Rabu, 10 Julai 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau Muda ke suku akhir Sukan Universiti Dunia 2013 Kazan

Posted: 10 Jul 2013 09:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Julai - Skuad bimbingan Ong Kim Swee berjaya mara ke suku akhir Sukan Universiti Dunia 2013 Kazan apabila Itali hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Great Britain.

Ini bermakna skuad Harimau Muda berada di tempat kedua di belakang Great Britain selepas mereka mencatat satu kemenangan dan satu kalah, sambil berbekalkan dua jaringan serta dua bolos.

Berbeza dengan Itali yang hanya menjaringkan satu gol sahaja dan dua bolos. Mereka tewas 0-2 kepada Harimau Muda pada perlawanan pertama.

Great Britain yang muncul juara kumpulan juga mencatat sekali menang dan sekali tewas namun mereka hanya bolos satu gol dan telah menjaringkan dua gol. - UTUSAN ONLINE

Terima pandangan luar - Wan Jamak

Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Wan Jamak

KUALA LUMPUR - Dasar pemilihan pemain dalam skuad kebangsaan terus mendapat teguran dan kini giliran bekas jurulatih dan pemain kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan menyatakan pemain yang menyerlah dalam saingan liga tempatan perlu diberikan peluang di samping berharap pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal lebih terbuka menerima pandangan orang lain.

Bukan bertujuan mahu masuk campur dalam urusan Harimau Malaya tetapi Wan Jamak menganggap tiap kali pemilihan pemain dalam pasukan kebangsaan pasti akan ada nama-nama yang sewajarnya dipanggil tidak mendapat perhatian dan apa yang diluahkan oleh Zainal Abidin Hassan, Rabu lalu memang bertepatan dengan situasi terkini pasukan kebangsaan.

Malahan, Wan Jamak menganggap Rajagobal sebenarnya lebih beruntung kerana mempunyai sejumlah besar pemain yang boleh dipilih berbanding zamannya ketika menguruskan pasukan Malaysia pada tahun 1996 kerana dikelilingi ramai pemain berbakat tetapi sayangnya gagal menggunakan peluang tersebut.

Secara peribadi, saya memang bersetuju pandangan yang diberikan oleh Zainal memandangkan dia adalah jurulatih serta bekas pemain, jadi dia tahu apa yang dia mahu perkatakan apabila menyentuh soal pemilihan pemain di dalam pasukan kebangsaan dan saya nampak dia ikhlas.

Saya sebagai bekas jurulatih kebangsaan juga nampak memang masih ada pemain yang tidak dipanggil dan sepatutnya diberi peluang yang kemungkinan aksinya terlepas pandang oleh jurulatih.

Prestasi semasa perlu diberi keutamaan dan pada masa saya menjadi jurulatih dulu, perkara itu yang saya lihat terlebih dahulu sebelum memilih pemain untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan dan begitu juga sistem yang diamalkan di Eropah.

Berbanding zaman saya dahulu masa menjadi jurulatih, pilihan yang saya ada cukup terhad berbanding yang dimiliki oleh Rajagobal sekarang, jadi sepatutnya dia gunakan kelebihan itu untuk mendapatkan pemain yang terbaik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Ditanya mana-mana pemain yang pada pendapatnya perlu dipanggil, Wan Jamak berkata, antaranya ialah dua pemain Johor Darul Takzim (Johor DT), Ahmad Ezrie Shafizie dan Jasazrin Jamaluddin selain Nurul Azwan Roya serta perlu memberikan ruang sekali lagi kepada pemain veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rezal Zambery Yahya.

Dalam pasukan Johor DT misalnya, saya lihat Ezrie dan Jasazrin wajar diberi peluang menyertai latihan kebangsaan kerana saya dapati mereka berdua ini cukup rajin dan bekerja keras dalam pasukan malahan paling penting mereka cukup konsisten dalam tiap perlawanan, begitu juga dengan Azwan Roya.

Satu lagi, saya nampak ruang kepada pemain veteran perlu diberikan dan saya berpandangan Rezal yang bermain dengan ATM boleh dipanggil kembali untuk menyarung jersi kebangsaan kerana kita boleh nampak komitmennya tiap kali beraksi dan masih boleh menawarkan sesuatu iaitu pengalaman," katanya.

Zainal dalam kenyataannya semalam mengakui rasa terkilan ada pemain yang berada di kemuncak prestasi tidak dipanggil dan terlepas pandang oleh Rajagobal antaranya pertahanan tengah Pahang, Razman Roslan yang disifatkan sebagai pertahanan terbaik negara pada waktu ini dan dua pemain tengah, Mohd. Amirul Hadi Zainal serta Nurul Azwan Roya.

Bagi penolong pengurus Pahang itu, tidak salah memilih satu atau dua pemain berpengalaman namun apa yang paling penting semua pemain terbaik patut ditonjolkan ke hadapan.

Dalam soal berlainan, Wan Jamak berkata, dia berpandangan jika pemain-pemain utama yang dipilih tidak menyerlah ketika mewakili pasukan negeri dan lebih kerap diletakkan di bangku simpanan, sebagai jurulatih, Rajagobal perlu melihat sama ada pemain itu sebenarnya tidak bagus atau tidak bersesuaian dengan taktikal yang diterapkan oleh jurulatih oleh pasukan negeri yang diwakili.

Jurulatih itu perlu mendapatkan maklum balas daripada jurulatih negeri berkenaan kerana biarpun pemain itu mungkin menjadi pemain utama dalam pasukan kebangsaan tetapi jika tidak menyerlah dalam saingan liga tempatan, pasti mungkin ada sesuatu yang tidak kena sama ada prestasinya yang merosot kerana ada pemain lain yang lebih menyerlah atau tidak boleh beraksi di bawah strategi yang direncanakan oleh jurulatih itu sendiri.

Memang sukar buat pemain yang kerap memanaskan bangku simpanan ketika bersama pasukan negeri kerana apabila dia dipilih bersama pasukan kebangsaan, soal stamina bagi menghadapi perlawanan kompetitif pasti menjadi persoalan besar.

Bagi saya, sudah sampai masanya dia bersedia menerima pandangan jurulatih negeri lain dalam memantau prestasi pemain-pemain dalam saingan Liga Malaysia," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Penjenayah larikan MPV polis

Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT

Oleh ASLIZA MUSA dan OTHMAN YAHAYA
utusanperak@utusan.com.my

TAIPING 10 Julai - Seorang lelaki yang pada mulanya ditangkap oleh penduduk Kampung Pak Dollah, Kamunting di sini pagi ini kerana disyaki mencuri, menimbulkan kelam-kabut apabila dia nekad merampas kenderaan peronda polis (MPV) daripada dua anggota yang hendak membawanya ke balai polis berdekatan.

Lebih membimbangkan pihak polis, di dalam MPV itu ada selaras senjata api yang mungkin boleh disalahguna oleh lelaki berkenaan yang mempunyai lima rekod lampau melibatkan kes kecederaan, kecurian dan dadah.

Polis menubuhkan pasukan khas untuk memburu suspek, Muhamad Hafiz Saidin, 32, yang berasal dari Kampung Tampang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang dengan mengadakan sekatan jalan raya dan bantuan Pasukan Gerakan Udara PDRM.

Antara kawasan operasi ialah pinggir hutan sempadan antara Perak dan Kedah dengan kali terakhir suspek dilihat melepasi Plaza Tol Jawi pada pukul 10 pagi.

Muhamad Hafiz yang disyaki terlibat dalam beberapa kes kecurian ditangkap orang ramai semasa sedang tidur di bawah sebuah lori buruk di kampung tersebut sebelum diserahkan kepada polis pada pukul 7.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Md. Diah berkata, setelah polis membuat pemeriksaan, suspek terpaksa di bawa ke Balai Polis Kamunting kerana tidak memiliki kad pengenalan.

"Namun ketika kedua-dua anggota itu hendak membawa suspek ke balai polis, suspek tiba-tiba mencapai stereng MPV sebelum menolak keluar anggota polis. Suspek kemudian melarikan MPV berwarna perak dan bernombor pendaftaran WLR 6857 itu dipercayai ke arah utara.

"Kita percaya kejadian ini berlaku atas kelemahan anggota sehingga menyebabkan suspek berjaya meloloskan diri," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.

Sementara itu, penduduk di beberapa buah kampung sekitar Ara Kuda, Kampung Padang Cempedak dan beberapa kampung bersempadan dengan Lunas di sini cemas selepas melihat kehadiran anggota polis lengkap bersenjata dan helikopter yang terbang rendah pagi ini.

Mereka yang keluar untuk melihat kejadian itu kemudian kembali ke rumah masing-masing selepas dimaklumkan penjenayah yang diburu mempunyai senjata api.

Dalam pada itu, MPV tersebut ditemui ditinggalkan di Taman Sentosa, Bukit Minyak dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang pukul 9.30 malam ini.

Sepasukan anggota forensik masih membuat pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut.

Empat warga Indonesia maut

Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT

Oleh ZAAIN ZIN
pengarang@utusan.com.my

Keadaan MPV jenis Toyota Innova dan lori terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 56, Jalan Sri Aman-Sarikei, Sri Aman, Sarawak, semalam. - Gambar ihsan Sin Chew

SRI AMAN 10 Julai - Empat warga Indonesia maut dalam keadaan ngeri setelah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan sebelum MPV itu meletup di Kilometer 56, Jalan Sri Aman-Sarikei dekat sini pagi ini.

Dalam nahas yang berlaku pukul 10.25 pagi itu, tiga daripada mereka termasuk seorang wanita hamil rentung akibat terperangkap dalam MPV jenis Toyota Innova yang terbakar. Kesemuanya sehingga kini masih gagal dikenal pasti identiti.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang juga pemandu MPV berkenaan, Tinus Salleh, 45, mati di tempat kejadian setelah kepalanya pecah akibat tercampak keluar beberapa meter daripada kenderaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mat Jusoh Mohamad memberitahu, sehingga kini, pihaknya mengalami kesukaran mengenal pasti jantina dua lagi mangsa kerana mayat mereka sudah rentung.

"Siasatan awal mendapati Toyota Innova dipandu Tinus yang menghala ke Betong hilang kawalan lalu terbabas sebelum bertembung dengan lori tanpa muatan yang datang dari arah bertentangan.

"Rempuhan kuat itu mengakibatkan MPV berkenaan terperosok di bawah lori sebelum meletup," katanya.

Menurut Mat Jusoh, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong bergegas ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

"Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat manakala pemandu lori serta dua orang kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pemandu lori ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Biasiswa: Tiada unsur pilih kasih

Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

Adnan Yaakob bersama penerima Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang, Ayisy Amirul Afti Bakhtiar Afendy (depan, dua kiri) sambil diperhatikan oleh para penerima lain dalam Majlis Kecemerlangan Pendidikan Negeri Pahang 2013 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 10 Julai - Yayasan Pahang (YP) tidak mengira fahaman politik dan kaum dalam menyalurkan pinjaman atau biasiswa pelajaran kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tidak dinafikan terdapat kalangan ibu bapa yang menyokong pembangkang turut menerima bantuan berkenaan bagi membolehkan anak mereka melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada di dalam dan luar negara.

"Yayasan tidak memilih bulu dalam menyalurkan bantuan berkenaan asalkan mereka memenuhi syarat dan layak menerimanya.

"Pemberian tersebut bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi meliputi semua kaum yang menunjukkan yayasan ini mengamalkan semangat 1Malaysia," katanya ketika berucap dalam Majlis kecemerlangan Pendidikan Pahang, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Norol Azali Sulaiman dan Pengurus Besar YP, Datuk Saariah Saad.

Dalam majlis itu, seramai lima pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu menerima Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar.

Menurut Adnan, sejak ditubuhkan 30 tahun lalu, sebanyak RM757 juta disalurkan bagi membantu 740,000 anak negeri ini melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang.

Tambahnya, tidak semua yayasan di negara ini menyamai cara pengurusan YP kerana pelaksanaannya dibuat dengan telus serta tidak memilih kaum.

"Ini boleh disahkan dengan perbandingan yayasan seumpamanya di negeri-negeri lain. Kita tidak menetapkan sebarang kuota asalkan seseorang pemohon itu layak dan mempunyai keperluan melanjutkan pengajian mereka," ujarnya.

Produk inovasi perlu segera dikomersialkan

Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT

Abu Bakar Mohamad (tengah) berjabat tangan dengan Suhaimi Sulong (dua dari kanan) pada majlis Menandatangani Perjanjian Pengkomersialan Produk Inovasi di Kuantan, kelmarin. Turut serta Mazalan Khamis (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Teknologi Park Malaysia, Mohd. Azman Shahidin (kiri) dan Ahli Majlis MPK, Mahassan Hussin (dua kiri).

KUANTAN 10 Julai - Produk-produk baharu yang dihasilkan melalui inovasi perlu dikomersialkan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara pembekal teknologi baru menjelang 2020.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak 65 produk inovasi dikomersialkan setiap tahun.

Menurut beliau, kerajaan juga telah menyediakan dana penyelidikan berjumlah RM2 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi membantu merancakkan lagi perkembangan inovasi di negara ini.

"Perkembangan inovasi yang boleh dikomersialkan memang ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini dalam usaha membawa Malaysia ke status negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Oleh itu, kerajaan menyediakan peruntukan besar setiap tahun bagi memastikan perancangan ini dapat dicapai. Sebenarnya, kita mempunyai banyak produk hasil inovasi anak tempatan, cuma yang menjadi masalah ialah untuk mengkomersialkan produk-produk itu sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian pengkomersialan produk inovasi Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Transit Killer Rat dengan KIK CnaG Sdn. Bhd. di sini semalam.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Ahli Majlis MPK, Datuk Suhaimi Sulong manakala KIK CnaG diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hussein Mohd. Ariff.

Yang hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Dr. Mazlan Kamis dan Timbalan Presiden Technology Park Malaysia (TPM), Shahazman Abu Samah.

Sementara itu Abu Bakar berkata, MPK merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang berjaya mengkomersialkan produk inovasinya.

"Usaha ini perlu dicontohi oleh PBT dan agensi kerajaan yang lain. Saya berasa kagum dengan daya usaha MPK di dalam memajukan program-program yang berasaskan inovasi," katanya.

Melalui perjanjian itu, syarikat berkenaan akan membayar pendahuluan RM300,000 kepada MPK bagi memperoleh hak ke atas produk Transit Killer Rat dan mengkomersialkan produk berkenaan untuk dipasarkan.

Produk hasil ciptaan kakitangan MPK itu dapat mengurangkan ancaman tikus yang sering membawa pelbagai jenis penyakit yang berbahaya kepada manusia.

29 premis makanan diarah tutup

Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT

Seorang pegawai penguat kuasa menampal notis perintah penutupan premis di sebuah restoran ketika operasi di Tanjung Lumpur, Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 10 Julai - Sebanyak 29 premis makanan di negeri ini diarahkan tutup selama 14 hari berikutan gagal mencapai tahap kebersihan seperti yang ditetapkan mengikut Akta Makanan 1983.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Norhizan Ismail berkata, daripada 134 premis yang diperiksa oleh sepasukan anggota sempena Operasi Kebersihan Makanan, sebanyak 29 premis didapati melanggar syarat yang diperuntukan mengikut Seksyen 11.

"Premis terbabit seperti di Kuantan, Temerloh, Rompin, Jerantut, Lipis, Bentong dan Maran diarahkan tutup dengan serta-merta bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.

"Bagaimanapun, bagi daerah Raub, Bera, Pekan dan Cameron Highlands tiada sebarang penutupan dilakukan kerana mematuhi syarat," katanya kepada pemberita selepas pemeriksaan premis makanan di Tanjung Lumpur di sini kelmarin.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Norol Azali Sulaiman.

Menurut Norhizan, di Kuantan, pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah mengeluarkan 37 kompaun daripada 28 premis yang diperiksa.

"Daripada beberapa premis makanan yang terkenal dengan sajian ikan bakar, terdapat sebuah premis yang pernah diarahkan tutup sebanyak dua kali iaitu pada 2007 dan 2009.

"Premis berkenaan juga turut menggajikan pekerja dari Thailand tanpa menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk tidak mendapat suntikan vaksin pelalian anti tifoid iaitu bagi mencegah penyakit bawaan air," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Polis Nepal rampas emas seludup bernilai RM6 juta

Posted: 10 Jul 2013 09:38 AM PDT

KATHMANDU 11 Julai - Polis Nepal semalam berjaya merampas sejumlah 35 kilogram emas yang cuba diseludup dari China ke India, sekali gus merupakan rampasan emas yang terbesar di negara ini.

Pegawai polis, Supritendent Uttam Kumar berkata, barangan berharga itu yang bernilai kira-kira AS$2 juta (RM6 juta) dalam pasaran gelap, disembunyikan dalam sebuah trak yang memasuki Nepal dari China melalui sempadan Tatopani dan dalam perjalanan menuju ke Kathmandu.

"Polis merampas 35 jongkong emas yang masing-masing seberat sekilogram dalam sebuah trak yang dijejaki pihak berkuasa berdasarkan maklumat yang diperolehi," katanya.

Pada 16 Mei lalu, polis Nepal berjaya merampas 16 kilogram emas di Kathmandu yang cuba diseludup dari Tibet di China ke India melalui negara ini. - AFP

Kuwait tawar bantuan kecemasan sebanyak AS$4 bilion kepada Mesir

Posted: 10 Jul 2013 09:36 AM PDT

KUWAIT CITY 11 Julai - Kerajaan Kuwait menawarkan bantuan kecemasan bernilai AS$4 bilion (RM12 bilion) kepada Mesir, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan menjadi AS$12 bilion (RM36 bilion) sejak Presiden Mohammed Mursi digulingkan.

Menteri Dalam Negeri untuk Hal Ehwal Kabinet, Sheikh Mohammad Abdullah al-Sabbah berkata, anggota Kabinet Kuwait meluluskan pakej bantuan berkenaan untuk disalurkan kepada kerajaan Mesir selepas mendapat arahan daripada Emir.

Jelasnya, pakej bantuan itu merangkumi bantuan kerajaan bernilai AS$1 bilion (RM3 bilion), bantuan deposit bank pusat Mesir sebanyak AS$2 bilion (RM6 bilion) dan bantuan produk minyak berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion). - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Petisyen PRU-13 dipersoal

Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Julai - Tindakan pembangkang mengemukakan petisyen berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, menimbulkan persoalan kerana tidak langsung menyelitkan alasan kewujudan pengundi Bangladesh seperti didakwa mereka sebelum ini.

Persoalan itu dibangkitkan oleh bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay yang turut mempersoalkan ke mana 'hilangnya' alasan bekalan elektrik terputus semasa pengiraan undi sehinggakan pembangkang melancarkan perhimpunan haram bulan lalu.

"Jika benar berlaku bekalan elektrik terputus dan warga Bangladesh menjadi pengundi, persoalannya, mengapa tiada satu pun petisyen yang dikemukakan pembangkang menyebut perkara-perkara tersebut?

"Jangan beritahu saya dalam kalangan 40,000 warga Bangladesh yang didakwa pembangkang menjadi pengundi, mereka tidak mampu menangkap seorang pun," katanya seperti dipetik dalam surat terbaharunya yang disiarkan menerusi sebuah portal berita hari ini.

Yuktes sebelum ini menjadi perhatian apabila mendedahkan beberapa 'cerita dalaman' berhubung kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog.

Yuktes sewaktu bersama pasukan peguam bela Anwar, merupakan pembantu kepada peguam, Sankara Nair.

Beliau memberitahu, atas persoalan terbabit, pengalaman sepanjang bersama pembangkang mengajarnya satu perkara iaitu segala apa yang mereka lakukan bukanlah untuk kepentingan rakyat.

Tetapi jelasnya, perkara itu hanyalah untuk merealisasikan impian menawan Putrajaya.

''Dua tahun lalu, rakyat berkumpul serta berhimpun (perhimpunan haram Bersih). Malangnya, tiada siapa yang tahu bahawa ia merupakan satu helah dan idea pembangkang untuk menanam kebencian serta kemarahan.

''Perhimpunan ini terkenal dengan kekejaman polis. Walau bagaimanapun, berapa ramai tahu apa yang sebenarnya berlaku,'' katanya.

Petisyen Pas bagi kerusi DUN Selising ditolak

Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT

KOTA BHARU 10 Julai - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan oleh Pas untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim turut menetapkan pempetisyen iaitu Pengarah Pilihan Raya Pas DUN Selising, Semsudin Muhammad membayar kos sebanyak RM30,000.

Hakim Zamani ketika membaca penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan untuk menolak petisyen itu kerana tidak mematuhi kaedah-kaedah pilihan raya.

"Setelah meneliti kesemua hujah, saya membuat keputusan untuk menolak petisyen ini kerana ia tidak mematuhi kaedah 15 iaitu cara penyampaian petisyen ini kepada responden," kata beliau.

Keputusan mahkamah itu sekali gus mengekalkan kerusi DUN tersebut di tangan BN.

BN diwakili peguam-peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun, Abu Bakar As-Sidek Datuk Mohd. Sidek, Mohd. Ilias Mohd. Noor, Nor Azli Ahmed dan Raihanah Ashriqin Ariffin manakala Pas diwakili Hisham Fauzi dan Mohamed Hanipa Maidin.

Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad; Kalmizah Salleh dan Najib Zakaria mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pegawai pilihan raya.

Pada pilihan raya umum lalu, DUN Selising dimenangi calon BN, Zulkifle Ali yang mengalahkan calon Pas, Saipul Bahrin Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.

Sementara itu, mahkamah menolak bantahan awal Pas terhadap petisyen yang difailkan oleh BN bagi kerusi Parlimen Bachok dan kerusi DUN Jelawat serta Gaal.

Hakim Zamani turut memutuskan responden pertama daripada Pas; responden kedua, pegawai pilihan raya dan SPR sebagai responden ketiga membayar kos mahkamah RM30,000 untuk setiap kerusi tersebut.

Beliau menetapkan 12 sehingga 15 Ogos ini dan dari 18 hingga 22 Ogos ini perbicaraan bagi kerusi Parlimen Bachok dan DUN Jelawat.

"Perbicaraan untuk kedua-dua kerusi ini akan berjalan serentak manakala bagi DUN Gaal yang terletak dalam Parlimen Pasir Puteh ditetapkan pada 1 sehingga 5 September ini," katanya.

Calon BN bagi kawasan Parlimen Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin tewas kepada calon Pas Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi manakala bagi kerusi DUN Jelawat, calon BN, Datuk Dr. Ilias Husain kalah kepada calon Pas, Abdul Aziz Kadir dengan majoriti 102 undi.

Di DUN Gaal, calon BN, Redzuan Stapha kalah kepada calon Pas, Tuan Mazlan Tuan Mat dengan majoriti 302 undi.

Sementara itu, Mohd. Hafarizam yang ditemui pemberita selepas itu, bersyukur dengan penolakan petisyen DUN Selising atas faktor tidak memenuhi peruntukan undang-undang.

Katanya, keputusan itu adalah wajar kerana tidak ada asas untuk mahkamah meneruskan perbicaraan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Black bakal umum tarikh nikah selepas raya

Posted: 10 Jul 2013 01:21 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM

BLACK... Bakal umum tarikh pernikahan dengan Chira Khairi, selepas Aidilfitri ini. - UTUSAN/JEFFRI IRAN

KUALA LUMPUR 10 Julai - Penyanyi Black, 26, akan mengumumkan tarikh

pernikahannya dengan Chira Khairi, 26, selepas raya ini.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah berkata, pengumuman

tersebut sepatutnya dimaklumkan pada 3 Julai lalu namun terpaksa ditunda

selepas raya kerana beberapa masalah.

"Saya agak terkilan juga sebab tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan

seperti yang dijadualkan. Apa pun saya berharap masalah yang terjadi akan

diselesaikan dengan kadar segera.

"Buat masa sekarang 50 peratus persiapan sudah siap dilakukan oleh

perancang perkahwinan, terutama dari segi rekaan konsep perkahwinan,"

katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Juara program Mentor musim ke tiga itu telah bertunang dengan Chira pada

26 Januari lalu. - UTUSAN ONLINE

Jadi suami? Belumlah!

Posted: 09 Jul 2013 11:07 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar AZMAN ASMAYATIM

Mahu dikenali sebagai penyanyi versatil yang turut berkemampuan untuk berlakon dan berinteraksi dengan baik sewaktu di pentas.

ORANGNYA cukup popular dan dikejar ramai perempuan, tetapi agak menghairankan apabila dalam usia 29 tahun dia masih sendirian. Tidak ada bayang-bayang mengatakan hati lelaki ini sudah dimiliki, jauh sekali bersedia untuk memiliki suri di hati. Kenapakah? Apakah terlalu sukar untuk dia memilih seorang wanita untuk dijadikan suri di hati atau terlalu memilih?

Menurut Hazama, ada sebab kenapa dalam usia yang sudah hampir memasuki 30 dekad dia masih tidak mempunyai isteri. Hazama juga menegaskan buat waktu ini dia tidak mahu terlalu berfikir tentang persoalan jodoh dan perkahwinan kerana baginya, dia belum sesuai untuk bergelar suami dalam waktu terdekat.

"Saya memang belum sedia untuk pikul tanggungjawab itu. Sungguhpun usia saya kini sudah mencecah 29 tahun, belum lagi layak untuk menjadi seorang suami dalam waktu terdekat ini.

"Bagaimanapun ini bukan bermakna saya tidak pernah memikirkan soal berkahwin. Tetapi buat waktu ini saya mahu fokus untuk mengukuhkan karier seni terdahulu, soal nikah kahwin ini perlu ditangguhkan dahulu," katanya.

Meskipun belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga, Hazama tidak menafikan yang dirinya kini sudah mempunyai kekasih hati. Secara jujur dia mengaku, seorang wanita kini telah bertakhta di hatinya dan mereka kini dalam fasa percintaan yang indah.

Bercakap tentang Hazama, sebenarnya, juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) ini adalah antara penyanyi yang mudah didekati dan tidak kurang kelakar orangnya.

Namun dalam sifat yang terpuji itu,agak mengecewakan apabila dia juga dikaitkan sebagai seorang yang suka melebih-lebih ataupun dalam bahasa pasar yang digemari anak muda, seorang yang menjengkelkan.

Hazama mengakui sebelum ini pernah mendengar cerita-cerita kurang manis seperti itu berhubung dirinya, tetapi tidak merasakan perbuatannya selama ini membolehkan dia tergolong dalam individu yang dibaca dalam bahasa slanga sebagai 'poyo'.

"Banyak kali juga saya dengar orang mengatakan Hazama seorang yang 'poyo', tetapi secara jujur saya hanya menjadi diri saya dan bukannya mahu menjadi orang lain.

"Tidak dinafikan mungkin ada segelintir masyarakat luar yang kurang menyenangi cara saya, tetapi secara individu itu adalah cara saya berkomunikasi dengan mereka, khususnya peminat-peminat.

"Lagipun saya sertai bidang ini dengan tujuan untuk berhibur dan menghiburkan orang lain. Saya percaya, perlakuan saya selama ini lebih banyak mendatangkan hiburan yang elok berbanding yang negatif," katanya pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Penglipur Lara, baru-baru ini.

Jelas Hazama lagi, mungkin sesetengah masyarakat mempunyai tanggapan yang salah terhadap dirinya berhubung perkara tersebut sebenarnya dia seorang individu yang mudah didekati.

"Mungkin mereka beranggapan sedemikian kerana tidak pernah bersemuka dengan saya dan hanya mengetahui perihal saya daripada media-media massa sahaja.

"Tetapi sekiranya mereka pernah bertemu dengan saya, mereka akan mengerti siapakah diri saya dan inilah cara saya berkomunikasi dengan peminat," katanya yang turut mengadakan sebuah konsert mini sewaktu melancarkan album barunya itu.

Album Penglipur Lara sudahpun berada di pasaran sejak seminggu lalu dan memuatkan sekitar sembilan buah lagu bergenre pop-rock Melayu antaranya lagu-lagu seperti, Ulek Sayang, Dengarlah, Majnun, Akhir Ceritera dan Penglipur Lara.

Mahu jadi penghibur serba boleh

Bagi Hazama, selain menyanyi sudah tentu dia mahu menampilkan persembahan pentas secara langsung dengan begitu baik demi memuaskan hati peminat.

Ternyata, perkara tersebut sedang diusahakan oleh anak muda kelahiran Ipoh, Perak ini agar dia dapat memberikan yang terbaik bukan sahaja buat peminatnya, tetapi juga buat dirinya sendiri.

"Selama tujuh tahun saya berusaha untuk menapak dalam industri ini, dan kini setelah mendapat peluang tersebut, saya mahu memberikan yang terbaik.

"Terbaik yang saya maksudkan di sini bukan hanya sekadar bernyanyi, tetapi juga sewaktu berkomunikasi.

"Ini kerana saya bercita-cita mahu menjadi seorang penyanyi yang versatil, yang akan meninggalkan kenangan manis kepada peminat yang hadir menyaksikan persembahan saya," katanya lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kenegaraan asas patriotisme

Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
Prof Madya/Ketua Program Kenegaraan, Kepimpinan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

SAYA amat bersetuju dengan titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dalam Majlis Syarahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2013, bertajuk Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13: Permuafakatan dan Perpaduan Nasional, di Wisma Perwira ATM, Kementerian Pertahanan, baru-baru ini.

Baginda menggesa kerajaan mengutamakan pendidikan asas kenegaraan bermula di peringkat sekolah dengan menyemai semangat setia kepada raja dan negara, sesuai dengan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong.

Titah Raja Dr. Nazrin, kerajaan perlu mengasuh kanak-kanak melalui kurikulum serta kaedah bersesuaian sejak awal untuk turut menghormati simbol lain seperti bendera supaya tidak terus dihina seperti dipijak-pijak atau dijadikan pakaian.

Idea ini telah lama dibangkitkan oleh para akademia dan penggubal dasar. Malah ada yang mencadangkan ia menjadi subjek wajib ketika peringkat sekolah rendah lagi. Tetapi ditentang hebat oleh kumpulan ultra kiasu kerana membebankan pelajar.

Pada mereka, subjek ini menggugat subjek lain dan boleh menjejaskan penguasaan bahasa ibunda. Ada yang mensyaratkan jika subjek ini mahu diajarkan, mediumnya bukan bahasa Melayu, tetapi bahasa ibunda. Malangnya, kita tidak pernah tegas. Kita terus tunduk kepada tekanan ultra kiasu. Akhirnya, subjek ini tidak ke mana-mana.

Produk yang dikeluarkan adalah jenis yang menterbalikkan Jalur Gemilang dan menjadinya pengesat kaki dan meja. Agenda negara tidak dikuasai. Yang jelas, lebih ramai ultra kiasu dilahirkan.

Apakah subjek kenegaraan itu? Dalam konteks Malaysia, subjek kenegaraan adalah kursus yang berkaitan rapat dengan jati diri dan semangat cintakan negara. Ini termasuk memahami asal-usul, sejarah dan sistem kerajaan negara ini. Kita akan menyelusuri sejarah Tanah Melayu, sehinggalah bertukar menjadi Malaysia, seperti adanya hari ini.

Nampak begitu berat. Tetapi ia boleh dipermudahkan, bersesuaian dengan peringkat persekolahan. Pendek kata, semuanya telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan suatu ketika dahulu. Persoalannya adalah, mahu dilaksanakan atau tidak? Atau terus melayan tuntutan ultra kiasu.

Amat malang sama sekali, sesuatu perkara dilakukan bukan disebabkan keperluan negara, tetapi sekadar memenuhi tuntutan orang lain. Akibatnya, agenda negara tergendala. Kita terus melahirkan rakyat yang tidak pernah bersyukur. Lebih dahsyat, melahirkan mereka yang kufur nikmat. Memburuk-buruk negara sendiri di luar negara.

Untuk makluman, kursus Kenegaraan Malaysia adalah satu kursus wajib untuk semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), manakala di IPTA agak berbeza sedikit. IPTA diwajibkan mengambil Hubungan Etnik dan subjek Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS).

Subjek Kenegaraan Malaysia boleh diadunkan mengikut kesesuaian sesebuah universiti dengan mengambil kira roh subjek kenegaraan tersebut. Kursus ini dikawal selia Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang mana skop dan sukatan pelajaran adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh MQA.

Matlamat utama kursus Kenegaraan Malaysia adalah untuk melahirkan rakyat yang setia dan cinta kepada negara, berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia. Dengan harapan, akan lahir rakyat Malaysia yang mampu menghadapi cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati peranan Malaysia di arena antarabangsa, menumpahkan taat setia tanpa berbelah bahagi.

Selain itu, liputan kuliah turut melibatkan perbincangan topik-topik penting. Antaranya adalah zaman prasejarah Malaysia, kehebatan Tanah Melayu sebelum penjajahan, zaman penjajahan, kebangkitan nasionalisme, kebangkitan pejuang Melayu menentang penjajah, perjuangan ke arah kemerdekaan, demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, sistem dan struktur pentadbiran negara, unsur-unsur penting Perlembagaan, dasar-dasar kerajaan dan cabaran dan sebagainya, mengikut kesesuaian.

Pendek kata, antara objektif yang ingin dicapai adalah:

n Memahami sejarah bangsa dan negara serta perkembangan masyarakat dari aspek sosio-budaya, politik dan ekonomi.

n Mempertingkatkan kesedaran, kepakaran dan semangat ingin melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan undang-undang dan menyumbang ke arah pembangunan negara.

n Menghargai usaha dan sumbangan ke arah pembangunan negara.

n Menghargai keperibadian bangsa dan berbangga menjadi rakyat Malaysia

Subjek ini amat penting dalam untuk melahirkan rakyat yang patriotik, taat setia dan cintakan negara serta tidak belot. Mereka sanggup mempertahankan negara habis-habisan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Semuanya ini perlu bermula dengan mesti celik sejarah. Jika lagu Negaraku pun tidak dihafal dan tidak disebut dengan betul, bagaimanakah kita boleh pergi lebih jauh daripada itu?

Ketika bertitah, baginda melahirkan kebimbangan kita akan muncul lebih ramai individu seperti pengguna Facebook dengan nama Melissa Gooi, yang baru-baru ini ditahan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong akibat kejahilannya tentang fungsi raja-raja di negara ini. Orang seperti ini amat ramai di negara kita. Siapakah harus dipersalahkan? Kita tidak pernah bertegas, malah mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948.

Justeru, sudah sampai masanya, subjek kenegaraan ini diwajibkan bermula daripada sekolah rendah, menengah, sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Susunlah kurikulum mengikut kesesuaian tahap umur dan pengajian.

Sebenarnya subjek kenegaraan itu adalah sejarah. Malangnya di peringkat rendah, subjek Sejarah langsung tidak diajar. Cuma di peringkat menengah sahaja ia diajar dan seterusnya disambung ke peringkat universiti.

Itupun masih ada yang merungut kenapa subjek ini diajar di peringkat pengajian tinggi. Subjek ini dilihat sebagai beban kepada pelajar. Lebih menyedihkan, di peringkat universiti di tempat saya bekerja, ada yang mencadangkan supaya subjek ini digugurkan dan diganti dengan subjek sejarah ketenteraan. Kumpulan ini tidak tahu bahawa subjek kenegaraan itu memayungi subjek ketenteraan.

Kesimpulannya, sejarah negara ini yang berasal daripada nama Tanah Melayu mesti dikhatam dan dihadamkan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa berkecuali. Mereka perlu sedar ramai pejuang Melayu Islam yang lalu gugur syahid mempertahankan tanah air tercinta berteraskan Islam. Pejuang-pejuang seperti Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, dan ramai lagi adalah kalangan tentera Allah yang terkorban syahid mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

Malangnya, kita mahu sejarah ini dipadamkan. Kita mahukan sejarah negara bermula dengan kerjasama semua kaum untuk mencapai kemerdekaan. Kita sengaja membutakan mata bahawa tuntutan kemerdekaan telah berlaku sejak negara dijajah terutama apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani 1874. Yang menjadi korban dan mangsa adalah orang Melayu Islam. Bukan Melayu hanya terkorban di zaman penjajahan Jepun.

Kita hanya akan berjaya melahirkan Malaysian 1st jika sistem kenegaraan ini dihayati.

Tarikan awal kempen PRK Kuala Besut

Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT

PENULIS ialah Ketua Biro Utusan Malaysia Terengganu.

BARU lebih dua bulan berlalu, ketika masih banyak kedapatan bendera dan sebilangan poster parti-parti belum luruh diragut waktu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut akan berlaku. PRK yang pertama selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 5 Mei lalu dan menjadikan demam politik yang mulai beransur kebah, membahang semula.

Namun Ramadan mungkin mengekang sedikit suhu itu walaupun keputusan 24 Julai nanti yang bakal ditentukan oleh pengundi akan membawa makna dan kesan yang sangat besar bagi kedua-dua parti yang bersaing dalam mencorakkan senario politik. Malah kemungkinan akan memberi kesan kepada rakyat dan negeri dalam tempoh lima tahun lagi. Ini membayangi pendirian pemimpin parti-parti yang bertanding.

BN perlu memastikan ia tetap mempunyai kelebihan dua kerusi yang memberikan hak kepadanya untuk kekal menerajui negeri. Pembangkang mahu menjadikan jumlah seimbang bagi menggoyahkan BN dan mungkin mengheret menjadi konflik perlembagaan memanjang jika BN yakin kedudukan Yang Dipertua DUN masih memberikan kelebihan kepadanya, jika kalah.

Sebagai persiapan, kelmarin BN dan Pas yang sepakat untuk kembali bertanding bagi meraikan proses demokrasi melancarkan gerak kerja pilihan raya pada masa sama mengumumkan calon masing-masing.

BN mengetengahkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, yang berlatar belakang sebagai jurutera awam dengan suasana kehidupan keluarga dan khidmat yang dekat dengan masyarakat. Pas pula mengemukakan Azlan @ Endot Yusof, 48, bendahari Pas kawasan yang juga seorang kontraktor dan harapan yang dipertaruhkan kepada mereka ternyata cukup tinggi sebagaimana yang digambar oleh pucuk pimpinan parti masing-masing.

Apa yang menarik kali ini, BN mengemukakan calon yang dianggap begitu muda dalam resam politik UMNO dengan harapan membawa kemenangan lebih besar. Pas tidak menurunkan kalangan yang diberi status ulama atau setidak-tidaknya ustaz sebagaimana lazimnya tetapi memutuskan seorang yang dikatakan banyak menyumbangkan sumber kewangan untuk parti.

Namun PRK ini berlaku di kawasan yang dianggap kubu kuat UMNO, apatah lagi dalam Parlimen dan bahagian yang diterajui oleh Datuk Seri Idris Jusoh, pemimpin yang disenangi lawan malah turut dihormati lain di samping khidmat berkesan Allahyarham Dr. A Rahman Mokhtar. Mungkin kerana itulah Pas dalam PRU lalu tidak begitu menunjukkan tentangan dengan hanya meletakkan calon wanita tunggalnya di negeri ini untuk berhadapan dengan Allahyarham.

Pas buat pertama kalinya meminta calonnya melakukan baiah (bersumpah) secara terbuka pada majlis pengumuman calonnya yang bertujuan memastikan mereka tidak berpaling menentang parti. Langkah di luar kelaziman itu yang dipertonton dan diperdengar umum apabila Azlan dinamakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon parti itu.

Abdul Hadi bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa perbuatan itu dilakukan secara terbuka dan apakah kandungan baiah itu sama sebagaimana yang pernah dilafazkan oleh calon-calon Pas sebelum ini.

Abdul Hadi membayangkan tidak mustahil kemenangan boleh dicapai jika orang kampung dapat dipengaruhi dan disedarkan agar tidak terus menyokong kerajaan biarpun telah menerima banyak kemudahan. Justeru, jentera Pas Kelantan yang berpengalaman dikatakan akan membantu untuk lebih mencerdikkan mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Wajib dapat kelulusan DBKL

Posted: 09 Jul 2013 11:30 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Tengku Adnan Tengku Mansor (empat dari kanan) bergambar bersama penerima anugerah dalam Majlis Perasmian Anugerah Local Agenda 21 Wilayah Persekutuan (LA21WP) di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 9 Julai - Kesemua pemilik bangunan komersial dan kediaman yang ingin melakukan kerja-kerja pengubahsuaian diminta mematuhi peraturan dengan mendapatkan kelulusan bagi setiap pelan pengubahsuaian rumah serta lukisan pelan projek.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan.

Menurutnya, pihak terlibat perlu mengemukakan permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh dua minggu.

"Adalah menjadi tanggungjawab DBKL untuk memantau dan memeriksa semua kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan di bawah kawasan seliaan mereka sebelum sebarang kelulusan dikeluarkan atas faktor keselamatan.

"Sekiranya ingkar tindakan meroboh struktur binaan akan dilaksanakan DBKL,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Anugerah Local Agenda 21 Wilayah Persekutuan (LA21WP) di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalannya; Datuk Dr. Loga Bala Mohan, Ketua Setiausaha kementerian; Datuk Adnan Md. Ikshan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Majlis penyampaian anugerah itu bertujuan memberi penghargaan kepada individu, agensi, persatuan penduduk, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta yang turut menjayakan LA21.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Phesal berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangkan dengan Bahagian Perancang dan Jabatan Reka Bentuk Bandar dan Bangunan bagi meneliti kaedah yang akan dilaksanakan.

"Ia bagi membolehkan peraturan dan notis yang dikeluarkan nanti benar-benar menepati terutam dari segi undang-undang,"katanya.

Ops Sapu turun khemah peniaga

Posted: 09 Jul 2013 11:30 AM PDT

RAWANG 9 Julai -Majlis Perbandaran Selayang (MPS) masih memberi kelonggaran kepada beberapa peniaga di kawasan tempat letak kereta Bandar Tasik Puteri disini untuk menurunkan khemah mereka selepas arahan berbuat demikian dikeluarkan semalam.

Pengarah Penguatkuasa MPS, Azmi Ismail berkata, kelonggaran tersebut diberikan berikutan peniaga terlibat masih beroperasi lewat malam kelmarin.

Menurutnya, hanya lima khemah milik penjaja yang masih belum diturunkan manakala bakinya telah membuat pengosongan sejak kelmarin.

"Pengosongan tersebut rentetan daripada 13 peniaga yang akur dengan arahan MPS hasil rundingan kedua-dua belah pihak minggu lalu selepas aduan kebersihan dan gangguan lalu lintas di situ," katanya selepas mengetuai Ops Sapu di Bandar Tasik Puteri, di sini hari ini.

Menurutnya, arahan pengosongan kawasan tersebut adalah bagi memberi laluan kepada tapak Bazar Ramadan dan pasar malam.

Katanya, selain pemeriksaan di kawasan berkenaan, beberapa gerai peniaga kaki lima yang terletak berhampiran pusat komersial turut diturunkan kerana berniaga tanpa permit.

"MPS juga akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan tersebut tidak lagi digunakan untuk sebarang aktiviti perniagaan tanpa permit,"katanya.

Jadikan satu pengajaran

Posted: 09 Jul 2013 11:30 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusan.com.my

GOMBAK 9 Julai - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetap akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kampus berkenaan mengalami pencemaran alam sekitar yang teruk.

Presidennya, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, kes tersebut ini akan difailkan ke muka pengadilan bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya kerja-kerja penerokaan tanah secara besar-besaran berhampiran kampus berkenaan dapat dihentikan sepenuhnya.

Menurutnya, pihak UIAM juga akan menuntut sejumlah gantirugi bagi menampung kos memperbaiki kerosakan alam sekitar sehingga kelestarian alam sekitar UIAM Gombak dikembalikan walaupun terpaksa memakan masa panjang,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika dibawa meninjau selama hampir dua jam di sekitar kampus UIAM yang didakwa tercemar akibat projek penerokaan di kawasan berhampiran kampus.

Turut sama dalam lawatan tersebut Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Zaleha Kamaruddin dan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Prof. Madya Dr. Baharuddin Aziz.

Sebelum ini Utusan Malaysia dalam beberapa siri laporan mendedahkan mengenai pencemaran teruk dialami UIAM akibat kerja-kerja penerokaan tanah di kawasan berhampiran.

Rais menambah, kemusnahan alam sekitar yang berlaku di situ akibat kerakusan pihak tidak bertanggungjawab terlalu besar kerana ia telah menghilangkan keindahan dan keceriaan kampus tersebut.

Menurutnya, kemusnahan itu termasuk menjejaskan habitat kehidupan seperti haiwan-haiwan liar dan unggas.

"Jika burung bangau yang dahulunya begitu memberikan suasana alam semula jadi yang sangat indah, sekarang saya nampak hanya tinggal seekor sahaja bertahan.

"Yang lain pastinya sudah terbang berhijrah mencari lokasi habitat yang lebih baik kerana tiada lagi ikan-ikan di sungai dan kolam yang boleh menjadi sumber makanan.

"Begitu juga pokok-pokok teratai di kolam rekreasi yang terbiar mati dan saya fikir ini sudah keterlaluan," katanya.

Menurutnya apa yang berlaku ini merupakan satu ujian besar kepada UIAM bagi menguji sejauh mana universiti tersebut mampu berperanan sebagai khalifah yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga alam sekitar.

"Sebagai Presiden baharu sayalah orangnya yang perlu mengetuai satu usaha bersepadu menyelesaikan masalah ini dan saya akan meminta penasihat undang-undang supaya segera membuka fail kes dan lain-lain tindakan yang perlu bagi segera mengatasi masalah ini," katanya.

Sementara itu Zaleha berkata, tidak dinafikan ada beberapa pihak swasta menawarkan perkhidmatan untuk memperbaiki dan memulihkan semula kerosakan alam sekitar yang berlaku di kampusnya itu.

"Tetapi saya melihat masalah ini perlu diselesaikan secara tuntas iaitu mencari punca sebenar yang menyebabkan alam sekitar UIAM menjadi mangsa.

"Selagi tindakan rakus pihak pemaju tidak dihentikan dan kerosakan tidak diperbaiki dari kawasan yang diteroka sehingga membawa kepada ke dalam kawasan kampus UIAM, saya percaya masalah ini pasti berlarutan," tegasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Tidak gemar meminta

Posted: 09 Jul 2013 11:07 PM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar NOOR ASREKUZAIRY SALIM

Noor Khairunnisa Abd. Rahman ayu mengenakan tudung rekaan sendiri.

MATLAMAT perlu kuat diikuti dengan niat yang betul dan keazaman yang tinggi. Itu antara resipi penting untuk seseorang anak muda bergelar usahawan berjaya," tegas Noor Khairunnisa Abd. Rahman.

Berbekalkan keazaman yang kuat dan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, gadis berusia 25 tahun ini memulakan langkah pertama untuk berniaga secara sambilan ketika masih berada di menara gading lagi.

Tidak hanya berbekalkan minat, malah zaman kanak-kanak dan remajanya diwarnai dengan aktiviti membantu ibunya menjual kuih, bekerja di warung dan menjual kain.

Bertitik-tolak daripada pengalaman itu, Noor Khairunnisa memulakan perniagaan menjual selendang dan tudung ketika mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengurusan Maklumat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Langsung tidak timbul perasaan kekok atau malu biarpun pelanggan rata-rata rakan sekuliah termasuk para pensyarahnya.

Tekad gadis tinggi lampai ini, adalah untuk mencari wang daripada sumber halal bagi membiayai kehidupan di kampus sekali gus meringankan beban orang tua di kampung.

"Pinjaman pengajian cukup sekadar untuk membayar yuran dan selebihnya pandai-pandai cari sendiri.

"Namun saya tidak gentar. Saya dibesarkan dalam keluarga yang cukup berdikari. Jika inginkan sesuatu perlu berusaha dan kami tidak diajar untuk hidup meminta-minta," tegasnya.

Bermodalkan duit simpanan dan sedikit bantuan keluarga sebanyak RM1,000, Noor Khairunnisa memberanikan diri berjinak-jinak berniaga pelbagai jenis inner dan selendang.

Walaupun hanya berniaga secara sampingan, satu kepuasan apabila barangan yang dijual mendapat sambutan baik terutama di kalangan kawan-kawan.

Dalam masa sama jika ada peluang dia sering mengikuti pesta jualan yang dianjurkan oleh universiti.

Ternyata langkah awal itu menjadikan dirinya kini bergelar usahawan berjaya dalam usia yang masih muda.

Hasil titik peluh dan tekad yang tinggi untuk bekerja sendiri dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan selepas menamatkan pengajian, dia kini telah membuka butik Ayunar yang diusahakan bersama keluarga yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Minatnya dalam rekaan pelbagai jenis hijab turut mendorong anak kelahiran Johor Bahru, Johor, ini berkongsi tutorial pemakaian hijab teruama selendang yang betul dalam laman sosial YouTube yang dikenali sebagai ayunayunar.

"Walaupun pada permulaan timbul perasaan malu untuk berkongsi maklumat di YouTube, lama-kelamaan perasaan malu semakin hilang dan seronok melihat banyak pengunjung melihat hasil tutorial yang dimuat turun.

"Menggunakan YouTube, saya bukan sahaja berkongsi maklumat dan tutorial dengan peminat serta penggemar selendang, malah dalam masa yang sama turut memperkenalkan produk dan koleksi terbaru tersebut untuk dijual kepada pelanggan," kata Noor Khairunnisa.

Ujar wanita ini yang sudah lebih setahun bergelar isteri kepada Muhammad Shafie Sekak, 26, maklumat tentang produk jualannya tidak hanya terhad dalam YouTube, malah melalui blog peribadi ayunayunar.biz dan (blog shop) ayunar.biz.

"Dalam blog tersebut pelbagai maklumat cara pemakaian selendang, mengenakan solekan pada wajah dan pelbagai jenis produk jualan turut dimuatkan.

"Disebabkan permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan, saya telah mengeluarkan inner tudung sendiri di bawah label ayunar menggunakan fabrik yang sesuai dan selesa apabila dipakai.

"Penghasilan ini kerana pengalaman sendiri yang tidak selesa memakai inner tudumg yang siap dijual di pasaran," katanya.

Tambah Noor Khairunnisa lagi, permintaan yang tinggi terhadap produk jualannya di blog, mendorongnya membuka butik pada tahun lepas dengan sedikit bantuan daripada keluarga.

"Lebih daripada 30 jenis inner dengan pelbagai warna menarik rekaan ayunar dijual di sini dengan saiz yang pelbagai dan harga berpatutan.

" Produk rekaan ayunar sangat mementingkan keselesaan kepada si pemakai dengan penggunaan fabrik-fabrik seperti jersi lembut dan boleh digayakan dalam pelbagai cara. Selain itu, koleksi selendang dan baju untuk tempahan jahitan baju, manik dan hijab juga terdapat di sini.

"Menyedari permintaan dan memenuhi cita rasa pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan, ayunar telah membuka langkah baharu dengan menerima tempahan untuk pakej pengantin termasuk tempahan baju kahwin, solekan dan pelamin. Untuk rekaan baju dan solekan saya yang melakukannya sendiri," katanya sambil tersenyum.

Noor Khairunnisa berkata, untuk tempahan baju kahwin dan pelamin mereka sentiasa terbuka untuk menerima cadangan dan permintaan daripada pelanggan mengikut tema serta kehendak majlis impian mereka.

"Selalu pelanggan yang ingin mahukan perkhidmatan daripada ayunar akan berbincang terlebih dahulu konsep dan tema baju impian mereka.

"Menariknya, setiap tempahan yang dibuat, kami cuba untuk tidak terlalu mengikut rekaan asal pelanggan. Rekaan tersebut juga akan berbeza dengan setiap pelanggan yang menempah di sini," jelasnya.

Tambah anak bongsu daripada lima orang adik beradik ini, dia beruntung kerana produknya tidak hanya terhad di Malaysia sahaja malah turut mendapat permintaan dari luar negara melalui laman YouTube.

"Ketika ini, selain terkenal di kalangan pelanggan dari Malaysia, kami juga menerima tempahan secara atas talian dari luar negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia, United Kingdom dan Sepanyol," katanya.

Ditanya tentang kelebihan dan cabaran menguruskan perniagaan bersama-sama keluarga, Noor Khairunnisa mengakui berasa bertuah kerana mereka sentiasa bersepakat untuk menguruskan perniagaan tersebut.

"Bekerja dengan keluarga di bawah satu bumbung, diakui mempunyai banyak kelebihan kerana mudah untuk berurusan dan berkomunikasi jika terdapat sebarang masalah.

"Setiap orang dalam syarikat mempunyai tanggungjawab dan tugas masing-masing yang perlu dilaksanakan. Di ayunar, saya diberi tanggungjawab mengetuai bahagian pengurusan jualan dan komunikasi. Jika ada permasalahan dalam perniagaan proses dan ruang perbincangan lebih terbuka demi kemajuan dan kejayaan bersama-sama," katanya.

Tambah Ayun yang gemar menonton video atas talian di waktu lapangnya, beliau akui wujud persaingan sihat di antara peniaga-peniaga yang baharu menapak sepertinya.

"Saya jadikan ia sebagai persaiangan yang sihat dan positif untuk kemajuan syarikat. Tambahan, saya mempercayai setiap orang mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditentukan oleh Allah.

"Lagipun, dari segi pelanggan dan produk ayunar tiada masalah kerana kami mempunyai pelanggan tetap dari dalam dan luar negara yang sentiasa mendapat sokongan dan tempahan daripada mereka.

"Dalam masa terdekat ini, kami merancang untuk membuka cawangan terbaru ayunar dan mempunyai label pakaian siap dipakai oleh ayunar," jelasnya.

Anggun, persona Bahari Asyek

Posted: 09 Jul 2013 11:07 PM PDT

Kurung moden daripada fabrik polos jadi pilihan di Bahari Asyek.

Selari memartabatkan busana tradisional sebagai persalinan yang tidak akan luput ditelan arus kemodenan, Bahari Asyek iaitu label pakaian yang beroperasi di tiga butik di Shah Alam, Selangor, iaitu Busana Bahari Asyek, Bahari Asyek end of season dan Bahari Asyek Fabrik menampilkan fesyen tradisional untuk sambutan perayaan tahun ini.

Pemiliknya, Zahalina Abdul Rahman, berkata, sempena kedatangan bulan Syawal, Busana Bahari Asyek memperkenalkan rekaan fesyen tradisi baharu dengan fabrik yang unik dan selesa.

"Rekaan ini dihiasi dengan sulaman serta manik dengan kepelbagaian warna yang menarik dan memikat hati. Selain itu, rekaan ini juga menawarkan pelbagai pilihan fesyen tradisi dan potongan yang menarik menggunakan bahan-bahan fabrik yang dijual di butik kami sendiri.

"Busana Bahari Asyek mengetengahkan pelbagai fesyen dan corak busana wanita yang berteraskan kain kapas asli, syifon, sutera, linen dan. Antara koleksi pakaian rekaan kami sempena Syawal ini adalah kurung moden Jeleby, Embroidery, Zarigota dan Mofish Tail. Kecantikan busana ini diserlahkan lagi dengan penggunaan fabrik syifon mentah, syifon dan lining shemose, selain fabrik kain kapas viscose dan rayon yang menggunakan teknik ikat dan celup," katanya.

Tambah Zahalina, serlahkan penampilan anggun di pagi hari raya dengan persalinan kurung Pahang Dayang Senandung, kurung Pahang Dayang Salmah, kurung Pahang Siti Zubaidah dan kurung Pahang Mahsuri.

"Kesemua rekaan kurung Pahang ini mengggunakan pelbagai jenis fabrik yang berbeza seperti kain kapas kosong, kain kapas Swiss, rayon dwi tona dengan menggunakan teknik ikat dan celup yang menghasilkan corak warna-warna blok dan fabrik syifon renyuk (crinkle chiffon).

"Sementara itu, kurung Tun Teja dan Kebaya Cik Siti Wang Kembang turut diketengahkan pada tahun ini. Kurung Tun Teja menggunakan fabrik tenun kapas Bali yang bermotif pua, dan potongan diperbaharui dengan gaya klasik.

"Kebaya Cik Siti Wan Kembang pula telah diolah dalam potongan yang sesuai dengan gaya sekarang menggunakan fabrik viscose kosong, tenun kapas Bali dan tenun sutera broked. Harga bagi koleksi ini adalah antara RM75 hingga RM150," ujarnya.

Tambah Zahalina lagi, memahami situasi dan tradisi busana Melayu, beliau telah mengolah dan menampilkan pelbagai rekaan fesyen, corak dan potongan yang sesuai agar selesa dengan tema perayaan.

"Di Bahari Asyek End of Season pula menampilkan fesyen tradisi yang sama, cuma ia stok berteraskan dan dari koleksi yang baru lepas tetapi mempunyai kualiti sama.

"Butik ketiga dengan label Bahari Asyek Fabrik menawarkan pelbagai jenis dan corak kain seperti kain kapas cetak, bersulam dan polos dengan pelbagai warna dan corak. Bagi yang meminati sutera, pilihan sutera syifon, Shantung dan crepe ada dijual di sini," katanya.

Ujarnya, untuk menjaga tahap eksklusif, setiap fabrik hanya terdapat sepasang atau paling tinggi empat pasang sahaja yang akan dijual.

Fabrik-fabrik bermutu itu diimport dari Dubai, Turki, Mesir dan Pakistan.

Kepada yang berminat boleh berkunjung ke butik Bahari Asyek, di tingkat 1, Plaza Masalam ( Plaza Shah Alam). - SITI AISHAH YUSOFF

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


40 kedai makan diarah tutup

Posted: 09 Jul 2013 11:30 AM PDT

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my

KEADAAN lengang premis makanan yang menjalani pemeriksaan kebersihan di Terminal Bas dan Teksi Tun Sri Lanang, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 9 Julai - Sebanyak 40 daripada 674 premis makanan di sekitar bandar ini diarah tutup setelah didapati gagal mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan.

Pengarah Perubatan Kesihatan Awam Daerah Kota Tinggi, Dr. Nor Hamimah Abdullah berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Makanan 1983 bagi memastikan pelanggan di premis berkenaan tidak terdedah kepada risiko keracunan makanan.

"Kesemua 40 gerai dan restoran tersebut diarah menghentikan operasi serta-merta bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan.

"Arahan ditutup berkuat kuasa selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Bagaimanapun jika premis-premis ini berjaya melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengikut piawaian ditetapkan jabatan, premis itu boleh dibuka lebih awal dari tempoh itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai operasi bersepadu bersama Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) di sekitar bandar ini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua MDKT, Hasrin Kamal Hashim.

Dr. Nor Hamimah berkata, operasi yang dilakukan bertujuan memberi kesedaran kepada pengendali kedai makanan supaya mementingkan aspek kebersihan dalam operasi harian mereka.

Menurutnya, hasil pemeriksaan turut mendapati sesetengah pengusaha makanan mengabaikan kebersihan diri selain tidak mendapatkan suntikan typhim.

"Beberapa premis juga didapati gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan dan terdapat kehadiran tikus serta lipas berkeliaran dan ini amat berbahaya kepada pelanggan," katanya.

Kampung Parit Haji Ali juara Desa Cemerlang

Posted: 09 Jul 2013 11:30 AM PDT

BATU PAHAT 9 Julai - Kampung Parit Haji Ali, Semarang di sini diumumkan sebagai johan Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri apabila menewaskan 11 kampung lain dalam pertandingan itu.

Kemenangan itu sekali gus mengekalkan Batu Pahat sebagai daerah yang memiliki kampung tercantik dan cemerlang bagi mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan sejak tiga tahun lalu.

Dengan pengumuman itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji Ali layak menerima wang tunai sebanyak RM8,000 berserta sijil.

Naib johan iaitu Kampung Parit Mastar, Benut, Pontian memperoleh RM6,000 dan Kampung Sri Gunung Pulai, Kulaijaya mendapat RM4,000 sebagai pemenang tempat ketiga.

Pengerusi JKKK Kampung Parit Haji Ali, Jemiran Muharam berkata, kemenangan tersebut merupakan kejayaan bagi setiap penduduk kampung yang sepakat mengindahkan kampung mereka sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, jika tahun lalu kampung tersebut hanya muncul naib johan Anugerah Desa Cemerlang peringkat daerah, namun hasil usaha penduduk yang tidak pernah mengenal penat lelah, mereka berjaya menjulang kejayaan lebih besar kali ini.

"Kemenangan ini adalah hasil usaha semua penduduk, bermula dengan mengindahkan kampung sehinggalah kerjasama dalam menjaga fasiliti yang ada. Dengan usaha tanpa henti ini, akhirnya kami mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pada tahun ini.

"Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada pihak lain yang menyokong seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Pegawai Daerah Batu Pahat, Ab. Wahab Ridwan," katanya di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md. Ariff berkata, pertandingan anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu pada dasarnya ingin memupuk perhubungan dan keakraban dalam kalangan penduduk kampung.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved