Ahad, 6 Oktober 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


KR1M hanya untuk pemegang Mykad dipertimbang

Posted: 06 Oct 2013 12:57 AM PDT

SHAH ALAM 6 Okt. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan hanya pemegang Mykad membeli barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, perkara itu ada kewajarannya kerana kerajaan telah mengeluarkan peruntukan bagi mewujudkan KR1M untuk meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini.

"Tapi buat masa ini tiada halangan jika ada warga asing (bukan pemegang Mykad) membeli barangan di KR1M... Terpulang pada budi bicara. Kita rakyat Malaysia ini baik hati.

"Tetapi jika ada suara banyak rakyat (bantahan terhadap warga asing membeli barangan di KR1M), kita akan bawa kepada mesyuarat kabinet kerana sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mendengar suara rakyat, " kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Hasan berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan hanya orang tempatan dibenarkan membeli barangan di KR1M kerana kemudahan itu disediakan untuk rakyat Malaysia.

Pada masa kini ini ramai warga asing turut membeli barangan di situ.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Kesedaran Pengguna Bersama Skuad Pengguna dan Ketua Masyarakat Negeri Selangor di Auditorium Sirim di sini. - UTUSAN ONLINE

TPPA ambil masa lebih panjang untuk dimuktamadkan - PM

Posted: 06 Oct 2013 12:54 AM PDT

NAJIB Razak (kiri) memperkatakan sesuatu kepada rakan sejawatannya dari Kanada, Stephen Harper di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya hari ini. Harper dalam rangka lawatan pertamanya selama tiga hari ke negara ini. - UTUSAN

PUTRAJAYA 6 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dijangka mengambil masa lebih panjang untuk dimuktamadkan berbanding tempoh sasaran awal hujung tahun ini.

Perdana Menteri berkata, jangkaan tersebut perlu memandangkan tempoh hujung tahun itu adalah amat singkat untuk Malaysia membuat keputusan sewajarnya.

"Ketua-ketua negara yang terlibat dalam TPPA akan bertemu pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Bali minggu depan untuk berbincang tentang tempoh masa itu.

"Namum kami merasakan bahawa TPPA mungkin mengambil masa yang lebih panjang lagi untuk dimuktamadkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatannya dari Kanada, Stephen Harper di sini hari ini.

TPPA yang merupakan satu perjanjian dagangan bebas yang sedang dirundingkan oleh 13 negara termasuk Malaysia itu adalah satu perjanjian bertujuan menangani isu-isu dagangan baharu pada abad ke-21.

Harper tiba di Malaysia pada Jumaat untuk lawatan kerja tiga hari dan akan ke Bali hari ini untuk menghadiri sidang kemuncak APEC.

Ini adalah lawatan pertamanya ke Malaysia sejak memegang jawatan Perdana Menteri Kanada pada Februari 2006. - UTUSAN ONLINE

Tiga daripada 300 kes kanser payu dara melibatkan lelaki

Posted: 06 Oct 2013 12:50 AM PDT

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Sebanyak tiga daripada 300 kes kanser payu dara di negara ini melibatkan golongan lelaki berdasarkan laporan perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA), Prof. Madya Dr. Zaharah Aiyub berkata, kira-kira satu peratus daripada semua kes kanser payu dara berlaku pada lelaki dan statistik antarabangsa pula menunjukkan, satu daripada setiap 100 kes kanser payu dara melibatkan golongan itu.

"Orang ramai mungkin beranggapan ini adalah jumlah yang kecil tetapi bagi kami satu kes itu perlu ditangani segera kerana serangannya berlaku sangat pantas.

"Kesedaran dalam kalangan golongan lelaki amat rendah. Mereka patut sedar tentang penyakit ini terutama jika ada dalam kalangan ahli keluarga mereka yang menghidap kanser payu dara, jadi perlu segera menjalani ujian secara berkala," katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika melepaskan peserta konvoi membabitkan sebanyak 100 buah motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson ke Seremban, Negeri Sembilan di Menara Hap Seng di sini, sempena kempen kesedaran kanser payu dara anjuran BCWA hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved