Isnin, 2 September 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sekat peruntukan PSM

Posted: 02 Sep 2013 11:13 AM PDT

PEMAIN Malaysia, Norshahruddin Mad Ghani (kuning) gagal melakukan handangan yang kemas ketika menentang Korea Selatan dalam perlawanan akhir Siri Super ISTAF di India, kelmarin. Malaysia kalah 10-15, 11-15, 10-15.

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyekat peruntukan kewangan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) ekoran kekalahan memalukan pasukan negara kepada Korea Selatan pada perlawanan akhir Siri Super ISTAF di India, kelmarin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia tidak mempunyai alasan untuk kalah dengan pasukan seperti Korea.

Beliau berkata, oleh itu peruntukan untuk PSM akan disekat selagi tiada pelan pemulihan dikemukakannya.

"Malulah, kita kalah dengan Korea Selatan. Saya sedang berfikir apa nak buat dengan PSM.

"Dengan kekalahan ini, saya tidak akan beri apa-apa peruntukan kepada mereka," katanya pada sidang media selepas pelancaran Kejohanan Bola Jaring 2013 anjuran Yayasan Sukan dan Kecergasan Wanita Malaysia (WSFFM) di sini, semalam.

Khairy berkata, walaupun PSM meminta peruntukan terus daripada Perdana Menteri dan bukan melalui KBS, namun beliau akan meminta supaya peruntukan tersebut tidak diberikan.

Skuad Malaysia yang dikendalikan Nordin Sabarudin tewas 0-3 kepada Korea Selatan dalam kejohanan itu, sekali gus menjadikan Korea sebagai antara kuasa baharu sukan sepak takraw antarabangsa.

Khairy berkata, walaupun KBS tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam hal pentadbiran sesuatu pasukan sukan, namun daripada segi pemberian peruntukan, mereka masih mempunyai autoriti.

"Tindakan tegas ini bukan hanya kepada PSM, tetapi untuk semua persatuan yang tidak mempunyai perancangan yang baik dalam mengendalikan pasukan mereka," katanya, yang turut menambah RM1 juta diperuntukkan kepada PSM setiap tahun.

Dalam perkembangan lain, beliau bersetuju dengan pendapat Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai kelemahan pasukan Malaysia ketika kalah 1-3 kepada Pakistan dalam perlawanan merebut tempat ketiga Piala Asia di Ipoh, kelmarin.

Beliau berkata, strategi serangan Malaysia tidak cukup tajam dan sering mendapatkan gol melalui pukulan sudut penalti.

Begitupun, Khairy tetap berpuas hati kerana Malaysia mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2014.

"Perkara ini saya nampak ada dalam perhatian jurulatih hoki kebangsaan, Paul Revington dan percaya beliau mempunyai banyak perancangan dan jika kita hendak berjaya dalam Piala Dunia tahun depan, kita mesti meningkatkan strategi serangan kita," katanya. - BERNAMA

Tengku Abdullah arah siasat dakwaan

Posted: 02 Sep 2013 11:13 AM PDT

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius terhadap dakwaan beberapa pemain pasukan Negeri Sembilan terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan sepanjang Liga Malaysia musim ini.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tindakan susulan perlu diambil untuk membanteras habis-habisan gejala rasuah dalam bola sepak tempatan.

Beliau turut meminta Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Amin menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan itu.

"Perkara ini memang serius, kita perlu ambil perhatian dan bertindak secara efektif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran DRB-Hicom Bhd. di sini, semalam.

Tengku Abdullah mengulas tentang tindakan yang diambil FAM susulan kenyataan Mohamad pada 28 Ogos lalu bahawa beliau akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik sahaja kempen Piala Malaysia musim ini berakhir.

Mohamad membuat kenyataan itu selepas mengenal pasti beberapa pemain Negeri Sembilan dipercayai terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan terutama setelah pasukan tersebut dibelasah Pahang 5-3 di Seremban, 24 Ogos lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Honda Accord serba baharu dilancar esok

Posted: 02 Sep 2013 11:13 AM PDT

Model generasi kesembilan Honda Accord yang akan diperkenalkan di pasaran Malaysia minggu ini.

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Honda Malaysia Sdn. Bhd. akan melancarkan generasi kesembilan Honda Accord ke pasaran Malaysia pada Rabu ini, dengan reka bentuk serba baharu dan enjin 2.4 liter menggunakan inovasi Teknologi Impian Bumi (Earth Dreams).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, diperkenalkan sebagai Sedan Premium Pintar Maju, Honda Accord ini mengetengahkan gaya inovatif dan sarat dengan ciri-ciri premium maju.

Menurutnya, Accord serba baharu akan didatangkan dalam tiga varian iaitu 2.0Vti, 2.0Vti-L dan 2.4Vti-L.

Ia menggunakan teknologi Impian Bumi pada enjin 2.4 liter DOHC i-VTEC yang menjana 175 kuasa kuda pada 6,200 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 225 Newton meter pada 4,000 rpm.

Enjin 2.0 liter SOHC I-VTEC pula merupakan enjin yang ditambah baik daripada enjin Accord sedia ada, bagi mencapai tahap kecekapan bahan api yang lebih baik.

"Teknologi Impian Bumi adalah generasi terbaharu inovasi teknologi untuk meraih tahap tertinggi prestasi pemanduan dan kecekapan bahan api," ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, harga model serba baharu Honda Accord akan diumumkan pada majlis pelancaran rasminya, Rabu ini.

Proton umum pelan hala tuju bulan ini

Posted: 02 Sep 2013 11:13 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Satu pelan hala tuju bagi Proton Holdings Bhd., dijangka diumumkan bulan ini, kata Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil, hari ini.

Mohd. Khamil, yang juga Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom berkata, kumpulan itu telah mengemukakan rangka pelan hala tuju itu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Beliau amat berpuas hati dengannya dan mahu kami (DRB-Hicom) mengemukakan lebih banyak perincian kepada beliau, mungkin dalam masa beberapa minggu lagi," katanya apabila ditanya tentang perkembangan pelan hala tuju itu semasa berlangsungnya rumah terbuka Hari Raya di sini hari ini.

Ditanya selanjutnya tentang agenda dalam pelan hala tuju itu, Mohd. Khamil enggan menjelaskan lebih lanjut, sebaliknya menegaskan bahawa kedua-dua kilang pengeluaran Proton di Shah Alam dan Pekan, Pahang, tidak akan ditutup.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pindaan akta beri kuasa lebih kepada polis - Zahid

Posted: 02 Sep 2013 10:47 PM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

PULAU PINANG 3 Sept. - Draf pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang sudah siap dijangka akan memberi kuasa yang lebih kepada pihak polis bagi membanteras jenayah secara lebih berkesan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan berkenaan akan dibentangkan di Parlimen pada 23 September ini dan berharap mendapat sokongan rakyat serta parti-parti politik pembangkang.

"Kita juga mahu memastikan akta ini turut diguna pakai di Sabah dan Sarawak menerusi pindaan tersebut.

"Ketika ini Peguam Negara sudah menyiapkan draf pindaan itu dan fasal yang digubal membabitkan langkah pencegahan. Kita akan akan pastikan polis lebih mempunyai taring dalam membanteras jenayah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Operasi 6P: PATI acu pistol ketika cuba larikan diri

Posted: 02 Sep 2013 10:30 PM PDT

Oleh THOMAS CHONG

PUTRAJAYA 3 Ogos - Operasi 6P yang dilancarkan sejak awal pagi 1 September lalu telah menangkap 2,586 orang pendatang tanpa izin (PATI) di mana 771 daripadanya merupakan warganegara Indonesia.

Turut ditangkap 579 warganegara Myanmar, Bangladesh (389), Nepal (243) selain rakyat Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, China, Nigeria dan Thailand.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, dalam satu serbuan yang dilakukan di Negeri Sembilan, pegawai penguatkuasa telah diacu pistol oleh seorang PATI yang sedang melarikan diri.

"Kejadian itu berakhir tanpa sebarang kecederaan tetapi ia menunjukkan PATI telah mula menggunakan senjata api ketika berdepan pasukan penguat kuasa," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kawasan baharu radiasi ditemui di Fukushima

Posted: 02 Sep 2013 10:54 AM PDT

TOKYO 3 Sept. - Pengendali loji nuklear Fukushima, Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) semalam mendedahkan pekerja loji itu menemui kawasan baharu tahap radiasi tinggi berhampiran tangki yang digunakan untuk menyimpan air tercemar.

Pendedahan terbaharu itu dibuat sehari sebelum kerajaan Jepun mengumumkan beberapa langkah baharu dalam menangani masalah penyebaran air tercemar di Fukushima.

Menurut Tokyo Electric, mereka menemui bacaan radiasi melebihi 100 millisieverts sejam berhampiran sebuah tangki penyimpanan air.

Kawasan terbaharu itu berbeza dengan kawasan sebuah tangki simpanan yang didapati bocor dan mengalirkan kira-kira 300 tan air radioaktif, bulan lalu. - REUTERS

Tentera Mesir giat usaha musnahkan terowong Gaza

Posted: 02 Sep 2013 10:53 AM PDT

GAZA CITY 3 Sept. - Tentera Mesir terus meningkatkan usaha mereka menggempur kedudukan terowong penyeludupan yang menghubungkan antara Mesir ke Genting Gaza.

Menurut sumber Hamas, sepanjang tiga hari lalu, tentera Mesir telah memusnahkan kira-kira 30 terowong kebanyakannya di kawasan perumahan al-Barazil, selatan Genting Gaza di bandar Rafah.

Dalam perkembangan berasingan, konsul Mesir ke Libya menjadi mangsa rampasan kereta di Tripoli, menurut diplomat di kedutaan Mesir, semalam. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pantau pembalakan, perlombongan

Posted: 02 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

MOHD. SOFFI ABD. RAZAK
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri

KUALA LIPIS 2 Sept. - Agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan negeri diminta memantau aktiviti pembalakan dan perlombongan supaya tidak berlaku pencemaran sungai sehingga menyebabkan airnya amat tercemar serta menjejaskan kesihatan penduduk sekitarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Mohd. Soffi Abd. Razak berkata, kualiti air di beberapa sungai utama di negeri ini seperti Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Semantan menjadi sumber utama bekalan air yang disalurkan kepada rakyat di negeri ini.

Menurut beliau, air sungai yang tercemar tidak boleh diproses oleh Pengurusan Air Pahang (Paip) kerana akan menyebabkan gangguan kesihatan kepada pengguna seperti keracunan dan sebagainya.

"Saya berharap agensi kerajaan seperti Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Hutan dan Jabatan Geosians dan Mineral lebih kerap memantau aktiviti pembalakan dan perlombongan bagi memastikan mereka mematuhi peraturan serta garis panduan ditetapkan.

"Pengawasan perlu dijalankan dengan lebih kerap bagi mengelak berlakunya hakisan tanah atau membuang sisa kimia ke dalam sungai yang akhirnya mengakibatkan air tersebut tercemar dan tidak boleh diproses," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta di Pekan Benta, dekat sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta mengulas tentang pencemaran air Sungai Pahang dan Jelai sehingga menyebabkan loji Paip di Jerantut terpaksa dihentikan sementara akibat air terlalu keruh.

Katanya, pencemaran Sungai Pahang baru-baru ini menyebabkan air menjadi keruh, berkelodak dan mengandungi kimia yang mencecah tahap bacaan 4,100 Nephelometic (NTU) iaitu melebihi kadar 1,000 NTU.

Menurut Mohd. Soffi, bacaan NTU yang melebihi bacaan 1,000 tidak boleh diproses dan perlu dihentikan bagi mengelak pengguna terdedah kepada ancaman kesihatan.

Katanya, Paip tidak mempunyai kuasa untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebabkan berlakunya pencemaran air sungai.

Halang individu burukkan institusi Diraja - Tengku Muda

Posted: 02 Sep 2013 11:13 AM PDT

BERA 2 Sept. - Hubungan raja dan rakyat perlu dierat dan diperkukuh kerana kedua-duanya saling memerlukan dalam menghadapi cabaran global masa kini.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bertitah, ikatan tersebut membawa gambaran sebenar betapa rapat hubungan keluarga Diraja Pahang dengan rakyat di negeri ini.

Baginda bertitah, kemesraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dengan rakyat sudah terbukti sejak dahulu lagi malah mendapat pujian daripada segenap lapisan masyarakat di negara ini.

"Sebarang elemen memburukkan institusi Diraja oleh segelintir individu perlu dihalang daripada menjadi wabak yang sukar dibendung.

"Pemilihan tema Malaysia Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku bagi sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 tahun ini adalah tepat dalam manifestasi kepada semangat patriotik rakyat," titah baginda.

Tengku Abdul Rahman bertitah demikian dalam majlis Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai di Kampung Batu Papan, di sini hari ini.

Yang turut berangkat, Cik Puan Muda Pahang, Datuk Seri Julita Aishah Abdul Latif.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin; Speaker DUN Pahang, Datuk Ishak Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Guai, Norol Azali Sulaiman.

Dalam majlis itu, lebih 5,000 pengunjung hadir dan dihiburkan dengan persembahan artis terkenal seperti Amy Search, Adlin Shauki, Fara Fauzana dan penyanyi terkenal Indonesia, Rossa.

Tengku Abdul Rahman bertitah, tema sambutan hari kemerdekaan tersebut memberi peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.

ECERDC ubah landskap Pahang

Posted: 02 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

ECERDC turut bertanggungjawab membangun dan menyelenggarakan kawasan pekan Kuala Tahan dekat Taman Negara, Jerantut.

TEMERLOH 2 Sept. - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bukan sahaja berperanan penting dalam menarik pelaburan dan pembangunan di negeri-negeri pantai timur tetapi turut bertindak sebagai badan yang menjaga kemudahan asas dan infrastruktur.

Pahang, antara salah satu negeri diletakkan di bawah agensi itu sejak ditubuhkan lima tahun lalu mengambil alih peranan dan tugas yang sebelum ini dilaksanakan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Dara) Dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ).

Sejak Dara dan LKWJ dibubarkan, kawasan di bawah pentadbiran kedua-dua agensi itu seperti Temerloh, Bera, Maran, Jerantut, Pekan dan Rompin dipinggirkan daripada aspek pembangunan serta penyelenggaraan.

Hasil kajian dijalankan, ECERDC mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mendapati perlunya peruntukan khusus bagi menggerakkan pembangunan, penyelenggaraan serta operasi di daerah terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John berkata, setelah mengambil alih tanggungjawab kedua-dua agensi terbabit, pihaknya membelanjakan lebih RM200 juta dalam membangunkan semula semua kemudahan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, peruntukan itu disalurkan melalui setiap pejabat daerah bagi memastikan kawasan tersebut terus membangun secara mapan dan keperluan operasi serta penyelenggaraannya terurus seperti mana dilakukan agensi terdahulu.

"Semua projek penyelenggaraan dan operasi serta kerja-kerja menaik taraf kemudahan awam telah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan khusus tersebut serta memberi manfaat kepada penduduk kawasan terlibat.

"Sejak 2010 sehingga berakhir Julai lalu, sebanyak 448 projek dilaksanakan di daerah-daerah berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Jebasingam berkata, kesemua projek tersebut merangkumi 117 infrastruktur, kemudahan awam (240) penyelenggaraan dan operasi (42), kampung tradisi (33) projek strategik (10) dan enam projek lain.

Menurut beliau, dalam tempoh tersebut, sebanyak 107 projek dilaksanakan meliputi projek penyelenggaraan, menaik taraf dan pembangunan.

"Dari 2011 sehingga kini, sebanyak 114 projek dilaksanakan termasuk projek penyelenggaraan jalan, kerja-kerja menaik taraf kemudahan awam meliputi pusat komuniti kampung tradisi dan perkampungan Orang Asli.

"Antara infrastruktur yang dikendalikan ECERDC ialah membina pusat komuniti dan menyelenggarakan infrastruktur di kampung tradisi dan penempatan Orang Asli di Jerantut serta Bera," jelasnya.

Menurutnya, bagi Jerantut pula, pihaknya menyelenggarakan pusat permainan kanak-kanak Kampung Orang Asli Sungai Bangkong, membina pusat komuniti di Kampung Labu, menyelenggara kemudahan asas dan kebersihan kawasan Kuala Tahan serta membina lampu-lampu jalan.

Selain itu, Jebasingam memberitahu, pihaknya turut membina pusat komuniti di Kampung Labu dengan membina jeti dan pusat persinggahan bagi pelancong yang menaiki bot dalam perjalanan dari Kuala Tembeling ke Taman Negara, Jerantut.

"Kedudukan Kampung Labu di tengah-tengah Kuala Tahan dan Taman Negara turut menyediakan kemudahan seperti surau, tandas dan gerai makanan sebagai kawasan rehat sebelum mereka meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Bangkong, Koboi Awang berkata, penduduk kampung tersebut yang terdiri daripada 140 keluarga amat menghargai usaha ECERDC dalam menjaga kebersihan taman permainan kanak-kanak, membaik pulih jalan dan longkang.

"Sebelum agensi berkenaan mengambil alih penyelenggaraan taman permainan ini, kami bimbang anak-anak di sengat serangga berbisa atau ular mungkin ada di celah-celah lalang yang panjang kerana sudah lama terbiar.

"Sejak ECERDC mengambil alih peranan tersebut, para penduduk di sini tidak bimbang lagi keselamatan anak-anak semasa bermain di taman itu," katanya dari suku kaum Semahberi yang tinggal di kampung tersebut sejak 40 tahun lalu.

Bagi Penghulu Mukim Tembeling Tengah, Zulkefly Zaadon Zubir, usaha yang dijalankan itu dapat membantu penduduk Kampung Labu meningkatkan pendapatan menerusi sektor pelancongan seperti menghasilkan produk kraftangan dan inap desa.

"Kita tidak boleh mengharapkan bot yang singgah di sini semata-mata berikutan jumlah pelancong dan penduduk kampung semakin berkurangan menggunakan laluan sungai.

"Sejak adanya jalan raya akan memudahkan perjalanan mereka sama ada untuk ke bandar Jerantut atau ke Taman Negara," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tujuh lanun Somalia tembak ATM dijel lapan hingga 10 tahun

Posted: 02 Sep 2013 11:13 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Tujuh lanun Somalia yang ditahan di Teluk Aden, dua tahun lalu dihukum penjara antara lapan hingga 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah melepaskan tembakan ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Hakim Datuk Mohd. Azman Husin menjatuhkan hukuman itu terhadap ketujuh-tujuh lelaki terbabit selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pilihan pindaan yang dibacakan oleh jurubahasa dalam Bahasa Somalia.

Datuk Mohd. Azman berkata, hukuman penjara adalah lebih sesuai dikenakan selepas mengambil kira pengakuan salah, kesalahan yang serius, latar belakang dan ancaman terhadap masyarakat.

Ahmed Othman Jamal, 28, Abdil Eid Hasan, 20, Abdi Hakim Mohd. Abdi, 20, masing-masing dihukum penjara 10 tahun dari tarikh ditangkap manakala empat lagi yang merupakan pesalah muda dipenjara lapan tahun dari tarikh sama iaitu 20 Januari 2011.

Mereka didakwa bersama beberapa orang yang masih bebas menggunakan senjata api dengan melepaskan tembakan ke atas ATM.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 8.10 malam dan 10 malam, 20 Januari 2011 di atas kapal Bunga Laurel berkoordinat Latitud .20' 14. 73N Longitud 063' 39.96 E, 250 batu nautika dari perairan Oman bagi menghalang daripada ditahan secara sah oleh ATM.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 32(1)(a) Akta Senjata Api 1960 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 14 tahun.

Mereka sebelum ini didakwa kali pertama pada 27 Februari 2011 atas tuduhan melepaskan tembakan ke arah ATM dengan niat mendatangkan kematian dan kecederaan ketika melakukan rompakan di atas kapal terbabit.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun ketika pihak pendakwaan hari ini menawarkan pertuduhan yang lebih ringan, kesemua mereka mengaku bersalah.

Terdahulu ketika rayuan mengurangkan hukuman, kesemua tertuduh yang diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan kemiskinan hidup di negara asal menyebabkan mereka terdesak untuk mencari wang bagi mendapatkan makanan.

Tertuduh pertama, Ahmed Othman menerusi peguamnya, Imran Hadzalie Abdul Hamid menyatakan anak guamnya itu telah berkahwin dan mempunyai empat anak yang tidak mampu dihantar ke sekolah.

Katanya, Ahmed bekerja sebagai buruh dengan pendapatan dolar Amerika Syarikat US$4 (RM12.24) sehari dan akibat tekanan hidup dan perang saudara yang berterusan di Somalia dia nekad untuk membawa keluarganya yang kelaparan lari ke kem pelarian di Yaman.

Imran Hadzalie turut mewakili Abdi Hakim dan seorang pesalah muda manakala empat pesalah muda lain diwakili peguam-peguam Saha Devan Arunasalam, Lee Teong Hui, Ameenudin Ibrahim dan Edmund Bon.

Pendakwaan dikendalikan oleh tiga Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas, Lailawati Ali dan Yusaini Amer Abdul Karim.

Mohamad Abafazree dalam hujahnya berkata, mahkamah perlu mengambil kira faktor kepentingan awam bagi memberi pengajaran kepada seluruh dunia bahawa negara ini mengambil berat kesalahan ini.

Menurut beliau, faktor tertuduh menggunakan senjata api berbahaya untuk menyerang ATM yang cuba membantu kapal Bunga Laurel yang sedang dirompak perlu diambil kira.

Mohamad Abafazree berkata, kesemua tertuduh juga telah cuba menawan anak-anak kapal apabila cuba menceroboh ke dalam tempat perlindungan anak kapal bertujuan menahan anak kapal sebagai tebusan.

Inkues insiden penebat kilat runtuh bermula

Posted: 02 Sep 2013 11:13 AM PDT

GEORGE TOWN 2 Sept. - Inkues bagi mengesahkan kematian seorang penjual nasi, Lim Chin Aik, 44, yang dipercayai tertimbus di dalam kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini, bermula hari ini.

Isteri mangsa, Lee Chai Song, 48, berkata Chin Aik tidak pernah keluar rumah tanpa memaklumkannya terlebih dahulu dan pada hari kejadian, suaminya keluar dengan memandu kereta Honda City untuk mengambil anak bongsu mereka kerana cuaca kurang elok dan mungkin hujan.

Beliau berkata, pada kebiasaannya, kedua-dua beranak itu akan tiba di rumah sekitar 7.30 malam, bagaimanapun, pada hari kejadian, Chin Aik langsung tidak pulang manakala anak mereka dihantar oleh guru sekolah pukul 9.30 malam.

Sebanyak dua kali anak saya buat panggilan dari sekolah memberitahu bahawa ayah belum tiba lagi untuk mengambilnya, saya hanya meminta dia bersabar kerana mungkin ayah tersekat dalam kesesakan lalu lintas sebab hujan lebat, kata saksi pertama prosiding inkues berkenaan di depan Koroner Khairul Anuar Abdul Halim.

Chin Aik dikhuatiri tertimbus dalam kejadian ribut pada 13 Jun setelah pasukan mencari dan menyelamat menemui beberapa cebisan sebuah kereta Honda City berwarna kelabu yang terbenam di kawasan runtuhan itu dua hari selepas kejadian.

Lee membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya sehari selepas kejadian dan susulan itu, pihak berkuasa melancarkan operasi mencari serta mengesan mangsa namun terpaksa dihentikan sepenuhnya pada 17 Jun bagi mengelak struktur bangunan warisan di kawasan runtuhan terjejas.

Insiden itu turut meragut nyawa seorang pekerja asing, Jahir Sulaiman, 46, selepas lori yang dinaiki bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat Menara UMNO yang runtuh.

Inkues itu juga bagi membolehkan Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan sijil kematian dan bertujuan memudahkan urusan tuntutan insurans oleh keluarga mangsa. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bersedia laksanakan PPPM

Posted: 02 Sep 2013 11:13 AM PDT

TAN Sri Dr. Abdul Rahman Arshad, tokoh pendidik ini berseloroh kelmarin apabila ditanya akan usianya.

Katanya, beliau lebih suka umurnya disebutkan terbalik, 67 daripada 76 tahun.

Sambil tertawa kecil, beliau yang ditanya wartawan ZULKIFLI JALIL apa yang akan difikir dan direnungkan saat ini sebaik sahaja Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan mengeluarkan satu resolusi memperingatkan kerajaan agar berhenti daripada menjadi mangsa peras ugut pihak tertentu, kata orang lama ini:

"Saya tidak persoalkan dasar itu dan cuma kita perlu sesuaikan dengan keadaan. Mesti ada penilaian dari waktu ke waktu serta suatu pembetulan dilakukan.

"Kalau ada satu perancangan seperti mana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kita mesti pastikan ia mencapai matlamat dan ini bergantung kepada kemampuan kita melaksanakannya. Dan akhir sekali, jentera yang melaksanakannya mestilah bersedia," kata beliau.

Ikuti luahan hati Abdul Rahman dalam perbualan selama 15 minit dengan penulis menerusi telefon kelmarin.

1. Soal perpaduan

n "Inilah yang saya risau sangat selepas selesai PRU-13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang akibatnya apa yang ternampak begitu nyata. Iaitu pertama, soal perpaduan negara masih tidak ada. Kedua, (sentimen) perkauman masih tebal. Kita sudah merdeka 56 tahun yang bertujuan untuk membentuk satu pasukan (bangsa Malaysia), namun sampai sekarang soal perpaduan tidak ada. Ada, tapi tak nampak.

Kenapa? Barangkali sistem pendidikan kita yang menghala kepada dua sistem yang saya tidak tahu adakah negara lain mempunyai konsep yang sama. Bahasa pengantar kita bahasa Melayu dan satu lagi bahasa Cina dan Tamil walaupun di sekolah rendah.

Sekarang, ada pula sekolah swasta Cina lagi. Kalau seseorang murid itu dari sekolah rendah, dia akan memasuki pula sekolah menengah Cina. Bila masanya akan ada perpaduan kalau tidak ada titik pertemuan.

Dong Zong (Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia) pula mahukan guru-guru yang mengajar bahasa Melayu ke sekolah Cina mesti lulus bahasa Mandarin. Apa kaitan Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu?

Justeru, dalam hal ini, Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan yang berlangsung kelmarin bersetuju untuk memperbetulkan keadaan ini iaitu pasukan untuk pendidikan ini perlu teruskan pencapaian tiga matlamat."

2. Matlamat

n "Tiga matlamat itu adalah yang pertama, sistem pendidikan perlu dibentuk untuk melahirkan perpaduan. Malaysia didiami masyarakat majmuk. Kalau dibiarkan soal ini dengan mengikut cara sendiri atau masing- masing, perpaduan tidak akan tercapai.

Kalau ada perpaduan pula, oleh kerana kita di Malaysia, kita perlu junjung hasrat negara yang perlu ada sikap keMalaysiaan. Rancangan-rancangan berteraskan kaum perlu ada supaya jangan ada anasir-anasir yang 'pecah' iaitu anggap segala-galanya berlandaskan nasionalisme. Di Malaysia ini, perlu ada sifat kebangsaan, sejarahnya panjang dan perlu ada penilaian kesetiaan.

Dan kalau ada perpaduan dan jika ada kewarganegaraan, itu pun masih belum lengkap. Pendidikan harus mencipta kemajuan untuk negara. Dari segi pendidikan, ia harus bertitik untuk kemajuan akan datang. Yang belum maju dimajukan.

Ini bererti sekolah-sekolah luar bandar perlu dibantu untuk maju. Segala pendidikan perlu berteraskan aspek-aspek ini kalau tidak nanti akan bercanggah."

3. Jangan benarkan ia...

n "Kalau kita bercakap soal mahukan perpaduan, maka apa yang dituntut oleh Dong Zong inilah yang boleh mengundang perpecahan.

Orang ini akan minta kalau sesuatu itu bercanggah (dengan semua). Sepatutnya jangan dibenarkan tuntutan-tuntutan sebegini. Kalau dilayan, memanglah salah kita. Cuma, ia boleh dibenarkan asalkan memenuhi tiga syarat tadi. Kalau ini tidak ada sifat kewarganegaraan dan kebangsaan, jika dibenarkan, tak tahulah. Kalau ada perpaduan tapi tak ada kemajuan, salah juga. Kalau tidak ada keMalaysiaan, tak boleh juga. Perlu ini semua digabungkan.

4. Nak buat macam mana, masa berubah...

n "Ya, saya setuju bahawa keadaan berubah dari semasa ke semasa. Dulu kita kekurangan, sekarang negara bertambah maju dan orang-orang ini ambil kesempatan nak itu ini. Bagi saya, dengan keadaan berubah ini menyebabkan kerajaan berasa kajian yang berlaku dulu harus diperbaiki supaya negara bertambah maju. Apa bentuknya masyarakat untuk masa hadapan? Kalau itu bentuknya, maka kita harus aturkan pendidikan ke arah itu. Misalnya, perlu belajar dua bahasa sedangkan dulu tidak ada keperluan ini. Sebabnya sekarang kita masuk dunia sejagat - dunia tanpa sempadan. Dulu kita cuma belajar, kini perlu juga mencipta. Kalau kita dulu lain, sekarang lagi lain untuk memenuhi kehendak masa depan.

Jadi, dalam hal ini saya hendakkan satu ketegasan daripada pihak kerajaan. Bimbang, semua akan bimbang. Kalau tidak ada ketegasan lagilah kita bimbang dalam mencipta yang baik untuk negara. Jangan dialunkan oleh permintaan yang tidak sesuai dengan masa depan negara.

Ini, politik, politiklah juga tapi perlu berlandaskan kepada sifat kenegaraan. Politik perlu sama dengan harapan kenegaraan. Politik ke arah salah jangan kita ikut.

Justeru, Kongres mesti ambil kesempatan ini kerana keadaan akan berubah dari waktu ke waktu. Perlu sesuaikan dengan keadaan pendidikan hari ini kerana kita cukup takut kalau tersalah arah. Kalau penilaiannya di pertengahan jalan, kalau terserong, kita masih boleh perbetulkan balik.

5. Masalah besar kalau...

n Orang yang fikirkan pelaksanaan dasar ini mesti pastikan ia selari dengan orang yang akan melaksanakannya. Fikiran mesti selari. Kalau orang bawah tak tahu, hanya orang atas sahaja yang faham, pasti pelaksanaan dan matlamatnya tidak akan sampai.

Ini masalah besar. Kita ada hampir 500,000 guru. Ini bilangan yang cukup besar. Mesti ada gerakan untuk menyediakan mereka faham dasar ini dan boleh melaksanakannya.

Ini kita kena fikir baik-baik bagi mengelak akhirnya matlamat tak sampai. Kita mesti ingat! keadaan cukup berbeza dari sekolah ke sekolah. Keadaan yang melingkungi orang (murid dan guru) di Kuala Lumpur berbeza dengan mereka di pedalaman dan luar bandar.

Unsur tersirat di sebalik Tanda Putera

Posted: 02 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

SEBAGAI pembikin filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba ketika ini bolehlah dikatakan menjadi mangsa segelintir ahli politik yang bukan sahaja buta sejarah.

Malah, lebih parah lagi golongan itu belum bijak untuk membaca isi dan intipati di sebalik filem berjudul Tanda Putera arahan pengarah wanita tersebut.

Pihak Kerajaan Pulau Pinang kelmarin dan semalam menafikan mengharamkan tayangan filem itu yang dikatakan berbau perkauman. Adegan tidak sampai 10 minit yang memaparkan tragedi 13 Mei 1969 itu dijadikan isu utama pengharaman tayangan tersebut.

Tentunya pengumuman itu sesuatu yang amat mendukacitakan buat keseluruhan karyawan filem yang dibikin dengan kos keseluruhannya berjumlah RM4.7 juta itu. Mereka tentunya tidak sabar untuk melihat reaksi para penonton serta kesan penghayatan daripada tayangan karya terbabit.

Ini bukanlah kali pertama Tanda Putera melalui detik-detik malang, sebaliknya filem terbitan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu telah pun mula merasai bahananya sejak tahun lalu lagi. Sepatutnya ia ditayangkan lebih awal lagi iaitu pada pertengahan September tahun lalu. Namun, kerana bantahan daripada segelintir ahli-ahli politik pembangkang filem itu terpaksa ditangguhkan tayangannya buat sementara waktu.

Dalam hal ini, filem bertemakan kenegaraan itu terpaksa akur dengan sikap toleransi kerajaan yang mengambil kira pandangan semua pihak termasuklah parti politik pembangkang.

Sikap murni penerbit filem itu, Finas dan kerajaan yang mahu beralah serta mengambil kira kepentingan semua aspek menyebabkan perkara itu berlaku.

Namun, selepas diteliti dan diperhalusi tidak nampak di mana mudaratnya Tanda Putera jika ia dipertontonkan kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini. Sebab itulah tiada alasan mengapa filem itu tidak boleh ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara mulai hari ini.

Kalaulah sentimen yang sempit dan sengaja dipolitikkan itu terus dimain-mainkan, maka kesannya bukan sahaja akan menimpa industri filem negara, malah Tanda Putera juga akan menanggung kerugian besar jika filem itu terus diperap begitu sahaja. Pada masa sama, para pembikin filem dalam genre patriotik dan kenegaraan tempatan yang lain juga akan menanggung trauma yang sama jika mereka mahu membikin filem seumpama itu pada masa depan.

Setakat ini, belum terdengar bantahan daripada negeri-negeri lain termasuklah di Kedah dan Selangor yang turut dikuasai oleh parti pembangkang iaitu Pas serta Parti Keadilan Rakyat.

Keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam di negeri yang diterajuinya itu mengejutkan banyak pihak kerana ia seperti dilihat bersendirian tanpa melibatkan bantahan daripada keseluruhan hampir 28 juta rakyat di negara ini.

Dalam senario ini, di sinilah terletaknya cabaran Shuhaimi sebagai pembikin filem dalam genre tersebut. Banyak aspek yang beliau telah ambil kira terutama soal sensitiviti agama dan kaum rakyat berbilang bangsa di negara ini.

Justeru, sekelumit adegan yang kononnya ganas dan berbau perkauman itu telah digembar-gemburkan sebegitu rupa.

Sedangkan tidak mustahil banyak lagi adegan yang jauh lebih ganas boleh ditonjolkan dalam filem itu tetapi ia mungkin bukan keputusan yang berada dalam kotak fikiran pengarah terbabit. Tetapi fakta dan sejarah berkait rapat serta mustahil untuk dipisahkan begitu sahaja.

Adalah tidak logik jika adegan yang mahu menggambarkan tentang peristiwa 13 Mei itu tidak disulami dengan adegan-adegan ganas tetapi sebagai pembikin filem Shuhaimi tetap ada batas-batas rasionalnya sendiri.

Malah, tahap kerasionalannya itu jauh lebih besar berbanding adegan ciput yang kononnya dikatakan berbau perkauman yang cuba diperbesar-besarkan dalam filem tersebut. Sebaliknya, para penonton termasuklah ahli-ahli politik pembangkang seharusnya melihat lebih jauh ke dalam iaitu intipati serta maksud yang tersirat di sebalik Tanda Putera itu sendiri.

Bagi yang telah menonton Tanda Putera, filem yang diterbitkan khusus untuk tayangan sempena Hari Kemerdekaan itu sebenarnya bukanlah memaparkan tentang elemen perkauman sebagai topik utamanya.

Sebaliknya, Shuhaimi secara halus cuba mengalihkan tumpuan mereka yang karat pemikirannya dalam isu perkauman ke suatu dimensi pemulihan yang lebih cerah.

Contohnya, dalam Tanda Putera, beliau sebenarnya cuba memaparkan perkara sebaliknya iaitu usaha-usaha yang telah dilakukan oleh tokoh UMNO seperti Tun Dr. Ismail dalam menangani isu perkauman terutama antara Melayu dan Cina seperti yang digambarkan dalam filem itu.

Pelan itu diambil oleh tokoh terbabit sewaktu mulanya tercetus peristiwa berdarah 13 Mei yang antaranya digambarkan tercetus di Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira 44 tahun lalu.

Malah, sebelum itu lagi, Tanda Putera turut terlebih dahulu memaparkan budi pekerti orang Melayu di sekitar Kampung Baru yang kuat dengan budi bahasa serta tolong menolong mereka tanpa mengira kaum apabila berlakunya insiden seperti itu.

Adegan itu dipaparkan menerusi watak lakonan Kavitha Sidhu yang mewakili bukan Melayu yang terperosok sama dalam kancah sewaktu tragedi tersebut apabila dia mendapat layanan baik dan perlindungan daripada keluarga Melayu di kampung tersebut.

Itu antara segelintir nilai-nilai murni yang seolah-olah mahu menidakkan unsur-unsur perkauman yang kononnya telah mewarnai serta mengotorkan perjalanan cerita Tanda Putera.

Dalam hal ini juga banyak lagi elemen lain yang boleh dikupas bagi menepis terus tanggapan buruk dan penuh dengan prejudis golongan yang buta dalam menafsir bahasa dalam filem yang penuh dengan metafora.

Cuma malangnya, apabila sentimen-sentimen politik lebih kuat melangkaui pemikiran dalam bahasa-bahasa filem, maka apa juga yang diputuskan matlamatnya adalah lebih menjurus ke arah matlamat berpolitik golongan terbabit.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Webisod persembahan Prema Yin di premayin.com

Posted: 02 Sep 2013 02:46 AM PDT

PREMA Yin membuat persembahan sambil memetik alat muzik tradisional India, sita sempena pelancaran album terbarunya di Plaza Kristal, Petaling Jaya hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Penyanyi indie, Prema Yin bakal melancarkan dokumentari mini berepisod atau webisod yang memaparkan aksinya membuat persembahan secara spontan di tempat-tempat umum yang boleh mula disaksikan bermula esok.

Video sebanyak 10 episod yang berdurasi selama 10 hingga 12 minit setiap episod itu boleh ditonton di laman web www.premayin.com.

Selain itu, penyanyi 27 tahun yang popular dengan lagu Menarilah dan Eyo-Eyo itu bakal melancarkan sebuah album mini yang mengandungi lima buah lagu awal tahun hadapan. - UTUSAN ONLINE

Spring lancar album baharu selepas 9 tahun

Posted: 01 Sep 2013 10:22 PM PDT

KUALA PILAH 2 Sept. - Kumpulan Spring yang telah sembilan tahun menyepi kini kembali dengan pelancaran single album terbaharu, 'Spring-Slavemaster, di bawah naungan syarikat Bayintera Network Sdn Bhd.

Majlis pelancaran album yang memuatkan dua buah lagu bertajuk Pengemis dan Titipan itu disempurnakan Exco kerajaan Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar di sini malam tadi.

Ia sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Ketua Pegawai Eksekutif Bayintera Network Sdn Bhd, Datuk Baharin Abdullah di Jalan Bahau, Juasseh dekat sini.

Bercakap kepada pemberita, ketua kumpulan Zaha Mohd berkata album berkenaan adalah sebagai hadiah dan tanda terima kasih buat penyokong, peminat yang tidak jemu memberi sokongan serta galakan untuk Spring terus bertapak dalam industri muzik tanah air.

"Kita menghasilkan sebuah konsep lagu dan susunan muzik yang lebih segar dan moden agar kehadiran kumpulan kami dapat memberikan satu tranformasi dalam menelusuri arus ritma muzik tanah air," katanya.

Selain Zaha (gitar utama) sebagai anggota lama, Spring turut dianggotai muka baharu iaitu Mizal (bass), Fayzaid (keybord) dan Adeen (drum) serta penyanyi Jai.

Sementara itu, Baharin berkata sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi menghasil dan mempromosikan album single kumpulan itu. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Amaran kepada GLC negeri

Posted: 01 Sep 2013 10:49 AM PDT

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 1 Sept. - Syarikat milik kerajaan (GLC) negeri perlu bersedia berdepan dengan sebarang tindakan sekiranya didapati menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, setiap GLC negeri ini sudah pasti sedar dengan dasar dan undang-undang ditetapkan kerajaan berhubung perkara berkenaan.

Beliau berharap tiada mana-mana syarikat terutamanya yang memiliki ladang didapati melanggar kesalahan tersebut terutama dalam operasi memburu PATI yang sedang dijalankan.

"Saya harap mereka (GLC negeri) sendiri patut tahu dan tidak terlibat kerana saya percaya siapa pun didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Mereka patut sedar dan ia tidak sepatutnya berlaku," katanya ketika diminta mengulas sama ada GLC negeri terutama yang mempunyai ladang bersedia memberi kerjasama dalam operasi besar-besaran memburu PATI bermula hari ini.

Mohamed Khaled ditemui pemberita dalam majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Tebrau di Savanna Hill Resort di sini.

Kementerian Dalam Negeri akan membuat gerakan besar-besaran memburu PATI yang masih berada di negara ini bermula hari ini dengan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada lagi kompromi diberikan.

Pertanian akuaponik jadi alternatif baharu

Posted: 01 Sep 2013 10:49 AM PDT

ABDULLAH Rashidi (kanan) menunjukkan hasil pertanian bandar dengan kaedah akuaponik yang lebih mesra alam dan menjimatkan yang diperkenalkan oleh Pejabat Pertanian Ledang ketika ditemui di Ledang, Johor, baru-baru ini.

LEDANG 1 Sept. - Kesukaran mendapatkan tapak pertanian berskala kecil kini bukan lagi satu masalah buat penduduk bandar malah ia boleh dikomersialkan menerusi pertanian baharu dengan kaedah akuaponik yang lebih mesra alam dan menjimatkan.

Dibangunkan oleh Pejabat Pertanian Ledang, teknik pertanian moden itu boleh menjimatkan wang dapur sekeluarga terutama bagi belanja membeli sayur dan ikan segar dan boleh diusahakan di mana-mana saja seperti di laman rumah dengan hasil boleh dituai dalam tempoh yang singkat.

Berkonsepkan 4T iaitu tanam, ternak, tinggal dan tuai, akuaponik yang menggabungkan penanaman dan pemeliharaan ikan dalam satu bekas bertingkat menjurus kepada pertanian bandar dengan hasil tuaian bersifat organik kerana ia tidak menggunakan bahan kimia.

Pegawai Pertanian Daerah Ledang, Abdullah Rashidi berkata, menerusi kaedah berkenaan pengusaha boleh menanam pelbagai jenis sayur seperti salad, sawi, cili, terung, bendi dan pada masa sama memelihara ikan air tawar atau udang galah dalam bekas khas.

Katanya, menerusi kaedah itu, air daripada bekas takungan ikan berkenaan akan disalurkan ke bahagian atas untuk memberikan baja kepada sayur-sayuran menerusi mesin dan injap khas yang juga bertindak membersihkan kotoran.

"Pokok memerlukan baja daripada ikan iaitu ammonia nitrat dan kaedah ini secara automatik menyalurkan air ke bahagian yang memerlukan tanpa perlu pemilik menjaganya. Ia amat mesra alam dan tidak perlu dijaga dengan rapi seperti sayur-sayuran biasa.

"Air ternakan ikan atau udang akan naik ke bahagian atas (tanaman) menerusi pam air yang dipasang bagi membekalkan nutrien yang diperlukan oleh pokok menerusi najis ikan berkenaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di bandar Tangkak, kelmarin.

Abdullah berkata, kaedah pertanian itu sudah lama diperkenalkan dan dengan wujudnya peralatan baharu seperti injap mampu melaksanakan tugas tanpa perlu pemantauan seterusnya memberi lebih ruang penyesuaian terutama bagi yang tidak memiliki kawasan tanah pertanian.

Beliau menjelaskan, penanaman dan pemeliharaan ikan itu dibuat dalam bekas khas dua tingkat sebesar kira-kira satu meter yang diisi dengan hidraton atau guli tanah liat atau batu sungai yang mampu bertahan selama 10 tahun serta mesin penyedut air dan injap.

Katanya, hasil boleh dituai dalam tempoh kira-kira dua minggu bergantung kepada jenis tanaman manakala ikan atau udang galah memerlukan tempoh lima bulan.

"Sebenarnya kami mulakan program ini untuk memberi ruang kepada penduduk bandar khususnya yang mahu bertani tetapi kekurangan tanah, sekurang-kurangnya ia mampu menjimatkan banyak wang untuk membeli sayur-sayuran dan ikan setiap minggu," katanya.

Abdullah menjelaskan, kaedah itu boleh dibuat sendiri oleh mereka yang berminat mengikut kesesuaian, namun pihaknya juga menawarkan peralatan pada harga RM600 dan RM900 setiap unit bergantung kepada saiz.

Kata beliau, pihaknya juga menyediakan khidmat nasihat kepada yang berminat mengusahakan kaedah pertanian berkenaan dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 06-9786570.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kuil di Jalan P. Ramlee tidak akan dirobohkan

Posted: 02 Sep 2013 03:13 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee di sini tidak akan dirobohkan.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, malah pihaknya akan mencantikkan dan membina pagar bagi melindungi kuil berusia 101 tahun itu untuk memudahkan penganutnya melakukan upacara keagamaan.

Katanya, hanya struktur kantin dan restoran yang dibina secara haram di sebelah kuil itu akan dirobohkan.

"Kami tahu kuil ini merupakan tempat suci bagi masyarakat India di sekitarnya, kami bukan sahaja akan melindunginya malah akan membina pagar dan mencantikkan kawasan kuil," katanya kepada pemberita selepas melawat Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalannya Datuk Dr J. Loga Bala Mohan, Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Datuk Maglin Dennis DCruz dan Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan.

Semalam sekumpulan pegawai DBKL dihalang oleh anggota komuniti kuil itu serta beberapa pemimpin parti kaum India daripada cuba merobohkan penyambungan struktur haram di sebelah kuil itu. - BERNAMA

PDRM mungkin dapat peruntukan tambahan

Posted: 02 Sep 2013 03:11 AM PDT

PUTRAJAYA 2 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemungkinan besar akan mendapat peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2014 bagi membanteras jenayah di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kekangan dihadapi PDRM dalam melaksanakan tugas, antaranya ialah daripada segi aset dan perkakasan.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan Belanjawan 2014 pada 25 Oktober ini.

Ditanya mengenai cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membeli helikopter bagi kegunaan Unit Udara PDRM, Ahmad Zahid berkata beliau menyokong cadangan itu dan berharap peruntukan untuk tujuan itu diluluskan.

"PDRM amat memerlukan helikopter bagi tujuan operasi...kekangan kita ialah aset dan perkakasan," katanya. - BERNAMA

Projek pembangunan rakyat ikut kemampuan - PM

Posted: 02 Sep 2013 03:07 AM PDT

PUTRAJAYA 2 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan projek-projek pembangunan dalam usaha memenuhi permintaan rakyat, namun masih bergantung kepada kemampuan kewangan negara.

Perdana Menteri berkata kriteria tertentu akan dinilai sebaik-baiknya sebelum projek-projek pembangunan dilaksanakan.

"Bukan bererti bahawa semua permintaan boleh kita tunaikan. Mesti ada batas kewangan. Bagaimana cara pun ada batas kewangan. Kalau kita berbelanja terlalu berlebihan, ekonomi kita akan merosot.

"Kalau kita tidak belanja maka ekonomi kita tidak berkembang. Jadi belanjalah secara berhemah dan cubalah mendapatkan nilai yang maksimum bagi setiap ringgit yang kita belanjakan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis Hari Raya Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Dalam pada itu, Perdana Menteri percaya ICU akan terus memainkan peranan sebagai sebuah jabatan yang sangat penting dalam menyokong usaha-usaha kerajaan untuk membangunkan negara dan melakukan transformasi yang besar kepada negara.

Sambil berterima kasih kepada jabatan itu kerana memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada kerajaan, Najib turut mengakui bukan mudah untuk ICU berada di barisan hadapan.

"Saya tahu bukan mudah berada di barisan hadapan mengendalikan begitu banyak permintaan, kadang-kadang kerenah orang ramai, kerenah wakil rakyat juga.

"Tetapi semua kita lakukan kerana permintaan rakyat, daripada segi projek-projek pembangunan adalah sentiasa berada pada paras yang tinggi," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pelajar jangan mudah leka

Posted: 01 Sep 2013 10:49 AM PDT

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my

Syed Faizuddin Putra Jamalullail memperkatakan sesuatu ketika melawat salah sebuah apartmen untuk pelajar UniMaP di UniCITI, Sungai Chuchuh sempena sesi kemasukan pelajar di Arau, Perlis, semalam. Turut kelihatan, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (empat dari kanan); Naib Canselor UniMaP, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Hussin (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Proven Holdings, Datuk Yusof Jusoh (tiga dari kanan).

ARAU 1 Sept. - Pelajar yang terpilih menyambung pelajaran di menara gading disaran tidak mudah leka sebaliknya mereka perlu terus berusaha dengan menyimpan tekad untuk menggenggam ijazah dalam tempoh tiga atau empat tahun.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, usaha itu bertepatan dengan impian setiap pelajar apabila berjaya menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi (IPT).

"Sebagai pelajar, mereka mempunyai sikap menghormati pensyarah yang merupakan guru dan sumber kepada pelajar," titah baginda selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam majlis Taklimat Waris dan Suaikenal Sempena Hari Pendaftaran Pelajar UniMAP 2013 di Kampus Pauh Perdana di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor UniMAP.

Titah baginda, pelajar seharusnya bekerja keras ketika menuntut ilmu sepanjang berada di IPT.

"Ingatlah, tanpa mengira siapa pun atau latar belakang, kita adalah rakyat Malaysia yang perlu sama-sama menjaga keamanan yang kita miliki agar dapat terus bernafas dengan penuh sebuah keharmonian," saran baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, rakyat seharusnya tidak boleh lari daripada menerapkan tiga elemen penting dalam kehidupan mereka iaitu menghormati agama, bangsa dan negara.

Raja Dr. Nazrin sampaikan sumbangan kepada wira negara

Posted: 01 Sep 2013 10:49 AM PDT

Raja Dr. Nazrin Shah bersalaman dengan sebahagian daripada anggota tentera pada Majlis Minum Petang sempena Hari Kemerdekaan di Dataran MBI, Ipoh, Perak, kelmarin. - UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin

IPOH 1 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkenan menyampaikan sumbangan kepada beberapa wira negara yang berjuang menentang pengganas di Lahad Datu, Sabah serta anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 5) yang terkorban dalam nahas di Lebanon baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan dalam majlis jamuan teh sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 peringkat negeri Perak di Dataran Bandaraya Ipoh (MBI) di sini semalam.

Turut berangkat, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir serta isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk S.K. Devamany; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd. Ghazali Jalal serta beberapa Exco kerajaan negeri Perak.

Dalam majlis itu, Raja Dr. Nazrin menyampaikan sumbangan kepada anggota komando VAT 69 yang tercedera dalam Op Daulat iaitu Sarjan Mejar Sakarani Hashim, Koperal Mohd. Tarmizi Hashim, Koperal Azman Ampong, Koperal Rizahuddin Ahmad, Lans Koperal Mohammad Nursabry Jaya dan Konstabel Mohamed Qaiyum'aiqal Zolkipli.

Baginda turut menyampaikan bantuan kepada wakil keluarga komando VAT 69 yang terkorban iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud.

Selain itu, balu kepada anggota Malbatt 5, Aniza Ariffin turut menerima sumbangan daripada Raja Dr. Nazrin Shah bagi pihak suaminya, Sarjan Rosdi Mohamad Zan, yang meninggal dunia dalam nahas di Lebanon baru-baru ini.

Sementara itu, Zambry ketika berucap dalam majlis tersebut mengajak rakyat mensyukuri serta menghayati semangat kemerdekaan dengan sepenuh hati selain menyemai rasa bangga, taat setia kepada raja dan negara.

Beliau berkata, penghayatan tersebut perlu dikekalkan secara istiqamah supaya semangat tersebut tidak luntur dalam kalangan generasi akan datang.

"Nikmat kemerdekaan sukar ditutur dengan lidah, digambarkan dengan pemikiran serta dijelaskan oleh perasaan. Namun, kita hanya dapat menikmatinya melalui pengalaman hidup, justeru kebebasan yang dimiliki hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya demi menjamin keamanan negara," katanya.

Indeks jenayah Kedah turun

Posted: 01 Sep 2013 10:49 AM PDT

ALOR SETAR 1 Sept. - Indeks jenayah di Kedah menurun sebanyak 12 peratus dalam tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, dalam tempoh sama juga sebanyak 5,214 kes dicatatkan berbanding 5,933 kes pada tahun lalu.

"Bagi kes yang diselesaikan untuk Januari sehingga Julai lalu adalah sebanyak 2,199 kes berbanding 2,777 kes tahun lalu.

"Jenayah kekerasan mencatatkan sebanyak 1,117 kes berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 1,153 kes dengan kadar penurunan sebanyak 3.12 peratus.

"Penurunan indeks jenayah ini adalah kerana kita telah menyelesaikan banyak kes kecurian kenderaan sekali gus membendung jenayah lain berkaitan," katanya selepas majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab akan memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan Pentadbiran Bukit Aman mulai 9 September ini dan tempat beliau diambil alih Datuk Zaleha Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini.

Zaleha sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan Pentadbiran Bukit Aman.

Abdul Ghafar mula berkhidmat di negeri ini pada 2007 sebagai Ketua Jabatan Pengurusan sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Kota Setar pada 2008 seterusnya menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Kedah pada 2010.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved