Sabtu, 31 Ogos 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


T-Team jinakkan Johor DT

Posted: 31 Aug 2013 11:00 AM PDT

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI, ZAAIN ZIN, YATIMIN ABDULLAH, AZIZI MAJID
sukan @utusan.com.my

Penyerang Johor DT, Safee Sali (kiri) merembat bola sambil dihalang pemain pertahanan T-Team, Md Hassan Basri pada perlawanan Kumpulan A saingan Piala Malaysia di Stadium Larkin, Johor Bahru, malam tadi. T-Team menang 2-1. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI

KUALA LUMPUR - Pusingan kedua peringkat kumpulan Piala Malaysia mencatatkan pelbagai keputusan mengejut dengan banyak pasukan gergasi tumbang antaranya T-Team yang menewaskan skuad berstatus bintang, Johor Darul Takzim 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Walaupun penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha berjaya menembusi pertahanan kubu pertahanan The Titans dengan menggelecek dua pemain untuk gol Johor DT pada minit ke-44, cerita sebaliknya berlaku pada separuh masa kedua.

Selepas jaringan penyamaan daripada Abdul Latif Suhaimi pada minit ke-80, bekas pemain Hull City, George Boateng membuktikan pengalamannya begitu berharga buat T-Team dengan tandukan jaringan kemenangan pada masa kecederaan sekali gus memastikan persaingan dalam Kumpulan B kembali terbuka.

Di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Felda United merencatkan perjalanan gemilang PKNS dengan kemenangan 1-0 menerusi jaringan pemain dari Congo, Nsumbu Mazuwa pada minit ke-40 yang juga tiga mata pertama buat skuad The Settlers.

Juara 32 kali, Selangor semakin hampir mengucapkan selamat tinggal buat saingan Piala Malaysia apabila sekadar seri 1-1 dengan Sime Darby di Stadium Shah Alam. Walaupun Francis Forkey Doe meletakkan Red Giants di hadapan pada minit ke-45, Karlo Primorac memberikan satu mata berharga buat Sime Darby dengan jaringan penyamaan pada minit ke-79.

Sementara itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meraih kemenangan kedua apabila membenam pasukan dari Liga Perdana, Johor 4-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Gol daripada Bruno Martelotto meletakkan ATM di hadapan 1-0 pada minit ke-41 dan penjaring terbanyak Liga Super, Marlon Alex James menambah gol kedua dan Johor merapatkan kedudukan melalui Muhd. Alif Mohd. Yusof.

Namun, dua jaringan dalam tempoh tiga minit pada masa terakhir permainan oleh Christie Jayaseelan dan Venice Elphi Danny Kaya memberikan kemenangan selesa kepada ATM untuk menjadi pendahulu baru Kumpulan A.

Sarawak mengutip tiga mata dengan penuh bergaya selepas membenam Kedah 4-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching melalui jaringan Zamri Morshidi pada minit ke-55 manakala Muamer Salibasic menyumbang gol kedua minit ke-62.

Kerapuhan pertahanan Kedah membolehkan pasukan tuan rumah terus berpesta gol pada minit ke-74 dan 78 melalui penyerang berbisa, Bobby Gonzales.

Negeri Sembilan muncul pendahulu baharu Kumpulan C apabila mengejutkan juara bertahan Kelantan, 3-2 di kubu kuat The Red Warriors, Stadium Sultan Muhammad IV dengan kemenangan 3-2 apabila penyerang import Brazil, Fabio Leandro Barbosa, meledak dua gol pada minit ke-58 dan 78 buat Negeri Sembilan.

S. Sivanesan mengejutkan puluhan ribu penyokong setia Kelantan dengan gol pada minit ke-13, namun Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan pada minit ke-37 dan Ahmad Fakri Saarani memberi kelebihan sementara buat tuan rumah pada minit ke-48 sebelum Fabio Leandrao muncul wira skuad Hoben Jang Hoben.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Mohd. Khairul Ramadan muncul wira skuad Penyu dengan jaringan pada masa kecederaan bagi membolehkan Terengganu terus bernyawa dalam saingan Piala Malaysia dengan kemenangan 2-1 ke atas Pahang dengan Emmanuel Effa Owona meletakkan tuan rumah di hadapan terlebih dahulu pada minit ke-62 sebelum disamakan pemain Pahang, Azamuddin Mohd.Akil pada minit ke-68.

Lions XII kembali menghidupkan peluang mereka untuk ke suku akhir apabila mengecapi kemenangan pertama dengan menewaskan pendahulu Kumpulan D, Perak, 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura dengan keputusan kontroversi pengadil membatalkan jaringan penyamaan penyerang Perak, Paulo Rangel.

Ketua pasukan Lions XII, Hariss Harun membuka tirai jaringan pada minit ke-61, namun dapat disamakan oleh Mohd Noor Hazrul Mohd Mustafa lima minit kemudian sebelum Safuwan Baharudin memastikan tiga mata penuh menjadi milik tuan rumah dengan gol kemenangan pada minit ke-84.

Nicol hampiri gelaran kebangsaan

Posted: 31 Aug 2013 11:00 AM PDT

Nicol (kanan) mudah menundukkan Delia 3-0 pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Kebangsaan di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, semalam. - MINGGUAN/SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy dunia, Datuk Nicol Ann David seperti diduga, menghampiri gelaran wanita Kejohanan Skuasy Kebangsaan apabila mudah menundukkan Delia Arnold 3-0 (11-5, 11-8, 12-10) pada separuh akhir di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Nicol akan berdepan Low Wee Wern pada perlawanan akhir, hari ini selepas juara bertahan yang juga pemain nombor enam dunia itu hanya memerlukan 20 minit untuk menewaskan Zulhijjah Azan dalam satu lagi separuh akhir, 3-0 (11-4, 11-2, 11-2).

Kategori lelaki pula menemukan juara bertahan, Ong Beng Hee dengan Nafiizwan Adnan dalam perlawanan akhir, juga hari ini selepas masing-masing mudah memenangi separuh akhir ke atas Timothy Arnold dan Mohd. Addeen Idrakie Bahtiar.

Nafiizwan mengambil masa sehingga 41 minit untuk menang 11-7, 11-7, 11-7 sementara Beng Hee yang bakal bertemu pesaing utamanya dalam Terbuka Malaysia pula mulai 10 September ini, menewaskan Mohd. Addeen 11-5, 11-3, 11-5.

"Sebagai pemain nombor tiga Malaysia, dia memberikan tentangan yang baik malah ada kalanya pukulannya hebat terutama dalam set ketiga. Dia sentiasa berdaya saing dan memaksa saya bekerja keras.

"Ketika dia begitu hampir untuk memenangi salah satu set (mendahului), saya tidak boleh melepaskan begitu sahaja dan memastikan tumpuan tepat pada masanya sambil mengelakkan kesilapan," katanya.

Mengenai perlawanan akhir dengan Wee Wern: "Kali terakhir kami bertemu ialah dalam Terbuka Cleveland tahun lalu dan tiga set bersamanya memang panjang tetapi pertemuan kali ini pastinya berlainan. Saya tahu keazamannya untuk berada dalam 10 terbaik dunia, pasti kian membara."

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis tahan 311 individu

Posted: 31 Aug 2013 11:00 AM PDT

Oleh AZRAI MOHAMMAD dan ISWAN SHAFIQ MAT ISA
pengrang@utusan.com.my

Sebahagian lelaki yang ditahan untuk diperiksa dalam Op Cantas di sebuah pusat hiburan di Kuala Terengganu, malam semalam.

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sebanyak 311 daripada 7,719 individu yang diperiksa dalam Op Cantas Khas di seluruh negara semalam dan hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dalam operasi selama 12 jam bermula pukul 6 petang semalam, polis turut merampas enam buah kenderaan curi iaitu empat buah kereta dan dua buah motosikal.

"Selain itu, polis turut merampas beberapa jenis senjata yang ditemukan bersama suspek.

"Antaranya adalah selaras senapang angin buatan sendiri dan 25 jenis senjata berjadual seperti pedang, pisau dan parang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Op Cantas Khas dilancarkan sejak 17 Ogos lalu untuk membendung aktiviti jenayah yang mengancam keselamatan negara selaras dengan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Pelaksanaan operasi itu bagi membendung kegiatan jenayah khususnya berkaitan aktiviti kongsi gelap serta jenayah menggunakan elemen senjata api dan senjata tajam menerusi sekatan jalan raya, pemeriksaan lokasi tertentu dan serbuan.

Sementara itu di KUALA TERENGGANU, polis menahan sebanyak 89 pengunjung termasuk 10 wanita dalam Op Cantas Khas sempena sambutan Ambang Merdeka di dua pusat hiburan di bandar itu.

Kesemua mereka yang berusia antara lingkungan 20-an hingga 60 tahun diarahkan menjalani ujian saringan air kencing bagi mengesan sama ada terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, polis turut menyemak identiti kesemua mereka itu bagi mengesan sama ada terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.

"Sekiranya dikesan terlibat, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan terutamanya bagi mengelak penularan gejala negatif termasuk kongsi gelap di negeri ini," katanya selepas mengetuai operasi tersebut yang melibatkan 30 anggota pelbagai cawangan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu dan berakhir awal pagi ini.

5 lelaki disyaki Geng 04, Geng 08 ditahan

Posted: 31 Aug 2013 11:00 AM PDT

Ahmad Ibrahim (kanan) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd. Nashir Ya menunjukkan gambar tatu anggota kumpulan kongsi gelap yang telah ditahan oleh Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Alor Setar, semalam. - Bernama

ALOR SETAR 31 Ogos - Polis menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kumpulan kongsi gelap Geng 04 dan Geng 08 dalam Op Cantas Khas di dua daerah di negeri ini semalam.

Empat daripada mereka ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam dekat sini kira-kira pukul 5.40 petang semalam manakala seorang lagi ditahan pukul 12.45 tengah malam tadi di Kulim sempena operasi Ambang Merdeka.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, tangkapan di Bukit Kayu Hitam melibatkan empat lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun dan disyaki daripada Geng 04 yang dikenal pasti sebagai antara kumpulan samseng paling berbahaya.

Katanya, mereka yang berasal dari Kubang Pasu ditahan ketika berjalan kaki menuju ke Thailand.

"Polis menahan reman mereka untuk siasatan lanjut sama ada terlibat dalam beberapa kes jenayah yang dilaporkan sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.

Ahmad berkata, seorang lelaki yang ditahan di Kulim pula berusia 21 tahun dan disyaki terlibat dalam Geng 08.

Menurut beliau, lelaki itu ditahan setelah didapati terdapat simbol di badannya yang mempunyai persamaan dengan salah satu daripada 49 kumpulan yang diharamkan kerajaan.

Berikutan penahanan itu, katanya, beliau meminta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah untuk membuat siasatan lebih lanjut terhadap lima lelaki tersebut.

"Mereka ditahan di bawah Seksyen 56 dipercayai ahli namun belum dapat disahkan. Jika didapati terlibat kita akan ambil tindakan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana menjadi ahli pertubuhan haram," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sepanjang Op Cantas Khas dilancarkan sejak 17 Ogos lalu sehingga semalam, Polis Kedah memeriksa 4,014 individu dan menahan 183 orang namun sebahagian daripadanya dibebaskan setelah disiasat.

Katanya, pemeriksaan rambang membabitkan kenderaan pula adalah sebanyak 2,567 buah iaitu 1,116 kereta, 1,248 motosikal dan lain- lain sebanyak 203.

"Operasi ini tidak hanya dijalankan melibatkan 11 daerah sahaja malah pemeriksaan dilakukan terhadap mereka yang pergi ke Thailand menerusi pintu masuk Bukit Kayu Hitam atau Kota Putra," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Polis Thailand berkas penjenayah dikehendaki India

Posted: 31 Aug 2013 12:26 PM PDT

BANGKOK 1 September - Pihak polis berjaya memberkas seorang lelaki Thailand yang begitu dikehendaki oleh kerajaan India kerana didakwa terlibat dalam transaksi jual beli senjata api dengan kumpulan pemberontak India bernilai hampir AS$2 juta (RM6.6 juta).

Wuthikorn Naruenartwanich, 57, juga dikenali sebagai Willy dituduh membeli senjata termasuklah hampir 1,000 rifles, roket dan bom tangan untuk dijualkan kepada pemberontak Naga di timur laut India.

Kolonel Charoen Sisasalak berkata, suspek ditahan pada hari Jumaat lalu di rumahnya di Bangkok. - AGENSI

Amerika Syarikat adakan perjumpaan bincang isu Syria

Posted: 31 Aug 2013 12:25 PM PDT

WASHINGTON 1 September - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry, Setiausaha Pertahanan Chuck Hagel dan beberapa pegawai kanan keselamatan AS mengadakan perbincangan tentang Syria semalam, dengan turut diadakan perjumpaan Senat Demokratik serta Persidangan Senat Republikan.

``Perjumpaan sulit itu merupakan sebahagian daripada perundingan pentadbiran berhubung rejim Assad menggunakan senjata kimia di Syria pada 21 Ogos lalu, kata seorang pegawai White House.

Pengarah Perisikan Nasional, James Clapper, Penasihat Keselamatan Negara, Susan Rice dan Laksamana James Winnefeld turut mengambil bahagian dalam perjumpaan itu. -REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Agenda tersirat gugat patriotisme

Posted: 31 Aug 2013 11:00 AM PDT

Oleh Ku Seman Ku Hussain

Penerapan nilai patriotisme dalam kalangan generasi muda penting untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan negara tidak digadai oleh pihak yang berkepentingan politik.

PERUBAHAN landskap politik sejak 2008 turut memberikan kesan yang besar terhadap sosial dan budaya masyarakat di negara ini. Pasca Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU-12) itu memperlihatkan wujudnya usaha membawa campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal dalam negara. Ini adalah penjajahan baharu kuasa luar diberi laluan untuk menentukan hala tuju kompas ekonomi dan budaya negara ini.

Pada masa sama wujud gerakan mahu menulis semula sejarah, Perlembagaan malah institusi raja dengan mempersoalkan perkara-perkara tersebut.

Landskap politik pasca PRU-12 berlarutan hingga kini dan digunakan oleh pihak tertentu untuk menghakis nilai-nilai yang telah diterima oleh semua kaum dalam kontrak sosial. Ini menimbulkan persoalan adakah nilai patriotisme sesetengah warga telah terhakis? Adakah ini sengaja dijadikan agenda untuk meraih keuntungan politik dengan mengorbankan nilai patriotisme?

Semalam negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 56. Seperti biasa acara menjelang tengah malam meriah dengan sambutan penuh warna-warni, persembahan hiburan dan bunga api. Menyambut ulang tahun kemerdekaan adalah satu bentuk penghayatan warga terhadap negaranya. Tetapi lebih penting sambutan itu mesti mampu menyemarakkan nilai patriotisme, menghargai perajurit dan menangkis segala bentuk pengkhianatan. Kerana itu usaha semarakkan patriotisme perlu berterusan dan bukan sahaja menjelang ulang tahun kemerdekaan.

Di sebalik kemeriahan sambutan kemerdekaan kita tidak boleh menafikan realiti untuk mewujudkan satu penjajahan baharu dalam kalangan warga. Banyak peristiwa yang berlaku pada pasca PRU-12 membuktikan ada gerakan tersusun oleh pihak tertentu untuk memesongkan pemikiran daripada makna patriotisme yang sebenar.

Sepatutnya ini lebih diutamakan daripada memikirkan sikap sesetengah warga kota yang tidak memasang bendera di premis mereka. Kerana mahu melihat lebih banyak bendera dipasang menjelang ulang tahun kemerdekaan maka tercetuslah idea untuk mewajibkan pemasangan bendera. Lebih banyak bendera lagi bagus tetapi ini bukanlah caranya untuk kita mengukur tahap patriotisme.

Pemasangan bendera bukan perkara utama apabila kita memperkatakan tentang tahap patriotisme. Bendera adalah lambang dan yang wajar dipersoalkan kenapa ada warga yang tidak menggunakan lambang itu untuk menunjukkan semangat patriotisme mereka. Kalau dianalogikan sebagai pokok, bendera adalah bunga. Yang menjejaskan kualiti bunga adalah akar tunjangnya. Maka yang perlu diperiksa adalah akar kerana di situ bermula segalanya.

Kalau diadakan undang-undang mewajibkan pemasangan bendera, hasilnya tentulah pada tahun depan jumlah yang mengibar bendera naik mendadak. Soalnya adakah banyak bendera yang dipasang kerana takut kepada undang-undang boleh dijadikan kayu ukur patriotisme?

Kita tidak perlulah terlalu bersedih hingga ke tahap nak menangis" kerana tidak banyak warga yang memasang bendera. Sepatutnya kita berfikir mencari jalan mengatasi desakan sesetengah pihak yang jelas tidak patriotik. Pihak berkuasa mesti bertindak terhadap apa sahaja usaha untuk memesongkan pemikiran kepada makna baharu patriotisme yang mahu ditonjolkan. Ini adalah untuk kepentingan politik bukan kepentingan negara.

Persoalan

Bagaimanapun timbul persoalan apakah tindakan kepada warga yang menghina lagu Negaraku menjadi Negarakuku? Apakah tindakan terhadap pihak yang sengaja mengibarkan bendera ciptaan sendiri untuk menafikan Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi negara pada ulang tahun kemerdekaan tahun lalu?

Mengambil tindakan terhadap perbuatan yang secara terang-terangan menghakis nilai patriotisme jauh lebih patriotik daripada mewajibkan pemasangan bendera.

Tahap patriotisme sesetengah pihak berada pada paras yang sangat kritikal. Lihatlah apabila pengganas menyerang negara ini di Lahad Datu, Sabah tidak lama dahulu, ada pihak menganggap itu sebagai sandiwara yang dilakukan oleh kerajaan. Di manakah nilai patriotisme mereka yang mahu mempolitikkan segala perkara waima perkara yang menjejaskan kedaulatan negara?

Maka kita sebagai warga yang setia kepada tanah air yang satu ini wajar menganggap tindakan itu sebagai tidak patriotik. Kalau mereka menafikannya, ini bermakna sudah ada agenda untuk memesongkan makna patriotisme yang sebenarnya.

Ahli akademik dan tokoh budaya, Profesor Dr. Zainal Kling mengakui tindak tanduk sesetengah pihak mewajarkan kita mempersoalkan tahap patriotisme mereka kepada negara ini. Katanya, walaupun sukar untuk menentukan tahap patriotisme seseorang tetapi tindakan yang ditunjukkan membolehkan kita mempersoalkan tahap patriotik mereka.

Serangan pengganas di Lahad Datu yang terbukti benar-benar berlaku dan ada perajurit yang terkorban. Apabila ada yang menganggap ini sebagai sandiwara, maka kita boleh mempersoalkan tahap patriotik mereka terhadap negara ini," tegas Dr. Zainal Kling.

Beliau melihat sudah wujud satu kecenderungan mengalih pemikiran warga seluruhnya terhadap makna patriotik yang selama ini kita fahami. Mereka berkata mereka juga patriotik tetapi secara halus maknanya sudah berbeza.

Apabila mereka menentang filem Tanda Putera mengenai dua negarawan, Tun Razak dan Tun Dr. Ismail tetapi pada masa yang sama mereka menyokong filem Cina yang menyinggung perasaan orang Melayu, saya fikir tindakan ini tidak patriotik," tegas Dr. Zainal Kling mengenai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menasihatkan" pemilik pawagam di Pulau Pinang supaya jangan menayangkan filem Tanda Putera.

Sama ada ini satu arahan atau nasihat" oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, yang jelas kelihatan daripada perbuatan ini adalah bertentangan dengan aspirasi nasional yang sewajarnya melangkaui batas politik dan kaum. Menentang sesuatu yang membawa aspirasi nasional dan menyokong sesuatu yang menjurus kepada kaum tertentu adalah tindakan tidak patriotik dalam konteks negara pelbagai kaum ini.

Dr. Zainal Kling juga mempersoalkan patriotisme kerajaan negeri Pulau Pinang yang banyak memberikan tumpuan kepada acara kebudayaan yang menjurus kepada kecinaan termasuk mengadakan majlis memperingati Sun Yat Sen yang sama sekali bertentangan dengan aspirasi nasional. Kebudayaan nasional seperti yang termaktub dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 adalah yang berteraskan kebudayaan Melayu.

Secara perlahan-lahan tindakan mengenepikan aspirasi nasional ini mengalih pemikiran warga kepada satu nilai baharu untuk tujuan kelangsungan politik pihak tertentu. Inilah sebenarnya masalah besar yang perlu ditangani selepas kuasa politik Melayu yang menjadi paksi kepada kestabilan politik negara ini sudah tidak sekukuh dahulu.

Tindakan tidak patriotik ini dicetuskan oleh fenomena global dengan dunia tanpa sempadan yang mewujudkan dua bentuk negara. Satu negara realiti yang mempunyai sempadan politik, budaya dan geografi, satu lagi negara maya yang terbentuk daripada dasar langit terbuka dalam komunikasi. Negara maya inilah yang membawa nilai-nilai yang bertentangan dengan aspirasi nasional atas nama demokrasi, keadilan sosial dan perjuangan hak asasi manusia. Pemikiran liberal negara maya ini memberi cabaran kepada nilai patriotisme yang menjadi asas kekuatan negara realiti yang dibina tanpa disempadani garis politik.

Sempena ulang tahun kemerdekaan negara, semua pihak perlu melihat secara mikro usaha-usaha pihak tertentu untukmenghakis kecintaan kepada negara. Apabila tembok kecintaan kepada negara ini dapat ditembusi, mudahlah pihak yang berkepentingan menyuntik idealisme baharu dengan menjaja liberalisme yang kononnya menjadi asas demokrasi.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 31 Aug 2013 11:00 AM PDT

SPRM diiktiraf

Najib Tun Razak (kiri) bersama Abu Kassim Mohamed di Kuala Lumpur, kelmarin.

Ada dua perkara berkaitan isu memerangi rasuah minggu ini yang menarik perhatian Awang.

Pertama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas keterbukaan, ketelusan dan profesionalisme.

Perakuan daripada Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) itu membuktikan pencapaian SPRM adalah bertaraf dunia.

Suruhanjaya tersebut yang berstatus bebas, merujuk dan menjawab kepada Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai rasuah, lembaga penasihat bebas, jawatankuasa aduan dan dua panel perundingan.

Awang ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed dan seluruh warga kerja atas komitmen mereka.

Walaupun SPRM menjadi sasaran tohmahan dan mangsa budaya politik murahan sebahagian pemimpin pembangkang, suruhanjaya itu sedikitpun tidak goyah. Awang tabik keyakinan dan kecekalan yang ditunjukkan oleh SPRM di bawah teraju Abu Kassim.

Kedua, Awang bersyukur, Perdana Menteri, Najib Tun Razak menyatakan komitmen untuk memerangi rasuah menerusi gerakan pembaharuan berteraskan integriti secara menyeluruh.

Sejak menjadi Perdana Menteri, beliau tidak putus-putus memberi penekanan kepada usaha tersebut meliputi tadbir urus kerajaan hinggalah kepada budaya niaga dan korporat yang bertanggungjawab serta beretika.

Kelmarin, Awang teruja apabila Najib beriltizam untuk memastikan gejala rasuah di negara ini sebagai sebahagian daripada kisah silam yang tidak akan berulang.

Ia sesuatu yang bukan mudah kerana cabarannya cukup besar dan kompleks. Namun Awang yakin negara mampu menempa era baharu yang lebih bersih daripada gejala rasuah asalkan ada kemahuan politik yang tinggi sepanjang masa.

Teruskan Datuk Seri...

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Posted: 31 Aug 2013 06:46 AM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

PULAU PINANG 31 Ogos - Di sebalik 'nasihat' yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap pemilik panggung supaya tidak menayangkan filem patriotik Tanda Putera atas alasan keselamatan, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton pada hari pertama tayangannya di negeri ini.

Tinjauan Utusan Online di sebuah pawagam di Bayan Baru mendapati, 60 peratus tiket untuk slot tayangan pukul 9.30 malam telah habis dijual walaupun tayangannya di negeri ini "terlewat" dua hari berbanding tempat lain.

Seorang petugas kaunter yang dikenali sebagai Miza berkata, bagi slot tayangan tersebut, sebanyak 160 tempat ditawarkan yang mana lebih 100 telah ditempah.

" Jualan tiket pada sebelah pagi tadi agak perlahan namun keadaan berubah menjelang petang dan malam.

"Bagi slot tayangan tengah malam pula,jualan tiket masih dibuka dan sehingga sekarang, sebanyak 20 peratus telah dibeli," katanya. - UTUSAN ONLINE

Belanja RM800 untuk rambut

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Gambar MOHD AZIM ABD RAHMAN

IKA akan pergi ke salun setiap dua minggu sekali untuk memastikan rambutnya terpelihara.

Bagi penyanyi yang kini semakin meningkat namanya dalam dunia lakonan, Ika Nabella, memiliki rambut panjang sehingga ke paras pinggang membuatkan dirinya berasa lebih yakin dengan penampilannya sendiri.

Mula menyimpan rambut panjang sejak berusia 16 tahun, persoalan bagaimana dia menjaga rambut kerap diajukan kepadanya.

"Sebenarnya ramai yang fikir kalau simpan rambut panjang, ditambah pula macam saya yang mempunyai rambut panjang hingga ke pinggang, tentu sukar untuk menjaganya.

"Sebenarnya tidak sukar pun. Apa yang penting kena bijak mengurusnya.

"Macam saya, setiap tiga bulan sekali, saya akan pergi ke salun untuk potong rambut sahaja sebab saya tidak mahu ia terlalu panjang sehingga melepasi paras pinggang.

"Kebiasaannya, dua minggu sekali saya akan datang ke salun untuk rawatan rambut bagi memastikan rambut tidak rosak. Bagi saya, buat apa simpan rambut panjang, tetapi rambut yang disimpan itu rosak," katanya.

Ditebak persoalan sama ada dia rimas berambut panjang, Ika berkata, mereka yang tidak biasa berambut panjang mungkin akan berasa rimas tetapi baginya yang sudah menyimpan rambut panjang sejak sekian lama, ia tidaklah sukar.

"Selalunya kalau nak tidur, saya akan pastikan rambut saya digulung rapi, sebab bila tidak digulung, kadang-kadang rasa tak selesa hendak tidur," katanya.

Belum sedia potong rambut pendek

Bagi seorang pelakon, ada kalanya mereka mendapat watak yang sangat bertentangan dengan diri mereka, namun dirasakan sesuai di mata pengarah.

Malah, ada watak yang memerlukan seseorang yang kurus menjadi gemuk, cantik menjadi hodoh dan berambut panjang menjadi rambut pendek.

Pengorbanan itu terpaksa dilakukan oleh pelakon untuk menghidupkan watak yang dimainkan di layar skrin.

Bagi Ika, dia pernah mendapat tawaran untuk membawakan watak yang memerlukan dirinya berambut pendek dan dia terpaksa menolak tawaran itu kerana belum bersedia untuk memotong rambutnya.

"Pernah baru-baru ini, ada tawaran untuk saya berambut pendek. Saya tolak kerana saya belum sedia nak potong rambut. Kalau pakai rambut palsu pun tidak sesuai kerana rambut saya panjang, kalau simpul... nampak pelik," jelasnya.

Malah, tambah Ika, jika imbuhan yang diberikan benar-benar berbaloi dengan pengorbanan yang terpaksa dilakukannya, barulah dia bersedia untuk memotong rambut pendek.

"Kalau imbuhan yang diterima berbaloi, saya akan fikirkan sama ada mahu potong atau tidak," katanya.

Tambah Ika lagi, pernah sekali rambutnya dipotong ketika dia baru sahaja keluar daripada satu rancangan realiti yang disertainya dahulu.

"Dulu, masa saya keluar daripada pertandingan itu, rambut saya didandan dan dipotong kerana sukar hendak membuat rekaan rambut yang sesuai dengan saya ketika itu.

"Masa itu muda lagi, umur baru 19 tahun. Bila mereka cakap kena potong, saya reda sahaja. Saya memang sayang, tetapi hendak buat macam mana?," ujar Ika.

Berbelanja besar untuk rambut

Ketika sesi pengambaran dilakukan, rawatan Argan menggunakan minyak Argan dari Maghribi sedang dilakukan untuk membetulkan kembali rambutnya.

Persoalannya, berapa banyak wang yang pernah dihabiskan Ika bagi menjaga rambutnya. Ujar Ika, paling besar dia berbelanja untuk rambutnya adalah sebanyak RM800.

"Tahun lalu, saya pergi ke salun untuk mewarnakan rambut. Saya jarang mewarnakan rambut tetapi dek kerana mahu merasakan kelainan ketika itu, saya warnakan rambut saya.

"Rambut saya panjang, jadi bila ia panjang, kos untuk mewarnakan rambut juga bertambah. Itu yang buat saya berbelanja besar ketika itu," katanya.

Berbicara mengenai pembaziran, jelas Ika, ia sebenarnya tidaklah membawa kepada pembaziran kerana setiap wanita mahu diri kelihatan cantik, dan jika berbelanja besar memberi kepuasan kepada mereka, apa salahnya.

"Bagi saya tidak membazir pun. Apa yang penting, berbelanja ikut kemampuan diri dan yang pasti, perbelanjaan itu benar-benar memberi kepuasan kepada diri sendiri."Kalau nak cakap saya berbelanja besar, sebenarnya ramai lagi wanita lain yang membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk diri mereka kelihatan cantik. Tidak salah pun. Apa yang penting, ukur baju di badan sendiri.

"Janganlah sampai berbelanja besar sehingga tiada wang langsung untuk dibelanjakan. Itu yang membazir sebenarnya," ujar Ika.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Remaja waris keamanan negara

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Mohd. Khairi berpendapat ilmu pengetahuan mampu menjadi benteng daripada dijajah.

BULAN kemerdekaan sudah pasti membuatkan seluruh rakyat Malaysia terkenang akan peristiwa bersejarah yang berlaku 56 tahun lalu apabila Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka.

Dengan tema Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku tahun ini, sudah pasti kita sedar bahawa tanggungjawab memelihara kemerdekaan ini bersama-sama terutamanya generasi muda.

Rata-rata daripada mereka sudah lahir selepas merdeka, jadi mereka tidak tahu kepentingan menjaga keharmonian serta memelihara keamanan yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu.

Kita juga sebenarnya perlu menyambung perjuangan nenek moyang kita untuk berperang tetapi di dalam bentuk yang berlainan apabila sebahagian kehidupan kita dilengkapkan dengan pelbagai teknologi.

Teknologi mampu meruntuhkan jati diri generasi muda sekiranya mereka alpa dan lalai, perkara ini menjurus kepada penjajahan minda yang akan menghakis semangat patriotik dan nilai-nilai murni cinta akan negara.

Jika dahulu perang yang berlaku memang kita boleh lihat secara zahir tetapi kini lebih bahaya kerana secara diam dan tidak sedar anak-anak muda dijajah dengan perlahan.

Sedikit demi sedikit budaya kita ditinggalkan, malah mereka cenderung terpengaruh untuk mengamalkan budaya asing tanpa membuat pertimbangan terlebih dahulu.

Kesedaran di peringkat awal amat penting kerana tidak guna melaungkan merdeka berkali-kali sekiranya tidak faham erti di sebalik ungkapan keramat itu. - AZRIN/AIZZUL

Usah pandang remeh

KEMERDEKAAN boleh diibaratkan sebuah trofi yang perlu digilap sepanjang masa dan disimpan di tempat yang istimewa untuk ditatapi generasi sekarang mahu pun akan datang.

Menurut Mohd. Khairi Ramli, 25, ibu bapa tidak seharusnya memandang remeh untuk menerapkan semangat patriotik kepada anak-anak mereka bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang.

Menjelang dewasa, mereka akan mudah terpengaruh dengan budaya barat terutamanya mereka yang tinggal di bandar-bandar besar kerana teknologi mengelilingi mereka.

Memang kita sudah merdeka dari penjajahan secara fizikal tetapi saya khuatir mereka akan dijajah dari segi minda dan spiritual," katanya.

Dia yang juga seorang pelukis pelan disalah sebuah syarikat terkemuka di ibu kota turut menyarankan agar ibu bapa sentiasa mengambil tahu pergerakan anak-anak mereka terutamnya dalam menggunakan teknologi.

Katanya lagi, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin yang mampu dijadikan sebagai benteng daripada dijajah.

Sebagai rakyat generasi baharu hari ini, ilmu pengetahuan yang dimiliki dapat membuatkan kita berfikir panjang agar dapat mempertimbangkan segala maklumat dan tindakan yang akan dibuat.

Banyak yang saya lihat terutamanya di laman sosial, mereka menerima maklumat yang dibaca bulat-bulat dan terus menekan butang share, sedangkan mereka tidak tahu tindakan sedemikan mampu menimbulkan kekacauan sekiranya maklumat itu tidak sahih," katanya.

Terus perjuang kemerdekaan

KESENGSARAAN dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu sememangnya relevan untuk dijadikan teladan bagi kita yang sedia lahir di dalam sebuah negara yang aman.

Menurut eksekutif Teknologi Maklumat di sebuah syarikat swasta, Johari Jalaludin, 30, bagi menempuh cabaran kehidupan di zaman serba moden, pengajaran daripada kisah dahulu perlu dititik beratkan.

Kemerdekaan fizikal adalah sesuatu yang nyata dan mudah dilihat dan semua itu telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita tetapi kita perlu sedar bahawa perjuangan dari segi mental perlu diteruskan.

Semua ini dapat dilaksanakan sekiranya generasi muda mempersiapkan diri dengan ilmu demi mempertahankan jati diri sebagai rakyat yang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan," katanya.

Tambahnya, masyarakat juga tidak sepatutnya membiarkan sebarang pengaruh asing sewenang-wenangnya mengawal pemikiran dan minda kita terutamanya remaja yang sudah tentu mempunyai sifat ingin tahu.

Katanya lagi, persekitaran di tempat kerjanya mendorong dirinya memastikan keharmonian di antara semua kaum dapat dikekalkan.

Saya bermula dengan diri

sendiri, saya cuba mengelakkan

api permusuhan di antara kaum dan hidup saling bantu-membantu mengeratkan perpaduan," katanya.

Usah sesekali leka

IBARAT gunting di dalam lipatan, tidak perlu berjaga-jaga dengan anasir luar sedangkan musuh sebenarnya boleh wujud dari dalam negara sendiri".

Begitulah kata-kata Nordiana Nasir, 25, yang sentiasa mengingatkan dirinya serta masyarakat sekitar tentang kepentingan peka terhadap wujudnya musuh dalaman.

Katanya, remaja menjadi sasaran oleh sesetengah pihak bagi mewujudkan huru-hara yang secara tidak langsung merosakkkan imej negara sebagai sebuah negara yang maju serta mengamalkan perpaduan.

Saya tidak puas hati kerana ada sahaja pihak yang sengaja membuat kecoh dengan menggunakan pelbagai perkara untuk dijadikan isu yang mampu menghasut minda generasi muda.

Lebih memburukkan keadaan, remaja yang tidak berfikir panjang pula dengan mudah terpedaya. Mereka sanggup menyertai demonstrasi jalanan dan menentang pihak berkuasa semata-mata mendapat bayaran lebih kurang RM30," katanya.

Tambahnya, kejadian yang sudah berlaku seharusnya memberi kesedaran kepada mereka kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Sebaliknya, remaja katanya perlu bersyukur dengan apa yang sudah dikecapi sekarang.

Bagi saya Malaysia sudah cukup sempurna. Kita sebagai rakyat harus bersatu padu mengekalkan keharmonian sedia ada demi kebaikan bersama pada masa kini dan akan datang.

Kepada pihak yang cuba menghancurkan negara, lupakan hasrat anda kerana perjuangan anda tidak membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Jalankan tanggungjawab

TANGGUNGJAWAB kita sebagai rakyat bukan sahaja terhadap diri sendiri ataupun keluarga, malah tanggungjawab kepada negara juga harus dilaksanakan.

Menurut Safura Zahirah Yusoff, 29, tidak sukar melaksanakan tanggungjawab kepada negara tetapi generasi kini perlu memahami kepentingan mereka terhadap masa depan negara.

Pilihan raya baru-baru ini juga menunjukkan bilangan remaja yang keluar mengundi meningkat. Ini menunjukkan sebahagian besar daripada generasi muda sedar negara memerlukan sokongan mereka.

Asalkan kita mematuhi undang-undang dan patuh dengan segala tuntutan kerajaan, kita sudah boleh dikatakan seorang rakyat yang baik dan bertanggungjawab, tambahan pula di bulan kemerdekaan ini," katanya.

Dia juga berpendapat masyarakat

kini terlalu jauh dengan peristiwa

merdeka dan menyebabkan masih ada yang tidak mengingati tarikh keramat 31 Ogos 1957, apatah lagi mengibarkan Jalur Gemilang.

Mengibar dan menghormati Jalur Gemilang juga merupakan salah satu tanggungjawab kita, apa salahnya kita mengibarkannya walau sekali dalam setahun," katanya.

Kita perlu bersyukur

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Generasi muda perlu bersyukur dengan apa yang mereka kecapi kini. Ia adalah hasil titik peluh dan darah para pejuang yang bermati-matian mendapatkan kemerdekaan tanah air. - Gambar Hiasan/BERNAMA

PERASAAN gerun sememangnya tidak digemari oleh sesiapa tetapi siapa sangka ia wujud dalam kalangan rakyat Malaysia apabila negara digemparkan dengan pelbagai kejadian jenayah yang tidak pernah dijangkakan.

Kita telah merdeka sejak 56 tahun yang lalu tetapi kejadian ini telah membuatkan rakyat Malaysia tertanya-tanya bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai undang-undang yang ketat berkaitan senjata api.

Kini baru kita faham betapa gerun dan tertekannya rakyat terdahulu ketika kita masih dijajah. Bunyi tembakan boleh didengar di mana-mana dan kejadian menyayat hati juga mungkin berlaku di depan mata mereka.

Namun agak malang apabila masih ramai di luar sana tidak menyedari betapa besar pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu di dalam menuntut kemerdekaan demi kesejahteraan kehidupan kita pada hari ini.

Gaya hidup serba moden, dimudahkan lagi dengan teknologi yang berkembang pesat sepatutnya mengingatkan kita bahawa mengingati pengorbanan mereka sudah cukup membuatkan mereka berbangga.

Lihatlah sendiri di luar sana, walaupun sudah tiba bulan kemerdekaan, masih ramai yang enggan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda mereka menzahirkan semangat cintakan negara.

Ia perkara yang cukup mudah sebagai cara kita hargai serta tunjukkan semangat patriotik. Bendera bukannya mahal ataupun sukar dicari tetapi mengapa perkara sedemikian tidak dilakukan?

Kempen telah dilancarkan di seluruh negara tetapi sedarkah kita, golongan dewasa juga perlu menyertai kempen kemerdekaan kerana golongan kanak-kanak telah diterapkan di sekolah?

Dengan keamanan, keharmonian serta kemajuan yang Malaysia miliki kini, kita harus mengekalkannya dengan mengamalkan nilai-nilai murni tanpa berasa sangsi kerana percayalah, kepimpinan hari ini mampu membawa kita serta generasi akan datang ke arah masa depan yang lebih cerah.

KHAIRIL MUHAIMIN

Kemaman, Terengganu

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


SPNB siap 80,690 unit rumah

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Oleh ABDUL RAZAK DIN
pengarang@utusan.com.my

Ahmad Maslan (tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar dari lima universiti tempatan yang menerima Sijil Menguji Perisian HP di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang sehingga kini telah pun menyiapkan 80,690 unit rumah rakyat di seluruh negara yakin dapat membantu kerajaan untuk membina satu juta unit rumah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kerajaan berpuas hati dengan pencapaian SPNB setakat ini dalam melaksanakan program Rumah Mesra Rakyat, Rumah Mampu Milik, membangunkan semula projek terbengkalai serta membina projek perumahan untuk mangsa-mangsa tsunami.

Katanya, sehingga kini sebanyak 67,111 unit rumah telah pun diserahkan kunci dan bakinya lebih 20,000 unit lagi sedang proses untuk di siapkan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 22,411 unit Rumah Mampu Milik telah disiapkan, Rumah Mesra Rakyat (28,172 unit), dua projek khas membaik pulih rumah terbengkalai (14,939 unit) dan membina rumah kepada penduduk yang dilanda tsunami dan mangsa banjir (7,088 unit).

Ahmad Maslan berkata demikian pada sidang akhbar semasa lawatannya ke Ibu Pejabat SPNB di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh.

Ahmad Maslan, pihaknya juga sudah membina 6,550 unit rumah untuk keperluan tentera melalui kerjasama antara SPNB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

"Kita dapati skim rumah yang paling popular dan tinggi permintaannya masa kini ialah pembinaan Rumah Mesra Rakyat yang sehingga kini sebanyak 28,172 unit telah disiapkan.

"Dari jumlah yang disiapkan itu, sebanyak 67,111 unit telah pun diserahkan kunci untuk diduduki," katanya.

Menurutnya, SPNB akan terus membantu kerajaan dalam usaha murni ini kerana kerajaan mahu rakyat perlu memiliki rumah sendiri dan bukan secara menyewa dan sebagainya.

Ahmad Maslan berkata, dari kajian yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap 5,000 responden mendapati rakyat memang memerlukan tiga keperluan utama iaitu perumahan, kos sara hidup yang seimbang dan harga yang sesuai.

Tempoh pinjaman: Angkasa mahu jumpa PM

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Oleh MUHAMAD AZRIN MAD HEDER
pengarang@utusan.com.my

Abdul Fatah Abdullah (kanan) menunjukkan kreativiti kakitangannya menghiaskan kenderaan dengan Jalur Gemilang pada majlis Kempen Kibar Jalur Gemilang 2013 dan Menyerikan Malam Sambutan Menyambut Ambang Merdeka di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap dapat bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu pengurangan tempoh pinjaman peribadi bagi penjawat awam.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu.

Menurut beliau, pihaknya berpendirian keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengehadkan tempoh pinjaman peribadi bagi penjawat awam kepada 10 tahun membebankan penjawat awam.

Sehubungan itu, beliau berharap, kerajaan mempertimbang cadangan Angkasa dan CUEPACS supaya tempoh pinjaman tersebut dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga 15 tahun.

"Kita berharap dapat berjumpa Perdana Menteri bagi membincangkan isu ini sebelum pembentangan Bajet 2014," katanya kepada pemberita dalam majlis pelancaran Jalur Gemilang Gergasi di Wisma Ungku Aziz, dekat sini hari ini.

Sebelum ini, BNM menetapkan tempoh pinjaman peribadi maksimum dihadkan kepada 10 tahun bagi penjawat awam.

Menurut BNM, langkah itu bertujuan mengekang hutang isi rumah ketika ini yang berada pada paras 83 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, pihaknya sudah mengkaji impak dari segi sosial kepada peminjam khususnya kakitangan kerajaan berhubung syarat baharu BNM tersebut yang akan menyebabkan mereka lebih terbeban.

Lamb of God: Jakim bantah penganjur

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

PUTRAJAYA 30 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membantah kumpulan heavy metal, Lamb of God daripada membuat persembahan di negara ini berdasarkan latar belakang kumpulan itu serta genre muzik yang dibawa mereka.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, pihak bertanggungjawab diharapkan tidak meluluskan kemasukan kumpulan itu dengan mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini.

Pada masa sama, beliau berkata, tindakan itu perlu diambil untuk menjaga kemaslahatan umat dengan tidak membenarkan terciptanya ruang kepada pelbagai krisis akidah, permasalahan moral serta keruntuhan akhlak.

Menurutnya, nama asal kumpulan itu ialah Burn The Priest dan pernah terpalit dengan kontroversi sehingga dituduh sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat serta anti ketuhanan oleh penganut Kristian.

"Pelbagai istilah menunjukkan kumpulan ini sering mempermainkan unsur keagamaan dan ketuhanan dalam lagu dan imej mereka, malah nama kumpulan itu iaitu Lamb of God merujuk kepada Jesus yang difahami penganut Kristian sebagai 'anak Tuhan'.

"Malah, kumpulan itu pernah membuat persembahan di Amerika Syarikat dengan mencampur aduk lagu metal dengan bacaan ayat al-Quran dan menyentuh unsur keagamaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis perasmian Program Kibar Jalur Gemilang dan Pelepasan Kenderaan Merdeka di pekarangan ibu pejabat Jakim.

Kumpulan berkenaan yang berasal dari Amerika Syarikat dijadualkan membuat persembahan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Othman berkata, antara lagu kumpulan itu ialah Walk With Me In Hell (Berjalan denganku dalam neraka); Sacrament (istilah majlis kerahmatan dalam agama Kristian); Resurrection (Kebangkitan) serta menerbitkan album New American Gospel yang jelas bertentangan dengan syariat Islam dan nilai moral.

"Penganjuran ini bukan saja boleh memberi ruang kepada penularan gejala keruntuhan moral, malah turut memberi kesan terhadap akidah.

"Persembahan kumpulan muzik yang keterlaluan biasanya akan menyebabkan penonton hilang kawalan. Kemasukan kumpulan ini dikhuatiri akan menyuburkan semula aliran black metal," katanya.

Pada masa sama, Othman berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-72 yang bersidang pada 23 Januari 2006 telah membincangkan tentang kumpulan black metal serta langkah untuk menanganinya.

"Muzakarah memutuskan amalan dan perbuatan kumpulan black metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar, jadi umat Islam diminta menjauhi kumpulan berkenaan kerana perbuatan serta amalan mereka boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam.

"Selaras dengan keputusan itu, beberapa negeri termasuk Melaka, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Selangor menfatwakan kumpulan black metal sebagai menyeleweng," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Wajib pertahan kemerdekaan

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Oleh LUQMAN HAZIQ
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 30 Ogos - Rakyat pelbagai kaum digesa bukan sahaja bersama-sama berganding bahu memastikan negara terus selamat, malah wajib mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain itu semua pihak turut diminta supaya sentiasa menjaga dan memastikan kesejahteraan berpanjangan.

"Marilah kita doakan agar negara tercinta terus dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, keteguhan ekonomi, dijauhkan daripada segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran negara.

"Tanamkanlah rasa kasih sayang antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan semoga sentiasa hidup dalam kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman," katanya dalam status terbaharu menerusi laman sosial, Facebook sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-56 esok.

Beliau turut berdoa semoga negara ini sentiasa dilindungi dan di bawah keampunan Allah SWT.

Dalam entri bertema Rakyat Muafakat Negaraku Berdaulat Negeriku Berkat itu, Mohamed Khaled berkata, Muafakat Johor menjadi tulang belakang kepada pelengkap kesejahteraan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri ini.

"Penekanan muafakat kepada aspek keharmonian, kesepakatan, persefahaman, bertolak ansur, bekerjasama serta menanam jati diri sebagai anak negeri Johor tanpa mengira bangsa, agama mahupun warna kulit wajar dipelihara dan dipupuk agar terus menjadi teras amalan bangsa Johor," katanya.

Pemuda UMNO Chaah Bandar edar 1,000 Jalur Gemilang

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

PESERTA Kembara Merdeka bersama pelajar dan warga SMK Chaah bergambar sambil mengibarkan Jalur Gemilang di pekarangan SMK Chaah, Labis, semalam.

LABIS 30 Ogos - Sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-56 esok, Pemuda UMNO Cawangan Chaah Bandar mengedarkan sebanyak 1,000 Jalur Gemilang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chaah, semalam di bawah program Kembara Merdeka.

Ketuanya, Mohd. Shah Shukoree Abu, 32, berkata, program itu bertujuan menyuntik semangat patriotik dalam kalangan rakyat terutamanya pelajar untuk mengingati Hari Kemerdekaan dengan bersama-sama memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah dan kediaman mereka.

Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang yang diedarkan itu adalah sebagai simbolik dan sokongan Pemuda UMNO Cawangan Chaah Bandar kepada Kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Kami memilih SMK Chaah kerana sedar semangat kemerdekaan dan patriotisme ini harus dipupuk bermula di peringkat sekolah," katanya selepas berkonvoi menggunakan motosikal bagi mengedarkan Jalur Gemilang berkenaan.

Konvoi tersebut mendapat kerjasama daripada persatuan motosikal berkuasa tinggi, Botak Bikers yang disertai lebih 40 penunggang dan melalui jalan utama di Chaah sebelum berhenti dan mengagihkan kesemua bendera tersebut kepada para pelajar SMK Chaah.

Mohd. Shah turut mengajak rakyat, khususnya di negeri ini supaya mengingati pentingnya kemerdekaan bagi setiap lapisan masyarakat.

Ini kerana kita perlu menjaga keamanan agar tidak berlaku pergolakan seperti negara luar. Keharmonian dan keamanan penting bagi negara dan kita patut bersyukur dengan keadaan ini," katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Chaah, Maimon K. Mohamed berbesar hati menerima kunjungan rombongan tersebut dan memuji langkah itu untuk menunjukkan semangat kesetiaan kepada negara dan berharap program berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Program sebegini bukan sahaja dapat memupuk semangat sayangkan negara dan cintakan kemerdekaan dalam kalangan pelajar, sebaliknya kepada seluruh warga sekolah ini termasuk guru dan ibu bapa.

Ini satu tambahan aktiviti untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan negara kita yang pastinya akan disambut meriah dan bermakna di sini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Gaya menawan sopan dan trendi

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR

PENGGEMAR warna pastel turut berpeluang memakai koleksi AidaFarrell.

FEMININ, sopan dan trendi menjadi kata pengenalan bagi koleksi rekaan fesyen AidaFarrell Collections.AidaFarrell Collections milik Zunaidah Bani, 32, memenuhi cita rasa wanita yang ingin bergaya feminin, sopan dan trendi.

Pilihan rekaan yang disediakan adalah lebih kepada moden kontemporari. Jubah, dres labuh, blaus, skirt, seluar palazzo, peplum, potongan baju ekor ikan (fish tail) dan banyak lagi antara yang terdapat di butik ini.

Menurut Zunaidah, sasaran pelanggan adalah daripada pelbagai golongan iaitu remaja, pertengahan dan wanita bekerjaya dalam usia 40-an.

Kesemua rekaan dan pilihan fabrik adalah ilham Aida sendiri yang memilih warna-warna terang dan ceria yang sedang menjadi trend sekarang.

Pakaian yang disediakan boleh disuai padankan kerana pada masa kini wanita berani mengenakan dan memadankan warna-warna terang pada pakaian mereka.

Tiada lagi sedondon malah si pemakai nampak ceria dan lebih menawan walaupun mengenakan fesyen muslimah.

Setiap minggu pasti ada yang terbaru dan istimewanya koleksi AidaFarrell kerana wanita berbadan besar pun berpeluang bergaya dengan rekaannya.

Memudahkan pelanggan, pelbagai rekaan tudung, anak tudung, selendang dan aksesori yang dihasilkan sendiri oleh Aida turut boleh diperoleh di sini.

Jika anda masih mencari-cari fesyen terbaru bagi digayakan untuk menghadiri rumah terbuka sepanjang Syawal ini, mungkin anda boleh mencuba rekaan pakaian dan tudung di AidaFarrell Collections dan pamerkan warna-warna ceria pada hari tersebut.

Namun jika tidak berkesempatan, layari sahaja Facebook di alamat www.facebook.com/AidaFarrellCollections.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Atasi ketagihan Orang Asli

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

IPOH 30 Ogos - Sebanyak 50 siri program Jelajah Kampung telah dilaksanakan kerajaan negeri bagi mengekang penularan tabiat meminum minuman keras dalam kalangan masyarakat Orang Asli di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, menerusi program berkenaan, Orang Asli diberikan ceramah dan maklumat tentang bahaya dan kesan aktiviti berkenaan oleh pihak-pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kata Saarani, selain itu, turut diadakan pameran berkaitan kesan ketagihan minuman keras bagi menyedarkan golongan berkenaan daripada terus terjebak.

"Aktiviti itu mula dikesan berlaku apabila masyarakat tersebut telah mempunyai satu jumlah pendapatan yang membolehkan mereka membeli dan meminum minuman keras.

"Tabiat ini jika dibiarkan akan mengundang pelbagai masalah atau gejala lebih serius. Sehubungan itu, kerajaan negeri berusaha mengekang perkara itu daripada terus menular dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang bahaya perbuatan tersebut," katanya pada mesyuarat kedua, penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kali ke-13 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr. Mah Hang Soon (BN-Chenderiang) yang mahu tahu langkah yang diambil kerajaan negeri untuk membantu Orang Asli mengatasi tabiat meminum minuman keras.

Saarani berkata, program Jelajah Kampung tersebut akan berjalan sepanjang tahun dan melibatkan kesemua perkampungan Orang Asli di negeri ini.

"Di samping pameran dan ceramah, pada program itu kita turut mengadakan perkhidmatan membaiki motosikal secara percuma, demonstrasi dandanan diri, masakan, ziarah dari rumah ke rumah, pemeriksaan kesihatan percuma serta acara sukaneka untuk golongan belia dan beliawanis seperti Liga Bola Sepak Piala MB dan Liga Bola Jaring.

"Kerajaan negeri berharap dengan adanya pelbagai program ini, tabiat meminum minuman keras dalam kalangan Orang Asli dapat dikurangkan," katanya.

Syukuri nikmat kemerdekaan

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

MENTERI Besar, Datuk Mukhriz Mahathir (tiga dari kiri) dan Mohd. Tajuddin Abdullah (kiri) mengibarkan Jalur Gemilang dalam majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Sungai Petani, baru-baru ini.

ALOR SETAR 30 Ogos - Rakyat pelbagai kaum perlu mensyukuri nikmat keselamatan, kedaulatan dan kemerdekaan negara yang membolehkan mereka mengecapi kehidupan dalam suasana harmoni, aman serta sejahtera selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah berkata, dalam mensyukuri nikmat berkenaan, rakyat diingatkan supaya terus menyuburkan lagi perpaduan kaum yang menjadi kunci keamanan.

Katanya, ketika banyak negara lain sedang menghadapi peperangan dan penindasan, rakyat negara ini hidup dalam suasana yang harmoni.

"Uniknya Malaysia adalah kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan dapat hidup dalam suasana harmoni. Justeru, perpaduan merupakan nikmat tidak ternilai yang perlu disuburkan agar kemerdekaan negara dapat dipertahankan sampai bila-bila.

"Dahulu, pejuang dan pemimpin negara memperjuangkan kemerdekaan, selepas itu mengisinya dan kini kita mempertahankan kedaulatan serta kemerdekaan itu selaras dengan tema tahun ini iaitu Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku," katanya di sini hari ini.

Mohd. Tajuddin berkata, erti kemerdekaan perlu dihayati sepanjang masa, bukan hanya setiap kali tibanya sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

Katanya, rakyat tidak seharusnya mudah leka dengan kemakmuran dan keselesaan yang dinikmati oleh mereka sekarang.

"Menjadi tanggungjawab setiap rakyat tanpa mengira agama dan kaum untuk berusaha menyemarakkan semangat perpaduan negara," ujarnya.

Beliau juga berharap rakyat akan mengibarkan Jalur Gemilang bila-bila masa bagi menunjukkan rasa bangga dan taat setia kepada negara.

Kata beliau, pengibaran Jalur Gemilang yang menjadi simbol negara berdaulat dapat meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara.

"Bukan mudah untuk membina sebuah negara bangsa tetapi hendak meruntuhkannya boleh dilakukan dalam sekelip mata.

"Sebab itu, rakyat mesti bersatu mempertahankan negara dengan mengenepikan perbezaan pandangan, di samping mewujudkan kesedaran, rasa sayang dan cintakannya," ujar beliau.

Perak pertimbang ambil bekas qari mengajar di pusat pendidikan Islam

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

IPOH 30 Ogos - Kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan untuk mengambil bekas-bekas qari yang berjaya di peringkat negeri dan kebangsaan sebagai tenaga pengajar sepenuh masa di pusat-pusat pendidikan Islam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar) berkata, secara dasarnya kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian, namun pengambilannya tertakluk kepada beberapa kriteria tertentu termasuk keupayaan mereka membaca al-Quran dengan baik serta diperakui oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipengerusikan mufti negeri.

Tambah Zambry, beliau juga difahamkan ketika ini telah ada bekas qari ditempatkan di Institut Takbiran Islam Perak (Intim) dalam bidang taranum.

"Kita akan mengambil perhatian tentang perkara itu kerana untuk mendapatkan imam yang bacaan taranum yang baik seperti bekas qari di peringkat negeri mahupun kebangsaan tentunya tidak ramai.

"Tetapi yang paling penting mereka ini perlu mempunyai keupayaan tertentu iaitu dapat membaca al-Quran dengan baik dan diperakui Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh mufti negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abdullah Fauzi Ahmad Razali (BN-Kampung Gajah) pada mesyuarat kedua, penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kali ke-13 di sini hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan daripada Radzi Zainon (Pas-Sungai Rapat) sama ada golongan berkenaan boleh diserap sebagai imam masjid, jelas Zambry, perkara itu akan turut dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.

Katanya, mereka yang dipilih akan diiktiraf dan dinilai mengikut skim perkhidmatan kerajaan sedia ada.

"Sebagai contoh, kalau mereka berada di gred N17, maka kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Empat Senawi," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved