Jumaat, 9 September 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Nasi Sila Lahar Kepar

Posted:

Nasi Sila Lahar Kepar

Nasi Sila Lahar Kepar

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusankedah@utusan.com.my


Pengunjung makan bersila di premis Nasi Sila Lahar Kepar di Butterworth.


BUTTERWORTH 8 Sept. - Kari ikan dan ayam goreng yang sentiasa dihidangkan panas-panas sememangnya membangkitkan selera, terutamanya kepada mereka yang meminati masakan kampung.

Menariknya, kedai makan Nasi Sila Lahar Kepar milik Abdul Halim Lebai Hamid, 56, mengamalkan konsep makan bersila bagi menyerlahkan adat dan budaya orang Melayu.

Restoran itu yang terletak di Kampung Lahar Kepar di sini, menyediakan masakan kampung seperti kari ikan, ayam goreng, udang, sambal tumis sotong dan ulam-ulaman seperti pucuk janggus, bendi rebus, terung rebus, timun.

Abdul Halim berkata, resipi ayam goreng yang disediakan di kedainya itu dipelajari daripada ibunya sendiri iaitu menggoreng dua kali.

"Isi ayam mempunyai kandungan air yang tinggi sehingga menyebabkan ia tidak rangup apabila digoreng.

"Apa yang dilakukan oleh ibu saya ialah menggoreng ayam tersebut separuh masak dan akan menyejatnya bagi mengeluarkan air tersebut.

"Apabila air sudah benar-benar disejat, saya akan menggoreng semula sehingga kuning keemasan," katanya yang juga bekas kakitangan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) ketika ditemui di kedainya, baru-baru ini.

Katanya, bagi menu kari kepala ikan pula, dia akan memasak rempah sehingga tiga jam supaya ia benar-benar masak dan lebih tahan lama.

Menurut Abdul Halim, restorannya hanya dibuka malam iaitu sekitar pukul 8 hingga 12 tengah malam dengan waktu siang digunakan sepenuhnya untuk memproses bahan mentah untuk dijadikan hidangan.

"Ini kerana saya menggunakan 80 ekor ayam dan berpuluh-puluh kilogram ikan, udang serta sotong setiap hari.

"Ia memerlukan masa yang banyak untuk membersihkan semua bahan mentah ini," kata Abdul Halim yang juga bapa kepada tiga anak.

Katanya, dia sebelum ini mengusahakan kedai runcit dan hanya membuka kedai makan pada sebelah malam di tapak yang sama sebelum mengambil keputusan menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan makanan ekoran sambutan yang sangat menggalakkan.

Bercerita mengenai pengalaman dalam bidang itu, Abdul Halim berkata, dia mula memasak pada 1985 apabila seorang rakan memintanya menyediakan makanan untuk kantin sebuah kilang di Butterworth dekat sini.

Abdul Halim berkata, ketika mengambil upah memasak makanan untuk kantin tersebut, kebetulan ramai rakan-rakannya berkunjung ke kedai dan membeli kari yang dimasaknya bersama isteri, Fatimah Abdullah, 52.

"Apabila mereka beli kari daripada saya, mereka makan bersila di rumah saya. Daripada situ saya mendapat idea untuk membuka kedai makan dan akan mengekalkan konsep bersila," katanya.

NCER sedia 25,808 peluang kerja

Posted:

NCER sedia 25,808 peluang kerja

NCER sedia 25,808 peluang kerja

Oleh ZABRY MOHAMAD
utusankedah@utusan.com.my

LANGKAWI 8 Sept. – Sebanyak 25,808 peluang pekerjaan, termasuk sebagai usahawan baharu berjaya diwujudkan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sehingga Julai lalu.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq berkata, angka tersebut dicapai menerusi pelaburan pihak swasta sejak 2008 yang kini berjumlah RM6.89 bilion.

Menurutnya, kejayaan tersebut adalah selaras dengan komitmen NCER untuk berkembang seiring dengan taraf hidup masyarakat setempat khususnya yang berada di luar bandar.

"Pelaburan-pelaburan baharu yang masuk telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di NCER.

"Sejak Januari hingga Julai tahun ini sahaja, sebanyak 9,910 peluang pekerjaan baharu berjaya diwujudkan di NCER," katanya semasa taklimat kepada media di sini, kelmarin.

Sejak Januari hingga Julai lalu, nilai pelaburan pihak swasta di NCER adalah RM12.97 bilion.

Pada tempoh yang sama, jumlah Pendapatan Negara Kasar (GNI) yang berjaya dihasilkan adalah RM29.62 bilion.

Sementara itu, kira-kira 15 wartawan dari media cetak dan elektronik dibawa melawat projek-projek industri kecil dan sederhana di NCER oleh NCIA selama dua hari bermula 6 September lalu.

Antaranya ialah projek penternakan ikan dalam sangkar di Sungai Menghulu di sini; kilang memproses jus buah-buahan di Kangar, (Perlis), kilang memproses daging di Jitra (Kedah), penternakan udang putih di Sungai Kerang, (Perak), ladang lebah di Tasek Gelugor dan kilang ujian cahaya di Bayan Lepas (Pulau Pinang).

Lagi desakan Mat Sabu dikenakan hukuman

Posted:

Lagi desakan Mat Sabu dikenakan hukuman

Lagi desakan Mat Sabu dikenakan hukuman


LEBIH 50 ahli UMNO Bahagian Kubang Pasu, Persatuan Bekas Tentera Kubang Pasu dan Perkasa Kubang Pasu mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan Mat Sabu menyanjung pengganas komunis di Jitra, Kedah, kelmarin.


KUBANG PASU 8 Sept. - Sebanyak 50 ahli UMNO Bahagian Kubang Pasu, Persatuan Bekas Tentera Kubang Pasu dan Perkasa Kubang Pasu mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong yang memutar belitkan fakta sejarah.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa pengganas komunis sebagai hero memperjuangkan kemerdekaan dalam tragedi tersebut.

Perhimpunan kira-kira 10 minit itu diadakan di pekarangan pejabat UMNO Kubang Pasu dekat sini semalam dan ia disusuli oleh tiga laporan polis berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu bagi membantah kenyataan pemimpin Pas itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, pihaknya menentang sekeras-kerasnya kenyataan Mat Sabu itu dan menyifatkannya sebagai menafikan fakta sejarah tentang kemerdekaan.

"Kenyataan Mat Sabu boleh menimbulkan kekacauan dan kami harap kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap beliau kerana didapati cuba menghasut rakyat mengubah sejarah negara.

"Kami mahu Mat Sabu dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Persatuan Bekas Tentera Kubang Pasu, Kapten (B) Yusof Yaacob berkata, Mat Sabu mungkin mempunyai agenda tersembunyi apabila menimbulkan isu tersebut.

"Setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden Pas yang baharu, mungkin ini caranya untuk meraih populariti dengan cepat. Mat Sabu sanggup ketepikan fakta demi menegakkan kenyataannya itu," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu Mat Sabu menarik balik kenyataannya atau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tindakannya itu mengguris hati banyak pihak, terutama pejuang dan ahli keluarga bekas tentera terlibat.

Seorang bekas tentera yang berkhidmat lebih 30 tahun, Mejar (B) Hussein Ahmad pula sedih kerana perjuangannya menentang komunis dahulu diibaratkan sia-sia oleh Mat Sabu.

"Apa niat Mat Sabu sebenarnya jika bukan untuk kepentingan peribadi, saya tak nampak rasional beliau menegakkan kenyataan itu demi mendaulatkan negara," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved