Sabtu, 24 Disember 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Safee kempunan berganding dengan Zidane, Cole

Posted:

Safee kempunan berganding dengan Zidane, Cole

Safee kempunan berganding dengan Zidane, Cole

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Safee Sali


KUALA LUMPUR - Hajat Safee Sali untuk berganding dengan bintang bola sepak dunia, Zinedine Zidane dan Andy Cole dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Belanda, PSV Eindhoven tidak kesampaian selepas perlawanan tersebut dibatalkan oleh penganjur.

Bintang penyerang negara itu pada awalnya dipilih untuk menguatkan skuad Pilihan Jakarta dalam perlawanan yang dijadual berlangsung di Indonesia, 9 dan 12 Januari depan.

Bagaimanapun tindakan Ketua Umum Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Djohar Ariffin hanya membenarkan pemain dari Liga Perdana Indonesia (IPL) beraksi dalam perlawanan itu, mendorong PSV membatalkan kunjungannya.

Promoter perlawanan berpendapat, Kebanyakan bintang bola sepak yang beraksi dalam liga di Indonesia datang dari Liga Super (ISL) mereka, termasuk Safee.

Bekas Pemain Terbaik Dunia dari Perancis, Zidane dan bekas penyerang Manchester United, Cole antara bintang dunia yang dijemput untuk menguatkan Pilihan Jakarta.

Promoter perlawanan, Saujana Media dalam kenyataannya kelmarin memberitahu, pihaknya telah membatalkan lawatan PSV ke Indonesia kerana konflik dalaman PSSI.

"Tiada pemain yang berkebolehan untuk bermain dalam perlawanan tersebut kerana masalah dalaman PSSI.

"PSSI tidak dapat memenuhi janjinya untuk memberi kami pemain terbaik. Tanpa pemain-pemain itu, permainan tidak akan menarik," kata kenyataan itu.

Sementara itu pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, pembatalan tersebut dianggap sebagai satu kerugian buat peminat Safee.

"Satu kerugian besar buat Safee dan peminat di Indonesia dan Malaysia kerana perlawanan batal.

"Ini disahkan oleh promoter mereka kepada saya tadi (kelmarin)," kata Zakaria.

Peminat bola sepak di Indonesia dihidangkan dengan dua pertandingan liga iaitu IPL, yang diiktiraf PBSSI dan ISL.

Bagaimanapun kebanyakan pemain bintang Indonesia seperti Safee (Pelita Jaya), Christian Gonzales, Bambang Pamungkas, Boaz Salossa dan Firman Utina memilih bermain bersama kelab dalam ISL.

Full content generated by Get Full RSS.

Jentera Kelantan masih tumpul

Posted:

Jentera Kelantan masih tumpul

Jentera Kelantan masih tumpul

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@utusan.com.my


Indra Putra Mahayuddin (kanan) menjaringkan gol Kelantan ketika menentang Persebaya FC di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU - Ketika musim baru Liga Malaysia hanya tinggal dua minggu untuk membuka tirai, penyandang juara Liga Super, Kelantan berdepan masalah jentera serangan yang tumpul dan tidak serasi.

Hakikat tersebut diakuipengurus Red Warriors, Azman Ibrahim selepas menyaksikan pasukan itu sekadar seri 1-1 dalam aksi pra-musim menentang kelab Indonesia, Persebaya FC.

Perlawanan tersebut bagi merebut trofi Yayasan Persahabatan Malaysia - Indonesia (Permai) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.

Azman berkata, jentera serangannya mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang terbuka untuk menjaringkan gol, namun gagal dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Kelemahan lain yang dikenalpasti dalam perlawanan ini ialah kurang keserasian di kalangan pemain bila pasukan berada dalam keadaan tertekan.

"Apabila Shakir (Shaari) dan Piya (Badri Radzi ) dimasukkan kita melihat rentak permainan Kelantan mula berubah dan menunjukkan peningkatan positif.

"Bagaimanapun kita tidak boleh cepat berpuas hati dan kelemahan tersebut perlu diatasi segera menjelang pertemuan kedua di Surabaya, 28 Disember ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Begitupun Azman tetap memuji pasukannya yang telah menunjukkan corak permainan berkualiti walaupun beraksi dengan sembilan pemain.

"Secara keseluruhan saya gembira dengan komitmen yang ditunjukkan pemain. Beraksi dengan sembilan pemain bukan tugas yang mudah, namun kita masih mampu mencipta gerak-gerak menarik dan mencemaskan benteng pertahanan lawan.

"Jadi saya harap kita mampu mengekalkan rentak ini pada perlawanan kedua nanti, seterusnya mencipta kejutan di sana," ujarnya.

Mengulas mengulas mengenai layangan kad merah keatas dua tonggak pertahanan, Azizi Mat Rose dan Nik Mohd. Shahrul Azim Ab.Halim, Azman berkata, kehilangan dua pemain tersebut tidak menjejaskan peluang pasukannya.

"Perlawanan kedua nanti kita akan beraksi dengan 11 pemain dan Saya harap pemain dapat memberi aksi sebaik mungkin dan cuba mengatasi tekanan bermain di depan puluhan ribu penyokong tegar pasukan lawan," jelasnya.

Sementara itu, ketua jurulatih Persebaya, Davaldo Alves memuji semangat juang tinggi Kelantan, walaupun beraksi dengan kekurangan dua tonggak.

"Kelantan adalah pasukan yang kuat, walaupun bermain dengan sembilan orang mereka masih mampu melancarkan gerak-gerak menarik dan mencemaskan kubu pertahanan kami.

"Begitu juga dengan penyokong mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan,'' katanya.

Dalam perlawanan itu, tuan rumah yang beraksi dengan sembilan pemain sepanjang 20 minit terakhir, terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-61.

Andik Vermansyah muncul wira Persebaya apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 selepas memperdayakan dua pertahanan Kelantan dalam kotak penalti dan merembat bola menewaskan penjaga gol, Mohd. Syazwan Yusof.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Aaron Aziz hilang taring?

Posted:

Aaron Aziz hilang taring?

Aaron Aziz hilang taring?

DAH hilang taring ke bro? Kalau dalam Ombak Rindu bukan main hebat lagi penangan Aaron Aziz, kenapa dalam filem Datin Ghairah sunyi sepi jer?

Ramai yang merungut pada Joyah dan betanya macam-macam sampaikan Joyah naik lemas. Kata mereka, Aaron pegang watak utama. Kenapa tak boleh jual?

Helo, manalah Joyah tahu apa dah jadi. Kalau betul filem tu tak laku sekalipun Joyah pasti bukan sebab Aaron seratus peratus. Kalau dah filem tak ada banyak perhatian, macam mana nak jual.

Joyah menganggap filem Datin Ghairah keluar pada masa yang sesuai tapi tak kena gaya. Masa yang sesuai sebab sekarang musim cuti sekolah. Tak kena pula sebab orang masih lagi bercakap pasal Ombak Rindu yang ada muka Aaron juga.

Jadi perhatian orang lebih tertumpu pada Ombak Rindu dan bukannya Datin Ghairah. Ramai juga yang cakap filem tu taklah hebat sangat! Betul ker?

Joyah harap sangat agar Aaron lebih selektif lagi memilih filem selepas ni. Jangan main tangkap muat bro, esok yang kena awak juga.

Full content generated by Get Full RSS.

Ini ke kekasih baru Ramlah Ram?

Posted:

Ini ke kekasih baru Ramlah Ram?

Ini ke kekasih baru Ramlah Ram?

BARU-baru ini, peti simpanan emel Joyah digegarkan dengan satu gambar lelaki tak dikenali kiriman peminat Joyah. Mulanya Joyah ingat lelaki ini nak berkenalan macam lelaki-lelaki sebelum ini, maklumlah Joyah masih bujang dan bergetah. Sensasi dan kontroversi lagi, mesti ramai bujang teruna nak try kan?!

Tapi rupanya emel itu berniat baik iaitu memberi maklumat kepada Joyah tentang siapa lelaki yang sedang bertakhta di hati penyanyi popular pada tahun 1980, Ramlah Ram. Lama juga tak dengar cerita Kak Melah (Ramlah) ni sejak memegang status janda.

Joyah tengok lelaki ini masih muda dan umur sekitar 20-an. Pada sangkaan Joyah, takkanlah kot sebab Kak Melah umur dah 46 tahun. Kalau padankan gambar mereka berdua, Kak Melah dah nampak macam kakak dan adik pula.

Tapi pengirim emel itu beria-ia mengesahkan bahawa gambar lelaki itu memang teman lelaki Kak Melah yang juga pengurus peribadi dia. Merangkap pembantu harian dan berkaitan urusan kerja. Dakwanya lagi, dah dua tahun menjalinkan hubungan cinta. Wow! Terkesima Joyah sekejap. Diam-diam ubi rupanya, pandai Kak Melah simpan rahsia!

Joyah tak kisah kalau lelaki ini kekasih Kak Melah atau tidak kerana masing-masing bujang. Tapi, Joyah tertanya-tanya, Kak Melah tak serik ke bersuami muda? Bukan ke bekas suami Kak Melah dulu muda empat tahun dulu?

Ini semua sangkaan Joyah saja tau Kak Melah, tak ada niat apa-apa pun sebab Joyah tak nak Kak Melah terluka buat kali kedua. Maklumlah orang perempuan yang pernah ada sejarah perkahwinan kali pertama memang sukar nak terima lelaki, kalau tak kena caranya.

Harap Kak Melah dapat pastikan semula kesahihan gambar ini. Pengakuan Kak Melah akan melenyapkan cakap-cakap yang tidak manis.. Apapun Joyah tetap cemburu dengan Kak Melah sebab diminati lelaki yang muda-muda saja. Bertuah Kak Melah!

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Simpan,simpan sayang 2011

Posted:

Simpan,simpan sayang 2011

Simpan,simpan sayang 2011

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM

RUANGAN Oh Koleksiku menyaksikan pelbagai hobi dan koleksi menarik rakyat Malaysia yang ditemui sepanjang 2011 ini.

Ada yang mengabadikan minat yang mendalam terhadap artis pujaan seperti Datuk Syarifah Aini dan Elvis Presley dengan mengumpul segala artikel, barangan, baju yang berkaitan dengan artis pujaan mereka.

Ada juga yang fanatik terhadap watak-watak kartun yang diikuti sejak dari kecil seperti Transformer, Hello Kitty, Doraemon, The Masked Rider, Naruto dan bermacam-macam lagi sehingga sanggup mengikat perut demi memenuhi ruang bilik mereka dengan produk kegilaan mereka itu.

Malah, ramai juga yang sanggup menjelajah pelosok kampung untuk mendapatkan barang-barang antik yang makin pupus dan turut ke serata dunia untuk memburu barangan-barangan unik mewakili setiap negara.

Berikut adalah antara koleksi yang menarik pernah dipaparkan oleh Oh Koleksiku sepanjang tahun ini.

Barangan rock Barat

EFFENDI Zahari meminati muzik rock terutamanya dari Barat seperti legenda genre country, Alan Jackson dan Garth Brooks sejak berbelas tahun lalu dan membuat keputusan terus mengabadikan minatnya itu sehingga sekarang dengan membina personaliti menyerupai rocker pada zaman itu.

Lelaki berusia 31 tahun mempunyai pelbagai koleksi yang terdiri daripada baju T, jaket, kasut, aksesori, tali pinggang, sapu tangan, cakera padat video (VCD), cakera padat (CD) dan seluar jean yang mengutamakan kriteria klasik.

Tidak kisah dipandang pelik saat menggayakan Stail vintaj dan barangan kulit setiap kali melangkah kelur dari rumah, dia selesa dengan personaliti ciptaannya iaitu menyukai satu gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa dan cara klasik yang dipertahankan itu telah sebati dan cukup selesa untuk diketengahkan.

Disebabkan minatnya yang mendalam itu, ada barangan yang diminati ditempah. Ke merata ceruk termasuk ke luar negara, dia sanggup berhabis duit untuk mendapatkan barangan yang diminatinya itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Ikon pelancongan Kuala Lumpur

Posted:

Ikon pelancongan Kuala Lumpur

Ikon pelancongan Kuala Lumpur

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABADULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


LANDSKAP yang menarik.


SAMA seperti sebuah istana Melayu yang cantik dan mempesona pandangan mata, begitulah juga Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur yang berdiri megah di tengah-tengah ibu kota.

Mengambil seni reka tradisional sebagai simbol dan inspirasi pada jenamanya, Royal Chulan bukanlah satu jenama asing bagi kebanyakan pelancong yang menuntut penginapan yang selesa dan terbaik.

Apatah lagi hotel itu berdiri di lokasi strategik di Jalan Conlay yang menjadi destinasi titik pertemuan budaya, makanan, beli-belah dan bisnes. Ini sekali gus menjadikan Royal Chulan sebagai sebuah hotel terbaik untuk melihat variasi 'wajah' Kuala Lumpur.

Hotel ini menggembirakan hati tetamunya dengan menawarkan keselesaan dan dekorasi kontemporari yang pelbagai tekstur daripada hasil seni kayu.

Unik

Segalanya nampak sempurna kerana dekorasi yang ditampilkan sangat unik dan mewah.

Melangkah masuk ke pintu gerbang hotel yang terletak di Kuala Lumpur tidak akan terbayang tata hias dalamannya sangat menarik.

Berbeza dengan tempat penginapan lain, hotel ini menerapkan unsur atau keindahan seni bina Melayu.

Gaya moden menjadi pilihan utama setiap bilik yang berlatarkan warna alam semula jadi seperti coklat.

Apa istimewanya bilik ini? Setiap bilik mempunyai ruang yang luas dengan katil yang cukup selesa. Sebuah televisyen dan kerusi rehat yang ringkas.

Warna dinding dan kebanyakan perabot juga menenangkan jiwa dengan pemilihan warna yang sejuk dan harmoni.

Landskap

Tidak ketinggalan, landskap hotel itu dipenuhi dengan keunikan tumbuhan tropikal.

Sambil berehat melihat pemandangan taman, pengunjung dapat menyaksikan keindahan tumbuh-tumbuhan yang cantik dan disusun indah.

Air jernih kolam yang dibina antara elemen tercantik landskap Royal Chulan.

Santai tetapi mengkagumkan kerana gabungan moden dan tradisional berjaya menampilkan keindahan suasana sekeliling hotel .

Singgah di kafe Warisan, pengunjung akan memulakan sarapan pagi sambil menikmati hampir 500 hidangan.

Pengarah Makanan dan Minuman Hotel Royal Chulan, Azrule Datuk Aziz memilih perabot meja dan kerusi moden untuk memberikan suasana eksklusif kepada pengunjung.

Pilihan makanan Melayu menjadi keutamaan selain hidangan antarabangsa yang lain.

Tidak keterlaluan jika penulis menggambarkan hotel ini sebagai syurga makanan.

Kebanyakan pengunjung ingin kembali ke hotel ini untuk menikmati kelazatan sajian menu. Jika dilihat dari segi dekorasi bilik, mahupun kemudahan lain seperti kolam, kita mungkin menemuinya di hotel lain.

Namun setiap pengunjung ke hotel ini tidak akan melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan berlatarkan tata hias yang cantik.

Landskap semula jadi dan dekorasi dalaman hotel yang moden menjadikan Royal Chulan sebagai ikon baru pelancongan Kuala Lumpur.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Mana wakil rakyat?

Posted:

Mana wakil rakyat?

Mana wakil rakyat?

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my


Penduduk Kampung Jalan Batu 5 Bukit Kemuning mengadakan demonstrasi meminta ADUN Seri Muda dan Ahli Parlimen Kota Raja menyelesaikan masaalah banjir yang sering melanda kampung mereka. - MINGGUAN/SAHARUDDIN ABDULLAH


SHAH ALAM 24 Dis. - Kira-kira 50 penduduk Kampung Batu 5, Jalan Bukit Kemuning di sini hari ini berhimpun secara aman bagi mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mengotakan janji untuk menyelesaikan masalah banjir di kampung tersebut.

Mereka dikatakan marah dengan kedua-dua wakil rakyat itu yang sehingga hari ini gagal mengambil tindakan mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan walaupun berjanji mahu menyelesaikannya ketika berkempen pada pilihan raya umum yang lalu.

Kecewa dengan sikap 'acuh tak acuh' Shuhaimi dan Siti Mariah itu, penduduk turut membuat beberapa laporan polis sejak 19 Disember lalu untuk melaporkan mengenai kegagalan mereka melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

Seorang penduduk, Mohd. Siva Abdullah, 51, berkata, ketika berkempen di kampung itu pada pilihan raya umum lalu, Shuhaimi dan Siti Mariah berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka sekiranya dipilih untuk menjadi wakil rakyat.

"Namun sejak memenangi pilihan raya umum pada Mac 2008 sehingga hari ini, kedua-dua wakil rakyat itu tidak pernah turun padang dan melihat sendiri masalah banjir yang dihadapi kami," katanya kepada pemberita di Kampung Batu 5, Jalan Bukit Kemuning di sini, hari ini.

Mohd. Siva berkata, pihak yang bertanggungjawab perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah banjir di kampung tersebut kerana setiap kali banjir, ia mengundang bahaya kepada penduduk.

"Setiap kali banjir ia akan membahayakan keselamatan penduduk kerana binatang berbisa seperti ular akan masuk ke dalam rumah.

"Keadaan itu mengancam keselamatan penduduk dan saya gesa pihak bertanggungjawab memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini," tegasnya.

Seorang lagi penduduk, Gan Boon Huat, 28, berkata masalah banjir di kawasan tersebut semakin teruk hinggakan ia pasti akan berlaku setiap kali hujan turun.

"Saya sangat berharap masalah banjir yang dihadapi penduduk sejak sekian lama dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Presiden Badan Bertindak Alternatif Semalaysia, B. Kalai Vanar berkata, penduduk mengadu masalah tersebut kepada pihaknya selepas mereka kecewa dengan wakil rakyat yang tidak mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Bagi membantu penduduk terlibat, kami akan mengadakan pertemuan dengan agensi bertanggungjawab termasuk pihak berkuasa tempatan dalam masa terdekat ini untuk memaklumkan masalah banjir yang dihadapi penduduk," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Malaysia percuma sempena Festival Keluarga

Posted:

Utusan Malaysia percuma sempena Festival Keluarga

Utusan Malaysia percuma sempena Festival Keluarga


Fawwaz Aminuddin hadir menyampaikan akhbar Utusan Malaysia kepada orang ramai pada Festival Keluarga di Pusat Konvosyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. - MINGGUAN/IRWAN MAJID


PUTRAJAYA 24 Dis.- Mercy Mission Malaysia (MMM) hari ini mengedarkan 5,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia secara percuma kepada pengunjung Festival Keluarga 'Twins of Faith' yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Akhbar itu diedarkan sukarelawan MMM di sekitar tapak festival yang menjadi tumpuan orang ramai antaranya di kawasan gerai jualan, dewan makan dan juga bilik-bilik pameran.

Pengarah Kewangan MMM, Fawwaz Aminuddin berkata, kerja-kerja mengedarkan akhbar tersebut bermula pukul 10 pagi dan ia diadakan serentak dengan majlis perasmian festival oleh Pengurus Besar MMM, Sajid Hussain.

"Kami menaruh keyakinan tinggi menerusi perkongsian pintar ini dengan menaja Utusan Malaysia, akhbar ini memainkan peranan penting untuk menguar-uarkan apa jua aktiviti yang berlangsung sempena karnival ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Fawwaz, pelbagai acara menarik diaturkan sempena festival yang berlangsung selama dua hari itu, antaranya forum yang membincangkan mengenai ilmu agama dan juga keperluan pengetahuan Islam pada era akan datang.

Selain itu katanya, Festival Keluarga 'Twins of Faith' merupakan festival keluarga bertaraf antarabangsa pertama diadakan yang menghimpunkan pelbagai acara berkonsepkan Islam, ilmiah dan kekeluargaan.

Katanya, festival tersebut adalah peluang keemasan bagi masyarakat di negara ini untuk berjumpa serta berkenalan bagi merapatkan silaturahim sesama insan.

"Majlis seperti ini juga memberi peluang untuk orang ramai berkongsi pengetahuan, di samping mendengar sesi ceramah yang membariskan penceramah-penceramah terkenal dari dalam dan luar negara.

"Malaysia sentiasa menjadi hab utama dalam perkembangan Islam dan untuk acara ini MMM telah mengundang barisan penceramah terbaik dunia dan penceramah terkemuka kelahiran Malaysia yang sememangnya arif dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

2,214 tempat di SBP untuk anak miskin

Posted:

2,214 tempat di SBP untuk anak miskin

2,214 tempat di SBP untuk anak miskin

PUTRAJAYA 24 Dis.- Kementerian Pelajaran memperuntukkan sebanyak 2,214 daripada 7,400 tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada keluarga miskin dan luar bandar yang berdaftar dengan program e-Kasih.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, daripada jumlah tersebut seramai 360 pelajar mendapat keputusan 3A, 660 pula memperolehi 4A dan bakinya memperolehi 5A.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira tentang cabaran mereka dari segi tekanan kehidupan dan kekurangan kemudahan untuk belajar.

"Kita sediakan 7,400 tempat Tingkat 1 di SBP pada sesi persekolahan tahun depan sedangkan yang dapat keputusan 5A adalah seramai 46,000 pelajar.

"Jadi, memang ada persaingan tetapi oleh kerana kita ada projek membantu pelajar miskin dan luar bandar, maka kita sediakan 2,214 tempat untuk mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan pakaian seragam, kelengkapan sekolah dan yuran persekolahan kepada seramai 57 pelajar miskin di sini, hari ini.

Program anjuran Yayasan Pendidikan Pelajar Melayu (YPPM) itu melibatkan 48 pelajar dari Rumah Amal Peribadi Mulia, Kajang dan sembilan pelajar dari Rumah Anak-anak Solehah, Cheras.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan syarat baru kelayakan minimum kemasukan Tingkatan 1 ke SBP iaitu keputusan UPSR 3A,2B bagi murid keluarga miskin dan 4A,1B bagi murid luar bandar mulai tahun depan.

Muhyiddin berkata, syarat baru itu bertujuan membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.

Bagaimanapun, Dr. Puad berkata, bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula, kementerian masih meneliti permohonan pelajar miskin yang ingin memasuki SBP untuk sesi persekolahan tahun depan.

Buat masa ini, beliau menambah, syarat minimum untuk pelajar miskin memasuki SBP adalah 6A, 2B.

"Kita memperuntukan 5,500 tempat sahaja walaupun jumlah mereka yang memperolehi keputusan 8A adalah 34,000 orang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


496 peneroka terima RM2j

Posted:

496 peneroka terima RM2j

496 peneroka terima RM2j

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my


HALIMAH Mohamed Sadique (duduk, dua kanan) bersama sebahagian penerima bantuan wang tanam semula pada Majlis Penyerahan Bantuan Tanam Semula daripada MPOB di Balai Raya Kampung Felda Linggiu, Kota Tinggi, kelmarin.


KOTA TINGGI 24 Dis. - Seramai 496 peneroka Felda Linggiu, dekat sini menerima bayaran wang bantuan tanam semula berjumlah hampir RM2 juta semalam.

Rata-rata peneroka tanah rancangan itu terharu dengan keprihatinan dan usaha kerajaan menunaikan permintaan mereka dengan memberi bayaran bantuan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang disampaikan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique di balai raya Felda tersebut itu.

Turut hadir, Ketua Wilayah MPOB, Zulkefli Shawal dan Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Ismail Samingin.

Seorang peneroka, Sapie Kudin, 56, berkata, wang bantuan itu amat melegakannya bersama peneroka lain kerana ia boleh digunakan untuk menanam semula pokok baru di kebun mereka.

"Ini jelas membuktikan keikhlasan dan keprihatinan kerajaan untuk membantu golongan peneroka seperti kami," katanya.

Rakannya, Ng Neo Jin, 68, pula menyifatkan kerajaan amat memahami perasaan dan keperluan rakyat yang memerlukan wang tunai bagi pelbagai tujuan keluarga.

"Saya lega kerana wang itu dapat membantu meringankan beban kebanyakan peneroka lebih-lebih lagi bagi menyambut Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi," katanya.

Bagi A. Subramaniam, 64, wang tersebut akan digunakan membeli peralatan sekolah cucu dan selebihnya untuk kegunaan keluarganya.

Ketua Kampung Felda Linggiu, Mhmad Tahar Timuk berharap peneroka Felda di tanah rancangan itu bersyukur dengan bantuan kerajaan yang menunaikan permintaan mereka walaupun membabitkan peruntukan jutaan ringgit.

Felda Linggiu mempunyai peneroka yang terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu 299 peneroka, Cina (172) dan India seramai 28 orang.

Full content generated by Get Full RSS.

UDA 'belanja' 40 murid miskin

Posted:

UDA 'belanja' 40 murid miskin

UDA 'belanja' 40 murid miskin


Robia Kosai memadankan pakaian sekolah pada salah seorang murid daripada keluarga kurang mampu sambil diperhatikan Mohd. Nazri Jamiran (kanan) pada Program Sehari UDA Bersamamu di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 24 Dis. - Seramai 40 murid pelbagai kaum daripada keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan beg dan kelengkapan persekolahan bernilai RM150 seorang daripada UDA Angsana Sdn. Bhd di sini hari ini.

Sumbangan oleh anak syarikat UDA Holdings Bhd. (UDA Holdings) itu diadakan sempena sambutan ulang tahun UDA Holdings ke-40 selain menjalankan tanggungjawab sosial syarikat tersebut kepada golongan memerlukan.

Pada Program Sehari UDA Bersamamu di pusat beli-belah Plaza Angsana di sini, murid berkenaan dibawa membeli-belah selama dua jam di pasar raya UDA Ocean sebelum diraikan pada majlis makan tengah hari.

Majlis anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Pulai itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai.

Pemangku Ketua Pegawai Operasi UDA Angsana, Mohd. Nazri Jamiran berkata, program itu merupakan salah satu usaha syarikat untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia menerusi kerjasama pelbagai pihak.

"Pada masa sama, warga kerja kami akan terus memberi sokongan moral kepada murid tersebut sejajar usaha memastikan pendidikan mereka terus maju," katanya.

Robia pula menggesa syarikat korporat supaya lebih aktif menyumbang dan mengadakan program seumpama itu yang mampu memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Artis pelaris kosmetik

Posted:

Artis pelaris kosmetik

Artis pelaris kosmetik

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAh
adawiyah.koh@utusan.com.my

KALAU bercerita tentang produk kecantikan, artis sering kali dikaitkan. Mengapa? Kerana kecantikan dan artis tidak boleh dipisahkan.

Seorang pegawai pemasaran sebuah produk kecantikan antarabangsa pernah memberitahu penulis, lipstik keluaran syarikatnya sangat laku di pasaran sepuluh tahun lalu kerana seorang artis terkenal menjadi duta produk tersebut.

Maka tidak hairanlah kalau banyak produk kecantikan tempatan dan antarabangsa menggunakan artis untuk menarik perhatian khalayak sekali gus menjadi 'pelaris' jualan.

Justeru artis jelitawan dan popular ini menjadi pilihan untuk menjadi duta produk kecantikan di pasaran. Tidak kurang juga artis yang menjadi senarai jemputan kepada syarikat jenama besar untuk melancarkan produk - produk baru dalam dunia kecantikan dan kosmetik.

Ketika ini, di Malaysia, antara artis yang menjadi wajah produk kecantikan 2011 ialah Maya Karin, Lisa Surihani, Diana Danielle , Fauziah Gous , Fazura, Rozita Che Wan, Liyana Jasmay dan Yuna. Tidak ketinggalan, Fauziah Latif yang lebih sedekad menjadi pilihan produk SK II sebagai jurucakap.

Full content generated by Get Full RSS.

10 terbaik Citra Wanita

Posted:

10 terbaik Citra Wanita

10 terbaik Citra Wanita

Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah

Mula diperkenalkan pada 2008, ruangan Citra Wanita menjadi penyeri kepada sisipan M2 akhbar Mingguan Malaysia. Menampilkan ramai personaliti wanita menghiasi ruangan tersebut, ia juga dilihat sebagai platform kepada mereka yang mahu membina keyakinan diri.

Kebanyakan mereka mempunyai kerjaya dan penampilan tersendiri. Tidak kurang juga yang gemar beraksi di hadapan lensa kamera.

Bukan setakat menilai kecantikan fizikal, tetapi keyakinan, personaliti dan kerjaya juga menjadi kriteria utama menilai siapa selayaknya dipilih untuk ruangan ini.

Mingguan Malaysia menyenaraikan 10 personaliti Citra Wanita yang menarik daripada 47 wanita yang mengisi ruangan ini sepanjang 2011.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Modul Literasi Maklumat 1Malaysia dilancar

Posted:

Modul Literasi Maklumat 1Malaysia dilancar

Modul Literasi Maklumat 1Malaysia dilancar

MARAN 23 Dis. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan hari ini melancarkan Modul Literasi Maklumat 1Malaysia (MLM1M) dalam usaha meningkatkan kemahiran pencarian maklumat secara berkesan dalam kalangan rakyat negara ini.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, kemahiran literasi maklumat adalah penting dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat selari dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

''MLM1M yang diinisiatif oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertujuan meningkatkan kesedaran golongan pelajar, mahasiswa dan profesional tentang kepentingan literasi maklumat di samping melatih kumpulan sasar untuk menambah nilai kemahiran literasi maklumat.

''MLM1M juga bertujuan mendidik kumpulan sasar untuk mengenal pasti sumber rujukan, memahami kenyataan topik, merumus strategi pencarian, menilai dan memilih sumber yang relevan serta memahami etika penggunaan maklumat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Modul Literasi MLM1M di Sekolah Kebangsaan Ulu Luit dekat sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib dan Ketua Pengarah PNM, Datuk Datuk Raslin Abu Bakar.

Tambah beliau, sebelum ini kemahiran pencarian maklumat hanya membabitkan golongan tertentu seperti pustakawan, penyelidik dan pengkaji tetapi kini ia dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat negara ini.

Katanya, kemahiran literasi maklumat berkaitan dengan amalan membaca kerana kemahiran itu membolehkan individu dapat mencari dan memilih maklumat atau bahan yang akan dibaca sekali gus dapat menentukan kualiti maklumat itu.

"Dalam konteks ini, kadar membaca rakyat telah meningkat daripada dua naskhah buku setahun pada 2005 kepada lapan hingga 12 naskhah buku pada tahun lalu," jelasnya.

Sementara itu, Raslin berkata, sempena majlis tersebut PNM mengadakan Kem Literasi Maklumat yang disertai pelajar sekolah rendah, menengah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendedahkan kaedah pencarian maklumat menggunakan modul itu.

''Tiga modul itu ialah Modul Asas bagi peringkat prasekolah, Modul Pertengahan bagi pelajar sekolah menengah dan Modul Lanjutan bagi golongan profesional, penyelidik dan siswazah yang memerlukan pelbagai maklumat berintegiti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

SPRM siasat pejabat NFC dua jam

Posted:

SPRM siasat pejabat NFC dua jam

SPRM siasat pejabat NFC dua jam


WAN Abdul Rahman Wan Mohd. Saleh (kanan) bersama pegawai-pegawainya membawa dokumen penting keluar dari pejabat NFC berhubung skandal di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil masa dua jam untuk menyiasat pejabat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) di Jalan Solaris, Bukit Kiara di sini bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan isu dana membabitkan syarikat itu dan pembelian kondominium mewah di ibu negara.

Lapan pegawai SPRM, diketuai Penguasa Wan Abdul Rahman Wan Mohd. Salleh dilihat memasuki pejabat NFC itu sejak pukul 3 petang dan keluar kira-kira pukul 5 petang bagi mencari bahan yang boleh membantu siasatan.

Sebaik sahaja keluar, mereka dilihat membawa bersama empat sampul surat mengandungi dokumen-dokumen berkaitan termasuk sebuah unit pemprosesan pusat (CPU).

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pemeriksaan yang dilakukan petang ini mendapat kerjasama baik daripada semua kakitangan NFC.

"Tiada tangkapan dilakukan hari ini, hanya beberapa dokumen yang berkaitan disita bagi membantu siasatan berhubung isu NFC.

"Masih terlalu awal juga untuk SPRM memaklumkan status siasatan. Saya minta semua pihak beri ruang kepada SPRM untuk menyiasat secara terperinci berhubung isu ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

SPRM baru-baru ini memaklumkan, tindakan pengumpulan bukti dan keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010 yang menyatakan projek tersebut tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

SPRM telah menerima aduan daripada satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa berlaku penyalahgunaan wang pinjaman yang diperolehi oleh NFC bagi membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta yang dibeli di Lembah Klang.

Full content generated by Get Full RSS.

Jumlah sogokan kepada pegawai siasatan jenayah banyak – Khalid

Posted:

Jumlah sogokan kepada pegawai siasatan jenayah banyak – Khalid

Jumlah sogokan kepada pegawai siasatan jenayah banyak – Khalid

SHAH ALAM 23 Dis. – "Jumlah wang yang cuba disogok seorang ahli perniagaan bergelar Datuk kepada beberapa pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kelmarin banyak," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nilai sebenar suapan yang cuba diberikan ahli perniagaan terbabit yang kini diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Jumlahnya banyak... Tak payahlah sebut... RM500 pun dah banyak," kata beliau kepada pemberita ketika ditanya mengenai jumlah sogokan yang cuba diberikan ahli perniagaan itu.

Beliau berkata demikian selepas menutup Seminar Pencegahan Jenayah 'Police and Youth: Saying Yes!' di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah; timbalannya, Datuk A. Thaiveegan dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Kamarudin Md. Ali.

Semalam, polis menahan ahli perniagaan itu selepas dia dipercayai cuba menyogok beberapa pegawai kanan JSJK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Khalid turut menegaskan beberapa kali yang sogokan itu diberikan kepada pegawai polis yang terlibat dalam kes jenayah komersial apabila ditanya adakah sogokan itu berkaitan dengan kes siasatan kes penyelewengan dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Sementara itu, ketika ditanya lanjut mengenai kes NFC, Abdul Khalid berkata, siasatan mengenainya masih diteruskan dan belum lagi selesai.

"Tidak perlulah saya bagi apa juga laporan terperinci berkenaan apa juga penyiasatan yang kita lakukan dalam kes ini. Dulu saya cakap sikit orang marah pula," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata, seminar yang berlangsung hari ini merupakan program bersiri dan sebahagian daripada usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya memahami perkara berkaitan dengan jenayah.

Seminar tersebut dianjurkan oleh MCPF dengan kerjasama Polis Selangor, Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Barangan RM956,944 dirampas

Posted:

Barangan RM956,944 dirampas

Barangan RM956,944 dirampas

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


Ghazale Mohamad menunjukkan barangan sempena Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas di Cheng, Melaka, semalam.


MELAKA 23 Dis. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri telah merampas pelbagai barangan bernilai RM956,944 kerana 198 jenis kesalahan yang dilakukan peniaga bermula Januari sehingga 21 Disember lalu.

Pengarahnya, Muhabir Ibrahim berkata, jumlah itu menurun berbanding tahun lalu yang membabitkan sebanyak RM1.3 juta nilai rampasan dengan 207 kes.

"Bagi notis kompaun pula, sebanyak 73 kompaun dikeluarkan sepanjang tahun ini dan berjaya mengutip sebanyak RM41,800.

"Sebanyak 125 kes daripada 198 kes berjaya dibawa ke mahkamah dengan melibatkan pembayaran denda sejumlah RM130,300," katanya sempena Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas (SKHMP KMS) di Pasaraya Giant Cheng di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad.

Menurut Muhabir, antara kesalahan dilakukan membabitkan Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Harga 1946, Akta Hakcipta 1987 dan Akta Jualan Langsung 1993.

"Akta Perihal Dagangan mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 72 kes berbanding tahun lalu sebanyak 107 kes," tambahnya.

Sementara itu, Ghazale berkata, sebanyak 13 jenis barang ditetapkan sebagai harga barang kawalan perayaan Krismas bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Antara barangan tersebut, menurut beliau, ialah ayam hidup, ayam belanda import, daging kambing tempatan, cili benggala hijau, telur dan tomato.

"Berdasarkan lawatan hari ini, saya berpuas hati apabila terdapat beberapa pasar raya menjual dengan harga lebih murah berbanding yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

83,000 borang BR1M diserah kepada LHDN

Posted:

83,000 borang BR1M diserah kepada LHDN

83,000 borang BR1M diserah kepada LHDN


Mohamad Hasan menyerahkan borang BR1M kepada Mahani Abd. Manab dii Remabu, kelmarin.


REMBAU 23 Dis. - Lebih 83,000 borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diserahkan kembali kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) negeri ini untuk diproses.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jumlah tersebut adalah kira-kira satu pertiga daripada lebih 200,000 isi rumah di negeri ini yang layak memohon bantuan tersebut.

Katanya, beliau menjangkakan pemulangan borang yang telah siap diisi akan semakin rancak menjelang tarikh tutup permohonan pada 10 Januari ini.

"Saya yakin ramai lagi orang yang akan datang mengambil borang dan mengisinya dari semasa ke semasa dan kita meminta jasa baik LHDN membantu mengisi borang tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan 1,874 borang BR1M bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kepada LHDN negeri ini di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) DUN Rantau di sini semalam.

Borang tersebut diserahkan kepada Pengarah LHDN Negeri Sembilan, Mahani Abd. Manab.

Mohamad juga meminta parti-parti politik di negeri ini membantu urusan permohonan tersebut bagi memastikan semua individu atau keluarga yang layak tidak tercicir daripada bantuan tersebut.

Sementara itu, Mahani meminta mereka yang layak, membuat permohonan secepat mungkin sebelum tarikh tutup pada 10 Januari ini supaya tidak terlepas daripada peluang yang diberikan oleh kerajaan.

Katanya, pemohon juga tidak perlu bersusah payah datang ke pejabat LHDN di Seremban kerana kaunter permohonan itu juga dibuka di seluruh pejabat daerah, pusat komuniti dan pusat khidmat BN.

"LHDN juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan individu yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menjual borang BR1M kerana ia sebenarnya diberikan secara percuma," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Industri pelancongan Melaka raih empat anugerah

Posted:

Industri pelancongan Melaka raih empat anugerah

Industri pelancongan Melaka raih empat anugerah

MELAKA 23 Dis. - Industri pelancongan di negeri ini mencipta sejarah tersendiri apabila meraih empat daripada 11 Anugerah Pelancongan Malaysia 2010/2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Empat kejayaan tersebut apabila Hotel Holiday Inn muncul pemenang kategori Perkhidmatan Hotel Terbaik, Shaukani Abbas bagi Pemandu Pelancong Terbaik, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Hotel Naza Talya menerusi kategori Program Jelajah Terbaik.

Manakala Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka pula menerima anugerah bagi kategori Tarikan Pelancongan Inovatif.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan kejayaan itu membuktikan industri pelancongan di negeri ini mendapat pengiktirafan daripada seluruh rakyat di negara ini.

Menurutnya, pencapaian terbaik itu merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada pengusaha produk pelancongan dan sekali gus mengharumkan nama Melaka dalam industri pelancongan.

"Ini akan memberi motivasi kepada pengusaha-pengusaha lain untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan, faktor kebersihan dan layan mesra bagi meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,'' ujarnya di sini.

Beliau berkata, atas kejayaan tersebut, kerajaan negeri akan mengadakan majlis khas bagi meraikan mereka yang telah mengharumkan nama Melaka di pentas pelancongan.

Sehubungan itu, Mohd. Ali mahu mereka yang memenangi anugerah tersebut terus meningkatkan kualiti masing-masing dan meraih kejayaan yang sama tahun depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Blueprint Pelancongan Langkawi

Posted:

Blueprint Pelancongan Langkawi

Blueprint Pelancongan Langkawi

Oleh ZARINA MD. HASHIM
utusankedah@utusan.com.my

LANGKAWI 23 Dis. - Penduduk pulau ini khususnya para pemimpin masyarakat akan didedahkan dengan pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi 2011-2015 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Disember lalu.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli berkata, pihaknya akan memperjelaskan kepada penduduk terbabit dalam beberapa siri perjumpaan yang dijadual diadakan mulai minggu depan.

"Blueprint Pelancongan Langkawi ini memerlukan sokongan dan kerjasama daripada penduduk. Jadi kita sudah mengenal pasti lebih 200 ketua masyarakat yang akan dilibatkan dalam program turun padang ini yang dirancang bermula minggu depan," katanya kepada pemberita pada program ramah mesra media di sini semalam.

Perdana Menteri baru-baru ini melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi yang melibatkan anggaran pelaburan sebanyak RM5 bilion dalam tempoh lima tahun untuk meletakkan nama pulau peranginan itu sebaris dengan pulau terkemuka dunia.

Menerusi pelan tindakan rangka kerja terperinci itu, kedudukan dan potensi Langkawi diberi nafas baru bagi mencapai aspirasi kerajaan untuk menjadikan pulau legenda berkenaan antara 10 pulau dan destinasi ekopelancongan terbaik dunia menjelang 2015.

Khalid berkata, penduduk pulau berkenaan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil supaya penerangan, perbincangan dan penjelasan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.

Menurut beliau, program penerangan itu amat penting sebelum Blueprint Pelancongan Langkawi tersebut dilaksanakan kerana ia bukan sahaja membabitkan pelancong tetapi juga penduduk tempatan.

"Selain perlu faham tentang blueprint pelancongan, penduduk juga perlu dijelaskan tentang kerjasama yang diperlukan untuk membolehkan mereka bergerak bersama-sama kerajaan dalam menjayakan Bleuprint Pelancongan yang akan membawa perubahan kepada Langkawi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ziarah Kasih Puteri UMNO dekati peniaga

Posted:

Ziarah Kasih Puteri UMNO dekati peniaga

Ziarah Kasih Puteri UMNO dekati peniaga


SHAHANIM Mohd. Yusof (tengah) menyampaikan apron kepada seorang peniaga pada program Ziarah Kasih Puteri UMNO di Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah kelmarin.


SUNGAI PETANI 23 Dis. - Lebih 300 peniaga di sekitar Parlimen Sungai Petani menerima kalendar 2012 dan apron sumbangan Pergerakan Puteri UMNO melalui program Ziarah Kasih, semalam.

Melalui program tersebut, para peniaga yang kebanyakannya pengusaha kedai makan dan menjual buah turut menerima sumbangan berdasarkan keperluan mereka seperti peralatan bantuan memasak dan wang tunai.

Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof berkata, program berkenaan merupakan aktiviti berterusan yang dilakukan oleh pihaknya bagi tujuan mengurangkan beban para peniaga yang turut terjejas akibat peningkatan kos bahan mentah.

"Ramai menganggap golongan peniaga tidak menghadapi masalah kerana meraih pendapatan atau tunai secara harian. Namun, kita berpendapat, ada segelintir peniaga menghadapi kesulitan malah tidak kurang juga terpaksa meminjam wang daripada ah long untuk menguruskan kedai.

"Oleh itu, menerusi program sebegini, kita dapat mendengar masalah yang dihadapi peniaga untuk dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa serta berusaha mengatasinya," kata beliau kepada pemberita di Sungai Pasir, dekat sini.

Shahanim yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi, kementerian dan sektor swasta untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi para peniaga.

Beliau berkata, antara masalah itu adalah berhubung pinjaman mudah perniagaan, bantuan peralatan dan khidmat nasihat agar peniaga boleh menjalankan kegiatan mereka dengan lebih berdaya saing.

"Langkah yang diambil ini bertujuan membantu peniaga terbabit dan juga mendokong usaha meningkatkan taraf ekonomi di kalangan masyarakat khususnya bumiputera di negera ini," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

TMP 2012: Momentum kehadiran pelancong mula terasa

Posted:

TMP 2012: Momentum kehadiran pelancong mula terasa

TMP 2012: Momentum kehadiran pelancong mula terasa


Hamidah Osman (dua kiri) berbual dengan beberapa pengusaha hotel selepas majlis dialog bersama pengusaha hotel seluruh Perak di Ipoh, semalam.


IPOH 23 Dis. - Momentum kehadiran pelancong ke negeri ini mula dirasai menjelang Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi.

Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, sehubungan itu, kerajaan kini giat melaksanakan program-program khusus untuk menarik pelancong dalam dan luar negara ke negeri ini.

"Saya melihat sudah ada momentum kedatangan pelancong asing ke negeri ini dan trend itu dijangka meningkat pada tahun depan.

"Namun, ada sesetengah daripada mereka merungut kerana tidak ada tempat untuk menikmati tarian tradisional," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha hotel dan agensi pelancongan negeri di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Ahmad Fathil Abd. Ghani.

Hamidah berkata, pengusaha hotel di negeri ini digesa supaya mempersembahkan tarian tradisional dan kebudayaan di premis mereka khusus untuk tontonan pelancong asing sempena TMP 2012.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut katanya, Tourism Perak akan mengadakan pertemuan bersama pertubuhan kebudayaan bagi membincangkan cadangan berkenaan pada setiap hujung minggu.

"Para pengusaha hotel perlu bijak menawarkan pakej bagi membawa pelancong ke Taman Budaya untuk menyaksikan persembahan tarian kebudayaan yang diadakan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan negeri sepanjang berlangsungnya TMP ini," jelasnya.

Dalam pada itu, Hamidah berkata, bagi merancakkan TMP 2012, pihaknya akan bekerjasama dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) bagi mengadakan pertandingan dekorasi lobi tercantik yang akan menawarkan hadiah RM10,000 untuk tempat pertama.

Beliau berkata, pertandingan yang bermula pada awal tahun depan itu memerlukan 35 pengusaha hotel yang berdaftar di bawah MAH, menghiasi ruangan lobi mereka bertemakan TMP 2012.

"Kita akan memberi mereka masa selama tiga bulan dan selepas itu penilaian akan dijalankan. Tempat kedua akan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 sementara RM5,000 pula bagi tempat ketiga," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved