Rabu, 17 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


500 warga UiTM jaya program amal

Posted:

500 warga UiTM jaya program amal

500 warga UiTM jaya program amal

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pelajar dan kakitangan UiTM mewakili zon Selatan membersihkan kawasan perkuburan Kampung Semabok di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 16 Ogos – Kira-kira 500 pelajar dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) mewakili empat negeri menyertai Ziarah Ramadhan Destini Kenegaraan Warga UiTM Zon Selatan di Kampung Semabok di sini selama tiga hari pada 12 Ogos lalu.

Rektor UiTM cawangan Melaka, Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hitam berkata, ia merupakan program amal yang disertai pelajar dan kakitangan UiTM dari empat negeri iaitu Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, program itu yang mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Semabok memfokuskan kepada kerja-kerja amal seperti memasak bubur lambuk dan membersihkan persekitaran tempat tinggal serta Kampung Semabok.

''Melalui program Ziarah Ramadhan ini, pelajar dan kakitangan UiTM menjalankan secara gotong-royong dengan penduduk kampung terlibat dengan membersihkan tanah perkuburan, surau dan sekitar sekolah," katanya sewaktu berucap merasmikan program tersebut di sini baru-baru ini.

Melalui usaha itu, katanya, ia memberi peluang kepada pelajar UiTM mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan oleh penduduk Kampung Semabok.

Ini kerana, ujarnya, corak kehidupan bermasyarakat di bandar semakin terhakis dan dikhuatiri mempengaruhi pemikiran pelajar terutama generasi muda yang bakal mendukung kepimpinan negara pada masa depan.

''Pendekatan bergotong-royong, bersahur, jemaah solat Tarawih dan menyediakan bubur lambuk bersama penduduk kampung jarang sekali dilihat diamalkan oleh sesetengah tempat dalam bandar dan kita harap melalui program seperti ini dapat menghidupkan kembali semangat hidup bermasyarakat di bandar," katanya.

Pada majlis tersebut, bubur lambuk yang dimasak secara gotong-royong oleh pelajar dan kakitangan UiTM bersama penduduk Kampung Semabok diedarkan kepada pengguna jalan raya oleh Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

UTeM rai anak yatim, miskin

Posted:

UTeM rai anak yatim, miskin

UTeM rai anak yatim, miskin


Zainal Bidin menyampaikan duit raya dan barangan makanan kepada anak-anak yatim dan murid miskin di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 16 Ogos - Bagi melunaskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat bersempena sambutan bulan Ramadan ini, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak ketinggalan meraikan golongan kurang bernasib baik terdiri daripada 40 orang anak-anak yatim dan murid miskin.

Anak-anak yatim dan murid miskin terbabit merupakan murid Sekolah Kebangsaan Bukit Baru diraikan pada majlis berbuka puasa anjuran UTeM yang diadakan di Masjid UTeM kampus Induk Durian Tunggal di sini baru-baru ini.

Pengarah program, Norhidayah Mohd. Zainudin berkata, usaha tersebut merupakan sebahagian komitmen warga kerja UTeM bagi menabur bakti kepada golongan yang kurang bernasib seperti anak yatim yang diraikan pada majlis yang dikenali sebagai 'Jalinan Kasih Canselori'.

Menurutnya, selain meraikan anak-anak yatim dan murid miskin, program itu turut menganjurkan kutipan amal dalam kalangan staf Canselori sebelum diserahkan kepada anak-anak yatim serta murid miskin yang diraikan pada majlis tersebut.

''Sambutan yang diberikan oleh staf Canselori amat baik berdasarkan jumlah kutipan derma yang berjaya diperolehi malah ada juga dalam kalangan mereka menyumbang kepada keperluan lain seperti pengangkutan, makanan dan barangan," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, UTeM berharap sumbangan kutipan derma amal tersebut mampu membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga murid miskin terlibat dan menceriakan anak-anak yatim.

Menurut Norhidayah, selain berbuka puasa, pihaknya turut menganjurkan majlis tahlil dan ceramah motivasi bagi memberi keyakinan kepada anak-anak yatim dan murid miskin untuk berusaha menguasai ilmu pendidikan seterusnya membaiki taraf hidup keluarga.

Menurutnya, sempena majlis itu juga, anak-anak yatim dan murid miskin terlibat turut menerima sumbangan duit raya dan pelbagai jenis barangan keperluan oleh Pengarah Pejabat Khidmat Pengurusan Canselori, Zainal Bidin.

Zainal berkata, golongan terbabit tidak seharusnya merasa kurang keyakinan diri untuk berjaya seperti rakan sebaya mereka yang lain sebaliknya kekurangan hidup yang dialami dijadikan cabaran untuk mereka mencatat kejayaan dalam hidup.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

60 pelajar UiTM didedah kewartawanan

Posted:

60 pelajar UiTM didedah kewartawanan

60 pelajar UiTM didedah kewartawanan


PARA pelajar DKPM UiTM Lendu cawangan Melaka mendengar taklimat disampaikan oleh Amran Mulup pada Seminar Pemantapan bidang Kewartawanan di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.


ALOR GAJAH 16 Ogos - Kira-kira 60 pelajar semester tiga Diploma Komunikasi dan Pengajian Media (DKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu cawangan Melaka di sini mendapat pendedahan mengenai dunia kewartawanan baru-baru ini.

Taklimat hampir dua jam yang disampaikan oleh Ketua Biro Utusan Malaysia, Amran Mulup berkaitan bidang tugas sebagai wartawan, banyak memberi manfaat kepada pelajar dalam aspek penulisan berita dan cabaran sebagai wartawan.

Pensyarah COM201, Shafezah Abdul Wahab yang menganjurkan program tersebut berkata, taklimat tersebut berjaya memberi pendedahan berguna kepada pelajar yang berminat ingin menceburi bidang kewartawanan selepas tamat pengajian atau bagi mereka yang ingin melanjutkan ke peringkat ijazah.

Menurutnya, pelajar didedahkan kepada etika kewartawanan dan juga kerjaya sebagai wartawan berdasarkan pengalaman Amran yang memulakan kerjaya sebagai wartawan hiburan di akhbar Harian Kota pada 1987, Kumpulan Karangkraf, akhbar harian Watan dan Utusan Malaysia.

''Program ini merupakan satu input terbaik dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai kerjaya sebagai wartawan di samping pendedahan mengenai proses berita dihasilkan," katanya selepas program itu diadakan di Dewan Kuliah 1 baru-baru ini.

Menerusi program tersebut, kata Shafezah, pelajar dapat menyelami secara langsung terhadap proses penyediaan, penulisan dan penerbitan berita di samping memahami prospek kerjaya kewartawanan secara lebih dekat.

Ujarnya, ramai pelajar yang mengambil DKPM kurang berminat untuk menjadikan wartawan sebagai kerjaya mereka selepas menamatkan pengajian di situ.

''Sekurang-kurangnya melalui program ini, pelajar dapat membuka mata dan melihat dari dekat prospek sebenar bidang kewartawanan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved