Isnin, 18 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Desak kerajaan lucut kerakyatan

Posted:

Desak kerajaan lucut kerakyatan

Desak kerajaan lucut kerakyatan

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
utusanpenang@utusan.com.my


DARI kiri: Muhamad Naser Disa, Abdul Aziz Hanafi dan Ahmad Murad Merican berbincang sesuatu pada Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN\MOHD. SAZALI CHE DIN


BUTTERWORTH 17 Julai – Kerajaan didesak supaya menarik kerakyatan mana-mana individu yang mencabar Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam atau mempersoalkan apa jua undang-undang yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Desakan itu adalah salah satu daripada lima resolusi yang diluluskan sempena Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara anjuran Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) dan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) di sini, hari ini.

Selain itu, seminar itu turut sebulat suara meluluskan resolusi menolak sebarang usaha mempolitikkan kesucian nama Allah dan semua pihak perlu menghormati prinsip kesyumulan dan kesempurnaan Islam.

Presiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd. Nor ketika mengumumkan kelima-lima resolusi berkenaan berkata, semua ketetapan yang diluluskan dalam seminar itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bulan depan.

''Seminar juga menggariskan syor supaya sejarah Kedaulatan Islam dan umat Islam di Pulau Pinang yang ditonjolkan melalui pensejarahan bersifat euro-centric dirombak untuk memberi penerangan lebih jelas kepada generasi masa depan," katanya.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan seminar tersebut yang menyentuh cabaran dalam menegakkan kedaulatan agama Islam di negara ini.

Kertas kerja pertama dibentang oleh Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican bertajuk Sejarah Awal Melayu Pulau Pinang manakala kertas kerja kedua bertajuk Menegakkan Negara Islam Satu Kewajipan pula dibentangkan Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof Madya Abdul Aziz Hanafi.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami, Mahamad Naser Disa membentangkan kertas kerja ketiga bertajuk Cabaran dan Kekangan Dalam Usaha Memartabatkan Islam Menurut Perlembagaan Persekutuan.

Mohamed Nordin berkata, resolusi keempat pula ialah penguasa politik berkewajipan mendaulatkan Islam sebagai agama negara dan negeri serta menolak campur tangan politik dalam urusan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

''Resolusi kelima pula ialah bagi merealisasikan keempat-empat perkara di atas, maka perpaduan umat Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah hendaklah digerakkan secara serius dan berterusan tidak hanya terhenti setakat laungnya semata-mata," katanya sambil disambut laungan Allahuakbar sebanyak tiga kali oleh peserta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Waspada ancaman komunisme bentuk baru

Posted:

Waspada ancaman komunisme bentuk baru

Waspada ancaman komunisme bentuk baru

BUTTERWORTH 17 Julai - Umat Islam di negara ini diingatkan supaya berwaspada terhadap golongan tertentu yang cuba menyebarkan fahaman komunisme bentuk baru bertujuan menggugat serta menghakis nilai-nilai dan pegangan umat Islam.

Berselindung di sebalik prinsip hak asasi dan kesaksamaan, fahaman baru tersebut menekankan doktrin yang mengasingkan agama bukan sahaja dari aspek kehidupan malah, menolak sistem beraja sebagai tonggak pemerintahan negara.

Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (Damai), Mahamad Naser Disa ketika mendedahkan perkara itu berkata, fahaman baru itu menular, seiring dengan perkembangan fahaman pluralisme yang juga menjadi ancaman kepada umat Islam di seluruh dunia.

''Inilah bentuk ajaran yang ditentang hebat terutamanya ketika kita di zaman komunis dulu tetapi kini ia datang dalam bentuk baru dengan dijenamakan semula melalui idea-idea atau prinsip-prinsip hak asasi.

''Cabaran utama umat Islam adalah fahaman ini menular di sebalik golongan intelektual yang berjuang atas nama kebebasan bertujuan mengaburi mata umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Cabaran dan Kekangan Dalam Memartabatkan Islam Menurut Perlembagaan Persekutuan sempena Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara di sini, hari ini.

Mahamad Naser yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, penularan fahaman-fahaman baru itu merupakan agenda tersembunyi pihak tertentu yang kini dilihat mempengaruhi senario politik tanah air.

Katanya, penularan fahaman itu cukup jelas apabila sudah ada kecenderungan pihak tertentu yang cuba mencabar dan mempertikaikan kedaulatan Islam sebagai agama negara dengan memutarbelitkan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan.

''Hakikat ini jelas apabila fahaman ini secara ekstrem semakin menular dalam politik negara malah, ada yang semakin berani mempersoalkan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam memelihara kesucian agama.

''Ini menggambarkan sifat fahaman komunis itu sendiri yang menolak sistem beraja dan kita perlu bertanya dengan ikhlas adakah pemikiran begini mampu mendaulatkan agama Islam?," tegasnya.

Beliau juga menarik perhatian mengenai tuntutan supaya golongan homoseksual, lesbian dan penukaran jantina diberikan hak kebebasan untuk mengamalkan kegiatan seks mengikut cara masing-masing sedangkan ia bertentangan dengan agama Islam.

''Kita dikaburi dengan istilah kebebasan untuk memberi hak kepada golongan ini, sedangkan ia adalah perbuatan yang berdosa malah di negara kita ia adalah jenayah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perkasa desak lucut kerakyatan

Posted:

Perkasa desak lucut kerakyatan

Perkasa desak lucut kerakyatan

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my


PARA hadirin mengangkat tangan sebagai menyokong ucapan Ibrahim Ali pada Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa Perak 2011-2012, di Beruas semalam.


BERUAS 17 Julai - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kesal kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan ke atas Datuk S. Ambiga.

Katanya, kelewatan mengambil tindakan ke atas penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai itu, boleh menghakis sokongan rakyat kerana kerajaan akan dilihat tidak berupaya melaksanakan undang- undang.

"Jika kerajaan tidak ambil tindakan, lebih ramai lagi akan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara serta lebih banyak demonstrasi berlaku," katanya kepada pemberita selepas memberi ucaptama pada Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa Perak 2011-2012 di Dewan Indrawati di sini hari ini.

Pada mesyuarat tersebut, para perwakilan sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, menyusahkan pasukan keselamatan, memecah belahkan orang Melayu, merugikan ekonomi negara dan menerima dana asing.

Menurut Ibrahim, tindakan mendakwa Ambiga atas kesalahan menganjurkan perhimpunan haram tidak mencukupi tetapi beliau perlu dilucutkan kerakyatan iaitu tindakan sama yang diambil oleh negara-negara beraja lain seperti Thailand, Arab Saudi, Jepun dan Kuwait.

Dalam pada itu, Ibrahim menafikan cakap-cakap yang mengatakan bahawa beliau merupakan alat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Sebagai orang Islam, saya berani bersumpah bahawa saya bukan alat kepada sesiapa dan tiada sesiapa di belakang Perkasa. Kami juga bukan milik UMNO walaupun kami mesra UMNO.

"Kami bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pembangkang yang 100 peratus menyokong pembangkang dan tidak langsung menegur," jelasnya.

Beliau juga memberitahu, Perkasa menyasarkan keahlian seramai 500,000 orang menjelang hujung tahun ini dengan setiap daerah diminta mendapatkan ahli melebihi 5,000 orang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved