Ahad, 9 Jun 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Lancer 2.0 GT tetap diminati

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

Oleh JOHARDY IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

Mitsubishi Motor Malaysia kekal menjual Lancer yang terus mendapat sambutan walaupun model tersebut ditukar lencana oleh Proton.

WALAUPUN Proton sudah menjalin kerjasama dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC) untuk mengeluarkan Proton Inspira yang berasaskan Mitsubishi Lancer, namun Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kekal menawarkan model Lancer 2.0 GT di pasaran negara ini.

Menurut MMM, pihaknya masih menerima permintaan yang baik untuk Mitsubishi Lancer walaupun berbeza harga dengan Proton Inspira. Kebanyakan pembeli merupakan pelanggan setia jenama ini.

Atas faktor tersebut, MMM tidak teragak-agak memperkenalkan versi diperkemaskinikan pada hujung tahun lalu.

Elemen baharu pada kereta ini ialah body kit depan yang disepadukan dengan lampu hadapan siang LED di sebelah lampu kabus, body kit belakang yang menjadikan rupa bentuk keseluruhan Lancer begitu menonjol, kamera mengundur dan lampu kedudukan LED bagi penggemar kereta berciri sports.

Di samping itu, model baharu Lancer 2.0 GT diserikan dengan sarung kerusi kulit premium Nappa dan pelapik kaki premium.

Pada bahagian enjin, Lancer ini diperkasa enjin 2.0 liter yang menggunakan blok aluminium ringan bagi menghasilkan prestasi optimum 150PS dan 197 kuasa kilas untuk pemacuan jitu.

Model ini juga menggunakan MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control), sebuah teknologi eksklusif yang mengubah suai pemasaan pengambilan bahan api bagi prestasi optimal ke seluruh rev enjin.

Model Lancer ini sememangnya telah diperakui memberikan pemandu suatu bentuk kawalan yang memuaskan semasa memandu.

Menggabungkan elemen yang dirumus daripada litar lumba dan rali, Lancer menawarkan tindak balas pantas sistem gantungan dengan binaan badan teguh, yang khusus bagi pemanduan berprestasi tinggi. Kereta ini juga boleh melakukan pusingan tajam iaitu radius pusingan 5 meter.

Elemen sports dalam kereta ini ditambah lagi dengan penukar gear pada kemudi roda (paddle shifters) selain transmisi gear INVECS-III dengan 6-Langkah Sports Mode.

Untuk keselamatan, Lancer dipasang dengan beg udara Dwi Peringkat SRS, Sistem Anti Kunci Membrek (ABS), Edaran Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), penegang tali pinggang keledar dan badan kereta yang dibina menggunakan konsep RISE (Reinforced Impact Safety Evolution) bagi melindungi penumpang dengan menggunakan zon remuk depan dan belakang yang luas bagi menyerap impak.

Peralatan standard lain dalam Mitsubishi Lancer adalah Sistem Hiburan Sentuh Paparan 2DIN, pengilap cermin automatik semasa hujan, kawalan lampu automatik dan kawalan cruise.

Ditawarkan pada harga RM125,467.80, atas jalan tanpa insurans, kereta sports ini adalah diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun dan ditawarkan dalam tiga warna iaitu White Solid, Black Mica dan Red Metallic.

Proton buka pusat 3S pertama di Brunei

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

Haznah Mohd. Hisham (dua dari kanan) dan Lukman Ibrahim (kanan) bersama pengurusan kanan United Motors bergembar pada majlis pelancaran pusat 3S dan Satria Neo R3 di Bandar Seri Begawan, Brunei, baru-bar .

KUALA LUMPUR 9 Jun - Proton Holding Bhd. (Proton) telah melancarkan pusat 3S (pusat servis, jualan dan alat ganti) yang pertama di Bandar Seri Begawan di Brunei.

Bersempena dengan pembukaan pusat itu, Proton juga telah memperkenalkan Satria Neo R3 di pasaran negara tersebut.

Pelancaran pusat 3S Gadong dan Satria Neo R3 itu dirasmikan oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Haznah Md. Hisham yang diiringi oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim dan Pengarah Urusan United Motors Sdn. Bhd., pengedar tunggal kereta Proton di Brunei, Simon Gelan.

Proton dalam kenyataannya berkata, pusat 3S itu terletak di tengah-tengah pusat perniagaan utama di Brunei dengan memiliki kedai seluas 1,179 meter persegi yang mampu mempamerkan sembilan kereta dan menyediakan perkhidmatan servis untuk 11 kereta pada satu-satu masa.

Lukman berkata, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Proton agresif dalam memperkenalkan Prevé bagi pasaran luar negara.

"Pada Oktober tahun lalu, syarikat telah memperkenalkan model itu bagi pasaran Australia pada Pameran Motor Antarabangsa Australia 2012 dan pada bulan November tahun lalu, Prevé telah dilancarkan di Thailand pada Ekspo Motor Antarabangsa Thailand 2012 di Bangkok," katanya.

Brunei adalah pasaran antarabangsa ketiga untuk Prevé, dengan empat belas model Proton telah pun memasuki negara tersebut sebelum Prevé .

Satria Neo R3 adalah lanjutan daripada model ikonik PROTON, iaitu Satria Neo CPS yang kini telah dipertingkatkan dengan gaya keseluruhan yang lebih baik .

Lukman berkata, dengan segala pencapaian yang berterusan dalam kenderaan sporty permintaan yang sedia ada bagi Satria Neo juga terus berkembang.

"Beberapa pelanggan-pelanggan kami di luar negara sedang menunggu kebangkitan semula ikon Proton Satria Neo untuk membeli sebuah hatchback sporty yang bukan sahaja berdaya saing tetapi terbukti dalam kualiti," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


FAM kaji kritikan Shahidan

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Azzuddin Ahmad

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib persatuan untuk menilai sama ada Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim wajar dibicarakan lagi selepas masih mengkritik badan induk kebangsaan itu biarpun dalam tempoh penggantungan selama 30 bulan.

Azzuddin mengandaikan mana-mana ahli jawatankuasa itu terutamanya Pengerusinya, Datuk Taufek Razak mungkin sudah membaca kenyataan bekas Menteri Besar Perlis itu dalam Mingguan Malaysia, semalam, berhubung kemarahannya terhadap FAM yang sudah 'membuangnya', menggantungnya tetapi tiada pegawainya yang bertanya khabar PFA.

"Biarlah jawatankuasa berkenaan yang menilai kenyataan yang diumumkan (dalam laporan Mingguan Malaysia).

"Sekretariat FAM hanya akan berhubung dengan jawatankuasa itu sekiranya diperlukan mereka. Saya (juga) sarankan anda hubungi Datuk Taufek (untuk penjelasan)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Shahidan kelmarin turut menyatakan kesediaannya melepaskan jawatan Presiden PFA kepada Menteri Besar Perlis, Azlan Man selain sempat berpesan kepada FAM: "Saya nak minta FAM tolonglah PFA. Kalau dahulu tak boleh kena tegur, sekarang saya nak tegur. Perlis (PFA) kena teruk dan miskin tidak bergaji, bantulah."

Mengulas keluhan Presiden PFA itu yang terpaksa mengeluarkan duit sakunya untuk membayar gaji pasukan, kata Azzuddin: "Bola sepak kita sudah memasuki era profesional.

"FAM percaya mana-mana persatuan bola sepak negeri dan kelab, sudah ditadbir dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan masing-masing."

Fatehah atasi pemenang pingat gangsa Olimpik

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

FATEHAH MUSTAPA

KUALA LUMPUR - Fatehah Mustapa mempamerkan kejaguhannya pada kejohanan basikal trek Grand Prix Kedua Asia Tenggara 2013 apabila menyambar pingat emas kedua dengan memenangi acara akhir pecut individu wanita di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Lebih membanggakan kemenangan tersebut diraih dengan menewaskan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London, Kaarle McCulloch dari Australia.

McCulloch merupakan anggota pasukan pecut Australia yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2012.

McCulloch memberikan saingan sengit kepada Fatehah sehingga ke pusingan akhir, namun pelumba negara itu tenang memenangi perlumbaan tersebut.

Kelmarin, Fatehah meraih pingat emas dengan memenangi acara 500 meter ujian masa wanita.

Mengulas kemenangan semalam, Fatehah berkata, dia tidak jangka dapat menewaskan McCulloch.

"Berdasarkan saiz fizikal, dia (McCulloch) mempunyai kelebihan, kemenangan ini mungkin rezeki saya," katanya selepas perlumbaan.

Penentuan tempat ketiga acara tersebut dimenangi Ummi Hamimah Mohamad yang menewaskan pelumba pasukan Pelapis Kebangsaan, Nurul Alissa Mohamad Azman.

Fatehah memberitahu, dia mahu meneruskan prestasi konsisten pada kejohanan tersebut dengan cuba memenangi dua acara yang akan disertai hari ini.

Fatehah akan beraksi dalam acara pecut berpasukan dan acara kegemarannya, keirin.

"Esok (hari ini) saya berentap lagi dengan McCulloch dalam salah satu daripada dua acara yang saya sertai.

"Sebab itu saya tidak mahu terlalu gembira kerana berjaya mengalahkannya hari ini (semalam)," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Perompak ditembak mati

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 9 Jun - Polis menembak mati seorang penjenayah, manakala rakannya berjaya meloloskan diri ketika mereka yang bersenjatakan pisau dan pistol cuba merompak sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, kedua-dua suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Waja berhenti di hadapan kedai sebelum meluru masuk ke dalam premis.

Kedua-dua suspek termasuk seorang daripadanya memakai topi keledar kemudian mengacukan pisau ke arah pemilik premis dan pistol ke arah seorang kerani lalu mengarahkan mereka membuka ruang pameran barangan kemas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, secara kebetulan tiga anggota polis sedang menjalankan rondaan berhampiran kedai emas berkenaan dan terserempak dengan suspek.

Katanya, anggota itu kemudian menyerbu masuk dan sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa, kedua-dua suspek cuba melarikan diri menyebabkan seorang anggota melepaskan tembakan amaran di udara meminta mereka menyerah diri.

"Seorang daripada suspek yang bersenjatakan pisau cuba menyerang anggota itu menyebabkan dia ditembak di bahagian paha kiri. Suspek melarikan diri di lorong belakang kedai emas itu sebelum rebah kira-kira 15 meter dari tempat dia ditembak.

"Anggota lain yang sampai tidak lama selepas itu memberi bantuan kecemasan dengan mengikat paha suspek dengan kain bagi memberhentikan pendarahan. Kira-kira 20 minit kemudian ambulans sampai dan doktor mengesahkan suspek telah meninggal dunia," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Menurut Jalaluddin, siasatan mendapati suspek yang mati ditembak ialah Mohd. Bustaman Ali, 31, berasal dari Kampung Gabus Tok Uban, Pasir Mas.

Tambah Jalaluddin, pihak polis kini memburu suspek yang meloloskan diri itu berdasarkan rakaman wajahnya melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kedai emas berkenaan.

Pemilik kedai emas berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Lee, 38, berkata, dia diacukan pisau oleh seorang suspek manakala rakannya mengacukan pistol ke arah keraninya.

"Ketika kerani saya membuka ruangan pameran barangan kemas, tiba-tiba polis datang," katanya sambil memberitahu, suspek tidak sempat melarikan barangan kemas.

10 PATI Indonesia ditahan

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 9 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dengan menggunakan sebuah bot pancung di perairan Tanjung Gemok, Kota Tinggi, semalam.

Pengarah Operasi Maritim Malaysia Daerah Maritim Tanjung, Komander Mustafa Kamal Abas berkata, bot yang dinaiki kesemua PATI berusia antara 19 dan 55 tahun itu dikesan anggotanya di perairan tersebut pada pukul 7.45 pagi.

Beliau berkata, ketika kejadian, anggota tersebut sedang mengawasi aktiviti memancing anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di perairan Tanjung Sedili.

"Mengikut laporan, ketika bot kita cuba menghampiri, dengan tiba-tiba bot yang mencurigakan itu berhenti serta-merta seperti tiada orang yang mengendalikannya.

"Namun apabila kita periksa bot tersebut terdapat 10 PATI lelaki warga Indonesia sedang berhimpit-himpit antara satu sama lain di dalam bot tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mustafa Kamal , siasatan awal mendapati mereka dipercayai dalam perjalanan keluar dari negara ini tanpa melalui pangkalan yang diwartakan.

"Kesemua mereka kemudian dibawa ke jeti Maritim Malaysia Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)

"Kita turut merampas sebuah bot pancung itu yang berukuran 16 meter panjang dan tiga buah enjin jenis Yamaha 200 kuasa kuda," ujarnya.

Mustapa Kamal berkata, pihaknya telah mempertingkatkan rondaan bagi membanteras kegiatan membawa keluar atau masuk PATI ke negara ini di samping membanteras aktiviti-aktiviti jenayah.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan tersebut supaya menyalurkan maklumat melalui talian 24 jam iaitu 07-8916590.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Buku kanak-kanak harumkan negara

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
pendidikan.utusan.com.my

ASIAH Abu Samah (berdiri, lima dari kanan) bersama penerbit, penulis serta ilustrator yang menyertai Festival Kandungan Buku Kanak-kanak Asia (AFCC) di Singapura, baru-baru ini.

PENGGIAT buku kanak-kanak yang terdiri daripada penerbit, penulis serta ilustrator berjaya mencuri perhatian peserta Festival Kandungan Buku Kanak-kanak Asia (AFCC) di Perpustakaan Negara Singapura, baru-baru ini.

Dalam festival itu, sembilan penggiat profesional membuktikan keupayaan karyawan Malaysia yang menampilkan buku dan ilustrator kanak-kanak setaraf antarabangsa.

Antara mereka yang terlibat sepanjang AFCC termasuklah ilustrator, Emila Yusuf; Mohd Yusuf Ismail (Yusuf Gajah); Nur Azmi Mokhtar (Mie Mambo); Nadia Mohamad Basirun; Mazni Md Ramli dan penulis buku pula ialah Ain Maisarah; Teoh Chon Ean; Tutu Dutta serta Azree Hanafiah.

Lebih istimewa, Pengerusi Perbadanan Kota Buku, Tan Sri Dr. Asiah Abu Samah yang turut hadir bersama dengan delegasi Malaysia diberi penghargaan menjadi negara tumpuan sepanjang AFCC berlangsung.

Pengiktirafan berprestij itu diberikan berdasarkan pada sumbangan Malaysia terhadap pelbagai bidang penerbitan buku kanak-kanak seperti pendidikan, penyelidikan, dan hubungan antarabangsa.

Mengulas mengenainya, Asiah berkata, pengiktirafan itu mempunyai nilai yang tinggi dalam mengangkat martabat kandungan sastera kanak-kanak di pentas antarabangsa.

Katanya, pengiktirafan itu membuktikan hasrat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memajukan industri buku kanak-kanak menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kota Buku Malaysia dan Lembaga Pembangunan Buku Kebangsaan Singapura yang diadakan pada 2 Oktober tahun lalu berjaya direalisasikan.

"Saya berharap penggiat buku kanak-kanak menjadi medium terbaik untuk mereka menyumbangkan pelbagai idea dalam menjadikan Perbadanan Kota Buku sebagai badan penyelidikan berdaya saing di peringkat antarabangsa sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

"Mereka yang menyertai AFCC memperoleh inspirasi dan semangat untuk menulis serta menggambarkan kisah-kisah hebat dari tanah air masing-masing.

"Kami menanti-nantikan untuk mengambil bahagian setiap tahun dan melihatnya berkembang ke tahap lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Asiah berkata, bahan bacaan yang mengandungi budaya warisan bangsa sesuatu negara dapat ditonjolkan di peringkat dunia menerusi AFCC selain peningkatan kandungan bahan bacaan dalam pelbagai genre kanak-kanak.

Sebanyak 11 kertas kerja telah dipilih dari Malaysia untuk pembentangan secara lisan, selain menerusi pembentangan poster dan pameran semasa AFCC.

Festival tersebut bertujuan meningkatkan penglibatan penggiat buku kanak-kanak Malaysia dalam program antarabangsa di samping meningkatkan nilai perkongsian ilmu dan jaringan kerjasama di antara kedua-dua negara itu serta negara lain.

Penganjuran festival tersebut oleh Lembaga Pembangunan Buku Kebangsaan Singapura mendapat kerjasama daripada Perbadanan Kota Buku Malaysia.

Pil tablet pintar bantu tingkat prestasi akademik

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

SUATU ketika dulu, pencapaian akademik dan kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Endau dan SK Teluk Lipat daerah Mersing, Johor boleh dikategorikan dalam kumpulan biasa-biasa sahaja berbanding sekolah lain yang jauh lebih cemerlang.

Namun, senario itu mula berubah apabila syarikat makanan tambahan herba dikenali Dimensi 108 milik penuh bumiputera, Glomind Enterprise Sdn. Bhd., mengambil inisiatif membekalkan bahan tersebut secara percuma kepada sekolah berkenaan sebagai projek rintis.

Menurut Pengurus Besarnya, Amran Othman, SK Bandar Endau yang satu ketika dulu agak ketinggalan pencapaian akademiknya telah berubah menjadi sekolah cemerlang dalam prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dua tahun berturut-turut.

"Pencapaian sekolah itu menunjukkan kemajuan apabila kita mula membekalkan tablet Dimensi 108 secara percuma kepada murid sekolah berkenaan setiap bulan sejak 2011 hingga sekarang.

"Hal ini kerana kita mahukan buktikan tablet Dimensi 108 adalah makan tambahan yang telah dirumus khas untuk mengubah minda serta perangai anak-anak menjadi lebih positif, lebih baik dan cemerlang dalam pelajaran," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Antara kejayaan yang dirangkul sekolah tersebut selepas menggunakan pil Dimensi 108 termasuklah menduduki tempat pertama pencapaian UPSR negeri Johor, Anugerah Pejabat Pelajaran Daerah Peratus Menguasai Tertinggi 2012, Anugerah Pejabat Pelajaran Daerah Peratus Cemerlang Tertinggi 2012, Anugerah Pejabat Pelajaran Daerah Gred Purata Daerah Terbaik 2012 dan Anugerah Pejabat Pelajaran Daerah Cemerlang Anjakan Saujana 2012.

Makanan tambahan Dimensi 108, dirumus khas menggunakan bahan asli dan buah-buahan digemari golongan kanak-kanak serta tidak sedikit pun mengandungi bahan kimia.

"Tablet ini berfungsi apabila dimakan, kuasa hidrogen dan nitrogen yang dikandungnya akan masuk ke dalam darah lalu membentuk rantaian molekul yang bertindak sebagai 'peluru' untuk menghancurkan molekul negatif serta menjana kuasa positif.

"Kuasa ini juga bertindak sebagai pertahanan menentang kuman atau virus yang menyebabkan penyakit dalam badan,'' jelasnya.

Maklumat produk yang mula diperkenalkan di Johor sejak tiga tahun lalu itu boleh dirujuk di laman http://dimensi108.blogspot.com atau www.facebook.com/GlomindEnterprise.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Mandela masih di tahan di hospital akibat jangkitan paru-paru

Posted: 09 Jun 2013 10:44 AM PDT

JOHANNESBURG 10 Jun - Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela terpaksa bermalam di hospital untuk malam kedua hari ini bagi merawat jangkitan paru-parunya.

Kerajaan berkata bekas pemimpin yang berusia 94 tahun itu dimasukkan ke Hospital Pretoria selepas keadaannya yang semakin kritikal kira-kira pukul 1.30 pagi semalam.

Bagaimanapun tiada maklumat terkini tentang keadaan dirinya tetapi digambarkan dengan serius tetapi stabil.

Pemimpin anti-apartheid itu telah masukkan empat kali hospital sejak Disember lalu dengan kali terakhir pada 6 April lalu selepas doktor mengesahkan terdapat cecair pada paru-paru beliau. - AGENSI

Penunjuk perasaan terbunuh di luar kedutaan Iran

Posted: 09 Jun 2013 10:42 AM PDT

BEIRUT 10 Jun - Seorang penunjuk perasaan Lebanon terbunuh di luar pejabat kedutaan Iran di sini kelmarin selepas seorang lelaki bersenjata daripada kumpulan Syiah Hezbollah melepaskan tembakan ke arahnya.

Tentera Lebanon telah menggunakan kereta kebal dan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh Beirut berikutan kejadian tembak menembak.

Seorang wartawan Reuters yang berada di luar bangunan kedutaan Iran menyaksikan kejadian tersebut di mana seorang lelaki yang berpakaian hitam dan kuning di bahagian lengan melepaskan tembakan ke arah sekumpulan yang sedang yang berada di dalam bas.

Seorang saksi berkata ahli kumpulan syiah itu telah dibunuh dan menyebabkan beberapa yang lain cedera, kesemua mereka tidak mempunyai senjata. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Atasi air berbau di Bukit Damar

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
pengarang@utusan.com.my

Mohd. Sharkar Shamsudin (dua dari kanan) sewaktu mengadakan lawatan mengejut ke loji air Kampung Mempateh, Lanchang, Temerloh, semalam.

TEMERLOH 9 Jun - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) perlu membuat kajian lebih terperinci sebelum menerima tawaran yang dikemukakan pihak perunding untuk memastikan operasi loji rawatan air yang dinaik taraf berjalan lancar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, Paip yang mempunyai tenaga kerja profesional dalam hal ehwal operasi bekalan air tidak boleh terlalu bergantung kepada cadangan pihak yang membekalkan peralatan rawatan loji.

Katanya, kegagalan rawatan air akan menyebabkan rakyat menghadapi kesukaran selepas sering terputus bekalan, air paip yang dibekalkan tidak bersih, berkeladak dan berbau.

"Saya kecewa selepas mengetahui loji air Kampung Mempateh yang telah dinaik taraf baru-baru ini menyalurkan bekalan air paip yang berbau dan berkeladak kepada ribuan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang terutama masyarakat di kawasan Felda Bukit Damar dan Felda Lakum.

"Saya juga menerima laporan air buangan dari loji ini mengakibatkan kerosakan kepada tanaman penduduk di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan mengejut ke loji tersebut di sini semalam.

Sehubungan itu, Mohd. Sharkar berharap Paip memberi laporan lengkap dalam tempoh seminggu mengenai kegagalan loji rawatan air Kampung Mempateh membekalkan air bersih kepada penduduk di Lanchang.

Tambahnya, loji memproses dan merawat air Kampung Mempateh yang telah dinaik taraf baru-baru ini tidak sepatutnya menyalurkan bekalan air paip yang berbau dan berkeladak kerana telah dinaik taraf tetapi beliau difahamkan teknologi yang digunakan di loji tersebut tidak sesuai.

"Saya difahamkan sistem yang digunakan di loji ini tidak sesuai dengan keadaan, Paip perlu bertanggungjawab kerana menerima cadangan daripada perunding mereka sebelum ini," ujarnya.

Mohd. Sharkar berkata, sudah tiba masanya Paip menaik taraf loji rawatan air di kawasan kampung dan tidak hanya memberi tumpuan di kawasan bandar dan berkapasiti tinggi sahaja.

Terminal Sentral Kuantan dijangka beroperasi Ogos ini

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

KUANTAN 9 Jun - Terminal Sentral Kuantan di Bandar Indera Mahkota di sini yang bernilai RM438 juta dengan keluasan 2,070 kaki persegi dijangka memulakan operasi Ogos ini.

Ahli Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Suhaimi Sulong berkata, terminal tersebut dilihat dapat mengurangkan kesesakan dan kepadatan jumlah kenderaan di pusat bandar Kuantan.

"Saya berharap terminal berkenaan dapat beroperasi dengan segera bagi mengelak kesesakan luar biasa di lokasi sementara di hadapan Stadium Darul Makmur terutama ketika perlawanan bola sepak berlangsung," katanya yang mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPK di Dewan Majestik di sini baru-baru ini.

Menurutnya, terminal yang menjadi mercu tanda kemajuan di bandar ini bakal memberi kemudahan cukup selesa kepada pengguna pengangkutan awam.

"Terminal ini menyediakan 400 petak letak kereta, 170 motosikal dan 40 untuk teksi, selain ruang tempat menunggu bas berhawa dingin untuk orang ramai," jelasnya.

Tambahnya, terminal dua tingkat yang mula dibina pada Jun 2011 itu menyediakan 48 kaunter bas dan akan menggantikan Terminal Makmur.

"Selain mempunyai ciri-ciri keselamatan dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) terdapat juga kaunter-kaunter khas untuk MPK, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain agensi berkaitan," ujarnya.

Buku Bapa Hebat dilancar di SMK Jengka Pusat 2

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

Yahya Zainal Abidin menunjukkan banner buku karyanya, Bapa Hebat sempena pelancaran buku tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2, Maran, baru-baru ini.

MARAN 9 Jun - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat 2 di sini menjadi medan pelancaran buku Bapa Hebat karya Datuk Yahya Zainal Abidin kelmarin.

Pengetuanya, Ramlah Adam berkata, dasar sekolah itu yang membudayakan amalan membaca sangat mengalu-alukan mana-mana pengarang atau penerbit mempromosikan buku terbaharu kepada pelajar.

Tambah beliau, citra membaca jambatan ilmu sentiasa bermain di bibir para guru sebagai galakan kepada pelajar membaca bagi mencari 'mutiara' yang terukir di sebalik sesuatu karya.

"Ini kerana sebuah bangsa yang hebat dan maju wujud kerana rajin membaca seperti Jepun dan Korea Selatan.

"Buku Bapa Hebat karya Yahya yang juga bekas Pengarah Pelajaran Pahang sangat relevan dan boleh dijadikan teladan dalam mendidik anak-anak," katanya.

Ramlah berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat agung PIBG SMK Jengka Pusat 2 Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini.

Beliau menambah, setiap guru dan pelajar sekolah digalakkan membawa senaskhah buku ilmiah mahupun fiksyen sebagai galakan membaca.

Mengenai Bapa Hebat yang mendapat sambutan di kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan guru, intipati buku itu mengisahkan kebijaksanaan bapa kepada pengarang sendiri.

Katanya, kebijaksanaan bapa yang mementingkan ilmu dan masa depan anak akan menjadi pendorong ataupun arkitek kepada kejayaan anak mereka.

"Bapa Hebat tidak akan melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada para guru tetapi juga memainkan peranan mementukan hala tuju kerjaya anak-anak," katanya.

Sementara itu, Yahya ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, buku Bapa Hebat adalah amal jariah beliau untuk para bapa dan penjaga sebagai pemandu yang menentukan kerjaya anak-anak.

Menurutnya, tingkah laku dan perangai anak-anak dari dulu dan zaman sekarang pun serupa dengan pelbagai masalah dan kenakalan remaja.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Serah jodoh pada takdir

Posted: 09 Jun 2013 06:50 AM PDT

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

Foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM /Farah Ain Bahaman (Pelatih Unisel)
Solekan EMEL ISMAIL (010-2553996)
Busana RIZALMAN FOR ZALORA COLLECTION

BAGI sesetengah orang usia 33 tahun itu dianggap sebagai satu tempoh masa yang cukup matang. Dalam usia sebegini biasanya kehidupan mereka sudah dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang tak berbelah bahagi bersama pasangan masing-masing.

Lain pula hal dengan wanita yang seorang ini. Dia masih sendiri tidak berteman berbanding rakan-rakan yang lain. Biar masih bersendirian namun itu tidak bermakna dia memendam rasa.

Tidak pernah mengalah pada takdir, tiada yang harus diratapi oleh Fara Fauzana Mohd. Fadzil. Segala-gala sudah dimiliki - populariti, rupa paras yang menarik dan wang ringgit namun sehingga kini jiwanya masih kosong.

Saban hari dia mendengar pelbagai soalan dan desakan. Semua ingin mengetahui kisah peribadi mengenai dirinya. Tidak pernah bosan untuk melayan, dia sedar itu adalah aturan biasa seorang yang mempunyai populariti seperti dirinya.

Bukan sahaja terkenal sebagai deejay radio malah Fara Fauzana yang terkenal dengan panggilan Fafau juga merupakan salah seorang pengacara program televisyen popular.

Justeru tidak hairanlah sekiranya setiap soalan yang diajukan kepadanya dijawab satu persatu membuatkan penulis sendiri cukup senang dengannya.

Mungkin disebabkan oleh kesibukan dalam mengurus kerjayanya saban hari, soal peribadi terutamanya kisah cinta tidak diambil berat kerana sehingga sekarang kita masih belum lagi mendapat berita mengenai kisah percintaannya.

Namun ketika diajukan soalan berkenaan hal ini, Fafau yang juga turut terkenal sebagai pengacara program Nona ini langsung tidak mengelak malah nampaknya dia sendiri ingin menjelaskan sesuatu kepada khalayak berhubung jodoh serta kisah cintanya.

"Saya tahu mesti ramai yang ingin tahu berkenaan perkara ini. Saya memang tiada kisah cinta dan terus terang saya katakan soal jodoh pertemuan saya ini saya serahkan kepada Tuhan.

"Saya percaya pada jodoh dan saya percaya jodoh saya akan sampai juga suatu hari nanti. Saya tidak pernah sedih atau kecewa terhadap jodoh saya yang sampai sekarang masih belum ditemui.

"Saya memang ramai kawan lelaki tetapi saya masih tiada seseorang secara peribadinya yang boleh digelar sebagai teman lelaki atau teman istimewa sehingga kini.

"Sebelum ini saya ada meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman solo pada usia 21 tahun tetapi tidak berjaya, kemudiannya rancang pada usia 30 tahun namun tetap gagal. Jadi sekarang saya hanya berdoa agar jodoh untuk saya akan tiba juga suatu hari nanti," jelas Fafau.

Ada juga tanggapan bahawa disebabkan oleh populariti serta taraf kehidupan Fafau sekarang membuatkan ramai jejaka dan teman Fafau tidak berani untuk untuk mendekati dirinya namun jelas Fafau, perkara ini sebenarnya tidak pernah wujud.

"Sebenarnya saya seorang yang boleh terima sebarang keadaan. Saya boleh menjadi orang biasa, saya juga boleh menjadi seperti Fara Fauzana sekarang.

"Tapi saya bukan jenis orang yang hipokrit dan suka bermuka-muka, pandangan orang terhadap saya macam-macam. Sebenarnya saya seorang yang biasa, tidak perlu takut untuk dekatkan diri dengan saya, saya juga hidup seperti orang lain. tiada yang lebih, tiada yang kurang," jelasnya.

Semakin larisSelain terkenal dalam bidang pengacaraan, Fafau juga turut dikenali dalam dunia lakonan. Antara filem yang pernah melibatkan dirinya adalah SH3 The Movie, Gila Gila Bola, Jin Notti, Kecoh Betul dan Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, pelbagai perkara telah dirasai sehingga dirinya turut dilantik sebagai jurucakap beberapa produk kecantikan dan pakaian.

Terkini, Fafau baru sahaja selesai sesi fotografi di Jakarta, Indonesia setelah dilantik sebagai jurucakap kepada produk Sophie Paris. Jelas Fafau sesi fotografi tersebut sangat unik apabila dia berjaya menyalin 53 helai baju dalam masa dua jam sahaja.

"Saya juga tidak sangka saya berjaya melakukannya. Sebenarnya tenaga kerja di sana cukup mahir dan pantas dalam melakukan kerja, saya cukup bertuah apabila berjaya melakukan kerja bersama pasukan tersebut," jelas Fafau.

Melihat kepada jadual kerjanya yang padat, tertanya juga bagaimana dia berjaya membahagikan masa. Jelas penyampai radio popular ini, sebelum menerima apa-apa tawaran dia terlebih dahulu merancang jadualnya.

"Bukan semua tawaran saya terima, saya mesti merancang sebaik-baik mungkin agar semuanya tidak bertindih. Sebenarnya tugas saya sebagai penyampai radio itu adalah tugas wajib bagi saya.

"Jadi jurucakap dan yang lain-lain itu adalah secara bermusim. Sekiranya ditawarkan itu adalah rezeki kepada saya, sekarang ini pun saya masih menjadi pengacara Nona. Alhamdulillah penonton boleh menerima saya. Itu semua adalah rezeki Allah kepada saya.

"Saya akui banyak bidang seni sudah saya ceburi cuma bidang pengarahan saya tidak minat. Sebenarnya saya suka lakukan apa yang saya suka dan bukan ambil apa sahaja tawaran yang diberi. Bagi saya sekiranya kita ambil benda yang kita tidak suka itu sebenarnya akan merosakkan kita," jelasnya.

Selain itu, Fafau juga turut mempunyai perniagaannya sendiri antaranya penginapan inap desa di Shah Alam, Selangor serta restoran makanan segera Rojak Box di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Nyonya & The Gang"Sebenarnya saya cukup minat dalam pementasan teater. Terbaru saya akan menjayakan pementasan teater Nyonya & The Gang di Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 14 hingga 20 Jun nanti.

"Ini merupakan teater terbesar pernah saya lakonkan. Saya cukup meminati teater sejak kecil lagi. Dari dulu lagi saya bayangkan diri saya berada di atas pentas teater kerana saya anggap teater ini adalah satu cabang seni yang cukup unik.

"Saya pernah tawarkan diri untuk berlakon dalam teater Puteri Gunung Ledang namun tidak berjaya sehinggalah saya ditawarkan untuk berlakon dalam teater Mak Dara Nyonya dua tahun lalu.

"Bagi saya soal teater itu meletup atau tidak itu nombor dua, saya sebenarnya nak suruh orang kenal teater. Teater adalah satu perkara yang unik kerana berlaku secara langsung. Sebarang kesalahan kita kena tutup secepat mungkin. Tidak seperti filem, kalau kita salah kita boleh ulang lakonan itu sekali lagi," jelasnya.

Selain Fafau, beberapa pelakon lain turut membintangi teater arahan Siti Rohayah Attan itu antaranya Misha Omar, Takiudin Bakar serta penampilan khas, Anuar Zain.

Populariti tidak terjejas - Izzue

Posted: 09 Jun 2013 06:50 AM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

Bergambar bersama keluarga pihak pengantin perempuan.

MEMBINA masjid adalah perkara yang dituntut. Saya yakin tidak akan menjejaskan populariti sedia ada," kata Izzue Islam berhubung perkahwinannya dengan Awin Nurin.

Malah dia sudah lama bersedia dengan sebarang kemungkinan yang terjadi selepas menjadikan Awin sebagai suri hidupnya.

Mengakui tidak pernah memikirkan topik kemasyhuran yang boleh menjejaskan saham selepas berkahwin, Izzue punya pandangan tersendiri berhubung soal tersebut.

Baginya masyarakat hari ini sudah bijak menilai kualiti seseorang pelakon. Mereka lebih memandang kebolehan berbanding cerita-cerita peribadi.

Lantaran itu dia menafikan seseorang artis itu pasti tenggelam selepas mendirikan rumah tangga.

Saya tahu ada pihak yang kurang senang apabila saya mengumumkan tentang perkahwinan ini. Malah saya tidak kesal dengan jodoh pilihan saya.

Jujurnya saya tidak pernah mengambil hati dengan apa juga tanggapan negatif dilemparkan sejak kami berkahwin hujung minggu lalu. Biarlah orang nak cakap apa pun," katanya ketika ditemui petang Rabu lalu.

Anggota kumpulan Forteen ini turut menyatakan rasa kurang senang terhadap tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dia masih terlalu muda untuk berkahwin.

Mengakui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami sejak mengenali Awin kira-kira enam tahun lalu, Izzue juga tidak menyangka bertemu jodoh pada usia 23 tahun. Memikirkan pasti tidak akan bertemu dengan wanita sebaik Awin sekali gus mendorong Izzue segera meminang wanita tersebut.

Awin adalah seorang teman hidup yang sejati. Dia sanggup susah senang bersama, suka, duka, kenyang mahupun lapar. Dia banyak berkorban untuk saya.

Kalau saya lepaskan peluang bersama dia, maknanya saya telah buat kesilapan besar dalam hidup. Mungkin juga saya tidak akan berjumpa dengan orang sebaik dia pada masa depan," katanya.

Izzue dinikahkan oleh bapa Awin, Waharudin Jonit, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi pada 2 Jun lalu di Dewan Shah Alam, Selangor.

Pada majlis tersebut pengantin perempuan menerima 11 emas dinar sebagai mas kahwin dan RM11,111.11 sebagai wang hantaran.

Penjaga setia Izzue - Awin

Awin memberitahu bahawa peranannya kini cukup besar dalam kehidupan Izzue. Selain menjaga jadual dan menjadi pengurus peribadi Izzue di lapangan seni, Awin juga tidak boleh melupakan tanggungjawabnya sebagai isteri ketika berada di rumah.

Mungkin ketika bekerja Izzue kena dengar cakap saya. Tapi kini kami lebih mementingkan soal toleransi sewaktu bekerja. Saya kena hormat perasaan dia.

Kalau dahulu saya cuma menjaga Izzue di luar rumah tapi sekarang semuanya kena buat," kata pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor ini.

Awin turut menafikan wujud perasaan cemburu apabila Izzue sering mendapat perhatian daripada peminat wanita. Malah akuinya, selain sudah terbiasa dengan keadaan sebegitu sebelum berkahwin, dia juga sudah masak dengan bidang kerja suaminya itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tanda Putera - Filem kenegaraan

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

DATUK Zulkifli Noordin ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa).

TAHNIAH saya ucapkan kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu kerana memberikan lampu hijau untuk filem 'Tanda Putera' arahan pengarah hebat Datuk Shuhaimi Baba yang akan ditayangkan di pawagam mulai 29 Ogos 2013.

Saya berkesempatan menonton pra-tonton filem Tanda Putera itu hampir setahun lalu. Pada saya filem tersebut wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur terutama golongan muda tidak kira apa kaum dan agama.

Ini kerana ia sebuah filem sejarah negara - filem kenegaraan. Memang ada yang menyatakan subjek sejarah adalah membosankan. Tetapi kebijaksanaan Shuhaimi mengolah kisah sejarah tersebut daripada sudut yang sangat menarik berjaya menghidupkan kisah sejarah yang dipaparkan!

Filem Tanda Putera sebenarnya mengisahkan kehidupan dua tokoh negarawan - Almarhum Tun Abdul Razak dan Almarhum Tun Dr. Ismail - bagaimana dua tokoh ini membina semula negara ketika berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Negara yang baharu 12 tahun merdeka, berdepan dengan penentangan bersenjata komunis, politiking melampau kaum cauvinis dan rasis, kemiskinan bangsa Melayu di negara sendiri, agihan dan penguasaan ekonomi oleh kaum bukan Melayu, kemunduran anak Melayu dari segi pendidikan moden, ketiadaan peluang perniagaan untuk orang Melayu, dan pelbagai lagi cabaran yang dihadapi pada masa itu.

Dan cabaran terbesar kedua tokoh ini ialah kedua-duanya mengetahui umur mereka tidak panjang. Mereka menghadapi masalah kesihatan yang kritikal. Almarhum Tun Razak dengan penyakit leukemia; dan Almarhum Tun Dr. Ismail dengan penyakit jantung yang kronik. Mereka tahu mereka berdepan dengan kematian pada bila-bila masa! Tetapi mereka mengetepikan masalah itu. Malah dirahsiakan daripada pengetahuan isteri dan anak-anak. Yang penting bagi mereka adalah masa depan agama, bangsa dan negara mesti diutamakan.

Keunikan filem ini adalah kejayaan Shuhaimi mengolah kisah dua tokoh negara ini dengan berlatarbelakangkan sejarah negara pada masa itu. Daripada peristiwa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang menyebabkan pergaduhan antara orang Melayu dengan kaum Cina, kepada peristiwa banjir besar Kuala Lumpur 1971, kepada ancaman bersenjata komunis membawa kepada pembunuhan Allahyarham Tan Sri Abdul RahmanHashim (Ketua Polis Negara) dan Ketua Polis Perak mendiang Tan Sri Khoo Chong Khong pada 1974, pengeboman Tugu Negara dan beberapa peristiwa penting lain.

Semua peristiwa bersejarah negara ini berjaya diolah dengan begitu menarik, tanpa sedikit pun mengorbankan nilai seni dan dan fakta sejarah. Malah Shuhaimi begitu berhati-hati memastikan fakta sejarah langsung tidak diusik ketulenannya!

Persoalannya kenapa ada segelintir kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang beria-ia menentang penayangan filem ini? Sebenarnya golongan ini tidak mahu rakyat, terutamanya golongan muda mengetahui bagaimana jijik dan kotornya politik rasis, cauvinis dan pelampau perkauman yang mereka mainkan pada masa itu.

Memang ramai anak muda dan belia masa kini tidak tahu sejarah sebenarnya. Mereka terpukau dan terpedaya dengan mainan topengan politik yang diberi label demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi yang dimainkan oleh kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman sekarang!

Mereka tidak tahu cerita dulu bagaimana bangsa Melayu dibangsatkan dengan slogan "Malai-si", 'Mampos Melayu'! Mereka tidak tahu bagaimana Raja-Raja Melayu dan institusi Melayu seperti MARA dan lain-lain dihina dan diperlekehkan! Mereka tidak tahu bagaimana hak istimewa Melayu-Islam yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan dan cuba dihapuskan! Mereka tidak tahu bagaimana Malaysia ini dahulunya adalah negeri orang Melayu di bawah kuasa mutlak Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu!

Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu begitu tinggi sikap toleransi sanggup menerima dan memberikan kewarganegaraan kepada kaum pendatang Cina dan India yang diimport oleh penjajah British ke Tanah Melayu!

Mereka tidak tahu bagaimana kemudiannya kaum cauvinis mendakwa orang Melayu bukan anak watan dan pribumi Negeri Persekutuan Tanah Melayu ini! Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu dihina oleh peniaga cauvinis yang menggunakan kaki untuk menunjukkan barang yang mahu dibeli oleh orang Melayu! Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu dipanggil 'sakai' dan disuruh masuk hutan! Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu yang sedang menonton wayang dibunuh kejam dalam panggung setelah amaran menyuruh penonton bukan Melayu dikeluarkan dalam tulisan Cina!

Mereka tidak tahu bagaimana Pak Kasim, seorang pejuang Melayu dibunuh kejam di sebatang jalan di Jelutong, Pulau Pinang dengan jenazahnya dihina dan kemudian disimbah dengan cat merah! Mereka tidak tahu bagaimana beberapa orang Melayu dibunuh di Setapak, Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Kampung Baru; Mereka tidak tahu sejarah bagaimana orang Melayu dizalimi termasuk dibunuh kejam dizaman cauvinis komunis menjajah negara selama 21 hari; Mereka tidak tahu bagaimana terancamnya kehidupan pasukan polis semasa itu, sehinggakan Ketua Polis Negara boleh dibunuh oleh cauvinis komunis semasa di dalam kenderaan di sebatang jalan raya yang sibuk di Kuala Lumpur; Banyak perkara yang golongan muda dan belia, yang dikenali sebagai Gen-Y tidak tahu mengenai sejarah kaum cauvinis, rasis dan berotak komunis ini!

Dan kalau mereka tahu, sudah pasti mereka akan bangkit menentang kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang kini bertopengkan kononnya perjuangan demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi semata-mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang ditunjangi orang Melayu!

Dan semua peristiwa ini dirakam dan diolah dengan begitu baik oleh Shuhaimi dan dipaparkan di dalam filem Tanda Putera. Sebab itu teman cukup yakin kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman ini akan melakukan apa sahaja untuk memastikan filem ini tidak ditayangkan kepada umum. Mereka bukan sahaja mahu menghalang filem itu, tetapi mahu menutup kebenaran mengenai kurap dan sopak cauvinisme dan pelampau perkauman yang ada pada mereka yang dipaparkan dalam filem Tanda Putera.

Filem ini juga akan menyedarkan kita bahawa apa yang kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman gagal perolehi melalui politik perkauman sempit dan perjuangan bersenjata dahulu, kini mereka cuba memperoleh dengan memperdayakan rakyat melalui mainan politik idealisme berteraskan kononnya kepada perjuangan demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi.

Sebenarnya mereka kekal serigala cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang berselindung di sebalik bulu ayam! Topeng mereka wajib dibongkarkan; dan filem Tanda Putera berjaya menjadi pembuka tirai terhadap pembongkaran itu! Hari ini, kita mendengar semula laungan, maki hamun, caci nista yang sama seperti yang bergema pada 1969!

1. Mereka memperlekeh, menghina dan memaki hamun Raja-Raja Melayu;

2. Mereka mendesak hak sama rata dan dihapuskan hak istimewa orang Melayu seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 153;

3. Mereka mempertikai institusi pendidikan Melayu seperti UiTM dan mendesak institusi ini dibuka juga kepada mereka;

4. Mereka mendesak pendidikan aliran bahasa mereka diperkasakan walaupun tidak menurut sistem pendidikan kebangsaan;

5. Mereka memaki hamun institusi Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain agensi penguatkuasaan negara seperti SPRM, KDRM dan lain-lain;

6. Siapa sahaja yang memperjuangkan hak dan kedudukan Melayu-Islam akan dilabel sebagai ekstremis dan teroris; sebaliknya perjuangan mereka dilabel sebagai hak asasi dan kebebasan;

7. Begitu melampau dan biadapnya mereka sekarang, sehinggakan kedudukan Islam turut dipertikaikan; malah mereka mendesak kalimah Allah juga dibenarkan untuk non-Muslim gunakan;

Sebab itu siapa juga yang menonton filem Tanda Putera akan mendapati bahawa sikap cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang berlaku sejak peristiwa 13 Mei 1969 tidak berubah sehingga sekarang. Malah para aktor dan pelaku tersebut masih ada yang aktif sehingga ke hari ini!

Yang berubah hanyalah slogan dan retorik mereka; namun sikap cauvinis, rasis dan pelampau perkauman masih menebal dalam jiwa mereka. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana mereka begitu menanti saat dan ketika di mana Malai-si akan berlaku; saat kerajaan dan pemerintahan yang ditunjangi orang Melayu mati dan terhapus daripada muka bumi ini.

Dan di ketika itu sudah nampak terbayang di depan mata mereka apabila ada segelintir Melayu yang bersedia menjadi keldai tunggangan bagi kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman ini!

Sebab itu teman cadangkan kepada Kerajaan supaya:

1. Membenarkan tayangan filem Tanda Putera di pawagam awam dan tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak;

2. Mewajibkan penayangannya disemua sekolah menengah semua aliran;

3. Mewajibkan penayangannya di semua IPTA dan IPTS;

4. Mewajibkan penayangannya di semua PLKN;

5. Mewajibkan penayangannya di semua pusat pelajar Malaysia luar negara;

6. Mewajibkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri menonton filem ini;

7. Mewajibkan semua kakitangan kerajaan, sama ada beruniform atau awam menonton filem ini;

8. Mewajibkan semua pengurusan dan kakitangan GLC menonton filem ini;

9. Mencetak filem Tanda Putera dalam bentuk cakera padat dan disebarkan secara percuma kepada seluruh rakyat tidak kira latarbelakang agama dan bangsa;

10. Menayangkan filem Tanda Putera di semua rangkaian televisyen dan Memuat-turun filem ini ke YouTube.

Selamat menonton filem Tanda Putera. Jangan lupa bawa anak isteri, kaum keluarga, adik beradik dan kawan-kawan sama menonton!

Pemilihan pemimpin biarlah ke arah pemantapan parti, diterima rakyat

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

Oleh Hassan Mohd. Noor

DEMAM pemilihan semakin menarik perhatian terutama yang melibatkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Kecuali MIC, pemilihan parti komponen lain akan berlangsung selewat-lewatnya hujung tahun ini. Terdapat juga desakan supaya MIC turut menyelesaikan pemilihan pada tahun ini. Mungkin ini satu cadangan yang baik, kerana parti komponen memerlukan satu barisan kepemimpinan yang mantap untuk meneruskan perjuangan parti dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) berikutnya. Masa semakin singkat. Empat tahun bukanlah satu jangka masa yang panjang bagi parti-parti politik membina keyakinan baru untuk rakyat menyokong mereka pada PRU. Eloklah pada pemilihan kali ini, parti-parti komponen turut membuat penilaian dan melakukan tindakan susulan berdasarkan pencapaian parti pada PRU 5 Mei lalu. MCA hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi. Gerakan menang satu daripada 11 kerusi Parlimen dan tiga daripada 31 kerusi DUN sementara MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan tujuh daripada 19 kerusi DUN.

Berdasarkan pencapaian ini, Gerakan dan MCA perlu bekerja lebih keras untuk meneruskan survival parti serta memastikan ia terus relevan. Kedua-dua parti komponen itu tidak boleh cuci tangan dengan prestasi yang merudum. Tidak dinafikan, transformasi perlu dilakukan oleh parti-parti berkenaan tetapi perlukah diwujudkan hanya parti tunggal yang menggabungkan semua komponen BN? Gerakan sendiri sudah merupakan parti pelbagai kaum, sama seperti PKR dan DAP. MCA pula mewakili masyarakat Cina dan UMNO Melayu serta bumiputera. Di bawah lambang BN, parti komponen itu menjadi satu apabila bertanding pada PRU berbanding PKR, Pas, DAP yang menggunakan lambang parti masing-masing di kertas undi. Adakah nasib parti komponen akan berubah jika masing-masing menggunakan lambang sendiri pada PRU? Apakah tidak timbul masalah apabila semuanya menjadi satu? Mungkin MCA, Gerakan tidak terasa kehilangan parti itu tetapi apa pula nasib UMNO? Mungkinkah ini peluang `menamatkan riwayat UMNO?

Gerakan dan MCA perlu melihat di manakah kelemahan sendiri ketika UMNO masih diterima baik oleh pengundi-pengundi Melayu sementara MIC pula mendapatkan kembali sokongan masyarakat India berbanding PRU 2008. Maka pemilihan yang melibatkan parti komponen kali ini bukan sekadar memilih pemimpin - mengganti yang lama atau mengekalkan yang ada - sebaliknya memilih pemimpin yang dapat bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menjadikan BN terus relevan. Bukan sekadar meriah pada hari pemilihan tetapi selepas itu, kerja dan tanggungjawab tidak sehebat yang diharapkan.

MCA dan Gerakan perlu mencari presiden baru berikutan hasrat Dr. Chua Soi Lek yang mahu berundur menjelang akhir tahun ini. Jawatan Presiden Gerakan pula kini dipangku oleh Chang Ko Youn berikutan peletakan jawatan Dr. Koh Tsu Koon pada 16 Mei lalu. Soi Lek dan Tsu Koon tidak bertanding pada PRU lalu. Pemiihan MCA akan bermula 15 Julai ini di peringkat cawangan diikuti bahagian, negeri dan berakhir dengan pemilihan di peringkat pusat pada 21 Disember.

Gerakan pula akan mengadakan pemilihan di peringkat cawangan pada bulan ini diikuti bahagian dan negeri mulai Ogos hingga September sebelum pemilihan di- peringkat pusat pada bulan Oktober. Kedua-dua pemilihan parti MCA dan Gerakan ini amat penting sebagai persiapan barisan kepemimpinan baru bersama memimpin BN menghadapi PRU akan datang. Presiden baru nanti hendaklah benar-benar dapat diterima bukan sekadar oleh ahli-ahli tetapi rakan-rakan komponen BN.

Di kem MIC pula, khabarnya sudah ada suara-suara yang mahu mencabar Presiden, G. Palanivel dan Timbalannya, S.Subramaniam. Sejauh mana kebenaran itu masih belum pasti. Bagaimanapun sudah ada penafian mengenainya. Masih terlalu awal untuk membuat andaian. Jika diselak kembali sejarah MIC, pertembungan bagi jawatan utama boleh dibilang dengan jari ketika era S.Samy Vellu sebagai Presiden. Pertandingan yang betul-betul melibatkan tokoh utama parti pula hanyalah ketika pertembungan Samy Vellu dengan timbalannya S.Subramaniam pada tahun 1989. Selepas itu, Samy Vellu mengukuhkan kedudukan. Kali terakhir perebutan jawatan No. 1 parti itu berlaku pada tahun 1993 apabila Samy Vellu dicabar oleh S.Subramaniam atau lebih dikenali sebagai Jumbo Maniam. Samy Vellu menang.

Persoalannya, perlukah MIC melakukan perubahan kepemimpinan sekarang? Palanivel menerima jawatan Presiden pada Disember 2010 selepas Samy Vellu yang menang tanpa bertanding pada 2009 meletak jawatan. Tempoh jawatan itu sepatutnya berakhir pada 2012 dan disebabkan tumpuan kepada PRU, pemilihan terpaksa ditangguhkan. Dan inilah kali pertama Palanivel akan berhadapan dengan pemilihan parti selepas era Samy Vellu. Jika berlaku sebarang pertandingan, MIC perlu memastikan ia tidak menjejaskan perpaduan dalam usaha mengukuhkan kedudukan parti India terbesar itu. Pada masa yang sama, bersediakah MIC menerima parti-parti lain yang melibatkan masyarakat India untuk menjadi sebuah parti besar mewakili masyarakat India?

Turut menarik perhatian tentulah UMNO. Setelah lama tertangguh, pemilihan yang bakal berlangsung akhir tahun ini agak luar biasa dan merupakan satu sejarah kerana akan melibatkan 146,500 perwakilan daripada 161 bahagian. Jumlah ini meningkat berbanding 2,500 perwakilan yang menentukan pucuk pimpinan parti sebelum ini.

Pertambahan itu berikutan Perhimpunan Agung Khas UMNO pada Oktober 2009 yang meluluskan pindaan perlembagaan tujuh perkara termasuk menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan wanita.

Ketika ini, ada pandangan supaya jawatan No. 1 dan No. 2 tidak ditandingi tetapi ada juga yang mahu jawatan itu dibuka untuk dipertandingkan. Turut menarik perhatian ialah cadangan supaya sistem kuota pencalonan diperkenalkan semula. Langkah ini bagi memastikan calon yang menawarkan diri benar-benar mempunyai kredibiliti.

Sama ada berlaku pertandingan atau tidak bagi dua jawatan utama dalam parti, semuanya terserah kepada anggota parti. Mereka lebih berhak menentukan. Apa yang penting ialah sebarang pertandingan tidak mencetuskan perpecahan dan keghairahan merebut jawatan. Biarlah pertandingan pada kali ini sama ada melibatkan UMNO, MCA, Gerakan dan MIC benar-benar dapat mengukuhkan kedudukan bukannya merosakkan parti. Perbalahan akibat perebutan jawatan perlu dielakkan kerana di hadapan, masih ada cabaran yang lebih besar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Fotografi dalaman

Posted: 09 Jun 2013 06:50 AM PDT

KEDUDUKAN rakaman perspektif dengan pencahayaan sesuai memberikan mood berbeza dekorasi ruang.

FOTOGRAFI dalaman atau lebih dikenali sebagai Interior Photography di kalangan jurufoto profesional bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk dilakukan.

Ia melibatkan kepakaran jurufoto mengabadikan kepakaran dalam ruang dan sudut di antara jarak tertentu.

Kreativiti jurufoto untuk merakamkan fotografi dalaman memainkan faktor penting dalam memberi pemahaman jelas terhadap pemerhati.

Kemahiran menyeluruh mengenai teknikal sangat diperlukan untuk mengenal pasti kedudukan dan kapasiti pencahayaan serta penyesuaian kedudukan bingkai kamera sama ada sudut menegak (vertical) atau melintang.

Fotografi dalaman mampu menghasilkan kelebihan dari sudut pemikiran jurufoto dalam menghasilkan identiti sempurna tentang imaginasi komposisi sebuah ruang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Slot car keluarga Fahmy

Posted: 09 Jun 2013 06:50 AM PDT

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my
Foto IZHAM JAAFAR

IDZHAM (kanan) dan Idzmir begitu obses dengan slot car.

PERTAMA kali melihat kehebatan perlumbaan permainan slot car yang diadakan di sebuah pusat membeli-belah pada tahun 2006 Muhammad Idzham Fahmy Mohd. Hisham, 25, sudah mula berasa kagum. Kereta mainan yang dipandu melalui trek berupa alur khas dengan bantuan kuasa magnet di bawah kereta tersebut amat mengujakan juruterbang muda ini.

Ujarnya, ia amat berbeza dengan kereta mainan seangkatan dengannya. Slot car yang berasal dari United Kingdom (UK) itu mempunyai trek khas dan kelajuannya dapat dikawal oleh pemain.

Kemahiran pelumba slot car ditentukan dari kawalan kelajuan kenderaan masing-masing terutamanya apabila mahu mengambil lekuk dan melepasi halangan yang lain secepat mungkin tanpa menyebabkan kereta terbabas keluar dari trek.

Teruja dengan mekanisme permainan tersebut, Idzham nekad untuk mengumpulnya tetapi tidak serancak sekarang kerana ketika itu dia masih bergelar pelajar.

Mula sahaja bekerja, Idzham terus memburu permainan tersebut dan kini lebih 130 buah slot car serta sebuah binaan trek lengkap dengan panorama yang amat mengagumkan!

Hobi ini kemudian saya berkongsi dengan adik saya, Muhammad Idzmir Fahmy dan kami berdua masih lagi aktif berlumba dan mengumpul slot car dari pelbagai jenama dan rupa.

Kebanyakan koleksi kami datang dari luar negara terutama UK melalui rakan atau saudara yang tinggal di sana kerana ia lebih murah berbanding yang dijual di sini.

Ada juga yang dibeli menerusi Internet terutama edisi terhad," ujarnya yang turut mengubah-suai sendiri enjin serta rangka kereta untuk menambah kelajuan dan kestabilan kereta di atas trek.

Cerita Idzham, asalnya dia dan Idzmir membina trek di sepanjang ruang tamu tingkat atas rumah mereka tetapi kemudian dialihkan ke sebuah bilik khas kerana ia menyukarkan pergerakan mereka.

Adik-beradik itu terpaksa mereka kembali trek tersebut menjadi dua tingkat kerana ruang yang agak kecil dan kemudian menambah sendiri landskap lengkap dengan bukit yang dilihat seperti dibina oleh profesional.

Ujar Idzham, jika dahulu, sebuah kereta sahaja yang dapat berlumba di setiap laluan, kini dengan teknologi digital, kereta-kereta ini mampu berkongsi dan menukar lorong dan sehingga enam buah kereta dapat berlumba dalam satu masa dengan dua lorong sahaja.

Kami berharap dapat membentuk komuniti bermain slot car di Malaysia kerana ia amat unik dan amat diminati di luar negara," ujarnya yang sering bermain slot car bersama ahli keluarga lain serta rakan-rakan yang datang ke rumah mereka.

Dingin meniti usia

Posted: 09 Jun 2013 06:50 AM PDT

RAMAI mengadu hubungan seks suami isteri menjadi semakin hambar apabila usia masing-masing semakin meningkat.

Hilang unsur liar dalam keintiman walau pun salah seorang masih mempunyai keinginan memuncak.

Ada pandangan nakal cuba mengaitkan hubungan dingin tersebut berlaku kerana ia dilakukan hanya dengan pasangan yang sama dan tidak jika usia pasangan mereka jauh lebih muda.

Hakikatnya, ramai tidak mengerti yang hubungan tersebut juga sebenarnya perlu berubah mengikut usia.

Mungkin mereka tidak perasan yang keliaran hubungan tersebut bukan lagi menjadi fokus utama, bahkan telah diganti dengan perasaan kasih sayang, keselamatan dan keselesaan walaupun hanya sekadar melibatkan sentuhan mesra antara kedua belah pihak.

Salah faham ini merbahaya kerana akan menyebabkan kerisauan keterlaluan tidak mampu memberi prestasi baik sebaik waktu mereka muda dahulu.

Kerisauan ini dipanggil performance anxiety. Contohnya, sekiranya mereka tetap cuba untuk bertahan lama atau mencapai orgasma berkali-kali.

Masa dan usia tidak menipu. Percubaan ini akhirnya pasti akan membawa kepada perasaan kecewa, malu dan tidak puas hati.

Hubungan intim tersebut kemudiannya tidak lagi menjadi sesuatu yang menyeronokkan, malahan akan menjadi sesuatu yang perlu dielakkan pula.

Ada pelbagai jenis penyakit berkaitan dengan masalah hubungan seks sebegini, tetapi apa yang akan dibincangkan adalah mengenai hypoactive sexual desire disorder (HSDD).

Merujuk kepada DSM-IV, seseorang itu dikatakan mengalami penyakit ini jika mereka tidak lagi mempunyai sebarang ingatan, kehendak atau nafsu untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan sehingga menyebabkan kehidupan dan rumah tangga mereka menjadi tidak harmoni atau huru-hara.

Masalah HSDD ini lebih banyak berlaku kepada kaum wanita. Ini kerana kaum lelaki lebih popular dengan masalah mengekalkan ereksi atau mati pucuk berbanding masalah ketiadaan nafsu. Walaupun sebenarnya masalah ini boleh berlaku kepada kaum lelaki juga.

Punca HSDD

Bagi lelaki, perselisihan faham dan performance anxiety menjadi penyebab utama. Dalam setiap perselisihan faham antara pasangan, lelaki biasanya akan memberi tindak balas marah dan wanita pula akan merajuk.

Perasaan marah ini akan membantutkan nafsu si lelaki dan jika berpanjangan akan menyebabkan HSDD.

Sebab lain adalah kerana kekurangan hormon testosteron akibat keadaan andropause dan komplikasi saraf seperti penyakit kencing manis dan sebagainya.

Agak kontroversi untuk diperkatakan tetapi pernah berlaku, kecurangan biasanya akan menyebabkan perasaan bersalah sama ada terhadap Tuhan atau pasangan.

Kerap si lelaki akan memberi alasan mengalami masalah mati pucuk sedangkan mereka sebenarnya tidak mempunyai nafsu sama-sekali terhadap pasangan sendiri.

Bahkan, agak menggelikan hati bila ada yang menyalahkan ia akibat buatan orang atau ilmu hitam walhal yang salah ialah diri sendiri.

Punca utama HSDD di kalangan kaum wanita pula adalah kerisauan juga, tetapi mereka biasanya memberi alasan letih atau penat.

Sebenarnya, otak amat mempengaruhi kehendak dan minat mereka terhadap seks. Peningkatan usia akan disertai dengan peningkatan tanggung-jawab.

Kerana itu, sudah tentu apa sahaja perkara yang banyak bermain difikiran seperti masalah kewangan, konflik keluarga dan tekanan kerja pasti memberi kesan ke atas keinginan seks mereka juga.

Bagi pasangan yang mempunyai ramai anak perasaan takut terlajak atau termengandung juga boleh menyebabkan masalah ini.

Bagi yang baru melahirkan anak pula, kesibukan menguruskan bayi dan tidak cukup tidur menjadi faktor utama.

Penggunaan kaedah perancang kehamilan dan pengambilan rehat secukupnya boleh membantu tetapi biasanya gangguan dari anak-anak kecil pula akan menghantui fikiran dan ini mengambil masa untuk diselesaikan.

Wanita amat sensitif dengan perubahan hormon di dalam badan. Keadaan seperti pre-menstrual syndrome (PMS), menopause dan pembedahan ginekologi misalnya, juga boleh menyebabkan HSDD.

Selain itu, peningkatan usia juga menyebabkan ada wanita yang merasakan diri mereka tidak lagi menarik dan secantik dahulu.

Sedangkan perkara ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana pasangan mereka juga berubah mengikut usia.

Bergantung kepada punca permasalahan, sama ada perubatan, psikologi atau hormon, kesemuanya mempunyai kaedah dan cara perawatan tertentu. Jangan putus asa dan dapatkan bantuan segera.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved