Ahad, 6 Oktober 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Transformasi pendidikan prasekolah

Posted: 06 Oct 2013 12:02 PM PDT

Oleh Norizan Abdul Muhid
pendidikan@utusan.com.my

Kementerian Pendidikan dalam usaha mentransformasikan pendidikan negara meletakkan matlamat melengkapkan setiap murid di negara ini dengan semua kemahiran baharu mengikut keperluan mereka sekali gus menangani cabaran abad ke-21.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang diperkenalkan juga turut menggariskan strategi untuk menggerakkan transformasi ini meliputi semua peringkat persekolahan termasuk prasekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, berdasarkan PPPM, kementerian akan memastikan semua kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan berpeluang mengikuti pendidikan awal tanpa mengira status sosioekonomi mereka.

"Kementerian sentiasa berusaha meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan termasuk pendidikan prasekolah dan matlamat itu terkandung pada teras sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan untuk prasekolah.

"Melalui usaha itu, guru prasekolah yang terlibat akan bersaing dan berkongsi idea serta kreativiti mereka untuk melaksanakan pengajaran menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek yang selari dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Amalan Terbaik pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Prasekolah Kebangsaan 2013 di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Konvensyen yang bertemakan Memacu Pendidikan Prasekolah melalui Amalan Terbaik dengan fokus menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek, merupakan satu usaha kementerian meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah melalui PdP yang menarik minat murid, kreatif, inovatif dan berkesan.

Melalui penganjuran konvensyen itu, memberi peluang kepada guru bersaing dan mengemukakan satu contoh PdP yang mantap dengan menggunakan pelbagai strategi dan teknik, bersesuaian dengan kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Konvensyen juga bertujuan menghasilkan model PdP menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagaimana yang terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan sebagai rujukan dan panduan guru prasekolah.

Selain itu, konvensyen berkenaan menjadi platform kepada pihak yang terlibat untuk menyediakan model PdP yang boleh dijadikan penanda aras dalam usaha meningkatkan kecemerlangan guru.

Di samping itu, konvensyen turut memberi idea kepada guru prasekolah untuk merancang pelbagai strategi PdP agar lebih menarik dan menyeronokkan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif.

Definisi Amalan Terbaik dalam Pengajaran dan Pembelajaran bermaksud penghasilan PdP yang selari dengan kehendak kurikulum, kreatif, menarik dan berkesan yang menghasilkan perubahan yang positif di kalangan murid.

Peserta konvensyen sebanyak 54 orang terdiri daripada guru-guru prasekolah kementerian dari seluruh negara.

Mereka membentangkan kertas kerja dan PdP dengan fokus pendekatan pembelajaran berasaskan projek.

Penyertaan peserta dibahagikan kepada empat kategori iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil.

Setiap peserta mengikut kategori dikehendaki terlibat melaksanakan projek di prasekolah masing-masing dengan minimum pelaksanaan projek dihadkan selama tiga minggu, selari dengan kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Berdasarkan projek yang dilaksanakan, peserta dikehendaki menyediakan kertas kerja, membuat pembentangan kertas kerja (dalam masa 15 minit) dengan mempersembahkan PdP yang turut disertai oleh lapan murid.

Aktiviti lain yang dilaksanakan sepanjang konvensyen termasuklah bengkel guru, pembentangan video amalan terbaik PdP dan pameran artifak atau produk.

Siri program berfikir aras tinggi Utusan Malaysia

Posted: 06 Oct 2013 12:02 PM PDT

UNIT Pendidikan Utusan Malaysia akan menganjurkan siri program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) berbentuk seminar, perbengkelan dan konvensyen bagi menyahut saranan kerajaan untuk meningkatkan prestasi pelajar dan guru kepada kelas pertama dunia dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penasihat Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain memberitahu, perbengkelan HOTS akan diselangselikan dengan program motivasi diri, iaitu sebagai sebahagian modul pengurusan perubahan dalam kalangan peserta program.

''Kita akan menyuntik minda peserta dengan sikap positif apabila menerima perubahan," ujarnya.

Untuk memenuhi permintaan ibu bapa, program awal akan diadakan sempena cuti persekolahan November dan Disember ini.

Kata Dr. Ismail, program sengaja diaturkan selepas semua peperiksaan kebangsaan selesai bagi membuka peluang pada masa senggang kepada guru dan pelajar mengikuti program yang menyentuh perkara penting itu.

Bagi guru, ujar Dr. Ismail, penganjuran siri program HOTS bertujuan melengkapi input daripada beberapa program dalaman sebelum ini bagi membolehkan mereka terus melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

''Guru yang berminat juga dijemput menyertai program," katanya.

Mengulas lebih lanjut, Dr. Ismail berkata, Utusan Malaysia sebagai akhbar yang sentiasa mendahului dalam program dan penganjuran program pendidikan inklusif masa kini, membuat keputusan untuk membuka pintu kepada dialog tentang HOTS pada peringkat pelajar, pendidik dan pembuat dasar .

Katanya, seminar motivasi diri dan HOTS untuk pelajar bertujuan menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia serta aspirasi pendidikan negara yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan pelajar yang bukan hanya sekadar cemerlang dalam akademik tetapi mempunyai kemahiran daya berfikir yang tinggi.

''Pembelajaran Abad Ke-21 memerlukan murid-murid mempunyai aras motivasi dan jati diri yang tinggi bagi menghadapi keperluan dalam proses pembelajaran yang semakin mencabar," kata Dr. Ismail.

Tambahnya, lebih penting lagi, program sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan serta tahap baru pada penggal persekolahan 2014.

Unit Pendidikan merupakan panel perunding kepada program perubahan pengurusan pembestarian sekolah, perunding pengisian dan bahan beberapa badan korporat dan yayasan di sekolah, penganjur Festival Hari Guru peringkat kebangsaan dan pembangun laman web www.tutor.com,my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Sorento baharu cukup praktikal

Posted: 06 Oct 2013 12:02 PM PDT

Oleh FAIRUS KASSIM
ekonomi@utusan.com.my

KIA Sorento mampu memberi kepuasan kepada mereka yang berkeluarga.

KENDERAAN untuk keluarga mestilah bersaiz besar, kapasiti lima hingga tujuh orang, bumbung lebih tinggi, selesa dan ruang kabin yang praktikal. Semua itu menjadi faktor utama yang terdapat pada Kia Sorento.

Awal tahun ini, Kia telah memperkenalkan Sorento yang dipertingkat untuk pasaran Malaysia. Walaupun perubahan yang dibuat tidak terlalu ketara tetapi kenderaan utiliti sport (SUV) ini mempunyai kelebihan tersendiri.

Dari hadapan, boleh dilihat jeriji 'hidung harimau' masih dikekalkan dengan lampu siang LED, lampu kabus dan lampu kecil yang menyala secara automatik apabila roda stereng diputarkan .

Lampu berkenaan banyak membantu pemandu untuk memperoleh penglihatan yang lebih jelas apabila membelok atau memasuki simpang yang agak gelap.

Rekaan luarnya tampak biasa sahaja tetapi kekal tegap dan memberi keyakinan kepada sesiapa sahaja dalam usaha melindungi keluarga tersayang semasa menempuh perjalanan yang jauh.

Melihat ke bahagian belakangnya pula, perubahan dilakukan di bahagian lampu LED baharu dengan cahaya membentuk garisan hampir petak berbanding LED berbintik sebelum ini.

Sorento baharu juga menggunakan sistem kunci pintar yang membolehkan pemandu membuka pintu dan menghidupkan enjin tanpa mengeluarkan kundi cari poket seluar.

Selari dengan imej kereta keluarga, Sorento mempunyai saiz badan yang agak besar dan sedikit menyulitkan pemandu untuk melalui jalan yang sempit dan meletakkan kenderaan di ruang yang terhad.

Bagaimanapun, Kia sudah pasti terkehadapan dalam memperkenalkan gajet dalam setiap kenderaannya. Pengesan yang terdapat di bahagian depan dan belakang Sorento banyak membantu pemandu mengagak jarak yang selamat.

Penulis berpeluang memandu uji kenderaan ini semasa musim perayaan yang lepas untuk membuktikan keberkesanannya melaksanakan tugas sebagai pengangkutan utama keluarga.

Ketika pulang ke kampung, kerusi di barisan ketiga boleh dilipat ke hadapan untuk memberi ruang yang luas untuk meletakkan beg dan kelengkapan keluarga lain.

Semasa musim perayaan, tidak lengkap jika tidak kunjung mengunjung ke rumah saudara-mara dan ketika ini peranan Sorento cukup besar. Penulis cukup yakin untuk mempelawa saudara-mara untuk tumpang bersama.

Seramai tujuh dewasa dan dua kanak-kanak mampu memenuhi kenderaan ini (atas kertas tujuh orang), satu pencapaian yang cukup baik. Ruang kabin juga sangat selesa membolehkan penumpang bergurau senda semasa menaikinya.

Semuanya berjalan lancar, enjin 2.4 liter berkeupayaan untuk membawa muatan penuh tanpa sebarang masalah walaupun melalui jalan berbukit.

Ruang kabin sangat ringkas tetapi praktikal dari setiap sudut dengan penekanan kepada keselesaan dan ruang.

Secara keseluruhannya, penulis cukup berpuas hati dengan Sorento baharu ini. Cukup selesa dipandu dan cukup selesa untuk ditumpangi.

Aprilia terbaharu temui peminat Malaysia

Posted: 06 Oct 2013 12:02 PM PDT

NAZA Premira melancarkan Aprilia Caponord 1,200 berharga RM83,888 di Kuala Lumpur, kelmarin. Majlis pelancaran disempurnakan Nik Danial Nik Mahmood (kiri) dan Naib Presiden Kanan EFTRA Group, Zakaria Ismail. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 6 Okt. - NAZA Premira Sdn. Bhd. menjangkakan jualan motosikal Aprilia akan meningkat menerusi pelancaran model terbaharu 2013, Aprilia Caponord 1,200 ABS, tahun depan.

Naib Presiden, Naza Motor Bahagian Dua Roda, Nik Danial Nik Mahmood berkata, Caponord akan menyumbang 25 peratus kepada jualan pada 2014.

Beliau berkata, pendaftaran Aprilia bagi tempoh enam bulan pertama 2013 sudah mengatasi keseluruhan pendaftaran pada 2012.

"Kami menjangkakan dapat mengakhiri tahun ini dengan jualan lebih 400 unit dan menguasai tujuh peratus daripada pasaran motosikal berkuasa tinggi - prestasi terbaik setakat ini," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Jumlah jualan terbesar dijangka membabitkan model Shiver 750, katanya.

Ia merupakan model kesembilan Aprilia di Malaysia yang meliputi RS4 125cc, Shiver 750cc dan V4 TUONO 1,000 cc.

Model terbaharu memperoleh nama daripada Aprilia sebelum ini, ETV 1000 Caponord yang dikeluarkan pada 2001 menggunakan konsep 'enduro jalan' yang dipertingkat.

Dengan pengenalan Caponord, barisan produk Aprilia kini lebih luas dan mampu bersaing dalam hampir setiap segmen pasaran motosikal besar, kata Nik Danial. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemandu maut, 17 terselamat

Posted: 06 Oct 2013 12:02 PM PDT

Oleh AZIAN AZIZ dan ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

Beberapa anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mangsa nahas bas ekspres yang tercedera, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Seorang pemandu bas ekspres maut selepas kenderaan membawa 17 penumpang itu terbabas lalu merempuh sebuah papan tanda di Kilometer 21, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dekat sini awal pagi ini.

Dalam nahas pukul 2 pagi itu, mangsa, Ibrahim Ahmad, 58, sedang memandu dari Singapura ke Pulau Pinang sebelum hilang kawalan setibanya di lokasi kejadian dan merempuh penghadang jalan.

Bas itu kemudian terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar dua tiang konkrit papan tanda di situ mengakibatkan kenderaan tersebut remuk di bahagian hadapan, manakala mangsa pula tersepit di tempat duduk.

Berikutan itu juga, dua penumpang iaitu Loh Ah Yuen, 51, mengalami kecederaan di kepala dan seorang warga Amerika Syarikat (AS) Ronald Morris, patah kaki kiri serta kecederaan di perut manakala yang lain cedera ringan.

Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya, Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Sementara itu, Ronald Morris ketika ditemui Utusan Malaysia di Hospital Serdang berkata, dia bernasib baik kerana telah menukar tempat duduk asalnya iaitu dari hadapan ke belakang ketika perjalanan baru dimulakan di Singapura untuk berehat.

"Saya minta kebenaran dengan pemandu bas terlebih dahulu dan ternyata keputusan ini adalah tepat. Jika tidak kecederaan saya mungkin lagi teruk apabila melihatkan keadaan bas itu," katanya yang pertama kali melancong seorang diri ke negara ini.

Ronald Morris memberitahu, kejadian tersebut juga adalah kali pertama menimpanya walaupun telah melancong di banyak negara Asia termasuk Korea dan Jepun.

Dalam pada itu, adik Ibrahim, Yunus, 46, tidak menyangka abangnya terlibat kemalangan kerana sudah berpengalaman memandu bas lebih 10 tahun.

"Dia kalau memandu sangat berhati-hati sampai saya dan adik-beradik lain bising kerana terlalu perlahan. Dia juga tidak mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Serdang di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Nordin Manan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

"Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga akan menyiasat kes ini, manakala Kedutaan Amerika Syarikat telah dimaklumkan tentang salah seorang warga asing yang terlibat dalam kemalangan ini," katanya.

Tiada kaitan dengan pengganas

Posted: 06 Oct 2013 12:02 PM PDT

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
badrul.isa@utusan.com.my

Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Penemuan dan rampasan senjata api oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Cantas Khas yang diadakan di seluruh negara ketika ini tiada kaitan dengan sebarang aktiviti pengganas.

Pengarah Jabatan Petugas Khas (Operasi dan Anti Pengganas), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, tiada bukti menunjukkan rampasan senjata api itu mempunyai sebarang kaitan dengan aktiviti pengganas sama ada dari dalam atau luar negara.

Menurutnya, namun siasatan susulan akan dibuat dan PDRM sentiasa proaktif serta mengikuti setiap perkembangan aktiviti penangkapan atau rampasan senjata dalam Op Cantas Khas itu termasuk kejayaan rampasan senjata oleh polis Kedah baru-baru ini.

"Kita akan meneliti setiap kes tersebut satu demi satu bagi memastikan sama ada penjenayah itu mempunyai rangkaian di dalam atau luar negara. Cuma ketika ini saya beri jaminan, kejadian-kejadian tersebut tiada kaitan dengan aktiviti pengganas tetapi kesemuanya berkaitan dengan aktiviti jenayah dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menutup Forum Pengguna Kali Ketiga 2013 anjuran bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Mohamad Fuzi yang hadir mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menerima memorandum dan resolusi hasil forum selama dua hari tersebut yang bertemakan 'Masalah Pengguna, Masalah Kami, Masalah Negara', untuk tindakan selanjutnya oleh PDRM.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kesediaan PDRM hadir dan menerima resolusi terbabit membolehkan pelbagai isu berkaitan pengguna seperti masalah gores dan menang, 'Mat Kiosk' dan isu perumahan terbengkalai dapat ditangani sebaiknya.

"Kita berharap pihak polis dapat memberi perhatian dan meneliti sepenuhnya isu-isu yang diketengahkan kerana didapati sudah begitu lama memberi masalah dan membebankan pengguna tanpa penyelesaian sebaiknya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Saya akan letak jawatan'

Posted: 06 Oct 2013 12:02 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sekiranya beliau gagal membimbing skuad Harimau Selatan menjulang sebarang piala musim depan.

Itu janji dibuat Tunku Ismail kepada peminat bola sepak negeri ini seperti disiarkan di laman sosial Facebook Johor Fan Club, sekali gus menunjukkan betapa seriusnya beliau mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri ini.

Kenyataan Tunku Mahkota Johor hadir sejurus selepas pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) kalah besar 1-6 kepada Kelantan di Kota Bahru, kelmarin dan menyebabkan skuad bimbingan Azmi Mohamed itu tersingkir daripada saingan Piala Malaysia.

Namun, Tunku Mahkota Johor itu melihat kekalahan tersebut sebagai suatu yang positif dan yakin kegagalan tidak akan berterusan sambil mengibaratkan keputusan kelmarin seperti cuaca buruk, ia tidak kekal lama.

"Hari ini pasukan kita tidak bernasib baik, tetapi ia tidak bermakna Johor gagal.

"Kita merupakan kuasa baharu yang sedang bangkit, kekalahan hari ini adalah kemenangan hari esok. Saya bersama anda semua berkongsi keperitan sama," katanya.

Tunku Ismail juga berpendapat tidak salah untuk seseorang itu mempunyai cita-cita yang tinggi tetetapi pada masa sama perlu sanggup menempuh kegagalan kerana hanya dengan semangat serta kesungguhan, apa sahaja mampu dicapai.

"Segala apa yang dicapai musim ini hanyalah permulaan. Kita kalah dalam perlawanan ini tetapi semangat untuk membina empayar bola sepak yang hebat tidak pernah luntur. Kejayaan tidak datang dengan sekelip mata, ia memerlukan masa.

"Masa tersebut akan bermula pada 22 November ini," katanya tanpa penjelasan lanjut berhubung tarikh berkenaan.

Beliau turut memberitahu keinginannya yang mahukan impian masa hadapan lebih baik daripada sejarah lalu.

"Hidup mati Johor," katanya.

ATM lebih kuat dari JDT

Posted: 06 Oct 2013 12:02 PM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

PEMAIN Kelantan, Obinna Nwaneri cuba menanduk bola namun berjaya ditangkap penjaga gol Johor Darul Takzim, Zulfadhli Mohamed pada aksi suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin. - UTUSAN/Irwan Majid

KOTA BHARU - Pengendali Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan lawan yang bakal ditentang pada separuh akhir Piala Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah pasukan yang lebih kental berbanding pencabar mereka di suku akhir, Johor Darul Takzim (Johor DT).

Kata Hodak, kemampuan skuad The Gladiators itu menumbangkan juara Liga Super, LionsXII dengan kemenangan besar 4-1 pada suku akhir kedua, Jumaat lalu membuktikan mereka memiliki barisan pemain yang amat berbahaya. ATM mara ke separuh akhir dengan agregat 4-2.

Hodak turut menambah, penyerang ATM, Marlon Alex James yang kini berada pada tahap terbaiknya antara yang perlu diberi perhatian serius apabila kedua-dua pasukan berentap pada separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 19 Oktober ini.

"Pada saya ATM adalah lawan yang lebih bagus kerana mereka memiliki semangat juang yang sangat tinggi. Selepas kalah 0-1 kepada LionsXII di Singapura, mereka cuba bangkit dan berjaya mencatat kemenangan besar di tempat sendiri.

"Malah, kekuatan utama mereka juga terletak kepada Marlon Alex James yang kini berada pada prestasi terbaik. Sudah tentu, kami harus memberi tumpuan kepada pemain ini apabila bertemu nanti," ujar Hodak.

Hodak turut mengakui, beliau tidak pernah menyangka pasukannya mampu membenam Johor DT menerusi jaringan yang besar, sambil menyifatkan kemenangan 6-1 yang dilakar sebagai persembahan terbaik pernah dipamer anak-anak buahnya.

Jurulatih kelahiran Croatia itu membawa Kelantan ke separuh akhir menerusi agregat 8-5 selepas berpesta gol ke atas Harimau Selatan di depan ribuan penyokong sendiri di Stadium Sultan Muhammad IV.

Hodak berkata, semangat juang tinggi pemainnya untuk bangkit daripada kekalahan 4-2 pada separuh akhir pertama di Johor Bahru mendorong mereka untuk beraksi cemerlang.

"Saya gembira dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh barisan pemain kami. Walaupun ketinggalan dengan dua jaringan selepas tumbang 2-4 dalam aksi pertama, namun mereka tidak mudah berputus asa dan berjaya menyerap tekanan.

"Kemenangan besar ini turut mencerahkan peluang Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia," kata Hodak.

Mengulas mengenai pertemuan dengan ATM, Hodak berkata, beliau mahu menggunakan tempoh rehat dua minggu untuk merangka strategi terbaik bagi berdepan ATM.

Beliau juga berharap Shakir Shaari dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim pulih dari kecederaan menjelang perlawanan tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Perkeso keluar pampasan RM1.4b

Posted: 06 Oct 2013 12:03 PM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

Ketua Eksekutif Perkeso, K. Selvarajah (kanan) berbual dengan peserta selepas program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Maran di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di Maran, Pahang, semalam.

MARAN 6 Okt. - Sebanyak 42,194 kes kemalangan di tempat kerja membabitkan jumlah pampasan lebih RM1.4 bilion dicatatkan dari Januari sehingga Ogos lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, kes itu perlu ditangani segera melalui pendekatan lebih efektif bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Menurutnya, perangkaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan kes kemalangan dilaporkan meningkat sebanyak 2.76 peratus daripada 59,897 pada 2011 kepada 61,552 kes tahun lalu.

"Daripada jumlah tersebut, kategori kemalangan perjalanan ke tempat kerja meningkat sebanyak 5.83 peratus iaitu 26,256 kes pada tahun lalu berbanding 24,809 kes pada 2011.

"Peningkatan itu jika tidak dibendung akan mengakibatkan kerugian kepada semua pihak iaitu keluarga pekerja, majikan dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (Operasi), Datuk Mohd. Sharif Hussien dalam Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Maran di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam.

Menurut Ismail, kementeriannya memandang serius peningkatan jumlah kes itu kerana akan memberi kesan terhadap pembangunan negara.

Katanya, semua pihak terutama pemimpin masyarakat wajar memainkan peranan bagi mengurang dan membendung kadar kemalangan di tempat kerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Dalam membendung gejala ini, kementerian bersama Perkeso akan mengadakan seminar pencegahan kemalangan peringkat kebangsaan bagi mencari mekanisme terbaik mengurangkan kemalangan tersebut," katanya.

Tambah beliau, kementerian dan Perkeso akan meminta kerjasama daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya, polis dan pemimpin setempat bagi memupuk kesedaran mengenai keutamaan keselamatan di tempat kerja.

Beri didikan, latihan kepada ahli Pandu Puteri - Tunku Azizah

Posted: 06 Oct 2013 12:03 PM PDT

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikelilingi ahli Pandu Puteri ketika tiba untuk menyertai Program Khidmat Sosial Pandu Puteri Lipis di Hospital Lipis, Kuala Lipis, Pahang, semalam.

KUALA LIPIS 6 Okt. - Para guru sekolah perlu memberi didikan dan latihan kepada ahli Pandu Puteri (PP) dalam usaha melahirkan individu yang boleh dicontohi, bersahsiah serta berpotensi dalam semua bidang.

Pengerusi Pandu Puteri Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, pendedahan tersebut perlu diterapkan di peringkat Pandu Puteri Tunas di sekolah rendah dengan pengetahuan serta kemahiran seimbang yang mampu membolehkan mereka berbakti kepada masyarakat.

Baginda bertitah, ahli persatuan itu hendaklah dilatih melakukan kerja sukarela serta kemahiran kelangsungan hidup yang perlu diketahui yang merupakan sebahagian daripada proses kehidupan.

"Kerja sukarela sama ada di sekolah dan masyarakat antara amalan positif yang memberi kesan baik dalam perkembangan diri dan sahsiah mereka," titah baginda dalam Program Khidmat Sosial Pandu Puteri Lipis di Hospital Lipis di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long; Pengarah Hospital Lipis, Dr. Sharifuddin Saad dan Pengerusi Pandu Puteri Lipis, Datin Mahani Sudin.

Tunku Azizah bertitah, semangat sukarela dalam apa juga bidang merupakan satu latihan dalam usaha membangun dan mencipta generasi wanita pada masa akan datang.

"Membantu gadis remaja merupakan tanggungjawab semua pihak dalam membangunkan potensi mereka sepenuhnya sebagai warganegara berdisiplin dan bertanggungjawab," titah baginda.

Terdahulu Tunku Azizah gembira dengan kerjasama ahli Pandu Puteri Lipis bersama Hospital Lipis dalam menjayakan program tersebut bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kesihatan kanak-kanak.

"Saya yakin program ini membantu ahli Pandu Puteri mengenali lebih dekat perkhidmatan hospital di sini dan pada masa sama membimbing mereka ke arah penjagaan kesihatan," titah baginda.

Indeks jenayah Pahang turun 5.19%

Posted: 06 Oct 2013 12:03 PM PDT

KUANTAN 6 Okt. - Indeks jenayah di Pahang mencatatkan penurunan sebanyak 5.19 peratus dalam tempoh lapan bulan tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, sepanjang Januari hingga Ogos lalu, sebanyak 3,711 kes dicatatkan berbanding 3,914 kes pada tempoh sama tahun lalu.

"Statistik ini menunjukkan kadar jenayah di seluruh negeri tahun ini menurun 203 kes berbanding tahun lalu," katanya dalam sidang akhbar selepas menutup Hari Kesedaran Jenayah Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Sharifuddin memberitahu, daripada jumlah itu, jenayah kekerasan mencatat penurunan sebanyak 7.32 peratus iaitu sebanyak 772 kes berbanding 833 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, antara kes jenayah kekerasan menunjukkan penurunan ialah rogol, cabul, samun berkumpulan bersenjata api, samun berkumpulan tanpa senjata api dan ugutan jenayah.

"Bagi jenayah harta benda pula turut menurun sebanyak 4.61 peratus atau 2,939 kes berbanding 3,081 kes pada tempoh sama tahun lalu.

"Antara kes jenayah harta benda yang menunjukkan penurunan ialah curi, curi ragut dan pecah rumah pada waktu siang," katanya.

Menurut beliau, jumlah penyelesaian kes bagi tempoh itu pula adalah sebanyak 1,862 kes atau 50.18 peratus.

Dalam pada itu, kata beliau, penurunan kadar jenayah ini adalah kerjasama masyarakat dengan polis menerusi program kesedaran yang dijalankan.

"Menjadi tanggungjawab orang ramai untuk mencegahnya menerusi pelbagai pendekatan bersepadu seperti Hari Kesedaran Jenayah atau menyalurkan maklumat berkaitan perlakuan jenayah," kata beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


10 mayat mangsa kejadian kapal karam ditemui

Posted: 06 Oct 2013 10:33 AM PDT

ROM 7 Okt. - Pasukan penyelam berjaya menemui 10 lagi mayat mangsa kejadian kapal karam di Pulau Lampedusa, Itali hari ini.

Pihak polis berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas dua hari terhenti akibat keadaan laut yang bergelora.

"Kita akan jalankan operasi menyelamat asalkan keadaan laut tenang dan cuaca berterusan baik, kata polis.

Seramai 155 orang berjaya di selamatkan dalam kejadian tersebut, manakala lebih 200 lagi masih belum ditemui. - AGENSI

Dua kejadian pengebom berani mati di Mosul

Posted: 06 Oct 2013 10:32 AM PDT

MOSUL, Iraq 7 Okt. - Tindakan pengebom berani mati meletupkan sebuah lori yang sarat dengan bahan letupan di padang permainan sekolah rendah utara Iraq hari ini, mengakibatkan 15 terkorban dengan kebanyakan mangsa merupakan murid-murid sekolah dan seorang pengetua.

Beberapa minit sebelum kejadian tersebut, seorang lagi pengebom berani mati telah meletupkan sebuah balai polis di bandar yang sama di Tel Afar, kira-kira 70 kilometer barat laut Mosul.

Namun begitu, tiada sebarang kematian dilaporkan dalam kejadian di balai polis itu.

"Kami berhadapan dengan dua letupan besar hari ini yang telah mengakibatkan berpuluh-puluh orang mati dan cedera, kata Datuk Bandar Tel Afar, Abdul Al Abbas kepada Reuters. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


PCA tidak aniaya sesiapa

Posted: 06 Oct 2013 12:02 PM PDT

AWAL pagi Khamis lalu, Akta Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasaan) 2013 diluluskan oleh Dewan Rakyat. Bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM), undang-undang baharu tersebut dilihat akan memberi lebih tenaga kepada mereka dalam menangani jenayah khususnya jenayah terancang.

Namun sebelum itu terdapat bantahan daripada pelbagai pihak yang mendakwa kononnya akan berlaku penganiayaan terhadap mana-mana individu yang ditahan di bawah akta berkenaan.

Bagi peguam jenayah kanan, RANJIT SINGH DHILLON, beliau menganggap mereka yang membantah itu sebagai golongan yang tidak faham undang-undang.

Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZABRY MOHAMAD MADZLAN dan jurugambar, SAZALI CHE DIN di Pulau Pinang, Ranjit yang juga Pengerusi Kerusi Undang-undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri menerangkan serba sedikit mengenai PCA bagi membolehkan masyarakat umum memahaminya.

UTUSAN: Kenapa terdapat tentangan yang begitu kuat terhadap pindaan PCA ini?

RANJIT: Keadaan demikian berlaku berikutan salah faham di antara pihak-pihak tertentu seperti ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Majlis Peguam yang menyamakan pindaan baharu itu dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan khasnya dari segi skop serta penguatkuasaan.

Apakah salah faham yang dimaksudkan itu?

ISA merangkumi skop kesalahan yang lebih meluas terhadap badan atau individu yang melakukan kesalahan memudaratkan ketenteraman awam, misalnya membangkitkan ketegangan antara kaum, mengkritik secara tidak berasas sehingga menaikkan perasaan marah di kalangan masyarakat. Keadaan sebegini boleh disifatkan sebagai berbau politik jika diberi penterjemahan yang liberal.

PCA sebaliknya mempunyai tujuan spesifik serta mensasarkan kumpulan tertentu iaitu memerangi sindiket jenayah terancang, berbahaya dan mengancam ketenteraman awam serta negara. Kumpulan sebegini mempunyai reputasi sehingga tidak menggalakkan orang awam menjadi saksi kerana takut diri individu terbabit akan terancam.

Mengapa ada pihak mendakwa PCA melanggar hak asasi dan menggalakkan penahanan suspek tanpa perbicaraan?

Ini juga merupakan salah tafsir malahan kedaifan pihak-pihak tertentu khususnya ahli politik yang mempunyai agenda tersendiri. PCA memperuntukkan penubuhan Lembaga Pencegahan Jenayah yang terdiri daripada tiga orang panel yang mengadili kes. Pengerusi lembaga itu juga wajib dijawat oleh bekas atau orang berkelayakan setaraf dengan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi.

Penahanan untuk tempoh dua tahun haruslah diluluskan terlebih dahulu oleh lembaga ini. Pada peringkat ini, adalah dihujahkan bahawa representasi kesahihan tahanan sedemikian dapat dipertikaikan sama ada oleh tahanan sendiri atau melalui khidmat peguam berserta pemanggilan saksi-saksi tahanan jika diperlukan. Peringkat ini boleh didefinisikan sebagai peringkat cabaran substantif atau peringkat perbicaraan intipati kebolehpercayaan tuduhan-tuduhan terhadap tahanan.

Di bawah PCA, adakah penahanan dua tahun ini secara automatik?

Tidak automatik. Seperti dinyatakan di atas, tapisan dibuat daripada kes ke kes oleh lembaga selepas melalui proses pengadilan seperti perbicaraan di mahkamah dengan laporan siasatan yang lengkap. Tambahan pula, prasyarat penahanan dua tahun ini adalah tahanan telah melanggar perintah pengawasan yang telah dikenakan terdahulu ataupun tahanan penjenayah berdaftar telah pun melakukan dua atau lebih jenayah berat berserta laporan siasatan yang mempunyai keterangan kukuh untuk menyokong intipati kesalahan.

Adakah penahanan suspek berakhir di situ? Tidakkah suspek boleh mencabar perintah penahanan dua tahun di mahkamah?

Tahanan boleh mencabar di Mahkamah Tinggi melalui permohonan habeas corpus iaitu penahanannya melanggar hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan. Peringkat ini adalah cabaran terhadap ketidakpatuhan tatacara atau prosedur proses tahanan yang tidak mengikut lunas undang-undang. Peringkat ini melibatkan penyeliaan ketat oleh pihak mahkamah untuk mentafsirkan hak asasi tahanan.

Permohonan membebaskan tahanan boleh berjaya hanya di atas kesilapan-kesilapan teknikal perintah misalnya tiada nama atau cop pegawai penahanan, kesilapan menaip dalam afidavit pihak tahanan, tiada dokumen sokongan dalam afidavit, kegagalan pegawai yang sepatutnya mengikrar afidavit malahan merangkumi kesilapan ejaan nama atau tarikh tertentu.

Ini menunjukkan begitu ketatnya badan kehakiman menjaga dan memelihara hak-hak asasi tahanan yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Seterusnya, jika pada peringkat itu iaitu di Mahkamah Tinggi, tahanan gagal mencabar penahanannya, dia masih lagi berhak membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada lima orang panel.

Jelaslah, hak representasi serta cabaran tahanan terus terpelihara dalam sistem pengadilan proses perbicaraan negara kita. Harus diingatkan bahawa PCA tidak memberi hak representasi tersebut, jadi tahanan mestilah mangambil langkah-langkah proaktif dan rasmi bahawa dia memerlukan khidmat peguam dan bercadang memanggil saksi-saksi semasa proses penyiasatan.

Untuk menjamin tidak berlaku berat sebelah serta bagi memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan maka permintaan tahanan seharusnya dibenarkan kecuali permintaan demikian bertujuan tidak munasabah.

Apakah perbezaan antara PCA dengan Ordinan Darurat (EO)?

Di bawah EO, Menteri Dalam Negeri yang mengeluarkan Perintah Tahanan dua tahun iaitu fungsi pengadilan diambil alih oleh Menteri. Berbeza dengan PCA, Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan Perintah Tahanan menurut sistem siasatan yang lebih berteras perbicaraan substantif intipati-intipati kesalahan berdaftar. Menteri tiada peranan langsung dalam pengeluaran Perintah Tahanan dua tahun, justeru PCA bukanlah pengeluaran perintah tahanan eksekutif Menteri tanpa perbicaraan seperti dalam EO dan ISA.

Selain PCA, adakah terdapat rang undang-undang lain yang memperuntukkan tahanan di bawah kegiatan-kegiatan jenayah lain?

Memang terdapat Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang digubal untuk membendung aktiviti-aktiviti pengedaran dadah berbahaya secara bersindiket. Rang undang-undang ini masih kekal sehingga ke hari ini dan memberi kuasa tahanan selama dua tahun daripada Menteri Dalam Negeri. Kuasa tahanan ini adalah mutlak di bawah tangan Menteri Dalam Negeri, dalam erti kata lain beliau mempunyai kata putus sama ada suspek harus ditahan selama dua tahun di Pusat Pemulihan Akhlak kerana aktiviti-aktiviti yang melibatkan dadah berbahaya.

Kenapa pula rang undang-undang berbahaya ini tidak pernah dikritik atau didesak pemansuhannya oleh badan-badan tertentu khususnya Majlis Peguam dan NGO berkaitan hak asasi?

Jawapannya senang, iaitu ADB memang begitu berkesan membendung aktiviti sindiket dadah berbahaya di negara ini. Keberkesanan rang undang-undang ini memang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pengkritik hak asasi manusia selama ini. Tambahan pula, mustahil kesemua 'taukeh' sindiket ditangkap semasa berurusan' untuk dikenakan pertuduhan di mahkamah. Mereka yang menjadi nadi penggerak sindiket sedemikian lebih merupakan perancang dan selalunya keldai-keldai dadah yang dihadapkan di mahkamah.

Tidakkah ini merupakan tindakan hipokrit, iaitu berdiam diri tentang ADB tetapi membuat bising' terhadap undang-undang pencegahan jenayah bersindiket seperti PCA?

Itulah yang saya tidak faham tindakan golongan sebegini. Mereka mengiktiraf ancaman dadah berbahaya tetapi memandang sebelah mata ancaman sindiket jenayah yang melibatkan senjata api serta kekerasan. Dalam melindungi kargo dadah mereka, sindiket-sindiket ini melengkapkan ahli-ahlinya dengan senjata api untuk menjaga dadah bernilai jutaan ringgit bahkan sanggup bertelingkah dengan kumpulan-kumpulan lain sehingga sanggup berbunuhan demi mempertahankan 'perniagaan' masing-masing.

Dadah dan senjata api, sebenarnya saling bertindih dan saling berganding bahu, jadi PCA diperlukan. Pejuang hak asasi ini memilih menutup mata kepada satu kegiatan tapi nampak berjuang habis-habisan terhadap satu lagi kegiatan yang berhaluan sama. Mungkinkah agenda politik peribadi atau agenda berkumpulan tertentu menjadi faktor penentangan terhadap apa sahaja yang dicadangkan oleh kerajaan? Harus diingat bahawa kritikan jika mahu dibuat haruslah bersifat membina, bukannya 'tin kosong' tanpa sebarang cadangan bagi memperbaiki keadaan.

Akhir sekali, apa rumusan anda terhadap pindaan PCA?

PCA diperlukan. Penjenayah sekarang amat terancang termasuk mahir menggunakan teknologi maklumat (IT). Semakan dari semasa ke semasa mungkin diperlukan untuk mengemas kini PCA. Percayalah kerajaan menggubal PCA untuk keamanan dan kesejahteraan negara, bukan mengguna mengikut kehendak hati sendiri tetapi untuk rakyat. Akhir kata, dengan taring PCA ini, keadaan di jalanan akan lebih selamat untuk kita.

Kempen bukan sekadar pengenalan calon di pentas

Posted: 06 Oct 2013 12:02 PM PDT

Oleh Hassan Mohd. Noor

HARI ini, anggota UMNO akan dapat mengetahui kedudukan muktamad siapa yang selamat untuk bertanding atau tidak. Masih ada lebih kurang seminggu untuk sayap dan dua minggu untuk peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi menjelang pemilihan UMNO pada 12 dan 19 Oktober ini. Ketika ini calon-calon yang bertanding sibuk berkempen memperkenalkan diri dari satu negeri ke satu negeri. Semalam, mereka yang menawarkan diri bertanding berada di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bagi calon-calon yang berkesempatan, mereka berpeluang menunjuk muka kepada para perwakilan di tiga negeri itu manakala yang tidak berpeluang berbuat demikian terpaksa melupakannya. Mungkin sekadar menghantar ejen calon yang mengedarkan bahan-bahan yang boleh memperkenal atau mempromosi diri mereka.

Dalam tempoh berkempen ini, seperti yang dijangka sudah ada suara-suara yang menyatakan rasa tidak puas hati mengenai syarat berkempen untuk memperkenalkan diri. Ada yang berkata, kaedah sekarang adalah kerja buang masa. Bayangkan dalam satu hari, tiga negeri terpaksa dijelajah seperti berlaku semalam - mula-mula Kelantan, kemudian Terengganu dan pada sebelah malamnya Pahang. Kaedah yang ada iaitu sesi pengenalan calon yang dianjurkan Badan Perhubungan UMNO Negeri, mereka yang menawarkan diri bertanding hanya diperkenalkan di atas pentas tanpa diberi peluang untuk berucap menyatakan visi dan misi masing-masing di hadapan perwakilan. Mungkin disebabkan kesuntukan masa. Apabila selesai mengelilingi seluruh negara termasuk Sabah (kecuali Sarawak), maka mereka yang tidak ada sebarang jawatan hanya menunggu hari pemilihan. Ada yang bimbang tindak tanduk mereka berkempen secara sendirian mengundang bahaya terlanggar etika pemilihan. Silap haribulan nama mereka disingkirkan atau kalau menang, kemenangan dibatalkan. Sebenarnya, ramai calon yang masih keliru mengenai had mereka untuk berkempen.

Seperti yang diselak sebelum ini, biarlah mereka ini berkempen dengan apa cara sekalipun asalkan tidak melanggar peraturan parti atau memburukkan orang lain yang turut menawarkan diri untuk bertanding. Minggu lalu, Selak juga turut mempersoalkan bagaimana ruang untuk mereka yang tidak memegang sebarang jawatan mampu muncul dalam pelbagai media? Keadaan ini berbeza bagi calon yang mempunyai jawatan sama ada di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat atau memegang jawatan lain yang boleh mencipta pelbagai aktiviti untuk mempromosi diri tampil bertemu pemilih sama ada secara langsung atau tidak langsung. Eloklah kempen untuk menyatakan visi dan misi diberi kelonggaran. Fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah mengelakkan gejala politik wang dan kempen memburukkan orang lain. Apa yang penting elakkan ketirisan poket sepanjang berkempen. Inilah etika penting yang perlu dijaga iaitu menolak politik wang dan memburukkan orang lain.

Langkah memberi kebebasan berkempen yang ada batasannya ini diharap dapat memberi ruang kepada calon-calon yang kurang dikenali atau mungkin tidak dikenali berkempen menjelang pemilihan parti pada 12 dan 19 Oktober ini supaya perwakilan lebih mengenali mereka.

Perwakilan lebih mengenali mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan termasuk menteri atau timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri atau exco kerajaan negeri. Begitu juga yang memegang jawatan dalam beberapa badan berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain. Tetapi berapa ramai yang mengenali calon-calon ini berbanding yang berstatus menteri, timbalan menteri, menteri besar atau ketua menteri? Jawatan juga khabarnya belum menjamin perwakilan mengenali calon berkenaan di samping isu yang dihadapi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan ketika menegur kaedah berkempen itu berkata: Kalau tak boleh pergi sana, pergi sini dan tak dibenarkan untuk berjumpa, susahlah, lagi pun sekarang ini pemilihan daripada akar umbi. Kalau kita tak pergi jumpa akar umbi macam mana dia nak kenal Mohamad bin Haji Hasan, orang Tumpat tak kenal saya. Ini tak beri peluang kepada calon. Itu rintihan seorang calon yang mempunyai kedudukan, apatah lagi bagi yang tiada apa-apa.

Semoga rintihan ini mendapat perhatian supaya demokrasi dalam UMNO diperkasakan serta menjadi contoh kepada parti lain semasa membuat pemilihan.

PERANAN MELAYU DALAM DAP

MASIH menjadi bualan mengenai pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada minggu lalu. Cakap-cakap yang berlegar ialah berkaitan amaran DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), jumlah perwakilan yang tidak hadir, undi popular dan Melayu dalam DAP. Sudah ada laporan polis berhubung apa yang dikatakan ugutan terhadap ROS. Turut menarik perhatian ialah jumlah undi yang diperoleh hasil pilihan 1,725 perwakilan (1,663 undi sah, 62 undi rosak). Berkait isu jumlah undi ini menimbulkan persoalan siapa paling layak menjadi Setiasuaha Agung DAP. Seperti diketahui umum, mendahului senarai dalam kelompok 20 calon memperoleh undi tertinggi ialah anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang mendapat 1,438 undi berbanding anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (1,304 undi) di tangga ke-5. Pada pemilihan Disember 2012, Chin Tong memperoleh 984. Ini bermakna jumlah undinya meningkat. Guan Eng pula mengalami kemerosotan apabila undinya jatuh sebanyak 272 undi. Pada pilihan raya umum (PRU) lalu, di Kluang, daripada 75,308 undi yang dikeluarkan, Chin Tong mendapat 40,574 undi sementara di Bagan, daripada 59,796 kertas undi, Guan Eng memperoleh 46,466 undi. Ini angka berkaitan undi yang menarik perhatian.

Bagaimana pula undi untuk Melayu DAP? Lapan orang bertanding. Zairil, orang kuat Guan Eng terselamat di tangga ke-12 setelah memperoleh 1,132 undi. Beliau memperbaiki kedudukan berbanding 803 undi pada 2012. Melayu lain ialah Ariffin S.M Omar di tempat ke-28 (441 undi) berkongsi kedudukan dengan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Ahmad Ton (351), Zulkifli Mohd Noor (220), Solaiman Op Syed Ibrahim (103) dan Harun Ahmad (87). Roseli Abdul Ghani yang menarik diri masih mendapat 61 undi berbanding pemilihan lalu memperoleh 69 undi. Bagi memenuhi kuota Melayu, Ariffin, anggota Dewan Negara kemudiannya dilantik sebagai salah seorang naib pengerusi. Begitulah kedudukan Melayu dalam DAP.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Pembikin filem tidak penuhi harapan rakyat - Dr. Anwar

Posted: 06 Oct 2013 03:49 AM PDT

KOTA BHARU 6 Okt. - Kebanyakan pembikinan filem di negara ini tidak memenuhi harapan sebenar yang masyarakat mahukan daripada pemain dalam industri itu kerana karyawannya terlalu tunduk kepada kehendak pasaran dan tidak berusaha mengembangkan budaya pemikiran yang luas dan matang.

Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan berkata, lebih banyak karya serius sepatutnya diangkat ke layar perak meski pun menyedari tidak ramai penerbit sanggup melabur.

"Industri filem kita malang kerana kebanyakannya dihasilkan hanya untuk memenuhi kehendak pasaran yang dikuasai golongan muda sedangkan kita perlu mengangkat karya sastera bermutu seperti novel ke layar perak sebagaimana penggiat di Barat dan Jepun lakukan.

"Walaupun Barat dan Jepun menghasilkan banyak filem komersial, mereka tetap tidak lupakan karya-karya sastera," katanya ketika berucap pada Wacana Kesusasteraan Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat anjuran bersama Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur di sini hari ini.

Kira-kira 500 peserta daripada pelbagai golongan menghadiri program yang disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad.

Seorang lagi pembentang kertas kerja pada majlis itu ialah pengasas laman sesawang e-Sastera.com, Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas. - UTUSAN ONLINE

Menjaja teman lelaki

Posted: 06 Oct 2013 06:02 AM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto SYEFRY MONIZ dan NURAIN AZEMI (Pelatih Unisel)

Hanez Suraya

KISAH cinta terbaharu Hanez Suraya, 28, dengan seorang lelaki mengundang perhatian banyak pihak baru-baru ini. Semuanya gara-gara gambar mesra mereka dimuat naik di Internet sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Rata-rata pihak berpendapat Hanez sudah menemui pengganti baru selepas kecundang bercinta dengan penyanyi Awi Rafael.

Berlatar belakangkan pantai, ada berpendapat pasangan tersebut sedang meraikan cinta dengan bercuti bersama-sama di Pulau Tioman, Pahang.

Seiring itu timbul tanggapan liar mengatakan Hanez sengaja mahu menunjuk-nunjuk kehadiran teman lelaki baru dalam hidupnya.

Biarpun berulang kali Hanez menegaskan lelaki itu sekadar teman namun tetap timbul kemusykilan mengapa dia sanggup bersusah payah membuat kejutan kepada Hanez pada hari terakhir aktres tersebut menjalani penggambaran sebuah rancangan berbentuk permainan ekstrem .

Ada orang kata Hanez mudah dapat pengganti selepas putus dengan bekas kekasih. Sebenarnya tak. Hanez ambil masa yang agak lama untuk pulih. Wanita mana yang tak sedih bila patah hati.

Kalau dahulu Hanez terlalu menjaga hati dia. Apa saja yang Hanez buat, Hanez dahulukan perasaan dia. Tapi itu semua cerita dulu. Cerita masa kami ada hubungan istimewa.

Jadi apabila sudah putus, Hanez bangkit. Hanez dah tak nak fikir cerita silam yang sedih-sedih itu. Sebab Hanez dah tak ada masa nak pandang belakang.

Kemudian bila ada lelaki lain hadir dalam hidup Hanez, rasanya tak salah kalau Hanez berkawan rapat? Lagi pun Hanez single dan bebas untuk berkawan dengan siapa saja.

Hanez bukan nak menunjuk-nunjuk atau berkongsi cerita cinta Hanez. Sebab itu Hanez rasa tak wajar untuk bercerita tentang perkara ini buat masa sekarang," tegasnya.

Masih belum bersedia dedahkan gerangan lelaki tersebut yang khabarnya seorang ahli perniagaan, Hanez meminta diberikan sedikit ruang untuk mengerti situasi dirinya yang tidak mahu mencetuskan kontroversi berhubung soal cinta lagi.

Hanez banyak belajar daripada kisah cinta masa silam. Banyak kesilapan berlaku jika terlalu mendedahkan kisah cinta kita pada masyarakat. Cerita kerjaya kita seolah-olah dipinggirkan.

Sebab itu Hanez seboleh-bolehnya tak mahu bercakap pasal soal cinta ini. Cuma apa yang boleh Hanez katakan Hanez dalam proses nak mengenali hati budi dia.

Dia adalah lelaki yang paling hampir dengan Hanez buat masa sekarang ini. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab Hanez takut pisang berbuah dua kali.

Dan kalau boleh Hanez tak mahu merasai kesakitan itu lagi. Berserah saja pada jodoh," katanya yang enggan lagi menjalin hubungan cinta dengan individu dalam industri hiburan selepas cintanya putus di tengah jalan dengan Awi Rafael.

Mengajukan persoalan tentang sikap Hanez yang agak berahsia tentang kisah peribadi berbanding sebelum ini apabila amat terbuka berkongsi cerita dengan masyarakat, wanita ini tersenyum.

Tegasnya, dia perlu membuat pertimbangan sewajarnya sebelum berkongsi cerita peribadi kerana tidak mahu dikata sengaja mencari publisiti murahan.

Cukup-cukuplah Hanez kongsi cerita tentang cerita cinta Hanez. Entah-entah orang di luar itu dah naik menyampah," katanya.

Tiada lagi sasaran kahwin

Sewaktu sedang bercinta dengan Awi sebelum ini, Hanez pernah menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga pada usia 30 tahun. Pun begitu impiannya terkubur selepas kecundang dengan percintaan tersebut.

Sekarang ini adalah waktu Hanez cari duit. Intai peluang untuk berjaya dalam bidang lakonan. Nak cari watak yang pelbagai dan kuat supaya orang boleh buka mata dengan bakat Hanez.

Itulah fokus utama Hanez. Soal jodoh Hanez berserah pada-Nya. Tak ada apa yang Hanez nak kejar sangat. Kalau ada, adalah... kalau tak, nak buat macam mana?

Hanez dah tak mahu fikir sangat tentang soal kahwin. Dahulu memang ada (fikirkan) tapi sekarang ini soal kahwin jadi jatuh ke nombor kedua atau ketiga," katanya lagi.

Sengaja mengusik tentang kerisauan Hanez sekiranya bergelar anak dara tua dek terlalu memikirkan soal kerja menyebabkan dia tersenyum lebar.

Katanya, istilah berkenaan tidak sesuai digunakan pada zaman teknologi seperti hari ini. Apatah lagi kaum Hawa hari ini sudah bijak berdikari dan tidak terlalu mengharapkan ihsan lelaki untuk berjaya.

Kereta mewah hasil berlakon?

SEPANJANG perjalanan kariernya selama 10 tahun dalam industri hiburan, Hanez merasai wujud perubahan dalam hidup berbanding awal pembabitannya.

Hanez kini sudah merasai imbuhan hasil titik peluh dan kerja kerasnya sebelum ini dengan hasil pendapatan yang agak lumayan setiap bulan.

Kesenangan yang dimiliki itu secara tak langsung menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang berpendapat kononnya dia mencari jalan pintas untuk meraih pendapatan.

Sehingga ada dakwaan kononnya dia ditaja seseorang sehingga memiliki kereta hebat dengan gaya hidup yang mewah.

Hanez tahu ada segelintir pihak yang tak suka dengan kesenangan yang kita ada. Dengki mendengki di kalangan masyarakat kita ini bukan satu perkara baru.

Jadi apabila ada orang buat cerita salah tentang Hanez, Hanez memang marah. Sebab mereka tak tahu macam mana susahnya Hanez nak bertapak dalam industri ini.

Hanez bekerja siang dan malam untuk dapat apa yang Hanez impian. Sakit perit macam mana pun Hanez kena gagah sebab Hanez tahu semua ini sebab kerja.

Sekarang ini Hanez pun dah naik letih bila kesenangan yang kita jadi bahan cerita orang. Cerita taja menaja ini Hanez malas nak layan. Cuma Hanez cabar orang yang kata Hanez ditaja itu untuk buktikan dakwaannya.

Hanez tak takut sebab Hanez berada di jalan yang benar," katanya lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Peluang usahawan perkenal produk

Posted: 06 Oct 2013 06:02 AM PDT

Oleh MOHAMMAD AL FAIZAL ABDUL KARIM
pengarang@utusan.com.my

Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (dua dari kanan) bersama Tengku Nong Fatimah (tiga dari kiri) menikmati susu soya semasa mengunjungi Festival Halal Malaysia, 2013 di Mines, Kuala Lumpur semalam. - MINGGUAN/ WAHIDAH ZAINAL

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Usaha mempelbagaikan penghasilan produk halal semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengusaha tempatan bagi memajukan perniagaan masing-masing.

Kreativiti yang ditunjukkan golongan ini semakin hari semakin meningkat sehingga turut berjaya menarik perhatian masyarakat bukan Islam.

Tinjauan Mingguan Malaysia di Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2013 mendapati, para usahawan turut mencari peluang 'menjual' produk yang dihasilkan tersebut ke peringkat global.

Pengarah Urusan Kira Haq Global Marketing Sdn. Bhd., Aziz Mohd. Haron berkata, Halfest 2013 telah menjadi satu platform yang berpotensi untuk pihaknya memasarkan produk berasaskan madu lebah yang dianggap lain daripada lain.

"Antara produk kami yang unik adalah minuman madu dicampur dengan ramuan herba dalam botol yang bagus untuk kesihatan dan sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur.

"Halfest ini memberi peluang untuk kami memasar dan memperkenalkan produk berasaskan madu unik ini ke peringkat yang lebih luas," katanya.

Pegawai Pemasaran Biomist Technology (M) Sdn. Bhd., Luthfi Rahman pula berpendapat, Halfest banyak membuka peluang dalam usaha mendidik pengguna tentang produk keluaran mereka.

"Halfest banyak membantu kami memberi informasi dengan terperinci tentang produk Biomist yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan tiada campuran kimia serta selamat," ujar beliau.

Menurut beliau, produk Biomist merupakan produk pertama yang mendapat sijil halal.

Sementara itu, Pengarah Urusan Bidara Herba Niaga, Rosliza Sidek berkata, Halfest adalah antara usaha yang dapat membantu pengusaha-pengusaha mempamerkan produk berkualiti untuk pasaran tempatan.

"Pameran seumpama ini membuka ruang untuk kami (pengusaha) berkongsi idea dan pada masa yang sama memudahkan usaha kami untuk memasarkan barangan yang berkualiti," katanya.

Penganjuran Halfest 2013 yang masuk hari keempat turut menerima kunjungan Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diiringi isterinya, Tengku Nong Fatimah.

Halfest 2013 yang berlangsung di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan akan berakhir esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Fotografi corak

Posted: 06 Oct 2013 06:02 AM PDT

IMEJ bentuk merupakan salah satu asas penghasilan corak.

FOTOGRAFI Corak atau lebih dikenali sebagai Pattern Photography merujuk pada satu rakaman imej berulang-ulang.

Corak fotografi ini terhasil dengan adanya beberapa elemen penting seperti garisan (lines), bentuk (form), warna (colour) dan tekstur (texture). Corak-corak ini wujud dalam persekitaran alam semulajadi mahupun buatan manusia.

Jalinan corak pembentukan visual memperlihatkan bagaimana susunan komposisi subjek bergantung kepada kemahiran asas fotografi seseorang jurufoto.

Penggunaan lensa sesuai serta kepekaan jurufoto terhadap persekitaran cahaya dan pengetahuan pemilihan jarak jelas (depth of field) antara faktor penting pembentukan imej corak fotografi.

Secara teorinya rakaman keseluruhan imej ini mempunyai daya kekuatan dan memberi perspektif tersendiri bagi salah satu cabang bidang fotografi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Utusan Online - Keluarga

Posted:

Utusan Online - KeluargaIkuti berita penuh untuk ruangan Keluarga menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga Utusan Online - Keluargahttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga Wanita terperangkap zaman 1950-anhttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131006/ke_01/Wanita-terperangkap-zaman-1950-an FESYEN klasik berskirt kembang dan potongan baju yang menonjolkan bentuk badan yang terkenal pada 1950-an kembali digemari ramai. Ramai wanita dilihat menggayakan gaya klasik tersebut yang dipadankan dengan...2013-10-06T21:02:17+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Kelolaan RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1006/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131006/ke_01/Wanita-terperangkap-zaman-1950-an </image></item><item><title>Kasih ibu membawa berkathttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131006/ke_02/Kasih-ibu-membawa-berkat KISAH ?Emak sayang anak kerana duit? seperti yang diceritakan oleh Mas Elyna dua minggu lalu betul-betul menyentuh hati naluri saya, kerana itulah perasaan yang saya lalui pada mulanya. Dan saya bersetuju...2013-10-06T21:02:17+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Stik daging segar, halalhttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131006/ke_03/Stik-daging-segar-halal SEBAIK melangkah ke restoran Ayers Rock Butcher & Grill (Ayers Rock) yang terletak di Wangsa Maju Kuala Lumpur, mata penulis terus melirik ke arah peti sejuk dingin (display chiller). Terletak berhampiran...2013-10-06T21:02:17+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1006/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131006/ke_03/Stik-daging-segar-halal </image></item><item><title>Jual bakat kerana minathttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131005/ke_01/Jual-bakat-kerana-minat KEBANYAKAN karya seni bernilai tinggi yang dihasilkan pelukis tempatan mungkin dianggap sekadar gambar hiasan semata-mata oleh kebanyakan rakyat di negara ini. Sungguhpun memahami gelora apabila berada...2013-10-05T02:40:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1005/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131005/ke_01/Jual-bakat-kerana-minat </image></item><item><title>Pertahankan diri dengan SDShttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131005/ke_02/Pertahankan-diri-dengan-SDS KEBELAKANGAN ini, kita kerap didedahkan dengan isu jenayah dan kekerasan seperti rogol, curi kereta, ragut, jenayah domestik, pecah masuk rumah dan lain-lain, terutamanya terhadap golongan wanita yang semakin...2013-10-05T02:40:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1005/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131005/ke_02/Pertahankan-diri-dengan-SDS </image></item><item><title>Syukri jadi doktor cintahttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131005/ke_03/Syukri-jadi-doktor-cinta DOKTOR CINTA... Itu mungkin gelaran yang sesuai buat Syukri Tahir, 23, apabila cuba mengetengahkan topik mengenai motivasi cinta dan tip perhubungan, selain bercerita mengenai gaya hidup, bisnes serta filem...2013-10-05T20:59:51+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1005/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131005/ke_03/Syukri-jadi-doktor-cinta </image></item><item><title>Tempatan Fest 3.0 gegar Dataran DDEChttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131005/ke_04/Tempatan-Fest-3.0-gegar-Dataran-DDEC SAMBUTAN yang begitu gempak sebelum ini membuatkan penganjur Tempatan Fest 1.0 dan 2.0 iaitu Achtung! KL terus mengorak langkah mengadakan sekual ketiga selama dua hari bermula hari ini. Program dengan...2013-10-05T20:59:51+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1005/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131005/ke_04/Tempatan-Fest-3.0-gegar-Dataran-DDEC </image></item><item><title>Taksub ubah wajah menyerupai idolahttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131005/ke_05/Taksub-ubah-wajah-menyerupai-idola MEMANDANGKAN prosedur pembedahan plastik menjadi lebih selamat dengan adanya teknologi perubatan yang canggih oleh pakar bedah plastik mahir, maka semakin ramai individu mulai taksub dengan pembedahan tersebut.2013-10-05T20:59:51+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1005/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131005/ke_05/Taksub-ubah-wajah-menyerupai-idola </image></item><item><title>Masak untuk kendurihttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131004/ke_01/Masak-untuk-kenduri WALAUPUN Hari Raya Aidiladha akan disambut seminggu lebih lagi, kehangatannya sudah mula terasa terutama di kalangan bakal jemaah haji yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Begitu juga saya apabila kakak...2013-10-04T15:38:52+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1004/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131004/ke_01/Masak-untuk-kenduri </image></item><item><title>Searasi bersamahttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131003/ke_01/Searasi-bersama "Bagi yang mempersoalkan tentang fizikal saya dan selalu bertanya kenapa saya dilahirkan dengan tubuh kecil 'kerdil', sebenarnya mereka tidak memahami takdir dan ketentuan Allah. "Bukan dipinta dilahirkan...2013-10-03T14:30:36+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1003/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131003/ke_01/Searasi-bersama </image></item><item><title>Beg kertas simpan kenanganhttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131003/ke_02/Beg-kertas-simpan-kenangan MINAT mendalam terhadap seni reka dan kreativiti beg kertas membuatkan Jany Tan Poo Choo, mengumpul lebih 500 beg kertas dari dalam dan luar negara, yang setiap satunya cukup istimewa dan membawa makna...2013-10-03T14:30:36+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1003/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131003/ke_02/Beg-kertas-simpan-kenangan </image></item><item><title>Kehamilan 'hantu'http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131003/ke_03/Kehamilan-hantu LIYANA (bukan nama sebenar) masih tidak dapat menerima hakikat bahawa 'bayi' yang dikandungnya selama enam bulan hilang begitu sahaja. Katanya, suatu malam semasa sedang tidur, dia bermimpi didatangi oleh...2013-10-03T14:30:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MERAN ABU BAKArNutrisi untuk kesihatan anakhttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131003/ke_04/Nutrisi-untuk-kesihatan-anak PENGALAMAN seorang ibu melihat anaknya membesar di hadapan mata adalah saat terindah yang perlu dihargai. Setiap detik dan waktu yang dikongsi bersama sepanjang tempoh berlakunya proses tumbesaran, ibu...2013-10-03T14:30:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SITI AISHAH YUSOFF<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1003/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131003/ke_04/Nutrisi-untuk-kesihatan-anak </image></item><item><title>Suami ganas, Arisa larikan dirihttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131002/ke_01/Suami-ganas-Arisa-larikan-diri DI depan ahli keluarga pijak semut pun tak mati tetapi di belakang hanya Allah dan saya saja yang tahu," luah Arisa Yusuf (bukan nama sebenar), 26, membuka bicara. Pada mulanya wanita muda ini enggan...2013-10-02T14:56:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Cinta pandang pertamahttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131002/ke_02/Cinta-pandang-pertama Pada Sabtu lalu bertempat di Kampung Pengantin, Kuala Lumpur, telah berlangsung majlis resepsi Firdaus dan Norain yang begitu meriah dihadiri sanak saudara serta sahabat handai. Kebanyakan tetamu datang...2013-10-02T14:56:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1002/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131002/ke_02/Cinta-pandang-pertama </image></item><item><title>Taman Al Firdausi Precious Momenthttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131002/ke_03/Taman-Al-Firdausi-Precious-Moment SELANGKAH lagi ke hadapan, rekaan pelamin ala taman Al Firdausi merupakan sentuhan terbaru Preciouse Moment Collection (Precious Moment), yang menjanjikan kelainan kepada pasangan pengantin. Selaku penaja...2013-10-02T14:56:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SITI AISHAH YUSOFF<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1002/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131002/ke_03/Taman-Al-Firdausi-Precious-Moment </image></item><item><title>Menanggung dosa suamihttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131001/ke_01/Menanggung-dosa-suami DARIPADA jumlah itu, 268 daripadanya adalah wanita yang terdiri daripada golongan suri rumah. Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana suri rumah yang tidak bekerja dan tidak mungkin mempunyai jangkauan kehidupan...2013-10-01T15:01:36+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1001/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131001/ke_01/Menanggung-dosa-suami </image></item><item><title>Tiada ilmu kontraseptifhttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131001/ke_02/Tiada-ilmu-kontraseptif SIKAP malu atau stigma sosial digambarkan sebagai halangan nombor satu rakyat Malaysia tidak mendapat ilmu yang cukup tentang kaedah pencegahan kehamilan. Input ini diperoleh hasil daripada kaji selidik...2013-10-01T15:01:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NOOR FAZRINA KAMAL<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1001/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131001/ke_02/Tiada-ilmu-kontraseptif </image></item><item><title>Kulit tegang tanpa botokshttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131001/ke_03/Kulit-tegang-tanpa-botoks MUKA merupakan tarikan utama. Kulit muka yang bersih, halus dan berseri membuatkan seseorang itu tidak jemu dipandang walaupun individu itu hanya mempunyai paras yang biasa. Oleh itu, sudah menjadi keutamaan...2013-10-01T15:01:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MERAN ABU BAKAR<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1001/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131001/ke_03/Kulit-tegang-tanpa-botoks </image></item><item><title>Martabatkan peranan wanitahttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131001/ke_04/Martabatkan-peranan-wanita PERJUANGAN Datuk Jamelah A. Bakar dalam memartabatkan wanita di negara ini mungkin tidak sama dengan tokoh wanita lain. Dalam usia 60 tahun, beliau sebenarnya mempunyai pilihan untuk menikmati kehidupan...2013-10-01T15:01:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NOOR FAZRINA KAMAL<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1001/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131001/ke_04/Martabatkan-peranan-wanita </image></item><item><title>Pesona bunga daun getahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131001/ke_05/Pesona-bunga-daun-getah BUNGA merupakan salah satu elemen alam yang begitu dekat di hati wanita. Bagaimanapun, sesetengah wanita pasti berasa bosan dengan gubahan bunga hidup atau tiruan yang sudah biasa dilihat di pasaran. Menyedari...2013-10-01T15:01:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NORAZLINA ISMAIL<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1001/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131001/ke_05/Pesona-bunga-daun-getah </image></item><item><title>Dilema wanita http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130929/ke_01/Dilema-wanita SAYA tak pernah terfikir untuk berkahwin dengan suami orang, malah setiap kali selepas solat saya berdoa agar dijauhkan daripada berkongsi kasih dengan wanita lain. Sebab saya dah dengar banyak cerita dan...2013-09-29T03:43:30+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0929/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130929/ke_01/Dilema-wanita </image></item><item><title>Masakan cabang ilmuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130927/ke_01/Masakan-cabang-ilmu MINGGU ini saya akan membincangkan tentang pembelajaran sepanjang hayat. Tentu ada yang macam pelik kenapa topik ini yang menjadi pilihan saya pada minggu ini. Bukan apa pada minggu lepas saya mendapat...2013-09-27T14:44:17+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0927/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130927/ke_01/Masakan-cabang-ilmu </image></item><item><title>Selera Melayu di Bunga Emashttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130927/ke_02/Selera-Melayu-di-Bunga-Emas SIAPA kata masakan Melayu tidak boleh diubahsuai menjadi hidangan yang eksklusif seperti masakan Barat? Jika tidak percaya, apa kata singgah ke restoran Bunga Emas, Hotel Royale Chulan yang terletak di...2013-09-27T14:44:18+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NORAZLINA ISMAIL<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0927/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130927/ke_02/Selera-Melayu-di-Bunga-Emas </image></item><item><title>Kidal itu istimewahttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130926/ke_01/Kidal-itu-istimewa MELIHATKAN si kecil lebih pantas menggapai dengan tangan kiri mainan yang diletakkan di hadapan mereka kadangkala mendatangkan kegusaran bagi sesetengah ibu bapa. Biarpun puas diajar melakukan kerja menggunakan...2013-09-26T13:42:07+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NORAZLINA ISMAIL
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved