Ahad, 6 Oktober 2013

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kes denggi meningkat 82.1%

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 5 Okt. - Kes denggi di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak 82.1 peratus antara Januari hingga 3 Oktober lalu dengan 692 kes berbanding 312 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi) dan Ketua Penolong Pengarah Kanan (Vektor) Cawangan Penyakit Bawaan Vektor negeri, Dr. Nur Aishah Buang berkata, kes denggi di negeri ini menunjukkan peningkatan berterusan sejak awal Ogos lalu.

Kebanyakan kes dilaporkan adalah dari daerah Melaka Tengah dengan 582 kes diikuti Alor Gajah sebanyak 62 kes dan Jasin 41 kes.

Jumlah episod wabak juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 24 episod wabak berbanding 8 episod bagi tempoh masa yang sama tahun lalu di mana sebanyak 20 wabak adalah di daerah Melaka Tengah dan 4 wabak di daerah Alor Gajah.

Kes kematian disebabkan denggi di negeri ini turut meningkat kepada enam kematian tahun ini melibatkan mangsa berusia antara lapan bulan hingga 54 tahun berbanding sifar sejak dua tahun lalu," katanya ketika ditemui selepas program Seminar Pencegahan Denggi Menerusi Jawatankuasa Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) peringkat negeri di Wisma Perkeso, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Program anjuran Pejabat Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri serta Jabatan Kesihatan negeri itu menghimpunkan lebih 20 peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim dan Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Dr. Rosdi Abd. Rahman.

Menurutnya, sepanjang tempoh sama tahun ini, sebanyak 102,780 premis di seluruh negeri telah diperiksa dan sebanyak 2,194 premis dikesan sebagai tempat pembiakan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 493 kompaun bernilai RM246,500 telah dikeluarkan manakala tujuh premis di daerah Melaka Tengah telah diarah tutup.

800 sertai Heritage Walk Hari UNESCO Malaysia

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

SEBAHAGIAN pelajar dan orang ramai yang menyertai Program 'Heritage Walk' Sempena Sambutan Hari UNESCO Malaysia 2013 di Banda Hilir, Melaka, semalam.

MELAKA 5 Okt. - Lebih 800 peserta terdiri daripada pelajar dan orang awam menyertai Program 'Heritage Walk' Sempena Sambutan Hari UNESCO Malaysia 2013 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini hari ini.

Program jalan kaki sejauh 2.5 kilometer itu melalui jalan di sekitar kawasan peninggalan bersejarah antaranya Bangunan Stadthuys, Istana Kesultanan Melayu Melaka, A Famosa dan muzium-muzium berhampiran.

Aktiviti bermula pukul 7.30 pagi itu dibuka dengan acara senamrobik dan majlis pelepasan para peserta disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Khidmat Pengurusan), Mohamad Salleh Ismail.

Seorang peserta, Nurul Ain Mohamed Hassim, 28 berkata, aktiviti seumpama itu dapat menggalakkan budaya dan amalan cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat tanpa mengira kaum di samping memberi kesedaran terhadap pentingnya aspek menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian.

"Selain itu, program ini juga dilihat dapat menerapkan semangat menghargai peninggalan sejarah dan warisan negara sehingga Melaka telah diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia pada Julai 2008 terutamanya dalam kalangan generasi muda," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved