Sabtu, 24 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


496 peneroka terima RM2j

Posted:

496 peneroka terima RM2j

496 peneroka terima RM2j

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my


HALIMAH Mohamed Sadique (duduk, dua kanan) bersama sebahagian penerima bantuan wang tanam semula pada Majlis Penyerahan Bantuan Tanam Semula daripada MPOB di Balai Raya Kampung Felda Linggiu, Kota Tinggi, kelmarin.


KOTA TINGGI 24 Dis. - Seramai 496 peneroka Felda Linggiu, dekat sini menerima bayaran wang bantuan tanam semula berjumlah hampir RM2 juta semalam.

Rata-rata peneroka tanah rancangan itu terharu dengan keprihatinan dan usaha kerajaan menunaikan permintaan mereka dengan memberi bayaran bantuan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang disampaikan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique di balai raya Felda tersebut itu.

Turut hadir, Ketua Wilayah MPOB, Zulkefli Shawal dan Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Ismail Samingin.

Seorang peneroka, Sapie Kudin, 56, berkata, wang bantuan itu amat melegakannya bersama peneroka lain kerana ia boleh digunakan untuk menanam semula pokok baru di kebun mereka.

"Ini jelas membuktikan keikhlasan dan keprihatinan kerajaan untuk membantu golongan peneroka seperti kami," katanya.

Rakannya, Ng Neo Jin, 68, pula menyifatkan kerajaan amat memahami perasaan dan keperluan rakyat yang memerlukan wang tunai bagi pelbagai tujuan keluarga.

"Saya lega kerana wang itu dapat membantu meringankan beban kebanyakan peneroka lebih-lebih lagi bagi menyambut Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi," katanya.

Bagi A. Subramaniam, 64, wang tersebut akan digunakan membeli peralatan sekolah cucu dan selebihnya untuk kegunaan keluarganya.

Ketua Kampung Felda Linggiu, Mhmad Tahar Timuk berharap peneroka Felda di tanah rancangan itu bersyukur dengan bantuan kerajaan yang menunaikan permintaan mereka walaupun membabitkan peruntukan jutaan ringgit.

Felda Linggiu mempunyai peneroka yang terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu 299 peneroka, Cina (172) dan India seramai 28 orang.

Full content generated by Get Full RSS.

UDA 'belanja' 40 murid miskin

Posted:

UDA 'belanja' 40 murid miskin

UDA 'belanja' 40 murid miskin


Robia Kosai memadankan pakaian sekolah pada salah seorang murid daripada keluarga kurang mampu sambil diperhatikan Mohd. Nazri Jamiran (kanan) pada Program Sehari UDA Bersamamu di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 24 Dis. - Seramai 40 murid pelbagai kaum daripada keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan beg dan kelengkapan persekolahan bernilai RM150 seorang daripada UDA Angsana Sdn. Bhd di sini hari ini.

Sumbangan oleh anak syarikat UDA Holdings Bhd. (UDA Holdings) itu diadakan sempena sambutan ulang tahun UDA Holdings ke-40 selain menjalankan tanggungjawab sosial syarikat tersebut kepada golongan memerlukan.

Pada Program Sehari UDA Bersamamu di pusat beli-belah Plaza Angsana di sini, murid berkenaan dibawa membeli-belah selama dua jam di pasar raya UDA Ocean sebelum diraikan pada majlis makan tengah hari.

Majlis anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Pulai itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai.

Pemangku Ketua Pegawai Operasi UDA Angsana, Mohd. Nazri Jamiran berkata, program itu merupakan salah satu usaha syarikat untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia menerusi kerjasama pelbagai pihak.

"Pada masa sama, warga kerja kami akan terus memberi sokongan moral kepada murid tersebut sejajar usaha memastikan pendidikan mereka terus maju," katanya.

Robia pula menggesa syarikat korporat supaya lebih aktif menyumbang dan mengadakan program seumpama itu yang mampu memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved