Isnin, 18 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Tiga masjid baharu tahun depan

Posted:

Tiga masjid baharu tahun depan

Tiga masjid baharu tahun depan

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my


Mohamad Hasan bersalaman dengan jemaah ketika hadir pada majlis penyerahan bangunan baru Masjid Kariah Kampung Melang, Kuala Pilah, baru-baru ini.


KUALA PILAH 17 Julai – Sebanyak 17 buah masjid telah dibina atau dinaik taraf di negeri ini oleh kerajaan sejak 2005 dengan perbelanjaan sebanyak RM86 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pada tahun depan, sebanyak tiga masjid lagi akan dibina di Bandar Baru Sendayan, Seremban 2 dan Seremban Jaya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berkata, antara masjid yang dibina pada tahun ini adalah Masjid Kariah Rantau dan masjid di Bandar Springhills.

''Kerajaan negeri akan membina lebih banyak masjid satelit seperti Masjid Kariah Kampung Melang di sini yang boleh menampung 800 hingga 1,000 orang sebagai kemudahan kepada umat Islam mengerjakan ibadah mereka," katanya pada majlis penyerahan bangunan baru Masjid Kariah Kampung Melang di sini malam kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pilah, Adnan Abu Hassan.

Mohamad berkata, masjid Al-Firdaus bakal memberi kemudahan kepada penduduk di 11 taman perumahan di sekitarnya termasuk ibu pejabat polis daerah dan beberapa institusi seperti Kolej Kejururawatan serta hospital daerah.

''Kerajaan negeri memutuskan untuk membina bangunan baru masjid ini berbanding cadangan asal iaitu hanya menaik taraf masjid sedia ada kerana prihatin dengan permintaan rakyat yang mahu bangunan baru masjid," ujarnya.

Sementara itu, Adnan berkata, projek menaik taraf masjid berkenaan dimulakan pada April tahun lalu yang menelan belanja RM3.5 juta melalui peruntukan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan disokong oleh Mohamad.

Beliau berkata, masjid lama di situ yang telah dirasmikan oleh Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pada 1985 telah berusia 26 tahun dan tidak mampu menampung bilangan jemaah yang bertambah saban tahun.

Katanya, dengan siapnya masjid tersebut, ia mampu menampung sehingga 1,000 jemaah berbanding hanya sekitar 100 jemaah semasa masjid lama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan tingkatkan pendapatan nelayan sungai

Posted:

Kerajaan tingkatkan pendapatan nelayan sungai

Kerajaan tingkatkan pendapatan nelayan sungai

MELAKA 17 Julai - Kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan akan melepaskan ratusan ribu benih pelbagai spesies ikan air tawar dan udang dalam usaha membantu meningkatkan hasil pendapatan nelayan sungai di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal berkata, tiga buah sungai yang dikenal pasti untuk program tersebut adalah sungai Ramuan Cina, Kuala Linggi; Sungai Pengkalan di Alor Gajah dan Sungai Malim.

Menurut beliau, program tersebut dapat meningkatkan jumlah spesies ikan yang menjadi sumber pendapatan nelayan sungai yang mendiami di pinggir tiga sungai tersebut.

''Kebelakangan ini, terdapat aktiviti penangkapan ikan tidak terkawal sehingga mengakibatkan spesies tersebut semakin berkurangan di kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan kira-kira 20,000 benih anak ikan lampam di Sungai Tehel, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali.

Menurut Perumal, pelepasan benih ikan itu adalah untuk memulihkan ekosistem sungai berkenaan selain menjadikan sungai sebagai sebuah kawasan rekreasi masyarakat.

Sementara itu, Rosmawati berkata, benih anak ikan yang dilepaskan di beberapa sungai utama negeri ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Beliau memberitahu, usaha tersebut bertujuan memastikan nelayan sungai mempunyai sumber pendapatan tetap mereka.

''Kita akan memantau beberapa sungai utama agar spesies ikan dan udang yang terdapat di situ sentiasa ada," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Basikal fixie ‘serang’ Jempol

Posted:

Basikal fixie 'serang' Jempol

Basikal fixie 'serang' Jempol

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Fenomena basikal fixie ternyata berjaya memukau golongan belia dan remaja kerana ia menjadi trend baru masa kini.


JEMPOL 17 Julai – Kelibatnya di atas jalan raya sering menjadi tumpuan masyarakat.

Bentuk dan warnanya yang pelbagai juga menarik perhatian pembeli untuk memiliki basikal era moden abad ke-21 ini.

Apa tidaknya, ia kini bagaikan badai melanda dan fenomena basikal fixie yang kini menjadi gaya baru remaja, semakin digilai.

Malah, ada pihak berkuasa tempatan di negeri ini yang berhasrat menyediakan laluan basikal dan taman basikal untuk memenuhi keinginan 'luar biasa' golongan remaja ini.

Nyata, hobi baru remaja ini mempunyai pelbagai keistimewaan dan apa yang penting ia diharap dapat menghalang mereka daripada terus dilabelkan sebagai mat rempit.

Bagi membuktikan masih terdapat belia yang mengamalkan cara hidup sihat dan mempunyai jati diri tinggi, belia di daerah ini menubuhkan Jempol Cycling Club (JCC).

Presidennya, Mohd. Nazri Ali, 28, ketika ditemui berharap penubuhan kelab tersebut dapat menghalang belia daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat.

"Kami mempunyai minat sama iaitu basikal fixie. Jadi saya bercadang kumpulkan mereka di bawah satu persatuan. Pada awalnya saya terpaksa menggunakan rangkaian sosial untuk berhubung dengan peminat basikal fixie di daerah ini," katanya.

Menurutnya, usaha itu berjaya apabila kini sudah mengumpulkan 50 orang ahli di bawah JCC.

"Kebanyakan ahli persatuan ini terdiri daripada pelajar. Setiap petang kami berkumpul di Kompleks Rakan Muda, Bandar Seri Jempol untuk melakukan aktiviti bersama.

"Kami juga pernah melakukan konvoi ke kenduri kahwin di Air Hitam. Selain itu, kami pernah membawa basikal sejauh 20 kilometer dari Bandar Seri Jempol ke pekan Bahau sebagai salah satu aktiviti kelab ini," katanya.

Mohd. Nazri berharap ahli kelab tersebut sentiasa mengikuti peraturan di jalan raya.

"Jangan ingat kita tidak perlu ikut undang-undang kerana menaiki basikal. Apa yang penting mereka perlu memakai peralatan yang sesuai, sentiasa mengamalkan sikap sabar dan tidak berlumba di atas jalan raya," katanya.

Rata-rata ahli kelab JCC menyatakan bahawa mereka teruja menunggang basikal fixie kerana ia selamat dan boleh mengisi masa lapang mereka dengan perkara berfaedah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved