Rabu, 17 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


400 sahut cabaran Rovers Challenge

Posted:

400 sahut cabaran Rovers Challenge

400 sahut cabaran Rovers Challenge

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my


Sebahagian daripada peserta membuat persembahan pada majlis penutup program Rovers Challenge di Pulau Aman, Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 16 Ogos - Kira-kira 400 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyahut cabaran Rovers Challenge anjuran Politeknik Seberang Perai yang berlangsung selama empat hari di Pulau Aman, di sini, baru-baru ini.

Program bertemakan Kepimpinan dan Persahabatan itu menekankan aspek-aspek kemahiran kepengakapan dan memupuk semangat bekerjasama di samping membentuk interaksi sihat di kalangan mahasiswa terlibat.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah flying fox, ikhtiar hidup, menjala, sukan lasak dan gotong-royong bersama penduduk kampung.

Pengarah program, Mohd. Syarizad Elias berkata, beliau amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh para peserta.

Menurutnya, program khidmat masyarakat dalam konteks kepengakapan sedemikian merupakan pendedahan amat berguna kepada mereka.

"Tidak dinafikan juga terdapat para peserta yang kali pertama menjejakkan kaki ke Pulau Aman.

"Justeru, program ini memberikan kesempatan kepada mereka untuk lebih mendalami tatacara kehidupan di perkampungan nelayan," katanya pada majlis penutup program berkenaan baru-baru ini.

Majlis penutup disempurnakan oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri Kumpulan Latihan Kelana Siswa Malaysia, Hassan Hashim.

Hadir sama Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Seberang Perai, Mohd. Najib Yaacob; Ketua Pesuruhjaya Pengakap Pulau Pinang, Zulkafli Kamaruddin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Penduduk Pulau Aman, Yaakob Talib.

Hassan dalam ucapannya berkata, penganjuran program tersebut mampu menonjolkan aktiviti masyarakat Pulau Aman kepada pihak luar serta dapat membuktikan pengiktirafan terhadap komuniti di situ.

"Ia juga serba sedikit dapat mengasah bakat bakal pemimpin-pemimpin pelapis negara ini dalam membentuk modal insan berguna yang memenuhi semua aspek kehidupan iaitu jasmani, emosi, kerohanian, intelektual serta sahsiah," ujarnya.

Antara IPTA yang mengambil bahagian dalam program berkenaan adalah Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Merbok, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan Politeknik Balik Pulau.

Turut serta, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Sultan Azlan Shah, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang, IPG Tuanku Bainun dan Politeknik Seberang Perai selaku penganjur program.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pusat Islam martabatkan syiar Islam

Posted:

Pusat Islam martabatkan syiar Islam

Pusat Islam martabatkan syiar Islam


Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menandatangani plak perasmian Kompleks Pusat Islam UUM di Sintok, baru-baru ini. Turut kelihatan Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun (dua dari kanan) dan Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustapa Ishak (kiri).


KUBANG PASU 16 Ogos - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan merasmikan Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, baru-baru ini yang dianggap sebagai bukti kesungguhan universiti itu memartabatkan syiar Islam kepada warga kampus dan masyarakat Islam di negeri ini.

Justeru, baginda bertitah, pusat tersebut perlu menjadi ejen kepada pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kemahiran insaniah secara holistik dalam usaha memartabatkan syiar Islam.

Selain itu, baginda bertitah, Pusat Islam juga perlu berbincang dan mencari idea bagi meningkatkan lagi mutu pentadbiran dan pengurusan yang telah dilaksanakan selama ini.

"Kita sewajarnya tidak mudah rasa berpuas hati dengan apa yang telah dimiliki sekarang ini, sebaliknya hendaklah sentiasa berusaha untuk mencapai yang lebih baik lagi," kata baginda yang juga Canselor UUM ketika bertitah merasmikan Pusat Islam UUM dan Majlis Berbuka Puasa di Sintok, di sini, baru-baru ini.

Sultan Kedah bertitah, empat nilai asas mesti diamalkan pelengkap untuk memastikan satu pengurusan organisasi yang lebih jelas, bersifat objektif dan mempunyai hala tuju dapat dicapai dengan jayanya.

"Beta ingin menyarankan empat nilai asas pelengkap tersebut iaitu membudayakan kreativiti dan inovasi, mengutamakan kepantasan bertindak dan membuat keputusan, mengelakkan pembaziran, penyelewengan dan gejala salah urus serta pemantapan nilai etika dan integriti yang perlu menjadi budaya pengurusan," titah baginda.

Baginda bertitah, pengurusan Pusat Islam perlu membudayakan nilai-nilai pelengkap di atas di samping menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan institusi Islam lain di negeri ini.

Tambahnya, ia bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pandangan serta merangka pelan tindakan yang bersesuaian bagi tujuan pembangunan Islam yang lebih efektif di UUM dan di negeri ini.

"Beta yakin dan percaya dengan kepakaran yang dimiliki, Pusat Islam mampu menjadi sebuah pusat rujukan, penyelidikan, penerbitan dan latihan dalam hal ehwal Islam yang berpengaruh di kawasan utara ini," titah Tuanku Sultan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

KKB lahir usahawan muda di bulan puasa

Posted:

KKB lahir usahawan muda di bulan puasa

KKB lahir usahawan muda di bulan puasa


PELAJAR Kolej Komuniti Baling turun padang untuk mendapatkan tempahan kuih untuk berbuka puasa daripada orang ramai di Baling, baru-baru ini.


BALING 16 Ogos - Tunggu sahaja di pejabat atau hubungi sahaja pasti juadah untuk berbuka puasa sampai di depan mata.

Dengan lengkap berpakaian chef, gadis-gadis berusia antara 19 hingga 23 tahun mengenepikan perasaan malu dengan naik turun pejabat dan rumah bagi mempromosikan kuih berbuka untuk tempahan pelanggan.

Begitulah konsep yang mahu dilakukan oleh Kolej Komuniti Baling (KKB) dalam melahirkan usahawan muda.

Seorang pelajar kolej tersebut, Ainol Humaira Adawiyah Adnan, 20, berkata, konsep yang dibuat mereka mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang menggemari cara perniagaan seperti itu.

Menurutnya, dia bersama rakan- rakan menyediakan nasi ayam, laksa Penang, samosa, ketayap, dadih atau apa sahaja yang dipesan akan mereka sediakan menjelang waktu berbuka puasa.

"Kami turun naik pejabat untuk mencari pelanggan dan sambutannya agak membanggakan apabila bermacam kuih muih mendapat tempahan," katanya ketika ditemui di satu pejabat di Taman Kota Baling Jaya, dekat sini, baru-baru ini.

Rakannya, Norhasila Zainol, 23, pula berkata, dia tidak segan menggunakan kaedah berkenaan kerana dapat menimba pengetahuan tentang dunia perniagaan.

Menurutnya, walaupun baru menjalankan kaedah berkenaan, tempahan diterima mereka bernilai antara RM200 hingga RM2,000 sehari.

"Selain menerima tempahan kuih muih, kami juga turut menerima tempahan untuk bersahur tetapi terpaksa menolak atas faktor masa," katanya.

Mereka bersama beberapa lagi pelajar adalah pelajar Program Bakeri dan Konseksioneri yang menjalani kursus selama dua tahun di kolej berkenaan.

Sementara itu Pengarah KKB, Hasmah Othman berkata, kecenderungan untuk melatih peserta kursus program itu menerusi konsep mencari sendiri pelanggan hanya untuk mendedahkan mereka berada di alam perniagaan secara praktikal.

Katanya, sambutan daripada orang ramai dan kesungguhan pelatih sendiri mencari peluang merupakan satu perkembangan terbaik dalam membentuk mereka menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti.

Menurutnya, pendedahan seumpama itu juga bagi membuka ruang kepada pelajar terbabit supaya tidak hanya mahu bekerja makan gaji, sebaliknya boleh berusaha sendiri.

"Alhamdulillah, apa yang dilakukan pelajar ini nampaknya mampu memberikan mereka pengalaman sebelum keluar dan menjadi usahawan,"katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved