Sabtu, 24 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Modul Literasi Maklumat 1Malaysia dilancar

Posted:

Modul Literasi Maklumat 1Malaysia dilancar

Modul Literasi Maklumat 1Malaysia dilancar

MARAN 23 Dis. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan hari ini melancarkan Modul Literasi Maklumat 1Malaysia (MLM1M) dalam usaha meningkatkan kemahiran pencarian maklumat secara berkesan dalam kalangan rakyat negara ini.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, kemahiran literasi maklumat adalah penting dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat selari dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

''MLM1M yang diinisiatif oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertujuan meningkatkan kesedaran golongan pelajar, mahasiswa dan profesional tentang kepentingan literasi maklumat di samping melatih kumpulan sasar untuk menambah nilai kemahiran literasi maklumat.

''MLM1M juga bertujuan mendidik kumpulan sasar untuk mengenal pasti sumber rujukan, memahami kenyataan topik, merumus strategi pencarian, menilai dan memilih sumber yang relevan serta memahami etika penggunaan maklumat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Modul Literasi MLM1M di Sekolah Kebangsaan Ulu Luit dekat sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib dan Ketua Pengarah PNM, Datuk Datuk Raslin Abu Bakar.

Tambah beliau, sebelum ini kemahiran pencarian maklumat hanya membabitkan golongan tertentu seperti pustakawan, penyelidik dan pengkaji tetapi kini ia dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat negara ini.

Katanya, kemahiran literasi maklumat berkaitan dengan amalan membaca kerana kemahiran itu membolehkan individu dapat mencari dan memilih maklumat atau bahan yang akan dibaca sekali gus dapat menentukan kualiti maklumat itu.

"Dalam konteks ini, kadar membaca rakyat telah meningkat daripada dua naskhah buku setahun pada 2005 kepada lapan hingga 12 naskhah buku pada tahun lalu," jelasnya.

Sementara itu, Raslin berkata, sempena majlis tersebut PNM mengadakan Kem Literasi Maklumat yang disertai pelajar sekolah rendah, menengah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendedahkan kaedah pencarian maklumat menggunakan modul itu.

''Tiga modul itu ialah Modul Asas bagi peringkat prasekolah, Modul Pertengahan bagi pelajar sekolah menengah dan Modul Lanjutan bagi golongan profesional, penyelidik dan siswazah yang memerlukan pelbagai maklumat berintegiti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

SPRM siasat pejabat NFC dua jam

Posted:

SPRM siasat pejabat NFC dua jam

SPRM siasat pejabat NFC dua jam


WAN Abdul Rahman Wan Mohd. Saleh (kanan) bersama pegawai-pegawainya membawa dokumen penting keluar dari pejabat NFC berhubung skandal di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil masa dua jam untuk menyiasat pejabat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) di Jalan Solaris, Bukit Kiara di sini bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan isu dana membabitkan syarikat itu dan pembelian kondominium mewah di ibu negara.

Lapan pegawai SPRM, diketuai Penguasa Wan Abdul Rahman Wan Mohd. Salleh dilihat memasuki pejabat NFC itu sejak pukul 3 petang dan keluar kira-kira pukul 5 petang bagi mencari bahan yang boleh membantu siasatan.

Sebaik sahaja keluar, mereka dilihat membawa bersama empat sampul surat mengandungi dokumen-dokumen berkaitan termasuk sebuah unit pemprosesan pusat (CPU).

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pemeriksaan yang dilakukan petang ini mendapat kerjasama baik daripada semua kakitangan NFC.

"Tiada tangkapan dilakukan hari ini, hanya beberapa dokumen yang berkaitan disita bagi membantu siasatan berhubung isu NFC.

"Masih terlalu awal juga untuk SPRM memaklumkan status siasatan. Saya minta semua pihak beri ruang kepada SPRM untuk menyiasat secara terperinci berhubung isu ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

SPRM baru-baru ini memaklumkan, tindakan pengumpulan bukti dan keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010 yang menyatakan projek tersebut tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

SPRM telah menerima aduan daripada satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa berlaku penyalahgunaan wang pinjaman yang diperolehi oleh NFC bagi membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta yang dibeli di Lembah Klang.

Full content generated by Get Full RSS.

Jumlah sogokan kepada pegawai siasatan jenayah banyak – Khalid

Posted:

Jumlah sogokan kepada pegawai siasatan jenayah banyak – Khalid

Jumlah sogokan kepada pegawai siasatan jenayah banyak – Khalid

SHAH ALAM 23 Dis. – "Jumlah wang yang cuba disogok seorang ahli perniagaan bergelar Datuk kepada beberapa pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kelmarin banyak," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nilai sebenar suapan yang cuba diberikan ahli perniagaan terbabit yang kini diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Jumlahnya banyak... Tak payahlah sebut... RM500 pun dah banyak," kata beliau kepada pemberita ketika ditanya mengenai jumlah sogokan yang cuba diberikan ahli perniagaan itu.

Beliau berkata demikian selepas menutup Seminar Pencegahan Jenayah 'Police and Youth: Saying Yes!' di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah; timbalannya, Datuk A. Thaiveegan dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Kamarudin Md. Ali.

Semalam, polis menahan ahli perniagaan itu selepas dia dipercayai cuba menyogok beberapa pegawai kanan JSJK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Khalid turut menegaskan beberapa kali yang sogokan itu diberikan kepada pegawai polis yang terlibat dalam kes jenayah komersial apabila ditanya adakah sogokan itu berkaitan dengan kes siasatan kes penyelewengan dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Sementara itu, ketika ditanya lanjut mengenai kes NFC, Abdul Khalid berkata, siasatan mengenainya masih diteruskan dan belum lagi selesai.

"Tidak perlulah saya bagi apa juga laporan terperinci berkenaan apa juga penyiasatan yang kita lakukan dalam kes ini. Dulu saya cakap sikit orang marah pula," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata, seminar yang berlangsung hari ini merupakan program bersiri dan sebahagian daripada usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya memahami perkara berkaitan dengan jenayah.

Seminar tersebut dianjurkan oleh MCPF dengan kerjasama Polis Selangor, Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved