Ahad, 31 Mac 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Muhammad Ridzwan ditahan di bawah SOSMA - Hamza Taib

Posted: 31 Mar 2013 09:51 PM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 1 April - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman ditahan di IPD Ampang Jaya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), di sini hari ini.

Bagaimanapun Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah itu menafikan penglibatannya dalam tragedi pencerobohan pengganas Kiram di Sabah.

Katanya, dia tidak pernah mengenali Jamalul Kiram yang didakwa Sultan Sulu sebaliknya hanya berkenalan rapat dengan pewaris asal kesultanan yang dikenali sebagai Sultan Muedzul-Lail Kiram. - UTUSAN

Muhammad Ridzwan serah diri bantu siasatan kes Lahad Datu

Posted: 31 Mar 2013 09:22 PM PDT

MUHAMMAD Ridzwan Sulaiman diserbu pihak media sejurus tiba untuk memberikan keterangan berhubung isu pengganas Kiram di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, dekat Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/AIZZUL A.MAJID

KUALA LUMPUR 1 April - Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 Sept tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tingkat jati diri pelajar ala tentera

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

Sebahagian murid ceria sewaktu menjalani latihan berkumpulan dalam hutan pada program motivasi anjuran Bank Islam di Kem Bentong, Pahang baru-baru ini. Sebahagian murid ceria sewaktu menjalani latihan berkumpulan dalam hutan pada program motivasi anjuran Bank Islam di Kem Bentong, Pahang baru-baru ini.

Tingkat jati diri pelajar ala tenteraBaru-baru ini, seramai 120 pelajar dan murid mewakili tiga sekolah di Selangor dan Perak terpilih mengikuti kem motivasi ala ketenteraan anjuran Bank Islam di Kem Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Bentong, Pahang.

Tiga sekolah itu adalah Sekolah Menengah Gombak Setia, Selangor; Sekolah Kebangsaan Sungai Ranggam dan Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi, Teluk Intan, Perak yang juga sekolah program Pintar pilihan Bank Islam.

Kesemua pelajar yang terlibat pada kem yang berlangsung selama tiga hari itu dipilih berdasarkan latar belakang keluarga berpendapatan rendah namun menunjukkan potensi cemerlang dalam pelajaran.

Pelajar yang terpilih menyertai program itu dilatih dan dikawal selia pelatih Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Kem Bentong selaras dengan matlamat program yang memberi motivasi dan membina keyakinan pelajar khususnya mereka yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.

Program itu juga bertujuan menjadi input tambahan kepada pembelajaran dalam darjah dan memperlengkapkan diri pelajar dengan keyakinan dan motivasi tinggi.

Kem motivasi itu juga merupakan salah satu inisiatif Bank Islam dalam membantu masyarakat dengan fokus utama untuk meningkatkan taraf pendidikan termasuk latihan dalam kumpulan, ceramah kepimpinan, rentas desa dan latihan pertolongan cemas.

Salah seorang murid, Muhammad Hazim Rislan dari Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi berkata, dia berasa bertuah kerana terpilih menyertai program itu kerana ia berjaya membantu dirinya meningkatkan keyakinan diri

"Usaha ini telah mendorong saya untuk belajar dengan bersungguh- sungguh bagi menghadapi UPSR malah saya berasa amat teruja untuk menghadapi UPSR pada September ini," katanya.

Sementara itu, Pengurus Perniagaan Pengguna Wilayah Timur Bank Islam, Abd. Manan Talib berkata, pihaknya memperuntukkan kira-kira RM150,000 pada tahun ini bagi menggerakkan pelbagai aktiviti khusus program sekolah Pintar.

Ujarnya, antara aktiviti yang dijalankan sebelum ini seperti kelas tuisyen intensif bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, anugerah pelajar cemerlang, penambahbaikan persekitaran pembelajaran di sekolah dan sumbangan wang zakat kepada pelajar kurang bernasib baik.

''Bank Islam berhasrat memperluaskan program seperti ini ke sekolah lain bagi memberi peluang pendidikan kepada pelajar terutamanya di kawasan luar bandar untuk membentuk kecemerlangan diri,'' katanya.

Pencapaian akademik penentu masa depan

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

GENERASI muda digalakkan belajar ke tahap paling tinggi kerana pencapaian akademik boleh menjamin kehidupan masa depan yang lebih baik sekali gus dapat bersaing dalam kerjaya masing-masing di peringkat global.

Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, generasi muda khususnya murid sekolah menengah hendaklah belajar bersungguh-sungguh sehingga ke tahap paling tinggi supaya dapat mencorakkan kehidupan masa depan keluarga dan masyarakat sekeliling.

"Semakin tinggi kelulusan seseorang itu semakin tinggi kedudukannya dalam sesebuah organisasi atau masyarakat berkenaan," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Buku kepada pelajar pra-universiti sekitar Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Perak, baru-baru ini.

Beliau berharap bantuan baucar bernilai RM250 itu dapat dimanfaatkan untuk membeli buku dalam usaha meningkatkan tahap ilmu setiap murid.

Selain itu, kata Ahmad Zahid, hasil kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak, beberapa sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan berkenaan berjaya meningkatkan pencapaian tinggi dalam peperiksaan awam di negara ini.

"Murid yang berpotensi lulus cemerlang dalam peperiksaan awam diberikan bimbingan kaunseling, motivasi, lawatan ke sekolah berasrama penuh dan institusi pengajian tinggi supaya mereka terangsang mahu belajar bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam pelajaran," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


FAM tunggu laporan penuh

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

Tunku Ismail

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menunggu laporan penuh daripada pegawai pertandingan berhubung Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang kelihatan berada di bangku simpanan pemain ketika perlawanan Liga Super, Johor DT menentang Terengganu di Stadium Larkin, Johor Bahru, kelmarin.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya perlu menunggu laporan penuh daripada pegawai pertandingan sebelum sebarang tindakan dibuat.

Saya tak tengok perlawanan itu, kita kena tunggu laporan penuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini semalam.

Bagaimanapun, Azzuddin enggan mengulas panjang mengenai isu tersebut.

Kehadiran Tunku Ismail mencetuskan tanda tanya ramai pihak kerana beliau sedang menjalani penggantungan oleh FAM selama enam bulan.

Tunku Ismail pada awalnya dilihat berada di tempat duduk khas sebelum menyertai para pemain ketika perlawanan masuk babak kedua.

Beliau juga dilihat bersalaman dengan pemain pertahanan Johor DT, Ahmad Tarmini Saiban yang dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua ekoran kesalahan melengah-lengahkan permainan.

Kehadiran Tunku Ismail di bangku simpanan pada perlawanan tersebut turut dapat ditonton menerusi siaran langsung yang disiarkan di sebuah stesen televisyen tempatan.

Tunku Ismail digantung enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak, selain didenda RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana didapati bersalah melanggar Artikel 88 Statut FAM dengan mengkritik mutu pengadilan bola sepak tempatan berkuat kuasa awal Mac lalu.

Massaro, Karim juara skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Pemain England, Laura Massaro dan pilihan utama kejohanan, Karim Darwish dari Mesir dinobat sebagai juara Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB 2013 di Berjaya Times Square, semalam.

Massaro meraih kemenangan selepas menewaskan rakan senegara, Alison Waters 11-9, 11-7, 11-6 manakala Karim terpaksa bekerja keras sebelum dapat menundukkan Mohamed El Shorbagy dari Mesir 11-9,12-10, 11-7.

Selaku juara, Massaro meraih hadiah bernilai AS10,200 (RM31,554) sementara Karim AS8,075 (RM24,980).

Massaro yang menewaskan pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David pada saingan separuh akhir kelmarin berkata, kemenangan tersebut amat bermakna buatnya yang belum pernah memenangi kejohanan itu sebelum ini.

"Saya gembira dengan kemenangan ini kerana ia akan menjadi pencapaian terbaik saya dalam kejohanan ini.

"Pada masa yang sama juga saya amat selesa dapat bermain di sini dan berada di negara ini," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan kejohanan tersebut, di sini, semalam.

Pada perlawanan tersebut Massaro langsung tidak menghadapi masalah untuk menundukkan Waters.

Malah, Massaro tidak perlu bekerja keras berbanding perlawanan separuh akhir apabila memenangi perlawanan semalam dalam masa 44 minit.

Sementara itu, Massaro memberitahu strategi mengekalkan rentak permainan seperti pada aksi separuh akhir kelmarin menjadi faktor utama kemenangannya.

"Paling penting dalam perlawanan akhir ini adalah mengekalkan aksi konsisten selepas memenangi perlawanan yang amat mencabar ke atas Nicol.

"Saya telah melakukan yang terbaik pada perlawanan ini dan ia amat puas hati," kata Massaro.

Pada kejohanan kali ini tiada wakil Malaysia yang berupaya melangkah ke saingan akhir apabila Nicol kecundang kelmarin dan pemain No. 1 lelaki negara Ong Beng Hee tewas pada saingan suku akhir.

Pemain muda seperti Low Wee Wern dan Mohd. Nafiizwan Adnan juga adalah antara yang kecundang awal pada saingan kali ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kerajaan sedia RM3.7 juta

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

MARAN 31 Mac - Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM3.7 juta bagi membina Pejabat Agama Islam Daerah Maran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil berkata, projek pembinaan bangunan itu akan dilaksanakan segera dan dijangka siap pertengahan tahun hadapan.

Katanya, bangunan baharu tersebut sangat perlu bagi menggantikan bangunan lama setelah berlakunya pertambahan hampir 30 kakitangan, selari dengan pertambahan penduduk daerah ini.

"Kerajaan Pahang pada tahun 1999 telah bersetuju meletakkan peranan pejabat agama Islam daerah lebih menyeluruh yang berkaitan undang-undang dan enakmen Islam.

"Ini secara langsung mempengaruhi ruang pejabat dan pertambahan kakitangan, selari dengan transformasi pentadbiran yang cekap kepada rakyat," katanya Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Munawar berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan bangunan baharu Pejabat Agama Islam Daerah Maran.

Yang hadir sama Pegawai Daerah, Datuk Fadzilla Salleh, Ketua Polis daerah, Deputi Superitendan Sulaiman A.Hamid dan Pegawai Agama Islam daerah, Syarifuddin Mohamad Said.

Menurutnya, bangunan lama yang turut menempatkan Mahkamah Syariah Maran sudah berusia lebih 50 tahun tidak dapat lagi menampung pertambahan kakitangan.

Tambah beliau, bangunan baharu dua tingkat yang dibina bersebelahan bangunan lama akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti auditorium.

Menurut beliau, perubahan enakmen dan undang-undang berkaitan memerlukan bahagian penguatkuasaan dan penghakiman dipisah dengan pejabat pentadbiran masing-masing.

"Ini bermakna bangunan lama yang masih kukuh akan dikekalkan sebagi mahkamah syariah, sekali gus menonjolkan kecekapan pentadbiran," jelasnya.

Orang Asli terus dibela di bawah BN

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

KUALA LIPIS 31 Mac - Kerajaan Barisan Nasional (BN) baik di peringkat Pusat mahupun negeri akan terus membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di negeri ini menerusi dasar agenda transformasi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel berkata, masyarakat minoriti itu tidak perlu ragu tentang perkara ini kerana kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti amat prihatin kepada semua kaum.

"Sehingga kini, kerajaan telah menghulurkan banyak bantuan melalui pelbagai program dan saya yakin etnik Orang Asli di negeri ini berada pada landasan yang betul ke arah mencapai kesejahteraan dan kemakmuran.

"Orang Asli akan terus menikmati kemajuan sekiranya mereka bersatu-padu dan memberikan sokongan kuat untuk kemenangan calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan penduduk Orang Asli di Pos Kuala Koyan dekat sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Cameron Highlands, Baharuddin Saaid.

Pada majlis sama, Palanivel yang juga Presiden MIC turut menyumbangkan sebanyak 200 kampit beras dan hamper makanan kepada ketua keluarga Orang Asli serta meninjau Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Pos Kuala Koyan.

Menurut Palanivel, kemampuan kerajaan BN membantu penduduk Orang Asli tidak mampu disanggah oleh pembangkang yang bersandarkan tohmahan dan hasad dengki terhadap program transformasi pembangunan yang terbukti cemerlang mengubah kehidupan rakyat di luar bandar.

"Jangan percaya dakyah pihak tertentu yang datang masuk ke kampung kita menjelang pilihan raya umum ini dengan menjanjikan sesuatu habuan menarik, tetapi ternyata tidak mampu ditunaikan seperti yang berlaku di negeri di bawah pemerintahan pembangkang," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, keharmonian dalam kalangan penduduk pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini perlu dipertahan dan mengelak daripada menimbulkan isu-isu yang dianggap sensitif.

Tambahnya, masyarakat Orang Asli mempunyai masa depan yang cerah dengan pengenalan pelbagai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan termasuklah pendidikan.

Terap penjagaan alam sekitar

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

Oleh AMIR SARIFUDIN
pengarang@utusan.com.my

Sebahagian daripada murid-murid yang menyertai gotong-royong membersihkan kawasan pantai pada Bubble Camp 2013 di Pulau Tioman.

PULAU TIOMAN 31 Mac - Pelbagai pengisian dan program diadakan sempena cuti persekolahan baru-baru ini supaya murid-murid tidak mensia-siakan masa yang terluang.

Satu daripada pengisian amat berfaedah ialah penjagaan alam sekitar meliputi mengenali spesies hidupan laut, menjaga keselamatan diri ketika aktiviti air, menerapkan rasa yakin pada diri, berinteraksi sesama murid dari berlainan sekolah dan banyak lagi.

Ini dilakukan melalui penganjuran Bubble Camp 2013 di Pulau Tioman, Pahang dari 25 hingga 28 Mac lalu.

Seramai 42 murid dari beberapa buah sekolah kebangsaan menyertai program tersebut yang diadakan di Damai Tioman Resort, Kampung Genting, Pulau Tioman.

Apa yang menarik, murid-murid berusia enam hingga 12 tahun itu datang dari pelbagai latar belakang keluarga.

Namun, kehadiran murid-murid itu berjaya menyesuaikan diri dalam program berkenaan.

Kalangan murid terbabit datang dari beberapa buah sekolah antaranya Sekolah Kebangsaan Kampung Tekek, Pulau Tioman; Sekolah Kebangsaan Sri Mersing; Sekolah Kebangsaan Paichee, Mersing dan beberapa buah sekolah lain termasuk Selangor.

Bubble Camp 2013 merupakan penganjuran kali kedua dan tahun ini penyertaan murid bertambah berbanding siri pertama pada tahun lalu.

Program anjuran Villagers Travel & Tours itu mendapat kerjasama daripada Tourism Malaysia Pahang dan Lembaga Pelancongan Tioman.

Pengarah program, Syed Rizalman Syed Abu Bakar ketika ditemui memberitahu, antara fokus program ialah memberi keyakinan kepada murid semasa menjalankan aktiviti berkaitan air selain mengenali spesies hidupan laut.

"Sepanjang program, kita juga mengadakan ceramah mengenai pemuliharaan alam sekitar yang berkaitan hidupan laut.

"Kita terapkan pengetahuan pemuliharaan bagi melahirkan generasi pelapis yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar," katanya.

Turut menarik perhatian mengenai Bubble Camp tersebut ialah kalangan murid juga diajar mengenai teknik-teknik snorkeling dan skuba.

"Pada mulanya ramai murid yang agak gementar apabila melakukan dua aktiviti berkenaan.

"Ada yang takut dan tidak yakin pada diri sendiri. Tetapi melalui tunjuk ajar serta diterapkan keyakinan serta percaya pada diri sendiri, kesemua murid berjaya melalui aktiviti berkenaan dengan selamat.

"Bagi mereka, aktiviti seperti skuba seolah-olah mereka berada dalam sebuah dunia yang baharu. Aktiviti yang pada mulanya agak menimbulkan rasa gementar itu akhir menjadi aktiviti menyeronokkan," katanya.

Menurutnya, murid-murid yang menyertai Bubble Camp itu juga dipertontonkan gambar-gambar mengenai spesies laut termasuk yang boleh memudaratkan keselamatan.

Menurut Syed Rizalman, pengetahuan sedemikian sangat penting terutama apabila mereka berada di kawasan percutian dan sebagainya.

Menjadi harapan pihak penganjur, murid-murid yang menyertai program tersebut dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama rakan-rakan lain apabila pulang nanti.

"Generasi muda sekarang dapat bertukar-tukar pengetahuan dari program seperti ini dengan rakan-rakan lain menerusi facebook atau laman sosial lain,'' katanya.

Menjawab pertanyaan, Syed Rizalman berkata, pihaknya bercadang memperluaskan program tersebut pada masa hadapan melibatkan penyertaan ibu bapa.

"Kita akan aturkan program berasingan bagi ibu bapa. Selain mereka dapat memantau anak-anak yang menyertai program ini, ibu bapa juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka.

"Secara langsung, pihak pengajur dengan sokongan Tourism Malaysia dan Lembaga Pelancongan Tioman dapat memperkenalkan pulau ini sebagai destinasi percutian keluarga,'' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tak perlu layan tuntutan Jamalul Kiram III

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

Fakhrul Azman Abu Bakar (kiri) menunjukkan buku Tarsilah Brunei: Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran di Kuala Lumpur 27 Mac lalu. Turut kelihatan, Penasihat Biro Antarabangsa IKIAM, Sulaiman Ibrahim. - UTUSAN/Safiyana Salim

AKHBAR di Filipina pada 25 Mac lalu melaporkan kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutan ke atas Sabah. Kemungkinan itu dibayangkan oleh Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima susulan arahan Presiden, Benigno Aquino III untuk meneliti kesahihan tuntutan Jamalul Kiram III terhadap negeri berkenaan.

Yang menjadi persoalan, apakah Filipina berhak menuntut Sabah menerusi Jamalul Kiram III? Soalan itu dicetuskan Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), FAKHRUL AZMAN ABU BAKAR dalam pertemuan bersama wartawan Utusan Malaysia, HUSSAINI AMRAN dan jurugambar, SAFIYANA SALIM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. Penasihat Biro Antarabangsa IKIAM, Datuk Sulaiman Ibrahim turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Timbul tanda tanya: Layakkah Fakhrul Azman mempertikaikan tuntutan Filipina atau Jamalul Kiram III terhadap Sabah? Beliau bukan seorang diplomat atau pakar perundangan antarabangsa. Sudah tentu Fakhrul Azman bukan berdarah Sulu. Beliau berasal dari Terengganu.

Pembabitan Fakhrul Azman secara aktif dalam IKIAM telah membawanya menjelajah ke seluruh pelosok dunia termasuk selatan Filipina. Beliau mempunyai ramai kenalan di wilayah berkenaan termasuk tokoh gerakan Islam, Datu Ladjamura Muhammad Muizzudin II dan pemimpin masyarakat Sulu, Habib Mohd. Zakir al-Daie. Persahabatannya dengan tokoh-tokoh berkenaan telah membuka mata Fakhrul Azman untuk melihat tuntutan Jamalul Kiram III itu dari perspektif masyarakat Sulu di selatan Filipina.

UTUSAN: Isu tuntutan Jamalul Kiram III dan kerajaan Filipina masih berlarutan. Pada pandangan saudara, wajarkah tuntutan itu dibuat?

FAKHRUL AZMAN: Saya berpandangan, Filipina tiada asas yang kukuh untuk menuntut Sabah kerana Jamalul Kiram III tidak pernah diiktiraf sebagai Sultan oleh masyarakat Sulu di selatan Filipina. Dalang pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di timur Sabah itu sebenarnya syok sendiri.

Mungkin tidak ramai yang tahu, masyarakat Sulu mempunyai adat istiadat tersendiri berhubung pertabalan seorang Sultan. Dalam hal ini, mereka mempunyai kaedah yang agak unik. Saya difahamkan, kata pemutus tentang siapa yang layak menjadi Sultan terletak pada tangan 500 pembesar adat masyarakat Sulu yang bergelar Datu.

Setelah persetujuan dicapai, istiadat pertabalan Sultan Sulu seterusnya dilangsungkan di Rumah Bichara. Sultan Sulu yang baharu ditabalkan juga dikehendaki bersemayam di dalam wilayah kesultanannya.

Merujuk kepada adat istiadat tersebut, sudah tentu Jamalul Kiram III tidak layak digelar Sultan Sulu. Mengapa saya kata begitu? Jamalul Kiram III tidak dilantik oleh 500 Datu, tidak ditabalkan di Rumah Bichara dan kini beliau bersemayam di Manila.

Secara logiknya, kerajaan Filipina atau mana-mana kerajaan lain di dunia tidak perlu melayan tuntutan Jamalul Kiram III kerana beliau sendiri tidak pernah diperakui oleh masyarakat Sulu sebagai Sultan. Memandangkan Jamalul Kiram III bukan Sultan Sulu yang sah, tuntutannya ke atas Sabah juga tidak sah.

Bagaimana pula dari segi sejarah khususnya yang berkaitan keluarga Kiram sendiri?

FAKHRUL AZMAN: Nama keluarga Kiram boleh dikatakan tidak disenangi oleh masyarakat Sulu khususnya kaum Tausug. Sultan Jamalul Kiram II (1884 - 1936) dianggap sebagai tali barut Amerika Syarikat yang menjajah Filipina semasa era pemerintahannya. Baginda dikatakan merestui pembunuhan beramai-ramai lebih 4,000 orang Islam etnik Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu pada Mac 1906.

Penyembelihan terhadap keluarga Datu dan Syarif Tausug itu turut meragut nyawa ramai wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Mereka dibunuh dengan kejam ekoran enggan membayar cukai kepala kepada kerajaan kolonial Amerika Syarikat. Berikutan insiden berdarah itu, kaum Tausug tidak dapat menerima sesiapa sahaja yang susur galurnya daripada keluarga Kiram sebagai Sultan.

Penolakan masyarakat Tausug terhadap keluarga Kiram itu bukan sesuatu yang ganjil. Sebagai rakyat, kaum Tausug telah memberi kepercayaan kepada Sultan Jamalul Kiram II untuk melindungi mereka daripada sebarang ancaman. Malangnya, kepercayaan itu dibalas dengan pengkhianatan. Insiden Bud Bagsak serta Bud Dahu sentiasa dikenang sebagai detik hitam dalam sejarah kaum Tausug.

Selain itu, Brunei sebenarnya tidak pernah menyerahkan kawasan Borneo Utara yang dikuasainya kepada Sultan Suluk. Fakta itu dinyatakan secara terang dan jelas di dalam buku Tarsilah Brunei: Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran yang ditulis oleh Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Datuk Seri Utama Dr. Haji Mohd. Jamil Al-Sufri.

Apa yang menarik buku itu?

FAHKRUL AZMAN: Menurut buku tersebut, perang saudara tercetus di Brunei pada 1673 di antara Sultan Muhyiddin dan Sultan Abdul Hakkul Mubin. Secara rahsia, Sultan Muhyiddin telah meminta bantuan sepupu baginda, Sultan Suluk dengan menjanjikan negeri-negeri di sebelah utara Borneo sebagai balasan.

Dalam peperangan itu, Sultan Muhyiddin berjaya mengalahkan Sultan Abdul Hakkul Mubin yang bersemayam di Pulau Cermin. Bagaimanapun, tentera Sultan Suluk dikatakan bersembunyi di Pulau Keingaran semasa serangan dilancarkan dan hanya datang ke Pulau Chermin selepas Sultan Abdul Hakkul Mubin ditewaskan.

Walaupun perang saudara telah berakhir, Sultan Muhyiddin terpaksa berhadapan dengan masalah lain iaitu tuntutan Sultan Suluk ke atas wilayah yang merangkumi Paitan, Sugut, Mempayong, Palawan, Balabak dan kepulauan di sekitarnya. Namun, tuntutan Sultan Suluk itu ditolak oleh Sultan Muhyiddin kerana tentera Suluk tidak menjalankan tugas mereka dengan sepenuhnya.

Memandangkan Brunei tidak pernah menyerahkan Borneo Utara kepada Sultan Suluk, tuntutan terhadap Sabah sepatutnya tidak dibangkitkan lagi oleh mana-mana pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu termasuk Jamalul Kiram III.

Jika tiada isu, mengapa media asing khususnya di Filipina dan juga di Indonesia seolah-olah memihak kepada Jamalul Kiram III?

FAKHRUL AZMAN: Semasa mengunjungi Indonesia baru-baru ini, saya hairan apabila mendapati media-media yang berpendirian liberal di negara itu menyifatkan Operasi Daulat yang dilancarkan pasukan keselamatan Malaysia sebagai melanggar hak asasi manusia. Agak pelik apabila tindakan kita mempertahankan kedaulatan negara disamakan dengan pencabulan hak asasi manusia. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Tanggapan salah itu jika tidak diperbetulkan segera akan menyebabkan imej negara dipandang serong oleh masyarakat antarabangsa.

Saya amat berharap agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dapat memainkan peranan secara proaktif untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan sahih tentang insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di timur Sabah. Tidak adil juga kalau kita salahkan media asing sepenuhnya kerana mereka mungkin tidak mendapat gambaran sebenar tentang Operasi Daulat.

Sebaik-baiknya, kita jangan pinggirkan media asing terutamanya yang beroperasi di rantau Asia Tenggara. Apabila media asing tidak menerima maklumat daripada kerajaan Malaysia, mereka akan beralih kepada pihak-pihak yang bersimpati dengan kumpulan pengganas Kiram. Sudah tentu, laporan yang disampaikan lebih memihak kepada Jamalul Kiram III.

Mungkin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti IKIAM boleh membantu dalam usaha ini.

FAHKRUL AZMAN: Memang ada dalam perancangan kami. Semasa di Jakarta, saya dan Datuk Sulaiman mengunjungi Ketua Umum Dewan Pimpinan Pusat, Front Pembela Islam (FPI), Al Habib Muhammad Rizieq Syihab. Hasil kunjungan itu, kami mengetahui umat Islam di Nusantara memandang tinggi terhadap keikhlasan kerajaan Malaysia dalam usaha rundingan damai di selatan Filipina dan selatan Thailand. Kita tidak mahu rundingan damai tersebut diperkotak-katikkan oleh pembangkang dan gagal di pertengahan jalan.

Bagi memperbetulkan sebarang tanggapan yang salah terhadap kerajaan Malaysia, kami rasa terpanggil untuk menubuhkan sebuah NGO Islam yang dinamakan Jaringan Muafakat Islam Nusantara (Jamin) yang bakal dianggotai lebih 300 NGO Islam dari Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Selain mengeratkan kerjasama dalam kalangan NGO Islam serantau, Jamin turut berperanan menyebarkan maklumat yang tepat dan sahih berhubung isu-isu membabitkan umat Islam di Nusantara. Isu tuntutan Jamalul Kiram III terhadap Sabah akan diberi keutamaan selain gerakan membanteras gejala liberalisme di Malaysia dan Indonesia.

Jamin juga akan bergerak mengikut kaedah-kaedah yang pernah digunakan oleh para pendakwah semasa peringkat awal penyebaran Islam di Nusantara. Kita akan berusaha memperteguhkan ekonomi ummah, kegiatan dakwah dan pendidikan. Skop Jamin meliputi aspek jaringan budaya, pendidikan belia, keusahawanan dan warisan Islam.

Sebagai kesimpulan, apakah harapan saudara terhadap rakyat Malaysia dalam isu tuntutan Jamalul Kiram III terhadap Sabah?

FAKHRUL AZMAN: Dalam isu ini, semua rakyat Malaysia hendaklah bersatu hati menyokong apa sahaja tindakan yang diambil kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan negara khususnya di Sabah. Penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa Sabah sebahagian daripada Malaysia selama-lamanya mesti diberi perhatian serius.

Insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di timur Sabah telah memperlihatkan wajah-wajah sebenar beberapa pemimpin pembangkang yang terlalu taksub dengan agenda politik sempit mereka walaupun dalam keadaan kedaulatan negara sedang diancam. Malah, ada antara mereka yang dikatakan menjadi batu api yang menyalakan semula tuntutan Jamalul Kiram III terhadap Sabah.

Saya tidak menuduh sesiapa tetapi saya yakin rakyat boleh menilai sendiri dengan bijak. Apa yang penting, tanggungjawab menjaga kedaulatan negara perlu dipikul bersama oleh seluruh rakyat Malaysia dan kita boleh melakukannya dengan memberi sokongan padu kepada kerajaan.

Esszone: Kedaulatan wilayah, rakyat

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

DATUK RUHANIE AHMAD ialah bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor

TINDAKAN Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengisytiharkan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) dan melancarkan gerakan keselamatan komprehensif untuk menghapuskan pengganas Kiram di 10 daerah di Sabah, adalah selaras dengan konsep gagasan negara dan konsep kedaulatan tanah air.

Konsep gagasan negara merumuskan, wilayah yang berdaulat dan rakyat jelata adalah asas fizikal negara; kerajaan, termasuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah asas institusi negara; dan ideologi nasional adalah asas tatacara negara.

Tanpa ketiga-tiga komponen ini, sesebuah negara tidak mempunyai sebarang jasad lahiriah yang melambangkan kewujudannya, dan negara tersebut hanya wujud sebagai gagasan abstrak dalam sistem antarabangsa.

Apabila negara dijadikan rujukan keselamatan nasional, sebarang serangan kepada negara tersebut adalah serangan langsung kepada wilayah, rakyat, institusi pemerintahan dan ideologi nasionalnya.

Komponen-komponen inilah yang menjadi mangsa fizikal daripada serangan tersebut - wilayah boleh dijajah, rakyat mungkin terkorban, institusi negara runtuh dan ideologi nasional turut terhapus.

Konsep gagasan negara terkandung dalam kajian Barry Buzan (1981; 1991) dan kajian sarjana Malaysia yang terkenal di arena internasional, Muthiah Alagappa (1997).

Konsep ini membolehkan kita memahami bahawa "keselamatan adalah mengenai survival dan objek rujukan utama kepada keselamatan negara adalah wilayah yang berdaulat dan rakyat jelatanya (Buzan et al. 1998).

Kedaulatan pula "adalah konsep yang mengabsahkan kewujudan sesebuah negara; menentukan hak mutlaknya terhadap penggunaan kekerasan; dan menentukan haknya membentuk undang-undang, peraturan, tatacara, dan dasar-dasarnya" (Held & McGrew 1993).

Konsep ini juga merujuk kepada kuasa mutlak negara untuk menguruskan hal ehwal dalamannya, kesejahteraan rakyatnya, serta menangkis campur tangan luar terhadap hal kenegaraannya.

Tindakan Kerajaan BN mempertahankan kedaulatan Sabah daripada serangan pengganas Kiram adalah demi kedaulatan Malaysia, bukan sandiwara dan bukan konspirasi.

Pengerahan sebilangan besar aset keselamatan Malaysia ke Sabah dengan kos ratusan juta ringgit bukannya sandiwara. Ancaman keselamatan yang turut mengorbankan nyawa perajurit tanah air bukannya konspirasi.

Konspirasi adalah mainan pihak yang membaling batu sembunyi tangan. Menurut teori konspirasi, pihak yang bersalah lazimnya menuduh pihak lain yang melakukan konspirasi.

Hanya manusia mabuk kuasa sahaja yang tergamak bersandiwara dan berkonspirasi untuk menggadaikan keselamatan nasional, kedaulatan wilayah, kesejahteraan rakyat, dan nyawa perajurit negara.

Mereka tidak sedar bahawa tindakan Kerajaan BN di Sabah adalah demi rakyat, termasuk pihak yang berkonspirasi, dan demi demokrasi berparlimen yang meregulasikan tatacara negara.

Beberapa sarjana keselamatan berpendapat, kelompok seperti ini dipengaruhi pemikiran kosmopolitanisme yang menganggap bahawa sesebuah negara mutakhir ini tidak mempunyai kedaulatan hakiki.

Mereka menganuti pemikiran ini secara total dan membuta tuli. Mereka bertindak seolah-olah mereka menjadi kuasa hakiki yang boleh mengatasi kedaulatan negara.

Mereka meremehkan integriti politik, kemantapan institusi pemerintahan dan kedaulatan negara. Mereka mentafsirkan keselamatan hanya berasaskan keselesaan peribadi dan kemewahan kebendaan, bukan berdasarkan kesejahteraan agama, bangsa dan tanah air.

Kelompok ini tidak peduli bahawa objektif utama keselamatan adalah memelihara survival nasional, termasuk kesejahteraan rakyat, kestabilan politik, integriti pemerintahan dan institusinya, kedaulatan wilayah dan menangkis campur tangan asing.

Mereka juga enggan mengiktiraf bahawa kedaulatan adalah konsep undang-undang yang memberikan kuasa tertinggi kepada negara untuk menguruskan keselamatan nasionalnya sesuai dengan landskap keterdedahan, ancaman, risiko dan cabaran semasa.

Sebaliknya, mereka mendukung fahaman sesetengah kuasa besar tertentu dan beranggapan bahawa kosmopolitanisme adalah amalan yang terbaik kepada seluruh komuniti dunia.

Seluruh rakyat Malaysia, terutama sekali di ambang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), perlu memahami maksud sebenar kedaulatan negara menerusi perspektif keselamatan nasional.

Kefahaman terhadap konsep ini membolehkan kita menangkis pengaruh kosmopolitanisme, menghayati permasalahan agama, bangsa dan tanah air, dan mengenepikan fahaman sempit bahawa keselamatan adalah mengenai keselesaan peribadi dan kemewahan material.

Ini kerana keselamatan adalah satu bentuk politik yang istimewa dan sentiasa wujud akibat interaksi manusia menerusi kerangka waktu dan ruang hidup yang berterusan (Kolodziej 2005).

Oleh sebab itulah seluruh isu keselamatan adalah masalah politik nasional yang perlu ditangani secara tangkas, tegas dan berkesan oleh pemerintah sesebuah negara.

Lantaran itu juga seluruh warga politik perlu memahami pelbagai konsep yang mendasari pentingnya keselamatan nasional. Pembesar politik yang jahil mengenai permasalahan keselamatan atau berkonspirasi dengan pihak asing untuk menggugat keselamatan nasional tidak wajar didukung dan disokong.

Dalam konteks Malaysia, kelompok politik pembangkang yang mempersenda-sendakan tindakan Kerajaan BN menangani ancaman pengganas Kiram di Lahad Datu tidak layak memimpin negara ini.

Jika sebelum berkuasa pun mereka sudah memperlekeh-lekehkan permasalahan keselamatan nasional dan kedaulatan negara, apa akan jadi kepada Malaysia, dari Perlis sampai ke Sabah, jika mereka berkuasa?

Kesimpulannya, keselamatan adalah mengenai kelangsungan negara, wilayah, rakyat, institusi pemerintahan dan ideologi nasional di sesebuah negara. Hanya parti politik yang memperjuangkan hakikat ini sahaja perlu diberikan mandat jitu untuk menerajui Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


ASWARA pengeluar karyawan seni

Posted: 30 Mar 2013 11:42 AM PDT

pelajar-pelajar ASWARA yang terlibat dalam pementasan teater yang merupakan antara salah satu fakulti utama di akademi ini.

MULAI sekarang, jika anda meminati bidang kreatif, anda ialah calon yang dialu-alukan untuk menyambung pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bagi Sesi Akademik 2013/14. Institusi ini adalah sebuah universiti awam dengan program pengajian yang mendapat pengiktirafan MQA.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang seni, budaya dan warisan, ASWARA lebih unggul berbanding institusi seni yang lain. Di ASWARA terdapat tujuh fakulti yang saling melengkapi iaitu Fakulti Muzik, Teater, Tari, Penulisan Kreatif, Filem & Video, serta Animasi dan Multimedia.

Tenaga pengajarnya terdiri daripada mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang masing-masing, di samping yang didatangkan khas dari industri. Sesetengah kursus yang bersifat silang-fakulti menghasilkan pelajar yang menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran seni. Pilihannya begitu luas dan terbuka, bagi membolehkan anda memilih fakulti yang benar-benar anda minati, agar bakat anda dapat dikembangkan semaksimum mungkin.

Berbanding sekolah seni atau institusi seni yang lain di tanah air, ASWARA menyediakan prasarana yang lebih lengkap lagi kondusif untuk para pelajarnya. Ini termasuklah:

n Panggung Eksperimen yang boleh memuatkan kira-kira 300 penonton. Panggung ini dilengkapi sistem pencahayaan, bunyi dan pelbagai kemudahan persembahan dan pementasan. Sebahagian latihan pelajar dilakukan di panggung ini. Persembahan pelajar yang memerlukan ruang besar juga dilakukan di panggung ini. Panggung ini juga menjadi pentas persembahan teater kebangsaan dan antarabangsa.

n Dewan Orkestra yang canggih, yang boleh memuatkan kira-kira 200 penonton. Dewan ini dilengkapi keperluan akustik yang sesuai untuk latihan atau persembahan oleh pelajar Fakulti Muzik atau pemuzik antarabangsa.

n Studio Rakaman & Penyuntingan Muzik, khusus untuk kegunaan para pelajar Fakulti Muzik, bagi tujuan menghasilkan album.

n Studio Tari yang luas dibina memenuhi ciri-ciri keselesaan dan keselamatan semasa latihan pelajar.

n Bilik-bilik latihan muzik, bagi pelajar menjalani latihan atau ujian secara individual.

n Studio penyuntingan filem dan video untuk kegunaan para pelajar Fakulti Filem dan Video, bagi menghasilkan filem pendek, video dokumentari dan sebagainya.

n Dewan Kuliah Utama yang boleh memuatkan kira-kira 300 pelajar, di samping beberapa lagi bilik-bilik kuliah.

n Perpustakaannya luas dan selesa. Perpustakaan ASWARA mempunyai koleksi buku yang besar tentang seni, budaya, warisan, pengurusan dan sebagainya; di samping koleksi khas, VCD dan DVD.

n Asrama untuk kira-kira 200 orang pelajar, dengan keutamaan diberikan kepada pelajar tahun pertama dan pelajar dari luar Lembah Klang.

ASWARA satu-satunya institusi pengajian tinggi seni budaya yang didokongi sepenuhnya oleh kerajaan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Ia bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya di samping memantapkan kesinambungan warisan seni negara.

Bagi mencapai maksud tersebut ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni yang boleh melahirkan penghibur serta karyawan berilmu dan profesional untuk mengisi industri seni negara. ASWARA berusaha mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan berbekalkan diploma dan ijazah.

Hanya calon pelajar yang benar-benar berbakat serta berminat sahaja dipilih menyertai ASWARA. Dalam langkah ASWARA untuk menjadi sebuah universiti butik, penekanan terhadap kualiti lebih diutamakan daripada kuantiti pelajar. Ini menyebabkan ASWARA tidak mengambil ramai pelajar.

Perangkaan semasa menunjukkan hanya 384 pelajar terpilih mengikuti program diploma, sementara 206 pelajar mengikuti program ijazah - kedua-dua program ini mengambil masa selama tiga tahun.

Sistem pengajian di ASWARA memberi keutamaan 60 peratus kepada penciptaan karya seni pelajar sendiri, sementara 40 peratus lagi kepada input ilmu pengetahuan yang menyentuh aspek teori serta disiplin ilmu yang berkaitan. Dengan menguasai teori dan disiplin yang dipelajari secara ilmiah, ASWARA dapat melahirkan penghibur dan karyawan seni yang berilmu.

Sementara keutamaan 60 peratus kepada penciptaan karya seni pelajar sendiri, ini melibatkan proses bimbingan yang berterusan oleh pensyarah yang berpengalaman atau mereka daripada industri, kepada setiap pelajar. Proses ini melibatkan semua tugasan setiap semester, serta projek tahun akhir para pelajar.

Proses tersebut akhirnya berhasil mengeluarkan graduan ASWARA yang boleh berkarya dengan baik dalam bidangnya seperti muzik, teater, tari, penulisan, filem dan video, seni halus, serta animasi dan multimedia. Di samping itu terdapat juga graduan ASWARA yang berkeupayaan menjadi penggubah muzik, pereka tari, serta tenaga penting dalam pelbagai peringkat produksi teater, serta filem dan video.

Amanda lali dicemuh

Posted: 31 Mar 2013 02:03 AM PDT

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto SYEFRY MONIZ

BUKAN sekali dua, penyanyi Amanda Imani dicemuh dengan gelaran yang bukan-bukan. Itu semua berlaku lantaran dia memiliki tubuh yang agak berisi selain berangka besar.

Ada yang mencemuh dengan panggilan wanita gergasi atau apa saja yang terlintas di fikiran mereka.

Tentu sekali dia mudah menjadi bahan cemuhan kerana statusnya sebagai seorang artis membenarkan dia diperlakukan begitu. Itu tanggapan kebanyakan orang.

Kerjayanya itu tentu sekali mengundang banyak mata untuk mencari setiap kesalahan atau kejelikan yang ada pada dirinya meski itu tidak diingini Amanda.

Malah itu menjawab persoalan mengapa anak muda berusia 21 tahun ini sukar menjadi pilihan utama gadis muka depan sesetengah majalah atau akhbar.

Menganggap Amanda tidak boleh dijual, hal itu menjadi tanda tanya buat sesetengah pihak mengapa wanita ini bagai dianaktirikan gara-gara memegang gelaran `artis wanita gergasi.

Menyelami pandangan pelantun lagu Selamilah Cinta ini, ternyata dia sudah lama menyedari kritikan dan pandangan enteng sesetengah pihak padanya berhubung perkara yang satu itu.

Masa mula-mula masuk dalam industri seni saya mengaku, saya memang tak biasa dengan situasi bila orang memandang aneh dengan saya.

Maklumlah masa itu, apalah yang diketahui gadis 17 tahun mengenai industri. Ya, awalnya saya sangat terasa dengan cemuhan orang mengenai tubuh saya.

Mereka kata begitu begini dan itu memang pedih. Tapi sampai satu tahap, saya sudah lali dengan itu semua," katanya.

Kongsi wanita yang memiliki ketinggian 170cm ini, dia lebih senang untuk menganggap cemuhan itu sebagai satu perkara yang subjektif memandangkan pandangan setiap individu adalah berbeza.

Sejak dulu lagi, tubuh saya memang begini. Saya tak rasa itu satu tekanan terutama untuk saya ikut cakap orang untuk menjadi seorang yang bertubuh kurus.

Ada orang cakap saya okey begini, ada pula yang tak suka. Saya tak kecil hati atau marah bila orang bercakap mengenai hal ini atau menjadikannya isu sebab saya tahu sukar untuk saya menutup mulut orang.

Jadi apa yang saya lakukan, saya biarkan saja apa yang mereka mahu katakan. Nak buat macam mana kalau tubuh saya tak seperti figura wanita Asia lain," ujarnya.

Bangga

Meski jenuh berhadapan dengan kata dan umpatan orang, Amanda yakin bahawa apa yang dia miliki kini sudah begitu cukup untuk membuat dirinya berasa bangga.

Ya, saya bangga dengan diri saya. Rasanya saya tak perlu menuruti kemahuan orang. Kalau saya nak kurus, saya akan buat atas inisiatif sendiri. Bukan kerana disuruh-suruh.

Lagipun, tak semestinya saya tak kurus maka saya tak boleh berjaya. Ada banyak contoh artis atau selebriti yang berjaya dalam bidang mereka walau bertubuh besar. Contohnya Adele, Kim Kardashian dan ramai lagi.

Ramai pereka fesyen tanah air yang secara peribadi memuji tubuh saya kerana tak terlalu kurus dan nampak cantik dalam busana mereka. Jadi itu antara kelebihan yang saya dapat.

Jadi tak salah bukan kalau saya memilih untuk menjadi seorang yang berbeza. Sebab kalau semua orang sama, pasti membosankan.

Sama seperti isu pakaian, orang kata saya seksi. Pada saya asalkan yang saya pakai itu selesa dan menyakinkan, saya akan pakai," katanya.

Dalam riak wajah yang masih tenang, jelas Amanda dia tidak peduli dengan segala cemuhan itu kerana baginya apa yang penting adalah menjalani hidup dalam kegembiraan dan sihat.

Malah bercerita dalam niat bukan untuk meninggi diri, kata Amanda, meski menjadi bahan umpatan, setidak-tidaknya dia bangkit membuktikan bahawa dia mampu berjaya dalam landasannya.

Saya bersyukur dalam orang mengata, saya telah dipilih untuk menjadi duta produk kosmetik Za untuk tempoh kontrak selama setahun. Itu rezeki dan tuah buat saya.

Jadi untuk apa saya nak runsing memikirkan apa kata orang sedangkan rezeki itu ada buat saya walau ramai yang tak suka saya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Ibu bapa tuntut janji

Posted: 30 Mar 2013 12:19 PM PDT

Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID
pengarang@utusan.com.my

Demonstrasi oleh para pendidik yang diketuai oleh Ketua Urusetia, Dr. Nordin Tahir melontarkan perasaan tidak puas hati mereka kepada Kerajaan Selangor mengenai janji sebanyak RM50 sebulan di Taman Seri Serdang, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/WAHIDAH ZAINAL

KUALA LUMPUR 30 Mac - Kira-kira 200 ibu bapa di Parlimen Serdang dan Parlimen Puchong berhimpun secara aman di kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Serdang dekat sini hari ini, bagi mendesak kerajaan Selangor memberikan bantuan RM50 kepada pendidikan prasekolah yang dijanjikan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12.

Pengerusi Badan Bertindak Rakyat Selangor (BBRS), Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, biarpun sehingga kini masih gagal menunaikan janji manifesto pada pilihan raya sebelum ini, namun kerajaan negeri itu sudah memberi harapan baharu kepada ibu bapa dengan memperkenalkan Program Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang akan diberikan secara berperingkat.

Katanya, tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Program Tunas pada Julai tahun lalu, adalah dilihat sebagai menutup kegagalan menunaikan janji manifesto terutama berhubung pemberian RM50 bagi pendidikan prasekolah.

"Program Tunas tersebut kononnya bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah yang mempunyai pendapatan RM1,500 ke bawah, sedangkan kerajaan Selangor dalam manifesto pilihan raya yang lalu tidak pula menyebut jumlah pendapatan isi keluarga," katanya ketika ditemui pemberita semasa menyertai perhimpunan tersebut.

Yang turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Puchong, Ir. Rosli Idrus.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor sebelum ini, menjanjikan pemberian RM50 sebulan kepada kanak-kanak prasekolah sebagai memenuhi tanggungjawab sosial dan kebajikan rakyat.

Menurut Said Anuar, janji tersebut hanya merupakan satu lagi 'gula-gula' pembangkang untuk menipu rakyat bertujuan meraih undi dalam pilihan raya akan datang.

"Ada 130,000 kanak-kanak prasekolah di negeri Selangor, 30,000 kanak-kanak belajar di tadika Kemas tapi kerajaan negeri hanya peruntukkan 5,000 sahaja dan bantuan tersebut cuma disalurkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sahaja," katanya.

Beliau berkata, hari ini sahaja sebanyak 2,800 permohonan diterima dan menjadikan jumlah keseluruhan 16,000 permohonan saman bernilai RM63 juta akan difailkan melalui ibu bapa di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 April ini.

Showcase Anak Muda beri Anugerah Tokoh Muda

Posted: 30 Mar 2013 12:19 PM PDT

Kuala Lumpur 30 Mac - Majlis Belia Selangor (MBS) akan menyampaikan Anugerah Tokoh Muda Lumba Basikal Malaysia kepada pelumba remaja negara, Muhammad Firdaus Mohd. Zonis sebagai tanda penghargaan atas kejayaannya meraih empat emas dan satu perak dalam Kejohanan Basikal Remaja Asia 2 baru-baru ini.

Presiden MBS, Datuk Irmohizam Ibrahim (gambar) berkata, anugerah itu akan disampaikan sempena majlis Showcase Anak Muda di Shah Alam, esok.

"Dia anak jati Kuala Selangor, jadi kita beri anugerah kepada Muhammad Firdaus di daerah kelahirannya," katanya.

Sebagai anak Selangor, kata Irmohizam, seluruh ahli dan kepimpinan MBS ingin menzahirkan rasa kagum terhadap Muhammad Firdaus yang berjaya mengharumkan nama negara pada usia 17 tahun.

Sementara itu katanya, Showcase Anak Muda kini melangkah siri ke-10 dan telah mencapai matlamat untuk menemui 150,000 anak muda Selangor yang tidak menyertai persatuan dan pertubuhan.

"Kehadiran anak muda di Puncak Alam, malam esok adalah bonus untuk MBS," katanya.

Selain penyampaian anugerah itu kata Irmohizam, SAM akan turut menyiarkan klip khas 10 petikan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu keamanan dan perpaduan negara.

"Kesemua 10 amanat Perdana Menteri penting untuk meningkatkan semangat patriotik dan menghargai pengorbanan pasukan keselamatan terutama dalam insiden di Lahad Datu, Sabah," katanya.

SAM di Puncak Alam akan diadakan di Tapak Pasar Malam Shah Alam 2, Puncak Alam bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Klinik kesihatan Bandar Tun Hussein Onn siap 2015

Posted: 30 Mar 2013 12:19 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Mac - Sebuah klinik kesihatan dengan kos RM20 juta akan dibina di Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, projek pembinaan klinik kesihatan di atas tapak seluas 1.8 hektar dijangka memberikan kemudahan kesihatan kepada kira-kira 200,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut.

"Projek tersebut dijangka memberikan manfaat kepada penduduk kawasan sekitar Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan Balakong.

"Setelah klinik ini siap dibina, kami akan menempatkan lebih ramai pegawai perubatan yang dijangka dapat menampung 300 hingga 500 pesakit pada satu masa," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Pengesahan Tapak untuk Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Bandar Tun Hussein Onn di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Farida Mohd. Ali dan Ketua Penyelaras kawasan Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon.

Jelas beliau, projek tersebut adalah antara cadangan Pian Hon selaku Ahli Parlimen Serdang pada tahun 2006 selepas klinik di Batu 11 Cheras musnah dalam satu kebakaran.

Katanya, tempoh masa diambil untuk meluluskan projek tersebut agak panjang kerana pembinaan itu memerlukan perancangan, pemilihan tapak dan kelulusan pemindahan hak milik tanah kepada kerajaan.

Dalam pada itu, Tiong Lai juga mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan sebanyak 88 projek lagi pada tahun ini bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan rakyat yang semakin meningkat.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak lapan projek akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Selangor.

"Projek tersebut termasuklah pembinaan hospital di Tanjung Karang, Klinik Pergigian Tanjung Karang; Klinik Kesihatan (Jenis 3) dan Kuarters di Gombak Setia; Klinik Kesihatan dan Kuarters di Kapar, Klang; Klinik Kesihatan Puchong; Klinik Kesihatan (Jenis 3) Bandar Tun Hussein Onn dan menaik taraf Klinik Pergigian di Bukit Chagar," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Santai, selesa bersama Esprit

Posted: 30 Mar 2013 02:00 AM PDT

PADA hujung minggu, pasti ramai yang mahu bersantai dengan selesa tanpa perlu berkompromi dengan pakaian dan gaya yang mahu dikenakan.

Antara pilihan jenama paling sesuai sudah tentulah Esprit, yang menawarkan keselesaan dalam gaya kasual penuh keremajaan.

Terbaharu Esprit tampil dengan tema Mengembara Penuh Gaya. Tema ini diilhamkan sempena kemunculan koleksi Esprit Musim Bunga/Panas 2013.

Koleksi kali ini memperkenalkan gaya tersendiri dan rekaan unik yang sesuai dipakai dalam setiap majlis yang dihadiri.

Dengan rekaan ini, pengguna Esprit dapat mengekalkan pendiriannya serta mengetahui fesyen tertentu yang dapat membuatkannya berasa selesa dan lebih yakin.

Dikenali dengan penggunaan fabrik berkualiti tinggi dengan perincian sempurna, koleksi terbaharu ini menggunakan pelbagai warna, fabrik dan tekstur yang diilhamkan oleh para pelancong dari seluruh dunia.

Selain itu, untuk membangkitkan semangat percutian, Esprit menampilkan warna-warna tanah, alam dan semula jadi seperti merah karang, biru firus dan hijau asid serta banyak lagi.

Esprit Musim Bunga/Panas 2013 ini juga memperkenalkan dua penyeri wajah utamanya iaitu ikon fesyen terkenal yang juga model dan pelakon dari Amerika Syarikat, Dree Hemingway dan model terkenal dari China, Liu Wen untuk berkongsi tip perjalanan mereka.

Mereka juga menunjukkan bagaimana koleksi tersebut sesuai dipakai semasa musim panas.

Antara rekaan utama koleksi ini adalah seluar potongan lurus dengan corak cetakan, kemeja, jaket, topi boling dan jean skinny. Selain itu, lengkapkan penampilan dengan pilihan aksesori perincian logam seperti beg dan tali pinggang.

Koleksi terbaharu ini boleh didapati mulai Februari lalu di semua butik Esprit di seluruh negara.

Menyamar intip bakal isteri

Posted: 30 Mar 2013 02:00 AM PDT

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

DEK kerana ingin mengenali sang dara pujaan hati secara lebih dekat, dia sanggup menyuruh rakannya menyamar di pondok telefon di hadapan rumahnya di Penanti, Pulau Pinang.

Dia juga sanggup menaiki bas yang sama, namun hanya memerhatikan dari jauh dan langsung tidak menegur sang dara sebelum turun di perhentian yang sama dan masing-masing berpisah di persimpangan jalan.

Itulah dua perkara yang menjadi detik perkenalan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Ibrahim Ahmad, 48, dan isterinya, Roshidah Ahmad, 45.

Menurut Ibrahim, pasti meletus hilai tawa andainya ada di antara mereka mengungkit kisah tersebut. Ini kerana apabila diingati kembali terasa amat menggelikan hati.

Bercerita lanjut Ibrahim, berkata, dia diperkenalkan dengan isteri melalui sepupu Roshidah yang juga kawan baiknya sewaktu berniaga burger di pekan Penanti.

Namun, mereka tidak pernah bersua muka, sebaliknya hanya telefon awam menjadi penghubung sehinggalah dia mengambil keputusan untuk menatap sendiri wajah gadis pujaan hati yang ketika itu belajar di Bagan Ajam.

Masa dulu, telefon awam menjadi talian komunikasi yang penting. Setiap hari, dia (Roshidah) dan saya akan berbual menggunakan telefon awam.

Suatu hari, dia berjanji akan menghubungi saya pada pukul dua petang keesokan harinya. Saya pula tahu dia akan buat panggilan dari sebuah pondok telefon awam di Bagan Ajam.

Disebabkan saya nak tengok wajahnya buat pertama kali, saya minta seorang rakan menyamar menjadi saya untuk menjawap panggilan darinya di Penanti.

Saya pula naik motosikal menuju ke pondok telefon awam di Bagan Ajam. Saya berdiri di belakangnya dan berpura-pura menunggu giliran untuk menggunakan telefon tersebut. Dengan cara itu, dapatlah saya lihat wajahnya," kata Ibrahim tersenyum.

Tambahnya, dia juga pernah menaiki bas yang sama dengan Roshidah ketika pulang dari Bagan Ajam dan turun di tempat yang sama sebelum menuju ke rumah sepupu Roshidah, manakala isterinya meneruskan langkah pulang ke rumah.

Roshidah yang tersenyum kemudian mencelah, rahsia suaminya itu hanya terbongkar apabila dia menyambung persekolahan di Guar Perahu.

Selepas dua tahun menjalinkan hubungan, mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Oktober 1990 dan kini bahagia dengan kehadiran empat puteri iaitu Norhamiza, 22; Nornadia, 18; Noradila, 13, dan Norsofiya Umairah, 4.

Jelas Ibrahim, selepas berkahwin, isterinya banyak membantu menguruskan perniagaan burger miliknya. Kehadiran anak-anak menambah rezeki buatnya sehingga pernah menjadi pengedar daging burger terbesar di utara Semenanjung.

Selepas itu, mereka mengusahakan kedai runcit dan menjadi usahawan bumiputera pertama di pekan Penanti yang menjual daging burger sehingga pukul dua pagi.

Ibrahim juga membuka sebuah restoran di Mengkuang dan kini serius menjadi kontraktor.

Disebabkan perniagaan daging burger ini jugalah, saya lebih dikenali sebagai Ad Burger dalam kalangan penduduk setempat," ujarnya.

Ditanya mengenai keistimewaan Ibrahim di mata Roshidah, jawapannya amat ringkas iaitu Ibrahim seorang yang lucu serta menghiburkan.

Malah katanya, rumah itu pasti akan sunyi sekiranya Ibrahim terpaksa ke luar kawasan atau sibuk dengan tugasan perniagaan.

Itulah sebabnya, mereka akan memaksimumkan aktiviti masa lapang sekeluarga termasuk keluar menikmati hidangan kegemaran atau bercuti ke destinasi pelancongan dalam dan luar negara.

Ibrahim menambah, kerjayanya yang sibuk menyebabkan masa bersama keluarga agak terhad dan untuk lebih santai, dia membina kolam memancing di belakang rumahnya.

Jelasnya, biarpun kolam itu pada mulanya khas untuk keluarga, namun kini ia dibuka untuk orang awam serta menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah memancing udang dan ikan air tawar.

Walaupun saya sentiasa sibuk, keluarga tetap berada di tempat paling utama di hati saya," katanya mengakhiri perbualan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Buat pilihan bijak - MB

Posted: 30 Mar 2013 12:19 PM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

ABDUL Ghani Othman (tengah) menerima hadiah gitar selepas pelancaran Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Ledang 2013 di Pulau Penarik, Sungai Mati, Muar, kelmarin. - MINGGUAN/ZULHISHAM ISAHAK

LEDANG 30 Mac - Generasi muda bakal mewarisi negeri ini dalam keadaan yang suram, gelap dan tidak menentu masa depannya jika mandat kali ini diberi kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ketidakcekapan pembangkang dalam urus tadbir akan membuatkan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negara terjejas dan secara langsung memberi kesan buruk terhadap peluang dan pasaran kerja.

"Kita tidak boleh harap pembangkang untuk membawa pembangunan dan kemajuan.

"Kalau biarkan negara ini ditadbir pembangkang, maka ekonomi terbantut, tidak ada pertumbuhan ekonomi dan tidak ada pelaburan," katanya ketika berucap dalam Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Ledang 2013 di Pulau Penarik, Sungai Mati dekat sini malam tadi.

Bukan itu sahaja katanya, langkah tersebut juga akan menyebabkan peluang kerja begitu terhad untuk anak-anak muda.

"Mereka yang keluar sekolah, universiti dan maktab tidak akan mempunyai pekerjaan," katanya.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M. Asojan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri dan ADUN Tangkak, Goh Tee Tee.

Pada majlis tersebut, Abdul Ghani yang juga ADUN Serom menerima hasil kutipan derma Tabung Wira Lahad Datu daripada ahli-ahli Muar Scram Club berjumlah RM1,782.

Abdul Ghani berkata, jika diberi peluang kepada pembangkang menjadi kerajaan bermakna menempa kemusnahan kepada negara dan perkara ini harus dielakkan dengan membuat pilihan yang bijak serta menjamin masa depan dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mencipta kemajuan sebagai kesinambungan sejak merdeka 56 tahun lalu dan nasib orang muda cukup terbela serta berperanan dalam pembangunan negara.

102 pengakap cemerlang akademik

Posted: 30 Mar 2013 12:19 PM PDT

MOHD. Puad Zarkashi (tengah) menyampaikan pingat kecemerlangan pengakap di Kem Pengakap Tanjong Laboh, Batu Pahat, kelmarin.

BATU PAHAT 30 Mac - Seramai 102 ahli pengakap remaja seluruh negeri ini telah membuktikan penglibatan mereka dalam kokurikulum tidak akan menjejaskan proses pembelajaran.

Kejayaan mendapat keputusan akademik yang membanggakan itu membolehkan mereka menerima Pingat Kecemerlangan Pendidikan daripada Persekutuan Pengakap Malaysia negeri.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Yaacob A. Karim berkata, pingat itu sebagai satu suntikan bagi menggalakkan pengakap remaja bergiat lebih aktif dalam persatuan dan mempraktikkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.

"Melalui suntikan semangat seperti itu juga, kita berharap mereka yang menunjukkan prestasi membanggakan mampu menjadi teladan, ikon dan contoh kepada rakan pelajar yang lain agar dapat turut sama berpersatuan dengan melakukan aktiviti sihat dalam memburu kejayaan untuk masa depan.

"Dewasa ini kokurikulum adalah satu faktor yang mampu membawa seseorang itu ke persada kejayaan yang ulung jika dipergiatkan dengan bijaksana dan mendapat suntikan padu daripada semua pihak," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Pingat Kecemerlangan Pengakap di Kem Pengakap Tanjong Laboh di sini semalam.

Pingat tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Seorang penerima, Noorilham Ismail, 23, pelajar kelainan upaya daripada Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru, berkata, dia dapat menambah kenalan menerusi aktiviti pengakap dan berkongsi segala ilmu terutama yang melibatkan tentang kehidupan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved