Rabu, 29 Mei 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Parah ditimpa tandan sawit

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

TEO Liang Chuan yang ditimpa setandan kelapa sawit dibawa ke bilik kecemasan HPSF di Muar, Johor, semalam.

LEDANG 29 Mei - Seorang pekebun lelaki cedera parah di muka dan kepala selepas ditimpa setandan kelapa sawit seberat 20 kilogram yang dipetiknya di sebuah kebun di Parit Bunga dekat sini semalam.

Kejadian berlaku pukul 11 pagi mengakibatkan Teo Liang Chuan, 43, patah tulang hidung manakala tempurung kepalanya retak sehingga terpaksa dirawat di wad kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.

Ketika kejadian, isterinya yang berusia lingkungan 40-an berada selang tiga pokok dari tempat Liang Chuan memetik buah kelapa sawit berkenaan.

Difahamkan, mangsa mengambil alih tugas memetik buah itu di kebun milik rakannya selepas salah seorang daripada pekerjanya berhenti beberapa bulan lalu.

Bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Teo, 60-an, berkata, anaknya datang ke kebun itu ditemani isteri dan seorang pekerja warga Indonesia.

"Tandan kelapa sawit itu jatuh dari ketinggian 15 kaki (4.5 meter), menimpa muka anak saya menyebabkan dia terus rebah dan pengsan. Menantu saya kemudian segera membawa suaminya ke hospital dalam keadaan muka berlumuran darah," katanya ketika ditemui di hospital.

Menurut Teo, ini merupakan pengalaman mengerikan menimpa anaknya itu yang sudah 10 tahun berpengalaman memetik tandan kelapa sawit.

Meskipun kecederaan yang dihadapi Lian Chuan agak teruk, dia berharap anaknya dapat diselamatkan dan pulih seperti sedia kala.

Lelaki diburu bantu siasatan kes rompakan bersenjata api

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

JERANTUT 29 Mei - Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rompakan bersenjata api di sebuah kedai makan di Kilometer 2, Jalan Jerantut-Benta di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, seorang pemilik kedai makan berusia 50-an cedera ditembak di lengan kiri oleh suspek berusia 30-an.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zakaria Kassim berkata, mangsa bersama isteri sedang berkemas menutup perniagaan manakala seorang pembantunya berada di belakang kedai.

"Ketika mangsa duduk di kerusi luar kedai, seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo dan bertopi keledar penutup penuh muncul dan meminta wang.

"Mangsa enggan memberikan wang dan suspek bertindak menyelak tudung yang dipakai oleh isteri mangsa untuk meragut barang kemas namun gagal kerana tiada rantai di leher wanita itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini hari ini.

Menurutnya, berang dengan keengganan pasangan suami isteri itu, suspek melepaskan satu das tembakan mengenai lengan kiri mangsa dan tembus sehingga ke rusuk kiri.

Beliau berkata, suspek kemudian melarikan ke arah bandar dan orang awam berada di kawasan berhampiran tempat kejadian menghubungi polis.

"Kita percaya kejadian ini bermotifkan rompakan dan dilakukan oleh suspek rakyat tempatan. Suspek bagaimanapun menyamar warga Indonesia melalui loghat percakapan ketika meminta wang, namun bertukar kepada loghat tempatan apabila gagal mendapatkan wang tersebut," katanya.

Katanya, usaha kini dijalankan untuk mengesan suspek manakala mangsa kini dirawat di Hospital Temerloh.

Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta membantu siasatan dengan menghubungi IPD Jerantut di talian 09-2662222.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bertarung di Bukit Jalil

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Para penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim ditenteramkan oleh anggota keselamatan selepas mereka bertindak menyerbu masuk ke padang pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan yang terpaksa dibatalkan malam kelmarin. Perlawanan terpaksa dibatalkan ekoran berlaku kekecohan di kalangan penyokong. - BERNAMA

PETALING JAYA - Pahang menjadi persatuan bola sepak negeri paling tinggi dikenakan hukuman dalam sejarah bola sepak negara apabila didenda k RM100,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - semuanya gara-gara kekecohan yang berlaku pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.

Skuad Tok Gajah juga kehilangan hak untuk bermain selaku tuan rumah apabila terpaksa beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil menentang Johor Darul Takzim, malah terpaksa menanggung semua perbelanjaan pasukan lawan.

Bagaimanapun, Datuk Haimidin Mohd. Amin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan masih berlembut membenarkan kehadiran penyokong pada perlawanan tersebut yang akan dijadualkan berlangsung 4.15 petang.

''Atas gagal mengawal faktor keselamatan sebelum perlawanan, kehadiran penonton di atas trek dan penyokong tuan rumah menyerbu ke arah penonton Johor sebaik sahaja perlawanan ditangguhkan, Pahang dikenakan denda maksimum RM100,000 dan tidak boleh mengemukakan sebarang rayuan.

''Pahang juga terpaksa beraksi di stadium berkecuali yang telah ditetapkan oleh FAM iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Jun, Sabtu ini dan perlu menanggung semua perbelanjaan skuad Johor DT selama dua malam termasuk penginapan hotel dan pengangkutan.

''Johor DT pula melakukan dua kesalahan iaitu para pemain telah meninggalkan stadium sebelum 90 minit masa perlawanan dan para penyokongnya berada di dalam trek, mereka dikenakan denda RM20,000," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Menyentuh aksi separuh akhir kedua di Piala FA yang akan diadakan di Bukit Jalil, Hamidin berkata, mereka tiada pilihan lain selain terpaksa melangsungkannya di situ selepas Stadium Shah Alam tidak dapat digunakan kerana telah ditempah bagi kegunaan majlis lain.

''Bukit Jalil hanya boleh dimainkan di sebelah petang kerana lampu limpah di situ masih tidak dapat digunakan dan situ sahaja pilihan kita ada kerana Shah Alam akan digunakan untuk sebuah konsert.

''Aksi antara Pahang dan Johor DT akan diuruskan sepenuhnya di bawah pengelolaan FAM iaitu melalui Jawatankuasa Tiket dan Pintu.

''Semua penyokong Pahang boleh menebus tiket di pejabat PBNP dan tiket baharu akan dikeluarkan pada Sabtu iaitu hari perlawanan bermula sembilan pagi," katanya.

Jelas Hamidin, JKPT mempunyai hak untuk mengenakan hukuman ke atas persatuan bola sepak negeri mengikut Peraturan 8.1 dan tidak semestinya perlu menunggu Jawatankuasa Tatatertib untuk bersidang.

''JKPT boleh menjatuhkan hukuman kepada mana-mana persatuan bola sepak negeri jika gagal mematuhi piawaian keselamatan kerana perkara ini termaktub di bawah Peraturan 8.1 FAM.

''Selepas hukuman ini dikenakan, tiada lagi denda lain akan dikenakan di bawah Jawatankuasa Tatatertib dan hukuman ini adalah muktamad," katanya.

Gara-gara pintu pagar pecah - Hamidin

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Salah seorang petugas di Stadium Darul Makmur, Kuantan menunjukkan pintu ke bilik persalinan pemain yang turut dirosakkan oleh penyokong-penyokong fanatik Pahang malam kelmarin. - UTUSAN/Mahathir Ali

PETALING JAYA - Insiden rusuhan antara penonton Pahang dan Johor Darul Takzim pada separuh akhir kedua Piala FA, malam kelmarin semuanya berpunca daripada satu masalah iaitu empat pintu pagar penyokong di Stadium Darul Makmur telah roboh.

Perkara itu telah dijelaskan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berkata, segala kekecohan serta kehadiran penyokong melebihi kapasiti pasti tidak akan berlaku sehingga perlawanan terpaksa ditangguh.

''Berdasarkan laporan yang diperolehi daripada pegawai perlawanan bahawa empat pintu telah dipecahkan iaitu pintu 7, 5, 11 dan 14 yang menyebabkan ramai antara mereka tidak memperolehi tiket berjaya memasuki stadium sehingga membuatkan stadium melimpah dengan kehadiran penonton sehingga di atas trek.

''Tiada unsur provokasi mengapa pintu pagar ini dipecah sebaliknya semua gara-gara jumlah tiket sebanyak 1,100 bagi kerusi grandstand dan 30,220 untuk tempat duduk biasa telah habis dijual pada waktu tengah hari lagi, mereka hanya kecewa tidak mendapat tiket.

''Jika pintu pagar itu tidak dipecahkan, saya rasa perkara ini tidak mungkin terjadi dan perlawanan pada malam semalam mungkin dapat dimainkan seperti biasa, " katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Pada perlawanan semalam, Stadium Darul Makmur hanya boleh memuatkan kehadiran maksimum seramai 40,000 orang dikejutkan dengan jumlah penonton yang terlalu ramai sehingga menyebabkan permainan terpaksa tidak dapat dimulakan sebelum pesuruhjaya perlawanan, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat keputusan membatalkan perlawanan.

Keputusan tidak meneruskan perlawanan itu telah mengundang rusuhan antara penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim sehingga menyebabkan ada penonton yang hadir mengalami kecederaan di samping kerosakan beberapa kenderaan yang membawa pemain serta penyokong Johor DT.

Tambah Hamidin, penguatkuasa keselamatan termasuk pihak polis telah sedaya upaya memastikan keselamatan di tahap maksimum dengan penempatan sebanyak 2,000 orang di dalam stadium dan 320 Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

''Pihak tuan rumah telah memastikan kawalan keselamatan berada di tahap sepatutnya namun apabila terjadi kehadiran penonton yang luar biasa, inilah yang terjadi.

''Cuma saya berasa lega sedikit kerana tiada sebarang pergaduhan berlaku di luar stadium membabitkan antara kedua-dua penyokong.

''Kejadian ini boleh anggap pertama kali berlaku dan saya harap semua pihak perlu mengambil iktibar supaya tidak terjadi lagi walaupun bagi saya ada baiknya bagi perkembangan bola sepak tempatan kerana para penyokong kita kembali ghairah untuk hadir ke stadium," katanya.

Mengenai aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, Hamidin berkata, harga tiket adalah sebanyak RM15, namun mereka belum membuat keputusan mengenai pembahagian tiket antara kedua-dua pasukan.

''Buat masa ini kami belum memutuskan berapa banyak tiket yang akan dijual dan akan mendapat maklum balas daripada kedua-dua persatuan bola sepak negeri terlebih dahulu.

''Kita bersedia menjual peruntukkan tiket maksimum sebanyak 90,000 jika ada permintaan tetapi buat masa ini belum ada kata putus mengenai berapa peruntukan yang akan diberikan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Hasut rakyat ubah kerajaan cara tidak sah

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com,my

Chua Tian Chiang bersama Haris Fathillah Mohamed Ibrahim (kiri) dan Mohd. Tamrin Abdul Ghafar ketika hadir ke Mahkamah Sesyen berhubung dakwaan mengikut Akta Hasutan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - Bernama

KUALA LUMPUR 29 Mei - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan empat aktivis propembangkang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramah yang diadakan dua minggu lalu.

Selain Tian Chua atau Chua Tian Chiang, 50, turut didakwa ialah Hishamuddin Md. Rais, 62; ahli Pas, Mohd. Tamrin Abdul Ghafar, 63; peguam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 54, dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Safwan Awang @ Talib, 24.

Kelima-lima tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Norsharidah Awang.

Ini bermakna enam tertuduh setakat ini telah didakwa atas tuduhan serupa dengan tertuduh pertama iaitu aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim, 24, dihadapkan ke mahkamah pada 23 Mei lalu.

Pada prosiding hari ini, kelima-lima tertuduh didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya diubah kerajaan yang tertubuh menurut undang-undang, dengan sebarang cara yang tidak sah.

Mengikut kertas pertuduhan, dakwaan kata-kata hasutan dalam ucapan setiap tertuduh dinyatakan dalam Lampiran A bagi pertuduhan masing-masing.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, No. 1, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketika pertuduhan selesai dibacakan terhadap Tian Chua, lelaki itu dilihat tersenyum malah berkata, pertuduhan tersebut berunsur politik menyebabkan Norsharidah mengarahkannya hanya menyatakan pengakuan sama ada bersalah atau tidak.

Perkara yang sama juga berlaku apabila Muhammad Safwan menyifatkan tuduhan tersebut berniat jahat dan sekali lagi Norsharidah mengeluarkan arahan yang sama.

Kesemua tertuduh ditahan oleh pihak polis semalam kecuali Hishamuddin yang menyerah diri kepada pihak polis di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, pagi ini.

Hishamuddin yang memakai kemeja dan kot hitam serta seluar pendek paras betis didakwa di mahkamah sama kira-kira sejam selepas selesai prosiding pertuduhan terhadap keempat-empat tertuduh yang lain.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abas yang mengetuai pasukan pendakwaan, menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris dan menyebut bagi pihak peguam tertuduh-tertuduh lain bersetuju dengan jumlah jaminan yang ditawarkan tanpa sebarang rayuan bagi mengurangkan jumlah jaminan.

Norsharidah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh sementara menunggu sebutan kes pada 2 Julai ini.

Sementara itu, peguam N. Surendran yang mewakili Tian Chua memaklumkan bahawa kesemua tertuduh akan memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan berkenaan atas alasan ia tidak berasas dan salah guna kuasa mahkamah.

Beliau turut memohon supaya pihak pendakwaan mengembalikan telefon bimbit anak guamnya serta tertuduh-tertuduh lain yang dirampas semasa ditahan pada 23 Mei lalu sebelum dibebaskan sehari kemudian.

Bagaimanapun Mohamad Abazafree berkata, telefon berkenaan telah dihantar kepada CyberSecurity Malaysia untuk pemeriksaan dan akan dikembalikan kepada pemilik masing-masing selewat-lewatnya esok.

Mahkamah kemudian mengarahkan pihak pendakwaan mengembalikan telefon berkenaan seperti yang dimohon oleh pihak peguam.

Sementara itu, kesemua tertuduh kecuali Muhammad Safwan, dibebaskan selepas membayar wang jaminan masing-masing.

Muhammad Safwan dan Mohd. Tamrin, masing-masing diwakili empat peguam diketuai Ariff Azami Hussein sementara Gobind mengetuai barisan sembilan peguam mewakili Haris dan Tian Chua diwakili dua peguam termasuk Surendran.

Peguam, Murnie Hidayah Anuar mewakili Hishamuddin.

Pathmanabhan, 3 lagi fail rayuan

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 29 Mei - Bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Peguam bela, Pushpa Ratnam ketika dihubungi berkata, notis rayuan bagi tiga tertuduh iaitu Pathmanabhan, 43, T. Thilaiyalagan, 21, dan R. Matan, 22, difailkan oleh pihaknya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Pushpa dan peguam Manjeet Singh Dhillon mewakili Pathmanabhan manakala Thilaiyalagan diwakili oleh Gurbachan Singh dan Matan oleh Amer Hamzah Arshad.

Sementara itu, peguam Hasshahari Johari Mawi yang mewakili tertuduh keempat, R. Kathavarayan, 33, memfailkan notis tersebut hari ini.

Rayuan tersebut difailkan setelah keempat-empat lelaki itu tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Akhtar Tahir pada 23 Mei lalu yang menjatuhkan hukuman gantung setelah mensabitkan kesalahan itu terhadap kesemua mereka.

Mereka didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.

Keempat-empat mangsa itu didakwa dibunuh di antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini.

Hakim Akhtar memutuskan demikian selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani, Ishak Mohd. Yusoff dan Saiful Edris Zainuddin.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Gangguan air jejas 600 penduduk

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

Mohamad Mat Jali terpaksa membeli pam penyedut untuk memperoleh air dari kolam berdekatan rumahnya kerana terputus bekalan air di Kampung Relai, Kuala Lipis semalam.

KUALA LIPIS 29 Mei - Kira-kira 600 penduduk dari empat buah kampung di mukim Cheka dekat sini, meminta kerajaan mengatasi masalah gangguan bekalan air bersih yang berlarutan sejak tahun lalu.

Dilema yang dihadapi mereka semakin kritikal sejak awal bulan ini selepas gangguan bekalan air berlarutan sepanjang hari.

Keadaan itu menyebabkan penduduk Kampung Relai, Pasu, Padang Puyuh dan Lentang tidak dapat menjalankan rutin harian seperti biasa.

Penduduk Kampung Relai, Che Latif Che Husin, 42, berkata, bekalan air daripada Perbadanan Air Pahang (Paip) yang diterima penduduk tidak menentu menyebabkan ada dalam kalangan mereka sudah hilang sabar.

"Senario ini bukanlah baharu berlaku, malahan sejak sekian lama. Sejak awal bulan ini, keadaan bertambah teruk apabila ada ketika bekalan air terputus sehingga tiga hari," katanya kepada pemberita di Kampung Relai dekat sini.

Sehubungan itu, Che Latif meminta pihak berwajib menyelesaikan masalah berkenaan walaupun mereka ada menghantar lori tangki bantuan tetapi masih tidak mencukupi untuk sumber harian.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Relai, Mohamad Mat Jali, 46, berkata, penduduk sudah mula rimas dengan isu bekalan air dan sudah sampai masanya kerajaan mencari alternatif yang terbaik untuk mengatasi bekalan yang kerap terputus.

"Kami sudah muak menggunakan air dari lori tangki dan air hujan. Bantulah kami menyediakan bekalan yang bersih tanpa terputus untuk keselesaan kami.

"Bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi, sudah sewajarnya masalah bekalan ini dapat diselesaikan segera tanpa membabitkan kos yang tinggi," katanya.

Tambahnya, penduduk di tiga buah penempatan di situ amat berharap kerajaan negeri dapat mempercepat menaik taraf bekalan air bersih Paip sejajar dengan manifestasi Barisan Nasional (BN) untuk keselesaan penduduk luar bandar.

Tambang RapidKuantan mulai Sabtu ini

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

KUANTAN 29 Mei - Perkhidmatan bas RapidKuantan yang memulakan operasi 1 Disember lalu akan mula mengenakan tambang ke atas penumpang mulai Sabtu ini selepas tempoh perkhidmatan percuma berakhir Jumaat ini.

Ketua Eksekutif Bas Rapid Sdn. Bhd., Zohari Sulaiman berkata, tambang akan bermula daripada RM2 untuk perjalanan dalam zon tunggal dan maksimum sebanyak RM4 untuk perjalanan merentasi dua zon.

Menurut beliau, daripada sebanyak 12 laluan yang dilalui bas RapidKuantan hanya lima sahaja yang akan melaksana sistem tambang dua zon.

"Laluan terbabit adalah laluan 100, Hentian Bandar-Bukit Gambang Resort City (BGRC); laluan 301 Hentian Bandar-Bukit Sagu; laluan 400 Hentian Bandar-Pekan; Laluan 401 Hentian Bandar-Kampung Ubai dan laluan 500 Hentian Bandar-Sungai Lembing.

"Yang selebihnya iaitu tujuh laluan hanya mengenakan bayaran RM2 bagi setiap perjalanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun tidak dikenakan bayaran manakala pelajar yang berpakaian seragam sekolah serta berumur tujuh hingga 12 tahun akan dikenakan separuh harga.

"Selain itu, turut mendapat diskaun 50 peratus ialah warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU)," jelasnya.

Zohari memberitahu, warga emas, OKU dan pelajar boleh mendaftar dengan pihaknya untuk mendapat kad diskaun di tingkat satu Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan di sini.

"Kami membuka perkhidmatan bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang dari hari Isnin hingga Sabtu kecuali pada hari cuti umum," katanya.

Tambahnya, pemegang kad diskaun hanya perlu menunjukkan kad mereka kepada pemandu bas untuk menikmati diskaun sebanyak 50 peratus.

"Saya nasihatkan penumpang sentiasa mempunyai jumlah wang yang tepat bagi memudahkan urusan pembayaran tambang," katanya.

Pakar Jengka dapat sambutan

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

Wan Salman Wan Ismail (dua kanan) turut membeli barangan segar ketika pembukaan hari pertama Pakar Jengka, baru-baru ini.

KUALA KRAU 29 Mei - Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka di sini yang dijadikan projek perintis bagi konsep pasar seumpama itu di negeri ini, telah mula beroperasi pada 29 Januari lalu.

Dibangunkan dengan kos RM4.07 juta, Pakar Jengka merupakan sebuah pasar yang menyediakan pelbagai barangan segar di bawah satu bumbung bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, Pakar Jengka dibina di atas tapak pasar tani sedia ada seluas 1.52 hektar pada 11 Januari tahun lalu yang menawarkan 92 lot perniagaan di samping 18 lot lagi untuk perniagaan menggunakan karavan.

Beliau berkata, Pakar Jengka merupakan pasar komuniti pertama dibuka di Pahang yang kemudian diikuti di Bera dan Pekan sekali gus memperbanyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan.

Katanya, di Pakar Jengka, sebanyak 87 peniaga telah memulakan perniagaan masing-masing dengan menawarkan pelbagai produk barangan asas pertanian termasuk produk perusahaan kecil dan sederhana yang segar dan berkualiti.

"Pakar Jengka yang dahulunya dikenali pasar tani menjadi tumpuan lebih 100,000 penduduk khususnya masyarakat peneroka Felda, kakitangan kerajaan dan swasta mendapat barangan keperluan harian.

"Pasar ini dibuka bermula pukul 2 petang hingga 9 malam setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad," katanya kepada Utusan Malaysia selepas bertemu peniaga sempena pembukaan Pakar Jengka di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama, Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ab. Razak Ab. Majid dan Pengarah FAMA negeri, Ibrahim Mahmood.

Pelbagai acara menarik sempena pembukaan itu dilangsungkan seperti pertandingan mengubah buah-buahan untuk pengantin dan mewarna kanak-kanak Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Jelas Wan Salman, Pakar merupakan inisiatif kerajaan untuk memoden dan menggabungkan pasar tani, pasar malam dan pasar minggu di bawah satu bumbung.

Dalam fasa pertama operasi iaitu pada Februari lalu, katanya, Pakar Jengka menjana nilai jualan sebanyak RM334,647.

Tambah beliau, sambutan baik itu berikutan Pakar Jengka menawarkan kemudahan beli-belah serba lengkap dan selesa yang merupakan konsep peruncitan moden kepada penduduk Felda Wilayah Jengka.

"Kewujudan Pakar Jengka adalah janji kerajaan yang ditepati sebagaimana janji yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pengisytiharan nama Bandar Tun Abdul Razak Jengka pada 7 Julai 2011," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin yang ditemui ketika melakukan lawatan kerja ke Pakar Jengka baru-baru ini berkata, Pakar dibangunkan berdasarkan lokasi dan prospek perniagaan yang memberi manfaat maksimum kepada penduduk.

Katanya, Pakar yang mula beroperasi di Manjung, Perak pada 9 September tahun lalu berjaya meraih pendapatan sebanyak RM1.1 juta dalam tempoh tiga bulan.

Tambah beliau, lapan buah Pakar lagi yang mula beroperasi tahun ini di seluruh negara termasuk di Jengka dijangka menjana nilai jualan sebanyak RM45.68 juta setahun serta mewujudkan 2,080 peluang pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya.

Menurutnya, matlamat dan hala tuju projek Pakar adalah bertujuan membuka peluang perniagaan dan peningkatan pendapatan kepada usahawan baharu.

"Ini transformasi pasar penjaja ke arah konsep yang lebih moden, bersih, menarik dan teratur sekali gus membela nasib penjaja jalanan yang tiada tapak tetap.

"Di samping itu, projek Pakar bertujuan memelihara kesinambungan pasar malam, pasar tani, pasar tamu dan lain-lain kumpulan pasar seumpamanya," katanya.

Beliau berkata, pelbagai produk segar yang dijual di Pakar Jengka seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ayam proses, makanan, ikan air tawar, ikan laut, produk industri kecil dan sederhana, ubat tradisional dan sebagainya dapat menampung permintaan pengguna.

Beliau dalam masa sama mengingatkan peniaga mengutamakan kebersihan premis di samping mematuhi penetapan harga produk yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Pakar juga 100 peratus menjadi milik usahawan warganegara sebagai tempat melatih diri sebagai peniaga dan usahawan berjaya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pejabat Palang Merah Antarabangsa diserang, seorang pengawal terbunuh

Posted: 29 May 2013 10:09 AM PDT

JALALABAD, Afghanistan 30 Mei - Seorang pengawal keselamatan terbunuh selepas sekumpulan militan melancarkan serangan ke atas sebuah pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) di sini semalam.

Jurucakap kerajaan wilayah Jalalabad, Ahmad Zia Abdulzai berkata, serangan itu bermula apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri di pagar bangunan tersebut sebelum beberapa militan menceroboh masuk pejabat ICRC.

Katanya, pertempuran turut meletus antara pasukan keselamatan Afghanistan dengan militan terbabit selama sejam.

Dalam pada itu, Timbalan Polis Jalalabad, Masoum Khan Hashimi berkata, tujuh pekerja asing ICRC berjaya dikeluarkan dari bangunan itu dan dua militan telah dibunuh.

Pasukan keselamatan masih mengepung bangunan itu dan melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi militan yang bersembunyi di dalamnya," katanya. - AFP

Taiwan lancar unit perang siber kekang ancaman penggodam

Posted: 29 May 2013 10:08 AM PDT

TAIPEI 30 Mei - Tentera Taiwan akan melancarkan unit perang siber yang keempat untuk menangani ancaman keselamatan daripada penggodam China.

Akhbar tempatan United Evening News semalam melaporkan, unit baharu itu dijadualkan dibuka pada 1 Julai depan dan akan dikerah mengekang serangan siber terhadap laman web kerajaan.

Penubuhan unit tersebut merupakan yang keempat dilaksanakan oleh tentera Taiwan bagi menjalankan misi perang siber dan berkaitan maklumat.

Laman-laman web kerajaan Taiwan sebelum ini sering menjadi sasaran penggodam dari China, terutamanya apabila kedua-dua negara terlibat dalam konflik. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Lain kalilah Dong Zong!

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

SEJAK beberapa hari lalu banyak blog menyiarkan komen Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) mengenai seorang menteri dan seorang timbalan menteri Cina yang dilantik dalam barisan Kabinet terbaharu kerajaan.

Kedua-dua mereka, Senator Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pendidikan 1, disifatkan Dong Zong tidak mewakili kaum Cina kerana tidak fasih berbahasa Mandarin.

Kain Ching daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) adalah bekas guru dan pernah dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan pada 2012.

Seng Kuan pula adalah Presiden Transparency International Malaysia dan juga seorang tokoh korporat terkemuka dengan memegang pelbagai jawatan berprofil tinggi termasuk sebagai Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Menurut Dong Zong seperti yang disiarkan akhbar Nanyang Siang Pau baru-baru ini, kedua-dua mereka yang hanya menamatkan sekolah Cina separuh jalan tidak mungkin akan dapat mewakili kaum itu secara efektif sekali gus tidak layak digelar 'wakil kaum Cina'.

Kain Ching dalam reaksi segeranya menyifatkan isu beliau tidak fasih berbahasa Mandarin tidak harus timbul kerana kehadirannya dalam Kabinet tidak mewakili kaum Cina tetapi sebagai rakyat Malaysia.

"Saya bekerja di bawah Kementerian Pendidikan sudah lebih enam tahun dan berinteraksi dengan ramai pihak yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Saya tidak melihat diri saya sebagai mewakili kaum Cina tetapi rakyat Malaysia kerana itulah wujud konsep 1Malaysia.

"Sekiranya terdapat isu yang dibangkitkan berhubung sekolah Cina, saya akan tetap menjalankan tugas menanganinya.

"Malah, maklumat berkaitan sistem pendidikan Cina juga terdapat dalam bahasa Melayu dan Inggeris, jadi tidak ada masalah memandangkan saya fasih dalam kedua-dua bahasa itu," katanya.

Mengulas perkara itu, penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, Dong Zong tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana bahasa Mandarin bukanlah bahasa kebangsaan negara ini.

"Sepatutnya syarat yang harus dipatuhi adalah setiap anggota Kabinet harus fasih berbahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu kerana itulah bahasa yang wajib ditutur dan dikuasai oleh semua kaum di negara ini.

"Kaum Cina juga sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menyuarakan pandangan mereka kepada menteri-menteri berkenaan kerana sebagai rakyat Malaysia mereka mesti fasih berbahasa kebangsaan," katanya.

Beliau berkata, isu tiada wakil kaum Cina yang memenuhi segala ciri-ciri yang ditetapkan kaum itu termasuk fasih berbahasa Mandarin tidak harus timbul kerana kaum itu sendiri telah diberi peluang memilih wakil mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Apabila diberi peluang ini, mereka memutuskan untuk menolak calon-calon yang kemukakan oleh MCA, Gerakan dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

"Mereka sendiri memilih calon DAP yang mereka tahu tidak akan disenaraikan dalam Kabinet yang dibentuk kerajaan Barisan Nasional (BN), jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus dipersalahkan apabila tiada anggota Kabinet yang fasih berbahasa Mandarin," katanya yang juga bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Tambah Mohd. Roslan, apa yang dibangkit Dong Zong boleh diibaratkan seperti pepatah 'Rumah siap pahat berbunyi' yang merujuk kepada perasaan tidak puas hati atau rungutan yang ditimbulkan setelah kerja siap dilakukan.

"Bagi saya komen seperti ini tidak harus dilayan oleh kerajaan BN kerana pihak terbabit telah diberi peluang untuk mengundi dan mereka telah mensia-siakan peluang yang diberikan," katanya.

Menurut beliau, tumpuan yang sepatutnya diberikan kerajaan sekarang adalah untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi membangunkan negara demi kesenangan rakyat tanpa mengira kaum.

"Ingatlah, semua anggota Kabinet yang dilantik adalah fasih berbahasa kebangsaan dan ini bermakna mereka layak untuk mewakili rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum.

"Jika Dong Zong masih tidak berpuas hati, tunggulah PRU-14 akan datang dan pilihlah calon yang dirasakan benar-benar memenuhi selera mereka," ujarnya.

Katanya, kerajaan juga tidak harus melayan lain-lain tuntutan Dong Zong termasuk supaya diiktiraf Peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Cina (UEC) untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Lulusan UEC tidak berada dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak menghayati usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional," katanya.

Kenapa Dong Zong masih membuat tuntutan sedangkan sudah jelas dan nyata kaum Cina tidak menyokong BN?

Sehubungan itu, kepada Dong Zong hentikanlah daripada membuat sebarang kenyataan dan tuntutan yang bertujuan memenuhi inspirasi satu kaum sahaja.

Kalau masih mahu membuat tuntutan, tunggu lain kalilah!, iaitu setelah masyarakat Cina kembali menyokong BN pada PRU-14.

Siri 3: Ayuh berjihadlah orang Melayu, kuasai ekonomi!

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Oleh Zaini Hassan

(Mengenali Dr. Rais Saniman)

SAYA secara peribadi tidak mengenali Dr. Rais Saniman. Beliau dikenali sebagai seorang tokoh tersohor dalam bidang ekonomi pembangunan.

Malam kelmarin saya sempat bersama beliau. Sempat berjabat tangan dengan beliau dan bersembang pendek di satu majlis ilmu di ibu negara.

Dalam usia pertengahan 70-an fikiran beliau masih tajam, kritikal dan rasional. Jiwanya cukup kental.

Dr. Rais bukan calang-calang orang. Beliau adalah salah seorang anak Melayu yang bertanggungjawab mengadun dan membentuk satu polisi -- yang gagal difahami dan dijelaskan sehingga kini -- dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB atau NEP dalam bahasa Inggeris).

Ia adalah satu dasar yang disifatkan oleh bangsa Cina Malaysia sebagai telah atau sampai bila-bila akan mendiskriminasikan orang bukan Melayu, terutamanya mereka, di negara ini.

Orang Cina terutamanya, menganggap bahawa polisi itu, yang dilaksanakan pada 1970 akibat peristiwa 13 Mei 1969, telah meletakkan mereka sebagai warganegara kelas kedua atau lebih teruk kelas ketiga.

Tapi benarkah? Benarkah orang Cina selama ini didiskriminasikan oleh kerajaan Melayu Malaysia melalui dasar itu?

Benarkah orang Cina seperti nasib orang kulit putih di Zimbabwe yang ditindas oleh Mugabe atau orang kulit hitam di Afrika Selatan dipinggirkan dalam kemunduran dan kehampaan semasa zaman Apartied dahulu?

Apakah orang Cina Malaysia kebuluran akibat DEB? Adakah mereka ketinggalan dalam bidang pendidikan akibat dasar itu? Apakah mereka dinafikan hak untuk mendirikan sekolah ibunda sendiri? Apakah semua perniagaan dikuasai oleh orang Melayu akibat dasar itu?

Adakah mereka dinafikan bertutur bahasa ibunda mereka sebagaimana di Indonesia atau Thailand atau juga di Amerika Syarikat? Atau nama mereka dipaksa tukar mengikut nama Melayu seperti di Indonesia atau Thailand?

Apakah gedung-gedung perniagaan di ibu negara yang hebat Kuala Lumpur dimiliki oleh Ali, Abu dan Awang? Adakah Ali, Abu dan Awang memiliki Pavilion, Sunway Pyramid atau di One Utama? Atau mereka dinafikan hak membeli kereta-kereta mewah?

Atau mereka dinafikan tinggal di kawasan-kawasan mewah di Mont Kiara atau Bukit Damansara?

Atau apa? Adakah orang Melayu menguasai senarai 10 teratas bilionair negara ini yang memiliki IPP pengeluar tenaga elektrik, memiliki kilang-kilang gula atau gedung-gedung perjudian terbesar?

Menurut buku tulisan tiga ekonomis yang sama-sama merangka DEB itu: Just Faaland, Jack Parkinson dan anak Melayu, Dr. Rais Saniman bertajuk: Growth and Ethnic Inequality (Pertumbuhan dan Ketidaksamaan Etnik): Realitinya, ialah:

Sebagaimana bukti-bukti (evidence) menunjukkan, ia sebenarnya adalah terbalik."

Di bawah regim DEB, populasi bukan pribumi (non-indigenous) bergerak ke hadapan secara ekonomi lebih jauh berbanding apa yang berlaku ke atas Bumiputera."

Melalui Tawaran Sosial 1957 (Social Bargain of 1957), taraf kewarganegaraan dianugerahkan semalaman hanya menerusi secalitan mata pena (by a stroke of a pen) kepada sejuta orang bukan-warganegara," menurut buku itu yang diterbit di UK oleh C. Hurst & Co (Publishers) Ltd 1990 dan terbitan kedua oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2003.

Buku ini wajib dibaca sekiranya orang Melayu mahu melihat realiti sebenar kedudukan mereka hasil dasar itu. Buku ini wajib dibeli mulai sekarang.

Buku itu juga wajib dimentelaah dan difahami sekiranya orang Melayu percayakan kepada Jihad Ekonomi yang perlu dibangkitkan ekoran Tsunami Cina pada PRU-13 baru-baru ini.

Sebagaimana yang saya jelaskan dalam Cuit bertajuk: Ayuh berjihadlah orang Melayu, kuasai ekonomi! dan disusuli oleh siri kedua minggu lepas, telah tiba masanya orang Melayu menguasai ekonomi setelah ketinggalan begitu jauh dengan bangsa-bangsa lain kita, khususnya Cina.

Orang Cina, sebagaimana yang saya jelaskan amat arif bahawa setelah mereka menguasai sepenuhnya ekonomi, kini masanya telah tiba untuk mereka menguasai satu peringkat lagi iaitu kuasa politik.

Ironi sungguh kerana dalam masa mereka menyalahkan DEB, merekalah yang mendapat laba yang cukup hebat daripada dasar itu.

Laba yang kita dapat pula ialah pelajar-pelajar miskin kita mendapat sedikit hak keistimewaan dihantar belajar ke luar negara melalui biasiswa kerajaan dan Mara. Di zaman dahulu, kumpulan ini yang pulang ke tanah air akhirnya akan bertugas dalam sektor kerajaan.

Laba yang kita dapat ialah wujudnya UiTM yang kini menjadi kilang melahirkan beribu-ribu pelajar -- yang malangnya pasaran kerja di luar sana dikuasai (sebahagian besarnya) oleh orang Cina.

Satu kajian impirikal (berbentuk saintifik) yang dilakukan ke atas nasib anak Melayu yang bijak hasil DEB itu, mendapati mereka gagal mendapat gaji yang sama dengan seorang lagi calon bukan Melayu di sebuah firma milik kaum bukan Melayu itu, walaupun budak itu kurang bijak daripada anak Melayu itu.

Satu simulasi telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik profesional Melayu dengan menghantar resume budak-budak Melayu bijak dengan budak-budak bukan Melayu yang setaraf, tetapi hasilnya mendukacitakan budak Melayu.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, yang mungkin penyelidik merasakan wujud sedikit kekhilafan, maka simulasi kedua dilakukan dan hasilkan; tetap sama.

Budak-budak Melayu yang bijak ini dinafikan hak mereka untuk mendapatkan gaji yang sama -- 30 peratus lebih rendah daripada calon Cina itu.

Mengapa? Jawapannya adalah mudah, ia adalah kerana toko-toko, gedung-gedung dan firma-firma baik kecil atau besar bukan dikuasai oleh bangsa anak-anak Melayu itu.

Sungguh malang kekayaan mereka hasil daripada DEB, telah menghukum bangsa lain yang memperkenalkannya.

Saya enggan menulis panjang lebar, tapi bacalah buku itu. Saya mohon supaya buku itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Pembaca juga boleh membaca kertas kerja Dr. Rais yang ditulis sempena 50 tahun Merdeka bertajuk: Peranan DEB membina negara Malaysia bersatu dalam kepelbagaian. (THE ROLE OF THE NEW ECONOMIC POLICY (NEP) IN BUILDING A UNITED MALAYSIAN NATION IN DIVERSITY)

Kertas kerja itu boleh diikuti menerusi: http://bigdogdotcom.wordpress.com/ 2008/08/10/the-role-of-the-new-

economic-policy-nep-in-building-a-

united-malaysian-nation-in-diversity/

Dalam kertas itu, Dr. Rais merakamkan terima kasih kepada mentor dan gurunya, Just Faaland (Tan Sri), pengasas Michelsen Institute di Bergen, Norway yang membenarkan beliau menggunakan sebahagian bahan daripada kertas kerjanya berkaitan DEB.

Faaland bersama-sama Dr. Rais adalah orang yang bertanggungjawab merangka DEB.

Kertas kerja Faaland itu dibentangkan di satu simposium antarabangsa anjuran Bank Pusat Namibia pada September 2007.

Negara-negara Afrika, kebanyakan menghadapi masalah yang sama seperti Malaysia, amat berminat mempelajari pengalaman Malaysia melaksanakan DEB. Iaitu untuk menghasilkan pertumbuhan ekonomi secara maksimum yang dalam masa yang sama menyeimbangkan kedudukan ekonomi pelbagai ethnik.

Tan Sri Faaland, bekas Penasihat Ekonomi kepada Almarhum Tun Abdul Razak, semasa pertelingkahan kaum 1969, merangka DEB yang menjadi tulang belakang sistem ekonomi negara sejak 1970.

Dr. Rais kini ialah Penasihat Kanan di Michelsen Institute di Norway. Institut ini ialah sebuah pertubuhan hak asasi manusia dan hak-hak sosio-ekonomi.

Sila baca dan belilah buku itu. Kuasa politik kini sudah gagal menguasai kebangkitan kuasa ekonomi. Tanpa kuasa ekonomi, orang Melayu akan hilang.

Ayuh berjihadlah orang Melayu, kuasai ekonomi!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Dilema Aida dimadu

Posted: 29 May 2013 01:32 AM PDT

Oleh Siti Aishah yusoff

TIDAK ada wanita yang mahu melihat rumah tangga yang dibina berpaksikan cinta dan kasih sayang terpaksa diakhiri dengan perceraian.

Namun pilihan apa yang mereka ada apabila suami tersayang beralih kasih pada wanita lain.

Walau cuba mengelak, jika sudah ketentuan takdir mahligai yang dibina hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat, reda dan pasrah mungkin jalan terbaik.

Aida (bukan nama sebenar), 27, kini dalam persimpangan sama ada ingin meneruskan perkahwinannya dengan Hamidi (bukan nama sebenar), 27, dan berkongsi kasih dengan wanita lain atau menerima takdir bahawa rumah tangganya menghampiri noktah terakhir.

Perkahwinan yang baru memasuki tahun ketiga, kini di ambang keruntuhan kerana perasaan saling mempercayai antara keduanya semakin hilang dan pudar.

Sememangnya terlalu banyak insiden yang mengguris hati Aida sepanjang perkahwinan itu.

Namun mengenangkan nasib satu-satunya cahaya mata mereka yang baru memasuki usia setahun, membuatkan Aida masih bertahan.

Bercerita lanjut tentang dugaan terbaru itu, Aida mengakui hubungan jarak jauh yang terpaksa dilalui sejak mula berkahwin sehingga kini, merupakan punca utama keretakan dalam rumah tangganya.

"Kami berkenalan ketika sama-sama menuntut di universiti di utara tanah air. Selepas setahun menamatkan pengajian dan masing-masing mendapat pekerjaan, kami mengambil keputusan berkahwin.

"Kebetulan selepas berkahwin suami yang berkerja di sebuah jabatan kerajaan telah ditukarkan ke Johor, manakala saya pula meneruskan kerja di syarikat swasta di Kuala Lumpur.

"Jadi memang sejak dari awal perkahwinan, kami tinggal berasingan. Walaupun berat hati untuk melalui kehidupan seperti ini, demi tugas dan masa depan keluarga yang baru dibina kami tempuhi bersama-sama," katanya.

Menyedari jarak menjadi pemisah, kedua-duanya berusaha menyemarakkan kasih dengan saling berhubung sekerap mungkin bagi bertanya khabar dan berkongsi cerita hal masing-masing.

Ketika itu perasaan saling mempercayai antara satu sama lain menjadi pegangan utama.

"Selain menelefon sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari, setiap hujung minggu Hamidi akan balik ke rumah kami di Rawang, Selangor.

"Saat tersebut sangat ditunggu-tunggu oleh kami berdua untuk menghabiskan masa bersama dengan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan," kata Aida.

Selepas setahun berkahwin, mereka dikhabarkan dengan berita gembira apabila Aida disahkan berbadan dua.

Ternyata berita tersebut menggembirakan pasangan tersebut yang berharap kehadiran cahaya mata sulong akan menyemarakkan lagi hubungan cinta antara mereka.

Begitupun, berjauhan dengan suami ketika melalui tempoh kehamilan sesuatu yang memeritkan bagi Aida.

Apatah lagi emosinya sering tidak stabil ekoran perubahan hormon. Waktu itu sokongan dan perhatian amat diperlukan.

"Dugaan tersebut dapat saya hadapi dengan tenang dengan sokongan ahli keluarga lain.

"Sepanjang tempoh kehamilan, Hamidi meminta saya tinggal di rumah ibunya supaya ada orang yang menjaga saya," kata Aida.

Pada peringkat awal kehamilan segalanya berjalan lancar. Hamidi yang teruja untuk bergelar ayah, tidak pernah terlepas untuk balik ke rumah setiap hujung minggu.

Namun, Aida mula merasai perubahan ketika bulan-bulan terakhir kehamilan hinggalah dia melahirkan bayi lelakinya.

Hamidi bukan saja terlepas beberapa hujung minggu, malah dia juga semakin kurang kerap menelefon.

"Biasanya dalam sehari tiga atau empat kali dia akan menghubungi saya bertanya keadaan kandungan saya, tetapi selepas saya bersalin hanya sekali sehari atau kadang-kadang tiada langsung.

"Bersangka baik, saya anggap dia sibuk dengan kerja. Saya biarkan saja keadaan itu kerana tidak mahu beranggapan buruk terhadap suami sendiri.

"Begitupun keadaan tersebut berlarutan sehingga anak mencapai usia setahun. Hujung minggu, dia semakin jarang balik rumah, kadang-kadang sebulan sekali saja.

"Dia juga tidak seperti dahulu. Dia semakin kurang berbual dan cepat naik angin bila ditegur. Jika balik rumah, masanya banyak dihabiskan dengan bersendirian dalam bilik dan tidak begitu mempedulikan anak kami yang jarang ditemui itu.

"Perubahan tersebut juga dapat dihidu oleh ibu dan adik beradik lain," kata Aida.

Tidak tahan dengan keadaan itu, Aida nekad bertanya Hamidi, namun jawapan yang diterima cukup mengecewakan.

Hamidi mengelak daripada menjawab pertanyaan, sebaliknya Aida pula yang dimarah dengan alasan menyibuk dengan urusannya.

"Naluri seorang isteri terhadap perubahan suami sangat kuat. Walau Hamidi cuba menyembunyikan sebab-sebab perubahannya, akhirnya saya dapat menghidu juga.

"Suatu malam, ketika Hamidi pulang ke rumah pada hujung minggu, dia menerima panggilan dari seseorang. Saya dapat lihat perubahan pada air mukanya.

"Perasaan curiga tersebut akhirnya terjawab apabila selepas didesak beberapa kali Hamidi mengaku dia menjalin cinta dengan wanita lain.

"Mereka telah merancang untuk berkahwin. Kata Hamidi, dengan atau tanpa izin saya sebagai isteri pertama, dia tetap akan kahwin dengan wanita itu," katanya.

Hancur luluh hati Aida mendengar kata dua suaminya. Nyata Hamidi yang berada di depannya sekarang bukan lagi Hamidi yang dahulu.

Alasan Hamidi tidak tahan untuk mengharungi hidup berumah tangga secara berjauhan sukar diterima.

Bagi Aida, kalau dia boleh setia dengan Hamidi walau bertahun hidup berjauhan mengapa tidak dia.

"Untuk bercerai saya kasihan anak yang masih kecil takut kehilangan kasih seorang ayah, tapi saya tidak kuat untuk hidup bermadu.

"Lagipun saya yakin Hamidi tidak mungkin dapat berlaku adil seperti yang didakwanya. Sekarang ini pun dia sudah mula mengabaikan kami, apatah lagi apabila berkahwin lain nanti.

"Saya pasrah dengan dengan apa yang akan berlaku. Saya percaya Allah SWT akan beri yang terbaik untuk saya," kata Aida mengakhiri pertemuan petang itu.

Dilema Aida dimadu

Posted: 29 May 2013 01:32 AM PDT

Oleh Siti Aishah yusoff

Norain Moktar dan tunangnya, Firdaus Ali Mokhtar gembira dengan hadiah kemenangan tempat ketiga yang diraih.

Nurul Awanis Ariffin bersama Mohd. Hafidz Shamsir Md. Nasir meraikan kemenangan mereka bersama ibu bapa dan saudara mara pada majlis penyerahan hadiah kemenangan yang disampaikan oleh Ahmad Abdul Hamid (kanan) dan turut dihadiri oleh para penaja.

TIDAK ada wanita yang mahu melihat rumah tangga yang dibina berpaksikan cinta dan kasih sayang terpaksa diakhiri dengan perceraian.

Namun pilihan apa yang mereka ada apabila suami tersayang beralih kasih pada wanita lain.

Walau cuba mengelak, jika sudah ketentuan takdir mahligai yang dibina hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat, reda dan pasrah mungkin jalan terbaik.

Aida (bukan nama sebenar), 27, kini dalam persimpangan sama ada ingin meneruskan perkahwinannya dengan Hamidi (bukan nama sebenar), 27, dan berkongsi kasih dengan wanita lain atau menerima takdir bahawa rumah tangganya menghampiri noktah terakhir.

Perkahwinan yang baru memasuki tahun ketiga, kini di ambang keruntuhan kerana perasaan saling mempercayai antara keduanya semakin hilang dan pudar.

Sememangnya terlalu banyak insiden yang mengguris hati Aida sepanjang perkahwinan itu.

Namun mengenangkan nasib satu-satunya cahaya mata mereka yang baru memasuki usia setahun, membuatkan Aida masih bertahan.

Bercerita lanjut tentang dugaan terbaru itu, Aida mengakui hubungan jarak jauh yang terpaksa dilalui sejak mula berkahwin sehingga kini, merupakan punca utama keretakan dalam rumah tangganya.

"Kami berkenalan ketika sama-sama menuntut di universiti di utara tanah air. Selepas setahun menamatkan pengajian dan masing-masing mendapat pekerjaan, kami mengambil keputusan berkahwin.

"Kebetulan selepas berkahwin suami yang berkerja di sebuah jabatan kerajaan telah ditukarkan ke Johor, manakala saya pula meneruskan kerja di syarikat swasta di Kuala Lumpur.

"Jadi memang sejak dari awal perkahwinan, kami tinggal berasingan. Walaupun berat hati untuk melalui kehidupan seperti ini, demi tugas dan masa depan keluarga yang baru dibina kami tempuhi bersama-sama," katanya.

Menyedari jarak menjadi pemisah, kedua-duanya berusaha menyemarakkan kasih dengan saling berhubung sekerap mungkin bagi bertanya khabar dan berkongsi cerita hal masing-masing.

Ketika itu perasaan saling mempercayai antara satu sama lain menjadi pegangan utama.

"Selain menelefon sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari, setiap hujung minggu Hamidi akan balik ke rumah kami di Rawang, Selangor.

"Saat tersebut sangat ditunggu-tunggu oleh kami berdua untuk menghabiskan masa bersama dengan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan," kata Aida.

Selepas setahun berkahwin, mereka dikhabarkan dengan berita gembira apabila Aida disahkan berbadan dua.

Ternyata berita tersebut menggembirakan pasangan tersebut yang berharap kehadiran cahaya mata sulong akan menyemarakkan lagi hubungan cinta antara mereka.

Begitupun, berjauhan dengan suami ketika melalui tempoh kehamilan sesuatu yang memeritkan bagi Aida.

Apatah lagi emosinya sering tidak stabil ekoran perubahan hormon. Waktu itu sokongan dan perhatian amat diperlukan.

"Dugaan tersebut dapat saya hadapi dengan tenang dengan sokongan ahli keluarga lain.

"Sepanjang tempoh kehamilan, Hamidi meminta saya tinggal di rumah ibunya supaya ada orang yang menjaga saya," kata Aida.

Pada peringkat awal kehamilan segalanya berjalan lancar. Hamidi yang teruja untuk bergelar ayah, tidak pernah terlepas untuk balik ke rumah setiap hujung minggu.

Namun, Aida mula merasai perubahan ketika bulan-bulan terakhir kehamilan hinggalah dia melahirkan bayi lelakinya.

Hamidi bukan saja terlepas beberapa hujung minggu, malah dia juga semakin kurang kerap menelefon.

"Biasanya dalam sehari tiga atau empat kali dia akan menghubungi saya bertanya keadaan kandungan saya, tetapi selepas saya bersalin hanya sekali sehari atau kadang-kadang tiada langsung.

"Bersangka baik, saya anggap dia sibuk dengan kerja. Saya biarkan saja keadaan itu kerana tidak mahu beranggapan buruk terhadap suami sendiri.

"Begitupun keadaan tersebut berlarutan sehingga anak mencapai usia setahun. Hujung minggu, dia semakin jarang balik rumah, kadang-kadang sebulan sekali saja.

"Dia juga tidak seperti dahulu. Dia semakin kurang berbual dan cepat naik angin bila ditegur. Jika balik rumah, masanya banyak dihabiskan dengan bersendirian dalam bilik dan tidak begitu mempedulikan anak kami yang jarang ditemui itu.

"Perubahan tersebut juga dapat dihidu oleh ibu dan adik beradik lain," kata Aida.

Tidak tahan dengan keadaan itu, Aida nekad bertanya Hamidi, namun jawapan yang diterima cukup mengecewakan.

Hamidi mengelak daripada menjawab pertanyaan, sebaliknya Aida pula yang dimarah dengan alasan menyibuk dengan urusannya.

"Naluri seorang isteri terhadap perubahan suami sangat kuat. Walau Hamidi cuba menyembunyikan sebab-sebab perubahannya, akhirnya saya dapat menghidu juga.

"Suatu malam, ketika Hamidi pulang ke rumah pada hujung minggu, dia menerima panggilan dari seseorang. Saya dapat lihat perubahan pada air mukanya.

"Perasaan curiga tersebut akhirnya terjawab apabila selepas didesak beberapa kali Hamidi mengaku dia menjalin cinta dengan wanita lain.

"Mereka telah merancang untuk berkahwin. Kata Hamidi, dengan atau tanpa izin saya sebagai isteri pertama, dia tetap akan kahwin dengan wanita itu," katanya.

Hancur luluh hati Aida mendengar kata dua suaminya. Nyata Hamidi yang berada di depannya sekarang bukan lagi Hamidi yang dahulu.

Alasan Hamidi tidak tahan untuk mengharungi hidup berumah tangga secara berjauhan sukar diterima.

Bagi Aida, kalau dia boleh setia dengan Hamidi walau bertahun hidup berjauhan mengapa tidak dia.

"Untuk bercerai saya kasihan anak yang masih kecil takut kehilangan kasih seorang ayah, tapi saya tidak kuat untuk hidup bermadu.

"Lagipun saya yakin Hamidi tidak mungkin dapat berlaku adil seperti yang didakwanya. Sekarang ini pun dia sudah mula mengabaikan kami, apatah lagi apabila berkahwin lain nanti.

"Saya pasrah dengan dengan apa yang akan berlaku. Saya percaya Allah SWT akan beri yang terbaik untuk saya," kata Aida mengakhiri pertemuan petang itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Program Mesra Kasih PTPTN-UKM capai matlamat

Posted: 28 May 2013 10:59 AM PDT

HALIMAH Mohamed Sadique (tengah) bersama 56 mahasiswa UKM Bangi, Selangor dan Unit Kampus UKM Kuala Lumpur yang menyertai Program Mesra Kasih PTPTN-UKM di Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 28 Mei - Seramai 56 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor dan Unit Kampus UKM Kuala Lumpur menyertai Program Mesra Kasih PTPTN-UKM yang diadakan di Kampung Lukut di sini.

Program melibatkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan itu berlangsung selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pengarah program, Mohd. Noor Shafique A. Rahman, 21, berkata, objektif utama program adalah untuk melahirkan modal insan yang mempunyai sahsiah terpuji dan menunjukkan kualiti kepimpinan mahasiswa dalam menyumbangkan bakti kepada masyarakat.

Menurutnya, mahasiswa terlibat mengikuti pelbagai aktiviti setempat selain program pengindahan kampung melalui usaha gotong-royong, sukan rakyat, bengkel saintis muda, saringan kesihatan, malam kebudayaan dan program mesra keluarga angkat.

"Program secara tidak langsung melatih para mahasiswa aspek kemahiran berkomunikasi selain latihan dalam aspek kepemimpinan dan memberi peluang kepada penuntut untuk menimba pengalaman belajar bukan sahaja di dalam kampus tetapi di luar kampus.

"Usaha ini diharap dapat membentuk golongan siswa menjadi lebih bertoleransi dan bersatu padu untuk menjayakan kegiatan kemasyarakatan," kata penuntut tahun dua jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Sekitaran berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu selepas majlis perasmian.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Aizam Abdul Aziz dan Pengetua Kolej Rahim Kajai UKM Bangi, Leftenan Kolonel Dr. Roslee Rajikan.

Penduduk tempatan pula diwakili Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor, Zainuddin Zainal Abidin dan Ketua Kampung Lukut, Mohd. Nor Lawang.

Salah seorang peserta, Siti Nur Alia Hazidin, 20, berkata, kesempatan mengikuti program itu amat bermakna bagi meningkatkan kematangan diri sebagai seorang mahasiswa kerana banyak yang dapat dipelajari apatah lagi dia sendiri berasal dari kawasan bandar iaitu Ampang, Selangor.

"Kami gembira dan berterima kasih dengan sambutan baik oleh penduduk kampung. Semua pelajar sepatutnya tidak melepaskan peluang menyertai program seperti ini sebab banyak mendidik kita erti perpaduan dan kemasyarakatan," katanya.

Rakannya, Fariq Azaha, 21, yang berasal dari Terengganu berkata, kerjasama erat daripada penduduk kampung ketika melakukan pelbagai aktiviti adalah pengalaman amat berharga.

Bagi penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan, Nauwal Fatihah Abd. Gani, 25, dari Rawang, Selangor pula, program itu disifatkan sebagai amat menyeronokkan dan mampu memberi ketenangan fikiran serta menghilangkan segala tekanan kehidupan di kampus.

Doctor Fitness UTM muncul juara

Posted: 28 May 2013 10:59 AM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

ISKANDAR Illyas Tan (tiga dari kanan) bersama Kumpulan Simple yang menjuarai Techno Biz Challenge 2013 di UTM, Skudai, Johor, baru-baru ini. - utusan/ RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 28 Mei - Idea kreatif lima siswa Ijazah Pengurusan Pemasaran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan aplikasi dinamakan Doctor Fitness berjaya meletakkan mereka sebagai juara keseluruhan Techno Biz Challenge 2013.

Kemenangan itu membolehkan Kumpulan Simple membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 selepas turut memenangi kategori Kesihatan.

Pertandingan anjuran Fakulti Komputeran dengan kerjasama Fakulti Pengurusan itu melibatkan 298 peserta mewakili 65 kumpulan.

Pengarah Program, Mohd. Iskandar Illyas Tan berkata, program dwi tahunan itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu Halal dan Industri Makanan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Telekomunikasi dan Kesihatan.

"Selain menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM10,500, pertandingan ini bertindak sebagai platform kepada pelajar di peringkat ijazah, sarjana dan ijazah kedoktoran mencipta produk berasaskan teknologi dan bersifat komersial.

"Saya berpuas hati dan bangga apabila pelajar mampu menghasilkan pelbagai idea bernas dan percaya ia boleh bersaing di pasaran sekiranya ada pihak yang sudi membantu mereka mengkomersialkannya," kata beliau kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pertandingan itu juga adalah sebagai syarat bagi memenuhi subjek yang diambil oleh pelajar daripada kedua-dua fakulti tersebut.

Sementara itu, ketua kumpulan yang menghasilkan aplikasi Doctor Fitness, Choong Chia Wei berkata, idea berkenaan adalah berdasarkan trend masyarakat yang kekurangan masa untuk berjumpa dengan perunding nutrisi bagi pengambilan makanan seharian.

"Kami diberi masa empat bulan menyiapkan projek berkenaan. Idea ini adalah inspirasi daripada sebuah aplikasi yang pernah wujud dalam telefon pintar yang lebih fokus terhadap makanan barat.

"Kami mengubahnya agar bersesuaian dengan makanan orang Asia demi menjaga diet seharian, sekali gus mendidik cara pemakanan sihat," katanya.

Chia Wei yakin aplikasi tersebut berpotensi untuk mendapat sambutan di pasaran memandangkan ramai penduduk yang mengalami masalah obesiti ingin mengurangkan berat badan mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Nur Aimi anak manja

Posted: 29 May 2013 01:32 AM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar JEFFRI IRAN

Bidang hartanah pilihan Nur Aimi.

SUARANYA begitu manja dan lembut hingga kadang-kadang sukar didengari apa yang diperkatakan. Pertama kali bersua muka dengan Nur Aimi Rahimi, 20, ramai yang mungkin akan menyangka dia seorang yang sombong dan sukar didekati.

Namun setelah berbual dan mengenali lebih dekat, gadis tinggi lampai ini adalah seorang yang lemah lembut cuma mungkin sedikit pemalu dengan orang yang baru dikenali.

Sifat manja gadis ini sememangnya semulajadi bukan dibuat-buat. Ini mungkin kerana dia telah dimanjakan oleh kedua ibu bapanya sejak kecil lagi.

Anak sulung daripada tiga beradik ini mempunyai jarak usia yang jauh daripada adik-adiknya.

Perbezaan umur dengan adik pertamanya ialah enam tahun manakala dengan adik kedua 19 tahun. Sebab itulah dia dimanjakan lebih apatah lagi dia adalah anak tunggal perempuan.

Malah ketika zaman kanak-kanak dahulu dia tidak begitu rapat dengan adik-adiknya, mungkin jarak usia yang terlalu jauh.

Walaupun Nur Aimi nampak manja dan lemah-lembut, bidang pengajian yang dipilih agak bertentangan dengan personalitinya.

Ini kerana jurusan Pengurusan Harta Tanah biasanya menjadi pilihan mereka yang lasak dan suka dengan pekerjaan kolar biru yang perlu sering keluar pejabat.

Pelajar semester ke empat Universiti Kolej Shahputra, Kuantan, Pahang ini berkata, jurusan Pengurusan Harta Tanah menjadi pilihannya kerana minat dan melihat ia mempunyai masa depan yang cerah.

"Buat masa ini hartanah di Kuala Lumpur adalah yang paling mahal manakala hartanah yang masih murah ialah di Kedah," jelas Nur Aimi yang turut ditemani ibunya, Zalizan Mohd Sulaiman, 40.

Saran anak gadis ini, bagi mereka yang bercadang membeli tanah sebaik-baiknya membandingkan dahulu harga tanah yang hendak dibeli dengan harga tanah di tempat lain.

"Jika harga tanah yang hendak dibeli itu terlalu tinggi dan tidak berbaloi, jangan beli.

"Cari dahulu di tempat lain. Dengan kata lain, buat kajian dahulu sebelum membeli tanah tersebut begitu juga jika ingin membeli rumah.

"Begitu juga jika mahu membeli rumah di atas bukit atau tanah tinggi. Mereka perlu bersedia menanggung risiko jika terjadi kejadian tanah runtuh dan sebagainya," jelas Nur Aimi.

Biasanya menurut Nur Aimi, golongan yang berduit suka membeli rumah di atas bukit atau di kawasan yang tinggi.

Namun apabila berlaku kejadian seperti tanah runtuh, harga hartanah tersebut akan jatuh mendadak kerana orang akan takut hendak membelinya.

Mengenai rumah yang dilelong, jelas Nur Aimi, biasanya harga yang ditawarkan memang rendah dan memikat pembeli. Namun harga tersebut boleh naik hingga sekali ganda.

"Contohnya rumah yang dilelong pada harga RM150,000 harganya boleh melonjak sehingga RM300,000 bergantung pada lokasi rumah tersebut. Pun demikian, harga harta tanah tersebut masih pada had yang ditentukan dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati," jelasnya.

Menurut Nur Aimi yang bercita-cita menjadi seorang agen harta tanah ini lagi, walaupun pengajiannya akan selesai pada tahun hadapan namun dia tidak bercadang untuk terus bekerja.

"Saya ingin melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah bagi mendalami lagi ilmu dalam bidang hartanah ini.

"Selepas itu barulah fikir untuk bekerja bagi mencari pengalaman dan mengumpul wang seterusnya membuka firma harta tanah saya sendiri," ujar Nur Aimi yang berazam membeli kediaman sama ada di Damansara, Bangsar atau Shah Alam kerana harga hartanah di sana yang semakin meningkat.

Hijab Qeesha ke Dubai

Posted: 29 May 2013 01:32 AM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar RASHID MAHFOF

Pelbagai gaya tudung dengan padanan aksesori bersesuaian mampu menambah keanggunan si pemakai.

QEESHA, satu lagi perniagaan tudung melalui dalam talian menampilkan koleksi shawl dan tudung instan yang direka sendiri oleh dua orang pereka muda, iaitu Durruz Azam dan Nabila Salleh.

Kebanyakan koleksi shawl di bawah jenama Qeesha ini adalah bercorak namun terdapat juga shawl kosong tidak bercorak.

Memenuhi keperluan semua peringkat umur, koleksi shawl yang paling disukai pelanggan ialah yang bercorak kerana corak-coraknya yang menarik dengan warna-warna yang mudah dipadankan dengan pakaian.

Di antara corak yang mendapat sambutan ramai ialah corak 'tribal', paisley dan bohemia.

Terdapat beberapa koleksi shawl di bawah jenama Qeesha ini, iaitu Regina, shawl eksklusif daripada fabrik satin yang sesuai dipakai ke majlis-majlis seperti majlis perkahwinan.

Namun terdapat juga shawl Regina yang telah siap bagi memudahkan mereka yang tidak sempat menempah. Berharga di antara RM129 hingga RM139, setiap rekaan dibuat hanya satu sahaja.

Ava pula yang berharga di antara RM59 hingga lebih RM100 dihiasi dengan renda Peranchis yang dijahit dengan manik dan kristal juga sesuai untuk ke majlis.

Elena merupakan shawl besar berukuran 2 m x 0.7 m khusus bagi wanita yang suka memakai tudung labuh dan menutupi dada.

Manakala Premora adalah tudung empat segi bagi mereka yang masih berminat memakai tudung empat segi.

Tudung instan Qeesha juga turut mendapat sambutan kerana dibuat daripada jenis fabrik yang tidak panas dan terletak cantik di atas kepala.

Dijual melalui dalam talian di www.qeesha.com dengan penghantaran percuma hanya untuk di seluruh Malaysia, shawl dan tudung instan Qeesha turut mendapat pesanan daripada Dubai, Brunei dan Singapura.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved