Isnin, 18 Julai 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Blues janji watak berbeza

Posted:

Blues janji watak berbeza

Blues janji watak berbeza

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


DIDIER Drogba menandatangani autograf peminat ketika tiba bersama skuad Chelsea di hotel penginapan di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA - Bukan satu, tetapi dua skuad berbeza bakal dihadapi oleh Pilihan Malaysia pada pertemuan persahabatan menentang Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.

Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas berkata, perlawanan sempena Siri Jelajah Asia kelab itu merupakan peluang terbaik untuknya menilai persembahan pemainnya, sebagai persediaan musim baru Liga Perdana England (EPL).

"Saya akan menurunkan dua pasukan berbeza dalam setiap 45 minit permainan nanti. Dengan cara ini, saya boleh melihat kombinasi yang berbeza di kalangan pemain," katanya.

Beliau mengadakan sidang akhbar sempena perlawanan persahabatan dengan skuad Pilihan Malaysia di sini, semalam.

Sidang akhbar itu turut disertai jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee, bintang tengah Chelsea, Frank Lampard dan pemain pertahanan, Branislav Ivanovic.

Menurut Boas, dia akan cuba memanfaatkan sepenuhnya Siri Jelajah Asia selama 15 hari bagi melihat kekuatan yang dimiliki para pemainnya dalam membentuk kesebelasan yang mantap.

Jelasnya, amat penting untuknya mempelbagaikan gaya permainan pasukannya, selain mencuba gandingan pemain yang sesuai bagi mencari keseimbangan dalam persembahan Chelsea kelak.

"Saya cuba memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha untuk mengeksploitasi skuad ini bagi membentuk sebuah pasukan yang bagus.

"Perlawanan dengan Malaysia nanti, kami akan cuba bermain seperti biasa," ujarnya.

Skuad Blues yang tiba di Kuala Lumpur semalam, menerima sambutan hangat daripada para mereka, yang setia menanti pemain pujaan mereka di hotel penginapan pasukan di sini, seawal pukul 11 pagi.

Penantian kira-kira 500 penyokong fanatik Chelsea hanya berakhir apabila bas yang membawa para pemain dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba di hadapan lobi hotel.

Kemunculan pemain bintang seperti Didier Drogba, Frank Lampard, John Terry dan Fernando Torres menjadikan suasana lobi hotel meriah dengan jeritan peminat yang melaungkan nama pemain tersebut.

Chelsea yang tiba dengan skuad terbaik mereka turut menampil pemain terkemuka yang lain termasuk Henrique Hilario, Petr Cech, John Obi Mikel, Daniel Sturridge, Salomon Kalou, Branislav Ivanovic, Ashley Cole, Yossi Benayoun, Nicolas Anelka, dan Florent Malouda.

Sementara itu, mengulas aksi Liga Juara-Juara, pengurus kelahiran Portugal, Boas berkata, saingan pada kejuaraan itu amat sengit memandangkan kelab yang bertanding merupakan pasukan yang berada pada kedudukan teratas dalam liga negara masing-masing.

"Sebagai pengurus yang baru, saya sudah tentu saya mahu melihat Chelsea memberikan saingan bagi meraih gelaran Liga Juara-Juara yang masih belum pernah diraih mereka.

"Kami akan cuba memburu kejuaraan tersebut pada tahun depan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Villas-Boas suntik Chelsea gaya baru

Posted:

Villas-Boas suntik Chelsea gaya baru

Villas-Boas suntik Chelsea gaya baru

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

PETALING JAYA - Tiada masalah buat tonggak Chelsea, Frank Lampard bekerja di bawah jurulatih baru, Andres Villas-Boas walaupun usia antara mereka tidak jauh berbeza.

Sebaliknya, tegas Lampard apa yang penting buat bintang England itu adalah kualiti sebagai seorang jurulatih bagi membawa Chelsea memburu kejuaraan pada musim akan datang, terutama Liga Juara-Juara.

"Usia Villas-Boas yang masih muda tidak menjadi masalah kepada saya kerana dia seorang jurulatih yang berkualiti.

"Kehadirannya membuatkan kami lebih teruja bagi menghadapi cabaran musim baru, " katanya pada sidang media di sini, semalam.

Villas-Boas, 33, merupakan pengurus termuda Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan rekod membimbing FC Porto menjuarai Piala Europa musim lalu.

Dia menggantikan Carlo Ancelotti yang dipecat kerana gagal membawa sebarang trofi kepada Chelsea.

Tambah Lampard, gaya latihan pasukan itu berbeza sejak diambil alih oleh Villas-Boas.

"Dia membawa gaya latihan baru yang mementingkan kepantasan dan lebih keras.

"Kami tidak boleh berehat terlalu lama kerana dia mementingkan disiplin," kata Lampard.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


MB Kedah nafi sandiwara politik

Posted:

MB Kedah nafi sandiwara politik

MB Kedah nafi sandiwara politik

ALOR SETAR 18 Julai - Kerajaan negeri Kedah menafikan tuduhan menyatakan Pas dan DAP 'bersandiwara politik' berhubung keputusan untuk menarik balik keputusan melarang pusat hiburan di negeri ini beroperasi sepanjang Ramadan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri tidak pernah berbincang dengan kepimpinan DAP termasuk Pengerusinya, Karpal Singh atau Penasihat parti itu, Lim Kit Siang tentang isu tersebut.

"Sandiwara apa? Kita tak pernah bincang perkara ini dengan Kit Siang. "Saya hanya buat perjumpaan dengan Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang mewakili masyarakat itu dan Dewan Perniagaan Cina Kedah yang mewakili semua peniaga Cina," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darulaman di sini, hari ini.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, parti itu sudah menjangkakan Pas tunduk kepada bantahan DAP untuk menarik balik keputusan larangan pusat hiburan beroperasi pada Ramadan ini.

Soi Lek mendakwa, apa yang berlaku itu adalah sandiwara politik kerana Pas sudah tahu keputusan dibuat akan mendapat bantahan daripada DAP dan MCA.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina itu menyerahkan memorandum kepada beliau dan mengemukakan cadangan untuk memastikan orang Islam tidak akan dibenarkan mengunjungi pusat hiburan sepanjang Ramadan ini.

"Mereka yang berikan cadangan untuk memastikan orang Islam tidak masuk pusat hiburan kerana menghormati Ramadan, jadi saya ucap terima kasih kepada mereka dan kita perlu menghormati masyarakat bukan Islam," katanya.

Mengenai mekanisme untuk memastikan umat Islam tidak mengunjungi pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti, kata Azizan, perkara terperinci mengenainya terletak di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ia akan dilaksanakan dengan kerjasama pengusaha pusat hiburan.

Katanya, ia kerana tindakan kepada pihak pengusaha adalah di bawah undang-undang PBT sedia ada, manakala orang Islam pula tertakluk kepada undang-undang syariah jika didapati melakukan kesalahan syariah.

Pada Sabtu lalu, Karpal memberi kata dua kepada Kerajaan Pas Kedah supaya menarik balik larangan operasi pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri, mengikut Enakmen hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Serentak dengan amaran tersebut, Azizan mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri bersetuju menimbangkan semula larangan berkenaan bagi menggembirakan semua pihak yang menentang keputusan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas cuba tarik sokongan pengundi atas pagar

Posted:

Pas cuba tarik sokongan pengundi atas pagar

Pas cuba tarik sokongan pengundi atas pagar

KUALA LUMPUR 18 Julai - Tindakan Pas yang berdolak-dalik dalam isu larangan pembukaan 13 premis hiburan di Kedah sepanjang Ramadan akan datang menunjukkan parti itu cuba mendapatkan sokongan para pengundi atas pagar di negeri itu.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Jayum Jawan berkata, larangan itu tidak harus timbul kerana penganut Islam mempunyai kod etika kehidupan tertentu terutama ketika berpuasa.

"Semua tahu orang Islam dilarang minum arak, mesti berpuasa di bulan Ramadan dan isu sama ada masyarakat itu dibenarkan memasuki premis hiburan pada bulan puasa sebenarnya langsung tidak timbul.

"Apatah lagi apabila Pas menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang didakwa tidak melaksanakan undang-undang dengan betul. Itu hanya kenyataan politik yang tidak menentu, ia hanya untuk tarik pengundi atas pagar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Pas yang menarik balik larangan penutupan 13 premis hiburan di Kedah pada Ramadan ini selepas menerima kata dua daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Pas kemudiannya mengubah larangan itu dengan membenarkan pembukaan kesemua premis tersebut namun melarang penganut Islam daripada mengunjungi tempat-tempat berkenaan.

Lebih menyedihkan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang akhbar semalam, mendakwa larangan itu dibuat kononnya demi membetulkan peraturan salah yang dibuat oleh UMNO selama ini.

Jayum berkata, masyarakat terutama para pengundi atas pagar perlu menilai setiap isu yang ditimbulkan oleh parti politik tertentu dengan matang agar mereka boleh membuat pilihan dengan tepat pada masa akan datang.

Setiausaha Kluster itu, Prof. Dr. Mansor Mohd. Noor pula berkata, sikap berdolak-dalik Pas itu menunjukkan parti tersebut sengaja bermain dengan sentimen Islam bagi mengukuhkan sokongan di Kedah yang bermajoriti Melayu dan Islam.

"Isu seperti ini boleh menguntungkan Pas kerana Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan merupakan negeri bermajoriti Melayu dan Muslim sungguhpun setiap penganut Islam tahu had-had mereka.

"Jadi masyarakat pasti tertanya-tanya adakah Pas tunduk kepada DAP, atau DAP tunduk kepada Pas atau Pas sekadar bermain 'real-politik' dengan menggunakan sentimen Islam? Wallahualam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wanita Taiwan kerugian RM1 juta

Posted:

Wanita Taiwan kerugian RM1 juta

Wanita Taiwan kerugian RM1 juta

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Julai – Seorang ibu tunggal dari Taiwan sanggup menyerahkan wang lebih RM1 juta dan mencagar rumahnya bagi mendapatkan pinjaman wang untuk diberi kepada dua teman lelaki yang dikenali melalui laman sosial di Internet.

Mangsa berusia 44 tahun yang bekerja sebagai penari mengenali kekasih pertama dikenali sebagai Mark David yang kononnya seorang jurutera berbangsa Inggeris berasal dari United Kingdom (UK) menerusi laman sosial tagged sejak September lalu.

Menurut sumber, sepanjang menjalin hubungan melalui alam siber itu, suspek yang pandai bermain ayat-ayat cinta berjaya memujuk wanita terbabit agar memasukkan wang sebanyak 37 kali berjumlah dolar Taiwan (TW$) 6 juta (RM624,870) ke dalam akaunnya.

"Suspek meminta mangsa membantunya mencari kediaman di Taiwan dan memasukkan wang ke dalam akaun dengan alasan mahu menggunakan wang tersebut untuk pelaburan berikutan wang miliknya telah dibekukan sementara.

"Mangsa langsung tidak mengesyaki dia ditipu dan setia mengirimkan wang kepada suspek sehinggalah dia gagal menghubungi 'kekasihnya' itu pada akhir tahun lalu," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber itu memberitahu, pengalaman ditipu bagaimanapun tidak memberi pengajaran kepada wanita terbabit apabila dia sekali lagi jatuh cinta dengan kekasih siber melalui laman sosial yang sama pada Januari lalu.

Beliau berkata, kepada kekasih baru dikenali sebagai Marcus juga kononnya berasal dari UK, mangsa menceritakan kisah sedih ditipu sebelum itu.

Katanya, Marcus yang berpura-pura simpati terhadap mangsa berjanji akan membantu wanita itu mendapatkan semula wang yang sudah diserahkan kepada bekas kekasih kerana kononnya ada mengenali seorang pegawai di Jabatan Kewangan di UK.

"Bagi mendapatkan semula wang tersebut, Marcus meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun sebagai bayaran yuran menguruskan perkara itu dan tanpa berfikir panjang, janda terbabit bersetuju membuat 19 kali pembayaran berjumlah TW3 juta (RM312,435).

"Lebih parah lagi, mangsa sanggup mencagar rumah kepada bank bagi mendapatkan pinjaman wang untuk diserahkan kepada suspek," katanya sambil memberitahu mangsa hanya menyedari ditipu pada Mei lalu dan akhirnya membuat laporan polis.

Berikutan laporan itu, hasil kerjasama polis Malaysia dan Taiwan, 11 anggota sindiket terdiri sembilan lelaki warga Nigeria, dua wanita dan seorang lelaki tempatan yang terlibat menipu mangsa ditangkap.

Katanya, dua lelaki Nigeria ditangkap merupakan yang menyamar sebagai Mark David dan Marcus, manakala lelaki tempatan pula adalah kakitangan sebuah bank dan salah seorang suspek wanita merupakan teman wanita kepada suspek utama bekerja di sebuah jabatan kerajaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut dan tangkapan 11 suspek untuk siasatan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suspek samun dikejar lima MPV sebelum ditahan

Posted:

Suspek samun dikejar lima MPV sebelum ditahan

Suspek samun dikejar lima MPV sebelum ditahan

KUALA LUMPUR 18 Julai - Seorang penjenayah lelaki yang dikehendaki polis berhubung kes curi kenderaan di Sungai Petani, Kedah dicekup selepas 30 minit dikejar lima kenderaan peronda polis dari Taman Tempua, Puchong Jaya sehingga ke Sungai Ramal, Kajang malam tadi.

Suspek berusia lingkungan 20-an itu melarikan diri menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di Taman Tempua pada pukul 9.20 malam.

Kenderaan dinaiki suspek bersama seorang rakannya juga dalam lingkungan usia yang sama cuba ditahan oleh anggota polis.

Polis mengesyaki pembabitan kedua-dua lelaki itu dalam jenayah selepas mendapati nombor pendaftaran kenderaan yang mereka naiki itu adalah palsu.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias, pemandu Toyota Estima bagaimanapun tiba-tiba memecut menghala ke lebuh raya Sistem Lingkaran Luar Kajang (Silk) selepas sebuah MPV polis cuba menahan mereka.

"Ketika dikejar, MPV polis itu meminta bantuan empat lagi kereta peronda tambahan menjadikan lima buah MPV polis mengejar Estima dinaiki dua lelaki terbabit.

"Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba di Sungai Ramal, kenderaan dinaiki dua suspek itu gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya. Ketika dikejar, kereta penjenayah itu merempuh dua plaza tol di Kajang Silk dan di susur masuk Kajang, Lebuh Raya Utara-Selatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abd. Razak, selepas terbabas, kedua-dua suspek keluar dari kenderaan itu untuk melarikan diri. Salah seorang daripada mereka diberkas selepas terjatuh ke dalam longkang manakala rakannya dapat meloloskan diri.

Polis, katanya, menemui pelbagai peralatan pecah masuk dan samun dalam kenderaan berkenaan.

Tambahnya, suspek yang ditahan itu positif dadah dan dikehendaki mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam kes curi kenderaan di Sungai Petani.

Katanya, susulan penangkapan suspek, polis menyerbu sebuah rumah teres di Jalan Klang Lama di sini pukul 11 pagi ini.

Di rumah itu, tambah beliau, polis menemui sebuah mesin untuk menghasilkan kunci pendua, serangkai kunci kereta jenis Honda dan Toyota, peralatan pecah rumah, dua peket dadah syabu dan sebuah kenderaan Mitsubishi Triton yang dilaporkan hilang di Kuantan, Pahang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


SMK Tengku Mahmud, Besut juara Speech Choir

Posted:

SMK Tengku Mahmud, Besut juara Speech Choir

SMK Tengku Mahmud, Besut juara Speech Choir


Para pelajar SMK Tengku Mahmud bersorak kegembiraan selepas menjuarai kategori Speech Choir Kumpulan Inspirasi program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 18 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud 2, Besut menjuarai kategori Speech Choir Kumpulan Aspirasi sempena program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan 2011 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, hari ini.

Sekolah itu membawa pulang hadiah wang tunai berserta piala pusingan dan piala iringan selaku johan manakala naib johan disandang oleh SMK Sultan Ismail 2, Kemaman, sementara SMK Padang Negara, Kuala Terengganu di tempat ketiga.

Muhammad Amirul Afiq Shafei dari SMK Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu pula diumumkan sebagai konduktor terbaik bagi kategori tersebut.

Bagi kategori Speech Choir Kumpulan Inspirasi pula, johan disandang oleh SMK Tengku Mahmud, Besut diikuti SM Imtiaz Dungun manakala SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu di tempat ketiga.

Konduktor terbaik untuk kategori itu ialah Wan Hazrena Wan Zakaria dari SMK Tengku Mahmud, Besut.

Bagi kategori Smart English, SK Gong Kapas muncul sebagai juara manakala naib johan disandang oleh SK Seri Gelugor, Kemaman dan SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang pula di tempat ketiga.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin berangkat ke majlis itu dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Baginda diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), Datuk Prof. Emeritus Dr. Abdul Rahman Embong dan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman.

Program kali kedua sejak diperkenalkan tahun lalu itu merupakan anjuran bersama YDSM yang dinaungi baginda dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama UMT.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SMK Ismail Petra muncul juara dua kategori tarian

Posted:

SMK Ismail Petra muncul juara dua kategori tarian

SMK Ismail Petra muncul juara dua kategori tarian


Pasukan Petra Tari dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra meraikan kejayaan mereka pada Karnival Kebudayaan dan Kesenian Peringkat Negeri Kelantan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 18 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra muncul johan dua kategori tarian sempena Karnival Kebudayaan dan Kesenian Peringkat Negeri yang berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Kumpulan itu mempersembahkan tarian gabungan zapin, joget riang ria dan inang burung di hutan bagi memenangi kategori Tarian Rampaian Tradisional dan Tarian Zapin Pekajang bagi kategori Tarian Etnik.

Guru penyelaras, Muhammad Zaidin Hussin berkata, pasukan tarian yang melibatkan seramai 12 pelajar itu mengadakan latihan sejak sebulan lalu bagi menyertai pertandingan tersebut.

Katanya, latihan diadakan dengan kerjasama Jalinan Anak Seni Teater, Tari dan Sastera Kelantan (Jastera) di bawah bimbingan Pengerusinya, Mohd. Zamani Mohd. Zain yang turut mencipta tarian berkenaan.

''Penyertaan dalam pertandingan ini merupakan pendedahan terbaik kepada pelajar dalam menimba pengalaman berguna," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, pelajar dari SMKIP menyertai pertandingan tersebut sejak tahun 2000 dan sebahagian daripada mereka kini aktif dalam aktiviti kebudayaan termasuk di luar Kelantan.

''Ramai daripada mereka terlibat sebagai artis tanah air dan mengharumkan nama Kelantan di Kuala Lumpur, antaranya Nik Nur Syayidah Yazib dan Catriona Ross,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pengikut Ayah Pin gagal cabar hak beragama

Posted:

Pengikut Ayah Pin gagal cabar hak beragama

Pengikut Ayah Pin gagal cabar hak beragama

PUTRAJAYA 18 Julai - Seorang pengikut ajaran sesat Ayah Pin yang mengisytiharkan dirinya murtad, gagal dalam usaha untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan bertujuan mencabar hak dan kebebasan beragama di sisi perlembagaan.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak dengan kos rayuan bekas ustazah, Kamariah Ali, 60, selepas berpuas hati bahawa persoalan yang ingin dikemukakan itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Sivil.

Ia selaras dengan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan sebarang perkara yang terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Clement Allan Skinner.

Kamariah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 30 Disember 2005 yang menolak permohonannya untuk merujuk isu-isu perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan.

Pengikut 'Kerajaan Langit' itu dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 3 Mac 2008 selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) kerana keluar daripada Islam.

Hakim Azhar ketika membacakan keputusan itu menyatakan, perayu memohon deklarasi bahawa dia mempunyai hak mutlak dan bebas memilih serta menentukan agama pilihan sendiri dan bukan tertakluk kepada pengisytiharan dan/atau pengesahan mana-mana pihak.

Menurut beliau, mahkamah bagaimanapun berpuas hati dengan keputusan terdahulu yang mendapati permohonan bekas ustazah itu merupakan penyalahgunaan proses mahkamah kerana isu yang dibangkitkan itu sudah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Tan Sri Md. Raus Sharif (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) berpendapat, tindakan tersebut merupakan cubaan kali kedua disebabkan dia sebelum ini telah memohon kepada mahkamah untuk menentukan perkara serupa.

Sehubungan itu, panel tersebut bersetuju dengan dapatan hakim berkenaan bahawa tiada keperluan merujuk isu itu kerana persoalan sebenar yang hendak diketengahkan adalah untuk mendapatkan perisytiharan bahawa dia tidak lagi mengamalkan agama Islam (murtad).

Responden-responden terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Peguam Datuk Zamani Mohamad hadir mewakili MAIDAM dan bagi pihak Penasihat Undang-Undang negeri, Noor Bahri Baharuddin yang mewakili kerajaan negeri tersebut.

Kamariah diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar manakala Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mewakili Peguam Negara selaku responden ketiga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkamah tolak rayuan Elegant Advisory

Posted:

Mahkamah tolak rayuan Elegant Advisory

Mahkamah tolak rayuan Elegant Advisory

KUALA LUMPUR 18 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisory Sdn. Bhd. (Elegant Advisory) berhubung perintah yang membenarkan Barisan Nasional (BN) dan dua pihak yang lain mengetepikan penghakiman ingkar terhadap mereka dalam saman RM218 juta.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Ariff Md. Yusof di kamar beliau selepas mendengar hujahan peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili tiga defendan terbabit, manakala syarikat tersebut selaku plaintif diwakili peguam Mohd. Nazuddin Abdullah.

Mohd. Hafarizam memberitahu pemberita, rayuan plaintif terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar mahkamah tersebut pada 23 Jun lalu yang membenarkan permohonan defendan mengetepikan penghakiman ingkar terhadap mereka, ditolak oleh hakim dengan kos RM1,000.

Menurut beliau, mahkamah menetapkan 21 Julai ini sebutan kes tersebut dan dalam masa yang sama pihaknya akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman plaintif yang difailkan pada 17 Februari lalu.

Dalam saman itu, plaintif menamakan Bendahari Agung BN yang juga Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pegawai awam BN masing-masing sebagai defendan.

Tindakan itu diambil oleh plaintif atas dakwaan pihak defendan tidak menjelaskan bayaran bekalan barangan dan perkhidmatan semasa Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004.

Usaha pihak media untuk mendapatkan butiran kandungan writ saman tersebut gagal kerana menurut Mohd. Nazuddin, pihaknya tidak mahu mengganggu perjalanan perbicaraan kes itu.

Plaintif berjaya mendapatkan penghakiman ingkar pada 7 Mac lalu setelah defendan gagal memasukkan kehadiran dalam masa lapan hari setelah saman diserahkan kepada mereka.

Sebelum ini, plaintif telah memfailkan saman yang serupa pada 23 Jun 2008 dengan menamakan bendahari UMNO ketika itu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi sebagai defendan sebelum nama beliau dibatalkan.

Dalam writ tersebut, syarikat itu mendakwa telah membekal peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan; dan pada pilihan raya umum tersebut tahun 2004 pihaknya membekalkan UMNO dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.

Syarikat itu menyatakan, ia kemudiannya menghantar invois RM218,013,475 untuk mendapatkan pembayaran, namun defendan gagal membayarnya.

Pada 10 September 2009, Pesuruhjaya Kehakiman, Anantham Kasinather membatalkan saman Elegant Advisory setelah mendapati tiada kontrak yang sah sama ada secara lisan mahupun bertulis dibuat antara syarikat itu dengan UMNO.

Syarikat itu bagaimanapun pada 25 Ogos 2010 telah gagal memperoleh kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman RM218 juta terhadap UMNO.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pengetua pesantren mengaku

Posted:

Pengetua pesantren mengaku

Pengetua pesantren mengaku


Polis Indonesia memeriksa kawasan seorang kakitangan sekolah yang terbunuh akibat bom buatan sendiri di pesantren Umar bin Khatab di Bima, baru-baru ini. - AGENSI


JAKARTA 18 Julai - Pengetua pesantren Umar bin Khatab di Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB), Abrori M. Ali dipercayai sudah lama terlibat dengan rangkaian militan di Indonesia.

"Dia mengaku telah menyertai kem latihan separa tentera yang diketuai oleh Santoso alias Abu Wardah yang kini termasuk dalam senarai orang buruan kami," kata sumber daripada unit antikeganasan polis kepada akhbar Jakarta Post, semalam.

Santoso didakwa sebagai dalang yang dikehendaki berhubung insiden dua anggota polis ditembak mati di Poso, Sulawesi Tengah.

"Abrori mempelajari cara mengendalikan senjata dan membuat bom semasa menyertai kem separa tentera di Poso selama dua minggu," kata sumber itu.

Abrori dilantik menjadi pengetua Umar bin Khatab bagi menggantikan Mujahidul Haq alias Uqbah yang ditangkap pada Disember lepas kerana didakwa memungut wang untuk sebuah lagi kem separa tentera di Aceh.

Mujahidul sedang dibicarakan berhubung kes kem latihan di Aceh itu.

Polis menamakan Abrori sebagai suspek bersama-sama tujuh orang lain yang ditangkap berhubung satu letupan bom yang membunuh seorang di pesantren tersebut.

Dia dibawa ke ibu pejabat polis NTB pagi kelmarin.

"Kami masih menyiasat Abrori dan suspek lain kerana penglibatan dengan letupan itu dan kesemua mereka sedang disoal siasat," kata ketua polis wilayah, Brigadier Jeneral Arif Wachyunadi, semalam.

Bapa Abrori, Aly Ghani Al Mahyubi menafikan dakwaan anaknya itu pernah menjalani latihan di Mindanao, selatan Filipina tetapi mengaku dia menghabiskan masa setahun di Ambon apabila sengketa agama meletus di kawasan itu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skuad antikeganasan NU

Posted:

Skuad antikeganasan NU

Skuad antikeganasan NU

JAKARTA 18 Julai - Gerakan Pemuda Ansor (GP Ansor) yang merupakan anggota gabungan pertubuhan Islam terbesar Indonesia Nahdlatul Ulama (NU), menubuhkan skuad menentang keganasan yang berperanan mengawal fahaman radikal.

Pengerusinya Nurson Wahid berkata, unit dikenali sebagai Detasmen 99 itu dianggotai 200 ahli dengan sebahagiannya turut dilatih mematikan bom buatan sendiri.

Katanya, ahli-ahli unit tersebut berperanan membantu polis melupuskan bom dan menghalang orang ramai daripada mengamalkan fahaman pelampau.

"Detasmen 99 tidak akan campur tangan dalam urusan skuad antikeganasan negara Detasmen 88, sama ada dalam penguatkuasaan undang-undang, serbuan atau penahanan suspek pengganas," katanya.

Nusron berkata, skuad itu akan merekrut lebih ramai ahli untuk ditempatkan di 17 wilayah yang mudah terdedah kepada fahaman pelampau termasuk beberapa bandar di pulau Jawa.

Bagaimanapun, kewujudan unit tersebut mendapat kritikan penganalisis keselamatan Noor Huda Ismail dari Institut Pembangunan Keamanan Antarabangsa.

"Saya rasa lebih baik mereka memberi tumpuan kepada bekas ahli-ahli NU yang dulunya mengamalkan kesederhanaan tetapi kini lebih bersikap radikal.

"Sebarang cubaan menggunakan kekerasan untuk menentang radikalisme akan berakhir dengan kerugian," katanya.

Ibu pejabat polis bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mendapat ulasan lanjut. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Berkayak sambil kutip sampah

Posted:

Berkayak sambil kutip sampah

Berkayak sambil kutip sampah

Oleh NOREHAN SALEH
utusanpahang@utusan.com.my


Peserta bersiap sedia memulakan aktiviti berkayak sambil mengutip sampah di Sungai Lembing.


KUANTAN 18 Julai - Pertandingan berkayak lazimnya menyaksikan setiap peserta sanggup bergadai nyawa mengharungi risiko semata-mata untuk ke garisan penamat.

Bagaimanapun, ia berbeza dalam pertandingan kayak di bawah Program Rakan Alam Sekitar di Sungai Lembing, dekat sini baru-baru ini.

Juara dinobatkan kepada peserta yang paling banyak mengutip sampah di dalam sungai.

Pertandingan kayak yang bermula dari Kampung Sungai Rimau itu mengambil masa dua jam untuk sampai ke lokasi terakhir di Kampung Kuala Kernau, Sungai Lembing.

Antara peserta terlibat ialah dari Felda Bukit Goh, Felda Bukit Kuantan, Felda Bukit Sagu dan Sungai Lembing.

Dalam tempoh tersebut, peserta perlu mengutip semua sampah-sarap di dalam atau tepi sungai sebagai usaha mendedahkan masyarakat betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.

Sebanyak 55 kayak disediakan Jabatan Pelajaran negeri dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk menjayakan program tersebut.

Pada akhir pertandingan, sampah-sarap yang dikutip dibawa ke pusat pengumpulan dan pusat kitar semula bagi bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Pemenang pertandingan tersebut menerima wang tunai, piala dan hamper yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah.

Abdul Manan berkata, pertandingan anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar itu bertujuan mendidik generasi muda menghargai sungai kerana ia merupakan sumber air kepada manusia.

"Sungai tersebut bukan sahaja sebagai tempat rekreasi malah, ia juga merupakan sumber air kepada penduduknya terutama ketika terputusnya bekalan air," katanya kepada Utusan Malaysia selepas pertandingan itu.

Menurut Abdul Manan, sungai tersebut dipilih kerana ia merupakan sumber air kepada kira-kira 2,000 penduduk Sungai Lembing apabila terputus bekalan air paip.

"Saya yakin usaha untuk membaik pulih pencemaran sungai akan berhasil jika usaha ini berterusan pada masa akan datang.

"Peserta bukan sahaja mengutip sisa-sisa pepejal, malah, mereka turut mengutip papan, rangka motosikal dan tayar kenderaan yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menjadikan sungai seolah-olah 'tong sampah' untuk membuang bahan-bahan yang tidak berguna.

"Sungai bukan tempat untuk membuang sampah kerana jika sumber air ini tercemar maka manusia atau masyarakat setempat tidak memperoleh kualiti air yang baik.

"Malah, mereka akan juga akan menerima kesan jangka panjang seperti penyakit kulit dan taun akibat menggunakan air yang tidak bersih," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru perlu sokong dasar kerajaan

Posted:

Guru perlu sokong dasar kerajaan

Guru perlu sokong dasar kerajaan

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

MARAN 18 Julai – Guru perlu mendukung dan menyokong dasar kerajaan kerana melaluinya dapat membentuk modal insan berkualiti dalam memenuhi tuntutan kemajuan negara.

Pemangku Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Zainul Abidin Daud berkata, warga guru antara profesion utama dalam merealisasikan wawasan negara ke arah melahirkan generasi baru berminda kelas pertama.

Menurutnya, pendidikan merupakan wadah utama dalam menentukan kemajuan dan kemakmuran negara di samping menjadi peneraju bagi membangunkan modal insan berkualiti.

"Sejarah telah membuktikan pendidikan berjaya membina tamadun sesebuah masyarakat dan menjamin keutuhan sesuatu empayar terus dihormati.

"Peranan guru diiktiraf kerana mereka sebagai pencetus kepada proses transformasi sistem pendidikan negara," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Guru Daerah Maran di Dewan Ibnu Sina di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka di sini, semalam.

Program itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Zainul berkata, guru perlu bersedia melakukan pembaharuan melalui inovasi dan strategi berterusan kerana sistem pendidikan sentiasa melalui proses perubahan mengikut peredaran zaman.

Katanya, golongan pendidik perlu mengukuhkan kepimpinan pendidikan dengan memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan mutu penyampaian dan melonjakkan prestasi pendidikan negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejayaan anak-anak hasil dedikasi ibu bapa

Posted:

Kejayaan anak-anak hasil dedikasi ibu bapa

Kejayaan anak-anak hasil dedikasi ibu bapa


PEMENANG-PEMENANG Pertandingan Mewarna Utusan Malaysia sempena Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 18 Julai – Demi menyokong minat anak-anak, sepasang suami isteri sanggup memandu dari Johor Bahru, Johor semata-mata untuk menghantar empat anaknya menyertai Pertandingan Mewarna Utusan Malaysia sempena Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, semalam.

Sarina Mohd. Salleh, 36, berkata, kesemua anaknya, Fatin Nabilah Mohd. Rozmee, 12; Fatin Nazira, 9; Fatin Najiha, 5 dan Fatin Nabiha, 4, begitu minat melukis sehingga beberapa kali mendapat tempat pertama hingga ke tiga dalam pertandingan yang dianjurkan.

Menurutnya, dia dan suami, Mohd. Rozmee Abdul Rahman, 36, menjelajah hampir seluruh negara semata-mata untuk memenuhi minat anak-anak menyertai pertandingan.

''Kebolehan anak-anak saya dalam bidang seni ini merupakan bakat semula jadi yang diwarisi oleh suami dan datuk mereka yang sememangnya minat terhadap lukisan dan syukur kerana semua anak saya mengikut jejak mereka," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Pada pertandingan tersebut, dua daripada empat anaknya iaitu Fatin Naziran dan Fatin Nabilah, kedua-duanya pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar di Johor Bahru mengungguli johan bagi kategori B (7 hingga 9 tahun) dan C (10 hingga 12 tahun) manakala dua lagi anaknya, Fatin Najiha memenangi tempat ke lima dan Fatin Nabiha menerima hadiah saguhati.

Dua beradik itu merupakan sebahagian daripada 800 peserta pertandingan mewarna dengan kerjasama Nestle Koko Crunch dan UMP dengan terbahagi kepada tiga kategori.

Kategori A (prasekolah) dimenangi oleh Nor Afiqah Amuni Sazini, 6, tempat kedua, Nor Afiqah Aliana Sazini, 5, dan tempat ketiga diraih Nor Fadhilla Sugiono, berusia enam tahun.

Bagi kategori B, Mirza Mikhail Mahathir, 9 dan Mohd. Amir Amsyar, 10, masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Manakala Aqmal Shamsuri dan Nor Aina Adibah Zulkifri, masing-masing berusia 12 tahun memenangi tempat kedua dan ketiga pertandingan tersebut.

Semua pemenang setiap kategori menerima hadiah berupa hamper makanan daripada produk Nestle Koko Crunch selain akhbar Utusan Malaysia dan majalah terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB).

Hadiah disampaikan oleh Penolong Pengurus Pemasaran Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. Wilayah Pantai Timur, Ahmadin Mahmud, Pengurus Penajaan Nestle Wilayah Pantai Timur dan Ketua Pejabat Naib Canselor UMP, Abdul Rahman Shafie mengikut kategori yang dipertandingkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sabar menanti 2013

Posted:

Sabar menanti 2013

Sabar menanti 2013

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

KALAU tidak percayakan sistem demokrasi di negara ini, masakan si S. Ambiga boleh mendaftar untuk mengundi di Bukit Damansara. Itupun minatnya dikatakan baru bermula pada 2004.

Si Datuk A. Samad Said pula menunaikan tanggungjawab dalam kawasan Parlimen Kelana Jaya dengan kerusi Dewan Undangan Negeri Subang Jaya.

A.Samad dengan puisi terisi 'lendir kahaknya' bersempena satu perhimpunan haram tempoh hari kian galak benar menghentam kerajaan.

Tetapi mujurlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melayan sangat kerenah Ambiga dan Samad dan dengan humble pula turun padang menjenguk rakyat di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur Ahad lepas sehari selepas demonstrasi jalanan yang memeranjatkan seketika warga kota itu.

Itulah sikap memandang jauh Perdana Menteri. Meskipun beliau sebenarnya boleh bergantung kepada penilaian agensi tertentu sama ada sesuai atau tidak melakukan walkabout berkenaan, namun Najib tidak berasa was-was untuk bertemu rakyat di simpang-simpang jalan dan ceruk Kuala Lumpur.

Jika di sesebuah negara yang dilanda demonstrasi serupa - tetapi syukurlah kurang 6,000 sahaja penyokong pembangkang berbuat demikian di KL itu - Perdana Menteri atau Presidennya dinasihatkan tidak melakukan tinjauan mesra sedemikian, Najib berfikiran sebaliknya.

Itu (ketakutan pemimpin di sesetengah negara tentang keselamatan mereka) barangkali assessment lama. Perbandingan demikian tidak tepat lagi jika diamati kerektor jawatan yang dipegang Najib.

Tindakan pantas Perdana Menteri ke lapangan tanpa perlu menunggu selama tiga atau empat hari bukan sahaja mengundang simpati malah menarik perhatian rakyat untuk bersama-sama kerajaan mengekalkan keharmonian dan keamanan negara yang bukannya dipupuk dalam sehari dua atau dua tiga tahun ini - tetapi 54 tahun.

Apa yang dikehendaki penganjur demonstrasi haram Ambiga ini hanyalah untuk mengekalkan momentum pembangkang sehinggalah Parlimen dibubarkan untuk laluan Pilihan Raya Umum ke-13.

Kalau boleh, Ambiga dan konco-konco pembangkangnya dari Pas, PKR dan DAP berhara sangat PRU itu mesti dilangsungkan esok. Lagi cepat lagi baik kerana kononnya sekarang ini masa paling sesuai untuk mereka menumbangkan kerajaan.

Tetapi kalau diambil kira pilihan raya negeri Sarawak April lepas, PKR sendiri sebenarnya boleh membentuk kerajaan negeri dengan peletakan calon-calonnya di lebih 50 kerusi DUN. Tetapi kenapa pula gagal dengan hanya meraih tiga kerusi.

Merata pelosok Sarawak dijengah Anwar Ibrahim sehingga terpaksa berlalu pergi menahan malu apabila diajukan seorang tuai Rumah Panjang dengan isu jam Omeganya. Namun, mengapa pembangkang masih gagal di Bumi Kenyalang.

Pilihan raya Sarawak sebenarnya adalah 'platform terbaik' untuk pembangkang membuktikan. Tetapi mengapa kecundang.

Hasil kajian penganalisis bagi keputusan PRU ke-12 pada 2008, seramai 54.4 peratus (%) pengundi Melayu telah memilih BN, 39.5% undi Cina dan 10.4% undi kaum India. Sokongan hanya pada kadar 54.4% daripada pengundi Melayu untuk BN sesungguhnya amat membimbangkan. Ini merupakan penurunan sebanyak 12% daripada PRU 2004.

Maka timbullah persoalan adakah UMNO masih relevan untuk masyarakat Melayu. Adakah UMNO perlu berubah untuk menarik semula sokongan Melayu.

Kajian penganalisis selanjutnya menunjukkan sokongan Melayu pada kadar 57.1% untuk UMNO lebih baik berbanding BN, mencerminkan sokongan masyarakat Melay untuk UMNO. Ini hanya penurunan sebanyak 2.15% daripada yang dicapai dalam PRU 2004.

Apa yang berlaku pada pilihan raya 2008 ialah undi Melayu masih mantap untuk calon UMNO. Tetapi merosot untuk parti komponen BN yang lain seperti MIC, MCA dan Gerakan.

Sokongan pengundi Cina untuk BN sesungguhnya merosot dengan ketara apabila ia hanya berjaya meraih 39.5 % undi Cina - satu penurunan 18% berbanding pencapaian sebanyak 57.25 dalam tahun 2004. Undi kaum India pula hampir lenyap, hanya pada paras 10.4% berbanding 77.5% pada PRU 2004.

Dalam PRU Ke-12, UMNO telah mendapat sokongan kira kira 1.87 juta undi Melayu daripada 112 kawasan Parlimen manakala BN meraih 2.28 juta undi Melayu di Semenanjung. PKR pula hanya memperoleh kira-kira 700,000 undi Melayu di 68 Kawasan Parlimen yang ditandinginya di Semenanjung.

Pastinya, UMNO bukanlah sebuah parti baru yang mudah tenggelam. Ia ada landasan perjuangan yang kukuh. Selagi UMNO berada di landasan perjuangan asalnya, orang Melayu tidak akan sanggup meninggalkannya.

Meskipun momentum sokongan orang Melayu kepada UMNO ini termasuk tempoh di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi atau dikenali mesra Pak Lah, kemajuan yang ketara dari segi transformasi, kestabilan dan sokongan politik hanya berlaku di bawah era Najib.

Rakyat bersyukur kerana langkah-langkah yang diambil Najib sejak mengambil alih tampuk kuasa daripada Pak Lah.

Ramai menarik nafas lega dengan langkah-langkah yang beliau ambil untuk mengendurkan ketegangan kaum dan agama serta usaha mendekati kaum India dan Cina secara peribadi.

Gagasan 1Malaysia juga menambah populariti dan keyakinan antara kaum kepada pemerintahan beliau. Langkah liberalisasi beberapa sektor ekonomi juga diterima rakyat sebagai usaha untuk memantapkan pertumbuhan ekonomi negara. Langkah-langkah ini melonjakkan populariti Najib.

Bagi penganalisis politik, Jeniri Amir, beliau percaya motif 'Bersih' hanyalah untuk mengharapkan demonstrasi jalanan mereka diterjemahkan dalam bentuk undi. Mereka mengambil pengalaman itu di Thailand dan Mesir.

"Tetapi 'Bersih' dan parti-parti pembangkang enggan mengakui bahawa keadaan sosio politik di Malaysia ini berbeza dengan negara-negara berkenaan.

"Saya yakin niat tidak 'Bersih' ini difahami rakyat. Itu sebabnya ramai pemimpin kanan pembangkang dan Ambiga sendiri terpaksa jual nama mereka dengan amat teruk ini (dengan terlibat dalam demonstrasi haram) semata-mata untuk bertanding pada PRU Ke-13," kata Jeniri.

Justeru, Jeniri meminta BN yang ditunjangi UMNO merenung sejenak pandangannya ini. Iaitu tempoh paling sesuai diadakan PRU adalah lebih elok sekitar 2013. Ia hanya selepas program transformasi kerajaan semakin banyak menampakkan keberhasilannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Apabila DAP bersuara, merunduklah mereka

Posted:

Apabila DAP bersuara, merunduklah mereka

Apabila DAP bersuara, merunduklah mereka

Oleh Zulkefli Hamzah

SUATU waktu terutama di pentas ceramah, Pas sentiasa mahu menampilkan imejnya sebagai sebuah parti yang berbeza. Pemimpin mereka pun selalu mahu dilihat lebih Islamik berbanding orang lain.

Perbezaan itu sehingga membenarkan perlakuan ekstrem dalam kalangan ahli-ahlinya, memang jelas pada imej Pas. Lawan mereka walaupun beragama Islam dilabel kafir. Orang Islam yang mengundi calon wakil rakyat bukan Islam dicemuh.

Hadis, malah ayat al-Quran dipetik dan diulas sesuka hati bagi memberi makna terhadap hujah mereka. Lidah mereka tidak pernah berhenti menyebut penubuhan negara Islam dan undang-undang hudud.

Tapi itu dulu, sekarang sudah terbalik. Sejak berkawan rapat dengan DAP dan parti itu sendiri dikuasai oleh golongan Anwarinas, dasar dan pendekatan sederhana yang diguna pakai oleh UMNO dan BN 'diculik' oleh Pas.

Pendekatan sederhana dan musyawarah setiap kali timbul masalah terutama berkaitan kepentingan kaum dan agama lain ala UMNO dan BN, telah diciplak oleh Pas. Pendekatan musyawarah dan sederhana BN yang mereka kecam dulu, kini menjadi dambaan.

Sekarang tiada lagi negara Islam tetapi diganti dasar negara kebajikan. Tidak berani lagi menyebut hudud akan dilaksanakan atas alasan belum waktunya.

Apa yang dilakukan suatu waktu dulu begitu berbeza dengan amalan sekarang. Maka itu, sukar untuk menolak jika ada yang menyatakan Pas kini sedang mempromosikan imej sebagai sebuah parti yang sentiasa mengalah demi politik kekuasaan. Mereka gunakan pendekatan musyawarah dan kesederhanaan BN tetapi sayang tidak mampu untuk mengawalnya.

Kerana undi, mereka tunduk kepada tuntutan dan ancaman sekutunya sendiri. Akibat 'langkah mayat saya dulu', dasar negara Islam diubah. Kerana mengutamakan kepentingan puak ini, rampasan minuman keras pernah dipulangkan.

Dan kerana gertakan DAP, ngauman Kerajaan Pas Kedah untuk menguatkuasakan larangan operasi hiburan pada bulan Ramadan ini berubah nada. Sedangkan mereka yang bersungguh-sungguh mahu menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 itu.

Benar, enakmen itu diluluskan pada zaman kerajaan BN tetapi tentu sekali penguatkuasaannya perlu dilaksanakan secara bijaksana. Yang lucunya strategi sama terus digunakan iaitu menyalahkan UMNO apabila enakmen itu gagal dilaksanakan.

Begitulah karakter mereka yang mahu kelihatan suci dan tidak pernah bersedia mengakui kesilapan. Sedangkan semua keputusan di bawah 'kebijaksanaan' mereka. Akuilah Pas silap. Akuilah DAP itu benar.

Memang banyak pihak membantah larangan itu termasuk MCA dan peniaga pusat hiburan tetapi tidaklah sekeras DAP yang turut mengancam untuk mengheret larangan itu ke mahkamah.

Agak lucu cara Pas yang mahu memulihkan imej akibat kontroversi isu ini. Tetapi hakikatnya sukar untuk bermuka-muka bak kata pepatah, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.'

Betapa tidak, hanya selang beberapa jam pemimpin Pas Kedah menyatakan pendirian tegas tidak akan berundur tetapi keputusan sebaliknya pula yang diumumkan. Di mana hendak diletakkan muka.

"Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas," begitulah kenyataan Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Malah dalam kenyataannya itu, beliau yang memetik pepatah kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai berasa yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu itu.

Tetapi selepas berhadapan dengan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, nada Muhammad Sanusi yang mewakili Menteri Besar berubah. Katanya, keputusan melonggarkan syarat itu juga demi menjaga hak orang bukan Islam yang mahu berhibur serta kebajikan pengusaha pusat hiburan.

Kalau benar bagai dikata bahawa keputusan mengubah larangan itu yang diuar-uarkan sebagai langkah bijaksana, jadi tidaklah bijak keputusan awal yang bukan orang lain buat tapi mereka sendiri.

Berdasarkan beberapa rentetan peristiwa, sukar untuk meyakinkan orang ramai bahawa Pas tidak tunduk kepada tekanan DAP walaupun dinafikan oleh pemimpin kanan parti itu. Saban waktu kita dapat lihat, apabila DAP bersuara terutama yang menyentuh kepentingan menjaga kekuasaan dan undi, pemimpin Pas seperti merunduk layu.

Mungkin ada benarnya bahawa Pas sebuah parti yang berbeza. Sedang parti politik lain sentiasa mempertahankan prinsip perjuangannya, Pas kebelakangan ini cuma menunjukkan ia tidak konsisten.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Farah dan Johan, cinta pandang pertama

Posted:

Farah dan Johan, cinta pandang pertama

Farah dan Johan, cinta pandang pertama

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI dan SYEFRY MONIZ


Johan dan Farah sebaik selesai acara akad nikah yang dilakukan di atas cruise Tasik Putrajaya.


SEWAKTU pertama kali terpandang Johan Johari, 26, enam tahun lalu di lobi Hotel Equatorial, Pulau Pinang, perasaan Farah Diana Anuar, 26, atau Farah AF2, sudah terasa sesuatu.

Katanya, perasaan ingin mengenali seseorang terutama lelaki yang tidak dikenali tidak pernah timbul dalam benak fikirannya, sebelum itu.

Bagaimanapun, seorang jejaka yang berani berbicara dengan abahnya, Anuar Ali, 57, membuatkan Farah ingin tahu siapakah gerangannya.

Namun, kerana malu dia tidak berani untuk meminta nombor telefon.

Bagaimanapun, kata Farah, dia bernasib baik kerana berjaya 'mencuri' nombor telefon jejaka itu (Johan) daripada telefon bimbit abahnya.

"Kira-kira sebulan jugalah Farah main SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan dia. Dia memang tidak tahu yang hantar sms adalah Farah, tapi dia tetap layan.

"Entahlah, Farah memang tidak pernah buat kerja begitu, tapi sejak terpandang dia, asyik teringat saja. Itu yang buat kerja gila. Nasib baik dia pun melayan," cerita Farah tentang sejarah pengenalan mereka.

Cerita Farah lagi, walaupun mereka sering bertelefon, namun untuk keluar berdua seperti pasangan lain jarang sekali kerana masing-masing sibuk dengan tugasan.

Katanya, pada awal hubungan, adalah sekali dua Johan datang ke Putrajaya untuk bertemunya dan selepas itu mereka hanya berhubungan menerusi telefon.

"Farah suka dia, sebab Farah tengok dia tidak berkira dalam segala hal. Dia sanggup datang ke sini untuk berjumpa Farah dan yang paling Farah suka dia amat ambil berat soal keluarga.

"Selepas lima bulan berkawan, kami yakin untuk menjadi pasangan kekasih dan akhirnya kami mengikat tali pertunangan pada 25 Disember 2010, sebelum mengambil keputusan bernikah pada hari ini (15 Julai 2011)," bongkar Farah kisah perjalanan cintanya.

Selepas mendirikan rumah tangga, Farah yang terikat dengan tugasan sebagai pengacara program dan undangan persembahan pentas berkata, dia akan menetap di Pulau Pinang bersama suami.

Menurut Farah, jika ada tugasan barulah dia akan kembali ke ibu kota dan selebihnya akan berada di sisi suami yang menjalankan perniagaan hartanah.

"Alhamdulillah, setakat ini, suami masih memberi izin untuk Farah meneruskan kerjaya seperti dulu, tapi apa pun Farah tahu batasannya.

"Kalau ada show barulah Farah turun ke Kuala Lumpur, kalau tak Farah di Pulau Pinang saja. Kerjaya seni Farah tetap diuruskan oleh abah," ceritanya.

Sementara itu, Johan yang tidak pernah melihat atau menonton persembahan Farah sebelum mengenalinya berkata, dia memilih Farah sebagai suri hidup kerana penyanyi itu dengar cakap dan rapat dengan keluarga.

"Saya tengok Farah lain, dia baik dan selalu bersama keluarga. Dari situ, saya yakin yang dia adalah pasangan saya," katanya yang sentiasa tersenyum itu.

Pada majlis pernikahan yang melakar sejarah itu, Farah menerima mas kahwin sebanyak RM2,500 dengan hantaran sebanyak RM25,185, sempena tarikh lahirnya.

Dalam pada itu, Farah turut membalas hantaran sembilan dulang berbanding tujuh daripada pengantin lelaki.

Antara hantaran daripada pihak lelaki adalah tepak sirih, wang hantaran, mas kahwin, beg tangan Gucci, iPad, cincin dan gelang serta barangan wangian.

Manakala pihak perempuan membalas dengan cincin, kek, coklat, sirih junjung, jam tangan, kemeja, Quran dan sejadah, tali pinggang Gucci dan manisan.

Farah dan Johan merupakan pasangan Melayu pertama yang bernikah di atas cruise Tasik Putrajaya dengan disaksikan oleh kira-kira 60 tetamu.

Pasangan yang dinikahkan oleh bapa saudara Farah, Datuk Wan Mohammad Datuk Sheikh Abdul Aziz pada pukul 4.35 petang, Jumaat lalu bakal berbulan madu di Maldives.

"Sebaik sahaja selesai kenduri di sebelah pihak lelaki (24 Julai 2011), kami akan berangkat ke sana kerana kami akan kembali ke tanah air, dua hari sebelum puasa.

"Puasa kali ini, Farah tidak boleh lagi malas-malas. Dulu kalau tidak bangun sahur, tak apa, sekarang kena bangun juga," katanya tersenyum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Niat Siti tidak pernah padam

Posted:

Niat Siti tidak pernah padam

Niat Siti tidak pernah padam

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF dan ihsan SIMPLYSITI


SET SimplySiti Vogue Edition (kanan) dan SimplySiti Lovely Edition yang akan berada di pasaran mulai Ogos ini.


BUKAN tidak pernah dia berhasrat untuk menyambung pengajiannya ke peringkat lebih tinggi selepas menamatkan zaman persekolahannya.

Tetapi, kerana kesibukannya dalam mengejar impian menjadi seorang penyanyi yang akhirnya telah meletakkan namanya di puncak tertinggi, maka, hasrat itu terpaksa dilupakan oleh Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Walaupun sudah 16 tahun menjadi seorang penyanyi ternama negara, impian untuk memiliki segulung ijazah tidak pernah padam dari lubuk hati Siti Nurhaliza atau mesra disapa Siti ini.

Lantaran itu, penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Kau Kekasihku dan Cindai ini tidak menolak kemungkinan seandainya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran, dia pasti akan menerimanya.

Namun, kata Siti, semuanya bergantung kepada kelapangan jadualnya kerana seperti yang sedia maklum sentiasa padat dengan pelbagai agenda.

Apatah lagi, anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu bukan hanya menggalas tanggungjawab sebagai seorang penghibur, tetapi juga seorang ahli perniagaan.

"Selama 16 tahun saya menjadi anak seni, saya akui memang tiada pendidikan formal dalam bidang muzik. Segala-galanya adalah berdasarkan pengamatan dan pemerhatian saya sendiri.

"Saya sendiri tidak boleh membaca nota muzik dan apa yang boleh saya katakan, selama saya menyanyi semuanya lahir daripada hati.

"Pengalaman dalam tempoh itu juga sebenarnya banyak mengajar saya untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

"Jika kena pada masanya, saya akan menyambung pengajian di universiti. Sudah pasti jurusan yang menjadi pilihan saya adalah bidang muzik.

"Namun, saya serahkan kepada universiti untuk menilai kelayakan saya," jelas Siti tanpa berselindung ketika ditemui pada sidang akhbar sejurus Malam Gala SimplySiti di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Soalan berkenaan diajukan kepada penyanyi jelita itu selepas kejayaan syarikatnya, SimplySiti menjalinkan kerjasama dengan pihak UiTM dalam menganjurkan karnival dan malam gala tersebut pada 8 dan 9 Julai lalu.

Turut hadir Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Mengulas lanjut, Siti memberitahu, dia sendiri ada berbincang dengan pihak UiTM berhubung soal melanjutkan pengajian itu, tetapi masih belum ada kata putus tentangnya.

"Semuanya masih dalam perbincangan dan saya sendiri tidak tahu bilakah hasrat saya itu akan menjadi kenyataan.

"Semuanya bergantung kepada masa yang sesuai kerana soal pelajaran ini adalah sesuatu yang serius," ujar Siti penuh bersungguh.

Jawapan Siti itu dipersetujui oleh Dr. Sahol Hamid yang turut mengakui ada berbincang dengan Siti berhubung soal itu terutama peringkat pengajian yang layak dan sesuai untuk Siti.

Dalam masa yang sama, sebagai suami, Khalid memberikan sokongan yang padu seandainya isterinya itu membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran.

Puas hati

Menyentuh tentang sambutan ulang tahun pertama SimplySiti itu, secara keseluruhannya, Siti begitu puas hati dengan perancangan rapi yang telah diatur oleh pihak UiTM dan SimplySiti dalam melancarkan malam gala tersebut.

Biarpun perlu berhadapan dengan suasana tegang kerana perhimpunan haram yang berlangsung di ibu negara pada sebelah siangnya pada hari tersebut, namun, Siti tetap optimis untuk meneruskan karnival dan malam gala yang sudah dirancang sejak berbulan-bulan lamanya.

Apa yang penting buat Siti apabila misinya untuk mengumpul dana bagi mengisi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM terlaksana.

"Alhamdulillah, apa yang saya diberitahu hasil penjualan daripada karnival dan tiket untuk malam gala, SimplySiti berjaya mengumpul hampir RM100,000 untuk tabung tersebut.

"Itu membuatkan saya gembira dan cukup puas hati kerana dalam berhibur, kita juga dapat membantu anak-anak bangsa kita dengan memberi peluang kepada mereka untuk menyambung pengajian.

"Daripada menghabiskan masa dengan kerja tidak berfaedah, lebih baik anak-anak muda ini diberi tempat untuk belajar demi kebaikan dan masa depan mereka juga," kata Siti yang mula menempa nama menerusi lagu Jerat Percintaan dan Jawapan Di Persimpangan pada tahun 1996 ini lagi.

Hobi baru Siti

Selain sibuk dengan perniagaan dan karier seninya, penyanyi berusia 32 tahun itu juga membuka cerita bahawa dia kini mempunyai hobi baru bersama suaminya.

Dengan penuh terbuka, Siti memberitahu dia kini gemar menghabiskan masa bersama Khalid dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi jika ada kelapangan.

Bergerak secara berkumpulan bersama teman-teman rapat mereka, Siti menjelaskan minat itu mula timbul selepas dia dan suaminya bercuti di Cape Town, Afrika Selatan sekitar Mei lalu.

"Sebenarnya, dunia motosikal ini bukanlah asing untuk saya kerana sewaktu remaja, ia adalah kenderaan wajib saya sewaktu di kampung.

"Teringat kenangan bersama arwah abah yang sering menghantar dan menjemput saya dari sekolah dengan motor," ujar juara Bintang HMI 1995 ini sambil ketawa kecil.

Kerana kecintaan dua insan ini terhadap motosikal berkuasa tinggi, maka gimik pembukaan malam gala tempoh hari memperlihatkan Siti dan Khalid menunggang motosikal mereka masuk ke dalam dewan dengan diiringi oleh pengiring mereka.

Jelas Siti, memang pihaknya sengaja tampil dengan gimik sedemikian bagi memberikan kelainan untuk malam gala tersebut.

Selepas berbincang dengan Pengurus Acara Malam Gala SimplySiti iaitu Profesor Madya A. Razak Mohaideen, akhirnya semua pihak bersetuju untuk menampilkan gimik pembukaan yang mendapat tepukan gemuruh daripada penonton pada malam itu.

Malam gala itu juga menyaksikan Siti melancarkan dua produk terbaru SimplySiti iaitu SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition.

Dua produk baru ini boleh didapati di hampir 300 premis di seluruh negara termasuk di Brunei yang boleh dimiliki dengan harga RM59.90 dan RM69.90 bagi setiap set yang merangkumi gincu, pembayang mata dan pemerah pipi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved