Selasa, 20 Mei 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pilih Daren atau Soon Huat

Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT

Oleh Norzie Mohd. Khasbi

GOH SOon Huat (gambar kiri) yang merupakan perseorangan keempat mungkin diturunkan dalam perlawanan menentang Korea Selatan hari ini berikutan prestasi Liew Daren yang tidak begitu meyakinkan.

NEW DELHI - Sama ada menurunkan Liew Daren atau Goh Soon Huat dalam pertarungan penting menentang Korea Selatan hari ini, ia tetap mengundang risiko buat pasukan skuad Piala Thomas negara.

Aksi buruk Daren dalam dua perlawanan pertama meletakkan Soon Huat sebagai pilihan untuk menggalas tugas perseorangan ketiga pada pertarungan yang wajib dimenangi untuk mengelak daripada bertemu China atau Indonesia pada suku akhir Piala Thomas.

Keyakinan Daren, 26, kini mungkin berada di tahap terendah selepas kalah kepada pemain India, R.M.V Gurusaidutt dan Lukas Schmidt dari Jerman, justeru menurunkan bekas juara Terbuka Perancis itu mungkin dilihat sebagai opsyen yang kurang bijak.

Begitupun jika Soon Huat menjadi pilihan, ia juga belum menjamin keputusan baik akan diraih kerana ini bukan saja akan menjadi penampilan sulung buat pemain berusia 24 tahun itu di pentas Piala Thomas, malah perlawanan pertamanya di New Delhi.

Dalam aspek ini, perseorangan ketiga Korea Selatan, Soo Hwang Jong memiliki kelebihan kerana telah beraksi dalam dua perlawanan pertama, malah sudah melalui pengalaman bermain dalam perlawanan penentuan ketika pasukannya terikat 2-2 dengan Jerman dalam aksi pembukaan.

Hwang Jong menundukkan Lukas Schmidt 21-15, 21-16 untuk menghadiahkan mata kemenangan negaranya ke atas Jerman, tetapi tewas 22-24, 13-21 kepada R.M.V Gurusaidutt dalam pertemuan dengan India.

Melihat situasi semasa, strategi Malaysia untuk menewaskan Korea Selatan ketika ini cukup mudah. Menang dua perseorangan pertama menerusi Datuk Lee Chong Wei dan Chong Wei Feng, serta mencuri mata daripada salah satu beregu, Tan Boon Heong-Hoon Thien How atau Goh V Shem-Lim Khim Wah.

Sekiranya kedudukan terikat 2-2, Korea memegang kelebihan dalam perseorangan ketiga, tidak kira Daren atau Soon Huat diturunkan. Namun melihat kepada tahap keyakinan Daren yang jatuh merudum, Soon Huat mungkin pilihan yang lebih baik.

Kalau kami rasa perlu mengambil risiko (menggugurkan Daren), maka kami akan buat begitu.

Yang penting, kami buat keputusan terbaik untuk pasukan," kata jurulatih perseorangan, Rashid Sidek.

Soon Huat belum merekodkan pencapaian besar di pentas antarabangsa, namun pemain kelahiran Melaka itu mula mencuri tumpuan sejak muncul naib juara Grand Prix Emas Terbuka Malaysia 2013.

Melihat kekuatan keseluruhan kedua-dua pasukan, menumpaskan Korea Selatan hari ini bukan tugas mustahil, malah Malaysia sebenarnya memegang rekod pertemuan 5-3 ke atas negara itu sepanjang pusingan akhir Piala Thomas. Dua kemenangan terakhir dicatat pada 2006 dan 2008.

Tidak perlu saya muncul di kaca televisyen - Tengku Abdullah

Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT

dayne.ghazali@utusan.com.my">

KUALA LUMPUR - Apabila tiba masanya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) akan menyatakan visi dan misi beliau sebelum para perwakilan ke Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke-50 memilih presiden baharu bagi penggal 2014-2018.

Katanya, visi dan misi itu pada masa yang sesuai tanpa perlu muncul di kaca televisyen bagi menyatakan perancangan serta meraih publisiti.

Yakin mengenai peluangnya untuk memenangi jawatan Presiden FAM, beliau menghormati kemampuan pencabarnya untuk jawatan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan tidak melihat Tunku Mahkota Johor itu sebagai satu ancaman.

Sebaliknya Tengku Abdullah melihat keadaan sekarang adalah persaingan sihat sambil memberikan petanda sedia bekerjasama dengan Tunku Ismail pada masa akan datang.

Saya ada baca dalam laporan akhbar pada hari ini mengenai TMJ yang ada misi tersendiri, saya tiada sebarang komen mengenai kenyataan yang dibuat (TMJ).

Jika diceritakan visi dan misi saya sekarang, nanti tiada elemen kejutan. Saya akan beritahu pada hari terakhir kepada semua pihak.

Sudah pasti saya ada visi dan misi sendiri, jika tidak buat apa saya mencuba nasib untuk bertanding, semua orang boleh nampak kredibiliti saya semasa memegang MHC dan sudah ada serba sedikit perubahan," katanya dalam sidang akhbar majlis penajaan Yayasan Sime Darby kepada skuad hoki kebangsaan di Bukit Jalil semalam.

Mengenai tindakan Tunku Ismail muncul di rancangan televisyen Dengan Izin di Astro Arena kelmarin, Tengku Abdullah tidak berasakan satu keperluan buatnya mengambil langkah yang sama dan tidak bersetuju jika mengatakan FAM tidak melakukan apa-apa dalam tempoh 30 tahun.

Saya tidak perlu muncul di kaca televisyen untuk mencari publisiti. Apa yang lebih penting kita perlu melihat perkara yang lebih meluas seperti kemajuan bola sepak yang melibatkan skuad kebangsaan, pembangunan akar umbi...ini bukan soal saya semata-mata.

Jangan kita cuba mengagung-agungkan sesiapa dan ini hanyalah bola sepak,sama juga dengan sukan hoki dan jika ada orang katakan FAM gagal dalam tempoh 30 tahun ini, saya tidak fikir begitu tetapi mungkin masih belum mencukupi buat peminat," katanya dalam nada berseloroh kepada pihak media.

TMJ berjanji akan melakukan dua perkara jika dipilih sebagai Presiden FAM iaitu mewujudkan pengadil profesional dan memberikan dana yang lebih tinggi kepada setiap persatuan bola sepak negeri iaitu sekitar RM2 juta ke RM3 juta setahun.

Alhamdulilah...(tawaran RM2 juta ke 3 juta bagi setiap persatuan bola sepak negeri), jika itu beliau mahu berikan saya katakan itu niat yang cukup baik dan saya sendiri gembira mendengarnya," kata Tengku Abdullah.

Tengku Abdullah juga berkata, beliau sedia melepaskan jawatan Presiden MHC jika memenangi jawatan Presiden FAM tetapi perkara itu belum dimuktamadkan.

Perkara ini sentiasa saya fikir dan tahu pada satu hari nanti akan terpaksa menjawab soalan ini, biarlah saya beritahu jawapannya namun saya sudah nyatakan kepada sebahagian delegasi MHC dan bercakap dengan sahabat-sahabat saya yang lain.

Namun saya tidak akan tinggalkan MHC begitu sahaja terkapai-kapai tanpa pengganti bersesuaian, skuad hoki kita telah berada dalam kalangan 10 terbaik dunia dan tidak mungkin saya tinggalkan begitu sahaja," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


PDNKK Kelantan gagalkan cubaan seleweng diesel bersubsidi

Posted: 20 May 2014 07:59 PM PDT

KUALA KRAI 21 Mei - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Kelantan mematahkan cubaan menyeleweng minyak diesel bersubsidi apabila menahan sebuah treler di sini malam tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Abdul Ghani Harun berkata, dalam serbuan di sebuah stesen minyak melalui 'Ops Titik' pada kira-kira 10 malam, pihaknya menahan sebuah treler yang baru sahaja mengisi minyak ke dalam tangki yang diubah suai di Guchil Jaya di sini.

"Kita tahan treler itu sebaik saja pemandu dan kelindannya mengisi beberapa ratus liter diesel di sebuah stesen minyak. Ia mampu mengisi minyak sehingga 30,000 liter melalui tangki yang diubah suai," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya penahanan treler itu adalah hasil intipan pihaknya sejak seminggu lalu dan beliau percaya beberapa treler lagi digunakan untuk tujuan itu.

Katanya, modus operandi sindiket berkenaan ialah mengisi minyak diesel di beberapa stesen minyak di jajahan itu sebelum dijual kepada pihak kilang dan industri. - BERNAMA

Empat lagu terbaru Wings dicetak rompak

Posted: 20 May 2014 09:19 AM PDT

Oleh MASZUREEN HADZMAN

Awie bersama anggota kumpulan Wings menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya berhubung album baru kumpulan itu yang dicetak rompak, di Balai Polis Malawati, di sini malam tadi. - Foto Utusan/Kamal Basir Wahab

KUALA LUMPUR 21 Mei - Kumpulan rock popular Wings melahirkan rasa kesal apabila tiga lagu dalam album terbaru mereka berjudul `Menakluk Kosmos' yang akan berada di pasaran pada Khamis ini dan satu lagu untuk runut bunyi filem terbaru KRU yang bakal di tayang tidak lama lagi telah dicetak rompak.

Berikutan itu, vokalisnya, Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie telah membuat satu laporan polis berhubung tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Beliau berkata, tiga lagu yang dicetak rompak itu bertajuk 'Bisa Yang Tertunda', 'Ingatkan Dia', 'Peti Pandora Mu' telah dipasarkan lebih awal oleh lanun cetak rompak dalam bentuk video cakera padat (VCD).

"Saya amat kesal sebab lagu terbaru yang sepatutnya mula berada di pasaran Khamis ini tetapi telah keluar lebih awal daripada tarikh tersebut. Ternyata penjual tidak takut kepada undang-undang.

"Malah, sekiranya perbuatan itu tidak disekat dengan segera, pasti mereka akan bermaharajalela," katanya terkilan.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas membuat laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, Selangor di sini malam tadi.

Menurut Awie, beliau berharap supaya pihak berkuasa akan lebih bertegas dalam memantau dan membanteras kegiatan haram tersebut.

"Sebagai penggiat seni, saya akan terus bersuara untuk mendapat keadilan dan pembelaan kerana perkara ini bukan perkara baharu dalam kalangan kami. Kesannya sudah kelihatan sejak beberapa tahun dahulu lagi.

"Apa yang kami perlukan adalah dengan mengharapkan pihak berkuasa mengambil perkara ini lebih serius, kerana masalah cetak rompak terus berleluasa. Kini jenayah itu sudah sampai suatu tahap yang membimbangkan," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


UMNO nafi campuri urusan MPT

Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

Mohd. Sharkar Shamsuddin (tiga dari kiri) bersama sebahagian penerima bantuan banjir di pekarangan Bangunan UMNO Mentakab, baru-baru ini. - utusan/ salehudin mat rasad

TEMERLOH 20 Mei - UMNO Bahagian Temerloh tidak pernah terlibat mencampuri urusan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dalam menolak permohonan pembangkang untuk menggunakan Dewan Seri Mentakab baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, sebaliknya beliau menghormati kedudukan MPT sebagai sebuah entiti kerajaan yang terasing dengan parti politik.

Tegasnya, lagi pun tiada sebab untuk UMNO berbuat demikian seperti didakwa pembangkang kerana MPT berhak menentukan hala tuju pentadbirannya berdasarkan undang-undang sedia ada.

Pembangkang perlu ingat walaupun permohonan dikemukakan secara rasmi tetapi MPT berhak menolaknya atas pelbagai faktor mengikut peraturan yang ada,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir di pekarangan Bangunan UMNO Mentakab di sini baru-baru ini.

Beliau mengulas tuduhan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan yang mendakwa UMNO mempengaruhi MPT supaya tidak membenarkan pembangkang menggunakan Dewan Seri Mentakab untuk menjalankan program baru-baru ini.

Mohd. Sharkar berkata, UMNO Bahagian Temerloh amat kesal dengan tuduhan Ahli Parlimen Pas itu yang tidak memahami aspek pentadbiran dan politik walaupun terdapat Ahli Majlis yang terdiri daripada ahli politik.

Bagi kerajaan negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN), kita berhak untuk melantik Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri yang terdiri daripada ahli politik ataupun wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," jelasnya.

Tegasnya, perkara serupa berlaku di negeri diperintah pembangkang seperti di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang penyokong kepada mereka dilantik sebagai Ahli Majlis PBT.

Sehubungan itu kata beliau, Ahli Parlimen Temerloh itu perlu memahami kuasa pentadbiran sesebuah agensi dan jangan mudah menuding jari menyalahkan orang lain.

Beliau juga menyifatkan pemimpin Pas itu sebagai sengaja menimbulkan isu kerana rakyat sudah mula mempersoal peranannya dalam memaju dan memakmurkan daerah Temerloh berbanding yang dimainkan wakil parlimen sebelum ini, Datuk Saifuddin Abdullah.

Seminar tingkatkan motivasi pelajar dalam akademik

Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT

Mohd. Soffi Abdul Razak (berdiri belakang, sebelas dari kanan) bersama peserta Seminar Motivasi Pendidikan anjuran ECERDC di Kuala Lipis, baru-baru ini. -utusan/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 20 Mei - Sebagai usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar pada peperiksaan awam tahun ini, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) me-

ngadakan Seminar Motivasi Pendidikan peringkat Lipis di sini baru-baru ini.

Seramai 120 peserta dari sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) di daerah ini menyertai seminar selama sehari di bawah program latihan Empower Lipis itu.

Mereka terdiri daripada pelajar SMK Benta, SMK Chung Hwa Lipis, SMK Setiawangsa, SMK Seri Lipis, SMK Padang Tengku, SMK Clifford dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghazali Shafie, Lipis.

Turut menyertai seminar itu murid SJKT Benta, SJKT Lipis, SJKT Ladang Selborne dan SJKT Ladang Budu.

Majlis penutup dan penyam-

paian sijil penghargaan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar ne-

geri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak.

Pengurus Modal Insan, Bahagian Pembangunan Sosial ECERDC, Mohd. Prasad Hanif berkata, seminar berkenaan bagi membentuk minat yang adalah murid berkenaan terhadap bidang akademik.

Bagi peserta dari SJKT, murid-

murid ini tinggal di estet atau di pinggir bandar yang berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana, jadi seminar seperti ini dapat meningkatkan kesedaran akademik mereka," katanya.

Menurut Mohd. Prasad, selain pengisian dalam bentuk motivasi pelajaran, pihaknya turut menganjurkan kelas tambahan dan bantuan pembelajaran untuk memberi keselesaan kepada pelajar yang terpilih.

Sukan ragbi bentuk disiplin pelajar

Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT

JERANTUT 20 Mei - Sukan ragbi merupakan satu permainan unik kerana bukan sahaja lasak malah menjadi medium paling sesuai untuk membentuk di-

siplin pelajar sekolah.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, pelajar yang terlibat dengan sukan ragbi adalah mereka yang kuat ketahanan mental dan fizikal.

Ragbi adalah sukan lasak yang menggunakan pelbagai teknik seperti rempuhan serta asakan dan disinilah ketahanan mental dan fizikal pemain akan teruji sama ada mereka seorang pemain yang berdisiplin atau tidak.

Proses pengajaran dan pem-

belajaran sebenarnya berlaku secara tidak langsung dalam sukan ragbi kerana banyak nilai murni yang diterapkan oleh guru kepada pelajar," katanya dalam majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pahang (MSSP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Saujana di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan ne-

geri, Jalaludin Ismail; Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut (PPDJ), Firdaus Shuib dan Penyelia Sukan PPDJ, Sofian Kasim.

Dalam pertandingan itu, pa-

sukan Kuantan muncul juara kategori bawah 18 tahun manakala Temerloh di tempat kedua dan ketiga milik Jerantut.

Bagi kategori bawah 12 tahun pula, johan disandang oleh Jerantut A, manakala kedua milik Rompin dan Kuantan di tempat ketiga.

Ahmad Nazlan berkata, sukan ragbi mendidik pelajar untuk bekerjasama dalam pasukan dan mengawal emosi mereka supaya tidak mencetuskan pergaduhan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bekas Mufti Perlis lepas, bebas

Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

Mohd. Asri Zainul Abidin (tengah) memperkatakan sesuatu kepada para wartawan di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur, Selangor, semalam. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 20 Mei - Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini daripada pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), lima tahun lalu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Dalam keputusannya, beliau berkata, kes pendakwaan tidak lengkap berikutan siasatan dan serbuan kes yang lemah termasuk keterangan bagaimana tertuduh mengajar agama Islam tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

Justeru beliau berkata, adalah tidak selamat untuk beliau membuat keputusan kerana mahkamah tidak boleh membuat anggapan terhadap fakta dan keterangan yang lemah.

Pasukan serbuan dan siasatan gagal melaksanakan siasatan secara meluas dan komprehensif manakala serbuan dilakukan tergopoh-gapah," ujar beliau.

Kata Shaiful Azli lagi, pihak pendakwaan banyak bergantung kepada keterangan 'ikut keadaan' sedangkan pasukan yang terlibat adalah ramai antaranya saksi mata dan saksi telinga.

Mahkamah mendapati keterangan saksi tidak menyatakan apa yang diucapkan oleh tertuduh sedangkan saksi adalah pegawai yang terlibat secara langsung dalam serbuan.

Sedangkan saksi-saksi ini adalah saksi mustahak yang sepatutnya boleh memberitahu maklumat first hand (daripada sumber asal)," katanya.

Menurut Shaiful Azli, serbuan dibuat terlalu cepat untuk menangkap tertuduh sedangkan sepatutnya mereka perlu menunggu lebih lama dengan memberi perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh tertuduh.

Perhimpunan ada kaitan dengan majlis agama namun bukan elemen majlis itu tetapi elemen mengajar agama Islam perlu dibuktikan kerana ia intipati pertuduhan," tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan agensi-agensi siasatan dan pihak berkuasa agar menjalankan siasatan secara lebih efektif, cermat dan tuntas.

Mohd. Asri, 43, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah rumah di Lorong 2C Taman Seri Ukay, Ampang antara pukul 8.10 malam dan 9.45 malam, 1 November 2009.

Beliau yang pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 18 November 2009 didakwa mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syarie, Zusyarafain Md. Yusoff mengemukakan enam saksi manakala Mohd. Asri diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Rayuan Ibrahim Ali ditentukan tarikh lain

Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT

PUTRAJAYA 20 Mei - Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada satu tarikh lain rayuan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali terhadap sabitan dan hukuman kerana menghina mahkamah berhubung penyiaran satu artikel berkaitan seorang hakim dalam laman web Perkasa.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Wahab Patail yang bersidang bersama Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk G.V. Varghese menetapkan demikian selepas mendengar penghujahan semua pihak.

Beliau merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dia dan seorang ahli Perkasa, Zainuddin Salleh dikenakan perintah menghina mahkamah ekoran penerbitan artikel berkenaan.

Kandungan laman web itu yang diterbitkan pada 7 Januari tahun lalu didakwa menyerang keperibadian Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V.T. Singham (kini bersara) yang ketika itu sedang mendengar kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar terhadap syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. Ibrahim dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 oleh Hakim Datuk John Louis O'hara setelah didapati bersalah menghina mahkamah berhubung penyiaran artikel tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tentera Thailand beri amaran kepada pengguna internet

Posted: 20 May 2014 10:29 AM PDT

BANGKOK 21 Mei - Tentera Thailand semalam memberi amaran kepada komuniti atas talian (online) supaya berhati-hati dengan mesej yang disampaikan dalam laman web sosial sekiranya tidak mahu laman web berkenaan ditutup, tidak lama selepas undang-undang tentera berkuatkuasa di negara ini.

Laman web bangkokpost.com melaporkan, ketua tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha meminta pengendali dan pengguna laman web sosial untuk berwaspada terhadap maklumat yang boleh menyebabkan salah faham serta konflik.

Pengumuman itu dikeluarkan ekoran bimbang terhadap penyebaran maklumat yang menghasut dan boleh menyebabkan keganasan berlaku. - AGENSI

100 ditahan dalam bantahan kenaikan yuran pembelajaran

Posted: 20 May 2014 10:28 AM PDT

NAIROBI 21 Mei - Lebih 100 orang ditahan di sini semalam dalam satu bantahan terhadap kenaikan yuran pembelajaran, menurut laporan polis.

Bantahan yang bermula dengan aman bertukar ganas apabila orang ramai yang kebanyakannya pelajar universiti tempatan mengganggu laluan trafik dan merompak beberapa penunggang motosikal sehingga memaksa penjual menutup kedai kerana bimbang barangan mereka dirampas.

"Kami telah menahan lebih 100 orang penunjuk perasaan, tetapi sebahagian daripada mereka telah dibebaskan," kata pegawai polis, Paul Wanjama. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Memurni semula gerakan hak asasi

Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT

Oleh Azril Mohd. Amin

Penyokong hak-hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menyertai demonstrasi sempena Hari Antarabangsa Menentang Homofobia dan Transfobia di Queretaro, utara Mexico, pada 17 Mei lalu. - REUTERS

DALAM ucapannya semasa merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 13 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan betapa pemikiran dan fahaman humanrightisme kini menjadi ancaman atau serangan baru yang agresif terhadap umat Islam.

Apabila menyentuh isu hak asasi manusia, pastinya beliau mahu menyuntik perspektif baru sesuai dengan wadah seumpama majlis tilawah apabila ramai dalam kalangan audiens mentaddabur isi kandungan al-Quran sebagai panduan kepada umat manusia memecahkan pelbagai masalah yang melanda kemanusiaan, termasuklah tuntutan hak asasi manusia yang semakin rumit dan menjadi kontroversi akibat penyelewengan fahaman tersebut.

Kandungan ucapan Perdana Menteri harus disambut dengan baik oleh kerana penzahiran hasrat dan komitmen Kerajaan Pusat memperbaiki keadaan hak asasi manusia tampak terus diusahakan selagi tidak bercanggah dengan kedaulatan Islam menurut fasal 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan nilai-nilai kesederhanaan di dalam budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Sementara kita boleh menerima prinsip-prinsip tertentu hak asasi manusia, khususnya yang disaring melalui sumber-sumber muktabar hukum Islam, isu yang perlu diwaspadai adalah fahaman humanrightisme suatu bentuk agama sekular baru yang sudah mulai berkembang pesat di dalam negara akibat kesan langsung lobi gerakan hak asasi manusia liberal-sekular di luar negara.

Fahaman ini yang berasaskan pemikiran humanisme, sekularisme dan liberalisme, bersifat songsang sementelah ia mengagung-agungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata, serta menolak sebarang sistem nilai merangkumi norma agama dan adab-susila.

Kesan fahaman ini terjelma dengan jelas, sebagai contoh, di dalam kontroversi tuntutan-tuntutan batil Comango semasa sesi Semakan Berkala Sejagat di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva tahun lepas.

Pengkagum-pengkagum hak asasi manusia yang taksub serta masih tidak sedar tentang ancaman fahaman humanrightisme ini seharusnya terlebih dahulu membaca karya sarjana Barat, Anthony Julius, The Trials of the Diaspora (2010) yang menggunakan istilah fahaman humanrightisme tersebut untuk mendedahkan bahaya ketaksuban hak asasi manusia sebagai agama sekular baru - the new secular religion.

Beliau menulis, A human rights discourse now dominates politics; there is a powerful human rights movement. It is the new secular religion of our time. This new human rights-ism accords great value to the United Nations - notwithstanding its inability to enforce its decisions, and its refusal to make practical demands of its members to be democratic or respect the human rights of their citizens."

Bukan sahaja wacana fahaman berbahaya ini sudah mendominasi politik dalam kalangan masyarakat dunia, malah memberikan nilai terhadap fungsi serta peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang pada hakikatnya menjadi semakin tidak berkesan.

Malah Tan Sri Razali Ismail seorang diplomat ulung negara yang pernah menjawat kedudukan presiden Perhimpunan Agung PBB (UNGA) 1996-1997 menyatakan kekecewaannya dengan kegagalan badan dunia tersebut semasa melancarkan karya penulisan beliau bertajuk A UN chronicle: 1988-1998 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Wisma Putra pada 30 April lalu.

Beliau turut menggesa usahasama kerajaan dan masyarakat awam untuk memperbaiki PBB yang telah terjerumus ke dalam isu pembaziran masa dan wang akibat siri perhimpunan yang berlangsung tanpa resolusi yang mantap dan berkesan di dalam menyelesaikan isu-isu global.

Jika kritikan Razali dilihat sebagai desakan berterusan tokoh-tokoh dunia untuk memperbaiki PBB, maka amaran Najib tentang bahaya fahaman humanrightisme merupakan peringatan agar fahaman tersebut tidak kekal mendominasi dan merosakkan niat dan tujuan asal Perisytiharan Hak Asasi Manusia PBB 1948 yang sepatutnya memperkukuh tiang kewujudan PBB demi kemaslahatan tamadun manusia.

Malah, kegagalan PBB terus mendapat kritikan sarjana mutakhir Barat, seperti yang dinyatakan di dalam karya Stephen Hopgood "The Endtimes of Human Rights" (2013) yang mengkritik kegagalan rejim kontemporari hak asasi manusia.

Menurut Stephen Hopgood "Whether it is the increase in deadly attacks on aid workers, the torture and 'disappearing' of al-Qaeda suspects by American officials, the flouting of international law by states such as Sri Lanka and Sudan, or the shambles of the Khmer Rouge tribunal in Phnom Penh, the prospect of one world under secular human rights law is receding. What seemed like a dawn is in fact a sunset. The foundations of universal liberal norms and global governance are crumbling."

Kegagalan fahaman liberal-sekular yang mendominasi gerakan hak asasi manusia menzahirkan kewujudan pelbagai tuntutan hak asasi manusia tidak munasabah yang menghakis kedaulatan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang terhasil ialah tuntutan-tuntutan untuk membenarkan gejala murtad berleluasa, desakan penghapusan kedudukan istimewa bumiputera di dalam fasal 153 Perlembagaan Persekutuan, desakan pengiktirafan hak-hak LGBT yang menjurus ke arah hak perkahwinan sejenis, tuntutan menghapuskan institusi Islam seperti Mahkamah Syariah, majlis-majlis agama Islam dan jabatan-jabatan agama Islam serta beberapa tuntutan kontroversi lain yang mencabar kedaulatan negara.

Oleh yang demikian fahaman humanrightisme tidak boleh dibiarkan terus bermaharajalela sebagai suatu agama di dalam horizon gerakan hak asasi manusia.

Malah, jika para sarjana Barat sendiri sudah mulai sangsi serta mengecam ideologi liberal-sekular hak asasi manusia, mengapa masih wujud pentaksub-pentaksub di Malaysia yang ghairah menjunjung fahaman hak asasi manusia berkerangka Barat yang sesat dan akhirnya mahu menghancurkan tamadun manusia?

Sebaliknya, agenda yang memurnikan kembali gerakan hak asasi manusia perlu dipelopori negara seperti Malaysia serta dilakukan secara berhikmah, strategik dan bersepadu seperti melalui Suruhanjaya Tetap Bebas OIC mengenai Hak Asasi Manusia yang ditubuhkan pada 2011. Dari sejumlah 18 negara yang menganggotai Suruhanjaya tersebut, Turki dan Malaysia dilihat sebagai sangat berpotensi untuk memimpin artikulasi bagi mengetengahkan matlamat syariat Islam tentang hak asasi manusia.

Penulis percaya bahawa seruan Najib bukanlah mengarah kepada membawa Malaysia daripada PBB sebagai jalan penyelesaian mendepani fahaman humanrightisme ini.

Mesej yang ingin dibawa adakah kita mahu terus menerima prinsip-prinsip hak asasi manusia mengikut fahaman liberal-sekular Barat atau memilih untuk mencorak sendiri fahaman hak asasi manusia menurut pandangan alam Islam dan tamadun yang tidak bercanggah fitrah kemanusiaan?

Prinsip-prinsip hak asasi manusia perlu dilaksanakan di dalam kerangka maqasid syariah, yang merupakan seumpama tembok yang sifatnya menjadi pemelihara dan penjamin kesejahteraan hidup manusia, bukan fahaman liberal-sekular yang bernama humanrightisme yang sekadar bermatlamat membuka pintu kebebasan nafsu manusia yang tiada berpenghujung.

PENULIS ialah seorang peguam, dan mengetuai MuslimUPRo, iaitu delegasi Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan ke Semakan Berkala Sejagat di Geneva, Switzerland.

Wahai DAP, UMNO dan BN tidak bertanding lah!

Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT

Khabar Dari Georgetown

NAMPAKNYA istilah bertanding secara gentleman tidak terpakai dalam kalangan pemimpin DAP sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor ketika ini.

Mana tidaknya, dalam hampir setiap ceramah mereka, pengundi-pengundi hanya dihadapkan dengan kata-kata berbaur fitnah dan tuduhan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Perkara ini amat melucukan kerana DAP seolah-olah terlupa baik UMNO atau BN tidak bertanding dalam PRK berkenaan.

Malah, ketiga-tiga calon lain juga awal-awal lagi sudah mengisytiharkan mereka adalah bebas dan tidak ada kena-mengena dengan UMNO atau BN.

Jadi, kenapa pemimpin DAP memilih memburuk-burukkan UMNO dan BN serta kerajaan dalam setiap kempen mereka?

Sebetulnya pendekatan sebegini bukanlah sesuatu yang pelik dalam kalangan pemimpin DAP mahupun parti pembangkang lain.

Strategi memburuk-burukkan BN dan kerajaan adalah cara paling mudah untuk menagih sokongan rakyat.

Soal integriti iaitu sama ada apa yang dihebahkan kepada rakyat itu adalah betul atau pembohongan semata-mata bukan lagi menjadi keutamaan.

Apa yang penting bagi mereka adalah pembohongan dan tuduhan itu diterima dan diyakini meskipun yang menjadi taruhan adalah maruah dan harga diri mereka sendiri.

Jika tidak, mana mungkin mereka boleh berbangga menghasut rakyat turun berdemontrasi kononnya membantah penipuan dalam sistem pilihan raya umum lalu.

Walhal hakikatnya, dakwaan mereka kononnya berlaku blackout dan pengundi asing dibawa untuk turut serta mengundi terbukti fitnah semata-mata.

Dari sudut lain, pemimpin DAP juga selesa memburuk-burukkan UMNO dan BN dalam kempen mereka kerana menyedari tidak mampu menghebahkan jasa dan sumbangan mereka terhadap rakyat.

Siapa yang berani menafikan segala pembangunan dan kemajuan yang dikecapi rakyat negeri ini termasuk pengundi di Bukit Gelugor adalah atas jasa serta sumbangan kerajaan BN terdahulu?

DAP hanya menumpang keselesaan daripada jerit-perih pemimpin BN terdahulu dan sepatutnya mereka berterimakasih, bukannya memburuk-burukkan BN yang meninggalkan legasi kekayaan negeri ini untuk mereka nikmati.

Pemimpin DAP juga sepatutnya berasa malu kerana dalam tempoh enam tahun memerintah negeri ini, apa sumbangan mereka terhadap rakyat yang boleh dibanggakan?

Sepatutnya pentas berkempen itu digunakan DAP untuk memperjelaskan pelbagai isu yang membelenggu dan menekan rakyat. Antaranya isu penjualan tanah kerajaan negeri kepada pihak pemaju untuk dibangunkan projek perumahan mewah.

Isu ini cukup kritikal kerana tindakan kerajaan negeri itu menyebabkan peluang penduduk negeri ini memiliki rumah pada harga mampu milik tertutup sama sekali.

Isu lain yang memerlukan perhatian segera adalah nasib peniaga-peniaga Melayu yang sedikit demi sedikit dihalau dari tapak mereka mencari rezeki.

Pemimpin DAP sepatutnya menjawab mengapa wujud tindakan dwi standard dalam mengambil tindakan terhadap peniaga yang didakwa melakukan kesalahan ini selepas hanya kaum tertentu sahaja dikenakan tindakan tetapi kaum lain bebas berniaga sesuka hati?

Bagaimana pula dengan keghairahan kerajaan negeri memberi kebenaran kepada pelbagai projek hartanah sehingga terpaksa mengorbankan alam sekitar seperti menggondolkan bukit dan menambak laut?

Kenapa suara-suara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bimbang dengan kesan jangka panjang daripada projek itu langsung tidak dipandang kerajaan negeri yang selesa menjaga kepentingan pemaju?

Begitu juga dengan isu kenaikan tarif air dan caj parkir yang menekan golongan rakyat pertengahan tetapi seolah-olah tidak dipedulikan kerajaan negeri?

Apa jaminan kerajaan negeri terhadap keselamatan dan kesejahteraan penduduk yang diarahkan berpindah dari rumah mereka seperti di perkampungan nelayan dan Kampung Pokok Asam, Jelutong?

Tidakkah kerajaan negeri bertanggungjawab memperjelaskan kepada rakyat bagaimana penilaian kesan alam sekitar (DEIA) projek terowong bawah laut dijalankan oleh pemaju kepada projek itu sendiri?

Kerajaan negeri sebenarnya berhutang terlalu banyak penjelasan dengan rakyat berhubung pelbagai isu dan pentas kempen dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor ketika ini sepatutnya menjadi medan terbaik untuk berbuat demikian.

Malangnya, seperti sebelum ini juga, pemimpin DAP memilih menutup mulut daripada menjawab semua persoalan itu dan selesa mengalih perhatian rakyat terhadap segala keburukan yang sengaja direka-reka terhadap UMNO dan BN.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Salwa Razak di Jom Chat malam esok

Posted: 20 May 2014 12:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Mei - Penyanyi Salwa Razak yang pernah tampil dan dikenali menerusi lagu dendangannya berjudul 'Ahmad' akan muncul dalam program Jom Chat Utusan Online, pukul 9 malam esok.

Salwa yang mempunyai single terbaharu berjudul 'Begitulah Aku' berkata, beliau amat berharap dapat mempromosikan lagu nyanyiannya itu kepada semua para peminat tanpa mengira apa-apa medium.

"Saya memerlukan sokongan semua media dan bersyukur kerana Utusan Online sudi untuk mengundang saya menjayakan Jom Chat secara live streaming selama satu jam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, lagu 'Begitulah Aku' ciptaan Zimi Sofaz dan ia adalah sandaran untuk mengekalkan nama Salwa Razak sebagai penyanyi. - UTUSAN ONLINE

Belum ada rezeki

Posted: 20 May 2014 06:03 AM PDT

Oleh Aida Rizamariza Kamaruddin
Gambar SYEFRI MONIZ

"SUDAH makan?" itu soalan pertama yang ditanya pelakon cantik ini ketika menjemput kami masuk ke rumah agam miliknya. Tidak cukup dengan kelembutannya menyambut kehadiran kami, wajahnya juga sering dihiasi senyuman manis.

Tegar dikenali dengan watak lakonan yang sentiasa menjadi, Datin Zizie Ezzette Abdul Samad, 36, kini lebih senang menjauhi dunia lakonan buat sementara waktu. Melihat kehidupannya kini tidak dinafikan dia sama seperti suri rumah lain. Masih memasak serta melakukan kerja rumah, Zizie akui itu pekerjaan terbaiknya ketika ini.

Sungguhpun terikat dengan pekerjaan sebagai suri rumah, wanita ini kekal nampak anggun dengan cara tersendiri, jujur dia sendiri tidak sangka masih diingati dalam dunia seni. Selama empat tahun bergelar isteri, kini dia mula mengenali apa itu waktu berkualiti untuk keluarga.

Selesa dengan bentangan kehidupan yang amat diberkati kini, ulas Zizie keluarganya kini menjadi kekuatan utama dirinya. Malah antara individu yang banyak mempengaruhi kehidupannya kini sudah tentu suami tercinta Datuk Bung Mokhtar Radin. Tidak mahu disalah sangka, cukup untuk dia memberitahu, suaminya itu terlalu sempurna buat dirinya yang sentiasa khilaf ini.

"Saya mempunyai suami yang paling baik, tidak perlu saya jelaskan kebaikan dia di sini, cuma apa yang boleh saya katakan perubahan cara hidup saya kini bukan pengorbanan.

"Memang saya memiliki semuanya, jangan salah sangka bukan saya maksudkan harta benda, tetapi lebih kepada kasih sayang," katanya jujur.

Kehadiran Mega waktu itu juga turut disambut mesra seekor kucing milik Zizie. Hampir tidak sempurna fizikalnya, menurut Zizie kucing terbuang ini diambilnya sewaktu dia hadir ke rumah besar itu dengan mata yang hampir buta. Tanpa berfikir panjang, kucing itu terus dihantarnya ke pusat rawatan haiwan terdekat, dan sehingga kini kucing itu dibelanya bagai seorang "puteri".

Bagaimanapun adakah ini sedikit menunjukkan Zizie selesa tanpa kasih sayang anak sendiri. Tidak lekang dengan senyuman, Zizie akui pernah mencuba dengan sepenuh hatinya soal ini.

"Memang di awal perkahwinan, saya ambil kisah hal ini. Hampir beberapa tahun mencuba. Alhamdulillah setelah diperiksa semuanya baik. Tetapi soalnya kini masih berbalik kepada rezeki. Saya reda ketentuan ini.

"Bila sudah begitu keadaannya, saya tahu Allah menjanjikan sesuatu yang berbeza buat saya dahulu di kala ini. Jadi dari saya terus sedih dengan perkara itu, baik saya hargai apa yang diberi dahulu,"katanya.

Mempunyai suami yang sentiasa mendengar isi hatinya dengan baik, kata Zizie waktu ini baru dia tahu apa kelebihannya meluangkan masa dengan keluarga. Jika dahulu dia terlalu sibuk dengan urusan kerjaya, namun kini kelebihan masa terluang yang dimilikinya itu hanya untuk keluarga.

"Dulu saya sibuk, sampai mahu meluangkan masa dengan Mommy juga tidak sempat, walhal kami dekat sahaja.

"Tetapi kini saya mahu luangkan masa saya dengan mereka. Sebab itu saya lebih selesa dengan kehidupan saya kini. Sukar untuk saya gambarkan kebahagiaan saya tetapi senang saya katakan saya gembira," katanya.

Sakan berkongsi gambar di laman Instagram, akui Zizie dia tidak merasakan perkara itu sebagai sesuatu yang salah. Katanya lagi ada sebab mengapa dia kini terbuka untuk berkongsi kehidupannya dengan peminat.

"Bukanlah saya terlalu terbuka, tetapi setiap gambar yang dikongsi mempunyai sebab tersendiri.

"Saya mahu gambar-gambar yang dikongsi boleh menjadi inspirasi buat peminat saya. Contohnya bila saya kongsi gambar bersenam saya harap benda itu juga boleh menguatkan semangat mereka untuk melakukan perkara yang sama," katanya.

Sasaran musuh politik?

Tidak boleh menepis mahupun menghentikan soal ini, bagi Zizie selagi suaminya bergelar seorang ahli politik sampai bila-bila juga dia terdedah dengan perkara ini. Akui sakit untuk menelan, tetapi itu tidak bermakna dia menyimpan dendam. Sekadar tersenyum, Zizie berharap agar kesedaran itu timbul di pihak tersebut.

"Benda ini memang saya rasai sejak bergelar artis, malah selepas saya bernikah benda yang tidak ada juga diada-adakan. Bila bergelar isteri kepada seorang ahli politik pula perkara sama berlaku cuma pendekatannya berbeza.

"Saya tidak ambil kisah, jujur saya katakan perkara ini tidak memberi sebarang kesan kepada saya. Sebab saya tahu mereka tidak akan berhenti," katanya.

Sebagai isteri dia tahu tugasnya tidak tertumpu kepada persiapan di rumah sahaja. Pernah mengikuti suaminya berkempen sewaktu pilihan raya umum baru-baru ini, akui Zizie itu pengalaman yang baik buat dirinya. Akur suaminya itu bukan miliknya sahaja, Zizie tidak pernah meragui pendirian itu.

"Dalam hubungan saya dengan suami, kepercayaan itu tunjang utama. Tetapi kami tidak pernah bincangkan terlalu mendalam soal-soal remeh kerana masing-masing juga tahu tanggungjawab yang telah diamanahkan.

"Sebagai isteri, saya akui suami saya merupakan pembimbing terbaik buat saya. Namun sebagai pemimpin saya bertuah untuk mengetahui dia disenangi ramai," katanya.

Tidak menolak gelaran isteri melengkapkan dirinya kini, bagi Zizie terlalu banyak yang bertanyakan apa sebenarnya rahsia dia dalam meneruskan kehidupannya kini tanpa kecapan populariti lagi. Bagi Zizie dia tidak pernah meletakkan populariti itu sebagai kelebihan memandangkan kehidupannya kini lebih tenang.

"Jujur saya katakan kehidupan berkahwin hampir empat tahun ini melengkapkan saya. Dahulu saya sibuk dengan urusan sendiri, kini saya tahu kurniaan kasih sayang itu lebih bermakna.

"Soal populariti memang sejak dahulu lagi saya tidak kisah, saya berada dalam dunia lakonan kerana minat. Sungguh saya katakan saya memang tidak selesa jika terlalu popular," katanya.

Pernah jika terlalu rindu dia akan berlakon secara sendirian di hadapan cermin. Katanya itu cara terbaik untuk dia melampiaskan rasa rindu yang teramat sangat dalam dunia lakonan. Tipu untuk dia katakan tiada sekelumit rasa untuk kembali ke set penggambaran, namun semua itu kini perlu masa yang sesuai.

"Memang saya rindu untuk berlakon, saya tidak pernah beritahu akan keluar daripada dunia lakonan pun.

"Tetapi tunggulah, akan tiba waktu itu. Cuma kali ini saya akan pastikan watak itu berbaloi untuk saya," katanya.

Melihat kelibat adik kandungnya kini yang semakin hebat di persada lakonan, Zizie tidak menolak untuk berasa bangga sama. Katanya di antara dia dan adik-beradik yang lain tidak pernah timbul perasaan cemburu mahukan tidak puas hati dengan kejayaan masing-masing.

"Memang saya bangga dengan Sam, bukan mudah untuk dia berada di tahap ini kini. Melihat apa yang dia lalui saya yakin dia layak untuk berada di tahap ini.

"Memang tidak terlintas dalam fikiran saya untuk merasa cemburu, darah seni memang sudah mengalir dalam diri kami. Berjaya atau tidak itu bukan penentu buat kepuasan kami sebagai anak seni," katanya.

Menolak mengatakan suaminya menjadi punca dia seakan mahu melupakan dunia lakonan, bagi Zizie itu tidak pernah berlaku. Malah dia sering mendapat sokongan yang padu daripada suaminya itu.

"Suami saya tidak pernah melarang saya untuk kembali aktif. Jujur memang keputusan ini datang dari saya sendiri untuk berehat seketika.

"Bila sudah lama berehat jadi seronok pula, ialah bila kita tahu keluarga itu semakin dekat dengan kita rasa ralat pula untuk hilang semua itu sekarang," katanya tersenyum.

Berkongsi impian mengenai watak yang mahu dicubanya selepas ini, menurut Zizie kebanyakan tawaran yang sampai kini lebih kepada watak aksi. Jujur dia memang sangat teruja untuk mencuba watak aksi memandangkan watak sebegitu dilihat lebih menepati cita rasanya kini.

"Orang lihat saya lebih kepada watak lemah lembut, tetapi saya bukan seorang yang lembut sebenarnya. Kalau orang yang kenal saya mereka tahu saya bagai mana.

"Memang kalau boleh saya mahu watak aksi, kerana saya perlu buktikan sesuatu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Dari jambatan ke rumah DBKL

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
dan MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Empat kanak-kanak ini melompat keriangan setelah berpindah masuk kediaman baharu mereka di Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 19 Mei - Semuanya bermula selepas jurugambar Utusan Malaysia, Amir Hafiz Abd. Rahman ternampak kelibat empat kanak-kanak gelandangan sedang bermain di bawah jambatan di Lebuh Pasar Besar di sini pada minggu lalu.

Selepas dia menghampiri kanak-kanak tersebut dan bertanya lebih lanjut maka terbongkarlah kisah hidup kanak-kanak berkenaan bersama ibu bapa mereka yang mendiami kawasan itu sejak Jun tahun lalu.

Kesempitan hidup memaksa keluarga ini hidup gelandangan dengan bergantung harap kepada ihsan orang ramai untuk memberi sesuap nasi bagi mengisi perut.

Seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini, keluarga terbabit tidak mempunyai tempat berteduh daripada hujan dan panas serta menjadikan jambatan konkrit tersebut sebagai rumah mereka.

Tinjauan yang dibuat sekali lagi di bawah jambatan di Lebuh Pasar Besar di sini hari ini mendapati, keluarga tersebut baru sahaja bangun daripada tidur dan kanak-kanak terbabit sudah mula bermain serta berlari-lari ke sana sini.

Penulis dan jurugambar turun serta-merta ke lokasi terbabit bagi mendekati keluarga itu dan mendapatkan maklumat mengenai kisah hidup mereka.

Seperti yang dijangka, bapa kepada empat kanak-kanak terbabit, Ishak Jalil, 49, dan isterinya, Juliana Jalil, 29, tidak mengetahui laporan yang disiarkan Utusan Malaysia mengenai kehidupan daif mereka di kawasan itu.

Walaupun pada mulanya terkejut dengan kehadiran kami, dia tetap tenang menghadapi situasi itu apabila kami memperkenalkan diri masing-masing.

Menurut pasangan itu, anak-anak mereka tidak mempunyai rakan-rakan selain sesama adik beradik tersebut kerana tidak berpeluang bersekolah seperti kanak-kanak yang lain.

Mereka juga hanya mengisi masa lapang dengan membaca buku hasil sumbangan pertubuhan bukan kerajaan dan memancing ikan.

Lebih menyedihkan, salah seorang daripada adik-beradik itu yang merupakan anak sulung, Norazman, 10, adalah orang kurang upaya dan amat memerlukan perhatian.

Penulis tersentuh seketika apabila dia datang ke arah penulis sambil memeluk serta meminta supaya diajar cara-cara menulis, melukis dan mewarna kerana tidak pernah diberi pendidikan formal mengenai kemahiran tersebut.

Ketika itu terbayang bagaimana sukarnya hidup anak-anak kecil ini tidur di bawah jambatan sedangkan kanak-kanak seusia mereka boleh lena dan mengecap nikmat mempunyai rumah yang selesa atau setidak-tidaknya mempunyai bilik tidur.

Kedatangan wartawan Utusan Malaysia hari ini turut membawa berita gembira buat keluarga ini apabila disertai oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Wan Muhammad Ghazali Nor serta pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kehadiran mereka dengan satu matlamat iaitu memindahkan keluarga itu dari bawah jambatan ke sebuah rumah di Perumahan Awam (PA) Desa Rejang di sini bagi keselesaan hidup mereka.

Keluarga ini sepatutnya memasuki rumah di bawah kendalian DBKL itu sejak bulan lalu, namun hasrat itu tidak menjadi kenyataan kerana Ishak dan Juliana tidak mampu menyediakan wang bagi membuat penyambambungan bekalan elektrik ke rumah berkenaan.

Sebaik pihak DBKL dan MAIWP memberi komitmen untuk memastikan mereka berpindah serta-merta ke rumah yang memiliki tiga bilik itu, anak-anak pasangan itu berteriak riang.

Dalam masa beberapa minit, semua pakaian dan barangan mereka dikumpul dan diangkut ke perumahan tersebut sekali gus membuka lembaran baharu dalam hidup keluarga gelandangan ini.

Kegembiraan jelas terbayang di wajah anak-anak ini sebaik melangkah masuk ke kediaman baharu di pangsapuri 20 tingkat itu.

Paling penting, keluarga ini sudah mempunyai sebuah rumah untuk berteduh. Walaupun tanpa perabot dan televisyen, sekurang-kurangnya mereka tidak perlu tidur bertemankan bunyi cengkerik dan gigitan nyamuk di bawah jambatan berhampiran Sungai Klang.

Enam beranak akan dibantu secara berterusan

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Mei - Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membantu sebuah keluarga gelandangan yang sebelum ini tinggal di bawah jambatan konkrit di Lebuh Pasar Besar berhampiran Pasar Seni di sini secara berterusan.

Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP, Mohd. Nizam Yahya berkata, pihaknya akan membiayai bayaran sewa rumah sebanyak RM124 sebulan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

Jelasnya, ia termasuk bantuan tahunan seperti kos sara hidup antara RM200 hingga RM700 sebulan, bantuan am persekolahan berbentuk biasiswa untuk anak-anak mereka berjumlah RM400 hingga RM600 setiap seorang selain meningkat mengikut tahap pengajian.

Apa yang penting, golongan asnaf seperti ini juga perlu berusaha untuk mengubah taraf hidup dan keluar daripada kepompong kemiskinan.

Pihak Baitulmal akan cuba membantu mereka sedaya upaya dengan syarat mereka perlu berusaha mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, keluarga berkenaan akan terus dipantau dari semasa ke semasa selain bantuan seperti bantuan persekolahan dan kewangan akan disalurkan.

Saya berharap mereka dapat berubah dan meningkatkan taraf hidup demi masa depan anak-anak mereka. Jika mereka mahu meneruskan hidup sebagai geladangan, kami tidak boleh buat apa-apa lagi," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Wan Muhammad Ghazali Nor pula berkata, pihaknya telah memberi surat tawaran kepada keluarga itu untuk memasuki PA Desa Rejang pada 15 April lalu.

Jelasnya, mereka lewat memasuki unit tersebut disebabkan masalah kewangan selain tidak mampu membuat pendahuluan pembayaran untuk penyambungan bekalan bil elektrik berjumlah RM150.

Sebelum ini pihak DBKL dan Baitulmal telah berbincang bahawa Baitulmal akan membiayai segala pembayaran deposit sewa dan bulanan terus kepada DBKL termasuk bantuan lain.

Mengenai bil elektrik itu, saya bersetuju untuk memberi bayaran pendahuluan dan ia telah diselesaikan hari ini," katanya.

Menurut beliau, selepas pembayaran itu dijelaskan, keluarga tersebut dibenarkan menduduki unit PA Desa Rejang itu mulai hari ini.

Kami berharap selepas mereka menduduki unit tersebut mereka dapat mendiami kediaman yang disediakan itu dengan baik. Pihak Baitulmal bersedia untuk memantau bagi memastikan mereka mencari pekerjaan untuk menyara keluarga.

Selain itu, diharapkan anak-anak mereka dapat bersekolah dan menjalani kehidupan normal seperti orang lain dan bukan semata-mata mengharapkan bantuan," katanya.

Sementara itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun bank CIMB bernombor 7003099079 atas nama Ishak Jalil.

'Macam tidak percaya dapat rumah'

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

Ishak Jalil (kiri) bersama isteri dan anak-anaknya dipindahkan dari bawah jambatan ke Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Mei - Macam tidak percaya dapat rumah. Begitulah ungkapan ibu kepada empat anak, Juliana Jalil, 29, apabila melangkah masuk ke rumah mereka hari ini di Perumahan Awam Desa Rejang setelah mendapat bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menurutnya, keluarganya akan memulakan kehidupan baharu sambil melupakan segala kisah silam yang menghantui diri mereka sehingga terpaksa menjalani kehidupan di bawah jambatan.

Harap tiada lagi rintangan untuk kami meneruskan kehidupan seperti insan yang lain kerana setiap keluarga menjadikan perumahan sebagai asas dalam hidup ini.

Kini, kami perlu memastikan anak-anak dapat kembali ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan seperti kanak-kanak yang lain kerana mereka masih mempunyai masa depan," katanya ketika ditemui di sini hari, ini.

Sementara itu, suaminya, Ishak Jalil, 49, berazam untuk terus mendapatkan pekerjaan selepas anak-anaknya itu berjaya ditempatkan di sekolah bagi menjana pendapatan dalam menyara kehidupan keluarga.

Saya masih berpegang kepada janji iaitu hanya mencari pekerjaan yang halal kerana Allah S.W.T. boleh menarik segala kemewahan kita dalam sekelip mata jika sumber kewangan itu haram.

Segala yang terjadi selama ini saya ambil sebagai satu pengajaran dan saya bersyukur kerana hari ini saya dapat masuk ke rumah ini selepas beberapa bulan tinggal di bawah jambatan," katanya dengan nada tenang.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua orang anak lelaki, Norazman, 10, dan Norhaikal, 5, serta dua perempuan, Nurhidayah, 9, dan Nurfatehah, 4.

Sementara itu, Ishak berkata, Norazman yang merupakan orang kurang upaya bercita-cita mahu menjadi anggota bomba.

Menurutnya, anak-anak yang lain mahu menjadi anggota polis, peguam dan doktor.

Ishak turut menafikan bahawa keluarganya menerima bantuan kewangan yang besar selama ini kerana hanya makanan, minuman, pakaian serta barangan lain yang disalurkan oleh orang ramai serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, mereka sekeluarga hanya bergantung kepada belas ihsan orang ramai selain NGO

Ketika ini, saya tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan kerana perlu menjaga anak-anak, tetapi jika sudah mendapat rumah, barulah perkara itu dapat dilakukan kerana mereka terjamin apabila hidup dibawah bumbung," tekadnya.

Menurutnya lagi, mereka sudah hidup di bawah jambatan tersebut apabila mereka sekeluarga diminta berpindah dari rumah didiami selama ini yang dianggap kawasan setinggan di Selayang.

Mengakui hidupnya penuh dengan kisah hitam dan pernah hidup mewah, Ishak menyatakan, dia kini sudah insaf.

Kalau betul saya mahu kembali menjalani kehidupan lama, tidak mungkin kami sekeluarga akan tinggal di bawah jambatan ini yang tidak selesa dan mempunyai persekitaran kotor.

Saya sudah berubah dan insaf terhadap segala aktiviti yang dilakukan selama ini kerana tiada guna hidup mewah jika hati tidak tenang," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bongkah batu mengundang tragedi

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

BONGKAH batu di tepi lereng bukit Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Segamat perlu dialihkan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Saudara Pengarang,
Sebagai individu yang kerap membawa keluarga beriadah di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Segamat setiap hujung minggu, saya memohon jasa baik pihak berkaitan mengalihkan bongkah batu di tebing berhampiran dewan terbuka di kawasan riadah tersebut.

Kewujudan bongkah batu tersebut boleh mengancam keselamatan pengunjung kawasan tersebut terutama ketika musim hujan dan keadaan tebing yang curam tanpa ditumbuhi pokok turut mengundang kejadian tanah runtuh.

Kita semua tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku, namun ini tidak bermakna kita boleh menutup mata terhadap situasi bahaya yang ada di sekeliling kita dan hanya berserah kepada takdir.

Apa yang menjadi persoalan kepada saya, kenapa pihak bertanggungjawab tidak mengalihkan bongkah batu tersebut sebelum kerja-kerja membina dewan terbuka yang terletak betul-betul di bawah bongkah dijalankan dahulu.

Dalam situasi sekarang, selepas kewujudan bangunan dewan tersebut kerja-kerja untuk mengalihkan batu tersebut mungkin lebih sukar dan memerlukan kos yang lebih besar berbanding sebelumnya.

Pada musim cuti kawasan riadah ini menerima lebih 3,000 pengunjung setiap hari selain menjadi lokasi pilihan pihak sekolah dan jabatan kerajaan yang terdapat di sekitar Segamat untuk menganjurkan pelbagai program di sana.

Seandainya berlaku kejadian tanah runtuh atau bongkah batu tersebut terjatuh pada ketika itu, tentu sekali boleh mengundang padah dan mungkin ada yang terkorban akibat kecuaian kita sendiri.

Sehubungan itu, saya bukan sahaja meminta pihak berwajib untuk mengalihkan bongkah batu tersebut dengan segera, tetapi saya juga menasihatkan orang ramai yang berkunjung ke sana agar lebih berwaspada serta berhati-hati kerana bimbang berlakunya sesuatu yang tidak diingini.

Pihak yang bertanggungjawab menyelenggara kawasan tersebut perlu melarang pengunjung menghampiri kawasan tersebut atau sekurang-kurangnya meletakkan papan tanda amaran bahaya di kawasan berhampiran bongkah batu tersebut.

Semua pihak harus sentiasa ingat bahawa tragedi boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana tanpa sebarang amaran dan perlulah kita semua berusaha untuk menjauhi sebarang situasi berbahaya.

PENCINTA ALAM

Segamat

Ambil tindakan letak kereta di bahu jalan

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

Kenderaan yang diletakkan di atas garisan kuning sepanjang Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor Bahru menyusahkan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

Saudara Pengarang,
Bagi mereka yang mengambil lesen memandu secara sah, mereka pasti mengetahui bahawa garisan berkembar warna kuning tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan.

Bagaimanapun, sebaliknya yang berlaku di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor Bahru apabila sepanjang jalan berkenaan dipenuhi dengan kenderaan yang diletakkan pada bahu jalan.

Keadaan tersebut bukan sahaja menyalahi kesalahan lalu lintas malah boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain apabila pemandu berkenaan hendak meletak atau mengeluarkan kenderaan masing-masing.

Lalu lintas akan menjadi lebih sibuk apabila adanya pasar malam hingga menyebabkan perjalanan trafik di kawasan berkenaan menjadi perlahan.

Apa yang peliknya, tiada sebarang tindakan undang-undang atas kesalahan trafik diambil kepada pemandu yang terlibat hingga mereka merasakan tindakan itu bukanlah satu kesalahan.

Justeru, pihak yang berwajib diminta mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perkara ini bagi memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

FADZLY

Taman Pelangi, Johor Bahru

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Persiapan Festival Belia Putrajaya lancar

Posted: 20 May 2014 05:18 AM PDT

PUTRAJAYA 20 Mei - Persiapan Festival Belia Putrajaya 2014 dijadual bermula Khamis ini sehingga Ahad di Persiaran Perdana, Presint 4 di sini tetap lancar meskipun berhadapan dengan keadaan cuaca tidak menentu.

Justeru, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yakin semua persiapan akan berjalan mengikut jadual bagi membolehkan Putrajaya bersedia menerima kedatangan pengunjung.

"Semua pentas, khemah, lokasi dan program akan siap pada petang Khamis. Kita akan bermula dengan Malam Belia Berselawat di pentas utama," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Yayasan New Affirmative Action Movement (NAAM) dan Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

Festival Belia Putrajaya bertemakan "Dari Belia Untuk Belia", diisi dengan 60 segmen dengan tumpuan kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan.

Antara program akan diadakan adalah Karnival Belia Pelancongan, Putrajaya International Bike Week, Asian Youth Fashion Week, Perkhemahan Sahabat Belia, Corner of Performing Arts, jualan buku Big Bad Wolf, Local Vintage Games 2.0, pameran pekerjaan, pidato dan tilawah al-Quran. - BERNAMA

DBKL, pelbagai agensi bekerjasama atasi kesesakan di ibu kota

Posted: 20 May 2014 05:10 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Mei - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa agensi-agensi berkaitan dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota.

Agensi yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Star Radio Group.

Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, beliau yakin melalui kerjasama dengan pelbagai agensi ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam aspek pengurusan lalu lintas.

"Agensi-agensi ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada usaha-usaha pengurusan lalu lintas di Kuala Lumpur dan saya berharap masalah kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu di Menara DBKL, di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Phesal berkata, antara penyebab utama masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota adalah kadar kemasukan kereta yang terlampau banyak dan rekod terkini adalah sebanyak 2.4 juta kereta secara purata sehari. - BERNAMA

Pelajar ke UiTM dipilih berdasar merit - Naib Canselor

Posted: 20 May 2014 04:53 AM PDT

SHAH ALAM 20 Mei - Penuntut yang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipilih berdasarkan merit dan cukup syarat, bukan berdasarkan fahaman politik dan status keluarga masing-masing, kata Naib Canselornya, Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar.

Beliau sekali gus menolak dakwaan calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud bahawa hanya anak orang UMNO daripada keluarga berada sahaja dipilih memasuki UiTM berbanding anak keluarga bukan daripada parti itu.

UiTM, jelasnya, mengambil penuntut berdasarkan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan ia tidak boleh membuat pilihan mengikut parti.

"Dakwaan (Dyana Sofya) tidak benar, tidak logik, tidak cerdik dan tidak matang," katanya kepada Bernama hari ini ketika dihubungi di London.

"Ada juga yang datang merayu tidak kira siapa (orang UMNO atau bukan UMNO), ramai anggota parti bukan UMNO datang dengan nama-nama untuk diberi tempat dan ada juga pemimpin parti bukan UMNO datang minta tolong calon-calon mereka. Kita terima (rayuan) dan beri tempat berdasarkan merit dan syarat," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved