Ahad, 6 Oktober 2013

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Jangan amal 'jutawan segera'

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

PULAU PINANG 5 Okt. - Usahawan muda bumiputera diingatkan tidak mengamalkan budaya jutawan segera, muflis segera yang boleh merosakkan perniagaan yang dibangunkan mereka.

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Pulau Pinang (DPIMPP), Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, ramai usahawan muda yang hanya mementingkan imej material seperti berkereta besar ketika memulakan perniagaan.

Menurutnya, sikap seperti itu hanyalah usaha menuju kegagalan dan perniagaan yang diceburi tidak akan berjaya dan akhirnya mereka sendiri menanggung kerugian serta dibelenggu hutang.

Ramai usahawan muda bumiputera menjadi muflis segera sekiranya mengamalkan budaya material yang mementingkan kereta mewah di sebalik usaha menaikkan perniagaan diusahakan mereka.

Jika ini berlaku, hasrat DPIMPP untuk melahirkan 100 jutawan muda menjelang 2020 tidak akan kesampaian," katanya kepada pemberita selepas taklimat Dasar 5P di sini hari ini.

Seramai 100 peserta menyertai taklimat itu yang disampaikan oleh pegawai Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, Mara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Dasar 5P ialah satu dasar yang bertujuan menjamin kelangsungan dan kesinambungan umat Islam melalui penguasaan ekonomi di peringkat domestik dan global.

Dasar tersebut meliputi perancangan iaitu usahawan perlu mengambil kesempatan ke atas belanjawan umat Islam sedunia selain membentuk jaringan ke arah keutuhan bersama.

Selain itu, dasar kedua ialah pembangunan yang membolehkan usahawan merangka inisiatif bagi membuka pasaran domestik dan global serta memastikan apa yang dirancang dilaksanakan secara holistik.

Yussof yang juga Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) berkata, dasar ketiga ialah pelaksanaan iaitu menyediakan program jangka panjang dan projek di bawah program Rantaian Bekalan Halalan Toyyiban.

Jelasnya, melalui dasar keempat iaitu penyertaan, satu bentuk kerjasama dengan pemain utama untuk membolosi pasaran serta membuka peluang kepada usahawan muda dan usahawan baru menceburi bidang perniagaan ini.

Dasar yang kelima ialah penghayatan iaitu pembudayaan diri sebagai pengguna Muslim iaitu mengutamakan produk atau servis keluaran usahawan Islam sahaja," katanya.

35 terima sijil perhotelan, kulinari

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

Mustapha Kamal Abu Bakar (duduk, dua dari kiri) bersama kakitangan perhotelan di bawah Kumpulan MK Land yang tamat mengikuti kursus sijil perhotelan dan kulinari di Bagan Serai, Perak, semalam.

BAGAN SERAI 5 Okt. - Seramai 35 kakitangan perhotelan di bawah Kumpulan MK Land menamatkan latihan dan menerima sijil masing-masing dalam satu majlis graduasi di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini hari ini.

Mereka yang mengikuti kursus sijil perhotelan dan kulinari itu merupakan kakitangan Kumpulan MK Land yang bekerja di BMLR, Taiping Golf Resort, Langkawi Lagoon Resort dan Belum Rainforest Resort.

Pengerusi MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar menyampaikan sijil kepada peserta berkenaan.

Pengurus Besar Kumpulan MK Land Hotel dan Resort, Azahar Ahmad berkata, kesemua peserta terbabit mengikuti kursus tersebut selama tiga bulan.

"Sebanyak empat jenis kursus diadakan iaitu kulinari masakan Asia dan Barat, perkhidmatan restoran, kaunter hadapan dan penyelenggaraan hotel.

"Selain itu, peserta diberikan kursus dalam perniagaan, pelangganan dan kemahiran berbahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Azahar, program tersebut adalah hasil cetusan idea Pengerusi MK Land Holdings sendiri bagi meningkatkan mutu dan kualiti kerja serta menerapkan nilai-nilai ilmiah kepada kakitangan syarikat.

"Objektif kursus ini adalah meningkatkan ilmu kemahiran dan ilmu pengetahuan mengenai bidang kerja mereka. Di samping itu, kita mahu kakitangan syarikat mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran kritis dan mempunyai watak," katanya.

RM1.02 juta untuk Korban Perdana di Perak

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

IPOH 5 Okt. - Sebanyak lapan agensi utama kerajaan negeri menyumbang 341 ekor ternakan bernilai RM1.02 juta untuk dikorbankan dalam program Korban Perdana di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang dilaksanakan pada setiap tahun.

Lapan agensi kerajaan negeri itu adalah Lembaga Air Perak yang menyumbangkan RM203,000, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (RM203,000), Perbadanan Menteri Besar Perak (RM101,500) dan Perak Invest (RM17,500).

Yayasan Perak turut menyumbang RM52,500, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (RM210,000), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (RM182,000) dan KPerak Implementation & Coordination Corporation (RM52,500).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang turut menerima sumbangan dua individu kemudiannya menyampaikan cek berkenaan kepada kesemua wakil di setiap DUN di negeri ini.

Zambry ketika berucap pada majlis tersebut berkata, ibadah korban yang dilakukan itu mempunyai hikmah besar sehingga mendatangkan lebih banyak keuntungan kepada agensi kerajaan negeri.

"Kita mengambil sebilangan harta kita yang terkumpul kemudian kita berikan kepada rakyat di negeri ini. Sekarang kita lihat Lembaga Air Perak (LAP), merupakan antara agensi pengurusan air yang terbaik sekali di Malaysia," katanya pada majlis akad sumbangan penyerahan dan penerimaan ibadah korban tersebut di kediaman rasminya, di sini malam tadi.

Zambry turut menjamu kira-kira 100 pelajar dari Maahad Tahfiz Al Ansori Ulu Chemor dan Pusat Pendidikan Al Barakah Chemor selepas solat isyak berjemaah.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved