Jumaat, 9 September 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Bukti Anwar semakin terdesak

Posted:

Bukti Anwar semakin terdesak

Bukti Anwar semakin terdesak

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Pendedahan bahawa wujud pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya menyiarkan berita kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai konspirasi kerajaan membuktikan Ketua Pembangkang itu semakin terdesak untuk memulihkan imejnya yang sudah tercalar.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari tidak terkejut dengan pendedahan tersebut kerana percaya situasi yang sedang dihadapi Anwar memungkin beliau mengambil apa sahaja tindakan untuk memulihkan kembali imejnya.

"Saya tidak terkejut dengan pendedahan tersebut kerana situasi Anwar yang sangat terdesak ketika ini. Beliau sendiri tahu bahawa imejnya sangat teruk sekarang, orang ramai juga mula sedar dengan sikap putar alamnya.

"Jadi tidak hairan sekiranya beliau menggunakan media antarabangsa seperti WikiLeaks untuk membantu memulihkan imej dengan mewujudkan pelbagai cerita dongeng serta fitnah terhadap kerajaan serta Perdana Menteri semata-mata untuk mengalihkan perhatian umum.

"Tambahan pula, beliau mempunyai sumber kewangan yang luar biasa sehingga membolehkannya mengawal media luar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan yang dilakukan salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong bahawa terdapat pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya portal itu menyiarkan berita mengenai kes liwat melibatkan Anwar sebagai satu konspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lum Yong juga mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut dan sedia mendedahkan kepada umum apabila tiba masanya.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin juga sependapat dengan menyatakan bahawa pendedahan tersebut membuktikan bahawa Anwar serta pembangkang semakin terdesak dan telah ketandusan idea.

"Mereka menggunakan Wikileaks sebagai saluran untuk menarik perhatian negara luar walaupun kita sendiri sedar bahawa laporan portal berita berkenaan tidak boleh terlalu dipercayai," jelasnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah pula berkata, sudah menjadi kebiasaan Anwar menuduh kerajaan sebagai dalang di sebalik masalah moral yang dihadapinya.

"Setiap kali timbul isu baru membabitkan masalah moralnya, Anwar pasti akan menuduh kerajaan sebagai dalangnya kerana ini merupakan strategi beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap masalah yang dihadapinya," ujarnya.

Khalid cari populariti murahan - Noh Omar

Posted:

Khalid cari populariti murahan - Noh Omar

Khalid cari populariti murahan - Noh Omar

TANJONG KARANG 9 Sept. - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad disifatkan seorang pemimpin yang 'bodoh sombong' apabila menuduh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan UMNO mengadakan konspirasi setelah beliau disiasat mengadakan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Klang, Ogos lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, tuduhan Khalid itu tidak sepatutnya dikeluarkan sebagai seorang pemimpin politik kerana ia menunjukkan sikap tidak matang Ahli Parlimen itu dan tidak menghormati undang-undang.

Beliau berkata, Khalid tidak seharusnya menuding jari kepada pihak lain apatah lagi UMNO yang tidak ada kena mengena dalam kes tersebut kerana mengadakan ceramah agama tanpa tauliah di masjid dan surau di negeri ini merupakan satu kesalahan dan ia termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Beliau mahu mencari populariti murahan dengan membuat tuduhan sedemikian. Kenapa beliau dan pemimpin Pas lain mahu menggunakan masjid dan surau di Selangor untuk mengadakan ceramah, bercakap mengenai politik, dah tak ada tempat lain nak buat.

"Sultan Selangor sebelum ini telah menitahkan supaya masjid dan surau di negeri ini dijadikan gelanggang untuk berpolitik. Khalid adalah pemimpin politik di negeri ini, beliau sepatutnya menghormati titah Sultan Selangor, bukan menunjukkan sikap bodoh sombong dan tidak cerdik," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Khalid pada 7 September lalu yang menyerang pegawai JAIS setelah tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa agama itu mengambil tindakan kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang, bulan lalu.

Menurut Khalid, JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas manakala para pegawai yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 itu mempunyai pemikiran jumud selain mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menempelak Khalid yang sebelum ini menyifatkan peraturan tauliah bagi mereka yang ingin mengajar, ceramah dan tazkirah mengenai agama Islam di surau dan masjid di negeri ini sebagai ketinggalan zaman.

Kata beliau, Ahli Parliman Shah Alam itu sepatutnya sedar bahawa parti yang diwakilinya, Pas adalah yang mentadbir kerajaan negeri ketika ini bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Beliau berkata, sekiranya Khalid mengatakan peraturan itu sudah lapk, beliau sepatutnya mengemukan pandangannya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sama ada ia perlu digubal atau tidak.

"Kenapa Khalid tidak beritahu kepada Menteri Besar atau Hasan Ali mengenai hal ini. Kenapa beliau nak main politik dengan menuduh dan menunding jari kepada orang lain. Adakah Khalid yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor takut kepada PKR dan DAP," tegasnya.

Terdahulu, Noh menyerahkan sumbangan alat tulis kepada 4,357 orang pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Parlimen Tanjong Karang di Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh, di sini hari ini.

Program sumbangan yang disalurkan oleh UMNO Bahagian Tanjong Karang itu diberikan para pelajar berkenaan sebagai persediaan mereka yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak lama lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bayar gaji atau lupakan Liga M

Posted:

Bayar gaji atau lupakan Liga M

Bayar gaji atau lupakan Liga M

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kata dua kepada pasukan negeri dan kelab untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain sehingga 31 Oktober ini atau tidak dibenarkan beraksi dalam Liga M musim depan.

Pengerusi Jawatan kuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Amin menegaskan, FAM menetapkan tarikh akhir berbuat demikian pada 31 Oktober ini.

"Saya harap pasukan yang masih belum menyelesaikan masalah pembayaran gaji kepada pemain mengambil berat tentang perkara ini kerana ia terkandung dalam perkara empat JKPT," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat JKPT, semalam.

Jelasnya, jika ada pasukan yang gagal menyelesaikan pada tarikh tersebut berkemungkinan besar tidak dapat beraksi dalam saingan liga tempatan berikutan tarikh pengesahan pendaftaran pasukan untuk musim baru 2012 adalah pada 31 Oktober.

"Kami merasakan ini adalah satu perkara yang serius dan FAM tidak teragak-agak untuk menghalang pasukan yang mempunyai masalah tersebut daripada mengambil bahagian pada saingan musim depan.

"Saya rasa ia boleh menjadi contoh kepada pasukan lain dan dalam masa yang sama FAM mahu menjaga kebajikan pemain demi kebaikan bola sepak Malaysia. Pindaan tersebut membuktikan FAM memberi ruang kepada pasukan yang terlibat," ujarnya.

Jawatan kuasa tersebut juga membuat pindaan jadual suku akhir sehingga perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 kerana memberi ruang kepada aksi persahabatan pasukan kebangsaan menentang Australia di Sydney pada 7 Oktober ini.

"Perlawanan suku akhir pertama diadakan pada 10 Oktober, suku akhir kedua 14 Oktober manakala separuh akhir pertama 18 Oktober, separuh akhir kedua 22 Oktober dan final pada 29 Oktober.

"Sementara itu pemain yang terpilih untuk mewakili skuad bawah 23 tahun negara di Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dari 17 hingga 24 Oktober tidak dibenarkan untuk beraksi dengan pasukan masing-masing jika pasukan yang diwakili mereka mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia," kata Hamidin.

Felda, KL bukan lagi kerdil

Posted:

Felda, KL bukan lagi kerdil

Felda, KL bukan lagi kerdil

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Felda United dan Kuala Lumpur mempunyai dua persamaan - selain berpangkalan di ibu kota, kedua-duanya menjadi pasukan bukan pilihan yang disebut-sebut pemerhati bola sepak tanah air sebagai 'bakal pemusnah gergasi' Piala Malaysia.

Aksi sulung masing-masing Sabtu lalu menonjolkan langkah meyakinkan mereka dan tanggapan bahawa semangat dan suasana memburu trofi berprestij negara itu berbeza daripada Liga Super dan Piala FA, kian jelas kebenarannya.

Sekalipun dengan hanya kemenangan awal 2-0 ke atas Johor FC, penolong pengurus Felda United, Faisal Zakariah menjangkakan kebangkitan pemain senior dan berpengalaman mampu mempengaruhi prestasi mana-mana pasukan yang memilikinya.

"Saya dapati setiap kali munculnya Piala Malaysia, prestasi pemain senior akan turut menyerlah sekali dan Felda United berharap beberapa tonggak kami yang seangkatan Hairuddin Omar, Shukor Adan atau Indra Putra Mahayuddin akan mengikut jejak mereka itu.

"Kami memiliki Liew Kit Kong, Nizaruddin Yusof dan Kaironnisam Sahabudin Hussain mahupun Azi Shahril Azmi, jadi saya rasa mereka akan bangkit lebih baik daripada prestasi sederhana kami dalam Liga Super lalu," katanya.

Mengenai Sarawak, lawan anak buah E. Elavarasan di Stadium Petaling Jaya, kata Faisal, kehadiran tenaga muda terutama yang dipinjam dari skuad Harimau Muda, tidak akan sesekali diabaikan untuk digandingkan dengan tonggak senior.

"Bersama Farderin Kadir (penjaring dua gol di Pasir Gudang, Selasa lalu, saya menganggap mereka mampu membentuk pasukan yang bercirikan kemenangan walaupun kami tidak sesekali memperkecilkan Sarawak (naib juara Liga Perdana musim ini)," katanya.

Sementara itu, jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail menyifatkan anak buahnya kian bersemangat untuk menyambung langkah cemerlang di Paroi, Selasa lalu dengan mengejutkan T-Team di Selayang pula.

"Dibandingkan dengan lawan yang memiliki Indra Putra, Zairo Anuar Zailani, Nor Farhan Muhammad, Norfazly Alias yang berpengalaman antarabangsa, memanglah pemain kami kurang setanding apatah lagi mereka turut meminjam pemain MP Muar.

"T-Team juga sudah menewaskan (juara 32 kali,) Selangor 1-0 dan saya berasa lebih selesa jika kami terus dilabel sebagai pasukan bukan pilihan tetapi bukan bererti lawan boleh diberi laluan mudah. Kami tetap menjanjikan tentangan sengit buat pelawat," katanya.

Razip juga percaya gandingan anak buahnya yang mencipta kemenangan 3-0 ke atas Polis Diraja Malaysia di Paroi, bakal dikekalkan biarpun ada seorang dua daripadanya yang mengalami kecederaan yang tidaklah begitu membimbangkan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


100,000 terpedaya kutu haram

Posted:

100,000 terpedaya kutu haram

100,000 terpedaya kutu haram

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Hampir 100,000 individu di negara ini didapati terjebak dalam skim kutu haram menerusi pelbagai medium terutama Internet, yang membabitkan pelaburan kira-kira RM33 juta sepanjang tahun lalu.

Selain menggunakan laman web, blog dan seumpamanya, penganjur skim kutu haram juga melantik ejen-ejen atau pun menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) serta menggunakan pembayaran secara perbankan dalam talian, wang pos atau kiriman wang.

Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Azmi Ariffin berkata, tahap kerugian para peserta skim ini bergantung kepada jumlah yuran dan pelaburan yang dibayar dan terdapat individu yang mengalami kerugian jutaan ringgit.

Menurut beliau, aktiviti itu yang semakin berleluasa di negara ini, mendapat sambutan menggalakkan kerana ia menjanjikan pulangan lumayan dalam waktu yang singkat.

Katanya, skim haram itu dikenal pasti mencatatkan penyertaan paling tinggi mengatasi pelaburan lain seperti perniagaan sarang burung, cacing dan lintah yang turut dikategorikan skim berisiko tinggi.

"Berdasarkan rekod SSM, hampir 100,000 individu terpedaya menyertai skim pelaburan haram itu pada tahun lalu," katanya dalam ucapan pada Simposium Jenayah Ekonomi Antarabangsa Ke-29 di Universiti Cambridge, London baru-baru ini yang diedarkan kepada media.

Tambah Azmi, skim kutu haram tersebut telah mewajibkan para pesertanya membayar sejumlah yuran secara berkala sebelum pulangan mewah yang dijanjikan diterima oleh mereka.

"Masalah ini amat membimbangkan kerana skim pelaburan haram yang tidak kukuh ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan ia dijalankan secara terbuka di seluruh negara," jelasnya lagi.

Azmi berkata, sepanjang tempoh tahun lalu juga pihaknya menerima 214 aduan berkaitan skim pelaburan dengan 62 peratus daripadanya melibatkan skim pelaburan haram.

"Kini perusahaan ternakan lintah dan cacing juga turut dijadikan skim pelaburan haram. Seramai 71 pelabur telah mengalami kerugian hampir RM5 juta gara-gara terlibat dengan skim pelaburan menternak lintah manakala 3,000 pelabur kerugian hampir RM25 juta kerana skim pelaburan ternakan cacing," ujarnya.

Beliau menambah, skim pelaburan melibatkan sarang burung pernah menjadi tumpuan ramai pada 2008, namun ia dapat dibendung menerusi kawalan undang-undang dan pemantauan yang dijalankan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk meminda Seksyen 3 Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971 di mana Kabinet telah meluluskan Rang Undang-Undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai aktiviti skim kutu haram tersebut, Azmi ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, kesemua peserta yang diperdaya membuat aduan kepada SSM setelah mereka mengalami kerugian besar dari segi kewangan.

"Kerugian itu bergantung kepada jumlah pelaburan dan yuran yang mereka bayar. Kebanyakan peserta kerugian besar kerana melakukan pelaburan dalam jumlah yang besar sehingga ada yang menjangkau jutaan ringgit," katanya.

Beliau memberitahu, pelaburan kutu telah wujud sejak 1970, namun skim itu kini diharamkan kerana ia mengenakan caj dan yuran perkhidmatan yang berbentuk perniagaan dan menipu orang ramai.

Ugut tembak tiga anak

Posted:

Ugut tembak tiga anak

Ugut tembak tiga anak

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


POLIS membawa keluar seorang penoreh getah selepas mengamuk dan mengugut untuk membunuh anak-anaknya di Kampung Teluk Wang Dalam dekat Sungai Petani, Kedah, kelmarin. Gambar kanan, polis memeriksa peluru dan senapang patah yang dirampas dalam kejadian itu.


SUNGAI PETANI 9 Sept. – Berang setelah gagal memujuk bekas isterinya untuk berkahwin dengannya semula, seorang penoreh getah mengamuk dan mengugut untuk menembak tiga anak mereka dengan senapang patah, semalam.

Dalam kejadian mencemaskan pukul 3 petang di rumah suspek di Kampung Teluk Wang Dalam, Sungai Pasir, dekat sini, polis terpaksa memanggil bekas isterinya untuk memujuk lelaki berusia 37 tahun itu.

Bagaimanapun kanak-kanak berusia lima hingga 10 tahun itu berjaya diselamatkan oleh bapa suspek yang membawa keluar cucu-cucunya selepas dua jam dikurung di rumah tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata, polis yang menerima maklumat bergegas ke rumah itu pada pukul 5.30 petang dan mula mengepung suspek yang mengurung diri di dalam sebuah bilik.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk lelaki tersebut untuk menyerah diri tetapi gagal sehingga polis terpaksa membawa bekas isterinya dari Kangar, Perlis.

"Akhirnya, lelaki itu keluar dari rumah terbabit selepas dipanggil oleh bekas isterinya berusia 30-an pada pukul 9.45 malam.

"Lelaki terbabit kemudian ditahan untuk siasatan. Kita juga mengambil keterangan bapa suspek berusia 65 tahun," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini malam tadi.

Menurut beliau, polis turut merampas selaras senapang patah dan sejumlah peluru penabur daripada suspek.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971, Penalti Lebih Berat yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan sebatan.

Difahamkan, suspek yang juga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) telah bercerai dengan isterinya setahun lalu dan telah berusaha merujuk semula dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi ditolak wanita itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


New York tingkat kawalan

Posted:

New York tingkat kawalan

New York tingkat kawalan


Gambar bertarikh 7 September lalu merakamkan pegawai polis Chicago, Nick Spencer dan anjing polis yang diberi nama Ggillis meronda di sistem stesen bawah tanah di tengah Chicago. Ggillis, seekor anjing Labrador berusia tiga tahun diberi nama sempena nama Sarjan Rodney Gillis yang terbunuh dalam tragedi 11 September 2001 ketika cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di Pusat Dagangan Dunia di New York. - Agensi


NEW YORK 9 Sept. - Jumlah anggota polis ditingkatkan di beberapa lokasi utama, termasuk di terowong dan jambatan berhubung laporan perisikan mengenai risiko serangan menjelang ulang tahun ke-10 tragedi serangan 11 September di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad ini.

"Pihak berkuasa menempatkan lebih ramai anggota polis di beberapa lokasi yang dilihat berisiko untuk berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," kata Datuk Bandar Michael Bloomberg.

Pesuruhjaya Polis New York, Raymond Kelly berkata, langkah tersebut termasuk menempatkan pasukan yang mendapat latihan menggunakan senjata berat di luar Manhattan.

"Waktu bertugas anggota polis dilanjutkan bagi mengawal New York meliputi perkhidmatan feri, terowong, jambatan dan kawasan mercu tanda utama.

"Perkhidmatan tunda kereta dan pemeriksaan beg di laluan bawah tanah turut diperluaskan bagi mengesan bom atau yang berkaitan dengan keganasan," katanya.

Dalam pada itu, Bloomberg menegaskan walaupun risiko serangan itu dilihat tidak kukuh, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil kira.

"Ancaman serangan kini belum dapat dikenal pasti, namun kita tidak boleh mengabaikannya.

"Ia (serangan) boleh berlaku dan kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga," ujarnya. - AFP

Jepun beku aset Presiden Syria

Posted:

Jepun beku aset Presiden Syria

Jepun beku aset Presiden Syria


Imej dimuat naik daripada YouTube merakamkan apa yang didakwa oleh aktivis anti rejim-Syria sebagai anggota militia pro-kerajaan yang berpakaian tentera menyepak mayat seorang lelaki di bandar Hama pada 5 September lalu. - AFP


TOKYO 9 Sept. - Jepun hari ini membekukan aset milik Presiden Syria, Bashar al-Assad dan individu serta kumpulan yang mempunyai kaitan dengannya, selepas Amerika Syarikat (AS) dan Eropah mengenakan sekatan serupa bagi menggesa negara itu mengadakan pembaharuan demokrasi.

AS, Eropah dan negara kuasa-kuasa Barat mahu Assad menamatkan tindakan kekerasan yang berlarutan selama lima bulan ke atas penunjuk perasaan pro-demokrasi di negara itu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 2,000 orang telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat meletus di Syria pada April lalu.

Jepun tidak mengimport minyak mentah dari Syria dan menurut pegawai Kementerian Kewangan, aset Assad dan 14 individu serta enam kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Presiden Syria itu di negara ini yang dibekukan adalah terhad.

"Negara kami perlu menyumbang kepada usaha global untuk menyelesaikan masalah di Syria," lapor agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan Menteri Luar Jepun, Koichiro Gemba dalam mesyuarat Kabinet.

Selain Assad, senarai itu termasuk pegawai-pegawai kanan kerajaan seperti Naib Presiden, Farouk al-Shara dan Menteri Dalam Negeri, Mohammad Ibrahim al-Shaar serta beberapa pertubuhan seperti Perisiskan Tentera Syria dan Dana Pelaburan Al Mashreq. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pusat urut tawar pelacur

Posted:

Pusat urut tawar pelacur

Pusat urut tawar pelacur

Oleh NOREHAN SALLEH
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 9 Sept. - Kerajaan negeri mengesan pusat urut terutama di bandar ini yang menjalankan aktiviti tidak bermoral termasuk pelacuran bagi menarik ramai pelanggan ke premis mereka.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihaknya mendapati pusat tersebut tumbuh bagaikan cendawan sekali gus menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat.

"Kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sudah lama menyedari taktik kotor pengusaha yang tidak bertanggungjawab itu.

"Untuk itu, MPK mengetatkan pemantauan dan sebanyak 13 kes diambil tindakan dengan menarik balik lesen perniagaan sejak Julai lalu," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Kata Muhammad, setiap pendaftaran perniagaan pusat urut akan diteliti lebih lanjut terutama dengan pengambilan warga asing sebagai pekerja di situ.

Beliau menambah, latar belakang pengusaha serta syarikat turut diperiksa supaya mereka yang ingin membuka pusat tersebut tidak disenarai hitam kerana didapati menjalankan kegiatan itu.

''Justeru orang ramai diminta segera melaporkan kegiatan tidak bermoral itu kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah sosial yang semakin membimbangkan,'' ujarnya.

250 kenderaan berarak sekitar bandar Lipis

Posted:

250 kenderaan berarak sekitar bandar Lipis

250 kenderaan berarak sekitar bandar Lipis


SEBAHAGIAN penunggang motosikal Persatuan Permotoran Lipis menyertai perarakan sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Bandar Kuala Lipis, kelmarin.


KUALA LIPIS 9 Sept. - Bahang sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini dihangatkan dengan perarakan 250 kereta dan motosikal yang mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang laluan konvoi sejauh 10 kilometer di sekitar daerah ini, semalam.

Konvoi anjuran Persatuan Permotoran Lipis itu bermula dari Dataran Residen melalui Kem Lapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) Lipis, Masjid Tunku Mahmud, Bandar Lama Lipis, pesisiran Sungai Jelai dan Bandar Baru Kuala Lipis.

Perarakan kumpulan itu yang diketuai Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman kemudian berakhir di pekarangan rumah Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani.

Menurut Mohamad Shahrom, perarakan itu terdiri daripada ahli persatuan belia di kawasan Parlimen Lipis dalam menaikkan semangat patriotik dan memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan.

"Bandar ini sinonim dengan sejarah penjajahan British pada abad ke-19 selain nostalgia perjuangan Pahlawan Melayu Pahang seperti Mat Kilau dan Tok Gajah menentang kolonial pada awal 1890-an," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, ketika berucap melancarkan program berkenaan, beliau mengingatkan golongan belia agar tidak mudah terkeliru dengan pandangan pemimpin pembangkang yang cuba memperlekehkan wira negara.

''Gunakan akal yang waras dan bersikap lebih rasional agar tidak terjebak dengan isu atau dakyah yang boleh meretakkan perpaduan dan menggugat keharmonian rakyat," tambahnya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat cari waris Suhara

Posted:

Jabatan Kebajikan Masyarakat cari waris Suhara

Jabatan Kebajikan Masyarakat cari waris Suhara

TEMERLOH 9 Sept. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Temerloh mencari waris seorang gadis, Suhara Nawir Hanif (gambar) yang dipercayai masih berada di negeri ini untuk diserahkan kembali kepada keluarganya.

Pegawainya, Haniza Tamin berkata, sebelum ini, pihaknya ada mencari dan menghubungi bapa gadis tersebut, Nawir Hanif Nganro serta abangnya, Suhaimi, tetapi gagal.

"Suhara ditempatkan di Pusat Perlindungan Kanak-kanak dan akan keluar daripada pusat jagaan itu bulan depan.

"Kita perlukan ahli keluarga gadis itu untuk diserahkan selepas keluar daripada pusat jagaan itu dalam keadaan selamat," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Haniza berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa abang gadis tersebut berada di Kuantan tetapi gagal mengesannya.

Beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat ahli keluarga gadis tersebut menghubungi Pegawai rumah perlindungan itu di talian 019-9863428 atau 09-2961760.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pas tidak tahu bezakan keadaan

Posted:

Pas tidak tahu bezakan keadaan

Pas tidak tahu bezakan keadaan

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

"Terima kasih Harakah... terima kasih Pas." Ungkapan kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang penuh tanda-tanya kepada penulis di Presint 15, Putrajaya semalam sebelum kami solat Jumaat di masjid berdekatan.

Paparan terbaharu lidah rasmi Pas keluaran 9-11 September 2011 itu menguat-uarkan bahawa UMNO 'berasmara' dengan Parti Komunis China (CPC) selain mendakwa kononnya UMNO berbohong kepada rakyat bencikan komunis.

Akhbar Pas yang dikenali lidah 'hentam keromo' dengan sering mengabaikan fakta sebenar itu memaklumkan berkaitan UMNO memeterai hubungan dengan negara kuasa besar ekonomi dunia, China melalui CPC di Beijing 5 Ogos lalu.

Tiada raut wajah kurang senang daripada Tengku Adnan dengan paparan Harakah itu. Sebaliknya beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih tidak terhingga.

"Ia satu publisiti dan pengiktirafan yang diberikan oleh parti pembangkang itu kepada UMNO. Kita tak minta apa-apa tapi mereka sendiri berikan populariti kepada UMNO yang ternyata dikagumi oleh CPC sehinggakan kuasa besar di persada antarabangsa ini mahu melakukan kerjasama dan mempelajari bagaimana perjalanan dan struktur organisasi UMNO," kata beliau kepada Utusan Malaysia.

Paparan berita yang dikeluarkan oleh Harakah adalah antara bukti bagaimana Pas mahu memesongkan isu yang ada sekarang dengan memanipulasikan fakta sebenar.

"Inilah masalahnya Pas, tak tahu nak membezakan antara dua keadaan, suasana dan kedudukan yang berbeza. Bayangkanlah betapa dangkalnya mereka yang tak tahu membuat perbandingan antara komunis yang bertindak kejam dengan membunuh dan mendatangkan kekacauan sebelum kemerdekaan negara dengan sebuah kuasa besar dunia hari ini.

"Apa yang menjadi isu sekarang ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang mengagungkan komunis pada tahun 1950-an dulu dan menganggap bahawa pemimpin mereka iaitu Mat Indera sebagai hero sedangkan mereka ini menyerang balai polis dan sanggup membunuh," kata Tengku Adnan.

China yang terletak di Asia Timur merupakan negara paling ramai penduduknya di dunia dengan diduduki lebih 1.3 bilion orang. Ia menyamai satu perlima manusia di bumi dengan diperintah oleh CPC di bawah sistem satu parti dan berbidang kuasa di 22 wilayah (provinsi), lima kawasan berautonomi, empat perbandaran tadbiran langsung (Beijing, Tianjin, Shanghai, dan Chongqing) dan dua kawasan pentadbiran khas yang berautonomi tinggi.

UMNO dan CPC pada 5 Ogos lalu itu sebenarnya telah mempertingkatkan hubungan melalui memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua parti yang berlangsung di Bangunan Perhubungan Antarabangsa CPC, Beijing.

Antara kandungan dalam memorandum persefahaman itu ialah mencapai kata sepakat konsensus bagi membangunkan pertukaran komprehensif dan kerjasama di antara kedua-dua pihak.

Ini termasuk saling bersedia untuk terus mengembangkan hubungan berdasarkan prinsip-prinsip kemerdekaan, hak kesamaan mutlak, saling menghormati dan bersetuju untuk tidak mencampuri hal ehwal dalaman masing-masing dengan tujuan untuk bekerjasama bagi menjuruskan perkongsian strategik Sino-Malaysian.

Dalam aspek ini, MoU tersebut terhasil ekoran pengamatan mereka yang amat kagum dengan pembangunan dan kesejahteraan negara dengan pelbagai bangsa sebagaimana negara China yang mempunyai etnik-etnik berbeza.

China ingin mempelajari bagaimana UMNO/BN menangani masalah berkaitan kaum tanpa mewujudkan pertumpahan darah.

Dalam pertemuan dengan CPC yang diwakili oleh Menteri Jabatan Antarabangsa dan Jawatankuasa Pusat, Mr. Wang Jiarui itu, Tengku Adnan menerangkan berkaitan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) di samping dasar-dasar yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuklah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan gagasan 1Malaysia.

Dalam pertemuan itu, Tengku Adnan menarik perhatian bahawa sudah menjadi kebiasaan kepada pembangkang yang akan memanipulasi dan memburuk-burukkan UMNO biarpun dalam masa yang sama mereka juga sebenarnya turut mendapat nikmat dan kesejahteraan atas apa yang berlaku termasuklah dalam hubungan akrab antara Malaysia dan negara-negara lain.

"Tahukah Pas siapa CPC dan bagaimana hubungan antara Malaysia dan negara China itu? Bukankah dalam artikel yang mereka ulas ada menerangkan bahawa melalui persefahaman ini juga akan dapat membantu dari segi meningkatkan persefahaman ekonomi kedua-dua negara kerana China merupakan kuasa ekonomi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa?

"Barangkali pemimpin Pas dan pembangkang tidak sedar bahawa China adalah antara pelabur yang merancakkan pembangunan negara kita selain memberikan peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat dan dalam masa yang sama para pengusaha di Malaysia dapat mempelajari dan melakukan hubungan perdagangan dengan China. Itu yang perlu Pas pelajari," katanya.

Kata beliau: "Masalah dalaman anggota Pas semakin kritikal kerana bukan saja tidak memahami konsep jalinan perdagangan dan hubungan persefahaman yang dijalankan malahan mereka juga terlalu jumud sehinggakan menyamakan Parti Komunis Malaya (PKM) 50 tahun lalu dengan CPC adalah sama biarpun zaman sudah berubah.

"Nampaknya Pas dan pembangkang bukan saja perlu belajar kembali sejarah tetapi mereka juga perlu masuk sekolah semula supaya tahu selok-belok perdagangan, pembangunan dan ekonomi negara. Jika begini keadaannya, jangankan mahu menguasai Putrajaya, jadi pemimpin pun tak layak."

Justeru, yang semua pihak termasuk Pas perlu faham ialah kedudukan Malaysia dan kuasa-kuasa ekonomi dunia selain memahami rangkaian perdagangan dan pentingnya jalinan akrab antara parti-parti politik. Dan bukannya bersikap rigid mengagungkan kekacauan dan pertelingkahan sebagaimana yang mereka mahu contohi seperti di Mesir, Libya dan Syria.

Berpandu kepada semua inilah, Tengku Adnan selaku Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengingatkan Mat Sabu supaya menghentikan segera ungkapannya yang berkaitan dengan sejarah negara jika tidak tahu tentang fakta sebenar dan buta mengenainya.

"Kalau dah jadi buta sejarah, dah tak tahu apa yang nak dibuat untuk dapatkan kuasa maka inilah jadinya. Dulu mereka pergunakan agama dan sekarang ini putarbelitkan sejarah. Sebelum ini mereka sebut mahu negara Islam tapi kemudian hendakkan negara kebajikan dan sekarang mereka mendewa-dewakan pula bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan negara ini."

"Ini semua akan merosakkan, menghancurkan perpaduan dan menidakkan sejarah yang sebenarnya telah tertinta dalam negara," katanya.

Kesal dengan perlakuan pemimpin Pas itu, Tengku Adnan menegaskan bahawa sejarah tidak boleh diubah dan hakikatnya komunis ketika itu hendak mengambil kuasa daripada pihak British dan juga orang Melayu. Malahan rakyat patut berbangga ada pihak-pihak yang mengutamakan keselamatan negara kita.

"Nauzubillahi minzalik, kalau komunis memerintah negara kita barangkali kita bukan Islam malah tak taulah Parti Islam itu wujud atau tak.

"Mat Sabu pun lupa sejarah bagaimana Pas ditubuhkan iaitu apabila Tuan Haji Ahmad Fuad yang merupakan Pengerusi Biro Agama UMNO atau Pekembar bila kalah bertanding dengan Tunku Abdul Rahman; maka kecewa dan keluar dari UMNO. Beliau pergi ke Gunung Semanggol tubuhkan Hizbul Muslimin yang hari ini adalah Pas. Ini sejarah.

"Ini hakikat bahawa Pas juga adalah parti yang ditubuhkan atas rasa kekecewaan seperti juga Parti Keadilan yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim kerana kecewa tak dapat kuasa," katanya.

Apa yang berlaku adalah sejarah yang mesti difahami dan janganlah cuba diputarbelitkan sehingga anak cucu-cicit dan generasi kemudian terpengaruh lantaran keadaan dan zaman yang berbeza.

Sedekad dasar AS selepas tragedi 11 September

Posted:

Sedekad dasar AS selepas tragedi 11 September

Sedekad dasar AS selepas tragedi 11 September

Oleh SHAKILA YACOB
DR. SHAKILA YACOB
Fakulti Sains Sosial dan Sastera
Universiti Malaya

TRAGEDI 11 September 2001 (911) sedekad yang lalu mendorong kita untuk meninjau implikasi tragedi tersebut ke atas perjalanan politik dan ekonomi negara kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan yang paling penting impaknya ke atas dunia.

Implikasi utama 911 adalah tindakan polisi pentadbiran George W. Bush (Januari 2001 - Januari 2009). Sepanjang dua penggal pentadbiran Bush, kita lihat tindak balas pentadbiran tersebut terhadap tragedi itu amat merugikan rakyat dan negara AS serta dunia amnya.

Perang anti-keganasan terhadap Afghanistan yang dilancarkan pada Oktober 2001 dan diikuti dengan perang ke atas Iraq pada Mac 2003 telah meninggalkan kesan hebat ke atas kedudukan kewangan AS dan juga reputasi negara tersebut.

Kesan buruk ini adalah hasil dasar Bush dan bukannya akibat tragedi 911. Seandainya Al-Gore berjaya dalam pilihan raya presiden AS tahun 2000, sudah tentu perjalanan politik AS akan jauh berbeza dan besar kemungkinan Iraq tidak akan diserang.

Hampir sejuta nyawa manusia hilang dalam perang anti-keganasan global yang dilancarkan oleh negara kuasa tunggal ini selepas berlaku tragedi 11 September. Mengikut jurnal perubatan The Lancet, di Iraq sahaja 655,000 orang awam terkorban. Lebih 6,200 askar AS maut sepanjang dekad lalu.

Sepanjang dua penggal pentadbiran Bush perbelanjaan pertahanan mencapai rekod paling tinggi di mana kerajaan persekutuan AS dipercayai membelanjakan jumlah wang yang besar melalui pelbagai polisi yang dilaksanakan demi memastikan AS bebas daripada serangan keganasan.

Sememangnya pasca-911, tiada sebarang insiden serangan berlaku ke atas AS. Tetapi ketaksuban AS dalam perang terhadap keganasan dan obsesinya dengan Al-Qaeda menyebabkan hutang negara tersebut meningkat berlipat kali ganda.

Penubuhan Department of Homeland Security dan perbelanjaan keselamatan sepanjang dekad lalu telah mencapai AS$360 bilion. Ditambah dengan perang di Iraq yang juga dikenali sebagai The Three Trillion Dollar War maka kos menentang keganasan ini telah mencapai hampir AS$4 trilion mengikut sumber yang dipercayai. Ini termasuk perbelanjaan di Pentagon, kos faedah hutang peperangan, kos kesihatan untuk veteran perang dan sebagainya.

Di samping itu, salah urus ekonomi telah memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat AS. Keadaan diburukkan lagi dengan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan sehingga mewujudkan gelembung hartanah yang sehingga kini tidak dapat ditangani.

Kesan kewangan ini terus menghantui penggal kedua pentadbiran Bush dan penggantinya Barack Obama. Pentadbiran Obama terus terbelenggu dalam krisis ekonomi yang tiada penghujung. Kadar pengganguran yang enggan berganjak dari 9.1 peratus (%), kadar inflasi yang terus melonjak naik pada 3.65%, kejatuhan harga rumah kesemuanya menghimpit rakyat AS.

Kegagalan pentadbiran Obama memperbaiki ekonomi AS memburukkan lagi keadaan. Pakej rangsangan ekonomi Obama jelas gagal mempertingkatkan ekonomi AS mahupun peluang pekerjaan. Pelan penjagaan kesihatan yang melibatkan perbelanjaan persekutuan yang begitu besar terus menekan ekonomi AS.

Krisis had hutang AS dan perbezaan pendapat antara pihak Demokrat dan Republikan di Kongres menyebabkan pasaran saham dunia jatuh merudum. Ini ditambah lagi dengan agensi penarafan yang menurunkan peringkat kredit negara itu. Kedua-dua peristiwa ini meninggalkan kesan besar ke atas pasaran kewangan global.

Jelas AS dan sekutunya telah melakukan kesilapan besar apabila menyerang Afghanistan dan Iraq. Sehingga kini keadaan di Iraq masih porak peranda dengan pelbagai masalah. Senario yang sama bakal menanti di Afghanistan apabila tentera AS dan Nato dijangka berundur sepenuhnya pada tahun 2014. Sebagaimana di Iraq keganasan puak-puak akan berterusan di Afghanistan.

Jelas polisi luar AS terhadap kedua-dua negara itu gagal mencapai matlamat pendemokrasian tetapi mewujudkan keadaan yang semakin meruncing yang telah membuka ruang kepada aktiviti keganasan di negara Asia Barat dan juga Pakistan contohnya.

Maka apabila kita berbicara mengenai satu dekad selepas 911 kita harus menilai tindak balas polisi pentadbiran Bush dan Obama. Oleh sebab permasalahan ekonomi yang gagal diatasi, justeru rakyat AS mula menukar haluan dan menyokong pihak konservatif atau sayap kanan yang ekstrem.

Ini jelas terbukti apabila pilihan raya Kongres 2010 memperlihatkan kejayaan wakil Republikan memenangi kerusi majoriti di Dewan Perwakilan sehingga menyukarkan Obama untuk memperkenalkan sebarang polisi kerana harus berhadapan dengan tentangan pihak Republikan.

Pelampau politik dan agama ini pasti akan terus mendapat sokongan sesetengah rakyat AS yang tidak mampu berfikir dengan rasional akibat tekanan ekonomi. Tambahan lagi, penerimaan terhadap golongan kanan yang ekstrem dan juga golongan fundamentalis Kristian ini begitu jelas di Eropah dan di negara sekutu AS seperti Perancis dan Britain. Maka trend ini akan berterusan dan menjadi semakin ketara di AS. Semangat Islamofobia di Eropah jelas bersemarak di AS juga.

Dari segi politik, strategi mendampingi dunia Islam yang juga merupakan sebahagian daripada diplomasi 'lembut' Obama gagal merentasi batasan Timur-Barat yang wujud selama ini.

Dalam hal ini apa yang nyata adalah Islamofobia atau Arabfobia yang semakin menyemarak kesan daripada tragedi 911 telah menyukarkan kehidupan masyarakat muslim di AS khususnya dan dunia amnya.

Bagaimanapun dalam senario politik antarabangsa yang lebih luas, 911 bukanlah suatu peristiwa yang besar sepanjang dekad yang telah berlalu ini.

Apa yang telah mentransformasi dunia adalah pertumbuhan pesat yang dialami oleh negara China, India dan Brazil terutamanya. Pertumbuhan pesat negara-negara inilah yang telah mengubah senario politik dunia.

Dengan terhakisnya kuasa hegemoni AS dan perselisihan antara pihak Barat dengan sesetengah negara Islam hanyalah side show dalam senario politik yang lebih besar ini. Negara maju dan kaya di Barat dan dunia Islam terutamanya akan menghadapi risiko peminggiran politik dan ekonomi yang serius dalam orde baru dunia ini.

Dalam order baru dunia ini, Israel juga akan bangkit sebagai satu kuasa unggul di rantau Asia Barat yang dilanda pergolakan politik. Bermula dari sini kuasa Israel akan mengukuhkan kedudukannya di dunia sebagaimana kita lihat sebelum ini Israel telah pun secara senyap membina kekuatan militernya. Keunggulan Israel menjadi semakin ketara apabila AS dan kuasa-kuasa Eropah seperti Sepanyol, Portugal dan Itali mula goyah kedudukan ekonominya akibat krisis kewangan.

Dalam konteks orde baru dunia ini, amat penting bagi Malaysia untuk mempelbagaikan hubungan luarnya dalam usaha mengelak kebergantungan kepada sesuatu negara.

Malaysia harus terus mengambil kesempatan daripada hubungan bersejarahnya dengan mengukuhkan hubungan dengan negara China serta juga negara India dibawah pergerakan negara-negara berkecuali (NAM) dan Komanwel. Pada masa yang sama terus mengekalkan hubungan baik dengan AS sebagaimana wujud dalam pentadbiran Najib-Obama setakat ini bagi mengimbangi kuasa China di Asia Tenggara.

Kepimpinan Malaysia masa kini telah melaksanakan strategi yang tepat dengan mempelbagaikan hubungan luarnya di samping meneruskan kerjasama selatan-selatan lanjutan dari inisiatif yang dimulakan oleh pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Bakat kreatif Shaheizy Sam

Posted:

Bakat kreatif Shaheizy Sam

Bakat kreatif Shaheizy Sam

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar ASWAD YAHYA


SAM dikelilingi anak saudara. Dari kiri, Azrin, Cinta, Sean, Aydeen dan Kenny yang memangku Arjuna sedang menonton cerita menerusi komputer riba.


TATKALA melihat lakonannya sebagai mat despatch dalam filem Adnan Semp-It, ramai yang ketawa dan tidak kurang juga yang mengalirkan air mata simpati dengan nasib Arman lakonannya menerusi filem Sekali Lagi.

Itulah kelebihan pelakon Shaheizy Sam Abd. Samad, 29, yang mampu membuat penonton 'terjebak' dengan aksi lakonannya yang penuh penghayatan itu.

Namun ada satu lagi bakat Shaheizy Sam atau yang mesra dengan panggilan Sam yang tidak diketahui umum.

Baru-baru ini S3 berjaya merakamkan aksi Sam yang tidak pernah didedahkan kepada orang ramai ketika berkunjung ke rumahnya di Bukit Antarabangsa.

Sewaktu menuruni tangga menuju ke rumahnya, penulis dapat melihat dengan jelas betapa tekunnya Sam menggosok kertas pasir ke bingkai kerusi pasang siap.

Sam yang hanya mengenakan kemeja- T dan seluar pendek itu memberitahu penulis, dia telah memulakan kerja-kerja memasang dan mengecat bangku serta meja itu sejak raya pertama lagi.

"Memang tidak merancang pun. Pada hari raya pertama itu, bila terasa bosan Sam mula terfikir kerja apa yang perlu dilakukan.

"Disebabkan sudah lama Sam berhasrat nak buat taman di halaman rumah ini, Sam terus pergi ke Ikea membeli bangku dan meja kayu ini," jelasnya.

Kata Sam, bangku dan meja pasang siap yang dibeli asalnya berwarna gelap dan dia sengaja memilih cat warna putih untuk disesuaikan dengan tema taman putih impiannya.

Jelas Sam, dia jenis yang tidak boleh duduk diam dan mesti melakukan sesuatu pekerjaan sebagai mengisi waktu terluang.

"Bila letih, Sam akan tidur tapi selalunya Sam akan melakukan kerja-kerja yang jarang dilakukan sebelum ini. Entahlah, sejak dulu Sam minat dengan kerja-kerja tangan.

"Kalau nak ikutkan bangku dan meja ini setelah siap dipasang, ia sudah boleh diguna tapi Sam nak kelainan. Kerja-kerja mengecat atau pertukangan begini dapat membebaskan fikiran Sam daripada segala bebanan. Kemudian hati rasa puas tengok hasil kerja yang dibuat," katanya terus terang.

Menurutnya, projek mengecat bangku dan meja taman itu akan siap dalam beberapa hari lagi kerana dia amat teliti dan cerewet dalam melakukan persiapan.

Kata Sam, adalah menjadi tabiatnya, kalau buat kerja-kerja begitu dia tidak mahu diganggu kerana kerja seni memerlukan kedamaian.

Namun sepanjang menyiapkan projek taman putih itu, kerjanya sering terganggu dengan gelagat anak-anak kakaknya, Jozieta Ronalie,36, iaitu Kenny, 7, Aydeen,4, Sean, 3 tahun. Serta anak-anak Samzy Fuzette,35, iaitu Mohd. Azrin Fuzette, 10, Cinta Matanya Fuzette, setahun dan Arjuna enam bulan.

"Gangguan-gangguan yang tidak diingini inilah yang membuatkan kerja-kerja Sam terganggu. Sekejap-sekejap datang nak membantu tapi menganggu. Biarpun begitu, Sam gembira kerana raya kali ini anak saudara dari Alaska, Amerika Syarikat balik beraya sama," katanya yang dipanggil Papa Adik di kalangan anak saudara.

Kata Sam, dia turut membeli lampu hiasan yang kemudiannya disembur cat putih untuk diletakkan di taman di hadapan halaman rumahnya itu.

Menurutnya, ada juga jiran-jiran yang secara bergurau meminta dia membuat benda yang sama di rumah mereka.

"Ada uncle tu kata, macam kafe aje. Sebenarnya, Sam nak buat taman ini tempat lepak dengan kawan-kawan terutamanya kalau ada perlawanan bola sepak," katanya.

Dalam pada sibuk dengan kerja-kerja mengecat itu, Sam sempat menunjukkan hasil kerjanya di ruang tamu, bilik tidurnya dan komputer riba miliknya.

"Sam tidak suka mengecat dinding keseluruhan sebab tidak mencabar. Cuba tengok tiga garisan pemisah ini, Sam yang buat.

"Begitu juga dengan komputer ini. Bajet permata-permata yang dilekatkan di komputer ini mencecah RM500. Biarpun mahal, janji Sam puas hati dengan hasil kerja yang menampakkan logo Gucci," katanya.

Katanya, kerja-kerja tangan begitu hanya dilakukan setiap kali dia ada waktu lapang yang jarang-jarang dimiliki.

Menurut pelakon popular itu, dia bukanlah jenis yang suka lepak di luar.

Katanya, mungkin sudah terbiasa sejak zaman sekolah kerana dulu rakan-rakannya suka datang lepak di rumah dan kebetulan maminya, Khaty Fauziah rajin memasak.

Pelakon yang telah membintangi filem antaranya, Evolusi KL Drift 2, Niyang Rapik, Jangan Pandang Belakang Congkak, Syruga Cinta dan Bohsia-Jangan Pilih Jalan Hitam bakal tampil filem Bini-Bini Ku Gengster pada 22 September ini.

Kawan-kawan teman Ramona di kala lapang

Posted:

Kawan-kawan teman Ramona di kala lapang

Kawan-kawan teman Ramona di kala lapang

Gambar IHSAN RAMONA


RAMONA Zamzam (tiga dari kanan) ketika menyambut hari lahir seorang kawannya, baru-baru ini.


Baginya, duduk bersama dengan teman-teman dan melakukan pelbagai aktiviti bersama membuatkannya riang dan gembira.

Sama seperti kebanyakan remaja lain, Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd. Zamzam, 22, lebih selesa sekiranya detik berkenaan diluangkan dengan bersantai bersama teman-temannya.

"Begitulah rutin saya sekiranya tidak terikat dengan aktiviti seni, saya akan mengajak rakan-rakan untuk keluar dan menghabiskan masa terluang kami bersama-sama.

"Bagi saya dengan cara itu, ia dapat membuatkan saya lupa sebentar terhadap bebanan kerja yang ditanggung selain merehatkan diri.

"Lagipun apabila keluar bersama ia dapat mengeratkan lagi hubunan persahabatan yang telah terjalin di antara kami," ujarnya kepada S3 baru-baru ini.

Menyambung bicara, gadis yang dibesarkan di Ipoh, Perak itu menambah, apabila keluar bersama rakan-rakannya banyak aktiviti yang dilakukan seperti menonton wayang, berkaraoke, duduk minum-minum di kedai mamak ataupun mengunjungi spa.

"Selalunya kalau keluar, pasti saya dan kawan-kawan akan melakukan beberapa aktiviti dalam memenuhkan ruang kosong yang kami ada.

"Namun antara yang wajib kami lakukan adalah mengunjungi kafe ataupun restoran-restoran mamak di mana sambil makan atau minum, kami akan bertukar-tukar cerita.

"Dari situ sedikit sebanyak kami dapat mengetahui perkembangan terkini yang berlaku dalam kehidupan masing-masing," jelas anak sulung daripada dua beradik itu.

Ujarnya lagi, setelah letih berbual perihal cerita terbaru tentang diri masing-masing, barulah dia dan rakan-rakannya beransur meninggalkan restoran yang dikunjungi untuk melakukan aktiviti lain.

"Dari restoran atau kafe itu, kami akan beralih ke tempat-tempat lain. Tengoklah kalau ada yang ingin menonton wayang, kami akan terus ke panggung dan kalau ada yang ingin berkaroke, kami akan ke pusat karaoke.

"Semua itu bergantung kepada keputusan majoriti jika ramai yang ingin ke karaoke, kami semua akan ke sana," kongsi Ramona lagi.

Namun jelas Ramona, secara jujurnya dia lebih gemar keluar menonton wayang bersama dengan teman-temannya itu.

"Saya ini kaki wayang dan hampir setiap minggu saya akan menjengah ke panggung untuk menonton filem-filem terbaru.

"Tetapi sekiranya kawan-kawan mengajak ke tempat lain, saya tetap akan bersama dengan mereka.

"Bagi saya apa yang penting kami dapat bersama dalam meluangkan masa tanpa mengira kepentingan diri sendiri," jelas aktres yang meminati bintang Hollywood, Megan Fox dan Gerard Butler.

Selain itu, ujar pelakon yang mula dikenali menerusi drama Begitukah Cinta, dia juga akan memperuntukkan masa untuk keluar bersama keluarganya.

"Keluarga adalah keutamaan saya dan sekiranya ada kelapangan, saya akan mengajak keluarga untuk keluar bersama.

"Selalunya jika keluar dengan keluarga, pusat membeli-belah adalah destinasi yang akan kami tujui sama ada untuk membeli-belah ataupun sekadar mencuci mata," kata Ramona yang baru tampil dalam telefilem Tart Untuk Kakak yang disiarkan sempena Aidilfitri lalu.

Jelasnya, keluarga juga adalah peneman setia yang akan menemaninya untuk berkunjung ke restoran mamak sekiranya dia teringin untuk menikmati hidangan lewat malam.

"Teh tarik merupakan minuman kegemaran saya. Jika waktu malam, saya teringin minum teh tarik di restoran mamak, saya pasti mengajak ibu, ayah dan adik saya ke restoran berhampiran rumah kami.

"Malah makanan mamak juga dekat dengan keluarga saya terutamanya ayah yang begitu menggemari masakan kari. Maklumlah ayah saya ada darah Pakistan," ujar Ramona sebelum menamatkan perbualan pada petang itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Saya juga ada harga diri!

Posted:

Saya juga ada harga diri!

Saya juga ada harga diri!

AGAKNYA apa yang anda rasakan jika setiap kali keluarga berhimpun, anda menjadi seperti pembantu rumah, bukan sebahagian daripada keluarga mentua?

Adakah anda akan menangis dan berkurung di dalam bilik, atau terus tabah menghadapi situasi genting tersebut setiap kali berhimpun bersama adik-beradik?

Saya pasti jawapan itu tidak dapat diberikan kerana anda mungkin tidak mengalaminya seperti mana yang dilalui oleh Delaila (bukan nama sebenar) yang saban tahun menahan perasaan dengan sikap keluarga mentua terhadapnya.

Agaknya benar kata orang, jika kita ada rupa, berpendidikan dan berjawatan tinggi, semua orang suka dan dipandang tinggi. Tetapi bagi yang tidak punya apa-apa melainkan kudrat dan jiwa yang luhur, tidak siapa akan peduli.

Itulah yang dirasakan oleh Delaila, ibu kepada dua orang anak perempuan berusia lapan dan 10 tahun.

Pertemuan dengan Delaila sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini membuka ruang kepada saya untuk menyelami perasaan wanita muda ini yang pada saya berada dalam situasi senyum di dalam tangisan. Kepada saya, Delaila berkongsi cerita untuk iktibar kita bersama.

"Saya berusia awal 30-an, tidak bekerja, hanya suri rumah sepenuh masa. Saya berkahwin dengan suami, Aman (bukan nama sebenar) 11 tahun lalu atas pilihan keluarga. Suami hanya bekerja biasa, anak bongsu dalam adik-beradik seramai enam orang.

"Sementara saya, anak yatim piatu dan hanya mempunyai seorang kakak dan seorang abang yang tinggal jauh dari tempat tinggal saya di utara tanah air.

"Walaupun diatur keluarga, perkahwinan kami bahagia. Suami amat sayang dan mengambil berat terhadap kebajikan saya dan anak-anak.

"Lima lagi adik-beradik suami, berkelulusan universiti dan telah berkahwin serta mempunyai keluarga sendiri.

"Bapa mertua saya meninggal dunia lima tahun lalu. Semasa hayatnya, dia menjadi pelindung saya setiap kali kami berhimpun beramai-ramai.

Dia mengambil berat dan selalu menyabarkan saya supaya tidak ambil hati dengan sikap ibu mentua saya yang tegas dan mengamalkan pilih kasih. Ketiadaannya menjadikan saya hilang tempat bermanja dan mengadu.

"Saya bukan menantu pilihan mak mentua disebabkan kekurangan saya, walaupun saya yakin prestasi saya sebagai menantu amat cemerlang.

"Setiap kali berhimpun adik-beradik, saya adalah orang yang paling sibuk di dapur kerana saya tinggal bersama mentua. Saya akan buat semua kerja termasuk mengemas, memasak dan ke pasar.

"Lima lagi menantunya, dua lelaki dan tiga perempuan ditatang bagai minyak yang penuh. Jarang disuruh buat kerja malah mereka dilayan sebagai tetamu kelas pertama dan diberikan seorang satu bilik.

"Mentua saya sanggup berhabis duit untuk mengubah suai rumah pusakanya semata-mata untuk memberi keselesaan kepada anak menantu pilihannya berbanding saya dan suami yang terus menetap di bilik yang sama sejak kami berkahwin hingga kini.

"Namun itu bukanlah perkara penting bagi saya. Yang manisnya saya dan suami bahagia. Suami faham kemelut yang saya lalui dan selalu menyabarkan saya. Saya yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.

"Apabila berhimpun beramai-ramai tentunya perbelanjaan juga akan meningkat. Itulah yang berlaku setiap kali kami berhimpun beramai-ramai terutama pada hari raya. Sayangnya mereka semua buat tak tahu sahaja dengan alasan setiap bulan akaun mentua saya sudah dimasukkan wang belanja. Pada hal mereka tidak tahu duit itu sebenarnya tidak pernah diusik oleh mentua saya kecuali mengubah suai rumahnya untuk keselesaan mereka anak beranak.

"Perbelanjaan rumah termasuk bil api, air dan telefon, semuanya ditanggung oleh suami saya.

"Apabila mereka buat tidak tahu, mahu tidak mahu, saya dan suami terpaksa juga keluarkan belanja. Apa salahnya hulurkan RM10 seorang untuk menampung belanja dapur. Ini tidak, masa makan semua berebut, bila bab membeli, semua buat bodoh.

"Dua hari sebelum hari raya, rumah mentua saya akan dipenuhi dengan anak menantu dan cucunya yang pulang ke kampung untuk beraya. Saya dan suami pagi-pagi lagi sudah ke pasar membeli keperluan untuk dimasak. Mana nak masak untuk berbuka, makan malam, persiapan raya juga saya mesti selesaikan.

"Ipar-duai saya hanya memerhati, kalau ada pun menolong, paling lama 15 minit kemudian terus menghadap televisyen atau laptop, ada yang keluar ke pekan malah ada juga yang masih berdengkur walaupun matahari mula menampakkan diri.

"Yang saya hairan mentua saya tidak pula ambil kisah dan menegur anak menantu dan cucu-cucunya itu. Kalau saya, terlajak sikit waktu Subuh, menjerit-jerit dia memanggil nama saya sehinggakan jiran keliling boleh dengar.

" Sejak berkahwin sehingga kini, saya tidak pernah merungut pada suami sebab saya anggap itu semua sebagai tanggungjawab yang perlu saya laksanakan. Walaupun penat saya paksa diri kerana tidak mahu mak mentua merungut.

"Kadang-kadang saya terfikir juga, kalau hari-hari biasa saya sudah bekerja keras di dalam rumah itu, apa salahnya setahun sekali ipar-duai saya pula yang mengambil alih.

"Tetapi apa yang saya harapkan tidak berlaku, sebaliknya saya tetap jadi 'bibik' yang setia melayan tetamu setiap kali mereka balik.

"Bohong kalau saya tidak terkilan dan rasa penat, tetapi saya telan sendiri kerana mahu menjaga hati mentua dan suami.

"Tetapi tahun ini kesabaran saya tercabar. Saya tidak boleh tahan lagi apabila anak-anak saudara yang sudah remaja buat saya macam pembantu rumah, suruh buat itu dan ini. Mereka langsung tidak menghargai saya sebagai ibu saudara mereka.

"Saya dijerit dan disuruh membancuh minuman dan menyediakan makanan mereka, macam saya tidak ada hati dan perasaan sedangkan mak bapa dia orang asyik berborak dan menghadap TV 24 jam.

"Mak mentua saya juga tidak melarang dan menegur sikap buruk cucu-cucunya terhadap saya. Agaknya di mata mereka, saya memang pembantu rumah. Semalaman saya menangis di dalam bilik kerana sedih dengan sikap mereka. Suami memujuk supaya saya bersabar tetapi saya katakan saya sudah hilang sabar.

"Saya nekad mengajak suami berpindah. Sudah sekian lama saya berbakti kepada mentua dan anak menantunya dan kini sampai masanya saya memberi tumpuan kepada diri saya, suami dan anak-anak pula.

"Saya perlu berubah untuk kebahagiaan saya sendiri. Saya harap suami faham dan bersetuju dengan saya. Saya harap mak mentua saya sedar dengan sikapnya kepada saya sepanjang 13 tahun hidup serumah dengannya.

"Saya bukan minta disanjung dan dipuja tetapi sekurang-kurangnya, hargai pengorbanan saya, sayang saya seperti mana dia menyayangi anak menantu dan cucu-cucunya yang dari bandar itu.

"Saya sedar siapa saya. Saya tidak ada kelulusan dan jawatan tinggi yang dia boleh uar-uarkan kepada orang kampung. Rupa juga kurang. Tapi saya ada harga diri dan sekeping hati yang ikhlas dan jujur untuk menghormati, menyayangi dan berbakti kepadanya sebagai menantu. Mudah-mudahan Allah mudahkan hajat saya untuk terus hidup dengan cara saya sendiri. Insya-Allah," Delaila menamatkan ceritanya dengan air mata bergenang.

Saya amat berharap Delaila terus tabah dan sabar menghadapi tekanan dan berdoa semoga kemelut yang dialaminya itu akan selesai segera.

Hajat Delaila untuk berpindah juga saya sokong 100 peratus demi kebaikan masa depannya. Namun Delaila harus bijak menangani masalah ini agar hubungan suami dengan ibunya tidak terjejas.

Buat semua mertua, layan menantu biar sama rata, kasih sayang juga mesti seimbang demi kerukunan dan keharmonian hidup berkeluarga.

Kepada Delaila, luahkan apa yang tersurat di hati kepada suami dan mentua. Jangan simpan lama-lama, bimbang diri sendiri yang akan merana.

Menamatkan catatan, pesanan saya, jadilah wanita yang sabar dan tabah, kerana kepayahan itu sebenarnya adalah jalan menuju bahagia.

Sedondon ke rumah terbuka

Posted:

Sedondon ke rumah terbuka

Sedondon ke rumah terbuka

Oleh ZUHAYATI YAZID
pengarang@utusan.com.my

MELIHAT si ibu bergaya memakai kurung Pahang pastinya anak gadis sunti bersama si adik turut teruja untuk mengenakan fesyen yang sama dengan si ibu, barulah sedondon anak-beranak.

Sebagai memenuhi keinginan si gadis sunti bersama si ibu untuk berbaju kurung Pahang, koleksi baju kurung Aishah Alya menyediakan pelbagai jenis rekaan dan corak.

Sesuai untuk digayakan untuk majlis rumah terbuka, rekaannya memberi kepuasan bukan sahaja kepada si ibu tetapi juga untuk kanak-kanak.

Pemiliknya, Nor Azlina Che Hussin berkata, koleksi di butiknya banyak menggunakan gandingan fabrik berkualiti tinggi seperti kain kapas Perancis, kapas Jepun, sifon, sutera Shantung, sutera India, sutera Thai dan sulaman French Voile.

"Sulaman pula banyak menggunakan batu swarovski dan kerawang yang ditempah khas dari Vietnam serta Indonesia,'' ujarnya ketika ditemui S2 di butiknya di TTDI, Shah Alam baru-baru ini.

Katanya lagi, mungkin sebelum ini si ibu sukar untuk mencari pakaian si kecil yang eksklusif dan dihias dengan manik, batu swarovski atau sulaman halus yang boleh digayakan sedondon anak-beranak.

"Butik kami ada menyediakan pelbagai rekaan eksklusif yang boleh digayakan bersama. Koleksi ini sesuai dijadikan pilihan oleh ibu bapa yang ingin si kecil tampil manis atau remaja dan wanita yang mahu kelihatan bersopan santun dan anggun bersama baju tradisi," katanya lagi.

Jelasnya, semua produk di butiknya bercirikan kehalusan kerja tangan yang terperinci dari Vietnam dan juga Indonesia yang ditempah khas dari sana.

"Lagipun kami sememangnya mempunyai kilang sendiri di Vietnam dan ia memudahkan tugas-tugas menjahit manik pada koleksi baju kami,'' ujar ibu muda ini yang mempunyai kilang menjahit pakaian di Vietnam dan Indonesia.

Selain itu, warna-warna yang digunakan pada koleksi juga merupakan warna-warna lembut serta gabungan fabrik warna ceria dan pastel.

"Harganya juga begitu berpadanan dengan kualitinya yang berprestij, bergantung kepada fabrik dan aksesorinya," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved