusat Latihan Peace Corps di Universiti Hawaii meneruskan program ini, melatih tenaga pelatih terpilih tempatan yang akan melatih guru-guru bahasa Inggeris rakan sejawat mereka untuk terus menggunakan pendekatan ini apabila guru-guru TESOL dari Peace Corps tamat tempoh perkhidmatan mereka di wilayah-wilayah tersebut.

Hasilnya kita dapati pembantu rumah yang didatangkan dari Filipina agak lebih baik penguasaan bahasa Inggeris mereka dari sesetengah graduan kita. Memang benar terdapat kelemahan-kelemahan lain seperti guru bahasa Inggeris sendiri tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris seperti 'ketam mengajar anak berjalan lurus'.

Masih ada guru-guru TESL yang mempunyai tahap MUET 5, masih membuat kesalahan dalam sebutan, tatabahasa seperti I didn't went there dan sebutan atau tajwid yang salah tekanan dan intonasinya seperti sebutan 'lettuce', 'mayonaise', 'quay', 'audit' dan sebagainya.

Penggunaan 'malapropism' iaitu kosa kata yang tidak betul penggunaannya terutama seperti 'sensitive', 'bored', 'boring' dan lain-lain. Jika mereka yang pencapaian MUET tahap 5 melakukan kesalahan seperti itu, bagaimana pula nasib pelajar apabila guru-guru mereka yang hanya mencapai tahap dibawah 4.

Sekarang seramai lebih kurang 30,000 guru yang tidak terlatih dibenarkan mengajar bahasa Inggeris. Mereka ini tidak pernah atau tidak cukup latihan untuk membaca phonetic seperti yang terdapat pada semua kamus. Jadi bagaimana mereka nak tahu sesuatu sebutan itu salah atau betul. Dan bagaimana pula mereka boleh membuat analisis perbezaan dan cara-cara sebutan bagi pelajar majmuk dari berpuluh bahasa dan loghat.

Istilah guru TESL (mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa ke-2) juga adalah kurang tepat. Penggunaan yang lebih tepat adalah TESOL (Teaching of English to Speakers of Other Languages). Ini adalah kerana latihan untuk guru-guru TESL mempunyai perbezaan asas berbanding latihan guru-guru TESOL.

Latihan guru TESL penekanan adalah untuk mengajar, guru-guru yang mendapat latihan TESOL akan melatih (conditioning) muridnya secara bersepadu, spontan hingga sesuatu kemahiran itu menjadi kebiasaan atau 'habit' yang tidak mudah hendak dilupai.

Saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan agar pendekatan yang digunakan oleh American Peace Corps di Universiti Hawaii amat tepat sekali dan perlu ditangani dengan betul berasaskan kepada fakta dan bukan mengikut perasaan atau agakan.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan pendekatan 'Aural-Oral' yang digunakan dalam latihan bahasa-bahasa di Pusat Latihan Peace Corps di Universiti Hawaii diguna pakai sebagai pelengkap kepada pembelajaran bahasa Inggeris, dan sembilan bahasa asing yang diajar di SBP dan beberapa sekolah harian terpilih.

Seandainya pendekatan 'Aural-Oral ' ini diguna pakai sebagai pelengkap dalam pengajaran bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing, penulis berkeyakinan tahap pencapaian pelajar-pelajar kita akan meningkat bukan setakat dalam bahasa penulisan.

Malah, mereka boleh berkomunikasi atau bertutur dalam sesuatu bahasa dengan lebih cepat, mudah, dan berkesan untuk diguna pakai apabila di universiti, semasa menghadiri temu duga dan lebih penting lagi untuk mempertingkatkan keberkesanan serta kejayaan dalam kerjaya mereka di mana juga di dunia ini.

Apabila graduan kita fasih berkomunikasi dengan berkesan dalam berbagai-bagai bahasa yang dilatih sekolah, maka impian dan cita-cita pejuang-pejuang kemerdekaan dan pendidikan terdahulu untuk melihat anak bangsa kita belajar dan menimba ilmu di universiti di serata dunia, berdagang dengan lebih meluas, membawa pulang ilmu, mempertingkatkan perdagangan dan modal antarabangsa ke Malaysia tercinta ini akan menjadi kenyataan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Tarikan kapal terbang Jalur Gemilang

Posted:

Tarikan kapal terbang Jalur Gemilang

Tarikan kapal terbang Jalur Gemilang

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
Gambar RAJA JAAFAR RAJA ALI


Mohd. Rahim Amatermin (kaca mata) menunjukkan trofi yang dimenanginya tahun lalu pada pertandingan menghias premis perniagaan sempena kemerdekaan di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.


ADA bermacam-macam cara untuk menzahirkan rasa kesyukuran terhadap nikmat merdeka di samping menanam semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Merdeka hujung Ogos ini.

Bagi penduduk di sekitar Pasir Gudang, Johor, mereka tentunya terpegun melihat hiasan bertemakan Jalur Gemilang sebuah premis mencuci kereta yang terletak di Kampung Pasir Putih.

Dari jauh orang ramai sudah boleh menyaksikan replika sebuah kapal terbang yang di cat dengan corak Jalur Gemilang bersama dengan logo 1Malaysia yang berdiri megah.

Premis milik Perniagaan 2A Bersatu itu merupakan juara peringkat kebangsaan kategori bangunan swasta dalam Pertandingan Keceriaan Merdeka tahun lalu.

Namun untuk tahun ini, dia menampilkan tarikan yang cukup berbeza hingga mampu menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang.

Pengurusnya, Abdul Halim Amatermin, 40, berkata, dia telah melakukan pelbagai penambahbaikan bukan saja dari jumlah bendera tetapi turut meletakkan tanda niaga replika kapalterbang.

"Kalau boleh kami mahu pertahankan gelaran juara. Tetapi tujuan kami membuat hiasan bendera sebegini adalah kerana semangat patriotik. Sama ada terdapat hadiah wang tunai atau tidak, bukan perkara utama.

"Saya difahamkan pertandingan dalam kategori bangunan swasta tahun ini mempertaruhkan RM3,000. Pasti lebih ramai yang akan turut serta berbanding tahun lalu yang penyertaannya secara sukarela," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Abdul Halim, nilai tambah yang dilakukan selain pertambahan bendera adalah logo 1Malaysia besar, replika menara KLCC dan beberapa hiasan lain yang diperbuat daripada barangan terpakai.

Nilai tambah lain yang menjadi keunikan bagi Perniagaan 2A Bersatu ialah bekerjasama dengan kumpulan basikal anak muda tempatan, Bike Classic Crew untuk meronda kampung dengan basikal yang 'sarat' dihiasi bendera.

"Selain dapat menanamkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara kepada anak-anak muda, usaha ini juga dapat mengingatkan orang ramai terutama penduduk di sekitar premis kami ini mengenai sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini," katanya.

Abangnya yang merupakan kontraktror, Mohd. Rahim Amatermin berkata, perusahaan mencuci kereta yang diselia oleh Abdul Halim turut mengeluarkan belanja untuk menghiasi basikal-basikal milik anggota Bike Classic Crew.

Jelasnya, usaha menghiasi premis cuci kereta milik syarikat itu dimulakan sejak dua tahun lalu bermula dengan replika kapal terbang sembilan meter panjang dan lapan meter lebar yang dicat dengan corak Jalur Gemilang yang sudah menjadi kebiasaan kepada pengguna jalan raya yang berulang-alik ke Pelabuhan Tanjung Langsat.

Replika yang diletakkan di atas tiang setinggi 10 meter itu kini menjadi daya tarikan dan tumpuan orang ramai serta kebanggaan penduduk, lebih-lebih lagi sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos tidak lama lagi.

"Modal sebanyak RM7,000 dikeluarkan dua tahun lalu untuk membeli aluminium dan besi untuk membuat replika itu.

"Ketika meletakkannya di atas tiang kami terpaksa menggunakan kren kerana beratnya mencapai 200 kilogram," katanya.

Bagi Ketua Kumpulan Bike Classic Crew, Nur Hafizan Wagimon, 16, peluang untuk menyemarakkan semangat merdeka sebegini adalah penting untuk memupuk sifat patriotik kepada golongan muda.

Katanya, kumpulan yang dianggotai pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort ini secara keseluruhannya setuju untuk turut serta kerana ia adalah aktiviti yang menarik.

"Biasanya kami akan meronda kawasan sekitar Kampung Pasir Putih selepas waktu sekolah. Puasa memang memenatkan tetapi semangat kami menyambut hari kemerdekaan negara mengatasi lapar dan dahaga," katanya.

Seorang anggota kumpulan, Sarehan Saniful Alam, 14, berkata, dia dan teman-teman lain berasa bangga ketika berbasikal dengan bendera-bendera Malaysia berkibar ketika ditiup angin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penuhi tuntutan fardu kifayah

Posted:

Penuhi tuntutan fardu kifayah

Penuhi tuntutan fardu kifayah

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN


Ideris Zainudin menunjukkan dodol yang diusahakannya secara komersial di Melaka baru-baru ini.


ASALNYA Ideris Zainudin menjaja ais kacang di sekitar Padang Pahlawan di Bandar Hilir, Melaka.

Memang sikapnya suka bertanya terutama tentang perniagaan menyebabkan dia mempunyai maklumat secukupnya untuk memulakan satu perniagaan yang lebih besar dan menjamin masa depan.

Dalam pada itu, Ideris gigih meneruskan usahanya menjaja ais kacang bagi mengumpul modal membuka perniagaannya sendiri.

Ketika itu tahun 1979 dan dia memikirkan apakah perniagaan yang boleh diwariskan kepada anak-anak.

"Selepas berkeluarga saya mula memikirkan apakah yang boleh dijadikan warisan untuk keluarga. Saya tidak mahu anak-anak berniaga di tepi jalan seperti saya.

"Saya jadi makin nekad berniaga apabila melihat ramai golongan bukan bumiputera mengusahakan produk tradisi orang Melayu. Dalam pada itu saya buat kajian mengapa kaum Cina boleh berjaya.

"Kemudian saya fikir mengkomersialkan dodol sebagai satu kewajipan. Ia umpama satu tuntutan fardu kifayah demi menyelamatkan orang Melayu daripada membeli dodol yang dibuat bukan Islam," ujar Ideris mengimbas tentang penglibatannya dalam perusahaan dodol di premisnya baru-baru ini.

Lalu pada tahun 1999, satu kawah dibeli dan dengan bermodalkan RM40,000, belakang rumah dijadikan bengkel sementara. Lalu produksi pertama dodol dihasilkan.

"Masa itu memang saya tidak terlalu fikirkan tentang keuntungan tetapi lebih kepada kewajipan.

"Memang tidak menyangka niat baik saya diizinkan Allah untuk mendapat rezeki lebih. Ketika itu pula ada satu kumpulan persatuan umat Islam Singapura menempah dodol saya untuk dieksport.

"Tempahan demi tempahan diterima dan saya mula melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D)," ujarnya yang mengusahakan perniagaan tersebut bersama isterinya.

Bermula dari satu kawah, Ideris menambah hingga menjadi tiga dalam masa enam bulan.

Malah berkat kerajinannya dia layak menerima bantuan dari Jabatan Pertanian. Bengkel yang kecil diperbesarkan dan modal turut ditambah.

"Ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri saya banyak mendapat projek kerajaan.

"Ketika itu juga saya mendapat anugerah Usahawan Terbaik peringkat kebangsaan dan pelbagai lagi anugerah dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian. Pada tahun 2010 saya juga mendapat anugerah 1Best Malaysia di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)," ujarnya yang kini mempunyai enam pekerja.

Ketika ditanya apakah rahsia kejayaan perusahaan dodol Ideris berkata, sejujurnya dia mengakui sedikit sebanyak ia berpunca daripada sifatnya yang suka merantau.

"Bila kita berjalan kita dapat membuka minda melihat apa yang baik di tempat orang yang boleh mendatangkan keuntungan.

"Saya paling terkesan apabila pernah menghadiri majlis kahwin yang memberikan buah tangan jeli jenama tempatan kepada tetamu, kemudian saya terfikir kenapa tidak digantikan jeli itu dengan dodol yang lebih mudah dimakan.

"Kemudian saya pernah ke Thailand dan melihat dodol di sana dibuat dalam pelbagai warna. Jadi saya pun terus melakukan R&D sendiri dan menghasilkan dodol dalam pelbagai perisa seperti durian, capuccino, strawberi, pandan dan mangga," jelasnya yang menghasilkan kira-kira 60 kilogram dodol sehari.

Ideris menyatakan bahawa dodol Melaka memang tidak boleh ditandingi mana-mana dodol sekalipun.

"Itu hakikatnya dan jika ditanya mengapa, mungkin kerana bahan utamanya iaitu gula Melaka itu sendiri," ujarnya sambil tersenyum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved