Utusan Online - Luar Negara |
Posted: New York tingkat kawalanGambar bertarikh 7 September lalu merakamkan pegawai polis Chicago, Nick Spencer dan anjing polis yang diberi nama Ggillis meronda di sistem stesen bawah tanah di tengah Chicago. Ggillis, seekor anjing Labrador berusia tiga tahun diberi nama sempena nama Sarjan Rodney Gillis yang terbunuh dalam tragedi 11 September 2001 ketika cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di Pusat Dagangan Dunia di New York. - Agensi NEW YORK 9 Sept. - Jumlah anggota polis ditingkatkan di beberapa lokasi utama, termasuk di terowong dan jambatan berhubung laporan perisikan mengenai risiko serangan menjelang ulang tahun ke-10 tragedi serangan 11 September di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad ini. "Pihak berkuasa menempatkan lebih ramai anggota polis di beberapa lokasi yang dilihat berisiko untuk berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," kata Datuk Bandar Michael Bloomberg. Pesuruhjaya Polis New York, Raymond Kelly berkata, langkah tersebut termasuk menempatkan pasukan yang mendapat latihan menggunakan senjata berat di luar Manhattan. "Waktu bertugas anggota polis dilanjutkan bagi mengawal New York meliputi perkhidmatan feri, terowong, jambatan dan kawasan mercu tanda utama. "Perkhidmatan tunda kereta dan pemeriksaan beg di laluan bawah tanah turut diperluaskan bagi mengesan bom atau yang berkaitan dengan keganasan," katanya. Dalam pada itu, Bloomberg menegaskan walaupun risiko serangan itu dilihat tidak kukuh, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil kira. "Ancaman serangan kini belum dapat dikenal pasti, namun kita tidak boleh mengabaikannya. "Ia (serangan) boleh berlaku dan kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga," ujarnya. - AFP | ||
Jepun beku aset Presiden Syria Posted: Jepun beku aset Presiden Syria
TOKYO 9 Sept. - Jepun hari ini membekukan aset milik Presiden Syria, Bashar al-Assad dan individu serta kumpulan yang mempunyai kaitan dengannya, selepas Amerika Syarikat (AS) dan Eropah mengenakan sekatan serupa bagi menggesa negara itu mengadakan pembaharuan demokrasi. AS, Eropah dan negara kuasa-kuasa Barat mahu Assad menamatkan tindakan kekerasan yang berlarutan selama lima bulan ke atas penunjuk perasaan pro-demokrasi di negara itu. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 2,000 orang telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat meletus di Syria pada April lalu. Jepun tidak mengimport minyak mentah dari Syria dan menurut pegawai Kementerian Kewangan, aset Assad dan 14 individu serta enam kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Presiden Syria itu di negara ini yang dibekukan adalah terhad. "Negara kami perlu menyumbang kepada usaha global untuk menyelesaikan masalah di Syria," lapor agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan Menteri Luar Jepun, Koichiro Gemba dalam mesyuarat Kabinet. Selain Assad, senarai itu termasuk pegawai-pegawai kanan kerajaan seperti Naib Presiden, Farouk al-Shara dan Menteri Dalam Negeri, Mohammad Ibrahim al-Shaar serta beberapa pertubuhan seperti Perisiskan Tentera Syria dan Dana Pelaburan Al Mashreq. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan