Rabu, 17 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


UniSZA sasar pelajar asing

Posted:

UniSZA sasar pelajar asing

UniSZA sasar pelajar asing

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my


Wan Ismail Wan Yusof (kiri) menyerahkan wang zakat kepada Alias Daud (kanan) pada penyampaian Wang Zakat Bank Islam kepada UniSZA di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 16 Ogos – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sedang giat menarik kemasukan lebih ramai pelajar asing dari rantau ini khususnya dari Thailand bagi menyambung pengajian di universiti itu.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Alias Daud berkata, para pelajar itu akan diambil bagi mengikuti program diploma dan ijazah dalam bidang Pengajian Islam, Usuluddin dan Syariah.

Beliau memberitahu, peluang itu diberi kepada pelajar miskin terutama dari Thailand memandangkan peluang seumpama itu tidak terdapat di negara asal mereka.

Pada masa sama, katanya, UniSZA turut menerima permintaan pelajar dari Singapura untuk menyambung pengajian mereka di universiti itu.

"Buat masa ini kita ada lima pelajar dari Thailand dan dua dari Singapura yang sedang menuntut di UniSZA.

"Kita akan tambah jumlah pelajar ini berdasarkan KPI (Indeks Prestasi Utama) yang menetapkan lima peratus pelajar luar negara menuntut di universiti di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan zakat daripada Bank Islam di UniSZA Kampus Kota di sini hari ini.

Dr. Alias berkata, pihaknya juga menjangkakan pengambilan lebih ramai pelajar dari dua negara berkenaan akan mula dilaksanakan pada semester depan.

Menurutnya, buat masa ini, para pensyarah serta dekan dari kedua-dua belah pihak sudah mengadakan lawatan sambil mengenal pasti bidang pengajian mengikut kesesuaian.

"Kita juga sedang dalam proses mengiktiraf kelulusan institut pengajian di sana (Thailand serta Singapura) sebelum para pelajar dari negara berkenaan meneruskan pengajian di sini (UniSZA)," jelasnya.

Tambahnya, pihaknya dimaklumkan ramai pelajar di kedua-dua negara berkenaan berminat untuk meneruskan pengajian di UniSZA di samping kos pengajiannya yang murah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

IDIP rayu sumbangan bina asrama baru

Posted:

IDIP rayu sumbangan bina asrama baru

IDIP rayu sumbangan bina asrama baru


Ahmad Fathan Mahmood menunjukkan tapak lokasi asrama baru IDIP di Pengkalan Chepa, semalam.


KOTA BHARU 16 Ogos - Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) Kota Bharu memohon sumbangan orang ramai bagi membantu mengisi tabung pembinaan blok asrama baru pelajar institut itu di Pengkalan Chepa, dekat sini.

Pemangku Pengarah IDIP, Ahmad Fathan Mahmood berkata, pembinaan bangunan asrama baru tiga tingkat bagi menempatkan pelajar lelaki itu dijangka menelan kos RM3.8 juta.

Beliau memberitahu, kutipan yang diperoleh sekarang belum pun mencecah sepertiga daripada kos yang diperlukan, justeru beliau amat mengharapkan sumbangan daripada semua pihak sama ada jabatan, syarikat korporat dan individu perseorangan.

"Blok asrama baru ini perlu bagi menggantikan asrama kayu sedia ada yang terlalu uzur yang dahulunya merupakan tempat perlindungan pelarian hanyut Kemboja pada dekad 70-an.

"Dengan adanya bangunan asrama baru ini, kami akan berupaya menerima bilangan pelajar yang mengambil kursus di IDIP sehingga 400 orang pada satu-satu masa.

"Buat masa sekarang, kami hanya mampu menerima bilangan pelajar tidak lebih daripada 200 orang kerana tiada kemudahan penginapan yang mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Ahmad Fathan berkata, asrama baru pelajar lelaki itu dijangka dapat memuatkan sehingga 200 pelajar dan akan dibina di tapak padang bola sepak IDIP bersebelahan blok pentadbiran.

Katanya, para dermawan boleh mengirimkan sumbangan atas nama 'Tabung Pembangunan IDIP' akaun no: 0301-801-0041536 Bank Islam cawangan Kubang Kerian, Kelantan.

"IDIP adalah satu-satunya institusi pendidikan Islam yang ditubuhkan sejak 40 tahun lalu khusus untuk membimbing, melatih dan melahirkan golongan pendakwah di kalangan saudara baru.

"Semoga segala bantuan yang dihulurkan dapat menyambung usaha murni yang telah diasaskan Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PTPL anjur program berkayak susuri Sungai Pulai

Posted:

PTPL anjur program berkayak susuri Sungai Pulai

PTPL anjur program berkayak susuri Sungai Pulai


Sebahagian ahli Kelab Kembara PTPL Kota Bharu yang menyertai program berkenu di Sungai Pulai Melaka di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 16 Ogos - Kelab Kembara Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) cawangan Kota Bharu menganjurkan program berkayak di Sungai Pulai Melaka yang disertai 46 pelajar dan pensyarah kolej itu, di sini baru-baru ini.

Presiden Kelab Kembara, Mohd. Ikram Hafiez Ishak, 21, berkata, perjalanan melalui sungai sejauh tiga kilometer bermula dari bawah Jambatan Pulai Melaka ke Cerana Villa Resort di pinggir Sungai Pengkalan Datu dekat sini itu, turut melibatkan pelbagai aktiviti bina semangat dalam air yang dikendalikan Persatuan Kenu Kelantan (PKK).

Beliau berkata, tujuan utama program itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara ahli kelab sempena pembukaan penyertaan keahlian baru selain menguji tahap ketahanan serta kecerdasan fizikal para peserta apabila berhadapan dengan sesuatu cabaran.

"Tidak semua ahli pandai berenang atau pernah berkayak sebelum ini, tetapi ia bukan faktor yang menghalang kami mengadakan program kerana aspek keselamatan diambil perhatian sepanjang program.

"Setiap dari kami dipakaikan jaket keselamatan dan diberi latihan membina keyakinan dalam air terlebih dahulu sebelum diberi peluang mendayung kenu.

''Peserta dipastikan selesa dengan jaket yang dipakai dan tahu apa tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku apa-apa yang tidak dijangka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, pihak PKK seramai enam orang yang diketuai Presidennya, Johari Idris telah memantau perjalanan aktiviti yang dilaksanakan dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka.

Mohd. Ikram berkata, pihaknya akan menjadikan program yang julung kali diadakan itu sebagai program tahunan kelab mereka.

"Secara tidak langsung juga, kami mengharapkan slogan 'Cintailah Sungai Kita' dapat disemai dalam diri setiap ahli kelab," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved