Rabu, 5 Jun 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Terkilan kenyataan Khairy

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

JURULATIH dan Pemain Pahang turut menderma untuk tabung PBNP bagi membantu membayar denda berjumlah RM100,000 ekoran insiden kekecohan penonton pada separuh akhir kedua Piala FA baru-baru ini di Kuantan, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) terkilan dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang seolah-olah membayangkan persatuan itu mengambil keuntungan daripada insiden pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur di sini pada 28 Mei lalu.

Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata, kenyataan seumpama itu bukan sahaja mempertikaikan integriti persatuan ini tetapi seolah-olah menghukum peminat dan penyokong bola sepak Pahang.

"Kami berpendapat kenyataan seumpama itu tidak seharusnya keluar daripada seorang Menteri kerana selain berat sebelah dan tidak membina, ia juga menjatuhkan semangat peminat bola sepak.

"PBNP dapat merasakan kekecewaan peminat dan penyokong bola sepak Pahang terhadap kenyataan itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PBNP, Rizal Chek Hashim pada sidang akhbar di sini semalam.

Yang hadir sama, Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim.

Pada majlis itu juga turut diadakan kutipan derma bagi membantu mengurangkan beban PBNP untuk membayar denda sebanyak RM100,000 yang dikenakan akibat insiden tersebut.

Khairy sebelum ini dilaporkan menyalahkan PBNP dan pesuruhjaya perlawanan ketika itu yang gagal bertindak dengan baik sehingga menyebabkan perlawanan ditunda.

Khairy juga mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukan 60,000 tiket yang dikeluarkan kepada PBNP.

Menurut Tengku Abdul Rahman, PBNP percaya kenyataan itu dibuat kerana ketidakpekaan atau terlepas pandang Khairy terhadap fakta sebenar insiden tersebut.

"Beliau seharusnya memberi kritikan, cadangan dan buah fikiran yang positif supaya insiden seumpama itu tidak berulang terutamanya ketika negara menyaksikan kebangkitan sokongan peminat.

"Daripada menuding jari mencari kesalahan sesama kita adalah lebih wajar untuk semua pihak berganding bahu mencari jalan supaya tahap sokongan ini semakin meningkat," katanya.

Kata beliau, perhatian juga perlu diberikan kepada aspek meningkatkan kemudahan dan keselamatan di semua lokasi perlawanan liga kebangsaan bagi menjamin ketenteraman dan keselesaan pemain serta penyokong sepanjang masa.

"Kami harap semua pihak peka terhadap perasaan peminat dan penyokong bola sepak negeri ini yang bersusah payah datang ke stadium," katanya.

Dalam pada itu, katanya, PBNP juga akur terhadap keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang menjadualkan semula perlawanan tersebut di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan Pahang diberi status tuan rumah.

"Tindakan FAM memperuntukkan 60,000 tiket kepada PBNP seharusnya tidak dipersoal kerana ini adalah dianggap wajar dan bersesuaian dengan status tuan rumah yang diberikan oleh FAM kepada PBNP," katanya.

Tunku Ismail minta FAM telus

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Biarpun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin mengeluarkan amaran kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) supaya tidak membuat sebarang kenyataan media mengkritik FAM, namun itu tidak menghalang Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada berterusan menegur badan sukan bola sepak negara itu.

Dalam kenyataannya semalam, beliau dengan lantang membangkitkan beberapa perkara termasuk mengulangi teguran meminta FAM telus dan adil.

Tunku Ismail turut menegaskan kritikan dibuat adalah kerana cintakan bola sepak, selain mahu mengetengahkan isu berkaitan sukan tersebut dan bukannya bertujuan membelakangkan mana-mana individu atau sebab beliau berminat memegang jawatan dalam FAM.

Tunku Mahkota Johor berkata, beliau tidak berminat bertanding merebut sebarang jawatan dalam FAM kerana menyifatkan dirinya tidak layak.

Dalam masa yang sama, tegasnya, beliau lebih mengutamakan Johor dan pembangunan bola sepak di negeri ini.

Beliau sekali lagi mempersoalkan layanan FAM terhadap persatuan-persatuan bola sepak negeri yang disifatkan tidak adil seperti dalam kes melibatkan perlawanan antara Johor Darul Takzim dan Pahang di mana PBNJ turut dikenakan hukuman, namun tidak diberi ruang untuk membuat rayuan.

Tunku Ismail turut mempersoalkan mengapa FAM tidak membenarkan persatuan atau individu menyuarakan sebarang pendapat dan cadangan bagi mempertingkatkan mutu bola sepak negara.

Ini kerana beliau berpendapat isu penting dalam sukan tersebut harus diberi perhatian dan diketengahkan selain rakyat perlu mengetahui situasi sebenar.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana keadaan dalam FAM tiada tanda-tanda akan berlaku perubahan positif biarpun sudah ramai yang tampil membuat teguran sekali gus menegaskan sekiranya ia berterusan, maka 20 tahun dari sekarang kemelut sama akan terus membelenggu bola sepak negara.

Bagaimana saya hendak beri pandangan dan berkongsi pendapat berkaitan bola sepak jika FAM seolah-olah keberatan untuk memberi kerjasama.

Ini termasuk surat yang saya hantar berhubung mutu pengadilan di negara ini juga tidak mendapat maklum balas daripada FAM.

Mereka yang memegang jawatan dalam FAM mestilah telus dan adil kepada semua pasukan yang bersaing dalam liga tempatan. Keutamaan mereka mestilah untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara selain memberi tumpuan pembangunan bakat baru di kalangan belia.

Bola sepak bukan satu entiti persendirian milik mana-mana individu, ia adalah untuk semua lapisan masyarakat. Jadi, sekiranya FAM merasakan perlu untuk mengenakan denda terhadap saya, saya akur," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kes salah guna pas pelajar asing menurun

Posted: 05 Jun 2013 10:35 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 Jun - Bilangan kes penyalahgunaan pas pelajar asing di institusi pangajian tinggi swasta (IPTS) menurun secara drastik tahun lalu ekoran langkah pihak berkuasa memperketatkan syarat kemasukan pelajar.

Perangkaan Polis Bukit Aman menunjukkan penurunan tangkapan warga asing yang menyalahgunakan pas pelajar dan terbabit dalam aktiviti pelacuran iaitu daripada 76 orang pada 2011 kepada 37 tahun lalu.

Statistik itu juga menunjukkan tangkapan pelacur dalam kalangan penuntut dari China paling tinggi pada kedua-dua tahun iaitu 29 pada 2012 dan 73 pada tahun sebelumnya.

Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Asisten Supritendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, baki adalah pelajar dari Uzbekistan dan Yaman.

Tahun lalu tujuh warga Uzbekistan dan seorang dari Yaman, manakala pada tahun sebelumnya tiga rakyat Uzbekistan, katanya kepada Bernama, dan menambah serbuan dilakukan antara tiga dan empat kali seminggu, mengikut aduan orang ramai.

Pada Februari tahun lalu, kerajaan menghentikan pemberian visa semasa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini, bagi membendung penyalahgunaan dokumen itu serta mengawal kemasukan warga asing secara mudah.

Visa pelajar hanya dikeluarkan kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS yang dikelolakan oleh kementerian.

Pelajar asing yang dikesan terbabit dengan kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah, kebanyakannya mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di IPT yang bukan di bawah kelolaan kementerian itu.

Selain itu, institusi-institusi pengajian tinggi turut mengamalkan proses pengambilan pelajar secara berhati-hati.

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Akademik dan Kemasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Badrul Shahri Basri berkata, pihaknya mengamalkan proses temu bual secara bersemuka atau persidangan video bagi pelajar yang diragui sijil pendidikan mereka.

"Temu bual itu dilakukan oleh lima atau enam orang pakar dalam bidang yang dimohon pelajar," katanya.

Badrul berkata, temu bual hanya dilakukan selepas dokumen peribadi mereka seperti pasport yang sah serta sijil pelajaran terkini yang diterima universiti, diragui kesahihannya.

Pegawai Bahagian Pengambilan Pelajar Allianze University College of Medical Sciences di Pulau Pinang, Amirullah Abd. Hadi berkata, kolej itu menggunakan prosedur yang ditetapkan kerajaan dalam urusan kemasukan pelajar asing.

"Jika ada keraguan pada kelayakan seseorang pelajar, kita akan berhubung dengan tempat pelajar pemohon.

"Selain itu kita juga boleh mengetahui seseorang itu benar-benar hendak belajar apabila tengok kesungguhan mereka seperti sentiasa membuat 'follow-up' dengan kita," katanya.

Beliau berkata setakat ini tiada laporan penyalahgunaan pas oleh pelajar asing di kolej berkenaan. - BERNAMA

Pelumba basikal maut digilis lori

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh Siti Airunnisa Alaui
pengarang@utusan.com.my

MUHAMMAD Syafiq Imran Syahril dibantu oleh rakan-rakan selepas terlibat dalam kemalangan ketika latihan di Kampung Bukit Guntung, Tepoh, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 5 Jun - Rutin sesi latihan sekumpulan pelumba basikal Terengganu pagi ini bertukar tragedi selepas seorang atlet pelapisnya, Muhammad Syafiq Imran Syahril, 15, maut digilis treler di Kampung Bukit Guntung, Tepoh dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa bersama kumpulan 45 atlet basikal sedang menjalani latihan sebelum Muhammad Syafiq dikatakan cuba mengelak jalan berlubang di laluan tersebut.

Berikutan itu, mangsa yang merupakan salah seorang atlet yang terpilih untuk menyertai Kejohanan Berbasikal Kebangsaan di Perlis pada 26 Jun ini, terjatuh di laluan bersebelahan bersama dua rakannya.

Sebuah treler yang datang dari arah bertentangan dan berada agak hampir kemudian gagal mengelak lalu menggilis dan mengheret mangsa beberapa meter.

Menceritakan detik mengerikan itu, rakan mangsa, Che Ku Mohd. Nazmie Che Ku Romli, 19, memberitahu, kejadian berlaku di depan matanya apabila beliau turut terjatuh ke tengah jalan bersama mangsa dan seorang lagi rakan mereka, Ahmad Fikri Ahmad Fadli, 14.

Katanya, ketika kejadian, dia yang bergerak di tengah-tengah kumpulan berkenaan terlanggar tayar belakang basikal rakan di hadapannya yang gagal memberi isyarat terdapat jalan tidak rata di laluan tersebut.

"Kejadian berlaku dengan pantas, ketika saya jatuh bersama mangsa dan seorang lagi rakan, saya nampak ada treler datang, dalam keadaan kesakitan saya bergegas bangun dan menyelamatkan diri, manakala Ahmad Fikri pun buat perkara sama.

"Tetapi masa itu, saya hanya sempat tengok mangsa cuba bangun tetapi digilis dan diseret treler," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Ujar Che Ku Mohd. Nazmi, ketika mangsa digilis, beliau mendengar mangsa mengadu kesakitan selain memanggil nama ibu dan bapanya.

Difahamkan, mangsa digilis tayar hadapan sebelah kiri treler tersebut dan mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen.

Muhamad Syafiq kemudian dibantu oleh rakan-rakan dan orang ramai sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sementara itu, jurulatih mangsa, Syed Mohd. Husaini Syed Mazlan memberitahu, latihan berkenaan sesi biasa dijalankan oleh kumpulan itu yang turut disertai oleh atlet Sukan Malaysia (Sukma) dan Tim Berbasikal Terengganu (TSG).

"Ini adalah rutin biasa atlet dan pada pagi ini, kumpulan itu bergerak dari Flat Jalan Hiliran pada pukul 8.30 pagi menuju ke Bukit Besi melalui laluan lebuh raya bermula di Gemuruh yang melibatkan jarak laluan latihan sejauh 160 kilometer," jelasnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Halim Mohd. Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan polis sedang menyiasat punca kemalangan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Bangunan runtuh di Philadelphia, 10 tertimbus hidup-hidup

Posted: 05 Jun 2013 10:17 AM PDT

WASHINGTON 6 Jun - Sekurang-kurangnya 10 orang dikhuatiri maut selepas sebuah bangunan setinggi empat tingkat runtuh di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Kejadian tersebut berlaku di tengah Philadelphia, berdekatan stesen utama kereta api di bandar berkenaan kira-kira pukul 10.45 pagi waktu tempatan (10.45 waktu Malaysia semalam).

Punca kejadian masih belum diketahui dan pasukan bomba bertungkus-lumus mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan itu. - DPA

Kes kebakaran masjid di London disiasat

Posted: 05 Jun 2013 10:16 AM PDT

LONDON 6 Jun - Polis anti-pengganas Britain semalam melancarkan siasatan berhubung kes kebakaran yang memusnahkan sebuah masjid di sini.

Kumpulan komuniti sebelum ini melaporkan peningkatan serangan terhadap masjid dan ucapan anti-Islam sejak kes pembunuhan seorang anggota tentera, Lee Rigby oleh ekstremis Islam pada bulan lalu.

Siasatan pihak berkuasa setakat ini belum dapat mengesahkan punca sebenar kebakaran di Pusat Islam Al-Rahma, namun dipercayai merupakan perbuatan khianat.

Perkataan EDL yang merujuk kepada kumpulan berhaluan kanan, Liga Pertahanan Inggeris turut ditemui pada dinding bangunan tersebut. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Terowong bijih tarik pelancong

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Suhaimi Sulong

KUANTAN 5 Jun - Terowong bijih timah Sungai Lembing di sini yang memulakan operasi sejak dua bulan lalu berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung.

Ahli Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Suhaimi Sulong berkata, sambutan daripada pengunjung amat menggalakkan sehingga MPK memperoleh jumlah pendapatan lebih RM150,000 dalam tempoh tersebut.

"Bagaimanapun MPK akan terus membuat penambahbaikan seiring dengan keperluan para pelancong dari semasa ke semasa.

"Segala aduan atau maklum balas daripada pihak pengunjung akan diambil kira dan diteliti," katanya yang mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPK di Dewan Majestik di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, terowong berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan menerima kunjungan daripada pelancong walaupun terdapat khabar angin terowong ditutup berikutan terdapat kemalangan kecil Sabtu lalu.

"Insiden patung replika pekerja lombong terjatuh sehingga menyebabkan seorang pelancong tempatan cedera ringan tidak menjejaskan operasi terowong berkenaan.

"Kita masih menyiasat kejadian tersebut dan siasatan ke atas empat lagi replika tersebut mendapati tidak membahayakan orang ramai," katanya.

Gangguan elektrik diatasi lebih pantas

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Redzuan

JERANTUT 5 Jun - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengkaji untuk meletakkan kakitangan tambahan dalam pasukan gerak cepat atau Speed Team di Kampung Bantal supaya urusan penyelenggaraan gangguan bekalan elektrik di kawasan Hulu Tembeling dilakukan dengan efisien dan pantas.

Pengurus Cawangan TNB Jerantut, Redzuan Zainal Abidin berkata, untuk tujuan berkenaan, pihak TNB sedang mengenal pasti dua calon berkelayakan dalam kalangan penduduk kampung tersebut untuk menjadi kakitangan TNB di Hulu Tembeling.

Beliau berkata, mereka akan dibantu oleh seorang kakitangan TNB yang mahir untuk memantau dan melatih selok-belok penyelenggaraan kerosakan dan gangguan menerusi unit Speed Team yang dilaksanakan di Kampung Bantal.

"Sejak perasmian projek perintis Speed Team di TNB Cawangan Jerantut, pihak kami menerima banyak maklum balas daripada penduduk yang sangat gembira dengan wujudnya pasukan ini.

"Penduduk Hulu Tembeling menyokong penuh penubuhan pasukan Speed Team ini kerana ia mampu mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik dalam masa 30 minit atau lebih cepat berbanding sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Redzuan, kakitangan tambahan Speed Team Kampung Bantal yang dipilih kini dalam proses untuk dihantar mengikuti kursus secara berperingkat.

"Kita juga akan menambah kemudahan lojistik, iaitu kenderaan yang akan digunakan oleh unit ini untuk melancarkan lagi pengurusan pasukan Speed Team menyelenggara gangguan bekalan elektrik di sana.

"Sejak dilancarkan awal bulan lepas, projek ini cukup signifikan memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Hulu Tembeling di kawasan pedalaman daerah ini," ujarnya.

Katanya, jika pasukan Speed Team berjaya dan memenuhi keperluan penyelenggaraan kerosakan bekalan elektrik di Jerantut, usaha menubuhkan unit yang sama akan diperluaskan ke kawasan lain untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna.

524 sertai Perkhemahan KPAM

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

SALAH satu kontijen KPAM Temerloh bergambar pada majlis penutup perkhemahan KPAM Negeri di Jengka, baru-baru ini.

MARAN 5 Jun - Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam Malaysia (KPAM) peringkat negeri yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (Pulapat) Jengka di sini baru-baru ini berjaya menarik penyertaan 524 pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri ini.

Sempena perkhemahan itu, pelbagai aktiviti dilangsungkan bagi pengisian program berkenaan antaranya pertandingan kemahiran menyelamat mangsa, kawad kaki, pertolongan cemas dan kemahiran melawan kebakaran.

Ketua Unit Menengah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Maran, Mohamed Bakri Abd. Malek berkata, pembabitan aktif pelajar dalam program itu dapat memupuk nilai kesukarelaan dan kesiapsiagaan tinggi dalam kalangan generasi muda negara.

Beliau berkata, perkhemahan ini juga menyediakan landasan awal kepada generasi baharu menyemai nilai untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Jelasnya, cabaran yang ditempuh anggota KPAM akan menjadi nilai tambah kepada pembinaan karakter dan modal insan negara dalam menjamin kelangsungan kegemilangan negara.

''Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota KPAM yang telah berjaya mengharungi segala cabaran sepanjang tempoh perkhemahan selama tiga hari," katanya ketika berucap menutup perkhemahan tersebut di sini.

Yang hadir sama, Setiausaha Jawatankuasa Induk Perkhemahan KPAM negeri, Roslan Shamsuddin.

Menurutnya, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah terbukti berperanan utama dalam memberi perlindungan kepada rakyat negara ini khususnya apabila musibah melanda.

Tambah beliau, pertandingan kemahiran seperti menyelamat mangsa, kawad kaki, pertolongan cemas, dan kemahiran melawan kebakaran juga boleh menyemai nilai patriotisme dan integrasi.

Jelasnya, melalui aktiviti yang diadakan, perhimpunan ini mampu melahirkan golongan muda yang memiliki bukan sahaja kemahiran untuk berhadapan dengan saat-saat kecemasan, malah membentuk semangat berpasukan dan cintakan negara.

''Elemen ini amat penting membantu membentuk karakter generasi muda yang berjiwa kental, patriotik dan bersyukur sebagai bangsa Malaysia," katanya.

Tambah beliau, pengalaman diperolehi peserta itu perlu dikongsi bersama dengan rakan-rakan lain yang tidak berpeluang menyertai perkhemahan besar seperti perkhemahan JPAM ini.

Sementara itu, para peserta perkhemahan KPAM menyifatkan program tersebut berjaya mengajar mereka erti kepayahan yang menuntut kerjasama dan kecekalan dalam menghadapi cabaran.

Malah mereka berpendapat usaha Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dengan sokongan padu JPAM negeri menepati falsafah dalam mendidik pewaris bangsa yang berjiwa patriotik.

Mohd. Syazwan Mohd. Syukur, 14, dari Jerantut mengakui sangat teruja dan bersemangat menyertai aktiviti yang dipertandingkan seperti kawad kaki dan melawan kebakaran.

Ujarnya, aktiviti seperti itu, menguji semangat persefahaman di samping menuntut fokus serta kecekalan dalam menghadapi ujian diberi sekali gus bermanfaat dalam menjalani kehidupan seharian.

Puteri Elyana Natasya Abdullah, 17, dari Rompin berkata, penyertaan dalam pasukan KPAM memberi peluang remaja melatih diri dengan disiplin ketat yang menjurus kepada kehidupan lebih baik dan patriotik.

Nabila Afifa Fikri, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jengka pula sangat berbangga dengan kejayaan diri mengikuti latihan ala ketenteraan yang disertainya.

''Saya tidak menyangka dapat mengikuti latihan kawad serta pelbagai lagi disiplin latihan yang mencabar walaupun tidak yakin dengan kebolehan diri sebelum ini," katanya.

Farahim Nor Ridzuan, 17, dari SMK Abu Bakar Temerloh berkata, setelah menyertai pasukan KPAM sejak di tingkatan satu, jiwanya kini lebih patriotik terhadap bangsa, agama dan negara.

''Kini semangat saya untuk mempertahankan negara sangat berkobar-kobar dan tidak bersetuju jika mana-mana pihak mewujudkan situasi tidak selamat di negara tercinta ini," ujarnya.

Saifuddin Saari, 17, dari SMK Jengka 18 memuji usaha jabatan pelajaran menganjurkan perkhemahan KPAM bagi menguji kecekapan kontinjen dari seluruh daerah di negeri ini.

''Kami sangat memerlukan ruang pendidikan dan latihan kemahiran yang lasak seperti ini mendidik dan melatih pelajar menjadi warganegara yang berguna kepada negara," jelasnya.

Fakrul Razi Basri, 15, Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Jerantut pula berkata, generasi yang dilatih asas disiplin ala tentera mampu menjadi benteng yang diharapkan negara.

Dalam program itu, kontinjen daerah Pekan dan Temerloh muncul johan keseluruhan masing-masing bagi kategori sekolah menengah harian dan sekolah menengah agama.

Ketua Platun terbaik sekolah menengah harian disandang oleh Ahmad Tarmizi Suhaimin (Temerloh) dan Nurul Faziliana Md. Arif manakala Amirul Rafuiddin Rusli (Temerloh) dan Hidayatul Asyikin Ishak (Pekan), sekolah menengah agama.

Sementara itu, Pegawai Pengurusan Pembangunan Manusia Pejabat Pelajaran Daerah Maran, Burhanuddin Hashim berkata, prestasi dan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum diiktiraf kerana terkandung dalam sistem pendidikan negara bagi membentuk generasi pewaris legasi kecemerlangan negara.

Katanya, berikutan itu, sebarang persepsi negatif sesetengah ibu bapa bahawa aktiviti kokurikulum tidak membawa kebaikan dan membuang masa, hendaklah segera dikikis.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Perhimpunan: Chegubard didakwa gagal maklumkan polis

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Badrul Hisham Shaharin ketika hadir di Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA 5 Jun — Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal memaklumkan polis berhubung penganjuran satu perhimpunan, bulan lalu.

Badrul Hisham dituduh gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, 10 hari sebelum Program Penghargaan kepada Pengundi Negeri Selangor diadakan di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur di sini antara pukul 5 petang dan 12 tengah malam, 25 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengemukakan pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000.

Badrul Hisham mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pada prosiding hari ini, lelaki berusia 35 tahun yang berdiri di luar kandang tertuduh itu memohon mahkamah agar dia tidak dikenakan wang jaminan kerana dia merupakan orang kena saman (OKS).

''Saya datang ke mahkamah sebaik sahaja menerima notis, maka tidak ada alasan untuk saya tidak hadir atau menghilangkan diri,'' katanya yang tidak diwakili peguam bela.

Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang memakai baju kemeja hitam itu dilihat tenang sepanjang prosiding.

Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan Badrul Hisham dibebaskan tanpa sebarang jaminan dan menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mei ini.

Sementara itu, polis menutup jalan utama memasuki Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sejak pukul 8 pagi sehingga prosiding selesai.

Tipu bank: Dua sahabat masing-masing didenda RM20,000

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

KOTA BHARU 5 Jun - Dua sahabat masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah menipu Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) membabitkan transaksi pembiayaan perumahan sehingga mengakibatkan bank berkenaan kerugian sebanyak RM152,196, tujuh tahun lalu.

Hakim Mohd. Yusoff Yunus turut memerintahkan tertuduh pertama, Rosmali Abd. Rahman, 32, dan tertuduh kedua, Mohd. Hairuddin Harun, 39, dipenjara 20 bulan berkuat kuasa serta-merta sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun membayar denda masing-masing.

Rosmali yang bekerja sebagai juru ukur swasta dan Mohd. Hairuddin, bekas Eksekutif Pusat Pentadbiran Kredit Bank Islam cawangan Kota Bharu, masing-masing mengaku melakukan perbuatan itu antara 15 September dan 5 Disember 2005 di Bank Islam cawangan Kota Bharu.

Kedua-duanya secara bersama didakwa mengemukakan dokumen palsu iaitu sijil nilaian kerja bertarikh 15 September 2005 dan 5 Disember 2005, untuk tujuan pembinaan rumah di Mukim Guntong di sini bernilai RM152,196.

Mereka berdua didakwa mengemukakan dokumen tersebut dengan niat untuk memperoleh wang selepas mengetahui bahawa pembinaan rumah itu tidak pernah dilaksanakan.

Dakwaan terhadap mereka kemukakan mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada asalnya Rosmali didakwa mengikut Seksyen 11C Akta Pencegahan Rasuah 1997 membabitkan tuntutan palsu, manakala Mohd. Hairuddin dituduh mengikut Seksyen 20 Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu percubaan, persediaan persubahatan dan komplot jenayah.

Bagaimanapun, pihak pendakwa kemudian meminda pertuduhan ke atas mereka.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shahidah Muslimah Roslan, manakala Rosmali diwakili peguam Datuk Shukri Mohamed sementara Zainal Abidin Mustaffa mewakili Mohd. Hairuddin.

Menurut fakta kes, Rosmali yang juga pemilik syarikat Salju Biru Management telah menggunakan lesen sebuah syarikat pembinaan, Kasa Mewah Development Sdn. Bhd. (Kasa Mewah) untuk membuat tuntutan pembiayaan rumah itu daripada Bank Islam cawangan Kota Bharu.

Rosmali merupakan pelanggan kepada Mohd. Hairuddin yang memudahkannya untuk mengemukakan dokumen palsu tersebut sehingga pembiayaan yang dimohon diluluskan mengikut konsep Bai Bithaman Ajil bank tersebut.

Perbuatan tertuduh terbongkar selepas pemilik Kasa Mewah, Syed Mohd. Khairuddin Syed Musthapa membuat laporan polis mendakwa nama, nombor akuan dan maklumat syarikatnya telah digunakan oleh tertuduh pertama untuk mendapatkan pembiayaan rumah itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Anugerah Blokbuster Ke-2 di JB 15 Jun ini

Posted: 05 Jun 2013 02:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 Jun - Anugerah Blokbuster Ke-2 yang dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama Astro bakal diadakan pada 15 Jun ini bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor.

Anugerah yang semakin mendapat tempat dalam kalender hiburan tempatan itu akan menyaksikan 49 buah filem bersaing untuk merebut 15 anugerah yang dipertandingkan.

Antara anugerah yang menjadi tumpuan pastinya Filem Terhebat, Tuan Direktor Terhebat, Direktor Baharu Terhebat, Filem Aksi terhebat dan Hero Terhebat. - UTUSAN ONLINE

Mencari pelakon drama dan filem

Posted: 04 Jun 2013 10:06 PM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 5 Jun - Orang ramai yang berbakat dan berminat dalam bidang lakonan, dipelawa menyertai sesi uji bakat drama dan filem anjuran majalah Mastika dan Teknik Padu Sdn. Bhd yang akan diadakan pada 8 dan 9 Jun ini.

Uji bakat yang akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang di Dewan di Utusan Karya Sdn. Bhd. Kompleks Sri Utusan, Lot 6, Jalan P/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10,43650 Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor itu akan dinilai oleh para juri profesional.

Pada yang tidak berkesempatan hadir sesi uji bakat pada Sabtu dan Ahad ini, anda boleh datang ke tempat yang sama pada 15 dan 16 Jun nanti.

Uji bakat ini terbuka kepada lelaki dan perempuan berumur dari

17 hingga 40 tahun dan setiap peserta perlu membayar yuran

pendaftaran sebanyak RM10 (termasuk sijil penghargaan).

Para calon diminta hadir dengan berpakaian kemas, berserta biodata lengkap

dan dua keping gambar berukuran 4R.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 019-3720197 dan

017-3054558. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perlembagaan, Islam dan Institusi Raja

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

KEPADA Mu Ya ALLAH! dipohonkan petunjuk - dimohon hidayat, mengupayakan Hamba-Mu ini menghuraikan mauduk 'Perlembagaan dan Islam - Peranan Institusi Raja'; yang mengandungi tiga kata kunci; pertama: Perlembagaan, kedua: Islam, ketiga: Institusi Raja.

Menghadap Paduka Kekanda, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis; menghadap Paduka Kekanda Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis. Ampun Tuanku, sembah Paduka Adinda mohon diampun. Sesungguhnya Paduka Adinda berasa begitu terhormat dengan keberangkatan hadir Paduka Kekanda berdua, mencemar duli untuk turut mengikuti huraian Paduka Adinda atas mauduk yang telah diamanahkan. Paduka Adinda juga amat menghargai keberangkatan hadir Paduka Anakanda Raja Muda Perlis bersama Paduka Anakanda Raja Puan Muda Perlis.

PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN sesebuah negara adalah undang-undang yang telah digubal, lalu diterima pakai sebagai prinsip dan panduan pemerintahan. Dalam konteks negara Malaysia, ia dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia, lebih kerap dirujuk sebagai Perlembagaan Persekutuan; malah naskhah asalnya lebih dikenali sebagai Perlembagaan Merdeka.

Proses menggubal Perlembagaan Persekutuan, bermula daripada persidangan yang berlangsung di London dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956. Delegasi Persekutuan Tanah Melayu terdiri dari:

i. Empat wakil Raja-Raja Melayu

ii. Ketua Menteri bersama tiga Menteri Persekutuan Tanah Melayu.

iii. Pesuruhjaya Tinggi Inggeris berserta barisan penasihat.

Suruhanjaya Reid ditubuhkan; diberikan tanggungjawab melakukan kajian, seterusnya mengemukakan perakuan kandungan Perlembagaan Persekutuan. Suruhanjaya Reid diketuai oleh Hakim Lord Reid, dan dianggotai oleh:

i. Sir Ivor Jennings, pakar perundangan perlembagaan negara-negara Komanwel

ii. Sir William McKell, mantan Gabenor Jeneral Australia.

iii. Mr. B. Malik, mantan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India.

iv. Justice Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi Pakistan Barat.

Antara Jun hingga Oktober 1956, Suruhanjaya Reid mengadakan 118 sesi pendengaran (hearings) sebelum merumuskan perakuan pada 20 Februari 1957. Antara perakuan utama yang terkandung dalam draf pelan induk Perlembagaan Merdeka menyentuh perkara-perkara berikut:

(i) Keunggulan Perlembagaan.

(ii) Badan Kehakiman yang bebas dengan kuasa melakukan kajian semula kehakiman (judicial review).

(iii) Kerajaan berteraskan sistem Persekutuan.

(iv) Raja Berperlembagaan di Peringkat Persekutuan dan Negeri.

(v) Perlindungan khas hak Raja-Raja Melayu.

(vi) Kedudukan istimewa orang Melayu.

(vii) Hak kerakyatan kepada setiap orang yang dilahirkan di Persekutuan.

(viii) Hak agama, budaya dan bahasa kalangan bukan Melayu.

Permohonan Perikatan, begitu juga hasrat UMNO mahu meletakkan Islam di bawah kuasa Persekutuan tidak diterima; di sebaliknya Suruhanjaya Reid menerima tuntutan Raja-Raja Melayu, mengekalkan agama di bawah kuasa negeri. Ini mungkin diasaskan kepada faktor bahawa kuasa Raja berhubung Islam tidak pernah disentuh, di masa negeri-negeri Melayu berada di bawah pentadbiran de facto Residen Inggeris.

Kumpulan Kerja Pakatan Tiga Pihak (Tripartite Working Party) mewakili Raja-Raja Melayu, Perikatan dan Kerajaan Kolonial telah ditubuhkan untuk mengkaji perakuan Suruhanjaya Reid. Raja-Raja Melayu diwakili oleh Penyimpan Mohor Besar, Haji Mustapha Albakri, Shamsuddin Nain, Tunku Ismail dan Neil Lawson, QC; Perikatan diwakili oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Datuk Abdul Razak, Ong Yoke Lim dan V.T. Sambanthan, dan Kerajaan Kolonial, diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi MacGillivray, Ketua Setiausaha Negara, Sir David Watherston, Peguam Negara TV A Brodie, dan E.O. Laird berperanan sebagai setiausaha.

Antara 23 Februari hingga 27 April 1957, Kumpulan Kerja telah mengadakan dua puluh tiga mesyuarat, melakukan pengubahsuaian kepada perakuan asal Suruhanjaya Reid. Antara pengubahsuaian signifikan yang dilakukan menyentuh perkara-perkara berikut:

(i) Memperkukuh peranan Majlis Raja-Raja; sebagai forum yang melantik Ketua Negara; Majlis Raja-Raja berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung urusan lantikan tertentu menurut yang termaktub di dalam Perlembagaan; dan Majlis Raja-Raja perlu dirunding dalam perkara-perkara penting seperti perubahan sempadan dan wilayah, serta perkara yang menyentuh bidang kuasa Raja.

(ii) Menggugurkan perakuan yang meletakkan batasan masa lima belas tahun untuk melindungi keistimewaan orang Melayu.

(iii) Islam dikanunkan sebagai agama Persekutuan tetapi tidak mengubah status Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.

(iv) Menjamin kebebasan beragama kepada bukan Islam.

(v) Membenarkan pengajaran bahasa Cina dan Tamil serta penggunaan bahasa-bahasa tersebut dalam urusan tidak rasmi.

Suruhanjaya Reid, memberi perhatian aspek pergantungan kewangan negeri-negeri dari sumber pendapatan di peringkat Persekutuan. Dalam tahun 1956, keseluruhan perolehan pendapatan Persekutuan berjumlah tujuh ratus empat puluh empat (744) juta ringgit, sementara jumlah perolehan pendapatan negeri-negeri hanyalah sembilan puluh sembilan (99) juta ringgit.

Raja-Raja dan Perikatan tidak menemui kata sepakat dalam isu menyentuh agihan dan perkongsian hasil negara di antara pusat dengan negeri, lalu wakil Raja-Raja telah memulau mesyuarat yang berlangsung pada 9 April 1957. Kompromi akhirnya dicapai apabila Perikatan memberikan persetujuan memperuntukkan geran kepada negeri.

Ketika kesetiaan warga kepada negeri masih begitu mendalam - ketika warga kuat memiliki kebanggaan terhadap warisan, adat dan tradisi setempat, Raja-Raja Melayu telah mempamerkan jiwa besar, memberi perkenan untuk memungkinkan penubuhan sebuah Persekutuan. Jiwa besar yang dipamerkan oleh Raja-Raja Melayu telah memudahkan urusan penggubalan Perlembagaan. Lantas Perlembagaan Merdeka berjaya disiapkan mengikut jadual.

Sesungguhnya sembilan Raja Melayu pada hakikatnya telah membuktikan sebaik-baik contoh, semangat untuk merealisasikan perwujudan sebuah negara bangsa, dengan perkenan mengurniakan sebahagian besar kedaulatan dan menyerahkan sebahagian besar kuasa negeri masing-masing untuk memungkinkan tertubuhnya sebuah Persekutuan, di bawah konsep Federalisme. Apabila Raja menemui kata muafakat, warga mencapai kata sepakat.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957 oleh Sir Donald Charels MacGillivray bagi pihak Ratu Inggeris dengan lapan Raja Melayu; dan bagi Negeri Sembilan, ditandatangani secara bersama oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berserta empat Undang dan Tengku Besar Tampin. Pada tarikh keramat, 31 Ogos 1957, Duke of Gloucester bagi pihak Ratu Inggeris menyerahkan Perlembagaan Persekutuan kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera, dalam gegak gempita teriakan Merdeka: berkibarlah bendera Jalur Gemilang, berkumandanglah lagu Negaraku, lalu lahir sebuah negara merdeka lagi berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan berperanan sebagai carta dan kompas, sauh dan layar kepada sebuah bahtera merdeka. Pada September 1963, Parlimen Malaysia menggubal Akta Malaysia 26/1963, memberi wajah baru kepada Perlembagaan Merdeka selaras dengan pembentukan negara Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Terkandung 183 perkara di dalamnya. Perlembagaan Negara kita adalah antara Perlembagaan bertulis yang paling komprehensif, mengandungi pelbagai perkara, begitu menyeluruh, digubal secara terperinci - dihalusi secara teliti. Dalam bab akhir buku An Introduction To The Constitution of Malaysia, Tun Mohamed Suffian telah mencatat frasa berikut:

Petikan: For such a small country Malaysia has a fearfully long and elaborate Constitution and the visitor from Mars may be forgiven for thinking that our Constitution must have been devised by a mad professor of constitutional law".

Perlembagaan sesebuah negara, sui generis sifatnya, iaitu berada dalam kelas tersendiri. Perlembagaan Persekutuan tidak sekadar dokumen undang-undang. Perlembagaan Persekutuan pada hakikatnya mengandungi semangat dan roh negara, mencerminkan persetujuan-persetujuan yang di capai ketika negara memperoleh kemerdekaan.

Ia memperlihatkan semangat persefahaman - ia mempamerkan kesediaan berkompromi pelbagai pihak - ia memanifestasikan pencapaian kata sepakat antara takhta dengan rakyat, antara rakyat sesama rakyat yang berlatar belakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa. Perlembagaan Persekutuan digubal bersumberkan warisan sejarah, satu kesinambungan yang berjaya mengekalkan tradisi ketika mengharung modenisasi.

Termaktub di dalamnya, aspek warisan berkerajaan - aspek sejarah bernegara, berpayungkan Raja, bertiangkan Islam, bersalut budaya dan bahasa peribumi. Amanat yang terkandung dalam tujuh wasiat Raja-Raja Melayu dianyam secara tersirat dalam dokumen yang tersurat.

Terpahat secara tersirat - tertera secara tersurat di dalam Perlembagaan Persekutuan semangat menjunjung Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang secara tegas menetapkan antaranya, kedaulatan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Tanah Simpanan Melayu, kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain, diberikan jaminan untuk dilindungi pada setiap masa.

Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan tanpa perkenan Raja-Raja. Perkara-perkara yang telah sama-sama dipersetujui ketika penggubalan Perlembagaan Merdeka, menyentuh prinsip-prinsip asas, tidak boleh sama sekali diperdagangkan untuk tujuan meraih keuntungan politik jangka pendek. Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditafsirkan secara menyeluruh kerana kesemua peruntukan yang terkandung di dalamnya adalah berikat dan berkuasa.

Perlembagaan Persekutuan hendaklah dijadikan rujukan utama dalam mengurus tadbir negara. Ia mengatasi segala undang-undang lain. Tidak ada undang-undang lain yang harus mencabar keunggulannya. Mematuhi dan menghormati perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bukan satu pilihan tetapi adalah satu kemestian untuk membolehkan sistem pemerintahan demokrasi yang sejati dapat ditegakkan.

ISLAM

Islam terpahat kukuh di persada sejarah negara. Islam mula berakar di Tanah Melayu sejak kurun keempat belas. Terdapat penemuan-penemuan yang menunjukkan Islam telah tersebar di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu lebih awal dari Melaka. Raja Kedah, Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam dalam tahun 1136 Masihi, menukar nama kepada Sultan Mudzafar Shah, dan mengasaskan Kesultanan Islam di Kedah.

Di Melaka, Parameswara setelah memeluk Islam, menukar nama kepada Raja Iskandar Shah. Dengan pengislaman Raja Melaka pada tahun 1409, Islam bertapak lebih kukuh di alam Melayu, dijadikan agama rasmi di Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1458).

Penduduk di Nusantara Melayu, memeluk Islam kerana dorongan dan dakwah Raja-Raja, bukan kerana ditakluk atau dipaksa. Islam berevolusi menjadi titik penyatuan negara bangsa di bawah pemerintahan Raja-Raja. Kesultanan Melaka dianggap sebagai salah sebuah Kerajaan Islam yang ulung di Asia Tenggara, berperanan sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara.

Proses pengislaman di alam Melayu berlangsung dalam masa yang singkat dan merupakan tenaga terkuat yang mencorakkan kepercayaan, nilai dan sikap masyarakat. Ajaran Islam cepat menyerap di kalangan umat Melayu kerana Islam merupakan satu keratan lapisan yang diletakkan atas sistem kepercayaan yang sedia wujud, memperlihatkan kebijaksanaan umat Melayu melakukan asimilasi, menyesuaikan sistem kepercayaan lama dengan yang baru.

Islam memberi dimensi baru kepada minda Melayu; ia mencetuskan satu revolusi pemikiran; mengupayakan umat menyemai nilai dan semangat keagamaan yang luhur. Islam telah merobah bukan sahaja struktur zahir masyarakat Melayu malah turut menyentuh struktur batinnya. Berpalinglah pandangan hidup umat Melayu, gugur dari singgahsana alam seni dan alam mitos yang khayal, berpindah ke alam akal dan budi yang menuntut kepada gaya tertib yang lebih teratur, berjaya membina daya rasionalisme - daya intelektualisme, mengangkat adab dan susila serta kesedaran umat terhadap kemuliaan insan dan keagungan Tuhan.

Lalu berlaku pengubahsuaian dalam sistem pemerintahan, menjelmakan identiti baru. Raja dan Kerajaan diberi taraf baru, menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai 'penjelmaan Tuhan di bumi', status yang meletakkan Raja sama taraf dengan Tuhan, beralih kepada konsepsi bahawa Raja adalah 'bayangan Allah di muka bumi (zillulah fi al-Ard)". Hubungan batiniah Raja dengan para dewata ditinggalkan, di sebaliknya talian spiritual dirangkaikan dengan Allah dan Rasul serta kekudusan tokoh para aulia - para anbia.

Berdasarkan konsepsi baru ini, Raja hanya bertaraf wakil atau khalifah di bumi dengan sifat-sifat kemanusiaan. Kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja juga tidak boleh mengingkari tuntutan syarak. Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf menyempurnakan tanggungjawab, lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa pemerintahan adalah satu amanah Ilahi yang sama sekali tidak boleh disalahgunakan. Raja wajib menjunjung amanah pemerintahan, melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Islam dan Melayu adalah tunggak utama Tanah Melayu. Undang-undang Islam diguna pakai untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Negeri Melaka telah mengkanunkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka berdasarkan Hukum Syarak. Di negeri Perak, Undang-Undang 99 digubal, berdasarkan prinsip Hukum Syarak; Terengganu, Kelantan dan Kedah menyerapkan pengaruh Islam dalam pentadbiran.

Selepas kejatuhan Melaka, kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu kekal meneruskan tradisi pemerintahan beraja berteraskan undang-undang Islam sehingga munculnya penglibatan Inggeris. Inggeris telah memisahkan urusan pentadbiran negeri dengan agama Islam. Proses peralihan sistem perundangan dilakukan dari negeri ke negeri dengan penerimaan Common Law Inggeris, mengganti perundangan berlandaskan syarak; akibatnya Islam terpisah dari arus perdana pentadbiran, malah hal ehwal Islam ditadbirkan secara berasingan dengan penubuhan institusi-institusi yang dibatasi bidang kuasanya.

Terbukti, bahawa dalam era pemerintahan Kesultanan Melayu. urus tadbir berpaksikan Islam yang merangkumi aspek-aspek perundangan, ekonomi, pendidikan dan sosial, telah diterima sebagai cara hidup masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di bumi ini. Pengiktirafan tersebut selanjutnya diperkukuhkan melalui penghakiman kes Raman lawan Laton, apabila Mahkamah Rayuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu memutuskan bahawa Islam adalah "lex loci of the land".

Berasaskan hakikat ini, Hakim Abdul Hamid yang menganggotai Suruhanjaya Reid telah bersetuju dengan memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan agar Islam dijadikan agama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Parti Perikatan adalah gabungan parti-parti politik yang mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India, tiga kumpulan etnik utama di kalangan penduduk Tanah Melayu.

Dengan pertimbangan bahawa sudah terdapat lima belas negara di dunia ketika itu meletakkan agama dalam Perlembagaan mereka, Hakim Abdul Hamid mengakui bahawa Islam memiliki kedudukan istimewa di Negeri-Negeri Tanah Melayu dengan menyatakan:

Petikan:

"If in these countries a religion has been declared to be the religion of the State and that declaration has not been found to have caused hardships to anybody, no harm will ensure if such a declaration is included in the Constitution of Malaya. In fact in all the Constitutions of Malayan States a provision of this type already exists. All that is required is to transplant it from the State Constitution and to embed it in the Federal".

Pengiktirafan Islam sebagai agama Negara bukan komponen baru di bumi ini, ia sebenarnya adalah kesinambungan tradisi dan penerusan hak yang telah lama berakar, ia adalah 'Magna Carta', satu kontrak sosial yang tersirat, di samping termaktub sebagai komponen yang tersurat di dalam Perlembagaan.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang diperlengkap dan diperkukuh dengan beberapa peruntukan lain, telah memartabatkan Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam dalam negerinya, berserta keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati oleh Raja-Raja Melayu yang tidak tersentuh dan tercacat, termaktub dalam Perkara 3(2) Perlembagaan.

Perkara-perkara utama mengenai Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah. Ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan, demi memastikan, tujuan sebenar peruntukan-peruntukan tersebut tidak dimanipulasikan hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.

Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan . Yang Arif Hakim Mohd. Noor Abdullah dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Ishak dan yang lain - lawan - Fatimah Sihi dan yang lain, telah memberikan tafsiran berikut:

Petikan: "... Peruntukan 'Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai' bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna Kerajaan bertanggungjawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatursuai dan dihala tuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam...."

Setelah hampir lima puluh enam tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah empat belas kali Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgah sana Ketua Utama Negara, setelah tiga belas kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan.

Segala persetujuan, wajib dihormati. Prinsip-prinsip asas, terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan. Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka. Ummah wajib berdiri teguh - berpendirian tegas, tidak berundur, walau setapak sekalipun.

Diskriminasi paksa Melayu berubah

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

PERKARA Lapan, Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang kesamarataan menyebut tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras dan keturunan dalam mana-mana perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Malangnya walaupun perkara itu termaktub dalam Perlembagaan tertinggi negara, dari segi realiti amalan itu tidak dilaksanakan terutama dalam kalangan syarikat Cina dan syarikat dimiliki pihak asing di negara ini.

Ini terbukti apabila siswazah kaum Melayu yang baru menamatkan pengajian didiskriminasikan semasa mereka memohon pekerjaan di sektor swasta yang sebahagian besar dimiliki kaum lain.

Apa yang dinyatakan ini bukan kata-kata kosong penuh emosional yang dikeluarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ultra-Melayu sebaliknya berasaskan fakta saintifik yang dikumpul hasil kajian lapangan.

Cukup unik, kajian itu dibuat oleh seorang ahli akademik Cina daripada sebuah universiti awam utama negara yang dilaksanakan untuk tujuan kajian ilmiah tanpa sebarang agenda politik.

Menurut kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan siswazah kaum Cina lebih berkemungkinan untuk dipanggil temu duga berbanding kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini.

Kajian selama enam bulan itu mendapati, syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina dan pihak asing lebih mengutamakan graduan kaum Cina untuk bekerja dengan mereka.

Daripada 3,012 resume yang dihantar untuk 753 pekerjaan kepada syarikat terbabit, kaum Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang untuk dipanggil menghadiri temu duga.

Kaum Cina pula mempunyai sebanyak 22.1 peratus peluang walaupun mereka mempunyai kelulusan setara dan lepasan universiti sama dengan kaum Melayu.

Kajian itu melibatkan 439 jawatan kosong di syarikat yang dimiliki kaum Cina, 131 jawatan di syarikat milik asing dan 73 jawatan di syarikat milik Melayu dan selebihnya di syarikat yang dimiliki secara bersama oleh pelbagai kaum.

Dalam erti kata lain, siswazah kaum Cina mempunyai lima kali lebih kemungkinan untuk dipanggil temu duga berbanding siswazah Melayu.

Kajian itu melibatkan siswazah yang baru menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan yang memohon bekerja dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan kewangan.

Menurut kajian itu, siswazah daripada IPTA yang dikenali dan diiktiraf iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lebih diutamakan majikan.

Sesuatu yang mengejutkan, kajian itu mendapati syarikat milik orang Melayu lebih cenderung mengambil lebih ramai siswazah Cina berbanding siswazah Melayu, walaupun perbezaan bilangan antara siswazah kedua-dua kaum tidak terlalu ketara.

Sebenarnya kajian berkenaan bukanlah kali pertama dibuat kerana beberapa kajian lain yang dibuat sejak 33 tahun lalu juga menghasilkan kesimpulan yang serupa.

Antaranya kajian pada 1980 oleh pakar ekonomi, D. R. Snodgrass yang membuat kesimpulan syarikat yang diterajui kaum Cina kebiasaannya tidak akan menggajikan pekerja Melayu.

Satu lagi kajian oleh pakar ekonomi dari Norway yang turut terbabit merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB), Tan Sri Just Faaland pada 2003 juga mendapati pendapatan pekerja bumiputera adalah 32 peratus lebih rendah berbanding pekerja Cina.

Kajian lain oleh Chr. Michelsen Institute (CMI) pada 2005 bagi pihak Bank Dunia juga mendapati bukan Cina dihalang daripada bekerja dalam sektor swasta dan sesiapa yang telah bekerja akan mengalami diskriminasi termasuk gaji yang rendah dan payah untuk naik pangkat.

Satu lagi kajian oleh pakar ekonomi Bank Dunia, Branko Milanovic pada 2006 pula mempersoalkan kenapa pekerja Cina menerima gaji lebih tinggi antara 20 hingga 40 peratus walaupun mempunyai kelayakan dan menunjukkan prestasi sama dengan pekerja bumiputera.

Fakta telah dinyatakan dan kita kini ingin bertanya apakah yang akan dilakukan oleh orang Melayu bagi memastikan mereka tidak terus dipinggirkan dalam bidang ekonomi dan sektor pekerjaan swasta di negara sendiri?

Perkara paling mudah adalah membuat desakan supaya tauke Cina menghormati Perlembagaan Persekutuan dengan memberikan pekerjaan secara sama rata kepada semua etnik.

Hakikatnya desakan itu telah dibuat sejak kajian Snodgrass didedahkan 33 tahun lalu dan ia tidak pernah diendah oleh tauke-tauke Cina terbabit.

Cara lain seperti yang dicadangkan oleh ahli akademik Cina yang membuat kajian terbaharu berkenaan adalah supaya kerajaan menggubal Akta Peluang Saksama di sektor swasta dan awam serta menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi memantau pelaksanaan akta berkenaan.

Cadangan lain adalah supaya kerajaan memberikan insentif kepada syarikat yang mempunyai pekerja berbilang kaum yang seimbang.

Selain itu, orang Melayu juga perlu membuang sikap buruk mereka dan hendaklah sanggup belajar nilai etika dan budaya kaum Cina yang telah membuatkan kaum itu berjaya dalam bidang perniagaan dan kerjaya masing-masing.

Seperti yang dinyatakan dalam kajian terbaharu tersebut, diskriminasi yang dihadapi siswazah Melayu bukan disebabkan prejudis perkauman sebaliknya faktor-faktor lain.

Walaupun kajian itu tidak menyatakan apakah faktor-faktor berkenaan, komen pelbagai pihak sebelum ini menyatakan ia berpunca daripada persepsi salah bahawa pekerja Melayu tidak sanggup bekerja kuat dan tidak menghayati nilai etika dan budaya yang telah menyebabkan kaum Cina berjaya dalam bidang ekonomi.

Persepsi ini juga berpunca kerana graduan kaum Melayu dianggap berjaya mendapat pendidikan tinggi bukan hasil daripada usaha sendiri sebaliknya kerana sokongan dasar afirmatif seperti DEB.

Sebab itu, kajian terbaharu itu mendapati siswazah Melayu dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang didominasi kaum Cina yang terdedah dengan nilai etika dan budaya kaum berkenaan mempunyai lebih banyak peluang untuk dipanggil temu duga oleh syarikat milik etnik Cina.

Peluang juga lebih cerah jika siswazah kaum Melayu berkebolehan menulis, bertutur dan membaca dalam bahasa Cina.

Jika sebelum ini orang Melayu begitu ghairah untuk mempelajari nilai etika kerja orang Jepun, kenapa kita tidak mula belajar rahsia kaum Cina yang telah membolehkan mereka berjaya dalam bidang ekonomi dan pekerjaan.

Tidak mustahil pada masa depan orang Melayu akan diberikan kepercayaan untuk menerajui syarikat Cina dan kaum itu menerajui syarikat Melayu.

Ketika itu, kita sudah pasti telah mencapai apa yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai national reconciliation atau perdamaian kebangsaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Dituduh ambil harta arwah suami

Posted: 04 Jun 2013 10:53 PM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF

Kemelut keluarga kerap menjejaskan ketenangan dalam menempuh usia tua. - Gambar hiasan

Semua orang menginginkan kehidupan yang tenang dan aman dikelilingi anak-anak dan cucu-cucu penyayang apabila meniti usia emas.

Itu juga yang menjadi dambaan Khamsiah, 69, (bukan nama sebenar). Namun, segalanya tidak menjadi kenyataan apabila dia diheret dalam kemelut rebutan harta pusaka arwah suaminya.

Paling terkilan apabila teratak indah yang didiami sekarang mahu dijual lantaran desakan anak-anak tiri.

"Payah saya mahu lepaskan rumah tersebut kerana sejak 40 tahun lalu ia menyimpan banyak kenangan suka dan duka bersama arwah suami tercinta.

"Namun, apa daya apabila anak-anak arwah suami hampir setiap hari mendesak menjual rumah tersebut. Kata mereka, rumah itu hak mereka adik-beradik dan terpulang kepada mereka untuk menjualnya," kata Khamsiah dalam nada cukup perlahan.

Bercerita lanjut mengenai kehidupannya, Khamsiah berkata, ketika berkahwin dengan suaminya, Rahmat, masing-masing sudah mempunyai anak dengan keluarga terdahulu.

Dengan suami pertama dahulu, Khamsiah mempunyai empat anak. Manakala Rahmat seorang duda dengan dua anak perempuan yang sudah berusia belasan tahun.

"Di rumah inilah kami memulakan kehidupan sebagai sebuah keluarga besar. Anak-anak dia jadi anak-anak saya. Begitu juga sebaliknya.

"Memang ketika di awal perkahwinan anak-anak suami tidak begitu menyukai kehadiran saya anak-beranak.

"Malah, secara terang-terangan mereka menentang perkahwinan kami. Namun, sepanjang menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri, kami memang bahagia biarpun tidak dikurniakan cahaya mata.

"Suami saya seorang yang penyayang dan mengambil berat. Hubungan saya dengan anak-anak tiri juga baik biarpun sesekali mereka menunjukkan tanda tidak puas hati dan memberontak.

"Selepas mendirikan rumah tangga, mereka berpindah dan tinggal bersama suami masing-masing," kata Khamsiah.

Ujar nenek enam cucu itu, sejak kematian suami empat tahun lalu kerana menghidap barah, segalanya menjadi semakin rumit.

Hubungan dengan kedua-dua anak tirinya semakin renggang apabila mereka mempamerkan sikap seolah-olah tidak menyenangi tindakan Khamsiah untuk terus tinggal di rumah tersebut.

Anak-anak tiri mula mengungkit tentang harta peninggalan arwah ayah mereka dengan menuduh Khamsiah cuba membolot semua harta termasuk rumah.

Sehingga satu peringkat mereka mengeluarkan kata-kata kesat termasuk tidak menghalalkan Khamsiah tinggal di rumah tersebut.

"Apa yang mereka tidak tahu rumah tersebut sebenarnya saya bina bersama suami hasil duit simpanan kami berdua ketika muda dahulu.

"Semasa hayat suami juga, dia tidak meninggalkan harta melainkan rumah itulah yang menjadi tempat kami berteduh anak-beranak.

"Wang simpanan suami juga tidak banyak yang tinggal sebab sudah dihabiskan untuk membiayai pengajian anak-anak ketika di universiti dahulu," kata Khamsiah.

Namun, apa yang dikesali warga emas itu, anak-anak tirinya masih juga tidak sedar. Mereka terus mendesak dan mempersoalkan segala harta dan wang ringgit bapa mereka.

Kalau hendak dikira, sebagai isteri yang mendampingi suaminya ketika sihat dan sakit, susah dan senang selama 40 tahun, Khamsiah merasakan dia juga mempunyai hak terhadap rumah tersebut.

Disebabkan tidak mahu memanjangkan persengketaan dan selepas berbincang dengan anak-anak kandungnya serta ahli keluarga terdekat, dia mengambil keputusan menuruti kehendak anak-anak tirinya menjual rumah pusaka tersebut kepada saudara terdekat.

Hasil wang jualan tersebut dibahagi-bahagikan kepada anak tiri dan sebahagian kecil diberi kepada Khamsiah.

Dengan wang tersebut dan dicampur wang simpanannya, Khamsiah membina sebuah rumah kecil bersebelahan rumah anak sulongnya.

Rumah baru tersebut juga tidak begitu jauh dari rumah lama dengan harapan apabila berasa rindu terhadap arwah suami, dia berpeluang menjenguk rumah tersebut biarpun dari jauh.

"Saya harap selepas ini segala kemelut akan selesai dan dapatlah saya hidup tenang menghabiskan sisa-sisa usia.

"Walaupun tinggal seorang diri, saya masih bertuah kerana anak yang tinggal berdekatan seringkali melawat jika ada masa terluang.

"Segala keperluan dapur dan kesihatan saya juga sentiasa dijaga oleh anak perempuan saya itu," katanya.

Tiga lagi anaknya yang kini tinggal di Pulau Pinang dan Perak juga sering pulang ke kampung melawatnya terutama pada musim cuti sekolah.

Mengakhiri perbualan, Khamsiah berharap hubungan dengan anak-anak tirinya dapat dipulihkan seperti biasa.

"Walaupun cuma anak tiri, saya menyayangi mereka seperti anak sendiri. Saya tidak pernah berdendam dengan apa yang telah mereka lakukan pada saya, malah saya berdoa suatu hari nanti mereka akan datang menjenguk saya di rumah ini," katanya sambil mata merenung jauh ke luar pintu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


MBSA berfikiran konservatif - Khalid

Posted: 04 Jun 2013 11:17 AM PDT

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
kota@utusan.com.my

SHAH ALAM 4 Jun - Alasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menaikkan kadar caj tempat letak kereta daripada 40 sen satu jam kepada 60 sen melambangkan pihak berkuasa tempatan itu (PBT) mempunyai satu bentuk pemikiran konservatif, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Ahli Parlimen daripada Pas itu, yang membantah langkah kenaikan itu berkata, alasan MBSA itu adalah suatu yang tidak munasabah kerana PBT itu sepatutnya berbangga jika dapat mengekalkan caj sedia ada dalam tempoh yang lama.

Beliau berkata, MBSA sewajarnya melihat kepentingan orang ramai terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan termasuk mengekalkan perkhidmatan yang baik dengan kos yang rendah.

"Lainlah sekiranya MBSA terpaksa menaikkan kadar caj tersebut kerana PBT itu berhadapan dengan kenaikan kos perkhidmatan sehingga menyebabkan mereka menanggung rugi.

"MBSA memberikan hujah bahawa kadar lama telah diperkenalkan sejak tahun 1998 selain membandingkan kadar tersebut dengan di bandar raya lain di Selangor.

"Bagi saya, itu bukan alasan yang semestinya diguna pakai, perkara itu menunjukkan satu pemikiran yang konservatif.

"MBSA kita harapkan mempunyai satu pemikiran yang kreatif dengan memperkenalkan pelbagai kaedah baru bagi membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang baik, dalam masa sama mengekalkan kos yang terendah," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 29 Mei lalu, MBSA mengumumkan bakal menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya tidak lama lagi.

Pengumuman kenaikan kadar bayaran tempat letak kereta daripada 40 sen sejam kepada 60 sen sejam itu diumumkan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA baru-baru ini.

Menurut Mohd. Jaafar, kenaikan itu wajar memandangkan kadar 40 sen satu jam telah diperkenal sejak 1998 selain menganggap kadar itu juga masih terendah berbanding pihak berkuasa lain di Selangor yang mengenakan kadar antara 50 sen hingga 60 sejam.

Kerajaan Selangor jangan main wayang, tunai manifesto segera - GPRS

Posted: 04 Jun 2013 11:17 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didesak tidak lagi bermain wayang dalam menunaikan manifesto yang dijanjikan pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kesemua manifesto itu harus dilaksanakan segera sebagai tanda menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan menghormati hak rakyat negeri tersebut.

"Sebagai permulaan, PKR Selangor perlu menunaikan janji pada 2008 dengan membantu setiap rakyat mendapatkan kediaman sendiri, memberi bantuan RM75 sebulan pada setiap anak yang dihantar ke nurseri, memberi bantuan RM50 sebulan untuk pendidikan prasekolah, memberikan bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga dan sebagainya.

"Selepas itu, kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menunaikan janji terbaharunya antaranya bantuan wang tunai RM500 kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan kali pertama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sohaimi berkata, rakyat Selangor juga akan menagih janji pengwujudan Biasiswa Menteri Besar untuk pelajar ijazah lanjutan dengan bon kerajaan negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor.

Oleh itu, jelasnya, Abdul Khalid tidak boleh memandang sepi setiap manifesto yang dijanjikan sebelum ini kerana rakyat Selangor enggan mendengar alasan seperti 'manifesto bukan janji'.

Beliau berkata, tiada alasan lagi bagi PKR untuk 'mengelat' daripada menunaikan manifesto mereka yang kononnya mengandungi empat teras iaitu Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat, Rakyat Menerusi Aktiviti Keagamaan dan Kebudayaan serta Kerajaan Rakyat.

Katanya, rakyat Selangor ingin menyaksikan kerajaan negeri menunaikan janji untuk mempertingkat kecekapan memproses urusan pemilikan tanah serta meneruskan tawaran bagi pemilikan geran tanah persendirian kepada pemohon yang layak, termasuk mereka yang menghuni lebih 12 tahun.

Jelas beliau, selain itu, rakyat turut menanti Abdul Khalid memperluaskan 'Polis Komuniti' yang dibiayai kerajaan negeri, memberi pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat untuk kaum lelaki.

"Rakyat kali ini akan serius dalam memastikan kerajaan negeri melunaskan janji-janji mereka, tiada lagi peluang akan diberikan kepada Abdul Khalid sekiranya gagal lagi menunaikan janji tersebut," tegasnya.

Pembeli boleh berasa lega

Posted: 04 Jun 2013 11:17 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusan.com.my

Ahmad Phesal Talib (dua, kiri) bersama beberapa penduduk meninjau keadaan jalan di Taman Rowther, Kuala Lumpur sempena lawatannya semalam manakala gambar kanan adalah sebahagian daripada rumah yang terbengkalai yang akan disempurnakan pembinaannya oleh DBKL.

KUALA LUMPUR 4 Jun - Pembeli rumah berkembar dua setengah tingkat dan tiga tingkat di Taman Rowther boleh menarik nafas lega kerana projek pembinaan yang tergendala sejak tujuh tahun lalu itu bakal siap selewat-lewatnya hujung Julai depan.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, melalui perjumpaan pihaknya dengan penduduk terlibat serta pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 18 Disember tahun lalu, DBKL telah mengambil keputusan untuk meneruskan projek berkenaan.

"Sebanyak 48 unit rumah daripada 207 unit masih terbengkalai manakala tiga laluan iaitu Jalan Amzil, Jalan Batu Jauhar dan Lorong Sisi akan dilebarkan. Kos keseluruhan adalah RM700,000.

"Pihak KPKT bersetuju menyerahkan deposit pemaju sebanyak RM200,000, manakala selebihnya iaitu RM500,000 ditanggung oleh DBKL," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai cadangan kerja-kerja projek terbengkalai itu di sini hari ini selepas melawat kawasan perumahan itu hari ini.

Jelas Ahmad Phesal, daripada jumlah RM500,000 itu, sebanyak 40 peratus akan dibayar semula oleh pembeli melalui cukai pintu masing-masing dalam tempoh yang dipersetujui.

"Pembeli akan membayar kembali baki kos pembiayaan projek ini yang didahulukan oleh DBKL," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Phesal berkata, pihaknya mengambil inisiatif menyiapkan projek berkenaan kerana telah hampir siap.

"Sebahagian pembeli telah memasuki rumah (yang telah siap).

"Selain itu, pemaju sebelum ini telah menyerahkan sebahagian tanah untuk tujuan pembinaan jalan raya yang akan diserahkan kepada DBKL," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved